Geografi Tingkatan 1 Bhg. A
GEOGRAFI FIZIKAL & MANUSIA
• Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia • Menghuraikan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia • Memahami sistem gunung lipat muda dan gunung lipat tua • Mengetahui taburan tanah pamah dan dataran di Malaysia • Memahami profil panjang dan profil rentas sungai.
BAB 6
BENTUK MUKA BUMI
Kedudukan Malaysia Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa di tenggara benua Asia. Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan 3 buah Wilayah Persekutuan Kedudukan Malaysia di bahagian tengah kepulauan benua Asia menyebabkan Malaysia dikelilingi oleh kawasan perairan berikut. • Terletak di persimpangan jalan laut dan laluan antarabangsa • Terletak di luar Lingkaran Api Pasifik • Mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan
Bentuk Muka Bumi di Malaysia Bentuk muka bumi di Malaysia terdiri daripada : ►Tanah tinggi ►Tanah
pamah
►Lembangan ►Pinggir
laut
Ciri-ciri utama tanah tinggi • Merupakan banjaran gunung yang tinggi dan agak selari
• Terbentuk daripada hasil proses lipatan kerak bumi • Terdiri daripada batu granit dan batu kapur • Terletak di kawasan yang stabil dan bebas daripada kegiatan gunung berapi serta gempa bumi.
Tanah Tinggi Tanah tinggi merujuk kepada kawasan yang mencapai ketinggian melebihi 610 meter B. Kedah - Singgora
B. Bintang B. Crocker
B. Titiwangsa B. Tahan B. Pantai Timur
B. Witti
B. Benom B. Keledang
B. Brassey
B. Maitland B. Kelingkang
B. Tama Abu
B. Iran Pergunungan Hose B. Kapuas Hulu
Banjaran-banjaran utama di Malaysia a)
Banjaran Titiwangsa menganjur dari sempadan Thailand ke negeri sembilan di selatan. Merupakan tulang belakang bagi semenanjung Malaysia. Merupakan banjaran terpanjang di Malaysia Juga dikenali sebagai Banjaran besar Mempunyai 3 pusat peranginan: • • •
Tanah Tinggi Cameron Tanah Tinggi Genting Bukit Fraser
b)
Banjaran Tahan Merupakan banjaran tertinggi di Semenanjung Malaysia
c)
Banjaran Crocker Banjaran gunung terbesar dan tertinggi di Malaysia Kemuncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu (4 104 m), iaitu gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara Taman Negara Kinabalu terletak di banjaran ini.
d)
Banjaran Tama Abu Banjaran utama di Sarawak. Kemuncak tertinggi ialah Gunung Murud (2 425 m), iaitu gunung tertinggi di Sarawak.
Pembentukan Banjaran di Malaysia • Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada proses lipatan kerak bumi Lintap mungkum / antiklin
Gunung Lipat
Mampatan
Mampatan Siklin
Kerak bumi
Kerak bumi di mampatkan
Proses ini mengambil masa berjuta-juta tahun. Gunung lipat di benua Asia terdiri daripada Gunung lipat muda dan gunung lipat tua
Kuasa mampatan menyebabkan kerak bumi termampat dan berlipat. Bahagian yang melengkung ke atas membentuk gunung lipat.
Perbandingan antara gunung lipat muda dengan gunung lipat tua Gunung lipat muda
Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu Tidak stabil dan terdapat aktiviti gunung berapi Lebih tinggi dan kasap kerana kesan pengondolan masih kurang Dataran-dataran tinggi yang luas Contoh: •Banjaran Barisan •Banjaran Himalaya •Banjaran Sulaiman
Gunung lipat tua
Terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu. Stabil dan bebas daripada aktiviti gunung berapi Lebih rata dan rendah kerana telah lama mengalami proses pengondolan Dataran hakis Contoh: •Banjaran Ural •Banjaran Titiwangsa •Banjaran Verkhoyansk
Kepentingan Tanah Tinggi • Hutan semulajadi di tanah tinggi menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna serta merupakan kawasan tadahan air (membekalkan air kepada sungai)
• Penjanaan kuasa hidro elektrik juga dijalankan di hulu sungai yang beraliran deras di tanah tinggi, Misalnya Empangan Kenyir. • Banjaran merupakan sempadan semulajadi, contohnya banjaran Kapuas hulu dan Banjaran Kelingkang merupakan sempadan semulajadi antara Sarawak dengan Kalimantan (Indonesia) • Kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu sederhana (1824 oC) penting untuk penanaman teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran hawa sederhana • Selain itu, tanah tinggi penting sebagai kawasan pelancongan utama, misalnya Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser.
Dataran KedahPerlis Dataran aluvium yg penting utk penanaman padi Jelapang Padi malaysia
Tanah pamah
Tanah pamah merujuk merujuk kepada kawasan yang rendah dan rata Delta Kelantan Dataran aluvium yg penting utk penanaman padi
Dataran Pantai Timur Laut Sabah (Delta Labuk)
Delta Terengganu Dataran Pantai Barat Sabah
Dataran Hilir Perak Delta Pahang
Delta Segama
Delta Baram
Dataran Selangor
Dataran Pinggir Pantai Sarawak Dataran Johor Kawasan beralun, berbukit bukau Mempunyai hutan paya Merupakan dataran terhakis Ditanami getah, kelapa sawit dan nenas
Delta Rajang Dataran paling penting di Sarawak Dataran aluvium yg penting utk penanaman padi
Dataran Pantai Timur Sabah
Petunjuk Tanah Pamah Tanah Tinggi
Ciri-ciri tanah pamah di Semenanjung Malaysia Pantai Barat
Terdiri daripada: •D. Perlis •D. Kedah •D. hilir Sg. Perak •D. Pinggir Laut S’ngor Lebih luas & panjang
Kawasan yg berpenduduk padat
Pantai Timur
Terdiri daripada: •D. Kelantan •D. Terengganu •D. Pahang
Tanah rendah beralun selatan
Sempit, terputusputus, & berpasir
Dikelar oleh Banjaran Pantai Timur
Kawasan penanaman padi yg penting krn diliputi tanih aluvium yg subur
Terdiri daripada: •D. Johor
Beralun-alun & berbukitbukau Mempunyai kawasan paya yang luas Merupakan dataran terhakis
Sering mengalami banjir semasa Monsun Timur Laut
Kawasan penanaman getah, kelapa sawit & nenas, yang penting
Ciri-ciri tanah pamah di Sabah Pantai Barat
Terdiri daripada: •D. Pinggir Laut barat Sabah
Pantai Timur
Lebih sempit dan terputus-putus oleh B. Crocker yg selari dengan kawasan pantai
Terdiri daripada: •Lembah Kinabatangan •Lembah Kalabakan •Delta Labuk •Delta Segama Dataran adalah luas tetapi berpaya
Ciri-ciri tanah pamah di Sarawak Terdiri daripada: D. Baram D. Rajang D. Lupar Dataran di pantai Sarawak adalah lebar dan menyusur sepanjang pantai.
Kepentingan Tanah Rendah • Tanah Pamah : merujuk kepada kawasan yang rendah dan rata • Kawasan tanah pamah merupakan kawasan tumpuan penduduk, bandar, jaringan jalan raya dan landasan keretapi dan pelbagai kegiatan ekonomi. • Kepentingan tanah pamah di Malaysia adalah untuk tujuan:
Tapak bandar dan kawasan perindustrian Perlombongan bijih timah (lembah Kinta & Lembah Klang) Kawasan pertanian (Dataran Kedah, D. Kelantan, Delta Terengganu) yang mana beraluvium, sesuai untuk penanaman padi Kawasan berlaun dan kawasan kaki bukit yang mana sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Jaringan pengangkutan dan perhubungan
Pinggir Pantai
• Semua negeri di Malaysia mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persekutuan K.L. dan Putrajaya • Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenali sebagai pentas Sunda • Pulau merupakan daratan yang dikelilingi oleh laut • Pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, dan Pulau Redang penting untuk kegiatan perikanan dan pelancongan. • Ciri fizikal yang terbentuk akibat hakisan ombak ialah - tebing tinggi -Teluk -Tanjung -Gua -Gerbang laut -Batu tunggul -Batu sisa
Saliran • Sungai menerima banyak hujan sepanjang tahun • Sungai-sungai di Malaysia adalah pendek dan beraliran deras di bahagian hulu dan berliku-liku di bahagian hilirnya • Sungai Rajang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia manakala sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia • Contoh tasik semula jadi di Malaysia : -Tasik Bera -Tasik Chini • Tasik buatan manusia adalah seperti :-Tasik Chenderoh -Tasik Temengor -Tasik Kenyir
Kepentingan sungai di Malaysia • Menjadi sempadan antarabangsa • Menjadi sempadan negeri • Bahagian hulu sungai menjadi tapak binaan jana kuasa hidroelektrik • Membentuk dataran aluvium, subur untuk kegiatan pertanian • Membawa sumber mineral • Sumber pengairan • Sumber air untuk kegunaan domestik • Jalan perhubungan dan pengangkutan • Membekal sumber ikan air tawar • Sebagai tempat rekreasi • Tapak tamadun dan pusat perdagangan
Pola Saliran
• Sistem saliran teridir daripada aliran sungai utama dan cawangannya • Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai • Cawangan sungai dan sungai utama menjalin antara satu dengan yang lain dan dikenali sebagai pola saliran • Jenis pola saliran yang terdapat di Malaysia adalah seperti: -Pola sliran reranting -Jejala -Sepunca (jejari) -Saliran bawah tanah -Selari -Sejajar -Bersirat -Saliran darat -gegelang
Pola Saliran Reranting Terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan yang sama kekerasannya. Pola saliran ini kelihatan seperti pokok yang mempunyai batang, dahan, dan ranting. Contoh: Sg. Rajang, Sg. Baram, Sg. Pahang, Sg. Kelantan
Selari Terdapat di cerun bukit. Cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu dengan yang lain. Contoh: Sg. Kinabatangan
Pola Saliran Jejala Terdiri daripada beberapa cawangan sungai utama. Cawangan-cawangan ini mempunyai banyak anak sungai kecil dan pendek . Anak-anak sungai ini mengalir bersudut tepat memasuki cawangan. Contoh: Sg. Perak
Jejari sepunca Terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca ke semua arah. Punca sungai-sungai ini adalah dari kemuncak tanah tinggi atau sebuah tasik di tanah tinggi. Contoh: Sungai-sungai di Gunung Kinabalu
Pola Saliran Pola Setumpu Pola ini terdapat di kawasan tanah rendah. Pola ini terbentuk apabila sungai mengalir masuk ke kawasan paya atau tasik Contoh: Tasik Bera, Pahang. Sungai-sungai di Tasik bera adalah satu-satunya pola saliran setumpu di Malaysia
Jejari sepunca Terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca ke semua arah. Punca sungai-sungai ini adalah dari kemuncak tanah tinggi atau sebuah tasik di tanah tinggi. Contoh: Sungai-sungai di Gunung Kinabalu
Tingkatan 1
Disediakan oleh
SMK Perempuan Likas Sabah