INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1073
KONSEP AL-TADARRUJ DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH TERHADAP SAUDARA BARU NORAINI BINTI MOHAMAD Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected].
DR. MARIAM ABDUL MAJID Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected].
ABSTRAK Al-Tadarruj merupakan satu konsep daripada manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. Ia boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian sama ada yang melibatkan aspek tarbiyyah, modul pengajaran dan juga sebarang bentuk pengisian. Konsep al-tadarruj boleh difahami dengan maksud pendekatan dakwah dengan menggunakan kaedah beransur-ansur, bertahap, berperingkat atau dengan bahasa yang lebih mudah ia boleh difahami sebagai metode yang bersesuaian dengan kehendak golongan sasaran. Saudara baru merupakan antara golongan yang perlu diberi perhatian dalam aspek pendekatan dakwah terutama yang melibatkan pengajaran dan kebajikan mereka selepas memeluk Islam. Ini kerana selepas memeluk Islam mereka kehilangan tempat untuk mengadu dan bergantung harap. Maka seharusnya inisiatif segera perlu diambil oleh para pendakwah untuk memandu mereka ke arah ajaran Islam yang sebenar supaya mereka tidak mudah tersasar. Justeru kajian ini ingin melihat bagaimana pendekatan dakwah yang sesuai untuk digunakan kepada saudara melalui pendekatan dakwah secara al-tadarruj sebagaimana yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w.
Kata kunci: Al-Tadarruj, dakwah, saudara baru.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini secara umumnya akan mengkaji tentang konsep dakwah secara beransur-ansur atau dikenali dalam istilah bahasa Arab dikenali sebagai manhaj al-tadarruj. Mengikut sebahagian ulama dakwah, konsep al-tadarruj termasuk di bawah manhaj dakwah. Konsep dakwah jenis ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian tertentu sama ada yang melibatkan pendekatan dakwah secara tarbiyyah, pengajaran, pembinaan modul pendidikan dan juga aspek pengisian. Sejarah menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah menggunakan kesemua aspek ini ketika menjalankan aktiviti dakwah. Pelaksanaan dakwah jenis ini sangat perlu khususnya yang melibatkan aktiviti dakwah kepada Saudara Muslim. Ia sangat 924
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
berkesan dan mampu memberikan input yang lebih baik jika proses dakwah yang dijalankan bersesuaian dengan tahap golongan sasaran. Bukan setakat saudara muslim, malah dakwah jenis ini boleh dilaksanakan kepada semua golongan sama ada remaja, anak-anak, keluarga dan masyarakat dengan menggunakan pelbagai modul yang sesuai dengan tahap mereka.
1.2 KONSEP AL-TADARRUJ
Sedikit perbincangan mengenai konsep al-tadarruj dalam dakwah Islamiah. Istilah al-tadarruj pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara beransur-ansur atau bertahap. Tadarruj diambil daripada perkataan bahasa Arab iaitu ‘darija’ yang bermaksud beransur-ansur. Mengikut pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi seperti di dalam bukunya yang berjudul alKhasa’is al-Ammah Li al-Islam, al-tadarruj bermaksud suatu pendekatan secara bertahap atau beransur-ansur dalam memastikan pelaksanaan hukum syarak dijalankan secara berkesan dan sempurna. Pendekatan yang dibawa oleh Allah S.W.T. ini juga turut mengambil kira tabiat manusia dan konteks realiti semasa dalam pelaksanaan syariat Islam.
Selain itu, al-tadarruj juga boleh difahami dengan makna tidak tergesa-gesa
ketika
melakukan pekerjaan atau untuk mencapai sesuatu tujuan. Segala amalan harus disusun dan dirancang mengikut peringkat dan tahap-tahap yang telah ditentukan. Menurut tulisan KH. Aufal Marom Kholil dalam penulisannya ada menyebut, tadarruj menurut bahasa bererti “naik, maju atau meningkat secara beransur-ansur.” Begitu juga sebagaimana diterjemahkan dalam kamus al-Munjid, perkataan tadarraja ilā kadzā bererti taqaddama ilaihi syaian fasyaian (mengarah ke hadapan sedikit demi sedikit).
Dari sudut bahasa ia tidak jauh
berbeza, ia boleh difahami dengan makna metode keilmuan untuk merubah suasana masyarakat menjadi sebagaimana yang diinginkan melalui proses secara bertahap iaitu dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain itu, perkataan al-tadarruj juga mempunyai kaitan erat dengan perkataan ‘darajah’ yang secara bahasa bererti ‘satu tingkatan anak tangga’. Maka perkataan al-tadarruj sekurangkurangnya menggambarkan dua keadaan iaitu tahap sedikit demi sedikit atau langkah demi 925
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
langkah. Ia juga boleh difahami dengan makna keadaan yang melonjak dari bawah ke atas sebagaimana tanjakan sebuah tangga yang terdiri dari beberapa anak tangga. 1.3 KONSEP AL-TADARRUJ DALAM AL-QURAN
Sebenarnya jika dilihat dalam konteks penurunan al-Quran sudah melambangkan konsep altadarruj. Penurunan al-Quran secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu proses al-tadarruj. Proses ini melihat kepada kesesuaian suasana, tempat dan masa. Ia juga diturunkan berdasarkan kehendak masyarakat pada ketika itu yang ingin merungkai pelbagai persoalan dan permasalahan yang wujud.
