Kegemilangan dan Kemerosotan Urnat Islam Dalam Usaha Membina Masyarakat Berfikir Abbas Mohd. Shariff Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura
Pendahuluan Kita sedang melalui suatu zaman yang mencabar iaitu zaman yang dipenuhi dengan fenomena globalisasi yang sedang melanda seluruh dunia ekoran ledakan teknologi maklumat (IT). Fenomena ini sudah tentunya akan membawa kesan terhadap kehidupan sosial dan budaya seluruh masyarakat di Alam Melayu.
Kita
sedia
maklum
bahawa
teknologi maklumat
dengan
rangkaian
canggih
telekomunikasi akan membawa perubahan yang nyata dalam pelbagai bidang. Jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang telah mengambil masa yang agak lama untuk menikmati kemajuan, kini dengan teknologi maklumat negara-negara membangun dapat menjimatkan masa bagi mencapai kemajuan dan kejayaan yang sebanding dengan negara-negara maju.
Satu sumber yang paling utama dalam segala kemajuan ini serta dalam pembinaan tamadun ialah tenaga otak iaitu akal yang dapat menghasilkan daya cipta dan daya usaha untuk dinikmati bersama. Untuk melahirkan manusia yang tangkas, berdaya cipta, berbakat dan berfikir perlu ada rancangan yang melatih minda dan emosi (IQ dan EQ) manusia ke arah yang dicita-citakan.
Agama Islam telah menekankan keistimewaan akal yang dapat menyusun kehidupan manusia ke tahap yang sempuma dan maju. Islam juga telah mewajibkan penganutnya menuntut ilmu seumur hidup. Sejarah Islam juga telah memberi suatu gambaran jelas bahawa dengan ilmu dan akhlak manusia dapat membina suatu tamadun serta mencapai kejayaan yang unggul. Dengan ilmu kita dapat memelihara inaruah atau kehormatan yang
merupakan dasar tamadun Islam, Agama Islam mengganggap manusia yang berilmu dan berfikir adalah jenis makhluk yang paling mulia di sisi Allah.
Sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini golongan ulama dan pemikir-pemikir Islam telah banyak memperkatakan mengenai pelbagai jenis ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa gabungan ilmu naqli dan akli yang akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Manusia dilantik sebagai khalifah diamanahkan untuk menguasai alam ini dengan sebaik-baiknya. Segala perbuatan kita akan dipersoalkan oleh Allah dan kita diingatkan supaya tidak melakukan sebarang kemusnahan malah dituntut menjaga kesempumaan alam. Manusia juga merupakan sebahagian daripada alam dan jika alam teijejas manusia sendiri akan menerima padahnya.
Ini berbeza dengan tamadun moden ciptaan Barat yang hanya bercita-cita untuk melahirkan hubungan harmonis antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sejagat atas dasar perhubungan berbentuk kebendaan semata-mata tanpa mengambil k ra perkara-perkara yang bersifat moral. Dalam pembinaan tamadun Islam ada tiga unsur yang penting iaitu antara manusia dengan Allah sebagai pencipta alam, antara manusia dengan manusia sebagai makhluk yang sama kejadian dan keturunan dan antara manusia dengan alam sebagai khalifah yang diamanahkan Allah untuk menjaga kesejahteraanya.
Ini membawa erti bahawa tamadun Islam merupakan hasil yang dicetuskan oleh agama Islam berdasarkan Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Tegasnya matlamat tamadun Islam adalah untuk melahirkan manusia berkonsepkan kepercayaan yang betul; melahirkan manusia yang hidup bersistem dan sesuai untuk setiap tempat dan masa; melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah yang tahu arah hidupnya.
Dalam kertas kerja ini penulis akan memberi gambaran sepintas lalu mengenai sejarah perkembangan Islam sejak zaman Rasulullah dalam membina tamadun Islam yang membolehkan para pemikir Islam membawa obor kegemilangan yang memberi cahaya kepada dunia Barat pada zaman Bani Abbasiah. Disebabkan pengabaian nilai-nilai yang penting, umat Islam menghadapi tentangan demi tentangan sehingga membawa ke tahap
2
yang dijajahi oleh kuasa-kuasa Barat sehingga tidak dapat raembangun semula sebagai umat yang memberi contoh kepada orang lain malah menjadi umat yang dipinggirkan.
Agama Islam masuk ke Alam Melayu dengan kedmamisan yang sudah pudar sementara masyarakat Alam Melayu ketika itu hidup dalam dunia fantasi dengan pelbagai kepercayaan yang karut-marut. Namun demikian, dengan kegiatan intelektual yang berlaku di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau yang dieetuskan oleh pemikir-pemikir Islam telah membolehkan umat Alam Melayu membina satu tamadun yang boleh dibanggakan serta boleh diharapkan membawa contoh kepada orang lain jika mematuhi nilai-nilai Islam yang sebenamya.
Pembinaan Tamadun Islam Tamadun Islam bermula di Makkah pada tahun 610 M dalam lingkungan masyarakat Islam yang berkeadaan serba sederhana ketika perlantikan Nabi Muhammed s.a.w. sebagai Rasulullah. Menurut Syed Qutb, usaha utama Rasulullah di Makkah ialah mengukuhkan akidah orang-orang Arab. Ketika itu Rom dan Parsi yang berkuasa telah memberi ancaman yang berterusan. Masyarakat Arab bergelumang dengan pelbagai penyakit akhlak. Namun tumpuan Rasulullah adalah untuk mengukuhkan akidah yang mumi yang menjadi teras dalam pembentukan akhlak.
Masyarakat Arab jahiliah percaya bahawa tiada kehidupan akhirat selepas kehidupan dunia bererti bahawa apabila manusia mati maka tamatlah segala-galanya. Sebaliknya Islam menegaskan bahawa ada kehidupan akhirat berdasarkan amalan kita di dunia. Amalan inilah yang menjadi pendorong bagi seseorang menuntut ilmu dan menunaikan segala perintah Tuban yang akhirnya menjadi asas pembentukan tamadun Islam.
Dari segi sosial, masyarakat Arab jahiliah mengamalkan sistem kasta d samping merendahkah status kaum wanita. Hamba abdi dinafikan hak mereka serta mereka boleh dijual beli. Masalah-masalah ini akhirnya dapat dibanteras dengan ajaran Islam.
3
Setelah agama Islam tersebar di Madinah corak dakwah bertukar haluan dengan memberi perhatian kepada soal-soal pembentukan masyarakat dan negara.
Di Madinah baginda mendirikan pemerintahan pada tahun 622 - 623 M. Pemerintahan inilah yang mendorong ke arah berkembangnya tamadun Islam yang kemudiannya mencapai kegemilangan pada zaman Bani Abbasiyah.
