KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK
TAJUK • ALAT BERSUCI • SUCI DARI NAJIS • WUDUK SUCI DARI HADAS KECIL • TAYAMMUM DAN BESAR • MANDI
TOHARAH ( BERSUCI ) • 1. Definisi : i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas. 2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat. 3. Hukum Taharah ialah WAJIB kepada setiap orang lelaki dan perempuan.
Alat–alat untuk bersuci itu ialah: 1. Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian: o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun. o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
Alat–alat untuk bersuci itu ialah: 2. Tanah, Tanah dan Debu boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. 3.Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Toharah terbahagi kepada 2 bahagian: •
1. Toharah daripada najis Najis dari hukum syara' ialah segala benda yang kotor yang mencegah kita dari melakukan solat, tawaf, memberi khutbah Juma'at dan sebagainya.
2. Toharah daripada hadas Hadas pula terbahagi 2, hadas kecil dan hadas besar. - Berhadas kecil dikatakan sebagai perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan boleh dihilangkan dengan sekadar mengambil wuduk. - Berhadas besar pula mencegah dari melakukan solat dsb dan ianya mewajibkan seseorang itu mandi wajib.
Bahagian Najis : • 1.Najis Mukhaffafah • Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). • 2.Najis Mughallazah • Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. • 3.Najis Mutawasitah • Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu: • • Setiap yang cecair yang memabukkan • Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing. • Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia. • Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.
CARA-CARA MENYUCI NAJIS • • • •
• • •
•
1.Najis Mukhaffafah Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya. 2.Najis Mughallazah Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci. Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi. 3.Najis Mutawasitah Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang. Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.
WUDUK PENGERTIAN WUDUK MEMBASUH ANGGOTA TERTENTU DENGAN AIR DAN DILAKSANAKAN MENGIKUT CARA TERTENTU DENGAN NIAT BERWUDUK. ( SURAH AL MAIDAH : 6)
Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;
RUKUN WUDUK 1. NIAT (KETIKA AIR MENCECAH KE MUKA)
2. MEMBASUH MUKA MENGIKUT HADNYA 3. MEMBASUH DUA TANGAN HINGGA KE SIKU 4. MENYAPU KEPALA DENGAN AIR, SEKURANG-KURANGNYA TIGA (3) HELAI RAMBUT PADA HAD KEPALA 5. MEMBASUH DUA KAKI HINGGA KE DUA BUKU LALI 6. TERTIB
AMALAN SUNAT KETIKA WUDUK 1.
BERSUGI
2.
MENGADAP KIBLAT
3.
MEMBACA BASMALAH
4.
MENCUCI DUA TAPAK TANGAN HINGGA KE PERGELANGAN TANGAN
5.
BERKUMUR-KUMUR.
6.
MENYEDUT AIR KE DALAM HIDUNG.
7.
MENYAPU AIR KE SELURUH KEPALA.
8.
MENYAPU AIR KE SELURUH TELINGA LUAR DAN DALAM.
9.
MENYELATI JANGGUT YANG TEBAL.
10. MENYELATI JARI TANGAN DAN KAKI. 11. MENDAHULUI ANGGOTA KANAN DARI ANGGOTA KIRI. 12. MEMBASUH DAN MENYAPU SEBANYAKTIGA KALI. 13. MUWALAT ( BERTURUTAN ).
14. MEMBACA DOA SELEPAS BERWUDUK.
Cara berwuduk dengan betul dan sempurna 1) Membaca : 2) 3) 4) 5) 6)
Membasuh dua tangan hingga pergelangan ( 3 kali) Berkumur (3 kali) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya (3 kali) Menyebut lafaz niat wuduk, seperti : Membasuh muka (tiga kali). Basuhan pertama disertakan dengan niat, :
”Sahaja aku berwuduk kerana Allah Talla”. 7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( 3 kali), kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku (3 kali) 8) Menyapu sebahagian kepala dengan air (3 kali) 9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air (3 kali) 10)Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( 3 kali), kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali (3 kali)
Membaca doa wuduk :
Ertinya : Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan yang bertaubat, suci bersih dan jadikanlah kami daripada kalangan hamba-Mu yang soleh.
