Ebook PERTAMA Di Malaysia Yang Membincangkan Mengenai Rahsia Bagaimana Untuk Menjana Kekayaan Dengan Emas..
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Perhatian!
Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.rahsiaemas.com. Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook ini kepada pihak lain. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin RahsiaEmas.com jika menerima ebook ini tanpa melalui RahsiaEmas.com. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. Ebook ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari RahsiaEmas.com sahaja. Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkannya dunia mahupun akhirat. Sekian, terima kasih. Dari penerbit, Jamaluddin Bahari & Dari penulis ebook, Abd. Hafiz Ab Wasa Dan penasihat, En. Syukor Hashim
Founder RahsiaEmas.com © 2009
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
2
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Kata aluan dari penerbit Ebook Emas-Emas Yang Hilang.
Untuk
makluman
anda,
saya
Jamaluddin
Bahari
telah
berkecimpung
dalam
pemasaran ebook sejak disember 2008 lagi dan berjaya menyebarkan pelbagai ebook berinformasi yang membantu rakyat Malaysia. Ebook Emas- Emas yang Hilang ini adalah ebook ke – 5 terbitan saya. Bagaimana idea ebook ini muncul?
Begini...Kisahnya bermula apabila saya terserempak rakan baik saya iaitu En Abd Hafiz Wasa di satu forum setelah sekian lama beliau tidak memunculkan diri. Saya bertanya khabar mengenainya dan bertanya kenapa beliau jarang aktif dalam forum kebelakangan ini. Apa yang diberitahunya ialah “Aku sekarang sibuk buat pelaburan emas di bawah sifu yang otai dalam pelaburan emas ini”. Saya apa lagi, apabila mendengarnya terus saja saya jemput saudara Abd Hafiz Wasa untuk berkongsi ilmu barunya dalam bentuk penerbitan ebook. Dengan tanpa berfikir panjang, En Abd Hafiz Wasa terus bersetuju dengan pelawaan saya. Saya juga mempelawa “tuk guru” beliau iaitu En Syukor turut berkongsi ilmunya dalam ebook ini. Dan Alhamdulillah, jemputan saya diterima.
Semoga dengan perkongsian ini, suatu ilmu baru dapat disebarkan kepada rakyat Malaysia
dengan
objektif
kita
semua
memulakan
pelaburan
yang
amat
menguntungkan iaitu melabur dengan emas.
Yang benar,
Jamaluddin bahari
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
3
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Pendahuluan dari penulis:
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembeli laporan buat duit dengan emas. Tahniah saya ucapkan kerana anda membeli peluang kepada diri anda untuk menambahkan lagi kekayaan melalui emas.
Di Malaysia tidak ramai menyedari kelebihan-kelebihan melabur dalam emas ini. Apa yang sering kita nampak adalah ASB (Amanah Saham Bumiputera) salah satu daripada cara untuk kita menambahkan lagi aset kita. Tetapi kita tidak tahu emas juga memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB.
Kenapa kita tidak tahu emas ini mampu meningkatkan lagi kekayaan kita? Ini kerana tiada orang yang berani tampil kehadapan untuk ‘membocorkan’ macam mana mereka mengaut keuntungan melalui emas.
Dan sekarang, saya akan mendedahkan pelbagai cara untuk kita menjana kekayaan melalui emas. Saya akan kongsikan pengalaman saya dan usahawan - usahawan emas dalam meningkatkan kekayaan melalui emas.
Selain itu saya juga akan berkongsikan dengan anda semua bagaimana kita boleh menggunakan konsep “use other people money” (guna duit orang lain) dalam menjana kekayaan melalui emas.
Setiap pelaburan ada risikonya dan tidak terkecuali juga dengan pelaburan emas. Tapi anda tidak perlu risau kerana saya akan huraikan bagaimana kita dapat mengurangkan risiko berkenaan. Dan yang paling pasti, anda tidak akan rugi dengan menambah kekayaan melalui emas. Pernahkah anda lihat penjual emas bankrup atau lingkup?
Antara perkara lain yang akan dibincangkan adalah bagaimana kita dapat meraih keuntungan melalui pelaburan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa yang panjang. Melalui pelaburan berkenaan kita akan mengenali pelbagai aspek kejayaan pelaburan emas ini dan berusaha mengurangkan risiko kerugian.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
4
Emas – Emas Yang Hilang
Jadi
dengan
ilmu
yang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!! bakal
saya
sampaikan
ini,
diharapkan
anda
dapat
menggunakannya sebaik-baiknya. Dan juga jangan sesekali ada perasaan tamak untuk cepat kaya.
Yang benar,
Abd Hafiz Wasa
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
5
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Kata-kata Aluan Daripada penasihat rahsiaemas.com:
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dengan limpah dan rahmatnya, dapat juga Ebook Emas-Emas Yang Hilang ini iaitu ebook panduan pelaburan emas yang belum pernah diterbitkan di pasaran Malaysia kini menjadi rujukan kita semua.
Saya telah dihubungi oleh Hafiz iaitu penulis ebook ini kira-kira beberapa minggu sebelum ebook ini lancarkan. Menurutnya, dia mahu menulis sebuah ebook berkaitan pelaburan emas di bawah terbitan En. Jamaluddin Bahari selaku penerbit dan menjadikan blog saya iaitu www.jutawanemas.com sebagai platform rujukannya. Dan disebabkan masih belum ada lagi ebook atau buku berkaitan pelaburan emas yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia, maka saya bersetuju dan bersedia membantu mereka menyiapkan Ebook ini.
Sebenarnya pelaburan emas di Malaysia ini senang sahaja. Tetapi cara kita mengendalikan pelaburan kita dan strategi yang digunakan adalah faktor kejayaan dalam pelaburan emas ini.
Dengan ilmu pelaburan yang saya miliki, sedikit sebanyak beberapa strategi pelaburan telah saya kongsikan bersama Hafiz. Dan Hafiz telah terjemahkan ideaidea strategi pelaburan berkenaan kedalam ebook ini.
Sebagai makluman anda, saya bekerja di bahagian pengurusan di Universiti Multimedia, Melaka. Selain berkhidmat dalam sektor pendidikan, saya juga telah melibatkan diri dalam kajian pelaburan emas di Malaysia.
Dalam kajian saya selama 2 tahun, saya dapati Emas merupakan logam yang terpilih yang mampu memberi kekayaan kepada pemiliknya. Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut disini kepada anda bagaimana emas mampu memberikan kekayaan yang
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
6
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
sebenar kerana dalam ebook ini telah dibincangkan secara ‘detail’ oleh Hafiz selaku penulis ebook ini.
Jika
dibincangkan
melalui
kontek
pelaburan,
kita
haruslah
mencari
sesuatu
pelaburan yang menguntungkan, selamat dan mudah untuk dilaksanakan. Selain itu, sesuatu pelaburan itu mestilah kukuh dan stabil sepanjang masa.
Oleh yang demikian, Emas telah memenuhi kriteria-kriteria pelaburan yang diingini iaitu menguntungkan, selamat, mudah, kukuh dan stabil sepanjang zaman.
Akhir kata, dengan memahami kandungan dalam ebook ini saya yakin anda mampu memulakan pelaburan emas dan seterusnya dapat menjana keuntungan melaluinya. Ingat! Setiap pelaburan ada risikonya, tetapi dengan Emas anda mampu merendahkan risiko kerugian berkenaan.
Ikhlas, Syukor Hashim
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
7
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!! Isi kandungan:
Kata-kata Aluan.......................................................................................m/s 3 Topik 1: Kelebihan Emas Dalam Menjana Kekayaan.....................................m/s 9 - Antara Emas Dan Wang Kertas - Emas Dan Inflasi - Kenapa Harga Emas Sentiasa Naik - Emas Sebagai Portfolio Pelaburan Topik 2: Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?.....................................m/s 15 - Prestasi Emas Dalam 30 Hari - Prestasi Emas Dalam 6 bulan - Prestasi Emas Dalam 1 Tahun - Prestasi Emas Dalam 5 Tahun - Prestasi Emas dalam 10 Tahun Topik 3: Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas?...........................m/s 21 - Bagaimana hendak buat untung dengan barang kemas? - Bagaimana ingin membuat untung melalui emas Public Gold? - Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa yang pendek & panjang? - Bagaimana menjana keuntungan melalui Public Bank Gold Investment Account (GIA). Topik 4: Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas...........................m/s 45 - Nilai Matawang Menyusut, Inflasi Meningkat - Kenaikkan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham - Harga emas yang rendah pada tahun ‘90an - Penyusutan Matawang Dollar - Kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan Topik 5: Strategi Pelaburan Emas.............................................................m/s 53 Topik 6: Untungkah Dengan Mengadai Emas?............................................m/s 59 Topik 7: Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur ............................m/s 65 Topik Topik Topik Topik
8: Antara Kelebihan Dinar Emas......................................................m/s 71 9: Di sebalik Keistimewaan Barang Kemas........................................m/s 73 10: Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas.........................m/s 78 11: Tiada wang, bagaimana mahu memulakan Pelaburan Emas?.........m/s 80
Penutup.................................................................................................m/s 91
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
8
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 1: Kelebihan Emas dalam menjana kekayaan.
