1
2
3
Metodologi Pentafsiran Ibn ‘Ashur di dalam al-Tahrir wa al-Tanwir Dr Ahmad Yunus Mohd Noor 1.0
PENDAHULUAN
Sheikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur adalah salah seorang Mufassir yang terkenal pada abad yang ke-19 kerana sumbangan beliau dalam perbagai cabang ilmu agama yang bersesuaian dengan tuntutan semasa. Oleh kerana tuntutan terhadap kemaslahatan ummah, Ibn ‘Asyur telah menyumbangkan seluruh kehidupannya demi memperjuangkan agama Islam dalam kancah kemelut umat yang tidak menentu serta pincang dari segenap aspek, memahami kehendak agama khususnya dalam memahami al-Quran dengan tepat tanpa mengabaikan ilmu turasi dan melebihkan ilmu duniawi, bahkan beliau telah mengimbangkan kedua-dua ilmu ini supaya menjadi satu ilmu yang mampu membina teras ketamadunan dan keperibadian muslim yang unggul dalam merealisasikan dan memartabatkan Islam ke seantero dunia. Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir merupakan usaha yang dijalankan oleh Ibn ‘Asyur dalam menerokai khazanah al-Qur’an untuk dijadikan panduan generasi kontemporer dan pada masa akan datang dalam memahami isi kandungan al-Qur‘an dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Tafsir karangan beliau ini adalah ringkasan kepada pandangan-pandangan ijtihad dan tajdid Ibn ‘Asyur dalam konteks semasa. 2.0
PENGENALAN TAFSIR AL-TAHRIR WA AL-TANWIR
Imam Ibn ‘Ashur mengungkapkan di dalam muqaddimah kitab tafsirnya; ‘‘aku menamakannya Tahrir al-Ma’na al-Sadid, Tanwir al-Aqli al-Jadid min Tafsir al-Kitab al-Majid, dan aku meringkaskan nama kitab ini dengan nama al-Tahrir wa al-Tanwir min al-Tafsir”,dan tafsir ini lebih masyhur dengan nama al-Tahrir wa al-Tanwir atau tafsir al-Tahrir al-Tanwir. (Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur 1997, 1: iv) Tafsir al-Kitab al-Majid menjadi inspirasi bagi Ibn ‘Ashur, seperti mana yang disebut dalam muqaddimah kitabnya, akan tetapi ia merasa ragu atas hasratnya untuk menulis 4
tafsir ini kerana baginya penulisan adalah bukan suatu pekara yang mudah, dan di atas sebab ini dia menangguhkan hasrat untuk menulisnya. Ekoran keraguannya sama ada ingin meneruskan atau tidak penulisan Tafsir al-Kitab alMajid, maka Ibn ‘Ashur melakukan solat istikharah memohon petunjuk Allah dan akhirnya mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. untuk mengarang tafsir ini seraya berkata “Aku mengharap agar Allah s.w.t membantu memberi kebaikan dan mendatangkan manfaat bagi tafsir karanganku, dan menjadikan diriku dari golongan hamba-hamba yang mengharapkan satu pengorbanan yang tidak sia-sia. (Ibid, 1: v) Dari segi sejarah, tafsir ini mula ditulis pada tahun 1341 hijrah dan disempurna pada tahun 1380 hijrah. Ibn ‘Ashur mengambil masa selama 39 tahun 6 bulan untuk menyelesaikan penulisan tafsir tersebut pada petang Jumaat, tanggal 12 rejab 1380 hijrah ketika beliau berada di rumahnya yang terletak di bandar al-Marsa iaitu di bahagian utara Tunisia. (Ibid, 1: vii) Tafsir ini telah dicetak oleh Dar al-Nasyr li al-Tawzi’ di Beirut. Tafsir ini juga dimuatkan dalam 30 juzuk, dan setiap satu naskhah mengandungi 2 juzuk, maka jumlah keseluruhan Tafsir ini ialah 15 jilid. Bilangan halamannya pula ialah 11197 muka surat. Kitab ini diiktiraf sebagai satu kitab yang bersifat ‘mausu‘ah’ oleh para ulama pada zamannya dan juga selepas kewafatan beliau sehingga kini. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi: 2008: 35-36). 3.0
KAEDAH PENYUSUNAN TAFSIR AL-QURAN 3.1
METODE-METODE UMUM DAN KHUSUS DALAM PENYUSUNAN
Di dalam tafsir ini, Ibn ‘Ashur menjelaskan beberapa metode umum dan khusus di dalam karyanya ini seperti berikut: 3.1.1
METODE UMUM i. Dimulakan dengan menyatakan sepuluh konsep penting, untuk dijadikan tajuk pada perbahasan pada Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Muqaddimah ini juga mengandungi beberapa maklumat yang sangat penting.