PERKARA BATAL WUDUK 1. KELUAR SESUATU SAMA ADA BENDA KERAS, CECAIR, ATAU ANGIN DAN SEBAGAINYA DARIPADA DUA JALAN QUBUL ATAU DUBUR.
2. HILANG INGATAN DENGAN SEBAB GILA, PENGSAN, MABUK, PITAM ATAU TIDUR YANG TIDAK TETAP KEDUDUKAN PUNGGUNGNYA. 3. BERSENTUH KULIT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAMNYA DENGAN TIDAK BERLAPIK. 4. MENYENTUH KEMALUAN (QUBUL DAN DUBUR) DENGAN TAPAK TANGAN ATAU PERUT ANAK JARI. SAMA ADA KEMALUAN SENDIRI ATAU ORANG LAIN. 5. MURTAD (KELUAR DARI ISLAM)
TAYAMMUM IALAH MENYAPU DEBU TANAH YANG BERSIH KE MUKA DAN KEDUA-DUA TANGAN SAMPAI KE SIKU, MENGGUNAKAN DEBU YANG SUCI DENGAN BEBERAPA SYARAT SEBAGAI GANTI KEPADA WUDUK ATAU MANDI WAJIB
TAYAMMUM SEBAB-SEBAB KEUZURAN UNTUK BERTAYAMMUM 1. KETIADAAN AIR. 2. ADA AIR TETAPI TIDAK DAPAT DIGUNAKAN KERANA SUKAR MENGAMBILNYA ATAU UNTUK KEGUNAAN MAKAN DAN MINUM ATAU HARGANYA MAHAL. 3. SAKIT YANG MUDARAT JIKA DIGUNAKAN AIR.
SYARAT – SYARAT TAYAMMUM 1. SUDAH MASUK WAKTU SOLAT FARDU 2. TIDAK MENDAPAT AIR SETELAH BERUSAHA MENCARI 3. DENGAN DEBU YANG SUCI 4. TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN AIR DISEBABKAN SAKIT 5. SUCI DARI NAJIS
RUKUN DAN CARA TAYAMMUM RUKUN TAYAMMUM 1. Niat, dengan lafaz “sahaja aku bertayammum untuk membolehkanku mengerjakan solat kerana Allah Ta’ala”. 2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku sekali dengan debu tanah yang suci. 3. Meratakan debu keseluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua-dua tangan. 4. Tertib melakukannya. CARA TAYAMMUM 1. Letakkan dua belah tangan di atas debu dan nipiskannya. 2. Sapu ke muka dengan debu tersebut 3. Sapu kedua-dua belah tangan sampai ke siku dengan debu 4. Tertib Makluman : • Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. • Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum
PERHATIAN 1.
Cara bertayammum untuk hadas kecil dan hadas besar adalah sama.
2.
Satu tayammum hanya untuk satu perkara wajib dan beberapa sunat.
3.
Solat dengan tayammum kerana ketiadaan air tidak perlu diulangi setelah diperolehi air walaupun waktu solat itu masih ada.
MANDIAN • BAHAGIAN MANDI : – MANDI SUNAT Mandi yang di dahului dengan niat mandian sunat – MANDI HARUS Mandi semata-mata untuk bersihkan dan menyejukkan badan. – MANDI WAJIB Mandi menyebabkan sahnya sesuatu ibadah
MANDI WAJIB Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah : • Haid • Wiladah • Nifas • Keluar mani • Bersetubuh ( Jimak ) • Mati selain dari mati syahid
Cara mandi wajib yang betul dan sempurna Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut : 1.Bersihkan badan daripada segala kekotoran 2.Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan 3.Disunatkan berwuduk Sebut lafaz niat : 4.Jiruskan air ke kepala berserta niat. Niatnya ialah : ”Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala
5.Jiruskan air ke kepala (tiga kali) 6.Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali) 7.Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri (tiga kali)
8.Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara : - Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit - Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung
Peringatan : Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan dubur dan perkaraperkara lain yang membatalkan wuduk