BAB LIMA PELAKSANAAN POLISI PEMERKASAAN GURU DI ENAM BUAH SEKOLAH
5.1 Pengenalan
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi iaitu, dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan dimensi pengaruh di enam buah ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, terpilih di bandar Malang, Indonesia. Setiap dimensi dibincangkan berdasarkan enam aspek pemantauan polisi, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responiviti dan aspek kesesuaian.
Bilangan ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, di bandar Malang ada 24 buah sekolah, daripada sekolah tersebut terbahagi menjadi tiga kategori, dengan bilangan masing-masing kategori terdiri daripada lapan buah sekolah. Sepertimana dihuraikan dalam kaedah penyelidikan mengenai pemilihan sekolah sebagai sampel kajian, iaitu masing-masing kategori dipilih tiga buah sekolah secara rambang, kemudian dalam kajian kualitatif dari masing-masing kategori yang terdiri daripada tiga buah sekolah dipilih dua buah sekolah yang didasarkan kepada perwakilan masing-masing kategori sebagai tempat kajian kualitatif. Sehingga kajian ini boleh menghuraikan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah terpilih dan membandingkan di antara sekolah-sekolah dalam kategori yang berbeza.
159
Dua buah sekolah yang termasuk kategori pertama diberi kod A01 dan A02, dua sekolah dalam kategori kedua diberi kod A05 dan A06 dan yang terakhir adalah dua buah sekolah yang termasuk kategori ketiga dengan kod A03 dan A04.
5.2 Dimensi Penglibatan Guru dalam Membuat keputusan
Dalam sesebuah organisasi memiliki beberapa proses pelaksanaan membuat keputusan, sebahagian daripada sesebuah organisasi melaksanakan membuat keputusan dengan cara dimusyawarahkan dengan semua ahli, sehingga semua ahli mempunyai kesempatan terlibat dalam membuat keputusan. Terdapat sebahagian organisasi yang melaksanakan membuat keputusan tanpa musyawarah dengan ahli dan dilakukan oleh pimpinan daripada organisasi, dan sebahagian yang lain dilakukan dengan melantik wakil daripada setiap bahagian kumpulan untuk bermusyawarah dalam menentukan membuat keputusan.
Manakala dalam lembaga pendidikan yang berbentuk sekolah, pelaksanaan membuat keputusan, seperti perancangan program sekolah, proses perancangan pembelajaran, terdapat pelbagai bentuk pelaksanaannya. Sebahagian sekolah, membuat keputusan ditentukan oleh pengetua tanpa ada maklumat terlebih dahulu atau dimusyawarahkan dengan staf dan para guru. Sesetengah keputusan dibuat dengan mengikutsertakan wakil daripada beberapa guru dan staf secara bersama-sama melaksanakan mesyuarat. Namun, terdapat sekolah yang melakukan membuat keputusan dengan melibatkan semua guru dan staf secara bersama-sama membuat suatu keputusan yang akan dilaksanakan secara bersama.
Dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, di Malang, Indonesia, sesuai dengan program pelaksanaan autonomi daerah bidang pendidikan yang berlaku, maka bandar Malang merupakan salah satu daripada 160
daerah yang melaksanakan autonomi bidang pendidikan dan telah mengamalkan pelaksanaan
autonomi
sekolah.
Sekolah
diberikan
autoriti
sepenuhnya
bagi
melaksanakan kegiatan pendidikan sesuai dengan keadaan sekolah, seperti merancang dan melaksanakan program yang sesuai, pencarian dana bagi kegiatan sekolah, penyusunan kurikulum yang sesuai dengan keadaan sekolah yang disebut dengan kurikulum tingkat satuan pendidikan.
Dengan demikian, guru mempunyai peluang berperanan dalam menyelesaikan suatu permasalahan yang mungkin terjadi di sekolah dimana guru berkhidmat, sama ada permasalahan yang berkaitan dengan perancangan progam kegiatan sekolah secara keseluruhan mahupun perancangan program pembelajaran yang sesuai dengan mata pelajaran yang menjadi tugas dan tanggungjawab guru.
Kajian mengenai penglibatan guru dalam membuat keputusan, dibincangkan dalam bahagian berikut dan terbahagi menjadi tujuh perbahasan aspek pemantauan polisi, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti, kesesuaian dan yang terakhir adalah perbincangan ringkasan dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan.
5.2.1 Aspek Keberkesanan
Sesuatu program boleh dikatakan berkesan jika pelaksanaan dan hasilnya sesuai dengan pelan yang sudah diprogramkan. Pelaksanaan penglibatan guru dalam membuat keputusan sebagai dimensi pertama daripada pemerkasaan guru ini dikatakan berkesan jika guru-guru yang berkhidmat di sekolah mempunyai peranan dalam pelaksanaan membuat keputusan.
161
Terdapat pelbagai program sekolah seperti Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), iaitu suatu perancangan secara menyeluruh daripada pengembangan sekolah yang akan diberlakukan dalam satu tahun, Rancangan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Sekolah (RAPBS), iaitu suatu perancangan mengenai kewangan yang diperoleh sekolah dan penggunaannya yang dibuat setiap awal tahun.
Penentuan staf, iaitu pemilihan penolong pengetua yang terdiri daripada penolong pengetua yang membantu pengetua mengurus secara keseluruhan kegiatan sekolah serta mewakili pengetua jika sedang berhalangan dalam suatu aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.
Penolong pengetua bidang kurikulum yang bertugas menyusun dan merancang kegiatan belajar mengajar dalam satu tahun, penolong pengetua hal ehwal murid yang bertugas membantu pengetua mengurus kegiatan murid, sama ada aktiviti di dalam mahupun di luar sekolah serta penolong pengetua bidang kemudahan iaitu penolong pengetua yang bertugas mengurus segala sesuatu yang berkaitan dengan kemudahan yang terdapat di sekolah, sama ada kemudahan proses belajar dan pembelajaran, mahupun kegiatan ko-kurikulum seperti ‘pramuka’, iaitu kegiatan kepanduan, Palang Merah Remaja (PMR) iaitu kegiatan murid mengenai pertolongan pertama jika berlaku kemalangan, kegiatan seni, iaitu aktiviti murid berkaitan dengan bidang seni, seperti seni muzik dan melukis.
Dalam pelaksanaannya, pelbagai kegiatan tersebut melibatkan peranan guru dalam membuat keputusan, sehingga boleh memberikan impak kepada guru berupa kepuasan dalam melaksanakan pekerjaan, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B31.T-07/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 1740) seperti yang berikut:
162
Di SMP ini terdapat koordinator-koordinator,.. seperti menyusun RAPBS mulamula sudah berkoordinasi dengan para anggotanya.. kira-kira kedepannya apa,.. programnya apa saja lha… itu nanti yang akan disampaikan kepada tim inti penyusun… dan tim inti menampung resume semua dari koordinator. Jadi seperti RAPBS merupakan kebutuhan kita bersama, karena dari awal sudah menyampaikan dan sudah diakomodasi…. dan dalam hal ini memang tidak bisa melibatkan semuanya… tetapi melalui perwakilan koordinator dan koordinator membawa suara dari anggotanya, dan membuat keputusan ya… secara bersama..Seperti pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK) untuk tahun ini disepakati disediakan dana 10 juta rupiah dan hal ini hasil kesepakatan dengan teman-teman guru, kemudian di sekolah ini semua pekerjaan dibagi habis,..dengan cara demikian mereka berasa senang…. Ahli dalam sesebuah organisasi akan berasa selesa jika komunikasi antara ahli dan juga antara ahli dengan pimpinan boleh terlaksana dengan baik. Demikian juga dalam persekitaran sekolah, jika komunikasi antara guru dengan guru mahupun antara guru dengan pengetua adalah baik, maka pelaksanaan tugas-tugas guru akan berlangsung dengan baik. Apalagi jika guru memperoleh kesempatan bagi menyampaikan maklum balas mengenai perancangan program sekolah, maka guru akan berasa selesa. Sebagaimana dikatakan oleh seorang responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dalam transkripsi hasil temu bual (baris 50-53) seperti yang berikut:
Untuk keterlibatan… saya katakan secara garis besar sekarang lebih transparan dan bapak ibu guru lebih nyaman karena jika mereka usul… katakanlah ada tempatnya itu berasa seneng.. karena kalau usul ndak ada tempatnya itu kepuasanya menjadi berkurang.. Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh memberikan kesempatan kepada guru bagi menyampaikan maklum balas mengenai perancangan program sekolah dan juga memberikan kesempatan kepada guru terlibat menyelesaikan suatu permasalahan yang mungkin terjadi di sekolah. Aktiviti ini boleh memberikan kepuasan kerja kepada guru dalam melaksanakan tugas. Selain itu, bahawa dengan penglibatannya dalam membuat keputusan, guru berasa terlibat meningkatkan kualiti sekolah, seperti dikatakan oleh
163
responden yang mempunyai kod A03.B07.T-07/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 24-28) seperti yang berikut:
Kebijakan yang diambil oleh sekolah di SMP ini menggunakan prinsip proaktif, dan teman-teman berpikir positif dan mendukung kegiatan-kegiatan sekolah,.. mereka juga berpikir bahwa ini adalah kesempatan baik untuk meningkatkan kualitas sekolah.. setiap proses-proses yang diambil oleh sekolah.. rekan-rekan mendukung Kajian ini mendapati bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh menjadikan guru berasa berpuas hati, terdapat kepuasan dalam melaksanakan pekerjaan dan juga berasa berjasa terlibat meningkatkan kualiti sekolah, sehingga boleh dikatakan bahawa dimensi pertama daripada pemerkasaan guru dengan aspek pemantauan keberkesanan boleh wujud sesuai dengan perancangan.
5.2.2 Aspek Efisiensi
Pelaksanaan penglibatan guru dalam membuat keputusan dilakukan dengan pelbagai cara, hal ini berhubungan dengan aspek efisiensi pelaksanaan. Ada yang melaksanakan penglibatan guru dengan cara tidak melibatkan semua guru secara langsung bagi membahas dan mengkaji sesuatu rancangan, namun cara yang dilakukan dengan sistem perwakilan. Cara yang dilakukan dengan sistem perwakilan sebagai usaha menghindari berlakunya tidak efisien pelaksanaan pembahasan rancangan, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B13.T-11/06 dalam transkripsi temu bual (baris 81-92) seperti yang berikut:
Ya.,.. untuk menghindari pemborosan…jadi tiwas nggak fokus hasilnya .. akhirnya perwakilan. Sebab kalau terlalu banyak… biasanya ndak fokus.. tapi kalau dulu kepala sekolahnya siapa ya…. (dia lupa pada saat itu siapa kepala sekolahnya) RAPBS tidak melibatkan perwakilan hanya staf.. sekarang seperti RAPBS melibatkan guru ..
164
Bentuk perwakilan dalam pembahasan penglibatan guru dalam membuat keputusan, sebahagian menggunakan wakil setiap kelompok guru mata pelajaran, misalnya mata pelajaran matematik yang terdiri dari lapan orang guru dalam suatu sekolah, mereka mempunyai kewajipan mendiskusikan terlebih dahulu rancangan yang akan dibawa oleh wakil mereka, sama ada berupa evaluasi terhadap program yang sudah berjalan mahupun cadangan untuk program yang akan datang. Langkah berikutnya dari lapan orang guru matematik tersebut memilih wakil yang akan membawa hasil persidangan kelompok untuk dibahas di persidangan yang diikuti oleh seluruh guru yang mewakili kelompok guru mata pelajaran. Seperti yang dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B13.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 21-24) seperti yang berikut:
Biasanya kita satu rumpun guru, matematika misalnya terambil satu .. kemarin itu kebetulan barusan ada.. matematika sendiri rundingan kita butuh apa terus perwakilannya menyampaikan di forum rapat... tidak semua diundang untuk RAPBS... ndak.. tapi perwakilan Demikian juga yang berlaku di sekolah yang mempunyai kod A06, pada saat membahas rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, dilakukan dengan cara perwakilan daripada kelompok guru mata pelajaran, hal ini dilakukan untuk efisiensi pelaksanaan pembahasan.
Pelaksanaan penyusunan dan pembahasan sesuatu perancangan daripada wakil guru dilaksanakan dengan cara dikarantina selama beberapa hari agar fokus dalam mengevaluasi rancangan pada tahun sebelumnya serta mencari alternatif penyelesaian terhadap permasalahan yang muncul dan menyusun rancangan untuk tahun berikutnya. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 22-28) seperti yang berikut:
165
…pada saat penyusunan RAPBS ini dibentuk perwakilan guru .. sebab kalau mengambil 60 guru kan ndak mungkin… bahasa Indonesia diwakili satu… matematika diwakili satu… itu terus timnya membuat rumusan … kira-kira apa yang menjadi kendala kalau mungkin terkait dengan dana akan dicarikan solusinya lewat RAPBS.. itu dilaksanakan dengan karantina beberapa hari.. makanya saya katakan bahawa 4 tahun terakhir keikutsertaan guru lebih baik.. Manakala sebahagian daripada sekolah, cara membentuk kelompok kerja mengenai suatu bahagian yang hendak dibicarakan perancangannya dengan melibatkan semua guru pelbagai mata pelajaran. Masing-masing kelompok kerja mengkaji dan membahas permasalahan sesuai dengan kelompoknya yang kemudian dibawa oleh wakil yang dipilih oleh kelompok itu bagi melaksanakan persidangan yang diikuti oleh seluruh wakil daripada kelompok kerja sebagaimana dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B28.T-08/08 yang tercatat pada transkripsi temu bual (baris 3941) seperti yang berikut:
Yaa.. misalkan bagian kesiswaan siapa saja yang termasuk dalam tim ini, jadi semua guru mempunyai bagian sendiri-sendiri yang masuk dalam tim-tim yang telah dibentuk Setelah pelaksanaan kajian dan pembahasan mengenai suatu rancangan tertentu, langkah berikutnya dibentuk kumpulan perumus yang bertugas membuat rancangan hasil pembahasan yang akan dibawa ke sidang pleno yang melibatkan semua guru dan staf. Sidang pleno dilakukan bagi menghuraikan hasil sidang yang telah dilakukan setiap kelompok dan menerima maklum balas yang kemudian dilakukan pengesahan hasil sidang sebagai landasan pelaksanaan sesuatu program sekolah dan juga menjadi alat evaluasi terhadap pelaksanaan program pada tahun sebelumnya.
Proses seperti ini dilakukan agar sebuah polisi yang dikeluarkan oleh sekolah mahupun rancangan yang hendak dilaksanakan di sekolah mendekati suatu polisi yang sempurna dan boleh diterima oleh semua warga sekolah. Jika semua guru dan staf bersetuju
dengan
rancangan
yang
disepakati
bersama,
maka
pelaksanaanya 166
memungkinkan berjalan sesuai dengan harapan dan seandainya terdapat halangan kemungkinan tidak berasal dari warga sekolah itu sendiri. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B05.T-07/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 25-30) seperti yang berikut:
…kemudian rancangan kebijakan ini dibawa ke rapat guru untuk memperoleh masukan, kemudian disampaikan bahwa kebijakan ini telah dirapatkan antara kepala sekolah dengan perwakilan dan berikutnya minta masukan dari bapak ibu. Ya… ada yang setuju dan ada yang tidak setuju, tapi dengan cara demikian ada masukan-masukan sehingga menjadi lebih sempurna. Seperti huraian sebelumnya, bahawa dalam aspek efisiensi pelaksanaan membuat keputusan, diperoleh dapatan kajian bahawa semua sekolah tempat kajian dalam pelaksanaan membuat keputusan menggunakan sistem pewakilan. Sebahagian menggunakan kelompok mata pelajaran sebagai kelompok kerja, terdapat juga yang menggunakan sistem lintas mata pelajaran bagi mengelompokkan guru-guru dalam suatu kelompok kerja. Kedua-duanya merupakan cara terbaik yang digunakan oleh sekolah bagi melibatkan guru dalam membuat keputusan, dan langkah terakhir adalah dengan sidang pleno yang diikuti oleh semua guru bagi membincangkan hasil daripada perbincangan wakil kelompok serta memberikan maklum balas mengenai rancangan suatu program yang akan dilaksanakan di sekolah.
5.2.3 Aspek Kecukupan
Sebuah program yang dilaksanakan seharusnya mempunyai sesuatu manfaat, sama ada kepada yang melaksanakan mahupun yang membuat perancangan program. Penglibatan guru dalam membuat keputusan sebagai salah satu dimensi pemerkasaan guru yang dilaksanakan di ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di bandar Malang dalam rangka autonomi daerah boleh memberikan manfaat, sama ada kepada guru mahupun sekolah. 167
Manfaat yang diperoleh guru adalah adanya kemuafakatan dan saling membantu satu sama lain, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B24.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 17-24) seperti yang berikut:
Eeeee.. yang pertama Pak yang kami lakukan.. bahwa kita bekerja di sini disamping ada perasaan ikhlas .. keikhlasan itu ada.. dengan ikhlas maka juga ada ketenangan dan ketentaraman pada diri, yang kedua kita berorientasi kepada lembaga, bukan perorangan tetapi berorientasi kepada lembaga… lembaga ini berkembang mahupun tidaknya tergantung kita… kemudian kalau kita juga berorientasi kepada lembaga .. maka kita dapat bekerja dengan baik.. karena apa.. tidak ada perasaan yang negatif kepada perorangan. .. jadi ada wujud kemufakatan.. ada saling membantu sama lain.. Sedangkan manfaat bagi sekolah adalah adanya motivasi secara bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti sekolah, sebagaimana tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 31-35) daripada responden yang mempunyai kod A02.B04.T-07/06 seperti yang berikut:
..semua guru kita berdayakan untuk ikut serta dalam penyusunan programprogram di sekolah, sehingga niatan untuk memajukan sekolah bukan hanya keinginan dari kepala sekolah, tetapi memang keinginan semua warga sekolah yang berkhidmat di sekolah ini Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kecukupan daripada penglibatan guru dalam membuat keputusan sesuai dengan perancangan, iaitu memberikan manfaat kepada diri guru dan juga kepada lembaga tempat berkhidmat.
5.2.4 Aspek Purata
Sebuah program yang melibatkan orang ramai selalunya diusahakan agar boleh diterima oleh semua ahlinya. Namun kerana faktor yang menjadi penyebab kejayaan sesuatu program adalah tidak sedikit, program yang dilaksanakan belum boleh
168
melibatkan seluruh ahli, meskipun sebahagian daripada suatu program secara purata boleh diterima oleh ahli.
Penglibatan guru dalam membuat keputusan telah diusahakan melibatkan semua guru dengan sistem perwakilan, sebagaimana dikatakan oleh salah seorang responden yang mempunyai kod A02.B18.T-07/06 dan pernyataanya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 19-24) seperti yang berikut:
Yaa… memang di sini guru-guru selalu dilibatkan untuk membuatRAPBS, jadi pada awal tahun pelajaran semua guru dilibatkan dalam penyusunan RAPBS, misalkan ya…. untuk rapat, penataran kan harus dialokasikan, lalu untuk KBM bermacam-macam juga seperti ulangan harian, tengah semester dan semester semua sudah dirancang di awal tahun bersama-sama dengan guru… Namun, ternyata usaha penglibatan semua guru belum boleh berjaya sesuai dengan perancangan, kerana ada beberapa guru yang tidak terlibat secara aktif dalam pelaksanaannya, sebagaimana dikatakan seorang responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 (baris 50-55) seperti yang berikut:
Kalau tidak dilibatkan tidak ada... tapi kalau gurunya tidak datang itu yang ada. dan saya lihat ya orang-orang itu aja yang tidak datang.... hanya beberapa saja… dan saya lihat ya tetap orang-orang itu tok.. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa sesungguhnya dalam membuat keputusan semua guru sudah diusahakan terlibat, tetapi kerana terdapat sebahagian guru yang tidak aktif, maka pada saat perancangan suatu program kadangkala mereka tidak datang. Sehingga boleh dikatakan bahawa faktor yang menjadi penyebab tidak purata dalam penglibatan guru bagi membuat keputusan berasal daripada guru itu sendiri. Demikian juga di sekolah yang mempunyai kod A05, sebahagian guru juga tidak terlibat, kerana mereka berasa enggan terlibat dalam perancangan suatu program, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B13.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual pada (baris 76-77) seperti yang berikut: 169
Ada Pak.. makanya kalau .. kalau rapat pleno diajak semua…. tidak jalan kerana sing mikir-mikirrrrrr…sing cuek-cueeeek …gitu lhooo Daripada kajian ini didapati bahawa dilihat dari aspek purata, penglibatan guru dalam membuat keputusan sudah melibatkan semua guru, namun terdapat beberapa guru yang tidak terlibat kerana faktor daripada guru itu sendiri.
