ENOXAPARIN (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat
Pencegahan DVT (menghalang pembekuan darah dalam vena) yang berkaitan dengan pembedahan ortopedik ataupun am.
Pencegahan DVT terhadap pesakit ‘bedridden’ di sebabkan penyakit akut.
Pencegahan DVT, samada dengan pulmonary embolism ataupun tanpa pulmonary embolism.
merawat angina tak stabil dan juga myocardial infarction,
(ii) Cara Penggunaan Administrasi
untuk tujuan pencegahan dan juga rawatan : drug ini diambil dengan cara suntikan subkutaneous dalam.
semasa hemodialisis : drug ini diambil secara intra vascular.
enoxaparin dalam bentuk prefilled syringe adalah telah sedia digunakan. Buih udara dalam syringe tersebut tidak perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggunakannnya.
Administrasi enoxaparin perlu dilakukan semasa pesakit berada dalam keadaan berbaring, di dinding abdomen, selang seli di sebelah kanan dan kiri.
Jarum suntikan hendaklah dalam posisi perpendicularly not tangentially (dalam keadaan tegak, bukan sendeng)
Semasa suntikan, kulit hendaklah ditarik bagi memudahkan administrasi.
Cara-cara menggunakan enoxaparin o Basuh tangan anda dengan sabun. o Duduk atau baring dengan selesa, dalam keadaan anda dapat melihat bahagian perut yang akan di suntik. o Pilih bahagian kanan atau kiri perut, kira-kira 2 inci dari pusat.
o Cuci kawasan suntikan dengan alkohol. Biarkan ia kering. o Ambil picagari enoxaparin dan buka tudungnya. Jangan buang udara dalam picagari kerana ia boleh menyebabkan kehilangan isipadu ubat. Jangan sentuh jarum agar ia kekal steril. o Tarik kawasan perut yang telah dicuci dengan alkohol. Jangan lepaskan kawasan tersebut sehingga selesai suntikan. o Suntik enoxaparin ke bahagian kulit perut yang dipilih. Pastikan sudut jarum dengan kawasan suntikan adalah bersudut tegak, jangan sendengkan jarum anda. o Tekan hujung picagari untuk memasukkan ubat kedalam tisu anda. o Setelah selesai suntikan, tarik picagari beserta jarumnya. Sekarang, anda boleh lepaskan kulit yang ditarik tadi. o Untuk mengelakkan lebam, jangan gosok kawasan suntikan selepas administrasi. o Buang jarum suntikan kealam bekas yang tidak di tembusi. Picagari juga boleh di buang
Maklumat penting semasa menyuntik enoxaparin o Jangan menyuntik enoxaparin kurang dari dua inci dari pusat atau berhampiran dengan parut atau lebam. o Selang selikan kawasan suntikan antara sebelah kanan dan kiri perut. o Jangan sekali-kali menyuntik ubat ini ke kawasan berotot, kerana kebarangkalian pendarahan dalam otot adalah tinggi
Jika terlupa
Dug ini perlu diambil pada masa yang tetap. Jika terlupa, segera hubungi doktor atau ahli farmasi.
Jika hampir kepada dos yang seterusnya, abaikan dos yang terlupa dan sila ambil dos berikutnya.
Penyimpanan
simpan drug ini dibawah suhu 25oC.
Elakkan dari cahaya dan haba.
Buang jarum suntikan dalam bekas khas yang tidak ditembusi jarum.
Buang ubat yang telah luput .
Simpan ubat di tempat yang selamat serta sukar dicapai oleh kanak-kanak.
Jangan berkongsi ubat dengan orang lain.
Peringatan
Drug ini tidak boleh digunakan pada individu yang mempunyai alahan terhadap enoxaparin sodium, heparin, benzyl alcohol ataupun ubat low molecular weight yang lain.
Juga tidak boleh digunakan pada pesakit yang mempunyai reaksi alahan terhadap terbitan dari sumber babi.
Sentiasa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan uba-ubatan lain termasuk ubat OTC, vitamin ataupun herba.
Beritahu doktor jika anda mengambil blood thinner yang lain seperti Clopidogrel dan Warfarin.
Beritahu doktor jika anda menggunakan ubat NSAID seperti aspirin, diclofenac, indomethacin, ketorolac, mefenamic acid.
Elakkan mengambil aspirin ataupun produk yang mengandungi aspirin, kecuali atas arahan doktor.
