Menyingkap Keunikan Adat Tepung Tawar Masyarakat Melayu di Saratok, Sarawak
Disediakan Oleh: Faridah Sahari Fakulti Seni Gunaan & Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Menyingkap Keunikan Adat Tepung Tawar Masyarakat Melayu di Saratok, Sarawak
Faridah Sahari Fakulti Seni Gunaan & Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
[email protected]
Abstrak Masyarakat Melayu memang terkenal dan sebati dengan kekayaan adat dan kebudayaannya. Adat menepung tawar merupakan salah satu adat orang Melayu lama yang dilihat kian dilupakan. Lazimnya adat ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran dalam beberapa majlis tertentu seperti bersanding, cukur rambut, perempuan hamil dan masuk rumah baru. Unsurnya yang bersifat ritual dikatakan bercanggah dengan agama Islam membataskan amalannya pada masa kini. Namun begitu, segelintir berpendapat ia hanyalah sebahagian adat Melayu lama yang harus dipertahankan keasliannya dan kesinambungannya dalam generasi baru. Adat ini turut juga diamalkan dalam masyarakat Melayu Sarawak tetapi mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza mengikut tempat. Contohnya, pengucapan berbentuk lagu tanpa muzik diselitkan dalam upacara tepung tawar adalah satu keunikan masyarakat Saratok, sebuah daerah yang terletak di bahagian Betong Sarawak. Pengamal adat ini hanya terdiri daripada sebilangan kecil individu berusia 50 tahun ke atas yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Temubual dengan seorang pengamalnya di Saratok telah dijalankan bagi memberi gambaran sebenar mengenai adat Melayu lama ini. Kajian yang dijalankan melihat kepada beberapa aspek yang merangkumi: mengenalpasti peranan lagu, bentuk pengucapan serta pengertian seni kata lagu. Penekanan juga diberikan kepada bahan tepung tawar yang digunakan seperti beras kuning, bunga rampai, kikir pari, cincin emas dan air wangi dalam menyingkap simbolik yang tersirat di sebaliknya. Potensi dan kesesuaian adat ini untuk majlis-majlis lain pada masa ini juga turut dibincangkan.
Kata kunci: tepung tawar, adat melayu, adat resam
Pendahuluan
‘Biar mati anak jangan mati adat’ dan ‘hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’ merupakan antara pepatah Melayu yang merujuk kepada keteguhan pegangan adat dalam kehidupan dan amalan masyarakat Melayu. Adat-adat dan budayanya yang begitu sinonim dengan persekitaran kehidupan masyarakat setempat membentuk identiti dan ciri-ciri unik daripada segi cara pengamalannya. Diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang dalam bentuk lisan atau persembahan membolehkan amalan adat resam dalam masyarakat Melayu mempunyai kesinambungan sehingga ke hari ini biarpun dalam mengharungi arus kemodenan; bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Pengaruh Islam telah memainkan peranan yang begitu penting dalam mencorak amalan adat masyarakat Melayu. Penerapan nilai-nilai Islam dapat dilihat dalam penghasilan sastera Melayu seperti pantun, gurindam, seloka dan puisi bebas yang digunapakai mengikut kesesuaian situasi, tempat dan masanya (Abu Bakar, 1995 p. 136). Amalan-amalan tertentu telah disesuaikan mengikut landasan agama agar tidak bercanggah dengan hukum syarak. Contohnya amalan memakaikan anting-anting kepada bayi atau kanak-kanak lelaki yang sering sakit. Adat ini dipercayai mampu membuang sial dan penyakit daripada bayi atau kanak-kanak tersebut. Kerana amalannya tidak berteraskan agama Islam maka amalannya tidak lagi diteruskan.
