www.SayangiKeluarga.com
RAYUAN SUMBANGAN
Tuan/puan yang mulia; Saya adalah seorang pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan haemodialisis kendalian St. John Ambulans Malaysia. Kos dialisis yang saya tanggung ialah RM330 seminggu (contoh resit disertakan di bawah). Kos setahun ialah RM15,840 (RM330 x 4 x 12). Di bawah ini adalah sebuah buku susunan saya bertajuk ‘Bahagiakah Rumahtangga Anda?’ Bersama buku ini saya mohon sumbangan sekadar termampu dari Tuan/Puan untuk membiayai kos dialisis tersebut. Andainya tiada sebarang sumbangan, buku ini tetap saya izinkan untuk membacanya. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank di bawah ini. Di atas jasa baik tuan/puan saya ucapkan ribuan terima kasih. Soid b. Sulaiman (hp: 012-3213 747) No. akaun bank BSN: 02113-28-83884356-3 Contoh resit:
atau
Muhammad Musytahab b. Soid (hp: 012-3671 823) No. akaun MAYBANK: 1620 1266 0636
www.SayangiKeluarga.com
Bahagiakah Rumahtangga Anda?
susunan Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman)
www.SayangiKeluarga.com
Bahagiakah Rumahtangga Anda?
Susunan Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman) © Shuib Sulaiman
Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak Penyusun.
Kali pertama diterbitkan Disember 2008 ISBN 983 XXXX XX - X
Teks diset dalam Charter BT 11.5 poin
206
www.SayangiKeluarga.com
Kandungan
Prakata
iv
Mengapa Buku ini Perlu Dibaca
vi
Muqaddimah
ix
1. Bahagia Dengan Tuhan
1
2. Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid
36
3. Hidup Bersama Tuhan
41
4. Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang
48
5. Ego Menghancurkan Keharmonian
58
6. Selesaikan Masalah dengan Taqwa
64
7. Akibat Tidak Bertaqwa
66
8. Cukuplah Mati Sebagai Penasihat
76
9. Mengenal Manusia
89
10. Tersilap Dalam Memberi Kasih Sayang
102
11. Suami Berwibawa
110
12. Persiapan Taqwa
128
13. Kes-Kes Contoh
148
207 iii
www.SayangiKeluarga.com
Prakata
D
alam buku panduan kecil ini saya tidak memperkatakan tentang syarat rukun rumahtangga, sah batal rumahtangga, meminang, perkahwinan, mas kahwin. Juga tidak dimasukkan persoalan tentang nusyuz, talak, zihar, rujuk, nafkah, giliran bagi yang berpoligami. Perbincangan, perbicaraan dan pendedahan seumpama itu sudah banyak dan sering diperkatakan. Tambahan pula kursus dan pengajian tentang perkahwinan dan rumahtangga juga sudah amat banyak. Buku-buku dalam topik yang sama juga turut membanjiri pasaran. Modul kecil ini lebih menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga. Lebih memberi penekanan kepada aspek iv 208
www.SayangiKeluarga.com PRAKATA
menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi kefahaman tentang falsafah dan tujuan rumahtangga. Memahamkan betapa pentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruhnya. Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam, sama ada secara sedar atau tidak, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Penyusun Shuib b. Sulaiman
v 209
www.SayangiKeluarga.com
Mengapa Buku ini Perlu Dibaca
A
ntara sebabnya adalah seperti berikut:
• Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor manusialah yang paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir, manusia adalah pengurus dan lain-lain.
• Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur, positif negatif, kuat lemah, sempurna kurang sesuatu sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana institutsi, manusialah yang menjadi faktor utama. • Apabila disebut manusia, di mana harus bemula? Tuhan yang mencipta alam semesta termasuk manusia, maka Tuhanlah yang memberi jawapan kepada persoalan di mana harus bermula. Tuhan telah memberi tahu dengan firman-Nya:
vi 210
www.SayangiKeluarga.com MENGAPA BUKU INI PERLU DIBACA
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” (Ar-Ra’d: 11) • Manusia terdiri dari empat unsur iaitu roh, nafsu, akal dan jasad. Apa yang Tuhan maksudkan ‘mengubah apa yang ada dalam diri’ ialah perubahan roh, nafsu dan akal, sementara jasad mengikut sahaja. • Roh, nafsu dan akal itu merupakan unsur-unsur yang memang sifatnya boleh bahkan sentiasa berubah. Namun yang paling utama sebagai paksi atau pusat perubahan itu adalah roh atau hati. Ini dijelaskan pula oleh Rasulullah SAW dengan Hadisnya:
Maksudnya: “Dalam diri manusia itu ada seketul daging yang kalau baik maka baiklah seluruh diri manusia, kalau rosak maka rosaklah seluruh diri manusia. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati (rumah kepada roh).” • Roh atau hati merupakan raja diri. Nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau hati. Sikap, tabiat atau akhlak lahiriah manusia itu terbit dari hati. Hati yang baik, yang berisi dengan iman dan taqwa, atau memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan atau merasai takut dan cinta kepada Tuhan akan terzahirlah pada manusia itu sikap, tabiat, tingkah laku, perangai atau akhlak yang terpuji. Atau terzahirlah berbagai-bagai sifat positif. Apa sahaja sifat positif yang diidamkankan oleh manusia semuanya terbit dari hati yang takut dan cintakan Tuhan. Buku ini memandu agar: 1. Membawa hati kenal Tuhan, merasai kehambaan dan merasai bertuhan. vii 211
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
2. Benar-benar mengubah dan mencorak hati, nafsu dan akal. 3. Terbinalah peribadi-peribadi yang memiliki segala sifat-sifat dan sikap-sikap positif yang sangat diperlukan oleh manusia. 4. Dari sifat-sifat dan sikap positif itu terhasil pula berbagai-bagai faedah, manfaat, keuntungan dan kejayaan kepada mana-mana institutsi, seperti institusi keluarga. 5. Tuhan datangkan bantuan, pertolongan dan rahmatNya kepada mereka yang bertaqwa. 6. Mengetahui matlamat hidup yang jelas dan kaedah mencapai matlamat itu. 7. Terjalin hubungan, atau ikatan hati, kasih sayang, lemah-lembut, bertolak ansur, bersatu-padu, bertolongbantu sesama manusia, yang mana semua ini sangat diperlukan oleh semua manusia. Kesimpulannya umat Islam perlu faham dan yakin bahawa andainya Tuhan mahu manusia ini membangunkan tamadun material semata-mata, nescaya cukup Tuhan utus ahli fikir dan para intelektual. Tetapi oleh kerana Tuhan mahu manusia ini membangunkan rohaniah, bahkan itu lebih utama maka Tuhan utus para Rasul dan pemimpin yang berwatak Rasul. Apabila roh manusia terpimpin barulah semua aspek lain dalam kehidupan manusia menjadi baik dan bermanfaat.
viii 212
www.SayangiKeluarga.com
Muqaddimah
A
pabila kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan berbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah yang bersarang di hati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan melalui senjata. Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, kita sebenarnya sedang membaca berita mengenai manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Apabila kita melihat atau mengetahui mengenai manusia yang rakus dan tamak haloba hingga sanggup merompak, mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, kita sebenarnya menyaksikan manusia yang hatinya rakus dan tamak haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa terdorong untuk membuat maksiat dan kemungkaran. Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita ix 213
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
sebenarnya sedang melihat kedua-dua orang atau pihak itu saling memuntahkan mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya. Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala negatif, sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang semuanya berpunca dari hati. Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai kebaikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan dan keharmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati. Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu kembali kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman damai, tenteram dan harmoni. Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada-Nya. Kerana apabila manusia mencintai Tuhan, manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih sayang, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari manusia yang berkasih sayang itu kembali kepada manusia sendiri. Manusia akan bersatu-padu, bertolong-bantu, belamembela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain. Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai masalah dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesaikan masalah juga bingung kerana setelah dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja tidak berkurangan bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih menghairankan berbagai gejala baru pula timbul. 214 x
www.SayangiKeluarga.com MUQADDIMAH
Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurahkan. Berbagai kajian turut dibuat, berbagai cara juga sudah silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil yang diharapkan. Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia kenal Tuhan, mengagungkan Tuhan, membesarkan dan mengutamakan Tuhan. Merasai takut dan cinta kepada Tuhan. Agar menjadikan Tuhan segala-galanya dan sekaligus sebagai matlamat. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadi beriman dan bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan bantu untuk kecemerlangan, kemenangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada segala persoalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah. Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di akhirat yang kekal abadi.
215 xi
www.SayangiKeluarga.com
1
Bahagia dengan Tuhan
anyak teori, fomula, pendapat dan saranan yang dikemukakan oleh berbagai pihak yang bertujuan untuk membina rumahtangga bahagia. Apakah saranan-saranan yang begitu banyak benar-benar berjaya dan memberi kesan kepada mencapai tujuan membina rumahtangga bahagia? Untuk menjawab persoalan ini, ianya harus melihat kepada realiti yang berlaku kepada rumahtangga dewasa ini. Apabila realiti menjadi ukuran, sepintas lalu didapati kesan atau hasilnya amat sedikit. Sebab itu tidak hairan krisis rumahtangga masih berleluasa. Kes-kes perceraian masih tinggi. Anak-anak liar masih membimbangkan. Sekurang-kurangnya harus juga diakui iaitu keresahan dalam rumahtangga sering sahaja melanda dan sukar diatasi. Keadaan begini tidak mengenal peringkat usia dan juga berlaku di semua peringkat serta golongan masyarakat. Di mana silapnya?
B
Salah satu sifat wajib bagi Rasulullah SAW ialah sifat Fathanah. Menurut bahasa biasa, Fathanah diertikan sebagai cerdik atau pintar atau bijak. Sebenarnya tiada satu perkataan yang boleh diseertikan dengan Fathanah. Fathanah 1
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
itu adalah anugerah Tuhan yang luar biasa kepada Rasulullah SAW. Maka kalau hendak disebut juga sebagai cerdik, maka ianya tidak sama sekali dapat disamakan dengan mana-mana manusia super genius sekalipun. Tiada manusia yang dapat mencapai tahap cerdik, pintar, bijak dan super genius yang dimiliki oleh Baginda SAW. Terlalu luar biasanya Fathanah Rasulullah SAW itu sehingga andainya berhadapan dengan masalah, Baginda SAW mampu mengatasinya dengan keupayaan Fathanah yang Tuhan bekalkan kepada Baginda SAW. Di sinilah umat Islam perlu fahami bahawa biarpun begitu Fathanahnya Rasulullah SAW, namun dalam menghadapi masalah, Baginda SAW menggunakan Wahyu Allah SWT. Yakni Rasulullah tidak menggunakan akal semata-mata, melainkan menyelesaikan apa jua masalah dengan panduan dari Tuhan iaitu Wahyu. Masalah akan selesai secara tuntas dan tanpa adanya sebarang side-effect. Rumahtangga atau keluarga adalah sebuah institusi masyarakat yang kecil. Namun perlu difahami bahawa masyarakat yang kecil ini memainkan peranan yang amat besar kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Masyarakat dan negara sangat ditentukan oleh rumahtangga. Kemusnahan rumahtangga akan turut menjejaskan perestasi masyarakat dan negara. Cuma adakalanya tidak dapat dirasai secara langsung. Umpamanya kerosakan rumahtangga boleh melahirkan ramai penagih dadah. Akibatnya kos yang kerajaan tangung untuk merawat mereka amat besar dan suasana tidak tenteram pula berlaku dalam masyarakat. Kesimpulannya di sini ialah bahawa persoalan rumahtangga adalah satu perkara yang besar. Tidak boleh dipandang remeh. Tidak boleh diabaikan dan tidak boleh ditangani secara sambil lewa atau ambil mudah. Pendekatan yang perlu dibuat mestilah atas dasar wahyu dan bukan teoriteori akal atau fomula yang diceduk entah dari mana sumber2
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
nya. Kebanyakan fomula rumahtangga itu kadang-kadang bersandarkan kepada pandangan bijak pandai Barat yang tidak pernah terbukti berjaya. Lihat saja kepada institusi keluarga di Barat yang sudah punah ranah. Terdapat juga teori atau saranan yangt bersifat belum pasti berkesan. Ianya sebagai satu percubaan kalau-kalau berhasil positif. Pendekatan ini juga bahaya kerana terhadap manusia tidak boleh dicuba-cuba. Kalau terhadap haiwan atau tumbuhan, boleh dicuba-cuba kerana kalau gagal pun boleh dicuba lagi. Kalau gagal lagi tidak rugi apa-apa, hanya musnah bagitu saja. Terhadap manusia kalau gagal amat buruk padahnya kerana akan membawa kesannya sepanjang hidup di dunia bahkan yang paling dahsyat ialah ke neraka di Akhirat kelak. Kaedah wahyu bukan pendekatan cuba-jaya. Ianya pasti berjaya. Sekali lagi diulang di sini bahawa inilah kaedah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam memimpin manusia termasuk pembinaan rumahtangga. Ada jaminan kejayaan dunia dan Akhirat. Dunia dapat rahmat Tuhan, petunjuk, Syurga yang disegerakan dengan kasih sayang, kebahagiaan, tenang, harmoni, aman damai, manakala Akhirat nanti dapat Syurga yang penuh nikmat yang kekal abadi. Kebahagiaan rumahtangga sangat ditentukan atau diukur atau dinilai dengan sejauh mana seluruh anggota keluarga itu bahagia dengan Tuhan. Inilah penunjuk aras atau pengukur yang pertama, paling asas, paling utama dan paling pokok. Sekiranya anggota keluarga itu masing-masing berbahagia dengan Tuhan maka mereka memiliki sembilan puluh peratus kebahagiaan sebenar rumahtangga. Unsurunsur lain hanya pelengkap sahaja, iaitu sepuluh peratus sahaja lagi untuk sempurna seratus peratus. Oleh itu setiap rumahtangga yang hendak di bina mestilah atas dasar semua anggota keluarga itu kenal Tuhan, takut dan cintakan Tuhan, mengutamakan Tuhan, memperjuangkan Tuhan, hidup bercita-cita untuk mendapatkan Tuhan, 3
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
hidup bersama Tuhan dan matlamatnya adalah Tuhan. Setiap anggota keluarga mesti faham peranan atau kerja Tuhan. Gabungan semua inilah yang menjadikan hidup berumahtangga itu ibarat Syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki di Akhirat kelak. Kalau ini menjadi ukuran utama, sekarang mari kita melihat ke dalam diri dan sekaligus melihat kepada keluarga yang sedang kita bina, dan lihat juga kepada mereka yang bakal membina rumahtangga. Apakah perkara pokok itu sudah diketahui sebelum ini dan sedang dihayati? Andainya belum, maka munasabahlah selama ini kita lebih banyak menggunakan akal semata-mata dan munasabah maka rumahtangga kita tidak mendapat kebahagiaan. Sejauh manalah cerdik dan pintarnya otak kita berbanding Rasulullah yang Fathanah itu. Namun Rasulullah SAW sangat merujuk kepada wahyu Allah SWT. Rasulullah SAW ada bersabda dengan maksud; “Seseorang akan membenci terhadap apa-apa yang tidak diketahui mengenainya.” Ini samalah dengan rangkai kata yang biasa disebut iaitu “tak kenal maka tak cinta.” Rangkai kata ini lazimnya disebut apabila dikaitkan dengan sesuatu benda atau perkara yang tidak disukai oleh sesiapa yang tidak mengenali sesuatu perkara atau benda. Lantaran itulah mereka tidak menyukainya. Kenal di sini bermaksud mengetahui dan memahami hakikat sesuatu. Misalnya mengenal sesuatu jenis makanan itu ialah dengan mengetahui sifat dan rupa bentuk, bahan yang terkandung hinggalah makan atau merasai makanan tersebut. Demikianlah sebagai misalan untuk menghampirkan kefahaman dalam konteks untuk mengenal Tuhan. Maha suci Tuhan tidak menyerupai makanan. Mesti bermula dengan ada ilmu tentang Tuhan, berkait dengan sifat-sifat Tuhan. Mesti ada ilmu mengenai peranan atau perbuatan Tuhan. Ilmu-ilmu itu hendaklah difahami sesuai dengan Tuhan yang sebenar yang tidak boleh ada sebarang penyerupaan dengan 4
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
sesuatu yang lain. Dan tidak boleh dibanding-bandingkan dengan apa atau sesiapa pun. Dan tidak boleh Tuhan itu di khayal-khayalkan. Biar pun terhadap Tuhan juga masih menggunakan istilah yang sama dengan yang digunakan terhadap makhluk, namun hakikat pengertiannya tetap tidak sama. Hendaklah merasa yakin dengan sepenuh keyakinan terhadap Tuhan. Dari keyakinan itu maka mesti pula dihayati dengan merasai sungguh-sungguh terhadap sifat-sifat dan peranan Tuhan itu. Terutama asasnya iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan. Apabila semua ini dilakukan, barulah kita dikatakan kenal Tuhan. Kalau sekadar memiliki ilmu tentang Tuhan, belumlah dikatakan sebagai kenal Tuhan. Itu baru peringkat tahu sahaja. Mengenal Tuhan mesti dengan rasa. Memiliki berbagai rasa yang selayaknya terhadap Tuhan, barulah dinamakan kenal Tuhan. Rasa-rasa terhadap Tuhan itu seperti merasai Tuhan itu Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Adil, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan lain-lain. Apabila rasa bertuhan itu dihayati maka rasa kehambaan pun secara automatik akan dimiliki. Iaitu rasa-rasa yang selayaknya sebagai hamba seperti rasa takut, rasa bimbang, rasa cemas, rasa hina, lemah, dikuasai, cinta, rindu, harap dan lain-lain. BEBERAPA CONTOH MENGENALI SIFAT TUHAN 1. Tuhan Maha Besar
Kalimah Allahu Akbar memang sering dilafazkan terutamanya dalam sembahyang. Kita hanya tahu maknanya iaitu Allah Maha Besar. Hakikat kebesaran Tuhan memanglah tidak terjangkau oleh ilmu dan fikiran kita. Kita tahu ertinya itu belum tentu dapat merasakan bahawa Tuhan itu Maha Besar menurut yang sebenarnya tentang kebesaran Tuhan itu. Namun dengan adanya ilmu, setidak-tidaknya sudah ada 5
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
asas untuk merasai kebesaran Tuhan. Selama ini umat Islam sendiri tidak pernah dapat memahami maksud Tuhan Maha Besar, jauh sekali dari menghayati. Selama ini terhenti setakat tahu maknanya saja yang tidak sampai menjadikan kita benar-benar membesarkan Tuhan. Allah Maha besar bermaksud segala sifat-sifat Maha adalah hanya milik Allah SWT. Kebesaran Tuhan itu ertinya semua dua puluh sifat-sifat Tuhan yang wajib diketahui dan segala nama-nama Tuhan yang popular iaitu sembilan puluh sembilan yang sekaligus itu juga sifat-sifat Tuhan adalah terhimpun dalam kalimah Allahu Akbar. Setelah kita faham maksud Allah Maha Besar dan kita hayati, dengan menyebut Allahu Akbar sudah amat menggerunkan kita. Betapalah pula andainya kita memahami setiap nama-nama dan sifat-sifat Tuhan satu persatu, tentulah kita menjadi orang yang benarbenar takut, gerun, bimbang dan cemas terhadap Tuhan. Dengan demikian itu datanglah pula rasa cinta. Takut itu ertinya cinta juga. Takut kehilangan cinta agungnya iaitu Tuhan. 2. Tuhan Maha berkuasa
Maha berkuasanya Tuhan itu tiada satu kuasa pun yang boleh atau dapat menyamai-Nya. Kuasa yang tidak dapat dibanding-bandingkan dengan apa-apa pun. Bahkan semua makhluk ciptaan-Nya berada dalam genggaman kekuasaan Tuhan. Kalau ada pun kuasa pada makhluk, itu hanyalah persamaan pada istilah tetapi tidak sama pada hakikat. Bahkan kuasa makhluk itu sangat terbatas, sangat lemah dan berlaku hanya dengan izin Tuhan. Kuasa makhluk hanyalah kuasa pinjaman, Kuasa sebenar atau kuasa hakiki adalah milik Allah SWT. Sebab itu kuasa makhluk banyak yang tidak berhasil atau banyak berlaku kegagalan. Kuasa makhluk juga tidak berlaku menurut kehendak makhluk itu sendiri. Cuba lihat 6
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
ketika manusia itu masih bayi, terlalu amat tidak berupaya. Bagitu juga ketika berusia terlalu tua, kembali seperti bayi dalam keadaan nyanyuk dan tidak bermaya. Akhirnya mati. Tiada siapa yang berupaya menahan dan menangguhkan mati kecuali Tuhan sendiri dengan kehendak dan izin-Nya. Setelah dikebumikan, mayat itu menjadi reput dan hancur menjadi tanah. Manusia juga tidak mampu menahan datangnya sakit. Dan tidak dapat menyembuhkan diri sendiri atau orang lain menurut kehendak manusia kecuali dengan kehendak dan izin Tuhan juga. Ubat-ubatan dan berbagai kaedah rawatan yang digunakan manusia hanyalah sebab musabab dan sebagai usaha sahaja. Ubat dan rawatan itu datangnya dari Tuhan juga dan tidak semestinya sembuh kecuali Tuhan kehendaki. Bahkan terdapat dua orang dengan penyakit yang sama tapi tidak sembuh dengan ubat atau rawatan yang sama. Ada juga yang langsung tidak sembuh dengan menggunakan bermacam-macam ubat. Manakala ada pula yang sembuh tanpa ubat dan rawatan. Begitulah Maha Kuasa Tuhan terhadap tiap-tiap sesuatu. Apa-apa yang berlaku sesama makhluk semuanya tidak memberi bekas sama ada yang bersifat lahiriah mahupun yang bersifat maknawiyah. Ianya sekadar hukum sebab akibat atau juga disebut sebagai sunnatullah. Sunnatullah atau sunnah Allah atau ketetapan Allah itu tidak berubah. Tuhan sudah disiplinkan bagitu. Sunnatullah atau ketetapan atau disiplin yang Tuhan buat, umpamanya kenyang oleh makan, hilangkan haus dengan air, membakar oleh api, memotong sesuatu dengan parang atau pisau, menyembuhkan penyakit dengan ubat, mahukan anak melalui perkahwinan, mahukan ilmu dengan berlajar, berguru atau membaca, mahukan wang ringgit dan harta benda melalui bekerja. Hidupnya tanaman bersebabkan tanah, air, cahaya dan udara. Sebabsebab yang bersifat maknawiyah pula seperti mengusahakan 7
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
taqwa untuk mendapat berbagai bentuk pertolongan Allah SWT tanpa diduga, membanyakkan doa untuk Tuhan tunaikan hajat, membanyakkan sedekah kerana sedekah itu lebih tajam berbanding dengan doa, mendapatkan berkat dari ibu bapa, guru-guru dan orang soleh. Tuhan sendiri yang sudah menetapkan atau mendisiplinkan bagi tiap sesuatu itu melalui sebab. Mengusahakan sebab itu adalah sunnah Allah SWT yang juga adalah perintah Allah SWT. Mengusahakan sebab itu selain akan mendapat hasil, sekaligus itulah juga sebagai saluran untuk mendapat pahala. Menolak sunnah Allah ini pasti binasa atau tidak mendapat hasil. Umpamanya tanam pokok atas batu atau pelihara haiwan tanpa beri makan, atau tanaman dibiarkan tanpa pagar atau mahukan anak tanpa kahwin. Namun usaha itu hanya berhasil dengan kehendak dan izin Tuhan. Supaya manusia tidak rosak aqidah dengan menyangka bahawa Tuhan dalam keadaan terpaksa terikat debgan sunnah-Nya dan juga sebagai bukti Tuhan saja yang memberi bekas dan memiliki kuasa mutlak, maka Tuhan jadikan beberapa kejadian di mana sebab tidak memberi bekas seperti Nabi Adam dicipta tanpa ibu dan ayah. Nabi Isa hanya ada ibu tanpa bapa. Nabi Ibrahim tidak terbakar selama empat puluh hari berada dalam api. Nabi Yunus tidak lemas tanpa udara, tanpa makan minum selama empat puluh hari dalam perut ikan nun. Inilah erti Tuhan Maha berkuasa berbuat menurut kehendak-Nya. Tiada siapa berhak mempersoal dan memprotesnya. Tuhan Maha berkuasa. Apabila Tuhan hendak menjadikan sesuatu, Tuhan berkata ‘Jadi’ maka akan terjadilah sesuatu itu. Dan tiada sebarang kuasa yang dapat menghalangnya. Tuhan berkuasa menjadikan atau mengadakan berbilionbilion benda bahkan tiada batasan banyak dengan sekelip mata saja tanpa ada halangan. Dan Tuhan boleh musnahkan seluruh alam semesta ini serentak tanpa halangan. Tuhan 8
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
boleh gerakan sebahagian benda dan dalam waktu yang sama Tuhan boleh diamkan sebahagian yang lain. Tuhan berkuasa menjadikan semua rambut disatu kepala itu hitam atau semuanya uban atau sebahagiannya uban dan sebahagiannya hitam. Tuhan berkuasa menjadikan dagu lelaki tumbuh janggut manakala dagu wanita tiada janggut. Tuhan berkuasa menjadikan bulu mata dan bulu kening tidak memanjang manakala janggut pula boleh memanjang. Tuhan jadikan manusia dan haiwan bernyawa tetapi tidak pula diketahui di mana nyawa itu berada. Tuhan jadikan otak boleh menyimpan ilmu. Tetapi otak orang yang memiliki banyak ilmu tidak merasai berat dan otak orang jahil tidak pula terasa ringan. Tuhan jadikan hati manusia boleh merasai seperti rasa takut, ngeri, suka, benci, jemu, bosan, meluat, marah, cinta, sayang, rindu dan lain-lain. Tidak pula diketahui bagaimana perasaan itu terbentuk dan berada di mana. Ini semua adalah bukti-bukti Maha Berkuasa Tuhan yang menjadikan berbagai perkara yang tidak terjangkau oleh akal. Bermula dengan berfikir dan mengenang betapa hebatnya kuasa Tuhan, natijahnya akan datang pula rasa Maha Hebatnya Tuhan. Secara otomatik datanglah rasa kehambaan yang mendalam. Datanglah rasa takut, cemas, bimbang dan berbagai rasa kehambaan. Rasa bimbang dan cemas itu bukan sekadar tinggal dalam bentuk perasaan semata-mata. Tetapi bimbang itu adalah terhadap nasib diri yang tidak tahu bagaimana kedudukan disisi Allah SWT. Bimbang dan cemas kerana Tuhan berkuasa berbuat apa saja terhadap makhluk ciptaan- Nya. Bimbang dan cemas kerana kita tidak tahu apa sukatan atau ketentuan Tuhan terhadap diri kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di dunia ini. Kerana kaya, miskin, sihat, sakit, usia panjang atau pendek, kecelakaan atau musibah, gagal atau jaya, senang atau susah semuanya di tangan Tuhan. Setiap hari dan di mana saja kita lihat 9
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
berbagai bencana dan malapetaka yang menimpa manusia, semuanya dalam keadaan tidak terfikir oleh kita dan berlaku tidak disangka-sangka. Tsunami, gunung berapi, gempa bumi, ribut taufan, kapalterbang jatuh, bas masuk gaung, kemalangan jalan raya, rumah runtuh, banjir dan berbagai bentuk lagi. Semuanya berlaku tanpa dapat dibendung kerana manusia amat lemah dan tidak berupaya. Sedang nasib kita belum tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Di atas tadi adalah ketentuan Tuhan dalam perkara yang bersifat lahiriah. Itu pun sudah amat menakutkan kita. Bagaimana pula sukatan Tuhan terhadap kita dalam perkara yang bersifat maknawiyah. Kalau kita faham ini lebih-lebih lagi menggerunkan kita kerana padah yang bakal ditanggung adalah neraka yang azabnya amat dahsyat. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Ada orang yang Tuhan beri petunjuk, keimanan, kebaikan dan dalam kebenaran dan dalam ketaatan dari awal hingga akhir hidupnya. 2. Ada orang yang Tuhan sesatkan, dalam kejahatan dan kedurhakaan dari awal hingga akhir hayat. 3. Ada orang yang di awalnya Tuhan tidak beri petunjuk, dalam kejahatan dan dalam kedurhakaan tapi di akhirnya Tuhan beri petunjuk, iman, kebaikan, dalam kebenaran dan ketaatan. 4. Ada orang yang di awalnya Tuhan beri petunjuk tetapi di akhir hidupnya Tuhan sesatkan. Bagi orang yang kenal Tuhan, dengan rasa bertuhan yang tinggi dan rasa kehambaan yang mendalam, tidak pernah merasa tenteram dalam hidupnya. Sentiasa tertanya-tanya apa akan berlaku kepada dirinya. Kerana dirinya dalam genggaman kekuasaan Tuhan. Tuhan adalah penentu dan pemutus. Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan berkuasa ke 10
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
atas tiap-tiap sesuatu. Tuhan saja yang berkuasa ke atas dirinya. Sebab itu ada orang yang menghadapi berbagai halangan dan rintangan untuk taat dan berbuat kebaikan. Dengan kehendak dan kuasa Tuhan dia tetap kekal dapat berbuat taat dan dalam kebaikan. Ada pula orang mempunyai peluang, memiliki kemudahan, ada kebebasan untuk berbuat baik dan ketaatan tetapi dalam hidupnya penuh dengan kejahatan, kedurhakaan dan maksiat. Melihat ke dalam diri, di situ nampak dan dapat merasakan kekuasaan Tuhan. Melihat keluar diri iaitu kepada alam semesta, di situ dapat melihat dan merasakan kekuasaan Tuhan. Bencana alam dan berbagai musibah dan malapetaka yang Tuhan jadikan. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Itu juga salah satu cara Tuhan hendak mendidik manusia supaya merasa kerdil dan lemah, betapa tidak berupaya dalam berhadapan dengan kuasa Tuhan. Supaya manusia insaf dan sedar bahawa diri kita juga Tuhan berkuasa perlakukan berbagai perkara kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk melakukannya. 3. Tuhan Maha Mendengar
Tuhan mendengar semua bunyi serentak. Tiada suatu bunyi pun yang Tuhan tidak dengar. Di sisi Tuhan semua bunyi didengari-Nya sama saja. Pendengaran Tuhan tiada bezanya antara yang jauh atau yang dekat. Pendengaran Tuhan tidak berbeza kerana Tuhan mendengar bukan dengan perantaraan alat seperti telinga. Tiada jauh dan dekat di sisi Tuhan kerana Tuhan tidak bertempat, ertinya Tuhan tidak mengambil jarak dan ruang maka tiada dekat dan jauh di sisi Tuhan. Maha Suci Tuhan dari sebarang kelemahan. Mustahil juga kalau sesuatu bunyi itu kuat maka Tuhan dengar pun kuat dan kalau sesuatu bunyi itu perlahan maka Tuhan dengar perlahan. Maha suci Tuhan hanya mampu mendengar satu 11
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
bunyi pada satu masa. Sedangkan seluruh bunyi dari apa yang berbunyi Tuhan dapat mendengarnya serentak. Bahkan bisikan hati seluruh manusia serta segala jenis bunyi dari makhluk yang berbunyi pun Tuhan boleh mendengarnya serentak. Mengenali sifat Tuhan yang Maha Mendengar ini sudah tentulah manusia bertambah rasa kehambaan. Betapa Tuhan sentiasa mengawasi semua suara termasuk suara hati manusia hatta kepada apa yang terdetik dan terlintas oleh hati. Sama ada suara atau bisikan itu terhadap yang baik mahu pun yang buruk semuanya didengari oleh Tuhan. Menghayati sifat Tuhan ini manusia tidak boleh berpura-pura terhadap niat atau apa yang terpendam di hati. Manusia boleh berpura-pura atau menipu manusia, namun tidak tersembunyi sesuatu pun malainkan Tuhan mendengarnya. Bukan sekadar Tuhan itu mendengar semata-mata, bahkan semuanya Tuhan tidak lupa. Mungkin manusia sudah melupainya. Di sisi Tuhan tidak demikian. Di Akhirat segalanya akan terbongkar. Tuhan akan dedahkan kembali dalam rekod catatan amal setiap manusia. 4. Tuhan Maha Melihat
Tuhan melihat bukan dengan mata seperti makhluk ciptaan Tuhan. Makhluk melihat sangat terbatas. Kita bahas khusus tentang manusia. Manakala makhluk lain itu sama saja. Manusia melihat dengan mata yang dicipta oleh Allah. Penglihatan manusia amat terbatas. Mata manusia tidak dapat melihat tanpa adanya cahaya. Kalau cahaya kabur maka apa yang dilihat juga samar-samar. Namun kalau cahaya terlalu terang, mata manusia tidak mampu melihat juga. Sebab itu manusia tidak mampu melihat matahari. Bahkan ketika mengalami sakit mata, melihat cahaya lilin pun tidak berupaya.
12
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
Dari segi jarak pula, kalau terlalu jauh tidak tercapai oleh mata untuk melihat sebarang benda. Contohnya terlalu banyak bintang yang jaraknya terlalu jauh tidak dapat dilihat. Adakalanya sesuatu itu dapat dilihat oleh mata tetapi tidak dapat pula mengenal pasti benda itu. Mata manusia juga tidak dapat melihat kalau sesuatu objek itu terlalu dekat. Benda-benda yang tersembunyi, terlalu halus, terdinding, terlindung, mata manusia tidak dapat melihat benda-benda itu. Perkara yang zahir tapi kedudukannya di belakang, mata manusia tidak dapat melihat benda itu. Ketika manusia memandang kepada satu-satu arah atau benda atau objek maka manusia terlepas pandang kepada arah, benda, atau objek lain. Ertinya tidak dapat melihat banyak benda serentak pada satu-satu masa. Tuhan melihat seluruh alam semesta atau apa saja serentak. Tuhan melihat tiada beza antara yang jauh dan yang dekat, yang lahir atau tersembunyi, yang besar atau yang kecil. Tiada beza penglihatan Tuhan dalam gelap atau terang. Di sisi Tuhan tiada gelap dan terang, tiada jauh dan dekat. Tiada depan dan belakang. Tuhan tidak melihat yang jauh itu kecil atau samar dan tidak pula yang dekat itu besar dan nyata atau jelas. Tuhan melihat yang zahir dan ghaib sama saja. Di sisi Tuhan tiada ruang dan jarak, tidak bertempat, tiada gelap dan terang, tiada masa dan keadaan kerana semua itu adalah ciptaan Tuhan. Kalau demikian sifat Maha Melihat Tuhan itu dan kita fahami serta kita hayati, bagaimana dapat terlepas dari pandangan Tuhan? Dapatkah manusia lari atau bersembunyi dari Tuhan? Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang merasa bebas dan tenteram lantas berbuat apa saja sewenang-wenangnya. Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang merasa selamat, lantas berani membuat berbagai kemungkaran sepanjang hidupnya.
13
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
MEMAHAMI PERANAN ATAU KERJA TUHAN
Aspek yang amat penting dalam usaha untuk hidup bahagia bersama Tuhan ialah memahami peranan Tuhan. Tidak faham peranan atau kerja Tuhan menjadikan manusia mudah kecewa, putus asa, buntu seolah-olah tiada tempat bersandar terutamanya apabila mengalami masalah dan musibah. Apabila dilanda masalah tidak tahu jalan keluar dan tidak ada tempat mengadu. Seolah-olah merasakan sesuatu masalah itu tidak ada maksud baik dan didikan Tuhan. Dalam konteks rumahtangga, apa yang sering berlaku ialah semakin kusut dan semakin tertekan kerana tidak memahami hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh menjadi ribut taufan rumahtangga. Perkara yang sepatutnya dapat diatasi dalam sehari berlarutan hingga bertahun. Hal yang sepatutnya dapat diselesaikan secara bisik-bisik menjadi riuh, satu negara pun tahu. Aib yang sepatutnya disorok menjadi tersebar seluruh dunia. Hal yang sewajarnya mengambil sikap berdiam diri bertukar menjadi drama serang menyerang dengan maki hamun dan sumpah seranah. Tidak bergerak dan diam setiap sesuatu itu melainkan dengan izin Allah SWT. Setiap kejadian, setiap peristiwa dan setiap hal dan keadaan semuanya datang dari Tuhan. Tuhanlah segala-galanya. Tuhan yang mengadakan ketentuan, keputusan dan sukatan akan tiap-tiap sesuatu. Memahami dan menghayati peranan Tuhan ke atas makhluk khususnya kepada manusia, hidup akan menjadi indah, tenang, aman tenteram dan bahagia. Asas untuk memahami dan menghayati peranan Tuhan ialah setiap sesuatu peristiwa, kejadian dan keadaan yang berlaku kepada makhluk datangnya dari Tuhan. Sama ada peristiwa, kejadian dan keadaan, sama ada yang positif mahu pun negatif, sama ada pada diri, keluarga, masyarakat dan alam semesta, semuanya ada maksud baik dari Tuhan untuk manusia. Maksud baik itu ialah adanya 14
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
hikmah, iktibar, didikan, peringatan dan pengajaran. Biarpun sesuatu peristiwa, kejadian dan keadaan itu dilihat negatif oleh manusia, namun ianya tetap ada maksud baik dari Tuhan. Hanya manusia saja yang lemah, tidak berupaya dan amat terbatas untuk memahami dan menyelami maksud baik Tuhan itu. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi makhlukNya. Tuhan Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan Maha Adil. Tuhan membela dan menghiburkan. Amat luas keampunan, rahmat dan kasih sayang-Nya, manakala Tuhan menghukum dengan penuh hikmah. Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang menganggap perkara negatif sebagai negatif dan rasa menderita menerimanya. Manusia yang begini sikapnya, menerima musibah atau malapetaka itu sebagai negatif lantas menderita, keluh kesah, gelisah, mendongkol, bahkan semakin melupai dan durhaka kepada Tuhan. Mereka juga menjadi putus asa dan kecewa lantas bertambah melupai Tuhan. Sedangkan di sisi Tuhan ada maksud baik. Contohnya dalam Hadis Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang menyebut firman Tuhan bermaksud: “Tidaklah seseorang itu tertusuk duri melainkan disebabkan oleh dosanya.” Sekecil-kecil musibah adalah kerana dosa dan sekaligus sebagai peringatan Tuhan supaya insaf dan sedar bahawa itu adalah peringatan Tuhan, kembali ingatkan Tuhan, bersabar dan bertaubat. Apabila ini dilakukan maka dengan musibah sekecil itu Tuhan ampunkan dosa, sekaligus itu juga jalan mendekati Tuhan. Betapalah kalau musibah itu jenis yang besar dan lebih dahsyat lagi. Andainya tidak memahami peranan Tuhan maka akan terjadi di mana dalam kedaan musibah dan kesusahan manusia menjadi kecewa, menderita dan putus asa. Kalau Tuhan beri kesenangan, kemewahan, berbagai kejayaan, 15
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kedudukan status sosial yang tinggi, berpangkat dan popular, tidak juga dekat kepada Tuhan. Tidak juga ingat kepada Tuhan. Sebaliknya terus lalai dan melupai Tuhan. Bahkan ada yang terus sombong dan mendurhakai Tuhan. Kedurhakaan yang paling utama dan jahat kepada Tuhan ialah apabila dia merasakan bahawa semua kejayaan itu adalah milik mutlaknya kerana hasil usaha gigih, bijak, pandai dan kepintarannya. Dia lupa yang gigih, pandai, bijak dan pintar itu adalah anugerah Tuhan. Kesimpulannya, manusia yang tidak memahami peranan Tuhan kalau peristiwa, kejadian dan keadaan yang positif dia melupai Tuhan dan kalau negatif pun lebih-lebih lagi melupai Tuhan. Manusia yang bersikap begini dalam keadaan mendapat nikmat atau mendapat musibah sama-sama hilang bahagia. BEBERAPA CONTOH PERANAN ATAU KERJA TUHAN 1. Tuhan angkat menjadi pemimpin.
