Versi 4.0 (2012) TATA PENGENDALIAN ELECTRONIC INDUSTRY CITIZENSHIP COALITION® Tata Pengendalian Electronic Industry Citizenship Coalition® (Gabungan Kerakyatan Industri Elektronik - EICC®) mewujudkan standard untuk memastikan bahawa keadaan kerja dalam rangkaian bekalan industri elektronik adalah selamat, pekerja dilayan dengan rasa hormat dan bermaruah, operasi perniagaan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan dilaksanakan dengan beretika. Tata ini dianggap sebagai sebahagian daripada industri elektronik bagi tujuan pengendalian dalam semua organisasi yang boleh mereka bentuk, memasarkan, menghasilkan atau memberikan barangan dan perkhidmatan yang digunakan untuk menghasilkan barangan elektronik. Ia boleh digunakan secara sukarela oleh mana-mana perniagaan dalam sektor elektronik dan seterusnya digunakan oleh perniagaan tersebut pada rantaian bekalan subkontraktornya, termasuk pembekal buruh kontrak. Untuk menggunakan Tata ini dan menjadi peserta (“Peserta”), perniagaan hendaklah mengiktiraf sokongannya terhadap Tata ini dan berusaha secara aktif mengikut Tata ini dan standardnya mengikut sistem pengurusan di sini. Peserta hendaklah menganggap Tata ini sebagai inisiatif keseluruhan rantaian bekalan. Sekurang-kurangnya, Peserta juga akan menghendaki pembekal peringkat seterusnya mengiktiraf dan melaksanakan Tata ini. Asas kepada penerapan Tata Pengendalian ini adalah memahami bahawa suatu perniagaan itu hendaklah beroperasi dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang, aturan dan peraturan negara di tempat ia beroperasi dalam semua aktivitinya.1 Tata ini menggalakkan Peserta untuk pergi lebih jauh daripada semata-mata mematuhi undang-undang dengan berpandukan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, untuk memajukan tanggungjawab sosial dan alam sekitar dan etika perniagaan. EICC komited untuk memperoleh input berterusan daripada pihak berkepentingan dalam pembangunan dan pelaksanaan Tata Pengendalian yang berterusan. Tata ini terdiri daripada lima bahagian. Bahagian A, B dan C masing-masing menggariskan standard untuk Buruh, Kesihatan dan Keselamatan serta Alam Sekitar. Bahagian D menambah standard berkaitan dengan etika perniagaan; Bahagian E menggariskan unsur sistem yang boleh diterima untuk menguruskan keakuran terhadap Tata ini.
1
Tata ini tidak bertujuan untuk mencipta hak pihak ketiga yang baru dan tambahan, termasuk untuk pekerja.
Tata Pengendalian EICC v4.0
1
A. BURUH Peserta komited untuk mendukung hak asasi manusia bagi pekerja, dan untuk melayani mereka dengan bermaruah dan rasa hormat seperti yang difahami oleh komuniti antarabangsa. Ini dikenakan terhadap semua pekerja termasuk pekerja sementara, migran, pelajar, pekerja kontrak, pekerja digaji syarikat dan sebarang jenis pekerja lain. Standard yang diiktiraf, seperti yang disediakan dalam lampiran, digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan Tata ini dan boleh menjadi sumber maklumat tambahan yang berguna. Standard buruh adalah: 1)
Pekerjaan Dipilih Secara Bebas Buruh paksa, buruh terikat (termasuk ikatan hutang) atau kontrak, buruh paksaan penjara, perhambaan atau penyeludupan orang tidak boleh digunakan. Ini termasuk mengangkut, menyembunyikan, merekrut, memindahkan atau menerima orang yang lemah dengan cara ancaman, paksaan dan pemaksaan, penculikan atau penipuan untuk tujuan mengeksploitasi. Semua kerja mestilah secara sukarela dan pekerja adalah bebas untuk berhenti kerja atau menamatkan pekerjaan mereka pada bila-bila masa. Pekerja tidak perlu diminta untuk menyerahkan sebarang pengenalan, pasport atau permit kerja yang dikeluarkan kerajaan sebagai syarat pekerjaan. Bayaran yang dikenakan kepada pekerja hendaklah tidak melampau, dan semua bayaran itu hendaklah dinyatakan.