Setelah Rasulullah wafat pada tahun 632 M, baginda tidak meninggalkan wasiat tentang siapakah yang wajar menggantikan beliau sebagai pemimpin politik umat Islam. Saidina Abu Bakar dilantik menggantikan Rasulullah sebagai khalifah untuk melanjutkan tugas sebagai pemimpin agama dan ketua pemerintahan walaupun ada tentangan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan perlantikan beliau.
Walaupun tempoh pemerintahan Saidina Abu Bakar amat singkat beliau mampu menstabilkan negara setelah menyelesaikan berbagai masalah dalam n e g e r. Kemudian beliau menghantar utusan ke luar negeri iaitu ke kawasan Iraq dan Syria.
Umar Ibn al-Khattab mengambil alih daripada Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang kedua. Beliau menghadapi keadaan yang agak berlainan sedikit disebabkan zaman yang berubah dan lingkungan daerah pemerintahan yang lebih mencabar. Beiiau “terpaksa memperbaharui pentadbiran negara, memulakan pemisahan kuasa kehakiman di wilayahwilayah, mengadakan reformasi cukai dan zakat, mengulangkaji semula cara pengagihan harta d kalangan rakyat malah terlalu banyak untuk dihitung sepanjang pemerintahannya (Mohd Kamil, 2000:8)”.
Menurut Ahmad Amin (1965: 236 - 237), timbul suatu keperluan bagi Saidina Umar menggunakan akal fikiran bagi menyelesaikan perkara-perkara yang tidak disebut dalam Quran dan al-Sunnah. Maka ijtihad Umar merangkumi aspek pembangunan ekonomi, sosial, politik dan lain-lain yang menjadi skutan para fiuqaha tabi’in kemudiannya.
4
Ketika Saidina Uthman menjadi khalifah ketiga, daerah pemerintahan Islam sudah meluas sampai ke Samarqand, Afrika malah hampir ke Eropah. Dasar kewangan dan ekonomi Uthman dalam pembangunan fizikal telah melahirkan rama: hartawan dan jutawan muslim. Banyak perkara yang dilakukan oleh Uthman boleh dibanggakan tetapi dalam keadaan yang mewah berkembang pula sesuatu yang melemahkan rohani. Hiburan-hiburan dan kegiatan yang melalaikan mula berkembang di kalangan generasi muda ketika itu.
Apabila Saidina Ali dilantik sebagai khalifah keempat, beliau cuba mengembalikan semula kegemilangan rohani sebagaimana pada zaman Rasulullah s.a.w. dan dua sahabat terawal iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Saidina Ali cuba melucutkan jawatan gabnor-gabnor yang didakwa zalim. Musuh-musuh politik beliau telah mengambil kesempatan membawa
isu pembunuhan Khaifah Uthman
untuk
merendahkan
kewibawaan beliau. Akhirnya berlakulah penentangan yang menggugat kestabilan pemerintahan A1 dan berakhir dengan peperangan Siffin.
Khalifah-khalifah yang disebut sebagai al-khulafa al-rasyidun (khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk) seperti yang tertera dalam jadual berikut telah menurut teladan Nabi. Mereka dipilih melalui proses musyawarah dan mereka selalu berunding dengan pembesar-pembesar yang lain sebelum sesuatu dndakan diambij. Setelah tamat tempoh pemerintahan al-khulafa al-rasyidun timbul pula pemerintahan Islam berbentuk kerajaan. Kekuasaan diwarisi secara turun temurun.
5
UMUR
BERAKHI NAMA
BERMULA
ZAMAN
R
TEMPUH
TERAKHI R
Nabi Muhammed s.a.w.
Zaman Nabi di Madinah
Khalifah Abu Bakar Khalifah Umar ibn
Zaman Khuiafa’ ar-
Khattab
Rasyidun di
Khalifah Uthman ibn
Madinah (11H/
Affan
632M-40H/
Khalifah Ali ibn Abi
661M)
Talib
622M
632M
10 th
63 tahun
632M
634M
2 th 3 bln
63 tahun
634M
644M
10 th 6 bln
63 tahun
644M
656M
12 th
82 tahun
656M
661M
4 th 9 bln
63 tahun
Pada tahun 661 M Muawiyah Bin Abu Sufyan secara rasmi mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah dan menjadikan kota Damsyik sebagai pusat pentadbirannya iaitu tempat beliau berkuasa sebagai gabnor sebelumnya. Kekuasaan Bani Umayyah selama lebih kurang 90 tahun diketuai oleh khalifah-khalifah seperti dalam jadual berikut:
No.
.
Nattw
Mulai
:rakhir
Lamanya
Umur
1
Mu’awiyah ibn Abi Sufyan
41 H/661 M
60 H/680 M
19 th 3 bln
80 th
2
Yazid I ibn Mu’awiyah
60 H/680 M
64 H/684 M
3 thn 6 bln
38 th
3
Mu’awiyah ibn Yazid
64 H/684 M
64 H/684 M
3 bln
23 th
4
Marwan ibn al-Hakam
64 H/684 M
65 H/684 M
9 bln
63 th
5
‘Abdul Malik ibn Marwan
65 H/685 M
86 H/705 M
21th
76 th
6
Walid I ibn ‘Abdul Malik
86 H/705 M
96 H/715 M
9 th 7 bln
42 th
7
Sulaiman ibn ‘Abdul Malik
96 H/715 M
99 H/717 M
2 th 8 bln
45 th
8
Umar ibn ‘Abdul Aziz
99 H/717 M
101 H/720 M
2 th 5 bln
39 th
101 H/720M
105 H/724 M
4 th 1 bln
40 th
9
Yazid II ibn ibn ‘Abdul Malik
10
Hisyam ibn ‘Abdul Malik
105 H/724M
125 H/743 M
19 th 9 bln
55 th
11
Walid II ibn Yazid
125 H/743 M
126 H/744 M
1 th 2 bln
40 th
12
Yazid III ibn Walid
126 H/744 M
126 H/744 M
6 bln
46 th
6
13
Ibrahim ibn Walid
126 H/744 M
127 H/744 M
4 bln
47 th
14
Marwan II al-Himar
127 H/744 M
132 H/750 M
5 th 10 bln
62 th
Dipetik daripada Rachmat Taufiq Hidayat, dkk. Almanak Alam Islam, 2000; him 277.
Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah tumpuan mereka adalah dalam bidang ketenteraan, baik dalam menghadapi pemberontakan dalam negeri mahupun usaha-usaha penaklukan di luar negeri. Dari segi kegiatan ilmiah tidak banyak yang dilakukan walaupun ada usaha penterjemahan buku-buku dilakukan dalam bidang perubatan, kimia dan astronomi. Ini mungkin disebabkan oleh sikap kefanatikan (al-asabiyyah alarabiyyah) yang belum bersedia menerima ilmu-ilmu asing. Namun demikian pihak pemerintah Bani Umayyah begitu cenderung dengan kegiatan-kegiatan sastera dan sejarah. Khalifah Umar Abdul Aziz telah menunjukkan kecenderungannya dalam bidang ilmu keagamaan. Beliau telah memerintahkan gabenor Madinah Ibnu Hazm agar mengumpulkan hadis-hadis.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan dinasti Bani Umayyah lemah dan membawanya kepada kehancurannya.Dua faktor besar ialah: faktor dalaman dan faktor luaran.
Dalam faktor dalaman berlaku penentangan etnik antara suku Arab Utara (Bani Qays) dan dengan Arab Selatan (Bani Kalb) yang berlaku semakin meruncing sejak zaman sebelum Islam. Di samping itu sebahagian besar golongan mawall (bukan Arab) terutama di Iraq dan wilayah bahagian timur yang lain rasa terhina pada sikap keangkuhan pihak pemerintah. Ini menunjukkan bahawa pemerintahan daulat Bani Umayyah mementingkan bangsa, puak dan anak sendiri yang menjadi punca kelemahannya.
Sikap hidup mewah di kalangan anak-anak khalifah serta pembantu-pembantu khalifah yang kejam melemahkan lagi pemerintahan Bani Umayyah.
Dalam faktor luaran pula, tentangan berlanjutan yang dicetuskan oleh golongan Syiah dan Khawarij semakin menjadi-jadi. Berlakunya pemberontakan demi pemberontakan
7
serta faktor-faktor lain melemahkan keutuhan Bani Umayyah sehingga kejatuhannya tidak dapat dielakkan lagi.
Zaman Kegemilangan Bani Abbasiah Dengan kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah, dinast Bani Abbasiah didirikan oleh Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas. Kekuasaannya berlangsung mulai tahun 132H sehingga 1258H dengan 37 orang khalifah. Selama dinasti ini berkuasa, pola pemerintahannya berbeza dengan dinasti Umayyah tetapi sesuai dengan perubahan politik, sosial dan budaya zaman tersebut. Para sejarahwan membahagikan masa pemerintahan Bani Abbasiah kepada lima peringkat pemerintahan seperti berikut:
•
Peringkat Pertama (132H/750M-232H/847M): Pengaruh Parsi pertama
•
Peringkat Kedua (232H/847M-334H/945M): Pengaruh Turki pertama
•
Peringkat Ketiga 334H/945M-447H/1055M):Kekuasaan dinasti Buwaih atau masa pengaruh Parsi kedua
•
Peringkat Keempat (447H/1055M~590H/1194M):Kekuasaan di iasti Bani Seljuk atau masa pengaruh Turki kedua
•
Peringkat Kelima (590H/1194M-656H/1258M): Bebas daripada pengaruh dinasti lain tetapi kekuasaannya tertumpu di sekitar kota Baghdad
Pada peringkat pertama pemerintahan Bani Abbas dengan ketokohan pemimpinpemimpin Bani Abbasiah dari segi kekuasaan politik dan agama, masyarakat dapat mencapai tingkat kemakmuran yang tinggi. Peringkat ini telah menyediakan medan untuk perkembangan falsafah dan ilmu pengetahuan tetapi sebaliknya pada akhir peringkat ini kekuasaan dalam bidang politik mulai menurun.
Pada tahun 762 M ibu kota negara itu yang pada mulanya berada di al-Hisyimiyah dekat Kufah dipindahkan ke Baghdad. Bani Abbasiah mencapai kemuncak kejayaannya pada zaman khalifah Harun al-Rasyid (786 - 809 M) dan puteranya al-Ma’mun (813 - 833 M). Tingkat kemakmuran sosial, kesihatan, pendidikan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan
boleh
dibanggakan.
Lembaga-lembaga pengetahuan berkembang
dengan
pesat.
Perpustakaan yang didirikan lebih merupakan sebuah universiti, di samping adanya kitabkitab diadakan juga aktiviti membaca, menulis dan berdiskusi yang dijalankan dengan lancar. Baghdad menjadi pusat kebudayaan dan lJmu pengetahuan pada zaman keemasan itu. Malah al-Ma’mun pengganti al-Rasyid dianggap sebagai khalifah yang sangat cinta kepada ilmu. Dinasti Bani Abbas pada peringkat pertama ini lebih menekankan kepada peradaban dan kebudayaan Islam daripada perluasan wilayah.
Aktiviti penterjemahan digiatkan dalam tiga fasa: •
Fasa pertama ketika pemerintahan khalifah al-Mansur hingga Harun alRasyid. Pada fasa ini banyak diteijemahkan karya-karya dalam bidang astronomi dan manthiq.
•
Fasa kedua ketika pemerintahan khalifah al-Ma’mun hingga tahun 300H. Buku-buku falsafah dan kedoktoran banyak diteijemahkan.
•
Fasa ketiga setelah tahun 300H, bidang ilmu yang diteijemahkan begitu meluas setelah adanya pembuatan kertas.
Gerakan penterjemahan ini membawa kepada kemajuan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk ilmu agama. Tafsir bi al-mansur (interpretasi tradisional), tafsir bi al-ra’y i (kaedah rasional), ilmu fikih, ilmu teologi dan pelbagai ilmu lain yang berkembang di kalangan umat Islam.
I
Imam-imam mazhab hukum yang empat hidup pada masa pemerintahan Abbasiah:
Tempat / Tarikh
Tarikh
Lahir
Meninggal
Kufah/80 H
150 H
Imam Mazhab
Penyebaran Mazhab
Imam Abu Hamfah
Iraq, Mesir, Turki,
(Numan ibn Thabit) Imam Malik ibn Annas
Pakistan, India Madinah/93 H
179 H
Ghazzah/150 H
204 H
Imam Syafii’
Morocco, Mesir, Sudai Yeman, Mesir, Syria,
(Muhd. Idris al-Shafi’i) Imam Ahmad ibn Hanbal
>
Teggara Asia Baghdad/164 H
241 H
Iraq, Syria
Walaupun aliran-aliran teologi seperti Khawarij, Murjiah dan M u’tazilah sudah ada pada masa Bani Umayyah lagi, perkembangannya masih terbatas. Teologi rasional Mu’tazilah mengambil pemikiran yang lebih kompleks apabila menerima pengaruh pemikiran Yunani.