5
ii. Beliau berusaha ke arah penulisan tafsir yang berlandaskan kitab-kitab sebelumnya di samping penambahbaikan melalui penapisan fakta dan penjelasan tambahan yang diperlukan. iii. Beliau menekankan kekuatan peranan dan kredibiliti mufassir. Justeru, beliau mengkritik penulisan tafsir yang hanya dikumpul oleh penulis tanpa membuat sebarang komen atau penilaian. iv. Beliau menekankan sudut Balaghah yang diyakininya sebagai satu subjek yang amat penting dan wujud dalam setiap satu daripada ayat-ayat al-Quran. v. Beliau juga memberikan perhatian kepada sudut I’jaz dan keagungan bahasa Arab yang merangkumi di dalam kosa kata ayat-ayat al-Quran. vi. Beliau juga menjelaskan tema-tema utama yang dibawa oleh setiap surah agar pembaca tidak hanya tertumpu kepada perbahasan erti perkataan dan susunan ayatnya sahaja. vii. Beliau menjelaskan erti perkataan dari sudut bahasa Arab dengan penuh penelitian yang kadang-kadang tidak dihuraikan sedemikian rupa dalam kamuskamus bahasa Arab. Begitulah beberapa metode umum yang dinyatakan sendiri oleh Ibn ‘Ashur dalam karyanya; al-Tahrir wa al-Tanwir. (Muhammad bin Ibrahim al-hamdi: 2008: 39) 3.1.2 METODE-METODE KHUSUS a) AQIDAH Ibn ‘Ashur menggunakan pendekatan pemahaman ulama salaf dan khalaf dalam penafsiran ayat-ayat mutasyabihat. Ada pun pada pekara yang berkaitan keesaan, beriman dengan malaikat, kitab, rasul, hari kebangkitan dan qadar, beliau lebih cenderung kepada pemahaman ulama salaf. Beliau menolak pandangan golongangolongan yang bercanggah dengan pandangan ulama salaf. Fakta ini boleh dilihat dalam kitabnya, malah beliau membincangkan pendapat golongan muktazilah dan khawarij pada permasalahan orang yang melakukan dosa besar, namun beliau menafikan pendapat mereka. Beliau juga membantah pendapat ahli falsafah yang mengatakan pengetahuan Allah hanya tertakluk kepada perkara yang bersifat umum sahaja, dan Allah tidak mengetahui perkara-perkara yang khusus, sebaliknya Allah maha mengetahui segala 6
sesuatu. Ibn ‘Ashur juga membantah pendapat golongan syiah batiniah dan beberapa golongan syiah yang lain yang bercanggah dengan aqidah Islam. Ibn ‘Ashur juga tidak sependapat dengan pandangan ulama Asya’irah pada beberapa masalah yang berkaitan dengan takdir dan lain-lain. Beliau juga menyangkal bid`ah dan perkara-perkara yang batil kurafat seperti amalan menilik nasib, menunaikan solat zohor selepas jumaat, dan berbagai lagi yang di nyatakan di dalam tafsirnya. Beliau juga menolak perkara-perkara yang batil yang dilakukan oleh golongan sufi dan kadang-kadang beliau juga menolak kata-kata Ibn ‘Arabi tanpa menjelaskan punca dan sebabnya. Maka inilah kepelbagaian dan keindahan hujahan metode pentafsiran dan pendekatan yang digunapakai oleh Ibn ‘Ashur dalam metode aqidah. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi: 2008: 40-41) b) HADIS Ibn ‘Ashur sangat mentikberatkan hadis Rasulullah saw, seperti menerangkan darjat hadis sama ada sahih atau daif, mentarjihkan pendapat ulama dan menceritakan asbab wurud hadis. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi: 2008: 42) c) FIQH Dalam ilmu Fiqh, Ibn ‘Ashur Mengetengahkan permasalahan fiqh dalam tafsirnya. Beliau menjelaskan perkara yang menjadi perselisihan pada sesuatu hukum, dan beliau menjelaskan pendapat mazhab-mazhab fiqh serta mentarjihkan pendapat tadi yang pada pendapatnya rajih. d) ILMU QIRAAT Ibn ‘Ashur membentangkan Qiraat-qiraat pada penafsirannya serta mentarjihkan pendapat ulama’ bagi setiap qiraat yang dinyatakan dalam kitab tafsirnya ( Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi: 2008: 42). e) MAQASID SYARIAH Ibn ‘Ashur menguatkan lagi hujah dalam penafsirannya dengan menyatakan prinsipprinsip maqasid syariah. Beliau juga seorang tokoh mujaddid dalam ilmu Maqasid Syariah pada zamannya. Ini terbukti dalam buku karangannya yang berjudul Maqasid Syariah al-Islamiyyah (Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi: 2008: 42-43). f) NAHU DAN SARF Beliau juga memberi penekanan dalam masalah ilmu nahu dan sarf, seperti khilaf dari sudut `arab ayat-ayat al-Quran, sebelum mentarjihkan khilaf ‘ulama dalam masalah 7