Beritahu doktor jika anda mengandung atau menyusukan anak, atau mempunyai masalah buah pinggang, hati, diabetes, masalah salur darah, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, ulser perut ataupun gangguan pendarahan. Amat penting untuk memaklumkan kepada doktor jika anda mempunyai masalah pendarahan di sebabkan oleh heparin.
Pastikan doktor anda tahu bahawa anda pernah mengalami strok, pembedahan pada mata, otak ataupun tulang belakang.
Enoxaparin boleh menyebabkan pendarahan ataupun lebam. Risiko adalah tingi jika anda mempunyai kateter di bahagian belakang badan (epidural).
Apabila anda menggunakan ubat ini, risiko anda untuk mengalami pendarahan adalah tinggi. Elakkan dari aktiviti kasar ataupun sukan yang mungkin menyebabkan anda tercedera ataupun luka.
Berhati-hati apabila menggunakan objek tajam termasuk pisau pencukur dan juga pengetip kuku.
Jika terdapat darah dalam urea ataupun urin anda, segera beritahu doktor.
Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelakkan pendarahan.
Anda mungkin perlu berhenti mengambil ubat ini beberapa hari sebelum pembedahan.
(iii) Interaksi Drug – Drug
Aspirin, asid salisilik o Tingkatkan risiko pendarahan o Mengurangkan fungsi platelet dan koagulasi. o Hentikan penggunaan sebelum administrasi enoxaparin. Jika tidak, pastikan risiko pendarahan di monitor secara teliti.
Clopidogrel, heparin, warfarin o Tingkatkan risiko pendarahan o Kesan aditif antikoagulan. o Penggunaan antikoagulan perlu dihentikan sebelum administrasi LMWH. Jika tidak boleh, monitor secara teliti kerana risiko pendarahan yang berlaku mungkin serius.
NSAID seperti diclofenac, mefenamic acid, meloxicam, naproxen, piroxicam, ibuprofen, indomethacin
o Tingkatkan risiko pendarahan o Mengurangkan fungsi platelet dan koagulasi o Penggunaan NSAID perlu dihentikan sebelum administrasi LMWH. Jika tidak boleh, monitor secara teliti kerana risiko pendarahan yang berlaku mungkin serius.
SSRI seperti duloxetine, escitalopram, fluoxetine, fluvoxamine o Tingkatkan risiko pendarahan o Monitor simptom dan tanda pendarahan.
Drug- Herba
Capsaicin o Tingkatkan risiko pendarahan o Merencat agregasi platelet dan meningkatkan aktiviti fibrinolitik. o Guna secara berhat-hati dan perhatikan simptom-simptom pendarahan
Curcumin o Tingkatkan risiko pendarahan o Merencat agregasi platelet o Guna
secara
berhati-hati
dan
perhatikan
simptom-simptom
pendarahan
Bawang putih o Tingkatkan risiko pendarahan o Kesan aditif antiplatelet dan juga merencat agregasi platelet. o Penggunaan secara berterusan bawang puteh dan LMWH amat tidak digalakkan.
Walaubagaimanapun,
makanan
yang
mengandungi
kuantiti kecil bawang putih tidak mendatangkan masalah. Apabila diambil
secara
secara
berlebihan,
pendarahan yang mungkin berlaku
perhatikan
pada
simptom
Halia o Tingkatkan risiko pendarahan o Kesan additif platelet o Gunakan secara berhati-hati terutama apabila mengambil 4-15 gram.
(iv) Kesan Ubat Kesan Terapeutik
Pencegahan dan rawatan deep-vein thrombosis
Kesan Sampingan
Biasa berlaku o Reaksi alahan : kegatalan, bengkak pada bahagian muka atau tangan, rasa mencucuk di dalam mulut atau tengkuk, sesak dada, masalah pernafasan. o Darah didalam urin. o Najis yang kemerahan (warna darah) atau kehitaman. o Sesak dada, sesak nafas, batuk berdarah. o Rasa lemah atau kebas pada tangan atau kaki, atau sebelah bahagian badan. o Rasa sakit pada bahagian betis. o Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba, masalah penglihatan, pertuturan, atau semasa berjalan. o Pendarahan atau lebam yang bukan biasa. o Muntah darah atau sesuatu seperti kopi. o Kemerahan dan rasa panas pada muka, tangan, atau bahagian atas dada.
Jarang o Loya o Diarrhea (cirit-birit) o Kesakitan, kemerahan, bengak pada bahagian suntikan.