MYNETWORK TECHNOLOGY
PILIHAN ANDA YANG TEPAT!!!! Kami sedia berkongsi pengalaman dan memberi peluang perniagaan kepada anda untuk memulakan atau menjalankan perniagaan Wifi samada di asrama, kolej, universiti, politeknik, kawasan perumahan, kondominium dan apartment ataupun dimana saja. Kami di MYNETWORK TECHNOLOGY akan menerangkan konsep perniagaan WiFi secara ringkas untuk memudahkan anda memahaminya. Anda akan ditunjuk mengenai plan perniagaan, pengiraan kos operasi dan kos memulakan perniagaan WiFi serta perbandingan dengan perniagaan cyber cafe. Ia juga lengkap dengan penerangan secara ringkas sistem yang kami sediakan dan juga sebab mengapa anda perlu memilih MYNETWORK TECHNOLOGY serta kelebihan sistem kami berbanding sistem perniagaan Hotspot yang lain.
PENGENALAN KEPADA MYNETWORK TECHNOLOGY MYNETWORK TECHNOLOGY menyediakan perkhidmatan pemasangan Wireless Internet (WiFi) secara Sistem Terbuka dimana sistem ini membolehkan anda menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar di permis anda dan membolehkan pelanggan atau pekerja anda menggunakan internet tanpa wayar dari laptop ataupun gadget persendirian. Sistem yang dibina oleh kami berlandaskan sistem mikrotik yang berupaya menjalankan sistem WIFI Hotspot dan pelbagai lagi dalam bidang networking. Kepakaran kami di MYNETWORK TECHNOLOGY ialah menyediakan penyelesaian dengan penjimatan kos paling minimum dari Kos Perniagaan Hotspot yang lain. Antara premis pelanggan yang memasang sistem daripada kami adalah
Menara Pejabat Kondominium Hotel dan Resort Apartment Universiti Kolej Kediaman Politeknik Kolej Komuniti Pusat Latihan/Kem Asrama
Keupayaan Liputan Sistem daripada MYNETWORK TECHNOLOGY adalah
Bangunan Tinggi (Vertical Networking) Bangunan Berselerak (Resort, Kem, Sekolah, Universiti, Kolej) Kawasan Berbukit‐Bukau dan Hutan Kawasan Luas (Taman Negara) Kawasan Tanpa Bekalan Elektrik (100% Solar Power + Satellite ISP)
KONSEP
PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WiFi
Perniagaan Perkhidmatan WiFi pada asasnya menyerupai konsep perniagaan Cyber Cafe, ia merupakan perniagaan menyediakan perkhidmatan internet dengan mengenakan sewa tertentu kepada pengguna yang ingin menggunakan internet di dalam kawasan liputan WiFi yang telah ditentukan oleh pemiliknya. Kebiasaannya lokasi yang sesuai untuk menjalankan perniagaan ini adalah seperti universiti, politeknik, kolej, asrama dan sebagainya. Bagi perniagaan Cyber Cafe, pemilik mengenakan caj bayaran sewa mengikut jumlah bilangan jam yang telah digunakan oleh pengguna. Manakala untuk perniagaan perkhidmatan wifi, pemilik akan mengenakan caj bayaran sewa mengikut hari atau bulan yang ingin digunakan oleh pengguna dengan menggunakan USER ID dan PASSWORD. USER ID ini tidak boleh dikongsi oleh pengguna lain. Sekiranya berkongsi, talian internet akan diputuskan secara automatik. Dari segi modal pendahuluan, perniagaan perkhidmatan wifi adalah lebih menjimatkan, ini kerana pemilik tidak perlu menyediakan komputer untuk kegunaan pengguna kerana pengguna akan menggunakan Laptop, PC atau gadget persendirian untuk melayari internet. Perniagaan ini juga tidak memerlukan premis khusus untuk menjalankan perniagaan kerana pengguna dapat menggunakan internet selagi mereka berada di dalam liputan wifi yang disediakan oleh pemilik perkhidmatan wifi. Pemilik perkhidmatan wifi hanya perlu meyediakan liputan wifi di kawasan sasaran pengguna seperti blok kediaman, kafeteria, dewan, bilik bacaan atau lain‐lain lokasi yang mempunyai pengguna. Jumlah pengguna yang menggunakan sistem akan bergantung kepada luas liputan wifi yang disediakan serta kepantasan sistem internet yang disediakan.