Kalau hanya nampak kepada habuan dan keuntungan maka ramai yang berebut untuk menjadi pemimpin. Yang belum dapat, berusaha untuk menjadi pemimpin. Manakala yang sudah dapat, berusaha untuk mempertahankan kedudukan sebagai pemimpin. Sedangkan bukan sebarangan orang yang boleh dan layak menjadi pemimpin. Kedudukan sebagai pemimpin bukan soal siapa yang mahu tetapi siapa yang mampu, siapa yang layak dan memiliki ciri-ciri pemimpin. Apabila seseorang itu Tuhan angkat menjadi pemimpin, Tuhan bermaksud agar dia pandai menerima amanah dan anugerah Tuhan itu. Menerimanya dengan penuh takut dan bimbang kepada Tuhan. Takut dan bimbang apakah dapat melepasi ujian Tuhan dalam kepimpinannya. Pada teorinya memang kelihatan mudah, pada realitinya sudah terbukti ramai yang kecundang. Ketika sebelum menjadi pemimpin 16
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
berwatak baik dan warak bahkan berikrar kalau menjadi pemimpin mahu benar-benar mewakili Tuhan. Tetapi apabila menjadi pemimpin, bertukar watak menjadi ganas dan rakus seolah-olah seperti tidak pernah berikrar kepada Tuhan. Sebab itulah setiap pemimpin mesti faham dan menghayati apa maksud Tuhan memilih dan mengangkat seseorang menjadi pemimpin. Bukannya berebut untuk menjadi pemimpin seolah-olah mendabik dada mengaku mampu dan layak. Sedangkan Tuhan bermaksud agar setiap pemimpin memikul tanggungjawab menjadi khalifah atau wakil bagi pihak Tuhan. Mengatur dan menyusun, mentadbir kehidupan manusia menepati kehendak Tuhan. Wajib bersifat adil, meratakan kasih sayang, mendidik dan prihatin kepada kehidupan manusia. Kezaliman yang paling besar bagi seorang pemimpin ialah apabila pemimpin itu tidak membawa manusia kepada Tuhan. Maka sebaliknya keadilan yang paling utama ialah apabila pemimpin itu merasa benar-benar bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh membawa manusia kepada Tuhan. Rasulullah ada bersabda bermaksud, “Penghulu kepada satu kaum adalah khadam kepada kaumnya.” Khadam di sini bermaksud sangat memberi khidmat kepada rakyat. Sangat menyelamatkan, sangat membela dan sangat menghiburkan. Dia kena faham bahawa seluruh hal ehwal, Tuhan akan pertanggungjawabkan ke atas bahunya. Lantas dia menjadi takut, bimbang dan cemas di atas kepimpinannya itu. Bukan mudah untuk melepasi segala persoalan rakyat di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Dengan sebab itu dia sentiasa muhasabah menghitung-hitung dirinya yang bersangkut paut dengan kepimpinannya. Dan sering bertaubat di atas segala cacat cela, kekurangan dan kesilapan dalam kepimpinannya. Bukan keseronokan peribadi, bukan habuan dan bukan keuntungan peribadi yang diperolehi tetapi sebaliknya terpaksa menjadi “khadam” berkorban untuk memberi khidmat 17
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
terbaik kepada “tuannya” iaitu rakyatnya sendiri. Inilah maksud Tuhan yang mesti di fahami dan dihayati oleh mereka yang Tuhan rezekikan menjadi pemimpin di semua peringkat kepimpinan. 2. Tuhan beri kekayaan
Antara maksud Tuhan dalam perkara ini ialah agar orang kaya merasai Maha Kayanya Tuhan yang memberi kekayaan tersebut kepadanya. Dan seterusnya dia banyak bersyukur kepada Allah SWT di atas anugerah kekayaan itu. Dari begitu ramai manusia di atas muka bumi ini, Tuhan pilih dirinya untuk Tuhan kayakan. Dengan kekayaan itu dia bertambah merasa kerdil dan dapat merasakan Tuhan yang Maha Kaya. Dengan kekayaan yang Tuhan anugerahkan itu maka bertambah alat yang memudahkan dirinya melakukan ketaatan dan amal ibadah kepada Tuhan. Sekaligus dapat menabur bakti kepada sesama manusia terutamanya kepada mereka yang sangat memerlukan. Dia sangat sedar bahawa Tuhanlah yang menghitam-putihkan kehidupan manusia. Kekayaan itu adalah milik Tuhan dan semata-mata anugerah Tuhan, sedangkan usaha ikhtiar hanyalah sebagai penyebab sahaja. Ramai juga manusia lain yang berusaha gigih namun tidak mendapat hasil yang sama dengan dirinya. Orang kaya sepatutnya bimbang kerana ketika hidup susah pernah merayu kepada Tuhan agar dikeluarkan dari kepompong kesusahan, lalu Tuhan tunaikan permintaannya. Tetapi apabila Tuhan beri kesenangan dan kekayaan dia melupai Tuhan termasuk melupai seolah-olah tidak pernah berdoa kepada Tuhan. Miskin kaya, susah senang, baik buruk adalah di tangan Tuhan. Maka kekayaan anugerah Tuhan itu hanyalah satu ujian sama ada dia pandai bersyukur atau kufur. Dalam kekayaan anugerah Tuhan itu ada hak mereka yang miskin. 18
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
Menyedari itu maka dia dengan mudah menjadi pemurah. Dia sedar bahawa kekayaan itu sebenarnya adalah satu saluran Tuhan untuk mengagihkan kekayaan kepada sesiapa saja yang memerlukan. Itu juga merupakan cara Tuhan mahu mengikat hubungan orang kaya dengan orang miskin. Orang kaya merasa bahagia dan terhibur kerana dapat berkhidmat kepada orang miskin. Manakala orang miskin juga sangat berterima kasih, terhibur di atas kasih sayang dan sifat pemurah orang kaya. Orang miskin tidak merasa tersisih, tidak iri hati atau hasad dengki kepada orang kaya. 3. Tuhan beri ilmu atau menjadi Ulama
Semua manusia suka memiliki ilmu, menjadi cerdik dan pandai, kerana ianya adalah fitrah semula jadi manusia. Sebab itu manusia memburu ilmu walau di mana saja hatta ke angkasa lepas atau ke dasar lautan. Bahkan manusia mencuba ke bulan dan sekarang ke bintang dan planet lain. Berbagai kajian dan penyelidikan dilakukan dalam aspek yang tidak terbatas. Berbagai penemuan baru yang mengkagumkan terhasil dari penyelidikan dan kajian yang telah dibuat itu. Oleh kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan, maka manusia tidak tahu apa maksud Tuhan memberi ilmu kepada mereka. Terdapat di kalangan manusia yang sangat arif tentang kayu. Seluruh aspek yang berkaitan dengan kayu diketahuinya. Namun mereka tidak mengenal Tuhan yang menjadikan kayu tersebut. Ramai yang mendapat berbagai gelaran dan pujian kerana kajiannya tentang batu. Mereka juga sangat takjub terhadap batu batan yang dikajinya itu. Namun mereka tidak pernah merasa takjub terhadap Tuhan yang menjadikan batu batan tersebut. Ramai yang kagum dengan gunung ganang, sungai, lautan, haiwan, pemandangan dan seluruh alam 19
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
semesta ini. Namun mereka tidak pernah kagum dengan Tuhan yang mencipta seluruh alam semesta. Tuhan beri ilmu kepada manusia terutamanya kepada para ulama yang pertama dan utama ialah agar ulama itu mengenal Tuhan yang sangat berilmu dan menghayati hidup berTuhan. Dengan ilmu itu para ulama semakin memiliki rasa berTuhan dan merasa kehambaan. Dapat melihat dan merasai betapa tidak terbatasnya ilmu Tuhan. Tuhan beri kelebihan memiliki ilmu kerana Tuhan bermaksud agar mereka semakin mengenali Tuhan. Melalui ilmu yang dimiliki itu dapat melihat Tuhan dengan perasaan penuh kekaguman dan takjub. Hingga semakin tidak berupaya memperkatakan tentang betapa hebatnya Tuhan Yang Maha Kuasa itu. Hingga dengan itu hati merasakan Tuhan itu segala-galanya. Hingga hati amat susah untuk melupai Tuhan. Kehidupan orang yang berilmu ini menjadi contoh atau model kepada manusia lain. Dengan contoh teladan yang ditunjukkan oleh para ulama, manusia lain akan mudah jatuh hati dan jinak hati mereka kepada Tuhan. Ulama mesti sangat berakhlak kepada Tuhan dan kepada manusia. Seluruh watak, ciri-ciri dan sifat-sifat terpuji jelas dimiliki oleh ulama. Sangat tawadhuk sehingga orang lain malu lantas memuliakannya. Sangat mendidik, memberi tunjuk ajar, mengajar dan memimpin manusia lain. Tuhan beri mereka ilmu supaya menjadi obor kepada masyarakat. Manusia yang hidup dalam kegelapan, terutamanya tidak mengenal Tuhan maka obornya ada pada ulama. Manusia menjadi kenal Tuhan dan hidup dalam kebenaran hasil dari ulama yang menjadi obor menerangi kehidupan dan juga menjadi model pada peribadi, keluarga, dan dalam kehidupan terutamanya dalam ibadah, akhlak pergaulan, sosial, perhubungan dan hidup bermasyarakat. Kalau berada bersama masyarakat, akan jelas kelihatan berbeza wibawa orang berilmu. Kehadiran ulama di tengah20
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
tengah masyarakat sangat diperlukan. Kehadiran mereka ditunggu-tunggu dan tidak menjemukan, ketiadaan mereka dirindui dan terasa kehilangan. Melihat wajah ulama, hati manusia teringat Tuhan dan sebahagian masalah sudah terasa selesai. Mereka disegani dan dihormati. Ilmu itu juga adalah amanah Allah untuk disampaikan kepada manusia lain. Maka dengan penuh gigih dia berjuang di tengah masyarakat kerana hendak menyampaikan ilmu Tuhan. Terkorban segala kepentingan diri. Yang tinggal hanyalah harapan untuk memperolehi keredhaan Tuhan. Begitulah serba sedikit maksud Tuhan kepada orang-orang yang Tuhan beri ilmu dan diangkat menjadi ulama. 4. Tuhan jadikan miskin
Apabila manusia tidak memahami kerja Tuhan dan tidak memahami maksud Tuhan menjadikan sebahagian manusia miskin, maka manusia, termasuk sebahagian dari umat Islam, yang memandang negatif kepada orang yang Tuhan miskinkan. Bahkan terdapat bangsa-bangsa di dunia ini yang menghina orang miskin. Golongan miskin di anggap sebagai golongan bawahan yang hampir hendak disamakan dengan haiwan. Sikap memandang rendah dan hina kepada golongan miskin menjadikan golongan miskin terbiar, tersisih, tiada pembelaan dan tidak dipedulikan. Mereka tidak diberi peluang untuk mengubah kehidupan miskin mereka itu. Dalam ajaran Islam, kemiskinan bukan satu masalah atau penyakit sosial. Ada pihak yang beranggapan demikian kerana sudah sangat terpengaruh dengan pemikiran moden dari barat. Dalam Islam, kemiskinan bukan membawa masalah kepada masyarakat dan negara. Apa yang menjadi masalah ialah ketiadaan iman dan taqwa. Apabila manusia tiada iman dan taqwa maka akan terjadilah berbagai gejala sosial. Kalau begitu mengapa dikaitkan kemiskinan dengan 21
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
masalah. Sedangkan kalau ketiadaan iman dan taqwa golongan lain juga bahkan lebih teruk lagi sebagai penyumbang dan pencetus kepada masalah dan gejala sosial. Inilah di antara salah faham dan sikap prejudis sesetengah pihak kepada golongan miskin. Secara kebetulan golongan miskin juga turut tidak memahami kedudukan ini lantas mereka juga turut meletakkan golongan mereka sebagai masalah kepada masyarakat. Inilah akibat atau kesan dari tidak memahami peranan Tuhan mengapa Tuhan jadikan sebahagian manusia hidup dalam kemiskinan. Untuk memahami kerja atau peranan Tuhan dalam konteks ini, mula-mula hendaklah menerima hakikat bahawa Tuhan memang menjadikan manusia dengan berbagai kedudukan, peringkat, kemampuan, keupayaan, kemahiran, minat, bidang kepandaian dan kecenderungan. Tiada manusia yang sempurna dalam semua bidang. Tiada manusia yang mampu dan berupaya menguasai semua bidang. Tiada manusia yang dapat bersendiri dan dapat mengatasi semua hal secara bersendiri. Memahami hakikat ini maka kita hendaklah pula menerima hakikat bahawa tiada manusia yang dapat bersendiri dalam semua hal melainkan tetap saling sandar menyandar, saling memerlukan, saling lengkap melengkap, saling ada pertalian dan hubungan dan saling berbudi dan berjasa. Hanya masing-masing dalam bidang dan aspek yang berbeza. Hanya keegoan saja yang tidak mahu menerima dan akur kepada hakikat ini. Umpamanya, betapa kaya pun seseorang itu, dia tetap memerlukan tukang untuk membina mahligainya, perlukan petani dan nelayan untuk sumber makanannya, perlukan buruh untuk mengangkat sampah, perlukan pemandu untuk kenderaannya, perlukan pembantu rumah untuk uruskan rumahnya dan dalam begitu juga dalam berbagai urusan yang lain. Bayangkan kalau tiada golongan lain yang terlibat memenuhi keperluan hidupnya. Tiada ertinya kekayaan yang 22
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
dimiliki. Kiaskan secara timbal balik kepada golongan lain seperti antara pemimpin dengan rakyat dan sebaliknya, antara peniaga dengan pembeli dan sebaliknya. Antara pembekal, pemborong, peruncit dan pembeli. Hubungan timbal balik saling sandar menyandar, saling perlu memerlukan ini boleh dilihat secara lebih global antara keperluan negara dengan negara, antara syarikat dengan syarikat, antara masyarakat dengan masyarakat, antara peringkat-peringkat golongan dengan golongan yang lain. Boleh juga dilihat secara yang lebih kecil umpama antara individu dengan individu atau pihak lain. Contoh yang paling mudah ialah antara pengguna pakaian dengan tukang jahit, atau kilang atau gedung pakaian, perusahaan membuat kain, penanam kapas atau penternak ulat sutera dan termasuk adanya hubungan dengan sistem pengangkutan seperti kapal. Setelah memahami serta akur akan hakikat itu, barulah kita faham bahawa tiada apa yang sia-sia di sisi Tuhan. Masing-masing ada peranan mengikut bidang, kedudukan, minat dan kemampuan. Yang utama ialah masing-masing dapat menerima ketentuan dan sukatan Tuhan terhadap diri masing-masing. Hendaklah pula bersangka baik terhadap Tuhan dalam keadaan apa pun. Bahawa Tuhan ada maksud yang amat baik dengan kemiskinan itu. Di situ pula dapat dijadikan saluran ibadah kepada Tuhan dan berbakti kepada manusia. Jangan rasa hina kalau Tuhan miskinkan kita kerana amat besar jasa dan bakti orang miskin kepada manusia. Selama ini amat banyak serta berbagai khidmat yang dicurahkan oleh orang miskin kepada golongan lain. Hanya manusia saja yang tidak mahu mengakui dan mengiktiraf jasa orang miskin. Selain itu, hidup miskin ertinya darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Orang miskin masuk Syurga lima ratus tahun lebih dahulu berbanding orang kaya. Hisab orang miskin amat mudah kerana kurangnya harta benda. Tingginya Syurga 23
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
orang miskin umpama penduduk bumi melihat ketinggian bintang. Rasulullah SAW berdoa untuk hidup miskin, mati miskin dan masuk Syurga bersama orang miskin. Golongan fakir miskin juga sangat dikasihi oleh Rasulullah SAW dan Baginda sering kali duduk-duduk bersama golongan miskin. Orang miskin sepatutnya bimbang kalau Tuhan kayakan mereka, takut-takut nanti tidak pandai menerima kekayaan serta salah menggunakan nikmat Tuhan. Tetapi tidak pula salah untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi kaya. Harus saja hukumnya untuk menjadi kaya. Bukan wajib atau sunat dan bukan pula haram atau makruh untuk menjadi miskin. Adalah satu kesilapan besar apabila menganggap kemiskinan sebagai masalah. Sepatutnya golongan lain tumpang seronok dan berterima kasih kepada golongan miskin kerana selain berbagai sumbangan yang mereka berikan, adanya golongan miskin merupakan tempat untuk menyalurkan sedekah dan pertolongan atau dengan lain perkataan sebagai saluran pahala. Yang menjadi masalah ialah apabila kemiskinan tanpa kenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan mengapa Tuhan jadikan kemiskinan. Apabila tiada iman maka jadilah orang miskin yang tidak redha dengan kemiskinan. Hati subur dengan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, iri hati, cemburu melampau, rasa hina diri, kecewa, putus asa, mendongkol, keluh kesah dan gelisah. Kalau hujah bahawa manusia tanpa iman mendatangkan berbagai masalah, maka bukanlah kemiskinan boleh dipersalahkan. Kerana tanpa iman dan taqwa, semua golongan sama sahaja bahkan dalam banyak hal, lebih banyak dan lebih besar dalam mencetuskan masalah. 5. Tuhan datangkan sakit
Menurut kelaziman atau lumrah hidup manusia, sakit hanya
24
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
datang sekali sekala. Bukan pula tidak ada manusia yang sakit berpanjangan tetapi sebagai kes terpencil atau jarangjarang terjadi. Apabila mengenal Tuhan dan memahami kerja Tuhan, manusia akan menerima sakit itu sebagai ketentuan Tuhan atau sunnatullah. Di situ juga kita akan menjadi orang yang bersyukur kepada Tuhan akan nikmat sihat sekaligus tidak mahu mengsia-siakan nikmat sihat itu. Apabila seseorang itu Tuhan timpakan sakit, mula-mula sekali Tuhan maksudkan untuk menjadi suis automatik kepada orang itu. Iaitu suis automatik untuk ingat kepada Tuhan. Melalui sakit itu Tuhan bermaksud supaya orang itu ingat bahawa Tuhan memanggil dirinya supaya ingat kepada Tuhan setelah mungkin terlalu lama melupai atau lalai dari ingatkan Tuhan. Bagi orang yang memang ingatkan Tuhan, melalui sakit itu Tuhan bermaksud agar semakin dekat dengan Tuhan. Bagi orang yang beriman, dia amat faham bahawa sakit itu sendiri merupakan sebagai tanda atau isyarat bahawa Tuhan ambil perhatian terhadap dirinya. Sebab itu para salafussoleh risau sekiranya terlalu lama Tuhan tidak sakitkan dirinya. Bimbang kalau-kalau Tuhan sudah melupainya atau Tuhan sudah tidak memberi perhatian terhadapnya. Selain itu hikmah sakit juga adalah tanda rahmat Tuhan. Mengapa dikatakan rahmat atau kasih sayang Tuhan, iaitu melalui sakit Tuhan bermaksud untuk menghapuskan dosadosa asalkan dia sabar dan redha. Sekiranya seseorang itu tiada dosa seperti para Nabi dan Rasul serta para wali-wali Allah, kepada mereka pula Tuhan bermaksud untuk mengangkat darjat atau kedudukan di sisi Tuhan. Penghapusan dosa, darjat dan kedudukan di sisi Tuhan bukan mudah untuk diperolehi. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam Syurga dan dia tidak dapat mencapainya 25
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lantas dia bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat itu di dalam Syurga.” Sebab itu betapa pentingnya kenal Tuhan dan memahami kerja Tuhan ke atas hamba-Nya. Kalau tiada iman dan tidak memahami kerja Tuhan maka manusia menerima sesuatu yang pada pandangan mereka negatif sebagai negatif. Dia akan bersangka buruk kepada Tuhan. Sangka buruk kepada Tuhan adalah satu dosa. Dengan sebab sangka buruk itu sesuatu yang amat positif dari Tuhan natijahnya menjadi suatu yang amat negatif bahkan berdosa kerana sangka buruk kepada Tuhannya. Umpamanya sakit. Kita juga kena faham bahawa Tuhan tidak memiliki perasaan seperti manusia. Apabila Tuhan mencintai hamba-hamba-Nya bererti bahawa Tuhan mencintai bukan dengan perasaan. Tanda Tuhan mencintai seseorang itu ialah dengan cara Tuhan mendatangkan ujian kepada seseorang. Membalas cinta Tuhan itu ialah dengan sabar dan redha terhadap ujian-ujian tersebut. Apabila ini dapat dilakukan maka terjadilah antara orang itu dengan Tuhannya cinta mencintai. 6. Tuhan timpakan musibah atau bala bencana
Musibah atau bencana di sini maksudnya yang Tuhan datangkan dan terpaksa ditanggung bersama. Ada yang datangnya langsung dari Tuhan tanpa campur tangan manusia seperti kemarau, banjir, gempa bumi, ribut taufan, tsunami, penyakit berjangkit, hasil taman tidak menjadi dan seumpamanya. Ada pula bencana yang Tuhan jadikan melalui sebab musabab dengan adanya campur tangan manusia seperti permusuhan, krisis, peperangan, gejala sosial, kezaliman pemerintah, kemerosotan ekonomi, harga barang dan kos perkhidmatan mahal dan lain-lain. Para Sahabat apabila mendengar guruh di langit atau 26
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
berlaku angin kencang, wajah mereka bertukar menjadi pucat ketakutan. Mereka minta perlindungan Allah SWT dari sebarang kemurkaan-Nya yang Dia datangkan melalui berbagai bencana. Mereka bukan takut kepada guruh petir atau ribut taufan itu tetapi mereka takut kepada Allah SWT. Mereka takut kalau dosa-dosa atau maksiat yang mereka lakukan menjadikan Tuhan murka dan didatangkan bencana alam. Manusia hari ini kalau berlaku musibah atau bencana alam, jarang atau hampir tidak dikaitkan dengan dosa dan maksiat dan kemurkaan Tuhan. Sering kali hanya dikaitkan dengan fenomena semula jadi seperti perubahan cuaca, pemanasan global, gempa bumi, dan sebagainya. Bersangka baiklah terhadap Tuhan. Berlakunya berbagai musibah itu sama ada yang bersifat langsung dari Tuhan mahupun yang berlaku melalui ‘angkara tangan manusia’, semuanya Tuhan bermaksud untuk peringatan, pengajaran, mendidik, menyedar dan menginsafkan manusia. Terutamanya agar manusia dapat melihat dan merasakan betapa Tuhan itu Maha Kuasa. Dengan cara itu bertambah iman dan taqwa manusia. Apa yang Tuhan kehendaki berlaku pasti berlaku dan tiada siapa atau tiada kuasa lain, kepintaran dan kepandaian manusia dapat menghalangkan. Melainkan agar manusia penuh akur sahaja kepada Tuhan dan bertambah takut kepada Tuhan. Agar manusia sedar dan insaf serta segera bertaubat sama ada taubat terhadap dosa, bagi yang berdosa, mahu pun taubat selaku seorang hamba bagi yang tidak berdosa. Musibah angkara manusia pula agar manusia sedar dan insaf, bahawa begitulah akibat menolak Tuhan serta sistem Tuhan. Begitulah natijah hidup tidak menjadikan Tuhan sebagai modal dan tidak menjadikan Tuhan sebagai matlamat. Kalau dalam sebuah rumahtangga atau mana-mana institusi yang anggotanya dalam jumlah yang kecil pun dilanda krisis, 27
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
berpecah belah, berserabut dengan masalah kerana meminggirkan Tuhan, betapalah dalam jumlah yang besar seperti negara dan ummah. Takutkan Tuhan, manusia akan menjadi baik. Cintakan Tuhan manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Manusia yang takut dan cintakan Tuhan sudah pasti menjadi malaikat berwajah manusia, subur benih malaikat dalam diri mereka. Dan mereka hidup dengan sistem Tuhan. Manusia yang tidak takut dan tidak cintakan Tuhan akan subur sifatsifat syaitan dan cinta dunia. Mereka ini adalah syaitan berwajah manusia. Hanya manusia pada fizikalnya saja tapi hati, sikap, perangai dan tingkah lakunya adalah syaitan. Cinta dunia adalah ibu segala maksiat. Maka berleluasalah berbagai gejala sosial yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh manusia itu sendiri. Apabila Tuhan datangkan musibah atau bencana, Tuhan bermaksud agar manusia berpaling dari kelalaian kepada kembali kepada Tuhan. Cuba kita lihat kepada sejarah kaumkaum di zaman para Rasul. Apabila Tuhan murka kepada sesuatu kaum disebabkan oleh keingkaran mereka maka Tuhan datangkan berbagai bencana alam sebagai peringatan. Umpamanya kaum Nabi Nuh, Tuhan banjirkan seluruh dunia. Kaum Nabi Soleh, Tuhan datangkan petir serta hujan batu. Kaum Nabi Lut, Tuhan terbalikan bumi. Firaun serta pengikutnya Tuhan tenggelamkan di dalam Laut Merah. Terhadap golongan yang memerangi Rasulullah SAW ketika perang Khandak, Tuhan datangkan taufan sejuk sehingga bertempiaran lari musuh-musuh itu dan di antara mereka itu ada yang terbunuh. Kalau dalam keadaan beriman dan Tuhan datangkan juga bencana, maka dalam keadaan itu ada rahmat besar dari Tuhan agar Tuhan hapuskan dosa mereka secara bersama dan angkat darjat bagi yang tidak berdosa. Cuba fikirkan, setelah datang peringatan Tuhan tetapi masih kufur, ertinya 28
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
itu satu laknat dari Tuhan. Bagaimana kalau mati dalam kekufuran? Begitulah didikan Tuhan melalui musibah dan bencana yang Tuhan timpakan kepada manusia. Sepatutnya umat Islam sangat serius memikirkan peringatan Tuhan apabila Tuhan datangkan banjir, ombak tsunami, kemarau, lumpur panas, penyakit berjangkit, hasil tanaman tidak menjadi, tanah runtuh, gempa bumi, ribut salji, taufan dan lain-lain. Bukannya melihat kepada fenomena alam. Sedangkan fenomena alam itu juga datangnya dari Tuhan. Kerana Tuhan datangkan musibah itu melalui sebab. Apabila Highland Tower tumbang menyembah bumi, kajian yang dibuat hanya terhenti kepada hujan lebat, struktur tanah yang lemah, pergerakan air bawah tanah. Itu semua adalah sebab musabab yang Tuhan jadikan supaya Highland Tower itu tumbang. Tetapi sebab yang tersirat adalah kerana dosa-dosa manusia. Sama ada mereka yang menjadi penghuni kondo tersebut atau pihak lain yang berkaitan. Namun kejadian itu adalah peringatan Tuhan kepada sesiapa saja yang mengenal Tuhan dan faham peranan Tuhan. 7. Tuhan datangkan masalah
Sama seperti Tuhan timpakan sakit yang datang sekali sekala, maka masalah dalam hidup manusia termasuk dalam rumahtangga datang sekali sekala juga. Bagi orang yang tidak kenal Tuhan dan tidak faham kerja Tuhan, satu masalah dirasainya seolah-olah seratus masalah. Betapalah kalau benar-benar dia ada seratus masalah. Lantas dia menjadi manusia yang kecewa dan putus asa dan menjadikan dia buruk sangka terhadap Tuhan iaitu dia merasakan tiada erti hidup ini kerana penuh dengan masalah. Kemuncak putus asanya ialah melakukan perbuatan membunuh diri. Ini juga sebagai bukti bahawa manusia yang hidup tanpa Tuhan, jiwa 29
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
mereka amat lemah dan rapuh kerana mereka tiada tempat bergantung dan tiada tempat bersandar. Apabila menghadapi masalah, terkapai-kapai, hilang pedoman dan tiada tempat rujuk, dan tiada tempat mengadu. Jiwa mereka kosong, pergantungan mereka hanyalah kepada akal semata. Sedangkan akal amat terbatas keupayaannya. Bergantung kepada akal semata-mata tidak sampai kepada Tuhan. Tuhan juga ‘berlepas tangan’ membiarkan manusia bergelut dengan masalah sendiri. Apabila akal sematamata cuba mengatasi masalah, bukan saja masalah yang sedia ada tidak selesai, bahkan akan timbul banyak ‘side effect’. Maka berkembang biaklah masalah yang kalau cuba diatasi akan menambah kusut lagi. Telah terbukti dalam dunia ini sudah berbagai teori, pendapat, idea, buah fikiran, teknik dah kaedah akal yang telah disajikan untuk mengatasi masalah manusia, semuanya gagal. Atau mungkin berjaya mengatasi satu masalah tetapi diiringi dengan timbul sepuluh masalah baru. Sepuluh masalah baru itu kalau cuba diselesaikan dengan kaedah yang sama akan terjadi pula seratus masalah baru. Sebab itu dunia hari ini manusianya sudah hilang kedamaian, hilang kesejahteraan, hilang keharmonian kerana berhadapan atau di kelilingi dengan berbagai masalah. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah krisis masyarakat kecil seperti rumahtangga, sekiranya bermasalah dan mencari penyelesaian, rata-rata panduan yang diberikan merujuk kepada kaedah akal. Termasuk para ulama dan ustaz-ustaz turut merujuk kepada bagaimana masyarakat Amerika atau Jepun mengatasi masalah rumahtangga. Terdapat motivator yang mengajak ahli keluarga menghilangkan ketegangan dengan meghayati muzik Kitaro dari Jepun. Tidak sebut Tuhan dan Rasul serta ajaran Islam. Tidak mengajak kepada takut dan cintakan Tuhan serta memahami peranan Tuhan dalam apa keadaan sekalipun.
30
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
Bagi mereka yang kenal Tuhan serta memahami peranan Tuhan, bukan sahaja masalah tidak dirasakan sebagai masalah, bahkan melalui masalah itu dia anggap mendapat keuntungan. Keuntungan yang dirasakan itu bukan bersifat material tetapi bersifat maknawiyah dan rohaniah. Melalui masalah itu dia berpeluang mendidik diri untuk lebih bertaqwa dan turut mendapat keuntungan rohaniah iaitu semakin takut dan cintakan Tuhan. Semakin terasa didikan Tuhan dan memperolehi berbagai hikmah, iktibar dan pengajaran. Jiwanya bertambah besar, sifat-sifat mahmudah semakin subur. Melalui masalah itu hatinya semakin tercabar yang memerlukan kesabaran. Kerana melalui kesabaran itu Tuhan hendak hadiahkan Syurga ‘bi-ghairi hisab’ (tanpa hisab), bukan mudah hendak dicapai kecuali hati atau rohnya mesti tercabar. Apabila tercabar maka semakin kuat bergantung dan bersandar kepada Allah SWT. Beberapa keuntungan lain yang diperolehi melalui masalah dan kesusahan yang Tuhan datangkan sama ada dalam rumahtangga mahupun dalam kehidupan masyarakat, antaranya ialah: a) Masalah yang datang itu merupakan kifarah atau penghapusan ke atas dosa-dosa sekiranya Tuhan timpakan kepada orang yang beriman dan bertaqwa. Sama ada dosa yang disedari atau tidak disedari. Sebaliknya kepada menusia yang tidak beriman maka masalah itu merupakan satu hukuman dari Tuhan. Namun ianya juga sebagai satu peringatan agar manusia itu sedar dan kembali kepada Tuhan. Kaum-kaum yang ingkar akan seruan para Rasul, Tuhan hukum atau beri peringatan dengan Tuhan datangkan bencana alam. Banjir kepada kaum Nabi Nuh, Tuhan terbalikan bumi bagi kaum Nabi Lut. Tuhan datangkan hujan batu bagi kaum Nabi Soleh. Tuhan datangkan nyamuk yang membunuh Namrud yang 31
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
menentang Nabi Ibrahim. Firaun ditenggelamkan dalam Laut Merah. Kemarau tujuh tahun sebagai bencana kerana hasad dengki kepada Nabi Yusuf. Rasulullah SAW juga ada menyebut yang maksudnya lebih kurang, “Tidaklah seseorang hamba itu ditahan rezekinya melainkan kerana dosa-dosanya.” Kedua-dua bentuk dosa itu mesti ditaubatkan dan perbanyakkan berbuat kebaikan sebagai penebus dosa. Tuhan mencintai orang yang berdosa dan bertaubat. Bahkan rintihan orang berdosa itu lebih baik daripada zikir para wali. b) Tuhan Maha Adil. Tuhan tetap membalas segala kesalahan sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Dia akan merasa beruntung kerana melalui masalah itu Tuhan membalas dosanya di dunia. Kalau Tuhan beri balasan di Akhirat maka balasannya amat azab dan tidak tertanggung dengan bakaran api neraka. Sedangkan api lilin di dunia ini pun tidak sanggup menahan kepanasan betapalah api neraka yang amat dahsyat itu. Kalau faham peranan Tuhan tidaklah masalah diterima sebagai negatif, sebaliknya masalah itu merupakan rahmat dari Tuhan kerana Tuhan sendiri hendak selamatkan dari seksaan Akhirat yang sangat tidak dapat dibayangkan dahsyatnya. c) Tuhan Maha Adil, setiap perbuatan jahat pasti Tuhan balas. Tetapi Tuhan beri balasan menurut cara Tuhan, bukan menurut lojik akal manusia. Umpamanya kalau seseorang pernah mencuri ayam, Tuhan bukan balas dengan orang lain mencuri ayam kepunyaan dia pula. Dia mencuri ayam kerana mungkin dia tidak punya ayam. Kalau tidak punya ayam bagaimana orang lain hendak mencuri ayam dia pula. Caranya, Tuhan balasi dengan suatu kesusahan lain yang Tuhan saja yang tahu menilai tahap kesusahan atau kerugian tuan punya ayam itu. Mungkin dengan cara Tuhan pancitkan tayar kereta, atau 32
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
anaknya sakit dan terlantar di hospital selama tiga bulan, atau telefon bimbitnya hilang, dan berbagai kemungkinan lagi. Bila bermasalah maka terus muhasabah terhadap serba kemungkinan apa-apa saja kesalahan yang dilakukannya. d) Manusia serba serbi lemah, liar dan lalai terhadap Tuhannya. Tuhan mendidik secara langsung dengan didatangkan masalah supaya hati kembali berjinak-jinak dengan Tuhan. e) Ramai manusia yang sering dilanda masalah dalam keluarga seperti isteri atau suami meragam dan anak-anak degil dan liar dengan berbagai cara. Anggota keluarga sebenarnya adalah saluran paling dekat dan cepat untuk Tuhan memberi isyarat terhadap apa saja yang tidak kena, dosa, maksiat, lalai dan sebarang kedurhakaan kepada Tuhan. Atau dengan istilah yang mudah, Tuhan jadikan anggota keluarga sebagai cermin terutamanya kepada ibu bapa. Anak-anak mereka itu Tuhan jadikan cermin terhadap sikap ibu bapa. Oleh itu perlu memahami peranan Tuhan, apabila datang masalah hendaklah cepatcepat melihat ke dalam diri sendiri. Kemungkinan-kemungkinannya ialah ibu bapa itu suatu ketika dulu pernah meragam, liar atau degil kepada ibu bapa mereka, guru-guru atau pemimpin. Atau pernah bermusuh dengan jiran atau kawan, atau adanya dosadosa yang sengaja dilupakan dan tidak mahu bertaubat terutamanya dosa sesama manusia. Atau pernah menipu, menzalimi dan menindas orang lain. Setidak-tidaknya mazmumah dalam diri yang sayang hendak diungkai kerana melalui mazmumah itu dia dapat untung seperti kedekut, ego, suka marah orang. Maka di atas kemungkinan itulah Tuhan datangkan masalah melalui anak isteri. 33
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Kalau ini berlaku, janganlah marahkan atau salahkan mereka. Tetapi hendaklah membaiki diri. Hendaklah muhasabah dan mengoreksi diri. Perbanyakan sedekah sebagai penebus atau kembali berkhidmat kepada kedua ibu bapa atau kepada masyarakat lain seperti anak yatim dan ibu tunggal. Sebagai peringatan tambahan, cuba kita renungkan tentang kehidupan kita, betapa Tuhan benar-benar berkuasa serta berperanan mendidik manusia, mentadbir, mengatur dan mencatur manusia dan sekalian makhlukNya. f) Masalah atau kesusahan yang Tuhan datangkan kepada orang yang beriman, Tuhan bermaksud agar orang itu bertambah kuat hubungan atau tautan hati dengan Tuhan. Ini Tuhan lakukan sesuai dengan fitrah yang Tuhan bekalkan kepada manusia. Sudah menjadi fitrah manusia apabila ditimpa masalah, hati sentiasa merintih kepada Tuhan untuk bebas dari cengkaman masalah itu. Inilah didikan Tuhan kepada para hamba-Nya. Melalui cara itu juga jiwa manusia bertambah kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Akal juga akan bertambah cerdik kerana sering memerah otak untuk mencari jalan keluar dari masalah yang sedang dialami. g) Kalau masalah yang Tuhan datangkan itu dalam bentuk yang terpaksa di pikul bersama atau ditanggung bersama atau sama-sama terpaksa menghadapinya, sama ada dalam keluarga atau dalam satu kelompok masyarakat, Tuhan bermaksud untuk mereka sama-sama merasai senasib dan berganding bahu mengatasinya, maka natijahnya akan bertambah simpati antara satu sama lain. Akhirnya akan bertambah jalinan kasih sayang dan bertambah akrab. Datanglah semangat bertolong bantu, saling prihatin, bela membela seta perpaduan yang lebih utuh.
34
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIA DENGAN TUHAN
Kesimpulannya, barulah kita dapat melihat bahawa punca tercetusnya berbagai masalah dalam kehidupan manusia sama ada yang bersifat individu mahupun yang ditanggung bersama, sama ada yang datang terus dari Tuhan atau yang di lakukan oleh manusia, adalah kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan. Akibatnya manusia menganggap masalah itu sebagai masalah dan berburuk sangka terhadap Tuhan yang mengizinkan musibah itu berlaku. Memang sewajarnya umat Islam sendiri memperjuangkan Tuhan sehingga manusia kenal Tuhan dan menghayati peranan Tuhan. Sehingga manusia merasa bahagia dalam apa keadaan dan situasi. Dalam senang, manusia memperolehi rahmat Tuhan dan dalam menghadapi masalah pun tetap baik sangka terhadap Tuhan, sekaligus turut mendapat rahmat Tuhan. Inilah erti hidup bahagia dengan Tuhan dan sekaligus inilah anak kunci utama kepada kebahagiaan rumahtangga. Mana-mana keluarga yang cita-cita hidup mereka adalah Tuhan, semua masalah dalam rumahtangga dirasakan sebagai kecil saja, kerana bagi mereka yang besar adalah sama ada mendapat Tuhan atau tidak. Mereka tidak merisaukan masalah lain kerana tenggelam di bawah kerisauan terhadap Tuhan. Mereka tidak takut kepada yang lain kerana sudah tenggelam di bawah takutkan Allah SWT. Hilang kebimbangan kepada yang lain kerana yang mereka bimbangkan ialah terhadap Tuhan. Segala masalah dalam rumahtangga tidak akan sampai melupai Tuhan lebih-lebih lagi atau jauh sekali dari mendurhakai atau kufur terhadap Tuhan.
35
www.SayangiKeluarga.com
2
Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid
alam masyarakat Melayu Islam memang sering mengungkapkan bahawa perkahwinan atau berumahtangga itu sebagai membangunkan masjid. Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid. Masjid pula adalah satu institusi yang wajib ada dalam kehidupan masyarakat. Dan sudah tentu dalam pembinaan masjid bukan boleh dibuat sambil lewa. Semua aspek yang berkaitan dengan masjid mesti tiada yang tertinggal. Misalnya masjid mesti tepat arah kiblat. Dibina dengan sempurna supaya tiada gangguan dalam penggunaannya. Penjagaan masjid yang berterusan mesti diperkirakan dari awal kerana masjid bukan sekadar hendak dipakai untuk tempoh yang singkat, sebaliknya penggunaan masjid sampai bila-bila.
D
Sekarang mari kita tinjau lebih terperinci lagi tentang konsep dan falsafah masjid dan bandingannya dengan rumahtangga.
36
www.SayangiKeluarga.com PERKAHWINAN IBARAT MEMBANGUNKAN MASJID
1. Masjid dibina kerana Allah SWT. Dilarang membina masjid dengan niat-niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Terpesong niat akan dengan mudah memusnahkan rumahtangga. Umpamanya niat berumahtangga hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri atau sekadar hendak melepaskan nafsu semata-mata. Niat-niat yang tidak murni ini awal-awal lagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Tuhan tidak pimpin dalam menjalani hidup berkeluarga. Hilang keberkatan dari Tuhan. Hasilnya rumahtangga itu tidak akan tenteram. Amat perlu diingat bahawa tanda sebuah keluarga yang hilang keberkatan ialah apabila suasana tidak tenteram, sering marah-marah, sering bertengkar, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, hidup nafsi-nafsi. 2. Arah kiblat semua masjid adalah tepat. Arah kiblat yang salah membatalkan sembahyang. Semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumahtangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, bermuafakat, seia sekata, saling memiliki rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu. Andainya niat berumahtangga itu tidak tepat, ibarat masjid salah kiblat. Biar pun berjaya juga dibendung dari timbulnya krisis, namun rumahtangga itu hakikatnya sudah berpecah belah. Untuk sementara waktu mungkin boleh bertahan. Dan mungkin juga masih boleh bertahan kerana belum ada sebarang cabaran atau gangguan. Lazimnya sadikit saja cabaran yang melanda akan mudah rapuh dan terbarai. 3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah saluran anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tenpat membesarkan dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis 37
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
adalah berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia, subur perangai syaitan, bertunjangkan nafsu dan tabiat haiwan semata-mata. Cinta dunia, angkara nafsu dan syaitan adalah punca dunia porak peranda dan tidak ada noktah dari bermusuh dan berperang. Inilah juga akibat yang bakal ditanggung oleh rumahtangga yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga yang Tuhan tidak dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan tidak dibawa bersama dalam kehidupan. 4. Masjid adalah tempat ibadah. Tempat beramal mengabdikan diri kepada Allah SWT. Masjid bukan tempat hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan hilai ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert atau tempat menonton sebarang permainan. Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan, tata susila dan ketertiban. Suasana yang aman tenteram seolah-olah dalam suasana menjaga ibadah. Seperti mana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka begitulah suasana dalam rumahtangga. 5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu, nasihat menasihati dan peringatan. Secara khususnya atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain, adab-adab dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.
38
www.SayangiKeluarga.com PERKAHWINAN IBARAT MEMBANGUNKAN MASJID
6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan. Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga. Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang, saling selamat dan menyelamatkan, saling menghiburkan, prihatin, setia dan bela membela. Yang tua mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf dan yang tidak bersalah memberi maaf. 7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Ditambah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi cantiknya sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara dua orang atau sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak. Sanak saudara antara kedua pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang lebih besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan mendapat anak, seterusnya menantu pula, maka bertambah lagi anggota keluarga. Selepas anak-anak dan menantu-menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula berkahwin maka bertambah lagi jumlah anggota keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi rumahtangga. Cuba bayangkan andainya berlaku perceraian antara suami isteri. Maka perceraian itu diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan yang diibaratkan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh. Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun ianya ibarat runtuhnya sebuah masjid, kesan negatif dari perceraian 39
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya. Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan agar kekal berfungsi maka begitulah juga rumahtangga perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai kepincangan dalam masyarakat. 8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk, debu, sawang semuanya disingkirkan. Najis memanglah sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada. Ini kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki masjid turut menjaga kesucian batin. Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya, sedikit sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati. Kerana hati memang terasa diawasi oleh Allah SWT. Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid. Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana anggota keluaga menjadikannya gelangang mujahadah untuk membuang dan membakar sifat mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan harapan sifat-sifat mahmudah dapat di bawa bersama ketika berada di luar rumah bersama masyarakat. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang baik-baik. Aman damailah pula masyarakat dan negara.
40
www.SayangiKeluarga.com
3
Hidup Bersama Tuhan
O
rang bertaqwa ertinya orang yang hidupnya sentiasa bersama Tuhan. Orang yang hatinya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan. Kerisauannya adalah bimbang terputus dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana tidak tahu bagaimana kedudukan dirinya di sisi Tuhan. Lebih menggerunkan ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat nanti Tuhan terima atau tidak. Sedangkan Akhirat nanti kekal abadi dan tiada siapa yang bersimpati serta tiada siapa yang dapat menolong. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Orang bertaqwa ertinya orang yang mendapat Tuhan. Mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya. Hidup orang bertaqwa ini senang, tenang dan bahagia kerana susah dan senang sama sahaja baginya. Kedua-duanya tetap mendatangkan keuntungan. Kalau susah dia sabar kerana kesusahan itu datang dari Tuhan, serta yakin kesusahan itu hanya sementara dan akan Tuhan iringi pula dengan anugerah nikmat. Kalau senang pula dia bersyukur kerana itu adalah anugerah Tuhan. Kalau kita gembira dengan kese41
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
nangan, mengapa dukacita di atas kesusahan sedangkan kedua-duanya datang dari Tuhan. Alangkah bahagianya orang yang setiap situasi hidupnya sentiasa mendapat Tuhan yang ertinya mendapat keuntungan. Inilah maksudnya mendapat segala-galanya. Untung di dunia hidup dalam ketenangan. Untung Akhirat pula Tuhan tidak sia-siakan dengan menganugerah ganjaran berlipat ganda tanpa diduga di Akhirat kelak. Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah fitrah manusia. Setiap manusia berbuat apa sahaja yang semuanya ingin mencapai tujuan akhir iaitu kebahagiaan, biarpun sedikit sahaja yang berjaya memperolehi kebahagiaan hakiki. Berbagai cara yang manusia laksanakan dengan tidak jemu-jemu memburu dan mencubanya. Itu semua bertujuan untuk merasa bahagia. Majoriti manusia tidak memperolehinya kecuali hanya sekadar eskapisma yang bersifat sementara. Hanya sekadar melupakan sekejap penderitaan batin yang tidak kunjung padam. Manusia hanya mencapai utopia yang di awang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata, tidak lebih menjadi eskapism, kepura-puraan dan menipu diri sendiri. Untuk mengecapi kebahagiaan yang sebenar, terimalah hakikat kehidupan ini sangat tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hati yang benarbenar dapat merasai kehendak Tuhan itulah yang berlaku dan merasa beruntung dalam apa situasi sekalipun, akan menikmati keindahan hidup yang disebut sebagai Aljannatul ‘ajilah, syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki. 1. Banyak perkara yang kita mahu, yang kita inginkan, yang kita idam dan menjadi cita-cita kita. Kita berusaha untuk mendapatkannya, memperolehinya atau mencapainya. Kita pun berjaya atau usaha kita itu berhasil. 42
www.SayangiKeluarga.com HIDUP BERSAMA TUHAN
Bersyukur dan berterimakasihlah kepada Tuhan yang menganugerahkan kejayaan itu. Iringilah pula dengan rasa bimbang kerana dengan kejayaan itu sekaligus merupakan amanah, tanggungjawab dan ujian. Tuhan mahu melihat bagaimana hamba-hamba-Nya melaksanakan tuntutan syukur itu. Paling utama ialah tidak merasai kejayaan itu adalah hasil usaha dan kepandaian diri. Bahkan kekal dengan rasa hina, dhaif, tidak upaya dan tidak layak memikul amanah. 2. Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu. Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat. 3. Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud 43
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut. Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita, cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk menempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka. 4. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita juga berusaha menghindari banyak perkara seperti sakit, kemalangan, kegagalan, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Di sini juga kita dapat merasakan bahawa Tuhan mengawal dan mentadbir tiap-tiap sesuatu. Tuhan Maha adil yang melakukan sesuatu ke atas hamba-hamba-Nya penuh berhikmah. Sedikit sahaja hikmah yang dapat diselami, sekadar yang dapat difikirkan oleh akal yang amat terbatas. Kepelbagaian keadaan yang Tuhan lakukan kepada manusia itu yang paling utama Tuhan mahu manusia sentiasa merasa bertuhan, tidak putus hubungan dan pergantungan kepada yang Maha Berkuasa. Ketika susah dapat dirasakan didikan Tuhan kepadanya, maka bertambah iman. Ketika senang terasa luasnya rahmat Tuhan, bertambah pula azam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika susah, gagal, sakit, musibah, bencana, terasa pula cubitan kasih sayang dari Tuhan dan sekaligus sebagai suis otomatik dari Tuhan untuk hambaNya berpaling kepada Tuhan. Andainya memahami 44
www.SayangiKeluarga.com HIDUP BERSAMA TUHAN
hakikat ini, alangkah beruntungnya kerana setiap situasi tidak putus dari rasa kehambaan dan rasa bertuhan. 5. Satu aspek yang mungkin amat jarang disedari oleh manusia iaitu telalu banyak perkara dan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas atau terfikir. Sama ada sesuatu perkara, kejadian dan peristiwa itu berkait secara langsung dengan kita atau tidak ada kena mengena dengan kita. Keadaan ini yang paling banyak berlaku. Kalau ada yang mahu memikirkannya sering terhenti setakat kajian sebab dan akibat. Sekadar berfikir tentang punca sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku. Amat jarang bahkan hampir tiada yang mahu mengaitkan dengan Tuhan. Jarang atau hampir tiada yang mahu melihat dan merasakan bahawa Tuhan yang menjadikan tiap-tiap sesuatu. Sebab akibat memang merupakan ketentuan atau sunnatullah. Namun apakah sebab itu bukan dari Tuhan? Sesuatu akibat yang bermula dari sebab, sedangkan sebab itu Tuhan juga yang datangkan untuk menghasilkan akibat. Tuhan hendak menghasilkan kesembuhan dari sebab ubat, ubat itu juga datangnya dari Tuhan. Tuhan hendak kenyangkan manusia dengan sebab makan, makanan itu juga dari Tuhan dan Tuhan yang ciptakan makanan. Tuhan yang tadbir dengan menentukan jenis benda yang hendak dimakan. Ertinya tidak pula boleh makan sebarang benda seperti batu, kayu, plastik atau besi. Peristiwa atau kejadian yang tidak pernah diduga, yang berlaku di luar diri atau tiada kaitan dengan diri bertujuan untuk menjadi iktibar teladan dan pengajaran. Menjadi peringatan bahawa bila-bila masa sahaja kejadian yang sama boleh menimpa diri. Bila-bila masa tanpa disangka, giliran kita akan menerima nasib yang sama. Oleh itu bersedia dan waspadalah. Hari ini kita 45
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
mendengar puluhan orang mati mendadak kerana letupan bom. Esok tanpa diduga mungkin giliran kita pula tetapi dengan punca yang berbeza. Hari ini kita dikejutkan dengan peristiwa mati beramai-ramai kerana kapal terbang terhempas, atau banjir lumpur, atau tsunami atau tanah runtuh. Esok lusa orang lain pula terkejut mendengar berita kematian kita kerana tercekik ikan puyu, atau jatuh katil, atau dilanggar lori, atau kita langgar lori dan sebagainya. Tuhan berbuat tidak mengira siapa. Di sisi Tuhan seluruh makhluk itu sama sahaja. Hidup di dunia ini sementara sahaja bahkan amat sekejap. Akhirat yang kekal abadi. Bandingan Akhirat dengan dunia dari segi masa ialah sehari di Akhirat sama dengan seribu tahun di dunia. Ertinya dinisbahkan Akhirat, kehidupan kita ini hanyalah sekitar satu jam sahaja. Apa sahaja yang Tuhan lakukan ke atas makhluk-Nya kita tidak berhak mempersoalkannya lebih-lebih lagi tiada hak untuk memprotesnya. Tuhan punya kuasa mutlak, terpulang kepada Tuhan untuk berbuat apa sahaja. Hamba hendaklah merasai diri itu adalah hamba dengan serba-serbi kekurangan, kedhaifan, lalai, leka dan banyak menderhakai Tuhan. Sekaligus hendaklah merasai bertuhan, iaitu rasa-rasa yang selayaknya bagi Tuhan. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan atau buruk sangka terhadap Tuhan. Dan jangan mengistimewakan diri sendiri. Ketika gagal dikatakan takdir Tuhan, ketika berjaya dianggap diri pandai, istimewa, luar biasa. Ini sangat tidak beradab dengan Tuhan. Hakikatnya keduadua keadaan itu dari Tuhan. Namun sebagai hamba yang wajib beradab dengan Tuhan, maka ketika gagal dirasakan kesalahan dan dosa diri, ketika berjaya anggaplah sebagai anugerah Tuhan.