Latarbelakang Kajian Adat tepung tawar adalah sebahagian adat istiadat Melayu yang masih dipraktikan amalannya di Malaysia. Adat istiadat bermaksud adat yang dilakukan dalam upacara atau majlis-majlis tertentu (Abbas Mohd. Shariff, 2002, p. 113). Seperti adat tepung tawar, ia lazimnya dilakukan dalam majlis-majlis seperti persandingan, cukur rambut, perempuan hamil dan masuk rumah baru sebagai tanda kesyukuran dan meraikan kegembiraan. Oleh kerana upacara ini dianggap mampu memberi kesejahteraan dan kebahagian kepada orang yang ditepung tawar, ianya dianggap sebagai satu upacara ritual. Pada dasarnya, adat tepung tawar dilihat sebagai upacara menabur beras kuning, bertih jagung, bunga rampai dan merenjis air wangi kepada orang yang diraikan. Walaubagaimanapun, pengisian upacara tepung tawar itu sendiri dari segi bahan, peralatan dan amalannya mempunyai unsur-unsur dinamika yang tersendiri; mempunyai kepelbagaian dan variasi mengikut masyarakat setempat. Disesetengah kawasan, adat ini disertakan dengan bacaan mantera dan jampi serapah yang berperanan sebagai doa. Unsur-unsur animisme yang wujud dalam adat dan budaya lama orang-orang Melayu yang begitu sinonim dengan kehidupan harian sedikit sebanyak telah menghakis amalan adat lama masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun, selagi sesuatu adat dan budaya itu tidak bercanggah dengan ajaran agama, maka ia seharusnya dikekalkan kerana
melambangkan keintelektualan dan daya masyarakat Melayu pada sesuatu zaman itu.
pemikiran
serta
falsafah
Kajian yang dilakukan di Saratok, sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Betong telah memperlihatkan keunikan yang tersendiri dalam upacara adat tepung tawar yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu di situ. Saratok merupakan daerah yang mempunyai banyak perkampungan orang-orang Melayu seperti Kampung Melango, Kabong, Geligat dan Sessang yang masih mengekalkan adat-adat tradisional seperti adat tepung tawar dalam kebanyakan majlisnya. Saratok telah dipilih secara sengaja kerana telah diketahui wujudnya satu budaya yang menyelitkan satu pengucapan berbentuk lagu tanpa muzik dalam upacara tepung tawarnya. Penggunaan kikir pari dan cincin emas dalam adat tepung tawar itu juga dianggap sesuatu yang agak berbeza daripada penggunaan bahan-bahan yang kebiasaan digunakan dalam upacara ini. Semua ini dilihat sebagai sesuatu yang mungkin sedikit berbeza dari segi pengamalannya dan keunikan inilah yang seharusnya dikupas.
Objektif Kajian ini dilakukan bukanlah berdasarkan perspektif seorang pakar bahasa atau kajian sastera yang meneliti secara terperinci mengenai seni kata lagu yang diselitkan dalam adat tepung tawar yang diamalkan tetapi ingin memaparkan suatu keunikan dan kepelbagaian budaya Melayu yang ada di Sarawak. Di samping itu juga, kajian ini memberi peluang dalam mengenal lebih dekat lagi mengenai bagaimana satu-satu adat istiadat tradisional itu dilaksanakan. Secara ringkasnya, kajian ini bertujuan untuk menyingkap keunikan adat tepung tawar berlagu yang tidak terdapat di tempat lain yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di daerah Saratok dan memperkenalkannya kepada masyarakat luar dan generasi baru dengan memperlihatkan ciri-ciri kelainan dan pendekatan berbeza dalam adat ini. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek yang tertentu termasuk: •
mengenalpasti peranan lagu, bentuk pengucapan serta pengertian seni kata lagu
•
merungkai simbolik yang tersirat disebalik bahan tepung tawar yang digunakan seperti beras kuning, bunga rampai, kikir pari, cincin emas dan air wangi.
Kajian ini boleh dianggap sebagai titik tolak ke arah mendokumentasikan keunikan adat-adat Melayu Sarawak yang hampir pupus ditelan zaman khususnya adat tepung tawar berlagu ini.
