Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86)
Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A150873 Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan
Pengenalan Komunikasi efektif ialah menyampaikan fikiran, pendapatan, dan perasaan sendiri atau dua orang atau lebih dengan mengunakan teknik yang betul. Berdasarkan D.B Curtis, kemampuan berkomunikasi menunjukan kemampuan mengirimkan pesan dengan jelas, manusiawi dan efisien, dan menerima pesan-pesan secara akurat. Melalui komunikasi yang efektif, kita dapat mencapai pengertian antara satu sama lain, membina kepercayaan, mengkoordinir tindakan, menrencanakan strategi, melakukan pembahagian pekerjaan, dan meluahkan perassan masing-masing. Terdapat dua jenis komunikasi yakni komunikasi lisan dan bukan lisan. Komunikasi lisan ialah melalui perbincangan, ucapan atau pembentangan manakala komunikasi bukan lisan atau bertulis pula termasuklah memorandum, surat-menyurat laporan bertulis, dan emel. Kemahiran mendengar dan teknik untuk mengeluarkan fikaran serta pandangan malalui saluran yang betul perlu dikuasai suapaya dapat komunikasi dengan berkesan. Sebagai contoh, memberi perhatian semasa seseorang sedang memberi ucapan dan memberi maklum balas yang sesuai sebagai rujukan kepada orang tersebut selepas ucapannya tamat. Selain daripada itu, teknik yang boleh digunakan semasa berucap ialah merendahkan nada suara dan berucap dengan perlahan dan teliti. Komunikasi efektif amat penting tanpa mengira di mana seseorang itu berada. Hal ini demikian kerana berkomunikasi dengan baik dapat mengelakan pertelingkahan dan perselisihan faham dengan orang lain. Dengan ini, kita dapat bertimbang rasa dan lebih memahami fikiran orang lain. Sesuatu kumpulan kerja juga dapat dijalankan dengan lancar dan disiapkan dalam masa yang singkat secara tidak langsung.
Penglibatan Aktiviti Perjumpaan 1 Tarikh : 11/11/2014 (Selasa) Masa : 3.00pm-5.00pm Tempat : Bilik Diskusi, PTSL Tujuan : 1. Membincangkan jalan cerita drama dan membuat dialog. 2. Menyenaraikan watak-watak dan menentukan peranan ahli-ahli dalam drama tersebut.
Perjumpaan 2 Tarikh : 24/11/2014 (Isnin) Masa : 8.30pm-10.00pm Tempat : Pusanika Tujuan : 1. Membincangkan tempat-tempat yang sesuai untuk merakamkan video. 2. Mengubahsuai dialog-dialog supaya lebih sempurna. 3. Memastikan semua ahli mengetahui peranan masing-masing dalam drama. 4. Menetapkan masa dan tempat untuk merakamkan video.
Perjumpaan 3 Tarikh :26/11/2014 (Rabu) Masa : 8.00pm-10.0pm Tempat : Pusanika Tujuan : Melakonkan watak dalam drama dan merakamkan video.
Pengalaman Semasa menjalankan projek ini, kami telah menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan. Sebagai contoh, perjumpaan dengan semua ahli kumpulan agak susah kerana kami sibuk dengan aktiviti dan pelajaran masing-masing. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mencari sesuatu masa yang semua ahli kumpulan boleh hadir supaya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditentukan. Selain itu, cara komunikasi yang betul adalah penting semasa melaksanakan tugasan dalam satu kumpulan, tamsilnya ketua kumpulan perlu memberi pesanan yang tepat dan memastikan semua ahli kumpulan memahami arahan yang diberikannya. Semua ahli kumpulan juga perlu memberi kerjasama dengan mengeluarkan fikiran dan pandangan masing-masing semasa perbincangan diadakan. Komunikasi yang baik antara ketua dan ahli kumpulan amat penting supaya semua orang berada dalam arah serta langkah yang seragam dan seterusnya dapat mencapai kejayaan. Tambahan pula, saya juga mengambil peluang ini untuk belajar kemahiran daripada ahli kumpulan. Saya telah mencuba untuk merakamkan video dengan menggunakan kamera. Semua ahli memainkan peranan masing-masing dengan baik untuk mendapat hasil yang memuaskan. Watak saya dalam drama ‘Akulah Tanggang’ iaitu Susan, seorang pekebun, merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupai. Setelah megetahui watak yang akan saya lakonkan dalam drama tersebut, saya telah memerhatikan dan belajar cara mereka bertutur untuk melakonkan watak Susan dengan baik. Segala proses ini adalah penuh dengan kesenorokan. Selain itu, saya juga meminta tunjuk ajar tentang teknik berlakon daripada ahli kumpulan lain. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan semasa berlakon ialah cara untuk bercakap, nada suara, ekspresi wajah, gerak-geri dan berinteraksi dengan ahli-ahli dalam drama. Saya telah mempelajari dan menyentuh pelbagai perkara baru dan tidak pernah melakukan sebelum ini. Saya percaya pengalaman ini akan banyak membantu saya pada masa depan.
