14. KISAH NABI DAUD
tersembur dari matanya sendiri jatuh tertambat di wajah seorang gadis dari kaumnya juga, bernama Sabiq binti Syaik. Dalam pandang pertama yang lamanya hanya sekejap itu, Oria bin Hannan melihat, lalu menimbang, lantas mengusul, akhirnya memutuskan dalam hatinya, bahawa inilah dia gadis yang dicari carinya itu.
NABI DAUD Pemuda Oria bin Hannan sudah meningkat ke umur remajanya. Badannya sihat. kuat dan segar bugar, baik rupa dan tampannya. Tiada pula kekurangan dalam penghidupannya. Sungguhpun begitu, dia selalu tampak gelisah saja, sering pula dia duduk mengelamun. Tidak lain yang menggoda fikirannya yang menyebabkan dia sering mengelamun itu, ialah cita cita baru yang timbul dalam hatinya, cita cita yang datangnya keras maha dahsyat, iaitu cita cita ingin mempunyai teman hidup. Kenapa hal ini menyebabkan dia gelisah dan mengelamun? Bukankah di kalangan orang sekampung dan bangsanya sendiri banyak gadis gadis yang tidak keberatan berkahwin dengan dia, kalau dia mahu?
Memang pilihannya tidak salah lagi. Memang Sabiq adalah seorang gadis yang cantik jelita, termasuk gadis gadis yang mulia di negerinya, tenang dan dalam pula pemikirannya, Yang semua itu, kalau dikirakan akan menambah molek dan jelitanya pula, dengan pandangan lahir, apalagi dengan batin manusia yang melihatnya. Segera dia datang kepada famili gadis itu. Pinangan dan lamarannya disambut dengan tangan terbuka dan dada yang lapang. Perkahwinan antara kedua merpati itu segera berlangsung. Hasrat pemuda kita itu segera terkabul, sehingga dunia yang selama ini gelap dalam pandangannya, menjadi sinar diterangi surya bahagia rumahtangganya.
Yang menyebabkan gelisahnya, bukanlah kerana kekurangan gadis, tetapi adalah kerana banyaknya anak anak gadis itu. Dia menginginkan seorang gadis yang paling cantik dan manis, yang paling menarik hatinya. Menetapkan yang paling cantik dan menarik inilah yang sangat ia susahkan dan inilah yang menyebabkan dia melamun dan gelisah itu.
Dalam kedua suami isteri itu sedang hidup dengan asyik dan masyuknya, seakan akan selalu dalam bulan madu, tiba tiba Raja Daud mengumumkan adanya bahaya dari luar. Pemuda pemuda Israel diperintahkan untuk mencatatkan diri menjadi tentera pembela tanahair dan agama, untuk menghadapi perang dan jihad dalam jalan Allah.
Kegelisahan ini tidak dibiarkannya lama. Dia bangun dari lamunannya, berdiri dan berkata kepada dirinya: Dengan sekadar mengelamun saja, tidak akan menamatkan perjuangan batinku ini. Lebih baik kumulai hari ini juga berjalan dan terus berjalan mencari pemudi yang secocok dengan kehendak hatiku. Siapa tahu, bahawa di sana di bawah lingkaran langit yang biru ini, ada seorang yang dapat memenuhi hasrat hati, yang secocok dengan syarat mutlak yang terguris dalam kalbuku ini.
Berat hati pemuda Oria bin Hannan untuk melangkahkan kakinya ke medan perang, yang mungkin menjadi medan maut di kala dia sedang terpaku di tengah tengah alam bahagiaraya di samping isterinya yang dicintainya itu. Takut dia kalau lama dia tidak dapat pulang, lebih takut lagi kalau dia mati syahid dimedan perang. Bagai manakah isterinya tinggal tanpa dia dan
Tidak lama dia berjalan mencari cari itu, dengan takdir Allah, pada suatu hari di sebuah tempat, panah asmara yang
1
14. KISAH NABI DAUD
seorang pemuda yang mendengar terjadinya perkahwinan ini, sebagai pukulan yang hebat menimpa dirinya, pukulan yang menghancurkan segala sendi dan urat sarafnya, menembus jantung dan kalbunya.
bukankah keduanya sudah begitu asyik, sehingga terpisah sebentar sajapun sampai menguraikan airmata? Tetapi kewajipan terhadap tanahair dan agama, adalah kewajipan yang berdiri atas segala kewajipan. Kewajipan yang harus ditunaikan sekalipun akan menyebabkan membanjirnya airmata dan darah sekalipun. Oria bin Hannan terjunkan dirinya dalam ketenteraan dan terus dikirimkan kemedan perang menghadapi serangan musuh yang kuat. Pertempuran terjadi dan berkobar dengan hebatnya. Pertempuran demi pertempuran, silih berganti tidak ada putus putusnya. Kerana sama sama kuatnya, maka perang itu bukan berjalan dalam satu dua hari saja, tetapi puluhan dan ratusan hari, belum juga berkesudahan.
Sejak perkahwinan dengan Sabiq binti Syaik ini, Nabi Daud lebih gembira dalam menjalankan tugasnya sebagai raja dan Nabi Allah. Rencana pekerjaannya ditetapkan dan diatur begitu rupa, sehingga segala galanya berjalan dengan lancar dan baik. Rencana itu ialah dengan membahagi waktunya kepada empat pembahagian. Bahagian pertama untuk kepentingan dirinya sendiri, hari kedua untuk kepentingan kepada Tuhannya, hari ketiga untuk menghukum dan menyelesaikan urusan urusan ummat dan hari yang keempat untuk mengajar dan memimpin rakyat ke jalan yang dikehendaki oleh Allah. Begitulah dijalankan seterusnya oleh Daud.
Fikiran Oria bin Hannan sehabis tiap tiap pertempuran yang dihadapinya, selalu terbang melayang kerumah kepada isterinya. Kewajipan dijalankan sebaik baiknya, dengan harapan dan doa yang saban waktu diucapkannya kepada Tuhan, mudah mudahan perang lekas berakhir dengan kemenangan yang gilang gemilang bagi negeri dan agamanya. Tetapi perang tidak kunjung berhenti, malah semakin sengit.
Sebagai raja besar dan Nabi Mulia, rumah Daud selalu dijaga oleh penjaga penjaga dan tentera. Tidak seorang juga dibolehkan masuk menemui Daud, sebelum mendapat izin dari penjaga dan sesudah dibenarkan oleh Daud sendiri dan tidak seorang juga yang diperbolehkan masuk, kalau tidak sepadan dan sesuai dengan rencana pekerjaan yang sudah ditetapkan oleh Daud itu. Di hari dia beribadat, siapa juga tidak diizinkan masuk untuk mengadukan perkara. Begitulah seterusnya, pada suatu hari ada dua orang lelaki yang tidak ada bezanya dengan lelaki lain, minta izin masuk kepada penjaga penjaga itu, untuk bertemu dengan Daud. Setelah aturan itu diterangkan oleh penjaga, tetapi kedua orang lelaki ini mendesak mahu bertemu.
Takdir Tuhan menentukan, bahawa pada suatu hari mata Raja Daud, Nabi Yang Mulia ini terpandang kewajah pemudi Sabiq bin Syaik, isteri pemuda Oria bin Hannan, hati Nabi Daud bergetar dibuatnya, ingin mempersunting jelita itu menjadi isterinya pula. Dengan segera Daud mengajukan lamaran pada keluarga Sabiq. Siapakah gerangan yang akan menolak lamaran dari seorang Nabi Yang Mulia, raja yang besar seperti Daud itu? Raja dan Nabi yang terbesar di seluruh dunia di kala itu, apalagi suami Sabiq sendiri sudah lama benar tidak terdengar beritanya, mungkin tewas atau lainnya.* Perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq binti Syaik segera pula terjadi, dengan riang gembira bagi Daud dan keluarga sendiri. Tetapi di sana dibawah ufuk yang tinggi, ada
Bagaimana juga desakan dan permintaannya ini, tidak dapat dikabulkan oleh penjaga penjaga itu. Tetapi hairan, keadaan yang sangat luar biasa, yang belum pernah terjadi. Dengan
2
14. KISAH NABI DAUD
tentang duduk perkara yang sebenarnya. Orang itu menjawab, bahawa memang dia sudah mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan lagi seekor kepunyaan saudaranya itu, agar cukup kambingnya berjumlah seratus ekor.
keadaan pintu tertutup, tiba tiba kedua orang itu sudah sampai saja di hadapan kamar Nabi Daud, lantas masuk menemui Daud. Memang kedua lelaki itu bukanlah manusia biasa, keduanya Malaikat yang diutus Allah berbentuk manusia untuk mendatangi Daud dan memberikan peringatan dan pengajaran kepada Daud. Alangkah terkejutnya Daud dengan kedatangan kedua tamu itu ke dalam kamarnya sendiri, sedang dia sendiri tidak pernah mengizinkan masuknya kedua orang itu.
