Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru Bahagian MIS, Pusat ICT KUKUM __________________________________________________________________________________________________________
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem /Modul / Laporan Baru
__________________________________________________________________________________________________________ Nama Fail: POLISI&PROSEDURPEMBGNSIS4USERv1.1_061005 Versi: 1.1 Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 1 of 6
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru Bahagian MIS, Pusat ICT KUKUM __________________________________________________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN.......................................................................................................................2 2.0 SENARAI BORANG/SURAT/DOKUMEN/JADUAL.................................................................2 3.0 POLISI & PROSEDUR PEMBANGUNAN SISTEM/MODUL/LAPORAN BARU................2 - 5 3.1 Fasa Kajian & Analisa.........................................................................................................2 3.2 Fasa Analisa & Rekabentuk................................................................................................3 3.3 Fasa Pembangunan............................................................................................................4 3.4 Fasa Implimentasi...............................................................................................................4
__________________________________________________________________________________________________________ Nama Fail: POLISI&PROSEDURPEMBGNSIS4USERv1.1_061005 Versi: 1.1 Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 2 of 6
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru Bahagian MIS, Pusat ICT KUKUM __________________________________________________________________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN : 1.1. Dokumen
ini
disediakan
untuk
memudahkan
urusan
Permohonan
Sistem/Modul/Laporan Baru oleh pihak Pengguna (Staf KUKUM) dan Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru tersebut oleh pihak Pembangun (Staf ICT). 1.2. Dokumen ini tertakluk kepada pindaan yang dikeluarkan oleh Pusat ICT dari semasa ke semasa. 2.0 SENARAI BORANG/SURAT/DOKUMEN/JADUAL : 2.1. Borang MIS-01 : Borang Keperluan Pengguna 2.2. Jadual Kerja Pembangunan Sistem 2.3. Surat Pengesahan Keperluan Pengguna 2.4. Borang MIS-02 : Borang Pengesahan Keperluan Pengguna 2.5. Dokumen Functional Requirement Specification (FRS) 2.6. Dokumen Teknologi Pembangunan Sistem (TPS) 2.7. Borang MIS-03 : Borang Pengujian Sistem 2.8. Borang MIS-04 : Borang Pengujian Penerimaan Sistem 2.9. Dokumen Panduan Operasi 2.10. Dokumen Panduan Pengguna 2.11. Borang MIS-05 : Borang Latihan Penggunaan Sistem 2.12. Surat Pengesahan Penerimaan Sistem 3.0 POLISI & PROSEDUR PEMBANGUNAN SISTEM/MODUL/LAPORAN BARU : 3.1. Fasa Kajian & Analisa : 3.1.1. Pemohon perlu mengisi Borang MIS-01 (boleh dimuatturun dari Ruangan Departmental Forms pada Laman Utama Portal KUKUM) dan menyertakan bersama : •
Carta Alir Prosedur Kerja Manual.
•
Format Borang/Laporan yang digunapakai.
•
Contoh Borang/Laporan yang telah diisi.
3.1.2. Satu borang hanya boleh disi dengan satu permohonan Sistem/Modul/Laporan. Jika permohonan yang hendak dibuat lebih dari satu maka pemohon hendaklah mengisi borang lain.
__________________________________________________________________________________________________________ Nama Fail: POLISI&PROSEDURPEMBGNSIS4USERv1.1_061005 Versi: 1.1 Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 3 of 6
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru Bahagian MIS, Pusat ICT KUKUM __________________________________________________________________________________________________________
3.1.3. Permohonan hendaklah mendapat kelulusan ketua jabatan sebelum dihantar ke Pusat ICT. 3.1.4. Permohonan yang lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan sahaja yang akan dipertimbangkan. Ini penting untuk membantu proses pembangunan sistem seterusnya. 3.1.5. Setelah dihantar kepada pihak ICT, pihak ICT akan menganalisa Borang MIS-01 dan menetapkan satu sesi perjumpaan pertama dengan pemohon untuk mendapat perincian tentang Keperluan Pengguna. 3.1.6. Setelah sesi perjumpaan pertama tamat, pihak ICT akan menyediakan Jadual Kerja Pembangunan Sistem dan Surat Pengesahan Keperluan Pengguna beserta Borang MIS-02. Jadual Kerja Pembangunan Sistem yang dikeluarkan ialah tertakluk kepada pertimbangan pihak ICT setelah melakukan proses analisa. 3.1.7. Surat Pengesahan Keperluan Pengguna beserta Borang MIS-02 (akan dihantar oleh pihak ICT) hendaklah dihantar kepada pemohon seminggu sebelum tarikh perjumpaan ke-2. 3.1.8. Semasa perjumpaan ke-2, sebarang perubahan samada besar/kecil akan diterima. Pada akhir perjumpaan tersebut, Surat Pengesahan Keperluan Pengguna beserta Borang MIS-02 perlu ditandatangani dan disahkan. 3.2. Fasa Analisa & Rekabentuk : 3.2.1. Setelah Borang MIS-02 disahkan. Pihak ICT akan mula menyediakan Dokumen Functional Requirement Specification (FRS). Dokumen ini
