KEBEBASAN BERSUARA DALAM HUKUM DAN FATWA: SATU ANALISIS ABDULL RAHMAN BIN MAHMOOD ABDUL MUHAIMIN BIN MAHMOOD MOHD IZHAR ARIFF BIN MOHD KASHIM Abstrak Amalan memberi pandangan menurut perspektif Islam dan perbezaannya dengan berfatwa ialah fokus perbincangan artikel ini. Agama Islam mengiktiraf hak kebebasan bersuara selagi ia tidak bertentangan dengan al-Qur'an dan al-Sunnah. Pada masa yang sama, mengeluarkan fatwa merupakan salah satu tanggungjawab para ulama. Namun persoalan timbul, sejauh manakah amalan berfatwa dibenarkan? Adakah ia khusus untuk golongan tertentu atau sesiapa sahaja boleh mengeluarkan fatwa tanpa melihat pada latar belakang mereka. Konsep kebebasan bersuara dan metode fatwa menurut perspektif Islam menjadi fokus perbincangan ini. Perbincangan juga akan menekankan syarat-syarat dan adab-adab yang disarankan oleh Islam semasa berfatwa serta mengamalkan hak kebebasan bersuara dalam membincangkan hal-hal yang berhubung dengan hukum. Hasil daripada kajian yang dilakukan, dapatlah disimpulkan bahawa kebebasan bersuara bukanlah kebebasan berfatwa. Ini kerana masingmasing mempunyai syarat-syarat dan adab-adab tersendiri yang tidak sama antara satu dengan lain. Pendahuluan Mutakhir ini banyak pihak berminat untuk memberi ulasan dan komen terhadap isu dan permasalahan agama. Mereka terdiri daripada ahli politik, golongan profesional, ahli akademik, mahupun masyarakat awam yang mempunyai latar belakang
43
Jurnal Penyehdikan Islam
pengajian Islam. Mereka memberi jawapan terhadap isu-isu berbangkit yang ada hubung kait dengan persoalan halal dan haram tanpa segan silu dan rasa bersalah. Ada pula yang dengan mudah mendakwa perkara tersebut bertepatan dengan syariat Islam atau tidak ada dalam Islam. Justeru, berlakulah kontradiksi pada jawapan bagi permasalahan dan isu agama di kalangan masyarakat. Kesan daripada itu, orang awam menjadi keliru dalam memilih jawapan, komen dan fatwa yang benar-benar menepati syariat Islam. Kecelaruan lebih ketara apabila jawapan tersebut diperolehi daripada kalangan mereka yang berlatarbelakangkan pengajian Islam. Masyarakat mula mempersoalkan apakah sebenarnya peranan fatwa dan kedudukannya dalam Islam? Adakah terdapat kriteria yang jelas bagi melayakkan seseorang menjadi mufti? Apakah pula perbezaan antara memberi fatwa dengan kebebasan bersuara? Konsep Kebebasan Bersuara Menurut Islam Islam mengiktiraf beberapa hak kebebasan manusia tanpa mengira agama yang mereka anuti. Antaranya ialah kebebasan bersuara bagi individu, pemimpin dan masyarakat dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan syariat Islam. Walau bagaimanapun, is hendaklah mengikut batas-batas syariat dan tidak memberi kesan negatif kepada umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW memberikan ruang yang sewajarnya kepada para sahabat r.a. dan golongan kafir Quraiysh berdebat dan berbincang tentang isu-isu berkaitan Islam, negara dan sebagainya yang boleh membawa kebaikan kepada individu atau masyarakat. Rasulullah SAW sendiri pernah ditegur oleh seorang sahabat tentang pemilihan lokasi strategik untuk tentera Islam semasa peperangan Badar dan baginda menerima pendapat tersebut dengan senang hati. Para Khulafa' al-Rashidin juga bersikap demikian, malah mereka turut meminta rakyat supaya memerhatikan bentuk pemerintahan
44
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
mereka. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan daripada kebenaran dan maslahat negara, rakyat dibenarkan memberi teguran. Amalan ini selaras dengan firman Allah SWT: 5
j1)-4 C.9 j l JI •4-41 v94:19‘-).9
919
(Surah Ali 'Imran, ayat 104) Terj emahan: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Hukum bersuara untuk menegakkan keadilan sama ada bagi pemimpin ataupun golongan yang dipimpin adalah wajib. Ini kerana ia termasuk dalam konsep al-Amr bi al-Ma 'ruf wa alNahy 'an al-Mungkar (menyeru kepada kebenaran dan mencegah daripada kemungkaran) yang disyariatkan oleh Islam untuk semua individu yang bergelar Muslim mukalaf.
