ISTIMEWA PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI TAMAN PUNCAK JALIL TERMA & SYARAT
Dikemaskini pada 18 Ogos 2015
TEMPOH PROMOSI 1. Istimewa Pembukaan Cawangan Baru” (“Promosi”) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) (“HLB”) hanya sah bagi cawangan Taman Puncak Jalil (“Cawangan Sertaan”) dan bermula dari 2 Oktober 2015 hingga 30 Oktober 2015, dari jam 9:15:00 (9.15 pagi) hingga jam 16:30:00 (4.30 petang), termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Promosi”). Promosi ini terdiri daripada: (a) Tawaran Hadiah Pelanggan Terawal Akaun Semasa atau Simpanan (“CASA”) sepanjang Tempoh Promosi; (b) Cabutan Bertuah akan diadakan dari jam 10:30:00 (10:30 pagi) hingga jam 16:00:00 (4:00 petang) pada Tarikh Pembukaan Cawangan Sertaan (“Waktu Cabutan Bertuah”); dan (c) Peraduan Selfie akan diadakan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Selfie hendaklah diambil pada Tarikh Peraduan (“Tarikh Peraduan Selfie”) dan Selfie hendaklah dimuatnaikkan dalam laman Facebook sepanjang Tempoh Peraduan (“Tempoh Peraduan Selfie”). melainkan diberitahu sebaliknya. Tarikh Pembukaan dan Tempoh Promosi bagi Cawangan Sertaan dipaparkan dalam jadual di bawah:
Cawangan Sertaan
Tarikh Pembukaan Cawangan
Tempoh Promosi
Tarikh Peraduan Selfie
Tempoh Peraduan Selfie
Cawangan Taman Puncak Jalil No. 120, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan 43300 Selangor
2 Oktober 2015
2 Oktober 2015 hingga 30 Oktober 2015
28 September 2015 dan 2 Oktober 2015
28 September 2015 hingga 30 Oktober 2015
MEKANIK PROMOSI (A) TAWARAN HADIAH PELANGGAN TERAWAL CASA 2. Tawaran Hadiah Pelanggan Terawal CASA (“Tawaran”) adalah terbuka kepada semua pelanggan individu Baru (“NTB”) dan pelanggan individu HLB sedia ada, termasuk Pemastautin warga Malaysia dan bukan warga Malaysia dan Pelanggan bukan individu (“Pemegang Akaun”), melainkan diberitahu sebaliknya. 3. Bagi mengelakkan sebarang keraguan: (i) Pelanggan individu Baru (“NTB”) bermaksud pelanggan baru yang tidak mempunyai apa-apa akaun dengan HLB sebelum Tempoh Promosi; dan/atau (ii) Pelanggan bukan individu bermaksud Empunya Tunggal, Perkongsian, Kelab, Persatuan dan Syarikat Sendirian Berhad (iaitu syarikat yang mempunyai “Sdn Bhd” pada namanya) dengan Akaun Semasa Konvensional tanpa faedah dan Akaun Semasa-i (“Pemegang Akaun PKS Mikro”), tidak termasuk Akaun Semasa PowerSME. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Syarikat Sendirian Berhadmestilah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan pengilangan dengan Perolehan Jualan Tahunan sehingga Ringgit Malaysia Lima Juta (RM5,000,000). 4. Pelanggan Perbankan Persendirian, kakitangan tetap atau kontrak HLB atau HLISB, ejen pengiklanan dan promosi, vendor, dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka masing-masing (cth. pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik) adalah TIDAK layak untuk menyertai Promosi ini. 5. Semua deposit mestilah Dana Baru. “Dana Baru” ditakrifkan sebagai: (i) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baru yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain; dan (ii) Pelaburan ekuiti, dana unit amanah, bon, sukuk dan Hong Leong Invest Safe yang ditebus dan didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA HLB.