Sebelum saya mendedahkan teknik dan taktik menjana kekayaan melalui emas, saya rasa eloklah kita berkenal-kenalan dahulu dengan emas ini. Dalam hadis dan Al-Quran ada menceritakan kehebatan emas.
Tahukah anda bahawa begitu hebatnya emas dimana penduduk di syurga semuanya memiliki emas. Ini jelas menunjukkan betapa istimewanya logam, yang bernama emas.
Sejarah juga membuktikan nilai emas tidak pernah susut atau hilang harganya. Pada zaman Rasulullah SAW harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada masa sekarang iaitu selepas 1400 tahun lamanya harga seekor kambing juga adalah 1 dinar. Nampak bukan kehebatan emas ini.
“Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk
digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.”
“Antara emas dan wang kertas”
Terdapat perbezaan yang amat ketara antara emas dan wang kertas. Wang kertas yang ada sekarang sebenarnya hanya bernilai jika diistiharkan nilainya oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi nilai emas tiada hadnya dan seluruh dunia mengistiharkan nilainya.
Cuba anda bawa RM5000 ke Singapura dan anda ingin membeli makanan disana. Anda rasa mereka terima tak duit anda itu? Tidak bukan. Anda mesti tukarkan dahulu duit berkenaan ke matawang dolar Singapura. Ini bermakna duit RM kita itu tidak bernilai langsung atau jatuh nilainya.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
9
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Tetapi cuba anda bawa emas. Mereka semua pasti mengenali emas dan mengiktiraf bahawa emas adalah sesuatu yang amat bernilai harganya.
Saya bagi contoh satu lagi situasi. Katakan negara kita menghadapi peperangan dan tidak aman lagi. Semua bangunan dimusnahkan dan kita hanya ada satu jalan lagi untuk menyelamatkan diri iaitu keluar dari Malaysia.
Ketika itu anda hanya sempat mengeluarkan duit sebanyak RM50 ribu sahaja. Cuba bayangkan saiz beg yang perlu anda pikul untuk memuatkan wang sebanyak RM50 ribu? Dan apabila anda menjejakkan kaki ke negara lain, adakah wang RM50 ribu adalah bernilai RM 50 ribu di negara tersebut? Sudah tentu jatuh nilainya lebih-lebih lagi jika negara anda mengalami peperangan. Inilah yang berlaku pada nilai matawang Iraq.
Ketika peperangan, nilai matawang Malaysia akan jatuh dan nilai Rm 50 ribu hanyalah bernilai RM10 ribu sahaja di negara tersebut. Nampak bukan bagaimana rapuhnya nilai matawang.
Tetapi jika kita mempunyai ½ kg emas iaitu berharga lebih kurang RM50 ribu, kita tidak perlu bawak beg besar-besar untuk memuatkan emas. Malah harga emas tetap sama walau dimana negara anda berada. Jadi disini jelas menunjukkan kehebatan emas berbanding wang tunai kertas.
“Emas dan Inflasi”
Dalam krisis ekonomi, bank setiap negara yang ada didunia ini akan menyimpan emas sebanyak mungkin. Jika berlaku kekurangan emas dalam simpanan, mereka terpaksa tempuhi inflasi yang tinggi dan nilai matawang negara tersebut akan susut.
Bank Negara Malaysia juga secara automatik akan meningkatkan lagi simpanan emas apabila berlaku kemerosotan ekonomi. Dan ini adalah merupakan salah satu daripada langkah untuk mengekang inflasi daripada terus meningkat.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
10
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Ingin saya dedahkan kepada anda semua bagaimana dengan berlakunya inflasi dan mampu meraih keuntungan dengan memiliki emas. Ya benar! Berlakunya krisis ekonomi bermakna anda bertambah kaya dengan emas!
Apabila berlaku krisis ekonomi, bank negara memerlukan duit yang banyak. Jadi mereka akan mengeluarkan bon. Rakyat akan membeli bon berkenaan dan dari situlah bank negara mendapat sumber wang.
Tetapi bagaimana bank negara ingin membayar balik duit rakyat yang membeli bon berkenaan? Sedangkan bank negara kekurangan wang. Maka dengan itulah bank negara akan mencetak lebih banyak lagi wang kertas.
Semakin banyak wang kertas dicetak, secara automatik nilai wang berkenaan akan berkurang. Jadi apabila nilai matawang berkurang maka nilai untuk membeli emas adalah tinggi. Katakan ketika itu anda memiliki emas dan ingin menjual emas, maka harga emas anda adalah jauh lebih tinggi berbanding nilai semasa anda membelinya dahulu.
Untuk makluman anda lagi, disebabkan kehebatan nilai yang ada pada emas itu sendiri, pada September 1989, Washington telah menghadkan penjualan emasnya ke negara-negara bersekutu. Amerika ketika itu telah memperkukuhkan ekonominya dengan menyimpan emas sebanyak mungkin dalam usahanya menguasai ekonomi dunia.
“Kenapa harga emas sentiasa naik?”
Emas merupakan logam yang lengai. Ia tidak bertindak balas dengan bahan-bahan lain. Dalam industri pembuatan, emas digunakan sebagai pemangkin kerana ia adalah bebas daripada menganggu logam-logam lain. Pendek kata ia tidak bertindak balas dengan logam-logam lain. Sifat emas yang inilah menyebabkan ia begitu berguna dan berharga dalam industri pembuatan.
Yang menariknya, sehingga sekarang masih belum ada lagi sainstis yang mampu membuat emas.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
11
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Disebabkan emas tidak mampu dihasilkan oleh manusia maka pengeluaran emas adalah terhad. Permintaan mula melebihi dari pengeluaran. Dan disebabkan faktor inilah harga emas sentiasa naik dalam jangka masa sederhana dan panjang. Jadi tidak mustahil kita mampu menjana kekayaan melalui emas.
Jika pada zaman dahulu (contoh: Zaman Firaun), emas dijadikan sebagai barang kemas, bekas minuman makanan dan sebagai bahan untuk menghiaskan kediaman. Tetapi pada zaman sekarang juga fungsi emas tidak pernah berbeza. Oleh itu setiap hari permintaan terhadap emas sentiasa tinggi.
Emas mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sesiapa yang memegangnya atau memakainya akan turut merasai ‘aura’ yang dibebaskan oleh emas. Melalui ‘aura’ yang dibebaskan itu ia telah berjaya menarik minat seluruh manusia untuk memilikinya.
Tidak
kiralah
pencuri,
suri
rumah,
jutawan,
peguam
ataupun
pustakawan semuanya meminati emas.
“emas sebagai portfolio pelaburan”
Untuk menjana kekayaan, seseorang itu mestilah mempunyai portfolio pelaburan demi memastikan wang kita terus bekerja untuk kita. Sekarang ini terdapat pelbagai cara untuk kita memastikan wang kita terus bekerja untuk kita dan membuatkan kita menjana kekayaan.
Jika saya berikan anda 1 juta ringgit... Ada 2 cara anda boleh gunakan wang tersebut. Satu cara adalah dengan menghabiskan wang tersebut perlahan-lahan dan semakin lama jumlahnya semakin sedikit. Dan satu cara lagi adalah dengan mengandakan wang tersebut supaya wang tersebut terus bekerja untuk kita dan menambahkan lagi aset simpanan kita.
Ramai yang tidak tahu mengenai emas boleh dijadikan portfolio pelaburan. Apa yang biasa orang nampak adalah hartanah, saham, bon dan juga unit trust.
Anda
juga
dapat
mempelbagaikan
portfolio
pelaburan
anda
melalui
emas.
Disebabkan faktor tidak kalis inflasi dan permintaan emas yang tinggi, anda mampu menjana kekayaan melalui emas.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
12
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Pada tahun 2005, ada seorang penganalisis ekonomi yang bernama Rick Munarriz telah bertanyakan yang mana lebih untung antara satu unit saham Google dan juga satu Ounce Emas.
