MALAYSIA AIRLINES #takemetoAnfield Terma dan Syarat 1. Peraduan #takemetoAnfield (“Peraduan”) dianjurkan oleh Malaysia Airlines Berhad (“MAB”) dan akan berlangsung dari 13 Mac 2017 (12:00 pagi, waktu Malaysia) – 31 Mac 2017 (11:59 malam, waktu Malaysia). 2. Untuk layak menyertai Peraduan, peserta mestilah merupakan peminat lelaki Liverpool Football Club (“LFC”) berusia 18 tahun dan ke atas. Semua kakitangan (termasuk tetapi tidak dihadkan kepada kakitangan berkontrak & sementara) atau ahli-ahli keluarga terdekat dan saudara-mara MAB, sekutu dan subsidiarinya, TIDAK layak untuk menyertai Peraduan (“Peserta yang Layak”). Peraduan ini terbuka kepada semua peminat lelaki LFC di seluruh dunia. 3.
Berikut ialah cara-cara untuk menyertai Peraduan:
•
Peserta yang Layak perlu merakamkan video yang menunjukkan kemahiran terbaik peserta dalam bola sepak dan beritahu mengapa peserta peminat setia LFC. Durasi video mestilah tidak melebihi 60 saat. Video mestilah diposkan di Facebook & YouKu dan pastikan: (a) Video ditetapkan kepada mod umum (b) Disertai hashtag #MalaysiaAirlines & #takemetoAnfield Semua penyertaan mestilah dibuat melalui dalam talian dengan melayari www.malaysiaairlines.com/Anfield dan mendaftarkan butiran diri termasuk (tetapi tidak dihadkan kepada) nama penuh, tarikh lahir, kewarganegaraan, tempat tinggal, Pasport atau nombor KP, tarikh luput Pasport, alamat e-mel dan nombor telefon. Untuk melengkapkan penyertaan, peserta mestilah menghantarkan pautan FB/YK. Penyertaan mestilah dihantarkan sebelum 31 Mac 2017, 11.59 malam (waktu Malaysia). Pemenang akan dipilih berdasarkan keputusan pandangan dan pemilihan yang akan dikendalikan oleh barisan juri. Semua Peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan juri. Tiada had untuk bilangan Penyertaan yang dihantarkan oleh peserta yang mana mungkin meningkatkan peluang kemenangan tetapi penyertaan tertakluk pada syarat yang berikut: Setiap video yang dihantarkan mestilah berbeza; dan Setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah Peserta akan dimaklumkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh tutup penyertaan. Usaha yang sewajarnya akan dilakukan untuk menghubungi pemenang(pemenang). Jika pemenang gagal dihubungi dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh tutup penyertaan, atau jika pemenang gagal untuk memaklumkan penerimaan hadiah kepada Malaysia Airlines dalam masa tiga hari bekerja dari hari dihubungi, atau gagal untuk mematuhi Terma dan Syarat yang ditetapkan, Malaysia Airlines berhak untuk menawarkan hadiah kepada Peserta yang Layak seterusnya berdasarkan markah yang diputuskan oleh juri. Keputusan juri adalah muktamad dan Malaysia Airlines tidak akan melayan sebarang surat-menyurat berkenaan dengan keputusan atau sebarang keputusan lain yang dibuat oleh Malaysia Airlines berhubung dengan Peraduan MH GlobalTeam.
• •
•
• • • • • (a) (b) •
•
•
4.