Metod Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temubual dan pemerhatian. Pengkaji melakukan kerja lapangan dengan pergi sendiri ke Saratok untuk menemui responden, seorang pengamal adat tepung tawar dan menghadiri sendiri majlis persandingan yang disertakan dengan majlis tepung tawar berlagu. Dapatan Kajian Berikut merupakan hasil daripada temubual dengan responden, Puan Rajunah seorang pengamal adat tepung tawar berlagu yang terkenal di Saratok. Beliau yang kini berusia 50 tahun telah mula mengamalkan adat ini sejak berusia 13 tahun lagi. Menurut beliau, ilmu berlagu dalam majlis tepung tawar telah diturunkan kepadanya seawal usianya 12 tahun daripada ibu saudaranya yang juga merupakan pengamal adat tersebut hanya dalam bentuk lisan. Ini menyebabkan beliau terpaksa menghafal setiap baris di dalam lagu itu agar bentuknya tetap dan kekal. Beliau juga menerangkan bahawa amalan ini mempunyai pantang larangnya yang tersendiri iaitu lagu tersebut hanya boleh dinyanyikan dalam majlis tepung tawar sahaja. Walaupun tidak dinyatakan secara jelas akibat melanggar pantangnya tetapi sekiranya dilanggar, maka pelakunya dianggap telah melakukan sesuatu yang ‘mali’. (‘Mali’ merujuk kepada sesuatu benda yang ditegah untuk dilakukan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kemudaratan dan kecelakaan kepada pelakunya). Adat tepung tawar berlagu yang beliau pelajari ini terbahagi kepada tiga iaitu untuk majlis bersanding, khatam Quran dan meraikan orang yang akan berangkat ke Mekah menunaikan haji. Hasil daripada temubual dengan responden ini, lagu tepung tawar yang berbentuk lisan telah dapat didokumentasikan untuk dibuat kajian dan dipaparkan kepada umum. Di sini ditunjukkan tiga buah lagu tepung tawar tersebut.
Lagu Tepung Tawar Majlis Persandingan
Assalamualaikum,
Bismillah daku meletak tepung,
Mengkuduk berbunga panggil,
Tepung tawar tepung jati,
Jelatang berbunga rhu,
Maaf encik maaf tuan,
Tepung asal mula menjadi,
Abang-abang duduk oleh memanggil,
Maaf adik maaf abang,
Tepung pulut namanya padi,
Maafkan semua tuan puan yang ada di sini,
Tepung bercampur entemu kunci,
Dayang-dayang datang oleh menyeru,
Tepung berair santan dan pati,
Bintang timur bintang pelangi,
Tepung berair zamzam malahayati,
Bayang-bayang dari angkasa,
Tepung turunan daripada nabi-nabi,
Dipanjangkan umur murah rezeki,
Maafkan menepung tawar, Membuang sial dan pemali, Didoakan selamat semuanya ini, Tepung permainan bidadari, Tepung pembuang sial dan pemali,
Jangan meninggal sembahyang dan puasa,
Bismillah itu permulaan kalam, Patah pucuk seranda rusa, Nama Allahalikul alam, Ikat-ikat ada di sini,
Dipatah dengan ibu kaki,
Diperbuatkan kitab dipermulaikan azam,
Cincin emas pula di sini,
Sudah dibuang segala dosa,
Supaya ingat mukmin dan Islam,
Kikir pari akan pengisi,
Diberikan Allah segala rezeki,
Tepung di kulit bersendi daging, Orang arif bijaksana serta syarip serta dermawan,
Tepung di tulang berhutak penuh,
Dayang Jodah Dayang Madini,
Penuh dengan keluarganya,
Menumbuk lesung tinggi rimbarimbun di dalam negeri,
Abang-abang, encik-encik dan tuan puan,
Ayahanda bernama jantan laki-laki,
Lebai dan haji dua sekawan,
Bonda bernama sigantar puri,
Bilal dan khatib beserta imam,
Sejukkan apa anakandaku ini,
Berdoa bermohon kepada tuhan,
Sejuk seperti ular cintamani,
Menyampaikan hajat orang sekalian,
Patah pucuk mali-mali,
