POLISI CUTI JOHOR CORPORATION Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m)
Hari rehat mingguan Cuti tahunan Cuti separuh hari Cuti kecemasan / mengejut Cuti sakit Cuti bersalin Cuti isteri bersalin Cuti belajar Cuti tanpa gaji Cuti tanpa rekod Cuti haji Cuti am Cuti belajar
1.0
Hari Rehat Mingguan Hari rehat mingguan merupakan dua (2) hari rehat yang diperuntukkan kepada anggota pekerja pada setiap minggu. 1.1
Objektif. Hari rehat mingguan adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat berikut : (a) (b)
1.2
Memberikan anggota pekerja tempoh masa rehat dari pekerjaan seharian untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan peribadi. Mengelakkan timbul tekanan mental dan fizikal yang boleh menjejaskan produktiviti anggota pekerja.
Hari Ahad adalah hari rehat mingguan rasmi bagi anggota pekerja selaras dengan penetapan cuti mingguan oleh Kerajaan Negeri. Manakala hari Sabtu adalah hari kelepasan tambahan. Sekiranya cuti am jatuh pada hari rehat mingguan (Ahad), hari yang berikutnya akan digantikan sebagai hari rehat mingguan anggota pekerja berkenaan. Bagaimanapun, tiada cuti gantian sekiranya cuti am jatuh pada hari kelepasan Sabtu.
2.0
Cuti Tahunan Cuti tahunan merupakan cuti bergaji penuh yang diperuntukkan kepada seseorang anggota pekerja yang berkelayakan di dalam satu tahun perkhidmatannya untuk tujuan rehat dan juga urusan peribadi.
-1-
Kelayakan cuti rehat tidak terpakai dalam tempoh seseorang anggota pekerja itu : (i) (ii)
Sedang cuti bersalin Mendapat cuti sakit
2.1
Objektif. Pada dasarnya, kemudahan ini adalah untuk : (i)
Memberikan peluang kepada anggota pekerja untuk berehat dari pekerjaan seharian. Memberi peluang kepada anggota pekerja melaksanakan aktivitiaktiviti peribadi masing-masing. Menentukan anggota pekerja menghasilkan produktiviti yang tinggi terutamanya selepas kembali bekerja semula dengan fikiran dan minda yang segar. Memberi peluang untuk mendedahkan anggota pekerja lain bagi tugastugas anggota pekerja yang bercuti.
(ii) (iii)
(iv)
2.2
Anggota pekerja adalah layak untuk mendapat cuti tahunan bergaji penuh apabila perkhidmatannya genap di dalam satu (1) tahun. Walau bagaimanapun, bagi anggota pekerja yang berkhidmat kurang daripada satu (1) tahun, kelayakan cuti tahunan akan dikira secara ‘propotionate’ iaitu berdasarkan kepada genap perkhidmatan setiap bulan di dalam perkhidmatannya setiap tahun.
2.3
Cuti tahunan bagi anggota pekerja yang dilantik sebelum 1hb Januari 1995 adalah seperti berikut :
KUMPULAN
DI BAWAH 10 TAHUN PERKHIDMATAN
(sebelum 1.1.95)
2.4
10 TAHUN PERKHIDMATAN KE ATAS (sebelum 1.1.95)
A
30 hari
35 hari
B + C kanan
25 hari
30 hari
C&D
20 hari
25 hari
Cuti tahunan bagi anggota pekerja yang dilantik mulai 1hb Januari 1995 adalah seperti berikut :
KUMPULAN
DI BAWAH 5 TAHUN PERKHIDMATAN
5 TAHUN PERKHIDMATAN KE ATAS
A
25 hari
28 hari
B
21 hari
24 hari
C&D
17 hari
20 hari
-2-
2.5
Kelayakan cuti rehat tahunan bagi anggota pekerja yang dilantik sebagai Eksekutif Pelatih adalah satu (1) hari sebulan. Walau bagaimanapun, anggota pekerja ini dibenarkan untuk mengambil cuti mereka melebihi kelayakan di atas sebab-sebab yang mustahak dan tertentu sahaja. Setiap anggota pekerja hendaklah menghabiskan cuti tahunan mereka pada tahun semasa dengan penjadualan cuti tahunan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2002. Bagi tujuan tersebut, anggota pekerja dikehendaki mengambil cuti tahunan sebagaimana berikut :-
2.6
i)
terus menerus
ii) iii)
cuti selebihnya diambil untuk tempoh lima (5) hari setiap blok lima (5) hari boleh dikhaskan untuk tujuan kecemasan. Kemudahan ini diberikan supaya anggota pekerja dapat mengendalikan hal-hal kecemasan seperti anak sakit, kematian ahli keluarga dan lain-lain hal yang mana permohonan tidak dapat dibuat terlebih awal. Cuti ini hendaklah dihabiskan pada penghujung tahun dan tidak boleh di bawa ke tahun hadapan.