Walaubagaimanapun aplikasi al-tadarruj dalam al-Quran secara terperinci ada diceritakan melalui proses penetapan pengharaman hukum meminum minuman yang memabukkan. Meminum minuman keras pada permulaan Islam sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat, bahkan ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka pada ketika itu.1 Jika kebiasaan tersebut diharamkan secara mengejut, kemungkinan besar masyarakat akan mengabaikan larangan tersebut mentah-mentah. Oleh sebab itu, kebijaksanaan al-Quran menetapkan hukum haram meminum minuman keras secara bertahap iaitu dari mubah (diharuskan) sampai haram.
Pada permulaan Islam, meminum khamr (minuman keras) masih dibolehkan kerana Masyarakat Arab tidak boleh melepaskan diri daripada mengambil khamr. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat-ayat berikut. َحسَّناً إِنَ فِي ذَِلكَ آليَةً لِ َقوْمٍ يَعْقِلُون َ ًل وَاألَعّْنَابِ تَّتَخِذُونَ مِّنْ ُه سَكَرًا وَرِزْقا ِ وَمِن ثَمَرَاتِ الّنَخِي Maksudnya: “Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.”
1
(al-Nahl: 67)
Al-Sabuniy, Muhammad Ali. 2001. Rawai’ al-Bayan: Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an. Jakarta: Dar alKutub al-Islamiyyah. m/s 212. 926
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ayat tersebut merupakan ayat Makkiyah dan merupakan ayat pertama yang membicarakan mengenai khamr. Selepas ayat tersebut, wujud tiga ayat lain pula yang diturunkan selepas hijrah Rasulullah s.a.w. ayat tersebut dikenali sebagai ayat madaniyyah yang mempunyai kaitan dengan larangan khamr.2
Ayat pertama merujuk kepada surah al-Baqarah (219): س وَإِثْمُهُمَا أَكْبَ ُر مِن نَفْعِهِمَا ِ َيسْأَلُو َنكَ عَنِ الْخَمْ ِر وَالْمَ ْيسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَّنَافِعُ لِلّنَا Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.”
(al-Baqarah: 219)
Ayat ini merujuk kepada keburukan khamr meskipun ia tidak mengharamkannya secara pasti. Dengan turunnya ayat ini, masih ada golongan yang tetap meminum minuman keras kerana masih melihat manfaatnya, namun wujud sebahagian yang lain cuba menjauhinya kerana keburukan yang terdapat pada khamr tersebut. Ayat kedua pula merujuk kepada surah al-Nisa’ (43): َال َة وَأَنّتُ ْم سُكَارَى حَّتَىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُون َ ّص َ يَا أَيُهَا الَذِينَ آمَّنُواْ الَ تَقْرَبُواْ ال Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..” (al-Nisa: 43)
Ayat ini menetapkan pengharaman minuman keras ketika hendak melakukan solat. Adapun meminum minuman keras pada saat masih lagi jauh dengan waktu solat, ia tidak diharamkan. Jarak jauh dari waktu solat seperti antara isyak dengan subuh dan antara subuh dengan zohor. 2
Al-Syinqithiy, Muhammad al-Amin. 1996. Adlwa’ al-Bayan fi Idlah al-Qur’an bi al-Qur’an. Beirut: Dar Ehia al-Tourath al-Arabi. m/s165. 927
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ayat ketiga pula merujuk kepada surah al-Maidah (90): َجسٌ مِنْ عَمَلِ الّشَ ْيطَانِ فَاجّْتَّنِبُوهُ لَعَلَكُمْ تُفْلِحُون ْ ِب وَاألَزْالَمُ ر ُ يَا أَيُهَا الَذِينَ آمَّنُواْ إِنَمَا الْخَمْ ُر وَالْمَ ْيسِ ُر وَاألَنّصَا Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Maidah: 90)
Ayat ini menunjukkan pengharaman minuman keras secara pasti dan jelas. Ayat ini secara jelas melarang meminum minuman keras (khamr) kerana ia termasuk perbuatan syaitan.
Demikian gambaran aplikasi konsep al-tadarruj dalam al-Quran yang dilaksanakan terhadap larangan meminum minuman keras (khamr). Semenjak kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga kewafatan baginda, tempoh penurunan al-Quran selama 23 tahun.3 Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra’ ayat 106: ًث وَنَّزَلّْنَاهُ تَّنّزِيال ٍ وَقُرْآناً فَرَقّْنَاهُ لِّتَقْرََأهُ عَلَى الّنَاسِ عَلَى مُ ْك Maksudnya: “Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan secara beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.”