Syarat Kebebasan Bersuara Menurut Perspektif Islam Islam menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara agar ia tidak mendatangkan kesan yang boleh memudaratkan hubungan sesama manusia, kaum, bangsa serta agama. Syarat-syarat tersebut ialah:
45
Jurnal Penyelidikan Islam
a. Perkara yang hendak disuarakan itu hendaklah sesuatu yang mungkar dan bercanggah dengan syariat Islam sama ada ia dilakukan oleh pemimpin atau golongan yang dipimpin. Maksud perkataan mungkar lebih umum daripada perkataan maksiat. Perbuatan seorang mukalafl minum arak dinamakan maksiat. Sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh bukan mukalaf, ia dinamakan mungkar. Setiap individu wajib menyuarakan kebenaran dalam kedua-dua keadaan ini.2 b. Perkara yang hendak disuarakan itu hendaklah kemungkaran yang zahir tanpa tajassus3 . Ini bermaksud amar ma 'rut dan nahi mungkar diwajibkan kepada setiap individu Muslim tanpa perlu mencari-cari dan mengintip untuk mendapatkan maklumat sehingga mencerobohi batas peribadi orang lain. Firman Allah SWT:
1,1.:1 1;41; I
•••
Imo,',,
itL:
Lrr
jut • 04L54-1
(Surah al-Hujuraat, ayat 12) Terj emahan: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang...
1 Maksud mukalaf ialah berakal dan baligh. al-Bugha, Mustapha (2002), Al-Fiqh al-Manhaji, Dimasq, Syria: Dar al-Fikr, hlm 31. 2 Al-Qasimy, Jamaluddin (t.th), Maw'izat al-mu'minin. Beirut: Dar al-Nafais. hlm 245. 3 Tajassus bermaksud pengintipan yang melampaui batas syariat Islam.
46
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
c. Kemungkaran tersebut hendaklah suatu perkara yang diketahui umum dan bukan diijtihad oleh seorang pemimpin, ulama atau individu. Sungguhpun begitu, hal ini hendaklah mengikut landasan syariat Islam seperti yang dijelaskan oleh ulamaulama usul dalam bab menyangkal sebuah ijtihad. Contohnya, seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan membuat satu ijtihad yang bercanggah dengan syariat seperti memperbanyak institusi perjudian dengan alasan untuk memperkukuh ekonomi negara. Hukum dasar tersebut adalah haram dan waj ib diperbetul dengan lantang oleh pihak yang menyedarinya. Manakala jika perkara yang diijtihadkan itu tidak dilarang oleh Islam, maka bantahan terhadapnya tidak hams disuarakan sehingga membawa kepada perpecahan ummah. Perpecahan ummah merupakan mudarat yang lebih besar.4 Adab-Adab Kebebasan Bersuara Menurut Perspektif Islam Setiap pemimpin dan anggota masyarakat hendaklah menitikberatkan beberapa adab dalam menggunakan hak kebebasan bersuara sebagai wadah perjuangan menegakkan kebenaran. Adab-adab tersebut ialah: a. Tidak melantangkan suara pada perkara yang tidak mendatangkan faedah untuk diri, bangsa, dan agama. Sabda Nabi SAW: 4—*
Lg 4t Ji (")L2P (.Y4
Terj emahan: Antara yang menunjukkan keelokan Islam adalah dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya.5
4 Al-Qasimy, Jamaluddin (t.th), Maw 'izat al-mu 'minin. Beirut: Dar al-Nafais. hlm 245. 5 Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi. Hadis Gharib. No. hadis: 4450.