46
www.SayangiKeluarga.com HIDUP BERSAMA TUHAN
Lima situasi kehidupan inilah di antara maksud hidup bersama Tuhan. Penjelasan ringkas ini sudah memadai untuk memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Di situlah nanti bakal menemui rahsia kebahagiaan yang sebenar. Menjadikan hidup penuh ceria, optimis, tenang dan senang. Tidak ada rasa keluh kesah, gelisah, putus asa dan kecewa.
47
www.SayangiKeluarga.com
4
Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang
S
iapa sahaja atau setiap manusia memerlukan kasih sayang. Kerana kasih sayang adalah fitrah semula jadi semua manusia. Dengan lain perkataan, semua manusia mahu dikasihi dan mahu mengasihi. Ketiadaan kasih sayang maka hilanglah bahagia dan hidup menderita, biarpun kaya raya dan banyak harta. Hari ini manusia amat pahit untuk menerima kenyataan bahawa manusia sudah kehilangan kasih sayang. Implikasi atau akibatnya ialah manusia hidup nafsi-nafsi, ego, sombong, terlalu mementingkan diri sendiri. Lantaran itu sering berkrisis, bermusuh, hasad dengki, iri hati, bergaduh, tindas menindas, zalim menzalimi, jatuh menjatuh, berbunuhan bahkan berperang. Tiada siapa mempedulikan kesusahan dan penderitaan orang lain, sama ada penderitaan lahiriah mahu pun penderitaan perasaan. Yang miskin papa kedana terbiar sendiri bergelut dengan serba serbi kesusahan. Golongan yang berkuasa dan berada pula asyik memikirkan bagaimana untuk kekal berkuasa dan menambah harta. Manusia yang 48
www.SayangiKeluarga.com SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG
bermasalah tidak tahu di mana tempat hendak mengadu untuk mengatasi masalah. Andainya terdapat pihak atau golongan yang serba sedikit ada kesedaran untuk menyelesaikan masalah, tidak tahu pula memberi jalan penyelesaian. Apa yang berlaku ialah sama ada masalah tidak selesai atau dapat menyelesaikan satu masalah, timbul pula side-effect yang banyak. Akhirnya masalah semakin kronik dan berlapislapis. Contohnya pemberian jarum dan kondom percuma kepada penagih dadah. Kesan yang amat buruk padahnya untuk jangka panjang, tanpa disedari ialah anak-anak seawal usia lapan tahun sudah bertanyakan apa itu kondom. Puncanya ialah kerana isu itu diperkatakan secara terbuka oleh beberapa pihak. Ada pula masalah yang cuba di atasi oleh pencetus masalah itu sendiri. Contohnya masalah pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala negatif di sekolah. Guru yang menjadi pencetus masalah pelajar hasil didikan yang salah terutamanya ketiadaan kasih sayang, guru-guru itu pula yang berusaha untuk mengatasi masalah yang mereka sendiri mencetuskannya. Kalau guru-guru itu berupaya mengatasi masalah atau mereka tahu bagaimana masalah itu berlaku, tentulah masalah itu tidak berlaku kerana mereka berupaya mencegah lebih awal. Tidak mencegah sama sahaja dengan tidak tahu mengatasi masalah yang berlaku. Sama juga dengan ibu bapa yang dari merekalah anak-anak dilanda berbagai masalah, sikap buruk, tiada akhlak dan ganas. Kerana berpunca dari ibu bapa yang tidak pandai memberikan kasih sayang, atau salah cara dalam memberi kasih sayang. Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia sama sahaja. Apa sahaja yang fitrah kita sukai, itu juga yang fitrah orang lain sukai. Apa sahaja yang fitrah kita membencinya, begitu jugalah yang dibenci oleh fitrah orang lain. Fitrah kita sukakan kejayaan, kebahagiaan, kebaikan, kebersihan, kasih 49
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
sayang, dihormati, maka fitrah orang lain pun sama sahaja. Fitrah kita membenci kejahatan, kekotoran, kekacauan, ego, sombong, dengki, kegagalan, mundur, jahil dan seumpamanya. Maka fitrah orang lain membenci perkara yang serupa juga. Sifat fitrah manusia juga tidak berubah mengikut zaman dan tempat. Namun apabila fitrah itu tidak dijaga, dikawal, dididik, disuburkan, ianya akan rosak. Apabila fitrah itu sangat terdedah kepada proses didikan dan suasana sekeliling yang rosak, maka fitrah itu turut rosak. Dalam konteks topik yang diperkatakan ini, semua manusia amat mendambakan kasih sayang. Dan sangat benci kepada krisis dan permusuhan. Kita akan rasa amat menderita dan terseksa andainya kita dibenci atau tidak dihormati oleh orang lain. Kita amat kesal andainya kita tahu orang lain iri hati, dengki atau meluat kepada kita, begitulah sifat fitrah itu. Sama juga dengan orang lain, akan berperasaan yang sama sekiranya mereka mengalami atau menerima nasib yang sama. Begitulah pentingnya kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang mesti berlaku dua hala atau berlaku antara dua pihak. Saling memberi kasih sayang dan saling menerima dan merasainya. Barulah erti kasih sayang itu benar-benar berkesan dan bermakna. Sehingga akan terzahirlah natijahnya iaitu perpaduan yang utuh. Tanpa kasih sayang, laungan perpaduan hanya akan tinggal menjadi slogan kosong yang tidak akan menjadi realiti. Mula-mula mari kita lihat dahulu orang yang yang memiliki ciri-ciri kasih sayang: 1. Lemah lembut Biarpun dalam keadaan yang tercabar atau keadaan yang boleh menimbulkan kemarahan, dia tetap mampu mengekalkan sikap lemah lembut. Kalau pun hendak menyampaikan teguran, tetap dengan lemah lembut. 50
www.SayangiKeluarga.com SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG
Mengekalkan sifat atau sikap lemah lembut ertinya mengekalkan hubungan baik dengan orang atau pihak lain. Terutamanya dalam mendidik, memimpin dan memberi tunjuk ajar akan berakhir dengan kegagalan sekiranya berlaku retak hubungan. Selain itu bukankah fitrah semula jadi manusia menyukai lemah lembut. Kalau marah sekali pun orang lain tidak dapat mengesannya kerana marah dalam kelembutan. Lawan kepada lemah lembut ialah kasar, keras, bengis, baran, mudah naik berang, menengking, herdik, marahmarah. Kadang-kadang manusia menolak nasihat dan tunjuk ajar itu berpunca dari sikap keras dan kasar. Tuhan memerintahkan kepada Nabi Musa a.s. supaya berlemah lembut terhadap Firaun dengan harapan hati Firaun menjadi lembut dan dapat menerima kebenaran. Berdasarkan perintah Tuhan kepada Nabi Musa a.s. itu ada dinyatakan bahawa kebenaran dihubungkan dengan sikap lemah lembut. Ertinya kebenaran yang juga diingini oleh fitrah semula jadi manusia itu mestilah juga melalui jalan yang disukai oleh fitrah iaitu sifat lemah lembut. 2. Lunak dalam berkata-kata Kata-kata yang lunak dengan bahasa yang indah, ayat yang tersusun, isi yang padat dan bernas dapat memukau dan menjinakkan hati manusia. Sayidina Umar r.a. terbuka hati untuk masuk Islam bermula dari mendengar keindahan wahyu Tuhan. Begitu juga sabda Rasulullah, sangat padat dan bernas, disampaikan pula dengan nada yang lunak. Lawan kepada perkataan lunak ialah caci maki, sumpah seranah, menengking, herdik, meninggi suara, perkataan kesat, lantang dan memperlekehkan. Dalam keadaan begini orang akan menjauhkan diri. Biarpun mungkin tidak berani atau tidak berpeluang menjawab 51
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kembali, namun orang lain akan mendiamkan diri dan memendam rasa. Mungkin secara lahirnya masih dekat namun sudah jauh dari sudut hati dan perasaan. 3. Pemaaf Tuhan amat luas rahmat-Nya berbanding kemurkaanNya. Salah satu rahmat Tuhan ke atas hamba-Nya ialah melalui sifat Pengampun dan Pemaaf-Nya. Kita sendiri dapat rasakan betapa seksanya perasaan andainya ada orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan kita. Sebab itulah ajaran Islam sangat menganjurkan saling meminta maaf bagi yang bersalah dan memberi maaf kepada yang bersalah. Biarpun Tuhan menetapkan sebagai syariat-Nya iaitu bunuh dibalas bunuh namun memberi maaf adalah lebih baik. Sekiranya ahli waris yang dibunuh itu memberi maaf ke atas pembunuh, maka berhaklah hakim menggugurkan hukuman bunuh tersebut. Tuhan sebut dengan istilah ‘lebih baik’ itu menurut baik di sisi Tuhan, yang tiada bandingan dan tidak dapat difikirkan oleh akal manusia. Tentulah Tuhan memberi ganjaran yang amat besar kerana ahli waris terpaksa mengorbankan perasaan untuk memaafkan si pembunuh. Pembunuh boleh hidup bebas sedangkan mereka kehilangan ahli keluarga yang disayangi dan mungkin juga kehilangan tempat bergantung. Kesan positifnya kepada keharmonian masyarakat juga amat besar, sekurang-kurangnya boleh mengingatkan pembunuh tersebut. Kalau selama ini kerjanya membunuh orang, mungkin dengan sebab dimaafkan maka dia insaf, bertaubat dan berhenti membunuh. Tenteramlah kehidupan masyarakat. Begitulah indahnya ajaran Tuhan yang menganjurkan sifat pemaaf, hingga sanggup ke tahap memaafkan orang yang membunuh, iaitu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Ganjaran besar dari Tuhan 52
www.SayangiKeluarga.com SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG
yang menanti di Akhirat kelak ialah ‘bighairi-hisab’, iaitu masuk Syurga tanpa hisab. 4. Mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri Sikap begini amat mudah disebut tetapi amat sukar untuk dipraktikkan. Ini kerana kita berada di zaman manusia sudah amat mencintai duniawi. Mencintai duniawi menjadikan manusia mementingkan diri sendiri. Manusia yang mencintai Tuhan dan mengutamakan Akhirat sahaja yang lenyap kepentingan diri dan mengasihi orang lain seolah-olah orang lain itu adalah sebahagian daripada dirinya. Bahkan Rasulullah SAW dan para sahabat bersikap lebih istimewa daripada itu iaitu lebih mencintai, mengasihi, mementingkan dan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Sikap ini akan dapat dilihat bila mana seseorang itu apa yang dia inginkan kepada dirinya begitulah dia inginkan kepada orang lain. Kegembiraan orang lain adalah kegembiraan dirinya. Apa yang mendukacitakan orang lain itu juga perasaannya. Kalau dia mahu berjaya dan hidup bahagia, maka itu juga yang diharapkan berlaku kepada orang lain. Kalau dia mahukan iman dan taqwa, dia juga mengusahakan orang lain untuk turut beriman dan bertaqwa. Kalau dia mahukan keselamatan dunia dan Akhirat maka dia juga turut berjuang untuk keselamatan orang lain. 5. Bela membela Apabila adanya perasaan kasih kepada orang lain itu sama seperti mengasihi diri sendiri, maka buahnya ialah sangat bela membela. Bela membela ini bukan terhenti kepada aspek-aspek lahir sahaja bahkan menjangkau halhal maknawiyah seperti saling memberi nasihat dan 53
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
peringatan, saling berkongsi perasaan dan saling doa mendoa. Salah satu doa yang sangat makbul ialah apabila doa yang kita pohon untuk diri itu dipanjatkan kepada Tuhan untuk orang lain. Sehingga ada keterangan dalam Hadis Qudsi yang bermaksud kira-kira: “Seseorang yang berdoa untuk orang lain, Tuhan makbulkan untuk dirinya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa.” Pembelaan dalam aspek lahiriah, apa yang berlaku dalam sejarah, para sahabat sanggup bergalang ganti nyawa sesama mereka. Mereka merasakan orang lain lebih berhak untuk hidup berbanding diri sendiri. 6. Saling prihatin Dalam masyarakat yang berkasih sayang, mereka sangat peka dengan keadaan orang lain. Sering bertanya khabar, jenguk menjenguk, saling mengambil tahu situasi dan nasib kehidupan orang lain. Makanan yang dimakan setiap hari, pakaian yang membalut tubuh, rumah yang selesa, kereta yang dinaiki, semuanya menjadikan akalnya berfikir terhadap nasib mereka yang terlibat menyediakannya. Hati dan perasaan sering diusik oleh rasa terhutang budi dan jasa. Kalau pun tidak berpeluang membalasnya, paling kurang didoakan ke atas mereka semua. 7. Mengenang budi dan jasa Orang yang memiliki sifat kasih sayang sanggup membalas kejahatan dengan kebaikan. Orang yang memusuhinya didoakan agar diberi petunjuk dan pimpinan Tuhan. Betapalah terhadap orang yang berbudi dan berjasa, tentu lebih-lebih lagi dikenangnya hingga akhir hayat. Siapa sebenarnya yang berbudi dan berjasa kepada kita? Terdapat dua kelompok iaitu yang secara langsung, diketahui dan disedari dan dapat dirasai yang mereka 54
www.SayangiKeluarga.com SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG
itu berbudi dan berjasa kepada diri kita. Antaranya ialah ibu dan ayah, guru-guru, pemimpin, pemandu, tukang rumah, pembantu rumah, tukang kebun. Satu kelompok lagi yang tidak terkira ramainya dan berlaku tanpa disedari, tidak secara langsung dan kadang-kadang tidak dapat dirasai jasa mereka. Jasa mereka tidak ketara. Antaranya ialah petani, nelayan, buruh pengangkat sampah, elektrik dan air yang tersalur ke rumah, pakaian, kenderaan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Lantaran itulah maka amat wajar memberi kasih sayang kepada semua orang kerana mungkin mereka semua terlibat berjasa kepada kita secara tidak langsung. Buah daripada sifat kasih sayang ini maka lahirlah masyarakat yang sangat memiliki rasa bersama dan bekerjasama, bertolong bantu, berlapang dada dan bertolak ansur antara satu sama lain, tidak menyinggung perasaan orang lain atau tidak mengguris hati. Tidak mudah ‘merempuh’ sebarangan terhadap perbezaan pendapat. Tawadhuk, tidak ego, tidak sombong dan tidak mementingkan diri, kerana merasakan bahawa tiada siapa dapat hidup sendirian melainkan sandar menyandar, saling memerlukan, saling berbudi dan berjasa. Untuk dapat memiliki ciri-ciri kasih sayang, setiap anggota masyarakat perlulah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sekurang-kurangnya tiga perkara: 1. Mencintai Tuhan Apabila mencintai Tuhan, otomatik kasih sayang akan terjadi. Orang yang mencintai Tuhan termasuk mencintai setiap ciptaan Tuhan terutamanya manusia. Sedangkan haiwan, tumbuhan dan benda-benda lain seperti rumah, kereta, harta benda pun manusia sayangi, betapalah manusia yang memang memiliki perasaan. Selain itu, 55
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
apabila mencintai Tuhan, sebagai respon daripada-Nya atau sebagai balasan daripada-Nya, maka Tuhan pertautkan hati-hati dengan perasaan saling berkasih sayang. 2. Korbankan Perasaan Maksud mengorbankan perasaan ialah apa sahaja sifatsifat keji atau mazmumah atau sikap negatif hendaklah ditahan, dipendam atau ditelan. Biarpun sedikit menderita, sakit dan terseksa perasaan kerana membendung perasaan, namun terpaksa dipendam untuk mengelak daripada terkena kepada orang lain. Sifat-sifat mazmumah itu ibarat racun yang merosakkan masyarakat. Sekiranya semua anggota masyarakat mampu menelan kepahitan ini, harmonilah kehidupan keluarga dan masyarakat. Manakala semua sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat terpuji atau positif hendaklah dilepaskan. Ertinya yang terzahir atau yang terlihat pada peribadi ialah tabiat, sikap, akhlak yang baik-baik sahaja. Andainya sanggup korbankan perasaan sendiri, nescaya akan berlakulah saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat. 3. Role Model Pemimpin Kasih Sayang Mesti ada role model terutamanya pemimpin. Siapakah itu pemimpin? Iaitu sesiapa yang status sosialnya paling atas. Umpamanya ayah dalam keluarga, guru-guru di sekolah, penghulu di peringkat mukim, wakil rakyat di peringkat kawasan pilihan raya, menteri besar di peringkat negeri dan seterusnya. Sama jugalah pemimpin dalam jemaah, persatuan, syarikat dan sebagainya. Pemimpin mesti menjadi role model dalam kasih sayang. Antara pemimpin dengan pengikut umpama kayu dengan bayangannya. Apabila bayang kayu itu bengkok, sudah pasti kayunya bengkok. Oleh itu untuk melahirkan 56
www.SayangiKeluarga.com SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG
masyarakat berkasih sayang, mesti ada dalam masyarakat itu pemimpin yang memiliki ciri-ciri kasih sayang dan sekaligus mendidik, mengajar, membimbing para pengikutnya dengan kasih sayang. Perbandingannya, kalau pemimpin hendak memberi duit, dia kenalah ada duit. Mustahil pemimpin yang tiada ciri-ciri kasih sayang hendak memberi sesuatu yang tiada pada dirinya, sebaliknya mengharapkan wujudnya pengikut yang berkasih sayang. Persoalan kasih sayang adalah faktor yang amat penting untuk mewujudkan masyarakat harmoni, termasuklah dalam kehidupan keluarga dan rumahtangga. Dalam bab ini persoalan kasih sayang dihurai secara umum, tidak difokuskan secara khusus kepada keluarga. Sebenarnya rumahtangga atau keluarga itu merupakan institusi masyarakat yang paling kecil. Mengambil panduan ini dan dipraktikkan dalam masyarakat yang kecil, maka akan lebih mudah pula apabila hendak dibawa ke dalam masyarakat yang lebih besar. Kalau ciri-ciri rumahtangga kasih sayang tidak ada, maka akan lebih sukar untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang lebih besar. Dan panduan yang sama juga boleh dibawa ke peringkat negara dan seterusnya ke peringkat ummah.
57
www.SayangiKeluarga.com
5
Ego Menghancurkan Keharmonian
R
asulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sejahat-jahat hamba adalah seorang hamba yang sombong dan melupai Tuhan yang Maha Tinggi.”
Rasulullah SAW bersabda lagi: Maksudnya: “Sejahat-jahat hamba ialah hamba yang mengikut hawa nafsunya.” Dari dua hadis ini, dapat kita lihat ada tiga perkara penting iaitu: 1. sombong 2. lupa dengan Tuhan yang Maha Tinggi 3. ikut hawa nafsunya. Inilah penyakit-penyakit masyarakat, penyakit dunia, penyakit individu, penyakit rumahtangga, penyakit keluarga, penyakit bangsa, penyakit etnik dan penyakit semua manusia. Yang menjadikan dunia huru hara, menjadikan manusia pecah belah, hilang kasih sayang, jatuh menjatuhkan, menjadikan manusia selalu bergaduh berkelahi, fitnah 58
www.SayangiKeluarga.com EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN
menfitnah dan kemuncaknya berlaku peperangan demi peperangan. Maka jadilah dunia ini neraka sebelum Neraka di Akhirat. Manusia tidak mahu ini semua sebab ia menyusahkan, mengharu-birukan, menghilangkan bahagia dan ketenangan, menjadikan manusia takut dan bimbang, tetapi manusialah yang mencetuskan peperangan itu. Rupanya apa yang manusia tidak mahu, manusia juga yang melakukannya. Apa yang manusia takut, itulah yang dibuat oleh manusia. Apa yang manusia tidak hendak, itulah yang dilakukan mereka setiap hari. Manusia tidak tahu macam mana hendak menyekat keadaan ini. Benda yang terjadi pada kita, kita tidak tahu bagaimana hendak menghentikannya. Perbuatan manusia telah menjerat manusia sendiri. Rupanya semua itu berlaku kerana tiga penyakit tadi iaitu ego, lupakan Tuhan dan ikutkan nafsu. Bila ada ego dan lupakan Tuhan, maka nafsulah yang menjadi Tuhan. Penyakit ego ini adalah pokok, bukannya buah. Sebab itu Rasulullah SAW kata sejahat-jahat hamba adalah yang sombong. Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Lahirlah sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Ini adalah buah-buahnya. Apabila seseorang itu pada dirinya ada ego yakni pokok mazmumah atau sifat-sifat keji, maka bila ada pokok, ia akan membuahkan berbagai jenis buah mazmumah. Sama ada besar atau kecil. Sama ada dia sedar atau tidak. Ego ini adalah penyakit pertama yang lahir di dunia. Ia dari iblis. Siapa yang ada pokok sombong, ertinya dia bukan ikut kepada Tuhan tetapi ikut iblis. Dahsyatnya pokok sombong yang boleh melahirkan bermacam-macam mazmumah, yang sangat menyusahkan hidup manusia. Bila sudah ikut iblis kerana ada sifat sombong maka iblislah Tuhannya. Maka apa yang hadis nyatakan, yang lupa Tuhan yang Maha Tinggi, 59
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
itu sifat iblis. Bila iblis jadi Tuhan, walaupun hatinya tidak katakan iblis itu Tuhannya, hakikatnya dia sudah bertuhankan iblis maka dengan sendirinya dia lupakan Tuhan yang sebenar. Dia besarkan iblis, dia agungkan iblis dan lupa mengagungkan Allah SWT. Begitulah bila pokoknya sudah wujud, lahirlah macam-macam buah mazmumah. Kalau tidak ada pokok, mungkin hanya ada satu-satu bentuk mazmumah sahaja, tetapi kalau pokok yang tumbuh, ia melahirkan buah yang banyak iaitu buah yang merosakkan kehidupan manusia, merosakkan sesama kawan dan merosakkan negara. Bila ada pokok ini maka sempurnalah mazmumahnya. Maka iblis jadi Tuhannya. Kalau iblis yang dia ingat, tentulah dia lupakan Tuhan. Jadi bila iblis sudah ada, dia lupakan Tuhan maka nafsu pulalah menjadi tuhannya. Apa kata Allah SWT tentang nafsu di dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada berbuat jahat.” (Yusuf: 53) Nafsu itu bukan sahaja ia jahat bahkan ia sangat mengajak orang buat kejahatan. Sudahlah nafsu itu sendiri jahat, ia juga sangat mengajak orang buat kejahatan. Jadi bila orang sudah bertuhankan nafsu, di samping bertuhankan iblis tadi maka lahirlah faham individualisma. Orang yang faham individu ini, dia fikir, “Aku nak senang, orang tidak senang dia punya pasal. Aku fikir aku, jiran mati, itu dia punya pasal.” Dahsyatnya bila ada ego, lupa Tuhan maka nafsu memainkan peranan. Nafsu bukan sahaja jahat bahkan sangat mengajak orang buat kejahatan. Nafsu itu sifatnya berkehendak dan merangsang sama ada yang halal atau haram. Apa yang dia hendak itu dibawa pada diri, hanya untuk dirinya, tidak dibawa pada keluarga, apatah lagi jiran dan masyarakat. Padahal kalau dia berfikir, bila bangsa rosak, 60
www.SayangiKeluarga.com EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN
dia salah seorang yang akan rosak sama. Tetapi kerana penyakit individualisma, dia tidak fikirkan itu semua. Sebab itu Tuhan berfirman: Maksudnya: “Tidakkah engkau lihat orang yang menjadikan nafsu itu tuhannya.” Tetapi kalau kita cakap, “Awak ni bertuhankan nafsu,” dia marah, dia tidak terima. Bala bencana yang berlaku dalam diri hingga orang marah dan benci adalah kerana nafsu sudah kita jadikan tuhan. Begitulah bala yang berlaku antara suami isteri kerana sifat individualisma itu. Isteri fikir isteri dan suami fikir suami. Sifat individu ini menyebabkan dia tidak fikirkan keluarga sekalipun anaknya. Kadang-kadang anak-anak diperalatkan untuk kepentingan diri. Mak ayah diperalatkan, suami atau isteri diperalatkan untuk kepentingan diri sendiri. Jemaah diperalatkan untuk kepentingan diri. Begitu juga gurunya, etniknya dan bangsanya, diperalatkan untuk kepentingan dirinya. Kemudian bila dapat susah, dia kata, “Macamana ni?” Kalau sudah ada sombong, otomatik lupakan Tuhan. Maka nafsu jadi tuhan. Nafsu lebih dahsyat dari iblis sebab nafsu dari dalam. Iblis ambil peluang bila nafsu tamak, rakus, maka ia subur-suburkan lagi. Iblis tidak dapat masuk bila nafsu sudah baik. Ia hanya dapat berbisik dari jauh. Macam orang pakai baju besi. Boleh tembak tetapi tidak masuk ke dalam. Tidak lut. Tapi bila nafsu sudah diutamakan, iblis hanya meniti saja. Nafsu itu highway kepada iblis dan syaitan. Tiga perkara inilah punca hancurnya diri, hancurnya rumahtangga, masyarakat, negara dan dunia. Disebabkan oleh tiga perkara yang disebutkan tadi, inilah yang memainkan peranan dalam kehidupan individu. Kalau dia duduk dalam jemaah, dia ambil peluang. Lebih-lebih lagi kalau suaminya jadi ketua dalam jemaah, maka dia alatkan suami untuk 61
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kepentingan dirinya sama ada secara langsung atau tidak. Sebab itu bagi orang yang bermadu, walaupun dia kata poligami itu untuk kepentingan perjuangan, tetapi untuk praktikkannya payah. Setengah orang kata, “Saya tak ada ilmu tentang madu.” Betul kah? Banyak orang yang ada ilmu dan tukang syarah tetapi dia sendiri tidak boleh amalkan ilmu itu. Sebab itu kerana sombong, tidak takutkan Tuhan, kerana perturutkan nafsu, bukan sahaja kalau berpoligami tidak selesai. Bahkan kalau isteri seorang pun tidak selesai. Contohnya, kalau dia fikir tentang makan. Kalau tidak ada atau kurang makanan, dia akan kata, “Abang ni tak bertanggungjawab.” Kalau ada makanan, dia persoalkan, “Asyik ikan kembung je. Kembung perut saya. Belilah tenggiri sekali sekala.” Makan pun jadi masalah. Dia tidak bermadu tetapi dia bermadu dengan kereta, dengan ayam ikan, dengan kawan suaminya. Kalau hari cuti, suami dia keluar dengan kawan, dia kata, “Abang ni asyik dengan kawan aje. Tak fikir saya.” Madu itu bukan dengan isteri sahaja. Kadang-kadang dengan masa. Suami balik lambat, “Abang ini masa untuk pejabat saja. Tak ada masa untuk saya.” Kalau ada madu, bolehlah tampar untuk lepaskan geram. Kalau bermadu dengan masa, tanggung sendiri perasaan. Berapa banyak masalah kerana sifat individualistik. Suami baru beli kereta, patutnya hujung minggu, duduk-duduk dengan isteri, tetapi suami asyik basuh kereta. Dia kata, “Abang ni asyik dengan kereta aje.” Kalau seorang itu tidak ada sombong, tidak lupakan Tuhan, nafsu tidak jadi tuhannya maka poligami tidak jadi masalah. Jangan kata masalah itu kerana bermadu. Ada isteri yang pecahkan cermin kereta suami kerana suami asyik dengan kereta. Kerana tiga sifat tadi, kalau ada suami, ia bergaduh dengan suami, dengan anak-anak dan dengan anggota jemaah. Sebab itu tiga penyakit ini kena dirawat. 62
www.SayangiKeluarga.com EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN
Lebih-lebih lagi kalau hendak jadi pejuang kebenaran. Bukan senang. Siapa yang bertaqwa, besarlah bantuan Tuhan. Bila ada penyakit individualisma, ia akan menyusahkan keluarga dan maysarakat.
63
www.SayangiKeluarga.com
6
Selesaikan Masalah Dengan Taqwa
P
ada masa kekhalifahan Sayidina Abu Bakar AsSiddiq r.a, Sayidina Umar Al-Khattab r.a pula memegang jawatan sebagai Kadhi (hakim). Suatu hari Sayidina Umar mengemukakan satu usul kepada Khalifah Abu Bakar r.a. Berkata Sayidina Umar, “Aku memohon dibebaskan daripada jawatan ini.” Khalifah Abu Bakar r.a sungguh terkejut mendengar usul Sayidina Umar tersebut dan bertanya, “Terlalu beratkah tugas tersebut, ya Umar?” Sayidina Umar menjawab, “Tidak, ya Khalifah Rasulullah. Tetapi aku sudah tidak diperlukan lagi untuk menjadi Kadhi kepada kaum Muslimin. Mereka semua sudah bertaqwa dan tahu kewajipan masing-masing sehingga tiada yang menuntut lebih daripada haknya. Mereka tahu kewajipan sehingga tiada seorang pun yang merasa perlu menguranginya. Mereka menyintai saudaranya yang lain seperti menyintai dirinya. Kalau salah seorang tidak hadir, mereka mencarinya. Kalau ada yang sakit mereka menziarahinya. Kalau ada yang tidak mampu, mereka membantunya. Kalau ada yang 64
www.SayangiKeluarga.com SELESAIKAN MASALAH DENGAN TAQWA
memerlukan pertolongan, mereka segera menolongnya. Kalau ada yang kena musibah mereka menyampaikan rasa dukacita. Agama mereka adalah nasihat. Akhlak mereka adalah amar makruf dan nahi mungkar. Kerana itulah tidak ada alasan bagi mereka untuk bermusuhan.” Syariat Islam sahaja yang hendak didaulatkan tanpa terlebih dahulu manusia mengenal Allah SWT, takut dan cinta, membesar dan mengagungkan Allah SWT maka syariat Tuhan itu sangat tidak dihormati. Selama ini pun realitinya, di mana saja terdapat manusia yang mengabaikan syariat Tuhan puncanya ialah kerana manusia tidak takut kepada Allah SWT. Berapa ramai yang melakukan pelanggaran syariat, tidak lain puncanya ialah kerana hatinya tidak merasa kehambaan dan tipisnya rasa bertuhan. Tanpa bertunjangkan iman dan tauhid yang mendalam, walaupun berjaya menegakkan hukuman sahaja, namun orang ramai tidak bertuhan juga. Dan bila-bila masa saja sangat terdedah kepada pelanggaran hukum dan syariat. Tidak berbeza dengan pemerintahan kerajaan ideologi. Malah dalam kerajaan ideologi yang jauh lebih banyak undang-undang dan hukuman serta lengkap dengan mekanisma perlaksanaan undang-undang dan hukuman, itupun ramai yang berjaya melepaskan diri dari berbagai hukuman. Ada seribu satu macam cara orang boleh melepasi hukuman terutamanya pihak yang berkuasa atau punya harta kekayaan. Golongan yang jarang terlepas ialah rakyat jelata atau sering diistilahkan sebagai ikan bilis. Undang-undang Islam jika berjalan atau dilaksanakan bukan atas dasar iman, mereka yang sabit kesalahan dan menerima hukuman ertinya mereka dua kali kena hukum. Di dunia sudah terhukum dan di Akhirat sekali lagi dihukum dengan bakaran api Neraka. Mengapa pula mereka tidak terlepas dari hukuman Akhi65
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
rat? Sebabnya ialah tanpa iman, hukuman dunia tidak menginsafkan mereka dan tidak membawa kepada bertaubat. Ini amat berbeza sama sekali andainya manusia ini beriman. Di dunia mereka tidak melakukan pelanggaran undangundang kerana mereka hidup berpegang kuat kepada syariat Tuhan. Kalaupun terlanggar juga yang bukan dari kehendak hatinya maka orang beriman akan segera bertaubat. Andainya terhukum di dunia, di Akhirat pula mungkin mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT. Kita tentu membaca sejarah bagaimana adanya orang yang menyerah diri kepada Rasulullah SAW, mengaku berzina dan meminta dihukum. Apa yang mendorong orang itu dengan penuh rela mengaku dan sekaligus minta dihukum? Pendorongnya ialah iman, tauhid, takut kepada Allah SWT. Satu perkara lagi ialah bukankah lebih baik manusia itu tidak melakukan pelanggaran syariat yang mana benteng paling utuh ialah iman. Berbanding dengan membiarkan masyarakat melanggar syariat yang kemudiannya dihukum. Dengan kata-kata lain orang yang benar-benar beriman itu tidak berzina, mencuri atau minum arak dan lain-lain kemungkaran. Inilah pencegahan paling berkesan dan sempurna. Iaitu mencegah daripada melakukan maksiat dengan kekuatan iman berbanding dengan hukuman yang berjalan setelah orang melakukan kejahatan. Kesimpulannya, hukuman dalam Islam hanyalah jalan keluar terakhir setelah dilakukan berbagai cara, kaedah, agenda dan program pencegahan terutamanya keimanan dan ketaqwaan.
66
www.SayangiKeluarga.com
7
Akibat Tidak Bertaqwa
S
emua orang menganggap bahkan yakin bahawa dunia ini dan manusia ini tidak akan selamat kalau duit tidak cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau jawatan tidak ada dan tidak tinggi atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau tidak tiru apa orang Barat buat, tidak jadi macam Barat, kita tidak akan selamat. Maka berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan tadi. Semua jadi yakin, kalau kita jadi Barat akan bahagialah hidup, akan senanglah hidup. Hingga hari ini sedikit sebanyak kita telah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak maju. Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun masih banyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi jalan menempah sejarah pendek umur, walaupun ikan-ikan tangkapan Melayu banyak yang masih menjadi sumber kekayaan kapitalis yang terusmenerus menghisap darah para nelayan. Dari segi ilmu pun, boleh dibanggakan memandangkan para lulusan universiti yang kian bertambah dan orang berdegri bertambah ramai. 67
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Namun ilmu-ilmuan tadi tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara. Mereka tetap tidak berdikari untuk membina pembangunan dan perindustrian sendiri. Di samping itu akhlak lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada lulusan rendah. Mungkin juga sama bahkan ada yang lebih teruk lagi. Soalnya hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai? Memandang pada masalah sosial yang bertimpa-timpa dan kian kronik dengan masalah tidak habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang merasainya, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorakkan masyarakat. Secara umum penguasa-penguasa atau orang-orang yang ada kuasa tidak bahagia disebabkan oleh penyakit gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana sering rindu pada harta. Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak-anak derhaka. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana takut diganggu dan takut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagiaan hidup dalam masyarakat kita. Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan ilmu tinggi tadi? Mampukah ia menyelesaikan masalah ini? Lihat di Barat! Kemodenan hidup menghantar manusia ke kancah kehidupan yang bergelora. Sebagai contoh, sudah ramai orang Barat yang hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing atau itik atau ayam. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tiada. Apa erti dengan segala pembangunan tadi?
68
www.SayangiKeluarga.com AKIBAT TIDAK BERTAQWA
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau benda-benda lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya di hati manusia. Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu setinggi mana pun, kaya-raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat tetap tidak akan bahagia hidupnya. Itu bukti yang cukup jelas yang memang jadi pengalaman semua orang. Kerana itu untuk mencapai kebahagiaan hidup seseorang individu mahupun seluruh masyarakat amnya, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan dan kemodenan. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinan. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur kalau dapat menderma. Iman dan taqwa boleh membuatkan penguasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat. Iman dan taqwa boleh membuatkan anak-anak terhibur untuk mentaati ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat pada suami, pengikut terhibur untuk mentaati pemimpin, anak-anak murid terhibur dan hormat serta kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda jadi sungguh-sungguh bertanggungjawab. Bila manusia hidup dalam keadaan itu, barulah duit yang banyak membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna. Hari ini semua itu belum berlaku. Kerana hanya memikirkan negara maju, maka yang terus maju ialah negaranya, bukan orangnya. Yang membangun ialah negara bukan orangnya. Masyarakat manusia dibiarkan bermain dengan
69
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
nafsu, tidak dihiasi dengan iman dan taqwa. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara. Saya suka menyenaraikan nafsu yang bersarang dan menjadi ‘tuhan’ dalam diri manusia itu. 1. Ulama tanpa taqwa Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai nafsunafsu:
a. Sombong atau ego b. Ujub dan riyak c. Hasad dengki d. Susah untuk menerima kebenaran orang lain e. Ingin berlawan terutama sesama ulama f. Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit g. Pemarah h. Ingin dihormati (gila puji) i. Kalau mampu, akan hidup bermewah-mewah Kalau hati tidak bertaqwa, maka mustahil kita temui mufti-mufti, tuan-tuan kadhi, ustaz-ustaz, tuan-tuan imam yang merendah diri, yang merasai dirinya kurang, menyayangi orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri, bersedia untuk ditegur walaupun oleh kanak-kanak, tidak suka menunjuk-nunjuk pandai dan hebat, menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupakan dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, serta bersifat zuhud dan warak. Bila tidak ada ulama sebegini, maka umat seolah-olah ketiadaan lampu. Tinggallah umat dalam gelap-gelita, tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam Akhirat, tidak faham apa yang boleh dan 70
www.SayangiKeluarga.com AKIBAT TIDAK BERTAQWA
apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik. Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang-kadang ke Barat, kadang-kadang ke Timur, terlanggar ke sana, terlanggar ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalan-jalan dan macam-macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat. Maka terjadilah apa yang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang-kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam hippies dan macam-macam lagi. Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan tidak dapat dibangunkan dan diperjuangkan. Yang ada ialah budaya campur-aduk dan kacau-bilau. 2. Bila pemimpin tidak bertaqwa
Akibat ulama tidak bertaqwa maka mereka tidak dapat mendidik pemimpin atau penguasa agar menjadi pemimpin yang bertaqwa. Bila pemimpin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumuni oleh nafsu-nafsu jahat. Antaranya ego, sombong, takabur, riyak, ujub, menzalimi (diskriminasi), pilih kasih, gila kuasa, tidak adil, berburuk sangka, berhasad dengki terutama sesama pemimpin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata-mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah-mewah. Kalau penguasa tidak bertaqwa, sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat atau presiden yang suka merendah diri dan merasakan dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimpin, menggunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan di Akhirat, berhatihati ketika menghukum, suka memaafkan dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan. 71
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Bila hati pemimpin dan sikapnya telah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimpinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama, sama ada mereka sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu. Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa. Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum dan dikata nista oleh rakyat. Berlaku zalim, kejam, bermewah-mewah, berfoya-foya dengan maksiat dan mungkar. Kalau ada pun pemimpin yang baik, yakni tidaklah berbuat semua itu, tapi kalau bukan atas dasar taqwa, nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan diuji. Dan ini akan membawa kepada 1001 masalah kepada dirinya dan rakyatnya. Sebagai contoh, lihatlah apa yang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan rakyat berpecah-pecah, bergaduh, bersengit hati sesama sendiri. Bahkan di kalangan mereka pun sama, berdendam dan berdengki. Apa alasan dan penyelesaian pada semua itu? Sebab ekonomi kurang, sebab kebodohan rakyat, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu disebabkan manusia-manusia tidak bertaqwa. Yang mana kalaulah masyarakat kita bertaqwa, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dan masalah, dan menjadikan negara kita negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah SWT. 3. Kalau orang kaya tidak bertaqwa Kalau orang kaya tidak bertaqwa, maka jadilah hatinya penuh dengan sombong, ego, suka membazir, riyak yakni suka menunjuk-nunjuk. Menyalahgunakan harta seperti untuk mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumbalumba terutama dengan sesama golongan kaya, dalam pesta itu masing-masing saling mengata.