(al-Isra’: 106)
Sejajar dengan konsep al-tadarruj dalam penurunan al-Quran, penetapan syariat Islam pun ditetapkan melalui konsep al-tadarruj juga. Oleh sebab itu, penetapan syariat Islam sentiasa berlaku seiring dengan penurunan ayat al-Quran, bahkan ia sentiasa ditunjangi dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran membuktikan al-Quran itu merupakan sumber ajaran syariat Islam yang utama. Jika disoroti tahap pengajaran dan penghayatan ajaran Islam, ia dimulai dengan menjauhkan masyarakat dari melakukan syirik kepada Allah dan mengisi hati mereka 3
Az-Zarqani, Muhammad Abdul Adzim. 2001. Manaahil al-Irfan fii Ulum al-Qur'an. Kaherah: Dar al-Hadith. hlm 47. 928
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
dengan akidah tauhid, menerangkan dalil-dalil yang dapat membuka mata mereka terhadap tauhid, bukti-bukti tentang kebangkitan semula selepas kematian serta dalil-dalil tentang hisab dan hari pembalasan. Setelah melalui tahap pemantapan tauhid, Islam membawa umatnya kepada pelaksanaan ibadah dimulai dengan kewajipan bersolat sebelum berlakunya hijrah, zakat, puasa pada tahun kedua hijrah dan diakhiri dengan kewajipan menunaikan haji bagi yang mampu bermula pada tahun ke 6 hijrah.4
Hikmah penurunan al-Quran secara al-tadarruj adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah5 memudahkan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam. Sebagaimana kita ketahui bangsa Arab sebagai bangsa yang menyaksikan turunnya al-Quran merupakan bangsa yang ummi. Budaya penulisan dalam kalangan mereka sangat kurang disebabkan kesibukan mereka dalam mengurus kehidupan serta mencari rezeki. Mereka juga menolak kemunculan agama-agama baru dengan kekerasan dan pertumpahan darah. Jika alQuran diturunkan hanya dalam satu kali saja, maka mereka akan mengalami kesulitan dalam menghafaz dan memahaminya. Disebabkan ini, maka Allah s.w.t menurunkan al-Quran secara al-tadarruj (beransur-ansur) dan merupakan suatu yang sangat efektif buat masyarakat awam.
Selain itu, hikmah diturunkan al-Quran secara al-tadarruj juga adalah demi mempersiapkan masyarakat untuk meninggalkan akidah yang batil, ibadah yang rosak dan budaya yang hina. Dengan penurunan al-Quran secara bertahap menjadikan mereka dapat menerima kehadiran al-Quran sebagai pembawa agama yang benar. Sedikit demi sedikit mereka menyedari bahawa agama yang mereka anuti dari nenek moyang mereka dahulu adalah agama yang batil. Selain itu ia juga untuk mempersiapkan masyarakat melaksanakan akidah dan ibadah secara sempurna. Konsep al-tadarruj dalam al-Quran efektif dalam mempersiapkan masyarakat untuk melaksanakan akidah dan ibadah secara sempurna. Al-Quran diturunkan secara bertahap dengan melarang perkara-perkara yang besar dan memberikan ancaman yang dahsyat kepada mereka yang mengingkarinya. Kemudian al-Quran juga melarang perkara-
4 5
Ibid. hlm 51. Az-Zarqani. Op.cit hlm 50. 929
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
perkara yang bersifat biasa dengan lemah lembut.6 Sikap dan tingkah laku yang berkaitan dengan kehidupan sosial, namun tidak berkaitan langsung dengan akidah tauhid dihadapi dengan bimbingan secara bertahap. Meminum minuman keras (khamr), zina, riba, perhambaan dan lain-lain yang tidak lagi menjadi tabiat perseorangan, namun ia telah dibudayakan dalam masyarakat, maka amat perlu metode al-tadarruj dalam menghadapi masyarakat seperti ini di samping menjelaskan kesan-kesan negatif daripada pengamalan tersebut.7
Selain itu, al-Quran juga diturunkan secara al-tadarruj adalah untuk meneguhkan hati kaum muslimin yang baru memeluk Islam sesuai dengan keadaan mereka pada ketika itu. Ia digambarkan dengan beberapa kisah tentang para nabi dan umat-umat terdahulu yang mengalami kesusahan dalam menyampaikan dakwah dan menyebarkan agama Allah di samping menerangkan janji-janji Allah s.w.t. yang benar kepada mereka yang sabar. Gambaran kisah dan sejarah ini sedikit sebanyak boleh memberi motivasi kepada umat Islam untuk terus istiqamah memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Al-Quran juga membuktikan konsep al-tadarruj merupakan aspek pendekatan dakwah secara berhikmah. Al-tadarruj dalam al-Quran sungguh mengkagumkan dan melalui pelbagai perancangan yang sesuai dan matang. Al-Quran menghadapi suatu masyarakat dengan fikiran, tingkah laku dan sikap yang sedikit atau banyak berbeza dengan apa yang dikehendaki al-Quran seperti politeisme, pemujaan berlebihan terhadap kaabah, bomoh, mabuk dan sebagainya.8 Langkah yang diciptakan dalam al-Quran sewaktu menghadapi perbezaan tersebut adalah dengan ketegasan menentang atau memberikan bimbingan secara bertahap. Setiap sikap dan pemikiran serta tingkah laku yang bersalahan dengan ketauhidan kepada Allah s.w.t. secara langsung atau tidak, pastinya akan ditolak oleh al-Quran dengan penolakan yang tegas. Adapun sikap dan tingkah laku yang berkaitan dengan kehidupan sosial selain akidah tauhid dihadapi dengan bimbingan secara bertahap.9
6
Ibid. hlm 51. Shihab, M. Quraish. 1994. Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat. Bandung: Mizan. Hlm 250. 8 Ibid. hlm245. 9 Ibid. hlm250. 930 7
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Melalui ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan bagaimana interaksi al-Quran dalam menyampaikan sesuatu hukum. Ia dilakukan secara berperingkat peringkat supaya boleh memberi kefahaman yang lebih jelas, di samping menerangkan kebaikan dan keburukan tentang sesuatu amalan tersebut. Ini menunjukkan bagaimana metode dakwah itu perlu dijalankan secara bertahap sesuai dengan metode yang ditunjukkan dalam al-Quran.
1.4 MANHAJ AL-TADARRUJ DALAM SIRAH RASULULLAH S.A.W Menurut Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni, terdapat lima aspek dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w iaitu yang pertama dimulai dengan menyebarkan ilmu pengetahuan meliputi ajaran Islam keseluruhannya. Aspek kedua pula ialah Rasulullah s.a.w tidak pernah meminta balasan atau imbalan terhadap apa yang dihulurkannya khususnya dalam mengembangkan ajaran Islam yang sebenar. Aspek yang ketiga dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w adalah berkisar tentang manhaj al-tadarruj iaitu yang boleh difahami sebagai metode dakwah secara beransur-ansur. Antara aplikasi manhaj al-tadarruj Rasulullah s.a.w ialah menyampaikan sesuatu yang penting yang harus disampaikan kepada manusia iaitu bermula dengan menyemai dan memantapkan akidah orang Islam di Mekah. Selepas itu disusuli dengan anjuran syariat yang lain sama ada berbentuk kewajipan atau perkara-perkara sunat. Kemudian dilangsungkan dengan aspek akhlak sebagai ikutan kepada seluruh umat iaitu bersikap lemah lembut dan menyayangi golongan sasaran. Selain itu, antara aspek al-tadarruj yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w juga dengan bersikap responsif terhadap masalah golongan sasaran.10 Antara lain lagi yang disebut oleh beliau yang mewakili aspek keempat ialah bersikap lemah lembut dan menyayangi mad’u, manakala aspek yang kelima dan terakhir yang dibincangkan dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w ialah bersikap responsif terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh mad’u.
Menurut Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni pula, ciri-ciri umum manhaj dakwah ialah meliputi tiga aspek iaitu pertama khasisoh al-indhibath bermaksud iltizam dengan 10
Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. 2007. hlm10. Petunjuk Dakwah dengan berkesan. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 931
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
hukum syariat Islam atau dengan kata lain berdisiplin. Manhaj dakwah yang kedua pula perlu dilengkapi dengan aspek khasisoh al-tadarruj iaitu bertahap atau meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai.11 Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud; Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masingmasing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (al-Maidah: 48)
Merujuk ayat berikutnya ini menunjukkan al-Quran memang diturunkan secara beransuransur. Antara hikmah yang cukup besar adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh umat. Kefahaman dan penghayatan yang lengkap akan menjadikan hati Rasulullah s.a.w bertambah teguh dan yakin. Begitu juga umat hari ini terutama yang melibatkan Saudara Muslim, mereka dihimpit dengan pelbagai persoalan dalam agama baru mereka iaitu Islam, maka sudah semestinya metode al-tadarruj perlu memainkan peranannya supaya hati mereka lebih tetap dan tidak berkeluh kesah dengan agama baru yang mereka anuti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud; Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara
11
Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni. al-Madkhal ila ilm al-Dakwah. Madinah al-Munawwarah. hlm235. 932
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
(beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.” (al-Furqan: 32)
Ayat yang lain juga menyebut tentang aspek al-tadarruj dari segi kesempurnaan agama Islam bermula dari bawah hingga ke atas iaitu sehingga mencapai aspek kesempurnaan. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud; Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(al-Maidah: 3)
Aspek ketiga dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Bayanuni ialah khasisoh al-istimrar yang bermaksud berterusan dalam melaksanakan dakwah dan tidak terhenti di separuh jalan atau tidak mudah berputus asa dengan golongan sasaran.12
12
Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni. Al-Madkhal ila ilm al-Dakwah. Madinah al-Munawwarah. hlm235. 933
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Selain itu, Jum’ah Amin Abdul Aziz (2011) ada membincangkan mengenai teori al-tadarruj dalam kitabnya yang berjudul al-Dakwah, Qawa’id wa Usul. Dalam kitab tersebut beliau menekankan kaedah al-tadarruj fi al-takkalif yang bermaksud bertahap dalam memberi bebanan atau taklif sebagai satu teori dalam manhaj al-tadarruj. Antara yang dibincangkan dalam teori ini ialah berbicara dengan seseorang sesuai dengan kadar pemikirannya, kemudian menunda sesuatu penjelasan seandainya masih tidak dapat dijelaskan pada masa tersebut. Selain itu aspek kerohanian dengan menyatakan kepada golongan bahawa Allah s.w.t sangat mengasihi kita dengan peruntukan hukum yang bertahap di samping sentiasa berdamping dengan Rasulullah s.a.w dan para alim ulama.13
Prinsip al-tadarruj (bertahap) ini merupakan prinsip yang asasi dalam berdakwah hingga manusia memahami agama ini sesuai dengan kemampuan akalnya dan menerima dengan hatinya. Prinsip al-Quran menolak jahiliyyah dengan mengaplikasi prinsip al-tadarruj yang menjadi metode utama kepada perubahan. Perancangan al-tadarruj mengcakupi dua aspek iaitu bertahap dalam menggantikan satu bentuk dengan merubah dari bawah ke atas (kefahaman yang ringan kepada kefahaman yang lebih tinggi) sehingga mencapai kesempurnaan. Keduanya tahap menggantikan sekumpulan format, dengan mendahulukan yang pokok dari yang cabang dengan berpandukan teladan Rasulullah s.a.w.14 Proses pelaksanaan dakwah ini adalah antara metode dakwah yang perlu dilaksanakan kepada Saudara Muslim khususnya yang melibatkan proses pengajaran hukum-hukum Islam.