Liputan sistem wifi disediakan dengan memasang alat Akses Point(AP) pada lokasi‐lokasi tertentu dan startegik untuk memastikan mendapat liputan yang maksimum dengan kos yang terendah. AP tersebut kemudiannya akan disambung pada modem pembekal Internet Service Provider (ISP) untuk mendapatkan talian internet. Seterusnya, AP ini akan memancarkan gelombang wifi ke kawasan yang telah ditentukan untuk kegunaan pengguna. Namun demikian, pemasangan sistem dari MYNETWORK TECHNOLOGY amat sesuai bagi kawasan yang luas dan mempunyai jumlah pengguna yang ramai . Pemasangan sistem perniagaan perkhidmatan wifi yang lain melibatkan kos pelaburan yang tinggi dan sukar untuk diuruskan kerana ia memerlukan penyelia sepanjang masa untuk melakukan tugas penyeliaan. Kepakaran kami di MYNETWORK TECHNOLOGY dapat menyelesaikan masalah pemasangan dan juga menjimatkan kos pelaburan. Mempunyai sistem perkhidmatan wifi daripada MYNETWORK TECHNOLOGY merupakan langkah yang bijak kerana kami menyediakan sistem yang ringkas, stabil, pantas dan mudah digunakan serta senang diuruskan. Kami mampu melakukan pemasangan WiFi dikawasan luas dan sukar dengan penjimatan paling minimum berbanding dengan sistem perkhidmatan wifi lain yang melibatkan kos pelaburan yang tinggi.
Perbezaan kos diantara perniagaan cyber cafe dengan Wifi Hotspot
Cyber Cafe
Return Of Investment (ROI) Investment = RM50,000 (Komputer, Renovation Kedai, dan lain‐lain) 15 Komputer x RM2 sejam x 5 jam penggunaan komputer = RM150 sehari x 30 hari = RM4,500 Kos Operasi : RM140 = streamyx (internet line) RM1,000 = elektrik RM1200= sewa kedai RM1,600 = pekerja Jumlah = RM3,740 Keuntungan = RM4,500 – RM3,740 = RM560 sebulan
WIFI Hotspot Return of Investment (ROI) Investment = tertakluk kepada pakej RM30 sebulan x 50 users = RM1,500 Kos Operasi : RM140 = streamyx (internet line) RM30 = elektrik Jumlah = RM170 Keuntungan = RM1,500 – RM170 = RM1,330 sebulan
SISTEM WIRELESS INTERNET (WIFI) UNTUK KAWASAN LUAS SEPERTI POLITEKNIK, SEKOLAH DAN ASRAMA Setiap politeknik atau sekolah memiliki makmal komputer lengkap berinternet untuk kegunaan pelajar. Namun demikian pada kebanyakan masa perkhidmatan internet di makmal tidak digunakan pelajar sedangkan perkhidmatan internet tersebut disewa untuk 24 Jam.
Oleh itu menyediakan perkhidmatan pemasangan Wireless Internet WiFi yang mana sistem ini membolehkan pihak politeknik atau sekolah menggunakan sepenuhnya perkhidmatan internet yang terdapat di makmal sekolah secara wireless digunakan pada PC atau Laptop di pejabat, bilik guru, kelas, kantin, dewan dan lain‐lain.
Kelebihan menggunakan sistem kami Dapat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan internet yang disewa untuk 24 jam dari makmal komputer Liputan internet di pejabat, bilik guru, kelas, kantin, dewan, asrama dan juga kuarters kediaman guru 24 jam Penjimatan perbelanjaan bulanan kerana perkhidmatan internet yang sama digunakan di pejabat, kuarters kediaman guru, bilik bacaan dan asrama pelajar. Dapat digunakan melalui laptop dan komputer PC yang sedia ada. Sistem yang mudah dikendalikan. Tidak memerlukan kemahiran atau penyelia khas.
SISTEM WIRELESS INTERNET (WIFI) UNTUK KAWASAN SUKAR SEPERTI HOTEL & RESORT Menyediakan perkhidmatan internet wireless (WiFi) untuk pelanggan hotel atau resort menjadi kemestian bagi sesetengah pemilik hotel atau resort malah pemilik restoran/kopitiam juga memasang sistem ini kerana internet merupakan suatu keperluan harian kerana kebanyakan pelanggan memiliki laptop atau smart phone yang memiliki peranti internet. Bagi pelanggan yang merupakan ahli perniagaan, internet adalah merupakan cara mereka mendapatkan maklumat tentang perniagaan mereka atau memantau perniagaan mereka walaupun ketika berada di luar kawasan “Out Station” atau sedang bercuti. Mereka sentiasa perlu berhubung menggunakan internet malah dapat menguruskan kewangan syarikat dengan menggunakan perbankan internet. Bagi golongan professional terutama golongan muda pula sanggup membayar lebih untuk menginap di hotel atau resort yang menyediakan perkhidmatan internet sebagai tempat penginapan mereka. Internet juga menjadi lebih penting sekiranya pelanggan kita merupakan usahawan internet, blogger atau pelancong asing yang menggunakan internet untuk terus berhubung dengan sesiapa sahaja. Kami di MYNETWORK TECHNOLOGY menyediakan perkhidmatan pemasangan Wireless Hotspot di mana sistem ini membolehkan pelanggan, pekerja malah pihak pengurusan hotel menggunakan perkhidmatan internet secara wireless di mana sahaja lokasi yang anda tentukan sama ada dari lobi, bilik hotel, dewan, bilik mesyuarat, malah hingga ke tapak perkhemahan / “camp site” bagi resort‐resort di kawasan hutan rekreasi .
