KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
GARIS PANDUAN INDUSTRI KECANTIKAN
“CANTIK” - OBJEKTIF
Warna Kulit
Potongan Badan
Rupa paras
Warna Rambut
Budaya
PENGENALAN INDUSTRI KECANTIKAN Jumlah syarikat yang berdaftar di bawah sektor
kecantikan :
Perniagaan
Syarikat
45,618
2,888
Sumber : Suruhanjaya Syarikat Malaysia
STATISTIK PEMFAILAN KES DI TTPM Tahun
2010
2011
2012
Bil. Aduan
253
445
318
Nilai tuntutan dari Januari 2009 hingga Disember 2012 ialah RM 6,982,080.94
Sumber : Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INDUSTRI Akta Perubatan 1971 Akta Pembantu Perubatan1977 Akta Kejururawatan1950 Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 Akta Peranti Perubatan 2011 Akta Pusat Kesihatan Persendirian 1998 Akta Farmasi 1951
PUNCA
Pengamal kecantikan memberi perkhidmatan
kepada pengguna tanpa menjalani latihan kemahiran asas dan premis kecantikan menawarkan perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan oleh pakar yang berkelayakan.
TUJUAN GARIS PANDUAN INDUSTRI KECANTIKAN
Menggalakkan industri mematuhi amalan terbaik apabila memberikan perkhidmatan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini
Meningkatkan pengetahuan dan pelindungan pengguna dalam memperoleh perkhidmatan yang terbaik
SKOP GARIS PANDUAN INDUSTRI KECANTIKAN – Perniagaan yang
menawarkan prosedur mengekal atau menyerlahkan rupa fizikal luaran:
Rawatan muka Rawatan badan Kosmetik Rawatan kuku dan kaki Waxing
AHLI TERAPI • • • • • • • • •
Juru kecantikan Juru estetik Perunding kecantikan Juru terapi estetik Juru terapi spa Juru terapi perubatan komplimentari Tukang urut Jurusolek Pakar kuku
LARANGAN AM 1. Pembedahan yang memerlukan penggunaan anastesia 2. Merawat pelanggan yang berada di bawah jagaan pengamal perubatan tanpa pengetahuan pengamal perubatan tersebut 3. Membuat dakwaan yang mengelirukan mengenai perkhidmatan 4. Menawarkan khidmat pengamal perubatan di premis untuk menjalankan perkhidmatan yang dilarang 5. Memberi kebenaran atau sewaan untuk menjalankan pembedahan
LARANGAN AM
•Dilarang
melakukan perkara yang disenaraikan ini di premis
PERKHIDMATAN PERLU LATIHAN 1. Intense Pulse Light (IPL) 2. Rawatan Laser 3. Akupuntur 4. Penindikan 5. Rawatan Pelansingan Badan 6. Peranti ultrasonik
PERKHIDMATAN PERLU LATIHAN • Ahli terapi perlu
menjalani latihan sebelum
menjalankan prosedur ini
PERKHIDMATAN DILARANG 1. Pembuangan tahi lalat atau ketuat 2. Pengelupasan kimia 3. Semua jenis suntikan 4. Implantasi di badan 5. Derma roller 6. Penyedutan lemak 7. Suntikan / graf lemak 8. Pembedahan kelopak mata 9. Penanaman rambut 10.Membuat insisi pada kulit dan menjahitnya 11.Rawatan sinus 12.Bekam 13.Pergigian kosmetik 14.Lelasan kulit 15.Rawatan pelansingan dengan preskripsi
PERKHIDMATAN DILARANG • Ahli terapi dilarang
sama sekali dari menawarkan prosedur ini
AHLI TERAPI 1. Memperoleh latihan dan kelayakan yang diperlukan yang sepadan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. 2. Menjaga kebersihan diri dan kesihatan pada setiap masa. 3. Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
AHLI TERAPI
•Tanggungjawab ahli terapi
KOD ETIKA 1. Mendukung standard profesional industri 2. Berkelakuan baik dan profesional 3. Mendapatkan persetujuan daripada pelanggan sebelum rawatan 4. Mendapatkan persetujuan sebelum mengambil gambar 5. Hormat hak dan privasi pelanggan serta melindungi maklumat pelanggan 6. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral
KOD ETIKA • Panduan amalan
terbaik ahli terapi
KOD ETIKA 7. Tidak mengutuk, merendah-rendahkan atau mengkritik hasil kerja pengamal lain 8. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 9. Tidak memberikan rawatan di luar skop pendidikan, latihan dan pengalaman profesional 10. Menyemak sejarah perubatan sebelum merawat pelanggan 11. Boleh mengenal pasti dengan cepat dan merujuk kes yang memerlukan bantuan perubatan 12. Memaklumkan senarai harga atau bayaran yang telus 13. Tidak mengambil bahagian dalam promosi produk atau perkhidmatan yang agresif
KOD ETIKA • Panduan amalan
terbaik ahli terapi
PREMIS KECANTIKAN 1. Mengekalkan premis yang selamat, bersih, disenggarakan dengan baik dan mematuhi amalan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan. 2. Mempunyai struktur dan kemudahan yang mencukupi dan sesuai untuk perkhidmatan yang ditawarkan. 3. Mendapatkan lesen yang diperlukan yang dikehendaki oleh mana-mana badan kawal selia yang berkaitan. 4. Lesen hendaklah dipamerkan dan boleh dilihat oleh orang ramai.
PREMIS KECANTIKAN
•Panduan pengoperasian premis kecantikan
SOALAN / CADANGAN PEMBANGUNGAN INDUSTRI KECANTIKAN BAHAGIAN INDUSTRI PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN