I M KA IPGM AMPU US TU UANKU B BAIN NUN 14000 Bukitt Mertaajam 1 ulau Pinang Pu
Lapo oran n Dok kum menta asi P khem Perk mahan n Per rtau uliah han KRS K KPL LI Zon Wilaya Z W ah Uttara Ta ahun 2009 9 13-16 Aprril 2009 9 PUL LAKO Tunku T Abdul Rahma an IPGM M Sultan n Abdu ul Halim m, Ked dah. 1 1
Isi Kandungan Bil 1
Tajuk Pendahuluan
Muka Surat 1
Rasional Objektif 2
Latar Belakang Kursus Pertauliahan
2
3
Ahli Jawatankuasa Perkhemahan
3
4
Atur Cara Perkehamahan
6
5
6
•
13 April 2009
•
14 April 2009
•
15 April 2009
•
16 April 2009
Laporan Harian Berserta Gambar •
Sebelum 13 April 2009
•
13 April 2009
•
14 dan 15 April 2009
•
16 April 2009
•
Selepas 16 April 2009
Lampiran •
Ahli Jawatankuasa Biro Dokumentasi
•
Jadual Bertugas Biro Dokumentasi
•
Refleksi Biro Dokumentasi
•
Gambar-gambar Perkhemahan dalam DVD
9
38
2
Pendahuluan Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui kegiatan kokurikulum diharapkan guru pelatih yang melibatkan diri dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) akan menjadi pemangkin kecemerlangan di bidang kurikulum dan kokurikulum.
Rasional Kursus ini diadakan untuk memenuhi kehendak kurikulum unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Guru pelatih yang mengikuti kursus ini akan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dan mantap serta pemimpin yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia, berilmu, komited dan berketrampilan.
Objektif •
Menguasai ilmu dan kemahiran asas pengurusan dan pentadbiran Kadet Remaja Sekolah (KRS).
•
Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, pengalaman pengurusan dan pentadbiran
KRS
dalam
merancang,
mengurus,
mengendali
serta
melaksanakan aktiviti KRS di institut dan sekolah. •
Membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya dalam menjalankan tugas keguruan, mempunyai semangat kekitaan dan sedia berkhidmat untuk masyarakat.
•
Di akhir kursus diharapkan semua guru pelatih yang menganggotai KRS berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KRS.
3
Latar Belakang Kursus Seramai 67 ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) KPLI Ambilan Januari 2009, IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menyertai Kursus Pertauliahan Leftenan Muda KRS, KPLI Ambilan Januari 2009 Peringkat Wilayah Utara di PULAKO Tunku Abdul Rahman, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah dan Pantai Merdeka pada 13 hingga 16 April 2009 yang lalu. Kursus Pertauliahan Leftenan Muda KRS Zon Wilayah Utara ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua ahli KRS KPLI Ambilan Januari 2009 adalah diwajibkan menyertai kursus ini. Seramai 5 IPGM Zon Utara telah menyertai kursus ini termasuklah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim yang merupakan tuan rumah bagi kursus ini, IPGM Kampus Tuanku Bainun, IPGM Kampus Pulau Pinang, IPGM Kampus Darul Aman dan IPGM Kampus Perlis. Secara keseluruhannya, seramai 237 peserta bagi kursus kali ini.