Lihatlah hari ini, mereka berbangga dengan rumah besar, 72
www.SayangiKeluarga.com AKIBAT TIDAK BERTAQWA
dengan perabot dan barang kemas yang mahal lagi mewah. Mereka bercuti ke sana bercuti ke sini. Beli barang bukan buatan tempatan tetapi diimport dari London atau Itali. Duit orang kaya lebih banyak dari duit negara. Walhal mereka tahu bahawa masyarakat mereka miskin. Tabung perjuangan Islam sentiasa kosong malah terhutang-hutang, negara tidak cukup duit untuk membiayai rakyat disebabkan orang kayanya berhati kejam dan sangat membazir. Dalam keadaan seperti ini, sampai bila pun manusia tetap akan berada di dalam keadaan tidak puas hati. Kecualilah orang-orang kaya sanggup menjadi bank Akhirat, yang memberi pinjaman tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia. Sebab mereka faham bahawa kekayaan itu adalah pinjaman Allah, sekaligus sebagai ujian untuk melihat siapa yang sedar diri tentang asal-usulnya. 4. Orang miskin tanpa taqwa Orang miskin kalau tidak bertaqwa maka tidaklah selamat hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan kemiskinan hingga sanggup mencuri, menyamun, menipu dan membunuh. Mereka sangat hasad dengki dan sakit hati dengan orang yang berada. Keinginan untuk kaya sangatlah tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus asa dengan Allah. Hal-hal yang demikian itu menyebabkan berbagai jenayah berlaku dalam masyarakat. Rompak, samun, ragut, seluk saku dan lain-lain bentuk kecurian telah menjadi pekerjaan tetap sehinggalah bagi sesetengah mereka telah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga kerana itu, ramai manusia yang ketakutan kalau-kalau rumahnya dimasuki pencuri.
Padahal tidak sepatutnya perkara-perkara ini berlaku dalam masyarakat umat Islam. Kerana orang mukmin yang bertaqwa, kalau dia miskin, dia redha dengan takdir kemiskinan itu. Dia tidak merasa terseksa dengan kemiskinan 73
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
di dunia demi mengharapkan kekayaan yang Allah SWT janjikan di Akhirat. 5. Kaum ibu atau wanita kalau tanpa taqwa Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja mereka ialah mengumpat, bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang lelaki, gila dunia yakni gilakan perabot, hiasan gelang, pakaian, hingga lupa pada Allah dan lupa Akhirat. Seorang isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan mentaati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri pada suami dan sifat memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk dan menyusun program sendiri, tanpa memikirkan sangat apa kata suami.
Bila kaum ibu berada dalam keadaan ini maka rumahtangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang, di mana suami terasa berada dalam sebuah mahligai yang penuh kebahagiaan di samping anak-anak yang terdidik dengan kasih sayang dan akhlak mulia dan ilmu yang berguna. Oleh kerana semua manusia ini inginkan kasih sayang dan kebahagiaan, maka jika rumah tidak dapat menyediakan itu, tentu mereka cari di luar. Lalu jadilah apa yang telah dan sedang terjadi. Iaitu disko atau kelab malam, dan tempat manusia mencari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering penuh, bahkan merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Ada yang menagih kasih dan bahagia dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang kotorkotor. Mereka menyangka itu semualah kebahagiaan hidup, tidak ada yang lain lagi. Walaupun mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan hidup. Sabda Rasulullah SAW: 74
www.SayangiKeluarga.com AKIBAT TIDAK BERTAQWA
Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhiasan yang paling cantik ialah wanita solehah.” (Riwayat Muslim) Semua orang tertarik pada perhiasan. Apalagi kalau alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah. Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka. 6. Pemuda dan pemudi tanpa taqwa Kalau pemuda atau pemudi tidak bertaqwa, maka jadilah mereka manusia yang suka berfoya-foya, bercinta-cintaan dan berlagak ke hulu ke hilir dan menunjuk-nunjukkan diri. Bahkan menjadi kutu jalan. Kalau ada kesempatan mereka akan mengorat tanpa malu bahkan sudah menjadi permainan yang lumrah. Rasa iri hati, cemburu dan hasad dengki sesama sendiri bersarang penuh dalam hati mereka. Dan ini semua dapat kita saksikan dalam lakonan hidup mereka. Mereka sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Kes-kes zina di kalangan mudamudi yang turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah jadi perkara biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita.
Mana ada sekolah yang muda-mudinya sedang memperjuangkan agama, bangsa, negara dan tamadun umat supaya kita jadi gagah dan mulia di mata dunia. Tidak ada. Sebagai gantinya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta, gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan hingga membuatkan tamadun dan nilai kita jadi lemah dan lembab sekali. Mereka tidak kerja kalau tidak makan gaji. Masa 75
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian, perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting untuk kekuatan umat. Berapa kerat dari muda-mudi Islam yang dapat tunaikan sepenuhnya tuntutan sembahyang lima kali sehari itu? Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang boleh diletakkan harapan, selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan penghalang perjuangan kebenaran. Muda-mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius terhadap tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara. Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat untuk tugas khalifah Allah di dunia. Mereka sanggup meninggalkan budaya liar berfoya-foya dan berlagak-lagak serta bergaya tidak menentu. Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan tidak bertaqwa. Kalaulah kita dapat capai maqam ini, insyaAllah akan jadilah kita bangsa dan negara yang aman makmur, seperti yang kita laung-laungkan dan idam-idamkan, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba: 15)
76
www.SayangiKeluarga.com
8
D
Cukuplah Mati Sebagai Penasihat
alam Al-Quran Tuhan berfirman:
Maksudnya: “Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya.” (Mulk: 2) Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1. Tuhan jadikan mati dan hidup 2. Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya. TUHAN JADIKAN MATI DAN HIDUP
Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar 77
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka. Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat. Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun. Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa 78
www.SayangiKeluarga.com CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT
primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun ini. Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan. 1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir sematamata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, “Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja,” itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu. Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah: – mata terbeliak – telinga kembang – berbunyi macam kerbau berdengkur Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas 79
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati. Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan. 2. Penderitaan di alam kubur Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, “Kau siapa?” Lembaga itu akan menjawab, “Aku ini kejahatan engkau.” Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu? 3. Penderitaan Padang Mahsyar Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-beris 80
www.SayangiKeluarga.com CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT
bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah? 4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat? Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia. Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berban81
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
ding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian. Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu? Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda. Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat! 82
www.SayangiKeluarga.com CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT
Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut. Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteriisteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu. Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab ia besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa. Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih 83
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Tuhan, Tuhan berkata: “Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga.” Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia. DIJADIKAN HIDUP UNTUK DIUJI
Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, tidak kenalah. Sebab itu sudah dasar Tuhan. Manusia kena akur dengan Tuhan. Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok siapa di antara manusia yang baik. Ujian itu tapisan, proses untuk menentukan siapa yang baik, siapa yang jahat. Yang baik ke Syurga yang jahat ke Neraka. Kalau mengikut pandangan kita, ujian itu benda yang negatif sahaja, tetapi sebenarnya ujian itu ada dua bentuk: 1. Ujian yang menyukakan, menggembirakan atau menyenangkan (positif). Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi, dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagainya. Itu di antara contoh yang besar. 2. Ujian yang tidak menyukakan, mendukacitakan atau menyusahkan (negatif). Contoh: Lumpuh, sakit kronik, sakit yang teruk, tidak boleh jalan, itu paling azab, kalau miskin sangat, itu tidak azab. Ujian lain sudah ringan, contohnya orang mengata kita, isteri tidak sayang, suami benci. Luka atau kudis lagi ringanlah. Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin. 84
www.SayangiKeluarga.com CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT
Padahal lojiknya kalau orang kaya atau high class tentu boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi kaya raya, jadi megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada yang mencabar, dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai. Sebelum dapat, lojik berfikir: “Kalau aku kaya, aku akan tolong orang, bantu orang, untuk dapat pahala besar.” Tapi bila sudah jadi kaya, jadi jutawan, dia sudah ‘jadi’ Tuhan pula. Seperti Firaun, dia raja tapi dia kata: “Ana rabb, ana Rabb.” Dia mengaku Tuhan. Jadi dari segi lojiknya, sebelum kaya kita berfikir: “Kalau aku kaya aku akan buat baik, tolong orang, bantu orang, banyakkan sedekah. Orang miskin aku tolong, kan baik.” Bila sudah kaya apa yang terjadi? Sombong, bakhil, makin megah. Lojik sudah tidak boleh pakai. Sebelum dapat pakai lojik, “Kalau tak kaya macam mana nak buat baik? Macam mana nak naik haji?” Tapi bila sudah kaya lain jadinya. Begitu juga bila ilmu belum dapat, kita berfikir: “Kalau dapat ilmu banyak boleh khidmat pada orang, boleh ajar orang, aku boleh tunjuk jalan.” Itu secara lojik. Tapi bila sudah dapat kita jadi megah, sombong, dan menghina orang yang bodoh. Jadi sebenarnya ujian yang positiflah yang banyak merosakkan daripada ujian yang negatif. Tapi Tuhan Maha Bijaksana, segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah siapkan hujah di sini. Katalah ada orang kaya, berkuasa, diazab oleh Tuhan, kerana derhakanya, dia hendak bahas: “Wahai Tuhan, aku kena azab ini sebab Engkau juga. Engkau bagi aku kaya, bagi aku kuasa, sebab itu aku jadi jahat. Kalau Engkau tidak jadikan aku raja dan kaya, aku taklah kena azab.” Lalu Tuhan memberi hujah dengan berkata: “Bukankah ada di kalangan orang baik yang jadi raja? Nabi Sulaiman 85
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
jadi raja, Nabi Daud jadi raja, Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.” Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan raja supaya jadi hujah di Akhirat. Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: “Saya ini jahat pasal Engkau jadikan aku kaya. Cuba Engkau tidak jadikan aku kaya, tentu aku tidak jahat seperti ini.” Lalu Tuhan berkata: “Engkau mana lebih kaya dari Nabi Sulaiman?” Orang tersebut tidak boleh menjawab. Kemudian Tuhan berkata: “Dia lebih kaya dari engkau tapi dia jauh lebih baik dari engkau.” Ada juga orang miskin masuk Neraka. Walaupun banyak juga orang miskin masuk Neraka tapi orang high class lebih banyak. Orang miskin pun berhujah pada Tuhan: “Macam mana aku tidak jahat, Engkau miskinkan aku. Aku nak makan terpaksa mencuri, terpaksa menipu. Kalau aku kaya tidaklah jadi begitu.” Lalu Tuhan pun bertanya: “Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?” Maka orang tersebut tidak boleh menjawab. Jadi Tuhan berkata, “Aku jadikan mati dan hidup untuk manusia diuji dengan ujian positif atau negatif, dengan maksud siapa di kalangan kamu yang baik.” Rupanya bila diuji, ramai orang jadi jahat. Jadi nampaknya dengan ujian yang menggembirakan, orang makin ramai jadi jahat berbanding orang yang diuji dengan kesusahan. Kalaupun jahat tidak sebesar yang dibuat orang yang senang. Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan, tidak pandang besar Akhirat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. Berkuasa pun gagal, tidak berkuasa pun gagal.
86
www.SayangiKeluarga.com CUKUPLAH MATI SEBAGAI PENASIHAT
Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besarkan Akhirat itu penting, supaya apa pun ujian, kita tidak terjejas. Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak mengubah kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan berubah. Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia senang, misalnya dia jadi raja, banyak harta maka banyak kebaikan yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang, bantu orang, selamatkan orang. Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau dia takut dan cinta Tuhan, pahalanya lain. Kalau nikmat dia tidak dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala sabar. Kalau sabar apa kata Tuhan:
Maksudnya: “Kalau sabar, aku bagi hadiah tidak berkira, bighairi hisab.” (Zumar: 10) Maka sudah kalah orang kaya. Orang miskin bila nampak ada orang jual durian, tetapi dia tidak boleh beli hingga tercicir air liur, maka Tuhan ampunkan dosanya. Itulah rahmat Tuhan. Kalau orang miskin teringin beli durian tetapi tidak boleh beli, maka itu adalah penghapusan dosa. Maha Adilnya Tuhan. Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun Tuhan buatkan pada dia, dia faham bahawa itu adalah keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua, Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil. Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak pahala banyak tetapi mendapat lebih banyak pahala dengan 87
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
tidak ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu beribadah banyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi ibadahnya tidak banyak. Biasanya orang yang hendak banyak pahala, dia akan banyak bersolat dan berpuasa, tetapi pahalanya tidak banyak. Sebenarnya pahala yang banyak adalah apabila sakit. Bila sakit selalu, itu dianggap banyak bersembahyang dan berpuasa. Sebab itu para Rasul sakit pun tidak merasa susah. Bagi mereka perkara itu adalah kerja Tuhan. Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang 1000 rakaat? Jadi kalau sakit panjang hendaklah redha. Itu kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang faham kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di situ lebih banyak pahalanya. Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi tidak boleh beli kerana tidak mampu, di situlah keampunan Tuhan. Selalunya kita kata, “Kenapa Tuhan buat begini?” Isteri menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu untuk bagi pahala. Lebih baik isteri meragam dan redha dengannya. Lain kali kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok, nanti pahala dicatit. Bila dia berhenti rugilah, “Cakap lagilah jangan berhenti lagi, ini income aku.” Lama-lama isteri malu sendiri. Kalau kita faham kerja Tuhan, kita akan seronok dengan Tuhan.
88
www.SayangiKeluarga.com
9
Mengenal Manusia
T
uhan adalah pencipta seluruh alam semesta. Ianya adalah hak atau milik mutlak Allah SWT. Di sebalik penciptaan alam semesta itu, terdapat tanda-tanda Keagungan, Kebesaran, Kekuasaan, Maha Pencipta dan Maha Bijaksananya Allah SWT. Manusia diutus hanyalah sebagai hamba yang wajib mengabdikan diri atau menyembah Yang Maha Pencipta. Sekaligus manusia juga selaku khalifah yang mewakili Tuhan, memikul tanggungjawab dan amanah Tuhan untuk mengatur, menyusun dan mentadbir seluruh alam ini sesuai dengan kehendak dan kemahuan Tuhan. Sebagai hamba, manusia tidak dibenarkan menyembah selain Allah SWT. Menjadi hamba dan menjadi khalifah, kedua-duanya bakal Tuhan minta pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan di Akhirat nanti terhadap kedua-dua peranan tersebut. Dalam menjalankan peranan sebagai khalifah, andainya Tuhan mahu dunia ini dibangunkan atau dimajukan dalam aspek material semata-mata, maka Tuhan tidak perlu utus para Rasul. Kerana untuk menjayakan pembangunan dan 89
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kemajuan material, memadai dengan ahli fikir. Para Rasul bersifat Fathanah. Tahap akal fikiran atau cerdik, pintar dan bijaksana para Rasul itu manusia biasa tidak akan mencapai sifat Fathanah. Fathanah adalah anugerah khusus dari Tuhan untuk para Rasul. Namun para Rasul tidak dikatakan ahli fikir. Mereka adalah ahli roh atau pakar tentang rohaniah manusia. Rasul-Rasul sangat mengenal Tuhan dan mampu mengendalikan urusan roh manusia. Fathanah itu adalah kecerdikan dan kebijaksanaan yang tiada tandingan. Kalau para Rasul itu hendak menyelesaikan masalaah manusia atau hendak mengeluarkan berbagai teori dan formula untuk kehidupan manusia, nescaya mereka berupaya berbuat demikian. Namun tidak pula mereka berbuat demikian, sebaliknya para Rasul itu menggunakan wahyu dari Tuhan. Ini bukan bererti para Rasul itu langsung tidak menggunakan akal. Mereka menggunakan akal tetapi terlalu minima. Ahli fakir atau ahli falsafah tidak mampu memimpin manusia kerana kedudukan akal fikiran tidak berupaya mendidik roh. Berbeza dengan roh kerana roh mampu mendidik akal. Roh juga sudah pasti berupaya mendidik roh. Oleh kerana yang menjadi raja dalam diri manusia adalah rohnya maka roh itulah yang paling utama perlu dididik dan dipimpin. Tuhan sendiri yang menyebut “Roh itu adalah urusan-Ku.” Ertinya manusia tidak ada ilmu atau pengetahuan tentang roh termasuk ahli fakir atau ahli falsafah. Oleh kerana Rasul-Rasul ditugaskan mendidik roh manusia maka Tuhan beri ilmu tentang roh itu kepada para Rasul melalui wahyu. Manakala ilmu tentang roh itu diberi kepada para Mujaddid melalui ilham. Sebah itulah hanya para Rasul dan para Mujaddid berjaya dalam mendidik manusia kerana Rasul-Rasul dan Mujaddid diberi faham tentang roh. Di sini perlu difahami bahawa Rasul-Rasul yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sifat Fathanah pun dalam berhadapan dengan masalah manusia tidak menggunakan akal, 90
www.SayangiKeluarga.com MENGENAL MANUSIA
sebaliknya menggunakan wahyu Tuhan, betapalah manusia biasa yang tahap kecerdikannya tidak mencapai taraf Fathanah, lebih-lebih lagilah tidak boleh menggunakan akal fikiran atau teori-teori akal semata-mata. Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT bukan untuk kayu kayan, bukan untuk bangunan, bukan untuk haiwan, bukan untuk mencipta keperluan material tetapi untuk insan atau manusia. Kalau untuk kayu kayan, bangunan, haiwan, tidak perlu diutus Rasul. Cukuplah ahli fikir dan cerdik pandai. Bahkan orang yang kurang pandai atau yang kurang ilmu pengetahuan pun boleh mencapai kemajuan kalau dia ada kemahuan dan berusaha bersungguh-sungguh. Buktinya dunia hari ini pembangunan materialnya berubah dan berkembang dengan pesat bukan hasil kerja Rasul-Rasul. Itu adalah urusan ahli fikir. Sebaliknya juga sebagai membuktikan betapa urusan roh manusia sudah sangat terabai kerana membelakangkan wahyu Tuhan dan meminggirkan ajaran Rasulullah SAW, lihatlah akhlak manusia hancur ranap menyembah bumi. Materialnya ke hadapan, akhlak manusia semakin mundur. Materialnya sudah menguasai angkasa lepas dengan berbagai kecanggihan dengan berbagai penemuan dan penciptaan baru, kehidupan manusia semakin ranap dan semakin hancur. Rasulullah SAW diutus kepada manusia yang mana manusia itu adalah satu kajadian yang pelik dan luar biasa. Dalam dirinya ada unsur atau benih malaikat, ada benih haiwan dan ada benih syaitan. Rasul itu diutus kepada manusia untuk mendidik manusia, membawa kepada Tuhan, kepada cinta dan takut pada Tuhan, untuk membesarkan Tuhan, menyembah Tuhan, mengagungkan Tuhan, mensucikan Tuhan dan hidup secara yang dikehendaki oleh Tuhan. Dalam aspek apa pun sama ada di sudut kekeluargaan, pendidikan, politik pentadbiran, ekonomi, masyarakat, pergaulan, kejiranan, kebudayaan, hiburan dan lain-lain, 91
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
semuanya wajib berlandaskan syariat Tuhan. Tanggungjawabnya membina rumahtangga sebagai asas kemasyarakatan adalah berat dan mencabar. Tanggungjawab ini sangat mencabar kerana hendak mendidik keluarga kepada Tuhan. Kalau hendak menanam pokok dan membesarkan pokok, sekiranya tidak tahu hendak tanam, hendak jaga, hendak baja, pokok pun tidak mampu kita kendalikan, pokok pun akan menjadi rosak Begitu juga kalau hendak memelihara binatang, sekiranya tidak faham tabiat, makanan, tempat tinggal, psikologinya, ertinya kita tidak mampu hendak pelihara binatang. Mungkin binatang itu banyak yang mati atau kurus atau tidak membiak. Sedangkan yang kita hendak didik ini manusia yang ada nafsu, akal, roh dan fizikal. Nafsu, akal dan roh seperti yang sudah disebut sebelum ini iaitu sesuatu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Kalau buat bangunan tidak sempurna, boleh dibaiki atau diubah suai kerana kita boleh nampak bentuknya. Kalau bangunan itu tidak cantik sama ada dimusnahkan begitu saja atau diperbaiki atau boleh dihias. Kalau menanam pokok tidak menjadi, pokok itu tidak melawan sebab ia tidak ada nyawa dan akal. Begitu juga dengan binatang. Kalau pun ia melawan, ia tidak boleh berfikir, tidak boleh merancang untuk membalas dendam. Otak yang ada pada haiwan itu tidak menyimpan ingatan. Yang berfungsi pada haiwan itu hanyalah naluri kehaiwanan saja. APA YANG SUAMI ISTERI PERLU BUAT?
Setelah mengikuti huraian berbagai aspek yang berkaitan dengan rumahtangga, barulah kita faham bahawa bukan mudah untuk mempastikan kebahagiaan dunia dan Akhirat. Kalau setakat memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal, orang asli pun boleh lakukan. Orang yang tidak kenal Tuhan pun boleh lakukan. Bahkan yang paling mewah dalam 92
www.SayangiKeluarga.com MENGENAL MANUSIA
aspek material ialah orang Barat yang anti Tuhan. Di mana suami hendak bermula? Bermulalah dengan membawa keluarga kepada Tuhan. Tugas untuk sedarkan keluarga kepada Tuhan bukan suatu tugas yang mudah, kerana hendak membawa keluarga kepada sesuatu yang tidak boleh dilihat. Kita sebenarnya mengajak mereka besarkan, sucikan, agungkan Tuhan yang tidak dapat dilihat, membesarkan Akhirat yang juga tidak dapat dilihat. Ini bukan kerja mudah. Bila tidak mudah, ertinya keluarga terbahagi kepada beberapa kelompok antaranya: a. Ragu atau tidak mahu menerima dan akan memberi reaksi yang negatif serta mereka akan berhujah dengan maksud untuk menolak. b. Mungkin terdapat pula anggota keluarga yang menerima tetapi dipendamkan begitu saja tanpa kita ketahui. c. Ada pula yang faham dan menerima tetapi tidak kelihatan dalam pelaksanaannya. d. Tidak ketinggalan juga ada yang menerima tetapi masih terlalu lemah kerana tidak mampu melawan kehendak nafsunya sendiri. e. Ada juga yang sudah sangat mahu hidup bertuhan atau mahu mentaati Tuhan tetapi dalam pelaksanaannya memilih bidang-bidang yang diminatinya saja. Yakni tidak menerima secara total. f. Ada yang menerima secara total tetapi dalam pelaksanannya masih bertangguh. Begitu susahnya berhadapan dengan keluarga. Tidak seperti berhadapan dengan haiwan dan tanaman. Tidak semudah mengendalikan urusan material. Di sinilah betapa perlunya para suami atau bapa menitik beratkan beberapa perkara seperti berikut: 93
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
a. Pemilihan jodoh, jangan sekali-kali didorong oleh keinginan nafsu semata-mata. Ini penentu pertama kepada zuriat yang bakal lahir sama ada baik atau jahat b. Menjaga keberkatan majlis perkahwinan dengan menjaga syariat sepanjang majlis berlangsung. c. Ketika melakukan hubungan suami isteri sangat dituntut menjaga adab-adab yang diajarkan oleh agama. d. Mempastikan anak yang masih dalam kandungan mendapat suntikan rohaniah dengan cara ibu bapa membanyakkan hubungan dengan Tuhan melalui berbagai cara seperti wirid zikir, membaca Al-Quran, berdoa dan juga menjaga kesucian makan minum. e. Pendidikan anak dari mula dilahirkan terutama menjaga pendengaran, penglihatan dan makan minum. f. Amat penting didikan rohaniah seperti perkenalkan Tuhan dari seawal usia dua tahun dengan kaedah yang sesuai dengan tahap usia itu. Seperti banyak ajarkan sebutan kelimah Allah, perdengarkan bacaan Al-Quran, nasyid-nasyid yang menyebut nama Allah. g. Beri pendedahan kepada amalan sembahyang di usia lima tahun manakala umur tujuh tahun bermula mendisiplinkan anak tersebut kepada sembahyang. h. Seluruh suasana dalam rumahtangga itu memperlihatkan suasana yang Islamik, yang jelas menampakkan anggota keluarga yang semuanya membesarkan Allah SWT. Terutama sekali ibu bapa mesti menunjukkan contoh atau menjadi role model kepada anak-anak. Satu petanda baik dan positif adalah apabila ibu bapa merasa risau terhadap gejala sosial anak-anak. Merasa risau itu membuktikan jiwa ibu bapa masih hidup, sudah ada kesedaran, masih sayangkan anak-anak, biarpun mungkin sebahagian ibu bapa itu hanya memiliki kasih sayang fitrah 94
www.SayangiKeluarga.com MENGENAL MANUSIA
semata-mata. Kalau sebaliknya, sudah tidak merasa risau dengan gelagat negatif anak-anak, maka itu tandanya hati sudah keras serta tanda hampir kepupusan iman. Namun satu persoalan yang perlu dicari jawapan, mengapa anakanak remaja terlalu mudah terjebak dengan gejala sosial? Kita kadang-kadang hanya melepaskan rasa terkejut dan kesal kerana seawal usia baru melangkah ke sekolah menengah, anak-anak sudah menjadi samseng, membuli kawan, peras ugut, menguris kereta guru, membakar sekolah dan seumpamanya. Ini belum lagi kegiatan di luar kawasan sekolah seperti terlibat dengan dadah, merokok, lepak, hiburan melampau, rempit dan lain-lain. Mengapa ini terjadi? Paling mudah ialah mencari pihak lain yang dijadikan ‘kambing hitam’ untuk dilonggokkan kepada mereka sebagai punca kesalahan. Selepas itu ibu bapa senang hati dan boleh berlepas tangan begitu saja. Berbalik kepada aspek yang sudah disentuh sebelum ini, iaitu dalam mengatasi masalah berkaitan manusia kenalah betul-betul kenal manusia supaya mudah untuk mendidik anak-anak. Pada manusia Tuhan sudah cipta empat unsur yang merupakan satu pakej iaitu: a. Jasad b. Akal c. Nafsu d. Roh Kalau tidak ada empat unsur ini, atau salah satu unsur itu tiada, maka ia bukan manusia namanya. Daripada empat unsur yang ada pada manusia, unsur dalaman yang bersifat rohaniah itulah yang jauh lebih penting. Roh, nafsu dan akal itulah yang penting kerana ianya dikekalkan oleh Allah hingga akhirat kelak. Jasad atau fizikal, Tuhan akan musnahkan dan Tuhan bakal gantikan dengan jasad baru. Tetapi roh dikekalkan. Baik atau buruk kehidupan manusia sangat 95
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
ditentukan oleh faktor tiga unsur itu. Bahagia atau derita, aman atau rosak, sejahtera atau kecewanya manusia sangat ditentukan oleh tiga unsur tersebut. Lebih-lebih lagilah di Akhirat kelak Tuhan sudah beri peringatan semasa di dunia ini lagi yang mana Tuhan akan hanya menerima mereka yang bertaqwa sahaja. Atau dengan istilah lain, Tuhan akan hanya menerima hamba-hamba-Nya yang ‘Qalbun Salim’ yakni hati yang selamat sejahtera yang sedikit pun tidak ada sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji. Tuhan sebut juga dengan istilah sekurang-kurangnya ‘Nafsun Mutmainnah’ iaitu hati yang tenang dan tidak goyah sama sekali atau tidak tergugat sadikit pun dengan duniawi kerana takut dan cintakan Tuhan. Sasaran mendidik anak-anak boleh juga difahami melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” Tuhan tunjuk jalan atau beri panduan kalau manusia mahukan perubahan maka mestilah terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Tidak kira sama ada prubahan itu dalam bentuk positif atau negatif, baik atau buruk, cerdik atau bodoh, jahil atau berilmu, rajin atau malas, bahagia atau derita, maju atau mundur, sabar atau gopoh, bertanggungjawab atau cuai, semuanya ditentukan oleh ‘apa yang ada dalam diri’ yang sifatnya berubah. Bersandarkan ilmu tentang empat unsur manusia yang disebutkan di atas, dapatlah difahami bahawa yang Tuhan maksudkan dengan ‘mengubah apa yang ada dalam diri mereka,’ iaitulah tiga unsur roh, nafsu dan akal. Maka inilah yang menjadi sasaran para ibu bapa yaknu membawa perubahan kepada roh, nafsu dan akal. Secara ringkasnya perubahan kepada roh hendaklah diisi dengan iman dan taqwa. Perubahan kepada nafsu hendaklah mendidik agar 96
www.SayangiKeluarga.com MENGENAL MANUSIA
kuat mujahadah supaya nafsu atau keinginan tunduk kepada Tuhan serta keinginan kepada perkara-perkara yang positif dan kebaikan sahaja. Manakala perubahan kepada akal bermula dengan mengisi ilmu mengenai Tuhan, ilmu syariat, ilmu yang tepat dan benar sahaja dan juga ilmu pengetahuan yang mendatangkan manfaat. Termasuk ilmu alat yang memberi kebaikan dunia dan Akhirat. PECAHAN KATEGORI SETIAP EMPAT UNSUR
Roh itu ada empat kategori iaitu: 1. Roh yang bercahaya 2. Roh yang bersih 3. Roh yang kelabu 4. Roh yang hitam pekat Nafsu ada tujuh peringkat: 1. Ammarah 2. Lawwamah 3. Mulhamah 4. Mutmainnah 5. Radhiah 6. Mardhiah 7. Kamilah Akal (IQ) ada 6 peringkat: 1. Fathanah 2. IQ genius 3. IQ cerdik biasa 4. IQ biasa 5. IQ lemah 6. IQ bodoh
97
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Fizikal tidak perlu disebut kerana ia boleh dilihat dengan mata lahir. Jasad atau fizikal ini bersifat maddi atau berketul yang hanya mengikut saja. PERANAN EMPAT UNSUR DALAM DIRI MANUSIA 1. Roh
Roh merasai atau perasaan, seperti rasa kehambaan, rasa bertuhan, takut dan cintakan Tuhan, merasa tenang, merasa bahagia, merasa bimbang, cemas, sabar, kecewa, dukacita, marah, kasih sayang benci, rindu dan lain-lain. Roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Raja ini yang memerintah dan membuat keputusan yang menggerakkan segala anggota lahir manusia. Misalnya kalau seseorang itu membunuh, mencuri, merompak dengan tangannya maka yang jahat itu bukan tangannya, tetapi hati atau roh yang memerintahkan tangan setelah roh itu dikuasai oleh nafsu. Kalau seseorang yang bermulut celupar, yang salah bukan halkum, peti suara, lidah, gigi atau gusi tetapi hati atau roh yang jahat. Untuk mengatasi masalah manusia, jangan diubati lahiriahnya kerana fizikal manusia hanya mengikut saja. Mesti didik hati atau roh manusia itu. Di sinilah kita para ibu bapa sudah silap selama ini. Kita tidak pernah melihat kepada masalah roh anak-anak dalam mengatasai gejala sosial mereka. Kita tidak pernah mendidik hati mereka. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW dalam satu keterangan hadis bermaksud: “Dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh badan dan apabila rosak daging itu maka rosaklah seluruh badan. Ketahuilah sesungguhnya seketul daging itu ialah hati.” Hinggakan di Akhirat kelak pun kebaikan atau kebinasaan jasad adalah Tuhan hitung penentuannya pada hati. Sama ada bertaqwa atau tidak. Tanpa taqwa manusia menjadi jahat di dunia, ke nerakalah di Akhirat kelak. Begitulah sebaliknya, 98
www.SayangiKeluarga.com MENGENAL MANUSIA
hati yang bertaqwa akan taat kepada Allah SWT, akan menjadi baik di dunia dan mendapat Syurga di Akhirat dengan rahmat Tuhan. 2. Nafsu
Nafsu berkehendak sama ada yang baik atau tidak, kemahuan dan keinginan yang positif atau negatif. Namun pada asasnya sifat nafsu sangat kuat tarikannya kepada kejahatan. Nafsu ini sifatnya ingkar atau bercanggah dengan kehendak Tuhan. Apa yang Tuhan mahu nafsu tidak mahu dan apa yang Tuhan tegah itulah yang nafsu mahu. Terutamanya kalau masih berada pada peringkat nafsu amarah dan lauwamah. Peringkat mulhimah ialah tahap peralihan yang bila-bila saja boleh jatuh kepada lauwamah atau sebaliknya naik kepada nafsu mutmainnah. Mutmainnah inilah permulaan kehendak, kemahuan dan keinginan yang tunduk, patuh, selaras dan mengikut kehendak Tuhan, kehendak yang baik-baik atau positif. Nafsu mutmainnah, bererti tenang tidak tergugat oleh sebarang pengaruh lain, hanya tetap mahu kepada Tuhan dan kehendak Tuhan. 3. Akal
Akal menerima ilmu dan menyimpannya mengkaji, memikirkan, menganalisa, menyimpan maklumat, memproses dan mengeluarkan semula. Akal juga mampu mengeluarkan berbagai teori atau kaji selidik hingga menghasilkan penemuan baru. Mampu juga untuk membuat pertimbangan sama ada mahu menerima atau menolak sesuatu perkara. Akal juga berfungsi sebagai guru atau penasihat dalam kerajaan diri. Akal juga berperanan mengajar atau memberi ilmu bagaimana hati atau roh untuk berperasaan dengan tepat. Kalau ilmu yang diperolehi oleh akal itu tepat, maka akal akan memandu hati atau roh untuk merasai dengan 99
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
betul. Begitulah sebaliknya kalau tiada ilmu atau ilmu yang salah maka salah pulalah akal mengajar hati atau roh untuk merasai, atau juga silap dalam berperasaan. Contohnya, akal yang mengajar bagaimana perasaan yang tepat terhadap Tuhan. Umpamanya rasa takut, cinta, gerun, bimbang, cemas dan lain-lain. Rasa yang tepat terhadap Tuhan ialah apabila akal memiliki ilmu yang tepat terhadap Tuhan. Contoh lain ialah bagaimana sepatutnya perasaan yang tepat terhadap Akhirat. Rasa bimbang terhadap nasib di Akhirat itu bermula dari ilmu yang tepat tentang Tuhan dan Akhirat itu sendiri. Contoh lain ialah akal yang mengajar roh atau hati bagaimana perasaan yang tepat terhadap orang miskin, anak yatim, atau orang susah. Begitu juga akal yang mengajar berasaskan ilmu yang tepat bagaimana sewajarnya perasaan hati terhadap orang yang ingkar atau durhaka kepada Tuhan. Demikian juga dengan ilmu yang tepat akal akan memandu nafsu. Fungsi nafsu itu sentiasa berkehendak, maka akal dengan ilmu yang tepat akan mengajar dan memandu nafsu agar keinginannya terkawal terhadap perkaraperkara yang baik dan positif sahaja. Akal biarpun berfungsi sebagai penasihat, namun akal juga berfungsi menerima arahan dari hati dalam berbagai tindakan. Ertinya berlaku hubungan timbal balik antara unsur-unsur yang ada dalam diri itu. 4. Fizikal
Fizikal hanya ikut arahan seperti robot. Fizikal tidak pandai menentang. Seolah-olah rakyat yang taat, hanya mengikut saja perintah dan arahan raja dalam kerajaan diri iaitu hati. Manusia ada empat unsur yang merupakan satu pakej, yang sentiasa bekerjasama. Contohnya bila roh merasa sesuatu, katalah rasa dendam, maka ia hantar mesej itu kepada nafsu. Perasaan itu akan bertukar jadi kehendak. Nafsu hanya 100
www.SayangiKeluarga.com MENGENAL MANUSIA
tahu berkehendak tetapi tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Maka ia akan hantar kepada akal, yang akan memberi pandangan bagaimana untuk membalas dendam. Lalu akal akan arahkan fizikal untuk bertindak. Itulah caranya manusia bertugas. Terjadinya tindakan manusia adalah dari empat unsur itu. Bila roh bersih maka kehendak nafsu pun bersih, akal pun berfikir secara bersih dan fizikal akan melaksanakan secara bersih. Sebab roh itu raja yang mentadbir diri. Baik raja, baiklah semua rakyatnya. Begitulah sebaliknya. Seorang suami atau bapa, kerjanya adalah untuk mendidik roh anak isteri sehingga kalau pun tidak dapat sampai roh orang itu bercahaya, sekurang-kurangnya roh mereka bersih supaya dari rasa roh yang bersih akan membawa kepada kehendak nafsu yang bersih. Seterusnya akal akan berfikir secara bersih dan jasad melaksanakan secara bersih. Maka untuk mendidik anak-anak itu, ibu bapa perlu kenal dan faham empat unsur pada diri manusia. Hal ini bukan mudah. Hanya para Rasul dan para nabi yang sangat pakar tentang hal ini. Seorang suami atau bapa yang tidak ada kepakaran tentang manusia, akan membawa lebih banyak kerosakan dari kebaikan. Jadi bukan mudah mendidik anak isteri kerana semua unsur itu tidak dapat dilihat kecuali fizikal. Itulah manusia yang hendak kita didik dan hendak kita bawa kepada Tuhan.
101
www.SayangiKeluarga.com
10
Salah Dalam Memberi Kasih Sayang Kepada Anak-Anak
S
emua ibu bapa sayangkan anak-anak. Apa yang menjadi persoalan ialah apakah kasih sayang itu adalah kasih sayang iman atau kasih sayang fitrah. Ada perbezaan antara keduanya. Juga ada tanda yang berbeza antara kasih sayang iman dan kasih sayang fitrah. Amat penting bagi ibu bapa mengetahui dan memahami perbezaan antara dua jenis kasih sayang itu. Memahaminya akan diikuti dengan cara bagaimana ibu bapa melayani dan mendidik anak-anak. Sekaligus agar tidak tersalah dan tersilap dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. 1. Kasih Sayang Iman
Kasih sayang jenis ini ialah bila mana ibu bapa benar-benar mahu anak-anak mereka kenal Tuhan, mahu menyelamatkan anak-anak dari api neraka. Hidup mentaati Allah SWT dengan mengamalkan syariat Tuhan. Dalam apa keadaan pun tetap membesarkan Allah SWT, dalam aspek apa pun tetap membawa Tuhan bersama. Risiko apa pun yang di hadapi tetap tidak sampai meminggirkan Tuhan dan syariat 102
www.SayangiKeluarga.com SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG
Tuhan tetap tidak terabai. Maka layanan dan didikan terhadap anak-anak menjurus kepada keselamatan dunia Akhirat Asas dalam mendidik anak-anak ialah menyuburkan benih Malaikat, mendisiplinkan benih haiwan dan memusnahkan secata total benih syaitan yang ada dalam diri anakanak. Sama ada berusaha menyuburkan benih malaikat, mendisiplinkan benih haiwan mahupun menghapuskan benih syaitan, anak kuncinya ialah takut dan cintakan Tuhan. Kejayaan kasih sayang iman ini sangat ditentukan oleh ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa beriman saja yang akan terjamin kasih sayang kepada anak-anak adalah kasih sayang iman. Ibarat peribahasa Melayu, bapa borek anaknya rintik. Kasih sayang iman dari ibu bapa akan memberi didikan kepada anak-anak dengan tepat dan benar seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul. Didikan yang mengisi hati atau rohaniah anak dengan takut dan cintakan Tuhan atau dengan lain kata, dengan iman dan taqwa. Melalui didikan hati atau roh ini, akan melahirkan anak-anak yang sentiasa taat dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Akal anak-anak pula wajib diberi ilmu yang benar iaitu ilmu wahyu, ilmu syariat atau ilmu mengenai kebenaran yang datangnya dari Tuhan. Ilmu yang akan dapat memimpin diri anak-anak itu agar hidup bertuhan dan dalam kebenaran. Ilmu ini akan mampu memimpin hati bagaimana hendak meletakkan perasaan yang tepat terhadap sesuatu hal atau perkara. Umpamanya bagaimana seharusnya berperasaan apabila melihat alam semesta yang penuh dengan keajaiban. Ilmu yang benar mengajarkan agar merasai maha hebatnya Tuhan yang mencipta alam ini. Perasaan yang salah ialah apabila kagum dengan alam lantas menjadi manusia yang memuja alam, dan terlupa Tuhan yang menjadikan alam itu. Contoh lain, apa perasaan apabila melihat petani kampung 103
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
atau nelayan kerdil? Perasaan yang salah ialah memandang rendah dan hina. Perasaan yang benar ialah terasa besarnya khidmat, budi dan jasa mereka kepada manusia lain. Hasil keringat merekalah orang lain mengecapi nikmat hidup. Sedangkan pulangan yang mereka perolehi amat kecil. Lantas bersimpati dan ingin membalas budi serta jasa dengan mendoakan mereka agar mendapat rahmat dan keampunan Tuhan. Contoh lain, bagaimana perasaan yang tepat sekiranya melihat orang yang lalai dan jahat dalam hidup. Sewajarnya rasa sedih, kasihan, simpati, ingin hendak perbetulkan dan hendak diselamatkan. Andainya tidak nampak jalan atau usaha, paling kurang doakan mereka agar mendapat petunjuk dan pimpinan Tuhan. Cukup sekadar beberapa contoh. Pokoknya untuk menjadikan hati berperasaan yang tepat, ianya bertitik tolak dari ilmu yang tepat. Dan ilmu terletak di akal. Hati hanya berfungsi merasai atau berperasaan saja. Tidak pula salah akal anak diisi dengan ilmu untuk kehidupan serta untuk berbakti kepada manusia. Sekiranya ibu bapa subur benih haiwan dan subur benih syaitan, hakikatnya ibu bapa itu adalah haiwan dan syaitan yang bertopengkan manusia. Wajah atau rupa saja manusia, hakikatnya haiwan dan syaitan. Bayangkan kalau dalam satu keluarga yang ibu bapa adalah singa, harimau, serigala, beruang, buaya, kerbau, lembu, kambing dan lain-lain haiwan, manakala hati masing-masing adalah hati syaitan, sudah tentu tidak akan lahir anak-anak Malaikat. Gambarkan pula dalam satu keluarga yang anggotanya itu semua berperangai haiwan dan berhati syaitan, mana mungkin rumahtangga atau keluarga itu akan aman damai. 2. Kaih Sayang Fitrah
Tuhan sudah bekalkan secara semula jadi ibu bapa memiliki 104
www.SayangiKeluarga.com SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG
kasih sayang kepada anak-anak. Namun perlu diingat bahawa fitrah menyayangi anak-anak juga Tuhan bekalkan kepada haiwan. Kita boleh melihat bagaimana haiwan sangat menjaga dan mengawasi anak-anak dari mula bunting hingga melahirkan anak dan menjaganya semasa anak-anak haiwan itu masih kecil dan lemah. Bezanya dengan manusia ialah haiwan tidak ada tanggungjawab terhadap anak-anak. Haiwan tidak ada tanggungjawab memberi makan minum, rumah, tempat tinggal, didikan, keselamatan, keturunan dan nasab. Di sini memahamkan kita bahawa kalau ibu bapa hanya memiliki kasih sayang fitrah semata-mata, maka ibu bapa itu sudah melayani anak-anak hampir setaraf dengan haiwan. Kasih sayang fitrah ini adalah bilamana ibu bapa menjaga segala perkara yang lahiriah saja. Memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal, wang ringgit, kesihatan dan keselamatan yang bersifat lahiriah semata-mata. Didikan pula amat mementingkan aspek duniawi dan terpisah dari Tuhan dan Akhirat. Kejayaan yang menjadi ukuran dan pertimbangan terhadap anak-anak hanyalah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Yang diutamakan ialah berapa skor A dalam pepereksaan, IPT mana yang menjadi pilihan, dan berapa besar habuan duniawi yang bakal diperolehi. Tuhan dan Akhirat tidak pernah diperhitungkan. Bahkan kadang-kadang hingga terbabas dan terlajak mempersoalkan fungsi agama dalam kejayaan hidup. Terpesong hingga menganggap agama sebagai menghalang kemajuan yang mereka hendak capai. Terdapat juga kerosakan hingga bersangka buruk kepada Tuhan yang kalau mementingkan agama atau kalau terlalu beragama, hidup akan menjadi susah. Dalam hal ini kalau kita melihat kepada realiti, manusia yang berhempas pulas memburu dunia hingga sanggup durhaka kepada Tuhan sering mengalami kemiskinan yang amat parah iaitu kemiskinan jiwa. Kemiskinan jiwalah 105
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
yang menimbulkan berbagai angkara kekacauan, porak peranda, krisis, pergaduhan, permusuhan dan peperangan. Kemiskinan jiwalah yang mengakibatkan menjalar dan berleluasa berbagai bentuk jenayah, kejahatan, tindas menindas dan kezaliman di atas muka bumi ini dari semenjak pembunuhan pertama oleh Qabil terhadap Habil, adik kandungnya sendiri. Tuhan utus para Rasul kepada manusia adalah bertujuan untuk mengkayakan jiwa manusia dengan misi perjuangan mereka yang pertama dan paling utama, iaitu memperkenalkan Tuhan kepada manusia atau membawa hati manusia supaya takut dan cinta kepada Tuhan. Setelah ibu bapa memahami perbezaan antara kasih sayang iman dan kasih sayang fitrah, sekarang mari fahami pula bentuk-bentuk layanan atau pendekatan ibu bapa terhadap anak-anak dan kesannya kepada anak-anak. a. Terlalu lembut, terlalu tolak ansur dan dimewahkan dengan kebendaan.
