ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM
TAJUK 2: FALSAFAH, KONSEP & MATLAMAT KOKURIKULUM Tumpukan kepada BAB 2 halaman 18 – 32 sahaja. Menjelaskan konsep kokurikulum Menganalisis falsafah kokurikulum sekolah Membincang matlamat kokurikulum Menerangkan faedah pelaksanaan kokurikulum
sekolah
Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan definisi dan konsep kokurikulum yang
2.
3. 4. 5.
sesuai dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah; Mengenal pasti matlamat dan objektif pendidikan kokurikulum di sekolah; Menyenaraikan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah; Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan kokurikulum; dan Menjelaskan fungsi aktiviti pendidikan kokurikulum.
BAB II KONSEP, MATLAMAT, OBJEKTIF DAN STRATEGI PELAKSANAAN
Pengenalan Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah,
Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah. (a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli; (b) Kekerapan mengadakan mesyuarat; (c) Pembentukan jawatankuasa kecil; (d) Pelaporan berkala; dan (e) Dokumentasi.
Konsep Pendidikan Kokurikulum “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” (Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997).
Perlaksanaan kokurikulum adalah wajib dilaksanakan di sekolah
dan institut pendidikan guru. Sebarang kegagalan dan keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Akta Pendidikan, 1996)
Pengenalan Pendidikan Kokurikulum Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah
adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum. Perlu diikuti oleh setiap pelajar sama ada ia dilaksanakan di dalam ataupun di luar bilik darjah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesuatu aktiviti. Membolehkan pelajar memperoleh seberapa banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan untuk mengembangkan kredibiliti yang ada pada diri mereka. Setiap pelajar jika diberikan peluang akan berupaya menyerlahkan ke arah perkembangan bakat, minat, mental, jasmani, sahsiah, rohani dan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Falsafah Pendidikan Kokurikulum a) b) c)
d) e)
f)
g)
Setiap pelajar mempunyai minat dan kebolehan yang boleh diperkembangkan dan diperkukuhkan. Setiap orang pelajar boleh dididik dan diasuh berdasarkan kesesuaian dan keupayaan mereka. Setiap orang pelajar perlu ada keseimbangan dari segi perkembangan intelek, perkembangan fizikal, emosi dan rohani. Sekolah adalah institusi yang bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berkualiti untuk masyarakat dan negara. Masyarakat juga bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya menjadi warganegara yang berhemah dan berketerampilan. Setiap pelajar perlu dididik dan diasuh untuk menjadi masyarakat yang sentiasa bertakwa dan berpegang kepada ajaran agama. Setiap pelajar perlu diasuh dan diperkembangkan keupayaan mereka dalam aspek nilai murni, interpersonal dan intrapersonal.
Matlamat Pendidikan Kokurikulum a) Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi
b) c)
d)
e)
f) g)
nasional dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar; Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal; Menyemai nilai pendidikan; Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar; Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan; Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS; dan Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Objektif Pendidikan Kokurikulum a) Menyemai b) c) d)
e) f) g)
h)
kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan; Menyumbang perkembangan JERIS; Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid; Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam aktiviti diceburi; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok; Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat; Mewujudkan sekolah berwatak; dan Menyediakan murid untuk program latihan khidmat negara (PLKN) dan integrasi nasional.
Strategi Pelaksanaan Pendidikan Kokurikulum Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai
kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah. Menambah bilangan pasukan berunifom, persatuan/kelab, sukan/permainan dan aktiviti lain yang memberikan faedah kepada perkembangan sahsiah, keperibadian, dan kemahiran serta pengetahuan murid-murid. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit berunifom, persatuan/kelab, sukan/permainan agar semua murid dapat melibatkan diri secara optimum dalam aktiviti yang diminati.
Melibatkan
murid daripada pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yang bersesuaian untuk tujuan perpaduan. Memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, murid dan masyarakat. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam perancangan aktiviti kokurikulum. Melaksanakan sistem pengurusan kokurikulum secara bersepadu dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum murid sepanjang tahun dalam sesi persekolahan mereka. Menggunakan Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah (SPAKS) secara berkomputer memudahkan penyimpanan rekod murid.
Merancang dan manganjurkan aktiviti pertandingan
yang boleh melibatkan semua murid di sekolah. Menyelia dan menilai penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara berhemah dan berterusan serta adil. Merancang serta melaksanakan sesi pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada mana-mana murid yang telah mencapai tahap kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum. Memberikan penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum. Merancang dan menyelia setiap aktiviti kokurikulum dengan sempurna dan berkesan sesuai dengan objektif yang disarankan.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Kokurikulum Laporan Razak 1956, menyebut bahawa kegiatan
kokurikulum dijadikan sebagai suatu kegiatan berkumpulan dan wajib dilaksanakan disekolah. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, kegiatan kokurikulum dijadikan sebahagian daripada aktiviti berasingan daripada proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Laporan Kabinet 1978, menguatkan lagi kepentingan kokurikulum sebagai suatu bidang selain akademik yang akan dapat membentuk sahsiah serta keperibadian pelajar secara lebih positif. Manakala pada tahun 1985, 60 minit subjek kokurikulum telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Fungsi Aktiviti Pendidikan Kokurikulum a) Pendidikan yang menyeluruh dan seimbang b) Menggilap bakat murid c) Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan d) Peningkatan disiplin murid e) Memupuk dan memperkukuhkan perasaan muhibah f) g)
h) i) j)
serta perpaduan Menyemai dan memupuk nilai murni Bijak menggunakan masa lapang Menyumbang usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan Khidmat masyarakat Hobi dan rekreasi
Impak Pendidikan Kokurikulum kepada Pelajar a) Mengamalkan
b)
c)
d) e)
dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa belajar dalam bilik darjah. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran formal dalam bilik darjah. Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dan memupuk sikap yakin akan kebolehan diri sendiri. Melatih diri hidup secara berdikari. Berinteraksi dan menghargai serta menanamkan sifat kebertanggungjawaban terhadap kepentingan alam sekitar.
(f) Mengembangkan minat serta bakat dalam sesuatu bidang yang diceburi. (g) Menghargai serta mengalami sendiri tentang kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan. (h) Menghargai serta mengalami sendiri hakikat kepentingan perpaduan dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat. (i) Menguji serta mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan, ketabahan dan kecekalan menghadapi cabaran serta masalah. (j) Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru yang ada untuk kemajuan diri sendiri dan rakan. (k) Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yang berkemungkinan tidak diperolehi dalam bilik darjah.
(l) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam bidang yang diminati dan diceburi. (m) Memperluas persepsi dan pandangan hidup. (n) Berkebolehan untuk berinteraksi bersama rakan dan masyarakat untuk mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera. (o) Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah. (p) Memberikan sumbangan tenaga, idea dan buah fikiran secara bernas melalui khidmat kepakaran yang sedia ada. (q) Menyuburkan sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, toleransi, menerima, berbudi bahasa yang mulia,bersopan santun, empati dan kepimpinan. (r) Memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani dan kecemerlangan serta keterampilan intelek.