Perkara
Teks Ucaptama YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM
Program
Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 60 Tahun Pasca Kemerdekaan: Menelusuri Cabaran Melestari Masa Hadapan Di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Jalan Ilmu Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur
Tarikh
29 Ogos, 2017 (Selasa)
1
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته ص ْح ِبه َّ صالَة ُ َوال ِ َف اْأل َ ْن ِبي ِ علَى أ َ ْش َر َّ ب ْالعالَ ِميْنَ َوال ِ ا َ ْل َح ْم ُد ِهللِ َر َ س ِليْنَ َو َ سالَ ُم َ اء َو ْال ُم ْر َ علَى َءا ِل ِه َو َأ َ ْج َم ِعيْن
- Yang Berbahagia, Pengerusi Majlis
- Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Pengerusi IAIS Malaysia dan IKIM
- Yang Berbahagia, Prof. Mohammad Hashim Kamali. Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia,
- Dif-dif jemputan. - Tan Sri / Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk-Datuk/Datin serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian
2
1.
PENGENALAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah, Pengerusi IAIS selaku penganjur kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian seminar yang sungguh bermakna pada hari ini.
Bagi diri saya secara peribadi pula, seminar ini sungguh bermakna di mana saya telahpun berada di institusi kehakiman syariah ini sejak lebih 30 tahun yang lalu dan telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran. Sebagai seorang warga Mahkamah Syariah, saya amat bersyukur di atas kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh institusi ini sehingga ke hari ini.
Sekian lama Mahkamah-mahkamah Syariah di Negeri-negeri telah menempah dan mengharungi pelbagai permasalahan kes dan rintangan serta cabaran semasa menguruskan kes dan hal ehwal syariah masyarakat Islam di Malaysia. Begitu banyak khidmat bakti dan jasa-jasa pegawai Mahkamah Syariah sejak dahulu dalam menangani isu-isu kekeluargaan dan kehakiman Islam di Malaysia. Namun apabila berlaku sedikit kekhilafan atau isu-isu kecil yang terpencil, isu-isu tersebut menjadi viral dan diperbesar-besarkan sehingga menjadi fitnah dan Mahkamah Syariah diberi gambaran yang berat sebelah. 3
Yang Amat Berbahagia Tun, hadirin hadirat yang dimuliakan,
2.
SEJARAH RINGKAS INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH
Saya percaya ramai di kalangan rakyat kita kini sudah maklum akan
sejarah
panjang
mengenai
perkembangan
institusi
Mahkamah Syariah dan kini dijadikan satu topik khusus bagi kuliah perundangan di institusi pengajian tinggi di negara ini. Oleh yang demikian, saya tidak berhasrat untuk menghuraikannya di sini. Namun sejarah begitu penting bagi membincangkan sesuatu isu kerana ianya berupa landasan ke arah kita merancang suatu jalan penyelesaiannya. Tanpa merujuk sejarah, bermakna kita telah meletakkan kekeliruan kepada generasi akan datang yang bertindak lebih pantas akibat kesan kemajuan dan globalisasi.
Pada suatu ketika dulu, banyak pihak yang menganggap Mahkamah Syariah di negara ini sebagai satu “kangaroo court". Ini
kerana mengikut persepsi umum, institusi itu tidak ada
struktur yang betul dan tidak ada prosedur yang lengkap dan mantap. Pakar dalam hal ini Allayarham Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim berpendapat bahawa gerhana Mahkamah Syariah berlaku pada 1948, bila kedudukannya diletakkan di bawah Mahkamah Sivil.
4
Kedudukan ini berterusan selepas merdeka, apabila bidang kuasa Mahkamah Syariah terus di kekang di paras 3:5:6 (iaitu hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah tidak boleh melebihi penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan). Kini walaupun negara sudah tidak lagi dijajah selama lebih 50 tahun, dan Mahkamah Syariah di negara ini sudah dikatakan “dewasa", had dan batasan yang dikenakan oleh Parlimen itu masih lagi berterusan. Kita amat berharap agar rang undang-undang Akta 355 akan dapat diluluskan oleh Parlimen tidak lama lagi sebagai pembuka jalan ke arah era baru memperkasa institusi Mahkamah Syariah.
Setelah kerajaan Malaysia membuat dasar mewajibkan semua warga Mahkamah Syariah di negara ini menjalani kurus teori dan amali tentang kehakiman Islam di Universiti Islam Antarabangsa (mulai awal tahun 80an) dan selepas itu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditubuhkan, proses transformasi yang dinanti-nantikan akhirnya dapat dilaksanakan.