47
Jurnal Penyelidikan Islam
b. Tidak melakukan perhimpunan atau majlis untuk membincangkan perkara yang haram atau menyuarakan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Islam. Firman Allah SWT: „ fi
(■452-6
3:9-.:3
FLU
I
‘--)t—,'°:;• r_7 1;;-t (Surah An-Nisaa', ayat 114)
Terjemahan: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. c. Kebebasan bersuara hendaklah jauh daripada sebarang katakata kesat yang berbau penghinaan, cemuhan, perkauman dan seumpamanya yang boleh mencetuskan perbalahan sesama manusia.6 Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW:
6 Al-Qasimy, Jamaluddin (t.th), Maw 'izat al-mu 'minin. Beirut: Dar al-Nafais. hlm 287.
48
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
CJI-1.111
cj..4:9.411 411 (Riwayat al-Tirmidzi)
Terj emahan: Seorang Mukmin yang sempurna imannya bukanlah seorang pengutuk, pelaknat, pelaku perkara-perkara keji dan bukan juga seorang yang bercakap kotor. Fatwa Dalam Konteks Agama dan Pengamalannya di Malaysia Perkataan "fatwa" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan oleh mufti tentang sesuatu hukum, atau suatu keputusan hukum yang dikeluarkan oleh faqih.7 Di dalam Kamus Dewan pula, fatwa bermaksud keputusan agama yang diberikan oleh alim ulama atau mufti tentang sesuatu masalah.8 Ulama memberi banyak definisi fatwa dari sudut istilah syarak. Menurut Mucjam lughah al-Fuqaha', fatwa ialah hukum syarak yang dijelaskan oleh seseorang yang alim dalam pengetahuan fiqh sebagai jawapan kepada orang yang bertanya tentang perkara tersebut.9 Bagi Yusuf al-Qaradhawi pula, fatwa ialah pemberian penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya sama ada secara bersendirian
7 Faqih ialah seorang yang berpengetahuan luas lagi mendalam dalam perundangan Islam. Ibn Manzur, (1956), Liscin Bayrut: Dar al-Bayrut, jil 15, hlm 147-148. 8 Kamus Dewan (1989), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 323. 9 Rawwas, Muhammad & Qasibi, Hasan Sadiq (1985), Mulam lughah al-Fuqaha', Dar al-Nafa'is, hlm 339.
49
Jurnal Penyelidikan Islam
ataupun berjemaah.1 ° Dalam konteks Malaysia, fatwa dikenali sebagai keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang. ' Daripada apa yang telah dinyatakan, dapatlah dirumuskan bahawa fatwa merupakan suatu hukum syarak yang dijelaskan oleh seseorang faqih berdasarkan dalil syar untuk permasalahan yang diajukan. Ia tidak mengikat seseorang sebagaimana mengikatnya sesuatu keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah. Di Malaysia, sesuatu keputusan hukum tidak dianggap sebagai fatwa selagi ia tidak diwartakan oleh kerajaan negeri dan dikuatkuasakan sebagai undang-undang. Sekiranya keputusan hukum tersebut tidak diwartakan, ia dianggap sebagai pendapat atau pandangan sahaja, sungguhpun di sisi syarak, ia sudah dikira sebagai fatwa. Kedudukan Fatwa Dalam Islam Fatwa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam di mana Mufti bertanggungjawab untuk menyampaikan, mengajar, dan memberi peringatan kepada manusia berkaitan dengan hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW. Imam al-Nawawi r.h. di dalam kitabnya menyebut: Ketahuilah bahawa tugas memberi fatwa adalah sangat besar bahayanya, besar kedudukannya dan banyak fadilatnya kerana Mufti dikira sebagai pewaris para nabi a.s. Dia memenuhi peranan fardu kifayah (yang mesti ada
