Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
vs
(Mengesakan Allah SWT, Hakikat Kehidupan & Bahaya Kufur)
Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH Siri #6
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Tauhidullah vs Kufur: Mengesakan Allah SWT, Hakikat Kehidupan & Bahaya Kufur” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Keenam (Terakhir) daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh; Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
5
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasalfasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”
Tarbiyah Made Easy!!
6
• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Februari 2015
Tarbiyah Made Easy!!
7
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8)
TAUHIDULLAH: (#9)
1. Allah Yang Maha Esa (#12) 2. Ikhlas dalam Beribadah (#30) 3. Al-Asma’ Al-Husna (#48) 4. Pengakuan Para Ilmuan Kurun ke-20 (#59) 5. Hakikat Kehidupan (#84) KUFUR: (#112) 1. Bahaya Kekufuran (#114) 2. Tuntutan dan Syarat (#139) 3. Keraguan yang Batil (#153) Sekian (#195) Akad Pembelian (#196) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
8
TAUHIDULLAH TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
ALLAH YANG MAHA ESA Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Membuktikan bahawa alam ini diciptakan oleh Pencipta yang Maha Esa. ii. Membuktikan bahawa alam ini ditadbir dengan kehendak dan undang-undang Pemerintah yang Tunggal. iii. Membuktikan bahawa alam ini dimiliki oleh Rabb yang Maha Esa. iv. Menjelaskan dalil-dalil naqli bahawa hanya Allah Taala, Ilah yang berhak disembah. 2.
IKHLAS DALAM BERIBADAH Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. ii.
Menyatakan definisi Ibadah dari segi bahasa. Menjelaskan definisi Ibadah dari segi syarak menurut dalil-dalil al-Quran. iii. Menegaskan bahawa hanya Allah sahaja yang layak diibadahi. iv. Menjelaskan aspek Ibadah yang lain seperti berdoa dan berhukum dengan hukum-hakam Allah Taala. Tarbiyah Made Easy!!
9
3.
AL-ASMA’ AL-HUSNA Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menyatakan cara lain untuk mengenali Allah Taala selain melihat alam semesta. ii. Menyebutkan bilangan nama-nama Allah Taala seperti yang dikhabarkan Al-Quran dan As-Sunnah. iii. Menjelaskan hukum menamakan Allah Taala dengan selain nama yang dikhabarkan oleh Al-Quran dan hadis. 4.
PENGAKUAN PARA ILMUAN KURUN KE--20 Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan kaitan di antara keimanan dan ilmu moden. ii. Menjelaskan faktor fahaman ateisme dikaitkan dengan ilmu moden. iii. Menyebutkan beberapa contoh ilmuan moden yang jujur tentang kewujudan Tuhan. iv. Menyebutkan beberapa contoh ilmuan moden yang mengesakan Allah Taala disebabkan oleh penemuan mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
10
5.
HAKIKAT KEHIDUPAN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan bahawa penciptaan manusia tidak siasia atau tanpa tujuan. ii. Menjelaskan bahawa hikmah penciptaan manusia adalah sama bagi setiap manusia di setiap zaman dan tempat. iii. Menjelaskan maksud dunia sebagai tempat manusia menjadi khalifah dan menempuh ujian. iv. Menyatakan tujuan hidup orang-orang kafir yang terpesong.
Tarbiyah Made Easy!!
11
“ALLAH YANG MAHA ESA”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. BUKTI PENCIPTA ALAM INI ADALAH YANG MAHA ESA
4. ILAH YANG BERHAK DISEMBAH
2. BUKTI ALAM INI MEMPUNYAI PEMERINTAH YANG TUNGGAL
3. BUKTI ALAM INI MEMPUNYAI RABB YANG TUNGGAL
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Enam (6) Tarbiyah Made Easy!!
12
1. BUKTI PENCIPTA ALAM INI ADALAH YANG MAHA ESA Soalan: Apakah bukti yang menunjukkan pencipta alam ini adalah Yang Maha Esa?
bahawa
•
Jika kita berfikir tentang alam semesta ini dan melihatnya secara menyeluruh, pasti akan didapati bahawa ia diciptakan dengan kehendak Pencipta yang tunggal.
•
Setiap bahagian di alam ini telah dihubungkaitkan antara satu sama lain oleh ketelitian Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Yang Maha Esa. Begitu juga perancangan yang menyeluruh ke atas setiap ciptaan adalah perancangan Yang Maha Esa.
•
Mari kita perhatikan beberapa hubungkait tersebut: i.
Organ badan manusia yang saling berkait rapat dengan harmoni: Saluran usus manusia berkait rapat dengan perut. Perut berkait rapat dengan sistem penghadaman. Sistem penghadaman berkait rapat dengan saluran darah. Saluran darah berkait rapat dengan sistem penafasan. Tarbiyah Made Easy!!
13
Sistem penafasan berkait rapat dengan sistem saraf. Sistem saraf berkait rapat dengan sistem otot. Otot-otot berkait rapat dengan tulang. Tulang berkait rapat dengan seluruh jasad manusia.
Oleh demikian, perkaitan yang harmoni ini pastilah berlaku dengan kehendak satu Pencipta (Yang Maha Esa), bukan dua atau tiga. ii.
Manusia dan isi bumi yang saling berkait rapat dengan harmoni.
Manusia berkait rapat dengan bumi dan segala isinya. Tanah digunakan untuk bercucuk tanam. Air hujan menjadi sumber air untuk kehidupan manusia, tanaman dan haiwan. Angin berfungsi menggerak dan membawa awan. Hujan terbentuk daripada air laut. Tarbiyah Made Easy!!
14
Udara digunakan oleh manusia untuk bernafas. Matahari berfungsi dalam proses membuat dan memasakkan buah-buahan. Ia juga memudahkan banyak pekerjaan manusia. Graviti bumi pula menarik segala makhluk di bumi agar tidak terhumban ke angkasa lepas.
Betapa harmoninya penciptaan manusia dan alam ini Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa kewujudan manusia tidak akan bermakna tanpa sistem alam yang harmoni ini. Sudah pasti bumi ini telah dirancang dengan mengikut kehendak Tuhan Yang Maha Esa, bukannya dua atau tiga pencipta yang akan bertentangan kehendak.
Tarbiyah Made Easy!!
15
iii. Bumi dan alam semesta yang saling berkait rapat dengan harmoni.
Kewujudan bumi juga sia-sia jika tidak berkait secara harmoni dengan matahari, bulan dan planet-planet lain di sistem suria.
Ini kerana peraturan pergerakan, keseimbangan dan ketetapan paksi bumi berkait rapat dengan kedudukan planet-planet lain. Jika tidak harmoni, pastilah akan berlaku pelanggaran dan kehancuran alam semesta.
Sistem suria kita ini saling berkaitan dengan jutaan galaksi lain yang bertebaran di ruang angkasa yang tersangat luas. Kecacatan dalam mana-mana hubungan, pasti akan membinasakan seluruh alam semesta ini.
Penciptaan bumi, planet-planet dan sistem suria yang harmoni Tarbiyah Made Easy!!
16
•
Kesimpulannya, Pencipta manusia adalah Pencipta yang sama bagi:
•
Bumi seisinya Matahari Planet-planet Sistem suria Galaksi dan Segenap alam semesta ini.
Mustahil ada lebih daripada satu Pencipta, kerana akan berlaku ketidakharmonian di antara makhlukmakhluk dan akan rosaklah pentadbiran alam. Firman Allah Taala:
¼ » º ¹ ¸¶ µ ´ ³ ² ± ° ¿¾½
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Al-Anbiya’ 21: 22)
Tarbiyah Made Easy!!
17
2. BUKTI ALAM INI MEMPUNYAI PEMERINTAH YANG TUNGGAL Soalan: Apakah bukti bahawa alam mempunyai Pemerintah yang Tunggal?
semesta
ini
•
Lihatlah pada sunnatullah (hukum, undang-undang dan ketetapan Ilahi) yang berlaku dan dipatuhi oleh seluruh makhluk di alam ini.
•
Contohnya, Allah Taala menggunakan hukum graviti untuk mengatur unsur-unsur zarah di alam semesta ini, dan semua makhluk juga tertakluk kepadanya.
•
Oleh sebab itu: i. Semua objek di bumi mempunyai berat. ii. Semua objek yang dilambung akan jatuh ke semula ke bumi. iii. Udara di atmosfera dan air di lautan tidak terlepas ke angkasa. iv. Manusia dan haiwan dapat berdiri tegak di permukaan bumi tanpa terapung.
Tarbiyah Made Easy!!
18
•
Penggunaan satu sistem dan hukum yang saling melengkapi, menyeluruh dan bersepadu di alam semesta ini membuktikan bahawa ia berlaku dengan kehendak serta arahan Pemerintah yang Tunggal.
•
Jika ada tuhan selain-Nya, tentu akan ada pelbagai undang-undang dan mereka cuba merampas hak sebagai Yang Maha Memerintah dan Yang Memiliki ‘Arasy. Dan pasti berlaku kerosakan dan kecacatan yang besar pada alam ini. Firman Allah Taala:
XWVUTS RQPO NM ZY
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah ada tuhantuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). (Al-Isra’ 17: 42)
Tarbiyah Made Easy!!
19
3. BUKTI ALAM INI MEMPUNYAI RABB YANG TUNGGAL Soalan: Apakah bukti bahawa mempunyai Rabb yang Tunggal? •
alam
semesta
ini
Kejadian alam ini dibina di atas satu kaedah sahaja, iaitu melalui atom yang mempunyai satu sistem, susunan dan pembentukan sekalipun berbeza komposisi dan bilangannya.
Struktur Asas Atom yang diketahui menjadi asas kepada semua unsur yang wujud alam ini •
Ini membuktikan bahawa alam ini adalah ciptaan Rabb sumber tersebut yang tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya.
•
Jika terdapat tuhan-tuhan lain yang bersekutu dalam kerajaan-Nya, pasti akan berlaku perebutan kepemilikan terhadap ciptaan masing-masing.
Tarbiyah Made Easy!!
20
Bayangkan jika hal ini berlaku…
•
‘Tuhan’ yang mencipta bumi ingin hujan turun agar tanahnya subur. ‘Tuhan’ pencipta sungai dan laut sudah bersetuju untuk bekalkan air, Tapi ‘tuhan’ yang mencipta matahari pula enggan mataharinya memancar bagi proses pengewapan hari itu. Begitu juga dengan ‘tuhan’ angin yang tidak mahu anginnya meniupkan awan…
Apakah akan berlaku? Pastilah kestabilan bumi dan ekosistemnya akan terjejas, sehingga akhirnya mengundang kemusnahan. •
Maka, benarlah bahawa Rabb (pemilik, pencipta, pengatur) alam ini hanyalah Allah Yang Maha Esa.
•
Alam ini ciptaan dan milik-Nya, ia berjalan berdasarkan satu kehendak dan undang-undang ketetapan-Nya. Tarbiyah Made Easy!!
21
Firman Allah Taala:
3 2 10 / . - , + * ) ( ' ? > = <; : 9 8 7 6 5 4 A@
Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersertaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. (Al-Mukminun 23: 91)
Tarbiyah Made Easy!!
22
4. ILAH YANG BERHAK DISEMBAH Soalan: Kita meyakini bahawa Tuhan itu adalah Yang Maha Esa, jadi siapakah Ilah (Tuhan) sebenarnya yang berhak kita sembah (Ibadah)? •
Berdasarkan perkhabaran daripada Rasulullah SAW yang menerima wahyu; siapa lagi jika bukan Allah Taala yang berhak kita sembah?
•
Dia adalah: i. Pencipta (Khaliq) yang Esa. ii. Raja (Malik) yang Esa ii. Tuhan yang berkuasa (Rabb) ke atas alam ini
•
Bagaimanakah manusia boleh menyekutukan Allah SWT dalam ibadah mereka, sedangkan Allah adalah Tuhannya dan Tuhan bagi setiap sesuatu di alam ini? Firman Allah Taala:
XWVUTSRQ PO Y
Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkan merekalah yang diciptakan. (An-Nahl 16: 20)
Tarbiyah Made Easy!!
23
v utsrqpo
Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan? (Al-A’raf 7: 191)
À¿ ¾ ½ ¼ » º ¹ ¸ ¶ Ë ÊÉ È Ç Æ Å Ä Ã Â Á ÏÎÍ Ì
Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Dia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Dia mematikan kamu; kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya). (Ar-Rum 30: 40)
FEDC BA@?>= QPO NMLKJ IHG ] \ [ Z Y X W VU T S R _^ Tarbiyah Made Easy!!
24
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhlukmakhluk yang kamu jadikan sekutu-sekutu, yang kamu seru dan sembah selain Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Atau pernahkan Kami (mengakui mereka menjadi kongsi Kami), maka (dengan itu menjadilah) perkongsian mereka berdasarkan keterangan yang terdapat dari Kitab itu?” (Tidak ada sesuatu alasan pun) bahkan orang-orang yang zalim itu, terpedaya dengan kata-kata yang disebutkan oleh setengahnya kepada yang lain, kata-kata yang hanya menjanjikan perkara yang tidak benar.
j i hg f e d c b a ` v u t s r qp o n m l k
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Faathir 35: 40-41)
Tarbiyah Made Easy!!
25
•
Allah Taala telah memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya beribadah hanya kepada-Nya, tanpa mensyirikkan-Nya dalam beribadah. Firman Allah Taala:
i h g f e d cb a ` _
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
q p o nm l k j vut sr
Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orangorang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang rugi serugi-ruginya.
~} |{zyxw
Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang yang musyrik itu: “Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?” (Az-Zumar 39: 62-64)
Tarbiyah Made Easy!!
26
©¨§¦ ¥¤£¢¡
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya: “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
´³²±° ¯®¬«ª »º ¹¸¶µ
“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. (Yaasin 36: 22-23)
*) ('&% $# "!
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
0/. -,+
“Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)”
: 9 87 65 43 21 Tarbiyah Made Easy!!
27
Katakanlah lagi: “Sesungguhnya aku takut - jika aku menderhaka kepada Tuhanku - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”.
A@ ?>=<;
Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.
L K J I H GF E D C B V U T S R QP O N M W
“(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya).” Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikutpengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.” (Az-Zumar 39: 11-15)
Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
28
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Daripada perbincangan tajuk ini, apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada iman kita kepada Allah Yang Maha Esa? Rujuk Surah An-Nas. (Dengan mengesakan Allah SWT sebagai Rabb; kita beriman bahawa hanya Dia-lah Pencipta, Pemilik dan Pemelihara sekalian alam ini. Dengan mengesakan Allah SWT sebagai Malik; kita beriman bahawa hanya Dia-lah yang paling berkuasa sebagai Pemerintah, Pembuat Undang-undang dan Pelindung bagi sekalian makhluk-Nya di alam ini. Dengan mengesakan Allah SWT sebagai Ilah; kita beriman bahawa Dia-lah satu-satunya Dzat yang layak diibadahi, serta diberikan kesetiaan dan ketaatan.)
ii.
Apakah kesan mengesakan Allah SWT (Tauhidullah) dalam diri seorang muslim? Rujuk Surah Al-Ikhlas. (Kesan mengesakan Allah SWT adalah lahirnya keikhlasan dalam beribadah kepada-Nya. Keikhlasan ini terzahir dalam dua aspek iaitu: 1. Menegaskan keesaan Allah SWT & tidak meminta kecuali kepada-Nya 2. Mengingkari taghut, iaitu beribadah dengan tidak menyekutukan Allah SWT dengan yang lain.)
Tarbiyah Made Easy!!
29
“IKHLAS DALAM BERIBADAH”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. DEFINISI IBADAH
4. BERHUKUM DENGAN SYARIAT ALLAH ADALAH IBADAH
2. HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH
3. DOA SEBAGAI IBADAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Tujuh (7) Tarbiyah Made Easy!!
30
1. DEFINISI IBADAH Soalan: Apakah definisi Ibadah? •
Ibadah dari segi bahasa ialah patuh dan menghina diri.
•
Maksudnya ialah menyerah diri dan patuh kepada seseorang dengan jitu tanpa sebarang penentangan, penyimpangan dan penderhakaan dalam melakukan apa yang diredhai dan dikehendaki oleh orang itu.
•
Ia juga digunakan dengan makna darjat kepatuhan yang tinggi.
•
Menurut syarak pula, istilah ibadah ini disebut di dalam al-Quran dengan 3 pengertian.
MAKNA IBADAH
3. MEMPERTUHANKAN
1. KEHAMBAAN
2. KETAATAN
Tarbiyah Made Easy!!
31
i.