4
Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah KPLI Ambilan 2009
Kem Komandan
: Illias Bin Azmi
Timbalan Kem Komandan
: Mohd Fairuz Bin Mohamad Wahid
Setiausaha
: Erny Syahida Binti Md Shafii
Timbalan Setiausaha
: Myzatul Azura Binti Aadenan
Bendahari
: Syahida Binti Ahmad
Timbalan Bendahari
: Saifol Azman Bin Nordin
Biro Jawatankuasa 1) Latihan dan Kawad
: Noor Ismahisham Bin Ismail Mohd Rizuan Abdul Razak Azrina Bt Mohamed Ridza
2) Peralatan
: Tarmimi Bin Hushaini Badrul Hisham B Nasir Mahadzir Bin Abdul Ahmad Nazri Bin Rani Syaiful Helmi Bin Muhamad Nasin Shahril Faidzal Bin Sahaimi Nurussana Binti Harun 5
Mohd Aswal Bin Ahmad Noor Hasliza Binti Abd Rashed Zakiatulhusna Binti Basirun Mohd Faqharuddin Bin Omar Muhammad Shahril Anwar Bin Ab Rahim
3) Kerohanian dan Moral
: Mohd Fadzli Bin Yusoff Badrul Hisham B Nasir Nor Wani Binti Abdul Rahim Saravanan a/l Karuppiah Yeoh Lee Sin Vishaal a/p Ramanathan
4) Keselamatan
: Wan Mohd Masrie Bin Wan Jusoh Mohd Nasrul Bin Hashim Sanusi Bin Omar Tan Xian Hui Marziana Binti Abu Bakar Junaida Binti Osman
5) Pengangkutan
: Azizul Azdi Bin Ahmad Koyran Azizul Hakim Bin Zakaria Mohd Azren Bin A Rahman James Anak Nabao Lee Hooi Chin
6) Masakan
: Jamilah Binti Saari Marmi Binti Mohamed Mahkrus Zaizurina Binti Zainudin Noor Islamiah Binti Shaarani Nursuriati Binti Norbit Norashiah Binti Mohd Ripin 6
7) Dokumentasi
: Bee Shoo Yunn Sivenesh a/l Arunachalam Karen Lwee Shui Ping Sunthaarry a/p Ganasan Shamalah a/p Karuppana Ruzaininomaliza Bt Abdul Muni Mohd Masran Bini Abdul Majid Leow Voon Yen Leong Kah Hui
7
Atur Cara Perkhemahan dan Pertauliahan KRS Zon Wilayah Utara
13 hingga 16 April 2009
8
13 April 2009 (Isnin) 2.30pm – 4.30pm
Pendaftaran Taklimat Suaikenal
4.30pm – 8.30pm
Mendirikan Khemah (Penilaian)
8.30pm – 10.30pm
Perlembagaan dan Falsafah KRS (Penilaian)
14 April 2009 (Selasa) 5.30am – 6.30am
Solat
6.30am – 7.00am
Siap Diri
7.00am – 8.00am
Taklimat
8.00am – 8.30am
Sarapan
8.30am – 10.30am
Kawad Kaki (Penilaian)
10.30am – 11.00am
Rehat
11.00am – 1.00pm
Kemahiran Tali-temali (Penilaian)
1.00pm – 2.30pm
Rehat
2.30pm – 4.30pm
Bantu Mula / Pertolongan Cemas (Penilaian)
4.30pm – 8.30pm
Rehat
8.30pm – 10.30pm
Penghayatan Rohani
9
15 April 2009 (Rabu) 5.30am – 6.30am
Solat
6.30am – 7.00am
Siap Diri
7.00am – 8.00am
Taklimat
8.00am – 8.30am
Sarapan
8.30am – 10.30am
Keselamatan Di Air
10.30am – 11.00am
Rehat
11.00am – 1.00pm
Kayak
1.00pm – 2.30pm
Rehat
2.30pm – 4.30pm
Orienteering / Kembara (Penilaian)
4.30pm – 8.30pm
Rehat
8.30pm – 10.30pm
Malam Ikatan Bersaudara
16 April 2009 (Khamis) 5.30am – 6.30am
Solat
6.30am – 7.00am
Siap Diri
7.00am – 8.00am
Taklimat
8.00am – 8.30am
Sarapan
8.30am – 10.30am
Khidmas
10.30am – 11.00am
Rehat
11.00am – 1.00pm
Penilaian Majlis Pentauliahan dan Penutupan
1.00pm – 2.30pm
Rehat
2.30pm – 4.30pm
Pergerakan Balik ke IPGM Kampus Masing-masing
10
Laporan Harian Perkhemahan dan Pertauliahan KRS Zon Wilayah Utara
• Sebelum 13 April 2009 • 13 April 2009 • 14 – 15 April 2009 • 16 April 2009 • Selepas April 2009
11
Sebelum 13 April 2009 Satu bulan sebelum perkhemahan, kami telah membuat persediaan awal untuk menghadapi penilaian yang akan dibuat semasa perkhemahan seperti latihan secara berkumpulan tali-temali sesama kami pada perjumpaan hari Rabu. Latihan dalam kumpulan untuk tali-temali telah dijalankan sebanyak 3 kali bersama-sama pelajar PISMP dan KPLI, pensyarah-pensyarah penasihat telah memberi tunjuk ajar dan panduan kepada semua pelajar dalam kumpulan-kumpulan kecil. Selain itu, persembahan power point juga telah disampaikan oleh sebanyak 2 kali oleh pensyarah kepada kami untuk memperkukuhkan pemahaman kami tentang