PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Nahmar Jamil dan Sumbangannya dalam Bidang Penterjemahan Arab-Melayu di Malaysia Maheram Ahmad Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Abstrak: Terjemahan adalah satu alat komunikasi dan wasilah untuk memindahkan ilmu, teknologi dan budaya sesuatu masyarakat kepada masyarakat lain. Dengan adanya wasilah ini, manusia tidak lagi terkongkong dalam kepompong sendiri, bahkan mereka sudah boleh menjenguk ke dunia luar, mengintai dan berkongsi ilmu dan budaya dengan masyarakat lain. Banyak buku dan karya penulisan asing telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dan begitulah juga sebaliknya. Tulisan ini akan cuba menyoroti sumbangan seorang penulis dan penterjemah Melayu yang telah menterjemahkan teks-teks sastera Arab ke bahasa Melayu. Sebuah novel terjemahan akan diambil sebagai contoh untuk dianalisis dan dikaji untuk melihat ketepatan terjemahan itu secara umum, dengan harapan satu kaedah penterjemahan boleh dikutip dan disimpulkan.
PENGENALAN Terjemahan secara mudahnya boleh ditakrifkan sebagai satu proses pengalihan pesan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Untuk terjemahan sastera, ia boleh ditakrifkan sebagai satu proses kreatif yang melibatkan pengalihan atau pemindahan mesej/makna dan gaya yang terdapat dalam teks sumber ke bahasa sasaran dengan menggunakan padanan semantik dan stilistik yang paling hampir atau yang paling sejadi (Maheram Ahmad 2008: 114). Bahasa sumber ialah bahasa asal yang digunakan oleh penulis asal untuk menulis teksnya, manakala bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan untuk oleh penterjemah untuk memindahkan teks asal. Kegiatan menterjemah mula dilakukan di alam Melayu seawal bangsa asing datang ke sini. Sebelum bangsa Arab dan Parsi datang ke alam Melayu, sama ada untuk menyebarkan agama Islam ataupun untuk berdagang, bangsa Melayu telah bercampur dengan bangsa India dan terpengaruh dengan budaya Hindu. Percampuran Melayu dengan tiga budaya asing ini memberi ruang kepada terjemahan untuk berkembang. Secara logiknya, mereka memerlukan wasilah terjemahan untuk bergaul dan berhubung sesama mereka, bahkan peranan terjemahan lebih luas daripada itu. Terjemahan digunakan untuk memindahkan ilmu pengetahuan, kepercayaan, norma dan adat resam, sistem ekonomi, sosial dan politik, juga pandangan dunia luar. Sebelum tulisan ditemui dan dikenali, mereka biasanya menggunakan terjemahan secara lisan dan apabila
kertas tercipta, mereka menggunakan terjemahan tulisan pula. Orang Melayu menerima budaya asing mengikut cara mereka sendiri. Budaya itu diolah dan diadun melalui tiga cara, iaitu sama ada dengan menterjemahkan budaya itu ke dalam bahasa Melayu, atau menyadurnya, ataupun dengan mencipta budaya baru, iaitu budaya mereka sendiri. Budaya boleh dilihat dan dirasa menerusi pergaulan langsung dengan bangsa asing tersebut ataupun menerusi pembacaan bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa mereka. Akan tetapi, masalah akan timbul apabila bahasa asing itu tidak boleh dibaca dan difahami oleh orang Melayu. Untuk mengetahui maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan itu, mereka perlu menggunakan cara pertama yang disebutkan tadi, iaitu dengan menterjemahkah teks tersebut ke bahasa Melayu. Di Indonesia misalnya, kegiatan menerjemah ini sudah wujud sejak abad keempat Masihi lagi, iaitu setelah batu-batu bersurat ditemui, seperti batu bersurat di Kutai, Kalimantan Timur, daripada raja Mulawarman, dan di Jawa barat daripada raja Purnawarman (Suhendra 1994: 40). Manakala di Semenanjung Tanah Melayu pula, kegiatan penerjemahan mula bergiat cergas di kota Melaka, iaitu kota yang menghimpunkan pelbagai bangsa dan kebudayaan, seperti kebudayaan India, Parsi, Arab dan sebagainya. Kalau disoroti sejarah perkembangan sejarah, baik di Barat mahupun di Timur, ia bermula dengan kegiatan menterjemahkan teks-teks agama dan teks-teks sastera. Kedua-dua teks ini saling melengkapi dan saling diperlukan oleh masyarakat pendengar mahupun masyarakat
249
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
pembaca. Teks-teks keagamaan diperlukan untuk mengetahui hal-hal yang bersangkut dengan tuntutan agama, demi memenuhi keperluan rohani, manakala teks kesusasteraan pula diperlukan untuk memenuhi keperluan manusiawi, seperti untuk hiburan, luahan perasaan, cetusan idea, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh sebab itu, teks-teks sastera memainkan peranan penting dalam ketamadunan manusia. Kegiatan menterjemah teks sastera ini semakin berkembang pada masa kini. Banyak buku sastera asing telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini diakui sendiri oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM); badan yang bertanggungjawab menterjemahkan bahan-bahan ilmiah dan sastera daripada bahasa asing ke bahasa Melayu demi mengayakan lagi korpus ilmu berbahasa Melayu dan sebaliknya. Dalam majlis Pelancaran Buku Sastera Terbitan Terkini ITNM yang diadakan pada 22 September 2011 di Wisma ITNM baru-baru ini misalnya, ITNM telah memaklumkan bahawa sejak Projek Terjemahan Sastera Tempatan ke Bahasa Antarabangsa dan Projek Terjemahan Sastera Antarabangsa ke Bahasa Kebangsaan ini dilancarkan pada tahun 2008 sehingga akhir tahun 2010, sebanyak 100 karya telah selesai diterjemahkan, manakala sebanyak 30 lagi karya sastera akan siap diterjemahkan sebelum berakhir tahun 2011. Projek terjemahan sastera ini penting untuk mempromosikan sastera dan sasterawan kebangsaan supaya karya tempatan ini dapat dibaca di peringkat antarabangsa. Manakala terjemahan sastera antarabangsa ke bahasa kebangsaan merupakan salah satu kaedah perluasan ilmu kepada masyarakat Malaysia yang majoritinya bertutur dalam bahasa Melayu. (http://www.itnm.com.my/article) Sungguhpun begitu, karya agung dalam bahasa Arab seperti novel, cerpen dan puisi masih kurang mendapat perhatian para pengamal penterjemah Arab-Melayu. Mereka aktif menterjemahkan teksteks ilmiah ke bahasa Melayu, tetapi yang menjurus kepada bidang penterjemahan karya kreatif amatlah berkurangan. Kekurangan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Bibliografi Terjemahan karya Arab yang disediakan sempena Seminar Terjemahan ArabMelayu anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang berlangsung pada 27-29 Ogos 1993. Bibliografi ini disusun oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, DBP dan JPATI. Dalam 720 karya terjemahan yang termuat dalam Bibliografi ini, hanya terdapat 10 buah karya terjemahan yang berkait dengan bahasa dan sastera. Antara pengamal terjemahan Arab-Melayu yang aktif menterjemahkan karya sastera Arab di Malaysia ialah A. K. Zain, Shamsuddin Jaffar, Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis, Ustaz Osman Haji
Khalid, al-Marhumah Sohair Abdul Moneim Sery dan Nahmar Jamil. Dan tulisan ini akan mengetengahkan sumbangan Nahmar Jamil dalam kegiatan menterjemahkan sastera Arab ini. Nahmar Jamil: Nahmar Jamil dilahirkan di Kampung Sena, Kangar, Perlis pada 4 April 1938. Nama sebenarnya ialah Naaman bin Haji Mohd Rawi. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kuala Kangsar dan kemudian di Sekolah Arab al-Alwiyah Addiniah Arau hingga lulus darjah IV Thanawi. Pada tahun 1976, beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia. Kegiatan penulisan Nahmar bermula pada tahun 1954, iaitu apabila sajak pertamanya yang berjudul Aku ke sekolah telah disiarkan dalam Utusan Kanak-Kanak. Ketika itu, beliau baru berusia 16 tahun. Beliau bergiat cergas dalam penulisan puisi, cerpen dan terjemahan. Sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan, beliau telah berjaya menghasilkan lebih 40 buah buku termasuklah empat buah novel, enam buah antologi cerpen, sembilan buah antologi puisi, lima buah buku agama, dan dua buah novel kanak-kanak. Beliau juga telah berjaya menghasilkan dua kumpulan cerpen terjemahan, empat buah novel terjemahan dan empat buah buku cerita kanak-kanak terjemahan. Antara hasil karyanya ialah: Pohon-pohon hijau: puisi pilihan 1956-1965. 1974. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Telah dewasa kita: sajak pilihan 1960-1974. 1974. Kuala Lumpur Zaharah. Indera II. 1965. Pulau Pinang: Teks Publishing. Pelesit. 1971. Kluang: Pustaka Pendidekan. Sahabat bernama Rahman. 1985. Kuala Lumpur: Teks Publishing. Catatan tiga kota. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dari kod 19 kepada anti hadis: Nahmar jamil menjawab cabaran Kassim Ahmad. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Negeri tercantik: kumpulan sajak. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Angin menyonsong pulang. 1988. Kuala Lumpur: Teks Publishing. Titisan hujan di negeriku titisan rindu. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ragam wanita: membongkar peribadi kaum hawa. 1989. Kuala Lumpur: Penerbitan Keramat. Mujahid muda. 1993. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertarungan abadi. 1995. Kuala Lumpur: Pustaka Prinsip. Angin perubahan. 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