1.5 PENGERTIAN MUALAF (SAUDARA BARU)
Terminologi mualaf dalam kajian ini berasaskan kepada al-Quran menerusi ayat 60 dalam Surah Taubah; “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk golongan fakir, dan miskin, dan ‘amil-‘amil yang mengurusnya, dan golongan mu’allaf yang dilembutkan hatinya, dan untuk golongan hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah 13
Jum’ah Amin Abdul Aziz. 2011. Al-Dakwah, Qawa’id wa Usul. Fiqih Dakwah, prinsip dan kaedah asasi dakwah Islam. m/s 302. Terj: Abdus Salam Masykur. Indonesia. 14 Ibid. hlm303. 934
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
dan golongan musafir yang keputusan (belanja) dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Taubah (9) : ayat 60)
Ayat 60 dalam surah Taubah ini menjelaskan bahawa golongan mualaf merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Bagi tujuan tersebut banyak tafsiran ditemui mengulas berkaitan pengertian mualaf sebagaimana yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.
Mu`jam al-Fāz al-Qur’an al-Karim mendefinisikan )
)
( sebagai
) iaitu golongan yang cenderung kepada Islam dengan berbuat
baik terhadap mereka.15 Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu pertama; golongan yang baru memeluk Islam dan kedua; golongan yang belum memeluk Islam.
Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilal al-Quran mengkategorikan golongan
)
(
kepada tiga golongan iaitu pertama ialah individu yang baru memeluk Islam dan
dengan pemberian zakat diharapkan dapat mengukuhkan pegangan mereka terhadap Islam, kategori kedua iaitu individu yang belum memeluk Islam dan dengan pemberian harta zakat diharapkan dapat melembutkan hati mereka supaya memeluk Islam manakala golongan ketiga ialah mereka yang telah memeluk Islam dan berpegang teguh dengannya dan menerusi pemberian harta zakat, mereka diharapkan dapat menarik hati orang-orang seperti mereka di
15
Mu`jam al-Faz al-Quran al-Karim (1970), c.3, Kaherah: al-Hai’ah al-Misriyyah al-`Ammah Li-Ta’lif Wa alNashr. h. 45. 935
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kalangan kaum mereka agar memeluk Islam setelah melihat saudara mereka mendapat rezeki yang banyak. Pemberian zakat ini menggambarkan kesempurnaan hakikat kebijaksanaan Allah SWT dalam mentadbir urusan hamba-Nya pada setiap aspek situasi dan persekitaran.16 Wahbah al-Zuhayli dalam Tafsir al-Munir menafsirkan )
( sebagai golongan yang
telah memeluk Islam tetapi niat mereka terhadap Islam masih lemah dan hati mereka perlu dijinakkan. Tafsiran ini juga merujuk kepada golongan yang mempunyai kemuliaan ekoran daripada pemberian harta zakat kepada golongan ini akan menyebabkan mereka memelihara dan mempertahankan Islam.17 Tafsiran ini juga menjelaskan bahawa golongan mualaf terbahagi dua golongan iaitu mereka yang telah memeluk Islam dan yang belum memeluk Islam.
Al-Qurtubi dalam al-Jami` Li-Ahkam al-Quran menafsirkan kalimah
)
(
sebagai mereka yang telah memeluk Islam dan melalui pemberian zakat diharapkan
dapat menjinakkan hati mereka yang masih kurang keyakinan terhadap Islam. Golongan ini termasuk juga mereka yang kaya tetapi baru memeluk Islam.18
1.6
KONSEP AL-TADARRUJ DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH TERHADAP SAUDARA BARU
16
Sayyid Qutb (1998), Fi Zilal al-Quran, j.3, Kaherah:Dar al-Mashruq, h.1669. Wahbah al-Zuhayli (1998), Al-Tafsir al-Munir Fi al-Aqidah Wa al-Syariah Wa Al-Manhaj, j.9, Beirut: Dar alFikr, h.259. 18 Abi `Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1996), al-Jami` Li-Ahkam al-Quran c.2.j.7, Kaherah: Dar al-Hadith, h. 166. 936 17
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Berikut merupakan sedikit perbincangan berkaitan aspek al-tadarruj yang ada dalam penyampaian dakwah Rasulullah s.a.w.