bahasa Arab dan cuba untuk menyempurnakan sebahagian kesalahan yang dilakukan oleh mufassir (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 44-45) g) KISAH-KISAH DI DALAM AL-QURAN Beliau juga menjelaskan kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran, seperti menjelaskan perlunya umat Islam mengambil pengajaran dari kisah-kisah para nabi a.s. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 45). h) KITAB-KITAB SAMAWI YANG DISELEWENG Ibn ‘Ashur juga banyak mengambil dari kitab taurah, dan menjelaskan penyelewengan kebatilan juga menerangkan perkara yang benar dari apa yang diambil di dalam kitab Taurat ke dalam tafsirnya (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 45). i) ASAS-ASAS IBADAH Seperti solat, zakat, puasa, haji, dan lain-lain yang berkaitan ibadah. dan beliau juga mengingatkan faedah-faedah, kesan-kesan, amal ibadah, di dunia dan di akhirat (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 46) j) AKHLAK MULIA Ibn ‘Ashur menekankan adab-adab dan akhlak mulia seperti; sabar, lemah lembut, bersyukur, memaafkan, memuliakan, berakhlak mulia, berani, tinggi keazaman, kemuliaan jiwa, dan menolak kezaliman. Asas-asas ini juga diterangkan batasnya dan perbezaan antaranya, beliau menyeru supaya menjadikan akhlak mulia sebagai hiasan diri, serta menjelaskan kesan-kesannya kepada individu dan ummah (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 46). k) PERANAN GURU YANG MAMPU MEMPERBAIKI MASYARAKAT Ibn ‘Ashur memberi penekanan betapa pentingnya peranan guru-guru dalam membangkitkan
dan membina sesebuah masyarakat, Beliau amat prihatin dalam
menjelaskan usul dakwah di jalan Allah, menyuruh kepada kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran, serta menyeru agar memahami sesuatu keperluan dan sesuatu yang membawa kemudaratan. Beliau sangat berazam untuk memacu dan mengangkat ummah dengan konsisten terhadap industri ekonomi khususnya. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 46). l)
MEMULAKAN GOLONGAN SALAF DALAM MASYARAKAT
8
Ibn ‘Ashur menulis dalam tafsirnya ketika umat Islam dalam keadaan yang lemah kerana dijajah oleh Perancis, selepas kejatuhan khilafah, resapan idealogi barat, yang telah banyak memberi kesan kepada pemikiran umat Islam. Namun, ia tidak mempengaruhi Ibn ‘Ashur dan melemahkan hasratnya untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan ummah melalui penulisan karya agungnya; al-Tahrir wa al-Tanwir. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamid: 2008: 47). m) MEMETIK KATA-KATA AHLI FALSAFAH DAN ULAMA’ Ibn ‘Ashur juga memetik beberapa pendapat ahli falsafah dan ulama’ Islam seperti; alKindi, al-Farabi, Ibnu Sina serta menerangkan beberapa hujah-hujah mereka dalam ilmu falsafah dan memasukkan ke dalam tafsirnya. (Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi: 2008: 50) 3.1.3 MUQADDIMAH TAFSIR IBN ‘ASHUR Merujuk kepada kitab al-Tahrir wa al-Tanwir, kita dapati Ibn ‘Ashur telah menggariskan sepuluh dasar yang dipandangnya sebagai perkara yang begitu penting dalam usaha seseorang pentafsir untuk menghuraikan ayat-ayat al-Quran al-Karim. Terdapat sepuluh perkara yang diutarakan oleh Ibn ‘Ashur yang sudah tentunya dapat menyerlahkan keunikan dan ketokohan beliau dalam bidang tafsir.
