kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang dalam alam puisi melayu
wan ahmad tajuddin wan abdullah Jabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Abstrak. Kita buat bacaan dengan kacamata fizik ke atas beberapa puisi pilihan dalam alam melayu. Kita cari kata dan ungkapan yang mempunyai unsur fizik atau sains secara am. Kita bedah citraan dan metafora berunsur fizik/sains. Kita juga lihat beberapa (kepingan) puisi melayu yang menyiratkan tema, persoalan atau isu dalam fizik atau sains.
Prakata Jalan rambang ialah fenomena memerihalkan pergerakan suatu zarah yang dihentam secara rambang disekelilingnya oleh molekul-molekul bahan yang mengandunginya, seperti yang diterangkan Einstein. Kini konsep ini digunakan untuk merujuk kepada sesuatu trajektori yang terdiri daripada jujukan langkah-langkah rambang (lihat Rajah 1).
Rajah 1: Jalan rambang
Rajah 2: Terbang Levi
Kita ingin buat suatu jalan rambang dalam alam puisi melayu, untuk mencari residu fizik atau sains secara am. Kita buat bacaan fizik ke atas beberapa puisi pilihan. Sebenarnya ia lebih kepada terbang Levi (kadang-kadang ada lompatan jauh; lihat Rajah 2) daripada jalan rambang. Dalam mengkaji kesan sains terutamanya fizik ke atas wacana bahasa melayu, kita cari kata dan ungkapan yang berunsurkan fizik/sains atau boleh dibaca sebegitu dalam puisi melayu. Kita juga lihat
beberapa contoh citraan dibina dari latar fizik dan sains, dan sebut beberapa contoh metafora fizik/sains yang telah digunakan. Akhirnya, kita berikan beberapa kepingan dari puisi melayu yang tersurat, tersirat atau tersarat dengan tema, persoalan atau isu dalam fizik atau sains.
Kata Fizik dan sains amnya membawa banyak kata-kata ‘baru’ yang boleh membawa kesegaran dalam puisi melayu, dan sebaliknya juga, penggunaannya dalam sastera boleh memasyarakatkan istilah-istilah. Dari dahulu lagi kita dapati puisi-puisi melayu ada terkadang mengandungi kata yang memerihalkan sesuatu dalam sains, atau boleh dibaca sedemikian. Misalnya, Noor S.I. menyebut petualang mampir di kristal pekat dalam “Penayangan”1. Kristal atau hablur merupakan struktur fizik yang teratur, yang mengulang. Dalam “Kuasa”2, A.S. Amin pula: aku memantul sendiri di hati. yang membayangkan seperti pantulan cahaya dari bahan berkilau, siap dengan hukum pantulan (sudut tuju = sudut pantulan) dan sebagainya. Dalam fizik, ‘datar’ boleh memerihalkan permukaan bahan, atau geometri alam semesta, dan bagi Ali Ahmad, ada kedataran dalam “Malam”3, kepada yang melihat dengan datar Kemala, dalam “Peradaban Luka”4, menyebut ‘dimensi’ (yang agak enak bersama sebutan ‘filsafat’), amanat, filsafat, dimensi dan dalam “Danau”, menyebut ‘lindap’5, Senyap lindap kuendap bahasa emasmu 1
Noor S. I., “Penayangan”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 15. A. S. Amin, “Kuasa”, op. cit., ms 103. 3 Ali Ahmad, “Malam”, Jalan ke Taman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, ms 40. 4 Kemala, “Peradaban Luka”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 8. 5 Kemala, “Danau”, op. cit., ms 25. 2
yang mengingatkan kita kepada proses sepuh-lindap, di mana sesuatu bahan amorfus itu dipanaskan kemudian disejukkan secara perlahan-lahan supaya terbentuk aturan dalam bahan tersebut. Dalam “Balada Hilang Peta”6 A. Samad Said, kita baca: Aku ternampak elang-elang berahi segar atas banjaran Keningau. Aku ternampak mega resah yang sesak. Kata ‘mega’ yang digunakan boleh dibaca sebagai ‘awan’ atau juga sebagai bermakna 106 atau unit juta, yang bererti ‘sangat banyak’. Dalam penulisan generasi yang lebih mutakhir, kita jangkakan diksi yang lebih mengandungi kata-kata fizik dan sains. Kita temui Abdul Hadi Muhamad7 menggunakan ‘hingar’: ...masa yang jauh lampau cukup menghingar sunyi; … ‘Hingar’ merujuk kepada (tambahan