RISPERIDONE (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat Skizofrenia Risperdal® (risperidone) boleh digunakan dalam rawatan akut dan lanjutan skizofrenia. Ia dindikasikan untuk pesakit dewasa dan remaja yang berumur 13 – 17 tahun. Gangguan Bipolar Risperidone diindikasi untuk rawatan jangka pendek akut mania atau ‘mixed episode’ berkaitan dengan gangguan bipolar dikalangan orang dewasa dan kanakkanak berusia 10-17 tahun.
(iii) Cara Penggunaan Administrasi
Schizophrenia
Dewasa -Rawatan Awal: Risperidone hendaklah diberikan sekali atau dua kali sehari. Dos awal umumnya 2 mg / sehari. Peningkatan dos hanya dapat dilakukan pada interval tidak kurang dari 24 jam, dengan penambahan sebanyak 1-2 mg /sehari, dengan dos yang dianjurkan dari 4-8 mg / sehari. Sesetengah pesakit, titrasi secara perlahan mungkin sesuai. Efikasi telah terbukti dalam julat dos 4-16 mg / sehari. Namun, dos melebihi 6 mg / sehari untuk dos dua kali sehari tidak menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding dos rendah, di mana lebih gejala ekstrapiramidal dan kesan adevers dialami, oleh yang demikian ianya tidak digalakkan. D alam sebuah kajian yang melibatkan dos sekali sehari, keberkesanan dos 8 mg adalah lebih baik berbanding dengan 4 mg. Keselamatan dari dos melebihi 16 mg / sehari belum diuji secara klinikal. Remaja: Dos risperidone hendaklah bermula dengan 0.5mg sekali sehari, sama ada diambil pada sebelah pagi atau malam. Perubahan dos, sekiranya perlu, hanyalah dapat diaplikasikan pada interval tidak kurang dari 24 jam, dengan penambahan dos sebanyak 0.5 atau 1 mg / sehari. Sekiranya pesakit
memberi respons yang positif, dos yang dianjurkan ialah sebanyak 3mg/ sehari. Walaupun kejayaan telah ditunjukkan dalam kajian pesakit skizofrenia di kalangan remaja pada dos di antara 1 dan 6 mg / sehari, tidak ada manfaat tambahan diperolehi sekiranya diberikan dos sebanyak 3 mg / sehari, dan dos yang lebih tinggi dikaitkan dengan kesan adevrs yang lebih tinggi. Dos yang lebih tinggi daripada 6 mg / sehari belum dibuat ujian.
Bipolar Mania
Dos pesakit Dewasa: Risperidone hendaklah diambil sekali sehari, bermula dengan 2 mg sehingga 3 mg sehari. Perubahan dos, sekiranya perlu, hanyalah dapat diaplikasikan pada interval tidak kurang dari 24 jam, dengan penambahan dos sebanyak 1 mg / sehari. Dalam kajian tersebut, kesan pendek (3 minggu) anti manik diperolehi dalam dos yang fleksibel iaitu dalam julat 1-6 mg sehari. Dos yang lebih tinggi daripada 6 mg sehari belum dibuat kajian. Pesakit Kanak-kanak (Pediatrik): Dos risperidone bagi pesakit kanak-kanak bermula pada 0.5mg sekali sehari, diambil pada waktu pagi atau malam. Perubahan dos, sekiranya perlu, hanyalah dapat diaplikasikan pada interval tidak kurang dari 24 jam, dengan penambahan dos sebanyak 0.5 sehingga 1 mg / sehari. Sekiranya pesakit memberi respons yang positif, dos yang dianjurkan ialah sebanyak 2.5 mg/ sehari. Walaupun kejayaan telah ditunjukkan dalam kajian pesakit pediatrik dengan Bipolar mania pada dos di antara 0.5 dan 6 mg / sehari, tidak ada manfaat tambahan yang dapat dilihat bagi dos yang melebihi 2.5 mg / sehari, dan dos yang lebih tinggi dikaitkan dengan kesan advers yang lebih tinggi. Dos yang lebih tinggi daripada 6 mg / sehari belum diujikaji.Pesakit yang mengalami mengantuk berterusan boleh mendapat manfaat daripada pengambilan ½ dos untuk sehari menjadi dua kali sehari setiap hari. Jika terlupa
Jika terlupa mengambil ubat, ambil sejurus selepas mengingati selagi masih dalam beberapa jam masa yang sepatutnya.
Penyimpanan
Risperdal® Tablet mesti disimpan pada suhu bilik terkawal 15 ° -25 ° C (59 ° 77 ° F) Lindungi dari cahaya dan kelembapan. Larutan oral Risperdal® 1 mg / mL mesti disimpan pada suhu bilik terkawal 15 ° -25 ° C (59 ° -77 ° F). Lindungi dari cahaya dan pembekuan. Risperdal ® M-TAB ® Tablet Disintegrasi harus disimpan pada suhu bilik terkawal 15 ° -25 ° C (59 ° -77 ° F). Jauhkan dari kanak-kanak.