Kalau berhuma beroleh padi, Kalau berdagang dapat besi, Dapat emas berkati-kati, Dapat wang pergi haji, Dapat anak laki-laki, Pakai membuang sial dan pemali, Cantik molek tidak terperi, Luruh daun dahan menyuli, Serta bijak lagi bistari, Patah dahan pohon pun lagi, Menjadi hulubalang dalam negeri, Daun ingkas daun pedada, Sudah bersama tak cerai lagi, Sudah ditingas ia pun ada, Itu syarat orang suami isteri, Daun rhu daun jelatang, Sudah diseru ia pun datang, Ini selamat pula dikata, Kepada Allah tuhannya kita, Dengan berkat segala doa, Doa selamat pula dibaca,
Lagu Tepung Tawar Majlis Khatam Quran
Assalamualaikum,
Bismillah daku meletak tepung,
Mengkuduk berbunga panggil,
Tepung tawar tepung jati,
Jelatang berbunga rhu,
Maaf encik maaf tuan,
Tepung asal mula menjadi,
Abang-abang duduk oleh memanggil,
Maaf adik maaf abang,
Tepung pulut namanya padi,
Maafkan semua tuan puan yang ada di sini,
Tepung bercampur entemu kunci,
Dayang-dayang datang oleh menyeru,
Tepung berair santan dan pati,
Bintang timur bintang pelangi,
Tepung berair zamzam malahayati,
Bayang-bayang dari angkasa,
Tepung turunan daripada nabi-nabi,
Dipanjangkan umur murah rezeki,
Tepung permainan bidadari,
Jangan meninggal sembahyang dan puasa,
Maafkan menepung tawar, Membuang sial dan pemali, Didoakan selamat semuanya ini,
Tepung pembuang sial dan pemali, Patah pucuk seranda rusa,
Bismillah itu permulaan kalam,
Dipatah dengan ibu kaki,
Nama Allahalikul alam, Ikat-ikat ada di sini,
Sudah dibuang segala dosa,
Diperbuatkan kitab dipermulaikan azam,
Cincin emas pula di sini,
Supaya ingat mukmin dan Islam,
Kikir pari akan pengisi,
Diberikan Allah segala rezeki,
Tepung di kulit bersendi daging, Membaca quran sudahpun tamat, Orang arif bijaksana serta syarip serta dermawan,
Tepung di tulang berhutak penuh, Panjang dan pendek ayat disukat, Penuh dengan keluarganya,
Abang-abang, encik-encik dan tuan puan,
Ayahanda bernama jantan laki-laki,
Lebai dan haji dua sekawan,
Bonda bernama sigantar puri,
Bilal dan khatib beserta imam,
Sejukkan apa anakandaku ini,
Berdoa bermohon kepada tuhan,
Sejuk seperti ular cintamani,
Menyampaikan hajat orang sekalian,
Patah pucuk mali-mali,
Dibaca dengan penuh harakat, Bekalan dunia hingga akhirat,
Ini selamat pula dikata, Kepada Allah tuhannya kita, Dengan berkat segala doa, Pakai membuang sial dan pemali, Doa selamat pula dibaca, Luruh daun dahan menyuli, Patah dahan pohon pun lagi, Daun ingkas daun pedada, Sudah ditingas ia pun ada, Daun rhu daun jelatang, Sudah diseru ia pun datang,
Lagu Tepung Tawar Majlis Pergi Haji
Assalamualaikum,
Bismillah daku meletak tepung,
Mengkuduk berbunga panggil,
Tepung tawar tepung jati,
Jelatang berbunga rhu,
Maaf encik maaf tuan,
Tepung asal mula menjadi,
Abang-abang duduk oleh memanggil,
Maaf adik maaf abang,
Tepung pulut namanya padi,
Maafkan semua tuan puan yang ada di sini,
Tepung bercampur entemu kunci,
Dayang-dayang datang oleh menyeru,
Tepung berair santan dan pati,
Bintang timur bintang pelangi,
Tepung berair zamzam malahayati,
Bayang-bayang dari angkasa,
Tepung turunan daripada nabi-nabi,
Dipanjangkan umur murah rezeki,
Tepung permainan bidadari,
Jangan meninggal sembahyang dan puasa,
Maafkan menepung tawar, Membuang sial dan pemali, Didoakan selamat semuanya ini,
Tepung pembuang sial dan pemali, Patah pucuk seranda rusa,
Bismillah itu permulaan kalam,
Dipatah dengan ibu kaki,
Nama Allahalikul alam, Ikat-ikat ada di sini,
Sudah dibuang segala dosa,
Diperbuatkan kitab dipermulaikan azam,
Cincin emas pula di sini,