fungsifungsi pelbagai ikatan dan cara mengikatnya. Latihan kawat telah dijalankan setiap kali selepas latihan tali-temali selama 1 jam. Pensyarah-pensyarah penasihat telah mengajar kami kawat statik, kawat dinamik, kawat berjalan dan kawat memberi hormat. Kebanyakan daripada kami masih tidak mahir lagi dalam berkawat dan memberi koman. Semua pensyarah penasihat yang mengajar kami sangat serius dan tegas. Mereka sentiasa menunjukkan kesalahan kami dan memberi panduan berkawat yang betul. Memandangkan masih ramai pelajar terutamanya pelajar KPLI yang masih tidak mahir dalam berkawat, Dr Sajap Bin Maswan telah mencadangkan kami mengadakan latihan kawat tambahan sendiri pada masa lapang di bawah pimpinan Ketua Biro Kawat, Noor Ismahisham Bin Ismail. Tarikh dan masa latihan kawat telah ditetapkan serta-merta kerana sudah hampir dengan tarikh perkhemahan. Antara tarikh yang ditetapkan ialah 2 April, 6 April, 8 April dan 9 April 2009 selama 1 jam setengah setiap kali. Semua ahli KRS KPLI telah meberi kerjasama dan menghadiri latihan kawat tambahan yang diadakan. Semua berasa lega dan gembira kerana mendapati sendiri dan kawan-kawan semakin mahir dalam berkawat setelah latihan berkawat ini. Noor Ismahisham telah mengajar kami dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.
12
Taklimat oleh Dr Sajap Bin Maswan sebelum perkhemahan.
Latihan kawat tambahan di bawah pimpinan Noor Ismahisham
13
Semua ahli KRS KPLI berkawat dengan bersungguh-sungguh sebelum menyertai Perkhemahan KRS Zon Willayah Utara.
14
Hari Pertama ~ 13 April 2009 (Isnin) Semua pelajar KPLI sampai di IPGM Kampus Tuanku Bainun seperti masa persekolahan biasa. Tetapi semua datang dengan membawa beg-beg, botol-botol air dan
lain-lain
barang
persendirian.
Semua
bersiap
sedia
untuk
menyertai
perkhemahan unit beruniform zon utara masing-masing selama 4 hari 3 malam. Perkhemahan bagi Kadet Remaja Sekolah (KRS) ditempatkan di PULAKO, Tunku Abdul Rahman, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim. Semua ahli KRS berkumpul di kantin untuk menunggu arahan daripada pengerusi, Illias Bin Azmi sementara menunggu ketibaan bas. Tepat pukul 10 pagi, ahli-ahli jawatankuasa biro peralatan telah mula mengeluarkan peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan daripada stor. Antaranya, khemah-khemah, belerang, cangkul, gergaji, tali, peralatan masakan, peti kecemasan, alat tulis dan lain-lain lagi. Semua peralatan diletakkan di perkarangan perhentian bas. Pensyarah penasihat, Dr. Sajap Maswan telah datang ke kantin untuk memantau persediaan kami sebelum bertolak. Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap. Kemudian, Dr. Sajap telah memberi sedikit taklimat mengenai cara penggunaan kompas kepada semua ahli KRS yang ada di kantin. Dua buah bas yang akan membawa kami ke tapak perkhemahan telah sampai pada pukul 11.10 pagi. Tanpa melengahkan masa, semua orang bekerjasama mengangkut semua peralatan yang ada di perkarangan perhentian bas ke dalam bas. Terdapat beberapa ahli yang pergi dengan menaiki kenderaan sendiri. Setelah siap bersedia, kami pun bertolak dari IPGM Kampus Tuanku Bainun ke Sungai Petani pada pukul 11.35 pagi. Bas kami telah sampai di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim pada pukul 12.20 tengah hari. Kami turun di tapak PULAKO (Pusat Latihan Kokurikulum) Tunku Abdul Rahman. IPGM Kampus Darul Aman telah sampai dan mula membina khemah mereka di tapak yang disediakan. Setelah pengerusi melaporkan diri kepada pihak penganjur, kami pun terus memunggah
15
barang-barang
perkhemahan
dan
barang-barang
persendirian
ke
tapak
