International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
METODOLOGI SYEIKH DAUD AL-FATANI DALAM KITAB BUGHYAH AL-TULLAB :SATU ULASAN ABDUL AZIS BIN AWANG KECHIK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor.
[email protected] ABSTRAK Sheikh Daud al-Fatani salah seorang ulama dan pengarang terulung di Asia Tenggara. Sumbangan beliau dalam bidang keilmuan di Nusantara khususnya dalam menghasilkan karyakarya Jawi tidak dapat dipertikaikan lagi. Kitab Bughyah al-Tullab merupakan salah satu daripada hasil karya beliau berkaiatan dengan fiqh.Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Daud al-Fatani telah membahagikan perbincangan terhadap kitab tersebut kepada beberapa kitab, bab dan fasal. Segala pembahagian tersebut memberikan kemudahan kepada beliau utuk menjelaskan satu persatu perbincangan dan permasalahan yang akan dibicarakan. Terdapat lima kitab atau tajuk utama yang diperbincangkan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam jilid kedua iaitu Kitab al-Jana'iz, Kitab al-Zakah, Kitab al-Sawm, Kitab al-I‘tikaf dan Kitab al-Hajj wa al'Umrah. Keseluruhan kitab atau tajuk utama ini kemudiannya dibahagikan pula kepada beberapa bab tertentu atau terus melalui pembahagian kepada beberapa fasal. Namun, dalam bab tertentu, pembahagian bab tersebut disertakan pula beberapa pembahagian fasal atau diboleh disebutkan sebagai sub bab.. Dengan itu, melalui kajian ini pengkaji berusaha untuk mendedahkan bukan sahaja berkaitan pengarang kitab tersebut dan maklumat kitab itu, tetapi usaha pengkaji untuk mendedahkan bagaimana Sheikh Daud al-fatani menggarap karya beliau dalam bentuk metododologi yang amat memenuhi disiplin keilmuan, menjadikan kitab tersebut digunapakai di suara, masjid hingga keperingkat pengjian tinggi bahkan menjadi rujukan dalam pelbagai masalah fiqh.Hasil daripada kajian ini dapat dirumuskan dan dibuat kesimpulan yang menyeluruh terhadap kitab tersebut. Kata Kunci: al-Fatani, al-Tullab, metodologi, fiqh, hadith
1
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGENALAN Dalam perbincangan ini, perbahasan tertumpu pada usaha penulis untuk memperkenalkan kitab Bughyah al-Tullab yang merangkumi maklumat latar belakang kitab, cetakan dan terbitan, kandungan perbahasan kitab, jumlah hadith yang dimuatkan di dalam kitab itu dan beberapa maklumat lain yang berkaitan. manakala dalam perbahasan seterusnya, adalah kajian penulis terhadap metodologi penulisan dan penyusunan kitab tersebut merujuk kepada jilid kedua sahaja. Kajian terhadap metodologi tersebut tertumpu pada kandungan kitab tersebut yang akan diteliti satu persatu. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan terhadap kitab jawi Bughyah al-Tullab. Kajian ini tertumpu pada metodologi penulisan kitab jawi yang mnggunakan kaedah pendekatan daripada kitab arab kemudian diterjemahkan kepada bahasa Melayu dalam bentuk edisi jawi lama.
PENGENALAN KITAB BUGHYAH AL-TULLAB Sebelum penulis membahaskan dengan lebih mendalam berkaitan Kitab Bughyah al-Tullab, penulis mendahului dengan memperkenalkan beberapa manuskrip kitab tersebut yang biasa dijumpai sama ada lengkap ataupun daripada manuskrip yang tidak lengkap. Kebanyakan manuskrip tersebut boleh di dapati di Perpustakaan Negara Malaysia. Menyentuh tentang manuskrip yang wujud, Wan Mohd Shaghir pernah membahaskan dan menyenaraikan beberapa manuskrip yang diperolehi beliau sama ada daripada manuskrip simpanan beliau atau daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Antara manuskrip tersebut adalah; 1. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (selepas ini menggunakan singkatan PMM-PNM), nombor kelas MS 156 dengan ketebalan 378 halaman, berukuran 22.7x16.7sm dan merupakan satu-satunya manuskrip yang lengkap di PMM-PNM. 2. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi PMM-PNM, nombor kelas MS 270, dengan ketebalan 161 halaman dan berukuran 24x16.5sm. Manuskrip ini tidak lengkap, namun beberapa maklumat dapat diperoleh daripada manuskrip ini khususnya dicatatkan bahawa penyalin manuskrip tersebut adalah Muhammad Zain bin Tuan Haji Muhammad Salih dari Pulau Pinang. Manuskrip ini selesai disalin pada pukul 10.00 pagi, hari Selasa di Mekah pada tarikh 25 Zulkaedah 1280M (1863M). 3. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi PMM-PNM, nombor kelas MS 277, dengan ketebalan 324 halaman dan berukuran 23.4x16.6sm serta merupakan manuskrip yang tidak lengkap. 4. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi PMM-PNM, nombor kelas MS 635(2), dengan ketebalan 10 halaman sahaja dan berukuran 24.1x17sm serta telah disalin oleh Muhammad Salih anak Bilal Abdus Samad Kalantani pada 6 Zulkaedah 1296H. 5. Bughyah al-Tullab, cetakan pertama oleh Matba‘ah al-Miriyyah, Mekah pada tahun 2
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1310H dengan ketebalan 538 halaman dan berukuran 27x18.7sm iaitu ukurun biasa kitabkitab kuning. Bahagian tepi kitab ini dicetak pula dengan sebuah kitab berjudul Nahj alRaghibin, juga dari pengarang yang sama iaitu Sheikh Daud al-Fatani. Walaupun kitab Bughyah al-Tullab terdiri daripada manuskrip yang berbeza dan cetakan yang berbeza, dalam menjalankan kajian ini serta mudahkan analisis dilakukan terhadap selok belok kitab dan kandungannya, penulis merujuk kepada kitab Bughyah al-Tullab yang dicetakan dan diterbitkan oleh Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh di Bangkok, Thailand. Akan tetapi tidak dapat dikenal pasti tahun cetakan dan terbitannya. Kitab Bughyah alTullab adalah merupakan sebuah karya Sheikh Daud al-Fatani khusus dalam bidang fikah yang menyentuh persoalan ibadat umat Islam. Judul lengkap kitab ini adalah Bughyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-Sawab. Judul atau nama lengkap ini boleh dilihat dengan jelas pada muka hadapan kitab tersebut. Namun, kitab ini lebih dikenali dengan nama Bughyah alTullab.1 Sebagai maklumat awal, kitab Bughyah al-Tullab adalah merupakan salah satu daripada lima buah kitab yang semodel atau reka ciptanya semodel seperti mana disebutkan oleh Wan Mohd Shaghir. Ini bermakna kelima-lima buah kitab tersebut mempunyai persamaan yang hampir sama iaitu kitab yang khusus membicarakan berkaitan ibadat. Kelima-lima buah kitab tersebut selain kitab Bughyah al-Tullab adalah kitab Sirat al-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin al-Raniri yang ditulis pada 1044H-1054H (1634M-1644M), kitab Sabil al-Muhtadin oleh Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari (m.1227H) yang ditulis pada 1193H-1195H, Kitab Fath al-Mubin karya Sheikh Muhammad Salih bin Muhammad Murid al-Rawa yang ditulis pada 1272H/1885M dan kitab al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Safi oleh Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani iaitu ditulis pada tahun 1331H/1912M.2 Namun begitu karya yang paling awal dihasilkan daripada kelima-lima karya tersebut adalah Sirat al-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin al-Raniri dan diikuti Sabil al-Muhtadin oleh Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari.3 Bahkan, Fauzi Deraman dalam kajian beliau menyebutkan bahawa kitab ini adalah penyambung dan pelengkap kepada dua karya utama iaitu Sirat al-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sabil alMuhtadin karya Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari.4 Pada bahagian mukadimah, Sheikh Daud al-Fatani mencantumkan beberapa hadith tentang ilmu pengetahuan dan sejarah ringkas Imam Syafie. Kitab ini telah banyak kali dicetak di Mekah, Mesir dan Turki pada masa dahulu dengan diusahakan oleh Sheikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani dan kemudian diteruskan oleh ahli waris iaitu Sheikh Abdullah Daud alFatani, Sheikh Muhammad Daud al-Fatani dan Sheikh Nur Daud al-Fatani. Manuskrip kitab ini yang berupa tulisan tangan tersimpan di Pusat Islam bernombor M.I.407, M.I.306, menyebut
1
Sheikh Daud al-Fatani (t.t), Bughyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-Sawab, Bangkok, Thailand: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh, hlm 1. Lihat juga Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), "Mengenal Pelbagai Peristilahan Fekah dan Gaya Bahasa Dalam Kitab Bughyah al-Tullab Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani", Jurnal Dewan Bahasa, Mac 1991, hlm 252. 2 Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), ibid., hlm 253. 3 Ibid. dan lihat juga Utusan Online dalam ruangan Bicara Agama, http://www.utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm, 10 Mei 2008. Artikel dalam ruangan tersebut telah disiarkan pada 18 Februari 2008. 4 Fauzi Deraman (1997), op.cit., hlm 389-390.
3
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
juga kitab bertajuk Perhubungan Bughyah al-Tullab, yang ditulis oleh Muhammad Salib bin Jaib pada 10 Safar 1275 H.5
Kandungan Perbahasan Kitab Bughyah al-Tullab Dalam menghasilkan karya Bughyah al-Tullab, Sheikh Daud al-Fatani telah menjadikan beberapa buah karya lain sebagai rujukan bagi mendapatkan pandangan para ulama terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan di dalam suatu tajuk. Karya-karya tersebut dapat dikenal pasti pada kandungan kitab Bughyah al-Tullab berdasarkan catatan Sheikh Daud al-Fatani apabila mengemukakan suatu pandangan ulama. Melalui penelitian penulis dan disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Wan Mohd Shaghir, kitab-kitab yang menjadi rujukan Sheikh Daud al-Fatani dalam menyusun dan menulis kitab Bughyah al-Tullab adalah seperti; 6 Minhaj al'Abidin karya Imam Nawawi (m.1277H), Tuhfah oleh Ibn Hajar al-Haythami (m.1567H), alNihayah oleh Sheikh Shamsuddin al-Ramli (m.1596) dan Fath al-Wahhab oleh Zakaria alAnsari (m.1520H).Keempat-empat rujukan di atas telah disebutkan oleh Fauzi Deraman dalam tesis beliau. Namun, daripada catatan daripada tulisan Wan Mohd Shaghir, beliau menyenaraikan lagi beberapa buah kitab yang menjadi rujukan dan panduan Sheikh Daud alFatani dalam menghasilkan kitab Bughyah al-Tullab. Kitab-kitab tersebut adalah seperti; Sharh al-Darimi, al-Mughni oleh 'Allamah, Khatib Sharbaini, Sharh al-Tahrir, Madabaghi, Sharqawi, Sabil al-Muhtadin oleh Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari.
