www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor
PERCUMA 23 - 30 Jun 2017, 28 Ramadan - 6 Syawal 1438
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985
selangortv.my
#SmartSelangor
Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khasnya kepada kakitangan awam Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor amnya. Maaf Zahir dan Batin. Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya Setiausaha Kerajaan Negeri
Dato' Noordin Sulaiman Pegawai Kewangan Negeri
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga selamat perjalanan ke kampung dan semoga Tuhan memberkati masa saudara/saudari bersama keluarga tercinta.
Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam. Bersama kita kurangkan perbezaan dan persengketaan juga berpakat untuk mencari berkat. Majulah Selangor untuk ummat.
Hannah Yeoh Speaker Dewan Negeri Selangor
Shafie Ngah Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di Selangor dengan harapan kita akan terus berjuang untuk membina negeri ini demi kesejahteraan bersama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada rakyat Selangor dengan harapan kita bersama menggunakan kesempatan ini untuk mengerat tali silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama kerana mahu menjadikan Selangor yang harmoni.
Dato' Teng Chang Kim Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan
Dato' Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Selangor. Semoga perayaan tahun ini akan disambut dengan penuh keimanan serta memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat dalam kepelbagaian kaum dan anutan agama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat khususnya generasi muda, atlet dan usahawan di Selangor, sambutlah Aidilfitri dengan kegembiraan dan bersama kita bersyukur dengan nikmat dikurniakan.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ED
Jadikan kegembiraan Syawal sebagai satu rahmat dan peringatan untuk kita semua. Dalam keghairahan beraya, berbelanjalah dengan bersederhana dan kepada yang pulang beraya di kampung, semoga selamat sampai ke destinasi.
Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
Amirudin Shari Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan
Sebelum pulang ke kampung halaman pastikan dahulu kawasan kediaman dan persekitaran kita sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat serta bebas daripada air bertakung. Semoga Aidilfitri ini memberi lebih erti kepada kita semua.
Saya menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan dan yang penting kita sering insaf serta memperbaiki diri dari masa ke masa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Dr Daroyah Alwi Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dengan ingatan kepada semua yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya. V Ganabatirau Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Elizabeth Wong Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Zaidy Abdul Talib Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani
Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Minal 'Aidil wal Faizin kepada semua muslimin dan muslimat terutama buat rakyat Selangor. Semoga kita dapat meraikan hari kemenangan selepas berpuasa dengan penuh kegembiraan dan berhati-hati pulang ke pangkuan keluarga di musim perayaan. Nik Nazmi Nik Ahmad Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Selangor dengan harapan ia disambut dalam suasana gembira dan sejahtera. Ean Yong Hian Wah Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ED
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 4
Terkini
PERCUMA
Utama SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Bonus atasi negeri lain
Tiru macam Selangor Tahniah Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kerana mampu memberikan bonus raya dua bulan dan 0.75 bulan atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam
SELANGOR
2016 1.5 bulan gaji Peruntukan : RM45.6 juta Jumlah kakitangan: 17,528 orang
2017 2 bulan gaji Peruntukan: RM63.3 juta Jumlah kakitangan: 17,703 orang
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kerajaan Perak disaran mencontohi Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAKATAN dalam pemberian bonus raya kepada penjawat awam, kata Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming. “Memandangkan rakyat dibebankan dengan pelbagai jenis cukai, maka insentif seumpama itu sedikit sebanyak meringankan beban dalam menyediakan kelengkapan Aidilfitri. “Tahniah Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kerana mampu memberikan bonus raya dua bulan dan 0.75 bulan atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam,” katanya. Selangor yang menjadi peneraju dalam pelbagai kemudahan serta manfaat kepada rakyatnya membelanjakan RM63.3 juta pemberian insentif Aidilfitri kepada 17,703 penjawat awam Selangor, tahun ini. Berbeza tahun lalu, kakitangan negeri yang ditunja-
BONUS AIDILFITIRI
Nga Kor Ming
ngi Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali kini menerima dua bulan gaji berbanding sebulan setengah, tahun 2016. Pemberian itu mampu dijayakan Kerajaan Negeri ekoran urus tadbir cekap, telus, akauntabiliti dan menolak rasuah. Di Pulau Pinang pula, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng mengumumkan bantuan khas kewangan adalah 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000. Pemberian bantuan khas kewangan kepada 3,741 penjawat awam negeri itu membabitkan
PANDANGAN PENJAWAT AWAM SELANGOR, JOHOR DAN PULAU PINANG
SELANGOR
ED
Ini kali kedua kami diberi bantuan dua bulan gaji sepanjang saya berkhidmat sebagai penjawat awam negeri. Ia satu penghargaan bagi kami dan saya sangat bersyukur dapat berkhidmat di negeri ini dan menjadi anak jati Selangor
l Seramai 891,685 Nurtasya Abu Bakar, 32, Pembantu murid Tadbir Majlis Perbandaran Ampang TahunJaya Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara
JOHOR
l Selangor catat jumlah pelajar
Pengkiktirafan tahun terbaik daripada Kerajaan satu paling ramai iaitu 89,419, diikuti Johor (54,492)negeri dan Selangor kepada penjawat awam Sabah (43,870) dan tentunya kemampuan ini didorong hasil pengurusan yang cekap dan berjaya. l Selangor catat jumlah pelajar Syabas rakyat Selangor.
Juliana Mohlis, 27, Pembantu Tadbir Majlis Daerah Kota Tinggi
PULAU PINANG Pemberian bonus ini tentu akan meningkatkan kuasa membeli dan kuasa produktiviti rakyat serta memberi kesan berganda (multiplier effect) kepada aktiviti ekonomi mereka.
Zainulfaqar Yaacob, 34 Jurufoto Bahagian Penerangan, Kerajaan Pulau Pinang
NGA KOR MING Ahli Parlimen Taiping
jumlah RM7.55 juta. Ia akan dipecahkan kepada dua bayaran iaitu setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam yang tiada rekod disiplin, manakala tambahan 0.25 bulan gaji lagi akan diberikan kepada penjawat awam yang prestasinya. Manakala, ketika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bantuan khas
PULAU PINANG
2016 RM 700 Peruntukan : RM 7.95 juta Jumlah kakitangan: 4,178 orang
2017 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000. Peruntukan: RM 7.55 juta Jumlah kakitangan: 3,741
JOHOR
2016 RM500 Peruntukan: RM5.5 juta Jumlah Kakitangan: 15,126 orang
2017 RM1,000 Peruntukan: RM 19.1 juta Jumlah kakitangan: 19,100 orang
kewangan sebanyak RM500 seorang kepada penjawat awam seluruh negara, Kerajaan Johor buat pertama kalinya menyalurkan lebihan kepada kakitangannya. Tahun lalu, Johor menyalurkan bantuan khas kewangan
sebanyak RM500 kepada 15,126 kakitangannya dengan peruntukan RM5.5 juta dan tahun ini adalah RM1,000 seorang. Kelantan dan Perak pula mengumumkan pemberian bonus khas RM500 sempena Aidilfitri.
Tanpa mengira pegangan politik SHAH ALAM - Semua wakil rakyat dan pengamal undangundang digesa bersatu bagi mengheret pesalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan. Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendedahan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengingatkan semua berkenaan amalan kleptokrasi dan penyelewengan yang semakin membarah dalam kalangan pimpinan tertinggi negara. Katanya, penipuan itu menjadi lebih luar biasa dengan pelaku utama terus bebas menjalani kehidupan seperti tiada apa berlaku. "Jika mengikut standard asas demokrasi, sesiapa sahaja tercemar dengan sebarang skandal besar akan segera disiasat, manakala mereka memegang jawatan awam perlu digantung sementara menunggu siasatan dijalankan. "Adakah kita sebuah negara yang meletakkan amanah, integriti dan kebertanggungjawaban sebagai kriteria utama penjawat awam atau melindungi individu juga kleptokrat rasuah sehingga mereka kebal daripada siasatan serta pendakwaan. "Saya menyeru semua Ahli Parlimen mengotakan amanah
rakyat tanpa mengira pegangan politik dan berkhidmat untuk mereka serta menjaga harta negara bukan mengkhianatinya," katanya dalam kenyataan, pada 17 Jun lalu. Beliau merujuk saman sivil terkini DOJ yang difailkan bagi merampas 540 juta dolar Amerika (USD) aset yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada 1MDB. Ia penyitaan ketiga dimulakan DOJ dan menjadikan jumlah yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB kepada 4.5 bilion USD. Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar turut membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendak-
wa saman terbaru DOJ adalah perkara berkaitan sivil. Katanya, umum mengetahui bahawa pelucutan hak harta dalam kes berkenaan adalah sebahagian siasatan jenayah berterusan terhadap pelanggaran undang-undang Amerika Syarikat. "Aset yang hendak disita DOJ disyaki diperoleh daripada hasil kegiatan jenayah dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa bagi membersihkan wang dicuri daripada 1MDB. "Jika digunakan dalam negara, ia sama serius dengan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram," katanya.
