NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
ISI KANDUNGAN Muka Surat HALAMAN PENGAKUAN
i
PENGHARGAAN
iv
ISI KANDUNGAN
v
1.0
: PENDAHULUAN
1
2.0
: LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
2
UPACARA PAAL KODAM (SUSU BELANGA) 2.1
Sebelum Upacara 2.1.1 Berpuasa 2.1.2 Melihat benda-benda Suci Apabila Bangun Tidur 2.1.3 Mandi Air Dingin 2.1.4 Menyediakan dan Menghias Persembahan 2.1.5 Bercukur
2.2
Semasa Upacara 2.2.1 Menyediakan Persembahan 2.2.2 Mandi Sungai 2.2.3 Pecah Kelapa 2.2.4 Menjunjung Susu 2.2.5 Memandikan Dewa dengan Susu 2.2.6 Muzik Iringan
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
2.3
Selepas Upacara 2.3.1
3.0
: KESIMPULAN
4.0
: LAMPIRAN GAMBAR
5.0
: REFLEKSI
RUJUKAN LAMPIRAN
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
1.0 PENDAHULUAN Sejak sekian lama, bangsa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum telah hidup secara bertoleransi dan berdemokrasi sejak zaman keagungan Kerajaan
Melayu
Melaka
lagi
demi
kelestarian
kemakmuran
negara
bersama.Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di negara ini (Bernama, 2010).Oleh itu, usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk melestarikan aset berharga ini perlu dihargai dan diberi sokongan yang paling jitu.Menurut pepatah orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh hal itu usaha untuk mengekalkan aset yang tidak ternilai ini perlulah dimulakan sejak bangku sekolah rendah lagi. Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia.Antara cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh guru ialah kepelbagaian budaya, pendemokrasian pendidikan, integrasi nasional dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tugas menguruskan bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorang guru. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama.
Guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah.Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
1 Menurut Dato Sri Najib Tun Abd.Razak, dalam konsep 1 Malaysia, kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik.Tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid – murid agar masalah dalam mengajar tidak berlaku dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan
kepercayaan
yang
diamalkan
murid-murid
mereka. Setiap
kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Jsteru itu, bagi menangani masalah sosio-bujdaya ini, guru seharusnya terlebih dahulu mengkaji dan memahami setiap kaum yang terdapat di Negara ini dari segi kepercayaan dan adat resam mereka.Dalam tugasan ini, kami telah mengkaji budaya dan adat resam masyarakat India khususnya dalam perayaan Thaipusam.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
2 2.0
PERAYAAN THAIPUSAM
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat.Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat.Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya.Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu.ari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama. Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus.Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat India.Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
3 Thaipusam adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, „kavadi‟ yang berisi buahbuahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. Menurut Uthaya Sankar SB,seorang karyawan dalam Bahasa Malaysia dan juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya, walaupun Thaipusam merupakan satu upacara atau ritual keagamaan, tetapi banyak adat resam nenek moyang yang diamalkan sebelum dan juga semasa perayaan itu dijalankan. Dalam tugasan ini, beberapa kupasan mengenai amalan
masyarakat india ini diharap dapat memberikan gambaran
mengenai adat resam dan kepercayaan kaum tersebut dalam perayaan Thaipusam. (Sumber : Utusan Malaysia, 6 Februari 2012) 2.1