Peringatan
Kesan Advers Serebrovaskular (Strok, Pesakit Lanjut Usia dengan DementiaPsikosis)
Kesan advers serebrovaskular (contohnya, strok, serangan iskemik sementara), termasuk kematian, dilaporkan pada pesakit (purata usia 85 tahun; bermula dari lingkungan 73-97 tahun) di dalam kajian terhadap pesakit lanjut usia dengan dementia yang berkaitan dengan psikosis. Dalam kajian terkawal plasebo, kes kesan advers serebrovaskular pada pesakit yang dirawat dengan risperidone dilaporkan tinggi apabila dibandingkan dengan pesakit yang dirawat dengan plasebo. Oleh itu, risperidone tidak diluluskan penggunaanya dalam rawatan pesakit dengan psikosis dementia.
Sindrom Malignansi Neuroleptik (NMS)
Simptom atau gejala yang kompleks dirujuk sebagai Sindrom Malignansi Neuroleptik (NMS) dilaporkan berkait rapat dengan ubat antipsikotik. Manifestasi klinikal dari NMS adalah hyperpyrexia, simpulan otot, status mental yang tidak terkawal, dan ketidakstabilan autonomi (denyut nadi dan tekanan darah yang tidak teratur), takikardia, diaphoresis, dan dysrhythmia jantung). Tanda-tanda tambahan mungkin termasuk phosphokinase kreatinin meningkat, myoglobinuria (rhabdomyolysis), dan kegagalan akut ginjal. Pengurusan NMS harus merangkumi: (1) pemberhentian serta-merta pengambilan ubat antipsikotik dan ubat-ubatan lain yang tidak penting (2) rawatan intensif dan pemantauan perubatan dan (3) rawatan masalah perubatan lain yang serius di mana rawatan spesifik diperlukan. Tiada rawatan farmakologi secara khusus untuk simptom-simpton NMS yang tidak mengalami sebarang komplikasi. Jika seorang pesakit memerlukan terapi ubat antipsikotik selepas rawatan komplikasi dari NMS, reintroduksi potensi terapi ubat-ubatan harus dipertimbangkan dengan teliti. Pesakit
hendaklah dipantau dengan baik, kerana kejadian komplikasi NMS selepas rawatan telah dilaporkan.
Tardive Dyskinesia
Suatu sindrom yang tidak boleh diterbalikkan. Gerakan dyskinetik mungkin terjadi pada pesakit yang dirawat dengan ubat antipsikotik. Meskipun kebanyakan kes yang dilaporkan terdapat pada pesakit yang berusia lebih tua terutamanya perempuan, ianya tidak mustahil akan berlaku pada pesakit – pesakit yang lain dalam permulaan rawatan dengan anti-psikotik. Perbezaan ubat antipsikotik di antara satu sama lain berpotensi untuk menyebabkan tardive dyskinesia masih belum diketahui.
Hiperglisemia dan Diabetes Mellitus
Hiperglisemia, dalam beberapa kes ekstrim dan berkaitan dengan ketoasidosis atau koma hyperosmolar atau kematian telah dilaporkan pada pesakit yang dirawat dengan antipsikotik atipikal termasuk risperidone. Penilaian perhubungan di antara penggunaan antipsikotik atipikal dan paras gula dalam darah menjadi semakin rumit oleh sebab terdapat peningkatan risiko diabetes melitus dalam kalangan pesakit skizofrenia dan peningkatan kejadian diabetes melitus dalam populasi. Pesakit yang didiagnosis diabetes mellitus yang mengambil antipsikotik atipikal hendaklah dipantau secara rapi untuk mengawal glukos. Pesakit dengan faktor risiko untuk diabetes mellitus (contohnya, obesiti, sejarah keluarga diabetes) yang memulakan rawatan dengan antipsikotik atipikal hendaklah menjalani ujian darah glukos pada permulaan rawatan dan rawatan lanjutan.
Hipotensi ortostatik
Risperidone boleh menyebabkan hipotensi ortostatik dikaitkan dengan pening, takikardia, dan sesetengah pesakit mengalami sinkopi, terutama selama tempoh-titrasi dos awal, kemungkinan disebabkan oleh sifat antagonistik alpha-adrenergik.
Kejang
Selama ujian prapemasaran pada pesakit dewasa dengan skizofrenia, kejang terjadi pada 0.3% (9 / 2607) pesakit yang dirawat dengan risperidone, dua kes dikaitkan dengan hiponatremia. Risperidone hendaklah digunakan dengan berhati-hati pada pesakit yang pernah mengalami kejang.