5.2.5 Aspek Responiviti
Pelaksanaan sebuah program biasanya memberikan nilai-nilai kemuafakatan kelompok daripada sesebuah organisasi, hal ini kerana mereka berasa mempunyai peranan yang sama bagi mewujudkan tercapainya pelaksanaan suatu program.
Penglibatan guru dalam penyusunan program memberikan impak kepada rasa tanggungjawab dalam pelaksanaannya, kerana guru berasa ikut merancang suatu program, maka mereka berasa bertanggungjawab bagi kejayaan dalam pelaksanaannya. Responden yang mempunyai kod A02.B04.T-07/06 mengatakan pendapatnya dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 39-41) seperti yang berikut:
Yaa… dengan adanya penglibatan semua guru dalam penyusunan program akan memberikan rasa tanggungjawab terutama dalam pelaksanaanya, Selain itu, keterlibatan guru dalam menyelesaikan suatu permasalahan menjadikan mereka berasa mempunyai sikap kemuafakatan bagi menyelesaikan suatu permasalahan, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B24.T-11/06 dan pernyataannya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 52-56) seperti yang berikut:
...misalnya ada sesuatu.. akan kita kumpulkan bersama.. baik ketua.. koordinator maupun ahli .. kita kumpul ketemu apa sih kesulitanya.. bagaimana jalan keluarnya diajak untuk berbicara..diajak untuk menyelesaikannya... solusinya bagaimana ... yang terbaik bagaimana.. kita mewadahi semua.. dan yang terbaik bagaimana.. 170
Impak yang ditimbulkan dengan adanya penglibatan guru dalam penyelesaian suatu masalah dan perancangan suatu program adalah adanya kemuafakatan dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang guru. Jika sebahagian daripada mereka mempunyai permasalahan, maka rakan kerja berasa mempunyai kewajipan membantu menyelesaikannya, hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A04.B12.T-08/08 dan pernyataan tersebut tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 19-23) seperti yang berikut:
…untuk kemufakatan.. di SMP ini antara satu guru dengan yang lainnya sangat erat sekali…. jadi tidak ada kelompok-kelompok… semuanya jika ada permasalahan selalu dipecahkan bersama dan juga tidak menutup kemungkinan selalu berkonsultasi kepada kepala sekolah.. jadi tidak ada yang berjalan sendirisendiri.. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek responiviti penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadikan guru berasa bertanggungjawab terhadap pelaksanaan sesuatu program yang sudah dirancang secara bersama, selain itu juga menumbuhkan sikap kemuafakatan bagi guru dalam melaksanakan tugas.
5.2.6 Aspek Kesesuaian
Penglibatan guru dalam membuat keputusan merupakan sebahagian daripada dimensi pemerkasaan guru dan hal ini boleh meningkatkan peranan guru dalam usahanya bagi meningkatkan kualiti pendidikan.
Sesebuah sekolah dalam melaksanakan aktivitinya berpandukan kepada Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS) dan untuk masalah kewangan berdasarkan rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah. Jika dalam penyusunan RPS dan rancangan angaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah melibatkan peranan guru, maka dalam pelaksanaannya guru berasa bertanggungjawab.
171
Perasaan tanggungjawab guru dalam melaksanakan tugas, boleh menjadikan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas, dan jika guru bersungguhsungguh dalam melaksanakan tugas maka hasil yang diperoleh boleh dikatakan sesuai dengan perancangan. Jika hasil daripada proses sesuai dengan perancangan, maka boleh dikatakan bahawa pelaksanaan program tersebut adalah berjaya dan kejayaan suatu pelaksanaan pendidikan di sekolah adalah terwujudnya kualiti pendidikan yang baik.
Penglibatan guru dalam membuat keputusan sehingga mereka berasa bahawa tempat mengabdi adalah sebuah sekolah yang berusaha bagi meningkatkan mutu pendidikan demi anak-anak di masa hadapan, maka peningkatan kualiti sekolah selalu diusahakan, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B24.T-11/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 89-98) seperti yang berikut:
Nggih.. kembali lagi pak.. kenapa Bapak Ibu guru mau dan berusaha untuk meningkatkan kualitas SMP 5,.. yang pertama tetap itu tadi bahwa ini adalah tempat kita bekerja.. dan kembali ke lembaga… siapa lagi yang memajukan lembaga ini kalau bukan kita itu yang pertama, yang kedua kita ngirim temanteman guru ke MGMP, MGMPS yang ini kadang berjalan kadang tidak kerana situasional.. MGMP kota berjalan.. kemudian kita memberi kesempatan kepada temen-temen untuk mengikuti kegiatan diluar.. seminar.. lokakarya itu kita beri kesempatan untuk itu.. yang selama itu untuk kepentingan sekolah.. eee… meningkatkan mutu pendidikannya demi anak-anak .. itu semua kita beri kesempatan Selain itu, guru berasa mempunyai tanggungjawab agar sesuatu program berjaya dilaksanakan, sebagaimana dikatakan responden yang mempunyai kod A02.B04.T07/06 dan pernyataannya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 39-43) seperti yang berikut:
Yaaa.. tapi tidak semua sekolah melaksanakan hal seperti ini, yaa.. dengan adanya penglibatan semua guru dalam penyusunan program akan memberikan rasa tanggungjawab terutama dalam pelaksanaanya, karena terkait dengan pendanaan, guru akan mengetahui mana skala prioritas yang bisa dilakukan dan dari mana sumber biaya diperoleh.
172
Segala usaha bagi meningkatkan peranan guru dalam meningkatkan kualiti sekolah telah dilakukan, namun ternyata sebahagian daripada sekolah kurang mempunyai respon bagi meningkatkan kualitinya, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A10.B19.T-07/07 yang pernyataannya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 51-57) seperti yang berikut:
Terkait dengan guru sebetulnya kami juga memberikan masukan untuk diadakan work shop, pertimbangan pengembangan sekolah itu dimulai dari menyusun RPS (Rancangan Pengembangan Sekolah) dan kami telah mengintrodusir itu melalui work shop bersama Pak Udin waktu itu, kita perkenalkan MBS dan RPS. Maksud saya dari situ perlu ditindak lanjuti, tetap rupanya dari pihak sekolah responya kurang, sampai tunggu hingga sekarang ternyata belum ada Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh menjadikan guru berasa terlibat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, namun ada sebahagian sekolah yang ternyata kurang mempunyai respon dalam meningkatkan kualiti gurunya, meskipun penglibatan guru dalam membuat keputusan dilaksanakan.
5.2.7 Ringkasan Dimensi Penglibatan Guru dalam Membuat keputusan
Memberi kesempatan kepada guru mempunyai peranan dalam penyelesaian suatu permasalahan dan menyusun perancangan suatu program sekolah, boleh menjadikan seorang guru berasa keberadaannya dihargai, dan keadaan ini boleh meningkatkan motivasi dalam melaksanakan aktiviti dan menimbulkan kepuasan dalam bekerja.
Dapatan kajian berkait dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah mengenai perancangan program sekolah iaitu Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, selain itu
173
adalah mengundi penolong pengetua serta penyelesaian pelbagai permasalahan yang terdapat di sekolah.
Ditinjau daripada aspek keberkesanan boleh dikatakan bahawa keseluruhan sekolah yang menjadi tempat kajian, telah melaksanakan penglibatan guru dalam membuat keputusan.
Penglibatan guru dalam membuat keputusan yang dilakukan di sekolah A01 memberikan rasa kepuasan kerja bagi guru dalam melaksanakan tugas mendidik dan mengajar murid-murid di sekolah, manakala di sekolah A02, A05 dan A06 penglibatan guru dalam membuat keputusan, mempunyai erti tersendiri bagi guru, iaitu mereka berasa memperoleh peluang terlibat meningkatkan kualiti sekolah. Untuk sekolah A03 dan A04, guru pada awalnya kurang berasa bermanfaat dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan, namun dengan perjalanan masa akhirnya guru berasa bahawa hal tersebut perlu didokong dan boleh diterima.
Dilihat daripada aspek efisiensi, iaitu bagaimana cara yang dilakukan oleh sekolah dalam melaksanakan penglibatan guru dalam membuat keputusan, antara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain mempunyai keunikan, meskipun semuanya menggunakan sistem perwakilan. Sekolah A01, A05, A06 menggunakan sistem wakil kelompok guru mata pelajaran bagi mengkaji dan membahas sesuatu perancangan seperti RAPBS, RPS, kemudian wakil daripada kelompok guru mata pelajaran mengkaji dan membahas bersama-sama dengan wakil daripada beberapa mata pelajaran yang terdapat di sekolah tersebut. Sedangkan sekolah A02, A03 menggunakan kelompok perancang penyusunan RAPBS, RPS yang melibatkan pelbagai guru mata pelajaran, hasil daripada perbincangan kelompok tersebut dibawa oleh wakil daripada kelompok untuk dibincangkan dengan seluruh kelompok kerja yang dibentuk oleh sekolah.
174
Langkah berikutnya adalah melaksanakan mesyuarat pleno yang diikuti oleh semua guru bagi memohon maklum balas terhadap rumusan hasil yang disidangkan oleh wakil guru yang kemudian melaksanakan pengesahan. Manakala sekolah A04 penyusunan dan perancangan RAPBS dilakukan oleh pengetua dan penolong pengetua yang kemudian dilakukan mesyuarat pleno yang diikuti oleh semua guru bagi memberikan maklum balas dan melakukan pengesahan.
Untuk
perancangan
dan
penyusunan
RAPBS,
semua
sekolah
selalu
berkoordinasi dan berkonsultasi dengan ‘Komite Sekolah’, sebab pengesahan terhadap RAPBS akan dipersetujui dan ditanda tangani oleh pengetua dan pimpinan ‘Komite Sekolah’.
Ditinjau daripada aspek kecukupan, iaitu setakat mana penglibatan guru dalam membuat keputusan, ianya mempunyai manfaat bagi guru. Sekolah A01 memberikan impak bahawa dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan, mereka berasa bahawa keberadaan guru dihargai sehingga secara bersama-sama guru boleh melaksanakan keputusan yang telah disepakati bersama dan jika terjadi permasalahan, secara bersama-sama mencari penyelesaian terbaik. Manakala di sekolah A02 boleh memberikan impak kepada peningkatan prestasi guru, sedangkan bagi sekolah A05 dan A06 impaknya adalah adanya kejayaan program yang dirancang boleh terwujud. Adapun bagi sekolah A03 dan A04, penglibatan guru dalam membuat keputusan menimbulkan rasa kemuafakatan dan tanggungjawab guru terhadap program yang telah disepakati bersama.
Aspek berikutnya adalah purata, iaitu setakat mana guru memperoleh kesempatan terlibat dalam membuat keputusan. Semua sekolah yang menjadi kajian dalam penyelidikan ini telah memberikan kesempatan kepada semua guru terlibat dalam
175
membuat keputusan, meski dalam penyusunan sesuatu program dilakukan dengan perwakilan seperti yang dilakukan di sekolah A01, A02, A05, A06, A03 sedangkan A04 penyusunan program dilakukan oleh pengetua dan penolong pengetua, namun dalam sidang pleno bagi memberikan cadangan dan saranan terhadap perancangan program telah melibatkan semua guru. Penyelidik pernah mengamati pelaksanaan pengundian penolong pengetua di sekolah A05, yang dilakukan secara demokratik dan melibatkan semua guru, hal ini menunjukkan bahawa semua guru memperoleh kesempatan bagi menentukan sesuatu program sekolah.
Ditinjau daripada aspek responiviti, iaitu setakat mana penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh memberikan impak kepada nilai-nilai kemuafakatan guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadikan guru berasa terpanggil bagi melaksanakan kewajipannya, boleh menjadikan keprihatinan dan kemuafakatan guru dalam mengawal program sekolah.
Aspek terakhir dalam pemantauan polisi adalah kesesuaian, iaitu setakat mana penglibatan guru dalam membuat keputusan boleh memberikan manfaat bagi peningkatan autonomi meningkatkan kualiti pendidikan. Dengan adanya pandangan yang sama melihat sekolah sebagai tempat mengabdi, dan diiringi kemuafakatan, kerjasama saling membantu maka tujuan meningkatkan kualiti sekolah boleh berjaya, hal ini yang terjadi di sekolah A01. Sedangkan di sekolah A02, A05 dan A06 diperoleh dapatan kajian bahawa dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan perancangan program sekolah seperti rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), mempunyai impak bahawa guru berasa memiliki
tanggungjawab dalam mengawal pelaksanaan program. Manakala
untuk sekolah A04 penglibatan guru dalam perancangan program-program sekolah,
176
belum memberikan impak kepada peningkatan aktiviti guru bagi meningkatkan kualiti sekolah
5.3 Dimensi Peningkatan Profesionalisme
Sebagaimana dihuraikan dalam ulasan kajian, bahawa dalam membincangkan profesionalisme adalah berkaitan dengan profesion, iaitu suatu bidang pekerjaan yang didasarkan kepada pendidikan kepakaran yang seharusnya dimiliki oleh mereka yang bekerja sebagai profesional. Guru adalah seorang profesional, maka ia harus mempunyai suatu pendidikan kepakaran bidang perguruan, dan jika mengkaji profesionalisme guru bererti mengkaji mengenai sikap daripada guru untuk menjadi orang yang mempunyai kewajipan melaksanakan tugas dengan menjunjung tinggi profesionalisme.
Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan sikap guru agar dalam melaksanakan tugas menjunjung tinggi sikap profesionalisme perlu dilakukan dengan tahapan yang jelas, apalagi dalam pelaksanaan autonomi daerah bidang pendidikan, maka daerah mempunyai kewajipan merancang dan melaksanakan peningkatan profesionalisme guru.
Musyawarah Guru Mata Pelajaran (MGMP) merupakan sebahagian daripada bentuk kegiatan yang dimiliki oleh daerah bagi meningkatkan profesionalisme guru, demikian juga Musyawarah Guru Mata Pelajaran peringkat Sekolah (MGMPS) merupakan suatu tempat bagi meningkatkan profesionalisme guru di peringkat sekolah. Selain itu pelbagai kerjasama yang dilaksanakan dengan lembaga pendidikan seperti kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi juga boleh dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru.
177
Bandar Malang merupakan salah satu daerah di Jawa Timur yang dikenal dengan bandar pendidikan, kerana di bandar ini mempunyai lembaga pendidikan yang boleh dikatakan mampu menghantarkan para murid dan pelajar untuk menempuh pendidikan yang berkualiti mulai daripada pendidikan tadika hingga Institut Pengajian Tinggi. Empat Institut Pengajian Tinggi awam iaitu Universiti Brawijaya, Universiti ‘Negeri’ Malang, Universiti Islam ‘Negeri’ dan Politeknik Negeri Malang, serta 35 Institut Pengajian Tinggi swasta yang terdapat di bandar Malang, merupakan Institut Pengajian Tinggi yang menjadi tempat untuk melanjutkan belajar bagi murid-murid Sekolah Menengah Atas (SMA) di Jawa Timur pada khasnya dan secara am adalah para alumni SMA seluruh Indonesia, dan beberapa negara jiran seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Timor Leste, Australia dan New Zealand. Dengan banyaknya bilangan Institut Pengajian Tinggi di Malang memungkinkan bagi lembaga pendidikan di bawahnya iaitu mulai daripada Sekolah Rendah hingga Sekolah Menengah Atas (SMA) bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi bagi meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru.
Bagaimana pelaksanaan peningkatan profesionalisme guru di enam buah ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri, terpilih di bandar Malang, yang ditinjau daripada enam aspek pemantauan polisi, iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responiviti dan kesesuaian, daripada dapatan kajian dalam penyelidikan ini boleh dihuraikan seperti yang berikut.
5.3.1 Aspek Keberkesanan
Usaha peningkatan profesionalisme guru yang dilaksanakan secara berterusan di suatu daerah adalah melalui kegiatan Musyawarah Guru Mata Pelajaran (MGMP). Kegiatan ini dilaksanakan oleh masing-masing kelompok guru mata pelajaran secara
178
bergiliran dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain dan pelaksanaannya dibimbing oleh kumpulan instruktur mata pelajaran dari pejabat pendidikan daerah. Untuk tingkat sekolah, sebagai usaha bagi mendiskusikan permasalahan mata pelajaran yang mungkin ada di sekolah dan juga mendiskusikan hasil-hasil yang diperoleh guru semasa mengikuti kegiatan MGMP, maka masing-masing sekolah menyelenggarakan Musyawarah Guru Mata Pelajaran peringkat Sekolah (MGMPS).
Dalam pelaksanaannya masing-masing sekolah yang termasuk ahli MGMP mengirimkan seorang guru secara bergantian, hal ini kerana pelaksanaan MGMP biasanya pada masa waktu sekolah, sehingga kalau yang mengikuti kegiatan ini melibatkan semua guru mata pelajaran di suatu sekolah, maka akan mengganggu kegiatan proses belajar mengajar. Kemudian mereka yang mengikuti kegiatan MGMP mempunyai kewajipan menyampaikan hasil-hasil yang diperoleh kepada kelompok rakan guru mata pelajaran yang ada di sekolah.
Polisi
sekolah
mengirimkan
guru
untuk
mengikuti
kegiatan
MGMP
dilaksanakan oleh semua ‘SMP Negeri’ yang menjadi tempat kajian, dan sebagai bentuk keprihatinan dalam kegiatan tersebut, sekolah menyediakan wang perjalanan. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 74-81) seperti yang berikut:
Yaaa.. saya rasa tidak jauh berbeda dengan sekolah lain terutama untuk MGMP justru di sini diwadahi .. sekolah mengganti transportnya.. jadi sekali datang Rp. 20 ribu,.. hanya sekedar mengganti transport saja.. yang lebih kecil tapi belum berjalan misalnya saya bahasa Indonesia.. diberi kesempatan untuk MGMPS .. itu sekolah memberi konstribusi Rp. 10 ribu .. dengan catatan harus ada hasil yang dirembug dan yang berjalan hanya tiga mata pelajaran yaitu bahasa Indonesia, matematika dan ips… meski dirangsang seperti itu sepertinya kurang bersemangat… Kajian ini mendapati bahawa untuk kegiatan MGMP guru yang hadir memperoleh wang perjalanan sebesar Rp.20,000.00, sedangkan untuk MGMPS wang 179
perjalanan yang diberikan kepada guru sebesar Rp.10,000.00. Selain itu juga terlihat bahawa MGMP boleh terlaksana sesuai dengan perancangan, namun untuk kegiatan tingkat sekolah, iaitu Musyawarah Guru Mata Pelajaran peringkat Sekolah (MGMPS) belum terlaksana sesuai dengan yang dirancang, dan hanya beberapa mata pelajaran yang boleh melaksanakan kegiatan. Meskipun MGMP boleh terlaksana sesuai dengan perancangan, namun guru yang mempunyai kesempatan mengikuti kegiatan tersebut sebahagian tidak bersedia menyampaikan kepada rakan guru yang tidak mengikutinya. Padahal dengan menyampaikan hasil daripada kegiatan tersebut boleh membantu rakan setugas bagi meningkatkan
profesionalismenya.
Seperti
disampaikan
oleh
responden
yang
mempunyai kod A02.B28.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 9295) seperti yang berikut: Untuk work shop, seharusnya kan setelah mengikuti pelatihan disampaikan kepada rekan serumpun.. tapi kadang ada yang tidak disampaikan kepada teman serumpun… seperti di kelompok saya… padahal kita kan harus selalu meningkatkan kemampuan kita, dan harus belajar yang lebih banyak… Daripada dapatan kajian diperoleh rumusan bahawa pelaksanaan peningkatan profesionalisme dalam aspek keberkesanan boleh dikatakan terlaksana sesuai dengan rancangan. Namun kegiatan MGMPS belum seluruh mata pelajaran melaksanakannya dan maklumat yang diperoleh dalam kegiatan MGMP, sebahagian guru belum boleh menyampaikan kepada rakan yang tidak mengikuti kegiatan tersebut. 5.3.2 Aspek Efisiensi Dalam pelaksanaan autonomi pendidikan, sekolah mempunyai kesempatan seluas-luasnya untuk meningkatkan profesionalisme guru. Pelbagai usaha dilakukan sekolah bagi meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan kualiti gurunya.