Ibadah dengan makna Kehambaan: Firman Allah Taala:
H G F E D CB A @
Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata,
PON ML KJI
Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri,
XWVU TSRQ
Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): “Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menghambakan diri kepada kita?” (Al-Mukminun 23: 45-47) At-Tobari mentafsirkan kalimah “sedang kaum mereka menghambakan diri kepada kita” sebagai “kaum mereka mengambil berat, taat, dan patuh melaksanakan perintah, dan menghambakan diri kepada kita.” Dalam Bahasa Arab, orang yang tunduk kepada raja dipanggil ‘abid (hamba). Tarbiyah Made Easy!!
32
Firman Allah Taala:
ut s r q p o n m l k x wv Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut, serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku.
(Az-Zumar 39: 17) Maksud “menyembah Taghut” dalam ayat ini ialah menghambakan diri dan mentaatinya. Makna Taghut dalam istilah al-Quran ini termasuklah negara, kerajaan, pemimpin, ketua atau individu yang melampaui batasan Allah, menentang hukum-hukum-Nya, melaksanakan undang-undangnya sendiri di muka bumi milik Allah ini dan menyuruh manusia taat kepadanya secara paksaan, godaan atau ajaran yang salah. Oleh itu, penyerahan diri, ketundukan dan ketaatan kepada kerajaan, pemimpin ketua atau individu sebegini merupakan ibadah kepada Taghut.
Tarbiyah Made Easy!!
33
ii.
Ibadah dengan makna Ketaatan: Firman Allah Taala:
ML K J I H G F E D RQP ON
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anakanak Adam, supaya kamu jangan menyembah (mentaati) Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu. (Yaasin 36: 60) Telah diketahui bahawa semua manusia di dunia ini melaknati syaitan. Namun begitu, “menyembah syaitan” di sini bermaksud taat kepada suruhan dan mengikuti hukum-hukumnya. Firman Allah Taala:
¬ « ª © ¨ ´³² ±°¯® º¹ ¸ ¶ µ
Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa… (At-Taubah 9: 31) Tarbiyah Made Easy!!
34
Maksud “menjadikan pendeta-pendeta dan ahliahli agama mereka sebagai tuhan selain dari Allah” dan menyembah mereka seperti yang disebutkan dalam ayat ini ialah beriman atau percaya bahawa mereka memiliki hak untuk menyuruh dan melarang serta mentaati hukumhukum mereka, bukan hukum-hakam Allah atau Rasulullah. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis sahih. Apabila dikatakan kepada Baginda, “Kami tidak menyembah para ulama dan pendeta kami.” Baginda bersabda, “Bukankah kamu menghalalkan apa yang mereka halalkan dan mengharamkan apa yang mereka haramkan? Sedangkan mereka menghalal dan mengharamkan tanpa mengikut petunjuk Allah.” Firman Allah Taala:
} | { zyxwv u t
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya, maka mereka itulah orang kafir. (Al-Maidah 5: 44)
Tarbiyah Made Easy!!
35
iii. Ibadah dengan makna Mempertuhankan: Firman Allah Taala:
`_^ ]\ [ZY ih g f e d c b a
Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): “Kamukah yang menyesatkan hambahamba-Ku itu atau mereka yang sesat jalan?”
tsrqpon mlkj u
Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripada-Mu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami)… (Al-Furqan 25: 17-18) Keterangan di atas menjelaskan bahawa maksud “makhluk-makhluk yang mereka sembah” dalam ayat tersebut ialah merujuk kepada para wali, nabi dan orang soleh.
Tarbiyah Made Easy!!
36
Maksud “menyembah mereka” ialah beriktikad bahawa: mereka lebih mulia dan tinggi daripada manusia biasa, beranggapan bahawa mereka mempunyai sifat ketuhanan, mampu memberikan pertolongan ghaib, menghapuskan kemudaratan dan memberikan bantuan. Kemudian mereka membuat upacara memuji dan memuliakannya sehingga membawa kepada mempertuhankannya.
Tarbiyah Made Easy!!
37
2. HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH Soalan: Kenapa hanya Allah SWT sahaja yang layak disembah? •
Ini kerana Allah Taala adalah: Tuhan Yang Maha Mencipta semua makhluk di alam semesta ini, Yang Maha Memiliki semua makhluk, dan Yang Maha Mengadakan setiap sesuatu yang sebelumnya tiada.
•
Kita menyembah Allah kerana Dia-lah Pencipta kita daripada tiada kepada ada. Dia juga yang mencipta bumi ini dan mewujudkan kita di atasnya.
•
Allah SWT memuliakan kita dengan pelbagai nikmat zahir dan batin. Dia juga memiliki seluruh diri kita dan apa sahaja alat kegunaan kita.
•
Oleh itu, kita wajib hanya mentaati dan menyembah Allah SWT semata; Pencipta dan Pemilik diri kita dan setiap benda yang wujud di alam ini, bukan dari selain-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
38
Firman Allah Taala:
Ê É ÈÇ Æ Å Ä Ã Â Á ÓÒÑ ÐÏÎÍÌË Ü ÛÚÙØ×ÖÕÔ
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): “Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang sebahagian perkongsian (dengan Allah dalam mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka”. (Saba’ 34: 22)
HGF E D CB A@ P ON M L K J I Z Y X W V UT S R Q ^] \[
Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu bagi-Nya-lah kuasa pemerintah; sedang mereka yang kamu sembah - yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma. Tarbiyah Made Easy!!
39
gf e dc ba` _ q p o nm l k j ih sr
Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberitahu kepadamu (wahai Muhammad akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (Faatir 35: 13-14)
v utsrqpo
Patutkah mereka sekutukan Allah dengan bendabenda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan? (Al-A’raf 7: 191)
Tarbiyah Made Easy!!
40
3. DOA SEBAGAI IBADAH Soalan: Adakah berdoa termasuk sebagai suatu ibadah? •
Berdoa adalah suatu Ibadah. Rasulullah SAW bersabda:
ُـﺎدة َ َاﻟ ﱡﺪ َﻋـﺎءُ ُﻫ َﻮ اﻟ ِْﻌﺒ
Doa adalah ibadah. (Riwayat Bukhari) •
Berdoa kepada sesuatu yang ghaib, iaitu kepada Dzat yang dipercayai dapat memakbulkan doa di mana jua kita berada, bererti kita meyakini kehadiran-Nya di mana jua kita berada.
•
Kita juga menyakini kemampuan-Nya dalam mengurus alam semesta dengan kekuatan yang kita sendiri tidak ketahui.
•
Kesimpulannya, doa adalah menifestasi kepada Iman dan intipati Ibadah kita.
Tarbiyah Made Easy!!
41
Firman Allah Taala:
5 4 3 21 0 / . ;: 9876
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Al-Mukmin 40: 60) Soalan: Adakah kita boleh berdoa kepada selain Allah? •
Oleh kerana doa adalah ibadah, maka ia wajib dilakukan hanya kepada Allah Taala sahaja. Firman Allah Taala:
Û Ú Ù Ø× Ö Õ Ô Ó Ò Ñ Ð Ï Î ßÞ ÝÜ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Tarbiyah Made Easy!!
42
*) ( ' & % $ # " ! 5 4 3 2 10 / . - , + < ; : 9 87 6
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hambahambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Yunus 10: 106-107)
XWVUTSRQ PO Y Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkan merekalah yang diciptakan.
b a ` _ ^ ]\ [ Z
Tuhan kamu (Yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran). (An-Nahl 16: 20-21) Tarbiyah Made Easy!!
43
Firman Allah Taala:
°¯ ®¬«ª©¨§ µ´³² ±
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): “Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya”.
¾½¼»º¹ ¸¶ Ç Æ Å Äà  Á À ¿ ÊÉ È
Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (Al-Isra’ 17: 56-57)
Tarbiyah Made Easy!!
44
4. BERHUKUM DENGAN SYARIAT ALLAH ADALAH IBADAH Soalan: Adakah berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT adalah suatu ibadah? •
Ya! Berhukum dengan segala apa yang diturunkan oleh Allah Taala merupakan ibadah kerana ia adalah sebuah ketaatan kepada-Nya.
Firman Allah Taala:
e d c ba ` _ ^ ] \[ Z Y X kjih gf
…Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadah) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 12: 40) Tarbiyah Made Easy!!
45
´³²± ° ¯®¬ ¾ ½¼»º ¹¸¶ µ ÁÀ¿
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (An-Nisa’ 4: 65)
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
46
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Manusia berbuat sesuatu dengan sesuatu dorongan (motivasi). Apakah dorongan bagi kita dalam beribadah kepada Allah SWT? Agar lebih rajin dan khusyuk kita untuk beribadah. (Dorongan (motivasi) kita dalam beribadah ialah: 1. Dengan merasa banyaknya nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. 2. Dengan merasa keagungan Allah SWT yang terzahir pada penciptaan alam semesta ini.)
ii.
Apakah hakikat penciptaan manusia yang ingin dicapai melalu ibadah? (Ibadah seorang hamba kepada Tuhannya merupakan: 1. puncak penghinaan diri di hadapan Allah SWT 2. puncak kecintaan terhadap Allah SWT 3. puncak ketundukan kepada Allah SWT. “Ibadah itu Cinta & Tunduk” – Ibnu Taimiyah)
iii. Apakah yang dimaksudkan Khauf dan Raja’? (Ibadah kita hendaklah dilakukan dengan rasa: 1. Khauf – iaitu takut kepada Allah SWT disebabkan rasa khuatirkan azab yang akan menimpa lantaran dosa-dosa kita. 2. Raja’ – iaitu pengharapan bahawa Allah SWT akan menerima, mengampuni, merahmati dan meredhai kita. Tarbiyah Made Easy!!
47
“AL-ASMA’ AL-HUSNA”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. KENALI ALLAH MELALUI WAHYU
TAMAT
2. AL-ASMA’ ALHUSNA
3. NAMA-NAMA ALLAH ADALAH TAUQIFIYAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Lapan (8) Tarbiyah Made Easy!!
48
1. KENALI ALLAH MELALUI WAHYU Soalan: Selain melihat bukti kewujudan-Nya di alam semesta, adakah terdapat cara lain untuk mengenali Tuhan kita? •
Ya, kaedah kedua ialah melalui wahyu Allah Taala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para Rasul AS yang mulia lagi terpercayai.
•
Dengan wahyu, Allah Taala telah memperkenalkan diriNya kepada kita dengan menyebut nama-nama-Nya yang indah dalam al-Quran dan hadis.
•
Nama-nama yang indah ini merupakan pintu masuk yang menjadikan hati kita bergantung kepada Allah secara langsung.
•
Allah Taala mempunyai Rasulullah SAW:
99
nama.
Seperti
sabda
ِ ِﻣﺎَﺋﺔٌ إِﱠﻻ و،ﻟِﻠﱠ ِﻪ ﺗِﺴﻌﺔٌ وﺗِﺴﻌﻮ َن اﺳﻤﺎ ،اﺣ ًﺪا َ ًْ ُْ َ َْ ،َْﺠﻨﱠﺔ َ َﺣ ٌﺪ إِﱠﻻ َد َﺧ َﻞ اﻟ َ َﻻ ﻳَ ْﺤ َﻔﻈُ َﻬﺎ أ .ﺐ اﻟ َْﻮﺗْـ َﺮ َو ُﻫ َﻮ َوﺗْـ ٌﺮ ﻳُ ِﺤ ﱡ
Sesungguhnya Allah Taala mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafaznya, akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesungguhnya Allah Taala itu witir (tunggal) dan menyukai witir (bilangan ganjil). (HR Bukhari) Tarbiyah Made Easy!!
49
2. AL-ASMA’ AL -HUSNA Soalan: Apakah 99 nama-nama yang indah itu?
•
Nama-nama yang berkaitan Zat Allah SWT: Yang Maha Esa (al-Wahid) Yang Tunggal (al-Ahad) Yang Maha Suci dari segala kekurangan dan kecacatan (al-Quddus) Yang Menjadi Tumpuan sekalian makhluk memohon hajat dan tidak memerlukan sesuatu (as-Somad) Yang Maha Kaya (al-Ghaniyu) Yang Awal (al-Awwal) Yang Berdiri Sendiri dan menjadi tempat pergantungan makhluk-Nya (al-Qayyum).
•
Nama-nama yang berkaitan Penciptaan:
Yang Maha Mencipta (al-Khaliq) Yang Mencipta sesuatu yang mempunyai ruh dan asal-usul (al-Bari’) Yang Membentuk Rupa (al-Musowwir) Yang Maha Mencipta sesuatu yang tiada bandingan (al-Badi’). Tarbiyah Made Easy!!
50
•
Nama-nama yang berkaitan sifat Kasih Sayang dan Rahmat-Nya:
•
Tuhan (ar-Rabb) Yang Maha Penyayang (ar-Rahman) Yang Maha Pengasihani (ar-Rahim) Yang Maha Belas Kasihan (Ar-Ra’uf) Yang Maha Kasih dan Sayang (al-Wadud) Yang Maha Lembut (al-Latif) Yang Tidak Cepat Marah (al-Halim) Yang Maha Pengampun (al-‘Afuww) Yang Maha Pembalas dengan memberi balasan yang banyak bagi amalan yang sedikit (as-Syakur) Yang Memberikan Keamanan kepada hamba-Nya dari azab dan Yang Menunaikan Janji (al-Mukmin) Yang Berbuat Baik kepada hamba-Nya (al-Barru) Yang Maha Memberi Rezeki (ar-Razzaq) Yang Maha Pemberi (al-Wahhab) Yang Luas Limpahan Rahmat dan ilmu-Nya (al-Wasi’).
Nama-nama yang berkaitan sifat Keagungan dan Kebesaran-Nya:
Yang Maha Agung (al-‘Azhim) Yang Maha Perkasa (al-‘Aziz) Yang Maha Tinggi (al-‘Aliyyu) Yang Maha Suci dari sebarang kekurangan (al-Muta’alli) Yang Maha Kuat (al-Qawiyyu) Tarbiyah Made Easy!!
51
Yang Maha Gagah Perkasa (al-Qahhar) Yang Maha Meperbaiki segala kerosakan (al-Jabbar) Yang Mengagungkan Diri (al-Mutakabbir) Yang Maha Besar (al-Kabir) Yang Maha Mulia (al-Karim) Yang Maha Terpuji (al-Hamid) Yang Maha Ternama (al-Majid) Yang Maha Gagah, Kuat dan Kukuh (al-Matin) Yang Terang dan Jelas (az-Zohir) Yang Penuh dengan Kemuliaan lagi Maha Tinggi Darjat-Nya (Zuljalali wal Ikram).
Perbanyakkanlah berdoa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah dan mulia
Tarbiyah Made Easy!!
52
•
Nama-nama yang berkaitan Ilmu-Nya:
•
Yang Maha Bijaksana (al-Hakim) Yang Maha Mendengar (as-Sami’) Yang Amat Mendalam Ilmu-Nya (al-Khabir) Yang Maha Melihat (al-Bashir) Yang Maha Mengetahui tentang semua makhluk-Nya (as-Syahid) Yang Mengawasi (ar-Raqib) Yang Maha Tersembunti Zat-Nya (al-Batin) iaitu tiada seorangpun yang mengetahui Zat-Nya Yang Menjaga (al-Muhaimin)
Nama-nama yang berkaitan sifat Kudrat dan Tadbir-Nya:
Yang Maha Berkuasa (al-Qadir) Yang Menyelesaikan segala keperluan hamba-Nya (al-Wakil) Yang Menjaga urusan makhluk (al-Wali) Yang Maha Memelihara (al-Hafiz) Sebenar-benar Raja (al-Malik) Yang Maha Memiliki Sesuatu (al-Maalik) Yang Maha Membuka (al-Fattah) iaitu membuka pintu rahmat kepada hamba-Nya. Yang Menghitung (al-Hasib) iaitu menghitungkan amalan hamba-Nya pada Hari Kiamat Yang Menuntut Bela (al-Muntaqim) iaitu yang memberi azab kepada orang yang berhak menerimanya Yang Maha Mencukupi (al-Muqit). Tarbiyah Made Easy!!
53
•
Nama-nama yang diambil daripada Sifat dan PerbuatanNya:
Yang Mencabut nyawa atau Yang Menyempitkan rezeki sesiapa yang dikehendaki-Nya (al-Qabidh) Yang Maha Membuka (al-Bashit) Yang Mengangkat (al-Rafi’) Yang Memberikan Kemuliaan (al-Mu’izzu) Yang Menghina hamba-Nya (al-Muzillu) Yang Memakbulkan Doa (al-Mujib) Yang Menghidupkan semula (al-Ba’its) Yang Maha Menghitung (al-Muhshi) Yang mula-mula Menghitung Mencipta Makhluk (al-Mubdi) Yang Mengembalikan semula semua makhluk (al-Mu’id) Yang Maha Menghidupkan sesuatu (al-Muhyi) Yang Maha Mematikan sesuatu (al-Mumit) Yang Memiliki segala kerajaan (Malikul Mulki) Yang Maha Menghimpunkan (al-Jami’) Yang Berkuasa memberikan kekayaan kepada hamba-Nya (al-Mughni) Yang Maha Memberi (al-Mu’ti) Yang Berkuasa menghalang atau mencegah (al-Mani’) Yang Menunjuk Jalan kepada manusia (al-Hadi) Yang Maha Kekal buat selama-lamanya (al-Baqi) Yang Maha Mewarisi dan Mempusakai segala sesuatu (al-Waris) iaitu waris yang kekal abadi selepas semua makhluk binasa. Tarbiyah Made Easy!!
54
•
Nama-nama Allah yang lain:
Yang Maha Bercahaya (an-Nur) Yang Maha Sabar (as-Shobur) iaitu tidak segera melaksanakan hukuman azab sebelum sampai waktunya Yang Menunjuk arah kepada jalan yang betul (ar-Rasyid) iaitu sentiasa memberi petunjuk kepada hamba-Nya dan melakukan sesuatu sehingga mencapai matlamatnya dengan penuh hikmah Yang Maha Adil (al-Muqsit) Yang Maha Menjaga (al-Wali) Yang Maha Tinggi (al-Jalil) Yang Maha Adil (al-‘Adl) Yang Maha Merendahkan (al-Khafidu) Yang Maha Mengadakan (al-Wajid) iaitu mengadakan semua benda yang dikehendaki-Nya dan tidak berkehendak kepada sesuatu Yang Maha Mendahulukan (al-Muqaddimu) iaitu paling berhak mendahulukan sesuatu ke atas yang lain dalam sesuatu kejadian, kemuliaan, masa atau tempat Yang Mengkemudiankan sesuatu (al-Muakhiru) Yang Maha Memudaratkan (adh-Dhaarr) Yang Maha Memberi Manfaat (an-Nafi’)
Tarbiyah Made Easy!!
55
3. NAMA-NAMA ALLAH ADALAH TAUQIFIYAH Soalan: Haruskah kita menamakan Allah dengan namanama yang lain? •
Perkara itu tidak diharuskan oleh syarak. Firman Allah Taala:
HG F E D C
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu... (Al-A’raf 7: 180)
e d c b a `_ ^ ] \ [ Z gf
Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia… (Al-Isra’ 17: 110)
•
Ini kerana, nama-nama Allah adalah tauqifiyah, iaitu hanya terhad kepada nama-nama yang telah disebutkan oleh Allah Taala sendiri dan disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Tarbiyah Made Easy!!
56
•
Jika anda ingin mengatakan: “Allah adalah jurutera” ia tidak diharuskan. Tapi, katakanlah Allah adalah Maha Bijaksana. “Allah adalah kekuatan yang menguasai alam ini” ia tidak diharuskan. Tapi, katakanlah Allah adalah Yang Maha Kuat.
•
Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang berpaling daripada kebenaran dalam menamakan Allah dengan sesuatu yang tidak Dia turunkah sebarang dalil dan perakuan. Firman Allah Taala:
L K J I HG F E D C S R Q P O NM
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A’raf 7: 180) Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
57
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Baca hadis di bawah dan bincangkan aplikasinya dalam kehidupan kita seharian. Daripada Buraidah RA berkata, Nabi Muhammad SAW mendengar seorang lelaki berdoa dengan berkata; "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu bahawa aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah yang tiada Ilah selain Engkau, Yang Maha Esa dan Tempat Bergantung, Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang menyamai-Nya.“ Buraidah berkata; Maka Rasulullah bersabda, “Dan demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh orang itu telah memohon kepada Allah dengan asmaNya yang agung. Yang jika (seseorang) berdoa dengannya, Allah akan mengabulkan; dan jika memohon dengannya, Allah akan memberi.” (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'I & lbnu Majah)
ii.
Tugasan yang boleh diberikan kepada mutarabbi: (Setiap mutarabbi masing-masing pilih satu nama daripada Al-Asma’ Al-Husna, kemudian tulis satu artikel atau sampaikan tazkirah berbentuk penghayatan berkenaan nama-nama tersebut secara bergiliran di dalam liqa’ halaqah.) Tarbiyah Made Easy!!
58
“PENGAKUAN PARA ILMUAN KURUN KE-20” TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. ILMU MODEN MENYERU KEPADA KEIMANAN
4. KEPERCAYAAN YANG MENGESAKAN ALLAH
2. FAKTOR ATEISME DIKAITKAN DENGAN ILMU MODEN
3. PENGAKUAN PARA ILMUAN MODEN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Sembilan (9) Tarbiyah Made Easy!!
59
1. ILMU MODEN MENYERU KEPADA KEIMANAN Soalan: Apakah kaitan di antara keimanan dan ilmu moden? •
Dengan merenung dan berfikir tentang penciptaan makhluk yang wujud di alam ini, manusia dapat melihat bahawa padanya terdapat:
•
Semua ini membuktikan kepada setiap orang yang berakal bahawa alam ini bersama semua makhluk di dalamnya adalah ciptaan Tuhan:
.
Hikmah dan kebijaksanan Keupayaan mengurus dan mentadbir Undang-undang, peraturan dan ketetapan Ketelitian dan keagungan
Yang Maha Yang Maha Yang Maha Yang Maha Yang Maha
Bijaksana Mengetahui Berkehendak Berkuasa Mencipta dengan Ilmu-Nya
Tarbiyah Made Easy!!
60
•
Apabila bermula era kemajuan ilmu moden, pengetahuan manusia mula bertambah setelah melihat: Keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT yang nyata pada semua makhluk-Nya. Keupayaan pentadbiran-Nya ke atas sekalian makhluk, serta Keindahan dan ketelitian dalam penciptaan setiap sesuatu.
•
Dengan sebab itu, pengetahuan manusia terhadap tanda kebesaran Allah yang wujud di serata dunia semakin bertambah.
•
Kemudian, muncul penemuan-penemuan terkini yang membuka lembaran baru dalam mukjizat Al-Quran. Penemuan tersebut mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang mendedahkan kebenaran Al-Quran.
•
Dengan itu, mukjizat Al-Quran terus terserlah dengan kemajuan ilmu moden, walaupun selepas 14 kurun penurunannya berlalu. Tarbiyah Made Easy!!
61
2. FAKTOR ATEISME DIKAITKAN DENGAN ILMU MODEN Soalan: Mengapakah kita dapati pelopor kebangkitan ilmu sains di Eropah mengaitkannya dengan fahaman ateisme? •
Hal ini berpunca daripada pengalaman yang dilalui oleh orang-orang Eropah dengan pihak Gereja Kristian.
•
Golongan Kristian di Eropah telah dikuasai oleh golongan gereja yang telah menyelewengkan ajaran Nabi Isa AS yang sebenar, namun mendakwanya sebagai wahyu daripada Allah SWT.
•
Golongan paderi dan Pope/Paus (ketua gereja Roman Katolik) dianggap mempunyai hak yang sepatutnya hanya dimiliki oleh Tuhan seperti: Mengharamkan dan menghalalkan sesuatu perkara ke atas orang ramai mengikut kehendak mereka. Mewajibkan sesuatu pendapat dan berdasarkan kehendak mereka sahaja.
Tarbiyah Made Easy!!
pandangan
62
•
Tiada seorangpun yang mampu menentang dan membantah mereka. Sehinggalah Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk membetulkan perkara yang diubah dan ditukar oleh golongan tersebut.
•
Al-Quran menyeru mereka kepada kebenaran yang pernah datang kepada mereka sebelum dipertuhankan golongan agama, paderi dan pope. Firman Allah SWT:
BA@? >=<;: MLKJIHGFEDC X W V U T SR Q P O N ZY
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka (ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam.” (Ali Imran 3: 64) Tarbiyah Made Easy!!
63
•
Namun begitu, majoriti daripada mereka mendengar seruan Allah ini. Mereka mempertuhankan golongan pope dan paderi.
tidak tetap
•
Mereka menganggap semua perkara yang disebut oleh paderi dan pope sebagai suci, hinggalah bermulanya kebangkitan ilmu sains.
•
Ketika itu, berlakulah pertembungan antara pendapat para ilmuan moden dengan pendapat pihak gereja. Pihak gereja bertindak mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, seolah-olah pope tidak melakukan kesilapan.
•
Pihak gereja menganiya para ilmuan moden yang bertentangan dengan mereka. Sungguhpun demikian, kebatilan tidak akan kekal selama-lamanya. Para ilmuan moden sentiasa berdebat dengan para paderi serta mendedahkan kepalsuan mereka. Gambaran seorang saintis, Galileo yang menyanggah pendapat gereja bahawa bumi adalah pusat semesta. Beliau akhirnya dihukum bunuh oleh gereja. Tarbiyah Made Easy!!
64
•
Maka, meletuslah peperangan yang dahsyat di antara kedua pihak sehingga ke tahap menafikan kewujudan Allah semata-mata bencikan para paderi. Tersebarlah dakyah ateisme melalui sekolah dan universiti mereka.
Gambaran pedebatan yang berlaku di antara saintis dengan pihak gereja. •
Namun, di kalangan para ahli ilmuan moden ini terdapat ramai pula yang jujur dengan kebenaran, dan menggunakan ilmu mereka sebagai bukti keimanan kepada Allah, bahkan turut mengesakan-Nya. Oleh itu, mari kita ikuti beberapa pengakuan para ilmuan moden yang jujur berkenaan kewujudan Tuhan dan keesaan-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
65
3. PENGAKUAN PARA ILMUAN MODEN Soalan: Berikan beberapa contoh pengakuan para ilmuan moden jujur tersebut. •
Berikut adalah sebahagian pengakuan daripada para Saintis tersebut: i. Edward Luther Cabel Beliau adalah seorang pakar dalam bidang Zoologi (kaji binatang) dan Entomologi (kaji serangga). Beliau memperolehi Phd. dari Universiti California, merupakan prefesor ilmu Biologi dan Dekan di Universiti San Francisco. Bidang kepakaran beliau ialah kajian berkenaan salamander dan serangga bersayap. Selepas menyebut beberapa bukti keimanan beliau berkata: “Ruang tidak mencukupi untuk menyebut bukti lain bagi menerangkan hikmah, pembentukan dan penciptaan alam semesta ini. Saya memperolehi bukti ini, hasil kajian berkenaan sayap serangga dan perkembangannya.
Tarbiyah Made Easy!!
66
Semakin banyak saya mengkaji tentang habitat dan alam, semakin bertambahlah penerimaan dan kekuatan iman saya dengan bukti tersebut.” Oleh sebab itu, kajian dan bukti yang dititikberatkan dalam pengkajian ilmu sains merupakan tanda, bukti dan keterangan yang menunjukkan kewujudan Tuhan Yang Maha Mencipta alam semesta dan segala isinya. Firman Allah SWT:
0/.- ,+*
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tandatanda (yang membuktikan kekuasaan Allah;) bagi orang-orang beriman.
:9 8 76543 21
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang meyakininya.
EDC BA@?>=<; ON MLKJIHGF
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya… Tarbiyah Made Easy!!
67
…tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, serta keluasaan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
Z Y X W VU T S R Q P ]\[
Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaan-Nya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)? (Al-Jathiyah 45: 3-6)
Tarbiyah Made Easy!!
68
ii.
Frank Allan Beliau adalah seorang pakar Biologi, memperolehi Ijazah Sarjana dan Phd. dari Universiti Cornell. Beliau bertugas sebagai professor dalam bidang Biologi di Universiti Matituba, Kanada pada tahun 1904-1942. Beliau merupakan pakar dalam warna, fisiologi mata dan pengeluaran udara cair. Beliau telah mendapat pingat emas daripada Kesatuan Diraja Kanada. Setelah menyanggah tanggapan orang kafir, beliau berkata: “Teori termodinamik (kajian tentang hubungan antara haba dengan pelbagai bentuk tenaga yang lain) menunjukkan bahawa kepanasan alam ini akan hilang secara berperingkat sehingga pada suatu hari, semua penduduk alam akan berada dalam suhu yang paling rendah, iaitu 0oC. Pada ketika itu, hilanglah segala tenaga dan musnahlah kehidupan. Matahari yang bercahaya, bintang yang berkelipan dan bumi yang dipenuhi dengan pelbagai kehidupan, semuanya adalah bukti jelas yang menunjukkan asal kewujudan alam… Tarbiyah Made Easy!!
69
…mempunyai kaitan dengan masa mula pada ketika tertentu. Oleh itu, ia adalah kejadian yang baru (iaitu makhluk yang mempunyai permulaan). Ini bermakna, alam semesta ini tentunya dicipta oleh Yang Maha Mencipta, Yang Azali, dan tidak mempunyai permulaan. Iaitu Yang Maha Mengetahui dan Yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, Yang Maha Kuat dan tidak terbatas kekuasaan-Nya. Dengan itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa alam semesta ini adalah ciptaan-Nya.” Allah SWT telah berfirman berkenaan perkara yang disebut oleh ilmuan ini:
%$#"!
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) adalah Allah Yang Maha Esa;
('&
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
-,+ *)
Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan;
3210/.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.”
(Al-Ikhlas :112: 1-4) Tarbiyah Made Easy!!
70
iii. John Cleveland Conran Beliau adalah seorang saintis dalam bidang Kimia dan Matematik. Mendapat ijazah Phd. dari Universiti Cornell, dan merupakan Dekan Fakulti Ilmu Fizik di Universiti Dulth. Beliau pakar dalam bidang penghasilan nutrazadil dan penulenan tungsten (unsur logam yang keras dan berwarna kelabu, diguna untuk membuat aloi, filament lampu dan sebagainya). Beliau menulis dalam perenggan terakhir rencana tulisannya bertajuk “Hasil yang Pasti”: “Sekiranya alam material ini tidak mampu mencipta dirinya sendiri, atau menetapkan peraturan dan sistem untuk dirinya, mestilah penciptaan tersebut dibuat oleh satu kuasa yang bukan material. Semua bukti menunjukkan bahawa Pencipta tersebut tentulah pandai dan berhikmah. Walaubagaimanapun, kepandaian tidak dapat berfungsi dalam alam material tanpa kehendak. Ini adalah seperti dalam bidang perubatan dan rawatan psikologi. Oleh itu, sesuatu yang mempunyai kehendak, tentulah wujud secara zat. Berdasarkan kenyataan tersebut, logik yang diterima akal… Tarbiyah Made Easy!!
71
…bukan hanya alam ini mempunyai Pencipta. Tetapi, ia juga menunjukkan bahawa Pencipta tersebut sentiasa wujud dan tanda kekuasaanNya dapat dilihat di setiap tempat. Dengan demikian, tiada sesiapa pun yang dapat mengelak daripada menerima kewujudan Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini dan Yang Maha Menentukan perjalanannya. Seperti yang telah kami sebutkan pada permulaan rencana ini…”
iv. Marriot Stanley Condon Beliau adalah seorang ahli fizik dan falsafah yang mendapat ijazah Phd. dari Universiti Porton. Beliau merupakan bekas professor di Kolej Trinity, Florida dan juga anggota Persatuan Fizik Amerika; pakar fizik, psikologi dan falsafah sains. Beliau berkata: “Semua makhluk yang wujud di alam semesta ini menjadi bukti kewujudan Tuhan. Ia juga menunjukkan kekuasaan dan keagungan-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
72
Ketika kami para ilmuan menerangkan keadaan alam dan mengkajinya, hatta dengan menggunakan kaedah pencarian bukti, apa yang kami lakukan sebenarnya tidak lebih daripada memerhatikan kesan dan bukti ciptaan Tuhan dan keagungan-Nya. Kami tidak mampu mengenali Tuhan dengan hanya menggunakan kaedah sains semata-mata. Tetapi kami melihat bukti kewujudan-Nya pada diri kami dan pada setiap zarah penciptaan ini. Sebenarnya sains hanyalah satu kajian tentang ciptaan Tuhan dan kesan kekuasaan-Nya.” Allah SWT mengingatkan kita dengan apa yang Dia akan dedahkan mengenai tanda kewujudan-Nya melalui para ilmuan seperti ini. Firman Allah SWT:
i h g fe d c b a ` lkj
Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)”. (An-Naml 27:93) Tarbiyah Made Easy!!
73
v. Dr Reuter Seorang ahli menyebut:
kimia
berbangsa
Perancis
“Apabila aku merasakan bahawa akidah aku kepada Tuhan goyah, aku akan segera beralih kepada pengajian sains untuk menguatkannya kembali.” vi. Harshal Seorang ahli falak berbangsa Inggeris. Menurut beliau: “Semakin luas perbahasan ilmu sains, makin bertambahlah bukti yang kuat dan meyakinkan tentang kewujudan Pencipta yang Azali, yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan tanpa penghujung. Oleh itu, para ahli geologi, matematik, falak dan fizik telah bekerjasama dan bergabung tenanga untuk membina ilmu sains yang sebenarnya merupakan ilmu mengenai keagungan Allah.”