3.2.1
Metode Pertama:
Menerangkan definisi tafsir, ta’wil dan kedudukan tafsir sebagai satu cabang ilmu (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997, 1:9-15). Di dalam perbincangan ini, Ibn ‘Ashur membahaskan perkaraperkara berikut:
1. Definisi al-tafsir dari sudut bahasa Arab dan istilah para mufassir. Menurut beliau al-tafsir dari sudut istilah ialah:
هو اسم للعلم الباحث عن بيان معاين ألفاظ القرآن وما يستفاد منها:والتفسري يف االصطالح نقول .ابختصار أو توسع 2. Fokus ilmu Tafsir. 9
وموضوع التفسري :ألفاظ القرآن من حيث البحث عن معانيه ،وما يستنبط منه . 3. Definisi Ta’wil, di mana beliau berpendapat Ta’wil adalah sinonim kepada terma Tafsir:
وهذه كلها اصطالحات ال مشاحة فيها إال أن اللغة واآلاثر تشهد للقول األول ،ألن التأويل مصدر أوله إذا أرجعه إىل الغاية املقصودة ،والغاية املقصودة من اللفظ هو معناه وما أراده منه املتكلم به من املعاين، فساوى التفسري ،على أنه ال يطلق إال على ما فيه تفصيل معىن خفي معقول. 4. Kedudukan Tafsir sebagai satu ilmu, di mana beliau berpendapat bahawa tafsir bukanlah satu ilmu kerana ilmu itu ialah satu perbincangan yang merangkumi isuisu besar dan menyeluruh. Menurut beliau, tafsir hanyalah satu perbincangan yang terperinci berkenaan lafaz dan istinbat sahaja. Beliau berkata:
هذا ويف عد التفسري علما تسامح؛ إذ العلم إذا أطلق ،إما أن يراد به نفس اإلدراك ،حنو قول أهل املنطق ،العلم إما تصور وإما تصديق ،وإما أن يراد به امللكة املسماة ابلعقل وإما أن يراد به التصديق اجلازم وهو مقابل اجلهل وهذا غري مراد يف عد العلوم وإما أن يراد ابلعلم املسائل املعلومات وهي مطلوابت خربية يربهن عليها يف ذلك العلم وهي قضااي كلية ،ومباحث هذا العلم ليست بقضااي يربهن عليها فما هي بكلية ،بل هي تصورات جزئية غالبا ألنه تفسري ألفاظ أو استنباط معان .فأما تفسري األلفاظ فهو من قبيل التعريف اللفظي وأما االستنباط فمن داللة االلتزام وليس ذلك من القضية. 3.2.2 Metode Kedua: Sumber ilmu tafsir yang perlu dimiliki oleh seseorang mufassir. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997, 1: 16-25). Beliau berkata:
فاستمداد علم التفسري للمفسر العريب واملولد ،من اجملموع امللتئم من علم العربية وعلم اآلاثر ،ومن أخبار العرب وأصول الفقه قيل وعلم الكالم وعلم القراءات. Kepentingan ilmu al-Ma‘ani dan ilmu al-Bayan di mana beliau menekankan kedudukan dua ilmu ini dalam menyerlahkan keutuhan sudut balagah al-Quran. Beliau berkata: 10
ولعلمي البيان واملعاين مزيد اختصاص بعلم التفسري ألهنما وسيلة إلظهار خصائص البالغة القرآنية ،وما تشتمل عليه اآلايت من تفاصيل املعاين وإظهار وجه اإلعجاز ولذلك كان هذان العلمان يسميان يف القدمي علم دالئل اإلعجاز. Berkenaan sumber dari al-ma’thur, beliau menerangkan secara ringkas bahawa ianya terbahagi kepada tiga iaitu apa yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan daripada para sahabat r.a. serta apa yang disepakati oleh umat secara ijma‘. Beliau berkata:
وأما اآلاثر فاملعين هبا ،ما نقل عن النيب صلى هللا عليه وسلم ،من بيان املراد من بعض القرآن يف مواضع اإلشكال واإلمجال ،وذلك شئ قليل…وما نقل عن الصحابة الذين شاهدوا نزول الوحي من بيان سبب النزول ،وانسخ ومنسوخ ،وتفسري مبهم ،وتوضيح واقعة من كل ما طريقهم فيه الرواية عن الرسول صلى هللا عليه وسلم دون الرأي...وتشمل اآلاثر إمجاع األمة على تفسري معىن ،إذ ال يكون إال عن مستند... Berkenaan qira’at, beliau berpendapat bahawa ianya hanya diperlukan dalam ilmu tafsir untuk digunakan sebagai dalil untuk mengetahui tafsir sesuatu ayat. Beliau berkata:
وأما القراءات فال حيتاج إليها إال يف حني االستدالل ابلقراءة على تفسري غريها ،وإمنا يكون يف معىن الرتجيح ألحد املعاين القائمة من اآلية أو الستظهار على املعىن ،فذكر القراءة كذكر الشاهد من كالم العرب؛ ألهنا إن كانت مشهورة ،فال جرم أهنا تكون حجة لغوية ،وإن كانت شاذة فحجتها ال من حيث الرواية ،ألهنا ال تكون صحيحة الرواية ،ولكن من حيث إن قارئها ما قرأ هبا إال استنادا الستعمال عريب صحيح ،إذ ال يكون القارئ معتدا به إال إذا عرفت سالمة عربيته.. Berkenaan kisah-kisah orang Arab, beliau berpendapat bahawa ianya dapat digunakan untuk memahami perkara yang dinyatakan secara ringkas oleh al-Quran. Beliau berkata:
وأما أخبار العرب فهي من مجلة أدهبم .وإمنا خصصتها ابلذكر تنبيها ملن يتوهم أن االشتغال هبا من اللغو فهي يستعان هبا على فهم ما أوجزه القرآن يف سوقها ألن القرآن إمنا يذكر القصص واألخبار للموعظة
11
فبمعرفة األخبار يعرف ما أشارت له اآلايت من دقائق، ال ألن يتحادث هبا الناس يف األمسار،واالعتبار .املعاين Berkenaan ilmu usul al-fiqh, beliau berpendapat bahawa sebahagian ilmu ini membantu ilmu altafsir. Beliau berkata:
إحدامها أن علم األصول قد أودعت فيه: وذلك من جهتني،فتحصل أن بعضه يكون مادة للتفسري مسائل كثرية هي من طرق استعمال كالم العرب وفهم موارد اللغة أمهل التنبيه عليها علماء العربية مثل وقد عد الغزايل علم األصول من مجلة العلوم اليت تتعلق ابلقرآن،مسائل الفحوى ومفهوم املخالفة أن علم األصول يضبط قواعد االستنباط: اجلهة الثانية.وأبحكامه فال جرم أن يكون مادة للتفسري .ويفصح عنها فهو آلة للمفسر يف استنباط املعاين الشرعية من آايهتا Berkenaan ilmu kalam, beliau berpendapat bahawa ianya bukanlah satu sumber bagi ilmu altafsir kerana ilmu kalam adalah untuk perluasan ilmu dan bukan sumber. Beliau berkata:
وال أثر له يف،وكالمها اشتباه ألن كون القرآن كالم هللا قد تقرر عند سلف األمة قبل علم الكالم... وال حيتاج لعلم الكالم إال يف التوسع يف إقامة األدلة، وأما معرفة ما جيوز وما يستحيل فكذلك،التفسري . وقد أبنت أن ما حيتاج إليه املتوسع ال يصري مادة للتفسري،على استحالة بعض املعاين 3.2.3 Metode Ketiga Penerimaan al-tafsir bi gayr al-ma’thur dan pengertian al-tafsir bi al-ra’y. (Muhammad alTahir Ibn ‘Ashur 1997, 30:37). 1. Penjelasan bahawa jumlah al-tafsir bi al-ma’thur sedikit sahaja dan al-tafsir bi gayr alma’thur diterima dalam ilmu tafsir. Beliau juga membincangkan tentang kemusykilan yang timbul daripada larangan Nabi s.a.w. daripada menggunakan al-ra’y (pendapat) dalam mentafsirkan Quran, antara lain dengan menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis-hadis larangan tersebut ialah salah satu dari lima perkara berikut:
12
i
Penggunaan al-ra’y tanpa sebarang sandaran kepada sumber-sumber ilmu tafsir yang terdiri daripada bahasa Arab, Maqasid al-Shari‘ah, al-Nasikh wa alMansukh dan Sabab al-Nuzul.