Cuti tahunan yang tidak dapat dihabiskan pada tahun semasa boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke tahun berikutnya dalam perkara-perkara berikut sahaja :a)
2.7
Ketua Jabatan boleh mencadangkan agar cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan pada tahun semasa di bawa ke tahun hadapan disebabkan kepentingan tugas dengan jumlah maksimum 10 hari. Kelulusan boleh dipertimbangkan dengan justifikasi dan syarat anggota pekerja tersebut telah mengambil cuti rehat untuk tempoh 10 hari secara berterusan pada tahun semasa.
Setiap anggota pekerja hendaklah menghabiskan cuti tahunan mereka pada tahun semasa dengan membuat penjadualan cuti tahunan. Walau bagaimanapun Johor Corporation membenarkan anggota pekerja membawa maksima 10 hari baki cuti tahunan yang tidak dapat dihabiskan ke tahun berikutnya disebabkan kepentingan tugas. Baki cuti selebihnya akan terluput mulai Januari dan baki cuti yang dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya perlu dihabiskan sebelum akhir Jun.
2.8
Pengecualian boleh diberikan kepada seseorang anggota pekerja untuk membawa cuti rehat ke tahun berikutnya pada jumlah maksimum 20 hari dengan alasan untuk menunaikan haji, umrah, melancong atau melangsungkan perkahwinan dalam jangkamasa Januari hingga Jun pada tahun berikutnya. Sekiranya cuti tersebut gagal dihabiskan dalam tempoh berkenaan, cuti tersebut akan terluput.
2.9
Permohonan untuk mengumpul cuti untuk tujuan-tujuan di atas hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pembangunan Tenaga Insan & Pentadbiran untuk kelulusan.
-3-
3.0
4.0
Cuti Separuh Hari 3.1
Cuti Separuh Hari adalah sebahagian daripada Cuti Tahunan yang diberikan kepada anggota pekerja untuk menyelesaikan urusan peribadi untuk jangkamasa lebih dari 1 jam.
3.2
Anggota pekerja yang telah mengambil cuti separuh hari pada sebelah pagi hendaklah menghabiskan sebahagian lagi cuti tahunannya sebelah petang. Kelayakan cuti separuh hari adalah 1 kali sebulan dan tidak digalakkan untuk diambil pada hari Jumaat dan Isnin kecuali di dalam kes-kes yang sangat penting dan diperakui oleh Ketua Jabatan.
Cuti Kecemasan / Mengejut Kemudahan ini diberikan supaya anggota pekerja dapat mengendalikan hal-hal kecemasan seperti anak sakit, kematian ahli keluarga dan lain-lain hal yang mana permohonan tidak dapat dibuat terlebih awal. 4.1
Objektif Pemberian cuti kecemasan / mengejut pada dasarnya adalah bertujuan untuk : (a) (b)
5.0
Menzahirkan simpati Johor Corporation terhadap anggota pekerja yang ditimpa keadaan-keadaan malang dan menyedihkan. Memberikan peluang kepada anggota pekerja untuk menyelesaikan masalah persendirian yang wujud di luar jangkaan.