250
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Celoteh angin malam. 1996. Kuala Lumpur: Pustaka Prinsip Mencari uuuu. 2006. Kota Bharu: Pustaka Dewan Puisi. Mufarik. 1996. Kuala Lumpur: Kumpulan Karangkraf. Tembok tidak berpintu. 2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hello Afghan: kumpulan cerpen. 2009. Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Kembali ke alam rab: kumpulan puisi. 2009. Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Tembok tidak berpintu. 2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Puisi: Mengetuk Pintu Langit. 2011. DBP: Kuala Lumpur. Manakala karya terjemahannya ialah: Pengintip wanita Yahudi. 1976. Kuala Lumpur: Amir Enterprise. Cinta di Lembah Nil. 1984. Petaling Jaya: Media Intelek. Hanya semalam. 1987. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Masrur dan Makrur. 1987. Shah Alam, Selangor: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd. Sidang puncak iblis: kumpulan cerpen Arab. 1990. Kuala Lumpur: Media Ehsan. Akulah maut. 2009. Kuala Lumpur: Brainwave Communication. Karya-karyanya dalam genre cerpen, sajak dan rencana tersiar dalam pelbagai penerbitan tanah air seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dakwah, Al-Islam, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain. Dan antara buku-buku agama yang dihasilkan oleh Nahmar dan diterbitkan oleh Pustaka Al-Mizan pula ialah Bermazahab, Haram dan Sesat?, Dari Kod 19 ke Anti Hadis, Menghadapi Ancaman Pengkristianan dan Mengenali Perwatakan Yahudi. Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Nahmar telah meraih sembilan hadiah sastera dalam genre puisi, iaitu antara 1957 hingga 1989. Puisinya yang berjudul ‘ Kucuba Bunuh Engkau’ memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971. Beliau juga telah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah negeri Perlis pada tahun 1998 dan merupakan salah seorang tokoh pengasas Persatuan Penulis Perlis 2002. Antara Pencapaiannya yang lain ialah: Hadiah Pertama dalam Peraduan Menulis Puisi anjuran Kesatuan Guru-guru Perak.
Tempat ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen anjuran Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1959). Penerima kedua anugerah Tokoh Penulis Persatuan Penulis Perlis (3P) (2002). Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1992 oleh Raja Perlis. Sumbangan Nahmar dalam Penterjemahan Arab-Melayu: Oleh sebab Nahmar Jamil adalah seorang sasterawan, maka terjemahan yang dilakukannya juga adalah terjemahan yang melibatkan teks atau karya sastera. Setakat ini, beliau telah berjaya menterjemahkan beberapa buah karya sastera Arab yang ditulis oleh Ehsan Abdul Kudus, Kulit Suhail, dan Ahmad Bahjat. Cerpen, sajak, rencana dan cerpen terjemahannya banyak disiarkan dalam pelbagai penerbitan seperti Utusan Kanak-Kanak, Mastika, Dakwah, Al-Islam, Tamadun, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Dewan Sastera dan lain-lain. Kebanyakan karya terutamanya novel, cerpen, sajak dan cerpen atau novel terjemahan adalah merupakan karya-karya yang berunsurkan Islam, malah langkahnya menterjemahkan karyakarya seperti cerpen dan novel daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu adalah sebagai satu usaha untuk mengetengahkan karya-karya berunsur Islam ini dalam masyarakat Melayu (http://www.utusan. com.my/utusan/info.asp?y=1998) Kertas ini tidak akan membincangkan semua karya terjemahan yang telah dilakukan oleh Nahmar Jamil. Hal ini disebabkan oleh kesukaran penulis mendapatkan karya-karya tersebut dan juga teks asalnya. Untuk melihat kemampuannya memindahkan budaya agama Islam kepada pembaca sasaran, kertas ini akan membincangkan sebuah karya terjemahannya yang berjudul Masrur dan Makrur. Masrur dan Makrur: Masrur dan Makrur adalah sebuah karya yang diterjemahkan daripada sebuah novel Arab yang berjudul Masrur wa Maqrur. Penulis asalnya bernama Ahmad Shafiq Bahjat, tetapi terkenal dengan nama Ahmad Bahjat. Beliau seorang penulis dan sasterawan Mesir yang berwibawa, dilahirkan pada 15 November 1932 di Kaherah. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki dan berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Undangundang dari Universiti Kaherah. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai wartawan dan editor di beberapa buah surat khabar dan majalah seperti Jaridah Akhbar al-Yawm (1955), Majallah Sabah alKhayr (1957), Jaridah al-Ahram (1958), Ketua Majlis al-Idarah dan Ketua Editor Majalah alIdha`ah dan Televisyen (1976), dan pernah dilantik Timbalan Ketua Editor Hal-Ehwal Kesenian di Jaridah al-Ahram (1982). Beliau berjaya menghasilkan lebih daripada 20 buah buku; agama dan sastera. Antaranya ialah Mudhakkirat al-zawj,
251
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Mudhakkirat sa’im, Anbiya’ Allah, Ahsan al-qisas, al-Tariq ila Allah, Qamis Yusuf dan sebagainya. Beliau juga memiliki rancangan televisyen harian yang bertajuk Kalimatayn wa bas. (http://ar.wikipedia.org/wiki) Novel Masrur wa Maqrur yang mengandungi 79 halaman ini dihasilkan pada tahun 1984 dan diterbitkan oleh Matba`ah Nahdah Misr. Pada mukadimah novel ini, Ahmad Bahjat mengakui bahawa novel ini bukan riwayat (cerita rekaan khayalan semata), bahkan ia adalah satu hakikat. Ini kerana riwayat bermula daripada kehidupan dan berakhir dengan kematian, tetapi cerita ini bermula daripada kematian dan berakhir dengan hari kebangkitan dan peristiwanya berterusan sehinggalah para pelakunya berhenti, sama ada di neraka ataupun di syurga.(Ahmad Bahjat 1984: 7) Masrur dan Makrur terjemahan Nahmar Jamil pula diterbitkan pada tahun 1987, iaitu tiga tahun setelah karya asalnya diterbitkan. Ia diterbitkan di Shah Alam, Selangor oleh Marwilis Publisher & Distributors Sd. Bhd. Ia mengandungi 61 halaman. Novel Masrur wa Maqrur ini adalah sebuah karya sastera tetapi melontarkan isu agama sebagai topik utamanya. Karya terjemahannya pula, iaitu Masrur dan Makrur telah digunakan sebagai sampel kajian oleh Fauzi Jumingan dalam penulis tesis Ph.Dnya yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkara ini menunjukkan bahawa karya ini penting dan penterjemahnya; Nahmar Jamil telah menyumbangkan satu karya terjemahan yang boleh digunakan oleh penyelidik terjemahan Arab-Melayu. Secara ringkasnya, novel ini menceritakan tentang dua orang lelaki yang berlainan sekali sifat dan peribadinya. Makrur seorang lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t., manakala Masrur pula adalah sebaliknya. Dia engkar kepada perintah Allah, malah mengakui dirinya adalah tuhan. Dia umpama Firaun. Makrur seorang yang miskin, manakala Masrur adalah seorang yang kaya raya. Makrur kemudiannya dijatuhkan hukuman bakar sampai mati oleh Masrur kerana dia beriman kepada Allah dan percaya akan hari kebangkitan dan hari akhirat. Kepercayaan itu menyebabkan Masrur terasa tercabar dan marah. Pada hari Makrur dibunuh, hari itulah juga Masrur turut dicabut nyawanya oleh Allah s.w.t. Dari sini, bermulalah kehidupan mereka berdua di alam kubur hinggalah ke hari kebangkitan di padang mahsyar; hari mereka dihisab dan menerima pembalasan masing-masing. Penamatnya, Masrur dibawa ke neraka, manakala Makrur bahagia di syurga. Nahmar telah berjaya menterjemahkan karya ini dengan baik. Secara keseluruhannya, apabila membaca novel ini, terasa seolah-olah kita membaca karya asal. Maksudnya, karya terjemahan ini tidak berbau terjemahan. Perkara ini sedikit sebanyak dibantu oleh sahsiah Nahmar sendiri sebagai seorang sasterawan. Perkara ini dapat dilihat menerusi beberapa contoh yang dikemukakan di bawah ini.