Dalam lapangan ilmu pengetahuan, kita dapat mengimbas kembali dan meneliti hasil usaha beberapa tokoh sarjana secara terpilih. Ini dapat memberi gambaran mengenai kegemiiangan hasil usaha mereka. Berikut diberi beberapa tokoh menurut sesuatu zaman:
AI-Farabi (Alpharabius) ( 870--950M) Nama:
Abu Nasr Muhammad Bin Auzalugh Bin Turkhan
Di Farab, Iran (sekarang daerah Uzbekistan) Jelajar bahasa Arab di Baghdad kemudian mengkaji falsafah dan lain-lain ilmu. Cenderung kepada ilmu tasauf. Mengkaji logik (mantik), metafizik, falsafah politik. Terkenal di Eropah kerana ilmu logik yang dikemukakan. Terkenal dalam ilmu muzik (membuat instrumen muzik serta menulis teori-teori muzik). Karangan beliau dalam teori muzik beijudul: al-Musiqci. Mengembara ke Syria, Mesir dan Damsyik.
10
| !
Ibnu Sina (Avicenna) (980-1037M) Nama:
Abu Ali Husein Bin Abdullah Bin Sina
Lahir:
Di Ifsyina (Charmitan), berketurunan Parsi.
Jmur 10 tahun sudah menghafal Quran.Sungguh pintar dan menguasai banyak ilmu sepert: fizik,logik (mantik), metafizik dan lain-lain. Umur 17 tahun sudah terkenal sebaga tabib.Orang pertama yang menemukan peredaran darah manusia, enam ratus tahun lebih dahulu daripada William Harvey. Ilmu perubatannya meluas ke Eropah. Mempraktikkan pembedahan. al-Qanun fit Tihb (Canon of Medicine) merupakan himpunan ilmu perubatan. Lain-lain karangan: Shafa (dalam bahasa Arab,) merupakan ensiklopedia besar ilmu falsafah (18 jilid). Nafat dan Sadidiyya dalam bahasa Arab merupakan buku ilmu perubatan. AlMuziqci sebuah buku mengenai ilmu muzik.Qamus-el-Arabi (5 jilid). Danesh-Nameh dalam bahasa Parsi sebuah buku falsafah. Uyun-ul-Hikmah dalam bahasa Arab mengenai falsafah (10 jilid).
Imam al-Ghazali (1058-1113M) Nama: Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Bin Abdul Hamid al-Ghazali (3 Muhammad berturut: Abd Hamid) Lahir:
Di Khurasan, Iran
Selajar ilmu fikh dengan Razaqani Ahmad Bin Muhammad dan ilmu tasauf dengan Yusuf an-Nassaj (sufi terkenal). Lanjutkan pelajaran ke Juijan. Kemudian ke Naisabur dan berada di sekolah tinggi Nizamiyah di bawah al-Juwaini, Imam Al-Haramain dan belajar fiqh, ilmu kalam, ilmu falsafah, ilmu logik ilmu retorika dan lain-lain ilmu. Mendapat kedudukan yang tertinggi dalam dunia ilmu pengetahuan dan dilantik menjadi profesor. Kemudian al-Ghazali menjadi Rektor ke-9 Universiti Baghdad. Banyak buku yang dihasilkan di antaranya: Maqcishid-ul-falasifah (Tujuan ilmu falsafah), Tahafut-id-falasifah (Kesesatan ilmu falsafah), Al-Maariful aqliyah (Ilmu pengetahuan yang rasional), Ihya Ulumuddin (Menghidupkan ilmu-ilmu agama), kYMunqiz minad-
11
dhalal (Pembebas kesesatan), Minhaj-ul-cibidin (Jalan mengabdi Tuhan), Mizan-ul-amal (Neraca perbuatan), Keimiyci-us-sa ’aclcih (Kimia kebahagian), Kitcibul Arba 'in (Empat puluh prinsip agama), At-Tibrul masbukfi nashiehat-el-mulk (Emas yang sudah ditatah untuk menasihati para penguasa), Ayyuhal Walad (Ayuhai Anak !), Al-Adab jid-dien (Sopan santun keagamaan), Ar-Risalah-al-laduniyah (Risalah tentang soal-soal batin) dan lain-lain.
Ibnu Rusyd (Averroes) (1126-1198M) Nama:
Abdul Walid Muhammad ibnu Ahmad
Lahir:
Di Kordova (Spanyol)
Imu tradisi, fiqh, perubatan, falsafah, undang-undang dan lain-lain. Seorang sarjana dan ahli falsafah teragung. Falsafah Ibnu Rusyd (fikiran Muktazilah) ditentang oleh Imam Ghazali (fahaman Asyariyah). Memberi kesan kepada dunia Eropah sebagai ahli falsafah terkemuka di Barat. Mabadiul Falasifah (Pengantar Ilmu Falsafah) sebanyak 25 buah. Kulliyat, Tafsir Urjuza (buku perubatan), Taslul (buku ilmu kalam), Kasful adillah (buku falsafah dan agama), Tahafutu-tahfut (buku yang membalas serangan al-Ghazali), Muwafaqatil hikmati wal syariah (falsafah dan agama), Kulliyat fit Thib (Aturan Umum Kedoktoran ~ 16 j ilid).
,
Karya beliau meliputi: 28 dalam bidang falsafah, 2 dalam bidang teologi, 4 dalam bidang undang-undang, 4 dalam bidang nahu dan 20 dalam bidang perubatan.
Pendek kata kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan dan kebudayaan pada zaman pemerintahan Islam Bani Abbasiah (peringkat pertama) telah mencapai kemuncaknya yang dianggap sebagai masa kegemilangan. Pada peringkat-peringkat selanjutnya, pemerintahan Bani Abbasiah mulai menurun teratamanya dalam bidang politik.
12
Kejatuhan Kerajaan Abbasiah Dengan kemewahan yang diperolehi dalara peringkat pertama, penguasa-penguasa pada peringkat selanjutnya hidup dalam keadaan mewah dan rakyat mula merasa bahangnya. Campur tangan orang-orang Turki, Bani Buwaih dan Ban. Seljuq dalam pentadbiran menggugat kuasa khalifah. Anasir-anasir luar ini mempercepatkan keruntuhan kerajaan Abbasiah.
Tentera profesional Turki memperolehi kuasa yang lebih. Berlakulah kezaliman penindasan dan azab sengsara akibat kerenah tentera Turki yang mempunyai kekuatan jasmani tetapi tidak menyumbang ke arah perkembangan pemikiran umat Islam. Apabila berlaku rebutan kuasa antara khalifah-khalifah, orang-orang Turki dapat merebut kekuasaan dengan cepat. Kewibawaan khalifah mula merosot walaupun mereka memerintah negeri. Daerah-daerah pemerintahan Bani Abbasiah mulai berpecah dengan munculnya tokoh-tokoh kuat yang kemudiannya memerdekakan diri daripada kekuasaan pusat serta mendirikan dinasti-dinasti kecil.