180
Peningkatan profesionalisme guru boleh dilaksanakan secara formal, iaitu dengan meningkatkan peringkat pendidikan bagi mereka yang belum memenuhi kelayakan pendidikan yang disyaratkan, iaitu bagi guru yang masih mempunyai tahap pendidikan peringkat Diploma, diwajibkan melanjutkan pengajian hingga program Sarjana Muda, seperti dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 146-163) seperti yang berikut:
……kemarin itu beberapa rekan memperoleh tawaran dari salah satu lembaga untuk pendidikan S-1 dan ada teman yang ikut dengan biaya agak ringan.. kalau dari pihak sekolah biaya itu diberi kemudahan ke koperasi dengan istilahnya bungannya tidak sama seperti untuk keperluan lain… kalau untuk sekolah bunganya agak diperingan ….kemudian pihak sekolah seijin dari dinas mungkin akan meringankan beban mengajar tidak sampai 24 jam… mungkin diberi sekitar 16 jam.. dan sampai sekarang sekitar 6 yang masih diploma-3… pihak sekolah sudah menawari seperti itu tadi. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda memperoleh bantuan daripada sekolah berbentuk keringanan pinjaman kewangan daripada koperasi sekolah dan tugas mengajarnya juga dikurangi. Meskipun sekolah sudah membuat perancangan dengan memberikan beberapa kelonggaran bagi melanjutkan pengajian, namun terdapat sebahagian guru yang belum mengambil program tersebut dan mereka masih berpendidikan peringkat Diploma. Sebahagian daripada sekolah melaksanakan peningkatan profesionalisme secara tidak formal, seperti dilakukan oleh sebahagian sekolah dengan membuat polisi berlangganan internet daripada Perusahaan Telekomunikasi (Telkom) Indonesia melalui jaringan Speedy iaitu jaringan internet produk daripada Telkom. Hal ini dilakukan bagi mempermudah guru meningkatkan kemampuannya melalui internet dan juga mempermudah proses pentadbiran sekolah, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B25.T-03/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 5863) seperti yang berikut: 181
Saya menggunakan speedy yang unlimited dari Telkom… makanya guru-guru saya mohon belajar … dan insyaallah liburan depan kita melaksanakan pelatihan membuatmedia pembelajaran… nggawe power point yo opo kemudian dilanjutkan pada pembelajaran.. dan saya akan melaksanakan peremajaan komputer sebanyak 23 … dan minimal satu mata pelajaran satu komputer… Apa yang dikatakan responden tersebut menunjukkan bahawa sekolah benarbenar mengusahakan agar guru boleh meningkatkan profesionalisme melalui maklumat yang boleh diperoleh daripada internet dan juga diusahakan dengan menyelenggarakan bengkel membuatmedia pembelajaran, misalnya dengan power point. Selain itu, sebahagian sekolah memberikan kemudahan dengan menyediakan LCD sebagai kemudahan kegiatan belajar mengajar. Dengan cara ini pembelajaran menjadi lebih interaktif antara guru dengan murid, sehingga masa yang tersedia bagi kegiatan belajar mengajar menjadi lebih efisiensi. Meskipun hal ini belum boleh dilaksanakan oleh semua guru dalam kegiatan belajar mengajar, terutamanya bagi guru yang kurang inovasi, mereka akan berasa selesa jika pembelajaran yang dilakukan sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya dan belum mempunyai keinginan untuk lebih maju. Namun dengan adanya rakan guru yang menggunakan cara pembelajaran yang
memudahkan
proses
interaksi,
mereka
mulai
tertarik
untuk
belajar
menggunakannya. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B31.T-07/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 58-67) seperti yang berikut: ….begini lho enaknya mengajar dengan menggunakan laptop.. hanya membuat sekali saja bisa untuk mengajar di beberapa tempat dan untuk berikutnya hanya tinggal memperbaharui sesuai dengan perkembangan.. dan saya menggunakan LCD untuk pembelajaran penguatan dan saya berusaha bagaimana belajar dengan student center betul-betul bisa dilaksanakan dan …. anak-anak berasa senang.. karena pendapatnya dihargai.. kan nggak ada to pendapat yang salah sehingga anak-anak berasa senang dan nyaman.. untuk belajar dan saya menginginkan setelah belajar dengan saya berasa capek.. tapi bukan karena menulis… melainkan karena berpikir.. dan hal ini sudah mulai nular ..
182
Bentuk usaha yang lain bagi meningkatkan profesionalisme guru adalah dengan cara mendiskusikan mengenai cara pembelajaran, penyelesaian sesuatu permasalahan dengan rakan sesama guru mata pelajaran. Sekolah memberikan kemudahan bagi melaksanakan kegiatan ini dengan cara menempatkan meja kerusi tempat duduk guru yang terdapat di bilik guru sesuai dengan kelompok mata pelajaran. Cara ini sangat berkesan untuk kegiatan diskusi para guru mata pelajaran pada masa yang bersangkutan tidak mempunyai tugas mengajar mahupun pada masa rehat. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B18.T-07/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 141-146) seperti yang berikut:
Menurut saya,.. adanya kerjasama antara guru-guru sehingga jika ada kelemahan-kelemahan ndak sampai mengurangi komitmen jadi selalu ada interaksi antar teman, seperti tempat duduk di ruang guru sudah dikelompokkan per mata pelajaran sehingga jika ada waktu luang mereka bisa mendiskusikan materi pelajaran di masing-masing kelompok mata pelajaran Dapatan
kajian
menunjukkan
bahawa
usaha
yang
dilakukan
dalam
meningkatkan profesionalisme guru dilakukan dengan pelbagai cara, iaitu kegiatan MGMP, MGMPS, pembelajaran dengan menggunakan kemudahan komputer serta menempatkan meja kerusi guru di bilik guru secara berdampingan agar boleh mendiskusikan permasalahan mata pelajaran pada masa mereka mempunyai kesempatan melakukannya.
5.3.3 Aspek Kecukupan
Pelbagai usaha bagi meningkatkan profesionalisme guru secara langsung mahupun tidak langsung memberikan impak sama ada kepada diri guru mahupun kepada lembaga pendidikan tempat para guru berkhidmat dan muaranya kepada meningkatnya kualiti murid.
183
Pelaksanaan peningkatan profesionalisme secara sedar diakui mempunyai manfaat bagi meningkatkan pengetahuan guru, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B28.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 118-120) seperti yang berikut:
Ya.. karena hal itu adalah prinsip untuk meningkatkan kemampuan kita, dan kita harus mau berubah,… kalau tidak…maka dari hari ke hari ya tetap saja tidak ada peningkatan Sesuatu perubahan hendaknya dilakukan dengan sedar, apalagi perubahan menjadi lebih baik adalah amat diperlukan sesuatu tahapan dan proses bagi memperolehnya. Jika seorang guru tidak mempunyai kemahuan dan juga tidak mempunyai kemampuan bagi meningkatkan profesionalismenya, maka dengan sendirinya tidaklah terjadi peningkatan profesionalismenya. Hal ini mempunyai impak bahawa peningkatan kualiti sekolah mungkin juga tidak pernah terjadi. Untuk itu sebagai seorang guru hendaknya selalu berusaha secara sungguh-sungguh bagi meningkatkan profesionalismenya.
Selain bermanfaat bagi peningkatan kemampuan seorang guru, kegiatan peningkatan profesionalisme juga bermanfaat bagi kelembagaan, iaitu untuk meningkatkan kualiti sekolah, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 106-109) seperti yang berikut:
…namun sebelum berangkat dirundingkan terlebih dahulu siapa saja yang berangkat karena keterbatasan berbagai hal.. seperti yang di Semarang dikirim orang-orang yang benar-benar siap.. karena berkaitan dengan pengembangan mutu… Peningkatan kualiti sekolah boleh diperoleh jika kemampuan murid meningkat, kenaikan kemampuan murid boleh wujud jika kemampuan guru mengalami kenaikan. 184
Untuk itu jika seorang guru sudah mempunyai tujuan dengan segala usahanya bagi meningkatkan kualiti sekolah, maka langkah yang hendaknya dilakukan adalah meningkatkan kemampuan dirinya, kerana hal ini mempunyai impak kepada peningkatan kemampuan murid dan akhirnya menuju kepada peningkatan kualiti lembaga iaitu sekolah.
5.3.4 Aspek Purata
Pelaksanaan sesuatu program jika calon pesertanya ramai, maka yang hendaknya dilakukan adalah secara bergantian, demikian juga pelaksanaan kegiatan bengkel, MGMP, bagi meningkatkan profesionalisme guru boleh dilakukan secara bergantian. Hal ini disebabkan terlalu banyak guru yang mahu mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme
dan
juga
disebabkan
terhadnya
kegiatan
bagi
peningkatan
profesionalisme yang berbentuk kegiatan bengkel.
Sesungguhnya boleh juga usaha bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dengan cara melaksanakan kegiatan bengkel lebih ramai, namun hal ini bergantung kepada pelbagai faktor, yang antara lain adalah faktor kewangan. Demikian juga masa yang diperlukan, perlu dipertimbangkan apakah mempunyai impak
mengganggu
program sekolah atau tidak, kerana pelaksanaan kegiatan bengkel boleh dilakukan pada masa cuti semester agar tidak menggangu proses belajar mengajar di sekolah. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A01.B14.T-31/05 dan pernyataanya tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 68-72) seperti yang berikut:
Di SMP ini ada koordinator mata pelajaran, sehingga jika ada work shop misalkan work shop bahasa inggris, maka koordinator akan memusyawarahkan dengan anggotanya, siapa yang memungkinkan berangkat, hal yang menjadi pertimbangan adalah apakah guru tersebut mempunyai waktu untuk mengikutinya, apakah sudah pernah mengikuti
185
Apa yang dikatakan responden tersebut menunjukkan bahawa disebabkan peserta untuk setiap sekolah terhad, maka kegiatan yang boleh dilakukan adalah mendiskusikan antara kelompok guru mata pelajaran untuk memilih satu perwakilan di antara mereka yang mengikuti kegiatan bengkel. Pertimbangan yang dilakukan adalah mengenai masa bagi mengikuti kegiatan dan juga apakah yang bersangkutan pernah mengikutinya. Namun, jika semua guru dalam kelompok mata pelajaran sudah pernah mengikuti kegiatan yang sama, maka dengan cara bergantian, mereka membuat kesepakatan salah seorang di antara mereka mengikuti kegiatan tersebut.
Meskipun demikian, ternyata ada di antara mereka yang enggan untuk mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme, hal ini disebabkan terdapat sebahagian guru yang kurang dinamis dalam usaha meningkatkan profesionalisme. Penyebabnya adalah pelbagai faktor, antara lain, mereka sebagai seorang guru bukan merupakan pekerjaan utama, sehingga peningkatan profesionalisme tidaklah diperlukan, mahupun disebabkan mereka sudah terbiasa untuk tidak mengikuti kegiatan semacam itu. Menurut pandangan mereka peningkatan profesionalisme hanyalah sia-sia, seperti disampaikan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 72-76) seperti yang berikut:
Ya… di sekolah ini juga telah dilakukan work shop untuk peningkatan profesionalisme,. tapi ada juga yang tidak hadir.. contohnya matematika… bagaimana guru seharusnya bisa menyampaikan pelajaran dengan Contextual Teaching Learning (CTL).. tapi ada yang tidak datang.. sepertinya mereka memang sudah begitu Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak semua guru di beberapa sekolah
mempunyai
keinginan
bagi
meningkatkan
kemampuannya,
sehingga
peningkatan profesionalisme guru belum purata yang disebabkan oleh keengganan guru untuk mengikuti kegiatan tersebut.
186
5.3.5 Aspek Responiviti
Sebagai
seorang
guru
mempunyai
tugas
untuk
selalu
meningkatkan
kemampuanya yang boleh dilaksanakan melalui kegiatan formal berupa peningkatan peringkat pendidikanya mahupun melalui kegiatan tidak formal seperti bengkel, interaksi yang intensif antara guru, terutama mereka yang berada pada satu kelompok mata pelajaran. Perasaan senasib dan seperjuangan menumbuhkan sikap kemuafakatan dalam melaksanakan kewajipan, seperti dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A02.B18.T-07/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 79-81) seperti yang berikut:
Setahu saya guru-guru berasa mempunyai nasib yang sama sehingga nilai-nilai kemufakatan menjadi kental, apalagi untuk lulus sertifikasi kan salah satunya diharuskan pernah mengikuti beberapa penataran Dengan demikian boleh dikatakan bahawa aspek responiviti dalam peningkatan profesionalisme sesuai dengan perancangan, iaitu usaha peningkatan profesionalisme guru boleh meningkatkan rasa kemuafakatan di antara guru sebagai seorang yang bekerja dengan satu tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti pendidikan.
5.3.6 Aspek Kesesuaian
Sesebuah program yang wujud, diharapkan boleh meningkatkan motivasi kepada mereka yang terlibat, demikian juga dengan peningkatan profesionalisme guru diharapkan
boleh
meningkatkan
motivasi
guru
untuk
lebih
meningkatkan
kemampuannya. Seperti dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 111-114) seperti yang berikut:
187
Guru yang mengikuti MGMP kota mempunyai kewajipan untuk menyampaikan kepada guru lain yang serumpun mengenai hasilnya, misalnya matematika salah satu guru mengikuti work shop.. maka jika mereka memperoleh bahan seperti CD ini .. itu.. maka guru yang lain pinjam.. jadi saling kasih informasi Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan adanya kegiatan MGMP boleh meningkatkan interaksi antara guru dalam usahanya meningkatkan kemampuannya. Demikian juga yang terjadi di sekolah yang mempunyai kod A05, bahawa peningkatan profesionalisme guru sesungguhnya bukanlah sesuatu yang memberatkan bagi guru, malahan sebaliknya memudahkan guru dalam melaksanakan tugas-tugas. Sesungguhnya sesuatu
yang
dilakukan
dalam
kegiatan
peningkatan
profesionalisme
boleh
membangkitkan kembali sesuatu yang sesungguhnya sudah dimiliki oleh guru, seperti kemampuan mengenal dan menggunakan komputer. Namun kemungkinan kerana masa yang tidak ada untuk belajar, maka hal itu belum wujud, kenyataan ini sebagaimana dikemukakan oleh responden yang mempunyai kod A05.B15.T-05/06 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 82-94) seperti yang berikut:
Eeeee… dari pihak sekolah telah dicanangkan sekolah multimedia, termasuk intranet, untuk itu diadakan pelatihan kepada guru secara bersama-sama pada waktu tertentu dengan menggunakan komputer, supaya mereka mengenal dan menggunakannya dan komputer bukanlah sesuatu yang menakutkan dan bahkan membantu tugas-tugas kita dan hal ini memerlukan niat dari kawan-kawan guru untuk berubah memandang peran komputer dan sebagian besar guru-guru di rumahnya kan sudah memilikinya sehingga di sekolah ini tinggal meningkatkan kemampuan, untuk itu dan ke depan untuk persiapan pembelajaran tidak harus dicetak dalam kertas, karena di intranet masing-masing guru ada homenya sehingga segala aktivitas guru cukup dituliskan di home masing-masing dan jika kepala sekolah hendak memonitor cukup melalui home masing-masing guru dan hal ini akan memudahkan dan mengefektifkan kerja guru Peningkatan profesionalisme guru secara tidak formal boleh diketahui dengan meningkatnya kemampuan guru bagi melaksanakan kegiatan belajar dan pembelajaran. Namun secara formal boleh diketahui daripada gred jawatan guru. Ramai guru yang ternyata gred jawatannya berhenti di gred jawatan IV A, hal ini sebahagian besar
188
disebabkan oleh ketidakmampuan guru bagi melaksanakan kewajipan penulisan karya ilmiah, yang antara lain adalah melakukan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK).
Pada saat penyelidik melaksanakan temu bual dengan beberapa responden, ternyata bahawa para guru sesungguhnya telah melaksanakan kegiatan PTK tersebut, namun kerana kebiasaan menulis tidak dilakukan, maka apa yang sudah dikerjakan tidak menghasilkan suatu karya ilmiah. Bahkan di sebuah sekolah yang mempunyai kod A03, pengetua telah memberikan ganjaran berupa dana bagi mereka yang melaksanakan PTK. Namun, fakta menunjukkan bahawa para guru masih enggan melaksanakannya, seperti dikatakan responden yang mempunyai kod A03.B07.T-07/05 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 147-151) seperti yang berikut:
Eeee.. di sini masih banyak yang baru ke IV A dan yang sudah IVA agak lama tidak begitu banyak… dan pimpinan sudah membuka kesempatan kepada guruguru dimana kepala sekolah menyediakan dana untuk melakukan penyelidikan tindakan kelas.. tapi tampaknya teman-teman banyak yang nglokro walaupun dipancing dengan dana ya… tetep nggak jalan Memperhatikan keadaan yang seperti itu, yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kemampuan para guru melaksanakan penulisan karya ilmiah adalah dengan cara membiasakan diri untuk menulis apa yang dikerjakan dan mengerjakan apa yang ditulis.
5.3.7 Ringkasan Dimensi Peningkatan Profesionalisme
Peningkatan profesionalisme guru, secara sosial budaya tampaknya masih terhalang birokrasi, profesionalisme guru masih dalam tanggungjawab dan kendali pemerintah dalam hal ini pejabat pendidikan daerah. Tugas keseharian seperti mengajar, pentadbiran pembelajaran, membebani aktiviti guru, sehingga tidak ada masa untuk menulis mahupun meneliti tindakan kelas. Namun peningkatan profesionalisme secara
189
dalaman bergantung setakat mana pengetua mengembangkan profesionalisme guru. Selain itu, masih dikembangkannya konsep bahawa guru merupakan pekerjaan praktikal, bukan profesionalisme, untuk itu perlu dikembangkan, meskipun guru mempunyai tugas mengajar tetapi semangat profesional harus ada, namun hal ini masih belum tampak, meskipun terdapat guru yang melanjutkan pendidikan ke peringkat Sarjana namun peratusnya sangat kecil dan belum mengimplikasikan profesionalisme.
Ditinjau daripada aspek keberkesanan, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme guru telah berjaya sesuai dengan perancangan. Dimensi peningkatan profesionalisme guru boleh berjaya untuk sesetengah guru sahaja, hal ini terjadi di semua sekolah tempat kajian, dalam erti kata bahawa pelaksanaan peningkatan profesionalisme betul-betul boleh memberikan manfaat kepada guru bagi melaksanakan tugas. Namun secara am bahawa peningkatan profesionalisme terhad kepada formaliti sahaja, iaitu berkait dengan sijil yang diperoleh setelah guru mengikuti pelaksanaan kegiatan bengkel, kerana sijil tersebut merupakan sebahagian daripada persyaratan bagi mengajukan program sertifikasi.
Manakala aspek efisiensi pelaksanaan peningkatan profesionalisme, iaitu usaha yang dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru. Secara am usaha yang dilakukan bagi meningkatkan prefesionalisme guru adalah dengan kegiatan MGMP, MGMPS dan bengkel. Untuk kegiatan MGMP di semua sekolah tempat kajian boleh terlaksana sesuai dengan rancangan, namun pelaksanaannya tidak berlangsung secara berterusan yang disebabkan terdapat kejenuhan bagi guru mengikuti kegiatan tersebut. Bagi MGMPS hanya beberapa sekolah yang boleh terlaksana iaitu sekolah A01, A05 dan A06, itu pun hanya terhad kepada beberapa mata pelajaran. Beberapa sekolah mengusahakan peningkatan profesionalisme guru menggunakan program teknologi maklumat, iaitu sekolah A05, A03 dan A04 yang berlangganan internet Speedy 190
Unlimited dari Perusahaan Telekomonukasi. Usaha tersebut boleh memberikan kesempatan kepada guru bagi meningkatkan kemampuannya sesuai dengan mata pelajaran yang menjadi tugas mengajar, serta bagi keperluan pengembangan pentadbiran sekolah.
Aspek berikutnya dalam peningkatan profesionalisme adalah kecukupan, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme boleh memberikan manfaat bagi guru bagi melaksanakan aktivitinya. Di sekolah A01, pelaksanaan peningkataan profesionalisme menjadikan guru berasa lebih percaya diri di hadapan murid-murid dengan peningkatan kemampuannya, seperti MGMP, bengkel, demikian juga di sekolah A02 dan A06, bahawa peningkatan profesionalisme mempunyai impak kepada meningkatnya pengetahuan dan kemampuannya dalam menyampaikan mata pelajaran. Manakala sekolah A05 berasa sangat percaya diri dalam pembelajaran, apalagi diperolehnya maklumat daripada internet. Namun untuk sekolah A03, belum boleh memberikan manfaat bagi guru melaksanakan tugas mengajar.