Pada tahun berkenaan 1 unit saham Google bersamaan 1 0unce emas iaitu $700
Pada tekaan anda, yang mana lebih menguntungkan? Pada mulanya saya fikir saham google adalah lebih untung berbanding emas... tetapi tekaan saya meleset sama sekali.
Tahukah anda, pada Januari 2008, 1 ounce emas telah ditutup tinggi iaitu $859. Manakala 1 unit saham Google telah ditutup lebih rendah iaitu sebanyak $657.
Cuba anda fikir, yang mana lebih untung, saham atau emas?
Tidak dinafikan dalam jangka masa yang pendek saham boleh untung berlipat kali ganda dari emas tetapi ia amat berisiko.
Manakala dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, pelaburan melalui emas lebih menguntungkan dan lebih selamat.
Mungkin anda tertanya-tanya, manakah yang lebih untung samaada melabur melalui hartanah atau melabur melalui emas. Bagi saya masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Pelaburan melalui hartanah ianya agak berisiko jika dibandingkan dengan pelaburan melalui emas. Ini kerana pasaran hartanah amat bergantung kepada keadaan ekonomi semasa manakala emas bergantung kepada permintaan dan pengeluaran.
Pelaburan melalui hartanah juga memerlukan strategi yang agak rumit. Untuk lebih mendapat untung melalui pasaran hartanah, anda mestilah membeli hartanah bawah dari
harga
pasaran.
Manakala
emas
pula
hanya
memadai
dengan
sekadar
memantau turun naik harga emas dan membeli pada takat yang sesuai dengan pelaburan yang kita ingini.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
13
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, terbukti pelaburan emas amat menguntungkan. Pada topik yang seterusnya saya akan tunjukan pada anda bagaimana kita dapat meraih keuntungan dan kekayaan melalui emas.
Saya juga akan memberikan bukti yang cukup menarik bagaimana dalam situasi gawat pada tahun 2008 tetapi pelaburan melalui emas memberikan keuntungan berlipat kali ganda.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
14
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 2: Kenapa Pelaburan Emas Menguntungkan?
Tahukah anda kenapa penjual-penjual emas sentiasa untung? Pernahkah anda terpikir kenapa bank atau agensi pajak gadai dengan mudahnya memberi pinjaman atau duit jika dipajakan emas di bank atau kedai mereka?
Jawapannya amat mudah kerana harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang dan sederhana.
Sekarang saya akan tunjukan bukti kepada anda bahawa pelaburan melalui emas adalah sangat menguntungkan.
Cuba kita lihat graf dibawah. Graf ini menunjukkan harga emas dalam masa 30 hari.
Anda dapat lihat sendiri bukan! bagaimana dalam tempoh hanya 1 bulan sahaja berlaku peningkatan harga emas. Statistik harga emas ini adalah bermula 11/5/09 hingga 09/06/09. Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
15
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dengan menggunakan konsep mudah iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi anda mampu meraih keuntungan sebanyak 8.16% dalam masa hanya 1 bulan sahaja!
Pada graf diatas tercatat harga tertinggi adalah $987 dan harga paling rendah adalah $912.5. Jadi jika anda membeli 1 ounce (bersamaan 31.1 gram) emas pada harga $912.5 (RM 3193.75) dan menjualnya pada harga $987 (RM 3454.5) maka keuntungan anda daripada pelaburan ini adalah RM 260.75!
Menarik bukan? Itu baru saja satu bulan. Jika ianya dalam tempoh 1 tahun, anda bakal memperolehi keuntungan sebanyak 97.92% ( 8.16% x 12 bulan = 97.92%)!
Baiklah, mari kita lihat pula keuntungan emas dalam tempoh 6 bulan.
Graf ini dicatatkan bermula 09/12/08 sehingga 09/06/09 iaitu genap 6 bulan pemantauan harga emas.
Daripada graf tersebut jelas sekali menunjukkan harga terendah dalam tempoh 6 bulan adalah $775.60 per ounce (per 31.1 gram). Manakala harga tertinggi adalah $ 993.20 per ounce. Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
16
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Jadi berapakah peratusan keuntungan yang kita akan kita dapat jika menggunakan konsep beli harga terendah dan jual pada harga tertinggi?
Keuntungan anda adalah sebanyak 28.06%!!! Amat tinggi bukan? Sudah tentu ianya amat berbaloi jika dibandingkan dengan pelaburan ASB.
Jika anda laburkan wang anda sebanyak RM15 ribu untuk tempoh 6 bulan berkenaan maka pulangan yang anda perolehi adalah sebanyak RM 4208.35!
Graf diatas pula menerangkan turun naik harga emas dalam masa setahun.
Pergerakkan harga emas bagi graf diatas dicatat pada 10jun 2008 sehingga 09 jun 2009 iaitu genap setahun.
Walaupun dalam masa setahun tiada kenaikkan harga emas yang drastik dan statik namun kita masih boleh mendapat untung dengan menggunakan teknik tertentu.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
17
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Teknik yang dimaksudkan itu adalah teknik pemurataan kos (cost averaging). Teknik ini saya akan terangkan secara lebih terperinci di Topik 3: Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas?
Secara kasarnya, dalam masa satu tahun kita mampu meraih keuntungan sebanyak 40% jika membeli pada harga paling rendah dan menjual pada harga lebih tinggi.
Namun, kaedah ini agak berisiko kerana kita tidak tahu bila harga paling rendah dan bila harga emas paling tinggi pada masa hadapan. Tetapi jika anda seorang yang mahir menganalisis harga pasaran emas, perkara ini kacang sahaja bagi anda
Graf diatas mula dicatatkan pada Jun 2004 sehingga Jun 2009 iaitu selama lebih kurang 5 tahun.
Anda nampak sendiri bukan bagaimana kenaikan harga emas yang berterusan dalam tempoh 5 tahun sahaja. Keadaan ini amatlah menguntungkan bagi kita yang inginkan pelaburan emas dalam jangka masa yang panjang.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
18
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dapat kita lihat harga emas pada Jun 04 ialah $383.10 dan pada Jun 09 ialah pada $1002.80. Ini bermakna sebanyak 161.76% kenaikan harga emas dalam tempoh hanya 5 tahun!!!
Menarik bukan pelaburan emas ini. Harga sentiasa naik tidak kira apa jua keadaan ekonomi.
Seperti kita ketahui pada tahun 2008 merupakan tahun ekonomi yang tidak stabil. Pada masa itu harga minyak melambung naik dan inflasi pula semakin meningkat. Ketika itu juga banyak syarikat yang gulung tikar termasuklah syarikat gergasi bank Lehman Brothers.
Tetapi keadaan harga pasaran emas langsung tidak jatuh atau tergugat, malah menunjukkan peningkatan lagi. Itulah untungnya pelaburan melalui emas ini.
Mari kita lihat pula bagaimana pergerakan harga emas dalam tempoh masa yang panjang iaitu 10 tahun yang lepas.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
19
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Graf diatas menunjukkan carta pergerakkan harga emas dalam tempoh 10 tahun. Dapat kita lihat disini bahawa harga emas pada tahun Jun 1999 adalah $ 252.80 per ounce dan $1002.80 per ounce pada tahun Jun 2009.
Disitu kita dapat lihat harga emas yang tertinggi adalah $1002.80 dan harga emas yang paling rendah adalah $ 252.80. Peratusan peningkatan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak 296.7%!!!
Jadi saya harap anda sudah nampak disini betapa untungnya membuat pelaburan berasaskan emas bukan. Tiada kerugian atau tiada penurunan harga dalam tempoh yang sederhana dan panjang.
Satu konsep yang penting yang perlu anda fahami, iaitu harga emas sentiasa naik dalam tempoh yang sederhana dan panjang. Jadi dengan keadaan sebegitu kita dapat memaksimumkan pelaburan kita (selain ASB) dengan melabur melalui emas.
Saya percaya anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk membolehkan anda melabur dalam emas ini.
Jom kita ke topik seterusnya untuk membincangkan bagaimana untuk memulakan pelaburan emas ini demi meningkatkan lagi kekayaan kita.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
20
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 3: Bagaimana hendak memulakan Pelaburan Emas?
Ditopik yang sebelum ini saya telah nyatakan daripada pengalaman-pengalaman yang lepas bagaimana emas ini boleh membawa keuntungan untuk kita semua.
Sekarang ini saya percaya anda semua mesti teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan pelaburan emas ini...