4.2
Anggota pekerja boleh mengambil cuti kecemasan / mengejut sebanyak lima (5) hari di dalam setahun.
4.3
Kemudahan cuti ini akan ditolak daripada cuti rehat tahunan dan adalah tertakluk kepada baki cuti yang ada pada seseorang anggota pekerja.
4.4
Anggota pekerja yang berada di dalam keadaan yang memerlukan mereka mendapatkan cuti kecemasan mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu Ketua Jabatan mengenai ketidakhadirannya untuk bekerja (jika tidak dapat datang sendiri ke pejabat untuk memohon cuti kecemasan tersebut).
Cuti Sakit Cuti sakit merupakan cuti bergaji penuh yang diberikan kepada anggota pekerja di atas sebab-sebab perubatan dengan mengemukakan sijil sakit dari seorang Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor panel Johor Corporation sahaja.
-4-
5.1
Objektif. Johor Corporation memberi perhatian yang berat terhadap kecergasan serta kesihatan anggota pekerja. Johor Corporation memperuntukkan kemudahan cuti sakit yang bertujuan untuk:
5.2
(a)
Menjaga kebajikan anggota pekerja agar mereka berada pada tahap kesihatan yang terbaik.
(b)
Memulihkan kembali tahap kesihatan anggota pekerja ke tahap yang normal.
Kemudahan cuti sakit yang dibenarkan adalah seperti berikut : CUTI SAKIT
5.3
KELAYAKAN
Cuti Sakit (tanpa hospitalisasi)
Gaji RM1,500.00 dan ke bawah Berkhidmat < 2 tahun = 14 hari Berkhidmat 2 – 4 tahun = 18 hari Berkhidmat 5 dan lebih = 22 hari Gaji > RM1,500.00 = 15 hari
Hospitalisasi
60 hari termasuk cuti sakit biasa di atas.
Johor Corporation hanya mengiktiraf sijil-sijil yang dikeluarkan oleh doktor panel yang dilantik atau Pegawai Perubatan kerajaan. Johor Corporation hanya mengiktiraf sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor yang tidak termasuk di dalam panel Johor Corporation di dalam keadaan-keadaan tertentu seperti berikut : (a)
(b) (c)
Sijil sakit dikeluarkan selepas jam 9.00 malam (apabila klinik panel telah ditutup dan klinik tersebut paling hampir dengan tempat tinggal anggota pekerja berkenaan). Anggota pekerja berkenaan berada di luar daerah. Sijil sakit tersebut disokong oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
5.4
Anggota pekerja yang tidak hadir bertugas kerana mendapat cuti sakit, dikehendaki memberitahu kepada pihak Johor Corporation dengan segera dan tidak lebih 2 hari ketidakhadirannya.
5.5
Anggota pekerja yang gagal mematuhi akan dianggap sebagai tidak hadir bekerja dan tindakan akan diambil ke atasnya kecuali dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah.
5.6
Semua cuti sakit akan diambilkira mengikut jumlah sebenar cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor, termasuk untuk kes penyakit yang mengambil masa untuk sembuh/penyakit berjangkit seperti sakit mata, ‘chicken pox’ dan demam campak.
-5-
Sehubungan dengan itu, amalan sebelum ini yang hanya mengambilkira rekod cuti dua (2) hari sahaja yang dikeluarkan oleh doktor untuk kes-kes berkenaan adalah dimansuhkan.
6.0
Cuti Bersalin Cuti bersalin adalah cuti bergaji penuh yang diberikan kepada anggota pekerja wanita yang berkelayakan di dalam perkhidmatannya. 6.1
Objektif. Kemudahan cuti bersalin ini bertujuan untuk memenuhi matlamat berikut : (a)
(b)
6.2
Anggota pekerja wanita adalah layak untuk mendapat kemudahan cuti bersalin bergaji penuh selepas melahirkan anak. Tempoh masa yang diberikan bagi cuti bersalin ini adalah tidak melebihi 60 hari berturut-turut sehingga lima (5) orang anak yang hidup.