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat 5
Utama SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
MBI agih RM4.3 juta
Tak sangka UNISEL dapat
Teruskan kerja dengan semangat, belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah dibuat, Makanya, belum raya sudah dapat - Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH ERMIZI MUHAMAD
Penjawat awam teruja
ngirimkan pesanan melalui mesej kepada Dato' Menteri Besar. Ketika pesanan dihantar, Dato' Menteri Besar berada di Mekah bagi mengerjakan Umrah, namun catatan itu sempat dibalas Mohamed Azmin.
ED
SHAH ALAM - Kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) tidak menyangka warga kerja anak syarikat Kerajaan Negeri mendapat manfaat sama seperti penjawat awam. Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, bantuan kewangan sebulan gaji sudah cukup memberikan kegembiraan kepada warga kerja yang komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri. Katanya, pengumuman Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berhubung insentif bantuan kewangan sebulan gaji sempena Aidilfitri kepada anak syarikat Kerajaan Negeri disambut baik warga kerjanya. "Terima kasih kepada Dato' Menteri Besar atas penghargaan diberikan dan pastinya warga kerja UNISEL menyambut Syawal dengan lebih gembira, tahun ini," katanya. Hasril berkata, khabar gembira itu dimaklumkan Presiden UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman ketika Perhimpunan Bulanan UNISEL, pada 19 Jun lalu. UNISEL adalah institusi pendidikan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan anak syarikat lain di bawah penstrukturan sama antaranya Tourism Selangor Sdn Bhd, Invest Selangor, Yayasan Hijrah Selangor serta Communication Corporation Sdn Bhd. Bonus Aidilfitri berjumlah RM4.3 juta itu adalah inisiatif MBI selaku badan induk anak syarikat terbabit dengan menyalurkan keseluruhan jumlah berkenaan. Sementara itu, sebagai menghargai pemberian bantuan itu, salah seorang tenaga kerja UNISEL me-
SHAH ALAM - Selangor terus ke depan 'menghadiahkan' bonus besar kepada kakitangannya ekoran prestasi negeri yang cemerlang ketika Putrajaya memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Insentif dua bulan gaji yang diumumkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pastinya cukup bermakna kepada penjawat awam meraikan Aidilfitri tahun ini. Berita gembira itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh kakitangan yang hadir pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, baru-baru ini. "Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri meluluskan bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji. "Manakala, tahun ini bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri untuk seluruh anggota pen-
jawat awam adalah dua bulan gaji,” katanya. Insentif itu mula diserahkan pada 21 Jun lalu membabitkan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam Selangor. Mohamed Azmin berkata, pemberian insentif itu sebagai aspirasi penjawat awam untuk terus melonjakkan prestasi kutipan hasil negeri. "Prestasi kutipan hasil negeri sehingga 8 Jun lalu mencatatkan RM1.15 bilion iaitu 45.09 peratus dari RM2.55 bilion yang diunjurkan dalam Belanjawan 2017. "Rezab Negeri pada 8 Jun lalu mencatatkan peningkatan kepada RM3.18 bilion berbanding rezab negeri yang berjumlah RM3.05 bilion, pada 31 Disember 2016. "Tidak mungkin Selangor mencatat kejayaan dan kecemerlangan ini tanpa kerja keras dan dedikasi setiap penjawat awam negeri," katanya.
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syazwani Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)
GEMBIRA... Wakil anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menerima replika cek sempena bonus Aidilfitri 2017 yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Shahreen YM Raja Othman diiringi Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin
JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 6 SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Terkini
PERCUMA
IPR
Lepasi sasaran suku pertama ���� sudah melakukan lebih 30 jelajah di seluruh Selangor bersama UPEN dan beberapa NGO. "Walaupun kita hanya sebagai vendor, namun tugasan seperti pengiklanan dan promosi melalui media massa juga kita lakukan," katanya. Beliau berkata, sasaran sejuta rakyat Selangor mendaftar dalam Skim Peduli Sihat mampu direalisasikan mengikut perancangan ditetapkan. Selain itu, Selgate turut menggunakan applikasi BookDoc bagi membantu pengguna menetapkan tarikh temujanji bersama doktor.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Sehingga 30 Mei lalu, seramai 200,000 peserta sudah mendaftar di bawah Skim Peduli Sihat, sekali gus melepasi sasaran 50,000 peserta bagi suku pertama 2017. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate, Noor Hisyam Ghouth berkata, setiap bulan berlaku peningkatan pendaftaran ahli baru melalui gerak gerja bersepadu dianjurkan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan beberapa badan bukan kerajaan tempatan (NGO). "Program ini terus mendapat sambutan menggalakkan. Kita
Skim Peduli Sihat
Syarat kelayakan permohonanKadPeduliSihat KATEGORI A
ED
l Untuk suami dan /atau isteri serta anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan. l Pendapatan isi rumah : RM3,000 sebulan dan ke bawah
KATEGORI B
l Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan. l Pendapatan individu : RM1,500 sebulan dan ke bawah.
Syarat-syarat Kelayakan:
Kelebihannya: w Akan mendapat isi kad bernilai RM500 setahun w Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan w Jenis Rawatan/ Perubatan : Tiada had w Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga/ pemegang akaun utama)
Kelebihannya: w Akan mendapat isi kad bernilai RM 200 setahun w Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan w Jenis Rawatan/ Perubatan : Tiada had w Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu/pemegang akaun utama)
1. Warganegara Malaysia 2. Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun 3. Hanya borang permohonan yang diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen diperlukan sahaja akan dipertimbangkan juga diproses. Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat Ahli Dewan Negeri berdekatan.
Lebih ���,��� ahli aktif OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM - Skim Peduli Sihat mencatatkan jumlah keseluruhan ahli aktif sebanyak 155,677, sehingga 31 Mei lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate, Noor Hisyam Ghouth berkata, skim yang diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator itu turut mencatatkan 62,581 pemohon utama. “Jumlah permohonan yang diterima 178,513 dengan 18,397 masih dalam proses sementara 4,439 ditolak. “Permohonan itu ditolak
Noor Hisyam Ghouth
ekoran pemohon tidak menepati syarat ditetapkan bagi skim ini,” katanya, di sini, barubaru ini. Skim itu akan membiayai
rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak, sehingga RM500 setahun. Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar, di Selangor dan Lembah Klang. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat yang membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan iaitu isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.
Layak untuk anak OKU SHAH ALAM - Kanak-kanak kelainan upaya (OKU) termasuk autisme juga berpeluang menikmati skim rawatan asas Skim Peduli Sihat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya akan meminta Selgate Corporation selaku ‘Third-Party Healthcare Administrator’ menyediakan senarai kanak-kanak istimewa yang layak. Katanya, Skim Peduli Sihat dibuka kepada kanak-kanak itu atas dasar keprihatinan Kerajaan Negeri juga tanda sokongan untuk golongan terbabit mendapat ke-
hidupan lebih baik. "Golongan terbaru yang menikmati skim itu layak menerima bantuan RM200 secara individu walaupun pendapatan keluarga melebihi syarat ditetapkan. “Kita juga akan bekerjasama dengan Pengarah Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk menyediakan senarai kanakkanak yang layak," katanya. Daroyah berkata, skim itu dibuka kepada golongan B40 yang layak berpendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 dengan 68,579 permohonan setakat ini.