Supaya ingat mukmin dan Islam,
Kikir pari akan pengisi,
Diberikan Allah segala rezeki,
Tepung di kulit bersendi daging, Dapat wang pergi haji, Orang arif bijaksana serta syarip serta dermawan,
Tepung di tulang berhutak penuh, Penuh dengan keluarganya,
Datang ke Mekah mengerjakan haji,
Abang-abang, encik-encik dan tuan puan,
Ayahanda bernama jantan laki-laki,
Naik mengadap arash dan qarsi,
Lebai dan haji dua sekawan,
Bonda bernama sigantar puri,
Mengeliling kaabah yatullah tujuh kali dalam sehari,
Bilal dan khatib beserta imam,
Sejukkan apa anakandaku ini,
Berdoa bermohon kepada tuhan,
Sejuk seperti ular cintamani,
Menyampaikan hajat orang sekalian,
Patah pucuk mali-mali,
Angkat melontar batu gahari, Mengikut hadis firman nabi, Turun terus ke tanah jawi, Pakai membuang sial dan pemali, Dapat suami atau isteri, Luruh daun dahan menyuli, Mendapat sahabat pula terpuji, Patah dahan pohon pun lagi, Daun ingkas daun pedada,
Ya Sheikh Saidina Abdul Kadir Zulaini,
Sudah ditingas ia pun ada, Daun rhu daun jelatang,
Ini selamat pula dikata,
Sudah diseru ia pun datang,
Kepada Allah tuhannya kita, Dengan berkat segala doa, Doa selamat pula dibaca,
Analisis Dapatan Kajian i.
Peranan Lagu
Di kebanyakan tempat lain, upacara tepung tawar, lazimnya tidak diiringi dengan apa-apa nyanyian. Tetapi keunikan majlis tepung tawar yang terdapat di Saratok diselitkan dengan lagu walaupun tanpa diiringi muzik, namun kata-katanya disebut dalam intonasi, kadensa (lenggok) dan irama yang tersendiri. Jika dilihat daripada ciri bagaimana lagu tepung tawar ini diturun daripada generasi yang terdahulu, iaitu secara lisan, dapatlah dikatakan ianya merupakan satu sastera rakyat yang lahir daripada satu kelompok masyarakat yang praliterat (Noriah Taslim, 1993, p. 127). Cara penyampaian yang keseluruhannya melalui pengucapan lisan kerana ketidakupayaan untuk menulis seterusnya mendokumentasi lagu tersebut. Kegiatan sastera yang sedemikian lebih berperanan secara sosial sebagai hiburan dan moral dan amalanya dalam kegiatan seni adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu lama yang masih dipraktikkan (Harun Mat Piah, 1989, p. 4, Noriah Taslim, 1993, p. 128). Tetapi, lagu atau puisi lisan yang dinyanyikan dalam majlis tepung tawar di Saratok jelas sekali berperanan sebagai sebagai doa dan nasihat agar orang yang ditepung tawar beroleh kebahagian dan kesejahteraan disamping sebagai hiburan untuk memeriahkan lagi suasana majlis.
ii.
Bentuk Lagu
Secara amnya, lagu tepung tawar ini berangkap-rangkap tetapi baris dalam setiap rangkap tidak mempunyai jumlah yang tetap. Setiap rangkap mencerita atau menyampaikan satu perkara. Pengamatan yang dibuat pada bentuk lagu tepung tawar ini, penggunaan bahasanya jelas memperlihatkan ciri-ciri bahasa puisi lisan yang digunakan dalam puisi Melayu tradisional. Bahasa lisan wujud dalam puisi lama seperti dalam semua genre puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka atau dalam bentuk-bentuk puisi yang lain (Taib Osman, 1975, p. x). Ianya merupakan salah satu ciri penting dalam penghasilan bukan sahaja puisi Melayu tradisional tetapi puisi moden juga. Unsur bunyi merupakan ciri yang amat penting yang perlu diberi penekanan utama dalam penghasilannya kerana puisi-puisi ini bertujuan untuk diperdengarkan dalam bentuk lagu atau pengucapan kata-kata. Penggunaan kadensa (lenggok) atau rima yang seimbang akan memberi kesan yang baik apabila didengar.