Contoh 1: ..ﻟﯿﻠﺔ ﺷﺘﺎﺋﯿﺔ ﻋﺎﺻﻔﺔ وھﺒﺖ اﻟﺮﯾﺎح.اﻧﺤﺪرت اﻟﺴﺤﺐ اﻟﻤﻠﺒﺪة ﻓﺤﺠﺒﺖ ﻧﻮر اﻟﻘﻤﺮ اﻟﺸﺎﺣﺐ واﻧﻔﺘﺢ ﺑﺎب..ﺑﻌﻨﻒ وھﻲ ﺗﻌﻮل ﻓﻲ ﺻﻔﯿﺮ ﯾﺪﻓﻊ اﻟﺸﺆم ﻷﻗﺴﻰ اﻟﻘﻠﻮب ﻣﻘﺮور اﻟﺨﺸﺒﻲ ﺑﻌﺪ أن ﻧﺠﺤﺖ اﻟﺮﯾﺎح ﻓﻲ زﺣﺰﺣﺔ ﻓﻄﻌﺔ اﻟﺤﺠﺮ اﻟﺘﻲ .وﺿﻌﮭﺎ ﻟﺘﺴﻨﺪه ،اﻧﺪﻓﻌﺖ اﻟﺮﯾﺎح ﻓﻲ اﻟﻜﻮخ ﻓﺎطﻔﺄت اﻟﺬﺑﺎﻟﺔ اﻟﺘﻲ ﻛﺎﻧﺖ ﯾﻮﻗﺪھﺎ ﻣﻘﺮور وﻣﻦ ﺛﻢ ﻧﮭﺾ ﻣﺴﺮﻋﺎ ﻣﻦ ﺗﺤﺖ ﻓﺮوة..وﺟﻠﺪت ﻋﻈﺎﻣﮫ ﻓﺎرﺗﻌﺶ وأﺳﺮع ﻧﺤﻮ اﻟﺒﺎب وأﻋﺎد إﻏﻼﻗﮫ، اﻟﺨﺮوف اﻟﺘﻲ ﻛﺎن ﯾﻐﻄﻰ ﻧﻔﺴﮫ ﺑﮭﺎ وأﺳﻨﺪھﺎ ﺑﻘﺪﻣﮫ اﻟﻌﺎرﯾﺔ ﻗﻠﯿﻼ واﻧﺘﻈﺮ..ووﺿﻊ ﻗﻄﻌﺔ اﻟﺤﺠﺮ وراءه ..ﺣﺘﻰ ھﺪأت اﻟﺮﯾﺎح وﻋﺎد ﯾﺮﺗﻌﺶ إﻟﻰ ﻓﺮاﺷﮫ (Ahmad Bahjat 1984: 10) Petikan ini diterjemahkan kepada: Di suatu malam musim dingin yang bertiup kencang. Awan mendung turun lantas melindungi cahaya bulan yang pucat. Angin bertiup keras sambil meraung memperlikan ramalan buruk yang tidak menyenangkan manusia. Tiba-tiba daun pintu rumah Makrur terbuka, setelah angin berjaya menggeserkan seketul batu yang diletakkan untuk menyandarkannya. Angin meluru ke dalam gubuk itu lantas memadamkan sumbu lampu yang dinyalakan Makrur. Tulang-tulang sumsumnya menggigil diterkam angin. Kemudian dia bangun pantas dari bawah selimut kulit bulu kambing yang menutupi tubuhnya. Segera dia mendapatkan pintu dan menutupkan kembali pintu itu dengan meletakkan seketul batu di belakangnya. Kakinya yang tidak berkasut menekan seketika seketul batu itu. Dia menunggu sehingga angin menjadi reda dan dia kembali menggigil di tempat tidurnya. (Nahmar Jamil 1987: 2)
Petikan ini menceritakan keadaan Makrur yang hidup dalam kemiskinan. Didapati Nahmar Jamil telah berjaya memindahkan mesej yang terkandung dalam teks asal dengan menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat dengan isi cerita. Perkataan yang dipilih berjaya menggambarkan keadaan Makrur yang miskin, yang tidur dalam kedinginan malam musim sejuk, hanya berbekalkan selimut kulit kambing di dalam sebuah gubuk yang pintunya ditutup bersendalkan seketul batu. Kemiskinan Makrur telah digambarkan dengan baik. Didapati Nahmar bukan sahaja berjaya menterjemahkan isi teks asal, tetapi turut berjaya menterjemahkan makna emosinya. Pemilihan perkataan atau frasa seperti angin bertiup keras (padanan kepada frasa )وھﺒﺖ اﻟﺮﯾﺎح ﺑﻌﻨﻒ, angin meluru ke dalam gubuk (padanan kepada frasa )اﻧﺪﻓﻌﺖ اﻟﺮﯾﺎح ﻓﻲ اﻟﻜﻮخ, dan tulang-tulang menggigil diterkam angin (padanan kepada frasa )وﺟﻠﺪت ﻋﻈﺎﻣﮫ ﻓﺎرﺗﻌﺶberjaya menggambarkan suasana ketika itu. Contoh 2: .ﺟﻠﺲ ﻣﺴﺮور أﻣﺎم ﻣﺎﺋﺪة اﻟﻌﺸﺎء ﻓﻲ ﻗﺼﺮه وأرﺿﮫ ﻣﻦ، ﺟﺪران اﻟﻘﺼﺮ ﻣﻦ ﺣﺠﺮ اﻟﺠﺮاﻧﯿﺖ اﻟﻼﻣﻊ اﻟﻤﺼﻘﻮل وﺳﺠﺎﺟﯿﺪ اﻟﻌﺠﻢ ﺗﺘﻨﺎﺛﺮ ﻋﻠﻰ اﻷرض ﻛﯿﻔﻤﺎ، اﻟﻤﺮﻣﺮ اﻟﻔﻀﻰ اﻟﺸﺎﺣﺐ .. وﺑﺈھﻤﺎل ﯾﻜﺸﻒ ﻋﻦ ذوق ﻣﺘﺮف..اﺗﻔﻖ أﻣﺎ أﻗﺪام اﻟﻤﺎﺋﺪة ﻓﻘﺪ، أﻣﺎ ﻣﺎﺋﺪة اﻟﻌﺸﺎء ﻓﻜﺎﻧﺖ ﻣﻦ ﺣﺠﺮ اﻟﺠﺎد اﻟﻜﺮﯾﻢ ..ﺻﻨﻌﺖ ﻣﻦ اﻟﺬھﺐ اﻟﺨﺎﻟﺺ أﻣﺎ اﻟﻜﺆوس ﻓﻤﻦ زﺟﺎج ﻧﺎدر أﻏﻠﻰ ﻣﻦ,ﻛﺎﻧﺖ اﻷطﺒﺎق ﻣﻦ اﻟﺬھﺐ وﻛﺎن ﻣﺴﺮور ﯾﺠﻠﺲ ﻓﻲ ﺻﺪر اﻟﻤﺎﺋﺪة ﻋﻠﻰ ﻛﺮﺳﻲ ذھﺐ أﻟﻘﻰ، اﻟﺬھﺐ .ﻋﻠﯿﮫ ﻓﺮاء ﺛﻌﻠﺐ ﺿﺨﻢ (Ahmad Bahjat 1984: 11)
252
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Petikan ini diterjemahkan oleh Nahmar sebagaimana berikut: Masrur duduk di hadapan menghadapi meja santapan makan malam di istananya. Dinding-dinding istana diperbuat daripada batu kongkrit berkilat licin. Lantainya daripada batu marmar keperakan yang pucat. Permaidani-permaidani asing terhampar di lantai mengikut sesuka. Ketidakacuhan terhadapnya memperlihatkan cita rasa kemewahan. Meja santapan makan malam diperbuat daripada batu terbaik. Kaki mejanya daripada emas tulin. Piring-piringnya diperbuat daripada emas. Gelasgelasnya daripada kaca emas termahal. Masrur duduk di tengahtengah meja di kerusi emas yang dihamparkan dengan kulit bulu musang yang besar. (Nahmar Jamil 1987: 2-3)