Beberapa undang-undang baru diluluskan (mengenai struktur dan bidangkuasa Mahkamah Syariah, mengenai prosedur mal, mengenai prosedur jenayah, mengenai kesalahan jenayah syariah, mengenai undang-undang keterangan dan sebagainya) menggantikan undang-undang rojak yang lama.
5
Proses
penstrukturan
Mahkamah
(kepada
tiga
tingkat
-
Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Rayuan) juga
dilakukan,
serentak
dengan
proses
mengasingkan
Mahkamah Syariah dari Majlis Agama Islam Negeri dan Pejabat Mufti.
Ini sejajar dan selaras dengan doktrin pengasingan kuasa, bahawa tiga organ kerajaan (badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif) mesti diasingkan dan tidak dibenarkan duduk sebumbung. Intipati doktrin pengasingan kuasa ini adalah Mahkamah mestilah bebas dari sebarang pengaruh atau tekanan dari mana-mana pihak.
Kemuncak proses memartabatkan Mahkamah Syariah di negara ini berlaku apabila Perkara 121 dipinda dengan memasukkan klausa (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Jun 1988. Mulai tarikh pindaan itu, sekiranya satu-satu kes itu terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah, kes itu tidak boleh didengar (dibicarakan) di Mahkamah Sivil di negara ini. Ringkasnya pindaan menyebut: (Mahkamah sivil) “…….tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa
mahkamah
Syariah.”
(
Akta
A704,
seksyen
8,
berkuatkuasa mulai 10 Jun 1988. Pindaan itu hanya tertumpu kepada “apa-apa perkara” (“any matter”) dalam bidang kuasa 6
mahkamah syariah. Jika perkara itu terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti hak jagaan anak dalam kes itu, maka Mahkamah
Sivil
tidak
ada
bidang
kuasa
mengenainya.
Penggubal Perkara 121(1A) tidak menduga keadaan seperti itu akan berlaku. Ia digubal atas asas dalam sesuatu kes cuma ada isu undang-undang sivil atau isu-isu hukum syarak dan orang bukan Islam (termasuk perbadanan) tidak terlibat dalam kes yang di dalamnya terdapat isu-isu syariah. Ia juga tidak menduga bahawa dalam kes di Mahkamah Syariah, mungkin timbul isu perlembagaan seperti dalam kes Jumaaton Awang & Satu Lagi lwn. Raja Hizaruddin Nong Chik [2004] sedangkan bidang kuasa mentafsir Perlembagaan terletak di bawah mahkamah sivil. Walau apa pun natijahnya, sesuatu usaha penambah baikan kepada pindaan ini perlu diteruskan dengan lebih halus supaya suasana harmoni dapat dikekalkan di antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
3.
INTIPATI PERKARA 121 FASAL (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Pada pandangan saya, pindaan Perkara 121 (1A) ini sekali pun hanya menyebut Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang 7
kuasa Mahkamah Syariah maka bukanlah bermakna hanya Mahkamah Sivil sahaja yang perlu menghormati akan kedudukan Mahkamah
Syariah,
akan
tetapi
pemisahan
bidangkuasa
kehakiman ini juga perlulah turut sama dihormati oleh semua pihak termasuk badan-badan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain yang menguruskan hal perundangan Mahkamah Syariah termasuk juga pihak Jabatan Peguam Negara.
Pihak berwajib perlu mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengharmonikan kedua-dua bidang kuasa mahkamah agar masyarakat Islam tidak keliru, kecewa atau rasa terancam. Jika pertindihan
dan
bertembungan
bidang
kuasa
kedua-dua
mahkamah terus berlaku, ini bermakna hasrat pindaan Perkara 121(1A) tidak berjalan atas paksi yang sewajarnya. Oleh itu, kedudukan, kepentingan dan urus tadbir hal ehwal Islam termasuk hal ehwal Mahkamah Syariah perlu dizahirkan kerana kedudukannya telah diperuntukkan dengan jelas dan terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
4.
MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH
Saya percaya bahawa tanggungjawab memperkasa Mahkamah Syariah tidak terletak pada satu-satu pihak, individu atau pihak kerajaan
semata-mata.