Di dalam bukunya yang bertajuk ‘Puisi Melayu Tradisional’, Harun Mat Piah (1989, p. 5-7) meggariskan ciri-ciri umum puisi Melayu tradisional sebagai panduan telah dirumuskan seperti berikut: 1. Puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan diturunkan melalui tradisi lisan. 2. Bentuk puisi terikat oleh konvensi-konvensi yang menentukan genregenre berbeza. 3. Puisi mempunyai fungsi tertentu yang digunakan dalam kegiatan seni. 4. Puisi berkait rapat dengan magis dalam konteks yang luas daripada kata-katanya yang dipercayai mempunyai kuasa, konotasi dan unsur magis. 5. Puisi digunakan sebagai bahan dalam upacara ritual dianggap suci yang tidak bolah diubah sesuka hati dan dibuat sebagai bahan mainan. 6. Puisi mengandungi unsur-unsur muzika yang pengucapannya disampaikan dalam bentuk lagu, irama dan intonasi. 7. Kandungan puisi yang padat dan kental yang memperlihatkan unsurunsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan lagu tepung tawar ini ialah satu puisi Melayu tradisional tetapi tidak mempunyai bentuk-bentuk yang tekal. Ada rangkap yang berbentuk seperti syair (rujuk contoh 1) dan ada juga yang berbentuk pantun (rujuk contoh 2). Walaubagaimanapun, ada juga yang berbentuk bebas dan tidak terikat dengan konvensi tertentu kerana rima akhir yang tidak konsisten (rujuk contoh 3). Contoh 1 (Rima Syair)
Ini selamat pula dikata, Kepada Allah tuhannya kita, Dengan berkat segala doa, Doa selamat pula dibaca, Contoh 2 (Rima Pantun)
Patah pucuk seranda rusa, Dipatah dengan ibu kaki, Sudah dibuang segala dosa, Diberikan Allah segala rezeki,
Contoh 3 (Bentuk Bebas)
Maaf encik maaf tuan, Maaf adik maaf abang, Maafkan semua tuan puan yang ada di sini, Maafkan menepung tawar, Membuang sial dan pemali, Didoakan selamat semuanya ini,
Berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis lagu tepung tawar ini, dapatlah dikatakan bahawa lagu tepung tawar ini mempunyai empat bahagian utama iaitu: a) pembuka kata, b) permulaan menepung tawar, c) tujuan majlis dan d) penutup kata.
Dalam bahagian pembuka kata, senikatanya dimulai dengan ucap salam dan diikuti dengan ucapan minta maaf kepda semua hadirin di dalam majlis tersebut sebelum memulakan upacara menepung tawar serta doa agar majlis selamat dan berjalan lancar. Didapati untuk ketiga-tiga majlis, bahagian pembuka katanya adalah sama (rujuk contoh di bawah).
Assalamualaikum, Maaf encik maaf tuan, Maaf adik maaf abang, Maafkan semua tuan puan yang ada di sini, Maafkan menepung tawar, Membuang sial dan pemali, Didoakan selamat semuanya ini,
Bahagian permulaan menepung dinyanyikan semasa menabur beras kuning, duit syiling, bunga rampai dan merenjis air wangi, menggosok cincin pada kikir pari sebelum mengecapnya ke dahi dan kedua tapak tangan orang yang ditepung tawar. Bahagian ini juga didapati sama untuk ketigatiga lagu (rujuk contoh di bawah).