Melalui pendekatan ini anak-anak akan menjadi manja, degil dan sombong kerana mereka tidak pernah merasai takut atau tidak pernah ditakutkan kepada sesiapa. Kalau gurunya marah, anak-anak ini akan melawan gurunya dengan alasan dia tidak pernah dimarah oleh sesiapa pun. Maka guru tidak berhak memarahinya. Dia merasakan seolah-olah semua perbuatannya adalah betul. Kesenangan material yang tidak terbatas melahirkan anak-anak yang berjiwa lemah serta tidak mengenal erti kehidupan. Sedangkan kehidupan ini penuh dengan pasang surut, antara susah dan senang. Sentiasa silih berganti antara tenteram dan musibah. Inilah hakikat hidup yang mesti diterima. Kesannya ialah anakanak ini tidak mampu berhadapan dengan gelombang dan pancaroba kehidupan. Dia akan menjadi mudah kecewa dan putus asa. 106
www.SayangiKeluarga.com SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG
Andainya anak-anak jenis ini muncul sebagai pemimpin, kalau pun tidak bersikap ganas dan zalim, sekurang-kurangnya dia tidak mengenal erti keperitan hidup rakyat bawahan. Ini kerana dia menyangka semua orang hidup senang seperti dirinya. Mudah sangat dikuasai oleh sifat ego atau mementingkan diri. Tidak ada semangat mahu membela dan menghiburkan orang lain. Sebaliknya dia mengharapkan orang lain yang perlu membela dan mengistimewakan dirinya. Apatah lagi kalau tanpa iman dan taqwa maka dia sangat mementingkan hidup berfoya-foya, boros, hiburan yang melampau dan kurang prihatin kepada rakyat. b. Terlalu keras, kasar, bengis, marah dan mengongkong
Pendekatan bagini bakal melahirkan anak-anak yang perasaannya sentiasa tertekan. Anak-anak yang perasaan mereka tertekan dan terkongkong akan melahirkan tindak balas memberontak. Mereka akan sentiasa mencari jalan keluar dari tekanan dan kongkongan tersebut. Sudah pasti tabiat dan perangai mereka juga adalah keras, kasar, bengis dan pemarah. Dalam waktu yang sama mereka juga memiliki sikap inferiority dan passimis terhadap masa depan. Ini kerana mereka tidak pernah diberi peluang dan tiada kebebasan langsung dalam melakukan sesuatu. Mereka ingin mencuba, namun terhalang oleh kongkongan dan peraturan yang ketat umpama dalam penjara. Kalau mereka terlalu disusahkan dalam aspek material pula, mereka merasa tertekan kerana merasakan mereka hidup tidak seperti kawan-kawan lain yang ada peluang memiliki apa yang mereka mahu. Kadang-kadang anak-anak begini cuba memenuhi keinginan mereka dengan kerja mencuri. Tidak kira sama ada mencuri kepunyaan keluarga sendiri atau kepunyaan orang lain. Anak-anak begini juga degil dan keras kepala yang amat sukar untuk menerima didikan dan tunjuk 107
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
ajar. Segala sikap-sikap negatif pembawaan ibu bapa mereka, akan berpindah kepada anak-anak ini. Apabila mereka dewasa mereka akan mengulangi sikap yang sama. Maka anak-anak mereka pula akan menanggung warisan yang sama iaitu kasar, bengis, pemarah dan suka mengongkong. Kalau menjadi pemimpin, kemungkinan menjadi diktator atau kuku besi atau terlalu keras bertindak kepada rakyat. Bertambah ramailah orang yang menjadi mangsa. Dunia tidak aman berada di bawah pemerintahannya. c. Lemah lembut tetapi tegas
Pendekatan ketiga ini paling baik dalam membentuk peribadi anak-anak dan akan terjamin berjaya. Lemah lembut adalah lambang kasih sayang yang utama. Sekiranya bersikap kasar, secara otomatik ternafilah kasih sayang. Kasih sayang serta sifat lemah lembut adalah fitrah manusia. Tanyalah siapa saja, mereka pasti akan menyukai sifat atau sikap lemah lembut. Bahkan orang yang sikapnya kasar dan pemarah sekalipun tetap menyukai orang lain berlemah lembut terhadap dirinya. Sebab itu Allah SWT memerintahkan Nabi Musa berkata-kata dengan lemah lembut dan lunak kepada Firaun. Sedangkan sudah maklum bahawa Firaun ganas, zalim dan kasar. Tuhan perintahkan demikian adalah untuk mengajar satu pendekatan yang berkesan dalam mendidik manusia, iaitu dengan membongkar fitrah rasa bertuhan manusia. Kerana Tuhan itu Maha Pengasih, Penyayang, dan Maha Lemah Lembut. Lemah lembut hendaklah bersama dengan sikap tegas. Apa maksud tegas? Tegas bukan keras atau kasar atau bengis. Erti tegas ialah berada di atas perinsip. Tegas ertinya perkara yang boleh maka dibolehkan. Perkara yang dilarang mesti dihindari. Toleransi dalam perkara-perkara yang memang diharuskan oleh agama, dan ditegah sama sekali dalam 108
www.SayangiKeluarga.com SALAH DALAM MEMBERI KASIH SAYANG
perkara yang diharamkan. Gabungan lemah lembut dan tegas inilah membawa maksud disiplin. Disiplin yang diterapkan kepada anak-anak semenjak awal usia akhirnya menjadi sebati dengan kehidupan mereka. Kebaikan sudah menjadi pakaian mereka seharian. Tegas atas perinsip ini memang disuruh oleh Allah SWT kepada manusia.
109
www.SayangiKeluarga.com
11
Suami Berwibawa
M
enurut kebiasaannya kalau kepala keretapi terbabas atau tergelincir dari landasan, gerabak di belakangnya akan turut tergelincir. Begitulah dalam sebuah keluarga, suami atau bapa adalah diibaratkan kepala keretapi. Suamilah yang berperanan menjadi peneraju utama yang menentukan kesejahteraan keluarga dunia Akhirat. Dalam kontek keretapi, gerabak hanya mengikut sahaja. Gerabak tidak ada enjin atau kuasa pengerak sendiri melainkan diheret oleh kepala. Kepala keretapi itu pula mesti punya kekuatan yang mampu menarik gerabak. Kalau kuasanya lemah, mungkin keseluruhan keretapi tidak boleh bergerak atau hanya sekadar boleh bergerak perlahan dan tidak berupaya untuk membuat perjalanan yang jauh. Suami atau bapa kenalah melayakkan diri memiliki keupayaan seperti kepala keretapi yang mampu menarik gerabak. Pada diri suami atau bapa mesti ada ciri-ciri wibawa yang membuatkan dirinya dipandang mulia, dihormati, disegani, dipercayai sepenuhnya. Anggota keluarga malu kepada suami atau bapa, menjadikan suami tempat rujuk, 110
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
memberi kata putus dan tempat bergantung harap, berlindung dan bernaung. Inilah gambaran umum apa yang disifatkan sebagai seorang suami atau bapa yang berwibawa. Soal rasa atau perasaan bukan boleh dipaksakan kepada manusia. Rasa atau perasaan adalah fitrah anugerah Allah SWT. Tiada siap boleh memaksa untuk seseorang itu merasa cinta, rasa benci, rasa jemu, rasa bosan, rasa sayang, rasa rindu, rasa meluat, rasa ngeri, rasa takut, dan lain-lain jenis perasaan. Sedikit sahaja faktor lahiriah sebagai pencetus sesuatu rasa atau perasaan. Misalnya anak rasa rindu kepada ibunya, faktor pencetus rasa rindu ialah kerana berjauhan. Tetapi rasa atau perasaan rindu itu bukan dipaksa-paksa untuk datang ke dalam hati. Contoh yang lebih khusus adalah rasa kepada suami atau bapa. Tidak boleh dipaksa atau diarahkan supaya anak isteri memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan bapa atau suami. Melainkan ada kriteria yang mencetuskan kepercayaan terhadap dirinya. Bolehlah dikiaskan kepada perasaan lain. Oleh itu bagi anggota keluarga yang mahu merasakan suami atau ayah itu berwibawa bukan boleh dipaksa dan diarahkan, Namun untuk mendatangkan perasaan hormat, segan, malu, memandang mulia kepada suami atau ayah, perlu suami atau ayah cetuskan penyebab. Penyebab itu ialah beberapa cirri yang dibahaskan secara ringkas dalam bab ini. Wibawa seseorang ada yang memang Tuhan sudah bekalkan secara semula jadi bersama dengan kelahirannya. Mereka yang punya wibawa semula jadi ini Tuhan bekalkan kepada para Rasul, nabi-nabi dan para mujaddid, Selain mereka ada juga yang Tuhan beri wibawa secara semula jadi kepada individu tertentu seperti kepada ulama-ulama mujtahid, syeikh-syeikh tariqat, pemimpin jemaah, tetapi tidaklah wibawanya mencapai taraf yang Tuhan beri kepada para Rasul, nabi-nabi dan para mujaddid. Ada juga wibawa yang boleh diusahakan asalkan memenuhi cirri-ciri tertentu. 111
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Memiliki beberapa cirri tertentu sedikit sebanyak akan ada tempias-tempias wibawa hebat seperti yang Tuhan beri secara semula jadi. Wibawa kategori ini boleh diusahakan oleh siapa saja. Tidak pula terlalu sukar untuk memilikinya. Sekiranya seorang suami atau bapa berwibawa maka sempitlah ruang untuk anggota keluarga mempertikaikan kepimpinan suami atau bapa tersebut. Dan akan lebih mudah berjaya dalam mengendalikan rumahtangga. Isteri akan lebih taat dan anak-anak lebih mudah menerima didikan dan tunjuk ajar. Tidak akan berlaku terhadap suami itu seperti ‘cakap tidak serupa bikin’. Juga tidak termasuk ke dalam golongan yang ditempelak oleh Allah SWT seperti yang maksudnya lebih kurang “Amat besar kemurkaan Allah bagi orang yang berkata apa yang dia tidak buat.” Suami yang berwibawa sekurang-kurangnya memiliki lima cirri-ciri berikut: 1. BERILMU.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang jahil itu adalah musuh Allah walaupun dia ahli ibadah, orang berilmu itu dikasihi Allah walaupun dirinya fasik.” Dalam ajaran Islam ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. a. Ilmu Fardhu Ain
Setiap hamba wajib mengabdikan diri atau mentaati Allah SWT. Dalam mentaati Allah SWT caranya mesti ikut sebagaimana panduan yang Tuhan ajarkan melalui Rasulullah SAW. Tidak boleh direka atau dicipta sendiri oleh manusia. Silap cara maka Tuhan akan tolak, atau tidak diiktiraf sebagai ibadah kepada Tuhan. Fardhu Ain ini terangkum di dalamnya banyak aspek-aspek hablumminallah, yang bersifat khusus 112
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Berdosa sekiranya tidak melepasi tahap sukatan ilmu Fardhu Ain. Merangkumi semua bidang ilmu tauhid, feqah dan tasawuf atau ilmu akhlak. Di bidang ilmu tauhid mesti mempelajari ilmu tentang Rukun Iman satu persatu untuk mengsahkan iman. Contohnya terhadap Tuhan, mesti kenal Tuhan tepat dengan Tuhan yang sebenar-benar Tuhan, dan yakin kepada Tuhan itu dengan sebenar-benar yakin. Untuk kenal Tuhan dan meyakini Tuhan, bermula dengan ilmu mengenai Tuhan. Begitulah juga wajib mengetahui Rukun Iman yang lain serta meyakininya iaitu tentang Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan Qadha dan Qadar. Feqah pula bermula dengan bab bersuci yang berkaitan tentang jenis najis, jenis air, kaedah bersuci hinggalah kepada semua ibadah yang fardhu. Sukatan ilmunya sekira-kira seluruh ibadah itu tahu syarat rukun dan sah batalnya. Termasuk Fardhu Ain dalam Feqah ialah serba sadikit perlu juga ada ilmu mengenai halal dan haram supaya tidak terjatuh kepada dosa kerana melakukan perkara haram dalam semua aspek kehidupan. Perkara haram dan dosa sama ada kecil atau besar bukan dalam soal makan minum sahaja. Kenalah tahu jenis dosa besar dan dosa kecil. Tasawuf atau akhlak mesti ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah atau sifat keji dan tahu pula bagaimana membuangnya. Tahu juga tentang sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji dan tahu bagaimana untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Mengenal sifat-sifat ini mestilah di tahap mengetahui apakah ada atau tiada sifat-sifat tersebut pada diri. Bukan sekadar tahu pada ilmunya sahaja. Sekali lagi diingatkan bahawa memiliki semua ilmu Fardhu Ain ini adalah wajib, untuk mengsahkankan iman bagi ilmu tauhid, mengsahkan ibadah bagi ilmu feqah dan 113
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
menyelamatkan dan memurnikan ibadah serta segala perbuatan dari cacat cela dan rosak bagi ilmu tasawuf. Mengamalkan ketiga-tiga cabang ilmu itu akan membentuk sifat taqwa, dengan syarat semuanya benar-benar dihayati, ada roh bagi setiap amal. Menghayati atau ada roh ertinya amalan itu sangat memberi kesan kepada pembentukan peribadi seseorang. Kalau beramal tetapi tidak berubah perangai jahat kepada baik atau tabiat negatif tidak dapat dibuang, itu tandanya beramal tanpa roh. Terutama sekali roh amal itu diukur pada bertambah dekat hati dengan Tuhan yakni bertambah takut dan bertambah cinta kepada Tuhan. Hati semakin kuat rasa kehambaan dan mudah bertaubat terhadap dosa. Nikmat yang sedikit sudah sangat disyukuri, sabar di atas ujian dan redha apabila ditimpa musibah. Seorang suami atau bapa akan terserlah wibawanya apabila dia berupaya menyelesaikan ilmu Fardhu Ain kepada anggota keluarganya. Sekiranya suami atau bapa tidak mampu, maka dia mesti berusaha mencari jalan sama ada membenarkan anggota keluarganya pergi belajar atau membawa guru ke rumahnya untuk mengajar anggota keluarganya. Melalui cara ini selesailah Fardhu Ain anggota keluarga tetapi kuranglah wibawa suami atau bapa. Demi untuk menjaga wibawa suami atau bapa maka lebih utama menguasai ilmu Frdhu Ain untuk menyelesaikan Fardhu Ain keluarga termasuk ilmu membaca Al-Quran. Di awal Islam dahulu tidak terdapat pengajian Islam di luar rumahtangga. Pengajian ilmu-ilmu Islam diselesaikan oleh suami atau bapa di rumah sendiri. b. Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu yang berkait dengan aspek-aspek hablumminannas, yang menghubungkan antara sesama manusia atau keperluan bersama untuk manusia. Ilmu Fardhu Kifayah ini 114
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
adalah ilmu untuk keperluan kehidupan manusia. Ilmu ini amat luas selagi tidak dalam perkara yang haram atau yang di tegah oleh syariat. Ilmu Fardhu Kifayah kedudukannya dalam Islam ialah dituntut ke atas umat sekira-kira dapat menyelesaikan keperluan hidup umat Islam sendiri tanpa bersandar atau bergantung kepada orang bukan Islam. Realiti zaman ini, ilmu Fardhu kiyah diburu ke merata dunia tetapi sekadar untuk makan gaji atau bekerja bagi keperluan diri dan bukan untuk umat Islam. Kalau menurut hukumnya, selagi seseorang itu tidak selesai ilmu Fardhu Ain maka tidak dituntut untuk mempelajari ilmu Fardhu Kifayah. Atau juga ilmu yang dipelajari itu tidak dinamakan ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Kifayah ini tidak termasuk sebagai syarat untuk wibawa suami atau bapa. Kalau kurang menguasainya tidak mengapa. Cuma kalau memilikinya ada kelebihan. Dan tidak pula dituntut kepada suami atau bapa menyelesaikan kepada anggota keluarga. Hanya bertanggungjawab ke atas keperluan belajar anak-anak. Selain bertanggungjawab ke atas mereka, perlu juga memberi dorongan dan rangsangan serta bimbingan di rumah sekiranya berkemampuan. Setelah memahami dua aspek ilmu dalam Islam, menguasai kedua-duanya akan mendatangkan kesempurnaan hidup dunia Akhirat. Di dunia selamat, tidak dipermainkan oleh musuh-musuh umat Islam. Di Akhirat selamat dari api neraka. Dua bidang ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Ibarat pokok, Fardhu Ain itu ibarat akar tunjang, batang dan dahandahan besar, manakala Fardhu kifayah itu ibarat dahan ranting, daun, bunga dan buah yang semuanya mendatangkan kesempurnaan kepada pokok. 2. BERSIFAT ADIL
Sifat adil itu adalah menghampiri taqwa. Begitulah lebih 115
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kurang yang Tuhan nyatakan dalam Al-Quran. Kalau kesempurnaan taqwa itu seratus peratus maka separuh daripada sifat taqwa itu terletak pada sifat adil. Adil di sini yang menghampiri taqwa bukanlah adil seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Pada umumnya masyarakat memahami adil itu dengan konsep sama rata atau sama rasa atau sama dapat. Oleh kerana begitu yang difahami tentang adil, maka sering timbul isu menunding kepada pihak lain apabila satu pihak tidak dapat apa yang dituntut. Atau juga kerana tidak diberi layanan yang sama. Adil menurut ajaran Islam, iaitu takrif yang tepat ialah meletakan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu benda atau keadaan atau keputusan tidak kena pada tempatnya yang tepat maka itu dikatakan tidak adil atau zalim. Keadilan menurut Islam amat luas skopnya. Yang dikatakan sifat adil menurut Islam ialah tiap-tiap sesuatu, keadaan, dan keputusan mestilah menepati kehendak Allah SWT, yakni tidak keluar dari syariat Allah SWT. Ianya mencakupi keadilan pada diri sendiri, keadilan kepada keluarga, keadilan kepada harta benda, kepada masa, kepada kerja, kepada ilmu yang dimiliki dan sebagainya. Contoh keadilan kepada diri, termasuk dalam aspek penggunaan anggota badan, akal fikiran, hati atau perasaan, adil pada tenaga, penggunaan masa, ilmu pengetahuan dan harta benda. Apabila disebut keadilan kepada keluarga pula yang paling utama berbanding dengan perkara-perkara lain ialah bagaimana hendak membentuk keadilan diri bagi setiap anggota keluarga. Apabila aspek keadilan ini dapat difahami serta dapat di praktikkan, maka keadilan dalam aspek lain akan menjadi lebih mudah untuk di laksanakan. Keadilan kepada anggota keluarga diukur hanya dalam aspek lahiriah, yakni tidak termasuk dalam soal yang maknawiyah seperti perasaan yang berbeza kepada anak-anak dan kepada isteri116
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
isteri bagi mereka yang berpoligami. Secara fitrah semua menyayangi anak-anak. Kalau ada perasaan yang berbeza kepada anak-anak maka itu tidak termasuk dalam ukuran adil atau tidak adil. Ini kerana dalam soal perasaan ianya bersifat maknawiyah yang tidak dapat dibelah, tidak dapat dicaing-caing dan tidak dapat diagih menurut peratusan. Ertinya tidak berlaku kalau ketika anak masih seorang maka sayangnya seratus peratus. Apabila anaknya dua maka tidak akan terpecah kepada lima puluh peratus setiap seorang. Juga tidak akan berlaku kalau anak berjumlah sepuluh orang maka setiap anak-anak hanya berbaki sepuluh peratus setiap orang. Tidak mungkin. Sekiranya ada perbezaan dalam perasaan terhadap anak, maka itu di luar kuasa manusia, kerana itu adalah fitrah anugerah Tuhan. Apa yang dilarang ialah menzahirkan perbezaan kasih sayang itu sama ada dengan kata-kata mahu pun perbuatan. Namun di sini perlu difaham iaitu yang dilarang atau dianggap tidak adil ialah dalam aspek memberi layanan dan tanggungjawab kepada anak-anak. Dalam memberi layanan dan tanggungjawab tidak boleh dibeza-bezakan. Masih tidak menyalahi perinsip keadilan sekiranya berbeza pendekatan dalam memberi didikan. Bahkan itulah yang dianggap adil. Ini kerana perbezaan watak dan tahap akal pemikiran di kalangan anak-anak sememangnya memerlukan pendekatan yang berbeza. Anak yang kuat jiwa berbeza pendekatan dengan anak yang kuat akal dan berbeza pula pendekatan terhadap anak yang kuat perasaan. Demikian juga dalam melayani anak-anak yang berbeza usia sudah tentu berlaku perbezaan. Ketepatan dalam pendekatan kepada anak-anak yang berbeza sikap dan tahap akal dan berbeza usia itulah sebenarnya keadilan kepada mereka. Sekiranya hendak pertahankan konsep adil itu sama rata dan sama dapat dalam perkara lahiriah maka itu juga sesuatu yang mustahil dapat dilakuan. Contohnya bagaimana hendak 117
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
menyamakan kuantiti makan anak yang gemuk dengan yang kurus. Mustahil juga dalam memberi pakaian antara anak yang tinggi dengan yang pendek. Antara yang sudah remaja dengan yang masih kanak-kanak. Sebenarnya konsep adil sama rata itu hanyalah satu pembohongan dari mereka yang tidak memahami konsep keadilan menurut ajaran Islam. Keadilan dalam Islam yang paling adil secara menyeluruh kepada semua dan bermula keadilan itu pada diri terlebih dulu hinggalah kepada masyarakat umum dan dalam semua aspek. Inilah konsep dan prinsip keadilan yang diterima oleh hati kecil manusia. Apabila seorang suami atau bapa itu sudah melaksanakan tanggungjawab dalam memenuhi perlayanan dan keperluan hidup anak isteri maka itulah yang dikatakan keadilan. Berikan hak kepada setiap anggota keluarga menurut keperluan mereka yang berbeza, itulah yang dinamakan keadilan seorang suami atau bapa. Terutama sekali dalam memenuhi keperluan yang asasi untuk mereka. Akan hilanglah wibawa seorang suami atau bapa sekiranya perkara asasi pun diabaikan dan tidak mahu bertanggungjawab. Untuk mencapai sifat adil, mestilah kenal Tuhan dalam erti kata takut dan cinta kepada Tuhan. Tanpa kenal Tuhan maka sifat adil amat sukar untuk menjadi pakaian diri. Sebab itulah sifat adil menghampiri taqwa atau dekat dalam pandangan Tuhan. Dan Tuhan itu Maha Adil. 3. SIFAT SABAR.
Amat banyak disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam menggambarkan kelebihan sifat sabar. Kemuncak atau yang tertinggi Tuhan sebut dengan pengertiannya iaitu tiadalah bagi orang yang sabar itu melainkan masuk syurga tanpa hisab. Apa erti atau takrif sabar. Sabar ialah menahan diri untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Berdasarkan 118
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
takrif sabar tersebut memahamkan kita bahawa untuk memperoleh sifat sabar atau penyabar mesti ada hubungkait dengan Tuhan. Mesti atas dorongan untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sedangkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukan perkara yang mudah. Dan kalau seorang suami atau bapa itu memiliki sifat sabar, dia akan dipandang tinggi, dihormati, disegani dan dimuliakan oleh keluarganya. Allah SWT anugerahkan perasaan tersebut kepada keluarganya kerana dia sendiri diredhai oleh Allah SWT. Terlalu luas aspek yang boleh dibahaskan tentang aspek sabar ini. Luasnya boleh dijadikan sebuah buku tersendiri. Memadailah dihuraikan secara kasar atau secara ringkas di sini untuk serba sedikit dapat memahamkan dalam konteks untuk membina wibawa seorang suami atau bapa. Sabar ada tiga kategori sperti berikut: a. Sabar dalam mentaati Allah SWT.
Ini adalah sabar peringkat paling rendah. Sabar dalam mentaati Allah SWT ini terdapat dua bentuk iaitu dengan melaksanakan segala perintah atau suruhan Tuhan secara lahiriah. Satu bentuk lagi ialah taat secara roh kepada setiap amal lahir yang dilakukan itu Namun begitu bukan mudah untuk dapat bersabar dalam mentaati Allah SWT. Bukan mudah dapat kekal istiqamah atau berkekalan dalam berlaku taat kepada Allah SWT. Sukar untuk tetap kekal sabar dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dalam semua sudut kehidupan. Ertinya perkara-perkara wajib hendak di tunaikan, manakala perkara-perkara sunat hendak di pertahankan dan semua perkara harus atau mubah turut hendak di jadikan ibadah yang turut mendatangkan pahala. Sabar dalam taat kepada Allah SWT ini kalau tiada cabaran, tiada gangguan, tiada halangan, tiada rintangan memang agak mudah dilakukan. Tetapi belum tahu lagi sekiranya bertembung dengan cabaran dan gangguan. Contohnya hendak 119
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
mempertahankan sembahyang. Kalau berada dirumah atau sekadar ketempat kerja mungkin tiada masalah. Keputusan terletak pada diri sendiri. Bagaimana agaknya kalau kita hadir dalam mana-mana majlis yang aturcaranya tiada ruang untuk sembahyang? Ketika itu akan bertarung perasaan kita sama ada hendak memilih Tuhan atau urusan. Atau kalau boleh juga menunaikan sembahyang, namun kita akan terjebak kepada dua kemungkinan iatu sama ada sembahyang bergopoh gapah hingga hilang roh sembahyang itu, atau bersenbahyang dihujung waktu yang juga akan hilang roh sembahyang. Hendak pertahankan sembahyang awal waktu serta tidak meninggalkan berjemaah, satu cabaran yang amat berat dalam keadaan manusia zaman ini yang amat sibuk dengan berbagai urusan. Cukuplah satu contoh di atas, dan bolehlah dikiaskan kepada aspek lain. Sedangkan sekiranya hendak dihurai secara mendalam tentang sabar dalam mentaati Allah SWT, bukan terhenti kepada dapat berbuat sahaja atau dapat selesaikan ketaatan lahiriah semata-mata. Tuhan melihat hati dalam membuat amal lahir. Tuhanmemang wajib kan beramal namun nilai amal disis Tuhan adalah apa yang ada dalam hati ketika beramal itu. Erti mentaati Allah SWT itu ialah hati yang dapat merasai kehambaan yang mendalam. Iaitu rasa-rasa yang selayaknya bagi hamba kepada Tuhan seperti merasa takut, gerun, bimbang, cemas, harap, rendah diri, hina diri, rasa malu, rasa lemah dan berbagai rasa lagi kepada Alah SWT. Sekaligus turut marasai bertuhan yang mendalam seperti tasa Tuhan Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Melihat, Maha mengetahui dan berbagai rasa lagi. Ini juga yang diistilahkan sebagai taat dalam taat iaitu taat lahir dan batin. Kalau bukan atas rahmat, pimpinan dan kekuatan dari Tuhan, terasa amat sukar untuk sabar dalam mentaati Allah SWT. Perlu berdoa selalu untuk mendapat rahmat dan pimpinan Tuhan. 120
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
Itu baru peringkat sabar dalam taat terhadap diri sendiri sebagai suami atau bapa. Sedangkan suami atau bapa itu Tuhan anugerahkan amanah yang perlu di pikul. Beban terhadap keluarga bukan boleh di abaikan begitu saja. Suami mesti turut membawa keluarga agar turut sabar dalam mentaati Allah SWT. Dalam pada itu kena sabar juga untuk membimbing keluarga dalam mentaati Alah SWT. Tidak boleh putus asa atau lemah semangat. Sekali lagi amat perlu meminta pertolongan dan bantuan Allah SWT untu dengan rahmat, pimpinan dan kekuatan dari Allah SWT akan terus berusaha hingga berjaya. b. Sabar dalam meninggalkan maksiat atau dosa.
Terdapat dua bentuk iaitu maksiat atau dosa lahir dan maksiat atau dosa batin. Sabar peringkat kedua ini lebih berat berbanding dengan sabar kategori pertama tadi. Ini kerana Tuhan sediakan nafsu yang sangat menarik manusia kepada kejahatan. Dibantu pula oleh syaitan yang sudah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.. Dalam zaman yang sudah jauh dari Rasulullah SAW, jauh dari rahmat Tuhan jauh dari iman dan taqwa, jauh dari ajaran Islam maka maksiat amat berleluasa. Ditambah pula oleh pengaruh media yang mempromosi segala macam maksiat dari barat. Ditambah pula oleh budaya rosak dan negatif yang sengaja dicetuskan oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Kecuali memiliki kesabaran yang kuat demi untuk Tuhan yang mampu meninggalkan segala larangan Allah SWT. Amat sukar untuk terselamat dari dosa lahir yang berlaku melalui anggota tujuh iaitu mata, lidah, perut, telinga, tangan, kaki, dan kemaluan. Lebih-lebih amat susah untuk menghindari dosa batin atau dosa hati. Kadang-kadang hingga terlajak tidak lagi merasakan dosa hati itu sebagai dosa. Kalau ini terjadi maka dosanya lebih berat lagi kerana 121
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
berbuat dosa dalam keadaan penih kerelaan dan terus menerus dalam dosa. Kalau dalam dosa lahir yang nampak dan dapat dikesan secara lahir pun sukar untuk menghindarinya maka dosa bati lebih sukar lagi kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebab itu kita terasa amat sukar untuk bersih dari riya, ujub, sum’ah, sombong, ego, pemarah, iri hati, dengki, dendam, cinta dunia, benci, memandang hina kepada orang lain dan banyak lagi. Inilah juga merupakan pintu-pintu laluan kemasukan syaitan untuk menggoda manusia. Untuk lepas dari godaan syaitan maka semua pintu-pintu ini mesti ditutup melalui mujahadah yang tiada noktah akhir kecuali mati. c. Sabar dalam menghadapi ujian.
Inilah peringkat kesabaran yang paling sukar. Ujian terbahagi kepada dua bentuk iaitu ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ujian kesusahan di antaranya seperti miskin, sakit, anak isteri meragam atau degil, pekerja bermasalah, perniagaan mengalami kerugian, orang fitnah, kecurian, musibah seperti kemalangan dan bencana alam dan seumpamanya. Sabar dalam menghadapi ujian susah ini dalam erti kata tahan hati, tenang menghadapinya, tidak menderita, tidak putus asa, tidak kecewa, tetapi tidak emosi, tidak gopoh dalam mengatasinya. Tidak menunding jari kepada orang lain, tidak hilang pertimbangan. Melainkan menerimanya dengan senang hati, bersangka baik terhadap Tuhan bahawa semua itu ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada didikan Tuhan, ada peringatan dan pengajaran dari Tuhan. Hatinya benar-benar dapat merasakan Tuhan hendak menguji keimanannya apakah dengan ujian itu dapat terus bersabar dengan mengharapkan Tuhan redha terhadap dirinya. Ujian kesenangan umpamanya kaya, berpangkat, ada kedudukan, popular, orang sanjung, orang puji, perniagaan bertambah maju dengan mudah dan lain-lain lagi. Dalam 122
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
kesenangan ini pun satu ujian kesabaran yang amat berat. Ramai orang berjaya boleh sabar dalam kesusahan, tetapi jarang boleh tahan sabar dengan ujian kesenangan. Maksudnya dalam kesenangan itu seseorang bertahan kerana mengharap keredhaan Allah SWT. Tidak lupa diri, sangat bersyukur dengan hati benar-benar merasakan itu semua kurniaan dan anugerah Allah. Lantas semakin subur sifat pemurah, semakin tawadhuk, semakin kuat hubungan hati dengan Tuhan dan semakin kuat membela manusia terutama yang sangat memerlukan pertolongan. Takut hendak berfoya-foya dengan kesenangan itu, takut hendak berlaku sombong kerana yakin Tuhan boleh tarik bila-bila masa saja dengan sekelip mata. Dia dapat merasakan yang hidup ini hanya sementara dan sekejap saja. Hidup ini kalau senang pun hanya sekejap dan sedikit saja berbanding Akhirat. Dan kalau susah pun sementara dan kecil saja berbanding Akhirat. Maka dia tidak akan sampai durhaka kepada Tuhan kerana takutkan kesusahan dunia yang kecil hingga menanggung azab yang berat di Akhirat. Dan tidak juga durhaka kepada Tuhan kerana mendapat kesenangan yang sedikit hingga hilang kesenangan yang hakiki di Akhirat kelak. Setelah suami atau bapa berjaya memiliki ketiga-tiga kategori sabar di atas maka dia dianggap sebagai orang yang sabar. Bertambahlah satu lagi ciri wibawa sebagai seorang suami. Oleh itu bukti kesabaran yang dimiliki hendaklah dikongsi dengan anak isteri. Menjadi kewajipan suami atau bapa mendidik anak isteri mendapat semua kategori sabar seperti dirinya. Dalam mendidik anak isteri itu kepada kesabaran, kena bersabar juga. Dalam mendidik manusia termasuk anak isteri, suami akan menempuh ketiga-tiga kategori sabar tersebut. Ertinya dia perlu sabar untuk mendidik anak isteri itu supaya taat, meninggalkan maksiat serta menghadapi ujian. Sifat sabar dengan kejayaan mendidik manusia adalah lazim melazimi. Yakni orang yang sabar saja Tuhan 123
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
beri kejayaan mendidik manusia. Dan kalau hendak mendidik manusia mesti ada sifat sabar. Empat tanda orang yang tidak sabar. i. Cepat marah, baran atau meradang. ii. Mudah merajuk dan mudah purus asa atau kecewa. iii. Bergopoh gapah, tergesa-gesa, melulu, tidak berhatihati dan tidak usul periksa. iv. Mudah dikuasai emosi, gelisah, tidak tenteram, tidak tenang mudah hilang pertimbangan. 4. BERTANGGUNGJAWAB
Takrif pemimpin ialah siapa yang di atas di kalangan satusatu kelompok atau institusi masyarakat. Dalam keluarga, bapa adalah pemimpin. Dalam kampung pemimpinnya dipanggil ketua kampung atau Tok Empat. Di sekolah pula Guru Besar dan guru-guru adalah yang lebih atas maka merekalah pemimpin. Dalam satu mukim dipanggil Penghulu dan di daerah adalah Pegawai Daerah. Terdapat pemimpin besar seperti menteri, pengarah, wakil rakyat. Tidak kira sama ada pemimpin besar atau kecil, tetap wajib bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinan. Erti bertanggungjawab ialah seluruh kepimpinannya bakal dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat kelak. Manakala mereka yang berada di bawah kepimpinan bakal menjadi saksi di dunia dan di Akhirat. Di dunia pengikut atau rakyat atau keluarga akan menilai baik buruk sesuatu kepimpinan manakala di Akhirat dibenarkan membuat tuntutan di hadapan Tuhan terhadap kezaliman seseorang pemimpin. Berbalik kepada suami atau bapa, setiap kali memperkatakan tentang rumahtangga, soal tanggungjawab suami 124
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
kepada anak isteri tidak pernah ketinggalan diperkatakan. Bahkan sering disenaraikan satu persatu. Tidak lagi timbul alasan tidak tahu tanggungjawab terhadap anak isteri. Namun apabila berlaku krisis rumahtangga, sama ada kesnya di bawa ke pangkuan mahkamah atau tidak, isu faktor krisis majoritinya adalah kerana abaikan tanggungjawab. Kesimpulannya di sini ialah bukan lagi soal tidak tahu tentang tanggungjawab tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Mengapa pula tidak mahu bertanggungjawab? Sedangkan apabila berlaku ijab dan kabul itu adalah tanda ikrar, sumpah dan janji untuk mengambil alih tanggungjawab dari kedua ibu bapa. Suami sudah menjadi pengganti kepada kedua ibu bapa wanita yang menjadi isteri itu. Di sinilah boleh dianggap anak kunci tanggungjawab itu yang hilang. Tahu tanggungjawab hanyalah ilmu yang berada dalam kepala atau dalam akal. Sedangkan bertanggungjawab atau melaksanakan tanggungjawab itu adalah amal perbuatan. Amal perbuatan mesti didorong oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT. Ringkasnya orang yang takut kepada Tuhan saja yang akan benar-benar bertanggungjawab. Ertinya anak kunci kepada sikap bertanggungjawab itu adalah iman atau takutkan Tuhan. Tanpa takutkan Tuhan, biar saban hari diasak dan disuapkan dengan berbagai fomula atau resipi rumahtangga, namun krisis tetap saja berlaku. Sama juga dalam hal isteri yang tidak mahu hormat dan taat kepada suami. Bukan soal para isteri tidak tahu kedudukan isteri di sisi suami. Untuk hormat dan taat kepada suami, para isteri kena takutkan Tuhan. Kerana takutkan Tuhan maka para isteri akan hormat dan taat kepada suami atas dasar mentaati perintah Allah SWT. Tuhan yang menghendaki supaya para isteri hormat, bersopan dan taat kepada suami. Iman dan taqwa saja yang menjadikan para isteri dengan penuh rela, senang hati dan terhibur dalam menghormati dan mentaati suami. 125
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
5. KASIH SAYANG
Kriteria yang mesti ketara dan menonjol yang perlu dimiliki oleh suami ialah sifat kasih sayang. Dalam buku ini sudah banyak disentuh dan dihuraikan tentang kasih sayang dalam bab lain. Di sini hanya perlu ditambah sedikit saja sebagai pelengkap. Terdapat sembilan puluh sembilan nama dan sekaligus sifat Tuhan yang diketahui. Semua sifat-sifat Tuhan itu adalah disukai oleh fitrah manusia. Dan Tuhan izinkan manusia menghayati atau memakai sifat-sifat Tuhan itu kecuali yang dilarang ialah sifat sombong. Biar pun manusia memakai sifat Tuhan, pada sebutan atau istilah atau lafaznya sama namun hakikatnya tidak sama. Maha Suci Tuhan daripada menyerupai akan sesuatu selain-Nya. Misalnya Tuhan itu pemurah, tidak sama dengan pemurah manusia. Tuhan melihat dan mendengar. Penglihatan dan pendengaran Tuhan hakikatnya tidak sama dengan makhluk. Tuhan pencipta, manusia juga boleh mencipta namun hakikatnya tetap tidak akan serupa. Sifat Tuhan yang paling popular yang Tuhan sendiri ajarkan kepada manusia menyebutnya paling banyak iaitu pengasih dan pemurah. Kalimah yang paling banyak diungkapkan oleh manusia dalam Basmallah. Tuhan mahu diri-Nya dikenali dengan sifat pengasih dan pemurah. Sifat pengasih semua orang menyukainya kerana ia adalah fitrah manusia. Pengganas yang zalim pun hati kecilnya menyukai kalau orang lain memberi kasih sayang kepada dirinya. Begitu juga dengan sifat pemurah. Orang yang kedekut pun suka kalau orang lain pemurah kepadanya. Demikianlah Tuhan mendidik manusia agar lebih mengenali diri Tuhan itu yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. ‘Maha’ kepada sifat-sifat Tuhan itu ertinga tiada batasan, tiada had, tiada sempadan atau tidak terhingga serta tidak dapat dibanding dan ditandingkan dengan sesuatu apa pun. Dengan cara Tuhan sendiri menonjolkan sifat Pengasih dan Pamurah, Tuhan mahu agar manusia takut dan cinta kepada Tuhan. 126
www.SayangiKeluarga.com SUAMI BERWIBAWA
Seorang suami atau bapa yang sangat ketara sifat kasih sayang, anak isteri akan lebih menyenanginya berbanding suami yang garang, keras dan bengis ibarat pemimpin diktator. Mungkin anak isteri boleh patuh, kelihatan boleh taat tetapi bukan dari kerelaan hati. Hanya terpaksa akur dalam keadaan hati merungut. Bahkan di depan suami atau bapa, mereka tunjuk pura-pura hormat tetapi di belakang sanggup umpat keji kepada bapa. Suasana mesra hilang dalam rumahtangga, sebaliknya bertukar dengan tegang, rimas, tertekan dan gelisah. Anak-anak yang dalam usia remaja yang sedang mengalami alam pancaroba lebih-lebih lagi memberontak. Ada saja alasan untuk berseronok di luar rumah. Akhirnya mereka menjadi nakal, degil dan liar. Terus terjebak dengan angkara dan gejala negatif. Anak-anak yang tiada peluang untuk berseronak di luar rumah, mereka turut memberontak dengan cara bersikap kasar, pemarah dan sering bergaduh sesama adik beradik. Tidak boleh berlebih kurang dan tiada tolak ansur antara satu sama lain. Maing-masing tunjuk ego.
