LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA Oleh Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff & Zarina Mohamad Amin Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
Pengenalan Dalam usaha untuk memahami denyut nadi masyarakat terutama tentang persepsi dan kefahaman masyarat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan integriti, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sentiasa mengadakan penelitian yang terperinci melalui perbincangan-perbincangan meja bulat, yang melibatkan kumpulan-kumpulan fokus dan pakar-pakar berkaitan dalam bidang akademik dan industri serta kajian pendapat dan persepsi masyarakat bagi mendapatkan gambaran dan realiti permasalahan dan isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Salah satu kajian yang dilaksanakan baru-baru ini telah melibatkan para mahasiswa di tiga (3) buah universiti utama untuk memahami persepsi serta kefahaman mahasiswa masa kini mengenai rasuah di Malaysia. Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Daripada jumlah 402 responden, 33.1% adalah dari UKM, 47.5% dari USM dan 15.9% dari UiTM. Terdapat juga 3.5% responden dari lain-lain universiti yang turut menjawab borang soal selidik yang telah disediakan.
1
Profil Responden Secara umumnya seramai 402 responden yang terdiri daripada para mahasiswa warganegara Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Daripada jumlah tersebut, 68.4 peratus adalah responden Melayu, 20.1 peratus responden Cina, 5.2 peratus India dan 6.2 peratus lain-lain etnik. Manakala peratusan mengikut agama pula, didapati majoriti responden adalah beragama Islam (71.6%), diikuti dengan agama Buddha (17.4%), dan seterusnya agama Kristian (5.0%). Daripada perspektif gender pula, kajian mendapati majoriti penyertaan responden adalah wanita (60.0%) berbanding responden lelaki (40.0%). Di samping itu, profil berdasarkan umur pula mendapati majoriti kategori umur responden berusia antara 20 hingga 30 tahun (92.3%), diikuti 31 hingga 40 tahun (5.7%) dan selebihnya sejumlah dua peratus berusia 41 hingga 60 tahun. Selain itu, berdasarkan tahap pengajian terkini, majoriti (86.8%) responden yang terlibat sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah, diikuti dengan Ijazah Kedoktoran (8.5%), Sarjana/Master (4.2%) dan hanya dua (0.5%) sahaja pelajar peringkat Diploma yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan adalah secara rawak mudah kepada beberapa IPTA yang terlibat dalam pelbagai jurusan pengajian. Kaedah pengutipan data adalah secara survei dengan mengisi kaji selidik secara atas talian (survey online). Aplikasi web link telah diberikan kepada responden untuk menjawab soal selidik kepada kajian ini.
2
Jadual 1: Profil Responden (N=402) Bil
%
Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Sains Malaysia (USM) Lain-lain
133 64 191 14
33.1 15.9 47.5 3.5
Tahap Pengajian Terkini Diploma Ijazah Sarjana/Master Ijazah Kedoktoran (PhD)
2 349 17 34
0.5 86.8 4.2 8.5
Jantina Lelaki Wanita
161 241
40.0 60.0
Kategori Umur 20-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51-60 tahun
371 23 6 2
92.3 5.7 1.5 0.5
Etnik Melayu Cina India Bumiputra lain Lain-lain
275 81 21 12 13
68.4 20.1 5.2 3.0 3.2
Agama Islam Buddha Hindu Kristian Lain-lain
288 70 18 20 6
71.6 17.4 4.5 5.0 1.5
3
PERBANDINGAN SKOR KAJIAN Kajian ini terbahagi kepada dua seksyen/bahagian iaitu; (1)Melihat tahap kefahaman dan (2)Melihat persepsi/tanggapan responden mengenai rasuah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan pengetahuan dan tanggapan responden berdasarkan pemerhatian terhadap jenayah rasuah di Malaysia. Dapatan kajian ini yang terkini adalah hasil kajian yang dijalankan bulan Februari tahun 2017. Analisis kajian ini adalah peratusan dari responden di Universiti Awam yang terlibat.
Kefahaman Mengenai Rasuah Jadual 2 : Peratusan bagi Kefahaman Mengenai Rasuah BIL
1
2 3 4
5
6
7
8
KENYATAAN
N=402 (%) Ya
(%) Tidak
(%) Tidak Tahu
57.7
35.8
6.5
70.4
20.4
9.2
81.1
13.7
5.2
Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada ahli keluarga.
63.2
15.7
21.1
Terlibat secara langsung dalam proses pelantikan ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan.
62.7
20.6
16.7
Mengemukakan tuntutan penginapan bagi tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur.