Bismillah daku meletak tepung,
Luruh daun dahan menyuli,
Ikat-ikat ada di sini,
Tepung tawar tepung jati
Patah dahan pohon pun lagi,
Cincin emas pula di sini,
Tepung asal mula menjadi,
Daun ingkas daun pedada,
Kikir pari akan pengisi,
Tepung pulut namanya padi,
Sudah ditingas ia pun ada,
Tepung di kulit bersendi daging,
Tepung bercampur entemu kunci,
Daun rhu daun jelatang,
Tepung di tulang berhutak penuh,
Tepung berair santan dan pati,
Sudah diseru ia pun datang,
Penuh dengan keluarganya,
Tepung berair zamzam malahayati,
Mengkuduk berbunga panggil,
Ayahanda bernama jantan lakilaki,
Tepung turunan daripada nabinabi,
Jelatang berbunga rhu,
Tepung permainan bidadari, Tepung pembuang sial dan pemali,
Bonda bernama sigantar puri, Abang-abang duduk oleh memanggil, Dayang-dayang datang oleh menyeru,
Sejuk seperti ular cintamani, Bintang timur bintang pelangi, Patah pucuk mali-mali, Bayang-bayang dari angkasa Pakai membuang sial dan pemali, Patah pucuk seranda rusa, Dipatah dengan ibu kaki, Sudah dibuang segala dosa, Diberikan Allah segala rezeki,
Dipanjangkan umur murah rezeki, Jangan meninggal sembahyang dan puasa
Sejukkan apa anakandaku ini,
Bahagian tujuan majlis merupakan bahagian lagu yang senikatanya disesuaikan mengikut majlis yang diadakan upacara menepung tawar tersebut iaitu samada majlis perkahwinan, khatam Quran mahupun untuk seseorang yang akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan haji (rujuk variasi di bawah).
Untuk majlis persandingan
Untuk majlis khatam Quran
Untuk Majlis Haji
Dayang Jodah Dayang Madini,
Membaca quran sudahpun tamat,
Dapat wang pergi haji,
Menumbuk lesung tinngi rimbarimbun di dalam negeri,
Panjang dan pendek ayat disukat,
Kalau berhuma beroleh padi,
Datang ke Mekah mengerjakan haji, Naik mengadap arash dan qarsi,
Dibaca dengan penuh harakat, Kalau berdagang dapat besi,
Mengeliling kaabah yatullah, Bekalan dunia hinnga akhirat,
Dapat emas berkati-kati,
Tujuh kali dalam sehari,
Dapat wang pergi haji,
Angkat melontar batu gahari,
Dapat anak laki-laki,
Mengikut hadis firman nabi,
Cantik molek tidak terperi,
Turun terus ke tanah jawi,
Serta bijak lagi bistari,
Dapat suami atau isteri,
Menjadi hulubalang dalam negeri,
Mendapat sahabat pula terpuji,
Sudah bersama tak cerai lagi,
Ya Sheikh Saidina Abdul Kadir Zulaini,
Itu syarat orang suami isteri,
Bahagian penutup kata pula berperanan seperti doa mengharapkan sesuatu yang baik. Ini juga berfungsi sebagai penutup untuk lagu tepung tawar sebelum bacaan doa selamat dibacakan menandakan berakhirnya majlis menepung tawar bagi majlis tersebut. Bahagian ini juga sama untuk semua jenis lagu tepung tawar.
Dapat dirumuskan di sini bahawa ketiga-tiga lagu tepung tawar yang digunakan mempunyai satu bentuk yang serupa atau dengan kata lain mengunakan satu ‘template’ yang sama. Cuma pada rangkap untuk majlis tertentu sahaja yang berbeza.