127
www.SayangiKeluarga.com
12 Persiapan Taqwa
T
aqwa adalah tuntutan dari Tuhan kepada setiap hamba-hamba-Nya. Tidak kira sama ada raja atau rakyat jelata, pemimpin atau pengikut, pegawai atau pekerja biasa, bahkan andainya seseorang itu hanya dudukduduk di rumah tanpa berbuat apa-apa pun, Tuhan tetap menuntut agar orang itu memiliki taqwa. Kedudukan taqwa di sisi manusia ibarat pakaian dan makan minum yang tidak boleh dipisahkan. Sebab itu seruan taqwa berlaku setiap minggu yang merupakan salah satu rukun khutbah Jumaat. Sayangnya persoalan taqwa yang amat penting itu sudah tidak difahami oleh manusia termasuk umat di kalangan ulama. Kalau diibaratkan pakaian dan makan minum kepada manusia, sekiranya diabaikan maka rosaklah fungsi tubuh badan atau disebut sebagai sakit atau tidak sihat. Manusia tanpa taqwa akan hilang kebahagiaan serta bertukar menjadi ganas kerana dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan tidak pernah tunduk kepada sebarang undang-undang dan peraturan. Bahkan Tuhan dan undang-undang Tuhan pun nafsu dan syaitan sanggup ingkar, 128
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
betapalah undang-undang dan peraturan manusia. Sebab itu manusia sukar untuk didisiplinkan atau didamaikan dengan undang-undang dan peraturan. Kalau pun manusia dihukum penjara kerana kejahatan yang dilakukan, itu bukan bererti nafsu dan syaitan yang menguasai diri telah tewas, tunduk dan menyerah. Penjara itu hanyalah membatasi, menghalang atau tidak memberi peluang kepadanya untuk berbuat kejahatan. Umat Islam patut faham terjadinya berbagai kejahatan dan kemungkaran di kalangan manusia tidak lain dan tidak bukan adalah lantaran ketiadaan taqwa kepada Tuhan. Tugas penting suami atau bapa ialah mendidik keluarga agar memiliki taqwa. Sudah pastilah suami itu sendiri sangatsangat perlu memiliki sifat-sifat taqwa. Tiada manusia yang mengetahui tahap taqwa seseorang, kita tidak dapat mengukur peringkat taqwa seseorang bahkan terhadap taqwa diri sendiri, namun para suami mesti lebih bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi orang bertaqwa. Suami atau bapa yang bertaqwa, dirinya seperti magnet yang menarik keluarga kepada Tuhan. Keluarga akan lebih mudah terbuka hati untuk menerima didikannya. Keluarga yang mendengar seruannya akan mudah terbuka hati untuk takutkan Tuhan, untuk menerima kebenaran, mudah faham terhadap ilmu yang disampaikan. Keluarga akan lebih mudah membuat berbagai perubahan dalam berbagai aspek kehidupan. Umpamanya dari tidak kenal Tuhan kepada kenal Tuhan. Dari hidup tidak bersyariat kepada bersyariat. Dari berpecah belah kepada berkasih sayang dan perpaduan. Daripada jumud kepada progresif. Daripada sifat dan sikap negatif kepada positif dan sebagainya. Allah SWT buka hati keluarga menjadi lembut, mudah memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan dan mudah untuk dibentuk. Terhadap dosa-dosa mereka bertaubat, terhadap nikmat disyukuri, terhadap ujian Tuhan beri kesabaran dalam menghadapinya. 129
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Anggota keluarga akan lebih cenderung melihat cacat cela dan kesalahan diri berbanding melihat kesalahan orang lain. Hati keluarga Tuhan jadikan lebih menyukai kebaikan dan membenci kejahatan lantas mudah berubah kepada kebaikan. Inilah antara contoh bentuk-bentuk bantuan, rahmat dan berkat dari Tuhan kepada suami yang bertaqwa. Ini juga disebut sebagai karamah maknawiyah yang Tuhan kurniakan kepada para suami atau bapa yang bertaqwa. Sebaliknya kalau tidak bertaqwa, seruan dan ajakan suami atau bapa itu hanya tinggal pada cakap-cakap, panduan dan ilmu sahaja. Mungkin kerana pandai dalam penyampaian, olahan bahasa, kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang menarik, disokong pula oleh berbagai alat bantu serta gaya, didokong pula oleh sistem serta promosi, diperkuatkan lagi oleh pangkat serta kelulusan, maka penyampaiannya sedap dan menarik. Anggota keluarga turut kagum. Namun realitinya tidak menghasilkan sebarang perubahan kepada keluarga. Bilamana tidak bertaqwa maka tiada bantuan Tuhan, tidak ada rahmat dan keberkatan. Natijahnya Tuhan tidak buka pintu hati keluarga untuk membuat perubahan. Atau dengan lain kata, suami atau bapa yang tidak bertaqwa, akan gagal membawa keluarga kepada taqwa kepada Allah SWT. Inilah rahsia kejayaan Salafussolleh. Mereka tidak banyak bercakap. Tiada alat bantu, tiada gaya. Penyampaian mereka bersahaja. Namun kesan taqwa mereka cepat membawa perubahan kepada keluarga. Tanpa bersyarah atau berkuliah panjang lebar, keluarga mudah terbongkar hati mereka kepada rasa bertuhan. Mereka duduk-duduk sahaja bersama keluarga, luntur hati keluarga dari membuat maksiat. Melihat wajah suami atau bapa sudah terdetik di hati ingatan kepada Tuhan. Kehadirannya saja, keluarga sudah merasa bahagia, hati rasa terhibur. Sebab itu di zaman Salafussolleh, agama Islam berkembang begitu pesat. kerana roh para suami itu lebih cepat dan laju memproses hati-hati anggota 130
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
keluarga berbanding cakap-cakap atau syarahan mereka. Inilah yang dimaksudkan dengan magnet. Bukan magnet yang menarik perhatian kepada diri, tetapi magnet yang menarik hati keluarga kepada Tuhan, kepada syariat Tuhan, kepada mahmudah, kepada akhlak dan kepada kebenaran dan ketaatan. Betapa pentingnya taqwa kepada para suami, maka persoalan taqwa itu perlu difahami dan dihayati. Selepas itu anggota keluarga akan lebih mudah menjadi orang yang bertaqwa. Andainya tidak difahami dan dihayati, biar pun disebut atau dilaungkan berulang kali, suami itu sendiri pun tidak akan bertaqwa. Maka jauh sekali untuk membawa keluarga kepada taqwa. Contoh yang paling mudah, cuba kita lihat setiap hari Jumaat diulang-ulangkan dalam rukun khutbah seruan untuk bertaqwa. Rata-rata umat sudah hafal takrif taqwa yang dibacakan dalam khutbah iaitu “Buat segala suruhan Allah SWT, dan meninggalkan larangan-Nya.” Namun begitu, umat Islam tidak juga bertaqwa. Wajar para suami merasa takut dan bimbang selain kerosakan pada diri seperti mazmumah akan menjadi subur, mungkin akan menambahkan dosa. Termasuk kesannya turut ditanggung oleh keluarga, umpamanya mereka juga akan berdosa. Ini akan menambahkan lagi kemurkaan Allah SWT. A: BERBEKAL DENGAN TAQWA
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.” (Al-Baqarah: 97) Di sini Tuhan menyuruh kita supaya sentiasa menambah 131
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
sifat taqwa. Kerana sifat taqwa itu adalah bekalan kita di Akhirat. Manakala di dunia Tuhan janjikan bagi orang-orang bertaqwa mendapat bantuan Tuhan dalam berbagai bentuk. Bantuan dan pertolongan Allah di dunia bukan bantuan dan pertolongan biasa. Yakni yang merupakan khawariqul ‘adah, yang bersifat luar biasa. Kalau khawariqul ‘adah itu kepada Rasulullah SAW, dikatakan mukjizat. Kalau manusia biasa yang bukan Rasulullah, dikatakan keramat dan berkat atau rahmat dari Tuhan. Seperti yang pernah berlakunya khawariqul ‘adah kepada orang-orang bertaqwa yang bukan rasul, umpamanya dalam peperangan, umat Islam yang sedikit boleh mengalahkan musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga dan lain-lain lagi. Itu di dunia, yang berlaku tanpa diminta. Tuhan anugerahkan sebagai memenuhi janji Tuhan kepada orang-orang bertaqwa. Namun janji Tuhan kepada mereka yang bertaqwa yang paling utama ialah di Akhirat. Tuhan sebut dalam ayat di atas tadi, hendaklah kita sentiasa menambah bekalan iaitu sifat taqwa. Ertinya kita membangunkan aset penting untuk Akhirat dan mendapat pertologan Tuhan di dunia. Menambah sifat taqwa ini mestilah di atas landasan syariat. Kalau bukan atas landasan syariat, secara otomatik ternafilah sifat taqwa. Kita amalkan perintah Tuhan asas-asasnya ialah seperti solat, puasa, zakat, naik haji dan lain-lain dalam apa aspek suruhan. Manakala tinggalkan segala aspek larangan atau tegahan. Itu adalah asas, tapak untuk menambah taqwa. Selain yang asas, terlalu banyak yang lain yang boleh dijadikan bekalan taqwa. Mungkin di atas landasan fardhu kifayah, di atas landasan perkara-perkara sunat dan hal-hal yang harus. Dalam perkara-perkara yang pada asalnya harus, tetapi kalau kita pandai mengikut ilmunya atau syarat-syaratnya, perkara yang harus pun boleh menambah sifat taqwa. 132
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
Menambah sifat taqwa mesti di atas landasan syariat. Perkara-perkara mudah yang dapat dilihat oleh mata sebab dilaksanakan oleh lahiriah kita ialah seperti bekerja mencari makan minum atau nafkah hidup. Bekerja itu memang kita lakukan setiap hari. Di situ kita berpeluang menambah bekalan taqwa dan sekaligus memperoleh rezeki dalam bentuk harta benda. Seorang nelayan turun ke laut menangkap ikan. Tempoh masa yang digunakan menangkap ikan itu dan tenaga yang digunakan, kesusahan yang ditanggung, semuanya dikira sebagai menambah bekalan taqwa. Ikan tetap juga di perolehi. Contoh lain ialah mambangunkan ekonomi. Mengapa kita bangunkan ekonomi? Bukan untuk mencari untung, walaupun di situ ada untung. Kita berekonomi untuk menambah sifat taqwa. Rata-rata di dunia hari ini kerana sudah tidak faham ajaran Islam, maka orang berniaga untuk komersial atau semata-mata tertumpu untuk untuk mendapat untung. Orang yang berniaga untuk tujuan keuntungan hanya sekadar memperoleh apa yang diharapkan. Itu pun kalau dia berniaga mendapat untung, bagaimana kalau mengalami kerugian? Sedangkan kalau berniaga untuk mendapat bekalan taqwa, melakukan perniagaan melalui kaedah yang sama dengan mengikut landasan syariat, untung itu datang sendiri. Dan andainya tanpa diduga perniagaannya mengalami kerugian, dia tetap kekal mendapat bekalan taqwa. Jadi sebenarnya berdasarkan ayat tadi, hendaklah kita sentiasa menambah bekalan taqwa, dan sebaik-baik bekalan ialah sifat taqwa. Inilah yang Tuhan tuntut manusia lakukan dalam apa jua aspek kehidupan di mana manusia yang bertaqwa itu tidak pernah rugi sedikit pun. Ini juga bererti bahawa bekalan taqwa itu tidak terpisah dari aktiviti harian asalkan atas landasan syariat. Dalam Islam kita berniaga umpamanya, untuk menambahkan lagi bekalan taqwa. Kita berkebudayaan, berhibur, 133
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
membuat perhubungan, adalah untuk menambah lagi sifat taqwa. Kita bangunkan keluarga, kita berjuang, kita berkorban, moga-moga dengan keluarga itu, berjuang dan berkorban itu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, membela dan menyelamatkan orang, maka di situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita menziarahi, membuat perhubungan dan bertolong bantu, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga-moga dari situ dapat menambah lagi sifat taqwa. Kalau dicampurkan semua apa saja yang kita lakukan setiap detik maka banyaklah jumlahnya. Janganlah hendaknya mencari taqwa di atas syariat yang terbatas. Seluruh tindakan lahir kita walaupun yang harus. Kedudukan hukum harus itu adalah syariat Tuhan Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, kaki yang melangkah, duduk, berdiri, bergerak atau baring atau diam saja, itu adalah syariat. Maka moga-moga dengan syariat itulah kita dapat menambah sifat taqwa. Kalau sesuatu perkara atau benda itu di anggap kecil, kecillah sifat taqwanya. Kalau besar, besarlah sifat taqwanya. Dari situlah Tuhan tulis pada fail catatan amal kita. Catatan itu yang akan dikembalikan semula kepada kita di Akhirat kelak, digantung pada leher di Padang Mahsyar. Setiap orang ada catatan amalnya, masing-masing akan membawanya. Kita sendiri yang akan membaca catatan amal milik kita sendiri. Barulah kita faham, menambah sifat taqwa itu di atas usaha, aktiviti, pandangan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki, pergi sana, pergi sini. Di situ kita akan dapat taqwa. Tetapi perlu diingat dan difahami perkara-perkara atau benda-benda lahir itu adalah syariat. Syariat itu hanya baru berada di landasan yang betul untuk menambah bekalan taqwa tetapi belumlah lagi mendapat bekalan taqwa sebenar. Ertinya kalau tidak ada kulit awal-awal lagi isi sudah 134
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
pasti tidak ada. Maksudnya kalau sudah melanggar syariat Tuhan, sudah pasti tidak akan mendapat bekalan taqwa. Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau syariat diibaratkan kulit yang tidak ada isi maka tidak ada erti. Walau pun kulit itu perlu untuk menjaga isi namun yang perlu adalah isinya. Umpama kita hendak makan buah, kita mahu isinya. Contoh lain, kita ambil ubi kayu, ia ada kulitnya. Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting isinya. Oleh itu syariat itu kulit atau rangka manakala isi adalah rasanya. Kalau kulit atau rangka tidak ada isi atau rasa, tidak bernyawa, tidak ada roh, tidak ada erti apa-apa. Sebab itu dalam ajaran Islam makan bangkai haram. Sebab makan satu benda yang sudah tak ada nyawa. Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau makan kambing yang tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya haram hukumnya. Itu sindiran Tuhan atau kiasan dari Tuhan. Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi. Ambil contoh dalam ibadah asas, seperti sembahyang. Dalam berdiri, rukuk, sujud dan bacaan itu merupakan rangka. Kalau hanya badan saja yang tunduk, hati tidak tunduk, ertinya kita hanya bawa kulit. Bawa rangka yang dalamnya bolong. Kalau badan saja yang sujud, hati tak sujud, ertinya rangka saja yang sujud. Kadang-kadang meniti di atas syariat pun tidak menambah taqwa. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita bawa rangka saja, tak membawa roh, ibarat membawa kulit sahaja, tidak menambah taqwa. Taqwa itu kebanyakannya adalah aspek dalaman. Ia bersifat rohaniah, paling tidak bersifat maknawiyah. Kalau tak ada rohaniah, walaupun rukuknya cantik, jadi bualan orang atau dipuji orang, maka sembahyang hanya bangkai, haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan bangkai, jemaah bangkai, ekonomi bangkai, kebudayaan bangkai. 135
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Padahal itu sudah berada pada landasan syariat, tetapi tak boleh menambah taqwa. Apa kata orang? Mungkin orang kagum dan memuji. Hebat orang ini, hebat Islam orang ini. Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada. Manusia melihat syariat dibuat, yang sunat pun dibuat. Satu negara melahirkan kekaguman dan memuji kehebatan orang yang kuat bersyariat itu. Begitulah yang orang lihat, tetapi dalamannya atau isinya tidak ada, atau kosong. Tuhan berkata ibadah yang dibawa orang itu ialah ibadah bangkai. Di sisi Tuhan orang itu membawa bangkai solat, bangkai puasa, bangkai keluarga, bangkai jihad, bangkai ekonomi, bangkai pendidikan. Orang tidak boleh persoalkan sebab kelihatan kulitnya cantik. Tetapi Tuhan memandang yang dalaman. Syariat lahir itu dinilai sepuluh peratus sahaja, sebaliknya yang dalaman Tuhan nilai sembilan puluh peratus. Katakan kita hendak membangunkan keluarga. Tuhan mahu kita membangunkan keluarga itu untuk menambah bekalan taqwa. Tetapi kita berkeluarga lebih melihat atau mahu keuntungan dan keseronokan semata-mata. Biasanya nikah kahwin belum bermula lagi, di dalam kepala sudah terlalu memikirkan tentang keseronokan. Seolah-olah macam angan-angan. Mengapa kita fikirkan tentang seronok dan bukan taqwa? Sedangkan berkeluarga menurut Islam bertujuan untuk menambah taqwa, keseronokan tetap akan turut diperoleh. Sepatutnya berkeluarga diniatkan kerana Allah dan untuk menambah sifat taqwa. Di setiap apa aspek yang berlaku dalam keluarga setiap hari dan di mana saja akan bertambah sedikit sifat taqwa. Akan bertambah dari perkara-perkara lain yang kita lakukan seperti dalam, makan minum sedikit, hiburan sedikit, dalam pendidikan dan sekolah sedikit, ketika bersama anak isteri sedikit, ketika bersama kawan-kawan sedikit, dari tidur baring sedikit dan lain-lain, maka akan banyaklah bekalan taqwa yang dikumpulkan. Asalkan apa saja yang kita lakukan itu tidak 136
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
bercabang niatnya, hanya semata-mata kerana Allah SWT yang mana Tuhan perintahkan untuk menambah bekalan taqwa. Melihat kepada usaha taqwa itu terletak sembilan puluh peratus adalah aspek dalaman manakala hanya sepuluh peratus saja berkaitan dengan syariat lahir, cuba kita fikirkan, senangkah kita hendak berkeluarga untuk mendapat sifat taqwa? Ertinya kita hendak beri nyawa kepada keluarga kita itu. Supaya jangan bangunkan keluarga bangkai. Bukan senang nak bagi roh. Bila dikatakan hendak memberi roh, maka suami atau bapa, anak, isteri, semuanya niat mereka mesti sama untuk Tuhan, fikirannya selari tidak ada sebarang kepentingan kecuali untuk Tuhan. Barulah kita dapat berkasih sayang. Kalau taqwa yang kita maksudkan dan niatkan, hidup susah sedikit pun terasa seronok dan bahagia betapalah kalau senang. Walau kita tidak mahu susah dalam berumahtangga, namun kalau terjadi juga tidak rasa kesal atau tidak kecewa. Sebab usahanya sampai matlamat, atau sampai maksud untuk dapat sifat taqwa. Kalau senang, kita rasa syukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang memberi lebihan rezeki, di Akhirat akan dapat balasan lagi. Punca yang menjadikan kita kecewa dan putus asa, kadang-kadang terasa letih dan hilang semangat, tak bermaya apabila mengalami kesusahan, kerana kita berumahtangga terlalu memikirkan untuk mendapat habuan keseronokan. Kita tidak pernah terfikir atau tidak pernah membayangkan bahawa berumahtangga itu susah lantaran ianya pengalaman yang belum pernah ditempohi. Apa yang terlintas sebelumnya ialah keseronokan. Padahal kalau berkeluarga ada roh, susah pun tidak mengapa sebab dapat sifat taqwa. Oleh yang demikian walaupun keluarga susah sedikit, yang penting keluarga itu ada roh, ada nyawa, ada penghayatan. keluarga yang hidup, yang bukan bangkai, iaitu keluarga yang ada roh. Bila ada roh atau nyawa kalau137
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
pun kita susah, jangan bimbang. Yakinlah Tuhan akan datangkan pertolongan dari sumber yang tidak diduga. Sumber lain yang kita perolehi itu mungkin sudah banyak kita terima dari Tuhan tanpa disedari atau kita tidak faham bentuknya. Tuhan beri rezeki tanpa diduga itu mungkin bukan berbentuk material, duit atau barang yang kita boleh nampak dengan nyata. Umpamanya diri kita, isteri dan anak sentiasa sihat tanpa perlu ke hospital bertahun-tahun lamanya. Kesihatan adalah anugerah tidak ternilai dan tidak dapat dibayar harganya dengan duit. Atau mungkin kereta kita tidak rosak bertahun-tahun lamanya. Kereta yang rosak bukan saja perlukan perbelanjaan membaikinya bahkan menjadikan hati kita rusuh serta mengganggu urusan harian. Kiaskan kepada hal-hal lain dalam kehidupan kita yang berlaku tanpa disedari. Dari syariat yang kita bangunkan itu sama ada yang asas mahupun yang tambahan termasuk yang harus, hendak disertakan dengan roh sebenarnya bukan mudah. Kalau boleh diberikan roh, memang terasa seronok ibarat kereta yang ada injin yang baik. Kereta itu akan dapat berfungsi dengan baik dan untuk pelbagai guna. Kalau memiliki kereta tanpa injin biar bagaimana cantik sekali pun akan menyusahkan. Dipandang cantik tetapi tidak dapat berfungsi. Dalam keadaan seluruh keluarga kita itu ada nyawa atau roh, sudah tentu akan kita rasai kebahagiaannya. Terasa indah dan dapat ketenangan serta tidak pernah jemu, betapalah kita dapat taqwa. Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Berpagi-pagi mereka keluar rumah meninggalkan anak isteri bagaikan hari raya, terhibur dan penuh ceria kerana mereka memburu taqwa. Kesusahan dalam kehidupan, mereka rasakan sambal bagi hidangan. Kesenangan pula bagaikan lauknya Benarlah seperti apa yang Tuhan isyaratkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud lebih kurang, Tuhan tidak 138
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
memandang lahir kamu. Perkara-perkara lahir itu hanya 10%, itu pun kalau sempurna. Kalau tidak sempurna, mungkin dapat dua tiga peratus sahaja. Tuhan pandang hati atau roh yakni dalam berbuat itu apa yang hati merasai. Umpamanya ibadah mesti mengikut syariat, syarat rukun sah batalnya. Mengikut syariat itu satu perintah Tuhan, tidak boleh diubah atau dipinda. Namun yang Tuhan pandang ialah bagaimana hati dalam bersyariat itu. Atau dengan istilah lain Tuhan menilai roh bagi setiap pekerjaan itu. Sebab itu dalam ajaran Islam ini diam pun ibadah, tetapi mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba, diam yang sia-sia. Mungkin diam itu hanya khayalan atau angan-angan. Kalau nampak diam tetapi ada roh, mungkin seseorang itu sedang memikirkan tentang dosa, atau sedang muhasabah atau zikrul maut atau juga mungkin berfikir mengenai kuliah dan ilmu yang diperolehinya. Mungkin diamnya dia fikirkan kebaikan apa lagi yang hendak dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa. Paling tidak dia berniat untuk diam saja bagi mengelakkan bercakap banyak yang boleh menambah dosa. Sebab ada faktor dalaman, maka ada roh. Indahnya hidup dengan Tuhan. Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, susah pun tidak mengapa, terasa seronok, indah dan bahagia. Akan mendapat satu kekuatan luar biasa dalam apa saja yang hendak dilakukan. Seseorang itu tetap gigih berusaha biar pun tidak dapat hasil yang lumayan. Dia tidak putus asa dan akan tetap meneruskan berusaha. Sebab itu bukan matlamat. Yang dibimbangi ialah apakah Tuhan terima atau tidak. Untuk melaksanakan syariat lahir adalah lebih mudah. Yang sukarnya ialah hendak memberi roh dalam setiap aktiviti kita, usaha kita, tindak tanduk kita, dalam aspek apa sahaja. Kadang-kadang kita ingat tentang pentingnya roh setiap aktiviti, kadang-kadang lupa. Sering kali diganggu 139
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
juga oleh memikirkan tentang keseronokan semata-mata, terpaksa bertarung antara keuntungan duniawi dengan menambah bekalan taqwa. Sering kali juga kita tewas yang akhirnya nampak keseronokan material saja, nampak duit saja. Lebih-lebih lagi dapat untung material yang banyak, mudah lupa hendak bagi roh. Sekali sekala terfikir juga yang duit itu boleh dapat dengan segera manakala habuan dari taqwa itu lambat dan tidak nampak. Atau datang pula hujah iaitu dapat duit nanti boleh juga menjadi alat untuk menambah sifat taqwa. Untuk lebih selamat, kenalah difikirkan sedalam-dalamnya apakah setiap hari dan dalam apa-apa aktiviti yang dibuat itu sejauh mana sudah dapat menambah bekalan taqwa. Soalan ini mesti diulang-ulangkan kepada diri sendiri. Bagi para suami cuba tanya kepada anggota keluarga minta mereka turut berfikir apakah dapat bekalan taqwa atau tidak. Perlu diulang peringatan yang sama, hingga nanti akan membuatkan mereka berfikir tentang itu sampai sukar untuk padam dari ingatan. Akhirnya akan mendarah mendaging. Kalau seorang suami yang hendak membawa keluarga kepada taqwa pun tidak memperolehi taqwa hasil dari kerjanya itu, maka jauh sekalilah keluarga akan mendapat taqwa. Ini memang sudah menjadi ketentuan Allah. Sebab itu Rasulullah SAW bergelar Al-Imamul Muttaqin yakni pemimpin bagi orang-orang bertaqwa. Dan Baginda adalah hamba Allah yang paling bertaqwa. Bagi para suami, perlu faham dan hayati misalnya selepas sembahyang, atau selepas selesai membuat kebaikan, mengapa disuruh istighfar? Kalau selepas membuat kejahatan melakukan istighfar, itu memang lojiklah serta itulah yang difahami oleh semua orang. Mengapa? Beristighfar itu kerana takut-takut tidak dapat taqwa dalam solat tadi atau amalan baik tadi. Mengapa lepas dakwah, lepas mengajar, 140
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
lepas berniaga, tidak istighfar? Sepatutnya kena beristighfar megenangkan apakah berdakwah, berniaga, mengajar, bekerja, membuat urusan keluarga itu dapat taqwa ataukah hanya menjadi bangkai saja. Atau mungkin kita tersalah cakap atau tersalah dalam memberi didikan kepada keluarga yang tidak menepati kehendak Allah dan Rasul dan juga menyinggung hati anak isteri, kita sebut perkataan yang mengelirukan anak isteri atau juga mungkin perkataan yang menjadikan anak isteri benci. Boleh jadi juga kita terbawa anak isteri kepada mengumpat orang lain, atau juga akhlak kita tidak selaras dengan akhlak Rasulullah SAW. Tidak mustahil terselit perkataan lucu yang keterlaluan. Kalau macam inilah yang kita istiqamah dalam aktiviti harian, Tuhan akan selamatkan kita. Tuhan akan datangkan bantuan dan berkat-Nya. Sifat taqwa akan bertambah. Diri kita itu akan menjadi magnet yang mampu memukau keluarga untuk dibawa kepada Tuhan. Tuhan akan pimpin kita dalam semua urusan untuk menarik manusia kepada Tuhan. B: HADIAH DARI TUHAN BAGI ORANG BERTAQWA
Besarnya erti taqwa, tetapi amat susah untuk mendapatkan taqwa. Untuk mendapatkan taqwa perlu mendapat hidayah dari Tuhan, perlu ilmu. Ilmu itu pula perlu difahami, diyakini dan perlukan penghayatan. Mesti ada pemimpin yang bertaqwa yang menjadi wasilah kepada anugerah Allah untuk mendapat taqwa. Perlukan mujahadah, perlukan bersungguh-sungguh. Oleh kerana taqwa itu anugerah Allah yang amat bernilai, maka perlu banyak berdoa meminta Tuhan beri taqwa itu kepada kita. Kita hendaklah faham bahawa taqwa itu bersifat rohani. Sedikit saja yang berupa amalan lahir. Jadi berdasarkan taqwa ini susah sekali kita hendak miliki, terpaksa menempuh jalan yang susah, kerana ianya merupakan hadiah yang besar dari Tuhan, sebab itu 141
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
orang yang hendak dapatkan taqwa mesti kena berhempas pulas, mujahadah, struggle dan sanggup menghadapi berbagai rintangan. Kerana itu munasabahlah Allah SWT beri hadiah yang besar di dunia dan Akhirat bagi mereka yang bertaqwa. Siapa yang berjaya menjadi orang bertaqwa, di mana orang itu sudah bersusah payah, berhempas pulas berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan taqwa, maka Tuhan bagi hadiah: 1. Dilepaskan dari kesusahan. Orang bertaqwa bukan bererti tidak ditimpa kesusahan. Rasul-rasul terutamanya Rasulullah SAW adalah hamba Allah yang sangat berat ditimpa ujian dan kesusahan. Bahkan pernah Baginda SAW menerima ujian hingga terpaksa memakan rumput dan daun kayu. Sedangkan Baginda SAW adalah Imam bagi orang-orang bertaqwa. Kedudukan darjat dirinya amat hampir di sisi Allah SWT. Memiliki taqwa paling tinggi. Namun bagi orang bertaqwa Tuhan lepaskan dari kesusahan. Kesusahan ada dua bentuk: • Kesusahan yang lahir: seperti miskin, sakit, bencana alam dan lain-lain seumpamanya • Kesusahan yang batin: dari sudut rohani dan maknawi seperti kebodohan, fikiran berserabut, hati tak tenang, orang tak simpati, penghinaan, di fitnah dan sebagainya. 2. Diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga atau tidak diketahui dari mana sumbernya. Sedikit saja usaha yang dilakukan oleh orang bertaqwa. Kalau usaha itu maksima ertinya baru sepuluh peratus. Kalau tidak maksima mungkin sekadar beberapa peratus saja tetapi tetap di bawah sepuluh peratus. Namun oleh kerana sangat bertaqwa maka Tuhan beri limpahan berkat ke atas usahanya. Sehingga usaha yang sedikit itu Tuhan beri 142
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
lebih dari kadar usaha yang dibuat oleh orang yang tidak bertaqwa. Betapalah kalau usahanya maksima maka hasil yang Tuhan anugerahkan tentulah lebih banyak lagi. Ertinya keberhasilan dari usahanya itu di luar lojik atau di luar jangkaan. Terdapat dua bentuk rezeki: lahir dan batin. • Rezeki yang lahir seperti kekayaan, perniagaan maju dan berjaya, usaha yang dilakukan membawa hasil yang lumayan. Sihat badan, tiada penyakit, dapat harta, dapat barang-barang, orang bagi simpati, orang bagi sokongan. • Rezeki yang bersifat rohani dan maknawiyah: dapat ilmu, aman damai, kasih sayang, perpaduan, ketenangan, anak isteri mudah dididik dan taat, dapat keampunan dari Tuhan, dapat redha Tuhan, dapat pengaruh yang besar. 3. Pembelaan dari Tuhan. Ini salah satu janji Tuhan bagi orang yang bertaqwa iaitu pembelaan dunia Akhirat. Orang yang bertaqwa itu ibarat orang yang memasuki benteng atau kubu. Bezanya benteng atau kubu Tuhan ini bersifat maknawiyah. Benteng atau kubu itu bermaksud berada dalam perlindungan Tuhan. Tuhan yang memelihara siapa saja yang bertqwa. Tuhan yang melindungi dalam segala hal dan urusan. Orang bertaqwa itu di sisi Tuhan seolah-olah haiwan peliharaan. Tuhanlah yang memberi makan minum, melindungi dari sebarang perkara yang boleh memudaratkan. Tuhan yang menyelamatkan dari sebarang bencana. Bukan sahaja sepanjang hidup di dunia ini bahkan sampai di Akhirat nanti Tuhan yang menyelamatkan atau melepaskan dari api neraka. Amat banyak bukti sejarah bagaimana Allah SWT membela Rasulullah dan para Sahabat. Terhadap Rasulullah sendiri memang sudah maklum yang mana Allah sertakan 143
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kepada Baginda SAW dengan mukjizat. Mukjizat itulah salah satu bentuk pembelaan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Bagitu juga dengan pembelaan Tuhan kepada para Sahabat. Berlaku berbagai perkara luar biasa atau khawariqul ‘adah dalam kehidupan mereka seharian. Contohnya belum pernah jumlah anggota tentera dan kelengkapan peralatan perang tentera Islam mengatasi jumlah dan kelengkapan perang yang dimiliki oleh musuh. Namun para sahabat dibela oleh Allah dan mereka menang. Kalau tidak menang pun tidak pula sampai kalah. Barangsiapa yang bertawakal pada Tuhan, Tuhan yang menjamin orang itu, dalam hal kehidupannya dunia dan Akhirat. Tuhan memberi jaminan kepada siapa saja yang bertawakal atas jalan taqwa. Terdapat juga orang yang bertawakal bukan atas taqwa tapi atas dasar malas berusaha. Tawakal jenis ini segalanya terus diserahkan kepada Tuhan, kerana tidak sanggup terima risiko dan tidak mahu bersusah payah. Tawakal begini bukan atas dasar taqwa. Ataupun mungkin menyerahkan nasib pada manusia, atau bergantung kepada makhluk tetapi bukan berserah kepada Tuhan, ertinya bukan tawakal kerana taqwa. Tuhan mahu supaya tawakal itu berdasarkan taqwa. Kalau bertawakal pada Tuhan atas dasar taqwa, maka Tuhan berjanji akan menjadi penjamin dunia dan Akhiratnya. Tuhan berkata, barangsiapa bertaqwa akan Tuhan lepaskan dari kesusahan. Sedangkan, yang paling bertaqwa adalah rasul-rasul dan nabi-nabi. Tetapi mereka menempuh berbagai kesusahan, kadang-kadang miskin, adakalanya dimusuhi, adakalanya diburu bahkan ada yang dibunuh. Keadaan ini seolah double standard atau seolah-olah bertentangan dengan janji Tuhan kepada orang yang bertaqwa dan bertawakal. Adakalanya kalah juga dalam peperangan, adakalanya luka-luka juga. Perlu difahami bahawa Tuhan hendak beri anugerah besar 144
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
itu ada yang berbentuk lahir, ada yang berbentuk batin. Ada dunia, ada Akhirat. Apa yang berlaku pada Nabi dan Rasul sebenarnya ini hadiah Tuhan di Akhirat. Hadiah di Akhirat itulah hadiah yang yang hakiki. Dalam maksud hadis dikatakan orang bertaqwa kalau diuji, jika tidak berdosa seperti nabi-nabi dan rasul-rasul, adalah untuk tingkatkan darjat mereka. Bagi yang berdosa pula ujian itu adalah untuk penghapusan dosa. Itu yang dikatakan hadiah yang tidak tahu di mana datang sumbernya. Ertinya diangkat darjat itu termasuk rezeki yang tidak diduga. Bagi orang yang rendah sedikit taraf taqwanya, atau orang bertaqwa yang ada melakukan sikit kesilapan, terlajak kepada sedikit dosa, ujian itu untuk penghapusan dosa. Itu juga hadiah. Termasuk hadiah yang tidak diketahui sumbernya yang merupakan jaminan dari Tuhan. Oleh itu bagi orang yang bertaqwa, kalau diuji, disusahkan, dia sebenarnya mendapat rezeki yang tidak diduga dari Tuhan. Tetapi hari ini, mana ada orang sakit yang berkata ‘Saya dapat rezeki tidak diduga, saya sakit’. Atau ada orang dihina, hari ini tidak ada yang sebut ‘Aku dapat rezeki yang tak diduga’. Padahal itu rezeki kekal di Akhirat. Kalau diberi rezeki wang, barang di dunia, elok juga. Tapi habis di dunia. Oleh itu, bagi orang yang tahu tentang hakikat ini, rezeki di Akhirat itu yang besar. Sebab itu orang bertaqwa disusahkan Tuhan, disakitkan Tuhan iaitu untuk dapat rezeki tidak diduga di Akhirat. Sebab itu Nabi, Rasul tidak merasa resah atau kecewa dengan kesusahan, sebab itu merupakan hadiah di Akhirat. Itu hadiah yang kekal. Berlaku sebaliknya, orang yang tidak bertaqwa dia disenangkan Tuhan, kadang-kadang disusahkan juga. Disenangkan mengapa, disusahkan mengapa? Adakalanya orang hidup tidak ikut jalan taqwa termasuk orang Islam, kerana sudah jauh sangat dari Tuhan, hidup atas dasar quwwah bukan taqwa. Ertinya hidup hanya usaha guna akal, 145
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kerja keras, tenaga, wang ringgit dan segala kemampuan. Dapat senang juga, adakalanya susah juga. Seolah-olah berlawanan dengan ayat tadi. Seolah-olah tidak ada kena mengena. Sebenarnya, untuk mereka, waktu senang itu istidraj. Itu bukan rezeki namanya. Istidraj akan menjadi bala di Akhirat. Itu satu penipuan dari Tuhan bagi dia. Dia rasa tiada apa-apa Tuhan nak tipu dia, hakikatnya itu bala. Tetapi lambat menerima akibatnya, bala di Akhirat nanti. Adakalanya susah, miskin atau sakit. Bagi mereka, itu adalah kutukan, itu merupakan hukuman. Jadi kalau jalannya bukan taqwa, dapat kesenangan juga bala. Dengan kekayaan dia sangka senang, sedangkan di Akhirat masuk neraka. Tapi kalau diuji di dunia lagi, itu kutukan dan hukuman, kehinaan, rugi dunia Akhirat. Di dunia kena hukum, di Akhirat kena hukuman neraka. Jadi di sini kita faham orang bertaqwa diberi rezeki dari sumber tidak diduga bukan utamanya di dunia tetapi di Akhirat. Darjat dari Tuhan. Hari ini kita anggap rezeki tidak diduga itu dapat duit, barang atau apa saja yang berbentuk material, itu betul juga, tetapi itu kecil nilainya. Bila Tuhan uji kita atas dasar taqwa, besar ertinya. Kalau bukan untuk menaikkan darjat, itu penghapusan dosa. Itu termasuk rezeki tidak diduga yang amat besar nilainya. Kita bahaskan lagi supaya tidak macam double standard, kalau tidak nanti macam pelik. Dalam hadis ada dikatakan: “Siapa bertaqwa lalu dia mencari rezeki tetapi tidak pernah senang (makin cari rezeki makin susah), sama nilainya dengan Jihad Fisabilillah”. Ini hadiah yang Tuhan bagi pada orang bertaqwa. Susah dapat rezeki, sama nilainya dengan Jihad Fisabilillah. Kalau Jihad dengan berperang sama ada kalah atau menang tetap susah. Ertinya kalau kita kalah, dihina oleh musuh. Kalau tidak tahan, susah juga. Kalau menang pula susah. Dapat 146
www.SayangiKeluarga.com PERSIAPAN TAQWA
rasa megah, hilanglah pahala. Jadi yang cari rezeki atas dasar taqwa tetapi tidak dapat-dapat, itu lebih hebat balasannya dari yang membunuh dan terbunuh (dalam perang). Kalau seseorang itu susah payah mencari rezeki tetapi tidak direzekikan Tuhan, rupanya dia akan dihadiahkan Tuhan Jihad Fisabilillah, termasuk orang yang dapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Andainya dapat 10 juta hari ini, esok mati apa nilainya. Tapi kalau dapat di Akhirat, kekal abadi. Ada hadis mengatakan yang maksudnya: “Seorang (dalam jalan taqwa), dia lihat sesuatu yang dia ingini, tetapi tidak mampu membelinya, itu penghapusan dosa.” Umpamanya, lihat orang makan durian di tepi jalan, cicir air liur sahaja, tidak ada duit untuk membeli durian, itu penghapusan dosa. Itulah yang dikatakan rezeki yang tidak diduga di Akhirat. Kerana keinginan yang tidak tercapai, Tuhan simpan di Akhirat untuk kekal abadi. Yarzuku Minhaisulayahtasib Tapi kalau orang Islam yang acuh tidak acuh dengan taqwa, kalau dia senang, itu penipuan, hadiah yang tiada apa-apa nilai di Akhirat. Kalau kesusahan, itu hukuman di dunia lagi. Kalau orang tahu hakikat ini, orang akan kata tidak mengapa kalau tidak dapat di dunia, yang penting dapat di Akhirat.
147
www.SayangiKeluarga.com
13 Kes-Kes Contoh
T
erbukti dalam banyak kes, apabila manusia berpaling daripada peringatan Tuhan, melupai Tuhan, mengabaikan dan meminggirkan Tuhan, tidak memperdulikan ajaran Tuhan, maka Tuhan timpakan berbagai kesulitan, kesusahan dan kesengsaraan. Sama ada penderitaan yang bersifat lahiriah, mahupun lebih-lebih lagi yang bersifat maknawiyah atau yang mencengkam perasaan. Bahkan penyeksaan dalaman ini lebih dahsyat, boleh sampai kepada kemuncak kekecewaan dan putus asa hingga sanggup membunuh diri. Dan telah terbukti juga apabila manusia kembali kepada Tuhan, kembali merasai bertuhan dan memiliki rasa kehambaan, kembali mengambil berat terhadap peringatan dan ancaman Tuhan, maka respons dari Tuhan amat cepat. Tuhan turunkan rahmat-Nya, lantas dalam tempoh yang singkat, perasaan menjadi tenang, tenteram, mencintai kebaikan, berkasih sayang dan berbagai sifat serta sikap positif. Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam firman-Nya yang bermaksud: 148
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
“Barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, nescaya mendapati kehidupannya sempit.” Sempit dalam berbagai bentuk dan pengertian. Sempit dadanya dengan resah gelisah, kecewa dan putus asa. Hilang sabar dan mudah marah. Buntu akal, kusut fikiran, tidak dapat melihat jalan penyelesaian. Tertutup jalan keluar kepada apa juga masalah yang timbul, termasuk tidak dapat mengatasi krisis dalam rumahtangga dan masalah gejala sosial. Di sinilah betapa penting dan perlunya memahami dengan secara meluas dan mendalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Qudsi: Maksudnya: “Apabila hamba itu datang kepada-Ku secara merangkak (perlahan), Aku akan mendekatinya secara berjalan. Apabila hamba itu datang kepada-Ku secara berjalan, Aku akan mendatanginya secara berlari. Apabila hamba itu mendatangi-Ku sejengkal (sedikit), Aku akan mendatanginya sehasta. Apabila hamba itu mendatangi-Ku sehasta, Aku mendatanginya sedepa.” Biarpun amat banyak kes-kes gejala sosial lain yang telah ditemui dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat, di sini hanya disenaraikan beberapa contoh kes sahaja. Banyak lagi kes-kes gejala sosial lain yang dapat diatasi, namun dalam buku ini dipaparkan kes-kes contoh yang difokuskan kepada rumahtangga sahaja.
KES 1 Berpisah Tanpa Bercerai
Perkahwinan Amran dan Noriah atas dasar cinta sama cinta. Turut direstui oleh keluarga kedua-dua pihak. Selepas tujuh 149
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
bulan, rumahtangga mula retak, bermasam muka, bertengkar, tuduh menuduh. Kadang-kadang berpunca dari hal-hal yang remeh-temeh. Usia rumahtangga akhirnya menjangkau tujuh tahun dan memperolehi tiga cahaya mata. Di tahun ketujuh, mereka berdua yang diibarat kucing dengan anjing itu telah duduk berpisah tetapi tidak bercerai. Namun tandatanda ke arah itu sudah semakin ketara. Mereka tidak mempunyai masalah material dan seksual. Kes ini selesai dalam tempuh 40 minit sahaja. Isi penyelesaian kes ini seperti berikut: a. Percakapan seperti marah-marah. tuduh menuduh, bahasa kasar dan kesat, sindir menyindir, tengking menengking, semuanya adalah manifestasi dari sifat-sifat dalaman (hati) yang tidak kelihatan. Jelmaan dari hati yang jahat (mazmumah) itu yang dilihat dalam bentuk yang dapat dilihat itu. Hakikatnya kita sedang melihat dua keping hati yang sama-sama jahat dan berpenyakit (mazmumah), yang hanya dapat diatasi dengan pembersihan hati dengan takut dan cintakan Tuhan. b. Selepas bercerai, apa yang mereka berdua bakal lakukan? Mungkin suami akan kahwin lain dan mungkin isteri juga akan berkahwin lain. Apa jaminan pasangan yang bakal dikahwini akan lebih baik? Bagaimana andainya berulang keadaan yang sama? Apakah akan mengambil jalan keluar yang serupa? Dan selepas itu bercerai lagi? Kita mesti bawa Tuhan bersama dalam hidup ini. Kena rasakan bahawa Tuhan yang telah tentukan jodoh. Terimalah hakikat bahawa sama ada suami atau isteri, tetap ada kebaikan dan kelebihan serta memiliki keburukan dan kekurangan. Terimalah itu semua untuk dikongsi mengatasinya. c. Mesti kenal Tuhan dengan hati. Punca kejahatan manusia ialah kerana tidak takut kepada Tuhan. Takutkan Tuhan 150
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
menjadikan manusia (suami dan isteri) sabar dan bertanggungjawab. Sabar dan bertanggungjawab hanya berlaku apabila takutkan Tuhan. Tanpa rasa bertuhan dan rasa kehambaan, sifat-sifat baik dan positif itu tiada tempat sandaran atau tunjang tempat bertaut. d. Mesti faham kerja Tuhan. Setiap apa yang Tuhan cipta atau apa sahaja peristiwa dan kejadian semuanya tidak sia-sia, ada hikmah, iktibar, pengajaran dan didikan dari Tuhan. Oleh itu apabila perangai, tabiat, sikap, tingkah laku suami atau isteri atau kedua-duanya berubah, ianya merupakan isyarat dari Tuhan bahawa mereka cuai dengan Tuhan, mengabaikan Tuhan, meminggirkan Tuhan, lantas Tuhan datangkan ‘isyarat panggilan’ agar berpalinglah kepada Tuhan. Masing-masing kena bertaubat dan bersungguh-sungguh membaiki diri. Apabila sama-sama sudah berpaling menyahut ‘panggilan’ Tuhan, maka Tuhan turunkan rahmat-Nya. Tanda rahmat Tuhan ke atas manusia ialah tenang, damai, berkasih sayang, lemah lembut dan bertoleransi. Kini rumahtangga mereka kembali bahagia seperti yang diidam-idamkan.
KES 2 Cuba Membunuh Diri
Norman dan Azlina, pasangan bergaji besar dan serba berada ini bergocang rumahtangga mereka selepas memperolehi anak kedua. Kemuncaknya isteri telah menelan pil tidur dengan niat membunuh diri. Menurut pendapat doktor, jumlah pil tidur yang diambil memang boleh membawa maut. Kekecewaan isteri itu hingga mempertikaikan apakah Tuhan ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, mengapa Tuhan 151
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
biarkan rumahtangganya hancur berkecai. Kalau Tuhan ada, mengapa tidak selamatkan rumahtangganya yang amat disayanginya. Kes ini selesai dalam masa tiga jam. Isi penyelesaiannya seperti berikut: a. Bukti adanya Tuhan ialah siisteri sendiri tidak mati seperti yang diharapkan. Tuhan menzahirkan kuasa-Nya dengan tidak mematikan diri siisteri itu, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa Tuhan yang menentukan segala-galanya. b. Mengajak berfikir dan merasakan bertuhan: i. Tuhan menjadikan manusia dengan penuh keajaiban, Maha Baiknya Tuhan dan terima kasih kepada-Nya. ii. Tuhan jadikan seluruh alam semesta, Maha Suci Tuhan, tiada suatu pun yang Tuhan ambil manfaat atau Tuhan pakai sendiri, melainkan semuanya untuk dimanfaatkan dan dinikmati oleh manusia sendiri. iii. Selain kehidupan sementara yang sangat singkat ini, terdapat kehidupan yang kekal abadi. Di sana hanya ada dua tempat berakhir. Tidak berbaloi dengan kehidupan yang singkat ini sanggup derhaka dengan Tuhan hingga terhumban ke Neraka. Tidak berbaloi juga hanya inginkan nikmat yang singkat hingga terlepas nikmat yang tiada bandingan yang kekal (Syurga). iv. Sepatutnya sama-sama mencari dan mengumpulkan kebaikan melalui rumahtangga. Tiada ertinya rumahtangga yang dibina yang sangat disayangi itu kalau hanya berakhir di dunia ini. Sepatutnya mesti dibina hingga bersambung di Akhirat kelak. c. Dalam menyelami hidup ini, kita kenalah menerima hakikat bahawa Tuhan itu Maha Mentadbir, mengatur, menyusun, memimpin, memerintah yang kesemuanya 152
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
penuh hikmah, iktibar, pengajaran dan pendidikan. i. Banyak perkara yang kita mahu, kita usaha lalu memperolehinya, berjaya. Tuhan yang beri – bersyukurlah. ii. Banyak perkara yagn kita mahu, kita berusaha mendapatkannya, tapi gagal. Tuhan yang mentakdirkannya. Bersabarlah, ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya untuk merasakan kehambaan dan ingatkan dosa. iii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha memilikinya atau mencapainya, tapi dapat benda lain. Tuhan yang menentukannya, redhalah. iv. Banyak perkara yang kita tidak mahu, kita berusaha untuk menolak atau menghindarinya, dan kita berjaya. Tuhan yang anugerahkannya. v. Banyak perkara yang kita benci atau tidak mahu, kita berusaha menolaknya, tapi terjadi juga. Tuhan yang takdirkan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa Tuhan memiliki kuasa mutlak. vi. Banyak perkara, peristiwa dan kejadian yang tidak terfikir atau tidak terlintas. Itu yang berlaku. Rasakan betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan. Setelah dapat menerima semua perkara di atas, kehidupan menjadi amat tenang. Jiwa menjadi tenteram. Hubungan suami isteri bertambah erat. Cinta antara keduaduanya menjadi cinta suci kerana Tuhan. Suami amat bertanggungjawab manakala isteri memberi ketaatan.