Dorongan Sheikh Daud al-Fatani Menulis Kitab Bughyah al-Tullab Berkaitan dengan dorongan atau galakan yang mendorong seseorang ulama untuk melakukan sesuatu pekerjaan khususnya dalam usaha mengarang atau menghasilkan sesebuah karya, sudah pasti berdasarkan sesuatu permintaan atau dorong yang tertentu. Keadaan ini dapat dilihat kepada kesungguhan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani, salah seorang ulama sezaman Sheikh Daud al-Fatani yang juga merupakan di antara ulama yang giat mengarang dan menulis kitab. Melalui kajian yang dilakukan oleh Khadher bin Ahmad, beliau yang mengkaji kitab Hidayah al-Salikin7 menyebutkan bahawa Sheikh Abdul Samad alFalimbani juga mempunyai tujuan atau dorong yang tersendiri dalam mengarang karya tersebut. Salah satu dorongan penghasilan karya tersebut adalah kesedaran al-Falimbani bahawa karya tersebut mengandungi ilmu yang bermanfaat. Bagi al-Falimbani, ilmu yang bermanfaat adalah merujuk kepada ilmu fardu 'ain yang wajib dipelajari oleh setiap orang yang mukallaf. Kesedaran tersebut memberi dorongan kuat kepada beliau untuk menghasilkan karya Hidayah al-Salikin bagi manfaat masyarakat seluruhnya dan khususnya di alam Melayu yang kurang
5
Op.cit., hlm 253-254. Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), ibid., hlm 255 dan Fauzi Deraman (1997), op.cit., hlm 390. 7 Kitab Hidayah al-Salikin atau nama lengkapnya adalah Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin iaitu karya Sheikh Abdul Samad al-Falimbani yang khusus dalam bidang tasawuf. Lihat Syeikh Abdul Shamad al-Falimbani (2006), Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam terj. Pokok Sena, Kedah: Khazanah Banjariah dan Pustaka Suhbah, cet.1, hlm vii-x. 6
4
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
memahami bahasa 'Arab.8 Dengan itu, Sheikh Daud al-Fatani juga mempuyai dorongan yang khusus dan tertentu dalam menghasilkan karya ini. Secara umumnya, minat dan kesungguhan yang dimiliki oleh beliau menjadi faktor utama beliau mengarang karya ini dan karya-karya yang lainnya. Beliau sehingga kini masih digelar sebagai pengarang terulung Asia Tenggara. Jika dibandingkan dengan ulama lainnya, boleh dikatakan bahawa beliau adalah seorang ulama yang terkehadapan dalam bidang penulisan karya sama ada karya berbahasa 'Arab atau berbahasa Melayu tulisan Jawi atau daripada karya asli atau merupakan daripada karya terjemahan. Bukti yang jelas adalah apabila sepanjang hidup, beliau telah menghasilkan kira-kira 64 buah karya tulisan dalam pelbagai bidang keilmuan. Menurut Rosni Wazir dalam penyelidikan beliau, Sheikh Daud telah menghabiskan 32 tahun bersusah payah dan berusaha gigih bergelar sebagai seorang pengarang. Dengan itu menjadikan bahawa purata setiap tahun beliau menghasilkan karya adalah dua buah kitab dan menjadi ulama paling produktif. Dengan itu, dapat dilihat bagaimana minat dan kesungguhan beliau yang kuat dalam menghasilkan karya-karya tersebut termasuk Bughyah alTullab tersebut. Faktor lain yang mendorong beliau menghasilkan karya ini adalah di atas ketinggian dan mendalamnya ilmu yang dimiliki. Sebagaimana diketahui bahawa Sheikh Daud al-Fatani menguasai pelbagai bidang keilmuan. Namun, pada masa yang sama beliau cenderung kepada tiga bidang utama iaitu fikah, tasawuf dan akidah. Dengan kemahiran dan kelimuan yang tinggi dalam bidang fikah tersebut mendorong beliau untuk mengarang karya Bughyah al-Tullab tersebut. Tambahan lagi, beliau menguasai perbincangan empat mazhab fiqh. Atas sebab itu, tidak memberi kesukaran kepada beliau untuk menulis dan mengarang karya-karya dalam bidang fikah itu. Malahan, karya Bughyah al-Tullab adalah salah satu daripada karya fiqh beliau.
METODOLOGI PENYUSUNAN BUGHYAH AL-TULLAB JILID KEDUA Secara umumnya kitab Bughyah al-Tullab, Sheikh Daud al-Fatani telah membahagikan perbincangan terhadap beberapa kitab, bab dan fasal. Segala pembahagian tersebut memberikan kemudahan kepada beliau utuk menjelaskan satu persatu perbincangan dan permasalahan yang akan dibicarakan. Terdapat lima kitab atau tajuk utama yang diperbincangkan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam jilid kedua iaitu Kitab al-Jana'iz, Kitab al-Zakah, Kitab al-Sawm, Kitab alI‘tikaf dan Kitab al-Hajj wa al-'Umrah. Keseluruhan kitab atau tajuk utama ini kemudiannya dibahagikan pula kepada beberapa bab tertentu atau terus melalui pembahagian kepada beberapa fasal. Namun, dalam bab tertentu, pembahagian bab tersebut disertakan pula beberapa pembahagian fasal atau diboleh disebutkan sebagai sub bab. Berdasarkan pengamatan penulis, pembahagian bab hanya dilakukan terhadap tajuk utama yang luas perbincangannya sahaja. Daripada lima kitab atau tajuk utama tersebut, hanya pada Kitab al-Zakah dan Kitab al-Hajj wa al-'Umrah sahaja terdapat pembahagian bab. Manakala baki kitab yang lain terus dinyatakan dan dibincangkan melalui pembahagian fasal sahaja. Keseluruhannya, dari pengiraan dan penelitian penulis, daripada Kitab al-Jana'iz terdapat empat fasal dinyatakan dan di dalam Kitab al-Zakah 8
Khadher bin Ahmad (2007), "Sumbangan Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani Dalam Bidang Hadith: Analisis Metodologi dan Penyusunan Hadith Dalam Kitab Hidayah al-Salikin", (Disertasi Sarjana, Bahagian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), hlm 70-71.