Sebenarnya dalam pelaburan emas di Malaysia ini (tidak semua orang tahu) melibatkan emas fizikal dan emas maya.
Emas fizikal ini adalah seperti rantai emas, jongkong emas, bullion (emas ketul) dan emas dinar (syiling emas).
Manakala emas maya adalah dimana pelaburan emas yang mana kita tidak boleh pegang emas tersebut. Ada pihak ketiga yang memegang emas milik kita itu.
Tugas kita hanya menguruskannya sahaja. Contohnya Gold Saving Passbook yang ditawarkan oleh Maybank dan Public Bank Gold Investment Account yang ditawarkan oleh Public Bank.
Sebelum kita memulakan pelaburan emas ini, kita mestilah terlebih dahulu mengetahui cara-cara untuk mendapatkan emas fizikal dan juga emas maya.
Emas fizikal.
Emas fizikal ini senang sahaja untuk mendapatkannya. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis emas fizikal yang dijual di Malaysia. Mari kita berkenalan dengan emas fizikal yang pertama:
1) Barang kemas.
Barang kemas iaitu terdiri daripada rantai, subang, cincin dan juga gelang tangan & kaki. Barang kemas seperti ini biasanya amat mudah untuk didapati.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
21
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Anda pegilah mana-mana kedai emas memang barang kemas inilah produk jualan utama mereka.
Bagi golongan lelaki, memang mereka tidak rasa tertarik langsung dengan barang kemas ini (sebagai perhiasan). Maklumlah bukan mereka boleh memakainya pun. Akan tetapi, tahukah anda bahawa kita boleh buat untung yang besar dengan barang kemas ini. Bukan sahaja untung sahaja, malah isteri juga makin bertambah sayang pada suami...
Bagaimana untungnya barang kemas ini? Caranya mudah sahaja iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.
Tetapi barang kemas ini sesuai untuk pelaburan jangka masa yang panjang kerana perbezaan harga beli dan harga jual adalah tinggi iaitu 15% hingga 20%.
Sebagai contoh, jika hari ini anda membeli 10gram gelang emas dengan kadar 120/gram iaitu bersamaan RM1200.
Selang 4 bulan kemudian, anda ingin menjual gelang emas tersebut. Ketika itu harga emas segram adalah RM140/gram. Jadi harga gelang emas selepas 4 bulan adalah RM1400.
Masalahnya, kedai emas tidak mengambil gelang itu pada harga RM 1400 tetapi ia akan tolak dahulu harga berkenaan dengan 15%. Jadi harga jual gelang emas tersebut pada kedai emas adalah RM 1190.
Maka anda rugi sebanyak RM 10. Kalau diikutkan anda sudah untung sebanyak RM200 tetapi disebabkan perbezaan harga jual dan harga beli yang tinggi (iaitu 15%) maka anda telah rugi.
Bagaimana hendak buat untung dengan barang kemas?
Selain dijadikan alat perhiasan diri bagi kaum wanita, sebenarnya kita boleh membuat keuntungan melalui barang kemas ini.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
22
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Tetapi ia mestilah dalam jangka masa yang panjang. Jika kita mahu membuat keuntungan dalam jangka masa yang pendek melalui barang kemas ini kita akan rugi. Kerana seperti yang saya katakan diatas, perbezaan harga jual dan harga beli terlalu tinggi iaitu 15%-20%.
Kesimpulannya, paling kurang anda perlu menyimpan barang kemas selama 5 tahun untuk menjana keuntungan.
Lagipun tidak rugi anda menyimpan barang kemas lama-lama pun, sekalipun anda terdesak memerlukan duit, anda boleh gadai emas berkenaan. Jadi senang-senang anda akan dapat ‘cash money’.
Di bank Rakyat Ar Rahnu mereka memberi pinjaman kepada anda sebanyak 65% dari nilai semasa barang kemas anda.
Kebaikan dan keburukan barang kemas. Kebaikan 1)
2)
Boleh
dijadikan
keburukan hiasan.
(Isteri
Jika anda mahu menjual kembali,
pasti suka)
sebanyak 15%-20% nilai emas itu
Mempunyai nilai gadaian yang
akan dipotong.
tinggi.
2)
3)
Senang untuk digadai.
4)
Senang kedai
untuk emas
dijual. menerima
Barang
kemas
yang
mempunyai
permata kurang nilai apabila anda Semua
mengadaikannya
atau
sanggup membeli kembali emas
5)
1)
atau
ingin
menjualnya. 3)
Sukar
memantau
kenaikan
atau
anda.
penurunan harga emas. Bergantung
Senang untuk dimiliki
pada budi bicara ‘tokey emas’.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
23
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
2) Emas Public Gold.
Pertama sekali saya ingin nyatakan bahawa public gold dan public bank adalah 2 syarikat yang berbeza.
Public Gold menawarkan 2 jenis emas iaitu emas bar dan juga emas Dinar.
Bagi emas bar, Public Gold menyediakan 4 jenis iaitu 20gram, 50 gram, 100gram dan juga 1 kilogram.
Emas 20 gram
Emas 50 gram
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
24
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Manakala bagi syiling dinar pula, ia mempunyai 3 jenis iaitu 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
1 dinar
5 dinar
10 dinar
Antara kelebihan Public Gold adalah mereka sentiasa mempunyai stok emas kerana saya difahamkan mereka mempunyai sebuah kilang emas yang terletak di Pulau Pinang.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
25
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Selain itu emas Public Gold juga senang untuk didapati kerana mereka mempunyai agen seluruh Malaysia. Mereka juga sedia membeli kembali emas daripada anda dalam apa jua situasi.
Anda boleh dapatkan maklumat mengenai agen Public Gold seluruh Malaysia menerusi laman web ini: http://www.publicgold.com.my/content/view/49/81/lang,english/
Contohnya, pada bulan Januari anda membeli daripada mereka 20g bar dengan harga RM2140 (RM107/gram). Dan pada bulan Mei anda ingin menjual balik kepada mereka.
Ketika itu harga emas adalah RM120/gram. Dan mereka akan membeli kembali emas 20 gram bar itu daripada anda melalui harga semasa emas iaitu sebanyak RM 2400.
Berbanding barang kemas, emas Public Gold mempunyai perbezaan harga beli dan harga jual yang rendah iaitu 5% - 6% sahaja. Jadi mudah untuk anda membuat keuntungan melalui emas Public Gold ini.
Tambahan pula, emas Public Gold ini menyediakan satu website dimana anda boleh menyemak harga jual dan harga beli secara ‘live’ di laman web mereka. Ini memudahkan anda untuk menyemak harga emas Public Gold dari masa ke semasa.
Untuk emas bar , anda boleh layari website ini:
www.publicgold.com.my
Manakala untuk syiling emas dinar, anda boleh layari website ini:
www.publicdinar.com
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
26
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Bagaimana ingin membuat untung melalui emas Public Gold?
Terus terang saya katakan emas Public Gold ini sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa sederhana dan jangka masa yang panjang. Paling kurang 2 tahun baru anda dapat merasai ‘kehangatan’nya.
Bukan anda tidak boleh menjadikan Public Gold sebagai pelaburan jangka masa pendek tetapi ada cara lain yang lebih mantap lagi selain emas Public Gold untuk dijadikan pelaburan jangka masa pendek.
Seperti yang kita tahu, harga pasaran emas sentiasa naik dalam jangka masa yang panjang (lebih 5 tahun). Tetapi dalam jangka masa yang pendek, harga pasaran emas turun naik seperti berbukit.
Oleh itu, dengan menggunakan konsep pemurataan kos atau “averaging cost” anda mampu meraih keuntungan melalui pelaburan emas ini.
Dengan konsep pemurataan kos ini, tiap-tiap bulan anda membeli satu bar 20 gram emas Public Gold. Anda lakukan perkara ini sehinggalah dalam jangka masa satu tahun.
Mari kita lihat jadual dibawah akan keuntungan anda...
Bulan
Harga segram
Harga
total
(Bar
20
gram) Jun 08
101.42
RM 2028
Julai 08
107.90
RM 2158
Ogos 08
91.80
RM 1836
September 08
98.00
RM 1956
Oktober 08
89.90
RM 1798
November 08
84.07
RM 1681
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
27
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Disember 08
94.28
RM 1885
Januari 09
95.80
RM 1915
Februari 09
111.75
RM 2235
March 09
107.12
RM 2142
April 09
99.76
RM 1995
Mei 09
105.94
RM 2119
Purata
RM 98.98
RM 1979
( Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com setiap 20 hb dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR)
Berapakah keuntungan anda?
