0
Memegang falsafah Peserta bersyukur dan terus berkembang bersama mereka dengan ‘growth with equity’ ; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta. Melaksanakan program obligasi sosial; dan membangun semula ladang-ladang yang sedia ada kepada sektor yang lebih menguntungkan. Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan ; di dalam masa yang sama merancang dan melaksana program berorientasikan eksport serta berazam untuk mencapai identiti konglomerat yang berjaya. 1
Kekal sebagai Plantation House No. 1 dan berkembang bersama aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
2
Memberi nilai pulangan yang tinggi di atas ladang-ladang yang dibangunkan. Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat luar bandar dan juga staf. Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini. Memperluaskan teknologi penyatuan dan pengurusan tanah ke luar negara. Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat.
3
FELCRA Berhad beroperasi berasaskan pendekatan berimbang diantara program obligasi sosial dengan program keuntungan secara sinergi diantara aktiviti sosio-ekonomi dan aktiviti perniagaan dengan pendekatan berimbang.
PROGRAM KEUNTUNGAN
OBLIGASI SOSIAL
4
Federal Land Consolidation And Rehabilitation Authourity (FELCRA) atau Lembaga Pemulihan Dan Penyatuan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada Tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu pendudukpenduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1hb. September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya disamping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya diantara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial. 5
No. Pendaftaran Perniagaan
432483 - U
Tarikh Mula Perniagaan
1 Ogos 1997
Tarikh di Korporatkan
1 September 1997
Alamat Syarikat/Pejabat Berdaftar
FELCRA Berhad (432483 – U) Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
Perhubungan
Telefon: 03 – 41433646 Fax:
03 – 41428162
E-Mail:
[email protected] Laman Web: www.felcra.com.my 6
Pemegang Saham
100 % Milik Menteri Kewangan diperbadankan.
Modal Dibenarkan
RM 1, 000 juta
Modal Berbayar Audit
RM
500 juta
Tetuan KPMG, Wisma KPMG, Jalan Dungun, Damansra Heights, 50490 Kuala Lumpur.
Bank – Bank Utama
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Perwira Affin Bank (PAB) 7
Memorandum and Articles (M&A) Ditandatangani
Memorandum and Articles (M&A) Ditandatangani 23/05/1997
Pendaftaran Dengan ROC 18/06/1997
07/05/1997
KRONOLOGI FELCRA Berhad (432483 – u) 01/09/1997 Pengkorporatan Direkod Dengan Rasmi
01/08/1997 Seksyen 52 (3) Akta Syarikat FELCRA Berhad memulakan business
30/06/1997 Pewartaan Akta 570 (Penggantian & Pembubaran) 1997
8
F E L C R A LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN BADAN BERKANUN DI BAWAH AKTA PARLIMEN NO. 22 (1966) – 1 APRIL 1966 AKTA PARLIMEN NO. A 637 (1986) – PINDAAN DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
9
“Sektor ini akan diberi nafas baru untuk menjadi tunggak ke tiga pertumbuhan ekonomi. Sektor tani sesungguhnya merupakan sumber kegiatan utama ekonomi masyarkat luar bandar.” (YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – Petikan ucapan Pembentangan RMK 9 di Dewan Rakyat)
10
Memajukan : a)
Tanah ( termasuk tanah GSA) sama ada melalui langkahnya sendiri dan dengan petrsetujuan Pihak Berkuasa Negeri atau atas permintaan Pihak Berkuasa Negeri itu ;
Ke Arah Ladang Berprestasi Tinggi
Dan b)
Mana-mana tanah lain selain dari tyang dinyatakan diperenggan (a), atas permintaan tuan punya tanah dan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui diantara tuan punya tanah dengan FELCRA Berhad.
c)
Memindahkan teknologi terkini dalam pelaksanaan dan pembangunan ladang.
11
Tanah terbiar adalah kawasan tanah yang mempunyak Hak Milik tetapi tidak diusahakan atau sebahagian kecil sahaja daripada kawasan tanah itu yang diusahakan atau pun keseluruhan kawasan tanah itu diusahakan tetapi selepas beberapa waktu menjadi terbiar menyebabkan hasilnya tidak diperolehi dan jika diperolehi sekalipun, hasilnya tidak separas dengan keluasan tanah yang ada.
Tabah terbiar yang telah dimajukan Penerapan Teknologi dan Aspek Agronomi
12
Tujuannya ialah supaya tanah itu mendatangkan hasil dan alpabila hasilnya diperolehi, ia akan memberi faedah kepada kepada pemiliknya. Disamping itu ia dapat menambahkan lagi hasil pendapatan dan pengeluaran negara. Sebaliknya jika tanah itu dibiarkan tanpa usaha, ia tentu tidak mendatangkan apaapa hasil, bahkan untuk membayar cukai tanah pun pemiliknya terpaksa mencari punca kewangan yang lain.
Peserta mendapat faedah dari hasil tanah terbiar 13
Pemilik tanah dikehendaki memberi persetujuan dengan menandatangani surat perjanjian yang disediakan oleh FELCRA Berhad. Ia adalah penting supaya dengan cara ini FELCRA Berhad akan memperolehi kuasa bagi memasuki seterusnya memajukan tanah itu dan dengan persetujuan itu juga FELCRA Berhad bolehlah mengeluarkan modal bagi memajukan tanah tersebut
Peruntukkan Pembangunan disalurkan melalui KKLW 14
Setelah pemilik tanah menandatangani surat perjanjian, FELCRA Berhad akan memulakan kerja-kerja pembersihan tanah sehingga selesai menanam benih di ladang.
Pembanganun Terancang Tanah Terbiar
Selepas itu diteruskan dengan memelihara kawasan tanaman. Perbelanjaan ini yang dikira sebagai perbelanjaan pembangunan yang didahulukan oleh FELCRA Berhad. Pemilik tanah dan keluarga adalah digalakkan bekerja dan dibayar upah.
Projek Agropolitan FELCRA Berhad di Pulau Banggi, Sabah
15
Di antara syarat dan kelayakan yang diperlukan adalah :9
Pemilik hendaklah memberi persetujuan dengan mendatangani surat perjanjian.
9
Bersetuju membayar balik modal yang didahulukan dalam tempoh yang ditetapkan.
9
Bersetuju membayar balik pinjaman pembangunan melalui potongan hasil projek.
9
Pemilik tanah memberi kuasa kepada FELCRA Berhad untuk memasarkan hasil ladang.
9
Kesemua Pegangan Hak Milik Tanah mestilah bersetuju dan mendatangani perjanjian.
9
Tiada sekatan umur asalkan warganegara Malaysia serta ada Hak Milik tanah yang sahih.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 16
FELCRA Berhad adalah badan korporat Kerajaan di bawal kawal selia KKLW yang diberi tanggung-jawab untuk memajukan sektor pertanian luar bandar. Pada masa ini FELCRA Berhad mempunyai ribuan pegawai dan kakitangan di dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, perladangan, pemasaran, pemprosesan juga pentadbiran kewangan. Sejak mula ditubuhkan pada 1966, FELCRA Berhad telah memulih dan memajukan ratusan ribu hektar tanah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Staf Berprofail Tinggi 17
FELCRA Berhad akan memajukan tanah itu. Modal peruntukan pembangunan secukupnya dibiayai sehingga ladang mengeluarkan hasi. Peruntukan wang bagi membiayai pembangunan tanah akan diperolehi oleh FELCRA Berhad melalui dua cara : a) Pemberian langsung oleh kerajaan untuk perbelanjaan membaiki atau membina prasarana ladang yang tidak perlu dibayar balik. b) Melalui pinjaman yang dikenakan bayaran balik (setelah berhasil) oleh peserta kerana wang ini digunakan semata-mata untuk memajukan tanah itu.
Dividen & Keratan Akhbar Tempatan 18
Sebagai sebuah badan korporat milik penuh kerajaan, FELCRA Berhad yang ditubuhkan dibawan undangundang negara dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang memajukan tanah pertanian, di beri kepercayaan untuk terus melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan. Dengan itu FELCRA Berhad berharap supaya semua pemilik tanah yang tanah mereka terbiar tampil untuk merebut peluang ini agar tanah milik mereka dapat dimajukan untuk kebaikan mereka dan negara
PANTUN ENAM KERAT PENAKIK PISAU RAUT AMBIL GALAH BATANG LINTABUNG SELUDANG DIJADIKAN NYIRU SETITIK DIJADIKAN LAUT SEKAPAL DIJADIKAN GUNUNG ALAM TERBENTANG DIJADIKAN GURU
Impak Dari Dasar Pertanian Negara 19
20
Lampiran :
9 Borang Maklumat Pemilik Tanah (BMPT) – Borang ini boleh dimuat turun daripada www.felcra.com.my Æ Pautan Pantas Æ Muat 21 Turun Borang Æ Borang-borang FELCRA.