1.5.1 Rasulullah s.a.w Pendidik Unggul
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Maksud: “ Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan daku untuk menyukarkan dan tidak pula sebagai mencari kesilapan dan keaiban orang lain, sebaliknya Allah mengutuskan daku sebagai guru yang memudahkan” (HR Muslim)
Berdasarkan dalil ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat unggul sebagai guru dan pendidik. Keunggulan tersebut boleh dibuktikan melalui kaedahkaedah pengajaran yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana petikan yang ditulis oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi al-Suri ‘Rasulullah s.a.w merupakan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan Baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang begitu mendadak setelah Baginda menjalankan mesej dakwah dan menyerapkan metode-metode yang mampu menarik perhatian seluruh manusia.’
Antara yang menjadi daya tarikan Rasulullah s.a.w ialah keperibadian Baginda sebagai guru dan pendakwah. Baginda memiliki sifat penyayang lagi pengasih, menjauhkan perkara yang menyusahkan dan suka kepada kemudahan, berkasih sayang terhadap golongan pelajar, mengambil berat kepada mereka dan sentiasa mencurahkan segenap tenaga pada setiap ketika dan keadaan.
19
Setiap ucapan Baginda juga jelas serta mudah difahami di samping bersikap
tenang dalam setiap ucapannya.
1.5.2 Mekanisme Penyampaian Dakwah Rasulullah s.a.w.
19
Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2009. Rasulullah Pendidik Terulung. Negeri Sembilan: al-Azhar Media. 937
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Rasulullah s.a.w menjadikan dirinya sebagai contoh atau model terbaik. Kaedah yang utama digunakan oleh Baginda ialah ajaran yang berbentuk praktikal dengan cara menjadikan budi pekerti sebagai ikutan teladan yang baik kepada para pelajar. Rasulullah s.a.w menitik beratkan kaedah al-tadarruj (beransur-ansur) di dalam memberi pengajaran. Baginda akan mendahulukan perkara yang lebih penting ke atas perkara yang penting dan mengajar satu persatu secara beransur-ansur. Sebagaimana hadith yang bermaksud: “ Daripada Sayyidina Jundub bin Abdullah beliau berkata: Kami bersama-sama Nabi dan umur kami ketika itu hampir baligh. Baginda mengajarkan kepada kami perkara yang berkaitan dengan keimanan sebelum mengajar alQuran, selepas itu barulah kami belajar al-Quran dan iman kami bertambah dengannya.” (HR Ibnu Majah)
Selain itu, aspek al-tadarruj dalam pengajaran Rasulullah s.a.w juga menekankan aspek keutamaan dalam menyampaikan mesej Islam. Ini terbukti sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Maksud: “Daripada Saidina Ibnu Abbas, sesungguhnya Nabi pernah mengutuskan Saidina Muaz bin Jabbal ke Yaman, lalu Baginda bersabda (berpesan kepada Muaz) Sesungguhnya kamu akan menemui satu kaum dari ahli kitab, maka serulah mereka kepada penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawasanya daku ialah Rasul utusan Allah. Setelah mereka mentaati perkara tersebut, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka agar mengeluarkan zakat yang diambil daripada golongan kaya dan diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Setelah mereka mentaatinya maka hendaklah kamu menjauhi harta-harta (yang mereka miliki). Takutilah doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab yang menghalangnya (untuk dikabulkan Allah).”
Melalui terjemahan hadith tersebut menunjukkan terdapat beberapa kaedah al-tadarruj yang boleh diambil iaitu dalam pengajaran perlu mulakan perkara yang lebih penting dari yang penting. Maksudnya dalam ajaran Islam akidah tauhid lebih penting diajar terlebih dahulu berbanding hukum syarak atau ajaran syariat yang lain. Selain itu mengajar dengan banyak 938
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
sekali gus akan menimbulkan perasaan jemu dan apa yang dipelajari tidak dapat dikuasai dengan baik. Bahkan anjuran Rasulullah s.a.w juga berdasarkan hadith ini merujuk kepada keutamaan perlu diberi kepada masalah-masalah usul (asas) sebelum mempelajari masalahmasalah furu’ (cabang).20
Selain itu, contoh al-tadarruj juga boleh digambarkan dalam hadith yang berikut. Maksud: “Daripada Saidina Muhammad bin Fudhail daripada Ato’ (Ibnu Assaib) daripada Abi Abd Rahman Assulami al-Muqri’ beliau berkata: (salah seorang sahabat yang mengajar kami alQuran memberitahu kami) bahawa sesungguhnya mereka belajar dengan Nabi sebanyak sepuluh ayat sahaja, dan mereka tidak berpindah kepada sepuluh ayat yang lain melainkan setelah mereka mengetahui apa yang terkandung pada ayat itu dan beramal dengannya.”
