BAB
7 MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN PENGENALAN Peringkat terakhir dalam sesuatu penyelidikan tindakan adalah apabila proses dan hasilnya dilaporkan. Terdapat beberapa alasan mengapa laporanpenyelidikan perlu disediakan. Berikut adalah diantara sebab-sebab mengapa penyelidik yang menjalankan penyelidikan tindakan perlu melaporkan proses serta hasil kajian mereka (Altricther et al. 1993). Mengelakkan Terputusnya Penjanaan Ilmu Ramai pendidik tidak menyedari nilai pengetahuan yang boeh mereka jana daripada pengalaman yang ditimba dalam bilik darjah. Penyelidikan tinjauan bertujuan untuk memperbaiki fenomena ini dengan memperkenalkan kepada guru-guru pendekatan amali bagi menjana pengetahuan hasil daripada
pengalaman mereka supaya
mereka sama-sama dapat menyumbangkan pengetahuan tersebut kepada
86 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
professional mereka. Justeru itu membuat laporan merupakan langkah yang terakhir bagi mencapai matlamat. Yakni mengelakkan terpupusnya penjanaan ilmu dalam kalangan pendidik. Mempertingkatkan Kualiti Mengrefleksi Amalan Proses melaporkan pengalaman-pengalaman serta hasil-hasil kajian penyelidikan tindakan biasanya melibatkan refleksi dan analisis yang menajamkan interpretasiinterpretasi awal yang sudah dibuat serta membuahkan pandangan pandangan tambahan. Di samping itu, proses melaporkan juga membantu penyelidik menteorikan amalan pendidikan mereka. Selain daripada itu, melapor hasil-hasil penyelidikan tindakan juga merupakan prasyarat untuk guru mendapatkan maklum balas serta kritikan daripada orang lain yang sekaligus bertindak sebagai ‘quality control’ terhadap tindakan yangdijalankan tersebut. Memperjelaskan Pendidrian Melalui Hujah Rasional Dengan menganalisa dan melaporkan pengalaman mengadakan sesuatu tindakan, seseorang pendidik berupaya menjelaskan pensiriannya serta rasional terhadap amalan tersebut. dengan perkataan lain, melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, guru dilatih mengemukakan pendirian mereka terhadap polisi-polisi pendidikan yang sedia ada dengan menggunakan hujah-hujah yang mantap dan rasional Mengamalkan Tanggungjawab Profesional Apabila seseorang guru melaporkan tindakan yang diambilnya mengenai sesuatu amalan pendidikan secara sistematik dan rasional, beliau sebenarnya menunjukkan sifat bertanggungjawab ke atas rofesinalismenya. Ini adalah kerana kedudukan profesionalisme guru juga bergantung kepada pandangan pihak-pihak lain seperti ibu bapa dan masyarakat. Dengan melaporkan hasil-hasil tindakan yan diambil melalui penyelidikan tindakan, guru yang terlibat menunjukkan komitmen mereka kepada mereka yang berkenaan dan sekaligus menjadikan pihak-pihak tersebut
Menyediakan Laporan Penyelidikan 87
sebagai rakan kongsi yang mampu memberikan sumbangan serta pandangan mereka terhadap amalan pendidikan tersebut. Memainkan Peranan Dalam Perkembangan Profesional Menurut Schon (1983) melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, seseorang penyelidik akan menjadi seorang pendidik yang reflektif yang berupaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam perkembangan profesionalismenya dengan cara berkongsi teori-teori amalan serta pengetahuan bilik darjahnya kepada rakan-rakan baru dalam profesionnya. Memperkukuhkan Keyakinan Kendiri Kepada Para Guru Pengalaman mengajar setelah beberapa tahun kadang-kadang mengaitkan sesuatu amalan pendidikan menjadi rutin dan terpencil yang boleh menyebabkan kurangnya perasaan ingin bekerjasama dalam kalangan guru. Melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan yag dilaksanakan, masalah ini dapat dibendung kerana proses mendokumentasikan perkembangan profesionalisme seseorang guru boleh menyebabkan terjananya satu badan ilmu yang kolektif. Proses ini biasanya berupaya memperkuatkan lagi keyakinan kendiri para pendidik mengenai amalan pendidikan mereka. Memperbaiki Reputasi Profesionalisme Perguruan Terdapat ramai guru yang merasakan diri mereka kecil pada pandangan masyarakat dan mengambil profil yang rendah terhadap isu-isu awam yang berkatan dengan pendidikan. Akibatnya mereka menjadi bahan kritikan media dan pihak-pihak tertentu terutamanya ibu bapa kerana mereka kurang bersuara dalam perdebatan isu-isu tersebut. melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, keadaan ini dapat diperbaiki dengan terjananya ilmu oleh golongan pendidik sendiri yang memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan terhadap isu-isu pendidikan yang menjadi perhatian umum. Ini sekaligus akan meningkatkan reputasi profesionalisme perguruan mereka.