perkhemahan yang disediakan. Tugas mendirikan khemah telah bermula setelah mendengar taklimat mengenai cara penyusunan dan cara mendirikan khemah oleh Noor Ismahisham. Kami telah siap mendirikan khemah masing-masing dalam kumpulan pada pukul 1.30 tengah hari. Satu khemah induk telah didirikan di tengah-tengah tapak perkhemahan kawasan IPGM Kampus Tuanku Bainun selepas ini untuk meletak semua peralatan yang dibawa dari kampus. Pembersihan dan penghiasan tapak perkhemahan telah mula selepas siap mendirikan semua khemah. Ada yang bertanggungjawab mencari kayu buluh untuk dibuat gerbang pintu, ada yang menganyam daun kelapa untuk menghiasi pintu gerbang yang akan didirikan kemudian. Semua bekerjasama dan bersama-sama melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh semangat. Pada masa yang sama, ada skuad yang mula menabur belerang di sekeliling khemah dan mengikat tali sempadan di sekeliling tapak perkhemahan yang disediakan kepada kami. Tepat pukul 3 petang, Kem Komandan, Illias Bin Azmi telah memberi arahan kepada kami bahawa bersiap sedia berkumpul di tapak PULAKO setengah jam kemudian seperti yang dimaklumkan oleh Kem Komandan Perkhemahan KRS Zon Wilayah Utara, Major (KRS) Mohd. Azman Bin Basiron. Kami semua telah bersiap sedia tepat pada 3.30 petang di kawasan lapang. Selepas dipastikan bilangan skuad cukup, ketua koman kami, Noor Ismahisham telah memberi koman kepada kami untuk berkawat memasuki tapak PULAKO. Cuaca begitu teriak sekali pada petang ini, kami telah mengadakan perhimpunan pertama bersama-sama semua peserta perkhemahan ini yang terdiri daripada 5 buah IPGM Zon Wilayah Utara. Kem Komandan bagi Perkhemahan KRS kali ini ialah Major (KRS) Mohd. Azman Bin Basiron. Beliau telah memperkenalkan diri dan semua jurulatih yang akan bertugas sepanjang perkhemahan ini kepada semua peserta. Kemudian, taklimat tentang tatatertib dan peraturan sepanjang perkhemahan ini juga diberikan oleh beliau kepada kami.
16
Selepas itu, semua peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil yang terdiri daripada berlainan IPGM untuk menyenangkan aktiviti yang dijalankan kelak. Semua skuad diberi arahan untuk berkumpul semula di padang kawat pada pukul 6.30 petang untuk upacara menurunkan bendera. Sementara itu, setiap kampus dikehendaki membuat beberapa gajet masing-masing yang akan dinilai kemudian selepas perhimpunan ditangguhkan. Pelbagai gajet telah dibina oleh kami dengan menggunakan kayu penyapu yang dibawa dari kampus. Semasa membuat gajet, kami mendapati ikatan-ikatan yang pernah dipelajari sebelum ini sangat berguna dalam mengikat pelbagai gajet. Antaranya simpul manok, simpul bunga geti, ikatan gunting, ikatan silang dan lainlain lagi. Hujan telah turun secara tiba-tiba, namun kami tetap meneruskan kerja membina gajet. Upacara menurunkan bendera telah dibatalkan kerana hujan turun dengan semakin lebat, namun terdapat beberapa skuad telah menurunkan bendera. Semua peserta berkumpul semula di padang kawat pada pukul 8.30 malam dengan beruniform separa formal. Sesi latihan tali-temali, bantu mula/pertolongan cemas dan kawat telah diadakan untuk membuat persediaan akhir pada penilaian pada keesokan harinya. 12 kumpulan kecil telah dibagikan kepada 3 kumpulan besar dan diberi latihan dan bimbingan oleh jurulatih-jurulatih secara bergilir-gilir. Jurulatihjurulatih telah memberi tunjuk ajar dengan sabar dan menunjukkan teknik-teknik membuat ikatan kepada peserta yang kurang mahir. Melalui latihan tambahan selama 4 jam ini, kebanyakan peserta telah mula mahir dalam ikatan, bantu mula dan kawat. Selepas beberapa pengumuman mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan harinya, semua peserta telah diberi arahan bersurai dan berehat di khemah masing-masing.