kepada) isyarat, beramplitud rambang, yang tidak dikehendaki dan tidak mempunyai makna. Delima Hamzah8 pula menggunakan ‘gelora’, rinduku yang bergelora yang dalam hidrodinamik, memerihalkan rejim pengaliran bendalir yang celaru dan stokastik. Kata ‘dimensi’ sekali lagi digunakan, oleh Haida Hj Hassan9, pada tiga dimensi alam, yang baginya bukan paksi arah x, y dan z, tapi tanah, langit, dan angin. Ismail H. Y. memaksudkan ‘skel’ atau mengikut istilahnya, ‘skala’, iaitu peranti atau sistem pengukuran yang tepat, bila beliau menyebut10, boleh diukur jalanan ini dengan skil yang lurus sementara Pyanhabib memanfaatkan kata-kata moden untuk asonansi dalam “monolog seekor haiwan”11: ...digoda oleh teknologi robot... 6
A. Samad Said, “Balada Hilang Peta”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 28. Abdul Hadi Muhamad, “siapa yang mengganggu?”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 2. 8 Delima Hamzah, “sepi dan rindu”, op. cit., ms 18. 9 Haida Hj Hassan, “pada tiga dimensi alam”, op. cit., ms 22. 10 Ismail H. Y., “mukmin ii”, op. cit., ms 26. 11 Pyanhabib, “monolog seekor haiwan”, op. cit., ms 59. 7
Wanyuyee memasyarakatkan kata ‘parasit’ dalam puisinya12, parasit lapar makan tak cukup Lebih terkini, kita lihat diksi Ritzail dalam “Kaki Langit”13, getaran-getaran yang berserenjang semakin laju...menuju ke arah ku pada amplitudnya, ku lihat seorang perawan (‘getaran’ – ayunan mekanikan terhadap titik keseimbangan, ‘serenjang’ – bersudut 90o, ‘amplitud’ – magnitud perubahan dalam ukuran ayunan) dan “Logaritma Hatimu”14, akan ku gapai Andromeda dan raehan dalam “Semangat yang TITANIUM”15, semangat yang tak bisa diklonkan yang membiasakan kata ‘klon’. Satu misalan usaha saya sendiri, “di aeroporto di roma”16 (itali,1995), berbunyi aku lihat-lihat fotografmu aku belek-belek hipergraf hidup kita di titik sini aku di titik sana ngkau
Ungkapan Kata membina ungkapan. Istilah ‘gelombang’ bermakna gangguan yang merambat dalam ruang dan masa, dengan penghantaran tenaga. Bagi gelombang bulat, ia bermula dari suatu pusat dan mengembang dalam semua arah. Kemala berkata17, Percik rindu yang tumpah di kitab 12
Wanyuyee, “siapa lebih menderhaka”, op. cit., ms 78. Ritzail, “Kaki Langit”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com 14 Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit. 15 raehan, “Semangat yang TITANIUM”, op. cit. 16 dari kumpulan Perjalanan Kasih, fizik.um.edu.my/wat/puisi/ 17 Kemala, “Seperti Hutan yang Terbakar”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 33. 13
purbamu, di pusat gelombang sementara Sabri Yunus pula menggambarkan18, mengembang sejuta gelombang di hujung bimbangnya Dalam “Kenyit”, A. Samad Said gunakan frasa beraliterasi ‘kerjip komputer’19, ...kenyit Noreen Noor dan kerjip komputer, … di mana ‘kerjip’ mungkin membawa makna campuran di antara ‘kejip’ dan ‘kernyit’. Frasa ‘momen hati’ dalam puisi Anisah Ali20, bersama momen hati juga menarik, kerana momen adalah berkaitan pergerakan membulat, seperti momen daya (kilas) atau momen vektor. Ungkapan lain yang menarik ialah umpama dalam ngauman teknologi oleh Awang Abdullah21, dan kimiawi cinta oleh Rahmat Haroun22. Rahmat Haroun juga menggunakan rujukan kepada lapisan sensistif layar imej dalam bola mata, DIA terpampang sepenuh retina dan rujukan kepada penghujung sesuatu yang tiada hujung, dan aku memaharajai di hujung infiniti dalam “Dari Jendela Rumah”23. Puisi “Lahirnya Bijian Bahagia”24 oleh ode juga mengandungi beberapa ungkapan menarik, Kuikat hablur rindu yang kian memejal 18