10 al-QaradawT, Yusuf, al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, him 7. 11 http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/e-fatwa.asp. Lihat juga, http://www.efatwa.gov.my/e-fatwa.asp
50
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan FatwaSatu Analisis
dalam sesebuah masyarakat), tetapi dia sentiasa terdedah kepada kesilapan. Sehubungan itu, mereka (ulama) telah berkata: Mufti ialah seorang yang menandatangani urusan Allah SWT. 12 Syarat Kelayakan dan Keahlian Berfatwa Tidak semua orang layak menjadi mufti. Seseorang yang ingin menceburkan diri dalam bidang fatwa hendaklah terlebih dahulu memastikan mereka memenuhi syarat dan kelayakan yang cukup agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaikbaiknya. Para ulama telah bersepakat bahawa syarat-syarat yang melayakkan seseorang menjadi mufti ialah: 1. Islam Mufti hendaklah seorang Muslim' yang beriman sepenuhnya kepada Allah SWT, rasul-Nya SAW dan syariat yang telah disampaikan.14 Ini kerana mufti merupakan orang yang diberi tanggungjawab untuk menerangkan dan menyampaikan hukumhakam atau undang-undang yang telah disyariatkan oleh Allah SWT, selain berperanan mengaplikasikan hukum-hakam tersebut terhadap peristiwa yang berlaku. 2. Mukalaf Mufti hendaklah mukalaf iaitu seorang yang telah baligh dan
12 al-Nawdwi (t.th.), al-Majma' Sharh al-muhazzab, Jaddah: Maktabat al-'Irshad, jil 1 , him 72; al-Nawawi (1999), Adab al-fatwa wa almufti wa mustafti, dim al-Mawsa‘ah fi adab al fatwa, Jam'uha, `Ahmad Badr al-Din, Bayrut: Mu'assasah `Abd al-Hafiz al-Bassdt, him 40. 13 al-Ashqar (2004), Manhaj al-Ifta 'Ind al-Imam Ibn al-Qayyim alJawziyyah, al-Urdun: Dar al-Nafa'is, him 108. 14 Zaydan, Karim (1987), Usal Dacwah, Misr: Mu'assasat al-Risalah, hlm 152; al-Malldh (2001), hlm 579.
51
Jurnal Penyelidikan Islam
berakal. Perkara ini disyaratkan kerana dengan ciri-ciri tersebut, dia akan dapat menguasai dan memahami dengan sahih dan sempuma segala perintah (khitab) Allah SWT, selain dapat merasai kebesaran dan kepentingan fatwa. Kanak-kanak sama ada sudah mumaiyiz atau belum dan orang gila tidak berkelayakan untuk berfatwa kerana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memahami maksud perintah (khitab) Allah SWT. Mereka juga tidak boleh dipertanggungjawabkan, dipersoalkan atau dikenakan hukuman terhadap setiap kesalahan yang mereka lakukan. 3. Adil Seorang mufti hendaklah bersifat adil (alJadalah).15 Khatib alBaghdadi menyatakan bahawa ulama telah bersepakat menolak fatwa yang dikemukakan oleh seorang yang fasik sungguhpun dia mempunyai pengetahuan yang luas tentangnya.'' Justeru, orang yang ingin memohon fatwa (mustaft0 tentang sesuatu permasalahan agama hendaklah terlebih dahulu mengenal pasti orang yang akan diajukan permasalahan tersebut sama ada dia merupakan seorang yang benar-benar alim dan bersifat 'adalah atau sebaliknya. Al-Nawawi menyatakan: Mufti hendaklah seorang mukalaf, Muslim, dipercayai, aman daripada sifat-sifat yang dicurigai, bersih daripada faktor-faktor kefasikan dan perkara-perkara yang 15 al-Nawawi (1997), hlm 69; al-Khatib al-Baghdadi (1996), ji12, hlm 330. 16 al-Khatib al-Baghdadi (1996), jil 2, him 330; Ibn (t.th.), 117: al-`Ashyar (2004), him 104. 17 al-Zuhayli (2001), ji12, hlm 1167; Ibn Hamdan (t.th.), him 275; alKhudari Bik (1969), hlm 382.