Saya
juga
percaya
bahawa 8
memperkasakan Mahkamah Syariah tidak hanya tergantung kepada satu atau dua faktor sahaja. Banyak factor-faktor lain yang perlu dikenalpasti dan dilaksanakan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan warganya. Antara faktor tersebut adalah memperkasa organisasi, sumber manusia, kompetensi dan struktur Mahkamah Syariah secara menyeluruh di semua peringkat. Ini kerana memperkasakan aspek-aspek berkenaan merupakan faktor utama yang menjadi asas justifikasi serta autoriti penting bagi membolehkan gred perjawatan ditingkatkan dan saiz sumber manusia ditambah berdasarkan keperluan mendesak di negeri-negeri. Faktor ini akan memberi impak besar bagi membolehkan Mahkamah Syariah mendepani permasalahan kes-kes yang semakin bertambah dan kompleks.
Yang Amat Berbahagia Tun, hadirin hadirat sekalian,
5.
PENYELARASAN
UNDANG-UNDANG
ISLAM
DI
NEGERI/WILAYAH
Penyelarasan undang-undang Syariah di antara negeri-negeri merupakan satu cabaran utama dalam usaha memperkasakan institusi Mahkamah Syariah. Sekali pun rakyat jelata begitu mengharapkan penyelarasannya dapat direalisasikan namun hingga setakat ini jelas masih belum berjaya. Dalam hal ini, pada 9
pandangan saya, adalah lebih baik kita melihat kepelbagaian undang-undang di kalangan negeri-negeri itu sebagai suatu hikmah
dan
kita
perlulah
berusaha
sebaik
mungkin
merapatkannya dengan cara yang berkesan daripada kita berterusan mengeluh tanpa penghujung.
Dalam awal era 90-an sudah terlihat penyelarasan undangundang itu telah berjaya apabila lima undang-undang yang digunapakai Mahkamah Syariah di kebanyakan negeri-negeri telah mengikut peruntukan yang sama dengan undang- di undang Mahkamah
Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Namun
malangnya pada era tahun 2000 dan sekarang ini kita dapat lihat undang-undang di Wilayah Persekutuan pula didapati telah jauh ketinggalan menunjukkan
daripada kepada
undang-undang kita,
di
bidangkuasa
negeri-negeri. bukanlah
Ini
hanya
bergantung kepada faktor prerogatif Raja-raja Melayu di negerinegeri semata-mata malahan ianya turut menyentuh aspek pengurusan dan pentadbiran Majlis Agama Islam itu sendiri. Pihak Majlis selaku penasihat utama kepada Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong perlulah memainkan peranan aktif dalam usaha memperkasakan institusi Mahkamah Syariah.
10
6.
MEMPERKASAKAN
UNDANG-UNDANG
KELUARGA
ISLAM Pemerkasaan institusi Mahkamah Syariah bukan sahaja perlu mengutamakan hal bidangkuasa semata-mata malah turut menyentuh pelbagai aspek terutama aspek sosial. Dalam hal ini, Mahkamah Syariah sebagai institusi kehakiman Islam yang satusatunya mengendalikan hal ehwal kekeluargaan Islam, maka sudah sampai masanya kita perlu menilai keberkesanan undangundang keluarga Islam yang digunapakai kini agar sesuai dengan keperluan kehidupan keluarga Islam masa kini. Umpamanya satu contoh yang boleh saya nyatakan di sini mengenai kepentingan nafkah. Ramai para isteri dalam keluarga Islam menghadapi masalah nafkah yang gagal disempurnakan tanggungjawabnya oleh para suami masa kini.
Sudah sampai masanya undang-undang mengenai nafkah keluarga Islam ini diperhalusi supaya seboleh-bolehnya berupaya menutup sebarang kelompongan yang boleh disalah gunakan oleh para suami yang sengaja tidak mengambil berat soal nafkah kepada isteri dan anak-anak.Tempoh masa perbicaraan kes nafkah perlulah diberikan “limitation” atau had secara undangundang supaya tidak berlarutan bertahun-tahun lamanya yang akhirnya semua pihak menyalahkan Mahkamah Syariah.
11
Undang-undang serta enakmen negeri yang telah digubal sangat tepat namanya - iaitu Undang-undang Keluarga Islam. Oleh yang demikian, pertimbangan yang paling penting dalam reformasi undang-undang ialah kesejahteraan unit kekeluargaan ini. Apa sahaja peruntukan yang dibuat, dan pelaksanaannya mestilah menjamin kesejahteraan keluarga, menekankan tanggungjawab ibu-bapa dalam memimpin dan membimbing keluarga, menjaga martabat setiap ahli, menggalakkan silaturahim dan memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat - baik suami, isteri atau anak-anak.