6.3
Anggota pekerja wanita yang mengandung dibenarkan bercuti satu (1) atau dua (2) minggu lebih awal dari tarikh jangkaan kelahiran. Cuti ini akan diambilkira sebagai sebahagian daripada cuti bersalin biasa iaitu 60 hari. Anggota pekerja boleh dipertimbangkan untuk memohon cuti tanpa gaji sehingga had maksimum 90 hari sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin.
6.4
7.0
Menjaga kebajikan pekerja anggota pekerja terutamanya di dalam memberikan masa untuk anggota pekerja berehat selepas melahirkan anak. Memberikan anggota pekerja wanita tempoh masa untuk memulihkan diri mereka kepada tahap yang normal selepas melahirkan anak.
Cuti Isteri Bersalin Johor Corporation mengambil berat terhadap kehidupan keluarga anggota pekerja. Anggota pekerja lelaki diberikan cuti tanpa rekod apabila isteri mereka melahirkan anak. 7.1
Objektif. Penyediaan kemudahan ini bertujuan untuk memenuhi matlamat berikut : (a) (b)
7.2
Mewujudkan identiti organisasi yang prihatin dan penyayang terhadap anggota keluarganya. Mewujudkan organisasi yang sihat dan produktif melalui pemupukan keluarga bahagia dan harmonis.
Kemudahan cuti ini diberikan sebanyak tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod bagi membolehkan anggota pekerja membantu urusan isteri mereka bersalin. Cuti tanpa rekod ini bermula pada hari pertama isteri bersalin, termasuk cuti mingguan dan cuti am.
-6-
7.3
8.0
Kelayakan cuti isteri bersalin ini adalah untuk kelahiran lima (5) orang anak sahaja.
Cuti Tanpa Gaji 8.1
Cuti Tanpa Gaji adalah kemudahan pelepasan yang diberikan kepada anggota pekerja di atas alasan yang munasabah dan diambil disebabkan anggota pekerja telah menggunakan semua kelayakan Cuti Tahunannya. Skop Polisi Cuti Tanpa Gaji ini adalah tidak termasuk Cuti Tanpa Gaji untuk melanjutkan pelajaran.
8.2
Cuti tanpa gaji boleh diluluskan dengan syarat: a) b) c)
8.3
8.4
9.0
Anggota pekerja telah menghabiskan semua cuti rehatnya Disokong oleh Ketua Jabatan dengan tiada penggantian. Alasan permohonan cuti tanpa gaji tersebut adalah munasabah dan boleh dipertimbangkan untuk diluluskan.
Tempoh Cuti Tanpa Gaji adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan kelulusan pengurusan Johor Corporation. Prosedur a)
Anggota pekerja boleh mengemukakan permohonan cuti tanpa gaji dengan menggunakan borang cuti yang boleh didapati di sistem HRIS atau mengemukakan surat kepada Ketua Jabatan masing-masing.
b)
Ketua Jabatan perlu memberikan sokongan atau sebaliknya kepada permohonan tersebut sebelum memajukan kepada Ketua Jabatan JPTI & Pentadbiran.
c)
Kelulusan bagi permohonan cuti tanpa gaji untuk tempoh 1 bulan atau kurang boleh dibuat oleh Ketua Jabatan JPTI & Pentadbiran.
d)
Bagi permohonan cuti tanpa gaji melebihi 1 bulan dan/atau permohonan penyambungan cuti tanpa gaji selepas 1 bulan pertama, permohonan tersebut perlulah dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa EXCO.
Cuti Tanpa Rekod Kemudahan cuti tanpa rekod merupakan kemudahan yang diberikan kepada anggota pekerja bagi tujuan menyertai aktiviti-aktiviti kebudayaan, pasukan beruniform sukarela dan juga aktiviti sukan yang diluluskan oleh Johor Corporation.