KES 3 Berkrisis 25 Tahun
Suami, En. Alwi, berusia 54 tahun manakala isterinya Puan 153
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Zawiyah, 51 tahun. Sama-sama berjawatan pengarah. Hanya berlaku krisis yang ringan-ringan. Tidak sepakat dalam keputusan. Tidak pula sampai berbantahan secara kasar, namun amat meresahkan jiwa, mengkusutkan fikian dan merusuhkan perasaan. Sesekali mengganggu tugas atau kerja pejabat. Suasana rumahtangga muram atau tidak ceria. Keadaan begitu sudah lama berlaku. Semakin berusia bukan semakin surut, tetapi hati semakin amat sensitif dan mudah tersentuh atau mudah terasa, terutama di pihak isteri. Kes ini selesai dalam tempoh hanya 20 minit sahaja. Isi penyelesaian adalah seperti berikut: a. Manusia dengan masalah sama seperti manusia dengan anggota zahir. Tiada siapa yang meminta kejadian rupa kita ini seperti yang kita ada. Ertinya bukan kita yang mahu. Tapi kita boleh terima seadanya. Tidak ada manusia yang meminta masalah, namun tiada pula manusia yang dapat lepas dari masalah. Manusia hanya perlu menghindari dan jangan mencetuskan masalah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan, oleh itu manusia dengan masalah sangat ditentukan oleh saiz jiwanya. Seseorang yang berjiwa lemah atau berjiwa kerdil, maka satu masalah dirasai seperti seratus masalah. Maka hidupnya keluh kesah, menderita, kecewa, rusuh, kusut, hilang bahagia, murung, muram dan tidak ceria. Orang yang berjiwa besar, kuat jiwanya, seratus masalah dirasakannya bagaikan tiada apa-apa masalah dalam hidupnya. Bahkan semua cabaran itu dirasakannya sebagai suatu keuntungan, maka hidupnya tenang, bahagia, sejahtera, ceria dan sentiasa gembira. b. Lemah dan kuatnya jiwa seseorang itu sangat bergantung kepada faktor lemah dan kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Bahkan yang paling kuat jiwanya apabila cita154
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
cita hidupnya ialah untuk memperjuangkan Tuhan. Orang yang hidupnya untuk Tuhan, setiap masalah itu dilihat kepada keuntungannya, antaranya: i. Apabila berdosa, Tuhan datangkan masalah. Masalah itu mungkin sahaja datang dari berbagai sumber yang tidak disangka, antaranya dari isteri, dari suami, dari anak, dari kawan dan sebagainya. ii. Sekaligus melalui masalah itu, Tuhan hapuskan dosa. iii. Untuk mendatangkan rasa kehambaan, bahawa diri serba lemah dan dhaif. iv. Untuk mendatangkan rasa bertuhan, betapa hebat, agung, berkuasa dan Tuhan adalah segala-galanya. v. Untuk sentiasa muhasabah diri, membaiki diri, merintih kepada Tuhan, maka hati semakin jinak dan semakin dekat dengan Tuhan. vi. Dalam menghadapi hidup ini, perlukan akal yang sentiasa berfikir dan hidup. Dengan masalah, akal tidak berhenti mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah. Maka akal sentiasa terasuh dan terdidik untuk berfikir. vii. Dalam konteks rumahtangga, suami isteri semakin akrab kerana senasib, berkongsi masalah dan berkongsi mencari jalan penyelesaian – perkongsian maknawiyah. viii. Mana yang kita pilih, antara kita menjadi manusia beriman dan bertaqwa yang ditimpa masalah, yang mana dari masalah itu terkandung seribu satu nikmat dan rahmat; atau kita pilih menjadi manusia kufur yang juga tidak dapat lepas dari ditimpa masalah dan musibah, yang mana di atas kekufuran itu terkandung seribu satu laknat dan kemurkaan Tuhan. Sudah tentulah kita pilih menjadi manusia beriman dan 155
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
bertaqwa. Kalau begitu mengapa kita memperbesarkan sedikit ujian dari Tuhan yang datang sekali sekala berbanding nikmat dan rahmat-Nya yang tidak sedetik pun terputus dari kita. Maka penuhilah ciri-ciri orang beriman dan bertaqwa, nescaya Tuhan beri jalan keluar dari sebarang masalah.
KES 4 Anak Lari Kembali ke Rumah
Tuhan kurniakan kepada pasangan Othman dan Hawa 13 orang anak. Kehidupan keluarga sederhana ini mula dilanda keresahan kerana dua orang anak mereka melarikan diri dari rumah. Mokhtar, 13 tahun, dan Ali, 11 tahun, tidak pulang ke rumah sudah lebih setahun. Harus juga diakui bahawa hidup di bandar besar seperti Seremban memang mencabar. Serba serbi memerlukan duit, seperti ungkapan yang biasa diluahkan oleh penduduk bandar, “Nak buang air kecil pun kena bayar 30 sen. Kalau silap buang sampah pula boleh melayang RM500 untuk bayar denda.” Cabaran kehidupan di bandar membuatkan isteri Othman terpaksa turut bekerja. Ini membuatkan sebahagian masa untuk anak-anak perlu dikorbankan. Peluang dan ruang untuk bersama anak-anak semakin terbatas. Apa yang menghairankan, Mokhtar dan Ali meninggalkan rumah tanpa sebarang pesanan dan tanpa adanya tanda atau isyarat awal, umpamanya krisis atau kurang duit atau kena marah. Sudah berbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana mereka berada. Semua keluarga dan kenalan sudah dimaklumkan termasuk menggunakan khidmat bomoh. Mengapa tidak menggunakan khidmat akhbar atau laporkan kepada pihak polis? Bukankah rugi dan mensia156
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
siakan umur kerana dua beradik itu meninggalkan bangku sekolah? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pasangan Othman dan Hawa lebih-lebih lagi menanggung derita di atas kehilangan dua anak mereka. Namun tetap mempertahankan keputusan tidak mahu melaporkan kepada polis dan tidak mahu menggunakan khidmat media. Alasannya ialah untuk menjaga maruah Othman selaku pemimpin masyarakat setempat, imam dan sekali sekala memberi syarahan agama. Dengan status sosial yang dimilikinya itu walaupun tidak tinggi, sudah cukup merasa aib andainya masyarakat tahu bahawa anaknya lari. Masyarakat pula lazimnya akan menokok tambah dengan cerita rekaan yang dicampur dengan berbagai prasangka negatif. Panduan yang disarankan kepada suami isteri itu antaranya dinyatakan di bawah ini. Panduan-panduan ini adalah memang diperlukan bagi setiap hamba untuk meningkatkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Panduan-panduan ini perlu diamalkan bukan kerana hendak mencari anak lari, atau juga bukan kerana lain-lain habuan duniawi, atau bukan ketika menghadapi musibah dan kesusahan. Ianya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menjadi orang bertaqwa itulah yang lebih utama dalam apa keadaan sekalipun. Kalau pun tiada sebarang masalah, sifat-sifat taqwa itu tetap menjadi tuntutan utama dalam kehidupan manusia. Ini juga adalah sebagai iktibar, didikan dan hikmah di sebalik kehilangan anak Encik Othman dan Puan Hawa ini. Bertitik tolak dari kesedaran agar Tuhan kembalikan anak-anak, mereka memperoleh sebahagian panduan untuk menjadi orang bertaqwa. Panduan-panduan yang diberikan ini melengkapi usahausaha lahir yang masih diteruskan. 1. Hendaklah sentiasa berbaik sangka terhadap Tuhan serta 157
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
menyakini bahawa di sebalik peristiwa yang menimpa itu pasti terdapat didikan, pengajaran, iktibar dan hikmah. Ada maksud baik dari Tuhan biar pun tidak difahami. 2. Perbanyakan taubat terutamanya menghitung-hitung dosa yang lepas, terutamanya dosa dan kezaliman terhadap manusia lain. Mana tahu mungkin ada kezaliman terhadap manusia lain walau pun kecil, Tuhan pandang besar, maka Tuhan datangkan kifarahnya. Kezaliman terhadap manusia lain itu terutama terhadap kedua-dua ibu bapa dan guru. Oleh itu perlu sangat kedua suami isteri ini memohon maaf kepada sesiapa jua yang pernah dizaliminya. 3. Setiap dosa memang dituntut untuk segera bertaubat dan diiringi dengan perbuatan atau amalan menebus dosa. Amalan menebus dosa ini di antaranya berkhidmat kepada ibu bapa untuk tempoh tertentu. Zikir, selawat dan membaca Al-Quran dengan ditentukan jumlahnya serta ditetapkan jangka masa. Yang paling baik ialah membanyakkan sedekah. Di samping dapat menghiburkan manusia, sedekah juga lebih tajam (mustajab) berbanding dengan doa. Maka setiap kali bersedekah, niatkan agar Tuhan kembalikan anak mereka yang hilang itu ke pangkuan keluarga. 4. Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud, solat hajat, merintih, merayu, bermunajat kepada Tuhan. Memohon agar Tuhan ampunkan dosa serta bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah. Encik Othman dan Puan Hawa berbuat menurut panduanpanduan yang disarankan. Usaha menjejaki anak-anak yang lari itu tetap diteruskan. Hanya satu sahaja dari panduanpanduan tersebut yang mereka belum lakukan iaitu memohon maaf daripada guru. Mereka merasa sukar untuk 158
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
melakukannya atas dua alasan iaitu tidak tahu apa kesalahan dan kalau tahu pun tentulah sukar pula untuk menyatakan kesalahan. Dalam soal kesalahan kepada manusia lain, Encik Othman dan Puan Hawa sama saja dengan kefahaman dan tanggapan umumnya manusia. Kefahaman dan tanggapan yang salah iaitu apabila hanya melihat kesalahan di sudut lahiriah sahaja. Sedangkan kesalahan batiniah iaitu sifat-sifat mazmumah jauh lebih banyak dan lebih besar implikasinya. Dosadosa lahir mudah dihitung kerana sifatnya yang nyata dan dapat dilihat. Manakala dosa-dosa mazmumah sifatnya tersembunyi, tidak dapat dihitung satu persatu. Kalau dosa mazmumah itu dihimpunkan semenjak baligh, mungkin sudah tidak terkira lagi banyaknya. Akhirnya Encik Othman dan Puan Hawa akur tentang dosa mazmumah ini. Mungkin sifat buruk sangka, mungkin mempertikaikan keputusan guru, mungkin meragui akan kebenaran dan ilmu yang diberikan, mungkin iri hati terhadap murid yang kelihatan lebih disayangi oleh gurunya. Mereka akhirnya mengakui memang terdapat dosa mazmumah terhadap guru mereka. Atas dorongan takutkan Tuhan kerana memiliki mazmumah sekaligus untuk membersihkannya, juga dengan harapan agar Tuhan gerakkan hati anak-anak mereka supaya pulang, mereka tekad untuk menghadap guru mereka untuk memohon maaf. Di sinilah terbukti betapa perlu kenal Tuhan serta faham kerja Tuhan. Betapa perlunya dalam setiap aspek kehidupan bersandar kepada Tuhan, tidak meminggir dan mengabaikan Tuhan. Kerja Tuhan sentiasa aneh, ajaib dan di luar lojik, sentiasa berlaku tidak seperti yang akal manusia fikirkan. Selang dua hari sahaja selepas suami isteri ini memohon maaf kepada gurunya, mereka dikejutkan oleh panggilan 159
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
telefon dari sebuah hospital di Kuala Lumpur. Pihak berkenaan di hospital tersebut memaklumkan bahawa dua orang anak mereka ingin menemui mereka. Hari itu juga mereka bergegas ke Kuala Lumpur. Alangkah gembira bercampur sedih apabila mereka menemui anak-anak mereka di wad hospital. Gembira kerana Tuhan kembalikan anakanak ke pangkuan keluarga. Sedih kerana anak-anak mereka dalam keadaan kurang sihat. Lebih-lebih lagi sedih kerana anak-anak mereka lari lantaran selama ini mereka terlalu lalai dengan Tuhan, bahkan dalam kebanyakan masa sudah tidak lagi ada hubung kait dengan Tuhan. Dunia hanya semata-mata duniawi yang tidak lagi menjadi ibadah, jauh sekali daripada menambah sifat taqwa. Selama ini ‘lari’nya hati mereka dari Tuhan dan juga dari guru mereka, Tuhan jadikan anak mereka benar-benar lari dari rumah. Tuhan kembalikan anak-anak mereka setelah hati mereka ‘jinak’ dengan Tuhan dan membaiki hubungan hati dengan guru mereka.
KES 5 Menjinakkan Anak-Anak Remaja
Encik Salam dan Puan Rokiah memiliki empat orang anak berusia antara 9 dan 17 tahun. Kes ini hampir sama dengan kes ke-4. Bezanya ialah anak-anak pasangan Encik Salam dan Puan Rokiah ini tidak lari meninggalkan rumah. Anakanak mereka sebaliknya semakin liar. Dewasa ini soal anak liar sudah kurang menjadi isu bukan kerana gejala sosial ini sudah susut. Tetapi tidak menjadi isu itu kerana sudah muak dengan isu yang sama tanpa penyelesaian yang konkrit. Encik Salam dan Puan Rokiah tetap memandang serius terhadap masalah anak-anak mereka. Antara sebabnya ialah mereka sangat prihatin terhadap gejala sosial. Mereka juga 160
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
faham tentang tanggungjawab di sisi Tuhan terhadap anakanak. Selain itu, mereka adalah keluarga berada, intelek serta sangat menaruh harapan agar anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat. Encik Salam yang berjawatan tinggi di sebuah kementerian sangat merasa malu dengan sikap anakanak. Sekurang-kurangnya rasa malu Encik Salam itu membuatkan dia sering bersikap tegas dan keras. Lantaran rasa malu Encik Salam itu, biarpun hanyalah rasa malu fitrah dan bukan benar-benar rasa malu dari cabang keimanan, dia sanggup berbuat apa saja demi untuk menjadikan anakanaknya kembali jinak. Antara usaha yang dibuat oleh Encik Salam dan Puan Rokiah ialah menghantar anak-anak mengikuti berbagai program motivasi. Cara ini adalah tambahan kepada program yang sedia ada iaitu menyediakan guru mengajar membaca Al-Quran di rumah. Apa yang amat menghairankan mereka suami isteri ialah anak-anak mereka semakin degil, tidak taat, tidak mahu mendengar nasihat, suka menipu, melepak dan berhibur keterlaluan. Pelajaran mereka semakin merosot terutamanya yang berusia belasan tahun. Didikan agama yang diberikan termasuk juga kursuskursus motivasi yang disertai oleh anak-anak mereka seolaholah tidak berkesan membentuk akhlak mulia. Lazimnya anak-anak pegawai tinggi tidak bersikap demikian. Keadaan yang sudah di tahap kronik itu menjadi semakin buntu bila mana hubungan antara mereka dengan anak-anak semakin merosot. Encik Salam sendiri mengakui bahawa dia sering marahmarah terhadap sikap anak-anak mereka itu. Dia sendiri tahu bahawa kesabaran dan kasih sayang amat penting dalam rumahtangga terutamanya dalam mendidik anak-anak. Namun Encik Salam mengakui bahawa memang dia gagal untuk bersabar dan berlemah lembut. Puan Rokiah sering mengingatkan Encik Salam tentang kesabaran dan berlemah 161
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
lembut namun ingatan Puan Rokiah itu tidak menjadi ubat untuk menyejukkan hati Encik Salam. Panduan yang Diberikan Kepada Encik Salam dan Puan Rokiah:
PERTAMA: Mereka berdua selaku ibu bapa mesti benarbenar rasa bertanggungjawab terhadap amanah yang Tuhan serahkan kepada mereka iaitu diri sendiri dan anak-anak. Mereka sebagai faktor penentu kepada nasib masa depan anak-anak terutamanya di Akhirat kelak, maka merekalah yang terlebih dahulu perlu mengubah sikap. Peribahasa Melayu mengatakan ‘bapa borek anak rintik’ menggambarkan betapa anak-anak sangat dicorakkan oleh ibu bapa mereka. KEDUA: Langkah pertama dan utama bahkan yang paling penting ialah bersangka baiklah terhadap Tuhan. Kena faham dan yakin sungguh bahawa Tuhan Maha Baik, yang amat luas anugerah dan rahmat-Nya. Siapa pun yang menghadapi masalah dan tidak kira apa bentuk masalah serta tidak kira sama ada masalah itu ringan atau berat, mudah atau rumit, yakinlah bahawa Tuhan ada maksud yang amat baik terhadap hamba-hamba-Nya. Terlalu banyak hikmah, iktibar dan pengajaran di sebalik setiap masalah. Sebahagian daripada hikmah-hikmahnya tidak dapat dicapai oleh akal dan tidak berupaya dijangkau oleh hati. Namun hikmah yang amat besar ertinya bagi seorang hamba yang ditimpa masalah ialah Tuhan seolah-olah menjentik atau mencubit atau mengetuk hatinya supaya berpaling kepada Tuhan. Melalui Tuhan hantarkan masalah kepada seseorang itu, seolah-olah Tuhan menggoncang hatinya yang sedang tidur atau lalai supaya membuka dan mencelikkan mata hatinya supaya kembali melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya. Apakah yang lebih 162
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
menumbuhkan rasa indah, nikmat dan seronok selain kepada kekasih yang dengan tindakannya itu dia akan menerima tindak balas. Begitulah seolah-olahnya masalah itu Tuhan memberi satu cubitan supaya hati hamba-hamba-Nya kembali memberi perhatian kepada Tuhan. Melalui cara itulah nanti manusia akan sedar, insaf dan kembali memiliki rasa kehambaan. Rasa lemah, dhaif, lalai, leka, berdosa, bersalah, durhaka dan sebagainya. Sekaligus akan bertambah rasa bertuhan. Merasai Tuhan Maha Besar, Maha Sempurna, Maha Pencipta, Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Adanya ilmu, kefahaman, kesedaran dan keyakinan begini, kalau pun masalah belum boleh di atasi, hati menjadi tenang. Insya-Allah akan diiringi pula dengan tindakantindakan yang juga tenang serta tidak gopoh. Kesabaran akan meningkat, kasih sayang pula lebih mudah dicetuskan. KETIGA: Adakalanya masalah anak-anak seumpama yang berlaku kepada Encik Salam dan Puan Rokiah ini adalah kifarah dari Tuhan. Ertinya di atas dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa, maka Tuhan turunkan isyarat melalui anak-anak. Dengan kata lain Tuhan turunkan isyarat bahawa masalah anak-anak itu sebenarnya berpunca dari ibu bapa mereka. Andainya ibu bapa dapat merasakan yang demikian itu, ianya satu petanda awal Tuhan akan lakukan perubahan terhadap anak-anak mereka. Sebagai langkah susulan kepada kesedaran tersebut, ibu bapa hendaklah membaiki diri, seperti: a. Bertaubat terhadap segala dosa-dosa, sama ada dosa besar, dosa kecil, dosa dahulu, dosa yang akan datang, dosa yang diketahui, dosa yang tidak diketahui, dosa yang disengajakan, dosa yang tidak disengajakan, dosa yang disedari atau dosa yang tidak disedari. Lebih-lebih lagi dosa batin yang jauh berganda-ganda lebih banyak. b. Menebus dosa dengan banyak melakukan sedekah. 163
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Sedekah pula disertai dengan niat agar Tuhan merahmati seluruh keluarga terutama anak-anak yang liar itu. Buatlah sedekah ini secara istiqamah biarpun dalam jumlah yang sedikit. c. Memohon maaf dengan sesiapa yang dirasai pernah berbuat dosa atau kezaliman terutama terhadap guru-guru dan ibu bapa. Sekiranya orang-orang tersebut telah meninggal dunia, maka hadiahkan Surah Al-Fatihah sebanyak mungkin dan mohon keampunan dari Tuhan terhadap dosa-dosa mereka. Termasuk mohon ampun dari Tuhan terhadap dosa-dosa kita kepada mereka itu. d. Kasih sayang adalah fitrah manusia. Pengganas sekalipun tetap menyukai andainya orang lain menyayangi dirinya. Kasih sayang juga adalah salah satu faktor kebahagiaan hidup manusia. Siapa sahaja yang kehilangan kasih sayang pasti menanggung perasaan resah, derita dan tertekan. Tidak hairanlah mengapa manusia kini mudah bersikap keras, kasar, pemarah, bengis, kurang sabar, nafsi-nafsi serta mudah bertindak liar. Tidak lain dan tidak bukan kerana seluruh dunia sudah ketandusan kasih sayang. Anak-anak liar, selain tiada didikan mencintai Tuhan, tiada didikan iman dan taqwa, mereka juga sudah tidak mengecapi nikmat kasih sayang dari keluarga dan masyarakat, terutamanya dari ibu bapa dan guruguru. Sedangkan kasih sayang adalah senjata yang amat berkesan untuk menjinakkan hati manusia. Sikap ibu bapa yang paling ketara yang mesti ditunjukkan ialah kasih sayang. Untuk tempoh tertentu, buat sementara waktu, lebih baik kurangkan bercakap yang berbentuk teguran, jauh sekali kata-kata kesat atau marah. Untuk merapatkan kembali hubungan, adakan program bersama di rumah atau di luar rumah. Program di rumah umpamanya, pada hujung minggu adakan kenduri dengan menjemput jiran-jiran dan saudara mara. 164
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
Libatkan anak-anak. Di luar rumah umpamanya, menziarahi saudara mara yang tinggal jauh, melancong atau makan angin. Elakkan sebarang topik yang berat atau serius, atau dalam suasana yang tegang. Bercakap perkara-perkara yang tiada kaitan dengan hal-hal peribadi anak-anak yang liar itu. e. Encik Salam dan Puan Rokiah sudah banyak kali mengalirkan air mata dalam menzahirkan harapan yang begitu tinggi terhadap anak-anak mereka agar berubah. Mereka ingin anak-anak turut dapat merasai betapa prihatinnya ibu bapa terhadap masa depan anak-anak. Namun dengan cara yang demikian rupa, disambut amat dingin oleh anak-anak mereka. Kali ini, Encik Salam dan Puan Rokiah diminta supaya tidak mengulangi lagi cara yang demikian itu. Yang lebih utama bukan merintih menangis di hadapan anak-anak. Biar pun anak-anak tidak tahu, adalah lebih baik mereka merintih banyak-banyak dengan sepenuh hati kepada Tuhan. Gantungkan sepenuh harapan kepada Tuhan, kerana Tuhan itu segala-galanya. Tuhan tidak pernah menghampakan harapan para hamba. Andainya harapan tidak juga ditunaikan kerana itu adalah hak mutlak Tuhan, namun hamba-hamba yang bersandar kepada Tuhan tidaklah sampai kehilangan Tuhan dalam kegagalan. Tidak kecewa dan tidak putus asa dalam kegagalan. Dengan lain perkataan, inilah ciri-ciri orang yang bahagia dalam semua situasi. KEEMPAT: Kebanyakan remaja memang suka berkongsi perasaan, saling meluahkan perasaan, berkongsi masalah dengan rakan sebaya mereka. Tidak hairanlah mengapa mereka lebih intim dengan kawan-kawan berbanding ibu bapa sendiri. Selain berkongsi perasaan dan masalah antara satu sama lain, meraka juga amat mudah saling mempengaruhi 165
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kerana keterikatan sebagai kawan karib. Sering terjadi remaja yang asalnya berakhlak baik berubah menjadi liar natijah dari pengaruh kawan yang liar. Yang anehnya, jarang berlaku remaja yang liar itu dipengaruhi oleh kawannya yang baik. Sebagai memenuhi kehendak remaja yang suka berkongsi perasaan dan masalah, maka ibu bapa mesti mengubah sikap dengan meletakkan diri mereka sendiri sebagai kawan dan rakan kepada anak-anak sendiri. Cara ini juga berkesan dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak yang berusia belasan tahun. Memang diakui agak sukar bagi ibu bapa mengubah sikap untuk menjadikan anak-anak seperti kawan. Rata-rata ibu bapa tetap dengan pendirian bahawa anak adalah anak. Tentulah sukar untuk mengikis ego seorang bapa lalu merasakan bahawa dirinya adalah kawan kepada anak-anak sendiri. Ditambah pula dengan kebimbangan akan hilangnya wibawa seorang ayah, ditakuti anakanak tidak menghormati ibu bapa. Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah. Fitrah atau rasa hati anak-anak terhadap ibu bapa tidak akan berubah. Ibu bapa tetap dengan status mereka manakala anak-anak pun demikian juga. Apa yang perlu ibu bapa ubah hanyalah sikap, iaitu anak-anak dijadikan sebagai kawan. Iaitu anakanak belasan tahun itu dibuat pendekatan sebagaimana seorang kawan setia terhadap kawannya yang akrab. Caranya ialah: a. Mendengar pengaduan, rintihan dan masalah yang mereka hadapi. b. Memahami perasaan remaja dan sedia berkongsi susah dan senang. c. Mengajak berunding bersama dalam setiap apa persoalan dan masalah yang timbul. d. Memberi mereka peluang mengeluarkan pendapat, atau 166
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
ibu bapa meminta pandangan, cadangan atau buah fikiran mereka. e. Meminta mereka sendiri yang membuat keputusan, malah tidak salah andainya ibu bapa berbuat demikian. Sekiranya keputusan mereka kurang tepat, jangan dibantah, sebaliknya beri pendapat yang berbeza dengan hujah yang lebih jitu. f. Mendorong anak-anak berfikir sendiri terhadap baik buruknya sesuatu perkara. g. Menjadikan anak-anak sebagai kawan akan mempercepatkan proses kematangkan anak-anak itu, dan sekaligus ibu bapa dapat menyuntik cara berfikir yang betul. Selain itu, tanpa adanya sebarang jurang, ibu bapa dapat memberi bimbingan, pimpinan, asuhan, didikan dan tunjuk ajar yang berkesan. KELIMA: Sifat sabar dengan kejayaan mendidik adalah lazim melazimi. Memiliki sifat sabar biasanya membawa kejayaan dalam mendidik manusia. Dan kalau mahu berjaya mendidik manusia kena memiliki sifat sabar. Rasul-rasul yang dipilih oleh Tuhan untuk darjat Ulul Azmi adalah kerana kelebihan mereka pada memiliki sifat sabar. Sifat sabar hanya akan subur pada seseorang sekiranya dia memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi. Dengan menyedari diri adalah hamba yang dhaif serta serba serbi kekurangan dan dalam waktu yang sama merasakan benar-benar Tuhan itulah segala-galanya, barulah sifat sabar itu menjadi kuat. Merasakan bahawa diri hanya ada usaha ikhtiar dan tidak dapat dipaksakan sesuatu itu berlaku menurut kehendak kita. Hanya Tuhan yang berkuasa, yang setiap sesuatu itu dalam genggaman Tuhan. Tuhan yang menentukan setiap sesuatu, tidak bergerak dan diamnya sesuatu itu melainkan dengan kehendak dan keizinan Tuhan jua. Kalau rasa bertuhan begini benar-benar dihayati, nescaya 167
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
menjadi seorang yang sabar dan akan berjaya dalam mendidik. Mengapa sifat sabar itu amat perlu dalam pendidikan? Kerana mendidik ibarat mengasah belakang parang atau ibarat menitiskan air ke atas batu. Tidak sabar dalam mendidik pula ibarat mencurah air ke atas daun keladi. Kesabaran itu diperlukan bukan sahaja untuk membentuk peribadi dan akhlak anak-anak. Kesabaran itu sama perlunya dalam membaiki diri para pendidik. Ertinya dalam konteks anak-anak, maka ibu bapa juga sangat-sangat dituntut bermujahadah dalam membaiki diri. Ibu bapa dituntut agar menjadi role model kepada anak-anak. Tanpa perlu bersyarah, berleter panjang atau bercakap banyak, anak-anak hanya perlu melihat contohnya pada diri ibu bapa. Anak-anak akan mudah meniru bagaimana sikap, tabiat, tingkah laku dan akhlak yang ada pada ibu bapa. Percakapan ibu bapa itu hanyalah menterjemahkan sahaja sikap dan peribadi ibu bapa. Inilah yang diistilahkah sebagai lisanul hal. Apabila tiada kesabaran, ibu bapa akan mudah menjadi pemarah, mudah putus asa dan merajuk, gopoh dan tidak tenang. Apabila situasi ini berlaku dalam proses mendidik maka pendidikan itu pasti gagal.
KES 6 Setuju Bermadu
Pak Agus, 35 tahun, berasal dari Surabaya, Indonesia. Usia rumahtangganya sudah menjangkau 10 tahun. Seorang ahli perniagaan lulusan Jerman. Sangat ingin memiliki seorang lagi isteri. Pertemuan berlangsung di Hotel Equatorial, Bangi, Selangor. Isteri Pak Agus turut serta dalam pertemuan tersebut. Isteri Pak Agus, Ibu Marlina, tidak menentang suaminya 168
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
untuk berpoligami bahkan menerimanya secara positif. Namun Ibu Marlina inginkan penjelasan dalam beberapa aspek terutamanya tujuan berpoligami, kasih sayang dan keadilan. Sebelum Pak Agus dan Ibu Marlina diberikan penjelasan terhadap tiga aspek yang menjadi kemusykilan selama ini, mereka terlebih dahulu dibawa melihat senario umat Islam masa kini. Umat Islam sudah jauh terpesong dari kefahaman tentang ajaran Islam yang sebenar. Bukan sahaja dalam soal poligami yang menjadi momokan masyarakat Islam, bahkan perkara-perkara asas, pokok dan terpenting dalam ajaran Islam pun sudah tidak difahami, jauh sekali daripada menghayatinya. Contohnya dalam soal akidah pokok yang terkandung dalam Rukun Iman pun tidak lebih dari hanya menghafalnya tanpa difahami. Dalam soal percaya kepada Tuhan, rata-rata mempelajarinya melalui ilmu Tauhid, hanya setakat mengsahkan akidah sahaja, tidak lebih dari itu. Termasuk para ulama yang memperkatakan tentang Tuhan hanya di sudut mengsahkan akidah. Amat jarang bahkan hampir tiada yang memperkatakan tentang Tuhan di sudut peranan dan kerjaNya. Jarang bahkan hampir tiada yang bercakap tentang rasa bertuhan, cinta dan takutkan Tuhan. Jarang bahkan hampir tiada yang menghuraikan tentang Tuhan Maha Baik, Tuhan Pembela, Tuhan segala-galanya dalam hidup manusia. Tiada yang memahamkan manusia bahawa mendapat Tuhan ertinya mendapat segala-galanya, kehilangan Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya. Tidak ada yang menjelaskan tentang janji Tuhan beserta dengan segala yang ada kaitan dengan janji Tuhan itu. Tidak ada yang mendorong manusia agar menjadikan Tuhan itu sebagai pemangkin sehingga melahirkan manusia yang berjiwa besar. Sebenarnya kalau diperhalusi, di sudut akidah itu sendiri pun masih boleh dipertikaikan. Umpamanya kalau seseorang 169
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
itu menghayati akidah, tidak adalah orang yang risau tentang rezeki, tiada yang takut untuk berjuang dan berkorban, tiada yang hatinya resah, kecewa dan putus asa, tiada yang takut untuk berlaku pemurah, tiada yang mempertikaikan perkara dan peristiwa yang sudah berlalu iaitu yang sudah menjadi takdir Tuhan. Perkara utama lain, ambil satu contoh iaitu solat. Ratarata orang yang solat tidak mengetahui mengapa Tuhan perintahkan mengerjakan solat. Yang melakukan solat hanya menyempurnakan gerakan lahir yang tidak beserta dengan hati atau rasa. Belum terbukti pula solat itu dapat membina peribadi agung, sehingga Tuhan jadikan manusia lain tunduk kepada peribadi-peribadi yang sangat dinaungi oleh Tuhan yang Maha Agung. Memiliki rasa bertuhan hingga takut dan cinta kepadaNya, rasa bertuhan itu disuburkan lagi melalui solat. Natijah yang boleh dilihat ialah umat Islam berkasih sayang, bersatu padu, memiliki rasa bersama dan bekerjasama, bertolak ansur, bersih dari dosa dan mazmumah, berakhlak mulia, berdisiplin dan berbagai lagi sifat-sifat positif. Selepas itu, tanpa diasak-asak, tanpa berhabis masa, tenaga dan wang ringgit, umat Islam otomatik akan maju, membangun dan bertamadun. Inilah di antara senario umat Islam kini. Nanti akan lebih mudah memahami aspek-aspek yang berkaitan poligami. Barat sudah begitu lama memburuk-burukkan poligami, sehingga sudah menjadi ‘mind set’ di kalangan umat Islam sendiri bahawa poligami mesti dihapuskan. Alasannya poligami menzalimi wanita, isteri menjadi hamba seks, tidak ada jaminan suami berlaku adil, tidak cukup nafkah, berkrisis, bergaduh, anak madu adalah anak tiri dan berbagaibagai lagi. Akhirnya poligami yang begitu mulia, bermanfaat dan bermaksud baik, ditolak oleh masyarakat Islam sendiri. Berbagai akta, undang-undang dan peraturan dikenakan bagi 170
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
mereka yang ingin berpoligami. Syarat-syarat yang ketat itu sebenarnya bertujuan untuk menjadi batu penghalang kepada poligami. Umat Islam sendiri sudah hilang pertimbangan sehingga tidak berupaya menghujah kembali segala momokan Barat terhadap poligami. Sedangkan kalau berfikir secara sepintas lalu pun sudah boleh memberi hujah balas. Umpamanya, bukankah aneh dalam masyarakat Barat yang sangat anti poligami itu penuh dengan keruntuhan rumahtangga, seks bebas, bersekedudukan tanpa kahwin, pelacuran, perempuan simpanan, homoseks dan lesbian. Poligami ditentang habis-habisan, sebaliknya suami memiliki berpuluh perempuan simpanan dipersetujui. Kalaupun bukan atas dasar iman dan taqwa, fitrah semula jadi pun tidak boleh terima suami ‘makan di luar’. Rumahtangga poligami berkrisis, satu isu yang sengaja dibesar-besarkan, sengaja diheboh-hebohkan supaya masyarakat memandang negatif dan menolak poligami. Persoalannya adakah rumahtangga monogami tidak berkrisis? Bolehkah dipakai alasan berkrisis itu untuk menolak poligami? Kalau begitu monogami juga kena tolak kerana rumahtangga monogami juga berkrisis. Pak Agus dan Ibu Marlina sudah dapat menerima senario umat Islam kini. Mereka turut mengakui bahawa bukan sahaja aspek cabang seperti poligami yang sudah disalah ertikan oleh umat Islam, bahkan soal Tuhan yang pokok itu pun sudah terpinggir dan tidak dipedulikan. Ertinya sudah ramai umat Islam sendiri terputus dari Tuhan. Tuhan sudah tidak lagi ada kaitan dengan kehidupan. Tuhan sudah tidak dibawa ke mana-mana. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam kehidupan. Ulasan ringkas dari Pak Agus itu membantu memudahkan lagi mereka memahami poligami yang menjadi persoalan masyarakat termasuk mereka berdua. Penjelasan selanjutnya difokuskan kepada poligami. 171
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
PERTAMA: Apabila manusia merasakan Tuhan itu segala-galanya, yang utama dan paling penting, Tuhan menjadi cita-cita dan matlamat hidup, menjadi pemangkin dalam segala aspek. Apabila manusia benar-benar ingin menjadikan Tuhan sebagai darah daging dan hidup mati, maka semua urusan kehidupan termasuk poligami adalah soal kecil dan remeh sahaja. Pengorbanan, risiko, beban dan cabaran dalam poligami itu kecil sahaja kalau dinisbahkan kepada pengorbanan nyawa. Sedangkan siapa sahaja yang cita-cita dan matlamatnya adalah Tuhan, nyawa pun dengan penuh rela sanggup dikorbankan. Kesimpulannya ialah bukan sahaja dalam soal poligami, apa jua masalah, risiko, beban dan cabaran dalam kehidupan masa kini puncanya ialah melupai Tuhan, tidak dikaitkan dengan Tuhan. Apabila Tuhan bukan cita-cita dan matlamat, maka jiwa menjadi lemah dan kerdil. Masalah, beban dan risiko yang sedikit dan kecil pun dirasakan banyak, besar dan berat. Orang yang berjiwa besar dan kuat, masalah yang banyak dan berat pun dirasai sedikit dan ringan. Bahkan ada kalanya masalah itu tidak dirasainya sebagai masalah sebaliknya di situ ada peluang untuk mendapat keuntungan. Keuntungan yang bersifat rohaniah dan maknawiyah iaitu menambah taqwa. KEDUA: Tujuan poligami ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk maknawiyah (abstrak). Pak Agus dan Ibu Marlina lebih berminat mengetahui tujuan poligami yang berbentuk maknawiyah. a. Gelangang muhjahadah Untuk mendapatkan Tuhan atau sifat taqwa, seseorang itu kena menyuburkan segala sifat mahmudah dan mengikis sifat mazmumah. Untuk menyuburkan sifat mahmudah itu mesti melalui cabaran. Bila ada cabaran barulah wujud mujahadah. Cabaran untuk menyuburkan 172
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
mahmudah seperti sabar, redha, syukur, tawakkal, ikhlas, pemurah, kasih sayang, qanaah, zuhud, tawadhuk dan lain-lain mesti menghadapi manusia, bukan kepada haiwan, tumbuhan atau benda mati. Contohnya untuk berlaku sabar, pemurah, kasih sayang, tawadhuk, bukan kepada kucing, tiang, dinding, lantai, tikar, pokok balak, pinggan mangkuk dan seumpamanya. Begitu juga dalam usaha untuk menghilangkan mazmumah seperti ego, riyak, hasad dengki, bukan melalui mujahadah kepada haiwan, tumbuhan dan benda-benda mati lainnya. Ianya mesti kepada manusia. Mujahadah juga perlu berterusan hingga akhir hayat. Di sini jelas bahawa mujahadah kepada manusia yang berterusan ialah melalui madu sendiri. Apa situasi pun bersama madu, semuanya sama ada membuang mazmumah atau menyuburkan mahmudah. Menghadapi madu sentiasa dalam keadaan kena bersabar, kena ikhlas, kena tawadhuk, kena berkasih sayang, pemurah dan bertolak ansur. Kalau madu baik macam adik beradik, kena bersyukur banyak-banyak. Kalau madu meragam dan banyak kerenah, kenalah sabar menghadapi kerenahnya dan sekaligus sabar mendidiknya. Dalam hubungan yang pasang surut, ada lebih ada kurang, kena pula terima bahawa begitulah Tuhan jadikan manusia, sentiasa berubah-ubah hati. Kenalah pula bertolak ansur, redha dan mengekalkan kasih sayang, lemah lembut dan lunak. Situasi apa pun yang datang dalam hidup bermadu, semuanya adalah peluangpeluang menambah taqwa. Kalau dapat difahami dan dihayati, indahnya kata-kata Tuhan dalam Hadis Qudsi: Maksudnya: “Aku malu dengan hamba-Ku yang apabila diberi nikmat dia bersyukur, apabila diberi ujian dia bersabar, apabila ditimpa musibah dia redha, apabila berdosa dia bertaubat.” 173
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
b. Gelanggang rasa bersama dan bekerjasama Suami milik bersama, anak-anak milik bersama. Datanglah rasa bersama dan seterusnya bekerjasama dalam segala urusan rumahtangga. Masing-masing dapat berperanan, bantu membantu menurut bidang dan keupayaan masing-masing. Setiap madu merasakan setiap bidang yang ditugaskan itu, di situlah saluran untuk taat kepada Tuhan, berbakti kepada suami dan saling lengkap melengkapi untuk kesempurnaan sebuah rumahtangga dan keluarga. c. “Fastabiqul khairaat” dan “Wata’a wanu alal birri wattaqwa” Salah satu peranan isteri yang utama ialah berkhidmat kepada suami. Dalam konteks bermadu, masing-masing berlumba untuk memberi khidmat terbaik kepada suami. Perlumbaan ini adalah sangat digalakkan kerana masingmasing berharap kepada Tuhan, melalui khidmat terbaik untuk suami itu mereka memperolehi redha Allah SWT. Dalam perlumbaan itu, di waktu yang sama, masingmasing sentiasa mempersiapkan diri untuk mendapatkan lebih banyak amalan taqwa. Yang agak kurang mencontohi yang lebih baik, manakala yang lebih mampu membantu yang lain agar menjadi lebih baik. Bersama-sama mendoakan suami, dan di waktu yang sama saling doa mendoakan antara madu. Ketika suami memerlukan khidmat isteri tertentu yang bukan pada gilirannya, isteri yang lain dengan senang hati memberikan gilirannya tanpa dituntut sebagai hutang dari suaminya. Alangkah besarnya pengorbanan perasaan tersebut yang juga amat besar dipandang oleh Tuhan. Begitulah antara keindahan hidup bermadu dengan membawa Tuhan bersama. Bermadu atas cita-cita dan bermatlamatkan Tuhan. 174
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
KETIGA: Kasih Sayang. Persoalan kasih sayang dalam poligami memang amat dibimbangi andainya kasih sayang suami akan berpindah kepada madu-madunya. Walaupun lazimnya isteri pertama yang paling bimbang kerana dia sudah mengecapi nikmat kasih sayang suami selama ini, namun madu-madu juga bimbang sekiranya suami kekal melekat kasih sayangnya kepada isteri pertama. Dalam soal kasih sayang ini bukan sahaja kaum wanita, para suami pun turut merasa bimbang atas dua sebab. Pertama ialah bagaimana dia sendiri untuk mengagihkan kasih sayang secara adil kepada isteri-isterinya. Kedua, tidak tahu bagaimana mahu memberi penjelasan kepada isteri-isterinya andai ditanya siapa yang lebih disayangi antara isteri-isteri itu. Kebimbangan ini juga yang dialami oleh Pak Agus dan Ibu Marlina. Sebenarnya kalau tidak memahami persoalan ini, bukan Pak Agus dan Ibu Marlina sahaja yang merasa bimbang, siapa pun yang tidak memahami aspek ini akan sentiasa mempersoal bahkan mempertikaikan keadilan dalam kasih sayang. Terdapat beberapa aspek yang perlu difahami dan diterima, antaranya: a. Kasih sayang bersifat rasa atau perasaan. Rasa atau perasaan adalah sesuatu yang abstrak atau maknawiyah. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur kasih sayang sama ada ukuran berat mahupun ukuran jarak. Kasih sayang juga tidak boleh dibelah, dipecah, dicaing-caing. Tidak boleh dibelah, dipecah, dicaing-caing itu boleh diumpamakan kepada volume radio. Andaikan volume radio itu dari satu hingga sepuluh. Dalam sebuah negara katakan terdapat sepuluh juta radio. Tidak ada beza bunyi radio itu kalau hanya sebuah radio sahaja yang dipasang berbanding kalau semua sekali sepuluh juta radio dipasang. Tidak berlaku kalau sebuah radio dipasang maka 175
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
volumenya kuat atau tinggi. Apabila tiga juta radio dipasang serentak, volume masing-masing radio semakin rendah. Kalau tujuh juta dipasang, maka volumenya bertambah-tambah rendah. Kalau semua sepuluh juta, maka bunyi masing-masing radio hampir-hampir tidak kedengaran. Demikianlah yang berlaku kepada kasih sayang. Bukan bererti kalau seorang isteri maka dia dapat penuh. Kalau dua orang isteri maka dapat separuh setiap seorang. Kalau empat isteri maka setiap seorang hanya memperoleh 25% kasih sayang atau satu perempat sahaja. Cuba kita fikirkan dalam konteks anak-anak pula. Adakah kalau seorang anak, maka dia mendapat kasih sayang yang penuh dan kalau sepuluh anak, maka setiap anak hanya mendapat satu per sepuluh kasih sayang. Bagaimana kalau suami isteri yang memiliki lima belas orang anak? Apakah kasih sayang bagi setiap anak itu semakin nipis atau tiada langsung? Cuba perhitungkan pula seorang pemimpin dalam sebuah negara yang rakyatnya berjumlah tiga puluh juta orang. Kalau kasih sayang itu boleh dipecah, dipisah, dicaing-caingkan, boleh diagihagihkan ibarat seguni garam, maka tiga puluh juta rakyat itu tidak memperolehi kasih sayang dari pemimpin negara tersebut. Bagaimana pula apabila rakyatnya bertambah sekali ganda menjadi enam puluh juta orang? Kalau kasih sayang itu sesuatu yang bersifat berketul yang boleh dipecah dan dicaing-caingkan, maka tiada yang mendapat kasih sayang, begitulah yang akan berlaku. Umpamanya sepotong kek, kalau seorang sahaja maka dia dapat semua dan sepenuhnya. Kalau dua orang, akan dapat separuh setiap orang, saiznya semakin mengecil. Kalau empat orang maka dapat satu per empat sahaja. Kalau seratus orang, yang dapat hanya seorang secubit 176
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