88 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
ASAS MEMBENTUK LAPORAN PENYELIDIKAN Penyelidikan tindakan boleh dikategorikan kepada penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes. Menurut Elliot (1994) dan Zalmorski (1994) dalam Mohd Kamal Dasuki (1996), ini adalah kerana: 1.
Penyelidikan tindakan bersifat khusus, yakni ia menggambarkan situasi tertentu.
2.
Penyelidikan tindakan bersifat longitudinal: yakni ia mendokumenkan satu proses yang meliputi satu tempoh masa yang tertentu.
3.
Penyelidikan tindakan bersifat menyeluruh
4.
Penyelidikan tindakan mempunyai kualiti ketulenan dan tidak muda dipertikaikan.
5.
Penyelidikan tindakan biasanya tertumpu kepada pemahaman proses (termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan interaksi sosial dalam bentuk yang lain)
6.
Penyelidikan tindakan banyak melibatkan data jenis deskriptif dan interpretif.
7.
Penyelidikan tindakan bersifat kualitatif atau kuantitatif
Menurut mereka lagi, pembentukan laporan sesuatu penyelidikan tindakan haruslah berdasarkan kepada criteria yang berikut: 1.
Mengandungi penjelasan tentang fokus, yakni tentang permasalahan yang diselidiki atau cuba diperbaiki.
2.
Mengandungi
penjelasan
tentang
konteks
bagi
penyelidikan
yang
dilaksanakan. 3.
Mengandungi deskripsi tentang strategi tindakan.
4.
Meliputi penerangan tentang sejauh mana strategi tersebut dilaksanakan dan apakah kesannya.
5.
Merangkumi penerangan mengenai kesan yang dijangkakan dan kesan yang tidak dijangkakan serta penerangan tantang kenapa ianya berlaku.
6.
Mengandungi deskripsi tentang metodologi yang digunakan untuk mengumul data dan rasional pemilihan metodologi tersebut.
Menyediakan Laporan Penyelidikan 89
7.
Mengandungi dapatan kajian yang disokong dengan pelbagai jenis data.
PROSEDUR MELAPORKAN PENYELIDIKAN Sebelum menyediakan laporan bagi satu penyelidikan tindakan, adalah baik sekiranya soalan berikut di ambil kira: 1.
Untuk siapa? Khalayak yang berkemungkinan akan membaca laporan tersebut.
2.
Apa? Apa yang akan dimasukkan dalam laporan tersebut.
3.
Bagaimana? Apakah pendekatan yang akan digunakan bagi melaporkan penyelidikan tindakan tersebut.
Untuk Siapa? Dalam menyediakan laporan penyelidikan tindakan, sesetengah penyelidik tersalah anggar tentang khalayak yang mungkin berminat dengan kajian tersebut. Altricher et al. (1993) menyenaraikan lebih daripada 10 jenis khalayak yang berpotensi seperti berikut: 1.
Rakan-rakan di sekolah
2.
Guru-guru daripada sekolah yang berdekatan
3.
Peserta-peserta latihan dalam perkhidmatan
4.
Guru besar
5.
Pelajar-pelajar
6.
Ibu bapa
7.