Sebelum Upacara 2.1.1 Berpuasa Apabila seorang penganut agama Hindu bernazar, dia akan berpuasa selama 48 hari. Konsep “puasa” dalam agama Hindu berbeza dengan apa yang kita ketahui dalam agama Islam. Misalnya, ada individu yang berpuasa dengan hanya minum susu pada awal pagi dan senja. Ada juga yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran.Bagi individu yang sudah berkahwin, mereka perlu mengawal diri daripada hubungan kelamin. (Sumber : Utusan Malaysia, 6 Februari 2012)
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
2.1.2 Melihat Benda-Benda Suci Apabila Bangun Tidur Masyarakat India biasanya memulakan amalan adat resam tinggalan nenek moyang mereka ini sebaik mereka membuka mata pada subuh hari.Lebih-lebih lagi semasa perayaan, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu ini perlu membuka mata pada waktu subuh dengan memandang apa-apa objek yang dianggap suci. Menurut kepercayaan mereka, amalan itu akan membuatkan hidup mereka diberkati dengan kebahagiaan, kemewahan dan segala macam kebaikan. (Sumber: Sivaya Subramuni Yaswami, 1997)
2.1.3 Mandi Air Dingin Menurut kepercayaan masyarakat India, mandi di waktu pagi iaitu antara pukul 4.00 pagi hingga 5.00 pagi mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar. Selain itu, air dingin dikatakan mampu meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh yang mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan penyakit. Kepercayaan mereka ini dikuatkan lagi dengan kajian sains yang mengatakan dengan mandi air dingin ini, tubuh badan manusia mampu menghasilkan ion-ion negative yang boleh meneutralkan darah dan mampu menyerap oksigen dengan lebih optimul sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri. (Sumber : Internet)
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
2.1.4 Menyediakan Persembahan untuk Dewa Seperti yang kita maklum, perayaan Thaipusam adalah merupakan hariuntuk berterima kasih kepada Dewa Murugan yang memberikan kesejahteraan dan menunaikan permintaan mereka. Sebagai tanda berterima
kasih,
penganut-penganut
agama
hindu
ini
telah
menyediakan beberapa persembahan atau hadian untuk tuhan mereka. Walaupun amalan ini tidak terkandung dalam kitab anutan mereka, namun adat resam ini telah menjadi amalan nenek moyang masyarakat india
seluruh
dunia.
Antara
bahan
yang
digunakan
sebagai
persembahan adalah buah-buahan, beras, kunyit, kelapa, madu dan sebagainya. Bahan-bahan ini akan disusun di atas daun pisang dan dihias dengan cantik sebelum dipersembahkan kepada Dewa Murugan. (Sumber : Internet) 2.1.5 Bercukur Pada hari perayaan tersebut juga, ramai masyarakat india yang beragama hindu bercukur atau membotakkan kepala lalu mewarnakan kepala mereka yang botak itu dengan warna kuning yang diperbuat daripada campuran gaharu dan kunyit. Menurut Encik Nathdeya Natthassyah, pengerusi Kuil Tamil Pusat Telok Datok, sejenis bahan bernama kumkuman iaitu campuran gaharu dan kunyit yang bersifat sejuk dan mampu memulihkan kesan-kesan cukuran pada kepala seseorang yang bernazar dengan mencukur rambut. Mengikut kepercayaan masyarakat India, rambut dilihat sebagai salah satu unsur kecantikan kepada manusia.Sehubungan itu, pengorbanan rambut dianggap sebagai sesuatu yang paling berharga
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
dan tinggi nilainya pada masyarakat India.Kebanyakan Penganut Hindu ini membotakkan rambut dengan niat demi kesejahteraan keluarga mereka. Selain itu, amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari bahagia yang bakal menjelma. Selain itu, sumber Wikipedia ada menyatakan bahawa
menurut
kepercayaan
masyarakat
India
ini
juga,
membotakkan kepala adalah symbol kepada kemanusiaan sejagat dan menebus kesalahan. (Sumber: Internet) 2.2