Page 1 of 6
6. Yang berikut adalah tidak dianggap sebagai “Dana Baru”: (i) FD yang matang dan pengeluaran pra-matang FD; (ii) Pindahan antara cawangan di dalam HLB termasuk pindahan pihak ketiga; dan (iii) Pindahan antara bank daripada Hong Leong Islamic Bank Berhad (“HLISB”). 7. Tawaran ini terbuka kepada Pemegang Akaun bagi akaun Konvensional berikut (“Akaun Sertaan”): (i) Akaun Simpanan Asas Hong Leong (ii) Akaun Simpanan Hong Leong (iii) Akaun Semasa Asas Hong Leong (iv) Akaun Semasa Hong Leong (v) Akaun Pay&Save Hong Leong (vi) Akaun One Hong Leong (vii) Akaun SmartLink Hong Leong (viii) Akaun Simpanan Junior Hong Leong (ix) Akaun Simpanan Senior Savers Hong Leong (x) Akaun Simpanan Premium Hong Leong 122 hari @ kadar simpanan 2.40% setahun 8. Pemegang Akaun adalah layak untuk menerima Hadiah Pelanggan Terawal (“Hadiah”) berikut dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah (“Pemegang Akaun Layak”) dan bergantung kepada ketersediaan stok Hadiah:
Hadiah
Kuantiti hadiah yang disediakan sepanjang Tempoh Promosi
Amaun Deposit Minimum (Bagi Setiap hadiah)
Beg Troli Amour Charcoal 24”
5 unit
RM80,000
Beg Troli Valentino Creation20” Pot Thermos Pelbagai Guna (7 Liter)
5 unit
RM40,000
4 unit
RM30,000
Bekas Makanan 2 Tingkat
10 unit
RM5,000
Akaun Sertaan
Tempoh Peruntukan
CASA (rujuk Fasal (7))
4 bulan dari tarikh peletakan
9. Akaun Sertaan akan diperuntukan bagi Amaun Deposit Minimum semasa Tempoh Peruntukan, sepertimana yang dinyatakan dalam jadual di atas. 10. Hadiah akan diserahkan kepada Pemegang Akaun Layak apabila perletakan deposit dibuat dan CASA berkenaan akan diperuntukan bagi Amaun Deposit Minimum sepanjang Tempoh Peruntukan di Cawangan Sertaan yang berkenaan.
11. Pemberian Hadiah adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dihadkan kepada satu (1) Hadiah bagi setiap Pemegang Akaun Layak. Pemberitahuan akan dikeluarkan jika kehabisan stok Hadiah dengan cara menyiarkannya dalam laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”).
Page 2 of 6
(B) CABUTAN BERTUAH 12. Cabutan Bertuah adalah terbuka kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas, termasuk Pemastautin warga Malaysia dan bukan warga Malaysia (“Peserta Layak”), melainkan diberitahu sebaliknya. 13. Sejumlah dua puluh tiga (23) unit hadiah cabutan bertuah akan diberikan kepada Peserta Layak sepanjang Waktu Cabutan Bertuah di Cawangan Sertaaan sepertimana yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
Syarat
Hadiah
Kuantiti hadiah yang disediakan sepanjang Waktu Cabutan Bertuah
Untuk memberikan kad perniagaan
Botol Air Tupperware
3 unit
Pemacu Kilat USB 8G
6 unit
Tuala Muka
14 unit
ATAU Untuk mengisi dan menandatangani borang penyertaan cabutan bertuah (dapatkan borang cabutan bertuah daripada cawangan sertaan)
# Pemenang
23
14. Pemberian Hadiah adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dihadkan kepada satu (1) Hadiah bagi setiap Peserta Layak. Pemberitahuan akan dikeluarkan jika kehabisan stok Hadiah dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB.
(C) PERADUAN SELFIE 15. Peraduan Selfie adalah terbuka kepada semua individu Pemastautin warga Malaysia dan bukan warga Malaysia, tidak termasuk kakitangan tetap dan kontrak HLB (“Peserta Layak (Peraduan Selfie)”), melainkan diberitahu sebaliknya. 16. Untuk menyertai Peraduan, Peserta Layak (Peraduan Selfie) mestilah terlebih dahulu menjadi peminat laman Facebook (“FB”) HLB di www.facebook.com/HLBMalaysia (“Laman FB Bank”). Untuk menjadi peminat, Peserta perlulah klik ‘Like’ pada Laman FB Bank. Pendaftaran tidak diperlukan. 17. Seterusnya peserta perlu memuatkan gambar foto diri mereka bersama orang pembawa papan sandwic pembukaan cawangan bagi Cawangan Sertaan (“Selfie”) dalam laman Facebook mereka sendiri (“Laman FB Peserta Layak (“Peraduan Selfie)”). Setiap posting mestilah diiringi dua (2) hashtag unik bagi Cawangan Sertaan seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah sebagai syarat penyertaan Peraduan Selfie (“Penyertaan Peraduan”). Cawangan Sertaan
Tarikh Peraduan Selfie
Tempoh Peraduan Selfie
Hashtag
Cawangan Taman Puncak Jalil No. 120, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan 43300 Selangor
28 September 2015 dan 2 Oktober 2015
28 September 2015 hingga 30 Oktober 2015
#HongLeongBank #PuncakJalil
18. Peserta hendaklah memastikan bahawa tetapan Privasi FB mereka bagi posting ditetapkan kepada ‘Public’ supaya HLB dapat mengakses dan melihat gambar yang dimuat naik.. 19. Peserta hendaklah memastikan bahawa mereka mempunyai hak penuh atas gambar yang dimuat naik untuk tujuan Penyertaan Peraduan. 20. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, gambar yang dimuat naik tanpa dua (2) hashtag seperti yang dinyatakan dalam Fasal 17 di atas dan/atau tidak boleh diakses oleh pihak Bank tidak akan dianggap sebagai Penyertaan Peraduan yang sah atau berjaya.
