PERTANDINGAN BOLA JARING 3 0N 3 BAWAH 14 TAHUN MSSD KK TAHUN 2016 1. PENGELOLAAN Pertandingan ini dikelolakan oleh MSSD Kuala Kangsar di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.. 2. UNDANG-UNDANG Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Gabungan Bola Jaring Antarabangsa (INF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.. 3. PENYERTAAN PASUKAN 3.1 Setiap sekolah akan diwakili oleh satu pasukan sahaja. 3.2 Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 3 pemain termasuk 2 pemain simpanan. 3.3 Kelayakan pemain mengikut kategori seperti berikut: 3.3.1 Pemain yang didaftarkan di sekolah masing-masing 3.3.2 Pemain yang lahir pada dan selepas 2002. 3.3.3 Pemain mestilah TIDAK pernah mewakili pasukan sekolah, 3.4 Dokumen kelayakan pemain seperti salinan kad pengenalan yang disahkan dan lain-lain borang pendaftaran perlu disediakan dan diserahkan pada hari pendaftaran. 3.5 Bayaran bagi setiap pasukan ialah RM20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Jika 9 hingga 11 pasukan berdaftar, pasukan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib Johan layak ke pusingan seterusnya dalam kumpulan X dan Y. Kedua-dua kumpulan akan bertanding secara liga. Johan X akan bertemu Naib Johan Y dan Johan Y akan bertemu Naib Johan X. Johan akan bertemu Johan untuk penentuan tempat pertama dan kedua. Naib Johan akan bertemu Naib Johan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat. Pusingan pertama
KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
Pusingan kedua
KUMPULAN X
KUMPULAN Y
4.2 Jika terdapat 12 atau lebih pasukan berdaftar, pertandingan akan dijalankan secara liga dalam pusingan pertama. Johan dan Naib Johan layak ke pusingan kedua. Perlawanan seterusnya akan dijalankan secara kalah singkir.
Pusingan Pertama KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
Pusingan Kedua
1
1
2
2
3
3
4
4
5
5
6
6
7
7
8
8
5. PENDAFTARAN 5.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 5 orang pemain (3 pemain dan 2 simpanan), seorang jurulatih dan seorang pengadil. 5.2 5.3 5.4 5.5
Terbuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 sahaja. Borang Pendaftaran hendaklah dibawa semasa taklimat pengurus pasukan pada 9 September 2016. Seorang pemain hanya boleh berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja. Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi-posisi berikut. Centre Wing Attack Goal Attack
- C - WA - GA
GA juga bertindak sebagai Goal Defence – GD 6. TEMPOH PERLAWANAN Masa bermain adalah 7 minit. 7.
PELAKSANAAN PERMAINAN 7.1 Hantaran Tengah 7.1.1 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir 7.1.2 .Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran tengah 7.1.3 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol. 7.2 Bola Keluar 7.2.1 Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola keluar. 7.2.3 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh dihantar ke dalam kawasan gol. 7.3 Memainkan Bola 7.3.1 Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam bulatan gol mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukannya sendiri sahaja. 7.3.2 Jika hantaran erjaya diterima dari pasukan lawannya maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar keluar bulatan gol kepada pemain dari pasukannya sendiri sahaja yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan. 7.3.3 Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula keluar bulatan gol kepada pemain pasukannya sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaring.
8
PERTUKARAN / PENGGANTIAN 8.1 Sebarang pertukaran/ penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil. 8.2 Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat. 8.3 Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus pasukan dan serahkan kepada pencatat.
9
CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 9.1 Cara memberi mata: Bagi pertandingan yang dijalankan secara LIGA: Menang - 2 Seri - 1 Kalah - 0 9.2 Keputusan Seri 9.2.1 Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan secara LIGA, maka keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan menentukan pemenang, walau bagaimanapun: i) Jika kedua-dua pasukan seri, atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan kedudukan. ii) Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai. iii) Jika kedudukan masih lagi seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. 9.2.2 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. i) Pasukan hendaklah diberi masa rehat satu (1) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. ii) Masa tambahan selama dua (2) minit diberikan. iii) Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. iv) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat satu (1) kelebihan gol.
10
PAKAIAN 10 .1 Pemain-pemain diwajibkan memakai `Bib’ yang ketinggian huruf ialah 6 inci. 10 2 Pemain-pemain digalakkan memakai seluar trek secara berpasukan. 10 .3 Seluar pendek atau `tight’ TIDAK dibenarkan. 10 .4 Jika kedua-dua pasukan memakai `Bib’ yang sama warna, maka keputusan pertukaran akan dilakukan secara lambungan duit syiling.
11.
GELANGGANG / ALATAN 11.1 Ukuran gelanggang ialah 15.25m x 15.25m (separuh daripada gelanggang sebenar. .Tiga sempadan dipanggil garisan tepi, garisan tengah dan kawasan gol. Jejari bulatan gol 4.9 m dan bulatan tengah berjejari 0.5 m. 11..2 Saiz bola ialah 5. 11..3 Tinggi tiang gol ialah 3.05 m atau 10 kaki. 10.17m
4.9m ( jejari )
5.08m
0.5 m
12.
KELEWATAN 12.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan.
13.
PENANGGUHAN 13.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat, petir, cuaca gelap, padang becak, dan kedengaran Azan, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan permainan. 13.2 Penangguhan kerana cuaca akan diteruskan seperti berikut: 13..2.1 sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung semula mengikut baki masa yang tinggal. 13.2. 2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.
14.
PENGADIL 14.1 Pengurus Pasukan atau Jurulatih dikehendaki menjadi pengadil.
15.
JURI RAYUAN 15.1 Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum): a. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. b. Pengerusi Teknik c. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola d. Tiga (3) orang pengurus yang berkecuali
16.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
Disediakan oleh: AJK Teknikal Bola Jaring MSSD KK
BORANBORANG PENDAFTARAN PASUKAN 3 on 3 MSSD KK 2016
M02
PERMAINAN/SUKAN : BOLA JARING DAERAH
: KUALA KANGSAR
JANTINA
: P
KUMPULAN UMUR: B14
G PENDAFTARAN PASUKAN 3 on 3 MSSD KK 2016 PERMAINAN/SUKAN BOLA JARING Bil Nama: Pegawai : KUALA KANGSAR 1DAERAH JANTINA
: P
2 Bil
Jawatan PENGURUS
Sekolah
KUMPULAN UMUR: B14
JURULATIH Nama Pemain
No. KP
Sekolah
1 2 3 4 5
Pengurus Pasukan Nama : No. KP : Tarikh :
Tandatangan Pengetua Cop Rasmi:
Tarikh :