SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
1249/2 Sejarah Kertas II
SEJARAH TINGKATAN 4 SOALAN DAN JAWAPAN BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA Tajuk : Khalifah Soalan Struktur Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah. (a) Apakah maksud khalifah ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143) o o
Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam. [2 markah]
(b) Senaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu dicalonkan sebagai Khalifah. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143) o o o o o o o o o o o
Lelaki yang merdeka Beragama Islam Memilki pengetahuan tentang Islam Mematuhi perintah Allah Sanggup melaksanakan hukum Allah Bersifat adil Mempunyai akhlak yang baik Tubuh yang sihat dan sempurna Berfikiran cerdas Warak Pandai mentadbir kerajaan [11 x 1m = Mak. 3 markah]
c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah yang diamalkan dalam Islam. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143) o o o
Melalui musyawarah / syura Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu Pemilihan daripada beberapa orang calon 1
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
o
1249/2 Sejarah Kertas II
Pencalonan oleh sekelompok masyarakat [4 x 1m = Mak. 2 markah]
(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144) o o o o o o o o o o o o
Memelihara kedudukan agama Islam Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah Memastikan kelicinan pentadbiran negara Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara Menjaga kebajikan rakyat Menjaga dan meneruskan najaran Allah Mengekalkan perpaduan ummah Memantapkan sistem perundangan Islam Menguruskan kewangan negara Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat. [12 x 1m = Mak. 3 markah]
Tajuk : Sumbangan Khulafa al-Rasyidin Soalan Esei (a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam semasa beliau menjadi Khalifah ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144 - 146)
Murtad - Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad. Ar-Riddah - Memerangi golongan ar-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan membayar zakat. Ancaman - Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom. Tentera - Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Wilayah - Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran. Amir - Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah. Gaji - Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera. 2 Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
1249/2 Sejarah Kertas II
Mawali - Menjaga hak rakyat golongan mawali Al-Quran - Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran. [9 x 2m = Mak. 8 markah] (b) Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai “zaman keemasan kerajaan Islam” di Madinah ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 146 147)
Dasar - Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Syura - Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin. Gabenor - Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam. Panglima - Melantik panglima tentera. Jabatan - Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiausaha - Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan. Kehakiman - Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain. Gaji - Hakim dibayar gaji lumayan. Pengajaran - Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid. Guru - Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Kalendar - Memperkenalkan kalendar Hijrah. Susun - Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Markas - Membina markas tentera dan kubu pertahanan. Seragam - Tentera diberi pakaian seragam Terusan - Membina terusan untuk tujuan pertanian Teroka - Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar. Cukai - Memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Baitulmal - Mendirikan Baitulmal. 3 Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
1249/2 Sejarah Kertas II
[18 x 2m = Mak. 12 markah]
Tajuk : Kerajaan Turki Uthmaniyah / Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia Soalan Esei (a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163)
Constantinople - Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam. Akidah - Pegangan akidah yang kukuih dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam. Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi. Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden. Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari. Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat. Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil. Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam. Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian. Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka. Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam. Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan. Sufi - Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam. [13 x 2m = Mak. 12 markah]
(b) Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ? 4 Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
1249/2 Sejarah Kertas II
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 164)
Perdagangan - Perdagangan dan perniagaan menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun
lain.
China - Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China. Diplomatik - Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam di Valencia dan Rhonda.
Cordova,
Cara hidup - Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran. Penaklukan - Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan. Parsi - Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi. Eropah - Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan tamadun Eropah / Rom. Kebudayaan - Pertembungan tamadun berlaku kerana wujudnya pertembungan kebudayaan Islam dengan kebudayaan lain. Mozarab - Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab / orang tempatan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab. Intelektual - Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual. Ilmu - Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan intelektual Islam. [11 x 2m = Mak. 8 markah]
5 Nag2oO9