Mendengar keterangan itu, merah padamlah muka Nabi Daud kerana marahnya; dengan badan gementar dan suara yang keras, dia berkata kepada orang yang menuntut itu: Tuntutanmu itu tidak baik, kalau engkau tetap menuntut begitu, akan kami pukul dahi dan hidungmu itu.
Kedua Malaikat itu segera duduk di dekat Daud dan berkata: Baru saja Daud berkata demikian Malaikat itu berkata: Jangan takut hai Daud, kami ini dua orang bersaudara yang bertentangan satu sama lain. Maka berilah kami hukuman yang benar, atas pertentangan dan perselisihan kami, tetapi jangan dihukum dengan cara yang tidak adil. Tunjukilah kami kepada jalan yang sebaik baiknya.
Engkau seharusnya yang lebih baik dipukul, sebab engkau sudah mempunyai sembilan puluh sembilan orang isteri, lantas mengambil isteri Oria bin Hannan yang hanya mempunyai isteri seorang itu saja. Mendengar kata kata yang terang dan tepat itu, Nabi Daud tunduk kepalanya, gementar badannya, terbuka kepadanya hakikat keadaan yang dihadapinya itu, bahawa yang dihadapinya itu adalah dua orang Malaikat yang diutus Allah untuk membetulkannya dan menunjukinya. Daud lalu tunduk dan sujud minta ampun kepada Tuhan, atas kekeliruannya, Allah segera memberi ampun dan taubat buat Daud, dengan berkat petunjuk petunjuk dan peringatan peringatan dari Allah Taala.
Daud tidak dapat menolak perkara yang sudah ada dihadapannya itu, sekalipun hari itu bukan harinya perkara. Dia bersiap untuk menjatuhkan putusan hukum terhadap dua orang yang berselisih itu. Setelah mendengarkan keterangan keterangan yang diperlukan dalam perkara ini, akhirnya seorang diantara kedua orang itu berkata kepada Daud: Saudara saya ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan saya hanya mempunyai seekor kambing. Tetapi saudara saya ini menuntut kepada saya untuk mengambil kambing saya itu, agar kambingnya genap menjadi seratus, sedang saya tak mempunyai kambing sama sekali. Tuntutan ini sudah beberapa kali saya tolak, tetapi dia membantah dengan kata kata yang fasih, sehingga saya kalah tentang kefasihannya itu.
Tuhan memperlihatkan kepada manusia dan Daud sendiri, bahawa baik soal kecil apa lagi soal besar, tetap diperhatikan oleh Allah. Bukan saja terhadap manusia biasa, tetapi juga terhadap orang orang pilihan Allah, Nabi nabi Mulia dan Rasul rasul yang Suci, dengan tidak diperbezakan sedikitpun antara Nabi dan manusia biasa, antara raja dan rakyat biasa. Hanya bezanya, para Nabi itu senantiasa dapat menerima ajaran Allah
Setelah mendengarkan itu semua, Daud lalu menghadapkan mukanya kepada yang seorang lagi dan bertanya kepadanya
3
14. KISAH NABI DAUD
istimewa, hari mana setiap orang tidak boleh bekerja, tetapi hari itu dikhaskan hanya semata-mata untuk menyembah Allah, untuk bersyukur kepada Tuhan dan hari menerima pelajaran Tuhan atau agama.
dan menjalankannya dengan baik dan patuh, sedang manusia biasa kadang kadang engkar dan tidak ambil peduli semua petunjuk yang baik baik itu. Berbagai bagai pendapat telah dikemukakan para ahli tafsir mengenai cerita perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq ini. Ada yang mengatakan bahawa Nabi Daud mengahwininya setelah yakin bahawa suaminya telah lama mati di medan perang. Pendapat yang lain mengatakan pula bahawa setelah suami Sabiq hilang tanpa berita demikian lama, maka di anggaplah talaknya telah gugur, barulah dikahwini Nabi Daud. Ada juga yang mengatakan bahawa peraturan zaman itu tidak melarang seorang lelaki melamar seorang perempuan yang telah bersuami asalkan si perempuan itu ingin kepada lelaki yang melamarnya, lalu di mintakan fasakhnya. Bahkan ada pula para mufassir yang menolak sama sekali berita perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq itu dan dianggap berita itu sebagai cerita cerita dongeng israeliyat yang tak patut dipercayai juga.