Bunuh diri
Keinginan untuk membunuh diri dialami oleh pesakit skizofrenia dan bipolar mania, termasuk pesakit kanak-kanak dan remaja, pengawasan yang ketat terhadap pesakit dengan risiko tinggi hendaklah dirawat dengan antipsikotik. Risperidone hendaklah dipreskrib dengan jumlah dos yang paling kecil, konsisten dengan pengurusan pesakit yang baik bagi mengurangkan insiden terlebih dos.
(iv) Interaksi Drug – Drug
Interaksi risperidone dan ubat-ubatan lain masih belum dinilai secara sistematik kerana potensi risperidone boleh menjurus kepada kejadian hipotensi, risperidone juga dapat meningkatkan kesan hipotensi daripada agen terapeutik yang lain. Risperidone boleh menyebabkan antagonis kepada kesan levodopa dan dopamin agonis. Amitriptyline tidak menjejaskan farmakokinetik risperidone. Simetidine dan ranitidine boleh meningkatkan kebioperolehan risperidone sebanyak 64% dan 26%,masing-masing. Namun, simetidine tidak menjejaskan AUC pada molekul aktif, sedangkan ranitidine meningkatkan AUC pada molekul aktif sebanyak 20%. Pengambilan clozapine dan risperidone secara berlanjutan dapat menurunkan klearans risperidone. Carbamazepine dan Enzim PemangkinPengambilan gabungan carbamazepine dan risperidone menyebabkan kepekatan plasma dari metabolit risperidone dan metabolit aktif, 9-hydroxyrisperidone menurun sekitar 50%. Konsentrasi plasma carbamazepine tidak terjejas dengan penggabungan ini. Dos risperidone mungkin perlu dititrasi untuk pesakit yang menerima carbamazepine, terutama selama permulaan atau penamatan terapi carbamazepine. Penggabungan risperidone dan enzim pemangkin (contohnya, phenitoin, rifampicin, dan phenobarbital)boleh menyebabkan penurunan kepekatan plasma risperidone dan 9-hydroxyrisperidone, dan ini menyebabkan pengurangan keberkesanan risperidone. Fluoxetine (QD 20 mg) dan paroxetine (20 mg QD) telah terbukti dapat meningkatkan konsentrasi plasma risperidone 2.5 - 2.8 kali ganda dan 3. Sekiranya, paroxetine fluoxetine dimulakan atau dihentikan, maka doktor mesti menilai semula kuantiti atau dos risperidone. Dos oral risperidone yang berulang (4 mg qid) tidak menjejaskan pra dos atau kepekatan plasma dan (AUC) Valproate (1000 mg / sehari di dalam interval yang berbahagi) jika dibandingkan dengan plasebo (n = 21). Namun, terjadi peningkatan 20% dalam konsentrasi plasma valproate (Cmaks) apabila risperidone diambil bersama.
(v) Kesan Ubat Kesan Terapeutik
Kesan klinikal risperidone terhasil daripada gabungan kepekatan risperidone dan metabolit utamanya, [9-hydroxyrisperidone]. Antagonisme pada reseptor [selain D2 dan 5HT2] mungkin menjelaskan beberapa kesan lain risperidone.
Kesan Sampingan
Keinginan membunuh diri dikaitkan dengan pemberhentian pengambilan ubat di dalam 1,2% pesakit yang dirawat dengan risperidone dan 0.6% dibandingkan dengan pesakit plasebo, tetapi hampir 40 kali ganda risiko di dalam pesakit yang menerima risperidone berbanding dengan pesakit plasebo, dan ini membuktikan bahawa keinginan membunuh diri tidak begitu dikaitkan dengan kesan sampingan rawatan risperidone.
Skizofrenia
Kesan sampingan [sebanyak ≥ 0.3%] dapat dilihat dengan pemberhentian pengambilan ubat atau mungkin kesan yang dikaitkan dengan ubat termasuk: gejala extrapyrimidal, pening, hyperkinesia, mengantuk berterusan serta mual. Keinginan membunuh diri dikaitkan dengan pemberhentian pengambilan ubat di dalam 1,2% pesakit yang dirawat dengan risperidone dan 0.6% dibandingkan dengan pesakit plasebo, tetapi hampir 40 kali ganda risiko di dalam pesakit yang menerima risperidone berbanding dengan pesakit plasebo, dan ini membuktikan bahawa keinginan membunuh diri tidak begitu dikaitkan dengan kesan sampingan rawatan risperidone.
Bipolar Mania
Kesan sampingan yang berkaitan dengan pemberhentian pengambilan ubat dan kemungkinan juga berkaitan dengan ubat termasuk paroniria, mengantuk berterusan, pening, gangguan ekstrapiramidal, dan kontraksi otot.