Kita lihat purata setahun anda membeli 20gram bar emas adalah RM1979.
Pada 1 Jun 09 harga segram emas adalah RM 115/gram. Jika anda menjual kesemua emas anda itu pada 1 Jun 09 maka keuntungan anda adalah RM 3844!!! Tidak percaya? Mari kita buat sedikit pengiraan:
Untung satu gram emas anda adalah:
RM115 - RM98.98 = RM 16.02
Jadi anda mempunyai sebanyak 240gram (20gram x 12 ketul bar).
Untung anda:
240gram x RM16.02 = RM 3844
Ini bersamaan 16.19% keuntungan pelaburan emas anda dalam masa satu tahun!
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
28
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Hampir sekali ganda dibandingkan dengan nilai pelaburan yang anda perolehi daripada ASB kan?
Saya harap anda sudah nampak dan fahami bagaimana kita boleh menjana keuntungan pelaburan emas melalui kaedah pemurataan kos.
Sebelum saya terlupa, menerusi kajian saya harga pasaran emas ini, lagi lama masa pelaburan anda (contoh 10 tahun) lagi banyak untung sebenarnya yang bakal anda dapat.
Malah, anda sedikit pun tidak akan rugi dengan melabur melalui emas fizikal ini. Kerana harga sentiasa naik ( tiada kesan inflasi) dan mudah untuk digadaikan jika anda terdesak memerlukan wang.
Sekarang ucapkan terima kasih kepada diri anda kerana telah menemui jalan yang hebat untuk menambahkan lagi kekayaan anda.
Kebaikan dan keburukan Emas Public Gold Kebaikan
Keburukan
1) Beza harga jual dan harga beli yang
rendah
sekitar
5%-6%.
Senang nak untung.
1) Untuk membeli perlu dapatkan melalui agen Public Gold seluruh Malaysia. Tidak dijual di kedai
2) Boleh digadai.
Emas
3) Agen Public Gold sedia membeli
2) Sesetengah
Ar
Rahnu
(pajak
kembali Emas yang ingin anda
gadai) tidak menerima bar atau
jualkan kembali.
syiling emas.
4) Emas yang dibeli akan dihantar
3) Permintaan yang tinggi terhadap
terus sampai ke tangan anda.
emas Public Gold. Kemungkinan
Hanya
anda perlu menunggu 3-4 hari
perlu
hubungi
agen
di
tempat anda sahaja.
untuk dapatkan stok.
5) Syarikat masih menerima emas anda jika terdapat kesan calar. 6) Senang memantau kenaikan atau penurunan harga emas dengan
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
29
Emas – Emas Yang Hilang
hanya
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
melayari
www.publicgold.com.my
website sahaja.
dan ianya adalah 24jam.
3) Emas Kijang
Ok baiklah, selain emas Public Gold, terdapat juga emas (syiling) yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Emas itu dikenali sebagai Kijang Emas. Jom kita mengenali emas fizikal berikutnya
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa Syiling Emas Kijang adalah dikeluarkan oleh Bank Negara. Hanya cawangan Maybank tertentu sahaja yang menjual Syiling Emas Kijang ini.
Tidak seperti emas Public Gold, Syiling Emas Kijang ini agak sukar untuk didapati. Dan sentiasa kekurangan stok.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
30
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Untuk membeli Syiling Emas Kijang ini, anda mestilah membawa wang yang mencukupi dan mesti beli ‘cash’! Kemudian jangan lupa bawa kad pengenalan sekali kerana mereka akan catatkan pembelian syiling kijang emas ini.
Syiling Emas Kijang ini mengandungi 3 saiz iaitu 1 troy ounce, ½ troy ounce dan ¼ troy ounce.
Pelaburan melalui Syiling Emas Kijang ini amat menguntungkan. Berbanding Emas Public Gold, Syiling Emas Kijang ini mempunyai harga jual dan harga beli yang amat rendah iaitu 3.20% sahaja.
Jadi Syiling Emas Kijang ini amat sesuai untuk anda memulakan pelaburan jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa yang panjang.
Selain itu, anda juga dapat melihat dan mengkaji harga yang lepas dan juga harga semasa Syiling Emas Kijang ini di laman web berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa yang pendek?
Untuk mendapat untung yang tinggi melalui pelaburan jangka masa pendek (1 bulan hingga 6 bulan), anda haruslah bijak memilih masa yang sesuai untuk jual dan beli syiling emas tersebut.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
31
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Jika silap langkah, anda akan rugi! Tapi dalam jangka masa yang panjang anda akan untung balik. Jadi jangan risau dan jangan takut.
Saya pasti anda sudah ‘familiar’ dengan graf ini bukan. Graf satu tahun amat sesuai untuk kita mengkaji pasaran harga emas untuk pelaburan jangka masa pendek.
Ini kerana kita dapat mengenal pasti trend atau corak turun naik emas dalam tempoh yang singkat.
Trend atau corak ini dapat menunjukkan pada kita apakah nilai atau “value” yang tertinggi dan yang terendah supaya kita dapat menjangka pasaran emas pada masa hadapan.
Baiklah, apa yang paling penting sekali dalam pelaburan jangka masa pendek ini adalah bilakah waktu terbaik dan waktu yang sesuai untuk kita jual dan beli emas kita.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
32
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Pertama sekali kita mestilah menetapkan berapa keuntungan yang kita mahukan. Adakah 10%, 15% atau 20%. Lagi tinggi keuntungan yang anda inginkan, lebih banyak kesabaran yang perlu ada dalam diri anda.
Jom kita buat kira-kira sikit mengenai keuntungan jangka masa pendek...
Pada 15/1/09, anda telah membeli 5 Syiling Emas Kijang. Dan pada masa itu harga emas adalah RM3085 untuk 1 syiling emas (1 troy oz). Dan 5 keping bermakna anda membayar sebanyak RM 15, 425.
Dan pada 19/2/09, anda bercadang untuk menjual kesemua Syiling Emas Kijang anda itu. Pada website Bank Negara Malaysia, tertera harga beli (bank BELI daripada kita) adalah 1 troy oz adalah RM3689. Berapakah keuntungan anda dalam tempoh lebih kurang 35 hari?
Harga beli : RM 3085
Harga Jual: RM 3689
Keuntungan 1 Syiling Emas Kijang: RM 3689 – RM 3085 = RM 604
Keuntungan 5 keping Syiling Emas Kijang: RM 604 X 5 = RM 3020
Peratusan keuntungan : 604/3085 X 100 = 19.58%!!!
Menarik bukan?
Harga Syiling Emas Kijang ini berdasarkan laman web : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
Apa yang penting untuk berjaya melalui pelaburan jangka masa pendek ini adalah anda harus bijak mengatur strategi. Anda perlu mengkaji corak turun naik harga emas berdasarkan prestasi emas pada masa lampau.
(anda boleh rujuk website www.kitco.com untuk mengetahui harga terkini pasaran emas dunia).
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
33
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dengan kajian pasaran harga emas semasa dan yang lepas, anda akan dapat meneka apakah masa yang terbaik untuk membeli dan menjual emas.
Saya bukanlah pakar dalam analisis harga pasaran emas tetapi saya ada satu formula bagai mana untuk kita mengetahui harga emas naik atau turun.
Walaupun ketepatanya tidak 100% tetapi ia boleh menjadi kayu ukur untuk anda berjaya dan pelaburan emas ini.
Saya
akan
dedahkan
rahsia
ini
pada
topik
yang
bertajuk
“Faktor
Yang
Mempengaruhi Harga Pasaran Emas”.
Bagaimana syiling kijang emas menguntungkan dalam jangka masa yang panjang?
Seperti yang saya terangkan pada emas Public Gold, Syiling Emas Kijang juga mampu meraih berganda keuntungan dengan menggunakan konsep pemurataan kos.
Sekarang saya akan tunjukkan anda satu contoh pelaburan emas jangka masa panjang
yang
bermula
pada
tahun
2004
sehinggalah
tahun
2009.
Dengan
menggunakan Syiling Emas Kijang sebagai aset pelaburan, kita mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Jadual dibawah ini adalah berdasarkan nilai emas yang sebenar pada masa berkenaan. Dengar menganggar dalam masa setahun hanya 3 kali sahaja pembelian Syiling Emas Kijang dilakukan.
Manakala tarikh yang dipilih adalah berdasarkan pilihan rawak sahaja.