Setiap ahli keluarga mempunyai hak dan tanggungjawab. Dalam menjamin
hak,
tanggungjawab
masing-masing
perlu
juga
diperjelaskan. Hak-hak yang menggugat kestabilan institusi keluarga perlu dinilai semula untuk memastikan "hak" ini tidak memudaratkan ahli keluarga lain terutamanya kaum wanita dan anak-anak. Jangan sekali-kali dibolehkan keadaan di mana satu pihak digalakkan mendapat hak tanpa tanggungjawab dan pihak yang lagi satu, biasanya si isteri, diminta memikul berbagai-bagai tanggungjawab tanpa diberi haknya.
12
7.
REFORMASI
MEMERLUKAN
TINDAKAN
YANG
MENYELURUH. Perwujudan
undang-undang
sahaja
tidak
akan
menjamin
keadilan. Masyarakat juga perlu mempunyai sikap yang saling menghargai dan menghormati semua ahlinya, lelaki dan wanita. Ini bukan perkara yang sukar kerana setiap insan pasti mempunyai ibu dan bapa, kakak dan abang, isteri dan suami, anak lelaki dan anak perempuan.
Jadi mengapakah masih terdapat sikap yang meletakkan wanita ditaraf yang rendah dan amalan menyalahkan wanita bagi semua masalah yang berlaku dalam keluarga dan masyarakat kita? Di manakah diletakkan nilai perkongsian dan tanggungjawab bersama
dalam
keluarga?
Di
manakah
ditekankan
tanggungjawab bapa untuk menunjuk contoh tingkahlaku yang baik bagi keluarganya?
Proses mengubah sikap memang mengambil masa yang lama tetapi boleh dipercepatkan jika kita semua bertekad untuk mengubah keadaan.
Sebagai "opinion leaders" kita harus
berhati-hati memberi pendapat. Jangan terburu-buru dan secara angkuh mengkritik atau memihak dalam isu-isu kekeluargaan dan undang-undang
keluarga
Islam.
Tugas
kita
bukan
untuk
bertelingkah dan bertengkar tetapi untuk mencari jalan yang 13
seadilnya bersama-sama untuk membina keluarga Islam yang bahagia dan produktif.
Kita sekarang berada di ambang abad ke 21. Abad yang dipenuhi dengan perubahan yang cepat dan menakjubkan. Perubahanperubahan ini akan mencabar nilai asas seperti kekeluargaan. Kita perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran ini dengan mempastikan nilai yang kita hargai tidak terkikis.
Seminar seperti ini sangat penting. Dengan mengutamakan prinsip musyawarah yang disanjung tinggi oleh Islam adalah diharapkan hasil daripada seminar ini akan memberi peluang kepada semua untuk mengkaji semula peruntukan yang terdapat dalam undang-undang keluarga Islam serta pelaksanaannya, dan mencapai kata sepakat demi melindungi dan membina suatu keluarga Islam yang bahagia, di mana hak dan martabat setiap ahli keluarga terpelihara. Usaha ini juga akan membantu Kerajaan dalam usaha mempergiatkan lagi inisiatif untuk memperkukuhkan institusi keluarga dan nilai-nilai kekeluargaan.
Kita dengan penuh yakin menyatakan bahawa hukum-hukum syarak itu baik dan adil, tiada cacat dan cela, sesuai belaka. Namun demikian, kebaikan dan keadilan akan tercemar, andainya ia ditadbir dengan sewenang-wenang tanpa mengikut prosedur dan peraturan. Malah prosedur yang kemas dan 14
peraturan keterangan yang rapi itu akan tidak bermakna jika ia diketepikan
ketika
di
dalam
perbicaraan.
Jangan
sampai
Mahkamah Syariah pula menjadi bukti kepada kenyataan sinis "undang-undang Islam yang adil itu dipandang sebagai zalim apabila ia ditadbirkan dalam keadaan kucar-kacir".
Rasulullah S.A.W. telah dipetik sebagai bersabda:"Kamu boleh serah undang-undang yang tidak adil kepada hakim yang adil, tetapi kamu jangan serah undang-undang yang adil kepada hakim yang zalim".
Yang Amat Berbahagia Tun, hadirin hadirat sekalian,
Kita amat bersyukur kerana Kerajaan telah sedar bahawa status Mahkamah Syariah dan hakim-hakimnya perlu dipertingkatkan agar mereka benar-benar mencerminkan keadilan hukum syarak. Tetapi sebelum itu, kredibiliti dan ketertiban dalam pentadbiran hukum syarak hendaklah ditingkatkan bersama. Jika kita boleh memperkenalkan sistem perbankan Islam sehingga ia diterima umum, tidak ada sebab kita tidak boleh memperlihatkan pentadbiran hukum syarak yang tidak akan meragukan sesiapa.