Pukulan yang benar-benar menamatkan riwayat Bani Abbasiah yang berada dalam keadaan begitu lemah ialah dengan kedatangan bangsa Mongol pada tahun 1258 M. Baghdad jatuh ke tangan bangsa Mongol dan berakhirlah pemerintahan Bani Abbasiah. Ini juga merupakan awal kemunduran politik dan peradaban Islam. Hulagu Khan yang mengetuai pasukan Mongol telah melenyapkan segala khazanah ilmu pengetahuan yang menjadi kebanggaan Baghdad sebagai pusat kebudayaan dan peradaban Islam. Ketika itu kerajaan-kerajaan Islam terlalu lemah sehingga Iraq mudah dikuasa'- iaitu pada pemerintahan khalifah al-Mu’tashim, penguasa terakhir Bani Abbasiah di Baghdad (1243 - 1258 M). Hulagu Khan memantapkan kedudukannya di Baghdad selama dua tahun sebelum ke Syria dan Mesir.
Lebih daripada satu abad umat Islam menderita dan berusaha untuk bangkit daripada kehancuran akibat serangan bangsa Mongol. Namun demikian tiga kerajaan besar iaitu Usmani di Turki, Mughul di India dan Safawi di Parsi dapat dibangunkan (1500 M -1800 M). Tiga kerajaan besar ini telah membawa kemajuan kepada umat Islam tetapi
13
pencapaiannya berbeza dengan kemajuan yang dicapai pada zaman klasik Islam. Kemajuan intelektual zaman klasik Islam lebih kompleks dan tidak setanding dengan zaman tiga kerajaan besar. Dalam bidang agama pula umat Islam hanya bertaqlid kepada imam-imam besar yang lahir pada zaman klasik Islam.
Pada abad ke-14 M Ibn Khaldun (ringkasan biografi seperti di bawah) dianggap sebagai ‘bapa ilmu sosiologs’ dan seorang yang terkemuka dalam bidang sejarah telah menghasilkan Muqaddimah’ yang mendapat perhatian dunia Barat dan menyedarkan umat Islam. Selepas itu berlaku kekosongan selama beberapa zaman.
Ibnu Khaldun (1332 - 1406) Nama: Abu Zayd Abd. Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun Lahir: Di Tunis (Utara Afrika). Berpindah ke Spanyol dan berulang-alik ke Afrika. ’endidikan asas bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta mendalami tradisi keilmuan pemikir-pemikir Yunani seperti Plato dab Aristotle serta pemikir-pemikir Islam seperti Farabi, Ibn Rusyd, Ibn Sina dan lain-lain. Telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi Profesor Undang-undang di Kahirah dan hakim mazhab Maliki. Terkenal sebagai bapa ilmu sosiologi, ahi falsafah, ahli ekonomi dan ahli sejarah. Sebagai pengasas ilmu sosiologi, beliau telah banyak membicarakan mengenai bangun dan jatuhnya tamadun. g beliau ialah Muqaddimah yang telah diteijemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah dan Inggeris.
Zaman kebangkitan semula umat Islam bermula pada abad ke-18 M setelah mengalami keadaan mundur yang agak lama. Timbullah gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai gerakan reformasi memandangkan penyusupan ajaran ‘asing’ yang diterima sebagai ajaran Islam. Ajaran asing ini bertentangan dengan semangat ajaran Islam yang dipenuhi dengan khurafat dan takhyulan.
14
Pada zaman ini pihak Barat cuba menguasai negeri-negeri Islam bagi kepentingan ekonomi. Tokoh-tokoh Islam seperti Muhd. Abd. Wahab, Jamaluddin al-Afghani, Muhd. Abduh dan lain-lain pemikir Islam telah berusaha menyedarkan umat Islam untuk mencontohi Barat dalam masalah yang berkaitan dengan politik dan peradaban untuk ‘mengimbangi kuasa’.
Berikut diberi ringkasan biografi dua tokoh tersebut.
Jamaluddin Al-Afghani
(1839-1897) Lahir:
Di Asabadad, Kunar (Timur Afghanistan)
ietelah mendapat pendidikan asas, beliau ke India untuk mendapatkan pendidikan moden. Beliau ke Makkah serta mengunjungi negara-negara lain di Asia Barat. Terlibat dalam penyusunan tentera sebelum melibatkan diri dalam pendidikan. Mendirikan sekolah-sekolah serta memperkenal kaedah pengajaran baru. Merasmikan suratkhabar yang digemari ramai. Beliau ke India dan Mesir untuk menyedarkan umat Islam mengenai penjajahan, kemudian beliau diburu oleh pihak Inggeris. Beliau ke London, Paris, Rusia dan Iran untuk memperolehi pengalaman dan menimba pengetahuan.
15
■
Muhd. Abduh (1849-1905) Lahir:
Di Mahallat Nasar (Mesir)
’elah menghafal al-Quran dalam waktu yang singkat. Belajar di “A1 Jami’ Al-Ahmadi” di Thantha. Pada tahun 1866 melanjutkan pelajaran di Universiti Azhar. Bersama-sama Jamaluddin al-Afghani (gurunya) beliau membangkitkan semangat bangsa Mesir. Pemah memangku Jabatan Mufti Mesir dan kemudian dilantik sebagai Syaikhul Azhar. Seorang penulis yang prolifik dan telah menghasilkan makalah-makalah dan buku-buku dalam berbagai-bagai bidang termasuk kesusasteraan, kemasyarakatan, siasah dan lainlain
Malik Bennabi merupakan seorang pemikir yang disanjung pada abad ke-20 M. Kebanyakan karya yang dihasilkannya ditulis dalam bahasa Perancis dan beliau terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Khaldun. Beliau menganggap bahawa tasauf yang berkembang pada zaman kemunduran umat Islam telah mengalihkan pandangan umat Islam dan menyebabkan mereka menjadi lebih buruk.
Beliau mengatakan bahawa (Mohamad Kamil, 2000: 83):
“Umai Islam mesti mengubah tiga penyakit besar iaitu pemikiran yang jumud, jiwa yang lemah dan iman yang telah padam sinar sosialnya.”