2)
Penghindaran Buruh Kanak-kanak Buruh kanak-kanak tidak boleh digunakan dalam mana-mana peringkat pengeluaran. Istilah “kanak-kanak” merujuk kepada mana-mana orang di bawah umur 15 tahun (atau 14 tahun di mana yang dibenarkan undang-undang negara), atau di bawah umur untuk menyelesaikan pendidikan wajib, atau di bawah umur minimum untuk mendapat pekerjaan di negara tersebut, mana-mana yang lebih tinggi. Penggunaan program perantis di tempat kerja sah, yang mematuhi semua undang-undang dan peraturan, adalah disokong. Pekerja di bawah umur 18 tahun tidak boleh melakukan kerja yang berkemungkinan menjejaskan kesihatan atau keselamatan pekerja muda.
3)
Waktu Bekerja Kajian amalan perniagaan jelas mengaitkan keletihan pekerja dengan produktiviti berkurangan, peningkatan keluar masuk buruh dan peningkatan kecederaan serta penyakit. Minggu kerja tidak boleh melebihi maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang setempat. Selain itu, minggu kerja tidak boleh lebih dari 60 jam setiap minggu, termasuk bekerja lebih masa, kecuali dalam situasi kecemasan atau luar biasa. Pekerja hendaklah dibenarkan sekurang-kurangnya satu hari cuti untuk setiap tujuh hari seminggu.
4)
Gaji dan Faedah Pampasan dibayar kepada pekerja hendaklah mematuhi semua undang-undang gaji yang berkaitan, termasuk yang berkaitan dengan gaji minimum, jam bekerja lebih masa dan faedah yang dimandatkan mengikut undang-undang. Menurut undang-undang setempat, pekerja hendaklah diberikan pampasan untuk bekerja lebih masa pada kadar bayaran yang lebih berbanding dengan kadar mengikut jam biasa. Potongan gaji sebagai tindakan disiplin adalah tidak dibenarkan. Asas pengiraan bayaran gaji pekerja hendaklah diberi tepat pada masanya melalui keratan resit bayaran atau catatan yang serupa.
5)
Layanan Berperikemanusiaan Tiada layanan yang tidak berperikemanusiaan termasuk sebarang gangguan seksual, penderaan seksual, hukuman dera, paksaan mental atau fizikal atau kata cercaan terhadap pekerja; ataupun ancaman bagi mana-mana layanan tersebut. Dasar dan prosedur disiplin yang menyokong keperluan ini hendaklah ditakrifkan dan disampaikan kepada pekerja dengan jelas.
Tata Pengendalian EICC v4.0
2
A. BURUH (samb.) 6)
Tiada Diskriminasi Peserta hendaklah komited terhadap tenaga kerja yang bebas daripada gangguan dan diskriminasi yang menyalahi undang-undang. Syarikat tidak boleh terlibat dalam diskriminasi berdasarkan kepada bangsa, warna kulit, umur, jantina, orientasi seksual, keetinikan, ketakupayaan, kehamilan, agama, hubungan politik, keahlian persatuan atau status perkahwinan dalam amalan pengambilan bekerja dan pekerjaan seperti naik pangkat, ganjaran dan akses terhadap latihan. Selain daripada itu, pekerja atau pekerja berpotensi tidak akan tertakluk kepada ujian perubatan yang boleh digunakan dalam cara diskriminasi.
7)
Kebebasan Berkesatuan Komunikasi terbuka dan penglibatan langsung di antara pekerja dan pengurusan adalah cara paling berkesan untuk menyelesaikan isu tempat kerja dan pampasan. Hak pekerja untuk berkesatuan dengan bebas, menyertai atau tidak menyertai kesatuan sekerja, mencari wakil dan menyertai majlis buruh menurut undang-undang setempat perlu dihormati. Pekerja hendaklah boleh berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi timbang cara dengan pengurusan berkaitan dengan keadaan kerja dan amalan pengurusan tanpa khuatir terhadap lawan balas, intimidasi atau gangguan.
