Pemprosesan Data Pemerum Gema Alur Tunggal Menggunakan Perisian CARIS HIPS & SIPS (Versi 5.2) Stuart Otto Anak Wilson Munan
[email protected] Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS
Abstrak Di Malaysia, perubahan topografi dasar laut adalah satu permasalahan yang sering dihadapi bagi setiap aktiviti marin dan pembangunan tepian pantai. Di kawasan kawasan utama seperti pelabuhan, pihak yang bertanggungjawab terpaksa memberi peruntukan yang besar bagi memastikan perubahan topografi dasar laut tidak mengganggu
aktiviti
pelayaran.
Pelbagai
peralatan
dan
perisian
terkini
diperkenalkan bagi meningkatkan ketepatan dan kejituan hasil, menjimatkan masa serta mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Penggunaan alat pemerum gema alur tunggal telah banyak memberi sumbangan sehingga ianya menerbitkan idea kepada sistem pemerum gema yang llain. Data-data yang dikumpul adalah dalam bentuk batimetri kedalaman dan diproses sepenuhnya dengan menggunakan sistem perkomputeran. Oleh itu perisian yang sesuai diperlukan dalam aspek ini dan salah satu di antara perisian tersebut adalah CARIS HIPS & SIPS V5.2 yang dibangunkan oleh Universal System Ltd. (USL) dari Canada. Perisian ini adalah versi yang terbaru yang menggabungkan HIPS dan SIPS yang mana sebelum ini adalah berasingan. Penggunaan perisian ini adalah untuk proses lepas dan dalam bentuk pemprosesan digital sepenuhnya. Hasil akhirnya adalah grafik berdigital yang berketepatan tinggi yang boleh disimpan, dibuat penyuntingan dan dipindah pada format lain. Kajian ini akan mengkaji konsep kegunaan dan keupayaan versi baru ini di dalam memproses data yang dikutip oleh sistem pemerum gema alur tunggal.
Kata kunci: Pemerum Gema Alur Tunggal, CARIS HIPS & SIPS V5.2 & Batimetri
1
1.0
Pengenalan Pada zaman sekarang pelbagai perkembangan terbaru berlaku selari dengan
peredaran zaman yang berteraskan sains dan teknologi. Perkara yang paling ketara berlaku pada masa ini ialah teknologi berkomputer yang banyak membantu dan diaplikasikan terutamanya dalam pelbagai bidang profesional. Bidang hidrografi juga tidak ketinggalan di dalam mengikuti perubahan kemajuan teknologi ini. Ianya boleh dikatakan ‘automasi’ dalam ukur hidrografi sebab ia boleh membantu pengendalian data-data hidrografi dari segi pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan data serta mempersembahkan hasil berbentuk digital dalam jangka masa yang singkat. Perkembangan pesat di dalam sektor teknologi perkomputeran pada masa kini telah membawa kepada kewujudan pembangunan perisian automasi dalam ukur hidrografi. Salah satu perisian yang dapat membantu dalam menguruskan data-data pengukuran hidrografi adalah perisian CARIS HIPS & SIPS (Versi 5.2). Perisian ini merupakan perisian hidrografi yang dapat memproses, mengurus, memapar, memelot dan juga mempersembahkan data-data spatial.
2.0
Penyataan Masalah Perisian CARIS HIPS & SIPS merupakan satu pakej perisian yang terbaru di
pasaran. Ianya terdiri sebaris dengan perisian hidrografi yang lain umpamanya NAVLOG, NAVMAP, POLARIS, HYPACK dan HYDROpro di dalam meningkatkan lagi mutu pemprosesan data batimetri. Oleh kerana perisian ini agak baru maka pengetahuan dan kajian menyeluruh harus dibuat bagi memastikan kelancaran perisian ini. Sehubungan itu, perisian ini juga diperolehi dalam satu pakej bersepadu dan mempunyai lesen yang sah. Oleh itu ianya hanya dapat melakukan pemprosesan di Pusat Kajian Hidrografi (CHS), Universiti Teknologi Malaysia.
3.0
Objektif Kajian Menghasilkan satu persembahan data berdigital yang menggunakan sistem
pemerum gema alur tunggal dengan perisian CARIS HIPS & SIPS. Selain itu juga, sebagai menimba pengalaman dan pengetahuan didalam pengendalian perisian tersebut di dalam
mempersembahkan data batimetri. Hasil daripada kajian yang
dilakukan nanti, secara tidak langsung akan menyediakan satu rujukan ilmiah dan buku panduan kepada pihak atau orang perseorangan yang memerlukan.