Tarbiyah Made Easy!!
74
Malah, terdapat lebih ramai orang-orang seperti mereka ini, firman Allah SWT:
¬« ª© ¨ §¦¥¤ ¯®
“Dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin bahawa semua keterangan) yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu (mengenai Hari Kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar.” (Saba’ 34:6)
Tarbiyah Made Easy!!
75
4. KEPERCAYAAN YANG MENGESAKAN ALLAH •
Jika kita perhatikan kepercayaan para saintis sebelum ini, kita akan dapati kepercayaan mereka amat hampir dengan kepercayaan orang Islam kepada Allah.
•
Malah, jauh berbeza daripada orang musyrik yang mempersekutukan Allah SWT, atau menganggap Dia atau ‘anak’-Nya telah turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa.
•
Alangkah hampirnya kepercayaan para saintis tersebut dengan kepercayaan orang Islam. Sekiranya golongan tersebut diceritakan tentang Islam dengan jelas dan terang, mungkin sekali ramai yang akan beriman.
•
Di antara contoh para saintis dan pengkaji yang memeluk Islam selepas mereka melakukan penyelidikan sains ialah: i. Dr. Ali Sulaiman Benoit Beliau adalah seorang Perancis, menurutnya:
doktor
berbangsa
“Aku amat terhutang budi dengan buku agung karangan Malik bin Nabi berjudul “Tanda-tanda Al-Quran”. Dengan itu aku percaya bahawa AlQuran adalah kitab wahyu yang diturunkan daripada Allah SWT. Tarbiyah Made Easy!!
76
Di antara tanda kebesaran Al-Quran yang diwahyukan sejak lebih daripada 13 kurun yang lalu ialah ia mendedahkan perkara yang sama seperti yang telah didedahkan oleh kajian sains.” ii. Prof. Harun Mustafa Lyon Beliau adalah seorang penulis, pakar bahasa dan ahli geologi yang berasal dari England. Beliau memperoleh Phd. dan banyak anugerah sains. Beliau merupakan salah seorang anggota utama dalam kebanyakan pertubuhan sains di Eropah. Menurut beliau: “Di antara kemegahan dan kemuliaan Islam ialah ia dibina di atas logik akal dan tidak pernah meminta penganutnya membeku kemampuan akal mereka.” iii. Dr. Umar Wolf Baron Ahrunzeir Beliau adalah seorang profesor dalam ilmu Etnologi (cabang antropologi yang mengkaji aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain), dan berasal dari Austria. Kata beliau keislamannya:
selepas
Tarbiyah Made Easy!!
menerangkan
sebab
77
“Nabi Muhammad SAW ialah seorang rasul yang membawa Islam. Beliau merupakan rasul yang terakhir utusan Allah yang membawa risalah Islam.” iv. Kolonel Donalds Rockwell Beliau adalah seorang penyair, pengkritik dan pengarang yang berasal dari Amerika. Menurut beliau ketika menjelaskan sebab keislamannya: “Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tidak dapat diubah oleh penggubal undangundang dengan pengubahsuaian atau menokok tambah. Ia adalah Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberi hidayah kepada golongan musyrik pada zamannya. Ia kekal teguh seperti teguhnya ruh Islam. Kesaksamaan dan kesederhanaan dalam semua perkara merupakan dua asas dalam Islam yang memenuhi hati sanubariku dalam semua perkara.”
Tarbiyah Made Easy!!
78
v. Dr R.I. Malma
Beliau adalah seorang pakar dalam bidang sejarah Etnologi (kajian tentang bangsa), seorang penulis dan juga sasterawan yang berasal dari Belanda.
Beliau berkata: “Antara sebab keislaman saya ialah konsep keimanan yang mudah dalam Islam, tidak wujud konsep kerahiban di dalamnya. Islam menyeru supaya bertolak ansur dan bermaaf-maafan, umat Islam menyeru dituntut untuk mencari kebenaran di mana jua berada, konsep ukhuwwah dan persamaan taraf di antara manusia. Dan kerana Islam mengambil kira kepentingan fungsi akal dan nilai kedua-duanya, juga kerana Islam mengharamkan minuman keras dan benda yang memabukkan.”
Tarbiyah Made Easy!!
79
v.
Umar Mita Beliau merupakan salah seorang pakar ekonomi dan pengkaji masyarakat yang berasal dari Jepun. Beliau berkata keislamannya:
ketika
menerangkan
sebab
“Seorang manusia biasa pun mampu memahami ajaran Islam kerana ia mudah dan senang dilaksanakan. Sebab itu, kita tidak mendapati monopoli golongan agama atau paderi sebagaimana yang terdapat dalam agama lain. Aku amat yakin Islam di negara Jepun mempunyai peranan yang besar pada masa akan datang. Ia mungkin berhadapan dengan beberapa masalah dan halangan. Tetapi ia tidak sukar untuk diatasi.” Kemasukan golongan pemikir dan saintis ke dalam agama Allah menyebabkan umat Islam sebenarnya memikul tanggungjawab yang lebih besar kepada Allah. Iaitu kewajipan melakukan usaha dakwah secara berterusan dengan menyeru sekalian manusia yang berada di setiap pelusuk dunia supaya memeluk agama Allah SWT.
Tarbiyah Made Easy!!
80
vii. Dr Syauki Nutaki dan 300 Orang Jepun Dr Syauki Nutaki merupakan seorang doktor perubatan yang masyhur yang telah mengkaji Islam selama 10 tahun. Beliau memeluk Islam pada tahun 1975 dan dalam beberapa bulan berikutnya, seramai lebih kurang 300 orang Jepun memeluk Islam hasil usahanya. Beliau berkata: “Selepas meninggalkan agama Buddha, aku telah menemui satu alam luas yang mengandungi ketinggian roh. Aku merasai buat pertama kali makna kehidupan dan kemanisannya.” Beliau berazam untuk mengeluarkan makalah dalam bahasa Jepun untuk menerangkan aspekaspek penting dalam Islam dan menyebarkan kepada setiap keluarga di Jepun. viii. Prof Mark Mainey (Mus’ab Abdullah) Beliau adalah seorang cendiakawan berbangsa Amerika di Universiti Kuwait, mengisytiharkan keislamannya pada tahun 1973 . Menurutnya: “Bukanlah pelik jika rakyat Amerika memeluk Islam, tetapi yang peliknya ialah jika orang ramai tidak berpusu-pusu memeluk agama Allah.” Tarbiyah Made Easy!!
81
Para penyelidik tentang keadaan orang Islam di Amerika berkata: “Purata bilangan orang Amerika yang memeluk agama Islam setiap hari ialah 17 orang.” Melihatkan hal ini, adalah tidak mustahil bahawa masa depan adalah milik Islam, in shaa Allah!
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
82
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Bincangkan latarbelang dakwah kepada masyarakat non-Muslim dalam negara kita. (Malaysia bermasyarakat majmuk; 60% Islam, 40% Buddha, Kristian, Hindu dll. Non-Muslim telah berada di sini sejak sebelum merdeka, namun selepas lebih 60 tahun, kita gagal mengislamkan mereka. Antara faktor – pecah dan perintah oleh British, kurangnya kesedaran umat Islam untuk berdakwah, prejudis terhadap bangsa dan agama lain, sensitiviti agama, kurangnya ruang dialog antara agama dsb.)
ii.
Apakah kepentingan negara kita?
dakwah
non-Muslim
dalam
(Umat Islam sebagai Khairu Ummah wajib menyampaikan Islam kepada semua manusia (3: 110); pelaksanaan tanggungjawab Syahadatul Haq (2: 143); Non-Muslim memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, jika peluk Islam menaikkan ekonomi ummah; dan pelaksanaan syariat perlu mendapat sokongan majoriti) iii. Tugasan yang boleh diberikan kepada mutarabbi. (Setiap mutarabbi membuat kajian tentang keislaman seorang tokoh non-Muslim, dan sebarkan kepada umum melalui artikel atau tazkirah) Tarbiyah Made Easy!!
83
“HAKIKAT KEHIDUPAN”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. PENCIPTAAN MANUSIA TIDAK SIA-SIA
4. KEHIDUPAN ORANG KAFIR DI DUNIA
2. HIKMAH PENCIPTAAN MANUSIA
3. MENJADI KHALIFAH & MENEMPUH UJIAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Empat Belas (14) Tarbiyah Made Easy!!
84
1. PENCIPTAAN MANUSIA TIDAK SIA-SIA Soalan: Adakah manusia diciptakan dengan sia-sia, tanpa apa-apa tujuan? •
Sudah tentu tidak! Sesungguhnya Allah SWT tidak menciptakan manusia dengan sia-sia dan Dia tidak membiarkan mereka begitu sahaja.
•
Bukankah setiap anggota manusia telah dicipta dengan hikmah tertentu, tiada satupun yang sia-sia? Kedua mata, hidung, kedua tangan dan jari-jemari, malah peluh yang keluar dari badan kita itu tidaklah sia-sia. Sesiapa yang mempelajari ilmu tentangnya, pasti mengetahui fungsi setiap satunya dan mengakui bahawa tiada anggota yang sia-sia.
•
Jika setiap anggota badan kita sahaja tidak diciptakan dengan sia-sia, apakah logik kewujudan manusia yang sempurna penciptaan ini tanpa sebab atau tujuannya?
Tarbiyah Made Easy!!
85
Firman Allah SWT:
¥ ¤ £ ¢¡ ~ ﮯ §¦
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?
³ ² ± ° ¯ ® ¬« ª © ¨ µ´
Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Tetap Benar, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Al-Mukminun 23: 115-116)
Tarbiyah Made Easy!!
86
2. HIKMAH PENCIPTAAN MANUSIA Soalan: Adakah hikmah penciptaan manusia di dunia ini berbeza di antara satu sama lain?
•
Hikmah penciptaan setiap anggota badan manusia adalah sama sahaja bagi semua bangsa manusia, walaupun berada pada masa dan tempat yang berbeza. Kedua mata manusia dan hikmah penciptaannya tetap sama, tidak kira mata tersebut kepunyaan orang kaya atau miskin, alim atau jahil, pada zaman Nabi Adam AS atau zaman Nabi Muhammad SAW. Komposisi diri manusia juga sentiasa sama, iaitu terdiri daripada badan, jiwa, roh dan akal. Ia tidak berubah sama sekali bagi setiap orang. Bentuk kejadian yang sama pada semua orang inilah akhirnya akan membentuk fitrah yang sama bagi manusia. Fitrah ini tidak akan berubah, serta tidak terikat dengan masa, tempat, status, kekayaan dan sebagainya Tarbiyah Made Easy!!
87
Firman Allah SWT:
³ ² ± °¯ ® ¬ « ª © µ´
(Turutlah terus) fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah, iaitu fitrah yang Allah ciptakan manusia, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. (Ar-Rum 30: 30)
• Oleh demikian, sesungguhnya hikmah penciptaan semua manusia adalah sama. • Namun, jika kita hanya melihat kepada kehidupan dunia (kebendaan) sahaja, kita tidak akan menemui apa-apa hikmah di sebalik kewujudan manusia. • Baiklah, sekiranya ada orang yang mengatakan bahawa hikmah di sebalik kewujudan manusia adalah: Kehidupan. Tapi, kenapa wujudnya kematian? Pekerjaan. Tapi, kenapa kita tidak akan selamanya kuat bekerja? Manusia akan beransur tua, lemah dan akhirnya mati. Kenikmatan. Tapi, kenapa kita akan cepat penat, bosan, berumur, sakit dan akhirnya menemui kematian? Tarbiyah Made Easy!!
88
Pembangunan. Tapi, kenapa akhirnya manusia akan meninggal dunia, jasadnya musnah, hancur dan ditinggalkan semua yang dibina di dunia ini? Persaingan dalam melakukan kebaikan. Tapi, kenapa biasanya persaingan ini bakal berubah menjadi keburukan pula? • Fikirkanlah kehidupan generasi sebelum kita hari ini. Sejak ribuan tahun lalu, generasi manusia hidup di bumi dan silih berganti mati meninggalkannya. • Persoalannya: Kenapa setiap generasi ini datang ke dunia? Kemudian, kenapa mereka keluar darinya? Dan mengapa generasi ini sentiasa bertukar ganti? Firman Allah SWT:
ONM LKJI HGF QP
Tidakkah mereka mengetahui berapa ramai umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
Tarbiyah Made Easy!!
89
X WVUT SR
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (Yaasin 36: 31-32) • Sesiapa yang memandang dengan orientasi keduniaan untuk mencari jawapan dan petunjuk, mereka hanya mendapati apa yang ditemui oleh orang Kafir; iaitu kesesatan, kebinasaaan, kebutaan dan kebingungan tanpa jawapan yang pasti. Firman Allah SWT:
8 76 543 210/.
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari penghidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari Akhirat. (Ar-Rum 30: 7) • Oleh sebab itulah, para Rasul diutuskan untuk: mengajari manusia tentang perkara-perkara ghaib menunjukkan manusia jalan yang lurus membawa mereka keluar dari lembah kesesatan serta kegelapan kufur kepada kehidupan penuh cahaya serta petunjuk Islam.
Tarbiyah Made Easy!!
90
Firman Allah SWT:
TS RQPONM
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
[ Z Y X W V U a `_^]\ g fedcb
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maidah 5: 15-16)
Tarbiyah Made Easy!!
91
• Daripada petunjuk tersebut, dapatlah diketahui bahawa Allah SWT telah membahagikan kehidupan kita kepada dua bahagian, iaitu: i.
Kehidupan dunia sebagai tempat manusia menempuh ujian. Di sini jugalah kita dilantik sebagai khalifah.
ii.
Kehidupan akhirat sebagai tempat pembalasan. Di mana kematian adalah titik perpindahan dari kehidupan dunia kepada kehidupan Akhirat.
Tarbiyah Made Easy!!
92
3. MENJADI KHALIFAH & MENEMPUH UJIAN Soalan: Apakah maksudnya; Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi?
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Aku khalifah di bumi.
*) ( ' & %
hendak
menjadikan
seorang
(Al-Baqarah 2: 30)
•
Status manusia sebagai khalifah di dunia ini adalah atas lantikan oleh Pemiliknya iaitu Allah SWT.
•
Ini kerana, manusia bukanlah mencipta sendiri segala yang diguna dan dimanfaatkan atas muka bumi ini. Sebaliknya, Allah SWT yang menyedia dan menundukkan semuanya buat manusia. Firman Allah SWT:
ÅÄÃÂÁÀ¿ ¾
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. (Al-Baqarah 2: 29) Tarbiyah Made Easy!!
93
, + * )( ' & % $# " ! 4 3 2 1 0 / .-
Yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadahlah kamu kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbir segala-galanya. (Al-An’am 6: 102) •
Bahkan, manusia tidak memiliki dirinya sendiri walaupun sedikit. Tangan, lidah, mata, kaki, peluh, tulang, kulit mahupun setitik darah kita semuanya dicipta dan dimiliki Allah SWT.
“Subhanallah, segalanya di tubuh kita adalah adalah milik Allah…”
Tarbiyah Made Easy!!
94
Firman Allah SWT:
CB A@?
Kamilah yang telah menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada – wahai golongan yang engkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari Kiamat).
GFED
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
M L KJIH
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? (Al-Waqi’ah 56: 57-59)
tsr qponml wvu
Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. (Al-Baqarah 2: 21)
Tarbiyah Made Easy!!
95
•
Walaupun manusia tidak memiliki walau sebahagian dirinya ataupun makhluk di sekelilingnya, namun secara praktikalnya kita boleh dikatakan sebagai pemilik sementara.
•
Ini kerana, Allah SWT menganugerahkan manusia pelbagai kekuasaan dan kemampuan untuk menundukkan semua benda di atas muka bumi bagi memenuhi kepentingan kita.
•
Manusia juga boleh mengambil manfaat melalui kekuatan dan kebaikan makhluk Allah yang lain sehingga kita dinamakan “Tuan di muka bumi”. Firman Allah SWT:
)(' &%$# " !
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu? (Al-Hajj 22: 65)
Tarbiyah Made Easy!!
96
•
Dilihat dari sudut lain, Allah SWT tidak menjadikan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi atau melemahkan manusia.
•
Maka, kedudukan manusia di atas muka bumi ini adalah seperti kedudukan seorang pemilik.
•
Namun, manusia bukanlah pemilik mutlak alam ini. Kedudukan yang dikecapi oleh kita tidak akan dapat dicapai tanpa kekuatan dan kemampuan yang diberikan oleh Allah SWT.