Sabri Yunus, “gemaan sejuta keluh”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 68. A. Samad Said, “Kenyit”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 3. 20 Anisah Ali, “suara dari menara?”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 8. 21 Awang Abdullah, tanpa tajuk, op. cit., ms 10. 22 Rahmat Haroun, “Arkitek Cinta”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com 23 Rahmat Haroun, “Dari Jendela Rumah”, op. cit. 24 ode, “Lahirnya Bijian Bahagia”, op. cit. 19
sejak terbentuk nukleus kasih. dengan nukleus yang merujuk kepada pusat atom yang kecil yang mendominasi jisimnya, dan agar terus tumbuh dendrit cinta kita dengan ‘dendrit’ yang merujuk kepada bahagian sel neuron (sel otak) yang teragih menerima deriaan dari sel-sel neuron lain. Komuniti sastera sains di e-sastera.com sudah tentunya banyak melahirkan ungkapan-ungkapan segar berunsurkan sains. Ritzail, dalam “Logaritma Hatimu”25, menyebut tentang ketakpastian hati, Hatimu serahsia kuantum dan kemudian tentang keberatan cinta, atau juga daya menarik cinta, dihambat graviti cintamu tetapi kemudian mengaitkan pula zarah-zarah pencetus graviti ini dengan kehidupan, graviton-graviton kehidupan dalam mencari suatu jawapan, dan akan ku bawa di hadapanmu jawapan kalkulus logaritma hidupku logaritma hatimu Kisah cinta Raihan dalam “episod cinta luka”26 pula, menyebut nombor yang besar, Sayangku padamu melebihi bilangan Nombor Avogadro, dan merujuk kepada penyelesaian atau teorem mengaitkan panjang sisi-sisi segitiga tepat, Menjebakku dalam cinta segi tiga Pythagoras pun tak bisa mencari solusi nya Sedikit biologi kecintaan, Engkau yang pernah merangsang kelenjar hypothalamusku dan sains bahan,
25
Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit. Raihan, “episod cinta luka”, op. cit.
26
Engkau yang selama ini ku sangkakan intan Rupa-rupanya grafit yang tidak berharga. memeriahkan lagi puisi itu (kenapa ya, ‘berlian’ yang sama berunsurkan karbon seperti grafit, tapi berlainan struktur hablurnya, tidak digunakan sebagai ganti ‘intan’?). Kita juga lihat ungkapan sains yang berbentuk formal, seperti persamaan, kasih kami bersambung = kasih kami bersambung dalam “Sepasang Daerah”27 Noor S. I., dan penambahan, antara kebajikan + keikhlasan + kepercayaan dalam “Sesaat Ini dan Maut”28 oleh Ali Ahmad. Irwan Abu Bakar, dengan nakalnya pula menggunakan formula kimia bagi air, iaitu H O, dalam “Meracik Air”29, 2
Air yang jernih dicincang tak putus diredah arus terus berderai OHH... OHH... OHH... tersiar di laman e-sastera dan juga Dewan Sastera. Dalam “swaorganisasi (-2)”30 (sept 1999), saya cuba bawakan beberapa ungkapan baru: kunkah bang besar letus cetus sebilion huruf ledak geledak rawak rambang radang dari riuh entropi timbul bentuk berstruktur 27
Noor S.I., “Sepasang Daerah”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 12. Ali Ahmad, “Sesaat Ini dan Maut”, Jalan ke Taman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, ms 31. 29 irwan abu bakar, “Meracik Air”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com 30 dari kumpulan Perjalanan Kasih, fizik.um.edu.my/wat/puisi/ 28
bermakna bernyawa bernama aku aku yang fikirkan bagaimana bisanya timbul bentuk
Citraan Citraan yang berbeza dan segar mampu dibina daripada diksi rangkuman dunia sains. Kerendahan nilai jisim zarah-zarah gas yang terkandung dalam atmosfera bumi membawa kepada suasana tertentu: sedang udara ringan menghitam segala nafas kata M. Ghazali dalam “Bulan Luruh”31. Usman Awang pula melukiskan (“Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya.”32), Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang gergasi teknologi menyerangnya dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi sehingga terdengarlah jeritan ngeri suara Beringin rebah ke bumi. T. Alias Taib menggunakan bentuk geometri, sekali-sekali kurasa begitu leper memasuki ruang berisi ini dalam membina citraannya dalam “Perpustakaan”33, sementara Amir Hamzah menggunakan astronomi, botani dan sains bahan dalam satu nafas, Dari jauh suara melambai Rasa bonda datang menegur Di atas awan duduk serangkai Dengan bintang angsoka hablur. 31