17
Bertolak dari IPGM Kampus Tuanku Bainun dengan perasaan yang gembira.
Semua skuad mendirikan khemah masing-masing dalam kumpulan.
18
Skuad lelaki bekerjasama mendirikan gerbang pintu di tapak perkhemahan.
Semua bekerjasama mendirikan khemah induk. 19
Hari Kedua dan Ketiga ~ 14 dan 15 April 2009 (Selasa dan Rabu) Semua peserta telah menjalankan aktiviti harian pada dua hari ini dalam 2 kumpulan besar iaitu kumpulan A (kumpulan 1-6) dan kumpulan B (kumpulan 7-12).
Pada 14 April 2009 Kumpulan A telah menjalani aktiviti keselamatan di air, kayak, orientering dan kembara di Pantai Merdeka pada hari ini. Manakala kumpulan B pula telah menjalani penilaian kawat, tali-temali dan bantu mula di dewan dan padang kawat, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim. Sesi
penghayatan
rohani
dijalankan
pada
waktu
malam
dengan
membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan Muslim dan Non-Muslim. Kedua-dua kumpulan menjalankan aktiviti penghayatan rohani secara berasingan.
Pada 15 April 2009 Kumpulan A telah menjalani penilaian kawat, tali-temali dan bantu mula di dewan dan padang kawat, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Manakala kumpulan B pula telah menjalani aktiviti keselamatan di air, kayak, orientering dan kembara di Pantai Merdeka. Malam Ikatan Bersaudara telah diadakan pada waktu malam. Semua kumpulan dikehendaki mempersembahkan satu acara yang bertemakan disiplin berdasarkan cara persembahan yang diberitahu pada semalam. Sebanyak 12 persembahan dipersembahkan dan hadiah telah disampaikan kepada setiap kumpulan sebagai galakan.
20
Aktiviti keselamatan di air
Kami diajar teknik berapung di permukaan air dan berenang. Kayak
Semua tidak sabar nak menurunkan kayak untuk aktiviti berkayak. 21
Kiri kanan kiri kanan, berkayak perlukan semangat bekerjasama.
Seronoknya berkayak dan bersembang di tengah laut.
22
Aktiviti berkayak memang menyeronokkan, saya akan berkayak lagi kelak.
Orientering dan kembara
Lihat! Berbagai-bagai kompas yang kami ada, mseti tidak akan sesat. 23
Taklimat sebelum mengembara ke hutan.
Jom, mari mulakan pengembaraan kami.
24
Pengembaraan dalam hutan dengan menggunakan kompas.
Belum sampai lagi! Rasanya dah sesat dalam hutan ni.
25
Penilaian tali-temali
Susahnya nak membuat ikatan silang ni.
Yeah! Saya dah berjaya membuat semua ikatan. 26
Penilaian bantu mula
Peliknya dibalut sebegini tanpa kecederaan. Penilaian kawat
Apa yang dipandang kagum oleh mereka ni? 27
Semua peserta perkhemahan berkawat dengan bersemangat.
Berada dalam keadaan senang diri dan siap sedia menerima arahan.
28
Berkawat dalam pakaian uniform separa formal.
Malam Ikatan Bersaudara
Persembahan yang menarik oleh peserta-peserta. 29
Persembahan lakonan yang lucu dan menarik.
Persembahan lakonan oleh kumpulan kelima.