Petikan asalnya menggambarkan keadaan Masrur yang kaya raya, yang kemewahannya membuatkan dia memperlihatkan sikap acuh tak acuhnya terhadap barang-barang di sekitarnya. Petikan ini juga berjaya diterjemahkan oleh Nahmar dengan baik. Kelicinan terjemahan dibantu dengan pemilihan perkataan yang baik, yang menunjukkan kekayaan dan kemewahan seperti istana, batu kongkrit berkilat licin, batu marmar, emas tulin, kaca emas, permaidani, dan kulit bulu. Cuma terdapat sedikit ketidaktepatan apabila beliau menterjemahkan frasa أﻣﺎ اﻟﻜﺆوس ﻓﻤﻦ زﺟﺎج ﻧﺎدر أﻏﻠﻰ ﻣﻦ اﻟﺬھﺐkepada Gelas-gelasnya daripada kaca emas termahal, sedangkan makna sebenar frasa/ayat ini ialah gelas-gelasnya dibuat daripada kaca yang jarang ditemui, yang lebih mahal daripada emas. Contoh 3: ﻛﺎن ﺑﺎب اﻟﻜﻮخ ﻣﻔﺘﻮﺣﺎ ﻓﺎﺗﺠﮫ..ﻧﮭﺾ ﻣﻘﺮور ﻣﻦ ﻧﻮﻣﮫ وھﻮ ﯾﺮﺗﻌﺶ ﻓﻮﺟﻰء ﺑﻜﻠﺐ أﺻﻔﺮ اﻟﻠﻮن ﻋﺴﻠﻲ اﻟﻌﯿﻨﯿﻦ ﯾﺮﺑﺾ ﻋﻨﺪ.ﻧﺤﻮه ﻹﻏﻼﻗﮫ ﻗﺎل ﻣﻘﺮور ﻓﻲ.." ھ ّﺰ اﻟﻜﻠﺐ ذﯾﻠﮫ ﺣﯿﻦ ﺷﺎھﺪ "ﻣﻘﺮور..ﻣﺪﺧﻞ اﻟﻜﻮخ :ﻧﻔﺴﮫ ﻓﺘﺶ ﺑﻌﯿﻨﯿﮫ ﻓﻲ زواﯾﺎ اﻟﻜﻮخ.. ھﺬا ﺿﯿﻒ أرﺳﻠﮫ ﷲ إﻟﯿﻨﺎ..ﺳﺒﺤﺎن ﷲ وﺿﻊ اﻹﻧﺎء أﻣﺎم..ﻋﻦ طﻌﺎم ﻓﻠﻢ ﯾﺠﺪ ﻏﯿﺮ إﻧﺎء ﯾﻤﺘﻠﺊ ﻗﺎﻋﮫ ﺑﺎﻟﻠﺒﻦ ﺛﻢ وﺿﻊ، اﻟﻜﻠﺐ ﻓﻨﻈﺮ إﻟﯿﮫ اﻟﻜﻠﺐ ﺑﻌﯿﻨﯿﻦ ﺷﺎﻛﺮﺗﯿﻦ وھﻮ ﯾﮭﺰ ذﯾﻠﮫ (Ahmad Bahjat 1984: 21) ...ﺑﻮزه ﻓﻲ اﻟﻠﺒﻦ وراح ﯾﻠﻌﻘﮫ Petikan ini diterjemahkan seperti berikut: Makrur bangun dari tidur dengan menggeletar. Pintu gubuk itu terbuka, dia terus melangkah untuk menutupnya. Tiba-tiba dia terperanjat, seekor anjing berwarna kuning dan bermata kuyu menunggu di tempat masuk gubuk itu. Anjing itu menggoyangkan ekornya ketika melihat Makrur. “Subhanallah. Allah telah mengirimkan tetamu itu kepada kami,” kata Makrur kepada dirinya.Matanya mencari makanan di sudut-sudut gubuk. Dia hanya mendapati sebuah bekas berisi susu. Bekas itu diletakkan di hadapan anjing. Anjing itu memandang kepadanya. Kemudian ia merendahkan muncungnya ke dalam susu itu dan terus menjilatnya.(Nahmar Jamil 1987: 11)
Petikan ini pula menggambarkan sikap baik hati Makrur. Walaupun dia sendiri miskin, tetapi dia masih lagi sanggup membantu sekor anjing yang bertamu di rumahnya. Petikan ini juga berjaya diterjemahkan dengan baik, cuma terdapat beberapa perkataan yang terdapat dalam teks asal tidak diterjemahkan. Mungkin penterjemah sengaja meninggalkan perkataan-perkataan itu untuk mengindahkan teks. Antara perkataan/frasa yang
tidak diterjemahkan ialah ﺑﻌﯿﻨﯿﻦ ﺷﺎﻛﺮﺗﯿﻦ وھﻮ ﯾﮭﺰ ذﯾﻠﮫ (dengan mata kesyukuran sambil mengoyanggoyangkan ekornya). Walau bagaimanapun, mesej teks asal telah berjaya disampaikan kepada pembaca sasaran. Contoh 4: ..ووﺻﻞ رﺋﯿﺲ اﻟﻌﺴﺲ وﻛﺒﯿﺮ اﻟﺒﺼﺎﺻﯿﻦ وﺷﺮﻣﺬة ﻣﻦ اﻟﺠﻨﻮد ..وراﺣﻮا ﯾﺘﺄﻣﻠﻮن "ﻣﻘﺮور" وھﻮ ﺳﺎﺟﺪ ﯾﺒﻜﻲ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﺒﺎب اﻟﻤﻔﺘﻮح ھﺎ ﻗﺪ:أﺷﺎر ﻛﺒﯿﺮ اﻟﺒﺼﺎﺻﯿﻦ إﻟﻰ ﻣﻘﺮور وھﻤﺲ ﻟﺮﺋﯿﺲ اﻟﻌﺴﺲ أﻟﻢ ﺗﻜﻦ.. ﻟﻤﺎذا ﻟﻢ ﻧﻘﺘﻠﮫ وﻧﺴﺘﺮﯾﺢ..ﺿﺒﻄﻨﺎه ﻣﺘﻠﺒﺴﺎ ﺑﺎﻟﺴﺠﻮد ﻟﻐﯿﺮ آﻟﮭﺘﻨﺎ أﻟﻢ ﯾﺤﻜﻢ ﻋﻠﯿﮫ ﺑﻘﺘﻞ ﯾﺒﺪو ﺣﺎدﺛﺎ..ھﺬه أواﻣﺮ اﻟﺴﯿﺪ اﻷﻋﻈﻢ ﻓﻲ اﻟﻤﺄدﺑﺔ .ﻣﺆﺳﻔﺎ (Ahmad Bahjat 1984: 22-23) Petikan ini diterjemahkan kepada: Ketua keselamatan dan ketua perisik beserta sekumpulan askar telah sampai. Mereka terus merenungi Makrur yang sedang bersujud menangis melalui pintu terbuka itu. Ketua perisik menunjuk ke arah Makrur dan berbisik kepada ketua keselamatan: “Sekarang mungkin kita menangkapnya atas tuduhan bersujud kepada Tuhan yang bukan tuhan kita. Mengapa tidak kita bunuhnya dan beristirahat? Bukankah itu perintah tuan paduka di jamuan makan malam? Bukankah baginda menghukum bunuh Makrur sebagai peristiwa yang menyedihkan?” (Nahmar Jamil 1987: 12-13)
Petikan asal menceritakan peristiwa penangkapan Makrur. Ketika pegawai suruhan Masrur tiba, Makrur sedang bersujud menangis menyembah Allah. Nahmar juga telah berjaya memindahkan isi teks asal dengan baik. Walau bagaimanapun, terdapat satu ayat yang terjemahannya tidak begitu memuaskan. Ayat أﻟﻢ ﯾﺤﻜﻢ ﻋﻠﯿﮫ ﺑﻘﺘﻞ ﯾﺒﺪو ﺣﺎدﺛﺎ ﻣﺆﺳﻔﺎtelah diterjemahkan kepada Bukankah baginda menghukum bunuh Makrur sebagai peristiwa yang menyedihkan? Frasa yang bergaris di bawah itu kurang tepat terjemahannya. Padanan sebagai satu peristiwa yang menyedihkan boleh sahaja ditukar kepada satu pembunuhan yang kelihatan seolah-olah satu peristiwa yang penuh tragis. Selain itu, ada selalu lagi perkataan yang pada pandangan penulis tidak berapa tepat padanannya. Contoh 5: ﻣﺎ ھﻲ أھﻢ ﺟﺮاﺋﻤﻚ ؟.. أھﻢ ﺟﺮاﺋﻤﻚ:ﻗﺎل ﻣﺴﺮور ﻟﻘﺪ ﻋﺸﺖ ﻋﻤﺮا ﻛﺎﻣﻼ ﻋﺒﺪا ھﺎرﺑﺎ ﻣﻦ.. ﺗﻘﺼﯿﺮي ﻣﻊ ﷲ:ﻗﺎل ﻣﻘﺮور ﻣﺎ ﯾﺪرﯾﻨﻲ أﻧﮫ ﻗﺒﻞ ﺗﻮﺑﺘﻲ ؟.. ﺛﻢ ﻋﺪت إﻟﯿﮫ ﻣﻨﺬ ﻋﺸﺮ ﺳﻨﻮات، ﷲ ﺳﻮف أﻋﺮف إذا ﺑﻌﺜﺖ ﻣﻦ اﻟﻤﻮت ووﻗﻔﺖ أﻣﺎم ﷲ ھﻞ ﻗﺒﻞ ﷲ ﺗﻮﺑﺘﻲ ھﺬه ﯾﺎ. ﻟﻜﻦ ھﺬه اﻟﻤﻌﺮﻓﺔ ﻋﻨﺪﺋﺬ ﻟﻦ ﺗﺠﺪى إذا ﻛﺎن اﻟﺤﻖ ﻟﻢ ﯾﻘﺒﻞ.أم ﻻ ؟ ..ﺳﯿﺪي ھﻲ ﺟﺮاﺋﻤﻲ وﻣﺨﺎوﻓﻲ ﻣﻌﺎ إﻧﻨﺎ: وﺗﻘﻮل.. أﻧﺖ ﺗﻌﺘﺮف أن ھﻨﺎك إﻟﮭﺎ ﻏﯿﺮ آﻟﮭﺘﻨﺎ:ﻗﺎل ﻣﺴﺮور أﻟﻢ ﺗﻘﻞ ھﺬا ؟..ﺳﻨﺼﺤﻮ ﻣﻦ اﻟﻤﻮت .. ﻧﻌﻢ:ﻗﺎل ﻣﻘﺮور ﺑﻌﺪ أن ﻧﺘﺤﻮل إﻟﻰ ﺗﺮاب ﯾﺘﻄﺎﯾﺮ ﻓﻲ اﻟﮭﻮاء وﯾﺘﺒﺪد ﻣﻊ:ﻗﺎل ﻣﺴﺮور اﻟﺮﯾﺢ ؟ أﻻ ﯾﻌﺮف ﺳﯿﺪي أن ﷲ ﻗﺎدر ﻋﻠﻰ ﺑﻌﺚ:اﺑﺘﺴﻢ ﻣﻘﺮور وھﻮ ﯾﻘﻮل ھﻞ ﯾﺸﻚ.. ﺛﻢ ﯾﻤﯿﺘﻨﺎ ﺛﻢ ﯾﺤﯿﯿﻨﺎ، ﻟﻘﺪ ﻛﻨﺎ أﻣﻮاﺗﺎ ﻓﺄﺣﯿﺎﻧﺎ ﷲ..اﻟﻤﻮﺗﻰ ﺳﯿﺪي ﻓﻲ ھﺬا ﻛﻠﮫ ؟ أﯾﻦ ﻛﺎن اﻟﺴﯿﺪ اﻷﻋﻈﻢ ﻗﺒﻞ أن ﯾﺸﺮف اﻟﺪﻧﯿﺎ ؟ أﻟﻢ ﯾﻜﻦ ﻣﯿﺘﺎ وأﺣﯿﺎه ﷲ ؟ (Ahmad Bahjat 1984: 28)
