F U H U A
P R I M A R Y
S C H O O L
2016 SEMESTRAL ASSESSMENT 1
FOUNDATION MALAY LANGUAGE
Primary Six
[
Nama
:
Darjah
:
6
Tarikh
Masa
:
30 min
Tandatangan Waris :
Markah :
/ 10
1
:
]
ARAHAN:
Baca petikan-petikan berikut dengan teliti. Kemudian, jawab soalan bagi tiap-tiap petikan dengan memilih jawapan yang tepat. Tuliskan nombor jawapan kamu di dalam tanda kurung yang disediakan.
PETIKAN 1
Setiap kali bulan Ramadan menjelang, ramai yang berpusu-pusu untuk membeli buah kurma. Namun, kini, buah kurma semakin diminati orang ramai dan akan dibeli tidak hanya pada bulan Ramadan sahaja. Ini adalah kerana ramai yang semakin menggemari kemanisan dan keenakan buah kurma. Mereka juga telah pun mengetahui khasiat dan kelebihan sebenar buah kurma. Buah kurma sebenarnya mengandungi kalsium dan zat besi yang tinggi. Kajian mendapati bahawa buah kurma adalah antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga dan tubuh kita akan segera menyalurkannya ke seluruh anggota badan termasuklah otak kita.
1. Buah kurma semakin diminati ramai kerana __________________________. 1.
bulan Ramadan bakal menjelang
2.
kemanisan, keenakan serta khasiatnya
3.
pantas diproses sebagai bekalan tenaga (
2
)
PETIKAN 2
Daniel telah menyertai suatu perkhemahan motivasi pada cuti sekolah bulan Jun lalu. Perkhemahan motivasi itu adalah anjuran jawatankuasa Masjid Kampung Siglap dan akan diadakan selama tiga hari dua malam di pekarangan pantai East Coast. Seramai lapan puluh peserta telah menyertai perkhemahan tersebut dan setiap peserta telah dikenakan bayaran sebanyak lima puluh dolar. Walaupun yuran penyertaan agak mahal, namun, ibu bapa para peserta berpendapat bahawa yuran tersebut berpatutan. Objektif perkhemahan itu adalah untuk memberikan semangat dan rangsangan kepada pelajar supaya terus berusaha untuk sentiasa mengejar kejayaan dalam pelajaran. Daniel berasa amat seronok kerana para peserta dikehendaki mendirikan khemah di kawasan pantai East Coast. Semua peserta telah diajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul. Daniel tidak sabar untuk menyertai perkhemahan motivasi itu sekali lagi pada cuti sekolah bulan Disember pula.
2. Perkhemahan motivasi itu telah dianjurkan oleh _____________________. 1.
ibu bapa para peserta
2.
jawatankuasa pantai East Coast
3.
jawatankuasa Masjid Kampung Siglap (
)
3. Tujuan perkhemahan itu diadakan adalah untuk ________________ . 1.
mendirikan khemah dengan betul
2.
memberikan semangat kepada pelajar supaya mencapai kejayaan
3.
belajar cara memberikan rangsangan kepada pelajar lain agar berjaya (
3
)
PETIKAN 3
Petang itu, Rosie telah ke perpustakaan untuk mendapatkan informasi tentang peri pentingnya berbudi bahasa. Setiap murid di dalam kelasnya dikehendaki menyiapkan beberapa slaid titik kuasa tentang topik tersebut. Kemudian mereka perlu membuat persembahan di depan kelas. Semasa mencari bahan-bahan bacaan yang sesuai, Rosie terjumpa sebuah rencana di majalah yang menjelaskan tentang kepentingan sikap berbudi bahasa. Berbudi bahasa bukan sahaja penting di kalangan masyarakat malah penting bagi memastikan kestabilan ekonomi, keharmonian kaum dan kesejahteraan sesebuah negara. Sikap
berbudi
bahasa
mempunyai
banyak
kelebihan.
Dengan
mengamalkannya, seseorang itu dapat melahirkan rasa kasih sayang, kemesraan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Tanpa budi bahasa, seseorang itu akan bersikap lebih mementingkan diri sendiri. Mereka juga tidak mungkin dapat menunjukkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Rosie mencatitkan segala informasi yang dibaca dan memulakan tugasannya.
4. Rosie telah ke perpustakaan bagi _________________. 1.
menstabilkan ekonomi negara
2.
menunjukkan sikap berbudi bahasa
3.
mendapatkan maklumat tentang sikap berbudi bahasa (
)
5. Jika seseorang tiada sikap berbudi bahasa, dia akan ________________ . 1.
dapat melahirkan rasa kasih sayang
2.
bersikap lebih mementingkan diri sendiri
3.
menunjukkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain (
SELESAI 4
)
Jawapan: 1) 2) 3) 4) 5)
2 3 2 3 2
5