Jika butiran nombor telefon Peserta yang Layak berubah semasa tempoh Peraduan, ianya menjadi tanggungjawab peserta untuk memaklumkan kepada Malaysia Airlines. Permohonan untuk mengakses atau meminda sebarang maklumat yang diberikan dalam penyertaan mestilah ditujukan kepada Malaysia Airlines. Pemenang Peraduan setiap seorang akan menerima Hadiah yang berikut: Percutian ditanggung sepenuhnya ke Liverpool, UK Peluang untuk bertemu Legenda LFC 2 Hari Sesi Latihan di LFC Academy Peluang sekali seumur hidup untuk beraksi di Stadium Anfield di Liverpool
Nota: Percutian ditanggung sepenuhnya tidak termasuk wang belanja. Pemenang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dan atur cara yang tidak dimasukkan secara spesifik dalam hadiah. Ini mungkin termasuk perjalanan, penginapan dan sebarang dokumen perjalanan yang perlu, pasport dan visa. 5. MAB berhak untuk menggunakan, menerbitkan semula, menyunting dan mengedarkan bahan yang diserahkan untuk Peraduan ini bagi tujuan penerbitan dan/atau paparan dalam sebarang format media dan sebarang saluran media tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan tanpa membayar sebarang fi atau royalti kepada peserta. 6. Peserta dengan ini memberikan MAB hak tak eksklusif, bebas royalti dan kebenaran menggunakan yang boleh dipindah milik untuk menerbitkan semula, menyunting dan mengedarkan bahan yang diserahkan untuk Peraduan ini dalam sebarang format media dan sebarang saluran media yang dianggap sesuai oleh MAB. 7. MAB berhak untuk menggunakan nama pemenang, imej, komen dan bahan berkaitan dengan pengalaman Peraduan mereka untuk sebarang tujuan pengumuman atau promosi atau pemasaran dalam mana-mana format media dan sebarang saluran media tanpa perlu membayar sebarang fi. Peserta dengan ini membebaskan MAB daripada sebarang tuntutan dan/atau liabliliti akibat penggunaan atau penerbitan semula gambar yang dihantarkan kepada MAB. Klausa ini berkuat kuasa sehingga tamatnya Tempoh Peraduan. 8. Semua pemenang dengan ini bersetuju dengan pendedahan umum terhadap nama dan keputusan Peraduan. 9. MAB, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk membatalkan mana-mana Peserta yang Layak dan menarik balik atau melucutkan hak terhadap sebarang Hadiah pada sebarang peringkat Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu jika: • Peserta didapati bukan Peserta yang Layak; • Peserta yang Layak gagal untuk mematuhi Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini akibat pembatalan automatik; • Penyertaan didapati tidak lengkap akibat pembatalan automatik; • Peserta yang Layak melanggar mana-mana Terma dan Syarat atau syarat dan peraturan yang lain untuk Peraduan atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang sah; • MAB berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan apa sahaja sebab untuk mempercayai Peserta yang Layak telah cuba untuk menjejaskan operasi Peraduan dalam sebarang cara, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada penipuan, perdayaan atau penyamaran.
10. Keputusan MAB mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk tetapi tidak dihadkan kepada pemilihan pemenang) adalah sahih dan muktamad. Tiada perbincangan, surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau cabaran oleh mana-mana Peserta yang Layak berhubung dengan sebarang keputusan MAB akan dilayan. 11. Hadiah mesti diambil selari dengan kaedah yang telah ditentukan oleh MAB, mengikut budi bicara mutlaknya, apabila dimaklumkan mengenai kemenangan. Kegagalan untuk mematuhi kaedah pengambilan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan penarikbalikan Hadiah dan Pemenang(-Pemenang) tidak boleh membuat tuntutan terhadap MAB, sekutu-sekutunya, subsidiari, ejen, kakitangan, wakil, peruncit, pengedar, peniaga serta pengiklanannya, kreatif, media, digital, reka bentuk dan agensi-agensi kreatif MAB yang lain, jika berlaku penarikbalikan tersebut. 12. Walaupun telah ditetapkan di atas, MAB berhak untuk menggantikan Hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang serupa nilainya pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu 13. MAB tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang gangguan terhadap Peraduan, sama ada akibat masalah teknikal atau sebaliknya, yang mana luar daripada bidang kawalannya. Jika berlaku gangguan terhadap Peraduan, usaha yang sewajarnya akan diambil untuk memulihkan gangguan dan meneruskan Peraduan secara adil dan saksama terhadap Peserta yang Layak. 14. MAB, sekutu-sekutunya, subsidiari, ejen, kakitangan, wakil, peruncit, pengedar, peniaga serta pengiklanannya, kreatif, media, digital, reka bentuk dan agensi-agensi kreatif MAB yang lain, tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau sebarang kerosakan yang dialami (termasuk tetapi tidak dihadkan kepada kehilangan peluang dan mana-mana kerugian langsung atau turutan) atau kecederaan diri yang dialami atau ditanggung berhubung dengan atau akibat sama ada penyertaan dalam Peraduan ini atau dengan mana-mana daripada Hadiah yang ditawarkan atau ditarik balik. 15. Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan selari dengan undang-undang negara Malaysia. 16. Semua hak dan keistimewaan di sini diberikan kepada MAB adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada pembatalan, halangan atau injunksi di bawah mana-mana dan semua keadaan. Tiada dalam sebarang keadaan Peserta yang Layak mempunyai hak kepada tegahan injunksi atau menghalang atau sebaliknya mengganggu organisasi Peraduan, penerbitan, pengedaran, paparan dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang timbul akibat Peraduan. 17. Semua data peribadi yang dikumpulkan hanya akan digunakan untuk tujuan pengurusan dan operasi Peraduan dan bukan untuk sebarang tujuan lain. 18. MAB mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda, mengeluarkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini tanpa memberikan notis terlebih dahulu. 19. Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau perwakilan yang tidak konsisten dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Peraduan.
20. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa utama Terma dan Syarat ini. Sebarang terjemahan kepada sebarang bahasa lain selain Bahasa Inggeris adalah untuk kemudahan sahaja. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris dengan versi terjemahan, Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi bahasa lain. 21. Menurut kuasa penyertaan terhadap Peraduan, Peserta yang Layak menunjukkan penerimaan mereka yang mutlak dan tanpa syarat dan bersetuju terhadap semua Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. 22. MAB berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh MAB tidak akan memberi hak kepada Peserta yang Layak membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap MAB, ejen dan kakitangannya untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta yang Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung hasil tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 23. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta yang Layak dianggap telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan. 24. MAB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan tipografi atau cetakan di bawah Terma dan Syarat di sini. 25. Sebarang soalan, komen atau aduan berkaitan dengan Peraduan boleh dihantarkan ke halaman Facebook atau Instagram MAB melalui Direct Message atau Private Message. Terma dan syarat untuk penggunaan tiket penerbangan dengan prosedur-prosedur berikut:
Tiket yang dikeluarkan sah untuk perjalanan menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan penghalaan dan pengelasan hanya seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran sama ada untuk perjalanan sehala atau pergi balik dari dan/atau ke mana-mana hala/destinasi dalam laluan antarabangsa atau tempatan sedia ada; Perhentian bermalam selain yang dinyatakan dengan spesifik dalam surat pemenang tidak akan dibenarkan; Tiket tidak boleh ditukar milik, naik taraf, ditentukan atau menjadi perkara untuk bayaran balik dalam bentuk tunai. Tiket termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj minyak. Surcaj insurans, tambang muatan, bagasi berlebihan serta caj lain yang mana boleh dibayar atau dicaj pada bila-bila masa atau mana-mana lapangan terbang yang spesifik akan ditanggung oleh penumpang. Semua tiket tertakluk pada polisi sedia ada MAB, syarat dan peraturan yang mana termasuk Syarat Umum Pengangkutan untuk Penumpang dan Bagasi. Salinan Syarat Umum Pengangkutan untuk Penumpang dan Bagasi boleh didapati di www.malaysiaairlines.com. Tiada terma dan syarat ini boleh dipinda, diubah suai atau ditukar tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada MAB.
Terma dan Syarat untuk penerimaan dan penggunaan hadiah:
Penerimaan dan penggunaan hadiah tertakluk pada Terma dan Syarat ini dan sebarang peraturan lanjutan lain dikenakan oleh mereka yang terlibat dalam menyediakan barangan
dan/atau perkhidmatan sebagai sebahagian atau berkaitan dengan Hadiah, termasuk penyedia penginapan, peraturan-peraturan tempat yang boleh diguna pakai atau terma dan terma dan syarat pengeluaran tiket.
Ianya menjadi peraturan dalam penerimaan hadiah bahawa pemenang dikehendaki menandatangani pelepasan undang-undang dalam bentuk yang ditentukan oleh Malaysia Airlines mengikut budi bicara mutlaknya. Kegagalan untuk melaksanakan dokumen atau mematuhi apa-apa terma ini akan mengakibatkan penarikbalikan hadiah.
Malaysia Airlines berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menangguhkan penghantaran hadiah sehinggalah bukti kelayakan dan/atau identiti diminta oleh Malaysia Airlines telah disahkan. Jika bukti sedemikian tidak dikemukakan apabila diminta, Malaysia Airlines boleh membatalkan peserta daripada Peraduan.
Sebaik sahaja menerima hadiah, pemenang perlu mengesahkan komitmen penuhnya terhadap program dan bersetuju untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti di luar program MH Global Team (iaitu membeli-belah, bersiar-siar atau aktiviti-aktiviti lain yang bukan di bawah MH Global Team) sepanjang tempoh program.