•
Oleh demikian, kedudukan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah (pengganti) yang dipertanggungjawabkan oleh Pemerintah dan Pemilik sebenar dirinya dan seluruh alam ini. Firman Allah SWT:
ÄÃ Â ÁÀ¿ Å
Dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu. (Al-A’raaf 7: 129)
º ¹ ¸¶ µ ´ ³² ± ° ¼» Tarbiyah Made Easy!!
97
Serta menjadikan kamu pengganti (umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Al-Naml 27: 62) Firman Allah SWT:
áàßÞÝ ÜÛÚ ë ê é èç æ å ä ã â ðï îíì
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An’am 6: 165)
•
Manusia dilantik sebagai khalifah oleh Pemerintah sebenar dengan kehendak-Nya. Manusia tidak dapat memilih masa dan tempat kelahirannya, siapa ibubapa dan kaumnya, rupa paras atau jantinanya. Semua itu telah ditentukan oleh Allah SWT; Pemilik manusia.
Tarbiyah Made Easy!!
98
•
Pemerintah berhak memecat jawatan khalifah daripada seseorang pada bila-bila masa mengikut kehendak-Nya dengan menariknya keluar dari dunia ini sepertimana sebelumnya Dia menghantarnya ke dunia. Firman Allah SWT:
ËÊÉÈÇ Æ ÅÄÃ ÏÎ Í Ì
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari Kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu. (Al-An’am 6: 94)
Tarbiyah Made Easy!!
99
Soalan: Apakah maksud; dunia adalah tempat manusia menjalani ujian dan percubaan?
•
Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi bagi tempoh tertentu yang telah ditetapkan.
•
Tujuannya ialah untuk mengetahui tahap ketaatan dan keingkaran hamba-hambaNya. Juga untuk membezakan antara orang beriman dengan orang kafir; hamba yang taat dengan pelaku maksiat.
•
Dengan itu, pembalasan pada Hari Akhirat akan dibuat mengikut amalan yang telah dilakukan oleh manusia semasa di dunia. Semua manusia diuji oleh Allah SWT melalui perlantikannya sebagai khalifah.
•
Ini kerana, Allah SWT menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepada-Nya. Ibadah bermaksud taat, tunduk dan patuh.
Tarbiyah Made Easy!!
100
Firman Allah SWT:
I HGFED C
Dengan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.
SRQPO NMLKJ
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan Aku tidak kehendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku.
[ ZYXWVUT
Sesungguhnya Allah; Dia-lah sahaja Yang Memberi Rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia-lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kekuasaan-Nya. (Adz-Dzariyat 51: 56-58) •
Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi ini, kemudian Dia mengutuskan para Rasul dari kalangan mereka dengan Risalah-Nya.
•
Dia menyuruh mereka tunduk dan taat kepada suruhanNya, serta mentaati dan beribadah kepada-Nya. Tetapi, mereka tidak dipaksa, malah diberi kebebasan memilih dalam masa yang ditetapkan di dunia ini.
Tarbiyah Made Easy!!
101
•
•
Sesiapa yang memilih untuk mengikuti petunjuk dan mentaati Tuhannya, mereka akan berjaya dalam menghadapi ujian Allah.
•
Sesiapa yang memilih untuk ingkar, dia akan sesat dan dihumbankan ke dalam api neraka. Ini kerana, orang yang berjaya ialah orang-orang yang beriman dan mengenali Tuhan dan Penciptanya: Mereka mengetahui kewajipan mentaati dan tunduk kepada-Nya. Mereka mengetahui petunjuk tersebut, lalu mengikutinya walaupun mampu bermaksiat. Mereka ini berhak menerima balasan syurga.
•
Orang yang rugi ialah orang yang kafir dan ingkar kepada ayat-ayat Tuhannya. Mereka lupa tentang petunjuk Tuhan dan Penciptanya. Lalu bermaksiat serta mengingkari Tuhan walaupun mampu melakukan ketaatan. Mereka berhak menerima azab seksa Allah SWT di neraka kelak. Tarbiyah Made Easy!!
102
Soalan: Bagaimana ujian ke atas manusia dilakukan?
•
Allah SWT telah menerangkan kepada kita bahawa: Semua yang ada di dunia akan binasa. Tidak ada sesuatu pun yang kekal abadi. Dunia ini langsung tidak bernilai di sisi-Nya.
•
Namun, terdapat manusia yang telah tertipu, lalu berlumba-lumba merebutnya. Akhirnya, mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan terhina. Firman Allah SWT:
+ * ) (' & % $ # " ! 2 1 0 / .- ,
Dengan (ingatlah) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri Akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat). (Al-Ankabut 29: 64) Tarbiyah Made Easy!!
103
+ * )( ' & % $ # " ! 2 1 0 /. - ,
Dan apa juga (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, ia hanyalah kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang yang beriman dan taat), ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahami? (Al-Qasas 28: 60)
Banyak sungguh tinggalkan.
SRQPO N
kebun
dan
mata
air,
mereka
W VUT
Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat kediaman yang indah – mulia.
\[ZY X
Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
b a ` _ ^]
Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orangnya; milik kaum yang lain (Bani Israel). Tarbiyah Made Easy!!
104
kj ihgfedc
Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi. (Ad-Dukhaan 44: 25-29) Soalan: Kehidupan dunia ini akan binasa dan tidak kekal, tapi mengapa pandangan dan hati manusia merasakan seolah-olah ia akan kekal abadi? •
Bagi orang yang mendapat petunjuk daripada Pencipta kehidupan ini, jawapannya adalah mudah dan senang. Allah SWT telah menghiasi Akhirat, dan menjadikan manusia tertarik kepada keimanan dan petunjuk ke arah kebenaran. Pada masa yang sama, Dia juga telah menghiasi dunia dan menjadikan manusia tertarik kepadanya. Allah SWT juga telah menunjukkan jalan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang benar iman kepada-Nya, mereka akan mengikuti jalan Tuhan dan mengikut petunjuk-Nya dalam mencari kurniaan di dunia. Tarbiyah Made Easy!!
105
Mereka akan dapat mengatasi hawa nafsu dan bisikan syaitan, serta tidak terpedaya dengan perhiasan dunia. Itulah ujian dan itulah kejayaan! Manakala, orang yang lemah imannya tidak takut kepada Tuhan, dan akan terpedaya dengan perhiasan dunia. Mereka sentiasa berusaha menggunakan pelbagai jalan bagi mencapai habuan dan kesenangan dunia, sehinggalah dengan cara membunuh, memusnah, merompak, menggunakan helah atau penipuan. Semua ini, menonjolkan ciri-ciri kekufuran atau kefasikannya. Itulah ujian dan itulah kegagalan!
Tarbiyah Made Easy!!
106
Firman Allah SWT:
H GFEDCBA @ K JI
Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antara mereka yang lebih baik amalnya.
RQPONML
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi 18: 7-8)
v utsrqp | {zy xw ¤ £ ¢ ¡} ~ ﮯ « ª © ¨ § ¦¥
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini oleh nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternakTarbiyah Made Easy!!
107
…serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Ali Imran 3: 14)
)('&%$#"! 0/.-,+*
Sesungguhnya mereka yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada Hari Akhirat untuk menerima balasan), dan yang redha (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan mereka yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) Kami,
76543 21
Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan. (Yunus 10: 7-8)
Tarbiyah Made Easy!!
108
•
Berdasarkan perbincangan disimpulkan bahawa:
sebelum
ini,
dapatlah
Hikmah penciptaan manusia ialah menjadi khalifah di dunia ini. Di dunia, manusia akan diuji oleh Allah; adakah mereka akan taat dan beribadah kepada-Nya atau sebaliknya bermaksiat dan kufur. Sebagai khalifah juga, manusia akan ditanya atas segala yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Sabda Rasulullah SAW:
ٌ ُُﻛﻠﱡ ُﻜ ْﻢ َر ٍاع َوُﻛﻠﱡ ُﻜ ْﻢ َﻣ ْﺴﺌ ﻮل َﻋ ْﻦ َر ِﻋﻴﱠﺘِ ِﻪ
“Kamu semua adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin.” (HR Muslim) Selepas itu, mereka akan berpindah daripada Darul Amal (dunia) ke Darul Jaza’ (akhirat) melalui pintu kematian.
Darul ‘Amal
Kematian
Tarbiyah Made Easy!!
Darul Jaza’
109
4. KEHIDUPAN ORANG KAFIR DI DUNIA Soalan: Apakah pula tujuan hidup orang-orang kafir? •
Orang kafir hidup untuk mencari habuan dunia sematamata. Pada waktu yang sama, mereka tertanya-tanya; Adakah mereka makan untuk hidup atau mereka hidup untuk makan? Apakah hikmah di sebalik penciptaan dan kewujudan manusia di dunia ini? Mengapa manusia perlu mati?
•
Akhirnya, mereka dan binatang berada pada kedudukan yang sama; iaitu menjalani kehidupan tanpa mengetahui hakikat kehidupan itu sendiri. Benarlah firman Allah SWT:
5 43 210 / . 876
Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia, serta mereka makan minum sebagaimana binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad 47: 12) Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
110
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Berdasarkan perbincangan tajuk ini, apakah konsep kejayaan sebenar bagi seorang muslim? (Kejayaan manusia di dunia tidak diukur dengan simbol kejayaan dunia semata-mata, sebaliknya berorientasikan kejayaan di akhirat; iaitu setakat mana kita mencapai matlamat hidup yang digariskan oleh Allah SWT. Pencapaian atau kejayaan kita di dunia sepatutnya menjadi ‘alat’ bagi mencapai matlamat sebenar di akhirat. Dunia adalah ladang bagi kita menyemai amal, agar dapat dituai di akhirat.)
ii.
Baca dan tadabbur ayat Al-Quran di bawah. Bincangkan dari aspek keseimbangan pencapaian matlamat hidup manusia.
 Á À¿ ¾ ½ ¼ » º ÆÅ Ä Ã
Dan tuntutlah (carilah) ganjaran pahala daripada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu untuk kebahagiaan hidup di akhirat, di samping itu janganlah kamu lupakan nasib (habuan) kamu untuk hidup di dunia. (al-Qasas : 77)
Tarbiyah Made Easy!!
111
KUFUR TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
BAHAYA KEKUFURAN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menerangkan maksud kufur dari aspek bahasa dan syarak. ii. Menyatakan kesan kekufuran terhadap kehidupan manusia di dunia. iii. Menjelaskan beberapa sifat yang wujud pada semua orang kafir. iv. Menjelaskan hukum mengkafirkan seorang atau sekumpulan muslim, dan beberapa perkara yang boleh membatalkan iman. 2.
TUNTUTAN DAN SYARAT Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan sebab orang kafir enggan menerima kebenaran. ii. Memberikan contoh tuntutan dan syarat orang kafir dalam al-Quran. iii. Menjelaskan bahawa Allah Taala tidak perlu melayan segala tuntutan orang kafir. iv. Membezakan di antara tuntutan orang kafir dan doa orang beriman. Tarbiyah Made Easy!!
112
3.
KERAGUAN YANG BATIL Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. ii.
Menyatakan beberapa isu yang boleh menimbulkan keraguan terhadap keimanan seorang muslim. Memberikan jawapan secara logik akal dan dalil naqli terhadap keraguan yang batil tersebut.
Tarbiyah Made Easy!!
113
“BAHAYA KEKUFURAN”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. TAKRIF KEKUFURAN
4. HUKUM MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM
2. KESAN KEKUFURAN PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA
3. BEBERAPA SIFAT ORANG KAFIR
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Satu (1) Tarbiyah Made Easy!!
114
1. TAKRIF KEKUFURAN Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan kekufuran? •
Kekufuran dari segi bahasanya ialah menutup atau mengingkari.
•
Menurut syarak pula, kekufuran ialah tidak beriman (iaitu tidak yakin dan percaya) kepada:
•
Allah SWT Para malaikat-Nya Kitab-kitab yang diturunkan-Nya Para Rasul utusan-Nya Hari Akhirat Hukum-hukum Allah atau Sebarang ketetapan agama yang secara dharuri diketahui oleh orang Islam.
Oleh yang demikian, seorang kafir itu menutupi dirinya daripada ayat-ayat (bukti dan keterangan) Allah SWT yang jelas dan terang.
Tarbiyah Made Easy!!
115
2. KESAN KEKUFURAN PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA Soalan: Apakah kesan kekufuran pada kehidupan manusia di dunia ini? •
Di antara ancaman kekufuran seseorang di dunia ialah: i.
kepada
kehidupan
Merasakan hidupnya kosong dan tidak bermakna. Perasaan ini akan sentiasa mengesani kehidupannya.
Allah Yang Maha Bijaksana telah mencipta semua benda dengan mempunyai hikmah tertentu, namun kekufuran menjadikan seseorang merasa hidupnya sia-sia dan tidak bertujuan. Mereka beranggapan bahawa kehidupan yang dilalui adalah tidak bermakna dan kewujudannya di muka bumi tidak memberi apa-apa kesan.
Tarbiyah Made Easy!!
116
Mereka hilang arah tujuan dan tidak mengetahui kenapa diciptakan. Begitu juga dengan kematian yang pada mereka tidak bererti apa-apa. Kesan kekosongan ini membuatkannya hidup dalam keresahan. Mereka sentiasa tidak senang dengan kehidupannya dan melihat alam ini dengan pandangan yang gelap gelita.
Kecelaruan psikologi ini telah menimbulkan masalah besar yang terpaksa dihadapi oleh pakarpakar hari ini. Ia berlanjutan dengan penyalahgunaan dadah, penagihan dadah, tekanan perasaan, bunuh diri dan seumpamanya. Para ulama hanya mengemukan satu sahaja penyelesaian bagi permasalahan ini, iaitu keimanan. Ia adalah lawan kepada kekufuran yang merupakan penyakit dan wabak.
Tarbiyah Made Easy!!
117
Ini kerana, kehidupan orang yang beriman ialah kehidupan yang sentiasa meredhai setiap perkara dan tenang jiwanya.
Redha tidak bermaksud malas berusaha, kerana orang beriman dituntut bekerja, membangun dan membina. Sebenarnya rasa tenang dan redha ini dicapai bila mana manusia mengenali Pencipta dan beriman dengan-Nya. Juga kerana dia meyakini hikmah penciptaan dan tujuan kehidupannya di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala:
4321
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Tarbiyah Made Easy!!
118
:987 6 5
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!”
> = <;
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hambahambaKu yang berbahagia.”
A@ ?
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”
(Al-Fajr 89: 27-30)
Tarbiyah Made Easy!!
119
ii. Orang kafir hidup demi kepentingan dirinya sendiri. Demi mencapai kepentingan sendiri, mereka akan berbuat apa saja termasuk melakukan kerosakan di muka bumi atau menghancurkan kehidupan manusia lain. Tiada lagi halal atau haram, mahupun dosa pahala dalam kamus hidupnya. Tidak ada apa yang ditakuti, kerana mereka langsung tidak percaya kepada balasan azab. Maka, hubungan mereka dengan orang lain adalah berdasarkan kesempurnaan kepentingan dirinya sahaja.
Jika berjanji, tapi kemudiannya dilihat bertentangan dengan kepentingan diri sendiri, mereka akan memungkiri perjanjian tersebut. Oleh itu, kita dapati orang kafir sentiasa mengubah pendiriannya dengan orang lain demi memenuhi kepentingan peribadinya. Itulah punca tingkahlaku buruk dan jahat mereka. Tarbiyah Made Easy!!
120
Sebaliknya, orang yang beriman pula percaya kepada pembalasan pada hari Akhirat. Mereka mengetahui dengan yakin bahawa akan diadili di akhirat kelak. Oleh demikian, mereka hanya melalui jalan kebaikan dan tidak mendahulukan kepentingan peribadi. Bahkan orang beriman rela mengenepikan kepentingan dirinya demi mengharapkan balasan yang sempurna dalam kehidupan akhirat.
Tarbiyah Made Easy!!
121
•
Di antara ancaman kekufuran kepada masyarakat di dunia pula ialah: i. Perbalahan di kalangan individu dan masyarakat. Dalam masyarakat kafir, anggotanya berlumbalumba untuk mencapai kemahuan dan keinginan syahwat masing-masing. Dhomir (hati) mereka tidak dapat menghalang dan tiada apa-apa yang mampu menghalang mereka. Maka, lahirlah perbalahan sengit dalam masyarakat; perbalahan antara individu, kumpulan dan kastanya. Sehingga perbalahan ini menjadi satu falsafah yang mempunyai pengikut dan penyokongnya sendiri. Hasil dari perbalahan ini ialah kerosakan dan kereputan struktur masyarakat yang segera runtuh apabila menghadapi sebarang gegaran.
Tarbiyah Made Easy!!