2
4.0
Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini akan dapat memberi dan memantapkan lagi
pengetahuan dan pengalaman di dalam mengoperasi perisian CARIS HIPS & SIPS. Dengan adanya kajian mengenai perisian tersebut ianya serba sedikit membantu memperkembangkan penggunaan perisian tersebut. Penulisan bagi kajian seumpama ini akan memberi ilham dan idea kepada pelajar-pelajar yang akan datang serta menambahkan minat terhadap perisian tersebut. Selain itu , Kajian ini akan dapat memberi dan menghasilkan sebuah manual khusus bagi membantu dalam penggunaan CARIS HIPS & SIPS kepada pengguna-pengguna dan ia akan memberikan faedah kepada pelajar-pelajar di Politeknik Kuching khususnya.
5.0
Data dan Perisian Kajian yang akan dijalankan akan meliputi berbagai-bagai aspek yang
berkaitan dengan perisian CARIS HIPS & SIPS yang merangkumi : a) Memahami dan mempelajari perisian CARIS HIPS & SIPS yang akan digunakan bagi pemprosesan data batimetri. b) Menjalankan amali pengukuran menggunakan sistem pemerum gema alur tunggal bagi mendapatkan contoh data batimetri bagi tujuan pemprosesan. c) Memproses dan mempersembahkan data batimetri yang diperolehi kepada bentuk digital. d) Mengkaji keberkesanan pemprosesan data sistem pemerum gema alur tunggal dengan perisian CARIS
6.0
HIPS & SIPS
Metodologi Kajian Metodologi kajian ini dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:a) Kajian Literatur b) Penyediaan data hidrografi dengan Sistem Pemerum Gema Alur Tunggal c) Pemahaman tentang latar belakang dan keupayaan Perisian CARIS HIPS & SIPS (Versi 5.2) d) Pemprosesan Data Batimetri dengan Perisian CARIS HIPS & SIPS (Versi 5.2) e) Penganalisaan keberkesanan perisian f) Kesimpulan Dan Cadangan 3
7.0
Hasil analisis Dalam usaha mengenal pasti kemampuan perisian ini berbanding perisian
lain, perbandingan telah dilakukan terhadap perisian HYDROpro. Jadual 7.1 di bawah menunjukkan perbandingan antara kedua-dua perisian tersebut.
Jadual 7.1 : Perbandingan antara perisian CARIS HIPS & SIPS dan HYDROpro CARIS HIPS & SIPS 1. Hanya merupakan perisian proses lepas(postprocessing) 2. Mempunyai keupayaan dalam mengesan spike (filtering)
3. Mempunyai satu menu khas untuk penyuntingan data batimetri bagi persembahan data yang lebih berkesan 4. Memerlukan ingatan memori komputer yang besar iaitu 12MB (disarankan) 5. Paparan grafik yang lebih selesa dan menarik 6. Mempunyai menu khas bagi pemprosesan data sonar imbas sisi yang lebih berkesan
HYDROpro 1. Merupakan perisian proses lepas dan pemprosesan masa hakiki. 2. Tidak mempunyai keupayaan dalam mengesan spike. Ianya dibuat berdasarkan rekod pada ekogram. 3. Tiada menu khas untuk kerja-kerja penyuntingan di mana ianya disatukan dalam perisian 4. Tidak memerkukan banyak ingatan memori komputer 5.Paparan grafik yang kurang menarik dan membosankan 6. Tiada menu khas bagi pemprosesan data sonar imbas sisi namun ianya masih boleh memproses data berkenaan tetapi kurang berkesan.
Perisian CARIS HIPS & SIPS Ver. 5.2 merupakan perisian pemprosesan proses
lepas(post-processing). Perisian ini sememangnya membuktikan
keupayaan untuk memproses sebarang bentuk format fail ASCII di mana ianya mempunyai dua menu pilihan yang berasingan. Selain daripada itu, paparan mudah CARIS sebagai antaramuka pengguna(User Interface). Ini dapat dilihat semasa pembersihan data dilakukan. Perkara yang membezakan perisian ini dengan perisian lain adalah semasa pembersihan data kedalaman. Ini dilakukan di dalam
4
menu Single Beam Editor. Kemudahan seperti menyimpan rekod segala proses yang dilakukan terhadap data peruman di dalam satu fail(*.rec).
8.0
Kesimpulan Berdasarkan kepada semua proses yang dilakukan dalam kajian ini, didapati
perisian CARIS HIPS & SIPS merupakan suatu perisian yang berkebolehan dan mempunyai kecekapan yang tinggi. Ini dapat dilihat semasa pembersihan dan pemprosesan dilakukan. Perisian CARIS HIPS & SIPS merupakan satu perisian yang berkebolehan untuk pemprosesan data batimetri pemerum gema alur tunggal. Daripada hasil yang diperolehi, didapati data kedalaman yang terdapat dalam dua dimensi adalah kedalaman mutlak dan mempunyai kedudukan geografikal manakala gambaran tiga dimensi yang dihasilkan dapat memberikan gambaran bentuk dasar kawasan pengukuran. Pembinaan garisan kontur turut mampu dihasilkan oleh perisian ini.
5