16
Malik Bennabi (1905-1973) Febessa (Wilayah Constantine di Algeria Timur) Jelajar di sekolah agama dan sekolah Perancis. Setelah bekerja seketika beliau melanjutkan pelajaran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektriK. Beliau benninat dalam bidang falsafah, sosiologi dan sejarah. Beliau menyedarkan umat Islam Algeria dan kerajaan Perancis mahu menangkapnya. Beliau ke M esir dan kembali semula setelah Algeria mencapai kemerdekaan. Muzakkirat Shahid Lil-Qarn al-Ishrin (sebuah autobiografi Malik), The Quranic Phenomenon, The Conditions o f the Renaissance, Vocation de I ’Islam. Ketiga-ketiga buku yang disenaraikan di atas ditulis dalam bahasa Perancis.
Agama Islam di Alam Melayu Kedatangan Islam ke alam Melayu sudah wujud sejak abad ke-7 M lagi melalui pedagang-pedagang yang berulang alik dari Asia Barat ke alam Melayu. Kesan pengaruh agama Islam tidak begitu ketara kepada bahasa Melayu. Ketika itu bahasa Melayu lebih bersifat pinggiran jika dibandingkan dengan bahasa Jawa yang mendukung istilah-istilah keagamaan Hindu-Buddha. Namun demikian keanjalan bahasa Melayu rnemudahkan penggunaannya menerima konsep-konsep Islam dan meniadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam urusan perdagangan di alam Melayu dan akhirnya menjadi bahasa yang mengandungi nilai-nilai keislaman serta mendukung tradisi keilmuan, budaya dan sastera.
Huruf Arab diterima dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian dan ini terakam pada Batu Bersurat Terengganu (702 H/1303 M). Istilah yang berasal daripada agama Hindu seperti Dewata Raja, Raya, Seri Paduka dan sebagamya berkembang bersamasama istilah Islam seperti sahabat, salam, fardhu, Rejab, suratan, ingkar, laknat dan sebagainya.
Pengaruh Islam jelas berlaku dalam pelbagai bidang persuratan Melayu yang berkembang melalui istana, rumah, masjid, surau, pengajian pondok dan sebagainya. Istana
17
merupakan institusi terpenting yang memperkembangkan persuratan M elayu dalam lapangan ilmu, budaya dan sastera.
Hubungan istana dengan Islam pada zaman tradisi merujuk kepada Makkah yang menjadi pusat perkembangan Islam. Misalnya raja Pasai Malik al-Zahir menerima Islam melalui Shaykh Ismail pendakwah d ar Makkah. Begitu juga Sultan Iskandar yang memerintah Melaka menerima Islam melalui pendakwah yang berasal dari Makkah dengan gelaran Shaykh Abdul Aziz. Ini dijelaskan oleh Ibn Battutah (1964: 618) dalam karangan Rihlatilya (1345/1346 M) yang men cent akan zaman kerajaan Pasai yang dikunjungi oleh ramai ulama dalam berkembangnya majlis-majlis ilmu, malah sudah terdapat juga penulis dan penyair yang menunjukkan negeri Pasai terkenal bukan sahaja dalam bidang keilmuan tetapi juga dalam bidang sastera.
Tradisi ini berkembang pada zaman kerajaan Samudera-Pasai (1009 - 1444 M), kerajaan Melaka (1400 - 1511 M), kerajaan Acheh (1500 - 1650 M), kerajaan Johor-Riau dan beberapa keistanaan yang lain. Melaka mulai maju pada abad ke-15 M sehingga menjadi pusat pengajian keilmuan Islam peringkat tinggi. Setelah kejatuhan M elaka ke tangan Portugis (1511 M). Pedagang-pedagang Islam mengalihkan tumpuan perdagangan ke Acheh. In membolehkan Acheh bangkit sebagai sebuah pusat perdagangan dan kekuatan politik dan ketenteraan yang penting d Alam Melayu pada abad 16 dan 17 Masihi yang menjadikan kegiatan intelektual yang penting pada zaman tersebut.
Pada awalnya aliran Syiah begitu ketara sekali memandangkan hubungan Acheh dengan pedagang-pedagang Asia Barat. Ahli-ahli fikir dari Parsi gemarkan ilmu tasauf sejak abad ke-14 M lagi. Fahaman aliran wahdat al-wujud telah disebarkan melalui tokoh-tokoh wujudiah. Fahaman ini bertentangan dengan aliran Sunni. Pada abad ke-16 M aliran ini kembali semula dengan kehadiran ulama-ulama yang beraliran wahdat al-wujud. Kitab S ayf al-Qati yang dikarang oleh Abu al-Khayr mengukuhkan lagi fahaman ini pada akhir abad ke-16 M.
18
Falsafah tasauf yang dipertikaikan kemurniaannya berkembang pada abad ke-16 - 17M dan dengan kegiatan intelektual menjadikan Acheh dikenali sebagai serambi Makkah,
Tokoh seperti Hamzah Fansuri (dilahirkan di Baros atau Fansur) telah menghasilkan karya-karya prosa (Asrar al-Arifin, Sharah alAshikin dan Muntaki) dan puisi (Syair Rabai, Syair Perahu, Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Ikan Tongkol, Syair A ’y an Thabitah dan Syair M a ’rifat) membawa nilai pemikiran intelektual yang tinggi dan ditentang oleh golongan ulama-ulama lain.
Pada zaman Sultan Iskandar Mahkota Alam (1606 - 1636 M), Shamsuddin al-Sumatrani (berasal dari Pasai) menjadi Shaikh al-Ulama juga berfahaman aliran wahdat al-wujud telah menghasilkan sebanyak 16 buah karya. Hamzah Fansuri dan Shamsuddin teipengaruh dengan pemikiran Ibn Arabi (1240 M) dan Abd al-Karim al-Jili (1408 M) yang dianggap sebagai pandangan aliran falsafah yang kontroversial yang bertentangan dengan aliran Sunni.
Pada zaman Sultan Iskandar Thani (1636 - 1641 M), Nuruddin al-Raniri (berasal dari kota Render (Ranir), Gujerat (India) telah menghasilkan karangan-karangan yang menolak fahaman wahdat al-wujud. Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yang beraliran Wihdatul-Syuhud menentang fahaman Hamzah Fansuri dan betjaya meyakinkan Sultan Iskandar Thani yang akhirnya karya Hamzah Fansuri dibakar kerana menyalahi Islam. Selain daripada karya yang bersifat tasauf, Nuruddin al-Raniri juga menghasilkan karya-karya bercorak fiqh, akidah dan hadis. Usaha intelektual Nuruddin al-Raniri berhasil untuk menyakinkan Sultan Iskandar Thani dan aliran wahdat al-wujud hilang kepopularannya diganti dengan tasauf al-Imam Ghazali.