52
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
menjatuhkan maruah diri dan jiwa. Mufti juga hendaklah seorang yang faqih, berfahaman sejahtera, berfikiran matang, sahih urusan dan cara istinbatnya serta bersikap penuh kewaspadaan. Syarat ini sama sahaja tidak kira mufti itu merdeka, hamba, wanita atau bisu asalkan dia boleh menulis serta difahami isyaratnya.'8 Abu cAmra bin Solah pula menyatakan: Mufti hendaklah bersifat seperti seorang perawi hadis yang tidak akan terpengaruh dengan tali persaudaraan atau permusuhan dalam proses mengeluarkan fatwa. Begitu juga dia tidak akan terpengaruh dengan sebab mendapat manfaat atau mudarat. Ini kerana mufti termasuk dalam hukum seorang yang menyampaikan hukum syarak tanpa mempunyai apa-apa kepentingan. 19 4. Mujtahid Mujtahid ialah seorang yang berupaya mencurahkan seluruh kemampuan akalnya untuk mendapatkan hukum syarak daripada dalilnya sehingga ke tahap dia berasa dirinya tidak mampu untuk mencari lebih daripada kemampuannya itu." Mujtahid merupakan antara syarat mufti yang disepakati oleh para ulama.21 Terdapat tiga syarat bagi mencapai tahap mujtahid iaitu: 18 al-Nawawi (1999), him 69; al-Nam/awl, t.th., jil 1, him 74. 19 al-Qasimi (1986), him 62, al-Nawawi, (t.th.), jil 1, him 74; Hasnan Kasan (2001), Sejarah Perkembangan Fatwa, Kursus Pembangunan dan Perkembangan Fatwa, anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), 21-24 Mei. hlm 14. 20 'Ali HasabaLlah, (t.th.), him 79. 21 al-cAmidT, Abu al-Hasan 'Ali b. Abi 'Ali b. Muhammad (1983), alIhkam fi Usfil Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, jil 4, him 255; al-cAshqar (2004), hlm 54; Ibn al-Himam, Muhammad b. cAbd al-Wahid (t.th.), Fath al-Qadir, Misr: Dar ai-Fikr, ed. Ke-2, jil 7, him 256.
53
Jurnal Penvelidikan Islam
a. menguasai ilmu-ilmu bahasa Arab sehingga mampu memahami gaya percakapan orang Arab, b. menguasai ilmu berkaitan al-Quran dan al-Sunnah serta isi kandungannya, dan c. menguasai ilmu berkaitan maksud-maksud syarak (maqasid al-syaric), tatacara kehidupan dan adat kebiasaan manusia, serta apa yang baik dan buruk bagi mereka. Imam al-Shafi'e menyatakan: Tidak hams bagi seseorang memberikan fatwa dalam agama Allah SWT melainkan dia ialah seorang yang arif tentang kitab Allah SWT, tentang nasikh dan mansukh, muhkam dan mutashabih, takwil dan tanzil, makkiyah dan madaniyyah, apa yang dikehendaki dengannya dan berkenaan dengan apa yang telah diturunkan (asbab al-nuzul). Dia juga hendaklah mempunyai ilmu yang mendalam tentang hadis Rasulullah SAW, tentang nasikh mansukhnya dan mengetahui tentang hadis apa yang dia ketahui daripada al-Quran. Dia hendaklah seorang yang sangat mengetahui tentang lughah (bahasa), syair dan apa yang diperlukan untuk memahami al-Quran dan al-Sunnah serta menggunakannya dengan penuh kesedaran. Dia juga hendaklah sangat mahir tentang dengan ikhtilaf(perbezaan pendapat) mereka di kota-kota (pusat pengetahuan). Dia juga hendaklah mempunyai kesediaan diri untuk semua itu dengan ketajaman akal dan selainnya. Setelah dia mempunyai sifat-sifat sedemikian, maka bolehlah baginya bercakap berkenaan dengan pengetahuan dan mengeluarkan fatwa berkenaan dengan sesuatu perkara sama ada halal atau haram dalam syariat berdasarkan alQuran dan al-Sunnah. Sekiranya dia tidak mempunyai
S4