Kita juga akan bekerjasama dengan Pengarah Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk menyediakan senarai kanakkanak yang layak DAROYAH ALWI
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
IPR SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
7
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
Menarik dan berbaloi
Rumah Selangorku di hati rakyat OLEH HAFIZAN TAIB
P
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
EMBANGUNAN projek Rumah Selangorku terus mengalami perkembangan membanggakan dengan pembinaan bertambah di seluruh Selangor, sejak dilancarkan pada 2014. Ia ekoran permintaan tinggi daripada orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi memiliki rumah mampu milik ditawarkan Kerajaan Negeri di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Dalam tempoh tiga tahun, Kerajaan Negeri menerima sebanyak 132,916 pemohonan bagi pemilikan Rumah SelangorKu dan sambutan itu disebabkan faktor harga ditawarkan pada kadar serendah RM42,000 hingga RM250,000 seunit. “Pembangunan Rumah Selangorku mendapat respon positif daripada orang ramai apabila kita menerima jumlah pemohon mendaftar sebanyak 132,916. “Sambutan positif ini membuatkan Kerajaan Negeri terus memberi tumpuan ke arah memperbanyakkan lagi kediaman selesa, berkualiti dan mampu dimiliki rakyat di Selangor. “Usaha ini dijalankan sebagai inisiatif untuk mensejahterakan rakyat melalui polisi pembinaan Rumah SelangorKu yang mesra rakyat,” kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad. Dasar Perumahan Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ iaitu bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui IPR memperkenalkan konsep Rumah SelangorKu iaitu Perumahan Mampu Milik atau ‘Affordable Homes’ yang memberi lebih keselesaan sama ada daripada segi saiz, reka bentuk juga komunitinya. Skim dilaksanakan itu disambut baik rakyat di negeri itu yang menganggap pelaksanaannya bersesuaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan majoriti penduduk Selangor unuk memiliki kediaman sendiri. Sambutan menggalakkan dalam
kalangan rakyat khususnya daripada golongan sasaran sejak skim itu diperkenalkan pada awal pentadbiran Kerajaan Negeri diambil alih PAKATAN menyaksikan pelbagai insentif ditawarkan selain pembinaannya yang semakin bertambah, saban tahun. Tahun ini, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mensasarkan pembinaan 10,000 unit Rumah Selangorku. Sasaran itu ditetapkan ekoran kejayaan melepasi sasaran pada tahun lalu yang menyaksikan ia terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan rakyat. “Tahun ini, sasaran kita adalah menawarkan 10,000 unit Rumah Selangorku kepada pembeli dan sambutan terhadap prorgram ini adalah baik. “Ia membanggakan kerana kita melepasi sasaran 15,000 dengan pembinaan 21,000 unit rumah, pada tahun lalu,” katanya. Ekoran kejayaan Rumah Selangorku, Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Smart Sewa bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyewa, sebelum mereka mampu membeli rumah, di Selangor. “Tempoh sewa ditetapkan ialah minimum dua tahun dan maksimum lima tahun. “Melalui program ini, penyewa akan mendapat pulangan semula 30 peratus jumlah sewaan dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit ditawarkan, untuk dijadikan wang pendahuluan membeli Rumah Selangorku,” kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Skim pembiayaan Dana-Sel juga diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak layak atau gagal mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan. Sejak 2014, sebanyak 45,243 unit diluluskan dan pada 2015 apabila Kerajaan Negeri memperkenalkan insentif pengecualian caj pemajuan dan pengurangan premium tanah serta kenaikan densiti, sebanyak 20,008 unit rumah diluluskan. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang LPHS : http://lphs.selangor.gov.my
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 8 SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Terkini
OLEH SYAZWANI SUFIAN
IPR
Selangor Business School
Pacu ekonomi dan agenda bangsa Adalah penting untuk kita menubuhkan sekolah sarjana perniagaan yang akan menghasilkan graduan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan perniagaan, korporat, industri dan sektor awam
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Selangor bakal menyaksikan kelahiran institusi pendidikan baru iaitu Selangor Business School, dalam masa terdekat. Ia dibangunkan dengan peruntukan RM5 juta bagi penubuhannya yang diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di dalam pembentangan Belanjawan 2017. Selangor Business School bakal menawarkan pengajian Master in Business Administration (MBA) iaitu sebahagian daripada program pengembangan Universiti Selangor (UNISEL) yang diterajui Prof Dr Mohd Faiz Abdullah selaku dekan dan beroperasi di Menara PKNS, Petaling Jaya. Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, ia satu usaha ke arah kemajuan ekonomi dan mencerminkan kemajuan agenda bangsa untuk memperkukuhkan pendidikan tinggi. "Adalah penting untuk kita menubuhkan sekolah sarjana perniagaan yang akan menghasilkan graduan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan perniagaan, korporat, industri dan sektor awam. "Mereka berperanan sebagai penyumbang nilai dan pe-
PERCUMA
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
Sumber: Belanjawan Selangor 2017
mimpin di pelbagai peringkat juga bidang strategik," katanya. Mohamed Azmin berkata, UNISEL kini bersiap siaga untuk menggarap cabaran baru supaya lebih berdaya saing seterusnya menyumbang kepada
agenda pendidikan negeri selaras dengan visi transformasi dan rasionalisasi fakulti. "Untuk mencapai hasrat ini, Kerajaan Negeri menyalurkan RM21.5 juta dalam tahun 2016 dan mencadangkan RM44 juta
lagi disediakan, tahun ini. "Program Tajaan Yuran Percuma bagi tahun asas di UNISEL menghasilkan kejayaan apabila 211 pelajar menikmati kemudahan ini dan dijangka jumlah pelajar akan meningkat, kepada
1,000. Kerajaan Negeri juga bersetuju memperuntukkan RM8 juta untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Inisiatif pendidikan berteknologi
ED
SHAH ALAM - Program Tuisyen Dalam Talian (Tuition Online) adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar secara lebih meluas dengan peruntukan RM5 juta. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program itu adalah salah satu Inisiatif Peduli Rakyat dalam usaha Kerajaan Negeri membangunkan 'Smart State' dengan 'Smart Education' sebagai salah satu agenda wawasan berkenaan. “Ia menjadi pelengkap kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan manfaat tuisyen percuma. “Kerajaan Negeri berharap dengan memberikan inisiatif ini, ia dapat
merapatkan jurang pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bandar dan luar bandar ke arah meningkatkan prestasi SPM 2017,” katanya. Beliau berkata, Selangor menunjukkan peningkatan dalam prestasi SPM tahun lalu berbanding tahun sebelumnya dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 5.2 peratus bagi calon luar bandar berbanding 4.96 peratus bagi GPS bandar. “Program sebegini adalah kaedah pembelajaran yang menjadi trend terkini iaitu semudah di hujung jari. “Pelajar boleh mengakses program melalui komputer juga aplikasi android, boleh ulang siar sebarang topik sukar, membuat latihan dalam talian serta berkomunikasi dengan guru juga e-mel,” katanya.
Penubuhan Selangor Business School (SBS)
Tujuan -
menghasilkan graduan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan perniagaan, korporat, industri dan sektor awam.
Peruntukan -
RM 5 juta
Program -
Master in Business Administration (MBA)
Graduan -
Mempunyai nilai tambah dalam pelbagai kebolehan, dinamik dan berorientasi global
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ED
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 10
Terkini
PERCUMA
IPR SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
WAKTU SOLAT SELANGOR 23 - 30 Jun 2017 28 Ramadan - 6 Syawal 1438H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 5:32 5:33 5:33 5:33 5:33 5:34 5:34 5:34
5:42 5:43 5:43 5:43 5:43 5:44 5:44 5:44
7:05 7:06 7:06 7:06 7:06 7:07 7:07 7:07
1:18 1:18 1:19 1:19 1:19 1:19 1:19 1:20
4:44 4:44 4:44 4:45 4:45 4:45 4:45 4:45
7:27 7:27 7:28 7:28 7:28 7:28 7:28 7:29
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
23 Jumaat 24 Sabtu 25 Ahad 26 Isnin 27 Selasa 28 Rabu 29 Khamis 30 Jumaat
8:43 8:43 8:43 8:44 8:44 8:44 8:44 8:44
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
23 Jumaat 24 Sabtu 25 Ahad 26 Isnin 27 Selasa 28 Rabu 29 Khamis 30 Jumaat
Imsak Subuh Syuru' 5:34 5:44 7:06 5:35 5:45 7:06 5:35 5:45 7:06 5:35 5:45 7:07 5:35 5:45 7:07 5:36 5:46 7:07 5:36 5:46 7:07 5:36 5:46 7:08
Zuhur 1:20 1:21 1:21 1:21 1:21 1:21 1:22 1:22
Asar Maghrib Isyak 4:46 7:30 8:45 4:46 7:30 8:45 4:47 7:30 8:46 4:47 7:30 8:46 4:47 7:30 8:46 4:47 7:31 8:46 4:47 7:31 8:46 4:48 7:31 8:46
HIJRAH Selangor ubah kehidupan
��,��� usahawan terima manfaat OLEH HAFIZAN TAIB
P
ED
rogram HIJRAH Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sudah membiayai lebih 34,000 usahawan di seluruh Selangor melalui bantuan lebih RM190 juta. Ia ternyata memberi banyak kebaikan dan mengubah kehidupan serta meningkat pencapaian ekonomi golongan usahawan yang menyertai program menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA itu. "Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri memperkenalkan HIJRAH dan dilancarkan, pada 24 Mac 2015," kata Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH Selangor, Datuk Dr Mansor Othman. HIJRAH Selangor adalah Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research
Project) dengan tujuan utamanya untuk melebarkan golongan kelas menengah di Selangor seperti divisikan Dato’ Menteri Besar dan hasrat itu diharap boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan efisien kepada peniaga kecil. Melalui program itu, ia mewujudkan satu sistem pengeluaran modal mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja serta peniaga kecil yang didapati sering menghadapi masalah kekurangan modal juga peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor, manakala Kerajaan Negeri menyediakan modal pusingan RM100 juta. Pelaksanaan HIJRAH Selangor menggalakkan budaya menabung dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil, mewujudkan rangkaian usahawan operasional selain membina usahawan berwawasan serta berdaya saing juga
berkemahiran jdan proaktif. Kejayaan program itu terbukti dengan keupayaan golongan usahawan meningkatkan taraf ekonomi selain kadar bayaran pinjaman tinggi sekitar 85 peratus, bagi suku pertama tahun ini. "Program ini berjaya mencatat kutipan balik tinggi hasil komitmen tinggi pihak berkaitan serta peniaga dan ia perlu dikekalkan demi kejayaannya. "Perkembangan positif ini jelas membuktikan keberkesanan program bantuan keusahawanan perbankan tanpa faedah ini," kata Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.