Tata Pengendalian EICC v4.0
3
B. KESIHATAN dan KESELAMATAN Peserta mengakui bahawa selain daripada meminimumkan kejadian kecederaan dan penyakit berkaitan dengan kerja, persekitaran kerja yang selamat dan sihat meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, kekonsistenan pengeluaran dan pengekalan dan semangat pekerja. Peserta juga mengiktiraf bahawa input dan pendidikan pekerja yang berterusan adalah penting untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Sistem pengurusan yang diiktiraf seperti OHSAS 18001 dan Garis Panduan ILO mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan Tata ini dan boleh menjadi sumber maklumat tambahan yang berguna. Standard kesihatan dan keselamatan adalah: 1)
Keselamatan Pekerjaan Pendedahan pekerja terhadap potensi bahaya keselamatan (seperti sumber elektrik dan tenaga lain, api, kenderaan dan bahaya terjatuh) hendaklah dikawal melalui reka bentuk, kejuruteraan dan kawalan pentadbiran yang wajar, penyelenggaraan pencegahan dan prosedur kerja selamat (termasuk sekat masuk/tagout), dan latihan keselamatan berterusan. Di tempat bahaya yang tidak boleh dikawal dengan cara ini, pekerja hendaklah diberikan peralatan pelindung peribadi yang sesuai dan diselenggarakan dengan baik. Pekerja tidak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan kebimbangan keselamatan.
2)
Kebersediaan Kecemasan Situasi dan kejadian potensi kecemasan hendaklah dikenal pasti dan dinilai, dan impaknya diminimumkan dengan melaksanakan pelan kecemasan dan prosedur respons termasuk: pelaporan kecemasan, prosedur pemberitahuan dan pemindahan pekerja, latihan dan latihan kecemasan pekerja, peralatan pengesan dan pemadam kebakaran yang sesuai, kemudahan untuk keluar dan rancangan pemulihan yang mencukupi.
3)
Kecederaan dan Penyakit Pekerjaan Prosedur dan sistem hendaklah telah disediakan untuk mengelakkan, mengurus, menjejaki dan melaporkan kecederaan dan penyakit pekerjaan termasuk peruntukan untuk: menggalakkan pelaporan oleh pekerja; mengklasifikan dan merekod kes kecederaan dan penyakit; memberikan rawatan perubatan yang diperlukan; menyiasat kes dan melaksanakan tindakan pembetulan untuk menyingkirkan penyebabnya; dan membantu pekerja untuk kembali bekerja.
4)
Amalan Kesihatan Industri Pendedahan pekerja terhadap agen bahan kimia, biologi dan fizikal hendaklah dikenal pasti, dinilai dan dikawal. Kawalan kejuruteraan dan pentadbiran mesti digunakan untuk mengawal dedahan lampau. Apabila bahaya tidak dapat dikawal secukupnya dengan cara tersebut, kesihatan pekerja hendaklah dilindungi dengan program peralatan pelindung peribadi yang sesuai.
5)
Kerja yang Mengerah Tenaga Pendedahan pekerja terhadap bahaya tugas yang mengerah tenaga, termasuk pengendalian bahan secara manual dan tugas mengangkat yang berat dan berulang-ulang, berdiri untuk tempoh yang panjang dan pemasangan berulang-ulang dan dengan kuat hendaklah dikenal pasti, dinilai dan dikawal.
Tata Pengendalian EICC v4.0
4
B. KESIHATAN dan KESELAMATAN (samb.) 6)
Perlindungan berkenaan Mesin Mesin pengeluaran dan mesin yang lain hendaklah dinilai untuk bahaya keselamatan. Adang, saling kunci dan rintangan fizikal hendaklah disediakan dan diselenggara dengan betul di tempat terdapat mesin yang memberikan bahaya kecederaan terhadap pekerja.
7)
Sanitasi, Makanan dan Perumahan Para pekerja hendaklah diberikan akses tersedia ke kemudahan tandas bersih, air boleh diminum dan penyediaan makanan, kemudahan penyimpanan dan tempat makan yang bersih. Asrama pekerja yang disediakan oleh Peserta atau agen buruh hendaklah diselenggara supaya bersih dan selamat, dan diberikan laluan keluar kecemasan yang sesuai, air panas untuk mandi, haba dan pengudaraan mencukupi dan ruang peribadi yang munasabah beserta dengan keistimewaan tempat masuk dan keluar yang munasabah.