ii
Penggunaan al-ra’y tanpa tadabbur iaitu dengan mentafsirkan sesuatu ayat dengan sekilas pandang dan hanya merujuk kepada satu dua sumber-sumber ilmu tafsir sahaja.
iii
Penggunaan al-ra’y yang berasaskan hawa nafsu, mazhab, atau kepercayaan.
iv
Penggunaan al-ra’y bersesuaian dengan erti lafaz kemudian mendakwa bahawa itulah satu-satu erti yang benar.
v
Penggunaan al-ra’y yang dilarang di dalam hadis-hadis tersebut ialah supaya wujudnya perasaan berhati-hati dan usaha tadabbur dan ta’wil di samping anjuran supaya sentiasa tidak tergopoh-gapah untuk mentafsirkan sesuatu ayat.
2.
Penjelasan bahawa al-tafsir al-batiniah adalah satu bentuk tafsir yang ditolak seperti yang dilakukan oleh kumpulan pelampau Syi‘ah yang dikenali sebagai al-Batiniyyah.
3.
Penjelasan bahawa al-tafsir al-ishariy dibenarkan sekiranya ia merupakan salah satu daripada tiga keadaan berikut:
i.
Sebagai contoh untuk keadaan yang seakan-akan dengan isi ayat.
ii.
Sebagai al-tafa’ul dengan mengaitkan sebutan perkataan-perkataan dalam sesuatu ayat dengan sesuatu erti yang terdapat dalam hati si pendengar yang mentafsirkannya secara isyariy.
iii.
Sebagai peringatan dan pedoman dalam kehidupan dengan menjadikan erti sesuatu ayat yang merupakan kenyataan tentang sesuatu peristiwa atau perkara bertukar menjadi peringatan kepadanya.
3.2.4 Metode Keempat Berkenaan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tujuan mufassir. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997 : 38:45).
13
1. Tujuan utama seorang mufassir iaitu sebanyak lapan tujuan seperti berikut: i.
Memperbaiki aqidah dan mengajar aqidah yang sahih yang merupakan sebab utama kebaikan segenap makhluk.
ii.
Menyemai kemuliaan akhlak.
iii.
Menetapkan perundangan iaitu hukum-hakam yang khas dan umum.
iv.
Memimpin umat agar bersatu padu.
v
Menceritakan tentang kisah-kisah dan berita umat terdahulu untuk dijadikan pedoman dan teladan.
vi
Mengajar mengikut keadaan dan kesesuaian zaman dan kefahaman orang yang mendengar.
vii.
Memberi peringatan samada amaran mahupun galakan.
viii.
Menonjolkan sudut I‘jaz al-Quran agar ianya menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w.
3.2.5 Metode Kelima Berkenaan Asbab al-Nuzul. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997: 46-50) Penerangan bahawa para ulama terbahagi kepada dua dalam penetapan dan pencarian ilmu Asbab al-Nuzul. Ada di kalangan mereka yang melampau-lampau dan ada di kalangan mereka yang bersederhana. Pembahagian Asbab al-Nuzul tersebut dibahagikan kepada lima bahagian iaitu: i.
Riwayat yang merupakan erti ayat dan tidak dapat difahami ayat itu kecuali dengannya. Ilmu ini adalah satu kemestian bagi mufassir.
ii.
Riwayat yang merupakan peristiwa yang merupakan punca penurunan ayat. Ia hanya menambah kefahaman dan tidak mengapa jika tidak diketahui oleh mufassir.
iii.
Riwayat yang merupakan kisah yang dinyatakan sebagai contoh bagi sesuatu ayat. Ia tidak perlu dinyatakan oleh mufassir dan sentiasa disalah fahamkan sebagai satusatunya sabab al-Nuzul bagi ayat itu.
iv.