41.0
37.3
21.6
Mengambil harta/barangan pejabat (cth: thumb drive, toner, kertas dan lain-lain) untuk kegunaan peribadi.
58.0
28.1
13.9
Perbuatan Pegawai Penguatkuasa menakut-nakutkan / menggertak (intimidating) pelanggan bagi tujuan mendapatkan wang.
88.3
8.7
3.0
Penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberikan. Menggunakan wang pejabat untuk kepentingan diri sendiri. Mendapatkan wang atau habuan secara paksaan daripada pelanggan.
4
9 10
Menggunakan kuasa/pangkat untuk mendapatkan sesuatu faedah. Politik wang (cth: memberi sogokan untukmembeli/meraih undi).
89.3
7.0
3.7
96.8
3.0
0.2
Berdasarkan maklumbalas yang diterima mengenai kefahaman responden mengenai rasuah, adalah didapati responden mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa “Politik wang (96.8%)”, “Menggunakan kuasa/pangkat untuk mendapatkan sesuatu faedah (89.3%)” dan “Perbuatan pegawai penguatkuasa menakut-nakutkan/menggertak pelanggan bagi tujuan mendapatkan wang (88.3%)” dan “Mendapatkan wang atau habuan secara paksaan daripada pelanggan (81.1%)” adalah perbuatan rasuah. Walaubagaimanapun terdapat juga responden yang beranggapan “Penerimaan hadiah dalam bentuk wang,barangan atau perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberikan (35.8%)”, “Mengemukakan tuntutan penginapan bagi tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur (37.3%)” dan “Mengambil harta/barangan pejabat untuk kegunaan peribadi (28.1)” bukan merupakan perbuatan rasuah. Namun begitu terdapat juga respondan yang tidak mengetahui sama ada “Mengemukakan tuntutan penginapan tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur (21.6%)”, “Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada ahli keluarga (21.1%)” dan “Terlibat secara langsung dalam pelantikan ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan (16.7%)” adalah perbuatan rasuah atau tidak.
5
Persepsi Mengenai Rasuah Jadual 3: Peratusan bagi Persepsi Mengenai Rasuah BIL KENYATAAN
1 2 3 4 5
6
7 8 9 10 11 12
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkesan dalam membanteras rasuah. Keselamatan saksi dan pemberi maklumat mengenai rasuah adalah terjamin. Tahap pengambilan rasuah di negara ini adalah rendah. Rasuah dalam sektor politik dan kerajaan masa kini adalah terkawal. Badan bukan kerajaan (NGO) berkesan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai bahaya gejala rasuah. Media massa (cth: surat khabar, tv, radio,dll) berkesan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya gejala rasuah. SPRM adalah sebuah badan bebas. Usaha pencegahan rasuah oleh kerajaan semakin berjaya . Jenayah rasuah dalam sektor swasta adalah rendah. Jenayah rasuah dalam kalangan orang awam adalah rendah. Permit/Lesen perniagaan diperolehi tanpa memberi rasuah. Projek kerajaan ditawarkan melalui tender terbuka.
N=402 (%) Setuju
(%) Tidak Setuju
(%) Tidak Tahu
58.7
38.3
3.0
56.5
31.8
11.7
7.7
90.3
2.0
12.4
84.1
3.5
57.2
35.3
7.5
62.2
34.8
3.0
42.8
39.0
18.2
33.6
61.9
4.5
26.6
57.7
15.7
22.6
70.2
7.2
40.5
46.1
13.4
44.0
36.6
19.4
Dari segi persepsi mengenai rasuah pula, dapatan kajian mendapati lebih daripada separuh responden bersetuju dengan kenyataan “Media massa berkesan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya gejala rasuah (62.2%)”, “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkesan dalam membanteras rasuah (58.7%)”, “Badan bukan kerajaan (NGO) berkesan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai bahaya gejala rasuah (57.2%)” dan “Keselamatan saksi dan pemberi maklumat mengenai rasuah adalah terjamin (56.5%)”.