253
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Petikan ini diterjemahkan oleh Nahmar seperti yang berikut: “Jenayah anda yang terpenting. Apakah jenayah anda yang terpenting?” tanya Masrur. “Pengabaian saya terhadap Allah. Saya telah hidup sebagai hamba yang telah lari daripada Allah. Kemudian saya kembali kepadaNya sejak sepuluh tahun lalu. Manalah saya tahu Allah akan menerima taubat saya? Saya akan tahu sekiranya saya dibangkitkan dari maut dan berdiri di hadapan Allah. Adakah Allah akan menerima taubat saya atau tidak? Tetapi pengetahuan pada saat itu tidak akan berguna kalau kebenaran dan al-haq tidak diterima. Tuan paduka, itulah jenayah dan ketakutan saya sekaligus!” jawab Makrur. “Anda mengakui bahawa ada Tuhan lain daripada tuhan kami. Anda berkata: Kita akan dibangkitkan dari maut. Bukankah itu yang anda ucapkan?” Tanya Masrur. “Ya,” jawab Makrur. “Setelah kita bertukar menjadi tanah yang berterbangan di udara dan lenyap dengan angin?” tanya Masrur. Masrur tersenyum, berkata: “Tidak tahukah tuan paduka bahawa Allah berkuasa membangkitkan orang-orang mati? Sesungguhnya kita adalah akan mati, kemudian dihidupkan Allah. Kemudian akan dimatikan lagi. Kemudian kita dihidupkan lagi. Adakah tuan paduka meragui semua itu? Di manakah tuan paduka berada sebelum dunia ini dijadikan? Bukankah tuan paduka telah mati dan dihidupkan Allah?”(Nahmar Jamil 1987: 16-17)
Petikan ini menggambarkan soal siasat yang dijalankan oleh Masrur terhadap Makrur. Penterjemah telah berjaya menyampaikan mesej teks asal dengan baik kepada pembaca sasaran. Cuma, terdapat sedikit kesilapan apabila penterjemah menterjemahkan ﻟﻘﺪ ﻛﻨﺎ أﻣﻮاﺗﺎ ﻓﺄﺣﯿﺎﻧﺎ ﷲkepada Sesungguhnya kita adalah akan mati, kemudian dihidupkan Allah. Ayat ini akan lebih tepat kalau diterjemahkan kepada Sesungguhnya sebelum ini, kita adalah mayat (kita telah mati), kemudian kita dihidupkan Allah. Perkataan ﻛﺎن/ ﻛﻨﺎmembawa makna “sebelum ini”. Secara keseluruhannya, apa yang ingin disampaikan oleh penulis asal telah berjaya dipindahkan oleh penterjemah kepada pembaca sasaran. Contoh 6: ..ﻟﻢ ﯾﻜﺪ ﻣﺴﺮور ﯾﺪﺧﻞ ﻗﺒﺮه ﺣﺘﻰ اﻧﻄﺒﻘﺖ ﻋﻠﯿﮫ ﺟﺪران اﻟﻘﺒﺮ ﻓﺼﺮخ أﺧﺎﻓﺖ اﻟﺼﺮﺧﺔ اﻟﺒﮭﺎﺋﻢ ﻓﻲ اﻟﻤﻨﻄﻘﺔ..ﺻﺮﺧﺔ ھﺎﺋﻠﺔ ﺑﻼ ﺻﻮت ..ﻓﺎرﺗﻌﺶ ﻟﮭﺎ دﻣﮭﻢ ﺳﻘﻂ ﻛﻔﻨﮫ ﻣﻦ.. أﺟﻠﺴﺎه ﻓﺠﻠﺲ..ﻓﻮﺟﻰء ﻣﺴﺮور ﺑﻮﺟﻮد اﺛﻨﯿﻦ ﻓﻲ ﻗﺒﺮه ..ﻓﻮق ﻛﺘﻔﯿﮫ وﺟﻠﺲ ﻣﻦ رﺑﻚ ؟:ﺳﺄﻟﮫ أﺣﺪھﻤﺎ .. ﻣﻦ ﻧﺒﯿﻚ ؟.. ﻣﺎ دﯾﻨﻚ ؟: ﻋﺎد اﻟﻤﻠﻚ ﯾﺴﺄﻟﮫ..ﻓﻮﺟﻰء ﻣﺴﺮور ﺑﺎﻟﺴﺆال .. ﻋﻘﺪ اﻟﺨﻮف ﻟﺴﺎﻧﮫ ﻓﻠﻢ ﯾﻘﻞ ﺷﯿﺌﺎ..ﻟﻢ ﯾﺮد ﻣﺴﺮور ﺑﺸﻲء ..أﺷﺎر أﺣﺪ اﻟﻤﻼﺋﻜﺔ إﻟﻰ اﻷﻣﺎم وأﻣﺮه أن ﯾﻨﻈﺮ ﻋﺎد دﻣﮫ ﯾﺘﺠﻤﺪ..ﻧﻈﺮ ﻣﺴﺮور ﻓﺸﺎھﺪ ﺑﺆرة ﺟﺤﯿﻤﯿﺔ ﻣﻦ اﻟﻨﺎر اﻟﻤﺸﺘﻌﻠﺔ ..ﻣﻦ اﻟﺮﻋﺐ ﻣﺮة أﺧﺮى ؟.. ﻣﺎ ھﺬه:ﺳﺄل ﻣﺴﺮور ... ھﺬه ھﻲ اﻟﺤﻄﻤﺔ:ﻗﺎل اﻟﻤﻠﻚ (Ahmad Bahjat 1984: 35-36) Teks ini diterjemahkan kepada: Sebaik sahaja Masrur memasuki kuburnya, maka dinding kubur pun menimpanya. Lantas dia meraung. Laungan dahsyat tanpa
suara. Raungan itu menakutkan binatang-binatang di kawasan tersebut hinggakan binatang-binatang juga turut menggeletar. Tiba-tiba Masrur mendapati dua orang berada di dalam kuburnya. Dia didudukkan oleh kedua orang itu. Kain kafannya terjatuh dari bahunya. Dia pun duduk. “Siapakah Tuhan kamu?” tanya salah seorang daripada kedua orang itu. Masrur terperanjat dengan pertanyaan itu. “Apakah agama kamu? Siapa Nabi kamu?” Malaikat itu kembali bertanya. Masrur tidak dapat menjawab apa-apa. Lidahnya kelu ketakutan. Dia tidak dapat mengucapkan apa-apa. Seorang Malaikat menunjukkan ke hadapan dan memerintah Masrur supaya memandang. Masrur melihat sebuah lubang api neraka yang bernyala-nyala. Darahnya kembali beku kerana ketakutan lagi. “Apa itu?” tanya Masrur. “Itulah neraka Hutamah,” jawab Malaikat. (Nahmar Jamil 1987: 23)