Riwayat yang merupakan kisah yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan sesuatu ayat.
v.
Riwayat yang menjelaskan perkara yang tidak jelas atau menolak perkara yang mutashabih. 14
3.2.6 Metode Keenam Berkenaan al-Qira’at. (Muhammad
Tahir
Ibn
‘Ashur 1997:
51-63) Menurut beliau,
pembahagian al-Qira’at boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu: i.
Bahagian yang tiada kaitan dengan ilmu Tafsir iaitu yang tidak mengubah erti ayat.
ii.
Bahagian yang berkait rapat dengan ilmu Tafsir iaitu yang mengubah erti ayat samada memperkayakan erti ayat atau membawa kefahaman lain bagi ayat.
iii.
Penjelasan tentang perbezaan antara Sab‘ah al-Ahruf dan al-Qira’at al-Sab‘.
iv.
Penjelasan tentang susunan qira’at yang betul dan manakah di antara kumpulan qira’at ini yang lebih utama.
3.2.7 Metode Ketujuh Berkenaan kisah-kisah al-Quran. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997: 64-69) Di dalam perbincangan ini, Ibn ‘Ashur membahaskan perkara-perkara berikut: 1. Penjelasan bahawa kisah-kisah Quran mengatasi segala kisah-kisah lain dari sudut manfaat dan persembahan. 2. Penerangan bahawa kisah-kisah Quran membuahkan sepuluh faedah iaitu: i.
Menolak sifat ummiyyah daripada bangsa Arab yang beriman kerana dengan kisahkisah ini mereka mempunyai ilmu-ilmu yang dimiliki oleh pendeta-pendeta Ahli alKitab.
ii.
Menekankan bahawa mengenali keadaan pendokong kebenaran pada masa silam adalah satu budi pekerti mulia.
iii.
Pengetahuan bahawa setiap satu itu berdasarkan punca atau penyebabnya.
iv.
Amaran kepada orang musyrik bahawa akibat orang yang mengingkari adalah kebinasaan.
v.
Mengutarakan satu pendekatan baru dalam kesusasteraan Arab iaitu pendekatan alTausif dan al-Muhawarah. Dengan dua cara ini yang menjadikan orang Arab terpegun, terserlahlah sudut I‘jaz al-Quran.
vi.
Membuka ufuk pemikiran umat Islam agar peka tentang umat-umat terdahulu untuk dijadikan teladan dalam kehidupan mereka.
15
vii.
Membuka minda umat Islam agar mengetahui kehebatan tamadun umat-umat terdahulu dan tidak hanya menyanjungi diri mereka sendiri.
viii.
Mewujudkan cita-cita tinggi dalam jiwa umat Islam agar berusaha menguasai alam ini seperti mana umat-umat terdahulu pernah menguasainya.
ix.
Menanam rasa yakin bahawa kekuasaan yang sebenarnya hanyalah milik Allah Ta‘ala. Jika umat Islam mengamalkan dua konsep ini iaitu persediaan dan pergantungan, pasti mereka akan terselamat daripada sebarang penjajahan.
x.
Memberi pengajaran dari sudut sejarah pensyariatan dan ketamadunan yang menjana kemantapan infrastruktur kemasyarakatan.
3.2.8 Metode Kelapan Berkenaan nama al-Quran, ayat-ayatnya dan susunan serta nama surah-surahnya. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997 : 70-92). Di dalam perbincangan ini, Ibn ‘Ashur membahaskan perkaraperkara berikut: i.Kepentingan ilmu dalam ilmu Tafsir kerana ianya berkait rapat dengan erti ayat yang merupakan tujuan asasi ilmu Tafsir. ii.Penjelasan tentang nama-nama al-Quran yang mencecah dua puluh lebih nama. iii. Penjelasan tentang ayat-ayat al-Quran secara ketetapan wahyu, I’jaz al-Quran dan tempat berhenti bacaan ayat itu. iv. Penjelasan tentang surah-surah al-Quran yang jumlahnya seratus empat belas surah kesemuanya bahawa susunannya adalah berdasarkan ijtihad para sahabat.