Begitulah telah menjadi adat, syariat dan tradisi bagi Bani Israel, sejak zaman Nabi Musa sampai ke zaman Nabi Daud a.s. Di sebuah kampung yang terletak di pinggir Lautan Merah, bernama kampung Allah, di mana tinggal bangsa keturunan Bani Israel juga. Mereka juga menjalankan syariat yang menjadikan hari Sabtu itu semata-mata untuk beribadat saja. Kerana adat dan syariat yang sudah turun temurun begitu lama, di mana tidak seorang juga di antara manusia yang pergi ke ladang membajak, tidak seorang juga pergi ke pasar berniaga, tidak seorang juga pergi ke laut menangkap ikan, maka syariat Bani Israel itu menyebabkan timbulnya sebuah tradisi pada ikan yang hidup di dalam laut di sekitar desa itu. Tidak begitu jauh dari pantai di desa itu, ada dua buah batu besar yang putih warnanya di dalam laut. Saban hari Sabtu, bukan main banyaknya ikan ikan besar yang lalu dan bermain main di antara dua buah batu besar itu. Rupanya ikan ikan itupun sudah tahu, bahawa kalau mereka berman main di situ pada hari Sabtu, tidak seorang juga manusia yang menangkap mereka, sedang di hari-hari yang lain, tidak ada se ekor pun di antara ikan ikan itu yang muncul di situ, kerana bila ada se ekor saja, sudah pasti akan ditangkap oleh manusia untuk menjadi makanannya yang paling enak. Di hari hari selain hari Sabtu mereka hampir seluruhnya pergi ke laut menangkap ikan.
PERISTIWA HARI SABTU Sejak dahulu sudah ditetapkan Allah satu hari dalam se minggu, di hari semua orang diwajibkan berkumpul menjalankan ibadat bersama sama dan menerima tuntunan Allah dengan perantaraan Nabi dan RasulNya masing masing. Tetapi entah kerana apa, di zaman Nabi Musa kaum Bani Israel sama bermohon, agar hari itu dijadikan hari Sabtu saja.
Dari hari ke sehari, tahun ke tahun, makin banyak juga ikan ikan besar Lautan Merah yang melancung pada tiap hari Sabtu ke antara dua batu besar itu. Hal ini akhirnya menerbitkan selera
Keinginan mereka ini dikabulkan oleh Allah dan sudah tetaplah menurut syariat Nabi Musa, bahawa hari Sabtu itu adalah hari
4
14. KISAH NABI DAUD
hati mereka. Akhirnya oleh golongan yang beriman, diadakan tindakan kekerasan untuk menginsafkan orang orang yang sudah sesat itu. Dengan kekuatan senjata, mereka jaga agar jangan sampai ada seorang juga di antara penduduk yang menangkap ikan di hari Sabtu itu.
bangsa Bani Israel yang tinggal di desa itu. Nafsu tamak dan keinginan untuk memakan daging ikan yang besar-besar itu, menyebabkan mereka lupa kepada ajaran agama mereka sendiri. Mereka berkumpul bermesyuarat, bertukar fikiran. Mereka berkata: Kenapa kita biarkan saja ikan ikan besar sebanyak itu berkeliaran di hadapan kita di hari Sabtu ini. Sedang di hari hari lainnya, kita bermati matian ke tengah laut yang luas mencari ikan dengan bersusah-payah, kadangkadang dengan mengorbankan jiwa kita sendiri. Alangkah baiknya kalau di hari Sabtu itu, kita tangkap semua ikan yang lalu antara dua buah batu itu, kita pasti akan mendapatkan ikan sebanyak banyaknya dengan jalan yang amat mudah.
Tetapi mereka yang ingkar dan sesat itu sama sama memprotes keras: Kampung ini bukan kepunyaanmu saja, kami juga turut berhak atas kampung ini. Tetapi kenapa kamu melarang kami berbuat apa yang kami inginkan di kampung kami sendiri? Kami merdeka berbuat itu semua, apalagi mencari rezeki yang berupa makanan itu. Atau kalau kamu tidak suka kami mengerjakan apa yang kami perlukan, lebih baik kampung ini kita bagi dua saja. Setengahnya untuk kami, kami merdeka berbuat apa saja yang kami kehendaki di kampung bahagian kami dan setengah lagi untukmu dan kamu merdeka pula berbuat apa saja yang kamu kehendaki atasnya.