Tata Pengendalian EICC v4.0
5
C. ALAM SEKITAR Peserta mengiktiraf bahawa tanggungjawab terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk menghasilkan produk berkelas dunia. Dalam operasi penghasilan, kesan buruk terhadap komuniti, alam sekitar dan sumber semulajadi hendaklah diminimumkan di samping menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam. Sistem pengurusan yang diiktiraf seperti ISO 14001 dan Sistem Pengurusan dan Audit Eco (EMAS) digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan Tata ini dan boleh menjadi sumber yang berguna sebagai maklumat tambahan. Standard alam sekitar adalah: 1)
Permit dan Pelaporan Alam Sekitar Semua permit alam sekitar (seperti pengawasan bahan buangan), kelulusan dan pendaftaran yang dikehendaki hendaklah diperoleh, diselenggara dan dipastikan terkemas kini dan keperluan operasi dan pelaporannya dipatuhi.
2)
Pencegahan Pencemaran dan Pengurangan Sumber Semua jenis sisa, termasuk air dan tenaga, hendaklah dikurangkan atau disingkirkan di sumber atau mengikut amalan seperti mengubah suai proses pengeluaran, penyelenggaraan dan kemudahan, penggantian bahan, pemuliharaan, mengitar semula dan menggunakan semula bahan.
3)
Bahan Berbahaya Bahan kimia dan bahan lain yang memberi ancaman bahaya jika dibebaskan ke alam sekitar hendaklah dikenal pasti dan diuruskan untuk memastikan pengendalian, pergerakan, penyimpanan, penggunaan, kitaran semula atau penggunaan semula dan pelupusannya adalah dibuat dengan selamat.
4)
Air Buangan dan Sisa Pepejal Air buangan dan sisa pepejal yang dihasilkan daripada operasi, proses industri dan kemudahan sanitasi hendaklah dicirikan, diawasi, dikawal dan dikendalikan sebagaimana yang dikehendaki sebelum dibuang atau dilupuskan.
5)
Pelepasan Udara Pelepasan bahan kimia organik meruap, aerosol, bahan kakis, zarah, bahan kimia yang menipiskan ozon dan hasil sampingan pembakaran yang dihasilkan daripada operasi ke udara dicirikan, diawasi, dikawal dan dikendalikan seperti yang diperlukan sebelum buangan.
6)
Sekatan Kandungan Produk Peserta hendaklah mematuhi semua undang-undang, peraturan dan keperluan pelanggan yang berkaitan dalam hal-hal larangan atau sekatan bahan tertentu, termasuk pelabelan bagi kitaran semula dan pelupusan.
Tata Pengendalian EICC v4.0
6
D. ETIKA Untuk menepati tanggungjawab sosial dan mencapai kejayaan dalam pasaran, Peserta dan agen mereka hendaklah mendukung standard tertinggi etika termasuklah: 1)
Integriti Perniagaan Standard tertinggi integriti hendaklah didukung dalam semua interaksi perniagaan. Peserta hendaklah mempunyai dasar toleransi sifar untuk melarang mana-mana dan semua bentuk sogokan, rasuah, pemerasan dan penggelapan wang (meliputi menjanjikan, menawarkan, memberi atau menerima sebarang sogokan). Semua urusan perniagaan perlulah dilaksanakan dengan telus dan digambarkan dengan tepat pada buku dan rekod niaga Peserta. Mengawasi dan menguatkuasakan prosedur hendaklah dilaksanakan untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang antirasuah.
2)
Tiada Kelebihan Tak Wajar Sogokan atau cara lain memperoleh kelebihan tak wajar atau tidak sepatutnya, hendaklah tidak ditawarkan atau diterima.
3)
Pendedahan Maklumat Maklumat berkaitan dengan aktiviti perniagaan, struktur, situasi dan prestasi kewangan hendaklah didedahkan menurut peraturan yang berkaitan dan amalan industri yang mengatasinya. Memalsukan rekod atau salah menyatakan syarat atau amalan dalam rantaian bekalan adalah tidak diterima.
4)
Hak Milik Intelektual Hak milik intelektual hendaklah dihormati; pemindahan teknologi dan cara ia dilakukan dalam cara yang melindungi hak milik intelektual.
5)
Perniagaan, Pengiklanan dan Persaingan Adil Standard perniagaan, pengiklanan dan persaingan adil adalah didukung. Cara sesuai untuk melindungi maklumat pelanggan mestilah tersedia.