3.2.9 Metode Kesembilan Berkenaan penekanan bahawa erti-erti yang dibawa oleh ayat-ayat al-Quran adalah sama seperti yang dimaksudkannya. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997: 93-100) Di dalam perbincangan ini, Ibn ‘Ashur membahaskan perkara-perkara berikut: 1. Penjelasan bahawa bangsa Arab mempunyai bahasa yang kaya dengan pelbagai pendekatan yang membuahkan kekayaan dalam erti dan maksud percakapan. Bahasa Arab juga dikenali sebagai satu bahasa yang mementingkan balaghah yang berasaskan konsep ringkas tetapi padat.
16
2. Penerangan bahawa al-Quran menggunakan bahasa Arab dalam bentuk yang lebih tinggi nilai balaghahnya dan lebih kaya erti dan maksud ayat-ayatnya. 3. Penekanan bahawa apa sahaja erti-erti yang dapat dikeluarkan daripada ayat-ayat alQuran adalah diterima selagimana tidak menyalahi garis panduan bahasa Arab dan agama Islam.
3.2.10 Metode Kesepuluh Berkenaan I‘jaz al-Quran. (Muhammad Tahir Ibn ‘Ashur 1997: 100-130) Di dalam perbincangan ini, Ibn ‘Ashur membahaskan perkara-perkara berikut: 1. Penjelasan tentang kepentingan ilmu al-Balaghah yang menjana sudut I‘jaz al-Quran berdasarkan kekuatan dan ketinggian kesusateraannya. I’jaz al-Quran juga merupakan satu perkara yang penting dan sukar untuk diterokai. 2. Penjelasan bahawa I‘jaz al-Quran terserlah dalam tiga sudut I’jaz seperti berikut: i.
al-Quran telah mencapai martabat kesusateraan tertinggi dalam bahasa Arabdengan pendekatan-pendekatan yang menjelaskan erti-erti yang tersembunyi. Pendekatan ini begitu tinggi sehinggakan ianya tidak dapat ditiru oleh para pensyair Arab.
ii.
Penerokaan kesenian tinggi dalam mengolahkan sesuatu tajuk atau tema yang tidak menyalahi metode percakapan orang Arab, akan tetapi tidak terlintas dalam fikiran mereka untuk menggunakannya.
iii.
Di dalam al-Quran terdapat petunjuk kepada hakikat-hakikat logik dan saintifik yang tidak dapat langsung dikaji oleh tahap pemikiran manusia di zaman tersebut.
3.4
KESIMPULAN
Melihat perbincangan di atas berkenaan penulisan al-Tahrir wa al-Tanwir oleh Ibn ‘Ashur, dapatlah dirumuskan di sini perkara-perkara berikut: 1.
Ibn ‘Ashur telah melalui proses pengajian yang begitu padat dan menyeluruh. Perkara ini
menghasilkan keahlian yang tinggi dalam dirinya untuk menjadi seorang sarjana yang disegani.
17
2.
Ibn ‘Ashur ternyata memang merupakan seorang tokoh yang terbilang dalam bidang
pentafsiran al-Quran. Buktinya amat jelas sekali dengan kehebatan kitab tafsir karangannya yang diiktiraf oleh ulama dahulu dan kontemporari. 3.
Sepuluh dasar yang dibincangkan oleh beliau juga menunjukkan ketinggian tahap
kefahaman beliau yang begitu kritis dan bersifat semasa.
RUJUKAN Abdul Qadir Muhammad Soleh. 2003. Al-Tafsir wa al-Mufassir fi ‘Asr al-Hadith, penyunting: Muhammad Soleh al-Alusi, Lubnan: Dar al-Ma’rifah. Ibn ‘Ashur, Muhammad Tahir bin ‘Ashur. 1997. Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, jilid 1, Tunisia: Dar al-Tunis li Nasyr. Ibn ‘Ashur, Muhammad Tahir bin ‘Ashur. 2001. Maqasid al-Syariah al-Islamiah, penyunting: Muhammad Tahir al-Mesawi, Jordan: Dar al-Nafais. Muhammad bin Ibrahim al-Hamdi. 2008. Al-Taqrib li Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, jilid 1 Riyad: Dar Ibn Khuzaimah. Muhammad Khalid Abdul Rahman. 2007. Usul al-Tafsir wa Qawaiduhu, Damsyik: Dar alNafais.
18