sahaja. Kasih sayang bukan bersifat benda yang boleh dibahagi atau dipecahkan seperti kek. Suatu ketika isteri-isteri Rasulullah SAW bertanya siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Baginda minta tempoh selama tiga hari untuk memberi jawapan, dan bukti siapa yang paling disayangi ialah siapa di antara mereka yang memperolehi sebentuk cincin. Lalu Rasulullah SAW menunjukkan contoh cincin kepada isteri-isteri Baginda. Selepas tiga hari semua isteri Baginda berkumpul untuk menunjukkan bukti siapa yang paling disayangi iaitu yang memiliki sebentuk cincin. Alangkah kehairanan isteri-isteri Rasulullah SAW kerana setiap mereka memiliki sebentuk cincin yang serupa. Rupa-rupanya Rasulullah SAW menyayangi kesemua isteri-isteri Baginda. b. Setelah memahami bahawa kasih sayang itu bersifat maknawiyah atau abstrak, kebimbangan tidak berlaku adil dalam aspek kasih sayang tidak harus berlaku. Lebihlebih lagi dalam syarat berpoligami, keadilan suami tidak termasuk kasih sayang. Ertinya kasih sayang bukan satu tuntutan supaya suami berlaku adil kerana mustahil manusia dapat menyukat kasih sayang itu. Isteri-isteri juga tidak dapat menuntut hak dari suami dalam soal kasih sayang. Andainya berlaku juga perbezaan rasa kasih sayang dari suami terhadap isteri-isterinya, selain tidak dapat dibuktikan dan boleh dipersoalkan kerana soal rasa atau perasaan itu adalah anugerah Tuhan, mustahil tidak berlaku perbezaan kasih sayang antara isteri-isteri itu. Umpama ibu bapa yang memiliki sepuluh orang anak, mustahil tidak terjadi perbezaan kasih sayang antara anak-anak mereka. Ini adalah fitrah dan anugerah dari Tuhan yang tidak dapat dikawal. Sekali lagi disebut di sini, sebab itulah Tuhan tidak menjadikan syarat keadilan dalam berpoligami itu dalam aspek kasih sayang kerana 177
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan tahu tentang anugerah-Nya terhadap manusia. Dan hati manusia itu dalam genggaman Tuhan yang sentiasa berbolak-balik. Perbezaan kasih sayang dari suami kepada isteri itu tidak salah, yang salah ialah apabila suami mendedahkan atau menyatakan perbezaan rasa kasih sayang itu. Ia adalah rahsia hati suami. Perbezaan kasih sayang juga tidak boleh sampai terjadi perbezaan tanggung jawab. Kalau berlaku juga, itu bukan kesalahan dari perbezaan kasih sayang, tetapi itu hanyalah kegagalan dalam bertanggungjawab. Kalau dalam soal terabainya tanggungjawab, tidak boleh dihukumkan atau dituduh atas sebab perbezaan kasih sayang. Dalam soal pengabaian atau kecuaian tanggungjawab terhadap isteri atau anak-anak, dalam rumahtangga monogami pun turut berlaku. Tidak bertanggungjawab itu adalah kerana jahil dan tidak takut kepada Tuhan. Orang yang takutkan Tuhan pasti bertanggungjawab. KEEMPAT: Apa erti kasih sayang? Kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia. Ianya adalah fitrah semula jadi, atau hak asasi atau keperluan bagi semua manusia. Kehilangan kasih sayang, manusia hilang bahagia biarpun banyak harta, betapalah kalau miskin papa kedana, berganda-gandalah perasaan derita. Kasih sayang itu ialah rasa hati atau perasaan kasih dan sayang terhadap apa saja dan siapa saja. Kasih sayang lebih mudah subur terhadap orangorang yang kita rasa berjasa seperti ibu bapa, guru-guru, pemimpin, suami isteri. Kalau bukan terhadap mereka yang berjasa, maka kasih sayang itu tetap berlaku kalau memiliki rasa peri kemanusiaan yang tinggi. Rasa peri kemanusiaan yang tinggi hanya tejadi apabila seseorang itu memiliki rasa cinta kepada Tuhan, secara otomatik tumbuh rasa kasih sayang sesama manusia. 178
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
Orang yang memiliki kasih sayang itu dapat dilihat tandanya pada sifat-sifat berikut: a. sangat lemah lembut. b. lunak dalam tutur kata. c. sangat pemaaf. d. berlapang dada. e. bertolak ansur. f. mengutamakan orang lain. g. pandai menjaga hati dan mengambil hati orang lain. h. sangat membela dan membantu. i. tidak menyinggung dan tidak mengguris hati orang lain. Biarpun pasangan Pak Agus dan Ibu Marlina ini belum berpoligami, namun mereka sudah faham asas poligami. Ibu Marlina pula sudah bersedia untuk bermadu andainya Pak Agus mahu. Bahkan Ibu Marlina turut berkata, “Kalau soal krisis rumahtangga itu bukankah lumrah hidup. Yang monogami pun tidak terlepas dari sedikit-sedikit krisis. Pokoknya krisis itu bukan soal mono atau poli. Soalnya kerana tidak takutkan Tuhan.” KES 7 Menyuburkan Suasana Islam
Menurut Encik Hanafi, memang diakui anggota rumahtangga terdiri dari orang Islam. Atas nama rumahtangga Islam, tentulah ada topik-topik perbincangan, perbualan, bertukartukar fikiran dan berkongsi pengalaman serta idea. Sudah tentulah serba sedikit ada agenda bagaimana hendak suburnya suasana Islam itu di kalangan anggota keluarga. Kepada Encik Hanafi khususnya dan kepada umat Islam seluruhnya, diakui bahawa ajaran Islam terlalu renggang 179
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
jauh dari diri mereka. Sebab itulah bagi sebahagian umat Islam, topik-topik perbualan dan perbincangan dalam keluarga sudah dirasakan janggal serta sukar untuk dipraktikkan. Langkah awal yang perlu ialah setiap anggota keluarga kena ada cita-cita Tuhan dan Akhirat. Mesti bertitik tolak dari rasa bertuhan, iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan. Barulah akan mendorong untuk menghayati panduan-panduan yang diberikan seperti di bawah ini. 1. Berbincang tentang Tuhan agar berrtambah rasa takut dan cinta, sama-sama mahu meningkatkan iman dan taqwa, dan menjadikan kehidupan Akhirat lebih utama. 2. Berbincang serta berusaha agar ajaran Islam itu dapat diamalkan dan dihayati. 3. Mencari jalan supaya dapat mendidik anak-anak secara Islam dengan lebih berkesan. Terutamanya dalam membawa anak-anak turut sama hidup bertuhan. 4. Bertolong bantu dalam memajukan pelajaran anak-anak. 5. Bagi anak-anak, selepas Allah dan Rasul, maka amat perlu mereka menghayati ketaatan kepada kedua ibu bapa. 6. Akhlak anak-anak perlu lagi dibimbing agar lebih halus. Ini perlukan tunjuk ajar, bimbingan, asuhan dengan sabar, bersungguh-sungguh dan berterusan. 7. Perpaduan dan kasih sayang sekeluarga amat perlu. Menyuburkan dan mengukuhkannya perlu dibincangkan selalu, seperti melalui sembahyang berjemaah, makan bersama, saling faham memahami, bertolak ansur, sekali sekala bermusafir atau makan angin bersama. 8. Menasihati, menunjuk ajar dan mendisiplinkan anakanak agar tidak terjebak dengan gejala sosial. Ia mesti bermula dalam rumahtangga. Iaitu dalam keluarga itu sendiri mesti bersih dari gejala sosial. Terutama ibu bapa mesti menjadi contoh. Menurut kajian, anak-anak yang 180
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
ketagihan rokok kerana ayahnya dari kalangan orang yang merokok. 9. Perlu diperbincangkan bersama dan mencari jalan bagaimana hendak menangani anak-anak yang nakal. Umpamanya perlu melihat punca kenakalan itu, adakah kerana kurang didikan atau terlalu kuat pengaruh persekitaran, atau juga sudah dipengaruhi oleh kawan sebaya. 10. Pergaulan adalah penting bagi perkembangan peribadi dan minda anak-anak. Namun mereka perlu diberi pedoman yang lengkap tentang pergaulan berserta adab-adabnya. Ada perbezaan adab bergaul antara kawan-kawan sebaya, jiran, orang dewasa dan terhadap yang lebih muda usianya. 11. Amat besar ertinya dalam kehidupan ibu bapa sekiranya anak-anak mereka dapat memberi khidmat sebaik mungkin. Aspek ini perlu diberi faham kepada anak-anak. Ini termasuk tunjuk ajar agar mereka suka berkhidmat atau menghiburkan orang ramai. 12. Salah satu jalan keluar untuk menghilangkan tension ialah melalui hiburan. Ini tidak bererti bebas memilih apa sahaja jenis hiburan. Ibu bapa perlu mengenal dan mendisiplinkan mereka dalam memilih hiburan. Bila disebut hiburan, ianya bukan tertentu kepada nyanyian, konsert atau filem sahaja. Kalau ini yang menjadi pilihan maka pilihlah yang bermoral, tetapi zaman ini amat sukar, tetapi bukan tiada. Oleh itu berilah hiburan berbentuk lain seperti makan angin, rekreasi, berpiknik, ziarah kawan atau keluarga, melawat tempat bersejarah. Boleh apa sahaja asalkan halal. 13. Akhlak perlu didisiplinkan dan dibiasakan yang akhirnya melekat menjadi kebiasaan atau budaya hidup. Begitu juga dalam melakukan kerja-kerja rutin. Oleh itu ibu bapa perlu jadualkan atau disiplinkan asuhan menguruskan 181
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
keperluan masing-masing seperti urusan dalam rumah, kerja sekolah, memasak, menjahit, mengemas rumah, halaman rumah dan seumpamanya. 14. Berbagai cara membuka minda, maka suami isteri perlu juga berbual, berbincang dan saling berkongsi idea dalam isu-isu semasa. Terutama sekali yang ada hubung kait dengan umat Islam sendiri dalam segala aspek. Umpamanya soal gejala sosial, kemungkaran, perpecahan, krisis, perpaduan, kemajuan dan agama umat Islam. KES 8 Matlamat Perkahwinan
Encik Kamarul Ariffin menimbulkan persoalan tentang mengapa tidak adanya penjelasan tentang apa matlamat perkahwinan dalam Islam. Kalau dibandingkan dengan dunia kehidupan lain, semuanya ada dinyatakan matlamat masing-masing. Umpamanya, setiap jabatan, badan korporat, pertubuhan, persatuan, industri, kementerian, semuanya ada menetapkan satu-satu matlamat. Dalam konteks kehidupan pun, setiap individu ada matlamat tersendiri. Tentulah tidak ketinggalan dalam aspek perkahwinan dan rumahtangga ada matlamatnya. Biar pun tidak lengkap, sekurang-kurangnya siapa sahaja yang mahu berkahwin perlu tahu matlamatnya. Mengetahui matlamat perkahwinan itu tentulah sedikit sebanyak akan membantu membina rumahtangga bahagia. Penjelasan kepada Encik Kamarul adalah seperti berikut: Zaman ini kalau ditanya kepada 100 orang, apakah matlamat perkahwinan, kita akan memperolehi seratus jawapan yang tentunya tidak seragam. Dalam ajaran Islam, oleh kerana perkahwinan itu adalah perintah Tuhan, sudah tentulah ada matlamat yang baik. Tentulah tidak sewenang-wenangnya dan boleh buat apa saja matlamat menurut selera dan 182
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
kepentingan masing-masing. Oleh kerana Tuhan mahukan hamba-hamba-Nya mendapat bahagia dan sejahtera dunia dan Akhirat, maka Tuhan tetapkan matlamat. Dengan matlamat itu diharapkan menjadi modal untuk manusia mengabdikan diri kepada Tuhan dengan penuh takut dan bimbang. Takut dan bimbang kalau-kalau terseleweng dari matlamat yang diredhai-Nya. MATLAMAT PERTAMA: Tuhan telah menciptakan manusia lelaki dan wanita yang sama-sama ada keinginan, iaitu lelaki inginkan perempuan dan perempuan juga ada nafsu kepada lelaki. Tiada siapa yang boleh menolak fitrah semula jadi ini. Bahkan ketika Nabi Adam bersendirian di dalam Syurga yang penuh nikmat itu, Nabi Adam sudah merasakan ada sesuatu kekurangan dalam hidupnya di tengahtengah nikmat Syurga. Biarpun begitu, Nabi Adam tidak tahu mentafsirkan rasa itu, sehinggalah apabila Nabi Adam Tuhan pertemukan dengan Hawa. Ketika itulah Nabi Adam mendapat jawapannya. Begitulah sifat fitrah semula jadi manusia. Lantaran itulah maka Tuhan syariatkan agar berkahwin. Melalui perkahwinan itu maka tersalurlah keinginan itu secara halal dan sekaligus terhindar daripada zina. Tanpa syariat perkahwinan, keinginan semula jadi itu mustahil dapat dibendung. Maka akan berleluasalah perbuatan zina yang terkutuk itu. MATLAMAT KEDUA: Perkahwinan akan menjadi sebab untuk mendapat zuriat. Zuriat yang lahir dari suami isteri beriman dan bertaqwa itu diasuh, dididik, dipimpin dan dibimbing pula secara Islam. Mereka diberi ilmu, iman dan dididik supaya bertaqwa. Diasuh supaya menjadi hamba Allah yang cintakan Tuhan dan Islam. Maka melalui zuriat itulah nanti pejuang Islam akan bersambung dari satu generasi ke satu generasi.
183
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
MATLAMAT KETIGA: Apabila matlamat kedua tercapai, sekaligus akan tercapailah matlamat yang ketiga iaitu tujuan perkahwinan agar lahirlah satu generasi yang benar-benar menjadi aset kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Yang mana mereka itu benar-benar memberikan manfaat kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bukan menjadi beban yang mendatangkan masalah. MATLAMAT KEEMPAT: Menjadi aset itu ertinya berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Mereka mentaati Tuhan dan berbakti kepada masyarakat. Mereka akan mewariskan pula kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya sambung-bersambung. Ertinya mereka juga menjadi aset simpanan pahala di Akhirat kelak. Iaitu jasa dan manfaat mereka itu dunia dan Akhirat. MATLAMAT KELIMA: Melalui perkahwinan yang benar-benar berjalan atas kehendak Tuhan dan Rasul-Nya, anggota keluarga akan memiliki ciri-ciri hamba Allah yang beriman dan bertaqwa yang sangat memelihara hubungan dengan Tuhan serta syariat-Nya. Di situ nanti akan terbinanya sebuah negara Islam kecil yang menjadi asas kepada negara Islam sebenar. MATLAMAT KEENAM: Seorang muslim bukan sahaja diperintahkan untuk mencari keredhaan Allah SWT sahaja, tetapi juga dianjurkan untuk berbuat apa yang disukai oleh kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Baginda berbangga dan menyukai ramainya pengikut atau umat Baginda di Akhirat kelak. Apa kesukaan Rasulullah SAW itu juga yang sewajarnya menjadi kesukaan umat Baginda. Oleh itu melalui perkahwinan, dapat mencapai tujuan tersebut iaitu meramaikan umat Baginda.
184
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
MATLAMAT KETUJUH: Perkahwinan dalam Islam ada maksud besar disebaliknya iaitu meramaikan umat Islam. Meramaikan umat itu bukan sekadar angka atau kuantitinya besar, tetapi lebih dari itu iaitu umat yang sangat berkualiti. Dengan umat yang berkualiti iaitu beriman dan bertaqwa, maka akan lebih mudahlah terbangunnya cita-cita dan perjuangan Islam di muka bumi ini. Asas pembinaan umat berkualiti itu mesti berlaku dan dimulakan dari keluarga. MATLAMAT KELAPAN: Perkahwinan juga dapat menjaga keturunan atau zuriat yang benar-benar cintakan Tuhan dan agama. Melalui keturunan itulah orang kenal asal usul kita dan generasi penyambung. MATLAMAT KESEMBILAN: Dalam ajaran Islam, menghiburkan orang lain itu sangat disukai oleh Tuhan dan mendapat pahala. Kesan dari sikap atau perbuatan atau perlakuan yang menghiburkan orang lain itu, kehidupan akan menjadi bahagia dan harmoni. Akan terjalin hubungan kasih sayang antara satu dengan yang lain. Maka dalam Islam, pasangan suami isteri yang berniat, berazam dan berusaha saling memberi hiburan maka pahala yang tidak putus-putus dari Tuhan, sekaligus kehidupan keluarga turut bahagia dan harmoni. Rumahtangga bahagia dan harmoni melahirkan anak-anak yang berakhlak dan seterusnya masyarakat yang harmoni. Demikianlah di antara matlamat perkahwinan dan berumahtangga dalam Islam. Matlamat yang murni dan mulia. Matlamat yang menjamin kesejahteraan rumahtangga. Matlamat yang bukan sahaja menjamin rumahtangga bahagia di dunia, bahkan melalui rumahtangga itu dapat mengumpul bekal untuk Akhirat kelak. Kalau pun mungkin tidak kaya dari sudut material, namun kehidupan penuh rahmat dan 185
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
berkat. Tuhan jadikan kehidupan keluarga itu penuh kasih sayang, aman damai, tenang dan bahagia.
KES 9 Tanggungjawab Suami Isteri
Encik Hanafiah melahirkan kemusykilan terhadap banyaknya berlaku keruntuhan rumahtangga, khasnya dalam soal tidak bertanggungjawab. Apa yang menghairankan Encik Hanafiah ialah setiap pasangan yang hendak bernikah terlebih dahulu disyaratkan mengikuti kursus pra perkahwinan. Sebagai bukti menghadiri kursus, pehak penganjur mengeluarkan sijil. Sijil itu pula mesti disertakan apabila membuat permohonan untuk berkahwin. Tanpa sijil sebagai bukti menyertai kursus, permohonan akan ditolak oleh kadhi atau juru nikah. Dalam kursus pra perkahwinan tersebut, topik utama yang disampaikan ialah mengenai tanggungjawab suami isteri. Suami isteri sudah memiliki senarai tanggungjawab masingmasing. Namun apa yang berlaku, panduan yang diberikan ketika kursus seolah-olah tidak dipraktikkan dalam berumahtangga. Mengabaikan tanggungjawab menjadi punca kehancuran rumahtangga. Sama ada suami mahu pun isteri sama saja tidak bertanggungjawab. Sebaliknya saling menunding antara suami dan isteri. Kadang-kadang terjadi tidak bertanggungjawab itu hanya tidak sampai setahun mendirikan rumahtangga. Atau ketika baru memperolehi seorang anak. Penjelasan yang diberikan kepada Encik Hanafiah lebih kurang seperti berikut: Kemusykilan Encik Hanafiah ialah tentang faktor utama yang mencorakkan sebuah keluarga atau rumahtangga Islam 186
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
iaitu suami dan isteri. Faktor-foktor lain itu hanya mengiringi atau mengikut sahaja. Yang utama ialah ciri-ciri suami dan isteri yang ingin diketahui, atau boleh juga disebut sebagai peranan, sikap dan ciri-ciri suami isteri menurut ajaran Islam. Perlu difahami bahawa apa saja hal dan urusan, apa jua aspek dan apa situasi sekalipun, apabila disebut ajaran Islam, ianya mesti dikaitkan dengan Tuhan. Sesuatu yang tidak ada hubung kait dengan Tuhan, otomatik menjadi ideologi biarpun dalam melakukan amalan ibadah khusus seperti sembahyang, wirid zikir, doa dan sebagainya. Umpamanya, seseorang itu bersembahyang dengan tertib, sopan dan kelihatan bagus kerana hendak mencari pengaruh atau niat-niat lain yang bukan lagi murni kerana Tuhan, maka otomatik sembahyang itu menjadi ideologi. Itu adalah ibadah khusus seperti sembahyang yang memang pada permulaan niat awal itu disertakan dengan kerana Allah, masih lagi bercampur dengan kerana-kerana yang lain. Betapalah dalam pekerjaan umum yang hendak dijadikan ibadah, tentu lebih sukar untuk menjaga niatnya. Oleh itu rumahtangga terutamanya suami isteri mesti dibina atas taqwa yang kukuh. Menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat, rasa bertuhan iaitu rasa takut dan cinta mesti mendalam dan tidak lekang. Apabila menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat, maka jiwa pun menjadi besar dan kuat. Suami isteri yang berjiwa besar, kalau ada masalah bukan sahaja tidak dirasai masalah itu, bahkan dengan masalah itu mereka merasa amat beruntung, kerana mereka merasakan dapat perhatian dari Tuhan. Hidup menjadi tenang dan bahagia, mendapat sakinah serta qalbun salim. Rumahtangga atas taqwa ini barulah suami isteri akan bersikap, berperanan dan bertanggungjawab sesuai dengan kehendak Tuhan. Di atas taqwa itulah Tuhan datangkan rahmat, berkat, pertolongan, rezeki, jalan keluar dan kemenangan. Inilah rahsia kebahagiaan perkahwinan dan keluarga. 187
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Ciri-Ciri, Sikap, Peranan dan Tanggungjawab Suami
1. Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta orang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan. 2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anakanak. 3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak. Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang mewah (luxury) yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu. Namun dalam nafkah yang asasi itu sekiranya suami cuai boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama. 4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkam sikap kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam sebuah institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak mengadu dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar. 5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah ayah atau suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan dan nafsu. 188
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorong oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka. Lebih-lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani rutin kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa. 7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri. Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumahtangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan berbagai cara, umpamanya bawa berjalan-jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain. 8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara otomatik berlakulah perkongsian dalam kehidupan berumahtangga. 9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak azali lagi, terimalah seadanya. 189
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya. 11. Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar memahamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai mencemarkan maruah isteri. 12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya. Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri. 13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungutan dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar sendiri hanya senyap berdiam diri. Lantas rakyat itu pulang saja dan berkata seorang diri, “Sedangkan Sayidina Umar sebagai khalifah pun isterinya merungut.” Keesokan hari, dia bertanya kepada Sayidina Umar mengapa mendiamkan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab, “Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat untuk aku, menjaga rumahtangga aku, men190
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
jaga makan minum dan pakaian aku, dan dia menjaga anak-anak aku.” 14. Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertalian. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang suami mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa seorang isteri. 15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segalagalanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula jadi. Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri. Mereka adalah golongan yang perlukan perlindungan, maka lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan. 16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersama dan sembahyang berjemaah bersama. 17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir, 191
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermatlamatkan Tuhan. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya hidup bersama Tuhan. Ciri-Ciri, Sikap, Peranan dan Tanggungjawab Isteri
1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami. 2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata. 3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa. 4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga. 5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan. 6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami. Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan. 7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak, suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa. 8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam 192
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan, boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga. 9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati. 10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di rumah lebih-lebih lagi di luar rumah. 11. Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek, tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak-banyak darjat taqwa di sisi Tuhan. Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari bekalan taqwa. 12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama. Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan. Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah. 13. Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri. 14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding kesilapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazimnya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadangkadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau 193
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya. 15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Baginda dan memberi semangat serta perangsang dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah SAW. 16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami. 17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan sendiri. 18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan mengutamakan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.
KES 10 Rumahku Syurgaku
Puan Maryati musykil tentang ‘Rumahku Syurgaku’. Ianya sering disebut dan dicanangkan. Namun bukan sahaja belum menemui hasilnya atau hakikat rumahku syurgaku itu, ciriciri dan pemahamannya pun belum ditemui lagi. Puan 194
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
Maryati amat risau bahawa satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia iaitu rumahku syurgaku itu hanya tinggal menjadi slogan kosong semata-mata. Penjelasan yang diberikan: Untuk pengetahuan Puan Maryati dan orang lain yang turut serius tentang rumahtangga syurga, bahawa dalam banyak hal manusia sanggup menggadai nyawa untuk mencapainya. Contohnya sudah ramai yang mati terjatuh ketika mendaki Gunung Everest dan gunung-gunung yang lain. Dalam waktu yang sama, masih ramai yang menunggu giliran untuk mendaki. Mereka yang sudah berjaya ke puncak Everest tidak membawa pulang apa-apa untuk dikongsi oleh orang lain. Banyak lagi pemburuan manusia yang berakhir dengan penderitaan. Sebab itu penjara, pusat serenti dan pusat sakit jiwa sesak dengan penghuni. Cukup sekadar contoh, ertinya manusia gigih, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam memburu cita-cita yang tidak dipastikan sama ada positif atau negatif. Ertinya dalam konteks membina rumahtangga syurga perlukan kegigihan, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam mencapainya. Kalau dalam aspek lain yang tidak dipastikan hasilnya positif atau negatif, itu pun manusia sanggup sampai tergadai nyawa, maka dalam membina rumahtangga syurga perlukan komitmen sepenuhnya juga. Bukan sambil lewa atau acuh tak acuh. Segala resipi mesti diikuti sepenuhnya. Kerana antara satu dengan yang lain saling lengkap melengkapi. Gabungan seluruh resepi itulah akan terjamin hasil yang memuaskan. Perlu juga difahami bahawa sesuatu yang bernilai tinggi lebih sukar diperolehi. Syurga tentulah amat bernilai biarpun sekadar syurga dalam kehidupan berumahtangga. Sudah menjadi pengalaman manusia, untuk memperolehi sesuatu yang bernilai, umpamanya gaji RM10,000 sebulan, atau untuk menjadi profesor atau 195
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
doktor, memerlukan kerja keras dan berhempas pulas. Begitulah juga untuk menjadikan rumahtangga syurga. Suasana rumahtangga syurga itu penuh dengan kebahagiaan, rasa tenang dan tenteram, aman damai dan harmoni. Penuh keceriaan dan kegembiraan. Di dalam rumahtangga syurga mestilah ada hal-hal seperti berikut: 1. Rumahtangga itu dibina atas nama Tuhan, cita-cita dan matlamat Tuhan, atas tujuan agama Islam, mengamalkan syariat Tuhan. Atau dengan lain perkataan, ada iman dan taqwa yang mana kalau susah pun mendapat keuntungan dan dalam keadaan senang pun mendapat keuntungan. 2. Subur kasih sayang iaitu lemah lembut, lunak, bertolong bantu, pemaaf, rasa bersama, bekerjasama, berkongsi susah dan senang, sepakat dan muafakat, seia sekata, berlapang dada, bertoleransi, tidak menyinggung dan tidak pula tersinggung, tidak mengguris hati dan tidak pula terguris hati. 3. Akhlak mulia sangat ketara dan menonjol di kalangan anggota keluarga. 4. Suami sentiasa tenang bersama isteri yang setia. 5. Isteri pula merasa bahagia bersama suami yang sangat bertanggungjawab. 6. Anak-anak merasa tenang dan jiwa terisi melihat ibu bapa yang bertanggungjawab dan berkasih sayang. 7. Antara sesama anggota keluarga, ketiadaan salah seorang antara mereka dirasai kehilangan dan kekosongan, rindu merindui, bertemu tidak jemu, berpisah diserang gelisah. Kehadiran bersama terasa selesai masalah. 8. Ibu ayah melihat anak-anak sejuk hati kerana berakhlak, mendengar kata dan hormat ibu bapa. 9. Dalam rumahtangga syurga tidak ada elemen negatif iaitu: 196
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
a. kata nista b. perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati c. berdebat, bertengkar, dan bertegang urat d. sindir menyindir dan menghina e. tuduh menuduh dan menfitnah f. maki hamun dan adu domba g. cerca mencerca dan menghasut h. perkataan atau cakap kotor dan lucah i. pukul memukul, bertumbuk, bersepak terajang, tendang menendang. 10. Anggota keluarga membesarkan Allah melalui: a. sembahyang berjemaah b. qiamullail c. mengajar, belajar dan membaca Al-Quran d. wirid zikir seperti takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan doa e. kuliah-kuliah pengajian, motivasi dan fardhu ain f. nasihat menasihati.
KES 11 Rumahtangga Idaman
Encik Jamaluddin melahirkan rasa terkilan melihat banyaknya berlaku keretakan, pecah belah, krisis bahkan perceraian. Banyak akibat buruk hasil dari rumahtangga yang haru biru dan kacau bilau, terutama yang menjadi mangsa ialah anakanak. Bukan itu sahaja, kesan buruk jangka panjang ialah banyaknya berlaku gejala sosial, kerana asas masyarakat ialah rumahtangga. Apa yang menghairankan Encik Jamaluddin ialah setiap umat Islam yang hendak mendirikan 197
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
rumahtangga sentiasa mengidamkan terbinanya mahligai bahagia hingga ke anak cucu. Idaman hanya tinggal idaman. Harapan hancur di tengah jalan. Kadang-kadang bercinta macam Remeo dan Juliet, majlis perkahwinan berbelanja besar, ribuan orang turut meraikannya. Kadang-kadang terpampang di media massa. Anehnya baru satu atau dua anak dah mula timbul krisis hingga hendak atau hampir bercerai. Sebelum berkahwin, panduan sudah diberikan, mengapa masih banyak rumahtangga yang terbarai. Jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Encik Jamaluddin adalah seperti berikut. Sebagai perbandingan, bolehlah diumpamakan seperti orang yang hendak menjadi askar. Ada syarat asas atau syarat minima, seperti kelulusan, berat badan, ketinggian, sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran. Memiliki syarat minima itu bukan bererti otomatik dia sudah boleh diiktiraf sebagai seorang askar. Proses melayakkan diri sebagai askar masih panjang dan banyak peringkat yang perlu ditempuhi. Sudah dilalui dengan penuh gigih pun masih ada yang kecundang, betapalah dalam keadaan acuh tak acuh. Berbalik kepada rumahtangga, kalau sudah ada calon, kemudian sudah bersedia untuk berumahtangga, maka diikutilah kursus atau bimbingan rumahtangga itu untuk dua atau tiga hari. Di akhir kursus, setiap peserta menerima sijil pengesahan menghadiri kursus. Dan dengan sijil itu pula adalah sebagai syarat tambahan untuk layak berkahwin. Semua yang diperoleh itu hanyalah sebagai syarat minima, termasuk isi sukatan kursus itu juga adalah minima. Itu belumlah menjadi faktor penentu bakal wujudnya rumahtangga idaman. Belum tentu dalam berkursus dua atau tiga hari itu peserta dapat memahami sepenuhnya panduan yang diberikan. Kalau pun faham belum tentu dapat mempraktikkan panduan tersebut. Lebih-lebih lagi selok-belok dan liku-liku rumahtangga amat jauh berbeza daripada apa yang 198
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
diperoleh dalam dewan kuliah, lebih-lebih lagi kalau penekanan kuliah itu banyak kepada aspek hukum hakam, hak dan enakmen. Apabila benar-benar berumahtangga, pasangan sedang berhadapan dengan manusia yang memiliki jasad, akal, nafsu dan roh. Yang kalau tidak mengenal setiap unsur itu ertinya sudah nerupakan satu kegagalan dalam rumahtangga. Begitu juga pada manusia itu Tuhan sudah bekalkan dengan benih malaikat untuk disuburkan, benih haiwan untuk dididik dan didisiplinkan dan benih syaitan untuk dicantas dan ditumpaskan sepenuhnya. Awal-awal lagi kalau ilmu tentang aspek ini tidak dimiliki, tentulah amat sukar untuk mengemudikan rumahtangga. Umpama askar yang tidak cukup ilmu peperangan, tiba-tiba dihantar operasi ke hutan, tentulah dia merasa amat sukar kerana dia sendiri tidak pernah mengenal hutan. Fahamlah kita bahawa untuk tercapainya rumahtangga impian, tidak memadai atau tidak terhenti setakat anggota dalam rumahtangga itu beragama Islam, tetapi mestilah ada cita-cita Tuhan, berjiwa Islam, hidup mati untuk Tuhan dan Islam serta menghayati syariat Tuhan. Oleh itu perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian serta perlu dipraktikkan: 1. Suami isteri mestilah faham segala aspek tentang ajaran Islam. Memahami ajaran Islam amat penting kerana yang hendak dibangunkan itu adalah rumahtangga Islam. Bahkan ajaran Islam itu juga memang perlu direalisasikan dalam kehidupan harian yang bermula dari rumahtangga. Dalam kehidupan sebagai seorang Islam kenalah faham hablumminallah dan segala yang terangkum di dalamnya, dan juga hablumminannas dan segala yang terangkum di dalamnya. Dengan itu barulah ajaran Islam yang dipraktikkan itu syumul atau menyeluruh. 2. Suami atau ayah selaku pemimpin atau ketua keluarga, 199
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
yang bertanggungjawab dunia dan Akhirat, perlu ada ilmu pendidikan isteri dan anak-anak, serta faham bagaimana mendidik isteri dan anak-anak. Terutama sekali dalam mendidik isteri dan anak-anak untuk takut dan cintakan Tuhan. Juga mendidik mereka hidup berkasih sayang. 3. Suami kena serba sedikit memahami saikologi isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya mengenali isteri dan anak-anak dalam aspek berikut: a. Tahap IQ. b. Peringkat nafsu. c. Jenis kekuatan mereka sama ada jenis kuat akal, perasaan atau jiwa, atau sebahagian atau semua sekali. d. Kesukaan dan kebencian mereka. e. Bakat, minat, hobi dan bidang kecenderungan mereka. f. Perubahan pada perasaan mereka yang terzahir pada wajah, perangai atau tingkah laku. g. Perkembangan mereka mengikut perubahan usia. 4. Isteri juga perlu serba sedikit memahami saikologi suami dan anak-anak. Memahami saikologi ini amat diperlukan dalam konteks mendidik serta menjaga hubungan. Iaitu suami terhadap isteri dan anak-anak, juga isteri terhadap suami dan anak-anak perlu mengadakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan (saikologi) mereka. 5. Suami isteri perlu bersungguh-sungguh mempraktikkan sikap dan akhlak Islam serta syariat Islam. Terhadap anakanak pula kenalah berupaya memberi ilmu untuk mereka memahami, tidaklah mereka menurut secara membuta tuli tanpa ilmu dan kefahaman. 6. Kena bersabar dalam menghayati ajaran Islam termasuklah kena bersabar dalam mendidik dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. 200
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
KES 12 Pendidikan Yang Berkesan
Encik Azhar Abu melihat anak-anaknya yang sepuluh orang membesar di depan matanya sendiri. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, dia rasa musykil kerana sepuluh orang anak-anaknya tidak semuanya berperangai baik. Encik Azhar memang mengharapkan anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Dia juga sedar andainya tidak cemerlang dalam duniawi, biarlah anak-anaknya menjadi manusia yang baik. Ini kerana dia juga insaf bahawa kehidupan Akhirat yang kekal abadi itu tiada bandingannya, iaitu jauh lebih utama berbanding kehidupan sementara ini. Encik Azhar tahu bahawa untuk mencapai tujuan tersebut mestilah melalui didikan yang tepat. Diakui oleh Encik Azhar bahawa dia kurang masak dalam mendidik anak-anak. Lantaran itu anak-anaknya membesar seperti orang lain iaitu mengikut saja arus perdana yang lebih cenderung kepada kejayaan duniawi dan mengabaikan sama sekali kehidupan kekal abadi. Kalau ada yang memperkatakan aspek ukhrawi, itu tidak lebih sekadar pelengkap percakapan dan bahan untuk penghayatan. Penjelasan dan jawapan kepada kemusykilan Encik Azhar: Pendidikan adalah aspek yang amat luas. Tentulah tidak dapat diperkatakan melalui ruang yang terbatas ini. Kalau pun jauh dari sempurna, penjelasan yang lengkap mungkin memerlukan sebuah buku. Melalui ruangan ini cukup sekadar dinyatakan asas-asasnya. Namun pengetahuan asas pendidikan itu seandainya dipraktikkan, boleh juga dilihat hasilnya yang positif. Selama ini kita memahami pendidikan itu ialah memasuki alam persekolahan. Ini adalah tanggapan yang tersasar atau kurang tepat. Apabila kita memperkatakan tentang pendi201
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
dikan, ertinya kita mestilah fokuskan kepada manusia itu sendiri. Dalam mendidik manusia, kita kena mengenali manusia itu. Siapa sahaja yang terlibat dalam mendidik manusia, sama ada ibu bapa, guru-guru, para ulama, pendakwah atau pemimpin, mereka mesti memiliki ilmu yang berkaitan dengan manusia. Barulah pendidikan itu tepat kepada sasaran yang sebenar. Bersama penciptaan manusia, Tuhan sudah bekalkan dengan tiga benih: 1. Benih malaikat, iaitu benih kepada sifat-sifat baik, positif, terpuji atau juga disebut dengan istilah mahmudah. Benih malaikat ini hendaklah disuburkan. Hendaklah dididik, diasuh, dipimpin, dipupuk hingga menjadi tabiat, tingkah laku atau akhlak. 2. Benih haiwan, iaitu segala sifat-sifat tamak, rakus, mementingkan diri, berkrisis, hidup dikuasai nafsu sematamata, melanggar peraturan, tiada disiplin, tiada berperasaan. Kehidupan haiwan hanyalah makan, minum dan hubungan kelamin. Tidak bertamadun dan hanya menunggu mati. Benih haiwan ini perlu dikawal, dikekang dan didisiplinkan dengan syariat, undang-undang dan peraturan. 3. Benih syaitan, iaitu segala sifat-sifat jahat, negatif, sifat keji, sifat buruk atau disebut mazmumah. Benih syaitan ini seperti ego, sombong, menghasut, hasad dengki, iri hati, mengadu domba, menzalimi, pemarah, buruk sangka, bakhil, cinta dunia dan lain-lain. Benih syaitan ini hendaklah dibakar dan dimusnahkan sepenuhnya, dikikis dan disingkirkan hingga tidak berbaki. Ada lagi unsur-unsur manusia yang dibahaskan dalam konteks yang berbeza iaitu mengenai akal, nafsu dan roh. Penulis sengaja tidak memasukkannya dalam ruangan ini kerana hendak terus menjelaskan tentang pendidikan. 202
www.SayangiKeluarga.com KES-KES CONTOH
Apa yang perlu dilakukan agar subur benih malaikat, terkawal benih haiwan dan tuntasnya benih syaitan? Jawapannya mudah sahaja iaitu kenalkan manusia kepada Tuhan. Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu (Esa) berbanding sepuluh tahun memperjuangkan syariat Tuhan yang beribu-ribu. Tempoh yang panjang itu agar manusia kenal Tuhan iaitu memiliki rasa berTuhan terutamanya takut dan cinta kepada Tuhan. Takut dan cinta kepada Tuhan itu menjadikan manusia kuat dalam menyuburkan benih malaikat. Hasil dari takut dan cinta kepada Tuhan itu manusia sangat menjunjung syariat dan perintah Tuhan. Hidup menurut syariat dan peraturan Tuhan itu otomatik bermaksud terdisiplin segala benih haiwan. Syaitan pula tidak takut kepada manusia bahkan menentang Tuhan. Namun Tuhan yang memberi jaminan kepada sesiapa yang bertaqwa, iaitu orang yang takut dan cinta kepada Tuhan, bahawa makar syaitan gagal menggoda mereka. Sekaligus musnah semua benih syaitan yang ada dalam diri manusia. Bagi ibu bapa, memperkenalkan Tuhan kepada anak-anak bermula sejak dari pertemuan benih. Takut dan cintanya ibu bapa kepada Tuhan itu ada kesan atau ada contact dengan roh benih yang bakal Tuhan pilih untuk dijadikan janin. Begitulah seterusnya ketika janin dalam kandungan, sangat dipengaruhi oleh ibu bapa yang takut dan cinta kepada Tuhan. Ianya ada kesan kepada roh janin atau bayi dalam kandungan. Ketika dalam kandungan itu, ibu bapa perlu tubi bayi itu dengan ketaqwaan mereka. Ditubi melalui berbagai amalan taqwa kepada Allah SWT. Perlu ditubi dengan segala akhlak-akhlak yang mulia. Selepas lahir, bayi itu perlu ditubi lagi dengan memperdengarkan kalimah Allah. Dalam tempoh anak itu membesar, hendaklah dikaitkan dengan Tuhan dalam apa aspek pun. 203
www.SayangiKeluarga.com BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA ANDA?
Melalui cara ini anak-anak tersebut akan dapat melihat dan merasai kebesaran Tuhan. Jadilah mereka sebagai orang yang hidup bersama Tuhan. Inilah namanya proses didikan yang berlaku umpama menitiskan air di atas batu. Kalau sudah dewasa, lebih-lebih lagi sudah tua, baru hendak bermula, atau baru berpeluang mendengar tentang Tuhan, ketika itu baru hendak mengenal Tuhan, maka memang sukar untuk memulihkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan itu. Keadaan ini seperti mencurang air sebaldi ke atas batu. Tidak berkesan apa-apa kepada batu tersebut. Setelah usia remaja atau dewasa, ketika itu perlu kepada guru yang boleh mendidik hati supaya takut dan cintakan Tuhan, maka perlu mendapatkan guru, ulama atau pendidik yang takut dan cinta kepada Tuhan. Barulah ada keberkatan dan akan berkesan kepada hati. Kalau pendidik tidak bertaqwa, bukan sahaja tidak berkesan bahkan boleh menjadi hijab atau terdinding dari memperoleh rasa takut dan cinta kepada Tuhan. Inilah anak kunci kejayaan dalam mendidik manusia. Kejayaan mendidik manusia menjadi bertaqwa, buahnya ialah manusia itu akan menjadi selamat dan menyelamatkan, banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menjadi penyelamat, penghibur dan pembela kepada manusia lain. Tidak kira bidang atau profesion apa, bagi orang bertaqwa, semuanya dibuat atas nama Tuhan, bermatlamatkan Tuhan. Lenyap segala cinta dunia dan kepentingan diri. Semuanya terarah kepada mentaati Tuhan dan berbakti kepada manusia. Inilah yang dimaksudkan dengan manusia yang berjaya di dunia dan di Akhirat.
*** 204