M. Ghazali, “Bulan Luruh”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 167. Usman Awang, “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya.”, Salam Benua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, ms 88. 33 T. Alias Taib, “Perpustakaan”, Piramid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 79. 32
dalam “Bonda II”34. Fenomena haba telah digunakan untuk pelbagai citraan. A. Samad Said menangkap suasana pada takat didih dan fasa cecair (“Balada Hilang Peta”35), Suasana mendera. Lahar suasana liar menggelegak. sementara Kemala pada perubahan ke fasa gas (“Wap”36), menungannya menjadi wap tersebar Begitu juga pelbagai citraan boleh digunakan untuk fenomena cinta. Mungkin cinta sebagai kimia hampir klise, tapi ada kesegaran bila Usop2000 menyatakan, Cinta itu ikatan kovalen Yang saling memberi dan menerima (dalam ikatan kovalen, atom-atom berkongsi elektron), dan Cinta itu ikatan ionik Positif negatif (dalam ikatan ionik, atom-atom berlainan cas setelah diionkan) dalam “Cinta itu suatu ikatan”37. Astronomi agak popular bila bercinta, samada sabagai pemerihalan cinta secara langsung, seperti Lahirnya di lubuk nebula hatiku Nukleus cinta pantas berlakuran Memancar foton-foton cahaya kasih Ku kutip, ku anyam menjadi prominen rindu Kujana menjadi tenaga jiwaku (nebula adalah kawasan galaksi di mana bintang-bintang dilahirkan) bagi cinta Raihan (“Supernova Pemusnah Cinta”38), tetapi yang malangnya melalui proses evolusi najam menjadi bintang raksasa merah dan akhirnya meletup sebagai supernova yang menyisakan lohong hitam yang tak bercahaya, Tatkala cintaku mekar Membara bak sang raksasa merah Ku dikejutkan 34
Amir Hamzah, “Bonda II”, Buah Rindu, Jakarta: Penerbit PT Dian Rakyat, 1969, ms 32. A. Samad Said, “Balada Hilang Peta”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 33. 36 Kemala, “Wap”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 53. 37 Usop2000, “Cinta itu suatu ikatan”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com 38 Raihan, “Supernova Pemusnah Cinta”, op. cit. 35
Ledakan supernova pemusnah Lantas menghumban cintaku Terkubur di lohong hitam atau sebagai latar romantis, seperti Ritzail, dalam “Logaritma Hatimu”39, cintamu sedingin cahaya di dalam lohong hitam; senyum tawarmu bergenang di atas lingkaran Zuhal; (Zuhal ialah planet yang punyai lingkaran kelilingnya), dan Malam ini sayang... Proxima Centauri tiada seri Siriusmu di sebalik Nebula Ketam atau metafora bibirmu semerah Nebula Mawar (kalaupun kemerahan Nebula Mawar dalam gambar-gambar astronomi adalah akibat pewarnaan buatan sebenarnya!), walaupun (heret pula si Kopernikus, malang baginya!) aku tidak mengerti mengapa Copernicus tidak membilang kasihmu sedatar kekecewaanku dan dalam “Salju supernova”40, apabila Utarid pun bergerak ke kiri sampai cinta hapus di ribaan kumin-kumin transuranik dan ketika soltis (matahari berada paling selatan atau paling utara) tegar di ufuk utara iaitu sampai supernova usai memekar dan sampai bintang Rigel menggigil, ketika mana dinginnya bintik merah pada Musytari (planet terbesar dalam sistem suria), dan Ritzail hanya menatap harapan di celah-celah Kerdil Putih
39
Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit. Ritzail, “Salju supernova”, op. cit.
40
(kerdil putih merupakan bintang-bintang kecil yang tidak begitu kuat cahayanya). Saya pula mencuba citraan berikut dalam “zu”41 (zűrich, flughaven, 2 sept 05), kita kongsi ruang zaman mencari keseimbangan Nash jangan kira Paretto utiliti terpaksa bersinergi, suatu ekologi dalam kita dalam sangkarsangkar setempat, individu sangkasangkaan. ada belang, ada tompok, ada leher panjang zu kaya.