30
Hari Keempat ~ 16 April 2009 (Khamis) Kami telah diberi arahan menurunkan khemah pada awal pagi ini oleh kem komandan semalam. Semua skuad telah menurunkan khemah serta mengemas peralatan perkhemahan dan barang-barang persendirian awal-awal pagi lagi. Dengan kerjasama semua skuad, kami dapat menurunkan khemah dengan cepat dan sistematik. Selepas itu, semua skuad dikehendaki mempersiapkan diri dengan uniform formal KRS berserta dengan pangkat Leftenan Muda di kedua-dua belah pakaian atas bahu. Semua bersiap sedia dan tidak sabar menghadiri Majlis Pertauliahan yang akan berlangsung sebentar lagi. Tepat pukul 8.00 pagi selepas bersarapan, semua bakal Leftenan Muda sebanyak 237 orang telah berkumpul di padang kawat untuk perhimpunan pagi. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu KRS telah dinyanyikan dengan penuh semangat. Bendera Malaysia dan bendera KRS telah dinaikkan beriringan dengan nyanyian. Selepas itu, Kem Komandan Perkhemahan KRS Zon Wilayah Utara, Major (KRS) Mohd. Azman Bin Basiron telah memberi sedikit taklimat mengenai Majlis Pertauliahan Leftenan Muda. Raptai telah diadakan sebanyak dua kali untuk memastikan semua bakal Leftenan Muda megetahui dan memahami seluruh atur cara majlis. Selepas itu, semua berada dalam keadaan bersiap sedia sementara menunggu ketibaan Puan Hjh Saadiah Bt Bani, Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah. Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim telah tiba pada 9.30 pagi diiringi oleh Kem Komandan dan wakil pegawai PPD. Bacaan doa telah diadakan selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Selepas itu, pemeriksaan barisan oleh Tuan Pengarah diiringi Kem Komandan dan 2 orang ahli KRS. Kem Komandan telah mengucapkan taniah dan syabas kepada semua peserta perkhemahan kerana telah berjaya lulus dalam penilaian dan berjaya ditauliahkan Leftenan Muda KRS. Beliau juga memuji kami kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang cukup baik sepanjang perkhemahan ini.
31
Kepentingan dan tujuan adakan perkhemahan pada kali ini dan peranan yang dimainkan oleh seorang guru yang berdisiplin di sekolah pada masa kelak telah dijelaskan oleh Puan Hjh Saadiah Bt Bani, Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim dalam ucapan beliau. Beliau juga menasihati semua ahli KRS bahawa hendaklah menjadi pembimbing dan petunjuk ajar yang baik selaku Leftenan Muda KRS di sekolah rendah pada tahun depan. Upacara Penyampaian Sijil Pertauliahan telah bermula pada pukul tepat 10 pagi. Setiap ahli KRS berada dalam keadaan yang gembira dan bersyukur kerana akan ditauliahkan nanti. Pelbagai penilaian yang dilalui seperti bantu mula, kembara, orientering, tali-temali dan kawat adalah berboloi dan merupakan satu pengalaman baru yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Upacara Penyampaian Sijil Pertauliahan dijalankan dengan mengikut IPGM masing-masing secara bergilir-gilir. Semua ahli KRS IPGM Kampus Tuanku Bainun sebanyak 67 orang telah berjaya ditauliahkan Leftenan Muda KRS di PULAKO dengan bangganya. Sesi penggambaran telah diadakan selepas upacara pertauliahan untuk menyimpan sebagai kenangan semua Leftenan Muda KRS. Setiap IPGM mengambil gambar bersama-sama para Mejor, pensyarah-pensyarah penasihat dengan persaan gembira. Sementara menunggu giliran, sesetengah Leftenan Muda KRS mengambil peluang mengambil gambar bersama-sama kawan-kawannya. Semua peserta telah menyambung kerja mengemas peralatan dan barangbarang selepas sesi penggambaran. Kerja pembersihan khemah dan tapak perkhemahan dan sekitarnya telah dilakukan bersama-sama dengan perasaan yang gembira. Makanan tengah hari telah diedarkan mengikut IPGM masing-masing selepas ini. Semua Leftenan Muda KRS telah diarahkan berkumpul semula di padang kawat pada pukul 12 tengah hari. Selepas itu, setiap IPGM menyanyikan lagu IPGM masing-masing sambil menurunkan bendera IPGM masing-masing. Setiap IPGM telah menyanyikan lagu IPGM masing-masing dengan penuh semangat. Tepat pukul 1 tengah hari, semua peserta perkhemahan telah bertolak pulang ke IPGM masing-masing dengan menaiki bas dan kenderaan sendiri. Kami telah 32
sampai di IPGM Kampus Tuanku Bainun kira-kira pukul 2 tengah hari. Semua balik berehat di rumah dan hostel masing-masing setelah mengeluarkan semua peralatan yang dipinjam dari stor dan meletakkannya sementara di stor kerana masih ada sesetengah khemah dan peralatan belum lagi dibersihkan.
