KERTAS KONSEP PROGRAM JOM KE SEKOLAH
ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017
1. PENGENALAN Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. RASIONAL Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.
3. OBJEKTIF
3.1
Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2
Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3
Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.
4.
ANJURAN
.
Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.
5. TARIKH PELANCARAN Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan berikut : 5.1
Kumpulan A Tarikh Hari Masa
Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu : 5hb Februari 2017 : Ahad : 7.30 hingga 8.05 pagi
5.1.1 Peringkat Kebangsaan (Kumpulan A) akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dan Ketua Polis Negara di SMK Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah Senarai VIP : 1. YB Menteri Pendidikan Malaysia 2. Ketua Polis Negara 3. TKPPMO 4. Pengarah JPJK 5. Pengarah BPSH 6. Pengarah JPN 5.2
Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Tarikh : 6hb Februari 2017 Hari : Isnin Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi 5.2.1 Peringkat Kebangsaan (Kumpulan B) akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan II dan Ketua Polis Negeri Sembilan di SMK Dato’ Md Said, Mantin, Negeri Sembilan Senarai VIP : 1. YB Timbalan Menteri Pendidikan 2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3. Ketua Polis Negeri 4. Pengarah JPJKK 5. Pengarah BPSH 6. Pengarah JPN
5.3
Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan oleh Bahagian KPM (Sila rujuk Lampiran 1).
5.4
Pelancaran di peringkat negeri akan disempurkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan Ketua Polis Negeri. Pihak JPN dimohon untuk mencadangkan nama sekolah berkenaan.
5.5
Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD dan Ketua Polis Daerah. Pihak PPD dimohon untuk mencadangkan nama sekolah berkenaan.
5.6
Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas lebih daripada satu sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu berikutnya.
5.7
Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin mengadakan pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan murid ke pameran tersebut tanpa menganggu Pengajaran dan Pembelajaran..
6. URUS SETIA PELANCARAN 6.1
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit HEM) dan Bahagianbahagian KPM dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman bertanggungjawab bagi pelancaran Program Kesekolah di peringkat kebangsaan.
6.2
Jabatan Pendidikan Negeri (Unit HEM) dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Peringkat Kontinjen Negeri (IPK) bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat negeri.
6.3
Pejabat Pendidikan Daerah (Unit HEM) dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Peringkat IPD bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat daerah.
6.4
Pengetua/guru besar dan Pegawai Perhubungan bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat sekolah.
6.5
Mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program perlu diadakan oleh JPN dan PPD dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) mengikut ketetapan masing-masing.
Sekolah
7. KEWANGAN Penyediaan Peti Aduan Murid merupakan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.
8. ATURCARA MAJLIS - Sila rujuk Lampiran 2
9. PENUTUP Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.
Lampiran 2 ATUR CARA 7.20 pagi
-
Perhimpunan Murid, Guru, PIBG dan PDRM
-
Nyanyian Lagu -
8.05 pagi
Negaraku Negeri Sekolah * Ikut kesesuaian negeri
-
Bacaan Doa
-
Ikrar Murid
-
Bacaan Perutusan KPN, PDRM
-
Bacaan Perutusan KPPM, KPM
-
Perasmian pelancaran program jom ke sekolah dan Perasmian Peti Aduan Murid
-
Bersurai
Lampiran 1
ATUR CARA PERINGKAT KEBANGSAAN 7.10 pagi
-
Ketibaan Pengarah JPN
-
Ketibaan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi)
7.15 pagi
-
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara
7.20 pagi
-
Ketibaan YB Menteri Pendidikan Malaysia
7.30 pagi
-
Perhimpunan sekolah
-
Nyanyian Lagu -
8.05 pagi
Negaraku Negeri Sekolah
-
Bacaan Doa
-
Ikrar Murid
-
Bacaan Perutusan oleh Ketua Polis Negara
-
Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia
-
Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Murid
-
Bersurai
-
Sidang Media
Contoh peti aduan disiplin
MURID
LOKASI : DI LUAR PEJABAT SEKOLAH