Refleksi Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai manfaat. Saya telah belajar cara menguruskan masa dengan bijak. Semasa menjalankan tugasan ini, saya juga diarahkan untuk menyiapkan kerja kursus lain. Pengurusan masa dengan cara yang betul dapat memastikan semua tugasan dan kerja kursus dapat dijalankan dengan lancar. Lantaran itu, saya sangat menghargai masa dan menguruskannya dengan bijak supaya dapat menyiapkan beberapa tugasan pada masa yang sama. Dengan ini, saya dapat mengelakkan membuat projek sampai tengah malam sehingga menjejaskan kesihatan badan. Di samping itu, tugasan kerja kursus ini dapat membantu membina keyakinan diri. Penyampaian fikiran dan pandangan penuh dengan yakin diri terhadap persoalan yang dibincangkan semasa perjumpaan adalah penting supaya dapat mempengaruhi orang lain. Seseorang yang mengeluarkan pendapatannya perlu menunjukkan keyakinan diri dengan mengunakan bahasa yang lebih lengkap dan jelas untuk memastikan semua ahli kumpulan mempunyai kefahaman yang baik terhadap perkara yang ingin disampaikan olehnya dan seterusnya membina kepercayaan terhadapya. Tanpa kepercayaan antara ahli kumpulan, kami tidak mungkin dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Selain itu, nilai toleransi juga diamalkan ketika menjalankan tugas ini. Semua ahli kumpulan perlu meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan dengan ahli kumpulan demi perbincangan projek ini. Kami dapat bergaul dengan baik dan harmoni tanpa mengira agama, bangsa dan budaya dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati. Melalui petukaran pendapatan dan perkongsian pengalaman, hubungan antara ahli kumpulan telah menjadi lebih erat. Sepanjangan projek ini dijalankan, sokongan dari ahli kumpulan amat penting. Jika kekurangan sokongan dari salah satu ahli kumpulan, kami tidak mungkin menyiapkan tugasan ini. Kami juga membahagikan kerja mengikut kebolehan setiap ahli kumpulan. Hal ini menyebabkan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam masa yang singkat.
Kesimpulan Komunikasi efektif merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh para mahasiswa dan mahasiswi oleh sebab komunikasi efektif telah memberikan kemudahan dalam memahami pesan yang ingin disampaikan oleh pemberi informasi kepada penerima informasi. Seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang yang lebih baik menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tugasan ini memang merupakan satu peluang yang sangat baik untuk kami menguasai kemahiran ini. Oleh itu, saya sebagai seorang mahasiswi, telah melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam tugasan ini. Saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk melibatkan diri dalam tugasan ini. Keyakinan diri sedikit sebanyak telah dibina semasa tugasan ini dilaksanakan. Saya juga belajar cara untuk berkomunikasi dengan baik dalam satu kumpulan, terutamanya semasa masalah timbul. Ahli-ahli kumpulan memberi cadangan masing-masing untuk menyelesaikan masalah secepat mungkin. Namun begitu, kami mampu mencapai kepersetujuan oleh sebab kami dapat berkomunikasi dengan baik. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi, menghargai masa juga dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan secara tidak langsung. Manfaat yang saya peroleh melalui tugasan ini amat saya hargai.