Kutipan bayaran balik tinggi Peratusan kutipan bayar balik adalah tinggi dan menggalakkan dengan bayaran semula setakat tahun ini berada pada paras RM59.7 juta. Ia terbukti mampu mengupayakan
peniaga kecil dan peserta dijangka terus meningkat kepada kira-kira 56,000, pada tahun depan. Dalam Belanjawan 2017, program itu menyediakan dana pusingan berjumlah RM185 juta, bermula awal tahun ini. Kerajaan Negeri turut meletakkan dua kumpulan sasar baru iaitu veteran angkatan tentera dan wanita ladang selain ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), asnaf, belia, penerima blueprint, qariah masjid dan mahasiswa. Ia mewujudkan peluang perniagaan kepada golongan sasaran itu yang berpendapatan rendah di bawah RM1,500 untuk menambah pendapatan. HIJRAH Selangor ternyata memberi pulangan diinginkan kepada majoriti usahawan menyertainya yang sebelum ini menghadapi masalah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan juga Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang mengenakan syarat ketat.
11
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
Kerajaan Negeri merancang pelbagai program dan aktiviti ke arah menarik minat golongan sasaran terbabit sama juga memainkan peranan bersama demi kebaikan diraih dalam bidang diceburi
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Perhatian pelabur dan pemain industri
Ekonomi berkembang seiring kemajuan
K
DATO’ TENG CHANG KHIM EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN & PERDAGANGAN, INDUSTRI KECIL & SEDERHANA (IKS)
buran bagi tempoh dinyatakan lebih kurang RM2.7 juta. Daripada perangkaaan itu, 13 adalah pelabur tempatan manakala selebihnya dari luar seperti lima (China), empat (Jerman), masing-masing dua dari United Kingdom, Korea, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan dan Denmark, manakala satu dari Jepun, Turki, Singapura, Mesir, India dan Luxemburg.
ED
emajuan dicapai dan perkembangan meyakinkan melalui pencapaian ekonomi yang memberangsangkan dicatatkan Kerajaan Negeri mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya pelabur dan pemain industri bagi menyertai sektor pembuatan serta berkaitan, di Selangor. Dengan perkembangan positif itu, dijangkakan industri dan sektor pembuatan di negeri ini akan terus berkembang maju seiring permintaan tinggi di pasaran selain peluang pekerjaan juga bakal terus meningkat dari semasa ke semasa. Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, Invest Selangor Berhad menerima 40 cadangan pelaburan dari dalam dan luar negara. Anggaran cadangan pela-
Pelbagai aktiviti tarik golongan sasaran
Dalam meningkatkan lagi sektor berkaitan, Kerajaan Negeri merancang pelbagai program dan aktiviti ke arah menarik minat golongan sasaran terbabit sama dan memainkan peranan bersama demi kebaikan diraih dalam bidang diceburi. Antara program dimaksudkan ialah Selangor Industrial Ride 1.0 di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, pada 30 Julai ini dan Selangor International Business Summit di Pusat
Konvensyen Setia City, pada 7 hingga 17 September ini. Seperti sebelumnya, ia diharap mendapat sambutan dan mencapai sasaran dengan penyertaan ramai khususnya dalam kalangan usahawan dalam dan luar negara. Perkembangan Bas Smart Selangor pula setakat ini adalah 52 bas yang beroperasi di kebanyakan kawasan diselenggarakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di seluruh Selangor. Daripada jumlah itu, 14 adalah di Majlis Bandaraya Shah Alam, 12 (Majlis Perbandaran Subang Jaya), masing-masing empat di Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang dan Majlis Perbandaran Selayang, manakala selebihnya dua di Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Manakala statistik penumpang Bas Smart Selangor pula
7,364,944 sejak dilancarkan, pada 1 Julai 2015 hingga 30 April lalu. Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan RM14,842,622.64 untuk keperluan 11 PBT di Selangor untuk tempoh mulai 1 Julai 2015 hingga 31 Disember tahun lalu, manakala peruntukan tahun ini RM20 juta untuk laluan sedia ada dan tambahan laluan baru. Sebanyak 15 laluan baru akan diperkenalkan tahun ini iaitu dua di Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Sepang, manakala satu di Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Bagi anggaran kos untuk tujuan dinyatakan adalah RM8,773,090 daripada Kerajaan Negeri, manakala peruntukan PBT sebanyak RM5,638,320.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ED
Daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Berdiri dari kiri :- Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Amirudin Shari, Elizabeth Wong, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Daroyah Alwi, Zaidy Abdul Talib, Ean Yong Hian Wah, V Ganabatirau, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, | Duduk dari kiri :- Dato’ Iskandar Abdul Samad, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Dato’ Teng Chang Kim
Informasi
MUAT TURUN
Terkini
PERCUMA
APLIKASI
di jari anda
14
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Pemaju juga tidak boleh memajukan pembangunan lain jika pembangunan RSKU masih gagal dimulakan. Ini adalah antara fokus utama saya iaitu memastikan dasar perumahan negeri dapat dicapai
‘Satu Kediaman Satu Keluarga’
Istiqamah perjuang dasar demi keselesaan rakyat DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN KEHIDUPAN BANDAR
K
Pada masa sama, 45 projek membabitkan 24,700 unit RSKU lain sudah mendapat Kebenaran Merancang di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kelulusan terbabit hanya sah untuk tempoh setahun dan Kerajaan Negeri menjangkakan pemaju akan akur dengan arahan itu kerana jika gagal pemajuan mereka yang lain akan ditahan. Sementara itu, 58 projek
ED
erajaan Negeri tetap komited dalam menyediakan dasar perumahan yang memberi keselesaan kepada rakyat atas komitmen ‘Satu Kediaman Satu Keluarga’. Fokus utama Kerajaan Negeri adalah penyediaan Rumah SelangorKu (RSKU) iaitu satu jenama perumahan yang mengatasi Prima oleh Kerajaan Pusat. Sehingga Mei lalu, sebanyak 20,675 unit RSKU di 24 projek pelbagai jenis sedang dibina. Pecahan jenis RSKU adalah Jenis A iaitu 1,333, Jenis B (4,300), Jenis C (8,875) dan Jenis D (6,167), manakala 665 unit RSKU sudah siap dan pembekal sudah menerima kunci.
membabitkan 39,553 unit RSKU belum mendapat Kebenaran Merancang di peringkat PBT. Pemaju juga tidak boleh memajukan pembangunan lain jika pembangunan RSKU masih gagal dimulakan. Ini adalah antara fokus utama saya iaitu memastikan dasar perumahan negeri dapat dicapai. Fokus kedua penting ialah memastikan pembeli-pembeli
RSKU boleh dan layak membeli. Menyedari bahawa ramai pembeli-pembeli menghadapi masalah kelayakan peminjaman dari bank, maka Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan pelbagai pihak termasuk bank-bank berpotensi untuk urusan kemudahan pinjaman. Kerajaan Negeri juga menyediakan beberapa pakej menarik bagi membantu mereka yang
berkelayakan melalui bantuan deposit, kemudahan sewaan kediaman dan pemulangan bayaran sewaan untuk deposit pembelian RSKU. Fokus ketiga ialah kelesaan penduduk yang sudah mendiami kediaman khususnya di pemajuan berstrata berkepadatan tinggi. Kerajaan Negeri mensasarkan beberapa program besar iaitu bantuan pembaikan bangunan kediaman bertingkat melalui Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA), bantuan membaiki lif (L’CERIA), bantuan bayaran pemulangan lif (Smart Life), bantuan baik pulih infra seperti jalan dan kemudahan air (PERMAI CERIA) di dalam kawasan pembangunan JMB/MC yang kritikal. Kerajaan Negeri juga menyediakan latihan khusus yang berkala dan khidmat nasihat berterusan kepada semua JMB/ MC supaya mereka boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk. Peruntukan yang sudah dikeluarkan untuk fokus tiga adalah RM138 juta, sehingga Mei lalu.