Peristiwa ini berlaku di dalam kubur, apabila sebaik sahaja Masrur masuk ke dalmnya, dinding kubur runtuh menimpanya, menyebabkan dia melaung dan menjerit ketakutan. Kemudian dia didudukkan oleh dua orang malaikat. Apabila Masrur ditanya mengenai tuhan, agama dan nabinya, dia tidak dapat menjawab. Dan ketika ditunjukkan lubang api yang bernyala-nyala, Masrur ketakutan hinggakan darahnya menjadi beku. Peristiwa ini berjaya digambarkan dengan baik oleh Nahmar. Pembaca boleh memahami terjemahan dengan baik dan lancar. Padanan terjemah yang digunakan juga tepat dan sesuai dengan konteks situasi peristiwa itu. Contoh 7: :أﺷﺎر أﺣﺪ اﻟﻤﻠﻜﯿﻦ إﻟﻰ اﻷﻣﺎم وﻗﺎل ﻟﻤﻘﺮور ..اﻧﻈﺮ أﻣﺎﻣﻚ ﻧﻈﺮ ﻣﻘﺮور ﻓﺮأى اﻟﺤﺪﯾﻘﺔ اﻟﺨﻀﺮاء واﻟﻘﺼﺮ اﻟﻌﻈﯿﻢ اﻟﻠﺬﯾﻦ رآھﻤﺎ ﻓﻲ : اﻟﺘﻔﺖ ﻣﻘﺮور إﻟﻰ اﻟﻤﻠﻚ وﺳﺄل..اﻟﺮؤﯾﺎ ﻣﺎ ھﺬا أﯾﮭﺎ اﻟﻤﻠﻚ اﻟﻜﺮﯾﻢ ؟ . ھﺬا ﻣﻜﺎﻧﻚ ﻓﻲ اﻟﺠﻨﺔ:ﻗﺎل اﻟﻤﻠﻚ :ﺳﺎل ﻣﻘﺮور اﻟﻤﻠﻜﯿﻦ وھﻮ ﯾﺤﺲ ﺑﻔﺮﺣﺔ طﺎﻏﯿﺔ ھﻞ ﻗﺒﻞ ﷲ ﺗﻮﺑﺘﻲ ؟ : وﻗﺎل ﻟﮫ أﺣﺪھﻤﺎ، ﻟﻢ ﯾﺠﺒﮫ اﻟﻤﻠﻚ ..ﻋﺪ اﻵن إﻟﻰ اﻟﻤﻮت ﺑﺄﻣﺮ ﷲ وﻋﺎد ﻣﻘﺮور ﯾﺘﺤﻮل إﻟﻰ اﻟﺮﻣﺎد اﻟﺬي ﻛﺎن ﻋﻠﯿﮫ ﻗﺒﻞ أن ﯾﺴﺄﻟﮫ .. ﻋﺎد ﯾﻔﻘﺪ وﻋﯿﮫ..اﻟﻤﻼﺋﻜﺔ (Ahmad Bahjat 1984: 38) Terjemahannya: Seorang daripada kedua Malaikat itu menunjukkan ke hadapan. “Pandang ke hadapan anda,” katanya kepada Makrur. Makrur memandang, dilihatnya sebuah taman hijau dan sebuah istana besar yang dilihatnya dalam mimpi. Makrur berpaling kepada Malaikat. “Apakah itu wahai Malaikat yang mulia alKarim?” tanyanya. “Itu tempat anda dalam syurga,” jawab Malaikat. Kerana kegembiraan yang tidak terhingga, Makrur bertanya kepada kedua Malaikat itu. “Adakah Allah telah menerima taubat saya?” Malaikat itu tidak menjawab. Seorang daripada keduanya berkata, “Sekarang, dengan perintah Allah kita kembali kepada maut.” Makrur kembali menjadi abu semula sebelum ditanya oleh kedua Malaikat itu. Dia kembali hilang tidak disedarinya. (Nahmar Jamil 1987: 25)
254
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Petikan ini menceritakan keadaan Makrur di dalam kuburnya, apabila dia didatangi oleh dua orang Malaikat dan menunjukkan kepadanya tempat tinggalnya di syurga. Penterjemah telah berjaya melukiskan peristiwa itu dengan baik. Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis asal telah dilaksanakan dengan memuaskan, tetapi walau bagaimanapun terdapat sedikit kesilapan terjemah, apabila ayat ﻣﺎ ھﺬا أﯾﮭﺎ اﻟﻤﻠﻚ اﻟﻜﺮﯾﻢditerjemahkan kepada “Apakah itu wahai Malaikat yang mulia alKarim?, ayat .. ﻋﺪ اﻵن إﻟﻰ اﻟﻤﻮت ﺑﺄﻣﺮ ﷲditerjemahkan kepada “Sekarang, dengan perintah Allah kita kembali kepada maut.”, ayat وﻋﺎد ﻣﻘﺮور ﯾﺘﺤﻮل إﻟﻰ اﻟﺮﻣﺎد اﻟﺬي ﻛﺎن ﻋﻠﯿﮫ ﻗﺒﻞ أن ﯾﺴﺄﻟﮫ اﻟﻤﻼﺋﻜﺔditerjemahkan kepada Makrur kembali menjadi abu semula sebelum ditanya oleh kedua Malaikat itu, dan ayat ﻋﺎد ﯾﻔﻘﺪ وﻋﯿﮫ diterjemahkan kepada Dia kembali hilang tidak disedarinya. Perkataan al-karim dalam ayat Apakah itu wahai Malaikat yang mulia al-Karim, sebaiknya digugurkan sahaja, kerana padanannya sudah ada, iaitu mulia. Lagipun, apabila perkataan ini ditambah, ia membuatkan pembaca susah memahaminya. Ayat Sekarang, dengan perintah Allah kita kembali kepada maut, sebaiknya diubah kepada Sekarang, dengan perintah Allah kembalilah kamu semula kepada maut, dan ayat Makrur kembali menjadi abu semula sebelum ditanya oleh kedua malaikat itu sepatutnya ditambah perkataan seperti sebelum perkataan sebelum. Jadi, terjemahannya akan berbunyi; Makrur kembali menjadi abu semula, seperti sebelum ditanya oleh kedua malikat itu. Manakala ayat Dia kembali hilang tidak disedarinya, sebaiknya diubah kepada Dia kembali hilang; tidak sedarkan diri. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, terjemahan ini boleh dibaca dan difahami oleh pembaca sasaran. Contoh 8: إن اﻟﺮﻋﺐ اﻟﺬي ﯾﺼﻔﺮ ﻓﻲ ﺻﺪره ﯾﺠﻌﻞ ﻋﻮﯾﻞ اﻟﺮﯾﺎح اﻟﺸﺘﺎﺋﯿﺔ وﺳﻂ .اﻟﻐﺎﺑﺎت ﺷﺪﯾﺪ اﻹﯾﻨﺎس إذا ﻗﯿﺲ إﻟﻰ ﻋﻮﯾﻞ اﻟﺨﻮف ﻓﻲ ﻧﻔﺴﮫ وأﻧﮫ ﺳﯿﺤﺎﺳﺐ، أدرك ﻣﺴﺮور أﻧﮫ ﯾﻘﻒ ﻣﻮﻗﻒ ﻣﺤﺎﻛﻤﺔ ﺑﯿﻦ ﯾﺪي ﷲ ﻟﻘﺪ ﻋﺎش وﻣﺎت وﺑﻌﺚ وھﺎھﻮ ﯾﻘﻒ، ﯾﻌﺪ ﻗﻠﯿﻞ ﻋﻦ ﻛﻞ ﺟﺮاﺋﻤﮫ ﻟﻢ ﯾﻜﻦ ﯾﺘﻮﻗﻒ، ﻟﻢ ﺗﻜﻦ ھﺬه اﻟﺤﻘﯿﻘﯿﺔ ﺗﻌﺮض ﻟﮫ ﻓﻲ ﺣﯿﺎﺗﮫ..ﻟﻠﺤﺴﺎب ﻟﻢ ﯾﻜﻦ، ﻛﺎن ﻣﺸﻐﻮﻻ ﺑﺎﻟﺴﻠﻄﺔ واﻟﺤﻜﻢ واﻟﺬھﺐ واﻟﮭﻮى، ﻋﻨﺪھﺎ وﺑﺪأ اﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﯾﺴﻠﻤﻮن...ﯾﺼﺪق أن ﻣﺎ ﯾﺤﺪث ﻟﮫ اﻵن ﯾﻤﻜﻦ أن ﯾﺤﺪث وﻣﺪ ﻣﺴﺮور ﯾﺪه وراء، أھﻞ اﻟﺤﺸﺮ ﻣﻦ اﻹﻧﺲ واﻟﺠﻦ ﻛﺘﺐ أﻋﻤﺎﻟﮭﻢ ﻛﺘﺎﺑﺎ ﯾﻌﺮض..ظﮭﺮه ﻓﻮﺿﻊ ﻓﯿﮭﺎ ﻣﻼﺋﻜﺔ اﻟﺤﺴﺎب ﻛﺘﺎﺑﺎ ﻏﺮﯾﺒﺎ ﻣﻦ ﯾﻮم وﻻدﺗﮫ إﻟﻰ ﺳﺎﻋﺔ، ﺑﺎﻟﺼﻮت واﻟﺼﻮرة ﻛﻞ دﻗﺎﺋﻖ ﺣﯿﺎة اﻟﻤﺮء .ﻣﻮﺗﮫ (Ahmad Bahjat 1984: 58) Terjemahannya: Ketakutan yang bersiul dalam dadanya menjadikan raungan angin musim dingin di tengah-tengah hutan amat jinak jika dibandingkan dengan raungan ketakutan dalam dirinya sendiri. Masrur sedar bahawa dia berdiri di tempat mahkamah keadilan di hadapan Allah. Tidak lama lagi Allah akan menghitung hisabkan segala jenayahnya. Dia telah hidup, mati dan dibangkitkan. Sekarang dia berdiri untuk dihitung-hisabkan. Hakikat ini tidak pernah ditemui dalam hidupnya. Dia tidak pernah berhenti untuk memikirkannya. Dia amat sibuk dengan kuasa, negara, emas dan nafsu. Dia tidak pernah percaya bahawa apa yang sedang berlaku