5
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
terdapat tujuh bab, lapan fasal dan satu kitab (tambahan). Manakala, dari Kitab al-Sawm terdapat enam fasal, diikuti Kitab al-I‘tikaf dengan satu fasal, dan Kitab al-Hajj wa al-'Umrah dengan empat bab, lapan fasal, satu tatimmah dan dua khatimah. Namun demikian, pembahagian yang dilakukan oleh Sheikh Daud al-Fatani adalah tidak sekata dan tidak setara dalam setiap kitab atau tajuk utama. Keadaan ini bergantung kepada bentuk dan tajuk perbincangan yang diutarakan. Untuk mendapat gambaran pembahagian bab dan fasal dapat dirujuk kepada jadual di bawah.
Bil. 1.
2.
3.
Jadual 1.0: Kandungan Kitab Bughyah al-Tullab Jilid Kedua Senarai Kandungan Kitab Pada Menyatakan Jenazah (Kitab Jana'iz) - Fasal Pada Menyatakan Tajhiz Bagi Mayat - Fasal Pada Menyatakan Perintah Kafan Dan Tanggung Mayat - Fasal Pada Menyatakan Rukun Sembahyang Atas Mayat - Fasal Pada Menyatakan Menanam Mayat Kitab Pada Menyatakan Hukum Zakat (Kitab al-Zakah) - Bab Pada Menyatakan Zakat Haiwan - Fasal Pada Menyatakan Zakat Bercampur - Bab Pada Menyatakan Zakat Tumbuh-Tumbuhan - Fasal Pada Menyatakan Kadar Bagi Wajib Dikeluarkan Zakat BuahBuahan Dan Biji-Bijian - Bab Pada Menyatakan Zakat Naqd - Fasal Pada Menyatakan Zakat Ma‘dan - Fasal Pada Menyatakan Zakat Rikaz - Fasal Pada Menyatakan Zakat Perniagaan - Bab Pada Menyatakan Zakat Fitrah - Khatimah, Wajid Diberikan Zakat Kepada Asnaf Yang Lapan - Bab Pada Menyatakan Orang Yang Wajib Akan Dia Zakat Harta Dan Barang Yang Wajib Padanya - Bab Pada Menyatakan Niat Zakat Dan Menyegera Mengeluarnya - Bab Pada Menyatakan Pada Menyatakan Wajib Menunaikan Zakat Harta - Kitab Pada Menyatakan Membahagi Zakat Bagi Mustahiqnya Dan Sedekah Sunat - Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Menghukumkan Memberi Zakat Bagi Mustahaqnya - Fasal Pada Menyatakan Membagi Zakat Antara Bahagian Yang Delapan Dan Menyatakan Memindah Zakat - Fasal Pada Menyatakan Sedekah Yang Sunat Kitab Pada Menyatakan Hukum Puasa (Kitab al-Sawm) - Fasal Pada Menyatakan Rukun Puasa Dan Syaratnya - Fasal Pada Menyatakan Beberapa Syarat Wajib Puasa Ramadan Dan Barang Yang Harus Meninggalkan Puasa - Fasal Menyatakan Sunat Yang Dikerjakan Pada Puasa Dan Yang Makruh - Fasal Pada Menyatakan Fidyah Luput Puasa Yang Wajib 6
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
4. 5.
- Fasal Pada Menyatakan Kifarat Jimak Pada Bulan Ramadan - Fasal Pada Menyatakan Puasa Sunat Kitab Pada Menyatakan I'tikaf (Kitab al-I‘tikaf) - Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Membatalkan I'tikaf Kitab Pada Menyatakan Haji Dan Umrah (Kitab al-Hajj wa al-'Umrah) - Tatimmah Sayugianya Hendak Diketahui Orang Yang Mengambil Upah Haji - Bab Pada Menyatakan Miqat Bagi Nusuk - Bab Pada Menyatakan Ihram - Fasal Pada Menyatakan Sunat Yang Bergantung Dengan Haji - Bab Pada Menyatakan Masuk Orang Yang Ihram Ke Mekah - Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Dituntut Pada Tawaf - Fasal Pada Menyatakan Wajib Pada Sa‘ie. - Fasal Pada Menyatakan Wukuf di Arafah .. - Fasal Pada Menyatakan Bermalam Di Muzdalifah - Fasal Pada Menyatakan Bermalam di Mina dan Orang Yang Gugur Bermalam dan Melontarnya - Khatimah, Adab Ziarah Kubur Saydina Rasulullah - Fasal Pada Menyatakan Rukun Haji dan Umrah - Bab Pada Menyatakan Barang Yang Haram Bagi Ihram - Fasal Pada Menyatakan Ihsar - Khatimah, Barang Siapa Luput Wukuf di 'Arafah
Merujuk kepada jadual 1.0 di atas, dalam suatu bab tidak semestinya terdapat pembahagian fasal dilakukan. Bahkan, jika diteliti, pembahagian antara bab dan fasal tidak banyak perbezaan. Namun, dapat diandaikan bahawa, pembahagian bab dilakukan apabila perbincangan terhadap suatu topik itu luas, di samping kepelbagaian perkara yang dibicarakan dalam merujuk kepada suatu kitab atau tajuk utama tertentu. Keadaan ini dapat dilihat pada Kitab al-Zakah (Kitab Pada Menyatakan Hukum Zakat) di mana corak penyusunan bab dan fasal adalah bercampur. Tambahan pula disertakan satu lagi kitab (topik utama) selepas beberapa bab. Begitu juga, wujudnya satu khatimah ditengah-tengah perbincangan tersebut iaitu selepas "Bab Pada Menyatakan Zakat Fitrah". Khatimah tersebut diletakkan tajuk "Wajid Diberikan Zakat Kepada Asnaf Yang Lapan". Selepas khatimah tersebut Sheikh Daud al-Fatani menyambungkan perbincangan dengan beberapa bab dan fasal lagi diikuti dengan "Bab Pada Menyatakan Orang Yang Wajib Akan Dia Zakat Harta Dan Barang Yang Wajib Padanya" iaitu bab selepas khatimah tersebut. Oleh itu, secara keseluruhannya dalam Kitab al-Zakah ini, pembahagian bab dan fasal adalah bercampur aduk. Walaupun demikian, melalui kenyataan-kenyataan dalam setiap bab dan fasal, dapat diandaikan bahawa pembahagian terhadap bab menunjukkan bahawa perbincangan dalam kitab tersebut adalah luas. Manakala, perinciannya adalah melalui pembahagian fasal-fasal. Melihat pula kepada penulisan dan penyusunan perbincangan merujuk kepada setiap kitab (tajuk utama), Sheikh Daud al-Fatani menyelaraskan penulisan beliau dengan mendahului konsep dan pengertian serta beberapa perkara asas yang berkait dengan tajuk yang dibincangkan. Contohnya, dalam Kitab al-Sawm, Sheikh Daud al-Fatani mendahului dengan menjelaskan 7
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