15
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
DR DAROYAH ALWI
IWB juga ditubuhkan bagi meneruskan agenda Kesaksamaan Gender melalui kempen #HeForShe dengan mewujudkan Kelab HeForShe IWB yang pertama, di dunia
EXCO KESIHATAN, KEBAJIKAN, HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA
K
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
erajaan Negeri amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang tinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melaksanakan skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and healthcare coverage) atau Skim Peduli Sihat bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu kelompok paling tertekan ekoran kenaikan kos sara hidup. Dalam pembentangan belanjawan lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan RM125 juta setahun bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat yang akan menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Skim Peduli Sihat yang diuruskan Selgate Corporation selaku ‘Third-Party Healthcare Administrator’ akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun. Penerima skim ini boleh mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. Setiap pemegang akaun utama Peduli Sihat boleh mendapat rawatan bagi dirinya serta tanggungan iaitu isteri serta anak di bawah umur 21 tahun yang boleh menerima rawatan doktor di klinik berdaftar mengikut had gunaan dan kelayakan ditetapkan. Sehingga 30 Mei lalu, seramai 200,000 peserta sudah mendaftar Skim Peduli Sihat, sekali gus melepasi sasaran 50,000 peserta bagi suku pertama 2017.
Pelbagai skim ditawarkan
Kesihatan rakyat, pembangunan wanita seiring
ED
Setiap bulan, berlaku peningkatan pendaftaran ahli baru melalui gerak gerja bersepadu dianjurkan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan. Pada masa sama, kita juga menyedari kos rawatan dialisis amat membebankan pesakit dengan kos rawatan yang tinggi. Oleh itu, sebanyak 20 Panel Dialisis Sihat Selangor swasta dilantik bagi membantu pesakit buah pinggang yang kurang berke-
mampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis secara berkala di pusat dialisis dilantik. Sehingga 24 Oktober 2016, seramai 504 pesakit menerima manfaat daripada program ini dengan kos ditanggung Kerajaan Negeri adalah RM1.45 juta. Dalam pembentangan belanjawan 2017, Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan peruntukan bagi program rawatan dialisis dari RM1.7 juta setahun kepada RM5 juta.
Giat tangani denggi
Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan kawalan dan pencegahan denggi serta zika secara holistik bagi tahun ini kepada RM5 juta berbanding hanya RM1.5 juta, tahun 2016. Baru-baru ini, Kerajaan Negeri mengambil langkah memperhebatkan usaha membasmi denggi dengan memperuntukkan RM2.66 juta bagi pelaksanaan Pest Control Operator (PCO)
membabitkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri. Peruntukan ini kita agihkan kepada semua 12 PBT untuk bersiap sedia melaksanakan aktiviti banteras denggi, sehingga akhir tahun. Kita juga menyerahkan RM100,000 kepada setiap PBT untuk melaksanakan program pencegahan denggi di kawasan masing-masing. Pada masa sama, kita giat dengan aktiviti pelaksanaan membebaskan 39,500 nyamuk Aedes Wolbachia yang disifatkan sebagai kaedah terbaik menangani penularan wabak denggi, di Selangor Inisiatif itu dilaksanakan membabitkan kawasan ‘hotspot’ denggi di AU2, Keramat dan Seksyen 7, Shah Alam melalui kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), pada Mei lalu. Kajian menunjukkan nyamuk Aedes Wolbachia tidak dapat menyebarkan virus denggi dan akan menyekat penularan virus itu kepada manusia.
Penubuhan Institut Wanita Berdaya
Selain memperkasakan wanita melalui program Pusat Wanita Berdaya (PWB), tahun ini kita melancarkan Institut Wanita Berdaya (IWB) yang akan lebih memperkasakan pembangunan dan pemberdayaan wanita, di Selangor. IWB diwujudkan bertindak sebagai badan pemikir yang akan menyediakan dasar dan kajian berkaitan pembangunan juga pem-
berdayaan wanita, di Selangor. Kewujudan IWB diharapkan dapat mengoptimakan potensi dan guna tenaga wanita Selangor yang menyumbang kepada pembangunan negeri. IWB juga ditubuhkan bagi meneruskan agenda Kesaksamaan Gender melalui kempen #HeForShe dengan mewujudkan Kelab HeForShe IWB yang pertama, di dunia. Pada 31 Oktober lalu, Belanjawan Selangor 2017 memperuntukkan RM10 juta bagi memberdaya wanita seperti bidang ekonomi, pendidikan dan kerjaya termasuk RM1 juta untuk IWB. Pada masa sama, pemberdayaan wanita diteruskan dengan pelancaran Kempen Hormat Wanita (KWH) yang julung kali diadakan sebagai usaha mendidik masyarakat berkenaan kepentingan keadilan sosial terhadap kaum itu. Kita akan memperkenalkan pelbagai Inisiatif Hormat Wanita (IHW) sempena kempen KWH ini terutama membabitkan penyediaan kemudahan mesra wanita di tempat kerja termasuk melaksanakan dasar 30 peratus pembabitan wanita di peringkat pembuat keputusan serta pencegahan jenayah dan gangguan seksual melalui penguatkuasaan agensi Kerajaan Negeri, badan berkanun dan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Usaha ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri mengiktiraf golongan wanita bekerjaya dengan menyediakan sistem sokongan kukuh.
Informasi
MUAT TURUN
Terkini
PERCUMA
APLIKASI
di jari anda
16
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Program 3K yang diadakan bertujuan membawa jabatan kerajaan turun padang, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat kampung bagaimana perkhidmatan disediakan mampu memberi manfaat kepada mereka
K
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Gerak kerja portfolio menyeluruh
DATO’ AHMAD YUNUS HAIRI
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM, ADAT MELAYU & WARISAN, PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI
beri manfaat kepada mereka. Antara jabatan yang terbabit adalah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Mufti dan Bahagian Falak. Mereka boleh mendapat pendedahan undang-undang berkaitan kahwin, cerai dan perkara lain. Tahun ini, kami juga membawa mesej yang menekankan pemerkasaan Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat Islam.
ED
erajaan Negeri sudah membelanjakan RM280,000 bagi menjayakan program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) bagi empat kampung di daerah Hulu Langat, Klang, Hulu Selangor dan Sepang. Jumlah itu sebahagian dari RM630,000 yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri Selangor 2017. Sebahagian besar program membabitkan portfolio kampung tradisi mengikut jadual kita termasuk program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang diadakan di masjid. Selepas raya, program ini akan disambung semula membabitkan Kuala Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak,” kata Ahmad Yunus kepada SelangorKini. Pihak kami menyalurkan RM70,000 untuk membiayai setiap program 3K yang diadakan bertujuan membawa jabatan kerajaan turun padang, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat kampung bagaimana perkhidmatan disediakan mampu mem-
Perbelanjaan program �K ikut jadual
Pelbagai inisiatif PADAT tarik anak muda kenali sejarah
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
menjalankan pelbagai inisiatif bagi menarik minat golongan muda melawat muzium, sekali gus memberi kefahaman kepada mereka terhadap kepentingan memelihara nilai sejarah dan warisan bangsa. Antara inisiatif yang dijalankan tahun ini termasuk menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa rombongan pelajar sekolah melawat muzium. Kita akan menggunakan inisiatif membawa pelajar sekolah melalui lawatan yang disediakan bas kerana ia dapat menarik minat sekolah menganjurkan lawatan untuk pelajar mereka. Selain itu, PADAT turut ‘membawa keluar’ muzium untuk tatapan umum seperti yang dilaksanakan sebelum ini pada sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2017, di Dataran Pantai Morib, pada Mei lalu. Melalui cara itu, pihak muzium dapat memberi pengenalan secara umum kepada masyarakat bagi menarik mereka datang ke
muzium. Muzium bukan hanya untuk dilawati tetapi mempunyai agenda besar seperti mengenali sejarah kerana ia membina ketamadunan dan peradaban manusia khususnya masyarakat Melayu Islam di nusantara atau di Selangor sendiri. Kita mahu mereka lihat kebaikan sejarah yang membina ketamadunan hari ini. Dua langkah itu dijangka mampu meningkatkan jumlah pelawat muzium, sepanjang tahun ini.