-7-
9.1
Objektif Kemudahan cuti ini adalah untuk memenuhi matlamat berikut :
10.0
(a)
Menggalakkan anggota pekerja melibatkan diri di dalam kegiatankegiatan sosial dan sukarela yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
(b)
Memberikan dorongan serta semangat kepada anggota pekerja untuk aktif bergiat di dalam aktiviti sosial yang dapat membawa kemajuan kepada organisasi dan negara secara amnya.
(c)
Menghargai sumbangan anggota pekerja di dalam aktiviti-aktiviti yang menaikkan imej organisasi.
9.2
Anggota pekerja berkelayakan untuk memohon cuti tanpa rekod di atas tujuantujuan penglibatan di dalam aktiviti kebudayaan, pasukan beruniform sukarela dan aktiviti sukan.
9.3
Tempoh dan kelulusan cuti ini adalah di atas pertimbangan dan budi bicara pihak pengurusan organisasi dan juga kepentingan perkhidmatan seseorang anggota pekerja.
Cuti Haji Johor Corporation menyediakan kemudahan cuti untuk menunaikan fardhu haji selaras dengan nilai-nilai dan etika perkhidmatan yang berteraskan Islam yang dijadikan pegangan di dalam aspek pengurusan Johor Corporation. 10.1
Objektif Penyediaan kemudahan cuti ini adalah untuk memenuhi matlamat berikut : (a)
(b)
(c)
10.2
Menentukan nilai-nilai rohaniah yang merupakan aspek yang penting bagi seseorang anggota pekerja Muslim tidak dilupakan dan diberi perhatian utama. Memastikan prinsip dan nilai Islam yang dijadikan pegangan oleh Johor Corporation berterusan selaras dengan perkembangan dan kemajuan Johor Corporation. Memastikan prinsip dan nilai-nilai Islam yang menjadi asas dan pegangan Johor Corporation akan terus menjadi salah satu faktor yang mengukuhkan Johor Corporation.
Kemudahan cuti haji adalah merupakan cuti dengan bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti rehat mingguan dan juga cuti am. Kemuadahan cuti ini hanya diberikan kepada anggota pekerja beragama Islam satu (1) kali sahaja dalam tempoh perkhidmatannya.
-8-
10.3
Syarat-syarat untuk kemudahan ini adalah seperti berikut : (a) (b) (c)
11.0
Beragama Islam. Berjawatan tetap atau kontrak dan disahkan dalam jawatan serta telah berkhidmat tidak kurang daripada empat (4) tahun ATAU Berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan
Cuti Am Cuti am merupakan cuti bergaji penuh yang diberikan kepada anggota pekerja pada semua hari cuti am yang telah diwartakan oleh Pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. 11.1
Objektif. Cuti-cuti am yang diwartakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat berikut : (a) (b)
12.0
Menghormati dan merayakan sesuatu hari yang mempunyai hubungan atau nilai tertentu yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan. Memberikan peluang kepada anggota pekerja untuk bersama-sama merayakan dan menghormati hari-hari yang mempunyai nilai tertentu dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
11.2
Johor Corporation memberikan cuti bergaji penuh pada semua cuti am yang diwartakan oleh pihak Kerajaan Negeri.
11.3
Sekiranya hari cuti am itu jatuh pada hari rehat mingguan anggota pekerja iaitu hari Ahad, hari kerja yang berikutnya akan digantikan sebagai hari rehat mingguan anggota pekerja berkenaan.
11.4
Bagaimanapun tiada cuti gantian akan diberi apabila cuti am jatuh pada hari Sabtu.
Cuti Belajar Cuti belajar adalah salah satu dari kemudahan yang diberikan kepada anggota pekerja oleh Johor Corporation. Selaras dengan hasrat untuk menjadi sebuah organisasi korporat yang terulung atau 'organization leader', kepentingan terhadap peningkatan kualiti anggota pekerja sentiasa diberi perhatian utama oleh Johor Corporation.