pengertian puasa dari sudut lughah (bahasa) dan pada syarak.9 Selepas itu, beliau membawakan dalil-dalil daripada ayat al-Quran dan al-Hadith sebagai hujah menunjukkan difardukan puasa oleh Allah s.w.t. Pada masa yang sama dalam huraian awal kitab ini, beliau turut menyatakan tentang hikmah puasa. Menurut Sheikh Daud, hikmah wajib puasa ada tujuh perkara iaitu;10 (Pertama) Kata Hasan al-Basri disuruh melapar kerana memakan akan jamuan Allah di Syurga Firdaus pada hari Kiamat.(Kedua) Disuruh berlapar supaya kasihan akan orang yang lapar.(Ketiga) Membetulkan segala nafsu yang bengkok daripada taat dengan api lapar seperti dibetulkan umpama besi yang bengkok dengan api.(Keempat) Bahawasanya Malaikat mengadu mereka itu akan Allah daripada banyak maksiat daripada orang Mukminin maka apabila puasa Ramadan, firman Allah hai Malaikat Ku, jika ada mereka itu mengerjakan maksiat mereka itu diluar Ramadan maka menanggung kepayahan bulan Ramadan keran Ku, kembali segala malaikat daripada mengadunya kepada minta syafaat bagi mereka itu dan ampun.(Kelima) Adalah dengan puasa itu hasil dengan dia menzuhudkan yang wajib dan yang sunat iaitu zuhud daripada haram dan yang halal. (Keenam) Bahawasanya tabib yang memberi nasihat itu menyuruh dengan memantang bagi segala orang sakit, maka menyuruh Allah segala hambanya yang sakit dengan maksiat dengan pantang iaitu puasa sebab lemah lembut dan kasih sayang dengan dia.dan (Ketujuh) Bahawasanya syaitan itu seteru bagi orang Mukmin, berlari pada tubuh anak Adam seperti berlari darah maka disuruh picitkan dan sumbat tempat perjalanan Syaitan dengan menahan makan dan minum. Boleh dikatakan bahawa perbincangan awal dalam Kitab al-Sawn ini diperincikan dan diselesaikan dahulu sebelum memasuki perbahasan yang lebih besar. Antara perkara lain yang dinyatakan pada awal perbincangan adalah seperti berkaitan waktu memulakan puasa dan tempohnya, proses penentuan awal Ramadan melalui kaedah melihat anak bulan, dan pandangan-pandangan ulama terhadap segala permasalahan yang timbul. Metodologi yang sama juga digunakan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam keterangan berkaitan Kitab al-I‘tikaf. Sheikh Daud mendahului dengan keterangan awal khususnya berkaitan konsep dan pengertian i‘tikaf dari sudut bahasa dan istilah, dalil-dalil al-Quran dan hadith berkaitan saranan beri‘tikaf, waktu yang sesuai untuk beri‘tikaf dan segala perbincangan awal yang dinyatakan oleh beliau. Perbincangan tersebut disertakan bersama pandangan daripada ulama-ulama terdahulu yang muktabar. Daripada keseluruhan pembahagian kitab di dalam juzuk yang kedua ini, ternyata Kitab al-I‘tikaf yang menjadi tajuk dengan satu sahaja pembahagian fasal dan paling pendek perbahasannya. Walaupun demikian, perbincangan yang dibawa tetap menyeluruh dan memenuhi kehendak tajuk utama tersebut.
Nas Daripada al-Quran Dan al-Hadith Menjadi Hujjah Terhadap Kenyataan Yang Dikemukakan. 9
Lihat pada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani (t.t), Bughiyyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi alSawab, Thailand: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh, juz.2, hlm 94. 10 Ibid., hlm 95.
8
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Setelah daripada itu, merujuk pula kepada keterangan yang dinyatakan oleh Sheikh Daud alFatani khususnya keterangan daripada nas al-Qur'an dan hadith, berdasarkan pengamatan penulis terhadap kitab Bughyah al-Tullab, nas al-Qur'an dan hadith keseluruhannnya adalah menjadi dalil atau hujah terhadap segala kenyataan dan keterangan yang disebutkan oleh beliau dalam kitab tersebur. Bahkan, kebanyakan permasalahan yang dibincangkan oleh beliau dalam sesuatu kitab dan bab, nas al-Qur'an atau hadith dinyatakan bersama bagi merujuk kepada suatu dalil dalam menyelesaikan permasalahan tersebut dan mengukuhkan lagi segala kenyataan yang disebutkan. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih jelas, penulis membawakan beberapa contoh untuk menjelaskan keterangan di atas. Dalam Kitab al-Sawm (Kitab Pada Menyatakan Hukum Puasa), di awal keterangan yang menjelaskan tentang difardukan puasa, Sheikh Daud al-Fatani mendatangkan dalil yang menjelaskan difardukan berpuasa11 merujuk kepada nas al-Qur'an dan hadith Rasulullah s.a.w iaitu; Firman Allah: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu puasa sepertimana difardukan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu...". Surah al-Baqarah (2):183 Sabda Rasulullah s.a.w: " Maksudnya: "Islam itu dibina atas lima perkara (salah satunya iaitu berpuasa di bulan Ramadan)" Begitu juga dalam menjelaskan tentang diwajibkan berpuasa dengan sebab melihat anak bulan. Sheikh Daud al-Fatani mendahului dengan mengemukan sebuah hadith iaitu sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: "Puasalah kamu kerana melihat anak bulan dan berbukalah (raya) dengan melihat anak bulan. Maka jika mendung, maka sempurnakanlah (genapkan) bilangan Sya‘ban tiga puluh hari". Kemudian beliau berkata; "(Dan wajib) pula puasa bulan Ramadhan dengan khabar yang mutawatir pada melihat bulan kerana khabar yang mutawatir itu memberi faedah akan ilmu yang daruri"12
11 12
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani (t.t), ibid., hlm 94. Ibid., hlm 96.