mengandungi
perkara – perkara berikut : •
Carta Alir Sistem
•
Use Case & Activity Diagram (bergantung kepada metodologi yang digunakan)
•
Kamus Data
•
Table Structure
•
Prototaip Antaramuka Pengguna
•
Pengesahan Penerimaan FRS
3.2.2. Pada perjumpaan ke-3, dokumen ini akan diserahkan kepada pengguna untuk diteliti dan disahkan. __________________________________________________________________________________________________________ Nama Fail: POLISI&PROSEDURPEMBGNSIS4USERv1.1_061005 Versi: 1.1 Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 4 of 6
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru Bahagian MIS, Pusat ICT KUKUM __________________________________________________________________________________________________________
3.2.3. Hanya perubahan kecil sahaja diterima pada tahap ini. Perubahan kecil pada fasa ini ditakrifkan kepada perubahan pada Antaramuka Pengguna. Perubahan selain daripada itu dilihat sebagai mempengaruhi proses pembangunan sistem dan dengan itu status pembangunan sistem akan kembali ke Fasa Kajian & Analisa. 3.3. Fasa Pembangunan : 3.3.1. Setelah Dokumen FRS disahkan oleh pihak Pengguna, Pihak ICT akan menyediakan Dokumen Teknologi Pembangunan Sistem (TPS) dan memulakan proses mengkodkan aturcara sistem/modul/laporan. 3.3.2. Sebarang perubahan samada kecil/besar tidak akan diterima pada tahap ini. Sekiranya pihak Pengguna merasakan perlu ada perubahan pada tahap ini, Fasa Pembangunan terpaksa dihentikan dan status pembangunan sistem akan kembali ke Fasa Kajian & Analisa. 3.4. Fasa Implimentasi : 3.4.1. Setelah pihak ICT menyiapkan Sistem/Modul/Laporan,ia akan diuji oleh 2 pihak : •
Pihak ICT (Alpha Testing) – dengan menggunakan Borang MIS-03
•
Pihak Pengguna (Beta Testing) – dengan menggunakan Borang MIS-04. Ia dilakukan setelah Borang MIS-03 lengkap diisi. Hanya perubahan kecil sahaja diterima pada tahap ini.
3.4.2. Pihak ICT akan melakukan perubahan pada Sistem/Modul/Laporan berdasarkan perubahan pada Borang MIS-04. 3.4.3. Pihak ICT akan memasang (deploy) Sistem/Modul/Laporan dalam versi Lengkap pada persekitaran operasi sebenar. 3.4.4. Pihak ICT akan menyediakan : •
Dokumen Panduan Operasi – dokumen teknikal yang disediakan untuk rujukan Pentadbir/Pembangun Sistem.
•
Dokumen Panduan Pengguna – dokumen yang disediakan sebagai rujukan Pemilik/Pengguna Sistem.
3.4.5. Pihak ICT akan memberikan Latihan Penggunaan Sistem/Modul/Laporan kepada pihak Pemilik/Pengguna Sistem dan melengkapkan Borang MIS-05.
__________________________________________________________________________________________________________ Nama Fail: POLISI&PROSEDURPEMBGNSIS4USERv1.1_061005 Versi: 1.1 Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 5 of 6
Polisi & Prosedur Pembangunan Sistem/Modul/Laporan Baru Bahagian MIS, Pusat ICT KUKUM __________________________________________________________________________________________________________
3.4.6. Selepas Latihan Penggunaan Sistem/Modul/Laporan oleh Pihak ICT, jika ada keperluan latihan selepas itu, ia adalah di bawah tanggungjawab Pemilik Sistem dan bukan di bawah tanggungjawab Pihak ICT. Pemilik Sistem dilihat sebagai berupaya untuk memberi Latihan Lanjutan kepada staf bawahannya atau staf yang terlibat dengan operasi sistem. 3.4.7. Setelah semua langkah di atas selesai, Pihak ICT akan mengeluarkan satu surat iaitu Surat Pengesahan Penerimaan Sistem. Surat ini perlu ditandatangani oleh pemilik/pengguna dan disahkan oleh ketua jabatan Pemilik/Pengguna sistem tersebut. 3.4.8. Setelah ia ditandatangani, ini menandakan bahawa projek ini telah selesai dan diterima dengan baik oleh Pihak Pemilik/Pengguna. 3.4.9. Jika sekiranya, pemilik/pengguna ingin melakukan perubahan pada tahap ini, pengguna perlu mengisi Borang MIS-06 selepas 2 bulan dari tarikh Surat Pengesahan Penerimaan Sistem ditandatangani.
__________________________________________________________________________________________________________ Nama Fail: POLISI&PROSEDURPEMBGNSIS4USERv1.1_061005 Versi: 1.1 Tarikh Kemaskini:06-10-2005 Page 6 of 6