-9-
Dengan demikian, Johor Corporation menyediakan peluang-peluang dan kemudahan untuk anggota pekerja meningkatkan taraf diri masing-masing di dalam bidang dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan arus perkembangan dan kemajuan Johor Corporation dan juga kemajuan negara. 12.1
Objektif. Johor Corporation menyediakan kemudahan cuti kepada anggota pekerja untuk melanjutkan pelajaran selaras dengan matlamat untuk : (a) (b) (c)
12.2
Meningkatkan kualiti dan tahap prestasi anggota pekerja. Memberi peluang kepada anggota pekerja untuk memajukan diri dan meningkat ke tahap jawatan dan pengurusan yang lebih tinggi. Mewujudkan imej dan identiti korporat Johor Corporation yang menekankan pengembelingan ilmu pengetahuan bagi tujuan perkembangan dan kejayaan Johor Corporation.
Anggota pekerja digalakkan untuk meningkatkan kerjayanya ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyediaan kemudahan cuti belajar sekiranya memenuhi syarat-syarat dan ketetapan seperti berikut :
(a) (b) (c) (d) (e)
(f)
telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun telah disahkan dalam jawatan kursus yang diambil bersesuaian dengan kepentingan dan keperluan Johor Corporation tidak ada sebarang tindakan tatatertib yang sedang dan akan dibawa ke atas anggota pekerja berkenaan tarikh mengikuti kursus telah melebihi tiga (3) bulan dari tarikh hukuman tatatertib dikenakan sekiranya anggota pekerja pernah disabitkan dengan tuduhan-tuduhan perlanggaran tatatertib sebelum ini kursus yang diikuti diiktiraf oleh Johor Corporation/Kerajaan
12.3
Anggota pekerja yang layak akan diberi perlepasan cuti sama ada cuti bergaji penuh atau separuh gaji
12.4
Anggota pekerja yang tidak menepati syarat (a) atau (b) boleh dipertimbangkan untuk pelepasan cuti tanpa gaji
12.5
Anggota pekerja yang dibayar gaji penuh atau separuh gaji akan dikenakan ikatan kontrak berdasarkan jangkamasa pengajian dan jumlah pembiayaan yang diterima.
12.6
Anggota pekerja yang diluluskan kemudahan cuti belajar bergaji penuh atau separuh gaji adalah tidak layak untuk memohon elaun tanggungan kerja
- 10 -
12.7
Anggota pekerja yang memenuhi syarat-syarat di atas akan dipertimbangkan untuk diberi kemudahan cuti belajar sepertimana berikut : (a) (b) (c) (d) (e)
13.0
Cuti Belajar Separuh Gaji. Cuti Belajar Bergaji Penuh. Cuti Belajar Tanpa Gaji. Cuti Khas Peperiksaan. Pinjaman Pelajaran.
Cuti Sakit Lanjutan 13.1
Kemudahan ini bertujuan untuk menangani dan menentukan kedudukan status perjawatan anggota pekerja yang menghidapi penyakit dalam tempoh yang berpanjangan. Pengesahan dari Doktor dan Lembaga Perubatan akan diperolehi bagi menentukan sama ada anggota pekerja berkenaan menghidapi penyakit yang berpanjangan serta mempunyai harapan untuk sembuh atau tidak.
13.2
Tatacara mengendalikan anggota pekerja berpanjangan adalah seperti berikut :-
yang
mengambil
cuti
sakit
(a)
Anggota pekerja yang menghidapi sakit yang berpanjangan sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Perubatan yang dilantik oleh Johor Corporation adalah layak mengambil cuti sakit sehingga 60 hari. Selepas tempoh 60 hari tersebut, dan jika diperakukan oleh Pegawai Perubatan bahawa anggota pekerja masih sakit dan mempunyai harapan untuk sembuh , beliau boleh diberikan cuti sakit lanjutan tidak melebihi 30 hari lagi. Cuti sakit lanjutan ini adalah cuti bergaji.
(b)
Jika anggota pekerja tersebut masih belum sembuh selepas tempoh cuti sakit lanjutan tersebut habis dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan bahawa anggota pekerja tersebut ada harapan untuk sembuh maka beliau layak diberikan cuti berikut dalam satu tahun kalendar secara satu persatu :-
(c)
(i)
Beliau diberikan cuti separuh gaji sehingga 90 hari.