Projek pembangunan Islam lebih lancar
Projek pembangunan Islam membabitkan institusi surau, masjid dan sekolah dijangka berjalan lebih pantas sebaik proses awal dijalankan. Pada masa ini, projek terbabit dilihat berjalan perlahan ekoran proses awal seperti pembukaan tawaran tender dan sebut harga terbuka yang memerlukan masa panjang.
Program mengimarahkan pembangunan Islam, secara umumnya banyak berjalan tetapi cuma mungkin belum mencapai tahap peratusan memuaskan terutama program berkaitan pembangunan itu sendiri seperti pembangunan institusi surau, masjid dan sekolah yang saya kira agak tertinggal daripada jadual. Hal ini kerana, ia memerlukan proses awal seperti sebut harga yang memakan masa dan perlu diteliti rapi tetapi sebahagian besarnya sudah bermula. Bila ia bermula, saya rasa proses seterusnya akan berjalan dengan lebih cepat. Kita menjangkakan perbelanjaan akan meningkat sebaik sahaja projek terbabit menghampiri fasa-fasa akhir sebelum disiapkan sepenuhnya. Penelitian rapi perlu dibuat bagi memastikan semua projek terbabit mematuhi spefikasi ditetapkan, sekali gus mampu mengelakkan timbul masalah lain ketika projek sedang rancak berjalan.
17
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
Program pendidikan dan sains, teknologi serta inovasi
Perkenal pelbagai dasar baru
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
NIK NAZMI NIK AHMAD EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
A
Secara keseluruhan, kita sudah masuk kan semua jenis sekolah untuk menerima bantuan seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada 2013. Hampir semua wang itu sudah diagihkan dan saya sangat berpuas hati.
ED
lhamdulillah, syukur kepada Ilahi dan saya sangat berpuas hati dengan perkembangan semasa Jawatankuasa serta Inovasi yang bergerak seperti dirancangkan dalam Belanjawan 2017. Secara keseluruhan, setakat ini sudah hampir 60 peratus peruntukan untuk jawatankuasa saya sudah digunakan untuk pelbagai program pendidikan dan sains, teknologi serta inovasi. Jika disingkap perjalanan program jawatankuasa saya, tahun ini kita berjaya memperkenalkan beberapa dasar baru terutama dalam bidang pendidikan seperti program Peduli Siswa untuk pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan Biasiswa Sagong Tasi untuk pelajar Orang Asal di Universiti Selangor (UNISEL). Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Deana Rose, dari suku Meh Meri, Pulau Carey, yang menjadi penerima pertama Biasiswa Sagong Tasi dan membolehkan beliau melanjutkan pengajian ke UNISEL. Kita wujudkan biasiswa ini untuk memastikan hasrat Kerajaan Negeri dalam membantu anak Orang Asal melanjutkan pelajaran khususnya yang berasal dalam
kalangan keluarga berpendapatan rendah. Walaupun Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan sektor pendidikan tinggi bagi tahun ini dari RM13.38 bilion kepada RM12.13 bilion, Kerajaan Negeri tetap mempamerkan keprihatinan terhadap institusi pendidikan terutama buat anak Selangor di empat IPTA utama iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pembiayaan Program Peduli Siswa, bernilai RM10 juta. Tahun ini, kita juga akan melancarkan program Brain Bank untuk pelajar PhD ke luar negara. Prestasi UNISEL sendiri yang dahulu kita lihat berhadapan banyak masalah seperti kemudahan, kewangan dan kemasukan pelajar tetapi kini sudah berjaya melalui transformasi besar di bawah Naib Canselor baru, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. Itu adalah satu perkembangan positif. Dengan pengenalan beberapa program seperti penubuhan Selangor Business School yang menawarkan pengajian MBA, ia antara strategi baik untuk mengembangkan potensi UNISEL.
Dua lagi IPT di Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS turut mendapat bantuan peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi memantapkan sektor pendidikan terutama untuk program latihan teknikal dan vokasional (TVET). Bagi Portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi pula, kita dapat melihat fokus kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Bagi peringkat sekolah juga, kita sudah melihat peningkatan peruntukan dari RM16 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Mubaligh kepada RM22 juta. Secara keseluruhan, kita sudah masukkan semua jenis sekolah untuk menerima bantuan seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor, pada 2013. Hampir semua wang itu sudah diagihkan dan saya sangat berpuas hati. Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), saya menyatakan 2,981 ‘hotspot’ Wifi Selangorku sudah dipasang di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), pada penghujung 2015. Walaupun jumlah 2,981 itu menepati KPI yang ditetapkan tetapi capaian ke kawasan luar
bandar masih boleh diperbaiki Mengikut pecahan DUN, Kota Anggerik menerima jumlah ‘hotspot’ terbesar iaitu 491 diikuti Subang Jaya (287) dan Kajang (265). Berdasarkan statistik semasa, hampir 627,000 pengguna berdaftar sudah menikmati perkhidmatan Wifi Percuma #SmartSelangor sejak dilancarkan, sehingga Februari tahun ini. Daripada jumlah itu, 70 peratus daripadanya adalah mereka dalam lingkungan umur antara 18 hingga 44 tahun. Kita sedang meningkatkan jumlah ‘hotspot’ yang ada selain cuba menambahbaik perkhidmatan wifi di beberapa lokasi bermasalah. Itu adalah proses berterusan dan kita akan berurusan dengan Ahli Dewan Negeri. Contohnya, DUN Teratai tidak mempunyai ‘hotspot’ Wifi SmartSelangor dan kita dalam proses pemasangan di kawasan terbabit. Kita sudah menjengah suku kedua 2017, saya mengharapkan segala perancangan di bawah jawatankuasa ini dapat dilaksanakan mengikut jadual serta lebih ramai anak Selangor mendapat manfaat daripada usaha Kerajaan Negeri selaras dengan tema Belanjawan 2017, ‘Membangun Bangsa, Memakmur Negeri’.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
18
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Laksana agenda pemodenan tani
Manifestasi rakyat kukuh
S
ZAIDY ABDUL TALIB
Awam, antara kejayaan terbesar apabila dapat membangunkan pembinaan loji rawatan air Semenyih dan Labohan Dagang yang menunjukkan sikap proaktif Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah rakyat tanpa menunding jari kepada pihak lain. Tidak terhenti setakat itu, komitmen bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terus konsisten melaksanakan kerja gantian paip usang bagi mengatasi masalah bekalan air akibat paip usang, seluruh negeri. Selain itu, pembinaan jambatan ketiga Klang pada Julai 2014 akhirnya siap, sekali gus mampu menambah baik sistem aliran trafik dan kesesakan lalu lintas di perbandaran Klang. Taskforce Tebatan Banjir pula berjaya mengurangkan kebarangkalian banjir kilat berlaku khususnya di kawasan Lembah Klang, di samping pertambahan bajet RM80 juta atau peningkatan 70.21 peratus. Faktor ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri amat serius untuk menangani masalah banjir.
Pemberian air percuma diteruskan Selain itu, pemberian air percuma 20m3 masih diteruskan dan dinikmati 1.7 juta pengguna domestik kepada rakyat negeri ini. Ketika El-Nino melanda negara baru-baru ini, Selangor adalah negeri yang terselamat daripada kekurangan bekalan air mentah berbanding negeri lain. Hal ini kerana, faktor mengatasi musim kemarau dirancang sejak awal seperti pembinaan kolam takungan HORAS dan beberapa langkah mitigasi yang dilaksanakan berjaya menangani kekurangan bekalan air. Malah, jaminan turut diberikan dan sehingga kini paras empangan seluruh negeri hampir mencapai paras 100 peratus walaupun ketika berlakunya ketidaktentuan cuaca.