Semasa Upacara 2.2.1 Mandi Bunga Sebelu memulakan upacara keagamaan, adat mandi bunga perlu dijalankan terlebih dahulu. Menurut kepercayaan masyarakat India, upacara mandi bunga yang disempurnakan oleh pandit bertujuan membuang segala nasib buruk dan memberi tuah baru kepada individu berkenaan.Dalam upacara ini, tujuh jenis bunga ditabur dalam air kunyit yang kemudiannya disiram ke atas penganut agama Hindu yang berada di kuil sejak awal pagi. Mereka yang menjalani ritual ini berharap agar nasib yang lebih baik akan menyebelahi mereka sempena sambutan tahun baru Thaipusam. (Sumber : Utusan Malaysia, 3 Februari 2007) 2.2.2 Mandi sungai Selain mandi bunga, terdapat juga penganut yang mengamalkan mandi sungai yang berhampiran kuil melambangkan penyucian diri sebelum upacara doa dan restu dijalankan.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
(Sumber : Internet)
2.2.3 Pecah Kelapa Setiap perayaan atau ritual atau majlis yang dilakukan oleh masyarakat India amat sinonim dengan buah kelapa. Air kelapa juga dianggap suci oleh masyarakat India kerana menurut mereka air kelapa adalah air yang paling bersih dan tidak tercemar kerana dilindungi oleh tempurung kelapa yang keras dan kukuh. Oleh kerana itu, air kelapa adalah persembahan yang paling suci dan murni untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka. Selain itu, menurut kepercayaan orang India juga, memecahkan kelapa melambangkan memecahkan keegoan seseorang.Bagaimana pecahnya buah kelapa itu, begitulah ego atau disebut sebagai „AHAM‟ yang ada dalam jiwa seseorang. Memecahkan kelapa juga merupakan simbolik kepada sebuah permulaan
yang
baharu,
iaitu
permulaan
yang
baik
dan
menggembirakan. Sebab itulah,upacara pecah kelapa sering dilakukan setiap kali hendak memulakan sesuatu ritual seperti masuk rumah baru, beli kereta baru dan seumpamanya. (Sumber : Internet) 2.2.4 Muzik Iringan (Urumee Melam) Muzik juga adalah sesuatu amalan yang dimestikan dalam setiap upacara yang dijalankan oleh masyarakat India seperti adat resam perkahwinan, majlis hari jadi termasuk perayaan Thaipusam ini. Tidak lengkaplah perayaan Thaipusam ini tanpa lanunan alat-alat muzik
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
tradisional masyarakat India ini.Kumpulan muzik yang mengiringi enganut-penganut Hindu dalam perayaan Thaipusam dinamakan Urumee Melam.Kumpulan ini menambahkan lagi warna kepada perayaan Thaipusam dengan rentak muzik yang begitu memukau terutamanya dalam upacara membawa Kavadi. Menurut ketua pemimpin kumpulan Urumee Melan Tamil Pusat Telok Datok, Encik Kalimuthu Ramalinggam, Perayaan Thaipusam tidak lengkap dan tidak berfungsi tanpa iringan muzik dan Urumee Melan adalah sebahagian daripada perayaan Thaipusam. Ini adalah kerana, urumee melan adalah elemen yang sangat penting dalam memberikan tenaga kepada para penganut yang bernazar pada hari itu. Selain daripada itu, dengan menggalakkan anak-anak muda menyertai kumpulan ini, dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja masyarakat india seterusnya dapat meningkatkan disiplin mereka. Antara alat muzik yang digunakan adalah urumee, pambhai dan thavil. (Sumber: 2.2.5 Berarak sambil Menjunjung Susu (Paal Kodam) Semasa Perayaan Thaipusami itu, para penganut agama Hindu ini akan membawa susu lembu yang diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Susu digunakan dalam upacara ini kerana susu dianggap paling suci. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Semasa upacara Paal kudam ini, seseorang yang telah bernazar akan menjunjung belanga yang berisi susu ini di atas kepala. Adalah
dipercayai
bahawa
seseorang
yang
memilih
untuk
mengamalkanpaal kodam perlu untuk mengulangi upacara ini selama tiga tahun berturut-turut. Persembahan susu ini merupakansimbolik
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
kepada amalan pembersihan minda dan jiwa mereka. Kebiasaannya, apabila sampai di kuil, belanga berisi susu ini akan diserahkan kepada seseorang yang digelar „pandit‟ lalu dicurahkan ke atas patung Tuhan Murugan. Jelas di sini, masyarakat India yang mengamalkan Paal Kodam ini menggunakan air (susu dan air kelapa), buah-buahan dan juga makanan sebagai persembahan kepada dewa mereka. Ketiga-tiga elimen ini merupakan simbolik kepada permohonan mereka kepada Dewa
Murugan.