Melalui hadith ini menggambarkan bahawa aspek al-tadarruj dilihat dari sudut pemahaman dan pengamalan. Apabila sesuatu perkara sudah difahami dan ia mampu diamalkan oleh individu tersebut, maka selepas itu ia boleh bergerak ke tahap yang keseterusnya atau tahap yang lebih tinggi. Ini juga termasuk dalam aplikasi al-tadarruj.
1.5.3 Penyusunan Modul Pengajaran
Penyusunan modul pengajaran saudara baru perlu melalui tahap yang sesuai mengikut kesyumulan Islam bermula dengan pengajaran dan penerapan akidah, disusuli dengan pemahaman dari aspek syariat iaitu ibadah, munakahat, muamalat dan jinayat. Kemudian diakhiri dengan aspek akhlak Islamiyyah. Penerapan akhlak Islamiyyah memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia. Ketiga-tiga aspek ini perlu dipelajari secara beransuransur mengikut kesesuaian masa dan keadaan mereka.
1.5.4 Aplikasi Konsep Ihsan Terhadap Saudara baru
20
Ibid. m/s 107. 939
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Pemberian zakat merupakan satu daripada manifestasi konsep ihsan terhadap golongan mualaf bertujuan untuk menjinakkan hati mereka.21 Rasulullah s.a.w. pernah memberikan zakat kepada beberapa orang Quraish yang mempunyai kemuliaan bagi menjinakkan hati mereka dan kaum mereka sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda.22
Maksudnya; Dari Anas bin Malik katanya: Sesungguhnya segolongan Ansar berkata pada hari peperangan Hunain ketika Allah memberikan kepada Rasul-Nya harta rampasan Hawazin sebagaimana yang telah diberikan. Lalu Rasulullah s.a.w. telah memberi beberapa orang lelaki Quraisy sebanyak 100 ekor unta. Maka mereka berkata: “Semoga Allah SWT mengampunkan Rasulullah, baginda hanya memberi orang Quraisy dan membiarkan kami sedangkan pedangpedang kami masih mengalir daripada darah mereka”. Anas ibn Malik berkata: Maka diceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dari apa yang mereka katakan. Lalu baginda menghantar utusan kepada golongan Ansar dan mengumpulkan mereka dalam sebuah kubah daripada kulit. Apabila mereka telah berkumpul, Rasulullah s.a.w. pun datang kepada mereka dan bertanya: “Apa cerita yang telah sampai kepadaku daripada kamu sekalian?” Maka berkata fuqaha’ Ansar: “Adapun orang-orang yang berkedudukan antara kami, ya Rasulullah, mereka tidak berkata apa-apa, adapun segolongan orang daripada kami yang masih muda telah berkata: Semoga Allah SWT mengampunkan Rasulullah, baginda hanya memberi orang Quraisy dan membiarkan kami sedang pedang-pedang kami masih mengalir daripada darah mereka”. Maka sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya aku hanya memberi beberapa orang lelaki yang masih baru meninggalkan kekufuran untuk aku menjinakkan hati mereka, tidakkah kamu sekalian reda jika orang lain pergi dengan harta benda, sedangkan kamu sekalian kembali ke rumah masing-masing dengan Rasulullah? Maka demi Allah, nescaya apa yang kamu sekalian kembali dengannya itu lebih baik dari apa yang mereka kembali dengannya”. Lalu jawab mereka: “Bahkan ya Rasulullah, sesungguhnya kami reda”. Sabda baginda lagi: “Sesungguhnya kamu sekalian nanti akan menemui pembolotan yang dahsyat, maka bersabarlah sehingga kamu sekalian menemui Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya aku kelak akan menanti di hawd (telaga Nabi di akhirat)”. Balas mereka akhirnya: “Kami akan bersabar”.
Di samping itu, pemberian zakat ini diharapkan dapat mewujudkan implikasi tarikan kaum Quraish untuk mendekati Islam kerana status dan kedudukan golongan ini yang 21
Muhammad Mutawalla (1991), Tafsir al-Sya`rawi, j.9, Kaherah: Dar al-Akhbar al-Yawm, h.5223. Al-Imam Muslim bin al-Hujjaj al-Qushayri al-Naisaburi (1994), Sahih Muslim, Kitab al-Zakat, Bab `Ita’ alMuallafah Qulubuhum `Ala al-Islam Wa Tasbir Man Quwa Imanih, no. 1059, j.3, Beirut:Dar al-Kutub, h.541. 940 22
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat pada ketika itu. Imam Syafi’i menjelaskan bahawa golongan mualaf ialah mereka yang baru memeluk Islam. Pengagihan zakat bertujuan menguatkan pegangan mereka kepada Islam. Selain itu, zakat turut diagihkan kepada komuniti Islam yang mempunyai status dan kedudukan tinggi serta terkenal di kalangan kaum mereka. Pemberian zakat kepada golongan ini diharap dapat menarik minat di kalangan mereka yang belum beragama Islam untuk memeluk Islam. Golongan ketiga ialah komuniti Islam yang berada di tempat yang berbahaya dan berisiko tinggi untuk melindungi orang lain daripada serangan orang kafir serta keganasan pelampau. Individu yang ditugaskan untuk memungut zakat di kalangan kaumnya di lokasi penempatan yang sukar untuk dikenal pasti dan dijejaki oleh seseorang amil bagi tujuan pungutan zakat juga termasuk dalam kategori ini.23
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Nur Kareelawati Abd Karim, mentakrifkan perkataan Saudara Baru merupakan kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keislaman mereka (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd Karim, 2005). Saudara Baru diertikan juga sebagai segolongan manusia yang kufur dan memeluk Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Pemberian zakat kepada asnaf mualaf adalah wajib bertujuan untuk memotivasikan serta menguatkan pegangan akidah Islamiyah yang baru dianuti (Nur A’thiroh Masyaa’il Tan @ Tan Ai Pao, 2009).