122
ii. Kerosakan dan perpecahan masyarakat. Akal manusia berbeza dalam mengemukan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Ini kerana, setiap individu mempunyai ilmu dan pengalaman yang berbagai. Kita akan dapati setiap individu, kumpulan dan masyarakat mempunyai manhaj kehidupan tersendiri dan berbeza dengan yang lain. Mereka sentiasa berpendapat bahawa manhaj mereka adalah benar dan yang lain adalah salah. Kesan perselisihan tersebut dapat kita rasai dalam masyarakat. Kita juga dapati kehidupan yang rosak menguasai masyarakat tersebut. Sekiranya kita berpeluang mengkaji keadaan mana-mana masyarakat secara mendalam, terdapat perbezaan yang wujud dalam diri masyarakat itu sendiri. Firman Allah SWT:
³² ±°¯ ®
Tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. (Al-Mukminun 23: 53)
Tarbiyah Made Easy!!
123
Mari kita lihat pula bagaimana masyarakat yang beriman menyelesaikan masalah ini. Dalam sebuah masyarakat yang beriman, mereka berpendapat bahawa Pencipta manusia lebih memahami apa yang baik dan buruk kepada manusia. Ini kerana, pengalaman mengajar bahawa tiada sesiapa yang mengetahui cari terbaik memperbaiki sebuah peralatan kecuali orang yang mencipta atau mereka peralatan tersebut. Oleh sebab itulah, orang yang beriman menjalani kehidupan berdasarkan manhaj Penciptanya iaitu manhaj Ilahi. Dengan itu, kita mendapati masyarakat yang beriman adalah masyarakat yang bahagia dan teguh kerana semua ahlinya patuh kepada manhaj Allah Yang Maha Esa, bukannya manhaj manusia yang berbeza-beza dan tidak mampu membahagiakan manusia. Firman Allah SWT:
»º ¹ ¸ ¶ µ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah?” (Al-Baqarah 2: 140) Tarbiyah Made Easy!!
124
Ù Ø×ÖÕÔÓÒ á à ß Þ Ý ÜÛ Ú
Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman. (An-Nahl 16: 64)
Tarbiyah Made Easy!!
125
Soalan: Tetapi, kenapa masyarakat kafir dilihat lebih maju, manakala masyarakat yang beriman lebih mundur? •
Kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat kafir berpunca daripada: ilmu pengetahuan dan kemajuan industri, serta penggunaan bahan kurniaan Allah SWT di muka bumi dengan baik.
•
Namun begitu, di sebalik kemajuan yang mereka kecapi ini, kita dapati timbul berbagai penyakit sosial yang berleluasa di kalangan mereka, dan berada pada tahap yang membimbangkan seperti: Membunuh diri sebab berputus asa untuk hidup Ketagihan arak dan dadah Penzinaan berleluasa hingga merosakkan institusi kekeluargaan dan bercelarunya nasab keturunan.
Tarbiyah Made Easy!!
126
3. BEBERAPA SIFAT ORANG KAFIR Soalan: Apakah sifat yang dimiliki oleh semua orang kafir? •
Walaupun faktor penyebab kekufuran adalah pelbagai, namun terdapat sifat yang dimiliki oleh hampir semua orang kafir. Antara yang terpenting ialah: i.
Pendengaran, penglihatan dan akal mereka sudah tidak berfungsi untuk mengenali Allah SWT, keterangan Risalah yang dibawa para Rasul dan hukum-hakam-Nya. Firman Allah SWT:
) (' & % $ # " ! 3210/.-,+ * ? >= < ; : 9 87 6 5 4 BA@
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai. (Al-A’raaf 7: 179) Tarbiyah Made Easy!!
127
ii. Menyimpan dendam dan perasaan marah kepada para Rasul Allah dan pengikut mereka yang beriman. Firman Allah SWT:
Ä ÃÂÁÀ¿¾½ Ê É ÈÇ Æ Å Ò Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë Ý Ü ÛÚ Ù Ø × Ö ÕÔ Ó Þ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah aku khabarkan kepada kamu, yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Iaitu neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang kafir, dan itulah seburukburuk tempat kembali!” (Al-Hajj 22: 72)
Tarbiyah Made Easy!!
128
ii.
Mengelakkan diri daripada mendengar seruan yang mengajak kepada agama Allah SWT, sebagaimana perlakuan kaum Nuh AS. Firman Allah SWT:
º¹ ¸¶ µ ´³²± À ¿¾½¼»
Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. (Nuh 71: 7) iii. Mereka membantah menggunakan kebatilan dan berperang pada jalan Syaitan. Firman Allah SWT:
L KJ IHGFE DC O NM
Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan. Tarbiyah Made Easy!!
129
XW VU TSRQ P [ ZY
Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya dia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka. (Al-Hajj 22: 3-4)
I H GF E D C B A R QP O N M L K J WV UT S
Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (An-Nisa’ 4:76)
Tarbiyah Made Easy!!
130
4. HUKUM MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM Soalan: Apakah kita dibenarkan menuduh seseorang atau sekumpulan muslim itu sebagai kafir?
•
Seseorang muslim tidak dibenarkan mengkafirkan orang Islam lain yang tidak melakukan perkara yang membatalkan iman dan keislamannya. Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara daripada daripadanya ialah):
asas
iman
(salah
satu
Tidak mengkafirkan orang yang mengucap “Tiada Tuhan selain Allah” dengan sebab dosanya, tidak mengeluarkannya daripada Islam dengan sebab sesuatu perbuatan… (Riwayat Abu Daud)
Tarbiyah Made Easy!!
131
•
Oleh sebab itu, sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadah, dia adalah seorang muslim.
•
Jika dia melakukan perkara kufur atau syirik disebabkan jahil (mungkin baru peluk Islam atau tidak mendapat pendidikan Islam), umat Islam yang mengetahui wajib menerangkan perkara tersebut kepadanya. Firman Allah SWT:
hgfed cba` s r q p o n ml k j i
Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Dia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah 9: 115)
Tarbiyah Made Easy!!
132
•
Sesungguhnya Allah SWT mengampuni kesilapan yang tidak sengaja dilakukan oleh seseorang. Firman Allah SWT:
~} | {zyxw § ¦ ¥ ¤ £ ¢¡ ﮯ
…Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab 33: 5)
Tarbiyah Made Easy!!
133
Soalan: Apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang? •
Semua perkara yang membawa kepada pembatalan tuntutan Syahadah secara qat’ie (putus) dikira membatalkan Iman dan Islam. Di antara perkara-perkara tersebut termasuklah: Berpegang dengan prinsip ateisme yang mengingkari kewujudan Allah, dan mendustakan Rasulullah SAW. Menyekutukan Allah SWT dengan memuliakan sekutuNya seperti memuliakan Allah, atau melakukan ibadah kepada sekutu-Nya yang hanya layak dilakukan kepada Allah.
Mendustai Al-Quran atau ayatnya. Beriman dengan sebahagian Al-Quran dan kufur dengan sebahagian yang lain. Tarbiyah Made Easy!!
134
Firman Allah SWT:
ML K J I H V U TSRQPON `_ ^ ] \ [ Z YX W
…Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat… (Al-Baqarah 2: 85)
Melaksanakan hukum-hukam yang tidak diturunkan oleh Allah SWT dengan beriktikad bahawa hukumhakam tersebut lebih baik daripada hukum Allah atau setaraf dengannya. Firman Allah SWT:
NMLKJ IHGFE
…Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka itulah orang yang fasik. (Al-Maidah 5: 47)
Tarbiyah Made Easy!!
135
Menghina dan mentertawakan Rasulullah SAW atau orang-orang beriman kerana keimanan mereka. Firman Allah SWT:
ÊÉÈÇÆÅÄ ÃÂ
Sesungguhnya orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang yang beriman.
ÏÎ ÍÌË
Dan apabila orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). (Al-Muthoffifin 83: 29-30)
ZY X W V U T S a` _^ ]\[
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermainmain.” Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayatayatNya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”
l k j i hg f e d c b srqp onm Tarbiyah Made Easy!!
136
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang yang terus bersalah. (At-Taubah 9: 65-66) Membantu atau menyokong (memberi wala’) kepada orang kafir dalam urusan yang menjejaskan agama Islam dan kaum muslimin. Firman Allah SWT:
+ *) ( ' & % $ # " 8 7 6 5 43 2 1 0 / .- , ;: 9
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (memberikan wala’ kepada mereka), kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengah yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (Al-Maidah 5: 51)
Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
137
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Sikap mudah mengkafirkan muslim lain amat dilarang di dalam Islam. Lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Cuba hayati dalil-dalil di bawah, dan bincangkan aplikasinya dalam kehidupan dan dakwah. Firman Allah SWT:
² ± ° ¯ ® ¬« ª © …Janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia-lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. (An-Najm 53: 32) Rasulullah SAW bersabda:
ِا ِ ﻳﺎ َﻛﺎﻓ:ﺎل اﻟ ﱠﺮﺟﻞ ِﻷ ِﺧ ِﻪ ِ .أﺣ ُﺪ ُﻫ َﻤﺎ ﺎ ﻬ ﺑ ﺎء ﺑ ﺪ ﻘ ـ ﻓ ! ﺮ ﻗ ا ذ َ َ َ َ َ ْ َ َ ََ ُ ُ َ ُ .ﺖ َﻋﻠَْﻴ ِـﻪ َ َ ﻗ.ﻓَِﺎ ْن َﻛﺎ َن َﻛ َﻤﺎ ْ ﺎل َواِﻟَﻰ َر َﺟ َﻌ
Barangsiapa yang berkata pada saudaranya “Wahai kafir!” kata-kata itu akan kembali pada salah satu di antara keduanya. Jika tidak (ertinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh). (HR Bukhari & Muslim)
Tarbiyah Made Easy!!
138
“TUNTUTAN & SYARAT”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. SOMBONG & TERTIPU
4. DOA ORANGORANG YANG TERDESAK
2. ANTARA TUNTUTAN ORANG KAFIR
3. LAYAKKAH MANUSIA MENGAJUKAN SYARAT & TUNTUTAN?
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Empat (4) Tarbiyah Made Easy!!
139
1. SOMBONG & TERTIPU Soalan: Walaupun dengan pelbagai bukti, mengapa orang kafir masih enggan menerima kebenaran? •
Puncanya ialah sombong dan tertipu. Mereka enggan meneliti: keterangan yang terdapat pada penciptaan makhluk penjelasan oleh Allah Taala untuk hamba-hamba-Nya
•
Penjelasan tersebut dibawa oleh para Rasul kepada manusia supaya mereka tetap berada di jalan yang lurus. Tetapi dengan begitu sombong, mereka menolaknya.
•
Malah, orang-orang kafir itu menuntut pelbagai perkara dan meletakkan banyak syarat-syarat sebelum mereka beriman kepada Allah Taala.
My terms & conditions is…
Tarbiyah Made Easy!!
140
Soalan: Adakah Allah SWT melayan segala tuntutan orang-orang kafir itu? •
Tidak. Kerana sekiranya Allah melayan segala tuntutan tersebut, pasti kedegilan mereka semakin bertambah.
•
Mungkin nanti ada yang sebelum beriman, akan menuntut berbagai perkara karut seperti: malam dijadikan siang, atau perempuan dijadikan lelaki, atau minta dimenangkan mereka dan dimusnahkan kaum lain dan sebagainya. Jika semua tuntutan dan syarat ini dilayan, pastilah segala peraturan langit dan bumi akan kacau bilau dan rosak binasa menurut hawa nafsu mereka.
•
Firman Allah Taala:
¼» º¹¸¶µ´ ¾½
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya… (Al-Mukminun 23: 71) •
Oleh sebab itulah Allah tidak keangkuhan orang-orang jahil itu. Tarbiyah Made Easy!!
mengendahkan
141
Bukankah telah tersedia pelbagai bukti, keterangan dan dalil di hadapan mereka?
•
•
•
Manusia malah dikurniakan pendengaran, penglihatan dan akal fikiran, mengapa orang-orang kafir tidak memanfaatkannya demi mencari kebenaran? Di akhirat kelak, apakah ada alasan yang dapat mereka kemukakan di hadapan Allah Taala atas kesombongan dan kedegilan mereka itu? Firman Allah Taala:
*)('&%$#"! 210/.-,+ 3
Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah disambut dan diterima agama-Nya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberatberatnya. (As-Syura 42: 16) Tarbiyah Made Easy!!
142
2. ANTARA TUNTUTAN ORANG KAFIR Soalan: Apakah contoh tuntutan-tuntutan orang kafir yang disebutkan dalam Al-Quran? •
Tuntutan kaum Nabi Musa AS: Firman Allah Taala:
¤£¢¡{|}~ﮯz © ¨§¦¥
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
²±°¯® ¬«ª
Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2: 55-56)
Tarbiyah Made Easy!!
143
•
Tuntutan Orang Kafir Quraisy: Firman Allah Taala:
YXW VUTSRQPO
Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi Kami.
ba `_^]\[Z edc
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohonpohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus”.
onm lkj ihgf rqp
“Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkepingkeping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya”.
~}|{zyxwvuts ª © ¨ § ¦¥ ¤ £ ¢ ¡ ﮯ °¯® ¬« Tarbiyah Made Easy!!
144
“Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kamu sebuah kitab yang dapat kami membacanya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Maha Suci Tuhanku, Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?” (Al-Isra’ 17: 90-93) •
Begitulah antara tuntutan dan syarat orang kafir. Golongan ini sebenarnya sentiasa wujud di setiap zaman dan tempat. Biasanya mereka terdiri daripada orang-orang besar lagi berpengaruh. Firman Allah Taala:
¨§¦ ¥¤ £¢ ± ° ¯ ® ¬ «ª © ³²
Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.
Tarbiyah Made Easy!!
145
¿¾½¼»º¹¸¶ µ´ É ÈÇ Æ Å Ä Ã ÂÁ À ÒÑÐÏÎÍÌ ËÊ ÔÓ
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah”. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Dia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikan-Nya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-An’am 6: 123-124)
•
Mereka cuba meragu-ragukan manusia dari petunjuk Allah, malah mengemukakan pelbagai syarat yang melambangkan kesombongan dan keangkuhan. Sehingga ada yang mahu jawatan Rasul itu diberikan kepadanya.
Tarbiyah Made Easy!!
146
3. LAYAKKAH MANUSIA MENGAJUKAN TUNTUTAN & SYARAT? Soalan: Adakah layak bagi manusia menuntut sesuatu sebelum beriman kepada Allah Taala? •
Untuk soalan di atas, mari kita lihat anologi ini: Sorang Raja baru sahaja ditabalkan di sebuah negeri. Kemudian, datang sekumpulan rakyat yang tidak setuju menuntut bukti dan syarat tertentu sebelum mereka mengiktiraf Raja tersebut: Ada yang menuntut Raja datang ke tempat mereka dan pindahkan batu besar. Ada yang menuntut Raja bersihkan sampah sarap di kampung mereka. Ada yang menuntut Raja membunuh orang-orang yang tidak disukai mereka. Ada yang menuntut Raja lantik mereka sebagai menteri, dan sebagainya. Adakah Raja tersebut akan melayan setiap tuntutan dan syarat mereka tersebut? Sudah pasti tidak! Hanya pemerintah yang bodoh sahaja akan melayan mereka satu persatu.
Tarbiyah Made Easy!!
147
Sebaliknya, seorang Raja yang bermaruah dan berkuasa akan bertitah;
“Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa beta adalah pemerintah negera yang sah, hendaklah kamu melihat kekuasaan beta untuk:
Membentuk dan membubarkan kerajaan, Melantik dan memecat jemaah menteri, Memeterai perjanjian antarabangsa, Meluluskan bajet negara, Menguatkuasakan undang-undang, Memutuskan hukuman, Membentuk ketenteraan, dan Mengisytiharkan peperangan.
Sudah pasti tidak ada orang lain yang boleh menandingi Raja dalam hal-hal tersebut. Orangorang yang waras pasti akan takluk dan taat kepadanya. Tarbiyah Made Easy!!
148
•
Bagi Allah Taala pula, lebih-lebih lagi tidak perlu melayan setiap tuntutan dan syarat orang kafir itu.
•
Cukuplah jika disampaikan kepada mereka melalui lisan para Rasul-Nya: “Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa Aku adalah Allah, lihatlah perkara yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa kecuali Tuhan seperti:”
Mencipta langit, bumi dan segala makhluk yang ada. Menghidupkan dan mematikan makhluk. Mentadbir dan mengatur perjalanan alam ini. Memberi rezeki dan sebagainya.
Tarbiyah Made Easy!!
149
4. DOA ORANG-ORANG YANG TERDESAK Soalan: Bagaimana pula dengan doa orang-orang yang terdesak? Adakah Allah wajib mengkabulkannya? •
Doa orang-orang yang terdesak tidak sama seperti tuntutan dan syarat orang-orang kafir.
•
Ini kerana doa mengandungi iman (keyakinan) dan perasaan rendah diri, sedangkan tuntutan orang kafir disertai sombong dan ingkar.