kepadanya sekarang boleh berlaku. Malaikat mulai menyerahkan warga-warga Padang Mahsyar daripada manusia dan jin kitab amalan mereka. Masrur menyembunyikan tangan di belakangnya. Lantas malaikat penghitung hisab meletakkan sebuah kitab aneh di tangannya. Sebuah kitab yang memperlihatkan suara dan gambar setiap detik hidup manusia. Dari hari lahir hingga ke saat kematiannya. (Nahmar Jamil 1987: 43-44)
Petikan ini menceritakan keadaan manusia di hari pembalasan apabila mereka dihadapkan ke muka pengadilan dan diserahkan buku amalan mereka. Ahmad Bahjat telah menggambarkan peristiwa ini dengan jayanya. Begitu juga Nahmar. Beliau telah berjaya memindahkan peristiwa ini dengan baik kepada pembaca sasarannya, cuma dalam menterjemahkan petikan ini, terdapat beberapa padanan terjemah yang digunakan kurang tepat. Misalnya, perkataan ﯾﺼﻔﺮdalam ayat إن اﻟﺮﻋﺐ اﻟﺬي ﯾﺼﻔﺮ ﻓﻲ ﺻﺪرهdipadankan dengan bersiul, sedangkan kalau dikaitkan dengan konteks di sini, perkataan bersiul tidak sesuai (walaupun makna kamusnya betul), kerana bersiul biasanya dikaitkan dengan kegembiraan dan kebahagiaan dalam budaya Melayu, sedangkan dalam teks asal, konteksnya adalah berbeza. Masrur dalam ketakutan, bukannya dalam kebahagiaan. Jadi, perkataan ini boleh sahaja dipadankan dengan bergema/bergaung/berbunyi. Ketidaktepatan yang kedua boleh dilihat dalam ayat ﻟﻢ ﯾﻜﻦ ﯾﺘﻮﻗﻒ ﻋﻨﺪھﺎyang diterjemahkan kepada Dia tidak pernah berhenti untuk memikirkannya, sedangkan makna sebenarnya ialah Dia tidak pernah terlintas untuk memikirkannya. Contoh 9: ..ﺳﻤﻊ ﻣﺴﺮور ﺻﻮت أﺑﻮاب اﻟﻨﺎر وھﻲ ﺗﻐﻠﻖ ﺗﻘﻄﻊ ﻗﻠﺒﮫ ﯾﺄﺳﺎ واﻧﻘﻄﻊ اﻟﺮﺟﺎء ﻣﻨﮫ، وأدرك أﻧﮫ ﻟﻦ ﯾﺨﺮج ﻣﻨﮭﺎ أﺑﺪا .. وﻻ ﻣﺨﺮج ﻟﮫ ﻣﻨﮭﺎ وﻻ ﻣﺤﯿﺺ ﻟﮫ ﻣﻦ ﻋﺬاﺑﮭﺎ، وﻋﻠﻢ أن ﻻ ﻓﺮج ودوام ﻟﻠﺤﺮﯾﻖ ﻓﻼ روح وﻻ، وﻋﺬاب ﺑﻼ زوال، ﺧﻠﻮد ﺑﻼ ﻣﻮت وأوﺟﺎع ﻻ، وﺳﻘﻢ ﻻ ﯾﺒﺮأ، وھﻤﻮم ﻻ ﺗﻨﻔﺪ، أﺣﺰان ﻻ ﺗﻨﻘﻀﻰ، راﺣﺔ ، وﻋﻄﺶ ﻻ ﯾﺮوون ﯾﻌﺪه، وأﻏﻼل ﻻ ﺗﻔﻚ، وﻗﯿﻮد ﻻ ﺗﺤﻞ، ﺗﺸﻔﻰ وﻻ ﺷﻲء ھﻨﺎ، وﺟﻮع ﻻ ﯾﺸﺒﻌﻮن ﻣﻨﮫ، وﻛﺮب ﻻ ﯾﺴﺘﺮﯾﺤﻮن ﻣﻨﮫ .. وھﻮ طﻌﺎم ﯾﺄﻛﻞ اﻟﺤﻠﻖ ﺑﺪل أن ﯾﺄﻛﻠﮫ اﻹﻧﺴﺎن، ﺳﻮى ﺷﺠﺮة اﻟﺰﻗﻮم ..وﯾﺴﺘﻐﯿﺚ ﺑﺎﻟﺸﺮاب ﻓﯿﺴﻘﻰ ﻣﻦ ﺣﻤﯿﻢ ﯾﺸﻮي ﺟﻠﺪه وﯾﻤﺰق أﻣﻌﺎءه (Ahmad Bahjat 1984: 75) Terjemahannya: Masrur mendengar bunyi beberapa buah pimtu neraka ditutupkan. Dia sedar bahawa dia tidak akan dapat keluar darinya lagi. Hatinya remuk putus asa dan harapannya putus. Dia tahu bahawa tidak ada helah lagi, tidak ada jalan keluar dan tidak ada sekatan dari keazabannya. Khulud, tiada maut. Azab tiada lenyab. Kebakaran selama-lamanya, tiada roh dan tiada rehat. Kesedihan tiada kesudahan. Kemurungan berkekalan. Penyakit tiada ubat. Sakit tanpa sembuh. Ikatan tiada terurai. Rantai tiada terputus. Dahaga tiada terpuas. Kesusahan tidak menyenangkan. Lapar tidak terkenyang. Tidak ada apa-apa di sini kecuali pokok Zakkum iaitu makanan yang memakan kerongkong, bukan manusia memakannya. Dia meminta minuman, lantas diberikan air panas Hamin yang memanggang kulitnya dan memutuskan usus-usus perutnya. (Nahmar Jamil 1987: 58-59)
Petikan ini juga berjaya diterjemahkan dengan baik, cuma terdapat sedikit kesilapan dalam terjemahan ayat ﻓﻼ روح وﻻ راﺣﺔ. Perkataan روحdipadankan
255
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
dengan roh, dan padanan ini tidak tepat kerana makna روح dalam ayat ini ialah kenikmatan/ketenteraman. (Kamus Besar ArabMelayu Dewan 2006: 985). Jadi, padanan yang tepat untuk ayat ini ialah tiada ketenteraman dan tiada kerehatan, bukannya tiada roh dan tiada rehat.
berusaha memastikan kesan teks sumber dapat dirasai oleh pembaca teks sasaran, sama seperti yang dirasai oleh pembaca teks asal. Walaupun terdapat sedikit ketidaktepatan terjemah kerana penggunaan padanan yang kurang tepat, tetapi secara keseluruhannya terjemahan ini baik dan menyeronokkan.