Metafora Metafora termasuk dalam teknik membina citraan, tapi di sini kita lihat metafora secara lebih khusus. Perbehendaraan kata sains membolehkan pemerihalan yang padat dan segar. Bagi A. S. Amin, misalnya (“Lampu Hidup”42), anakku memandi masa dan bagi T. Alias Taib, kita adalah garis selari (“Garis Selari”43). Perubahan diri seperti dari ulat kepada kepompong, dan dari kepompong kepada rama-rama, digunakan oleh Sapardi Djoko Damono dalam “Metamorfosis”44: ada yang sedang menanggalkan pakaianmu satu demi satu, mendudukkanmu di depan cermin, dan membuatmu bertanya, “tubuh siapakah gerangan yang kukenakan ini?” ada yang sedang diam-diam berubah menjadi dirimu Lebih mutakhir, raehan bermadah, 41
dari kumpulan pena dan buku nota, fizik.um.edu.my/wat/puisi/ A. S. Amin, “Lampu Hidup”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 126. 43 T. Alias Taib, “Garis Selari”, Piramid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 78. 44 Sapardi Djoko Damono, “Metamorfosis”, Sihir Hujan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, ms 14. 42
jiwanya, semangatnya adalah titanium ringan namun kebal bukannya kuprum bukan logam yang biasa-biasa dalam “Semangat yang TITANIUM”45, sementara bagi Ritzail, Sepi itu ruang trauma dan Sepi itu skizofrenia (“Sepi itu Skizofrenia”46), dan, merujuk kepada sinaran zarah bertenaga dari angkasalepas, kerana kasihku ibarat sinar kosmik membelah (“Logaritma Hatimu”47). Di antara lain, saya metaforakan keadaan seperti termodinamik, dalam “bengkel ekonofizik di tebing komogawa”48 (Kyoto, Mei 2004), bunga ceri telah pergi pun musim samurai malu di kaki yoshida engkau di antara paksi subruang konsepanku musim Edo telah santaian kota & istana kekosongan raja kita soal kerasionalan kini musim pasca-Arrow-Keynes celaru cuaca menjenguk Jepang manusia neostokastik masihkah panas di khatulistiwa pasca termodinamik Daim-Mahathir mahu pulang bawa bungkusan
45
raehan, “Semangat yang TITANIUM”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com Ritzail, “Sepi itu Skizofrenia”, op. cit. 47 Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit. 48 dari kumpulan Perjalanan Kasih, fizik.um.edu.my/wat/puisi/ 46
Penjiwaan Sains khususnya fizik ialah cubaan memahami alam semesta. Kata Kemala, alam dengan misterinya alam dengan sarat isinya. (“Tatap”49), dan A. Samad Said, cakerawala yang enggan tua. (“Latah Setinggan”50). Kadang-kadang kita tertanya ...kenapa dua kali dua hasilnya sama dengan dua tambah dua sedangkan satu kali satu lebih kecil dari.... (Sapardi Djoko Damono, “Catatan Masa Kecil”51), tetapi banyak kali kita persoalkan tentang perkara besar seperti masa. Bagi T. Alias Taib (“Tukang Jam”52), Bertahun-tahun kerjanya menyambung detik yang terhenti di muka maya. Ia sudah bosan menjaga waktu orang sementara waktunya tak terjagakan. 'Mulai hari ini aku enggan menggerakkan jarum jam yang mati,' ujarnya seraya melontarkan ratusan jam melalui tingkap tokonya. sementara bagi Sapardi Djoko Damono (“Yang Fana Adalah Waktu”53), memungut detik demi detik, merangkainya seperti bunga dan bagi Syed Shafie M. H. (“usia”54), tiba-tiba jarum jam itu berhenti di celah pusingan lalu kita pun sampai di titik perhentian Kehendak memahami alam sudah tentunya membawa kepada persoalan penciptaan dan 49
Kemala, “Tatap”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 79. A. Samad Said, “Latah Setinggan”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 43. 51 Sapardi Djoko Damono, “Catatan Masa Kecil”, Sihir Hujan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, ms 17. 52 T. Alias Taib, “Tukang Jam”, Piramid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 32. 53 Sapardi Djoko Damono, “Yang Fana Adalah Waktu”, Sihir Hujan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, ms 41. 54 Syed Shafie M. H., “usia”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 74. 50