Atas pertimbangan dibenarkan membuat perjalanan ke Kuala Lumpur, Malaysia dan ke Anfield, Liverpool di UK serta menyertai program, acara dan aktiviti yang berkaitan MH Global Team:
(a) Pemenang bersetuju untuk menanggung sendiri perbelanjaan perjalanan/penerbangan ke Kuala Lumpur. (b) Pemenang mengakui dan sukarela memilih untuk menyertai acara/aktiviti yang membentuk sebahagian daripada hadiah yang melibatkan aktiviti fizikal dan wujud elemen sedia ada risiko terhadap peserta yang menyertai termasuk kecederaan dan kematian. (c) Pemenang dengan disedari dan menerima dengan rela hati semua risiko yang sedemikian, sama ada yang diketahui atau tidak diketahui, walaupun timbul akibat kecuaian Malaysia Airlines dan/atau ejen-ejennya, dan menerima tanggungjawab sepenuhnya penyertaan dalam peraduan. (d) Pemenang dengan rela hati bersetuju untuk mematuhi arahan-arahan keselamatan yang diberi oleh Malaysia Airlines Berhad dan/atau Ejen-ejen mereka. Jika peserta menyedari sebarang bahaya signifikan luar biasa semasa kehadiran atau penyertaan, peserta akan bertindak mengundurkan diri daripada penyertaan dan membawa hal sedemikian kepada pengetahuan Malaysia Airlines Berhad dan/atau Ejen-ejen mereka. (e) Pemenang dianggap sihat daripada segi perubatan untuk terbang dan akan mengelak daripada menaiki kapal terbang jika mempunyai sebarang sebab untuk mengesyaki pemenang mempunyai keadaan yang mana mungkin menjadi lebih buruk disebabkan oleh operasi biasa sesebuah pesawat. Pemenang mengakui keperluan untuk meminta nasihat perubatan sebelum terbang jika terdapat sebarang keraguan mengenai kesihatan untuk terbang. Apabila menyedari sebarang keadaan kesihatan terhadap jenis yang dinyatakan, tetapi telah dinasihatkan daripada segi perubatan untuk terbang dengan syarat beberapa langkah berjaga-jaga telah diambil (contohnya, penggunaan ubat-ubatan), ianya menjadi
tanggungjawab pemenang untuk memastikan bahawa semua langkah berjaga-jaga telah terlebih dahulu dipatuhi, semasa dan selepas penerbangan, sebagaimana yang mungkin terjadi dan pemenang berupaya menghasilkan bukti bertulis tentang kesihatan untuk terbang, jika memerlukan untuk berbuat demikian. (f)
Pemenang akan memaklumkan Malaysia Airlines jika pemenang menderita akibat manamana keadaan perubatan atau kesihatan yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap dirinya, orang lain, atau mungkin memerlukan penjagaan kecemasan semasa penyertaannya.
(g) Pemenang bersetuju untuk menerima pertolongan cemas jika ia dianggap perlu sekiranya berlaku kecederaan, kemalangan dan/atau penyakit semasa menjalani aktiviti-aktiviti MH Global Team. (h) Malaysia Airlines berberhak untuk mengeluarkan atau mengusir mana-mana pemenang yang kelakuan/tingkah lakunya mendatangkan mudarat kepada mana-mana kakitangan/ pemain/tetamu/pelanggan kami dan jika pemenang gagal untuk mematuhi terma dan syarat MH Global Team (termasuk tetapi tidak dihadkan kepada mengganggu operasi Peraduan, menggodam, menipu, menyamar, atau sebarang perbuatan yang tidak berlaku adil seperti berniat untuk menyakitkan hati, menyalahgunakan, mengancam, atau mengganggu manamana peserta lain atau Malaysia Airlines dan/atau mana-mana ejen atau wakilnya), boleh disingkirkan daripada Peraduan mengikut budi bicara mutlak Malaysia Airlines. (i)
Pemenang akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerugian barang pecah atau kerosakan bagi sebarang peralatan, penginapan atau kemudahan yang disebabkan atau ditimbulkan oleh pemenang.
(j)
Tidak akan ada tambahan untuk berada di Liverpool selain tarikh yang ditentukan oleh Malaysia Airlines.