1.6
KESIMPULAN
Kajian tentang konsep dakwah secara al-tadarruj atau beransur-ansur merupakan satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menyampaikan dakwah Islam. Penyampaian mengenai agama Islam secara bertahap atau beransur-ansur akan lebih memudahkan penerimaan Saudara Muslim dan juga Non Muslim tentang ajaran Islam, selain lebih memudahkan mereka mempelajari dan memahami agama yang mereka anuti. Ia bagi 23
Mustafa Bugha al-Khin & Mustafa al-Bugha `Ali Al-Syarbaji (2005). Kitab Fekah Mazhab Syafie, Ridzuan Hashim (terj.), Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.,h.105. 941
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mengelakkan mereka merasa tertekan dan terbeban dengan anutan agama mereka, di samping dapat mengelakkan kecenderungan mereka untuk berbalik kepada agama asal. Bagi saudara muslim yang baru memeluk Islam, bertukar agama merupakan satu perkara yang berat bagi mereka.
Oleh kerana itu seharusnya kita sebagai orang Islam perlu mengalu-alukan kedatangan mereka kepada agama Islam dengan memudahkan urusan mereka dari pelbagai sudut sama ada melibatkan perkara yang berkaitan dengan kebajikan, kewangan, emosi, spritual dan sebagainya. Metodologi dakwah Rasulullah s.a.w adalah merupakan metode yang sangat berkesan yang mana di dalamnya terkandung uslub hikmah yang amat menitik beratkan aspek al-tadarruj atau penyampaian ajaran Islam secara bertahap dan beransur-ansur di samping menepati kehendak golongan sasaran.
RUJUKAN
Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi al-Suri. 2009. Rasulullah Pendidik Terulung, 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Negeri Sembilan: al-Azhar Media. Jum’ah Amin Abdul Aziz. 2011. Al-Dakwah, Qawa’id wa Usul. Fiqih Dakwah, prinsip dan kaedah asasi dakwah Islam. Terj: Abdus Salam Masykur. Indonesia
Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni. Al-Madkhal ila ilm al-Dakwah. Madinah alMunawwarah. Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. 2007. Petunjuk Dakwah dengan berkesan. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Al-Sabuniy, Muhammad Ali. 2001. Rawai’ al-Bayan: Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an. Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
942
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Syinqithiy, Muhammad al-Amin. 1996. Adlwa’ al-Bayan fi Idlah al-Qur’an bi al-Qur’an. Beirut: Dar Ehia al-Tourath al-Arabi.
Az-Zarqani, Muhammad Abdul Adzim.
2001. Manaahil al-Irfan fii Ulum al-Qur'an.
Kaherah: Dar al-Hadith.
Shihab, M. Quraish. 1994. Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat. Bandung: Mizan.
Ahmad Jafri Bahar. 2011. Pendekatan Psikologi Dakwah dalam al-Quran: Kajian Terhadap Dakwah Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (tesis sarjana). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Qardawi, Yusuf. (1981). Al-Khasa'is al-‘Ammah li al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Syarul Azman B. Shaharuddin. 2015. Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Tesis Dr. Falsafah Institut Islam Hadhari (HADHARI). Bangi: UKM. Mariam Abd. Majid. 2012. Mualaf di Negeri Selangor Darul Ehsan: Kajian Tentang Kepuasan Diri Dalam Anutan Islam. Tesis Dr. Falsafah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya. Qardawi, Yusuf. 2001. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqah. Kaherah: Maktabah Wahbah. Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah & Fariza Md Sham. 2009. Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd Karim. 2005. Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu. Dlm Razaleigh Muhamat@Kawangit (pnyt). Isu-isu Pengurusan Saudara Muslim. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM. Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Selangor: UKM Bangi.
943
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Anuar bin Puteh. 1999. Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,UKM. Dusuki bin Haji Ahmad. 1980. Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Anuar Puteh. (2005). Keperluan Bimbingan Kepada Saudara Baru. Dlm. Razaleigh Muhamat@Kawangit, Faudzinaim Badaruddin & Khairil Khuzairi Omar(pny.). Masa Depan Saudara Baru: Harapan, Realiti dan Cabaran. Bangi: Pusat Islam, UKM.
944