9
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dalam perbincangan yang lebih terperinci Sheikh Daud al-Fatani memperincikan lagi perbahasan dengan mengemukakan bahawa dalam proses menentukan awal Ramadan dengan kaedah ru'yah (melihat anak bulan), beliau mengatakan memadai dengan seorang sahaja yang melihat anak bulan tersebut. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w iaitu merujuk kepada hadith Ibn 'Umar r.a., sepertimana Sheikh Daud al-Fatani berkata; "(Bermula asalnya) yang mensabitkan memadai dengan seorang saksi iaitu hadith Ibn 'Umar r.a. katanya....13
Maksudnya: "Aku khabar (memberitahu) akan Nabi s.a.w akan bahawasanya aku melihat anak bulan Ramadan, maka puasa ia dan menyuruh segala manusia dengan berpuasa akan dia."
Begitu juga dalam Kitab al-Hajj wa al-'Umrah (Kitab Pada Menyatakan Haji dan Umrah), beliau menyebutkan bahawa haji merupakan satu rukun yang amat nyata daripada rukun Islam yang lima. Haji ada satu ibadah yang wajib ditunaikan sekali dalam seumur hidup dan merupakan satu kesudahan dan kesempurnaan Islam. Beliau memetik sebuah firman Allah s.w.t. dan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. iaitu;
ا Maksudnya: "..Pada hari 'Arafah, kami sempurnakan bagi kamu agama kamu dan kami tamamkan atas kamu nikmat kami dan kami reda bagi kamu Islam agama..". Surah al-Ma'idah (5): 3
Maksudnya; "Barang siapa yang meninggal dunia, dan tidak pernah menunaikan haji, maka dia mata sama adalah jika sebagai Yahudi atau Nasrani."14 Demikian, beberapa contoh yang memberikan gambaran bahawa nas al-Qur'an dan hadith yang disebutkan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam kitab tersebut, telah dijadikan sebagai dalil dan hujah dalam mengukuhkan segala kenyataan dan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa segala kenyataan yang disebutkan oleh Sheikh Daud al-Fatani mempunyai asas dalil dan hujah yang jelas dan terang sekali.
13 14
Ibid. Ibid., hlm 136.
10
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dalam Kitab Atau Bab Akan Disertakan Beberapa Permasalahan Yang Diperbincangkan. Selain daripada pembahagian kitab dan bab untuk perbahasan terhadap kandungan kitab Bughyah al-Tullab ini, Sheikh Daud al-Fatani juga memasukkan satu lagi item atau perkara bagi memudahkan perbahasan tersebut. Perkara tersebut diistilahkan di dalam kandungan kitab ini sebagai "masalah". Dalam menjelaskan tentang "masalah" ini, Sheikh Daud telah mengasingkan permasalahan tersebut dengan meletakkan kalimah "masalah" dalam kurungan, selepas sesuatu perbincangan yang dibawa. Ini bermakna, selepas sesuatu bab atau fasal dinyatakan dan disertakan perbincangannya, maka dalam keadaan dan situasi tertentu beliau memasukkan sesuatu permasalahan yang berkait dengan tajuk yang dibincangkan tersebut. Namun demikian, tidak semua bab atau fasal yang dinyatakan bersama permasalahannya. Bahkan, dalam sesuatu bab atau fasal kadang kala terdapat lebih daripada satu permasalahan. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, contoh dibawah akan menerangkan bentuk permasalahan yang dinyatakan oleh Sheikh Daud al-Fatani tersebut. Contohnya, dalam Fasal Akran al-Sawm (Ini Suatu Fasal Pada Menyatakan Rukun Puasa), beliau telah menyebutkan sepuluh masalah. "(Masalah): Jikalau serupa atas seseorang bulan Ramadan dengan bulan yang lain sebab tertawan oleh kafir atau terpenjara, maka hendaklah ia ijtihad seperti ijtihad pada menentukan kiblat dan waktu bagi sembahyang…"15 "(Masalah): Jika menggaru-garu ia kan zakarnya kerana sangat gatal atau barang sebagainya maka lalu ia inzal tiadalah batal puasa….."16 "(Masalah): Jikalau keluar dubur bagi yang berpenyakit buasir, maka tiada batal puasa dengan memasukkan dia atau masuk ia sendirinya kerana sangat darurah lagi sangat hajat kepada memasukkan dia…."17 "(Masalah): Jikalau dibelakan seseorang dengan sentiasa berdarah gusinya umpamanya atau pada ghalibnya sekira-kira sukar memeliharakan daripadanya, maka dimaafkan dan memadalah dia meludahkan dia ganti membasuh dia dan tiada diberatkan dia membasuh dia pada tiap-tiap ketika…"18 "(Masalah): Jikalau menelan seseorang akan setengah benang pada malam hingga sampai ia ke dalam perutnya dan setengah pada zahir mulutnya lalu fajarlah dengan hal yang demikian itu pada hal ia puasa, maka jika ditelannya atau ditariknya batal puasa kerana dinamakan memasukkan 'ain pada rongga……."19
15
Ibid., hlm 102. Ibid., hlm 103 17 Ibid., hlm 106 18 Ibid., hlm 107 19 Ibid. 16
11
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