Nazir sekolah
8.
Lembaga pentadbir sekolah
9.
Ahli akademik
90 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
10.
Masyarakat tempatan
11.
Media
Apa? Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam sesuatu laopran penyelidikan tindakan termasuklah penjelasan dan deskripsi mengenai penyataan masalah, konteks, reka bentuk kajian, strategi tindakan dan kesannya serta analisa dapatan kajian. Bagaimana? Oleh kerana khalayak yang mungkin berminat mengetahui hasil-hasil penyelidikan tindakan yang dijalankan berbeza antara satu dengan yang lain, pendekatan melaporkan penyelidikan tindakan juga biasanya berbeza. Misalnya, seseorang guru boleh melaporkan dasil penyelidikannya kepada masyarakat setempat dengan menulis rencana pendek dalam surat khabar, manakala laporan yang akan dikemukakan kepada pengetuanya mungkin akan menjadi lebih formal dan terperinci. Berikut adalah di antara pendekatap-pendekatan yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk melaporkan hasil penyelidikannya. Laporan Lisan dan Perbincangan Berbentuk Wacana Satu cara melaporkan hasil penyelidikan tindakan adalah secara lisan. Ini boleh dilaksanakan dalam bentuk bengkel atau seminar yang melibatkan pendidik lain atau mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan. Persembahan Dalam Bentuk Grafik Sesetengah hasil kajian penyelidikan tindakan boleh dilaporkan secara grafik dalam bentuk gambar rajah, jadual atau karikatur. Sekiranya persembahan seperti ini dapat dipaparkan di papan kenyataan umum seperti di bilik rehat guru tentulah ianya akan menarik perhatian dan membuka peluang kepada perbincangan dalam
Menyediakan Laporan Penyelidikan 91
kalangan guru kerana persembahan dalam bentuk grafik biasanya ringkas dan mudah difahami. Persembahan Audio-Visual Saru lagi cara melaporkan hasil penyelidian tindakan adalah melalui persembahan audio-visual. Klip-klip video yang merakamkan aktiviti-aktiviti proses penyelidikan tindakan yang dijalankan boleh menjadi bahan kepada perbincangan pihak yang melihatnya. Rangkaian Komputer Salah stau cara yang efektif melaporkan hasil-hasil penyelidikan tindakan yang dijalankan adalah melalui rangkaian-rangkaian computer yang sedia ada pada masa kini terutamanya melalui rangkaian mel elektronik dan alat-alat Internet yang lain seperti Usenet Newsgroups dan Buletin Board dalam World Wide Web. Dokumen Bertulis Cara paling biasa dan popular melaporkan hasil-hasil penyelidkan tindakan adalah melalui dokumen-dokumen bertulis. PENULISAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Oleh kerana kebanyakan penyelidikan tindakan adalah berdasarkan konteks sesuatu amalan itu dijalankan, kajian kes merupakan format yang paling biasa digunakan bagi melaporkan hasil kajian tersebut. menurut Altricter et al. (1993), satu lagi format yang boleh digunakan ialah cross-case analaysis. Kajian Kes Secara umumnya, kajian kes adalah laporan bertulis di mana guru yang terlibat dalam penyelidikan tindakan memberikan maklumat entang satu kes daripada amalan pendidikan mereka termasuklah maklumat seperti konteks, penyataan masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian, strategi-strategi tindakan
92 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
serta isu-isu lain yang berkaitan. Berikut adalah di antara cara-cara menstrukturkan penulisan satu kajian kes. Menyusun Mengikut Urutan Kajian Kaedah penulisan kajian kes suatuenyelidikan tindakan adalah dengan melaporkan pengalaman dan dapatan mengikut uruta kronologikal seperti mana ianya berlaku. Adalah baik sekiranya urutan ini dapat digambarkan juga dalam bentuk gambarajah atau satu senarai urutan. Salah satu kelemahan penulisan laporan menkut kaedah ini adalah kesukaran membuat perkaitan di antaa satu lankah dengan yang ain dan kemungkinan laporan menjadi terlalu deskriptif dan tidak analitis.