Persembahan
berbentuk
air
adalah
untuk
menghilangkan dahaga. Buah-buahan pula untuk menyuburkan tubuh badan mereka manakala makanan pula adalah untuk menghentikan kelaparan mereka.
2.2.6 Menyiram Berhala Dewa Dengan Susu
2.3 SELEPAS PERAYAAN 2.3.1 Pembahagian Prasad (Makanan Dari Kuil) Prasad adalah sejenis makanan dari kuil yang diberikan kepada penganut yang telah menunaikan nazar.Prasad atau „kepuasan‟ adalah simbolik
kepada
kepuasan
dewa
mereka
atas
hadiah
yang
dipersembahkan. Menurut kepercayaan mereka, Prasad ini haruslah diagih-agihkan kepada orang lain bagi memikirkan kebaikan dan kebahagiaan orang lain terlebih dahulu dan barulah memikirkan tentang kebahagian diri sendiri. Inilah yang dinamakan kebahagian dan kasih sayang sejagat. Mereka juga percaya sekiranya Prasad tidak dibahagibahagikan, orang yang menerima Prasad itu akan papa suatu hari nanti.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
2.3.2 Sumbangan Makanan (Anna Dhanam) Anna Dhanam(Derma Makanan)adalah dianggap sebagai bentuk amalan yang terbaik bagi masyarakat India. Mengikut kepercayaan mereka, dalam kehidupan manusia, perlu melakukan amalan baik yang dinamakan Karma Baik. Karma baik adalah apa-apa perbuatan baik seperti aktiviti kebajikan. Antara kebajikan yang terbaik adalah mendermakan makanan kepada yang memerlukan. Bagi masyarakat India, mendermakan makanan kepada orang lain seolah-olah telah memberian kehidupan baru kepada hidupan yang lain. Adat resam masayarakat india ini juga menitik beratkan adab melayan tetamu dengan menghidangkan makanan kepada mereka. Mereka juga percaya Anna Dhanam juga mampu meningkatkan kekuatan dan ketajaman penerima.
otak
kepada
kedua-dua
pihak
penderma
mahupun
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
3.0 KESIMPULAN Apabila berbicara tentang budaya, pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama, jantina, soseoekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sepertimana yang kita semua maklum bahawa budaya serta adat resam dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam memahami keperbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka. Namun begitu ia perlu diselusuri dengan berhati-hati. Perhubungan nilainilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta penmgalaman di dalam kelas adalah satu huibuingkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi. Sehubungan dengan itu, aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan dan mesra budaya. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid sedemikian.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
REFLEKSI NAMA
:
NORDINA BINTI RAZALI
KELAS :
:
PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BM 3.06
NO. K.P
:
750217-10-5536
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
NO MATRIK : PENSYARAH :
ENCIK RUSLAN BIN MOHAMAD
Bagi tugasan Budaya dan Pembelajaran EDU 3106, tugasan yang perlu kami lakukan ialah berkaitan dengan upacara adat resam kumpulan etnik di Malaysia. Kami dikehendaki menghuraikan secara terperinci pelaksanaan upacara dan signifikannya kepada kumpulan etnik tersebut. Saya telah memilih untuk mengkaji adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India semasa Perayaan Thaipusam. Ini kerana adat resam dan kebudayaan India kebanyakannya berteraskan ajaran agama Hindu. Walaupun Thaipusam merupakan ritual keagamaan, tetapi dalam menjalankan ritual tersebut banyak adat resam yang perlu diguna pakai bagi menunaikan nazar kepada Tuhan mereka iaitu Dewa Murugan. Bagi tugasan ini saya telah mendapatkan bahan daripada pelbagai sumber seperti buku, internet dan juga melalui temubual