•
Contohnya ada di kalangan umat Islam yang ditimpa kemarau panjang, lalu mereka keluar beramai-ramai berdoa agar Allah turunkan hujan.
•
Lalu Allah Taala pun memakbulkannya dan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
Solat Sunat Istisqa’ (Minta hujan) Tarbiyah Made Easy!!
150
Firman Allah SWT:
°¯® ¬« ª©¨ ¼ » º ¹ ¸¶ µ ´ ³² ±
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (An-Naml 27: 62)
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
151
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Berdasarkan perbincangan tajuk ini, penghalang utama orang kafir untuk beriman?
apakah
(Penghalang mereka beriman terbahagi kepada: 1. Penyakit Syahwat – iaitu terlalu menurutkan hawa nafsu, keegoan, kesombongan dan banyak melakukan kemaksiatan sehingga fitrahnya tertutup daripada kebenaran. 2. Penyakit Syubhat – iaitu disebabkan kejahilan mereka terhadap ilmu yang benar, lalai daripada menggunakan akal fikiran dan pancaindera untuk mengenal Allah SWT, keraguan dan penyimpangan apabila bertemu kebenaran.) ii.
Bagaimana orang beriman dapat mengatasi kedua-dua penyakit ini? (Penyakit Syahwat diubati dengan mujahadah, iaitu bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu sehingga fitrahnya kembali bersih untuk menerima kebenaran. Penyakit Syubhat diubati dengan terus belajar, mengkaji dan menggunakan segala potensi yang ada untuk menemui kebenaran dari Allah SWT. Antara aspek penting dalam Tarbiyah Islamiyah ialah Tazkiyah & Taalim)
Tarbiyah Made Easy!!
152
“KERAGUAN YANG BATIL”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
5. PATUTKAH MEMINTA DISEGERAKAN AZAB ALLAH?
6. ISLAM SESUAI UNTUK SETIAP MASA & TEMPAT
1. KUDRAT ALAM, TINDAKBALAS KIMIA & KEBETULAN
4. RAMAINYA KAUM PEROSAK
TAMAT
2. SUNNAH ALLAH DALAM MEMBERI HIDAYAH & KESESATAN
3. HUKUMAN AZAB BERDASARKAN APA YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Tiga Belas (13) Tarbiyah Made Easy!!
153
1. KUDRAT ALAM, TINDAKBALAS KIMIA DAN KEBETULAN Soalan: Apakah yang dipercayai oleh sebahagian orangorang kafir hari ini tentang pencipta mereka? •
Orang kafir pada hari ini (terutamanya yang berfahaman ateis) meyakini bahawa pencipta mereka ‘berhala baru’ yang dipanggil kudrat alam (nature). Soalan: Apakah itu kudrat alam?
•
Kudrat alam (nature) ialah makhluk yang dijadikan oleh Allah. Ia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu.
•
Contohnya; matahari, bulan, bintang, pokok, batu, laut, manusia, haiwan dan sebagainya.
•
Jika kita amati, jelas kepada kita bahawa kudrat alam (nature) merupakan himpunan sebilangan berhala yang pernah disembah oleh para penyambah berhala pada zaman dahulu, dan ditambah dengan makhluk lain.
•
Oleh demikian, kudrat alam (nature) adalah berhala baru ditambah berhala terdahulu.
Tarbiyah Made Easy!!
154
Soalan: Bagaimanakah orang kafir yakin bahawa kudrat alam (nature) yang telah menciptakan mereka? •
Menurut mereka, kejadian manusia terbentuk hasil daripada proses kimia pelbagai jenis unsur yang berlaku secara kebetulan (coincidence).
•
Begitu juga semua makhluk lain, ia terbentuk daripada kudrat alam (nature) dan tindakbalas kimia serta terbentuk secara kebetulan.
Soalan: Bagaimanakah caranya untuk kita menyanggah pendapat mereka tersebut? •
Terdapat banyak hujah yang menunjukkan bahawa pendapat tersebut adalah salah, antaranya: i. Kudrat alam (nature), tindakbalas kimia serta kebetulan tidak memiliki akal, kuasa mentadbir, kemahuan, kebijaksanaan dan pengetahuan. Sedangkan kita, selaku manusia mempunyai akal, kuasa mentadbir, kehendak, kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Tarbiyah Made Easy!!
155
Jadi, bagaimanakah kudrat alam (nature), tindakbalas kimia serta kebetulan dapat memberikan manusia sesuatu yang ia tidak miliki? Kita tidak dapat menerima perkara mendapati tiada beza antara mempercayai hal ini dengan orang bahawa Hubal atau Latta (nama menjadikan manusia.
ini. Kita juga orang yang yang percaya berhala) yang
Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya:
v utsrqpo
Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?
~}|{zyxw
Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan juga tidak dapat menolong dirinya sendiri.
© ¨ § ¦¥ ¤ £ ¢ ¡ ﮯ ®¬ «ª
Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru bendabenda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, samada kamu menyerunya atau mendiamkan diri. (Al-A’raf 7: 191-193) Tarbiyah Made Easy!!
156
ii.
Sebenarnya alam ini telah dijadikan oleh Yang Maha Mencipta untuk manusia dan manusia adalah tuan atau pemilik bumi ini. Manusia dapat membina, memusnah dan mengurus bahagian-bahagian alam ini mengikut kemahuan mereka. Oleh itu, kudrat alam (nature) tidak mampu menandingi kuasa manusia dan melawan manusia. Sesungguhnya alam itu sendiri tidak memiliki manfaat dan mudarat. Firman Allah SWT:
,+*)(' &%$#"! 6 5 4 3 21 0 / . @? >=< ; : 9 87
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifatsifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (Luqman 31: 20) Tarbiyah Made Easy!!
157
iii. Tindakbalas kimia pula sangat terbatas. Ia juga berlaku dalam masa yang terhad. Sekiranya proses kimia yang telah menjadikan manusia atau merupakan asal kejadian manusia (sebagaimana yang dikatakan oleh orang kafir), ini bermakna erti kemanusiaan akan hilang. Ini kerana, jika kita melakukan amalan kebaikan atau keburukan; tidak akan diberikan balasan pahala dan azab. Sebabnya, amalan tersebut hanyalah tindakbalas proses kimia. Untuk menjelaskan lagi kebatilan pendapat ini; sekiranya asal dan kewujudan manusia adalah hasil daripada proses kimia, ini bermakna manusia hanya dapat berkata-kata apabila proses kimia berlaku. Kemudian, dia akan senyap apabila proses kimia itu berakhir. Begitu juga manusia akan berdiri dengan sebab kesan proses tindakbalas kimia untuk berdiri dan dia akan duduk dengan segera apabila proses kimia untuk berdiri berakhir. Kesimpulan: Segala aktiviti manusia akan berlaku ketika permulaan proses kimia dan berakhir dengan berakhirnya proses kimia tersebut. Ini adalah perkara batil yang amat jelas.
Tarbiyah Made Easy!!
158
iv. Jika diterima bahawa kebetulan telah mencipta sebilangan orang lelaki, amat mustahil jika ia juga telah mencipta sebilangan orang perempuan yang mencukupi bagi memenuhi kesempurnaan kewujudan lelaki dan perempuan. Begitu juga andai diterima bahawa kebetulan yang telah mencipta mata, mustahil untuk dipercaya bahawa kebetulan juga yang telah mencipta mata kedua persis seperti mata yang pertama. Firman Allah SWT:
ÔÓ Ò ÑÐÏÎÍ
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). (Adz-Dzariyat 51: 49)
Tarbiyah Made Easy!!
159
2. SUNNAH ALLAH DALAM MEMBERI HIDAYAH DAN KESESATAN Soalan: Terdapat di kalangan manusia yang beralasan dengan firman Allah SWT:
ih g f e d c b a ` _
Sesungguhnya engkau tidak mampu memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau sukai. Tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya… (Al-Qasas 28: 56) Mereka berkata: “Mengapa Allah SWT menyeksa kami, sedangkan Dia yang menyesatkan kami?” Bagaimana kita dapat menepis semua keraguan ini? Maka, saya jadi begini kerana Allah yang tidak memberi hidayah-Nya…
Tarbiyah Made Easy!!
160
•
Jika kita perhatikan ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan tentang sunnah Allah dalam memberi hidayah dan kesesatan secara menyeluruh, keraguan sebegini sebenarnya boleh ditepis. Analogi:
Sekiranya kita berkata: Kerajaan bebas menahan sesiapa yang dikehendakinya dan memberi ganjaran kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kemudian kita berkata: Kerajaan itu tidak akan menahan melainkan orang yang berhak ditahan dan tidak memberikan ganjaran kecuali kepada orang yang berhak menerima ganjaran. Adakah kedua-dua premis di atas ini bertentangan di antara satu sama lain? Tidak sama sekali! Kenyataan pertama menunjukkan bahawa kerajaan adalah bebas dan kuat. Tidak ada seorang pun yang mampu campur tangan dalam semua urusannya. Manakala kenyataan kedua menjelaskan bahawa kerajaan bebas lagi kuat ini adalah adil dan tidak zalim. Tarbiyah Made Easy!!
161
•
Baiklah, seterusnya mari perhatikan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim pula. Kita akan dapati ia terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu: i.
Ayat-ayat yang menjelaskan bahawa Allah SWT mempunyai kehendak yang mutlak dan tidak terikat dengan apa-apa ikatan. Tidak ada kekuasaan dan kemampuan yang dapat menandingi-Nya. Dia adalah Yang Maha Memiliki lagi Yang Maha Mengadakan makhluk-Nya. Dia melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya. Ini sepertimana yang dijelaskan dalam firman Allah SWT berikut:
É È Ç ÆÅ Ä Ã Â Á À ËÊ
…Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. (An-Nahl 16: 93)
h g f e dc b a ` _ ^ ] q p o n ml k j i y x w v u t sr Tarbiyah Made Easy!!
162
Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. (Fathir 35: 8) ii.
Ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa kehendak Allah SWT (yang tidak ada kekuasaan lain yang dapat mengatasi-Nya) adalah adalah kehendak yang adil dan tidak menzalimi sesiapa pun. Di antaranya adalah firman Allah SWT berikut:
O N M LK J I H G F VUT SRQP
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya dan akan memberi, daripada sisi-Nya, pahala yang amat besar. (An-Nisa’ 4: 40)
Tarbiyah Made Easy!!
163
65 43210/. 87
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. (Yunus 10: 44) Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi hidayah kecuali kepada orang yang berhak menerimanya. Iaitu orang-orang yang: berusaha memperolehinya, berusaha menjaganya, dan sentiasa membawa dirinya ke jalan hidayah.
Firman Allah SWT:
ÆÅÄ Ã
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Muhammad 47: 17) Tarbiyah Made Easy!!
164
Dia hanya menyesatkan orang yang: berhak menerima kesesatan, orang yang membawa dirinya ke kesesatan, serta suka melakukannya.
lembah
Firman Allah SWT:
À¿ ¾ ½ ¼ »
Maka ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka sendiri mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (daripada mendapat hidayah petunjuk). (As-Saff 61: 5) Allah SWT juga telah menerangkan sebahagian daripada sifat orang yang berhak mendapat kesesatan. Sebagaimana firman Allah SWT:
MLK JIHGF VU TSRQPON ^]\[ZYXW f e d cb a ` _ kjih g Tarbiyah Made Easy!!
165
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar daripada (memahami) ayatayatKu (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Al-A’raf 7: 146)
Tarbiyah Made Easy!!
166
•
Daripada keterangan yang dinyatakan sebelum ini, maka jelaslah kepada kita bahawa: Kehendak Allah SWT adalah bebas dan mutlak. Tidak terdapat kekuasaan seseorang pun yang berkuasa ke atas-Nya. Dia adalah Tuhan yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah SWT berkehendak untuk menjadikan manusia mempunyai kehendak yang bebas samada digunakan untuk jalan hidayah atau jalan kesesatan. Apabila Allah SWT melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya, kehendak itu adalah adil. Dia tidak memberi hidayah kecuali kepada orang yang layak mendapatkan hidayah. Dia juga tidak menyesatkan kecuali orang yang berhak mendapat kesesatan.
Tarbiyah Made Easy!!
167
3. HUKUMAN AZAB BERDASARKAN APA YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ Soalan: Bukankah segala yang berlaku sudah tertulis di Luh Mahfuz? Jadi, mengapakah Allah SWT menyeksa manusia disebabkan perkara yang telah ditentukan-Nya, sedangkan manusia tidak ada pilihan kecuali mengikut sahaja ketetapan itu? •
Untuk soalan di atas, mari kita lihat anologi ini: Seorang guru amat mengambil berat tentang para pelajarnya. Dia mengetahui tahap kemampuan pengetahuan mereka, serta tahu pula soalan yang bakal diajukan dalam peperiksaan. Lalu, guru tersebut menulis di dalam buku catatannya nama-nama pelajar yang menurutnya akan berjaya dan gagal dalam peperiksaan tersebut. Selepas keputusan peperikasaan diumumkan, ternyata senarai nama pelajar yang berjaya dan gagal dalam peperikasaan tersebut, sama seperti senarai yang telah ditulis oleh guru tersebut dalam buku catatannya.
Tarbiyah Made Easy!!
168
•
Bincangkan: Adakah benar jika pelajar yang gagal, menyalahkan guru mereka kerana telah ‘menentukan’ kegagalan mereka dalam peperiksaan tersebut? Sedangkan mereka sendiri memang tidak berusaha bersungguh-sungguh dan cuai ketika menjawab. Adakah salah bagi guru tersebut menggunakan pengalaman bersama pelajar dan kemahirannya untuk menjangkakan keputusan peperiksaan? Mungkin guru tersebut akan berkata: “Saya hanya menulis perkara yang akan berlaku kepada kamu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Tapi, bukan itu yang menentukan kamu akan gagal. Apa yang saya tulis tidak memaksa kamu memberikan jawapan yang menggagalkan kamu. Kamu yang menjawab berdasarkan kemampuan kamu sendiri!”
Tarbiyah Made Easy!!
169
•
Oleh yang demikian, bagi ketetapan takdir manusia yang tertulis di Luh Mahfuz: i.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya dan ilmu-Nya sangat luas serta meliputi segala sesuatu. Firman Allah SWT:
3 21 0/.- ,
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (Al-Mulk 67: 14) ii. Manusia di bumi ibarat sedang menjalani tempoh ujian. Maka dengan kesempurnaan ilmu Allah SWT, ditulis perkara yang akan berlaku ke atas mereka, termasuklah keputusan ‘ujian’ bagi setiap orang. Oleh itu, tercatatlah bahawa ada yang berjaya, dan ada yang gagal... Firman Allah SWT:
È Ç Æ ÅÄ Ã Â Á À ¿ ¾ Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É ÝÜÛÚ ÙØ×ÖÕÔ Ó ßÞ Tarbiyah Made Easy!!
170
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (Al-An’am 6: 59) iii. Oleh itu, tidak benar jika orang yang berdosa dan melakukan kerosakan menjadikan kesempurnaan Allah SWT dan ilmu-Nya yang meliputi seluruh makhluk-Nya sebagai alasan terhadap perbuatan dosa dan kerosakan yang dilakukannya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang akan berlaku, tetapi ilmu-Nya tidak memaksa seseorang mengambil pendirian dan melakukan sesuatu (kebaikan atau keburukan) ketika menempuh ujian kehidupan di dunia. Jika Allah SWT memaksa kita melakukan kejahatan atau kebaikan, sudah pastilah tujuan dunia ini dijadikan tempat ujian tidak bermakna lagi. Begitu juga dengan balasan pahala atau azab yang menyusul selepas itu.
Tarbiyah Made Easy!!
171
Firman Allah SWT:
4 32 1 0 / . - , + 76 5
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Al-Mulk 67: 2)
Tarbiyah Made Easy!!
172
4. RAMAINYA KAUM PEROSAK Soalan: Apakah jawapan kepada mereka yang berkata: “Orang yang paling ramai di atas muka bumi ini ialah orang kafir atau munafik. Oleh itu, aku bersama mereka dan aku redha apa yang menimpa kami semua. Namun, bagaimana Allah SWT redha apabila sebahagian besar manusia tidak mentaati-Nya dan hanya sebilangan kecil yang patuh dan taat kepada-Nya?” •
Pertama sekali, adalah tidak benar jika dilihat bumi sebagai pusat utama kerajaan Allah SWT yang meliputi alam nyata (boleh dilihat) dan alam ghaib (tidak boleh dilihat).
•
Para ahli astronomi telah mendedahkan betapa kecilnya bumi tempat tinggal kita ini, berbanding planet-planet dan bintang-bintang di alam semesata. Ia ibarat setitik air di lautan yang luas terbentang.
