MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA
Topik 1 KEMASYRAKATAN MALAYSIA (Minggu 1)
MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:1. Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia. 2.
Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
3.
Menghuraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
4.
Merumuskan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukan negara, institusi pemerintahan, pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.
MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA KOMPONEN PENILAIAN
KUIZ
UJIAN
PENILAIAN BERTERUSAN (PB)
TUGASAN PROJEK
TOPIK 2
5%
10%
TOPIK 3
TOPIK 4
TOPIK 5
5%
10%
10%
20%
PEMBENTANGAN
PENILAIAN AKHIR (PA)
TOPIK 1
TEORI
10%
30%
MARKAH
70%
30%
1.1 MENYATAKAN SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British Pendahuluan • Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua:- golongan pemerintah dan golongan diperintah. • Golongan pemerintah terdiri daripada raja/ sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. • Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.
[email protected]
4
Golongan Pemerintah 1. Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar • Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. • Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. • Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar. • Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri. • Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata • Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja • Menjalinkan hubungan luar. • Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti
[email protected] kendi. 5
Golongan Pemerintah 2. Keluarga Dan Kerabat Diraja • Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja. • Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. • Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. • Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. • Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk • Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja. • Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.
[email protected]
6
Golongan Pemerintah 3. Golongan Bangsawan • Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat • Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. • Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. • Menjadi penasihat/pembesar di daerahdaerah tertentu.
[email protected]
7
Golongan Pemerintah 4. Pembesar Daerah • Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor. • Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah. • Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya. • Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat. • Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. • Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka. • Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.
[email protected]
8
• Golongan Ulama Dan Pendeta 1. Golongan Ulama • Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendekiawan dalam bidang agama. • Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi • Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/ hukum syarak. 2. Golongan Pendeta : • Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. • Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
[email protected] • Merupakan penulis dan perawi diraja.
9
Golongan Diperintah • Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka. 1. Rakyat Biasa • Petani, nelayan, dagang dan tukang. • Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran. • Mengamalkan tradisi gotong-royong. • Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir. • Bebas menjalankan kegiatan ekonomipertanian, perikanan, perlombongan dan
[email protected] 10 perdagangan.
2. Rakyat Asing • Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja. • Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan. • Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit. • Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan
[email protected] tempatan.
11
3. Golongan Hamba • Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotongroyong. • Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya. • Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
[email protected]
12
Terdapat Tiga Jenis Hamba Hamba Raja : • Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain • Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan Hamba Berhutang : • Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa Hamba Biasa : • Menjadi hamba seumur hidup. • Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.
[email protected]
13
Kesimpulan • Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan. • Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. • Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.
[email protected]
14
1.2 MENERANGKAN KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT MAJMUK
1.2.1 Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam
Pendahuluan • Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam Melayu. • Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha. • Menjadi anutan majoriti penduduk. • Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata.
Perubahan Kepercayaan : • Animisme kepada Islam. • Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. • Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. • Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional – mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi. • Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lainlain. • Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.
[email protected]
16
Perundangan dan Peraturan • Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. • Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie. Pentadbiran • Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. • Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. • Alim ulama’
[email protected] penasihat sultan.
17
Pendidikan • Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik. • Terbuka kepada semua golongan masyarakat. • Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati. • Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain. • Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji. • Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam. • Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar. • Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.
[email protected]
18
Bahasa dan Kesusasteraan • Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan. • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf linguafranca. • Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. • Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain. Kesenian Islam • Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain. • Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan. Kesimpulan • Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan
[email protected] Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam.
19
•
•
•
•
•
1.2.2 Penghijrahan Kaum Cina 1.2.3 Penghijrahan Kaum India Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu sejak pertengahan dan penghujung abad ke 19 telah membentuk masyarakat majmuk Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat dengan kehadiran kaum Cina dan India di samping orang Melayu yang sedia ada Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar dan perlombongan serta orang India di kawasan lading. Pada dasarnya, hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan terpisah bersesuaian dengan matlamat dasar “pecah dan perintah”yang diamalkan oleh kerajaan British Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem pendidikan vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut kaum
[email protected]
20
PENILAIAN TOPIK 1 1. Kuiz (5%) – Soalan Objektif 2. Pembentangan (10%) – Penilaian Individu mengikut rubrik yang disediakan dalam Jadual Spesifikasi Ujian.
[email protected]
21
CONTOH LATIHAN PEMBENTANGAN Perkembangan sosio-ekonomi membawa kepada perubahan struktur masyarakat di Tanah Melayu. a. Huraikan bagaimanakah masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu b. Apakah pengetahuan dan iktibar / pembelajaran yang anda perolehi daripada peristiwa kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu? c. Terangkan apakah harapan Negara daripada peristiwa sejarah ini (kewujudan masyarakat majmuk) di tanah air kita dan bagaimanakah anda sebagai seorang individu memainkan peranan dalam memenuhi harapan Negara itu?
[email protected]
22