Pencipta. Yang melampau diperlukan untuk mencari yang terlampau, kata Ritzail (“Kuantum”55), biar aku berjalan di atas celaruku kerana di sini tidak punya waktu mencari terus mencari di lubuk singulariti adalah permainan matematik Tuhan kerana kita adalah pengemis kebenaran supaya akhirnya beliau dapat tebarkan tirai-tirai kuantum agar dapat ku selak untuk ku memandang wajah suci-Nya Ketakpastian alam kuantum ada dalam “janji”56 Hishamuddin Ahmad, antara ketetapan dan kemungkinan adalah pudar di sudut kepastian dan bagi Rahmat Haroun (“Merobek Angkasa”57), kepastian masih tidak didapati setelah alam diselongkari, Mau kugulung ruang angkasa Lalu kurobek berkecai-berai Kuputus-putuskan tangsi-tangsi semesta Toh masih ada Kolbe kuib yang belum terlerai. Kepastian adalah sesuatu yang sentiasa dicari insan, seperti dikeluhi Amir Hamzah, Satu kekasihku Aku manusia Rindu rasa Rindu rupa. dalam “Padamu Jua”58. Sedikit pemahaman dan kepastian sains membolehkan siinsan menguasai alam
55
Ritzail, “Kuantum”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com Hishamuddin Ahmad, “janji”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 25. 57 Rahmat Haroun, “Merobek Angkasa”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com 58 Amir Hamzah, “Padamu Jua”, Nyanyi Sunyi, Jakarta: Penerbit PT Dian Rakyat, 1983, ms 5. 56
bagi kehendaknya; kata Ritzail (“Singulariti ii”59), kuncinya adalah teknologi dan semuanya mindamu Zaman berzaman budaya melayu telah memahami ini: kalau kita fahami asal-usul sesuatu perkara, kita bisa menguasai perkara tersebut. Mantera dulu-dulu60 berbunyi: Hei Bersenu! Hei Berkaih! Aku tahu asal ‘kau jadi: Sheikh Abuniah Lahah Abu Kasap Pusat-mu puchok ubun-ubun Susu ‘kau di tapak tangan Simpang ‘kau tujoh petala langit Simpang ‘kau tujoh petala bumi… dan, Ah Badi, mak Badi Badi saratus sambilan puloh! Aku tahu asal ‘kau jadi: Badi biawak asal ‘kau jadi, Deri ‘tras asal ‘kau jadi, Mambang Kuning asal ‘kau jadi,… dan lagi, Bismillahi-’l-rahmani-’l-rahimi. Al-salam ‘aleikum, Nabi Tap yang memegang bumi! Aku tahu asal-nya padi… Setelah kita memahami alam dan menguasainya, janganlah kita melakukan kerosakan tetapi bawalah manfaat, seperti yang saya cuba sampaikan dalam “hidup untuk kehidupan”61 (1992): kita harus belajar hidup untuk kehidupan. Kita harus menghitung setiap pokok yang tumbang: adakah ditanam sepohon 59
Ritzail, “Singulariti ii”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com W. W. Skeat, Malay Magic, London: Frank Cass & Co. Ltd., 1965 61 Mingguan Malaysia 20/4/1997; dari kumpulan Pagi-pagi di Kensington Gardens, fizik.um.edu.my/wat/puisi/ 60
ganti 1000 kertas adakah ditanam sepohon ganti 100 ekzos kereta adakah ditanam sepohon ganti 10 penyaman udara adakah ditanam sepohon ganti 1 longkang tengkujuh adakah ditanam sepohon ganti 0 nilai. kita harus menghitung setiap tong minyak disedut, setiap tan besi digali. adakah kita mengambil lebih dari memberi kita harus belajar hidup untuk kematian: demikian kita belajar mati untuk kehidupan. maka kita rela mati rela kematian.
Pascakata Fizik dan sains yang lain boleh memperkayakan lagi puisi melayu, dari segi diksi, pengungkapan, citraan dan bahkan pentemaannya. Balikannya, puisi dan lain-lain genre sastera boleh meniupkan kehidupan kepada istilah dan ungkapan sains, supaya dapat dimasyarakatkan. Pernyataan ini diharapkan telah disokong oleh jalan rambang kita di alam puisi melayu tadi.