Aspek keempat adalah purata, iaitu apakah setiap guru memperoleh kesempatan bagi mengikuti pelaksanaan peningkatan profesionalisme. Untuk sekolah A01, A02 dan A06, semua guru memperoleh kesempatan mengikuti pelaksanaan peningkatan profesionalisme, kegiatan bengkel dilakukan dengan cara bergantian. Kegiatan MGMPS, sekolah sudah memberikan kesempatan untuk melaksanakannya, namun guru-guru yang belum boleh melaksanakan kegiatan tersebut. Sedangkan bagi sekolah A03, A04, dan A05 terdapat sebahagian guru yang enggan mengikuti kegiatan peningkatan
profesionalisme
meski
sekolah
sudah
memberikan
kesempatan
mengikutinya.
191
Aspek berikutnya adalah responiviti, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme guru boleh memberikan nilai-nilai kemuafakatan bagi guru. Kerana peserta yang mengikuti kegiatan bengkel program peningkatan profesionalisme adalah terhad, maka ditentukan dengan cara bermusyawarah untuk menentukan siapa yang melaksanakan tugas tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa kemuafakatan bagi mengikuti kegiatan tersebut boleh wujud, dan bagi mereka yang telah selesai mengikuti kegiatan tersebut mempunyai kewajipan menyampaikan hasil-hasilnya kepada rakan guru yang tidak mengikuti. Demikian juga diperoleh dapatan kajian bahawa di semua sekolah, pelaksanaan peningkatan profesionalisme guru boleh
memberikan nilai
kemuafakatan antara guru yang bentuknya adalah kegiatan diskusi jika memperoleh bahan mata pelajaran baru mahupun mungkin ada permasalahan terkait dengan mata pelajaran. Manakala aspek keenam adalah kesesuaian, iaitu setakat mana peningkatan profesionalisme guru bermanfaat bagi peningkatan autonomi sebagai jalan untuk peningkatan kualiti pendidikan. Peningkatan profesionalisme yang diikuti guru memberikan impak kepada meningkatnya motivasi guru dalam meningkatkan kemampuannya sehingga kualiti pembelajaran menjadi meningkat dan mempunyai impak kepada meningkatnya kualiti pendidikan. Hal ini terjadi di sekolah A01, A02, A04, A05, dan A06. Untuk sekolah A03, peningkatan profesionalisme guru belum dapat menjadikan guru lebih termotivasi bagi meningkatkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas pembelajaran 5.4 Dimensi Status Dalam penyelidikan ini, guru yang menjadi responden adalah mereka yang berkhidmat sebagai pegawai pemerintah, iaitu guru yang dilantik oleh pemerintah sebagai pegawai yang bertugas di pejabat pemerintah dan digaji oleh pemerintah.
192
Guru
sebagai
pegawai
pemerintah
mengalami
pelbagai
masa
dalam
pengabdiannya, semasa pemerintahan orde baharu (1965-1998), guru banyak dimanfaatkan oleh parti yang berkuasa untuk mendokong dan mengkekalkan autoritinya, sehingga langkah dan gerak daripada guru sangat terhad. Semua amalan yang dikerjakan oleh guru harus sesuai dengan petunjuk pelaksanaan dan petunjuk teknikal yang dikeluarkan oleh pemerintah pusat, bahkan pelaksanaan pembelajaran mulai daripada penyusunan rancangan pembelajaran, pelaksanaan kegiatan belajar mengajar hingga penilaian harus menggunakan pedoman dari pemerintah pusat. Sehingga boleh dikatakan bahawa guru hanyalah orang yang mempunyai kewajipan menyampaikan pesan dari pemerintah dan tidak mempunyai autoriti untuk melaksanakan kewajipannya sesuai dengan inovasi dan kreativiti yang mungkin dimilikinya.
Berlangsungnya era reformasi pada tahun 1998 dan diberlakukannya autonomi daerah, guru sebagai pegawai pemerintah tidak diperkenankan menjadi ahli parti. Jika guru berkeinginan menjadi ahli parti, maka yang hendaknya dipilih adalah salah satu daripada dua hal tersebut, iaitu sebagai guru atau menjadi ahli parti, jika menjadi ahli parti, maka status sebagai pegawai pemerintah hendaknya ditinggalkan dengan mengambil cuti atau berhenti daripada menjadi pegawai pemerintah. Dengan cara demikian maka peranan guru sebagai pegawai pemerintah yang mempunyai kewajipan mencerdaskan kehidupan bangsa menjadi sesuatu yang diutamakan.
Guru juga memiliki status sebagai pemimpin masyarakat, mereka seringkali menjadi contoh kepada masyarakat sehingga ada perkataan bahawa guru adalah orang yang seharusnya digugu dan ditiru, ertinya orang yang diikuti dan dipercayai ucapannya serta dicontohi perilakunya, dan juga ada pepatah yang sudah umum diketahui
193
masyarakat Indonesia iaitu guru kencing berdiri, murid kencing berlari ertinya bahawa apa yang dilakukan oleh guru akan dicontohi oleh masyarakat.
Namun dalam perkembangannya, status guru banyak mengalami pergeseran, hal ini disebabkan adanya perubahan dan perkembangan model hubungan masyarakat, bahawa
hubungan
antara
masyarakat
yang
sebelumnya
didasarkan
adanya
kemuafakatan dan kekeluargaan berubah menjadi hubungan yang didasarkan adanya kepentingan, dalam erti keuntungan apa yang diperoleh pada saat berhubungan dengan yang lain dan juga apa kerugiannya Jika memungkinkan diperoleh banyak keuntungan maka hubungan itu dapat berlangsung dengan baik, namun jika yang terjadi adalah sebaliknya, maka hubungan itu menjadi bergeser bahkan mungkin tidak pernah terjadi perkongsian.
Dalam perkembangannya, masyarakat memandang guru sebagai orang yang mempunyai kewajipan untuk mengajar. Hubungan antara masyarakat dan guru juga bergeser, orang tua memberi upah kepada guru kerana telah mengajar anaknya, dan upah yang diterima guru pada saat ini tidak boleh memenuhi keperluan hidup untuk diri dan keluarganya. Sehingga profesion guru merupakan profesion pilihan terakhir daripada pelbagai profesion yang mungkin masih boleh didapatkan. Hal ini berakibat kepada status guru yang dikatakan sebagai profesion pilihan terakhir jika profesion yang lain tidak diperoleh.
Berlangsungnya program ‘sertifikasi’ bagi guru yang mempunyai impak kepada kenaikan gaji, memberikan nuansa kecerahan profesion guru, terlihat dengan adanya gejala meningkatnya bilangan pelajar yang mengambil program calon guru iaitu program sarjana muda perguruan yang ditempuh selama lebih kurang empat tahun.
194
Huraian berikut memberikan dapatan kajian mengenai pelaksanaan polisi pemerkasaan guru pada dimensi status dengan pemantauan yang terdiri daripada enam aspek seperti yang berikut.
5.4.1 Aspek Keberkesanan
Status yang dimiliki seseorang mempunyai impak terhadap kedudukannya dalam hubunganya dengan kehidupan masyarakat, sama ada dalam kelompok profesionnya mahupun dalam kehidupan masyarakat persekitarannya. Berkait dengan status guru dalam hubunganya dengan masyarakat persekitaran, boleh dikatakan bahawa guru masih mempunyai status sosial yang tinggi di masyarakat, sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A06.B06.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 169-176) seperti yang berikut:
Saya secara pribadi sebagai seorang guru.. berasa bangga .. karena dilingkungan saya.. saya… P Bagong … oleh masyarakat masih dipercaya P Bagong ketua RT saya ketua RW .. jadi menurut saya status guru dimasyarakat masih cukup baik.. misalkan ada pilihan kepala desa… guru pun masih dilibatkan.. jadi kalau saya menjadi guru…di masyarakat pun berasa dihati mereka ada tempat tersendiri. Kemarin seperi pemilihan umum itu 60% panitianya dari perangkat guru .. jadi itu salah satu kebanggaan kami bahwa di masyarakat mendapat tempat Sepertimana dikatakan oleh responden, bahawa sebagai seorang guru yang dikatakan sebagai orang yang diguru dan ditiru, dalam hubunganya dengan masyarakat persekitaran mempunyai kedudukan yang cukup baik. Hal ini boleh dilihat bahawa responden masih dipercayai untuk mewakili masyarakat sebagai Ketua Rukun Warga (RW), demikian juga pada masa pengundian am untuk mengundi ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Pusat dan Daerah, majoriti panitia pelaksana berasal daripada guru, ini merupakan salah satu bukti bahawa status guru di masyarakat sampai hari ini memperoleh kepercayaan.
195
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai status sosial yang tinggi di masyarakat, keadaan tersebut mempunyai impak kepada perasaan bangga menjadi seorang guru, seperti dikatakan oleh responden A05.B15.T-05/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 162-165) seperti yang berikut:
…. mereka sangat bangga sebagai seorang guru, hal ini dapat dilihat dengan masa kerja mereka yang sudah lama, kalau seandainya mereka tidak krasan sebagai guru mungkin sudah keluar untuk mencari kerja selain guru, selain itu mungkin karena kondisi lingkungan kerja di sekolah ini yang kondusif Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebagai seorang guru sampai saat ini masih merupakan suatu kebanggaan tersendiri, dan sebahagian faktor keengganan bagi meninggalkan pekerjaan sebagai seorang guru kerana keadaan persekitaran tempat melaksanakan kewajipan yang kondusif, adanya nilai-nilai kemuafakatan yang selalu diamalkan sebagai seorang profesional yang senasib.
Namun, sebahagian daripada guru berasa bahawa status yang dimilikinya sebagai guru hanya ada di persekitaran sekolah, sedangkan jika di masyarakat persekitaran status sebagai guru tidak mempunyai erti di hati masyarakat, dalam erti bahawa guru sebagai orang yang seharusnya diikuti segala yang dikatakan dan dicontoh perilaku yang diamalkan tidak boleh wujud di masyarakat. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 156-159) seperti yang berikut:
Ya.. memang jadi guru seharusnya di gugu dan ditiru.. contohnya saya saja... kalau di sekolah karena jaga imej sebagai guru tok..kalau diluar ya . biasa saja.. yang setahu saya kebanyakan ya seperti itu.. kalau di sekolah sebagai guru kalau diluar sudah beda lagi statusnya.. bukan guru lagi Daripada kajian ini didapati bahawa status sebagai guru boleh dikatakan sudah mengalami perubahan, yang disebabkan adanya pergeseran model hubungan masyarakat. Sebahagian masyarakat menganggap guru sebagai orang yang mempunyai 196
pekerjaan mendidik anak-anak di sekolah, sehingga tugas ibu bapa kepada guru adalah memberikan wang sebagai hasil daripada pekerjaannya. Sebahagian daripada masyarakat masih menghormati peranan seorang guru sebagaimana dikatakan oleh responden A06.B06.T-04/06. Berubahnya cara pandang masyarakat kepada guru juga disebabkan oleh guru itu sendiri, yang menganggap bahawa dirinya sebagai guru hanya ketika berada di sekolah namun pada saat di luar sekolah dia boleh melakukan sesuatu sesuai keinginannya dan bahkan hal itu kurang berkenan untuk dicontoh. Sebagaimana dikatakan oleh responden yang mempunyai kod A03.B26.T-08/08 dan tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 177-181) seperti yang berikut:
Ndak juga... dari dirinya ... misalnya.. seperti saya.. kalau di sekolah ya seperti ini tapi kalau diluar ya ndak begini... saya kan nggak munafik kan artinya saya katakan apa adanya. Sebenarnya menurut saya.. seharusnya omongan dan tindakan harus sama.. sebagai contoh peraturan rok murid minimal 5 cm dibawah lutut.. kenyataannya kan seperti itu to... Namun demikian, status guru di sekolah boleh dikatakan masih menjadi orang yang diikuti sesuatu yang dikatakan dan akan dicontoh perilaku yang diamalkan.
5.4.2 Aspek Efisiensi
Seperti dihuraikan sebelumnya, bahawa status guru mengalami pergeseran, hal ini kerana adanya perubahan pola hubungan yang terjadi di masyarakat. Sebelumnya guru merupakan suatu profesion yang menjadi pilihan utama masyarakat kerana mempunyai gaji yang boleh dikatakan cukup baik, keadaan ini terjadi pada masa sebelum tahun 1980-an dan sekarang bergeser sebagai profesion yang menjadi pilihan terakhir jika profesion yang lain tidak boleh diraih.
Memperhatikan adanya pergeseran pandangan, maka pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan status guru, salah satu usaha yang sekarang sedang dilakukan oleh
197
pemerintah agar profesion guru merupakan profesion pilihan utama bagi para alumni SMA dalam melanjutkan pengajian adalah dengan menaikkan gaji guru. Peningkatan gaji guru tidak dilakukan secara automatik sesuai dengan gred jawatan yang dimilikinya. Namun dengan cara menggunakan ukuran setakat mana profesionalisme guru boleh terwujud yang didasarkan kepada aktiviti yang dilakukanya dalam bidang akademik, seperti penulisan karya ilmiah, keaktifannya dalam kegiatan ilmiah seperti seminar, bengkel, keaktifan dalam kegiatan di masyarakat, seperti keterlibatannya dalam pengurusan organisasi masyarakat.
Serangkaian aktiviti tersebut merupakan persyaratan guru yang harus dipenuhi agar lulus dalam program ‘sertifikasi’ dan bagi mereka yang lulus ‘sertifikasi’, berhak memperoleh tambahan gaji sebesar satu kali gaji. Sebagaimana dikatakan responden A02.B18.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 74-83) seperti yang berikut:
Itu yang ditunggu teman-teman, kerana dengan adanya ‘sertifikasi’ pendapatan guru menjadi meningkat. Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa program ‘sertifikasi’ sangat diharapkan, kerana dengan lulus program tersebut akan diperoleh tambahan gaji sebesar satu kali gaji. Namun kerana program tersebut masih dalam proses, maka responden A18.B10.T-08/07 mengharapkan agar pelaksanaan dan konsekuensinya betul-betul dilaksanakan oleh pemerintah sebagaimana tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 80-85) seperti yang berikut:
Yaaa.. memang sekarang ini dengan program sertifikasi memang perancanganannya cukup bagus.. mudah-mudahan kami berharap bisa dilakukan.. kemarin pada saat saya mengikuti pengarahan dari Pak Fasli Jalal bagus sekali.. dan sangat menjanjikan .. mudah-mudahan dinas dapat mengantisipasi dengan baik kemudian eee.. pusat juga konsekuen.. nanti sini sudah ngoyo tibake nggletek. kan susah.. 198
Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan profesionalisme guru melalui program ‘sertifikasi’, pada masa sekarang masih dalam proses tahap pertama dengan melaksanakan ujian ‘sertifikasi’ kepada mereka yang mempunyai masa kerja relatif lama. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan ‘sertifikasi’ pada tahap pertama boleh dikatakan terjadi kegagalan, hal ini sebahagian besar disebabkan oleh kecurangan yang dilakukan oleh guru terhadap berkas-berkas cadangan program tersebut yang berbentuk portfolio. Didapati beberapa berkas cadangan adalah palsu, keadaan ini menodai status guru itu sendiri, mereka berusaha dengan cara yang tidak jujur agar lulus ‘sertifikasi’.
Memperhatikan pelaksanaan program ‘sertifikasi’ pada tahap pertama dengan sistem portfolio memberikan impak bahawa guru menyerahkan berkas-berkas yang diduga adalah palsu. Tim ‘sertifikasi’ mengusulkan kepada pemerintah pusat untuk mengevaluasi pelaksanaan program melalui portfolio, dan jika mungkin pelaksanaannya dilakukan sepertimana pelaksanaan kenaikan tingkat kepegawaian yang boleh dikatakan sudah teruji dan sudah dilaksanakan mulai tahun 1990-an. Meskipun demikian, guruguru yang berkhidmat di ‘SMPN’ Malang tempat kajian ini dilaksanakan, mereka telah lulus ujian program tersebut, kerana mereka yang mengajukan permohonan ujian ‘sertifikasi’ adalah yang mempunyai kelayakan yang baik.
5.4.3 Aspek Kecukupan
Peningkatan kualiti pendidikan di sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satu faktor adalah peranan guru. Namun di beberapa sekolah peranan tersebut masih belum optimum dilaksanakan, kerana guru dalam melaksanakan kewajipan mengajar dari waktu ke waktu hanya memindahkan ilmu, tidak memindahkan nilai. Cara mengajar yang dilakukan juga tetap dari masa ke semasa yang bererti tidak ada
199
kemajuan, seperti dikatakan oleh responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 54-57) seperti yang berikut: Apapun merubah kebiasaan adalah suatu hal yang sulit, model cara mengajar saja.. seperti teman-teman yang sudah enjoy dengan cara mengajar pola lama.. ya tetap saja berlaku seperti itu.. ya transfer ilmu.. namun secara pelan-pelan hal seperti itu tidaklah baik.. Sedangkan jika dilihat di sekolah yang mempunyai kod A03 dan A04, input daripada murid boleh dikatakan mempunyai kemampuan yang rendah, keadaan ini mempunyai impak kepada motivasi guru dalam mengajar juga rendah. Sehingga peningkatan kualiti pendidikan agak perlahan, seperti dikatakan responden A10.B19.T07/07 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 193-198) seperti yang berikut:
Kalau kondisi guru…saya pernah wawancara dengan teman guru yang juga pernah mengajar di SMPN ini dan sekarang mengajar di tempat lain.. saya pancing-pancing.. ia cerita.. ooo iya pak itu aduh gurunya parah.. terutama si ini itu.. tapi itu baru cerita dan sesungguhnya merupakan sumber yang bisa dipercaya karena dia mempunyai pengalaman mengajar di tempat itu .. jadi tahu si A si B yang mempunyai kompetensi bagus Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keadaan guru di sekolah tersebut sesungguhnya memprihatinkan, sehingga perlu ada suatu cara bagi meningkatkan kemampuannya dan pernyataan tersebut memberikan petunjuk kepada penyelidik untuk mengetahui lebih jauh.
Dengan adanya maklumat seperti dikatakan oleh responden A10.B19.T-07/07, penyelidik mencuba mencari data mengenai keadaan guru di sekolah tersebut, dan didapati bahawa keadaan guru sepertinya kurang mempunyai motivasi bagi meningkatkan kualiti prestasi murid. Hal ini disebabkan oleh keadaan input murid yang mempunyai kualiti rendah, sehingga untuk meningkatkan kualiti prestasi murid mengalami kesukaran. Impaknya adalah, guru hanya melaksanakan kewajipan
200
menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengawal bagaimana murid boleh hadir di sekolah adalah sesuatu prestasi yang baik.
Keadaan tersebut bukan bererti guru enggan bagi meningkatkan prestasi murid, namun disebabkan oleh keadaan murid yang majoriti mempunyai kemampuan rendah dan agak sukar untuk ditingkatkan prestasinya. Selain itu dokongan daripada ibu bapa yang rendah, hal ini disebabkan oleh keadaan ekonomi ibu bapa yang sangat rendah. Sebahagian besar daripada ibu bapa adalah pekerja harian, sebagai tukang batu, buruh harian, sehingga boleh dikatakan bahawa keadaan ekonomi ibu bapa adalah ekonomi lemah, hal ini mempunyai impak kepada rendahnya perhatian kepada anak-anak untuk sekolah, mereka beranggapan bahawa jika anak-anaknya pergi ke sekolah itu sudah dianggap baik dan belum memikirkan bagaimana prestasi anaknya menjadi lebih baik.
Kehidupan
seseorang
dalam
memenuhi
keperluannya
adalah
dengan
mengutamakan keperluan utama iaitu sandang, papan dan pangan ertinya bahawa dalam menjalani suatu kehidupan maka unsur utama yang perlu dipenuhi adalah masalah pakaian, rumah dan makanan. Jika tiga hal tersebut sudah terpenuhi maka mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan yang sifatnya keperluan sekunder.