moden berteraskan penggunaan teknologi kini bagi meningkatkan hasil pengeluaran tani negeri. Hasilnya, pencapaian Selangor dalam mengeluarkan hasil padi tertinggi dan bermutu amat membanggakan walaupun keluasan tanah pertanian tidak semaksima negeri lain. Pada situasi lain, Kerajaan Negeri tidak meminggirkan kebajikan pesawah negeri apabila meluluskan bantuan kewangan RM8.5 juta ketika berlakunya fenomena serangan wabak Hawar Daun Bakteria (BLB) Ia ditambah dengan peruntukan RM942,000 bagi tujuan input pertanian membabitkan 8,892 lot kepada 8953 pesawah. Selain itu, bantuan diberikan kepada penternak dan nelayan dengan kos RM3.2 juta iaitu peningkatan RM2 juta berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini, sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri begitu komited membantu kebajikan petani, pesawah, penternak, nelayan dan seluruh masyarakat di negeri yang kita cintai ini. Semoga Selangor sentiasa dirahmati Allah SWT dan menjadi negeri ‘Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur’.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
aya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk memikul amanah mentadbir urus Kerajaan Negeri, ketika ini. Kami sentiasa komited untuk melunaskan segala amanah dan harapan rakyat kerana antara intipati Al-Quran juga menuntut pemimpin melunaskan amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin termasuk menjaga kebajikan rakyat. Saya bersyukur kerana sehingga kini, Kerajaan Selangor sudah memanifestasikannya dengan melakukan banyak program kebajikan rakyat, sejak 2008. Ia juga selaras dengan kaedah fiqh islam ‘kebijakan pemimpin ke atas rakyat bila pimimpin dapat menyelesaikan permasalahan rakyat’. Daripada sudut Portfollio Infrastruktur dan Kemudahan
ED
EXCO INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM, PEMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Pertanian bantu rakyat
Daripada sudut pertanian, Selangor melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat kebanyakan. Antaranya, Kerajaan Negeri sebelum ini turut mendukung hasrat pembangunan pertanian
Kami sentiasa komited untuk melunaskan segala amanah dan harapan rakyat kerana antara intipati Al-Quran juga menuntut pemimpin melunaskan amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin termasuk menjaga kebajikan rakyat
19
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
EAN YONG HIAN WAH
Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang sedia ada iaitu tindakan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 serta Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974
EXCO KERAJAAN TEMPATAN, PEMUTIHAN KILANG HARAM DAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
K
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
erajaan Negeri meluluskan 1,223 dari 1,346 lot permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri sepanjang tempoh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK). Berdasarkan rekod bancian, sepanjang tempoh PPKTK dilancarkan pada 31 Julai 2016, terdapat lebih kurang 2,998 kilang dibina di atas 2,523 lot tanah pertanian, setakat Mac lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,223 permohonan diluluskan, berbanding 1,346 lot permohonan yang dikemukakan sementara 1,154 lot masih belum berbuat demikian. Kerajaan Negeri juga memperoleh hasil kutipan bayaran premium RM185.7 juta daripada permohonan diluluskan. Pada masa sama, Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram ditubuhkan untuk memantau dan memberi nasihat berkaitan proses pemutihan kilang haram. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang sedia ada iaitu tindakan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 serta Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini sedang giat melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang atau bangunan haram yang dibina berhampiran sungai terlebih dahulu.
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran
Kutip lebih RM�8� juta premium tis 5A itu adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri bagi mempertahankan hak rakyat di Selangor tanpa mengira kaum dan agama. Majlis penuh bermakna itu, sekali gus mengakhiri penantian hampir 50 tahun sebahagian penduduk Kampung Chempaka yang diterokai seawal 1969 ketika aktiviti perladangan dan bijih timah giat dijalankan, di Selangor.
Lebih 500,000 unit nikmati pengecualian cukai
Sejumlah 500,224 unit rumah dan penjaja layak menerima pengecualian cukai taksiran dan fi lesen perniagaan membabitkan lebih
ED Penduduk Kampung Chempaka terima notis 5A selepas 50 tahun Pada Februari lalu, seramai 32 penduduk di Kampung Chempaka menerima kelulusan Notis 5A yang diserahkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Penyerahan No-
RM68 juta, bagi tahun ini. Sebanyak 322,637 daripadanya adalah unit rumah kos rendah, 85,881 unit kediaman kampung dan 91,706 penjaja. Pada 2016, Kerajaan Negeri menerima impak kewangan berjumlah RM62 juta selepas pelaksanaan program berkenaan.
Serius perangi tapak pelupusan sampah haram
Sebanyak 128 tapak pelupusan sampah haram sudah diambil tindakan tegas dan ditutup, dalam tempoh 2015 hingga 2016. Buat masa ini, isu berkenaan masih dalam keadaan terkawal ekoran tindakan tegas dikenakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab. Antaranya termasuk terjah-
an tapak pembuangan sampah haram di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya seperti di Taman Bukit Serdang Seksyen 5 membabitkan sisa binaan dan industri serta Taman Mas, Sepang iaitu pembuangan sampah binaan juga industri di rizab sungai milik Jabatan Pengairan dan Saliran. Tapak lain termasuk di Taman Putra Prima, Puchong dengan sebahagiannya dimiliki kerajaan dan sebahagian lagi adalah milik persendirian yang dilonggokkan sampah bercampur. Kerajaan Negeri sedang mengkaji semula langkah penstrukturan kontrak pembersihan dan kutipan sampah dengan mempertimbangkan melantik Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) bagi menguruskan pungutan sisa, di Selangor. Sehingga kini, KDEBWM sudah menjalankan operasi kutipan sampah di dua PBT iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Selayang.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
20
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Program Pemberian Bantuan Baucar sempena perayaan adalah program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui standco kemiskinan yang dipengerusikan saya khususnya untuk golongan berpendapatan rendah
V GANABATIRAO EXCO KEMISKINAN, KERAJAAN PRIHATIN DAN PEKERJA LADANG
M
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
enjelang Aidilfitri , setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan memohon maaf juga ucapan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, jadi tibalah masa saya untuk mengucap kepada semua. Ramadan kita tinggalkan, hampir menjelma Syawal mulia, Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa suka. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Program Pemberian Bantuan Baucar sempena perayaan adalah program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui standco kemiskinan yang dipengerusikan saya khususnya untuk golongan berpendapatan rendah. Program ini salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam membantu keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat melalui pemberian bantuan sempena perayaan.
Agihan baucer perayaan
Ringan beban rakyat
Program Blueprint
miskinan seperti program ini dilihat berupaya menghasilkan impak positif terhadap pendapatan golongan sasaran seterusnya mampu mengurangkan kadar kemiskinan, di Selangor. Mengikut rekod, bagi fasa 1/2017 (Jan-Mei) sejumlah 86.94 peratus iaitu 313 adalah Melayu, diikuti India sebanyak 7.78 peratus iaitu 28 orang. Manakala, sebanyak 5.28 peratus iaitu 19 penerima adalah kaum Cina.
ED
Program Blueprint Kemiskinan adalah salah satu usaha Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi golongan masyarakat individu berpendapatan rendah di bawah RM1,500 sebulan atau keseluruhan pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 terutama membabitkan peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan/mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Program pembasmian ke-
Pendidikan dan latihan kemahiran
Belia atau generasi muda adalah aset penting yang menjadi penggerak dan pemacu kepada kemajuan juga pembangunan negeri. Tahap pendidikan juga memainkan peranan penting sesebuah negeri untuk melahirkan generasi muda berkualiti selaras matlamat Kerajaan Negeri untuk
menyediakan modal insan berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif terutama dalam mengisi peluang pekerjaan. Antara usaha memperluas dan mengarusperdanakan pendidikan, Kerajaan Negeri melalui INPENS mempergiatkan kerjasama dan pembabitan industri, menambahbaik kualiti program/kursus serta memperkukuh penjenamaan. Program kemahiran teknikal adalah salah satu program di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan bermatlamat membantu keluarga pendapatan rendah bagi mengurangkan bebas kos sara hidup yang semakin meningkat melalui penajaan pendidikan. Program ini juga turut memberi peluang kepada generasi muda daripada golongan keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program ini seterusnya memudahkan peluang kepada pelajar untuk bersaing mendapatkan pekerjaan. Penajaan pendidikan ini diperuntukkan RM4 juta setahun yang
UNIT BAUCAR SETIAP DUN
MELAYU Program sedang dilaksanakan CINA
26,209 orang
INDIA
Program belum dilaksanakan
merangkumi kos yuran pengajian, elaun makan/minum dan elaun sara hidup pelajar. Fasa 1/Tahun 2017, sejumlah 307 pelajar INPENS menerima manfaat ini. Justeru itu, ia diharap dapat melahirkan modal insan yang berupaya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Mengikut statistik penerima bantuan bagi program kemahiran teknikal melalui INPENS berjumlah 75.89 peratus (233) adalah kaum Melayu. Ia diikuti dengan India sebanyak 22.48 peratus (69) dan Cina sebanyak 1.63 peratus (5).