Raptai Majlis Pertauliahan yang dipimpin oleh Kem Komandan.
33
Ucapan Puan Hjh Saadiah Bt Bani, Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim
Ucapan tetamu VIP.
34
Penerimaan Sijil Pertauliahan Leftenan Muda.
Penerimaan Sijil Pertauliahan Leftenan Muda.
35
67 ahli KRS IPGM Kampus Tuanku Bainun ditauliahkan Leftenam Muda.
Yeah! Para Leftenan Muda KRS!
36
Pembersihan khemah-khemah yang penuh dengan lumpur.
Persiapan bertolak pulang ke IPGM Kampus Tuanku Bainun.
37
Selepas 16 April 2009 Pada 17 April 2009, semua ahli KRS KPLI telah menerima satu sms untuk membersihkan semua khemah dan peralatan yang masih lagi belum dibersihkan pada pukul 3 petang di perkarangan perhentian bas IPGM Kampus Tuanku Bainun. Kebanyakan ahli telah sampai tepat pada masanya dan kerja pembersihan telah mula dengan serta-merta. Oleh kerana pelajar opsyen Pengajian Cina perlu menyiapkan setting untuk pameran Pendidikan Negara Bangsa (PNB) pada hari tersebut kerana akan menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) pada 19 hingga 22 April 2009. Jadi, mereka telah membuat keputusan mengambil balik dan membersihkan di rumah jumlah 5 khemah yang perlu dibersihkan dari pengerusi, Illias Bin Azmi. Kerja pembersihan khemah dan peralatan dapat disiapkan dalam masa yang singkat dengan kerjasama semua orang.
Pembersihan khemah-khemah 38
39
Lampiran • Ahli Jawatankuasa Biro Dokumentasi • Jadual Bertugas Biro Dokumentasi • Refleksi Biro Dokumentasi • Gambar‐gambar Perkhemahan dalam DVD
40
Biro Dokumentasi Perkhemahan KRS IPGM Kampus Tuanku Bainun Zon Utara Tahun 2009
Ketua
:Bee Shoo Yunn (012-9069265)
Penolong :Sivenesh A/L Arunachalam (016-2927406) AJK
: Ng Kok Wei (012-5296517) Karen Lwee Shui Ping (012-7692086) Leow Voon Yen (012-2816332) Leong Kah Hui (027-3191935) Sunthaarry A/P Ganasan (016-3125740) Shamalah A/P Karuppana (016-9365312) Mohd Masran bin Abdul Majid (019-9180838) Ruzaini Momaliza bt Abdul Muni (013-9205217)
41
Jadual Bertugas bagi Biro Dokumentasi Perkhemahan KRS Zon Utara Tahun 2009 Tarikh
Pencatat aktiviti dan laporan 1. Mohd Masran 2. Ruzaini Normaliza
Kameraman
Catatan
1. Ng Kok Wei
13 April 2009
1. Sunthaary 2. Shamalah
1. Sivenesh
14 April 2009
1. 2. 3. 4. 1. 2.
Bee Shoo Yunn Karen Mohd Masran Ruzaini Normaliza Leow Voon Yen Leong Kah Hui
1. Ng Kok Wei
1. 2. 1. 2.
Sunthaary Shamalah Bee Shoo Yunn Karen
1. Sivenesh
- Aktiviti persediaan sebelum perkhemahan seperti latihan kawat, latihan ikatan tali, mesyuarat dll - Keadaan sebelum bertolak, dalam bas, pendaftaran, perasmian, pembinaan khemah, memasak, berkawat dll - Aktiviti seharian pagi sampai malam - Aktiviti seharian pagi sampai malam - Majlis penyampaian Leftenan Muda, penutup, persediaan balik dll - Postmoterm dan refleksi - Pilih gambar dan video yang jelas. - Gabungan gambar dan video 2 kameraman mengikut tarikh. - Burn dalam DVD semua gambar dan video yang dipilh mengikut folder yang bertarikh.