Memperhatikan keadaan ekonomi ibu bapa daripada murid-murid yang bersekolah di ‘SMPN’ ini, maka boleh dikatakan bahawa masalah pendidikan bukan merupakan unsur utama. Sesuatu yang wajar jika usaha bagi meningkatkan kemampuan murid agak memperoleh halangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi ibu bapa yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan kemudahan untuk belajar, seperti dikatakan oleh responden A04.B08.T-14/05yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 51-58) seperti yang berikut:
201
…kondisi dari orang tua itu sebagian besar kurang perhatian.. kenapa… karena mayoritas orang tua sebagai wali murid bekerja sebagai buruh.. sehingga pagi berangkat sama anak… pulang malam sehingga kurang memperhatikan kondisi belajar anak.. sehingga tidak menutup kemungkinan anak itu tidak ada yang memperhatikan..kemudian juga dari sisi ekonomi sangat berpengaruh kepada anak… anak kan hanya melihat uang ada mahupun tidak contohnya anaknya seorang kuli …padahal disekolah kan sarana ada tapi kan tidak cukup untuk masing-masing anak .. Selain daripada keadaan ekonomi ibu bapa yang rendah, kemudahan daripada sekolah juga tidak mencukupi, seperti buku pelajaran yang terhad, sedangkan orang tua tidak mempunyai kemampuan membelikan buku kepada anaknya. Hal ini juga menjadi faktor bahawa guru dalam melaksanakan kewajipan terhad kepada mengajar, usaha bagi meningkatkan kualiti prestasi murid mempunyai banyak permasalahan.
5.4.4 Aspek Purata
Setiap guru memperoleh peluang meningkatkan statusnya, seperti progam ‘sertifikasi’ guru, namun sebahagian guru malas memenuhi persyaratan ‘sertifikasi’. Keadaan ini disebabkan mereka kurang mempunyai motivasi bagi meningkatkan kualitinya, namun sebahagian besar daripada guru mempunyai semangat untuk lulus dalam ‘sertifikasi’, yang tercermin dengan semangatnya untuk mengikuti kegiatan bengkel dan yang semacamnya.
Meskipun demikian sebahagian daripada guru tidak sedar bahawa sesungguhnya ia adalah seorang guru yang mempunyai kewajipan melaksanakan pembelajaran di sekolah, seperti dikatakan responden A06.B03.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 128-132) seperti yang berikut:
Ya... memang ada sedikit yang bermasalah, namun secara umum mereka sudah mulai senang dengan profesinya sebagai guru. Ya… yang namanya guru memang ada yang kadang-kadang tidak mau sedar tugasnya sebagai guru, dan di sekolah ini ada satu orang guru yang bermasalah, ia sering tidak melaksanakan tugasnya.. 202
Demikian juga sebahagian daripada guru yang disebabkan gaji sebagai guru lebih kecil jika dibandingkan dengan aktiviti yang bersangkutan diluar sebagai guru, sehingga tugas sebagai guru seringkali dikalahkan dengan aktiviti di luar sebagai guru, seperti dikatakan responden A03.B26.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 141-147) seperti yang berikut:
...ada juga beberapa guru bukan masalah yakin dan ndak yakin... tapi menghiraukan gitu lho pak .. kan ada yang nyambi jadi musisi.. gitu.. kadang ngajarnya di nomor sekiankan... kebetulan saya deket dengan orang itu dan sempat saya tanya... lho pak enakan mana jadi guru dibanding dengan musisi.... dia jawab lebih enak ini... duitnya lebih banyak.. sekali main dia ndapat lima ratus ribu hingga satu juta gitu.. dan saya lihat orang ini sering dapat tanggapan Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada guru sedar dengan statusnya yang mempunyai tugas memberikan pelajaran kepada murid-murid agar mereka mempunyai prestasi yang baik. Sebahagian daripada mereka kurang sedar terhadap statusnya sebagai guru, hal ini disebabkan gaji sebagai guru adalah lebih kecil dibandingkan dengan gaji selain guru, contohnya sebagai ahli muzik, sekali memperoleh job pendapatan yang boleh diterima separuh daripada gaji guru selama sebulan.
5.4.5 Aspek Responiviti
Status sebagai guru boleh menjadikan perekat diantara mereka, sama ada pada peringkat tempatan, daerah mahupun nasional. Pada peringkat tempatan mereka mempunyai rasa kemuafakatan sekelompok guru mata pelajaran, dan secara nasional melalui Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI), sehingga boleh dikatakan bahawa status sebagai guru menjadikan mereka mempunyai kemuafakatan dalam membela dan memperjuangkan nasib, dan juga ada Badan Bukan Pemerintah seperti FOKUS iaitu
203
Forum Komunikasi dan Solidaritas yang sering memberikan advokasi kepada guru yang mempunyai permasalahan dengan jawatan terkait.
Penyelidik pernah mengikuti kegiatan yang dilakukan FOKUS dalam kegiatan bengkel mengenai peranan ‘Komite Sekolah’ bagi meningkatkan prestasinya sebagai kelompok daripada masyarakat yang mempunyai tugas membantu meningkatkan kualiti sekolah dan diikuti oleh ketua ‘Komite Sekolah’ seluruh Jawa Timur yang diselenggarakan di Malang pada awal Julai 2007. Kegiatan ini memberikan pengertian dan pemahaman mengenai tugas dan fungsi sebagai ‘Komite Sekolah’, kerana dibeberapa tempat, ‘Komite Sekolah’ hanya sebagai tukang stempel yang bererti bahawa segala yang dirancang oleh sekolah tidak melibatkan ‘Komite Sekolah’. Namun kerana program tersebut harus memperoleh persetujuan daripada ‘Komite Sekolah’, maka ketua ‘Komite Sekolah’ diminta menyetujui dengan memberikan tanda tangan dan stempel daripada ‘Komite Sekolah’. Demikian juga terdapat sebahagian ‘Komite Sekolah’ yang berperanan seperti parlimen, mereka mempunyai pemikiran bahawa ‘Komite Sekolah’ yang mempunyai hak untuk mengangkat dan memberhentikan pengetua, sedangkan pengetua dan guru-guru di sekolah dianggap seperti pihak pemerintah yang melaksanakan segala polisi daripada ‘Komite Sekolah’. ‘Komite Sekolah’ adalah partner daripada sekolah bagi melaksanakan programprogram yang telah dirancang bersama bagi peningkatan kualiti sekolah, inilah peranan yang hendaknya dilakukan oleh ‘Komite Sekolah’ sebagai wakil daripada ibu bapa dan masyarakat terlibat meningkatkan kualiti sekolah. Perasaan senasib yang dimiliki oleh guru, yang sama-sama mempunyai tugas dan kewajipan untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak bangsa boleh menjadikan eratnya hubungan di antara mereka, seperti dikatakan responden A06.B03.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 201-208) seperti yang berikut: 204
… keprihatinan guru terhadap rekan dan keluarganya sangat tinggi, suatu misal ada keluarga teman yang mengalami musibah, maka teman-teman guru mempunyai keprihatinan yang tinggi, namun untuk acara silaturahim dari rumah ke rumah yang tidak mungkin dilakukan, kerana jumlah guru ada 80 dan kalau setiap keluarga yang datang 2 orang, maka rumah tidak akan mencukupi dan hal ini malah merepotkan yang ketempatan, maka langkah yang dilakukan adalah jika ada acara secara bersama-masa misalkan istighozah maka dilakukan di sekolah. Senasib dan seperjuangan sebagai seorang guru menjadikan mereka mempunyai perasaan yang sama, jika ada rakan guru yang mempunyai permasalahan, rakan yang lain berusaha membantu menyelesaikannya dan usaha untuk mempererat hubungan antara guru selalunya dilakukan dengan silaturahim antara guru dan bahkan juga melibatkan keluarganya. Dapatan kajian membentangkan bahawa disebabkan tempat untuk silaturahim antara guru dan keluarganya tidak memungkinkan dilaksanakan di rumah para guru, kerana sebahagian besar rumah guru tidak memungkinkan untuk boleh menampung sebilangan guru dan keluarganya hingga mencapai 160 orang, dengan tidak mengurangi nilai-nilai silaturahim dan tetap boleh dilaksanakan kegiatan tersebut, maka penyelesaiannya adalah dilakukan di sekolah.
5.4.6 Aspek Kesesuaian
Peningkatan kualiti pendidikan boleh dicapai jika kualiti sekolah meningkat dan kualiti sekolah boleh meningkat jika usaha meningkatkan prestasi murid boleh dicapai, sehingga boleh dikatakan bahawa guru memainkan peranan meningkatkan prestasi murid. Keadaan sekarang dengan adanya program ‘sertifikasi’, status guru menjadi meningkat, kerana jika diperhatikan daripada gaji akan mengalami kenaikan dan hal ini boleh diperolehi guru jika memenuhi beberapa syarat lulus ‘sertifikasi’.
Jadi boleh dikatakan bahawa dengan meningkatnya status guru mempunyai impak untuk meningkatkan kualiti sekolah sehingga kualiti pendidikan juga meningkat,
205
seperti dikatakan responden A02.B28.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 119-120) seperti yang berikut:
Ya.. karena hal itu adalah prinsip untuk meningkatkan kemampuan kita, dan kita harus mau berubah,… kalau tidak maka dari hari ke hari ya tetap saja tidak ada peningkatan Perubahan yang terjadi pada diri seseorang bergantung kepada keinginan dirinya untuk berubah, demikian juga seorang guru jika mempunyai niat untuk meningkatkan kemampuan, maka kemudahan bagi melakukan hal itu sudah tersedia. Namun jika niat dan keinginan memang tidak ada, maka peningkatan kemampuan hanyalah sebuah harapan dan tidak pernah wujud.
5.4.7 Ringkasan Dimensi Status
Status guru merupakan sesuatu yang bermakna bagi guru, status sosial sebagai guru boleh menjadi penawar terhadap gaji yang kecil, demikian juga penghargaan dan penghormatan masyarakat terhadap guru memberikan kepuasan bagi status guru.
Daripada kajian ini diperoleh keputusan bahawa guru berprestasi merupakan usaha yang dilakukan secara mandiri, dan tidak semua guru berkehendak untuk memperoleh status guru berprestasi. Di sekolah A03, terdapat guru yang mempunyai prestasi sebagai guru berprestasi dalam inovasi pembelajaran dan memperoleh peringkat dua di Propinsi Jawa Timur, namun yang diperolehnya kerana usaha secara mandiri.
Sebahagian daripada guru yang mempunyai status kaya, bukan kerana gaji sebagai guru adalah besar, hal ini disebabkan faktor suami mahupun isteri yang kaya, mahupun disebabkan mereka termasuk keluarga kaya sebelum menjadi guru. Terdapat juga guru dengan status ekonomi yang boleh dikatakan lemah kalau tidak boleh dikatakan kurang, namun mereka cukup bahagia dengan pekerjaannya sebagai guru. 206
Bahagian ini akan dibincangkan ringkasan dimensi status guru ditinjau daripada enam aspek pemantauan polisi.
Aspek pertama adalah keberkesanan, iaitu setakat mana status guru boleh memberikan kepuasan kerja. Status guru boleh dilihat daripada pandangan masyarakat dan juga dalam hubungannya sebagai pekerja profesional. Dalam pandangan masyarakat, guru mempunyai kedudukan status sosial yang baik dan boleh berperanan dalam aktiviti masyarakat, seperti sebagai pimpinan Rukun Tetangga (RT), pimpinan Rukun Warga (RW). Hal ini ditemui di sekolah A01, A02, A05, A06, demikian juga di sekolah A04, namun di sekolah A03 terdapat guru yang belum sedar dengan statusnya, kerana mereka tidak boleh dicontohi masyarakat kerana apa yang dilakukan dalam hubunganya dengan masyarakat, seperti cara berpakaian yang tidak menunjukkan statusnya sebagai guru.
Aspek berikutnya adalah efisiensi, iaitu usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan status guru. Pemerintah sesungguhnya sedar bahawa sebahagian cara untuk meningkatkan status guru adalah dengan menaikkan gaji. Usaha untuk itu sedang dalam proses pelaksanaan polisi peningkatan gaji guru melalui program ‘sertifikasi’. Namun kerana persiapan yang kurang, bahkan boleh dikatakan tidak terdapat perancangan yang baik, maka pelaksanaan ‘sertifikasi’ guru dinodai oleh sebahagian daripada guru-guru yang mengajukan program ‘sertifikasi’ iaitu dengan memberikan keterangan palsu terhadap aktiviti yang dilakukannya.
Dapatan kajian dalam penyelidikan ini ditemui, bahawa mereka yang mengajukan program ‘sertifikasi’ adalah betul-betul mereka yang mempunyai kelayakan, di sekolah A01, A02, A05, A06, demikian juga di sekolah A03 dan A04
207
yang temasuk sekolah kategori ketiga, malah mereka yang mengajukan program ‘sertifikasi’ adalah guru-guru yang mempunyai prestasi terbaik.
Manakala aspek kecukupan iaitu setakat mana status guru boleh memberikan manfaat untuk peningkatan kualiti pendidikan. Peningkatan kualiti pendidikan di sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satu faktor adalah peranan guru. Hal ini boleh dilaksanakan di sekolah A01, A02, A05 dan A06, namun di sekolah A03 dan A04 peranan tersebut masih belum optimum dilaksanakan. Keadaan ini disebabkan oleh adanya sebahagian guru dalam melaksanakan kewajipan mengajar dari waktu ke waktu hanya memindahkan ilmu, tidak memindahkan nilai demikian juga kaedah mengajar yang dilakukan juga tidak mengalami perubahan dari masa ke semasa yang bererti tidak ada kemajuan. Di sekolah A03 dan A04 yang termasuk sekolah kategori ketiga, dengan input daripada murid boleh dikatakan mempunyai kemampuan yang rendah sehingga kadangkala motivasi guru dalam mengajar juga rendah, sehingga peningkatan kualiti pendidikan agak perlahan.
Aspek berikutnya adalah purata, iaitu apakah setiap guru memperoleh kesempatan bagi meningkatkan statusnya. Daripada dapatan kajian diperoleh keputusan bahawa di sekolah A01, A02, A05 dan A06 setiap guru memperoleh peluang untuk meningkatkan statusnya, seperti progam ‘sertifikasi’ guru. Namun sebahagian guru yang berkhidmat di sekolah A03 dan A04, kerana malas untuk memenuhi persyaratan peningkatan profesionalisme tersebut, dan mereka kurang mempunyai motivasi bagi meningkatkan kualitinya.
Aspek kelima adalah responiviti, iaitu setakat mana status guru boleh mempererat nilai kemuafakatan di antara guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan statusnya, sebagai guru yang mempunyai perasaan senasib dan seperjuangan,
208
menjadikan mereka mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap sesama mereka dan nilai-nilai kemuafakatan boleh wujud. Jika ada rakan yang memerlukan bantuan, maka rakan yang lain mencuba mengusahakan untuk membantunya, demikian juga hubungan silaturahim di antara mereka selalunya diusahakan untuk dilaksanakan sabagai usaha bagi menumbuhkan rasa kemuafakatan yang sudah terbina.
Aspek terakhir daripada polisi pemantauan adalah kesesuaian, iaitu setakat mana keberadaan guru boleh memberikan impak kepada peningkatan autonomi dalam usahanya bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Di sekolah A01, A02, A05, dan A06 didapati bahawa dengan statusnya, guru boleh meningkatkan kualiti pembelajaran, dan mempunyai impak kepada peningkatan kualiti prestasi murid. Namun di sekolah A03 dan A04 ada sebahagian guru yang belum boleh meningkatkan kualiti pembelajarannya, mereka mengajar kerana hanya untuk melaksanakan kewajipan.
5.5 Dimensi Kepercayaan Diri
Seseorang dalam melaksanakan kewajipannya kadangkala mempunyai perasaan tidak percaya diri, hal ini boleh disebabkan oleh keadaan dirinya, seperti seseorang berasa dirinya kurang mampu melaksanakan pekerjaannya, boleh juga disebabkan daripada status mengenai dirinya, demikian juga kerana persekitarannya, sama ada persekitaran berkait dengan pekerjaan mahupun persekitaran masyarakat tempat mereka bertempat tinggal.
Kepercayaan diri seorang guru dalam melaksanakan kewajipan bagi menyampaikan ilmu di hadapan murid-murid dan interaksi dengan persekitaran masyarakat boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, kemampuan yang dimiliki oleh guru, hal ini bererti setakat mana profesionalisme yang dimiliki oleh guru, apakah
209
profesionalisme yang dimiliki sudah memenuhi syarat minimum yang harus dimiliki oleh guru, setakat mana usaha yang dilakukan bagi meningkatkan profesionalismenya.
Kedua mengenai perilaku yang diamalkan oleh guru, bolehkah segala sesuatu yang dilaksanakan guru dicontoh oleh murid mahupun masyarakat persekitaran, demikian juga apakah perkataan yang diucapkan boleh dipercayai, sama ada oleh murid mahupun masyarakat persekitaran. Jika segala yang dikatakan dan diamalkan guru boleh dipercayai dan dicontoh oleh murid mahupun oleh masyarakat persekitaran, maka kepercayaan diri sebagai seorang guru menjadi lebih meningkat.
Ketiga, kepercayaan diri seorang guru boleh dilihat daripada status sebagai seorang guru. Seperti dihuraikan sebelumnya, bahawa status sebagai seorang guru mengalami pasang surut, hal ini disebabkan adanya pergeseran nilai hubungan antara manusia, yang sebelumnya hubungan antara manusia didasarkan oleh adanya kemuafakatan. Perubahan yang terjadi memberikan impak bahawa hubungan antara manusia mengalami pergeseran dengan mendasarkan diri kepada kepentingan, dengan pertimbangan sejauh mana keuntungan yang diperoleh dan juga kerugian yang akan dideritanya. Memperhatikan huraian tersebut, untuk melihat setakat mana kepercayaan diri sebagai seorang guru dengan memperhatikan enam aspek pemantauan iaitu aspek keberkesanan, efisisien, kecukupan, purata, responiviti dan kesesuaian, maka huraian berikut merupakan dapatan kajian dalam penyelidikan ini.
5.5.1 Aspek Keberkesanan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, ditinjau dari aspek keberkesanan, guru dalam melaksanakan kewajipannya berasa yakin dengan dirinya, hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, antara lain adanya sikap daripada persekitaran tempat kerja yang 210
mengakui keberadaannya sebagai orang yang sangat diperlukan untuk membantu menghantarkan murid meningkatkan kemampuan. Selain itu, disebabkan adanya panggilan jiwa yang datang setelah melihat begitu banyaknya murid yang memerlukan bantuan dirinya bagi membaiki diri daripada kebodohan. Hal ini seperti dikatakan oleh responden A03.B26.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 126-137) seperti yang berikut:
Kalau saya pribadi sekarang sudah yakin... dulu waktu ngajar pertama selama satu minggu saya sempat nangis terus-terusan.. saya nggak mau jadi guru ..... saya menjadi guru sesungguhnya ingin nyenengno orang tua waktu itu... karena setelah saya lulus saya sukwan di SD Merjosari.. kemudian saya diberi wawasan oleh Ibu... kemudian saya berasa iba... diwaktu saya mengajar paket pak... paket A sampai paket C. Paket A saya mengajar... kemudian ketemu dengan orang BKD diknas.. saya mengajar di Joyo Grand di pondok maghfiroh.. saya sangat iba karena di tempat seperti ini kok nggak ada yang mau ngajar.. kemudian saya lepas SD Merjosari dan saya mengajar di pondok tersebut selama 2 tahun..akhirnya saya mengajar bukan hanya karena uang.. tapi karena panggilan.. dan sampai sekarang meski saya tidak lagi mengajar di pondok .. mereka masih menganggap saya sebagai ibu Sebahagian daripada guru kadangkala berasa kurang yakin dengan dirinya, hal ini disebabkan oleh statusnya yang berpendapatan rendah, jika dibandingkan dengan pekerja profesional yang lain, seperti doktor, akuntan. Namun dengan adanya program ‘sertifikasi’ yang mempunyai impak peningkatan gaji bagi mereka yang sudah lulus program tersebut, maka kepercayaan diri menjadi semakin meningkat, seperti dikatakan oleh responden A01.B14.T-31/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 9497) seperi berikut:
Ya... yang namanya guru memang ada yang kadang-kadang kurang percaya diri, namun dengan adanya peningkatan kesejahteraan, pengembangan profesionalisme, maka sedikit demi sedikit guru berasa yakin dengan dirinya… Sebagaimana dihuraikan sebelumnya, bahawa faktor yang boleh mempengaruhi kepercayaan diri guru antara lain adalah gaji dan profesionalisme, adanya peningkatan kesejahteraan yang diatur melalui pelaksanaan program ‘sertifikasi’, menjadikan 211
kepercayaan diri seorang guru semakin meningkat. Demikian juga dengan adanya peningkatan profesionalisme sama ada secara formal dengan pemberian kesempatan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mahupun melalui kegiatan bengkel, yang keduanya memperoleh kemudahan daripada sekolah.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepercayaan diri seorang guru ditinjau daripada aspek keberkesanan, guru berasa yakin dengan dirinya yang disebabkan adanya penggilan jiwa dalam melaksanakan tugas. Namun kepercayaan diri sebagai guru kadangkala juga mengalami penurunan yang disebabkan mengenai gaji dan kemampuan dirinya. Dengan adanya program ‘sertifikasi’ sebagai usaha pemerintah untuk meningkatkan gaji dan memotivasi guru meningkatkan kemampuannya, kepercayaan diri seorang guru menjadi semakin meningkat.