Shaykh Abdul R auf Singkel (dilahirkan di Acheh pada 1615 M) pemah tinggal selama 19 tahun di Makkah telah dilantik menjadi Shaykh al-Ulama pada zaman pemerintahan Sultanah Safiyat al-Din Taj al-Alam Shah (1641 - 1675). Menunit Che Ismail Che Daud (1990:9), beliau merupakan ulama besar kerajaan Acheh dan telah menghasilkan sebanyak 27 buah karya agama. Di antaranya dalam bidang fiqh ialah Mirat al-Tullab, Kifayat al-Muhtajin, Umdat al-Muhtajin; dalam bidang Wa 'az (Nasihat): al-Maw’izat al-
19
B adi’ah; dalam bidang akhlak: Risalat f i Bayan Shurut al-Shayk.il tea al-i dan Risalat Adab Murid akan Shaykh; dalam bidang akidah: Munyat al-I'tiqad, Aqidat al-Imam dan Aqidat-menzumat: dalam bidang hadis: Sharh Hadis A rb a ’in; dalam bidang tafsir: Tarjuman al-Mustafid dan tasauf seperti Bayan Tajaili dan Syair Ma ’rifat.
Karya tasauf beraliran Sunni berkembang hingga ke akhir abad 18 M dengan munculnya beberapa tokoh tasauf. Seorang ulama yang bertanggungjawab mengetengahkan karangan al-Ghazan ialah Syakh Abdul Samad al-Falimbani seorang tokoh yang berasal dari Palembang. Karya beliau ialah kitab Sayr al-Salikin (1789 M) berdasarkan karangan al-'Imam Ghazali, Sebuah lagi berjudul Hidayat al-Salikin juga berdasarkan karangan alGhazali beijudul Bidayat al-Hidayat. Di samping itu beliau telah menghasilkan beberapa karangan yang bukan tasauf.
Ulama-ulama tasauf berasaha untuk menyemai nilai-nilai keislaman yang berlandaskan akhlak yang terpuji dan membersihkan diri daripada sifat-sifat keji. Dengan berlandaskan pembetulan dari seg’ akidah dan kepatuhan pada syariat dan mendekatkan diri kepada Allah akan terpancarlah budi yang mulia.
Acheh terlibat dalam ‘Perang Tiga Segi’ d: antara Acheh, Johor dan Portugis untuk menguasai Selat Melaka.Pada tahun 1629 M Portugis dapat mengalahkan Acheh dan ini membolehkan Johor meningkatkan pengaruhnya dan berkuasa semula di rantau ini. Kini perkembangan persuratan di Acheh berpindah ke keistanaan Johor-Riau, Persuratan di sini agak berbeza dengan Acheh (lebih bersifat falsafah) yang berorientasikan kesusasteraan (lebih berkait dengan zaman Melaka).
Selain daripada karya-karya berbahasa Melayu dalam fiqh, usuluddin dan tasawuf karyakarya sejarah politik ketatanegaraan pun dihasilkan hasil pengaruh pemikir-pemikir politik Islam seperti al-Farabi, al-Ghazali, al-Hamidi, Abu Zayd al-Balakh dan Ibn Khaldun.
20
Tun Seri Lanang seorang pujangga Johor telah memperbaiki naskhah Sulaiat cd- Scilcitin (Sejarah Melayu) sebuah karya ketatanegaraan yang bercirikan tempatan.Dalam karya in tercatat kedaulatan Negara Melaka yang merupakan kota peradaban Melayu tradisi.
Tokoh yang terkenal di istana Riau bemama Raja Ali Haji yang telah menghasilkan karya-karya seperti Tuhfat al-Nafis (1865 M) dan Salasilah Melayu dan Bugis (1865), Kitab Pengetahuan Bahasa dan Kitab tatabahasa, iaitu Busta al-Katibin (1857/ Beliau juga telah menghasilkan kitab perundangan beijudul al-Thamarat al-Muhimmah serta yang lain-lain.
Dalam bidang kesusasteraan Melayu (prosa dan puisi) yang mempunyai unsur kreatif dan imaginatif banyak karya yang dihasilkan yang membawa nilai-nilai Islam.Dengan kedatangan Islam ada juga bahan-bahan sastera yang diubahsuai seperti Hikayat Marakarma menjadi Hikayat Si Miskin, Hikayat Serangga Bayu menjadi Hikayat Muhammad, Hikayat Indra Jaya menjadi Hikayat Syahi Mardan. Tidak ketinggalan banyak cerita yang berunsur agama dan pengaruh Arab-Parsi mengisi persuratan Melayu.
Zaman Baru di Asia Tenggara Pada abad ke-18 M penjajah-penjajah Barat berusaha mempengaruhi penguasa-penguasa jajahan Alam Melayu untuk memonopoli jaringan perdagangan. Akhirnya pada awal abad ke-19 M satu perjanjian termeterai yang membolehkan kuasa-kuasa besar bertapak di daerah penguasaan masing-masing. Belanda menebarkan pengaruhnya di Indonesia dan Inggeris di daerah Semenanjung Tanah Melayu.
Aliran pembahuran Islam yang telah membawa reformasi dan bergelora di Mesir telah merebak ke Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia. Aliran Kaum Muda menjadi perbahasan hangat di kalangan masyarakat kedua-dua daerah politik yang berlainan. Kematangan berfikir golongan siswa dan dinamisme mereka telah membawa tahap kesedaran yang lebih tinggi.
21
Senario zaman ini jauh berbeza dengan tradisi masyarakat Melayu lama. Keadaan telah memaksa orang-orang Melayu memasuki ambang pemodenan. Nilai-nilai lama mulai menerima tentangan sebaliknya kesedaran tentang nasib bangsa dan cara berfikir mulai berkembang.
Tradisi sastera Melayu juga menerima perubahan. Ciri moden dalam sastera Melayu (novel, cerpen dan sajak) jelas kelihatan jauh berbeza dengan zaman yang telah dilaluinya. Lahirlah novel-novel seperti Faridah Hanum (1925 - 26 M) oleh Syed Syeikh al-Hadi, Kawan Benar (1927 M), iakah Salamahl (1929 M) karya Ahmad bin Ha Muhammad Rasyid Talu. Pendedahan mengenai pertentangan antara dua nilai merupakan pokok pembicaraan novel-novel pada zaman itu.
Penutup Setelah meneliti fenomena kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam pada zaman silam dari perspektif sejarah dan setelah meninjau beberapa tokoh terpenting Asia Barat dan Alam Melayu kita dapat mengambil iktibar bahawa kejayaan dan kegagalan sesuatu tamadun terletak kepada potensi manusia dan bagaimana ia mengaturkannva. Tamadun Islam mempunyai sumber yang amat kukuh dan mantap meliputi wahyu (Quran dan asSunnah) serta akal fikiran yang mempunyai potens: besar dalam menggarap ilmu pengetahuan (tidak kira dari mana), berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya. Setiap zaman mempuyai keistimewaannya yang tersendiri dan para pemikir harus menyedarkan umat supaya memperkembangkan minda mereka supaya tidak ketinggalan zaman.