Sebelum 13 April 2009
15 April 2009 16 April 2009
Selepas 16 April 2009 Penyusunan dan kemas kini semua dokumentasi
1. Sivenesh 1. Ng Kok Wei
1. Sivenesh 2. Ng Kok Wei (Sebelum atau pada 20 April 2009)
* Semua pencatat perlu mencatat apa yang berlaku pada hari tersebut dan menulis laporan harian berserta gambar (dapat dari kameraman) dan hantar kepada
[email protected] selewat-lewatnya 1 Mei 2009. 42
REFLEKSI BIRO DOKUMENTASI Seramai 67 ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) dari kumpulan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tuanku Bainun telah menyertai Kursus Kejurulatihan dan Pertauliahan Pemimpin KRS IPGM Wilayah Utara. Kursus ini bertempat di PULAKO, Tuanku Abdul Rahman, IPGM IPSAH, Sungai Petani, Kedah bermula pada 13 April sehingga 16 April 2009. Biro dokumentasi yang terdiri daripada 10 orang ahli jawatankuasa telah membahagikan kerja-kerja sebelum perkhemahan ini bermula. Terdapat 2 orang ahli yang bertanggungjawab ke atas “name tag” yang diperlukan kepada 67 orang peserta dan pensyarah-pensyarah penasihat. Mereka telah menempah sarung “name tag” di stor dan mula mereka “name tag” yang mengandungi tajuk perkhemahan, nama peserta dan lagu KRS. Masalah yang dihadapi semasa membuat “name tag” ialah kekurangan masa untuk mencetak. Ini adalah kerana kami lambat mengetahui warna latar belakang bagi “name tag” dan lambat mendapat sarung “name tag” dari stor. Namun, ahli kami sempat menyempurnakan kerja mereka dengan lancar dan sempurna dalam masa yang singkat. Selain itu, 2 orang jurugambar telah dipilih daripada biro kami untuk mengambil semua gambar yang berkaitan dengan perkhemahan ini tidak kira sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. Ahli kami juga berjaya melaksanakan kerja sebagai jurugambar kerana banyak gambar telah diambil dengan qualitinya yang baik. Masalah yang dihadapi semasa mengambil gambar ialah kami tidak dapat keluar baris untuk mengambil gambar terutamanya semasa perhimpunan rasmi seperti upacara menaikkan bendera dan menurunkan bendera. Jadi, kami telah mendapatkan gambar-gambar tersebut daripada jurugambar yang disediakan oleh pihak penganjur. Beliau telah memberi semua gambar yang diambilnya kepada kami dalam “softcopy”. Dengan ini, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya gambar-gambar tersebut. Terdapat 6 orang pencatat telah dipertanggungjawabkan tugasan mencatat apa-apa aktiviti dan perkara yang berlaku dalam sehari secara bergilir-gilir sepanjang perkhemahan selama 4 hari 3 malam. Laporan harian kemudiannya perlu disediakan oleh pencatatpencatat kepada ketua dalam tempoh seminggu. Laporan yang disediakan adalah berasaskan aktiviti harian semasa dalam perkhemahan mengikut masa. Laporan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini kerana kebanyakan pencatat 43
perlu menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) pada 19-22 April 2009. Jadi, tarikh penyerahan laporan harian telah ditunda sehingga sebelum 4 Mei 2009. Saya mendapati semua ahli biro dokumentasi sangat bekerjasama dan telah memberi komitmen yang cukup baik dalam usaha menyiapkan laporan dokumentasi. Saya sebagai ketua berasa bersyukur dan gembira kerana mendapat komitmen dan kerjasama daripada ahli-ahli biro. Secara keseluruhan, kursus ini berjalan dengan lancar selama 4 hari 3 malam tanpa sebarang gangguan dan masalah lain.
Disediakan oleh,
……………………………… ( BEE SHOO YUNN ) KETUA BIRO DOKUMENTASI
44
Gambar-gambar Perkhemahan Pertauliahan KRS KPLI 2009
45