iii. Tema Hasil daripada penelitian yang dibuat kepada ketiga-tiga lagu tepung tawar ini, dapatlah dikatakan bahawa lagu ini bertemakan keagamaan. Di dalamnya banyak penggunaan unsur-unsur bahasa yang menggambarkan agama Islam seperti bismillah, mukmin, nabi, lebai, haji, bilal, khatib, rezeki, kaabah, Allah, mekah, haji, quran dan lain-lain lagi. Selain itu, terkandung juga nasihat-nasihat yang berteraskan agama Islam seperti jangan meninggal sembahyang dan puasa, selalu mengingati Allah, menunaikan ibadat haji, mengikut sunnah nabi, membaca quran dengan cara yang betul dan banyak lagi. Ini jelas menggambarkan pemikiran dan falsafah masyarakat setempat pada ketika itu yang mengamalkan ajaran Islam. Walaupun secara dasarnya lagu ini bertemakan keagamaan, namun cuba dipaparkan juga kepercayaan animisme yang telah sebati dan begitu menebal dalam budaya masyarakat Melayu pada masa itu. Ini dapat diperhatikan melalui kekerapan penggunaan perkataan sial dalam rangkaprangkap lagu itu contohnya, membuang sial dan pemali, tepung pembuang sial dan pemali serta pakai pembuang sial dan pemali. Di dalam agama Islam, perkara seperti sial adalah syirik kerana setiap perkara yang berlaku itu adalah qada’ dan qadar Allah. Selain daripada itu, lagu tepung tawar ini juga mengetengahkan tentang budaya masyarakat Melayu yang sangat mesra dengan alam persekitarannya. Ini terbukti dengan penggunaan unsur-unsur alam seperti daun ingkas, daun mali-mali dan daun pedada yang merupakan tumbuhtumbuhan yang mudah dan masih boleh didapati di Saratok.
iv. Bahan-bahan Tepung Tawar Makna Penggunaannya Setiap bahan yang digunakan dalam upacara tepung tawar berlagu mempunyai makna yang tersendiri yang secara ringkasnya bolehlah disimpulkan seperti berikut: a) Beras kuning dan duit syiling melambangkan kekayaan samada daripada segi harta benda ataupun zuriat. b) Air wangi melambangkan kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian di dalam kehidupan. c) Bunga rampai memberi makna kemekaran dengan kesuburan yang membawa kemakmuran. d) Daun pandan yang diikat sebagai perenjis melambangkan keutuhan dalam ikatan kekeluargaan. e) Cincin emas (daripada tujuh keturunan) melambangkan keturunan yang berpanjangan. f) Kikir pari berperanan sebagai bahan pembuang sial yang ada pada seseorang itu.
Kesimpulan Kajian ini jelas memaparkan tentang keunikan adat tepung tawar yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Saratok. Kemungkinan ianya mempunyai persamaan dengan adat tepung tawar yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di tempat lain, namun kelainan dan nilai estetikanya jelas terpancar dengan adanya lagu dalam upacara tepung tawar tersebut. Walaupun tidak diketahui dengan jelas asal-usul lagu ini kerana bersifat lisan dan diwarisi dari generasi ke generasi tetapi sesetengah rangkap dalam lagu ini mempunyai sedikit persamaan dengan mantera yang diamalkan oleh masyarakat Talang Mama di Sumatera Tengah (Harun Mat Piah, 1989, p. 223). Persoalannya, adakah adat tepung tawar berlagu ini berasal dari Sumatera dan diadaptasi semula dengan masyarakat setempat kerana banyak bahasa yang digunakan dalam lagu ini merupakan bahasa ibunda masyarakat Melayu Saratok? Namun begitu, apa yang ingin disingkap dan diketengahkan adalah kelainannya daripada upacara tepung tawar yang diamalkan masyarakat Melayu di tempat lain. Diharap kajian ini merupakan satu landasan ke arah kajian yang lebih mendalam dalam usaha mendokumentasikan adat-adat lama Melayu Sarawak agar dapat diketahui oleh generasi yang akan datang.
Rujukan 1. Abbas Mohd. Shariff. (2002). Budaya dan falsafah orang Melayu. Singapura: EDN Media. 2. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional satu perbincangan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Ismail Hamid. (1995). Adat istiadat warisan budaya pribumi. In Hanapi Dolah and Lokman Mohd Zen. Kebudayaan Melayu di ambang abad baru (pp. 89-94). Bangi: Jabatan Persuratan Melayu UKM. 4. Mohd. Taib Osman. (1975). Warisan puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Noriah Taslim. (1993). Teori dan kritikan sastera Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Shafie Abu Bakar. (1995). Sastera sebagai media dakwah. In Hanapi Dolah and Lokman Mohd Zen. Kebudayaan Melayu di ambang abad baru (pp. 131-147). Bangi: Jabatan Persuratan Melayu UKM.