5.5.2 Aspek Efisiensi
Seperti dihuraikan sebelumnya bahawa kepercayaan diri sebagai seorang guru disebabkan oleh faktor gaji dan profesionalismenya, untuk itu usaha yang hendaknya dilakukan adalah meningkatkan gaji guru dan peningkatan profesionalisme. Untuk peningkatan gaji guru, ada dua hal yang boleh dilakukan, iaitu sekolah memberikan tambahan pendapatan yang berupa elaun perjalanan, elaun tambahan jam mengajar dan elaun kehadiran. Metod lain adalah melalui program ‘sertifikasi’, iaitu program yang dilaksanakan secara nasional bagi guru dan dosen (pensyarah) sebagai amanat daripada undang-undang tentang guru dan dosen (pensyarah). Bagi mereka yang lulus program tersebut akan memperoleh tambahan pendapatan berupa satu kali gaji.
Kajian ini mendapati bahawa setiap sekolah memberikan tambahan pendapatan bagi guru yang besarnya bergantung kepada kemampuan sekolah, seperti dikatakan oleh
212
responden A06.B03.T-04/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 173-183) seperti yang berikut:
…sekolah ini memberikan tambahan pendapatan kepada guru , meski besarnya tidak banyak namun ini bentuk penghargaan yang diberikan sekolah kepada guru. Mereka yang masuk sekolah memperoleh transport tiga ribu rupiah dan ini berlaku untuk semua mulai dari satpam, TU hingga kepala sekolah, dan untuk guru memperoleh tambahan pendapatan dengan penghargaan sebesar tujuh ratus lima puluh rupiah setiap tatap muka, sehingga jika guru mengajar 18 jam dengan jumlah tatap muka 9 kali dalam satu minggu dan berarti 36 kali dalam satu bulan, maka guru akan memperoleh tambahan penghasilan sebesar 36 x Rp. 750.00, yaitu sebesar dua puluh tujuh ribu rupiah dan setiap hari guru masuk sekolah, maka akan memperoleh transport sebesar 24 x Rp.3000.00 = Rp. 72,000.00 Jika seorang guru melaksanakan tugas selama 24 hari untuk sebulan, dengan kewajipan mengajar 18 jam pelajaran, maka guru tersebut memperoleh pendapatan dari sekolah sebesar Rp.72,000.00 untuk elaun perjalanan, dan Rp.27,000.00 pendapatan daripada jam mengajar sehingga jumlah keseluruhan pendapatan yang diperoleh dari sekolah sebesar Rp.99,000.00 sebulan. Kalau diperhatikan, pendapatan yang diperoleh dari sekolah memanglah tidak besar, namun hal ini menunjukkan adanya penghargaan dan perhatian daripada sekolah kepada guru terhadap pengabdian yang dilakukan.
Program berikutnya adalah pelaksanaan ‘sertifikasi’, dan ini merupakan program yang sangat diharapkan oleh guru, kerana dengan lulus program setifikasi, guru akan memperoleh gaji sebesar satu kali gaji, seperti dikatakan oleh responden A02.B18.T07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 70-75) seperti yang berikut:
Setahu saya kok semua semangat sebagai seorang guru......Itu yang ditunggu teman-teman, karena dengan adanya sertifikasi pendapatan guru menjadi meningkat. Manakala berkait dengan profesionalisme, langkah yang dilakukan sekolah bagi meningkatkan profesionalisme guru seperti dihuraikan sebelum ini adalah dengan meningkatkan peringkat pendidikan guru bagi yang belum memenuhi syarat, iaitu 213
mereka yang belum mengikuti program Sarjana Muda, maka sekolah memberikan kemudahan untuk mengikuti program tersebut. Selain itu, dilaksanakan program peningkatan profesionalisme secara tidak formal melalui kegiatan MGMP, MGMPS, dan bengkel. Sekolah juga memberikan kemudahan dengan adanya interaksi aktif antara guru di sekolah, seperti dikatakan responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 143-146) seperti yang berikut:
Sekolah telah memberikan kebebasan,.. dan teman-teman saya lihat kreatif dan selalu inovatif dalam melaksanakan pembelajaran,.. apalagi tempat duduk guruguru sesuai dengan rumpun mata pelajarannya sehingga kesempatan untuk berdiskusi terbuka setiap saat Pernyataan responden tersebut menunjukkan bahawa sebagai langkah bagi meningkatkan profesionalisme guru, sekolah memberikan kesempatan kepada guru untuk kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan pembelajaran dan jika ada yang perlu didiskusikan, maka boleh dilakukan di bilik guru, kerana posisi tempat duduk mereka di bilik guru berdekatan satu kelompok mata pelajaran, hal ini memudahkan bagi guru melaksanakan diskusi.
Daripada dapatan kajian ini diperoleh keputusan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan kepercayaan diri guru, iaitu melalui kenaikan gaji dan juga motivasi bagi meningkatkan kemampuannya, sama ada secara formal mahupun tidak formal.
5.5.3 Aspek Kecukupan
Seseorang yang berasa yakin dengan dirinya, maka dalam melaksanakan kewajipan akan mempunyai motivasi yang tinggi bagi meningkatkan prestasinya. Demikian juga seorang guru dengan kepercayaan diri yang tinggi akan mempunyai semangat dan motivasi bagi meningkatkan kemampuannya, prestasinya menjadi 214
semakin baik dan hasil yang diperoleh dengan sendirinya juga semakin baik. Seperti dikatakan responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 104-107) seperti yang berikut:
Jadi apa yaa.. confident.. guru-guru disini mempunyai kepercayaan yang kuat sebagai guru.. dan saya melihat guru-guru mempunyai motivasi untuk maju.. saya sering sampaikan kepada teman-teman tentang kewajipan kita sebagai guru… Terlihat bahawa dengan kepercayaan dirinya, seorang guru mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi bagi meningkatkan kemampuanya dan sebagai seorang guru tugas utamanya adalah membawa murid-murid untuk meningkatkan prestasinya.
Meskipun seorang guru yakin dengan keberadaan dirinya, namun dalam implementasinya belum semua guru boleh meningkatkan motivasi bagi melaksanakan tugas pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian mengenai rendahnya motivasi guru bagi melaksanakan tugas terjadi di sekolah A03 dan A04, hal ini sebagaimana dikatakan oleh responden A10.B19.T-07/07 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 135-137) seperti yang berikut:
Yaa.. karena kita yang punya anak, tapi gurunya ya biasa-biasa saja sepertinya,..malah.. kepala sekolahnya bilang …. karena jika tidak lulus bisa ikut program paket, kan repot Keadaan guru yang demikian menunjukkan bahawa, guru belum boleh memberikan impak kepada dirinya agar memiliki motivasi yang tinggi bagi meningkatkan kemampuan murid melalui pembelajaran yang boleh menghantarkan murid mencapai prestasi cemerlang.
Daripada dapatan kajian tersebut boleh dikatakan bahawa kepercayaan diri seorang guru boleh meningkatkan motivasinya bagi meningkatkan kemampuan dirinya,
215
namun sebahagian daripada sekolah mempunyai permasalahan mengenai motivasi meningkatkan kemampuannya yang disebabkan oleh keadaan sekolah itu sendiri.
5.5.4 Aspek Purata
Setiap guru mempunyai hak dan peluang yang sama untuk meningkatkan kepercayaan dirinya, seperti melaksanakan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK). Sesungguhnya para guru telah melaksanakan kegiatan PTK, iaitu semasa mereka menemui permasalahan dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran di kelas dan berusaha mencari penyelesaian daripada permasalahan tersebut. Namun kebiasaan menuliskan hasil penyelidikan yang telah dilakukan merupakan kelemahan yang dihadapi oleh sebahagian besar guru. Sebagaimana dikatakan oleh responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 113-117) seperti yang berikut: Ya.. itu betul.. mereka memang sudah melaksanakan tetapi belum menulis,.. tetapi sekarang sudah mulai.. seperti ada teman yang nyampaikan “ saya punya judul ini, yaitu tentang snowball, bagaimana” ya.. diteruskan aja jika siklus pertama tidak jalan lanjutkan pada siklus berikutnya.. dan paling tidak guru-guru mulai tertarik.. Daripada kajian ini didapati bahawa sesungguhnya semua guru sudah melaksanakan penyelidikan mengenai tindakan kelas, kerana pada saat guru melaksanakan tugas pembelajaran, minimum pernah menemui murid yang bermasalah didalam belajar, dan guru tentunya berusaha mengetahui penyebab daripada permasalahan murid didalam belajar dan berusaha untuk mencari penyelesaian daripada permasalahan tersebut. Usaha yang dilakukan guru untuk mengetahui penyebab permasalahan kesukaran belajar daripada murid dan usaha mencari penyelesaiannya merupakan rangkaian kegiatan penyelidikan. Namun untuk menuliskan apa yang sudah dilakukan merupakan suatu kesukaran tersendiri bagi guru. 216
Menuliskan kegiatan yang dilaksanakan dalam usahanya bagi meningkatkan kemampuan murid yang berbentuk laporan penyelidikan, merupakan sebahagian daripada syarat lulus program ‘sertifikasi’, sehingga kegiatan menulis menjadi suatu keperluan untuk dipelajari dan dilaksanakan oleh guru. Namun demikian ada sebahagian guru yang enggan untuk belajar meningkatkan kemampuan dirinya, padahal kemudahan sudah disediakan sekolah, seperti dikatakan responden A05.B13.T-11/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 207-213) seperti yang berikut: Ndak ada pak...cuma gini Pak ada yang nggak mau berusaha kayak TI... ndak mau, tapi karena ada tuntutan... karena sekolahkan sudah mencanangkan TI, setidaknya setiap guru kan bisa... pegang komputer..ada yang sambil guyon.. wis yen ngono aku njaluk pensiun ae.. gitu .. karena mereka ndak ada semangat untuk belajar .. sebetulnya fasilitas ada.. lengkaplah cuma males lah .. karena mereka sukanya njagakne teman.. kalau terpaksa suruh ngerjakan sendiri biasanya dia nulis... Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keengganan guru bagi meningkatkan kemampuannya disebabkan semangat belajar yang kurang, untuk itu perlu didorong agar mempunyai motivasi untuk selalu belajar, dan belum semua guru mempunyai motivasi bagi meningkatkan kemampuan dirinya, padahal langkah ini merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan kepercayaan diri seorang guru. 5.5.5 Aspek Responiviti Untuk meningkatkan kemampuannya, guru-guru saling bertukar maklumat permasalahan pembelajaran. Hal ini boleh menjadikan nilai kemuafakatan diantara mereka menjadi lebih tinggi dan boleh meningkatkan kepercayaan dirinya sebagai seorang guru, seperti dikatakan responden A02.B04.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 264-270) seperti yang berikut:
217
Untuk meningkatkan peran mereka menjadikan sekolah ini menjadi lebih baik salah satu yang dilakukan adalah adanya interaksi yang berkelanjutan antara guru per mata pelajaran dan hal ini diwujudkan dengan tempat duduk mereka di ruang guru dikelompokkan sesuai dengan mata pelajaran yang diajarkannya, sehingga jika ada waktu luang mereka bisa mendiskusikan mata pelajaran yang mungkin diperlukan sesuai dengan kelompok mata pelajaranya. Kepercayaan diri sebagai guru menjadikan pemahaman mereka bahawa guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama terhadap murid-muridnya, keadaan ini memberikan impak kepada kemuafakatan dalam meningkatkan kualiti sekolah, seperti dikemukakan oleh responden A02.B18.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 79-80) seperti yang berikut:
Setahu saya guru-guru berasa mempunyai nasib yang sama sehingga nilai-nilai kemufakatan menjadi kental Perasaan yang sama sebagai seorang guru, seorang profesional yang mempunyai gaji rendah, membawa impak kepada nilai-nilai kemuafakatan yang tinggi bagi melaksanakan kehidupan dan tugas, apalagi sekolah yang boleh dikatakan termasuk kategori rendah, nilai-nilai kemuafakatan dan keprihatinannya semakin tinggi dibandingkan dengan sekolah yang termasuk kategori pertama dan kategori kedua.
5.5.6 Aspek Kesesuaian
Daripada dapatan kajian dalam penyelidikan ini diperoleh keputusan bahawa guru memperoleh kepuasan dengan kegiatan membantu murid-murid meningkatkan prestasinya, dan mereka berasa mempunyai motivasi dan semangat untuk maju dan berkembang dengan mengikuti pelbagai kegiatan meningkatkan profesionalismenya, sama ada kegiatan yang berbentuk formal mahupun kegiatan yang berbentuk tidak formal. Namun dengan adanya pelbagai peraturan yang kadangkala mengikat guru untuk berbuat kreatif, menjadikan guru berasa kurang yakin bagi melaksanakan suatu inovasi. Hal ini yang kadangkala membuat guru selalu berhati-hati dan boleh 218
menjadikan kepercayaan diri sebagai seorang guru berkurang, seperti dikatakan responden A14.B16.T-28/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 68-72) seperti yang berikut:
Para guru telah puas dengan apa yang secara rutin dilakukan… kepercayaan diri untuk maju, berkembang dan profesional terkendala oleh aturan yang mengikat baik yang disusun oleh sekolah mahupun dinas. Takut untuk salah yang berdampak pada karir membuat para guru selalu berhati-hati yang justru hal ini mengurangi rasa kepercayaan dirinya. Dapatan kajian ini memberikan erti bahawa meskipun autonomi sekolah sudah diberlakukan, namun peranan guru kadangkala masih terhalang oleh peraturan yang boleh membatasi guru untuk melaksanakan kewajipannya, hal inilah yang boleh mengurangkan kepercayaan diri seorang guru.
5.5.7 Ringkasan Dimensi Kepercayaan Diri
Kepercayaan diri guru akan profesionalisme masih relatif kecil, guru identik dengan pegawai yang patuh, setia, kerja rutin, gaji kecil, hal itulah yang masih mendominasi kepercayaan guru, demikian juga polisi pemerintah mengenai sistem penggajian, penghargaan, masih kurang, menjadikan guru tidak berasa yakin dengan dirinya.
Dengan adanya pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang memberikan harapan kepada guru mempunyai kepercayaan terhadap dirinya dalam melaksanakan tugas untuk mencerdaskan anak bangsa. Berikut dihuraikan rumusan ringkasan dimensi kepercayaan diri guru ditinjau daripada enam aspek pemantauan polisi seperti yang berikut.
Ditinjau dari aspek keberkesanan iaitu setakat mana guru mempunyai kepercayaan bahawa dirinya adalah termasuk orang yang bermanfaat dalam ikut 219
mencerdaskan anak bangsa. Di sekolah A01, A02, A05 didapati bahawa semua guru berasa yakin dengan keberadaan dirinya sebagai guru sehingga pelaksanaan kewajipan sebagai guru boleh dilaksanakan sepertimana seharusnya. Namun untuk sekolah A03, A04 dan A06, ada sebahagian guru yang berasa kurang yakin dengan dirinya, sehingga pelaksanaan tugas sebagai guru kadangkala terabaikan dan lebih mengutamakan pekerjaan di luar sebagai guru.
Aspek berikutnya adalah efisiensi, iaitu setakat mana usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kepercayaan diri sebagai seorang guru. Usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru yang dilakukan sekolah A01 adalah dengan memberikan contoh dan motivasi kepada sesama rakan, terutama dengan melakukan penyelidikan, peningkatan kesejahteraan dan juga dengan peningkatan kemampuan guru boleh meningkatkan kepercayaan diri guru.
Untuk sekolah A02, A04, A05 dan A06 usaha yang dilakukan adalah adanya pelatihan, misalnya tentang penyelidikan tindakan kelas, tambahan kesejahteran, kenaikan gred jawatan yang selama ini menjadi halangan pada saat guru mempunyai gred jawatan IV A dan untuk ke gred jawatan IV B adalah sesuatu yang sangat sukar bagi guru-guru kerana halangan penulisan karya ilmiah. Untuk mencari penyelesaian daripada kesulitan penulisan karya ilmiah, penyelidik telah memberikan bengkel penulisan dan penyelidikan tindakan kelas di sekolah A02 pada akhir Julai 2007. Sedangkan untuk sekolah A03 lebih mengutamakan keprihatinan terhadap sesama rakan dan kemuafakatan untuk meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru.
Manakala aspek kecukupan iaitu setakat mana kepercayaan diri guru boleh memberikan motivasi dan meningkatkan kualiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan kemampuan yang dimiliki dan peranan sekolah untuk meningkatkan
220
kepercayaan diri guru mempunyai impak kepada motivasi yang tinggi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah, hal ini ditemui di sekolah A01, A02, A04, A05, dan A06, sedangkan di sekolah A03 meski kepercayaan diri guru mengalami peningkatan, namun dalam implementasi belum boleh meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan kualiti tugas pembelajaran.
Aspek berikutnya adalah purata iaitu, apakah setiap guru memperoleh kesempatan untuk meningkatkan kepercayaan dirinya. Daripada kajian ini menunjukkan bahawa di semua sekolah tempat kajian setiap guru mempunyai hak dan peluang yang sama untuk meningkatkan kepercayaan dirinya, seperti melaksanakan Penyelidikan Tindakan Kelas (PTK). Aspek kelima adalah responiviti, iaitu setakat mana kepercayaan diri sebagai seorang guru boleh memberikan nilai kemuafakatan dan keprihatinan. Daripada dapatan kajian menjelaskan bahawa semua sekolah tempat kajian menunjukkan adanya nilainilai kemuafakatan dan keprihatinan yang tinggi, apalagi di sekolah A03 dan A04, kemuafakatan dan kepeduian antara rakan guru sangat tinggi. Sedangkan aspek terakhir pemantauan polisi daripada kepercayaan guru adalah kesesuaian, iaitu kepercayaan diri guru boleh bermanfaat bagi peningkatan autonomi dalam peningkatan kualiti pendidikan. Daripada semua sekolah tempat kajian menunjukkan bahawa kepercayaan diri sebagai guru sangat diperlukan untuk meningkatkan kemampuan dalam bidang pengajian yang menjadi tugas mengajarnya, hal ini boleh memberikan motivasi untuk meningkatkan profesionalismenya 5.6 Dimensi Autonomi Tugas utama guru adalah, membuat perancangan sebelum proses pembelajaran yang antara lain adalah program tahunan, program semester, sukatan mata pelajaran dan rancangan pelaksanaan pembelajaran. Progam tahunan berisi mengenai kandungan 221
utama yang hendak diajarkan selama dua semester mahupun satu tahun yang dilengkapi dengan bilangan jam pelajaran. Program semester merupakan huraian daripada program tahunan, sedangkan sukatan mata pelajaran adalah huraian mata pelajaran mengenai kompetensi asas yang harus dimiliki, kegiatan pembelajaran yang dirancang, cara penilaian, masa yang diperlukan serta sumber belajar yang digunakan. Manakala rancangan pelaksanaan pembelajaran merupakan huraian terperinci mengenai mata pelajaran yang disampaikan kepada murid setiap bahagian mata pelajaran. Keseluruhan daripada perancangan tersebut pada masa autonomi daerah, disusun dan dirancang oleh guru mata pelajaran bagi setiap sekolah. Hal ini memungkinkan sekolah yang satu dengan yang lain terdapat perbezaan mengenai pendekatan pembelajaran. Keadaan ini disebabkan oleh penerapan Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP), iaitu kurikulum yang disusun dan dirancang oleh guru mata pelajaran di sekolah, dengan berpandukan kepada kurikulum mata pelajaran secara am. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama diberi autoriti di suatu sekolah untuk merancang piawai kompetensi, sukatan mata pelajaran dan rancangan pelaksanaan pembelajaran yang disesuaikan dengan keadaan masing-masing sekolah. Dalam bahasan ini autonomi yang diberikan kepada guru dikaji daripada enam aspek pemantauan polisi seperti huraian berikut. 5.6.1 Aspek Keberkesanan Hasil daripada pengembangan profesionalisme dan pemberian autoriti penuh kepada guru melaksanakan pembelajaran di kelas adalah diperoleh kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan pembelajaran sehingga usaha bagi meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan kualiti pembelajaran boleh tercapai. Inovasi dan kreativiti guru dalam melaksanakan pembelajaran sangat didokong oleh sekolah, bahkan kemudahan untuk peningkatan kualiti pembelajaran diusahakan 222
dan disediakan, seperti dikatakan responden A01.B14.T-31/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 150-155) seperti yang berikut: Sesuai dengan mata pelajarannya….sangat didukung, sangat didukung, misalnya mereka mengembangkan pembelajaran melalui bagaimana,.. memerlukan fasilitas yang memungkinkan, misalnya memerlukan peralatan seperti LCD, laptop disediakan, sedangkan mereka yang belum bisa memanfaatkan peralatan tersebut diupayakan untuk belajar menggunakannya, …. Daripada kajian ini didapati bahawa usaha bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, sekolah memberikan kemudahan untuk melaksanakannya, seperti LCD, Laptop, dan bagi mereka yang belum boleh menggunakannya, sekolah memberi kesempatan untuk belajar memanfaatkan kemudahan yang diperlukan. Namun, beberapa orang guru belum boleh melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas pembelajaran. Sebahagian daripada guru hanya melaksanakan kewajipan sebagai guru dengan datang ke sekolah dan mengajar sesuai dengan jam pelajaran yang menjadi kewajipannya, setelah itu mereka berasa tidak mempunyai kewajipan lain. Seperti dikatakan responden yang mempunyai kod A03.B07.T-07/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 178-182) seperti yang berikut: Sesungguhnya banyak faktor seperti yang tersebut di atas,. Guru-guru.. sekarang kan sudah mulai bergeser seperti ngajar setelah itu pulang, kerja kalau ada uang kalau tak ada tak kerja… padahal kita berusaha bahwa dalam kita bekerja selain dapat uang kita kan dapat amal sebagai sangu kita… tapi sekarang itu kan berbalik Keadaan tersebut menunjukkan bahawa dengan adanya autoriti yang diberikan kepada guru menyampaikan pelajaran di kelas sesuai dengan inovasi dan kreativitinya, ternyata sebahagian guru masih ada yang belum boleh melaksanakannya.