Fikiran ini lekas diterima oleh lain-lain orang di kampung itu, kecuali beberapa orang saja yang tetap beriman dan tidak sudi melanggar aturan agama. Begitulah setiap hari Sabtu penduduk kampung itu bersama sama menangkap ikan di antara dua buah batu besar itu dengan mudah sekali. Hasil mereka sehari itu jauh lebih banyak dari hasil mereka di hari hari lainnya yang enam hari itu.
Untuk menghindarkan selisih dan pertumpahan darah, orang orang yang beriman akhirnya suka kalau kampung itu di bagi antara kedua golongan itu. Kampung itu lalu di bagi dua. Kedua golongan disetiap kampung itu, kini merdeka berbuat sekehendak hati masing masing. Golongan yang sudah sesat itu berkecimpungan dengan keingkaran, mereka telah melupakan Tuhan dan makan makan besar setiap hari Sabtu, yang oleh Allah telah ditetapkan hanya untuk beribadat kepadaNya itu.
Alangkah senang hati mereka mendapat akal yang demikian itu. Dengan akal ini, maka hari Sabtu itu sudah mereka robah, bukan untuk menyembah Allah lagi, tetapi mereka jadikan hari melupakan Allah, hari beriang gembira, makan makan besar dengan ikan ikan besar yang mereka dapati di hari Sabtu yang istimewa itu. Di hari Sabtu itulah mereka makan seenak enaknya dan sebanyak banyaknya, dengan daging ikan ikan besar yang berbagai-bagai pula macam ragamnya.
Adapun orang-orang yang beriman selalu menasihatkan kepada sesama mereka, agar jangan meniru perbuatan salah dari orangorang yang sesat itu, kerana itu akan berakhir dengan dosa dan petaka yang diakhiri dengan seksaan Allah yang sebesarbesarnya, Setelah semua anjuran itu oleh golongan yang sesat itu tidak di acuhkan sama sekali, akhirnya perbuatan mereka itu
Setelah pekerjaan mereka itu diketahui oleh orang orang yang beriman, mereka memberikan nasihat kepada yang melanggar aturan agama itu. Tetapi nasihat ini tidak masuk lagi ke dalam
5
14. KISAH NABI DAUD
dibiarkan saja, menghukumnya.
diserahkan
kepada
Tuhan
saja
Tetapi Nabi Daud tidak mahu membiarkan begitu melanggar perintah Allah. Nabi Daud terus menerus mereka, agar mereka kembali kepada ajaran agamanya. Tetapi mereka hanya menggelengkan bahkan mengejek ejek.
batu batu dan rumah rumah yang runtuh, sedang orang orang yang beriman tetap selamat, berkat perlindungan dari Allah s.w.t.
untuk
saja orang menasihati Nabi dan kepalanya,
Akhirnya Nabi Daud tidak dapat membiarkan dan tidak dapat pula memberi nasihat lagi. Masalah ini diserahkannya kepada Allah semata mata, dengan doa agar Allahlah yang mengajari orang orang yang sudah sesat itu. Orang-orang yang ingkar itu rupanya menjadi semakin ingkar dan semakin tamak dalam hidupnya, akhirnya mereka mengerjakan segala macam dosa dan noda dalam hidupnya. Tabiat mereka berubah menjadi saperti kera atau beruk, tidak tahu akan halal dan haram, tidak kenal akan permatang atau pagar. Akhirnya bukan hanya tabiatnya saja yang jelek begitu rupa, tetapi rupa dan bentuk mereka juga jadi memburuk. Tabiat yang kasar dan dosa yang terlalu banyak, telah merobah bentuk rupa mereka juga, menyerupai kera atau beruk, menjadi binatang lata. Pada suatu hari terjadilah gempa besar di desa itu. Dengan gempa besar itu, semua kaum Mukminin, sama keluar dari rumah rumah mereka minta perlindungan dari Allah. Adapun orang orang yang sudah sesat itu, masih tetap makan-makan besar dengan hasil penangkapan ikan mereka di hari Sabtu itu. Akhirnya datang lagi gempa yang kedua, ketiga, keempat berturut turut tidak putus putusnya, yang semakin hebat dan dahsyat juga. Dengan gempa dahsyat itu, lenyaplah semua orang yang ingkar itu terpelanting ke dalam laut, di timpa oleh
6