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
sifat-sifat sedemikian, maka dia boleh bercakap berkenaan dengan pengetahuan tetapi dia tidak boleh mengeluarkan fatwa. 22 Menurut Hasaballab, hams bagi seorang muqallid yang tidak sampai peringkat mujtahid mengemukakan fatwa berdasarkan mazhab yang dihafaznya (daripada mazhab yang masyhrir) apabila dia beriktikad bahawa pendapat itu ialah pendapat yang sahih, memahami usul mazhab dan berupaya mengaplikasikan pendapat mazhab tersebut dengan sebaiknya. Sekiranya seorang orang awam (al-ami) mendapati mujtahid yang adil, maka dia tidak boleh mendatangi orang lain untuk mendapatkan fatwa. Mufti muqallid bukanlah mufti yang sebenar. Dia hanya menukilkan fatwa daripada orang yang diikutinya. Justeru, apabila mengemukakan fatwa dengan pendapat seseorang imam atau mazhab, mufti muqallid wajib menyandarkan fatwa tersebut kepada mazhab atau imam yang menyatakannya.23 Fatwa dan Kebebasan Bersuara Berdasarkan syarat-syarat yang wajib ada pada seseorang mufti, dapatlah difahami bahawa tidak semua orang layak untuk bercakap, mengulas dan memberikan komentar atau jawapan berhubung dengan permasalahan agama. Sebagaimana dalam disiplin ilmu yang lain, mereka yang tidak melalui proses pembelajaran secara formal dalam sesuatu bidang ilmu dan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut tidak layak memberi jawapan bagi permasalahan yang ditimbulkan. Contohnya, orang yang pakar dalam bidang pertanian sesekali tidak layak untuk memberi komentar berhubung dengan ilmu perubatan dan begitu juga sebaliknya. Justeru, hak untuk memberi ulasan berkaitan
22 al-Khatib al-Baghdad( (1996), hlm 332; al-Mallah (2001), hlm 582. 23 cAli HasabaLlah (t.th.), Usal tashri` him 105; 1bn alQayyim, (t.th.), jil 4, him 158; al-Nawawi, (t.th.), jil 1, him 78 & 80; Zaydan, `Abd Karim (1987), hlm 161.
55
Jurnal Penvelidikan Islam
permasalahan agama ialah milik orang yang mempunyai kepakaran yang telah melalui proses pendidikan dan pembelajaran secara formal dalam bidang agama. Mereka yang belajar ilmu agama hanya dengan cara membaca beberapa buah buku tanpa dipandu oleh guru dan tidak mengikuti disiplin pembelajaran dalam bidang tersebut tidak layak mengeluarkan fatwa kecuali dalam perkara yang jelas diketahui umum (maklum fi al-din bi al-dharurah) seperti wajib menunaikan solat, puasa dan seumpamanya. Penutup Agama Islam pada asasnya memberikan hak kebebasan bersuara kepada penganutnya untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing. Hal yang sama juga diberikan kepada para alim ulama yang diberi kepercayaan untuk memberi pandangan dan fatwa dalam permasalahan yang mempunyai hubung kait dengan hukum syarak. Sungguhpun begitu, kebebasan tersebut tidak mutlak kerana kehidupan manusia hams terikat dengan peraturan serta nilai-nilai tertentu. Islam menyediakan ruang untuk kebebasan bersuara selagi pelaksanaannnya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Batas-batas mengeluarkan pendapat juga hams dijaga agar tidak menimbulkan kesilapan dan kekeliruan. Justeru, setiap individu Muslim tanpa mengira kedudukannya dalam masyarakat hendaklah memahami konsep kebebasan bersuara dalam Islam dan tidak mencampuradukkannya dengan fatwa. Ini bertujuan untuk menjaga keharmornian agama Islam dan seterusnya mengelak daripada berlakunya perpecahan.