"(Masalah): Jikalau masuk air madmadah atau air istinsaq pada had batin maka ditilik jika ada air madmadah atau istinsaq itu dengan tiada mubalaghah maka tiada batal…."20 "(Masalah): Sunat Muakkad mencungkil giginya pada malam dan menghilangkan bekas makanan daripada antara giginya atau barang sebagainya supaya keluar daripada khilaf orang yang mewajibkan dia."21 "(Masalah):Jika syak seorang makan sahur atau berbuka puasa dengan ijtihadnya akan keadaaannya malam kemudian, maka nyata salahnya seperti jatuh makannya itu pada siang nyata batallah puasanya…."22 "(Masalah): Jikalau terbit fajar sidik, tatkala ia makan makan hendaklah dikeluarkan barang yang ada di dalam mulutnya…." "(Masalah): Jikalau terbit fajar sidik, tatkala ia jimak, maka wajib atasnya mengeluarkan zakarnya dengan bersegera serta dengan niat meninggalkan jimak…."23
Begitu juga dalam Kitab al-I‘tikaf, dipenghujung bagi perbahasan awal dalam bab ini, beliau mengemukakan satu permasalahan yang berkait dengan tajuk perbincangan tersebut. "(Masalah): Haram iktikaf isteri dan sahaya dengan tiada izin suaminya dan penghulunya……"24 Penulis sekadar menyatakan keterangan awal dan pendek sahaja dalam setiap masalah yang disebutkan di atas. Perbincangan yang sebenar adalah lebih panjang dan teliti dengan disertakan bersama andaian keadaan dan situasi dalam menghadapi masalah yang dikemukakan. Dalam sesetengah keadaan, permasalahan tersebut dilakukan dan dipersembahkan oleh Sheikh Daud melalui soal jawab di mana beliau mendahului dengan pertanyaan terhadap suatu permasalahan, lalu kemudiannya beliau menjawap persoalan tersebut. Contohnya; "….(soal): jika memakan seorang akan sahur kerana puasa atau supaya kuat ia puasa atau minum air supaya ia tiada dahaga pada siangnya atau enggan ia daripada makan atau minum atau jimak kerana takut ia akan terbit fajar, adakah memadai yang demikian itu akan niat atau tiada? (jawab): memada jika ada yang demikian bergerak pada hatinya akan niat puasa dengan segala sifat yang disyaratkan pada niat seperti tergerak pada hatinya….."25
20
Ibid., hlm 108. Ibid., hlm 109. 22 Ibid. 23 Ibid. 24 Ibid., hlm 134, 25 Ibid., hlm 101. 21
12
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Melalui pernyataan masalah di dalam perbahasan terhadap kandungan ini memberikan satu kemudahan dan manfaat yang berguna kepada pembaca kitab ini. Permasalahan tersebut kebanyakannya melibatkan masalah yang berkait dengan kehidupan masyarakat dan berkonsepkan semasa dan akan datang. Membawa Pandangan Ulama Dalam Perbincangan Selain itu, dalam menyatakan dan menjawab sesuatu persoalan, Sheikh Daud tidak hanya merujuk kepada pendapat beliau sendiri. Bahkan, beliau telah memetik pendapat-pendapat ulama tertentu untuk menjawab persoalan dan menjelaskan sesuatu kenyataan itu. Penulis memetik beberapa contoh secara rawak sepertimana telah disebutkan oleh Sheikh Daud di dalam karya beliau tersebut. Kata Sheikh Shibr Amlasi: dan diambil daripadanya asap itu bukan dinamakan 'ain bahawasanya tiada batal puasa dengan menghisap asap tembakau…"26 "…disebutkan oleh Sheikh 'Abd al-Wahab al-Ghamari al-Khatib pada kitabnya yang bernama 'Uruf al-Nadi fi Sharh Qasidah bin al-Waradi, telah bersalahsalahan ulama padanya setengahnya berkata dengan halal mengisap tembakau…."27 "…kata Imam al-Shafi'i; maka jika syak ia pada bilangannya (sa‘i) maka hukumnya seperti pada tawaf di sana dan dibilangkan perginya sekali dan kembalinya sekali yang lain demikianlah hingga tujuh kali."28 "..kata Sheikh Ibn Hajar pada Tuhfahnya, tiada sunat bagi orang yang Qarin (haji Qarin), sa‘i dua kali kerana memelihara akan qawl yang mewajibkan dia dua tawaf dan sa‘i sebab menyalahi zahir hadith……."29 "..Kata Sheikh Jamal pada Hashiyah Fath al-Wahhab, telah menaqal setengah daripada Ahl al-Sufi bahawasanya barang siapa membaca akan doa ini pada hari 'Ashura', tiada mati pada tahunnya…"30 "(dan harus), bagi laki-laki dan perempuan menghiasai akan Quran dengan perak dan perempuan dengan emas tiada laki-laki, kata qil; harus bagi laki-laki pula, kata qil; haram bagi keduanya demikianlah menyebutkan khilaf ini Sheikh Jalal al-Mahalli pada Sharh Minhaj.."31 Daripada beberapa contoh di atas, jelas memberikan gambaran bahawa Sheikh Daud alFatani banyak merujuk dan mengambil pendapat beberapa orang ulama dalam menyatakankan perbahasan terhadap sesuatu permasalahan yang dibincangkan. Bahkan beliau sama sekali tidak hanya merujuk kepada pendapat peribadi beliau, tetapi menjadikan ulama-ulama lain beserta 26
Ibid., hlm 105. Ibid. 28 Ibid., hlm 184. 29 Ibid., hlm 185. 30 Ibid., hlm 127. 31 Ibid., hlm 54. 27
13
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
karya-karya mereka tempat rujukan. Dengan itu, segala perbincangan yang dikemukakan menjadi tidak taksub atau terikat dengan satu pandangan sahaja Memasukkan Nazam Arab Dalam Perbahasan Di samping itu, Sheikh Daud juga memasukkan nazam atau syair dalam perbincangan beliau terhadap sesuatu tajuk. Perletakkan nazam tersebut telah memberikan satu perbincangan yang menarik dan mudah untuk difahami. Contohnya, dalam menjelaskan tentang tarikh atau waktu terjadinya lalilatul qadar berdasarkan kiraan dan pandangan para ulama tasawuf, beliau menjelaskannya dengan membawa datang sebuah nazam yang berbunyi:32