5.6.2 Aspek Efisiensi
Usaha yang dilakukan untuk meningkatkan profesionalisme guru adalah memberikan tugasan untuk mengikuti kegiatan bengkel, sehingga akan diperoleh
223
interaksi dengan guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Selain itu, guru-guru yang sudah melaksanakan kreativiti dan inovasi boleh memberikan contoh agar diikuti oleh mereka yang belum melaksanakannya, seperti dikatakan responden A05.B13.T11/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 249-254) seperti yang berikut:
.....teman-teman selalu membantu.. dan sebetulnya dia juga mempunyai beban jika selalu menggantungkan kepada temanya...sebab mereka tahu pada saat kita kerja.. kan sampai lama... yooh aku mesakke yen iso ojo ngrepotke seperti pada saat penataran di hotel kemarin mereka juga mencoba untuk belajar... karena masing-masing kan punya tugas sendiri-sendiri.. sehingga akhirnya mereka juga belajar... Suatu perubahan yang dilakukan dalam kegiatan pembelajaran belum tentu boleh diikuti oleh guru-guru yang lain. Namun usaha yang dilakukan secara berterusan dan interaksi yang terjadi antara guru memberikan kesedaran kepada mereka yang belum mengikuti adanya perubahan.
Usaha yang dilakukan untuk meningkatkan profesionalisme dilakukan juga secara formal. Sekolah yang mempunyai kod A03 telah membuat sebuah polisi bahawa untuk meningkatkan kualiti dan mengembangkan profesionalisme guru, sekolah memberikan peluang kepada guru untuk menempuh program Sarjana. Seperti dikatakan responden A03.B05.T-07/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 163-170) seperti yang berikut:
Selain itu kami juga memberikan penghargaan kepada guru-guru yang belum S-1 kita beri dana untuk melanjutkan studi, tapi hanya SPP lho, dan juga memberi kesempatan untuk melaksanakan penyelidikan tindakan kelas, ya dananya tidak banyak, tapi hal ini kan untuk meningkatkan profesinya, kalau ndak salah untuk setiap tahun sebesar dua juta rupiah untuk empat proposal. Kemudian saya juga memberikan motivasi kepada guru yang berprestasi diberi kesempatan untuk memberikan beamurid S-2 dengan biaya SPP nya saja. Untuk sekolah yang mempunyai input murid baru dengan prestasi rendah, mempunyai impak kepada sekolah, bahawa usaha yang dilakukan sekolah adalah bagaimana murid-murid boleh masuk sekolah. Sehingga usaha agar guru berkreasi dan 224
berinovasi dalam pembelajaran boleh dikatakan masih kurang. Seperti dikatakan responden A10.B19.T-07/07 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 158-164) seperti yang berikut:
Kalau kemampuan gurunya, saya rasa ya.. cukupan, sehingga kalau kepala sekolahnya sudah digarap lengkah berikutnya adalah gurunya untuk meningkatkan tugas dan fungsinya, dan untuk yang pertama ini saya tidak mempersoalkan kompetensinya namun tugas dan fungsinya benar-benar dijalankan maka hal itu langkah pertama yang hendaknya dilakukan. Dan saya pernah punya pikiran, kalau keadaanya seperti ini tidaklah mungkin sekolah ini akan menjadi lebih baik… Keadaan tersebut menjadi perhatian daripada pihak ‘Komite Sekolah’, kerana jika tidak segera dilakukan perbaikan, usaha untuk meningkatkan kualiti sekolah hanyalah suatu harapan yang tidak pernah wujud. 5.6.3 Aspek Kecukupan Pemberian autonomi dalam pembelajaran, boleh memberikan peluang kepada guru berkreasi dan berinovasi dalam pembelajaran, hal ini mempunyai impak kepada model pembelajaran yang menyenangkan. Jika murid-murid dalam mengikuti belajar dikelas berasa suka, boleh berakibat kepada meningkatnya motivasi murid dalam belajar dan hal ini boleh berimplikasi kepada peningkatan kualiti sekolah. Usaha sekolah bagi meningkatkan kemampuan guru dalam melaksanakan pembelajaran di kelas seperti dikatakan responden A05.B25.T-03/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 27-36) seperti yang berikut: Dengan kita tahu perbandingan ini dan kita buat suatu perancanganan.. ndak masalah.. meskipun yang lari sedikit.. yang penting kemauan.. terus terang saja banyak guru yang alergi demok komputer, sekarang bagaimana masyarakat itu tidak alergi di muka komputer..nah kita rancang dengan internet.. dan di sekolah ini 10 lokal sudah online semua.. misalnya di ruang guru.. meneng-meneng saya tunjukkan.. lhoo ini ada obat ngurokno awak... padahal di situ banyak orang gemuk-gemuk... ooo ono resep masakan.. lho wonten pak waris.. lho di internet itu lho sembarang ono..akhirnya mereka mau mencoba..nah setelah itu masuk ke masalah pembelajaran.. ibarat ring itu terus munyer gitu lho... ini memang butuh kejelian 225
Kesungguhan dalam menghantarkan guru untuk mengenal teknologi maklumat dilakukan oleh sekolah yang mempunyai kod A05, melalui interaksi yang berkelanjutan dan kadangkala diselingi dengan humor, membolehkan guru untuk mempelajarinya. Sekolah
yang
mempunyai
kod
A01,
mencuba
mengusahakan
pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat, dan sebahagian guru yang sudah menggunakannya mencuba mengajak guru-guru lain agar mahu dan mampu melaksanakannya. Seperti dikatakan responden A01.B31.T-07/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 57-63) seperti yang berikut:
….saya sudah mulai mengajak menggunakan fasilitas IT,.. saya sudah terbiasa mengajar menggunakan LCD.. pakai laptop… begini lho enaknya mengajar dengan menggunakan laptop.. hanya membuat sekali saja bisa untuk mengajar di beberapa tempat dan untuk berikutnya hanya tinggal memperbaharui sesuai dengan perkembangan.. dan saya menggunakan LCD untuk pembelajaran penguatan dan saya berusaha bagaimana belajar dengan student center betulbetul bisa dilaksanakan Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan LCD, Laptop sebagai kemudahan, dan pembelajaran menjadi lebih menyenangkan. Selain itu, jika hendak memperbaharui pelajaran yang akan disampaikan cukup merubah beberapa bahagian dan disesuaikan dengan perkembangan.
5.6.4 Aspek Purata
Pihak sekolah sesungguhnya sudah mengusahakan dengan memberikan kesempatan kepada guru untuk melakukan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran. Namun sebahagian daripada guru belum boleh meningkatkan kualiti pembelajaran, cara mengajar masih tetap menggunakan cara lama. Apalagi bagi mereka yang mendekati masa persaraan, seperti dikatakan responden A02.B28.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 161-163) seperti yang berikut:
226
Saya pikir ya.. sekolah telah memberikan kesempatan kepada guru untuk berkembang…… tetapi jumlahnya tidaklah banyak… dan mungkin yang sudah mendekati masa pension… Selain daripada mereka yang mendekati masa persaraan, faktor keengganan untuk melakukan kreativiti dan inovasi juga sebagai penyebab tidak puratanya autonomi yang diberikan kepada guru boleh terlaksana sesuai dengan perancangan, seperti dikatakan responden A02.B28.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 205-208) seperti yang berikut:
Begini ya.. kalau diberi motivasi sampai njungkel tapi kalau pribadinya susah diajak maju kan juga tidak akan terwujud..saya lihat di sekolah ndak kurangkurang memberikan kesempatan… tapi kembali lagi kepada masing-masing guru… Daripada dapatan kajian ini menjelaskan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh sekolah agar guru mempunyai kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran bukan merupakan satu-satunya cara, namun faktor kemahuan dan motivasi daripada guru juga berperanan untuk meningkatkan kemampuan diri seorang guru.
5.6.5 Aspek Responiviti
Pemberian autonomi kepada guru memberikan impak bahawa antara guru saling mendiskusikan mata pelajarannya, keadaan ini boleh memberikan nilai kemuafakatan, dengan cara saling bertukar maklumat cara pembelajaran. Seperti dikatakan responden A02.B18.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 141-143) seperti yang berikut:
Menurut saya disini adanya kerjasama antara guru-guru… sehingga jika ada kelemahan-kelemahan ndak sampai mengurangi komitmen.. jadi selalu ada interaksi antar teman
227
Kesempunaan dalam tugas adalah suatu harapan dan keinginan, namun sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Untuk itu sebagaimana dikatakan oleh responden, bahawa kelemahan yang dimiliki oleh guru tidaklah menghalangi untuk selalu mempunyai komitmen bagi melaksanakan tugas dan saling membantu jika ada permasalahan yang kemungkinan terjadi.
Dalam melaksanakan tugas, masing-masing mempunyai tanggungjawab, meskipun demikian, keprihatinan untuk saling mengingatkan mengenai tugas dan tanggungjawab merupakan sesuatu yang biasa dilakukan, seperti dikatakan responden A04.B12.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 117-118) seperti yang berikut:
Ya…. saya ketahui mereka mempunyai tanggungjawab dan saling mengingatkan dan saling prihatin… Kajian ini mendapati bahawa sebagai manusia kadangkala juga menemui kesilapan, sehingga keprihatinan antara rakan sejawat tetap menjadi sesuatu yang mereka laksanakan.
5.6.6 Aspek Kesesuaian
Pemberian autonomi kepada guru untuk mempermudah murid mengerti dan memahami mata pelajaran, boleh menjadikan kualiti prestasi murid menjadi meningkat. Hal ini menyebabkan kualiti sekolah meningkat dan boleh dikatakan bahawa dengan pemberian autonomi kepada guru untuk berkreasi dan berinovasi dalam kegiatan belajar mengajar sangat bermanfaat bagi peningkatan kualiti pendidikan.
Kreativiti yang dilakukan guru dalam pelaksanaan pembelajaran dengan memanfaatkan kemudahan yang ada di persekitaran sekolah merupakan suatu usaha
228
yang baik untuk melaksanakan kegiatan belajar mengajar. Hal ini boleh menjadikan murid berasa suka mengikuti pembelajaran, seperti dikatakan responden A02.B18.T07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 125-129) seperti yang berikut:
Untuk pengembangan pembelajaran ini sistemnya juga bervariasi dan sebagian besar memanfaatkan yang ada di sekolah, sedangkan di kelas guru juga memanfaatkan kondisi yang interaktif seperti ceramah, ada diskusi dan tanya jawab dan praktikum sehingga kondisi sekolah menjadi hidup dan anak-anak menjadi lebih senang untuk mengikuti pembelajaran Dengan pemberian autonomi kepada guru untuk melakukan kreativiti dan inovasi, guru menjadi lebih bebas melaksanakan pembelajaran dengan memanfaatkan kemudahan yang tersedia di persekitaran sekolah untuk proses belajar mengajar.
Dalam pelaksanaan pembelajaran, kadangkala terdapat murid yang tidak berani menyampaikan pertanyaan secara langsung kepada guru, namun dengan cara tidak langsung, murid mempunyai kemahuan dan kemampuan untuk menyampaikan permasalahan yang dihadapinya, cara tersebut boleh dilakukan melalui email. Seperti dikatakan respoden A05.B25.T-03/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 97-102) seperti yang berikut:
Yaaa… termasuk yang web guru tadi betul-betul e-learning sehingga si anak tadi bisa menulis permasalahannya kepada guru yang bersangkutan… jadi sangat fleksibel.. sangat terbuka jika murid punya masalah… karena saya juga khawatir anak yang punya masalah .. tapi ndak mau menanyakan.. dengan adanya web ini mengakses mahupun diakses oleh murid nah ini harapan kami dan insyaallah tahun ajaran baru sudah mulai Dapatan kajian menunjukkan bahawa kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran mempunyai impak kepada penyelesaian permasalahan dalam pembelajaran boleh dilaksanakan, sehingga kualiti pembelajaran menjadi meningkat dan sebagai impaknya kualiti prestasi murid menjadi lebih baik.
229
5.6.7 Ringkasan Dimensi Autonomi
Autonomi guru dalam melaksanakan aktivitinya adalah autoriti yang dimiliki guru bagi melaksanakan dalam kegiatan belajar mengajar, hal ini berkaitan dengan kepimpinan dalaman, dalam erti pengetua dan kepimpinan luaran, iaitu kepimpinan di luar sekolah, dalam hal ini adalah pejabat pendidikan daerah.
Seorang pengetua berperanan melindungi akiviti guru dan memberikan autoriti dalam mengamalkan tugasannya di kelas, termasuk memilih model pembelajaran yang sesuai dengan subjek yang diajarkan, sehingga guru mempunyai ruang gerak untuk berkreasi dan selalu melaksanakan inovasi dalam pembelajaran. Demikian juga daripada pihak luaran, hal ini perlu didokong oleh peraturan yang memberikan autoriti kepada guru bagi melakukan kreativiti dan inovasi dalam mengamalkan pembelajaran.
Seorang guru boleh melakukan kewajipannya tanpa ada pengaruh daripada luar, jika mereka mempunyai kemampuan dan kemahuan untuk melaksanakannya. Mengenai kemahuan relatif senang untuk disampaikan kepada guru, namun soalan kemampuan memerlukan proses dan melalui beberapa tahap, dan inilah yang diperlukan dalam pemerkasaan yakni dengan meningkatkan kemampuan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid.
Bahagian ini membincangkan rumusan dimensi autonomi daripada enam aspek pemantauan polisi seperti huraian berikut.
Aspek pertama adalah keberkesanan, iaitu setakat mana pemberian autonomi kepada guru untuk berkreasi dan berinovasi dalam pembelajaran telah berjaya sesuai dengan perancangan. Dapatan kajian diperoleh bahawa guru-guru di sekolah A01, A02 dan A05 telah menggunakan kreativiti dan inovasi dalam melaksakan kegiatan belajar
230
mengajar, mereka memanfaatkan kemudahan yang terdapat di persekitaran sekolah untuk membantu murid-murid memahami pelajaran. Hal ini memberikan rasa suka kepada murid-murid untuk belajar, namun sebahagian daripada mereka di sekolah A03, A04 dan A06 dalam melaksanakan kegiatan belajar mengajar tetap menggunakan cara yang lama, tidak ada kreativiti mahupun inovasi dalam pembelajaran.
Aspek berikutnya adalah efisiensi, iaitu usaha-usaha yang dilakukan bagi menumbuhkan sikap autonomi guru untuk berkreasi dan melakukan inovasi dalam pembelajaran. Di sekolah A01, A02, A05 dan A06 usaha yang dilakukan adalah memberikan tugas kepada guru-guru untuk mengikuti kegiatan bengkel, sehingga akan diperoleh interaksi dengan guru-guru dengan mata pelajaran yang sama. Selain itu, guru-guru yang sudah melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran boleh memberikan contoh untuk diikuti bagi mereka yang belum melaksanakan. Demikian juga di sekolah A03, bahkan mereka yang berprestasi dalam proses pembelajaran yang ditunjukkan dengan menjadi guru berprestasi dalam inovasi pembelajaran di peringkat bandar, sekolah memberikan kesempatan kepada guru tersebut untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dengan biaya belajar dari sekolah. Untuk sekolah A04 secara am kreativiti dan inovasi guru dalam pembelajaran masih kurang.
Aspek ketiga adalah kecukupan, iaitu setakat mana pemberian autonomi kepada guru untuk berkreasi dan berinovasi dalam pembelajaran boleh memberikan manfaat kepada peningkatan kualiti pembelajaran. Di sekolah A01, A05 dan A06, pemberian autonomi dalam pembelajaran, boleh memberikan peluang kepada guru untuk berkreasi dan berinovasi dalam pembelajaran, dan mempunyai impak kepada model pembelajaran yang menyenangkan. Hal ini mempunyai impak meningkatnya motivasi murid dalam belajar dan boleh berimplikasi kepada peningkatkan kualiti sekolah. Di sekolah A02, A03 dan A04, sebahagian daripada guru belum boleh meningkatkan kualiti 231
pembelajaran, kerana cara mengajar masih tetap menggunakan cara lama, terutamanya mereka yang mendekati masa persaraan.
Berikutnya adalah aspek purata, iaitu apakah setiap guru memperoleh kesempatan untuk berkreasi dan berinovasi dalam melaksanalan pembelajaran. Daripada dapatan kajian diperoleh keputusan bahawa guru-guru di semua sekolah memperoleh kesempatan melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran.
Selanjutnya adalah aspek responiviti, iaitu setakat mana pemberian autonomi dalam pembelajaran boleh memberikan nilai-nilai kemuafakatan dan keprihatinan di antara guru-guru. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa pemberian autonomi kepada guru untuk berkreasi dan berinovasi dalam pembelajaran memberikan impak bahawa antara guru saling mendiskusikan masalah pembelajaran dengan guru yang sama mata pelajarannya, keadaan ini boleh memberikan nilai kemuafakatan, dengan cara bertukar maklumat cara pembelajaran
Aspek terakhir adalah kesesuaian, iaitu setakat mana pemberian autoriti untuk berkreasi dan inovasi dalam pembelajaran boleh meningkatkan kualiti pembelajaran dan mempunyai impak kepada peningkatan kualiti sekolah. Di semua sekolah tempat kajian dilaksanakan, diperoleh keputusan bahawa pemberian autonomi kepada guru untuk kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pembelajaran akan mempermudah murid untuk mengerti dan memahami mata pelajaran. Hal ini memberikan impak kualiti prestasi murid menjadi meningkat dan menyebabkan kualiti sekolah meningkat. Dengan demikian, boleh dikatakan bahawa dengan pemberian autonomi kepada guru untuk berkreasi dan berinovasi sangat bermanfaat bagi peningkatan kualiti pendidikan.
232
5.7 Dimensi Pengaruh
Pendidikan yang berkualiti adalah tujuan yang hendak dicapai sebagai usaha mencerdaskan kehidupan bangsa. Hal itu boleh dicapai jika kualiti sekolah boleh wujud dan untuk mewujudkan sekolah yang berkualiti salah satu faktor penentu adalah peranan daripada guru.