21
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Kempen bebas plastik 2017
Fitrah Umat Membingkai Muafakat Rakyat Berkat
Catat pengurangan ��%
P
ELIZABETH WONG KEAT PING
Sehingga Mac lalu, sebanyak 1,100 kilogram barangan yang boleh dikitar semula dikutip dan diasingkan, sekali gus mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
enggunaan beg plastik di pasaraya dan premis perniagaan lain mula menunjukkan kesan positif apabila berjaya mencatatkan pengurangan sehingga 50 peratus sejak Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena dilancarkan, pada 1 Januari lalu. Kerajaan Negeri mensasarkan pengurangan antara 60 hingga 70 peratus, pada 2018. Ia pencapaian yang bagus tetapi Kerajaan Negeri akan menggiatkan lagi kempen ini untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kita juga mendapat persetujuan menjalankan kaji selidik tambahan bagi melihat kekangan, reaksi dan bagaimana boleh menambahbaik lagi kempen ini. Kejayaan itu dicapai ekoran kerjasama semua pihak khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kesedaran pengguna sendiri. Kempen Bazar Ramadan Mampan yang diadakan setiap tahun turut menjadi landasan terbaik bagi mendidik kesedaran kepada pengguna berkenaan kepentingan memelihara alam sekitar. Sehingga Mac lalu, sebanyak 1,100 kilogram barangan yang boleh dikitar semula dikutip dan diasingkan, sekali gus mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
ini bagi memastikan kebersihan sungai di negeri ini terus dipertingkatkan. Antara usaha dijalankan termasuk memasang log boom utama bagi menyekat aliran sampah dari Hulu Sungai Klang terutama dari Kuala Lumpur daripada mengalir terus ke muara. Usaha itu menunjukkan hasil memberangsangkan dan berjaya mengeluarkan 20,809 tan metrik sisa pepejal bagi tempoh setahun, dari bulan Februari 2016 hingga Februari lalu. Pemantauan keadaan dan aktiviti pembuangan sampah di tebing sungai turut dipertingkatkan lagi dengan penggunaan teknologi canggih seperti dron dan sensor. Komitmen lain yang dijalankan termasuk usaha Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang me-
ED
Perhebat usaha ‘selamatkan’ sungai
EXCO PELANCONGAN, ALAM SEKITAR, TEKNOLOGI HIJAU DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Kerajaan Negeri menjalankan pelbagai usaha sepanjang tahun
wartakan rizab sungai sebagai Zon Perlindungan. Ia dilaksanakan bagi melindungi sungai dan rizab daripada sebarang gangguan kualiti, kuantiti, struktur dan persekitaran fizikalnya. Pewartaan itu dilakukan di bawah seksyen 48 (1) Enakmen
LUAS 1999 di seluruh negeri membabitkan tiga sungai iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara yang berjaya diwartakan, sehingga April lalu. Sementara itu, baki sungai utama dan anak sungai lain masih berada di pelbagai peringkat antaranya penyediaan pelan ukur, semakan pelan warta dan pelantikan jurukur bagi menjalankan kerja ukur mengikut fasa ditetapkan.
Pertingkat sektor pelancongan
Kempen meningkatkan kedatangan pelancong ke Selangor terus diperhebatkan lagi dengan pelbagai usaha bagi memastikan sektor berkembang, sekali gus memberi kesan ekonomi terhadap masyarakat tempatan. Antara usaha terbaru termasuk Tourism Selangor menjalinkan jaringan kerjasama dengan hotel utama bagi mempromosikan makanan negeri sebagai produk pelancongan melalui program Discover Selangor 2017 Ramadan Buffet Campaign, bermula awal Ramadan lalu. Usaha itu dijalankan melalui pembabitan beberapa hotel utama di Selangor dengan menawarkan pelbagai jenis bufet tempatan kepada pelanggan. Tourism Selangor memberi saranan kepada pelancong tem-
patan atau antarabangsa untuk berkunjung ke hotel yang menawarkan pelbagai juadah dengan konsep tertentu mengikut citarasa mereka. Sementara itu, usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan Tahun Melawat Klang 2017 dan kempen Tahun Melawat Hulu Selangor oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dijangka turut menyumbang kepada pertambahan kehadiran pelancong ke Selangor. MPK mensasarkan sejuta pengunjung dalam dan luar negara ke daerah itu sepanjang kempen berlangsung. MPK bersama Tourism ke Berlin, Jerman untuk menyerahkan ‘kit’ yang mengandungi pelbagai maklumat berkenaan daerah itu bagi tujuan promosi, pada awal Mac lalu. Tahun Melawat Klang 2017 turut mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Sementara itu, MDHS turut melancarkan kempen Tahun Melawat Hulu Selangor 2017. Penganjuran tahun melawat daerah jarang berlaku dalam negara, namun usaha dua PBT itu wajar menjadi ikutan PBT di daerah lain. Pelaksanaan ini perlu diteruskan di daerah lain dalam Selangor supaya dapat memperkenalkan lagi eko pelancongan setiap daerah.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
22
SelangorKini 23 - 30 Jun 2017
Golongan muda terus diiktiraf
K
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Aktiviti jayakan kemajuan negeri
Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa program pembangunan antaranya konsep 2I iaitu ‘Incorporate’ dan ‘Integrate’ dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memperkenalkan pelan pembangunan sukan bagi tempoh lima tahun yang mula dilaksanakan, sejak tahun lalu
Ia adalah pendekatan baru dengan Selangor dianggap sebagai pelopor apabila model perniagaan itu diperkenal dan ditonjolkan sebagai perniagaan bersifat mobiliti tinggi. Kemeriahan Ramadan tahun ini juga diteruskan dengan penganjuran Festival Ramadan Selangor 2017 (Festira 17) di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan SACC Mall, mulai pertengahan Mei lalu. Festira’17 adalah salah satu festival diadakan setiap tahun dengan penyertaan lebih 6,000
ED
emajuan membanggakan dinikmati Selangor mendatangkan kesan positif terhadap pembangunan modal insan terutama golongan muda yang mewakili sebahagian daripada populasi rakyat. Sehubungan itu, pelbagai program dan aktiviti dirangka juga dilaksanakan untuk kebaikan golongan terbabit supaya mereka menyertainya serta mampu menyumbang ke arah kemajuan berterusan. Antara program dijalankan ialah ‘Made In Selangor’ iaitu Kerajaan Negeri dengan kerjasama pusat membeli-belah menganjurkan program berkenaan di One Utama Shopping Mall, 19 hingga 23 April dan Pusat Membeli Belah Aeon Shah Alam, 25 April hingga 1 Mei lalu. Program yang mencapai jualan hampir RM100,000 itu bertujuan membantu usahawan dan produk selain diperkenalkan lebih jauh, sekali gus meningkatkan pencapaian mereka serta disasarkan untuk diadakan di kawasan menjadi tarikan orang ramai. Selain itu, Festival Smart Truck Selangor juga diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada 2 April lalu, dengan penyertaan ramai golongan usahawan dalam program perniagaan berkenaan.
AMIRUDIN SHARI
EXCO PEMBANGUNAN GENERASI MUDA & SUKAN, KEBUDAYAAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
usahawan seluruh Selangor dalam membantu memasarkan produk mereka pada program yang mendapat perhatian pengunjung termasuk dari luar Selangor.
kan Negeri (MSN) Selangor memperkenalkan pelan pembangunan sukan bagi tempoh lima Jayakan konsep tahun yang mula dilaksanakan, ‘Incorporate’ dan sejak tahun lalu. ‘Integrate’ Program terbabit bertujuan mencungkil bakat baru bermula Dalam acara sukan, Kerajaan daripada akar umbi secara meNegeri melaksanakan beberapa nyeluruh membabitkan pihak program pembangunan anta- berkepentingan dalam memakranya konsep 2I iaitu ‘Incorporate’ simumkan sumber dengan kos dan ‘Integrate’ dengan Majlis Su- efektif dan ia sejajar dengan kemahuan Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai ‘Smart State’ dalam bidang sukan serta diterjemahkan melalui konsep model 2I. Peringkat kelima Le Tour De Langkawi di Pekan Kuala Kubu, pada 26 Februari lalu, berjaya menarik minat orang ramai bagi menyaksikannya dengan sukan berbasikal turut menjadi fokus Kerajaan Negeri tahun ini dengan perancangan penganjuran Le Tour Selangor, di samping beberapa acara berbasikal lain seluruh negeri. Program pembangunan merangkumi semua bidang su-
kan dilaksanakan secara berterusan termasuk latihan kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor demi kecemerlangan pasukan ke arah mengekalkan kejuaraan diraih pada temasya sukan berkenaan yang akan diadakan, di Perak, tahun depan. Begitu juga aktiviti kebudayaan yang digerakkan secara aktif bagi merancakkan penyertaan golongan belia dan muda di negeri ini dengan penganjuran beberapa program di peringkat negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Antaranya ialah Peta Kebudayaan Selangor, Dana Kota Seni Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta beberapa persembahan teater, muzik serta acara lain dijalankan secara berterusan. Sementara itu, Anugerah SelangorKini pernah diadakan pada 2015 juga diadakan kembali tahun ini supaya dapat mengetengahkan karya berkualiti penulis muda di Selangor dan negara yang diubah kepada Hadiah Sastera Selangor.