(ii)
Jika masih belum sembuh selepas tamat tempoh 90 hari tersebut, beliau boleh diberikan cuti tanpa gaji selama 90 hari pula jika diperakukan oleh Pegawai Perubatan. Semasa di dalam tempoh cuti tanpa gaji tersebut, anggota pekerja berkenaan hendaklah dirujukkan kepada Lembaga Perubatan untuk pemeriksaan bagi menentukan tahap kesihatan anggota pekerja berkenaan.
Sekiranya Lembaga Perubatan mengesahkan anggota pekerja tersebuttiada harapan untuk sembuh dan tidak mampu untuk melakukan tugas-tugas hakiki di dalam jawatan beliau, anggota pekerja tersebut akan dirujukkan kepada PERKESO bagi tujuan permohonan Pencen Ilat, untuk mereka yang menjadi ahli PERKESO.
- 11 -
(d)
Sekiranya urusan pemeriksaan kesihatan oleh Lembaga Perubatan dan PERKESO mengambil masa yang melebihi tempoh cuti tanpa gaji yang diberikan, cuti tanpa gaji beliau akan dilanjutkan sehingga keputusan diterima dari PERKESO.
(e)
Sekiranya anggota pekerja terbabit disahkan oleh Lembaga Perubatan masih boleh bertugas, anggota pekerja terbabit dikehendaki kembali menjalankan tugas hakiki dalam jawatan atau tugas-tugas lain yang bersesuaian mengikut keperluan Johor Corporation dan terdapatnya jawatan kosong.
(f)
Ringkasan prosedur pengambilan cuti sakit berpanjangan dan cuti sakit biasa adalah seperti berikut :-
BIL
TAHAP
JUMLAH HARI
1.
Cuti sakit sebanyak 60 hari setahun termasuk cuti sakit biasa (klinik panel) dan hospitalisasi. Peruntukan cuti sakit dari klinik panel
60 hari bergaji penuh
(a) Gaji melebihi RM1,500.00 = 15 hari setahun (b) Gaji RM1,500.00 dan ke bawah : -Berkhidmat kurang 2 tahun = 14 hari/ setahun -Berkhidmat 2 tahun tetapi kurang 5 tahun = 18 hari/setahun -Berkhidmat 5 tahun ke atas = 22 hari/setahun
2.
3.
4.
Bagi anggota pekerja yang pada masa ini mempunyai gaji di bawah RM1,500.00 dan kemudiannya menikmati gaji melebihi RM1,500.00 disebabkan kenaikan gaji tahunan atau kenaikan pangkat, kelayakan cuti sakit akan berubah kepada 15 hari setahun . Cuti sakit lanjutan dengan pengesahan doktor bahawa anggota pekerja tersebut mempunyai harapan untuk sembuh. Cuti separuh gaji dengan mendapat pengesahan doktor bahawa anggota pekerja tersebut mempunyai harapan untuk sembuh. Cuti tanpa gaji dengan mendapat pengesahan doktor. Dalam tempoh cuti ini, anggota pekerja akan dirujukkan kepada Lembaga Perubatan untuk menentukan anggota pekerja tersebut masih boleh bertugas di dalam jawatan sedia ada atau sebaliknya.
- 12 -
30 hari bergaji penuh
90 hari separuh gaji
90 hari tanpa gaji.
BIL
TAHAP
JUMLAH HARI
5.
Jika disahkan oleh doktor bahawa tiada harapan sembuh, anggota pekerja akan dirujukkan kepada PERKESO untuk tujuan tuntutan Pencen Ilat (ahli PERKESO sahaja).
Cuti tanpa gaji akan dilanjutkan sekiranya urusan Pencen Ilat mengambil masa panjang.
6.
Jika Lembaga Perubatan mengesahkan anggota pekerja masih boleh bertugas, beliau boleh kembali bertugas dengan syarat terdapat kekosongan yang setaraf atau lebih rendah.
- 13 -