Page 3 of 6
21. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab atas: (i) mana-mana Penyertaan Peraduan yang tidak berjaya disebabkan gambar yang dimuat naik mengandungi imej lucah, sentimen perkauman, kecabulan atau unsur-unsur lain yang dianggap negatif dan/atau kurang sesuai (“Posting Kurang Sesuai’) oleh pihak Bank atas budi bicara mutlaknya dan pihak Bank berhak memadamkan Posting tidak sesuai itu; atau (ii) gambar yang tidak dapat diakses, tidak boleh dilihat dan/atau gagal dimuat naik dalam laman FB Peserta disebabkan masalah teknikal atau sambungan internet yang dihadapi oleh Peserta apabila menggunakan Facebook sendiri. Hadiah & Pemilihan Pemenang 22. Peserta yang telah berjaya melaksanakan dan memenuhi kehendak yang ditetapkan dalam Fasal 16 hingga 18 di atas (“Penyertaan Peraduan Berjaya”), adalah layak untuk pemilihan oleh pihak Bank untuk memenangi Hadiah Peraduan sepanjang Tempoh Peraduan (“Kelayakan Peraduan”). 23. Hanya SATU (1) Penyertaan Peraduan Berjaya bagi Cawangan Sertaan akan dipilih sebagai Pemenang Peraduan untuk memenangi satu (1) Bagasi Tangan Valentino Creations bernilai RM108 (“Hadiah Peraduan”). 24. Pemilihan Pemenang Peraduan akan berdasarkan Penyertaan Peraduan Berjaya yang memperolehi paling banyak “Likes” pada akhir Tempoh Peraduan Selfie (“Pemenang”) bagi Cawangan Sertaan (termasuk hashtag ini #HongLeongBank #PuncakJalil). 25. Pihak Bank berhak melucutkan kelayakan mana-mana Penyertaan Peraduan yang dianggap tidak berkenaan atau mengandungi unsur-unsur lucah, cabul, negatif atau sentimen lain yang dianggap tidak sesuai oleh pihak Bank atas budi bicara mutlaknya. Pemberitahuan Pemenang dan Hadiah 26. Pemberitahuan Pemenang Peraduan akan diumumkan melalui Laman Web HLB dalam masa empat belas (14) hari kalendar selepas berakhirnya Tempoh Peraduan Selfie (“Tarikh Pengumuman”). Setelah menerima pemberitahuan, Pemenang dikehendaki menghantar mesej persendirian kepada pentadbir FB Bank (“Pentadbir FB Bank”) untuk mendapatkan ID rujukan khas. 27. Selepas itu, Pemenang Peraduan dikehendaki menghantar butir-butir peribadi seperti yang tertera di bawah melalui emel kepada
[email protected] dalam masa empat belas (14) hari kalendar dari Tarikh Pengumuman: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Nama penuh (mengikut Kad Pengenalan); Nombor Kad Pengenalan; Nombor telefon bimbit; Alamat emel; ID rujukan khas yang diterima daripada Pentadbir FB Bank; dan Perkara: TPJ - Peraduan Selfie Pembukaan Cawangan Baru
28. Kemudian, Pemenang Peraduan dikehendaki untuk menunjukkan ID rujukan unik yang diterima daripada Pentadbir FB Bank untuk menuntut hadiah di Cawangan Sertaan dalam masa satu (1) bulan dari Tarikh Pengumuman. 29. Jika Pemenang Peraduan tidak memberi maklum balas kepada pihak Bank dengan butir-butir seperti yang dinyatakan dalam Fasal 27 & 28 di atas, maka Pemenang Peraduan akan dianggap telah terlucut kelayakannya daripada Peraduan dan tidak berhak untuk mendapat Hadiah.