Gambaran sebahagian daripada galaksi di alam semesta ini Tarbiyah Made Easy!!
173
•
Nilai dunia ini di sisi Allah SWT adalah seperti sabda Rasulullah SAW: “Jika dunia ini menyamai nilai sayap nyamuk di sisi Allah, tiada seorang kafir pun di dunia ini yang akan diberikan air walaupun seteguk.”
•
Daripada hadis ini dapatlah difahami bahawa: Sekiranya bumi ini tidak hina dan kecil di sisi Allah SWT, Dia tidak akan mencipta seorang kafir pun di atasnya. Oleh itu, tiada sesuatu pun yang dapat mengurangi kerajaan Allah Yang Maha Mencipta, sekalipun ‘titik’ (bumi kita) yang kecil dan hina ini dipenuhi oleh orang-orang kafir. Begitu jugalah, tiada sesuatu pun yang dapat menambahkan kerajaan Allah sekiranya orang yang wujud di bumi ini semuanya adalah orang Islam.
Tarbiyah Made Easy!!
174
•
Lihatlah bagaimana generasi terdahulu yang memenuhi dunia ini sebelum kita, setelah hidup beberapa lama mereka pun keluar daripadanya melalui pintu kematian.
•
Adakah kerajaan Allah SWT kekurangan sesuatu dengan ketiadaan mereka? Tidak sama sekali! Malah, Dia menggantikan pula mereka dengan generasi yang baru menyusul. Firman Allah SWT:
kj ihgfedc
Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka tidak diberi tempoh lagi. (Ad-Dukhan 44: 29) •
Oleh demikian, ramai atau sedikit manusia di atas muka bumi ini tidak memberi apa-apa erti dalam penambahan atau pengurangan kerajaan Allah SWT.
•
Namun bagi manusia, dunia ini merupakan tempat ujian dan percubaan bagi kita. Maka, jika kita menyombongkan diri kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kita lah yang menempah kebinasaan di Akhirat kelak.
Tarbiyah Made Easy!!
175
Firman Allah SWT:
V UTSR QPON M L W
…Kalau kamu dan sesiapa jua yang seluruhnya berlaku kufur ingkar, demikian tidak merugikan sesungguhnya Allah adalah Maha Terpuji.
•
ada di muka bumi maka (hal yang Allah), kerana Kaya, lagi Maha (Ibrahim 14: 8)
Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada kita bahawa di Akhirat kelak: Dalam 1000 rombongan, 999 rombongan adalah ke neraka. Selepas penghuni neraka menerima azab pedih di atas dosa yang dilakukan, Allah SWT akan mengeluarkan mereka dari neraka untuk dimasukkan ke dalam syurga. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai iman di dalam hati walau sebesar zarah, dia tidak akan kekal di dalam neraka.
Tarbiyah Made Easy!!
176
•
Walaupun akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga, namun api neraka dan azab di dalamnya tidak terbayang kedahsyatannya.
•
Jika api di dunia ini pun tidak mampu kita menahannya walau seminit, apatah lagi api di neraka kelak? Firman Allah SWT:
× Ö Õ ÔÓ Ò Ñ
…Bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang kafir. (Al-Baqarah 2: 24)
gfedc b a ih
...Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu… (An-Nisa’ 4: 56)
Tarbiyah Made Easy!!
177
5. PATUTKAH MEREKA MEMINTA DISEGERAKAN AZAB ALLAH? Soalan: Apakah jawapan kepada orang yang mengatakan: “Kalaulah janji Allah kepada kami adalah benar, kenapa Dia tidak menurunkan azab-Nya sekarang juga? Mengapa Dia membiarkan orang kafir tanpa menerima azab? Mengapa Dia membiarkan orang mukmin tanpa diperlihatkan pahala?” •
Kekeliruan seperti ini, sebenarnya bukanlah suatu perkara baru. Al-Quran merakamkan jawapan Allah SWT terhadap permintaan orang-orang kafir agar disegera azab dari-Nya. Firman Allah SWT:
)('&%$#"! 21 0 / . - , + * ;:9 876543
Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian Tarbiyah Made Easy!!
178
…apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hambahambaNya. (Faathir 35: 45) •
Maksud “kesalahan manusia” di sini ialah kesalahan yang melayakkan mereka menerima azab yang amat pedih. Namun begitu, Allah SWT memberikan tempoh yang mencukupi untuk mereka.
•
Hari perhitungan yang dijanjikan pasti berlaku, dan pada hari tersebut mereka akan menerima azab yang ingin disegerakan itu. Firman Allah SWT:
ÑÐÏ
(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
ÖÕ Ô Ó Ò
Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad), jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun;
ÜÛ ÚÙØ×
Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka; Tarbiyah Made Easy!!
179
'& %$#"!
(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahuntahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
/.- ,+*)(
Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
43210
Memperingati mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. (As-Syu’ara’ 26: 204-209)
Firman Allah SWT lagi:
( ' & % $ #" ! .-,+*)
Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan); dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka, dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.
Tarbiyah Made Easy!!
180
54321 0/
Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya neraka Jahannam tetap akan meliputi orang yang kafir.
=<;:9 876 C B A@?>
Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka: “Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan.” (Al-Ankabut 29: 53-55) •
Hairan sungguh orang kafir, pada hari ini mereka merasakan tempoh yang diberikan kepada mereka untuk melakukan kebaikan terlalu lama, dan mereka meminta supaya Allah segerakan azab ke atas mereka.
•
Tetapi, pada hari mereka melihat azab Allah SWT yang telah dijanjikan, mereka menafikan tempoh yang telah diberikan kepada mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
181
Firman Allah SWT:
ÌËÊ É È ÇÆ ÅÄ Ã Ø × Ö Õ Ô Ó ÒÑ Ð Ï Î Í ÚÙ
Dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik – derhaka. (Al-Ahqaf 46: 35) •
Kelak, orang kafir akan ditanya tentang tempoh masa yang mereka rasakan terlalu lama itu. Firman Allah SWT:
ihgfed c b
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
rqpo nmlkj Tarbiyah Made Easy!!
182
Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung.”
} | { z y xw v u t s
Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).” (Al-Mukminun 23: 112-114) •
Sekiranya manusia memikirkan usianya yang telah berlalu, dia pasti dapat melihat kebenaran bukti kekuasaan Allah SWT di dunia ini.
•
Tetapi, orang kafir yang berada dalam kesesatan tidak akan beriman melainkan ketika keimanan tidak lagi diterima, dan peluang untuk menyelamatkan diri telah berlalu. Iaitu selepas mereka dihumbankan ke dalam api neraka.
Tarbiyah Made Easy!!
183
Firman Allah SWT:
Ê É È Ç Æ ÅÄ Ã Â Á À ¿ Ë
Patutkah (kamu mengingkari azab itu), kemudian apabila ia menimpa kamu, kamu mengakui benarnya? (Sedang pengakuan pada masa itu tidak diterima bahkan dikatakan kepada kamu): “Sekarangkah baru kamu mengakui benarnya, padahal sebelum ini kamu telah menunjukkan keingkaran dengan meminta disegerakan kedatangannya?” (Yunus 10: 51)
Tarbiyah Made Easy!!
184
6. ISLAM SESUAI UNTUK SETIAP MASA DAN TEMPAT Soalan: Apakah jawapan kepada orang yang mengatakan: “Zaman untuk mengamalkan agama Islam telah berlalu. Sekarang kita berada pada zaman kemajuan dan pembangunan iaitu zaman yang tidak sesuai dan layak lagi untuk Islam.” •
Untuk soalan di atas, mari kita lihat anologi ini: Pencipta bagi sesuatu ciptaan merupakan orang yang paling layak dan berhak untuk menjelaskan: Hikmah hasil ciptaannya. Tujuan ia diciptakan. Bagaimana ciptaannya dapat berfungsi dengan benar dan efektif. Perkara yang bakal memperelok atau boleh merosakkan ciptaannya. Semua peraturan dan panduan yang ditetapkan untuk ciptaannya, selagi mana ia tidak berubah atau bertukar bentuk kepada sesuatu yang lain.
•
Manusia umumnya amat mengiktiraf hak pencipta terhadap ciptaannya, termasuklah orang-orang kafir.
•
Tetapi, mengapa hal ini tidak berlaku kepada Tuhan Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana yang telah menciptakan alam ini seisinya dari tiada kepada ada?
Tarbiyah Made Easy!!
185
•
Inilah kekeliruan yang menyelubungi mereka, iaitu anggapan bahawa manusia telah berubah. Apa yang sesuai untuk manusia pada zaman dahulu, tidak lagi sesuai pada hari ini.
•
Apakah benar anggapan ini? Untuk menjawab soalan tersebut, mari kita fikirkan bersama: Adakah fungsi anggota tubuh manusia hari ini, berbeza kegunaannya dengan di zaman Nabi Adam AS, Firaun dan Rasulullah SAW? Adakah berlaku sebarang pertukaran terhadap susunan anggota tubuh manusia seiring peredaran zaman yang memakan masa ribuan tahun itu? Adakah fitrah dan penilaian manusia terhadap perkara-perkara mungkar (dibenci) dan ma’ruf (dikenali sebagai kebaikan) berubah?
Tarbiyah Made Easy!!
186
Contohnya adakah perbuatan berbohong, khianat, zalim, pembelot, saksi palsu, derhaka kepada orang tua, batu api, mencuri,dan perkara-perkara buruk lain berubah menjadi sesuatu yang disukai ramai? Juga, adakah bercakap benar, jujur, amanah, adil, berbuat baik kepada ibubapa, membantu orang yang memerlukan dan sebagainya berubah menjadi sesuatu yang dibenci oleh manusia? Soalan ini dapat dijawab dengan mudah; iaitu tidak berubah sama sekali! Kalaupun berlaku perubahan terhadap penilaian manusia, ini kerana fitrahnya telah tercemar dan ditutupi oleh hawa nafsu. •
Hakikat sesuatu perkara tidak berubah walaupun bentuknya mungkin berlainan. Namun, perubahan bentuk tidak mampu mengubah hukum asal hakikat sesuatu perkara.
•
Fitrah manusia tidak berubah. Apa yang sesuai untuk fitrah manusia pada masa dahulu, tetap sesuai pada hari ini. Sekalipun bentuk dan keadaannya telah berubah, tetapi asasnya tetap kekal.
Tarbiyah Made Easy!!
187
•
Sesungguhnya Pencipta yang mencipta manusia (yang kejadiannya tidak berubah) telah menentukan manhaj (sistem) untuk manusia. Dia juga telah menurunkan petunjuk yang memandu dan membina kehidupan terbaik untuk kita. Firman Allah SWT:
® ¬ « ª © ¨§ ¦ ¥ ¤ º ¹ ¸ ¶ µ´ ³ ² ± °¯ ¿¾½ ¼»
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia secara fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum 30: 30)
Tarbiyah Made Easy!!
188
•
Realiti yang tidak dapat disangkal lagi bahawa terbukti negara Islam di masa keemasannya telah melebarkan kekuasaan dari timur hingga ke barat: Dari negeri China hingga pergunungan Sepanyol Laut Mediterranean menjadi wilayah Islam yang diperintah oleh raja-raja yang tunduk kepada Pemerintah Islam. Agama Islam tersebar ke dua pertiga dunia; dan menghimpunkan manusia pelbagai bangsa, adat, agama dan kepentingan.
Peta penyebaran Islam dari zaman Rasulullah SAW hingga zaman Khalifah Ummayah
Tarbiyah Made Easy!!
189
•
Di zaman kegemilangannya, Negara Islam telah mengatur sistem kehidupan semua bangsa-bangsa yang berada di bawah penguasaannya berdasarkan syariat Islam.
•
Bahkan apabila Allah SWT memberikan kemenangan kepada panglima-panglima tentera Islam ketika membuka wilayah baru, Dia membuka pintu ijtihad dan istinbath (mengeluarkan hukum) kepada para Ulama dalam merangka undang-undang.
•
Syariat Islam tidak pernah kekurangan dalam menampung keperluan dan kepentingan umat manusia.
•
Pertembungan antara syariat Islam dan kepentingan orang Islam, Yahudi dan Kristian tidak berlaku. Malah, mereka semua hidup dengan rukun, aman dan damai di bawah naungan keadilan dan toleransi syariat Islam.
•
Inilah realiti yang berlaku. Awalnya, Syariat Islam berkembang di kawasan padang pasir. Namun, Pemiliknya adalah Tuhan sekalian manusia; Yang Maha Mengetahui perkara terbaik bagi setiap hamba-Nya pada setiap masa dan tempat. Tarbiyah Made Easy!!
190
•
Semua ini telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh para ilmuan dan pakar bukan Islam. Di antaranya ialah: Santillana, seorang orientalis Itali kelahiran Tunisia (1848-1931), dalam bukunya Avaut – Pyoget Ducodecivile Commer Cioltunieien mengatakan: “Kandungan fiqh Islam sudah memadai bagi orang Islam untuk merangka dan menetapkan undangundang negara. Ini jika kita tidak mahu memperakui bahawa ia cukup untuk mengatur perjalanan kehidupan semua manusia…” Hocking, seorang ilmuan berbangsa Amerika dan profesor dalam bidang Falsafah di Universiti Harvard menyatakan dalam bukunya Asas Politik Dunia: “Kemajuan kerajaan Islam bukan kerana mereka telah mengambil jalan yang dilalui oleh Barat yang mendakwa agama tidak mempunyai hak untuk mengatakan sesuatu mengenai kehidupan manusia seharian, undang-undang dan peraturan langit. Tetapi kerana pegangan mereka bahawa seseorang wajib mengambil sebagai sumber untuk menuju ke arah kemajuan dan pembangunan.” “Sekali-sekala terdapat sebahagian manusia bertanya adakah undang-undang Islam dapat melahirkan pemikiran baru dan mengeluarkan hukum tersendiri dan sesuai dengan tuntutan kehidupan moden hari ini? Tarbiyah Made Easy!!
191
Jawapannya ialah sistem Islam mengandungi segala persediaan dalaman untuk mengharungi kemajuan. Bahkan kemampuannya untuk berkembang jauh mengatasi sistem-sistem lain. Masalah yang timbul bukanlah kerana ketiadaan wasilah dalam syariat Islam untuk berkembang, tetapi kerana tiada kecenderungan daripada pihak tertentu untuk melaksanakan syariat tersebut. Aku berpendapat bahawa adalah benar untuk aku katakan bahawa syariat Islam mengandungi semua asas-asas penting untuk mencapai kebangkitan dan kemajuan.” Dr. Iziko Ansaba Tohin berkata: “Islam berjalan seiring dengan keperluan semasa. Ia mampu berkembang tanpa sebarang kelemahan sejak berkurun lamanya. Dan ia kekal terpelihara dengan sempurna kerana ia mempunyai kekuatan untuk hidup dan bersifat fleksibel. Oleh itu, Islam telah mengemukakan undang-undang terbaik kepada penghuni dunia ini. Syariatnya pula tidak mampu ditandingi oleh undang-undang Eropah dalam banyak aspek.”
Tarbiyah Made Easy!!
192
•
Ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana Islam merupakan syariat Allah SWT Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana lagi Amat Mendalam Ilmu-Nya.
•
Melihatkan keistimewaan dan kelebihan syariat Islam, Konvensyen Antarabangsa yang diadakan pada tahun 1932 di La Haye telah menetapkan bahawa “syariat Islam hendaklah dijadikan salah satu sumber dalam undang-undang perbandingan.” Dengan itu, sumber bagi undang-undang perbadingan di peringkat antarabangsa ada empat iaitu:
•
Undang-undang Perancis Undang-undang Jerman Undang-undang Inggeris Undang-undang Islam
Daripada penjelasan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tiada sesiapa pun yang lebih mengetahui sistem yang paling sesuai bagi makhluk, selain Allah SWT sendiri. Firman Allah SWT:
»º ¹ ¸ ¶ µ
…Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah?” (Al-Baqarah 2: 140) Tarbiyah Made Easy!!
193
µ´³²
Katakanlah (kepada orang Arab Badawi itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman?).” (Al-Hujurat 49: 16)
¥¤£¢ ¡{|}~ﮯz ¦
Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu. (An-Najm 53: 32)
EDCBA
(Jika demikian kekuasaan-Ku), maka apa pula yang menjadikan engkau pendusta, (berkata tidak benar) mengenai Hari Pembalasan, sesudah (ternyata dalildalil yang membuktikan kekuasaan-Ku mengadakan Hari Pembalasan) itu?
JI HGF
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) seadiladil Hakim? (At-Tin 95: 7-8) Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
194
SEKIAN Alhamdulillah, dengan ebook keenam ini, tamatlah siri ringkasan Kitab Tauhid Az-Zindani. In Shaa Allah, nantikan siri ebook tarbiyah kami seterusnya. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
195
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
196