Sejarah perkembangan Islam telah membuktikan bahawa pembinaan tamadun Islam berdasarkan ilmu telah menghasilkan kemajuan yang sungguh membanggakan seperti yang diperlihatkan pada zaman Abbasiah. Sebaliknya apabila akhlak umat Islam mulai kendur dan merosot dengan pelbagai aktiviti yang mengasyikkan dan jika tidak menggunakan kekavaan menurut lunas-lunas Islam, kemusnahan pasti akan tiba.Ini jelas dibayangkan dalam faktor-faktor yang membawa kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah dan
22
Kerajaan Bani Abbasiah serta kerajaan-kerajaan Islam yang lain di Asia Barat dan di Alam Melayu.
Ini bererti bahawa akhlak merupakan satu bahagian yang terpenting di samping akidah dan syariah; akhlak juga merupakan benteng ketahanan sesuatu tamadun. Akhlak menentukan sistem nilai yang hams dijadikan pegangan masyarakat ke arah kesempumaan hidup di dunia dan di akhirat.
Walaupun Islam berkembang dengan nyata pada abad ke-13 M(berdasarkan bokti-bokt sejarah) dan hanya pada abad ke-16 - 17 M berlaku kegiatan ntelektual mengenai falsafah tasauf yang melibatkan ulama-ulama seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel serta ulama-ulama yang lain. Ketika itu polemik di kalangan ulama mengenai tasauf begitu tegang disebabkan pelbagai aliran tasauf. Dengan kemasukan pengaruh asing di Baghdad pada zaman Bani Abbasiah tasauf dipengaruhi dengan unsur-unsur asing yang datangnya daripada agama lain seperti fahaman ‘meninggalkan dunia’ semata-mata, atau dipengaruhi agama Hindu-Buddha dengan ajaran panteisme (keesan wujud) serta fahaman daripada falsafah Yunani dengan doktrin yang mementingkan kontemplasi untuk membersihkan roh buat mendekati Tuhan. Meskipun demikian tasauf Iman Ghazali diterima dan berkembang sehingga ke hari ini bersama-sama tasauf aliran tarikat.
Sejak abad ke-17 M timbullah pemikir-pemikir yang menyedarkan umat Islam tetapi disebabkan kemiskinan hidup umat Islam, segala seruan tidak diendahkan. Apa yang mereka lebih pentingkan ialah mempertikaikan sesuatu fahaman yang boleh melemahkan keutuhan mereka mengenai perkara- perkara kecil yang tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.Timbullah golongan-golongan fanatik yang mendabik dada sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya menjeramuskan umat Islam ke kancah yang tidak diingini.
Ibn Khaldun (1332 - 1406 M) yang mendahului zamannya telah mengemukakan teori mengenai bangun dan jatuhnya tamadun manusia. Beliau menegaskan bahawa agama
23
yang mendukung kehidupan moral yang tinggi mampu dijadikan penyelamat kepada keruntuhan tamadun manusia.Teori beliau diterima Barat tetapi diabaikan oleh umat Islam.
Pemikir-pemikir Islam seperti Shah Waliyyullah al-Dahlawi (m.1763 M), Muhammad ibn Abdul Wahab (m.1787 M), Jamaluddin al-Afghani (m.1897 M), Muhammad Abduh (m.1905 M), Rasyid Ridha (m.1935 M), al-Banna (m.1949 M), al-Maududi (m 1979 M), Malik Bennabi (m.1973 M) dan lain-lain telah membuat seruan untuk mengembalikan golongan yang menyeleweng dan lalai ini agar kembali kepada Islam.
Ilmu yang bertimbun tambah dari zaman ke zaman serta fenomena globalisasi yang melanda seluruh dunia telah membawa kesan sampingan corak barn yang mengesani nilai sesuatu bangsa. Pelbagai masalah perlu ditangani untuk penyelesaiannya. Ini bererti bahawa potensi akal harus dilatih untuk berfikir seperti yang dituntut oleh agama Islam dan pemah diamalkan oleh orang-orang Islam dahulu kala dan terbukti kejayaannya. Setiap zaman ada permasalahan dan pandangan yang berbeza dengan zaman yang terdahulu. Ini tidak bererti yang kita harus menolak ijtihad manusia yang lalu malah berfaedah sebagai rujukan untuk men lai semula ijtihad yang lalu bagi penyelesaian masalah-masalah baru untuk kebaikan umat Islam di mana sahaja mereka berada.
24
Bibiliografi
Abbas Mohd. Shariff, Budaya dan Falsafah Orang Melayu. Singapura:EDN Media 2002 .
Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah Pemikiran Islam. Selangor: Penerbifan Pena 1984.
Ahmad Amin, D huha Al-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, Islam Dalam sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia 1972.
_________________________ Raniri And The Wujudyyah of 17th Century Acheh. MBRAS III Singapore 1966.
____________________________,The Mysticism of Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1970.
Azim ANanji, The Muslim Almanac. USA: Gale Research Inc., 1995.
Badri Yatim, Sejarah Peradaban Islam. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 1993.
Hassan Langgulung, Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke-21. Selangor: Hizbi, 1991.
Battutah, Rihlat Ibn Batutah. Beirut: Dar Sadir, 1384/1964.
Imam Munawair, Mengenai Pribadi 30 Pendekar dan Pemikir Islam dari Masa ke Masa. Surabaya: Penerbit Bina Ilmu, 1985.
25
Ismail Hamid, Kesusasteraan Melayu Lam a D ari W arisan P eradaban Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1983.
Ismail Hussein,
Wan Hashim Wan The,
Ghazali Shafie, Tamadun
Melayu
Menyongsong Abad Kedua Puiuh Satu. Bangi: Penerbit Univresiti Kebangsaan Malaysia, 2001.
Mohamad Kamil Abd Majid, Tajdid Perspektif Sejarah dan Masa Kini.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya 2000.
Nurcholish Madjid, Khazanah Intelektual Islam. Indonesia: Bulan Bintang 1994.
Rachmat Taufiq Hidayat, Endang Saifuddin Anshari, Thomas Djamaluddin, N ia Kumia, Almanak Alam Isiami. Jakarta: Pustaka Jaya,2000.
Shafie Abu Bakar, Bahasa dan Persuratan Melayu: Pertumbuhan dan Perkembangan Dari Perspektif Islam. Dewan Bahasa, 1 (Jan), halaman 5,1992.
26