Tahun 2004
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
34
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Tarikh
Harga 1 kijang emas (RM)
09 Januari 2004
1705
05 Mac 2004
1604
20 November 2004
1782
Purata harga 1 kijang emas
1679
Tahun 2005
Tarikh
Harga 1 Kijang emas (RM)
03 Januari 2005
1764
01 Jun 2005
1680
15 September 2005
1796
Purata harga 1 kijang emas
1746
Tahun 2006
Tarikh
Harga 1 kijang emas (RM)
09 Januari 2006
2146
06 Mac 2006
2218
20 November 2006
2402
Purata harga 1 kijang emas
2255
Tahun 2007
Tarikh
Harga 1 Kijang emas (RM)
03 Januari 2007
2385
01 Jun 2007
2380
14 September 2007
2603
Purata harga 1 kijang emas
2456
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
35
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Tahun 2008
Tarikh
Harga 1 kijang emas (RM)
09 Januari 2008
3059
06 Mac 2008
3310
20 November 2008
2818
Purata harga 1 kijang emas
3062
Tahun 2009
Tarikh
Harga 1 Kijang emas (RM)
05 Januari 2009
3237
30 Januari 2009
3453
12 Februari 2009
3573
Purata harga 1 kijang emas
3421
Purata 1 kijang emas yang dibeli dari tahun 2004 hingga 2009 adalah:
(1679 + 1746 + 2255 + 2456 + 3062 + 3421) ÷ 6 = 2436 Jadi purata nilai 1 syiling kijang emas yang dibeli dalam jangka masa 6 tahun adalah RM 2436.
Katakan pada 19 Februari 2009 anda bercadang untuk menjual kesemua Syiling Emas Kijang anda sebanyak 18 keping itu maka keuntungan anda adalah:
Harga kijang emas pada 19/02/09 adalah RM 3812.
Purata harga kijang emas yang anda beli adalah RM 2436.
Keuntungan untuk 1 keping syiling kijang emas anda adalah :
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
36
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
RM3812 – RM2436 = RM 1376
Maka, total keuntungan anda sebanyak 18 keping kijang emas adalah:
18 keping x RM 1376 = RM 24,768!!!
Peratusan keuntungan: 56.5% dalam jangka masa 6 tahun!
Nampak tidak kehebatan pemurataan kos untuk pelaburan emas dalam jangka masa yang panjang. Contoh yang ditunjukkan itu baru selama 6 tahun. Lagi lama anda simpan lagi banyak keuntungan hasil pelaburan anda itu. Inilah yang dinamakan “emas bekerja untuk kita”!
Peringatan! Anda dikehendaki menatang minyak yang penuh (jaga elok-elok) syiling emas anda
kerana jika terdapat calar atau kurang berat, bank tidak
akan menerima kembali syiling emas anda itu.
Kebaikan dan keburukan Kijang Emas Kebaikan
Keburukan
1) Beza harga jual dan harga beli yang
rendah,
sekitar
1)
beli
hanya
boleh
tertentu sahaja.
Senang untuk anda dapat untung. 2)
yang kecil iaitu ¼ oz kijang emas. 3) Senang untuk menjual kembali,
jual
didapati di cawangan Maybank
3.2%.
2) Dapat membeli dengan kuantiti
Proses
Permintaan yang terlalu tinggi. Stok sentiasa habis.
3)
Jika ada kesan calar, bank tidak
hanya bawa resit serta IC dan
menerima
jika
boleh jual di cawangan Maybank
menjual
kembali
yang terpilih.
berkenaan.
anda
ingin syiling
4) Pemantaun harga jual dan beli boleh didapati secara online di website Bank Negara.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
37
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Emas Maya Sebentar tadi kita belajar mengenai emas fizikal, bagaimana dengan pelaburan melalui emas fizikal kita boleh kaut keuntungan darinya.
Sekarang saya akan terangkan mengenai emas maya. Sebenarnya “emas maya” ini saya yang suka-suka namakannya sebab tiada gelaran khusus bagi pelaburan jenis ini.
Secara ringkasnya, pelaburan ini adalah - kita membeli emas dan menjual emas tanpa melibatkan emas fizikal. Hanya melalui satu buku sahaja urusan jual beli emas kita akan dicatatkan. Saya harap anda boleh ‘follow’ penerangan saya.
Public Bank (Bukan Public Gold) telah menawarkan satu pelaburan berdasarkan pergerakan sebenar harga jualan dan harga belian emas. Tanpa melibatkan emas fizikal,
orang
awam
dapat
melabur
kedalam
akaun
tersebut
dan
menjana
keuntungan melaluinya.
Akaun yang diperkenalkan tersebut dikenali sebagai Public Bank Gold Investment Account (GIA).
Mari kita berkenal-kenalan dengan akaun pelaburan emas ini...
Pertama sekali anda perlu memohon akaun pelaburan emas ini dimana-mana Public Bank yang terdekat. Anda pergi bertanya pada pegawai “customer servis” dan katakan anda mahu buka akaun Gold Investment.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
38
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Untuk membuka akaun, anda dikehendaki membeli minimum 20gram emas terlebih dahulu. Harga emas ini bergantung kepada harga yang dipaparkan pada laman web Public Bank iaitu:
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Sebagai contoh, berpandukan gambar rajah diatas, ketika anda membuka akaun gold investment harga jual /selling price (bank jual kepada kita) adalah RM 108.44 se gram.
Jadi anda perlukan RM 2168.80 (RM108.44 x 20gram) untuk membuka akaun Public Gold Investment ini.
Manakala harga beli/buying price adalah menunjukkan harga yang bank beli kembali emas tersebut dari anda.
Katakan anda sekarang mempunyai 20gram emas dan ingin menjual kesemuanya. Maka jika dijual kembali kepada bank, bank akan beli daripada anda sebanyak RM 2084.40 (RM 104.22 x 20 gram).
Oleh itu, untuk mengelakkan kerugian, anda haruslah menjual kembali emas pelaburan anda itu apabila harga beli/ buying price melebihi harga jual/selling semasa anda mula-mula membeli dahulu.
Oh ya, selepas membuka akaun sebanyak 20 gram, untuk pembelian minimum emas seterusnya adalah 5 gram. Dan anda perlu mengekalkan 2gram emas dalam akaun anda supaya terus aktif. Setiap tahun, bank akan caj anda RM10 jika buku simpanan anda kurang dari 10gram.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
39
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Antara kelemahan pelaburan emas melalui buku akaun ini adalah kita tidak boleh mengadaikan atau pajak emas kita jika kita terdesak memerlukan wang. Jadi jika terdesak nak guna duit, terpaksalah kita jual.
Itu mengenai kelemahan, tetapi kelebihan akaun Gold Investment ini adalah, kita mudah untuk membeli dan menjual emas kita. Hanya perlu pergi bank sahaja.
Selain itu, risiko untuk dirompak adalah kurang kerana kita tidak memiliki emas tetapi kita memiliki sebuah buku yang mencatatkan berapa emas yang kita ada.
Saya suka dengan pelaburan melalui Public Bank Gold investment ini kerana ia mempunyai beza harga jual dan harga beli yang rendah. Beza harga jual dan harga beli hanya lebih kurang 4% sahaja.
Jadi anda tidak perlu menunggu lama-lama untuk balik modal anda dan seterusnya meningkatkan keuntungan anda.
Disebabkan spread margin atau beza harga jual dan harga beli yang rendah maka mudah untuk kita merancang membuat pelaburan jangka masa pendek dan jangka masa sederhana untuk akaun Gold Investment ini.
Tetapi jika anda ingin membuat pelaburan jangka masa panjang melalui akaun Gold Investment ini saya amat tidak galakkan. Ini kerana anda tidak boleh gadaikan emas anda itu. Jadi duit anda membeku disitu dan susah jika anda memerlukan wang kelak.
Bagaimana untuk membuat keuntungan menerusi akaun Gold Investment ini adalah berdasarkan konsep dan kaedah yang sama saya gunakan untuk emas fizikal (Barang kemas, Public Gold dan Syiling Kijang).
Iaitu cari masa yang terbaik dimana harga yang lebih murah daripada harga yang tertinggi sekali sebelum ini.
Disebabkan emas Gold Investment Public Bank tidak menunjukkan sejarah harga yang lepas, maka kita boleh jadikan harga emas semasa dunia sebagai rujukan.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
40
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Harga emas semasa dunia boleh kita lihat di laman web www.kitco.com
Sebagai contoh, kita lihat graf diatas menunjukkan harga yang tertinggi sekali adalah $993.20 per ounce.