6)
Perlindungan Identiti Program yang memastikan kerahsiaan dan perlindungan terhadap pemberi maklumat daripada pihak pembekal dan pekerja2 hendaklah diselenggarakan.
7)
Penyumberan Galian dengan Bertanggungjawab Peserta hendaklah mempunyai dasar untuk memastikan dengan munasabah bahawa tantalum, timah, tungsten dan emas dalam produk yang mereka hasilkan tidak membiayai atau memberikan faedah secara tidak langsung atau secara langsung kepada pasukan bersenjata yang merupakan pesalah penyalahgunaan hak asasi manusia yang serius di Republik Demokratik Congo atau negara bersempadan. Peserta hendaklah melaksanakan usaha wajar terhadap sumber dan rantaian penjagaan mineral ini dan menjadikan langkah usaha wajar tersedia kepada pelanggan di atas permintaan pelanggan.
2
Definisi tukang adu: Mana-mana orang yang membuat pendedahan mengenai kelakuan tidak wajar pekerja atau pegawai syarikat, atau oleh pegawai kerajaan atau badan kerajaan.
Tata Pengendalian EICC v4.0
7
D. ETIKA (samb.) 8)
Privasi Para Peserta adalah terikat untuk melindungi jangkaan privasi yang wajar terhadap maklumat peribadi semua pihak yang mereka jalankan perniagaan, termasuk pembekal, pelanggan, pengguna dan pekerja. Peserta hendaklah mematuhi undang-undang privasi dan keselamatan maklumat dan keperluan kawal selia apabila maklumat peribadi dikumpulkan, disimpan, diproses, dipindahkan dan dikongsi.
9)
Tiada Tindakan Balas Peserta hendaklah mempunyai proses perantara supaya kakitangan mereka dapat membangkitkan sebarang kebimbangan tanpa khuatir akan tindakan balas.
Tata Pengendalian EICC v4.0
8
E. SISTEM PENGURUSAN Peserta hendaklah menggunakan atau mewujudkan sistem pengurusan di mana skopnya adalah berkaitan dengan kandungan Tata ini. Sistem pengurusan hendaklah direka bentuk untuk memastikan: (a) pematuhan terhadap undang-undang yang dikenakan, peraturan dan keperluan pelanggan yang berkaitan dengan operasi dan produk Peserta; (b) pematuhan terhadap Tata ini; dan (c) pengenalpastian dan pengurangan risiko bagi operasi yang berkaitan dengan Tata ini. Ia juga hendaklah memudahkan penambahbaikan berterusan. Sistem pengurusan hendaklah mengandungi unsur-unsur berikut: 1)
Komitmen Syarikat Pernyataan dasar tanggungjawab sosial dan alam sekitar korporat yang menegaskan komitmen Peserta terhadap pematuhan dan peningkatan berterusan, disokong oleh pengurusan eksekutif.
2)
Kebertanggungjawaban dan Tanggungjawab Pengurusan Peserta akan mengenal pasti dengan jelas wakil syarikat yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan sistem pengurusan dan program yang berkaitan. Pengurusan kanan akan menyemak semula status sistem pengurusan secara berkala.
3)
Keperluan Undang-undang dan Pelanggan Proses untuk mengenal pasti, mengawasi dan memahami undang-undang, peraturan dan keperluan pelanggan yang berkaitan, termasuk apa yang dikehendaki oleh Tata ini.
4)
Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko Proses untuk mengenal pasti amalan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan3 dan buruh serta risiko etika yang berkaitan dengan operasi Peserta. Penentuan kepentingan relatif untuk setiap risiko dan pelaksanaan prosedur dan kawalan fizikal yang sesuai untuk mengawal risiko yang dikenal pasti serta memastikan pematuhan kawal selia.
5)
Objektif Peningkatan Objektif prestasi bertulis, sasaran dan rancangan pelaksanaan untuk meningkatkan prestasi sosial dan persekitaran Peserta, termasuk penilaian berkala bagi prestasi Peserta dalam mencapai objektif tersebut.
6)
Latihan Program untuk melatih pengurus dan pekerja untuk melaksanakan dasar, prosedur dan objektif peningkatan Peserta dan untuk memenuhi keperluan undang-undang serta kawal selia yang berkaitan.