6
Namun begitu, dapatan kajian juga memperlihatkan lebih separuh juga daripada responden tidak bersetuju dengan kenyataan “Tahap pengambilan rasuah di negara ini adalah rendah (90.3%)”, “Rasuah dalam sektor politik dan kerajaan masa kini adalah terkawal (84.1%)”, “Jenayah rasuah dalam kalangan orang awam adalah rendah (70.2%)”, “Usaha pencegahan rasuah oleh kerajaan semakin berjaya(61.9%)” dan “Jenayah rasuah dalam sektor swasta adalah rendah (57.7%)”. Selain itu terdapat juga responden yang tidak mengetahui sama ada “Projek kerajaan ditawarkan melalui tender terbuka (19.4%)”, “SPRM adalah sebuah badan bebas (18.2%)” dan “Jenayah rasuah dalam sektor swasta adalah rendah (15.7%)” adalah perbuatan rasuah atau tidak.
7
Pandangan Mengenai Jenayah Rasuah Di Malaysia Jadual 4: Pandangan Mengenai Jenayah Rasuah Di Malaysia Dalam Tempoh Setahun Yang Lalu N=402 % Semakin meningkat Semakin berkurangan Tidak berubah
Jadual 5: Punca Jenayah Rasuah Semakin Meningkat Punca rasuah semakin meningkat Masyarakat tidak peduli mengenai rasuah Orang yang memberi/menerima rasuah tidak menerima hukuman setimpal Kos sara hidup melebihi pendapatan
73.1 8.5 18.4
N=402 Bil (Ya) 127 218 173
Kerajaan tidak telus dalam membuat keputusan
209
Kurang penghayatan agama
144
Kajian ini juga turut menilai pandangan responden terhadap jenayah rasuah di Malaysia dalam tempoh setahun yang lalu. Bahagian pandangan responden ini adalah mengikut kekerapan pilihan jawapan berganda yang diberikan. Ini bermakna responden boleh menjawab lebih daripada satu pilihan jawapan yang diberikan. Secara perbandingannya dapatan kajian menunjukkan dalam tempoh setahun yang lalu, sebahagian besar responden berpendapat rasuah di Malaysia adalah semakin meningkat iaitu sejumlah 73.1 peratus. Manakala 18.4 peratus tidak berubah, dan hanya 8.5 peratus rasuah dikatakan semakin berkurangan. Kajian juga melihat di antara 5 punca rasuah semakin meningkat adalah disebabkan “Orang yang menerima/memberi rasuah tidak menerima hukuman setimpal”, “Kerajaan tidak telus dalam membuat keputusan”, “Kos sara hidup melebihi pendapatan”, “Kurang penghayatan agama” dan “Masyarakat tidak peduli mengenai rasuah”.
8
Jadual 6: Punca Jenayah Rasuah Semakin Berkurangan Punca rasuah semakin berkurangan
N=402 Bil (Ya)
Masyarakat semakin menyedari kesan buruk rasuah
21
Hukuman yang setimpal terhadap orang yang memberi/menerima rasuah
30
Pendapatan boleh menampung kos sara hidup
6
Kerajaan semakin telus dalam membuat setiap keputusan Peningkatan penghayatan agama
14 13
Sebaliknya, kajian juga melihat 5 faktor yang menyebabkan punca rasuah semakin berkurangan adalah “Hukuman yang setimpal terhadap orang yang memberi/menerima rasuah”, “Masyarakat semakin menyedari kesan buruk rasuah”, “Kerajaan semakin telus dalam membuat setiap keputusan”, “Peningkatan penghayatan agama” dan “Pendapatan boleh menampung kos sara hidup”.
9
RUMUSAN KESELURUHAN KAJIAN Secara keseluruhannya, sebahagian besar responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai
tahap
kefahaman
dan
persepsi
yang
baik
mengenai
rasuah.
Walaubagaimanapun tahap kefahaman dilihat adalah lebih baik daripada tahap persepsi mengenai rasuah. Namun begitu, terdapat segelintir responden yang kurang faham dan tidak tahu mengenai perlakuan yang dinyatakan dalam kajian adalah mengenai jenayah rasuah dan perkara ini perlu diberi perhatian awal agar pola ini tidak terus meningkat. Walaubagaimanapun adalah agak membimbangkan apabila 73.1% daripada responden yang terlibat bersetuju rasuah di negara kita semakin meningkat. Ini memberi gambaran awal bahawa usaha-usaha yang dilakukan masih belum berkesan dan memerlukan pendekatan yang lebih transformatif agar perkara ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Penemuan hasil kajian ini juga perlu diberi perhatian sewajarnya di mana ia bukan sahaja memberi refleksi mengenai tahap kefahaman dan persepsi generasi muda mengenai rasuah tetapi memperlihatkan kerangka nilai dan tadbir urus yang perlu dicorakkan semula bagi mendepani dan merealisasikan Transformasi Nasional 2050.
10