Jika anda bermain untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, anda perlu membeli dibawah harga tertinggi berkenaan sebanyak 5% hingga 10%. Iaitu pada takat/paras $943 atau $893 barulah anda membeli emas.
Selepas anda dapat membeli pada harga berkenaan, harga emas mungkin akan naik atau mungkin akan turun lagi. Jika ia turun lagi, anda jangan panik. Anda mempunyai 2 cara disini iaitu berdiam diri ataupun membeli lagi emas.
Contohnya, anda membeli emas pada harga 108/gram. Anda beli sebanyak 10gram bersamaan RM 1080.
Kemudian harga emas turun lagi dan mencatatkan nilai 103/gram. Jadi anda beli lagi 10 gram dengan harga RM 1030. Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
41
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Maka kos anda adalah:
(RM 1080 + RM 1030)/ 20gram = RM 105.5 per gram.
*sebelum ini kos anda RM 108/gram, jadi sekarang anda dapat kurangkan kos anda kepada RM 105.50 per gram.*
Membeli lagi emas ketika harga semakin rendah adalah langkah yang bijak untuk mengurangkan harga per gram emas yang anda beli. Teknik ini adalah sama dengan teknik pemurataan kos (cost averaging).
Harga emas berkenaan mungkin akan turun dalam tempoh satu minggu ataupun satu bulan dan kemudian ia akan naik sampai melepasi tahap tertinggi. Jika berdasarkan graf 6 bulan itu, harga tertinggi adalah $993.20.
Ini bermakna, harga emas akan terus melonjak melepasi tahap $993.20. Cuma kita tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Dan pada masa itu anda mula merasai keuntungan pelaburan emas ini.
Tetapi kaedah ini memerlukan kesabaran anda. Ia mungkin akan memakan sedikit masa anda.
Saya ingin nasihatkan anda sekali lagi, jika anda mahu bermain untuk jangka masa yang pendek anda haruslah mempunyai sedikit kemahiran anlisis pasaran emas. Kerana ia agak berisiko.
Jika anda bermain secara membuta tuli, anda akan rugi untuk seketika tetapi dalam jangka masa yang panjang anda tetap akan untung.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
42
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Kebaikan dan keburukan Kijang Emas Kebaikan
Keburukan
1) Beza harga jual dan harga beli yang rendah, sekitar 4% sahaja. 2) Amat
senang
jika
anda
ingin
1) Tidak boleh digadai. 2) Tidak dapat merasai memegang emas secara fizikal.
membeli atau menjual kembali emas.
Hanya
cawangan
perlu
Public
pergi
Bank
ke
yang
berdekatan sahaja. Perlu bawa buku akaun pelaburan. 3)
Risiko kecurian ‘zero’.
4) Harga
dapat
dipantau
24jam
secara online di laman web Public Bank.
Rumusan Topik 3 Saya harap anda sudah memahami penjelasan saya mengenai barang kemas, emas Public Gold, Emas Syiling Kijang dan juga Public Bank Investment akaun.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengkaji sejauh mana tahap risiko yang mampu anda tanggung.
Jika anda sanggup rugi untuk seketika, maka teruskan pelaburan dalam jangka masa yang pendek. Jika kena pada waktunya, memang untung besar anda akan perolehi.
Untuk pelaburan jangka masa pendek ini, anda perlulah mengkaji lebih mendalam perihal turun naik harga emas ini. Sedikit sebanyak berkaitan analisis emas anda mesti tahu.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
43
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dan pada laman web www.kitco.com dan juga laman web www.GoldPrice.org banyak menceritakan ‘gosip-gosip’ panas pasal emas ini. Anda boleh rujuk laman web ini sebagai panduan untuk anda bermain dalam pelaburan emas ini.
Oh ya, untuk pelaburan jangka masa pendek, saya cadangkan anda melabur dalam akaun pelaburan emas Public Bank (GIA). Kerana ia mudah diuruskan (mudah nak jual, mudah nak beli) dan mempunyai perbezaan harga jual dan harga beli yang rendah serta ‘stok’ sentiasa ada.
Jika anda ingin bermain pelaburan emas ini untuk jangka masa yang panjang, anda boleh beli apa sahaja jenis emas dan pada apa jua harga. Dan tidak perlu susah payah memantau harga emas pada setiap masa.
Tiap-tiap bulan anda beli emas dan lakukan secara konsisten, cukup sahaja 5 tahun maka disitu baru anda nampak keuntungannya.
Bagi anda yang baru berjinak - jinak dengan pelaburan emas ini, saya cadangkan beri masa pada diri anda selama 1 tahun untuk merasai keuntungan pelaburan emas ini.
Caranya mudah sahaja, beli apa jua emas Public Gold ke, dinar Emas ke, Syiling Emas Kijang ke atau GIA dan lakukan secara konsisten. Setiap bulan beli satu emas mengikut kemampuan anda.
Dan cukup sahaja 12 bulan, cuba kira purata kos yang anda beli tersebut dalam 1 gram. Disitu baru anda dapat merasai kehebatan logam yang bernama emas ini.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
44
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 4: Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pasaran Emas
Gambar diatas menujukkan sejarah harga emas dunia selama 36 tahun. Terdapat turun naik harga emas dan tidak seberapa begitu stabil dan konsisten.
Sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas ini. Seperti yang saya perjelaskan diawal ebook ini, faktor permintaan dan pengeluaran yang menjadi bahan asas turun naik harga emas ini.
Kita sebagai pelabur, wajib mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas. Oleh itu kita tidak akan mudah terpedaya dengan pelbagai spekulasi pasaran harga emas ini. Jika anda bermain untuk jangka masa pendek dan sederhana, faktor ini amat penting sekali. “Nilai Matawang Menyusut, Inflasi Meningkat”
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
45
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Masalah ekonomi dunia bermula pada tahun 1971. Pada tahun berkenaan Presiden US ketika itu telah menamatkan persandaran wang Dollar dengan emas. Pendek kata beliau tidak mahu lagi wang dollar mengikut harga emas. Beliau mahu nilai dollar adalah nilai dollar dan bukan berdasarkan emas.
“President Richard Nixon- Penghapusan Sandaran Matawang Kepada Emas”
Beberapa tahun selepas itu, berlaku pergolakan matawang. Dimana inflasi mula meningkat. Kenapa ini berlaku? Ianya berlaku kerana percetakan wang kertas dollar yang tidak terkawal. Dan juga berlaku rasuah dalam kalangan orang politik ketika itu.
Mungkin anda terfikir, kenapa percetakkan wang dollar berlaku secara luar kawalan? Jawapannya mudah kerana mereka tidak cetak wang kertas dollar mengikut ‘standard’ emas.
Jika mereka mencetak wang dollar berdasarkan nilai emas, mereka tidak boleh mencetak sesuka hati. Mereka harus menepati nilai emas semasa. Setelah penghapusan dasar ini, senang untuk mereka mencetak wang sesuka hati. Oleh itu nilai dollar semakin menyusut ketika itu.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
46
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Kesannya, dapat kita lihat pada tahun 1973 sehingga 1980, harga emas melonjak naik. Nilai emas semakin tinggi kerana pada masa itu nilai dollar semakin berkurang.
Konsepnya mudah sahaja, semakin kurang nilai matawang usd/dollar, harga emas semakin tinggi. Daripada graf diatas kita dapat lihat turun naik emas selari dengan penyusutan nilai matawang dollar usd.
Ya, selain permintaan yang tinggi penyusutan matawang usd/dollar menjadi penyumbang kepada kenaikkan harga emas ini.
Bagaimana anda hendak tahu status matawang usd/dollar, rajin-rajinlah buka akhbar pada bahagian ekonomi dan tengok disitu nilai matawang usd semakin mengukuh atau menyusut.
“kenaikkan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham”
Dari tahun 2007 sehingga tahun 2008, kenaikkan harga emas adalah sebanyak 33%! Tidak percaya? Anda tengok sendiri graf diatas.
Hanya dalam tempoh satu tahun sahaja. Kenapa dan bagaimana perkara ini berlaku? Ketahuilah situasi ini bukan saja-saja terjadi. Ada penyebab kepada terjadinya situasi ini.
Antara salah satu sebab adalah kenaikkan harga minyak dunia. Bila harga minyak naik maka semua barang akan naik, betul tak? Kenaikan ini lebih ketara dalam sektor pembuatan, pengilangan dan makanan. Emas pun tidak terkecuali.