7)
Komunikasi Proses untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat mengenai dasar, amalan, jangkaan dan prestasi Peserta kepada pekerja, pembekal dan pelanggan.
8)
Maklum Balas dan Penglibatan Pekerja Proses berterusan untuk menilai pemahaman pekerja dan mendapatkan maklum balas mengenai amalan dan keadaan yang dirangkumi oleh Tata ini dan untuk menggalakkan peningkatan berterusan.
3
Kawasan yang termasuk dalam penilaian risiko untuk kesihatan dan keselamatan persekitaran adalah kawasan pengeluaran, gudang dan kemudahan penyimpanan, peralatan sokongan loji/kemudahan, makmal dan ujian, kemudahan sanitasi (bilik mandi), dapur/kafeteria dan perumahan/asrama pekerja.
Tata Pengendalian EICC v4.0
9
E. SISTEM PENGURUSAN (samb.) 9)
Audit dan Penilaian Penilaian kendiri berkala untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan undangundang dan kawal selia, kandungan Tata ini dan keperluan berkontrak pelanggan yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar.
10)
Proses Tindakan Pembetulan Proses untuk pembetulan kekurangan yang dikenal pasti oleh penilaian dalaman atau luaran, pemeriksaan, penyiasatan dan semakan semula yang tepat pada masanya.
11)
Dokumentasi dan Rekod Penciptaan dan penyelenggaraan dokumen dan rekod untuk memastikan pematuhan kawal selia dan keakuran dengan keperluan syarikat bersama dengan kerahsiaan sewajarnya untuk melindungi privasi.
12)
Tanggungjawab Pembekal Proses untuk menyampaikan keperluan Tata ini kepada pembekal dan untuk mengawasi kepatuhan pembekal terhadap Tata ini.
Tata Pengendalian EICC v4.0
10
RUJUKAN Standard berikut digunakan dalam menyediakan Tata ini dan boleh menjadi sumber maklumat tambahan yang berguna. Standard berikut mungkin atau mungkin tidak disahkan oleh setiap Peserta. Akta Pembaharuan Dodd-Frank Wall Street dan Perlindungan Pengguna http://www.sec.gov/about/laws/wallstreetreform-cpa.pdf Pengurusan Eko & Sistem Audit www.quality.co.uk/emas.htm Inisiatif Perdagangan Beretika www.ethicaltrade.org/ Tataamalan Keselamatan dan Kesihatan ILO www.ilo.org/public/english/protection/safework/cops/english/download/e000013.pdf Standard Buruh Antarabangsa ILO www.ilo.org/public/english/standards/norm/whatare/fundam/index.htm ISO 14001 www.iso.org Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan www.nfpa.org/catalog/home/AboutNFPA/index.asp Panduan Usaha Wajar OECD http://www.oecd.org/document/36/0,3746,en_2649_34889_44307940_1_1_1_1,00.html Garis Panduan OECD bagi Perusahaan Multinasional www.oecd.org OHSAS 18001 www.bsi-global.com/index.xalter Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia www.un.org/Overview/rights.html Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu Terhadap Rasuah www.unodc.org/unodc/en/crime_convention_corruption.html Dasar Global Bangsa-bangsa Bersatu www.unglobalcompact.org SA 8000 www.cepaa.org/ SAI www.sa-intl.org
Tata Pengendalian EICC v4.0
11
SEJARAH DOKUMEN Versi 1.0 - Dikeluarkan pada Oktober 2004. Versi 1.1 - Dikeluarkan pada Mei 2005. Dokumen diubah menjadi format EICC, semakan kecil tataletak halaman; tiada perubahan kandungan. Versi 2.0 - Dikeluarkan pada Oktober 2005 dengan semakan bagi berbilang peruntukan. Versi 3.0 – Dikeluarkan pada Jun 2009 dengan semakan bagi berbilang peruntukan. Versi 4.0 – Dikeluarkan pada April 2012 dengan semakan bagi berbilang peruntukan. Pada mulanya Tata Pengendalian EICC dibangunkan oleh sebilangan syarikat yang terlibat dalam penghasilan produk elektronik antara bulan Jun dan Oktober 2004. Syarikat-syarikat dijemput dan digalakkan untuk menggunakan Tata ini. Anda boleh memperoleh maklumat tambahan dari www.eicc.info.
Tata Pengendalian EICC v4.0
12