Publisiti 30. Pemenang Peraduan dan/atau Peserta Layak (Peraduan Selfie) dengan ini bersetuju dan membenarkan pihak Bank untuk menggunakan nama/nama gelaran (seperti terpapar dalam Facebook ID), gambar yang dimuat naik dan juga Penyertaan Peraduan (iaitu Gambar dan posting) Pemenang Peraduan dan/atau Peserta tanpa merujuk
Page 4 of 6
lagi kepada Pemenang Peraduan dan/atau Peserta dan tanpa membuat apa-apa bayaran sekalipun kepada Pemenang Peraduan dan/atau Peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan, perniagaan atau promosi dalam sebarang media yang pihak Bank anggap, atas budi bicara mutlaknya, diperlukan untuk tujuan pihak Bank berhubung dengan Peraduan ini.
UMUM 31. HLB tidak memberi representasi atau waranti berkenaan kualiti atau kesesuaian Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab atas Hadiah yang hilang, dicuri atau rosak (sama ada disebabkan kecacatan bahan atau buatan oleh syarikat pembuat di bawah waranti atau sebaliknya). Pemegang Akaun Layak hendaklah berurus secara langsung dengan peniaga dan/atau syarikat pembuat bagi segala maklumat waranti dan tuntutan tanpa merujuk kepada HLB. 32. Pemberian Hadiah adalah atas dasar “Sebagaimana Sedia Ada”. Hadiah yang dipaparkan dalam semua bahan bercetak dan/atau Laman Web HLB adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah dalam apa-apa bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian Hadiah itu; 33. Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai, kredit, cek atau manfaat barangan; 34. Dengan menyertai Promosi, Pemegang Akaun Layak: (i) bersetuju bahawa keputusan HLB atas semua hal berkaitan dengan Promosi, Hadiah adalah muktamad dan terikat ke atas semua Pemegang Akaun Layak dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan HLB tidak akan dilayani; (ii) bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat Promosi; (iii) bersetuju bahawa Terma & Syarat di dalam ini dan Terma dan Syarat Am Akaun HLB hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan jika terdapat sebarang percanggahan, maka Terma & Syarat tertentu di dalam ini akan diutamakan setakat mengenai percanggahan tersebut; dan (iv) bersetuju untuk mengakses Laman Web HLB dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti sebarang perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat. 35. Dengan menyertai Peraduan Selfie, Peserta bersetuju: (i) bahawa mereka telah membaca dan memahami Terma & Syarat di dalam ini dan bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat ini dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan mengenai Peraduan yang mungkin akan dikenakan oleh pihak Bank dari sermasa ke semasa; (ii) bahawa semua Penyetaan Peraduan Berjaya seperti yang dirakamkan oleh pihak Bank adalah muktamad dan terikat ke atas semua Peserta Layak (Peraduan Selfie); (iii) untuk mengakses Laman FB Bank atau Laman Web HLB dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat Peraduan ini dan memastikan sentiasa mengikuti sebarang perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat tersebut; (iv) untuk mendapatkan segala hak dan/atau keizinan (jika ada) yang dikehendaki untuk memuatnaikkan gambar untuk tujuan Penyertaan Peraduan; dan (v) untuk bertanggungjawab terhadap dan menanggung segala cukai berkenaan, cukai kerajaan atau apa-apa caj lain yang dikenakan kepada mereka di bawah undang-undang berkenaan, berkaitan dengan Penyertaan dalam Peraduan ini dan/atau pengambilan Hadiah. 36. HLB berhak untuk: (i) menambah, menggugurkan, menggantung, atau meminda Terma & Syarat yang terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara mutlaknya, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun Layak; (ii) Menggantikan Hadiah dan/atau Pemberian dengan warna dan/atau produk lain yang sama nilainya pada bilabila masa dengan memberi notis awal; (iii) melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Akaun Layak atas apa jua sebab sekalipun yang HLB anggap wajar, atas budi bicara mutlaknya, daripada menyertai Promosi dan/atau berhak menerima Hadiah; dan (iv) melupuskan Hadiah jika Terma & Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 37. Pemegang Akaun yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen
Page 5 of 6
oleh sama ada HLB atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi TIDAK layak menyertai Promosi dan/atau TIDAK berhak mendapat Hadiah. 38. Pemegang Akaun Layak bertanggunjawab atas dan akan menanggung sendiri segala cukai berkenaan, cukai kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan dalam Promosi dan/atau pengambilan Hadiah. 39. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini berbanding dengan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Promosi, maka Terma & Syarat muktamad dalam Laman Web HLB akan diutamakan. 40. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang Akaun bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia. Semua Akaun Sertaan dalam Fasal 7 adalah layak untuk dilindungi oleh PIDM.
Page 6 of 6