Maksudnya: (dan) kami sekalian jika kami puasa hari Jumaat maka di dalam 29 ambil olehmu malam lailatul Qadar (dan) jika ada hari Sabtu awal puasa kita maka malam 21, maka i‘timad olehmu akan dia dengan tiada uzur (dan) jika sehari bulan hari puasa pada Ahad maka di dalam malam 27maka dituntut engkau maka tetap ia (dan) jika sehari bulan dengan Isnin maka ketahui olehmu bahawasanya maka menyempurnakan dikau perhubungan pada malam 29 (dan) jika hari Selasa jika nyata bulan maka berpegang olehmu atas 25 dapat kemenangan dengan dia maka ketahui (dan) jika malam Rabu jika sehari bulan hai orang yang menuntut tadi maka ambil akan dia menuntut yang menyampaikan 27 (dan) jika hari Khamis nyata bulan maka bersungguh-sungguh menyempurnakan dikau kemudian daripada dua puluh iaitu selikur malam lailatul Qadar. 32
Ibid., hlm 131-132
14
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Contoh kedua, dalam menjelaskan bahan makanan yang boleh digunakan untuk membayar zakat fitrah mengikut keutamaannya iaitu seperti mana Sheikh Daud memetik katakata Sheikh Barmawi pada Hashiyah Kitab Fath al-Qarib iaitu katanya:33 "Bermula yang terlebih tinggi kuat itu gandum, kemudian salt (
)(garam),
kemudian sha‘ir ( ( )شعيرgandum),kemudian dhurrah (( )ذرهjagung), kemudian ruz ( )رزyakni beras, kemudian hams ( ( )حمعkacang kuda), kemudian mash ( )معش, kemudian ful ( ()فععkacang soya), kemudian tamar ( )تمعع, kemudian zabib ( ()زبرعkismis), kemudian aqut ( ( )اقعsusu yang dikeringkan), kemudian laban ( )لعن (susu masam), kemudian jaban ( ( )جعنmentega), dan telah menazamkan yang demikian itu setengah ulama katanya:
.
DAPATAN KAJIAN Daripada keseluruhan perbincangan dalam kitab, ini dengan jelas memperlihatkan bahawa karya Bughyah al-Tullab merupakan sebuah karya yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Bahkan, Sheikh Daud al-Fatani merupakan tokoh pengarang yang pintar dan seorang yang mahir dalam aktiviti penulisan dan penghasilan karya-karya di alam Melayu. Dengan mengemukan metodologi yang begitu unit sekali sebab itu selayaknya beliau mendapat penghormatan sebagai Pengarang Terulung Asia Tenggara.Walaupun karya tersebut sebuah karya yang mengkhususkan perbincangan terhadap fiqh dan permasalahannya, namun pada masa yang sama memuatkan sejumlah hadith yang banyak. Tambahan lagi perbincangan yang dibawa disusun dengan teratur mengikut bab dan tajuk perbahasan. PENUTUP Berdasarkan dapatan kajian ini, penulis menyarankan agar Peranan para pelajar dan pensyarah seharusnya perlu dipertingkatkan lagi dalam usaha menjalankan kajian dan penyelidikan khususnya pengkajian terhadap khazanah Melayu atau Nusantara yang masih banyak belum dikaji.Peranan yang perlu dimainkan kepada setiap jabatan khususnya di Akademi Pengajian Islam yang terus menerus perlu memberi galakan dan saranan kepada para pelajar khususnya di peringkat Ijazah Tinggi untuk terus memberi fokus kajian terhadap khazanah Nusantara. Setiap jabatan boleh mengkhususkan setiap bidang ilmu seperti akidah, pemikiran, dakwah, tafsir. Hadis, sejarah dan lain-lain lalu diadakan seminar khusus untuk khazanah Nusantara.Beberapa 33
Ibid., hlm 62.
15
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
pihak yang berwajib, sepatutnya mengambil inisiatif dengan mencetak semula karya-karya Jawi dengan edisi yang dikemaskini dan ditahkikkan agar ia dapat dimanfaat bersama.
RUJUKAN Engku Ibrahim Ismail (1992) Syeikh Dawud al-Fatani: Satu Analisis Peranan Dan Sumbangannya Terhadap Khazanah Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Falimbani, Syeikh Abdul Shamad al- (2006), Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam terj. Pokok Sena, Kedah: Khazanah Banjariah dan Pustaka Suhbah. Fatani, Ahmad Fathy al- (1994) Pengantar Sejarah Patani, Alor Setar: Pustaka Darussalam. Fatani, Sheikh Daud al- (t.t), Bughyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-Sawab, Bangkok, Thailand: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh. Idris Awang, Dr. (2001) Kaedah penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Intel Multimedia and Publication. Ismail Che Daud (1989), Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. _______________ (1992), Tokoh-Tokoh Ulama’Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Percetakan Nik Daud. ________________, (1996), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung (2), Kota Bharu: Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Mahayudin Haji Yahya (1994), Naskah Jawi Sejarah dan Teks Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ma’tuk Fedrik (1993) Mu’jam al-`Ulum al-Ijtima’iyyah, Akadamiyy Internasional, t.t.t. Martin Van Bruinessen (1995M/1415H), Kitab Kuning Pesentren dan Tarekat: Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia, (Abdurrahman Wahid) Bandung: Penerbit Mizan. Mohd Majid Konting (1990), Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Zamberi A.Malek (1994), Patani Dalam Tamdun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16