56
Kebebasan Bersuara Datum Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
Rujukan Abdullah Basmeih (Sheikh), Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikir al-Ashqar, Usamah cUmar Sulayman (2004), Manhaj al-Ifta' cind al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Urdun: Dar alNafa'is. al-Asnawi (1345H), Nihayat ft cZlm al-Usfil, Jil 4. alQahirah: Jamciyyah Nayr al-Kutub al-cArabiyyah. al-Baghdadi, Khatib (1974), al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Bugha, Mustapha al-Khin, Mustapha (2002), Al-Fiqh alManhaji, Dimashq, Syria: Dar al-Fikr. al-Ghazali, al-Mustafa (1983), jil 2, him 350. al-Ghazali, Muhamad ibn Hamid (1998), Ihya' Ulum al-din. Beirut. al-Hilali, Majdi (1994), Min Fiqh al-Awlawiyyat fi al-Islam, alQahirah: Dar al-Tawzic wa al-Nashr al-Islamiyyah. al-Jumcah, `Ali (2005), Fatawa 'Asriyyah, al-Qahirah: Dar alSalam. al-Jurjani (1405H), al-Tacrifat, Tahqiq Ibrahim al-Abyari, Bayffit: Dar al-Kitab al Arabi.
al-Khatib al-Baghdadi, Ahmad b. cAIT b. Thabit (1996), Tahqiq eAdil b. Yusuf, al-Faqih wa al-Mutafaqqih, al-Mamlakah alcArabiyyah al-Sacudiyyah: Dar Ibn al-Jawzi.
57
Jurnal Penyelid kan Islam
al Mallah, Husayn Muhammad (2001), al-Fatwa, Bayrut: Maktabat al-cAshriyyah. al-Nawawi, Muhy al-Din Yahya Sharif (1997), Adab al-Fatwa. Dimashq: Dar al-Fikr. al-Qaradhawi, Yasuf (2003), Fatwa antara Ketelitian dan Kecerobohan, ed. Ke-4, Terj. Ahmad Nuryadi Asmawi, Selangor: Thinker's Library Sdn. Bhd. al-Qarafi (1976). al-Ahkam fi Tamyiz al-Fatawa min al-Ahkam, Halab: Maktabat al-Matbuciyyah al-Islamiyyah. al Qasimi, Jamal al-Din (1986), Kitab al-Fatwa fi Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Qasimi, Jamaluddin (t.th), Maw 'izat al-Mu 'minin, Beirut: Dar al-Nafais. al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi, Syria: Dar al-Fikr. al-Zuhayli, Wahbah (1998), Tafsir al-Munir, Dimashq, Syria: Dar al-Fikr. al-Zuhayli, Wahbah (1999), Al-Fiqh al-Islami, Syria: Dar alFikr. Hasnan Kasan (2001), Sejarah Perkembangan Fatwa, Kursus Pembangunan dan Perkembangan Fatwa, anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), 21-24 Mei. Hassan, Ahmad Badr al-Din, al-Mawsacah fi Adab al-Fatwa alNawawT (1999). Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa Mustafa, Bayrut: Mu'assasah cAbd al-Hafiz al-Bassat.
SR
Kebebasan Bersuara Dalam Hukum Dan Fatwa: Satu Analisis
Hawa, Sa'id (2001), Al-Islam, Beirut: Dar al-Fikr. http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/e-fatwa.asp http://www.e-fatwa.gov.my/e-fatwa.asp Kamus Dewan (1989), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muslim, Abu al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushayri (t.th.), Sahih Muslim masa Sharh al-Nawawi. Bayrfit: Dar `Ihya' alTurath al-cArabi. Qaleaji, Muhammad Rawwas (1985), Mucjam Lughett al-Fuqahei% Bayrut: Dar al-Nafd'is. Syeikh Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Darulfikir Zaydan, Abd Karim, Al-Mufassal, Beirut: Muassat al-Risalah. Zaydan, Karim (1987), Usul Ddwah, Misr: Mu' assasat alRisalah.
59