Di samping itu adalah bermanfaat jikalau para hakim Mahkamah Syariah dapat mengadakan perbincangan secara intensif dengan 15
ahli akademik mengenai semua aspek undang-undang yang berkaitan dengan mahkamah. Peningkatan daya ilmu dan daya fikir, pemahaman terhadap isu-isu semasa yang kian rumit adalah juga perlu.
Prinsip `flexibility' dan kaedah `gradation' dalam perundangan Islam perlu diberi perhatian yang serius semasa kita menggubal undang-undang termasuk undang-undang Islam. Kaedah yang diterima oleh semua ulama fiqah ini memberi peluang praktikal dalam kita menerapkan nilai-nilai hukum-hukum syarak ke dalam sistem undang-undang negara. Kaedah ini juga pasti memberi ruang yang baik kepada perkembangan yang harmonis kepada hukum syarak di negara kita. Tiada seorang pun daripada kalangan kita yang ingin melihat pentadbiran hukum syarak dibuat tanpa peraturan dan secara sambil lewa. Kita semua benar-benar ingin melihat perkembangannya secara positif, teratur dan aman.
Kita sebut prinsip `flexibility' dan kaedah `gradation' ini bukanlah untuk dijadikan alasan apologetik untuk kita tidak memberi apaapa perhatian kepada perkembangan hukum syarak. Kita semua harus memberi perhatian. Cuma kita rasa tidak wajar hukum syarak ini dilaksanakan secara terpisah daripada perkembangan aspek-aspek lain seperti sosial, budaya, ekonomi dan politik. Hal-
16
hal ini harus diambilkira agar hukum syarak dapat dihayati dengan baik dan berjaya.
Saya
selanjutnya
ingin
menyentuh
mengenai
kedudukan
Mahkamah Syariah. Kita semua maklum bahawa Mahkamah Syariah berada di luar struktur umum kehakiman negara. Hal ini disebabkan oleh latarbelakang sejarah dan undang-undang di negara majmuk dengan kepelbagaian agama. Ia sudah berlaku demikian.
Hal
ini
tidaklah
bermakna
bahawa
kedudukan
Mahkamah Syariah boleh dipandang rendah dan dibiarkan. Ini adalah kerana jika ada keaiban pada Mahkamah Syariah, keaiban itu adalah merupakan keaiban kita dan keaiban umat Islam di Malaysia. Kerjasama yang rapat di antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil perlu dipertingkatkan. Interaksi antara ahli undang-undang sivil dan undang-undang syarak perlu dirapatkan. Walaupun kedua-duanya terpisah, perpisahan itu tidak sepatutnya sehingga bertentangan. Persamaan prinsip dan matlamat untuk menegakkan masyarakat yang adil perlu diadakan. Berkaitan dengan pindaan Akta 164 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, pada saya ia merupakan satu penyelesaian kepada permasalahan yang telah berlaku sekian lama. Pindaan ini telah dicadangkan sendiri oleh Arkitek Perundangan Syariah Negara Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dua tahun selepas 17
Akta 164 dikuatkuasakan. Bila mana berlaku satu kes tuntutan jenazah seorang yang telah memeluk Islam oleh pasangan bukan Islamnya kerana mereka tidak bercerai, Akta 164 dicadangkan pindaannya. Pindaan Akta 164 ini telah dibuat dengan berhatihati oleh pihak kerajaan sejak 2006 lagi khususnya selepas timbulnya persoalan berkaitan hak pihak yang memeluk agama Islam untuk membubarkan perkahwinan. Mahkamah Syariah memang diberi kuasa yang terbatas oleh undang-undang. Namun demikian janganlah kita merasa terkilan. Keadaan dalam negara majmuk dengan penduduk pelbagai agama memaksa kita menangani soal perundangan
dan
pengadilan dengan berhati-hati supaya ketidakadilan tidak berlaku. Kita berharap Undang-Undang Keterangan dan Prosedur di Mahkamah Syariah itu dapat dipakai dengan setepat mungkin dan Mahkamah Syariah perlu membuktikan kecekapannya dalam mentadbirkan kehakiman syarak setinggi mungkin. InsyaAllah dengan berkat dedikasi dan keikhlasan semua pihak, Mahkamah Syariah
akan
dihormati
dan
disanjung
tinggi
kerana
pengadilannya yang tertib dan adil.
Sekian,
Wabillahi
Taufiq
Wal
Hidayah
Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakaatuh Terima kasih.
18
YA Datuk Aidi b. Moktar, JP Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM 29 hb. Ogos 2017, IAIS Malaysia, Kuala Lumpur.
19