bersama bersama individu yang mahir dalam adat resam masyarakat india ini secara langsung dan juga secara maya. (soal jawab melalui laman sosial dan email). Pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk mendapatklan bahan, kerana banyak bahan yang bterdapat di internet adalah dalam bahasa inggeris dan juga bahasa Tamil. Sebagai jalan penyelesaiannya, saya telah menggunakan carian Google Translate untuk menterjemahkan bahan tersebut ke Bahasa Malaysia. Selain daripada bukubuku rujukan di perpustakaan, saya juga mendapatkan bahan buku melalui e-books. Bagi saya tugasan ini, memerlukan pemahaman memalui konsep adat resam dan budaya masyarakat India. Cabarannya ialah, saya perlu mengaitkan dan mengkaji unsur adat resam ini dalam perayaan atau ritual keagamaan. Pada awalnya, saya menghadapi kesukaran untuk memahami konsep tersebut, tetapi dengan bantuan daripada rakan-rakan dan juga individu yang mahir dalam bidang ini serta rujukan-rujukan yang diperoleh daripada internet, majalah dan juga buku, akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah esei seperti yang dikehendaki dalam tugasan ini.
Selain itu, Pensyarah Pembimbing iaitu Encik Ruslan bin Sulaiman juga membantu saya memikirkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan serta memberikan penerangan yang jelas untuk menghasilkan tugasan yang baik. Tidak cukup dengan bahan rujukan yang ada, saya telah mengambil inasiatif untuk menyaksikan sendiri bagaimana upacara dalam perayaan Thaipusam itu dijalankan. Saya
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536
dan beberapa orang rakan dalam kumpulan telah pergi ke tapak perhimpunan iaitu Kuil Tamil Pusat yang terletak di Telok Datok, Banting. Saya telah berada di tapak ritual itu seawal 7 pagi hinggalah ritual itu tamat pada jam 12 tengah hari. Sepanjang saya berada di sana, banyak pengalaman baru yang dapat saya perolehi selain merakam aktiviti-aktiviti penganut-penganutg hindu itu yang dapat membantu saya menyelesaikan tugasan saya dengan baik dan berkesan. Di samping itu saya juga dapat menemubual beberapa individu yang pakar dan mengetahu banyak perkara mengenai adat resam yang diamalkan. Antara individu-individu yang berjaya saya temu bual ialah ketua pemimpin kumpulan Urumee Melan Tamil Pusat Telok Datok, Encik Kalimuthu Ramalinggam dan Encik Nathdeya Natthassyah, pengerusi Kuil Tamil Pusat Telok Datok. Selain itu saya juga telah bersoalmjawab dengan Encik Uthaya Sankar SB,seorang karyawan dalam Bahasa Malaysia dan juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya melalui laman sosial (facebook) dan juga email. Tugasan ini amat membantu saya memahami konsep budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia. Dengan pengetahuan yang luas tentang adat resam etnik yang lain, seorang guru dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya serta dapat mengelakkan timbul isu sensitif berkaitan agama dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Selain itu, tugasan ini juga dapat membantu saya menanganio masalah yang wujud dalam bilik darjah serta kerenah murid yang dating dari pelbagai budaya dan adat resam. Semangat perpaduan juga dapat diterapkan dengan baik seterusnya dapat merealisasikan visi, misi serta matlamat penubuhan sekolah. Sebagai penambahbaikan, saya merasakan yang semua guru di Malaysia harus meningkatkan pemahaman mereka tentang budaya dan adat resam semua murid supaya dapat membimbing bukan saja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial, emosi dan sahsiah murid.
NORDINA BINTI RAZALI PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 3.06 750217-10-5536