Contoh 10: .وﺻﻞ ﻣﻘﺮور إﻟﻰ ﺑﺎب اﻟﺠﻨﺔ ﻣﻊ وﻓﺪ اﻟﻤﺘﻘﯿﻦ ﻟﻢ. ﺳﻼم ﻋﻠﯿﻜﻢ طﺒﺘﻢ ﻓﺎدﺧﻠﻮھﺎ ﺧﺎﻟﺪﯾﻦ:ﻓﺘﺤﺖ أﺑﻮاﺑﮭﺎ وﻗﺎل ﻟﮭﻢ ﺧﺰﻧﺘﮭﺎ ...ﯾﻜﺪ ﻣﻘﺮور ﯾﺪﺧﻞ ﺣﺘﻰ أﻋﻄﻰ ﻛﺄﺳﺎ ﻣﻦ اﻟﺸﺮاب ..ﻛﺎن ﯾﺤﺲ ﺑﻌﻄﺶ ..ﻟﻢ ﯾﻜﺪ ﯾﺸﺮب اﻟﻜﺄس ﺣﺘﻰ أﺣﺲ أﻧﮫ ﯾﺘﻐﯿﺮ ...ﺗﻐﯿﺮ داﺧﻠﮫ ﺷﻲء وأﺣﺲ أﻧﮫ ﯾﻮﻟﺪ ﻣﻦ ﺟﺪﯾﺪ وأﻧﮫ ﯾﻨﺸﺄ..ارﺗﻮى ﻓﺠﺄة ﺑﺤﯿﺎة ﻣﻦ ﻟﻮن ﺟﺪﯾﺪ ...ﻧﺸﺄة أﺧﺮى ﻛﺎن ﯾﺮى، إن ﺣﻮاﺳﮫ اﻟﻘﺪﯾﻤﺔ ﺗﺒﺪو ﻟﮫ اﻵن ﺷﺎﺣﺒﺔ وﻣﻀﺒﺒﺔ وﻏﺎﺋﻤﺔ .ﻓﻲ اﻟﺪﻧﯿﺎ وﻟﻜﻦ رؤﯾﺘﮫ اﻟﯿﻮم ﻣﺨﺘﻠﻔﺔ وﻛﺎن ﯾﺤﺲ ﻓﻲ اﻟﺪﻧﯿﺎ وﯾﺘﺬوق وﻟﻜﻦ إﺣﺴﺎﺳﮫ وذوﻗﮫ اﻟﯿﻮم ﯾﻘﻤﻌﺎن ..وﯾﻌﻠﻮان وﯾﺘﺴﻌﺎن ..راح ﯾﺘﺄﻣﻞ ﺗﺮاب اﻟﺠﻨﺔ ﺛﻢ ﻻﺣﻆ أن، أو ھﻜﺪا ﺧﯿﻞ إﻟﯿﮫ، ﻛﺎﻧﺖ أرﺿﮭﺎ ﻣﻦ اﻟﻔﻀﺔ اﻟﺨﺎﻟﺼﺔ ..ﺗﺮاﺑﮭﺎ ﻣﺴﻚ أذﻓﺮ وزﻋﻔﺮان (Ahmad Bahjat 1984: 76)
KESIMPULAN Sumbangan Nahmar Jamil dalam menterjemahkan teks sastera Arab ke bahasa Melayu tidak boleh dinafikan lagi. Kewujudan karya-karya terjemahan ini telah membantu masyarakat tempatan yang tidak boleh berbahasa Arab menikmati karya tersebut dan seterusnya memperoleh ilmu dan maklumat yang terkandung dalam teks asal. Kewujudan karya terjemahan ini juga membuka ruang untuk para pengamal terjemahan Arab-Melayu berkongsi ilmu dan mendapatkan pengalaman menterjemah orang lain, dan juga membuka ruang untuk membolehkan kajian mengenai teori dan amali terjemahan dilakukan. RUJUKAN
Terjemahannya: Makrur sampai ke pintu syurga bersama kumpulan para muttaqin. Beberapa pintunya telah dibuka. Para malaikat al-Khaza’in menyambut mereka lalu berkata, “Assalamualaikum, berbahagilah kamu. Masuklah kamu ke dalamnya abadi.” Sebaik sahaja Makrur masuk, dia diberikan segelas minuman. Dia berasa dahaga. Sebaik sahaja minum gelas itu, dia berasa dirinya telah berubah. Sesuatu telah berubah dalam dirinya. Tiba-tiba dia berasa puas dengan warna hidup baru. Dia berasa dirinya menjadi manusia baru. Dia diciptakan sebagai manusia baru. Sekarang kelihatan kepadanya, pancaindera lamanya pucat, kelabu dan suram. Dia melihat di dunia, tetapi pemandangannya sekarang berbeza. Dia meraba dan merasa di dunia, tetapi rabaan dan perasaan sekarang mengecil, meninggi dan meluas. Dia terus merenungi tanah syurga. Tanahnya dari logam perak tulin atau begitulah terfikir kepadanya. Kemudian kelihatan tanahnya wangi, harum dan berwarna kuning muda… (Nahmar Jamil 1987: 59)
Nahmar telah berjaya memindahkan teks di atas dengan baik dan mengkagumkan. Gambaran yang digambarkan dalam teks asal berjaya dipindahkan sama seperti asal. Kesannya juga sama. Emosi gembira yang terkandung dalam teks asal juga dapat dirasai dalam teks sasaran. Daripada 10 petikan di atas, didapati bahawa secara keseluruhannya didapati bahawa Nahmar telah menterjemahkan Masrur wa Maqrur secara bebas, bukannya secara harfiah. Kalau mengikut Peter Newmark (1992: 61), terjemahan sebegini boleh dimasukkan dalam kategori terjemahan komunikatif, iaitu terjemahan yang berfungsi memudahkan pembaca sasaran memahami teks terjemahan tanpa perlu bersusah payah. Hal ini kerana penterjemah lebih memberi perhatian kepada pembaca sasaran dengan mengemukakan satu bentuk terjemahan yang mudah dibaca, dan mudah difahami. Pada masa yang sama, penterjemah juga
Ahmad Shafiq Bahjat. (Atas Talian). Telah dimuat turun pada 9 November 2011, dari http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A3%D8%AD %D9%85%D8%AF_%D8%B4%D9%81%D9% 8A%D9%82_%D8%A8%D9%87%D8%AC%D 8%AA Bahjat, Ahmad. 1984. Masrur wa Maqrur. Kaherah: Matba`ah Nahdah Misr. Bahjat, Ahmad. 1987. Masrur dan Makrur. Terj. Nahmar Jamil. Shah Alam, Selangor: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd. Institut Terjemahan Negara Malaysia. 2011. Siaran Media Majlis Pelancaran Buku sastera Terkini dan Salam Aidilfitri. (Atas Talian). Telah dimuat turun pada 4 November 2011, dari http://www.itnm.com.my/article/siaran_media_m ajlis_pelancaran_buku_sastera_terkini_itnm_dan _salam_aid/ Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Maheram Ahmad. 2008. Permasalahan penterjemahan Arab-Melayu: satu analisis teks sastera. Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya. Muhammad Bukhari Lubis et al. 1993. Bibliografi terjemahan karya Arab 1957-1992. Muhammad Fauzi Jumingan. 2003. Penterjemahan bahasa figuratif Arab-Melayu: satu analisis teori relevans. Disertasi Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. Newmark, Peter. 1992. Pendekatan penterjemahan. Terj. Zainab Ahmad & Zaiton Ab. Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
256
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Suhendra Yusuf. 1994. Teori terjemah: pengantar ke arah pendekatan linguistik dan sosiolinguistik. Bandung: Penerbit Mandar Maju. Utusan Online. Arkib: 1/05/2002. Nahmar Jamil Penerima tokoh 3P. (Atas Talian). Telah dimuat turun pada 4 November 2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=20 02&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Saste ra&pg=sa_02.htm
Utusan Online. Arkib: 16 Mei 1998. Nahmar jamil bangga penulis diberi penghargaan. (Atas Talian). Telah dimuat turun pada 4 November 2011, dari http://www.utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=1998&dt=0516&pub=utusan_ malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm&arc =hive
257