Guru yang berkualiti adalah mereka yang boleh mengerti keadaan murid dan boleh meningkatkan prestasinya dengan mengenal keadaan murid. Kemampuan yang perlu dimiliki guru bagi melaksanakan hal tersebut adalah kemampuan untuk mempengaruhi keadaan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar.
Setakat mana peranan guru untuk menjadikan persekitaran tempat belajar kondusif bagi meningkatkan prestasi murid, berikut dihuraikan dapatan kajian dimensi pengaruh guru dalam pemerkasaan guru yang ditinjau dalam enam aspek pemantauan polisi seperti yang berikut.
5.7.1 Aspek Keberkesanan
Keadaan persekitaran sekolah untuk belajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antara lain adalah guru yang boleh mewujudkan keadaan persekitaran sekolah kondusif. Daripada dapatan kajian diperoleh keputusan bahawa guru selalunya memberikan motivasi kepada murid-murid agar boleh meningkatkan kualiti belajarnya dalam pelaksanaan kegiatan belajar mengajar. Demikian juga, mereka yang bertugas sebagai ketua kelas, mempunyai kesempatan dan peranan yang tinggi untuk memberikan motivasi belajar kepada murid-murid, seperti dikatakan responden A14.B16.T-28/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 102-105) seperti yang berikut:
233
…setiap guru berupaya menggunakan pengaruhnya untuk memberdayakan dirinya, misalnya mengembangkan pengaruh kepada murid melalui bidang studinya maupun jabatan wali kelas yang disandangnya, mereka berkompetesi untuk memberikan pengaruh positif untuk bersama-sama memajukan sekolah.. Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru selalunya memberikan motivasi kepada murid untuk rajin belajar sebagai usaha bagi meningkatkan kualiti prestasi belajarnya yang juga mempunyai impak kepada peningkatan kualiti sekolah.
Sekolah yang mempunyai kod A03 dan A04 mempunyai nilai kemuafakatan dan keprihatinan yang tinggi, namun keaktifan guru dalam melaksanakan tugas pembelajaran masih rendah, sebagaimana dikatakan oleh responden A03.B07.T-07/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 35-43) seperti yang berikut:
…saat ini rupanya peran guru sudah terjadi degradasi .. mungkin karena tugasnya banyak dan juga faktor yang lain.. sehingga tugasnya sebagai guru rupanya juga agak luntur dan mungkin disebabkan oleh banyak faktor.. dari individu yang bersangkutan tapi kalau kita berharap dan saya mengajak rekanrekan karena diberi tanggungjawab orang untuk ikut mencerdaskan anak bangsa.. siapa pun anak yang disini marilah dengan niat ikhlas dan rela untuk mendidik. Kalau mengikut masalah gaji berapapun gaji masih kurang… tapi kesempatan kita sebagai abdi Negara dan abdi masyarakat untuk membawa anak-anak menjadi lebih baik. Meskipun peranan guru sudah mengalami pergeseran, yang semula sebagai tugas yang mulia bagi mencerdaskan anak-anak bangsa, sebahagian mempunyai pandangan bahawa tugas sebagai guru adalah suatu pekerjaan yang kewajipannya menyampaikan ilmu kepada murid-murid, tanpa memperhatikan apakah murid boleh menerima ilmu tersebut mahupun tidak bukan merupakan kewajipan guru. Namun demikian sebahagian guru mempunyai panggilan jiwa untuk ikut membawa anak-anak menjadi lebih baik.
234
Dapatan kajian ini memberikan penjelasan bahawa dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ditinjau daripada dimensi pengaruh, sebahagian guru boleh memberikan pengaruhnya untuk memberikan motivasi agar murid-murid rajin belajar, namun sebahagian daripada mereka belum boleh menggunakan pengaruhnya untuk memberikan motivasi rajin belajar untuk meningkatkan prestasinya.
5.7.2 Aspek Efisiensi
Banyak cara yang boleh digunakan agar seseorang boleh memberikan peranannya terlibat dalam suatu urusan, contohnya dengan memberikan kesempatan kepada mereka terlibat dalam penyelesaian permasalahan, dengan meminta pendapatnya mengenai penyelesaian yang mungkin boleh dilakukan, adalah sebahagian cara bagi melibatkan seseorang untuk mempunyai peranan dalam sesuatu urusan.
Demikian juga mengenai aktiviti guru, dengan memperhatikan guru terlibat dalam pelbagai aktiviti dan diminta pendapatnya untuk mencari penyelesaian daripada sesuatu permasalahan, maka mereka secara bersama-sama bergabung untuk memajukan sekolah, seperti dikatakan responden A01.B24.T-11/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 53-56) seperti yang berikut:
....kita kumpul... ketemu.. apa sih kesulitanya.. bagaimana jalan keluarnya diajak untuk berbicara..diajak untuk menyelesaikannya... solusinya bagaimana ... yang terbaik bagaimana.. kita mewadahi semua.. tapi yang terbaik bagaimana.. gitu pak... jadi tidak harus begini... harus begini... Usaha berikutnya, untuk memudahkan diskusi antara guru yang mempunyai tugas mengajar mata pelajaran yang sama, sekolah mempunyai polisi dengan cara meletakkan tempat duduk guru-guru di bilik guru secara berdampingan bagi guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Hal ini boleh memberikan kesempatan melaksanakan diskusi dan sharing terhadap pelbagai hal mengenai pembelajaran, sama 235
ada masalah cara mengajar, masalah murid mahupun masalah perancangan program sekolah. Seperti dikatakan responden A02.B04.T-07/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 264-270) seperti yang berikut:
… Untuk meningkatkan peran mereka menjadikan sekolah ini menjadi lebih baik salah satu yang dilakukan adalah adanya interaksi yang berkelanjutan antara guru per mata pelajaran dan hal ini diwujudkan dengan tempat duduk mereka di ruang guru dikelompokkan sesuai dengan mata pelajaran yang diajarkannya, sehingga jika ada waktu luang mereka bisa mendiskusikan mata pelajaran yang mungkin diperlukan sesuai dengan kelompok mata pelajaranya... Pelbagai cara dilakukan agar guru boleh menggunakan pengaruhnya untuk memberikan motivasi kepada murid-murid untuk rajin belajar, selalunya bersama-sama memikirkan cara meningkatkan prestasi murid, demikian juga interaksi yang berterusan antara guru dengan mendiskusikan pelbagai soalan yang berkaitan dengan peningkatan prestasi murid.
5.7.3 Aspek Kecukupan
Keadaan sekolah yang baik untuk belajar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, namun faktor utama adalah guru dan jika mereka mempunyai komitmen yang kuat untuk memajukan sekolah serta mendukung kegiatan yang diselenggarakan sekolah, maka usaha bagi meningkatkan kualiti sekolah boleh wujud. Seperti dikatakan responden A03.B07.T-07/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 24-28) seperti yang berikut:
Kebijakan yang diambil oleh sekolah di SMP ini menggunakan prinsip proaktif, dan teman-teman berpikir positif dan mendukung kegiatan-kegiatan sekolah,.. mereka juga berpikir bahwa ini adalah kesempatan baik untuk meningkatkan kualitas sekolah.. setiap proses-proses yang diambil oleh sekolah... rekan-rekan mendukung Dapatan kajian menunjukkan, bahawa pelbagai usaha sudah dilakukan bagi meningkatkan kualiti sekolah, namun peranan guru dalam meningkatkan keadaan 236
persekitaran sekolah agar kondusif untuk belajar masih kurang, seperti dikatakan oleh responden A10.B19.T-07/07 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 186-189) seperti yang berikut:
…saya juga heran sudah didukung seperti ini kok timbal baliknya untuk mutu masih belum kelihatan… kalau hal ini ketahuan wali murid saya itu juga mikirmikir protes apa ndak.. katanya hal itu sudah menjadi kebiasaan sejak dulu .. Daripada dapatan kajian ini memberikan keputusan bahawa usaha untuk melibatkan gutu menjadikan keadaan persekitaran kondusif untuk belajar mempunyai banyak halangan. Keengganan guru untuk menjadikan persekitaran belajar menjadi kondusif adalah sesuatu yang telah lama dilakukannya, sehingga memerlukan masa yang agak lama untuk merubah kebiasan tersebut.
5.7.4 Aspek Purata
Semua guru memperoleh peluang yang sama untuk memajukan dan meningkatkan kualiti sekolah. Meskipun demikian dalam sesebuah organisasi tidak semua ahli mempunyai kemahuan dan kemampuan melaksanakannya. Jika ada ahli yang belum bersama-sama mewujudkan keadaan sekolah yang baik untuk belajar, maka secara perlahan mereka diajak berdiskusi dan bergabung untuk bersama-sama mencapai tujuan yang telah disepakati bersama. Seperti dikatakan responden A05.B15.T-05/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 60-69) seperti yang berikut: …di sekolah ini ada guru yang mempunyai karakter seperti itu, jika di depan tidak mau menyampaikan dengan terus terang, tapi di belakang dia berbicara, padahal pihak sekolah sudah open betul untuk memberikan kesempatan kepada semuanya untuk menyampaikan saran, asal saran itu baik untuk sekolah ini, maka akan memfasilitasinya. Namun sekali lagi bahwa karakter orang itu memang berbeda-beda mungkin dikarenakan sudah menjadi karakternya maka hal itu juga agak susah untuk diajak bicara. Namun demikian sekolah selalu mengupayakan agar semua guru bisa memberikan masukan terhadap suatu kebijakan sekolah dan jika keputusan terhadap kebijakan sekolah sudah diberlakukan hendaknya semua guru dapat melaksanakannya
237
Sebahagian guru mempunyai sikap yang kurang mendokong terhadap peningkatan kualiti sekolah, namun pelbagai usaha tetap dilakukan agar mereka bersedia memberikan cadangan kepada sekolah agar polisi sekolah untuk meningkatkan kualitinya boleh terlaksana seperti yang dirancang. Demikian juga sebagaimana dikatakan oleh responden A05.B15.T-05/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 267-272) seperti yang berikut:
Sekali lagi, sesungguhnya semua mempunyai keinginan untuk maju, kembali lagi kondisi sekolah ini, masih ada pikiran yang berbeda dalam arti ada sebagian yang berupaya dengan berbagai cara untuk mengembangkan dan meningkatkan kualitas prestasi murid, tetapi ada yang begitu cueknya pokoknya saya mengajar saja, namun efek tidak baiknya keadaan tersebut kadangkala nulari kepada yang lain. Daripada kajian ini menunjukkan, bahawa semua guru selalunya berusaha bagi memajukan sekolah dengan melaksanakan pembelajaran yang boleh meningkatkan kualiti prestasi murid, namun sebahagian daripada mereka ada yang enggan untuk melaksanakannya.
5.7.5 Aspek Responiviti
Dengan keikhlasan, dan menghormati sesama guru, boleh wujud kemuafakatan, saling membantu satu sama lain dan secara bersama-sama mencapai tujuan yang telah dirancang, meskipun sebahagian guru kurang termotivasi secara bersama-sama mewujudkan keadaan sekolah sebagai persekitaran yang baik untuk belajar. Seperti dikatakan responden A04.B08.T-14/05 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 162-165) seperti yang berikut:
Tahunya disini pak ... mepet sawah. .keprihatinannya sangat tinggi .. tapi yang namanya orang untuk menyamakan persepsi itu kadang kan sulit .. sehingga kita ambil yang paling baik lahhh... misalnya awalnya gurau kemudian jika ditanggapi serius kan bisa jadi miskomunikasi ..
238
Peranan yang diberikan kepada guru boleh menumbuhkan nilai kemuafakatan dan keprihatinan, seperti dikatakan responden A04.B12.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 95-99) seperti yang berikut:
Eeee bagaimana ya.. kembali kepada diri kita dulu… kalau kita prihatin dengan teman-teman maka teman mesti akan prihatin dengan kita.. demikian juga pada saat kita pulang dan ternyata tidak ada ojek ya.. teman-teman biasanya mbarengi mahupun mungkin ada teman yang punya jam kosong.. kadang-kadang ngantar kita… Berdasarkan pengamatan yang dilakukan penyelidik dan penerangan yang diberikan oleh responden diperoleh keputusan bahwa sekolah A04 mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap rakan-rakan guru dan juga nilai-nilai kemuafakatan boleh wujud.
5.7.6 Aspek Kesesuaian
Dengan memperhatikan peranan guru yang secara bersama-sama berusaha mencapai tujuan yang sudah disepakati bersama, maka langkah tersebut boleh membantu sekolah untuk menjadi lebih baik. Seperti dikatakan responden A01.B24.T11/06 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 24-31) seperti yang berikut:
…kita itu mengorangkan orang… artinya kegiatan apapun sekecil apapun kita harus ada semacam informasi.. semacam koordinasi dari atas sampai bawah, sehingga pada diri seseorang berasa diorangkan diajak untuk bersama-sama.. bekerja bersama-sama untuk mencapai tujuan kita.. ada goal itu.. sehingga nantinya masyarakat menjadi yakin… ada suatu percaya pada diri kita.. sekolah kita… kalau sudah ada kepercayaan… percaya … maka keberhasilan otomatis apapun yang diinginkan akan tercapai .. Namun demikian, sebahagian guru mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi untuk berperanan dalam mewujudkan persekitaran yang baik untuk belajar, namun motivasi tersebut bersifat sementara dan hanya sifatnya sebentar yang kemudian motivasi tersebut menurun bahkan tidak ada sama sekali. Seperti dikatakan responden 239
A02.B28.T-08/08 yang tercatat dalam transkripsi temu bual (baris 181-183) seperti yang berikut:
Saya lihat keadaan di sekolah ini, misalnya les bahasa inggris.. pada awalnya mereka semangat dengan selalu mempraktekan.. tapi lama-lama malas lagi .. orang bilang hangat-hangat tahi ayam Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa interaksi yang berterusan antara guru dalam melaksanakan tugas dan juga keaktifan mengikuti suatu kegiatan bengkel adalah suatu cara untuk meningkatkan motivasi guru dalam melaksanakan tugas. Kerana motivasi seseorang kadangkala naik dan juga kadangkala turun, namun dengan saling mengingatkan pentingnya peningkatan kemampuan, maka hal itu boleh diperoleh penyelesaiannya.
5.7.7 Ringkasan Dimensi Pengaruh
Keadaan persekitaran sekolah untuk belajar dipengaruhi oleh beberapa faktor, guru mempunyai peranan utama menjadikan sekolah kondusif untuk belajar, sehingga proses pembelajaran boleh berkesan. Keberkesanan proses pembelajaran boleh mengakibatkan murid berasa gembira mengikuti kegiatan belajar mengajar, yang juga memberikan impak kepada meningkatnya prestasi murid dan boleh dikatakan jika prestasi murid adalah baik maka prestasi sekolah adalah baik.
Bahagian ini membincangkan ringkasan dimensi pengaruh guru dalam membentuk persekitaran sekolah kondusif untuk belajar ditinjau daripada enam aspek pemantauan seperti huraian berikut.
Aspek pertama adalah keberkesanan, iaitu setakat mana pengaruh guru dalam mewujudkan keadaan persekitaran sekolah menjadi kondisif untuk belajar. Guru-guru di sekolah A01, A02, A05 dan A06, boleh mewujudkan keadaan persekitaran sekolah 240
kondusif untuk belajar, namun sebahagian guru-guru yang berkhidmat di sekolah A03 dan A04 belum boleh melaksanakan pangaruhnya untuk mewujudkan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar.
Berikutnya adalah aspek efisiensi, iaitu usaha-usaha yang dilakukan agar guruguru boleh mempengaruhi keadaan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar. Di semua sekolah mengusahakan agar guru-guru boleh mewujudkan keadaan sekolah menjadi kondusif untuk belajar. Usaha itu antara lain adalah adanya interaksi berterusan di antara guru-guru untuk membincangkan segala permasalahan pembelajaran. Selain itu sekolah juga memberikan kesempatan kepada guru untuk mendiskusikan segala hal berkait dengan pembelajaran dengan cara menempatkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama mempunyai tempat duduk yang berdekatan di bilik guru.
Selanjutnya adalah aspek kecukupan, iaitu setakat mana pengaruh guru memberikan manfaat terhadap kegiatan belajar mengajar. Dapatan kajian diperoleh bahawa di semua sekolah, pengaruh guru untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk belajar mempunyai manfaat bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, namun sebahagian guru tidak boleh memberikan impak bagi peningkatan kualiti pembelajaran.
Aspek keempat adalah purata, iaitu apakah setiap guru memperoleh kesempatan untuk menjadikan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar. Daripada dapatan kajian diperoleh keputusan bahawa di semua sekolah, guru memperoleh peluang yang sama bagi meningkatkan kualiti sekolah. Meskipun demikian dalam sesebuah organisasi tidak semua ahli mempunyai kemahuan dan kemampuan untuk melaksanakannya, sehingga jika ada ahli yang belum bersama-sama mewujudkan keadaan sekolah yang baik untuk
241
belajar, maka secara perlahan dengan berdiskusi dan diminta bergabung untuk bersamasama mencapai tujuan yang telah dipersetujui.
Untuk aspek responiviti, iaitu setakat mana pengaruh guru mewujudkan keadaan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar boleh memberikan impak kepada keprihatinan dan timbulnya nilai-nilai kemuafakatan. Daripada dapatan kajian diperoleh penjelasan bahawa pemberian autoriti kepada guru bagi mewujudkan keadaan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar memberikan impak adanya keprihatinan dan kemuafakatan yang tinggi di antara guru-guru yang berkhidmat di semua sekolah tempat kajian.
Aspek terakhir adalah kesesuaian iaitu pemberian autoriti guru bagi mewujudkan keadaan persekitaran sekolah kondusif untuk belajar bermanfaat bagi autonomi dalam peningkatan kualiti pendidikan. Di sekolah A01, A02, A05 dan A06, diperoleh keputusan bahawa sebahagian guru mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi untuk berperanan dalam mewujudkan persekitaran yang baik untuk belajar, namun motivasi tersebut bersifat sementara dan hanya sifatnya sebentar yang kemudian motivasi tersebut menurun bahkan tidak ada sama sekali, demikian juga yang terjadi di seolah A03 dan A04.
5.8 Kekangan dan Kesan Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Kekangan dan kesan akan mengikuti pelaksanaan sesebuah program, demikian pula dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonsia. Dalam bahagian ini dihuraikan kekangan dan kesan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi pemerkasaan guru.
242
Daripada keenam-enam dimensi pemerkasaan guru, daripada dapatan kajian boleh dijelaskan, bahawa dimensi status dan kepercayaan diri mempunyai kekangan yang paling besar dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Hal ini disebabkan polisi daripada pemerintah untuk meningkatkan status guru masih dalam proses, selain itu pemerintah mempunyai kesukaran terutamanya dalam meningkatkan gaji guru sebagai sarana untuk meningkatkan kepercayaan diri dan statusnya. Pada masa sekarang keadaan perekonomian Indonesia mengalami permasalahan yang kritikal, sehingga usaha meningkatkan gaji guru pada khasnya, masih dalam proses pelaksanaan, iaitu dengan program sertifikasi. Manakala dimensi yang lain, iaitu peningkatan profesionalisme, penglibatan dalam membuat keputusan, autonomi dan pengaruh, kekangan diperolehi daripada guru itu sendiri sebagai objek sasaran pelaksanaan polisi. Sebahagian daripada guru berasa enggan untuk mengikuti dan melaksanakan beberapa program yang berkaitan dengan dimensi tersebut.
Sedangkan kesan yang diperoleh dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, terutamanya dimensi peningkatan profesionalisme, autonomi dan pengaruh telah memberikan peluang kepada guru untuk melaksanakan tugas pembelajaran dengan penuh inovasi dan kreatifiti. Manakala dimensi penglibatan dalam membuat keputusan menjadikan guru berasa bahawa dirinya bermanfaat dalam usahanya meningkatkan kualiti sekolah, sedangkan sebahagian daripada guru berasa bahawa dengan adanya program sertifikasi boleh meningkatkan status dirinya sebagai seorang guru dan meningkatkan kepercayaan dirinya pula. Sedangkan jika dilihat secara am, bahawa pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam rangka desentralisasi pendidikan telah menjadikan guru berasa memperoleh peluang untuk meningkatkan profesionalismenya dan impaknya adalah peningkatan kesejahteraan, jika dibandingkan dengan sebelum adanya program pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Hal ini menjadikan status guru
243
meningkat dan kepercayaan dirinya juga bertambah. Jika hal ini boleh wujud kepada majoriti guru, maka akan memberi impak kepada peningkatan kualiti pembelajaran dan juga menjadikan kualiti sekolah menjadi meningkat.
244