SISTEM WIRELESS INTERNET (WiFi) UNTUK BANGUNAN BESAR ATAU TINGGI Kebanyakan pejabat dan bangunan kompleks komersil menggunakan perkhidmatan internet samada secara berwayar ataupun tanpa wayar(Wireless). Namun perkhidmatan ini kebanyakannya tidak menyeluruh dan untuk kegunaan persendirian. Ini adalah berpunca dari masalah yang sentiasa dihadapi oleh pemilik premis iaitu kos pemasangan dan penyediaan infrastruktur WiFi yang tinggi dan sukar. Walaupun rata‐rata pemilik permis mampu menyewa talian internet dari pembekal ISP, tetapi malangnya perkhidmatan itu hanya boleh digunakan lokasi tertentu didalam permis mereka akibat tahap “data lost” yang tinggi dalam sistem berkabel atau WiFi biasa. Ini adalah merupakan masalah yang sering dihadapi dalam menyediakan internet untuk kegunaan ramai akibat dari kelemahan sistem LAN/WiFi konvensional. Kami dapat menyediakan perkhidmatan pemasangan Wireless Internet secara Terbuka dimana sistem ini membolehkan pihak pengurusan premis, pekerja dan pelanggan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan internet secara wireless menggunakan PC yang disediakan dan Laptop di lobi, bilik mesyuarat, ruang pejabat, atau dimana sahaja yang mendapat liputan internet sistem ini.
KENAPA PERLU MEMILIH MYNETWORK TECHNOLOGY Sistem kami sungguh mudah dipelajari kerana sistem paparannya yang jelas dan mudah serta mesra pengguna. Anda akan mahir menggunakan sistem ini dalam tempoh yang singkat. Sistem kami juga sangat mudah difahami dan mudah dioperasikan. Anda akan diberikan latihan untuk membolehkan anda mengendalikan dan mengoperasikan sistem kami. Hanya memerlukan pengetahuan ICT yang sangat minimum untuk menjadi ADMIN! Anda tidak perlu mempelajari tentang asas networking, html, xml, php, sql. Sistem ini telah diringkaskan untuk pengguna. Semua paparan dan menu hanya dioperasikan dengan menekan menu yang tersedia. Anda boleh menambah pegguna, menyekat pengguna, menghantar mesej dengan mudah. Oleh itu, sesiapa pun boleh menjadi ADMIN! Tiada masa menjalankan tugas ADMIN untuk mengoperasikan sistem sepenuh masa di lokasi wifi? Jangan bimbang, sistem kami boleh dikawal dari mana sahaja lokasi di seluruh dunia selagi anda mempunyai capaian internet. Peyelenggaraan yang minimum dan tidak pernah melibatkan sebarang kos. Sistem kami amat stabil dan hanya perlu dipasang dengan sempurna serta ditinggalkan tanpa perlu melakukan konfigurasi yang kompleks untuk setiap kali penambahan pengguna dan peralatan ataupun kawasan liputan yang baru. Pemasangan sistem? kami boleh uruskan dan latihan untuk usahawan juga disediakan. Anda tidak perlu risau, segala pemasangan peralatan dan konfigurasi sistem untuk network yang baru akan dilakukan oleh kami. Kami akan menyerahkan sistem yang telah sempurna dan telah bersedia untuk beroperasi. Kami juga menyediakan perkhidmatan latihan dan bantuan didalam talian dengan percuma. Anda juga boleh berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami untuk bantuan dan pertanyaan melalui telefon dan sebagainya.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN SISTEM KAMI
Pelaburan yang kecil dengan manfaat jangka panjang yang besar. Menjimatkan kos dari sistem LAN/WiFi Hotspot yang lain. Penjimatan bagi penyediaan PC di lobi dan penjimatan baikpulih PC. Menjadikan hotel atau resort sebagai tempat yang kondusif bagi mesyuarat, seminar dan kursus. Membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih selesa dan selamat. Sistem yang sangat mudah digunakan serta sangat mudah diurus, tidak memerlukan penyelian sepanjang masa. Kebanyakan maklumat dan data yang ingin dihantar melalui internet disimpan didalam laptop pengguna. Sistem 100% tanpa wayar dari talian ISP hingga ke pengguna. Sistem ini boleh di intergrasikan dengan sistem CCTV IP Kamera membolehkan pemantauan keselamatan dilakukan dimana‐mana lokasi dengan liputan WiFi