Apabila harga minyak tidak terkawal, keadaan ekonomi seluruh dunia menjadi tidak stabil. Apabila ekonomi tidak stabil, spekulasi saham menjadi semakin hebat dan risiko kerugian lebih tinggi bakal berlaku.
Maka para pelabur saham menarik diri. Pasaran saham jadi tidak menentu. Sahamsaham yang dijual mereka membeli emas untuk melindungi kekayaan mereka.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
47
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Kenapa mereka membeli emas? Sebab emas tidak terjejas oleh inflasi. Seperti apa yang saya terangkan pada permulaan tadi.
Situasi ketika itu amat genting sekali. Bukan pelabur biasa sahaja membeli emas, negara-negara lain di dunia juga mula membeli dan menyimpan emas. Bank-bank dunia mula meningkatkan simpanan emas mereka daripada menyimpan matawang.
Dengan
menggunakan
prinsip
mudah,
apabila
permintaan
terhadap
sesuatu
barangan meningkat maka harga barang tersebut akan meningkat. Dan secara automatik harga emas akan meningkat kerana permintaan seluruh dunia amat tinggi.
Sekarang cuba anda fikir. Sekarang ini banyak mana lagi simpanan minyak dunia? Semakin bertambah atau semakin berkurang?
Minyak mentah dunia sekarang semakin berkurang. Apabila kuantiti minyak mentah dunia semakin berkurang dan permintaan semakin tinggi maka harga minyak akan terus naik pada masa hadapan.
Jadi sekarang kita dapat meramal pada masa hadapan minyak mentah semakin sedikit maka harga emas semakin meningkat. Kesimpulannya, mulalah mengumpul emas dari sekarang.
“Harga emas yang rendah pada tahun ‘90an”
Selepas harga memuncak pada tahun 1980 iaitu sebanyak $ 850 per ounce, harga emas selepas itu jatuh dan berterusan sampai penghujung tahun 1999. Apakah petanda kejatuhan emas pada tahun ‘90an?
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
48
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Harga emas yang rendah sepanjang 20 tahun ini menyebabkan syarikat-syarikat mencari gali emas berhenti dari mencari emas. Aktiviti syarikat berkenaan menjadi pasif. Begitu juga dengan syarikat yang ‘mining’ emas.
Dalam tempoh berkenaan kuantiti emas dunia tidak banyak yang bertambah. Para pelabur tidak ‘rela’ menyumbangkan jumlah besar sumbangan kewangan mereka untuk mencari lebih banyak emas. Jadi pengeluaran emas berkurang.
Bermula tahun 2000, permintaan emas semakin meningkat. Banyak perindustrian memerlukan emas sebagai ‘alat’ untuk menyiapkan produk mereka. Selain itu, bankbank utama dunia mula mengenalpasti potensi emas dan mula membeli dan menyimpan emas sebagai ‘aset’ yang melindungi aset yang lain.
Sejak dari itulah berlakunya peningkatan dalam harga emas dipasaran dunia.
“Penyusutan Matawang Dollar”
Federal reserve bank telah ditubuhkan selepas krisis matawang US dollar pada tahun 1913.
Ia
berfungsi
untuk
mengawal-atur segala
kadar faedah,
pengeluaran
matawang kertas dollar dan juga berfungsi untuk “absorber” iaitu menyerap risiko kerugian ketika krisis ekonomi.
Kebanyakan bank-bank swasta bergantung sepenuhnya kepada Federal Reserve Bank ini. Apabila berlaku “Bank Run” atau bahasa mudahnya bank kekurangan nilai matawang, Federal Reserve Bank inilah akan menyelamatkan keadaan. Jika bankbank swasta ini dibiarkan terkapai-kapai maka bakrup la bank berkenaan.
Bagaimana Federal Bank Reserve ini dapat menyelamatkan bank-bank swasta yang lain? Antaranya adalah menurunkan kadar faedah “interest rate” dan mencetakkan lebih banyak wang kertas serta membeli dan menyimpan lebih banyak emas.
Baiklah, apakah kesannya terhadap pasaran harga emas apabila Federal Bank Reserve ini
menurunkan kadar faedah “interest rate” dan mencetak lebih banyak
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
49
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
wang kertas serta membeli dan menyimpan lebih banyak emas? Kesannya adalah harga emas akan melonjak naik!!!
Pertama sekali, dengan menurunkan interest rate, ia dapat meningkatkan kembali minat pelabur untuk melabur. Sedikit sebanyak mengalakkan pelabur untuk meminjam dan ia dapat mengurangkan risiko kerugian kepada pelabur.
Disebabkan pasaran saham tidak stabil, pelabur ini mencari insentif pelaburan yang baru dan kurang kerugian. Pelabur ini juga beranggapan bahawa ekonomi baru pulih dan masih tidak pulih sepenuhnya, maka dengan itu mereka yakin penyusutan nilai dollar akan berterusan.
Oleh itu, mereka membeli emas untuk melindungi aset penting mereka yang lain. Kesannya adalah permintaan emas amat tinggi dan harga emas akan melonjak naik.
Kedua, Federal Reserve Bank juga tidak mempunyai banyak harta (wang) jadi bagaimana
mereka
mahu
menyelamatkan
bank-bank
swasta
yang
banyak
berhutang?
Caranya adalah mudah sekali iaitu dengan mencetak lebih banyak wang kertas dollar. Apabila wang dollar semakin banyak dipasaran maka nilainya akan semakin menyusut. Apabila nilai dollar menyusut, secara automatik harga emas akan melonjak naik.
Ketiga, sejarah membuktikan beribu-ribu tahun yang lepas emas tidak pernah ‘dimakan’ oleh inflasi. Emas kebal dengan sebarang perubahan ekonomi dunia.
Jadi Federal Bank Reserve akan membeli lebih banyak emas dan disimpan untuk menjaga ‘nilai’ matawang dollar. Ia juga untuk mengurangkan inflasi yang bakal berlaku dimasa hadapan.
Oleh itu, permintaan emas akan meningkat dipasaran. Dan disitu harga emas akan melonjak naik lagi.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
50
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
“Kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan”
Kelembapan ekonomi dunia pada tahun 1987, 1997 dan 2008 mula menyedarkan orang ramai kepentingan untuk mempunyai suatu ‘aset’ yang tidak mengikis nilainya.
Orang
ramai
kekayaannya.
mula
mencari
Sebagai
sesuatu
contoh,
apabila
barang
yang
berlakunya
dapat
melindungi
“economic
harta
crashed’
atau
kemelesetan ekonomi, ramai bilionaire atau jutawan kehilangan harta mereka. Daripada bergelar billionaire, mereka jatuh satu tahap ke status jutawan sahaja.
Dari sinilah orang ramai mula menyedari untuk memiliki suatu ‘aset’ yang dapat melindungi aset yang lain.
Emas merupakan satu aset yang teramat istimewa yang dijadikan oleh Tuhan untuk kita. Emas adalah matawang yang sebenar yang diciptakan oleh Tuhan dan bukan wang kertas yang dicipta oleh manusia.
Kesan kebodohan Presiden Amerika pada tahun 1971 yang memansuhkan ‘standard’ wang kertas daripada nilai emas amat dirasai sehingga kini. Kemerosotan ekonomi berlangsung terus menerus dan tiada siapa yang tahu bila situasi ini akan berhenti.
Sekarang telah ramai yang menyedari perkara ini dan mereka mula membeli dan menyimpan emas sebanyak mungkin sebagai melindungi aset mereka yang lain.
Peningkatan permintaan terhadap emas yang terus menerus membuatkan nilai emas sentiasa akan meningkat dari masa ke semasa. Ini jelas kita lihat bankbank utama di setiap negara mula meningkatkan simpanan emas sebagai melindungi aset mereka yang lain.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
51
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
“Emas sebagai aset yang melindungi aset yang lain”
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
52
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 5: Strategi Pelaburan Emas
Strategi
pelaburan emas sama juga dengan pelaburan-pelaburan yang lain.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi aset atau kekayaan kita.
Sebelum memulakan pelaburan emas, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu matlamat kita terhadap pelaburan yang hendak kita mulakan. Tanyakan pada diri kita apakah hasil yang kita mahukan dari sesebuah pelaburan itu.
Dan sudah tentunya hasil yang kita mahukan adalah keuntungan. Tetapi sejauh manakah keuntungan yang kita mahukan. Sikit atau banyak? Semuanya bergantung pada diri kita dan keupayaan kita.
Sekarang saya akan dedahkan kepada anda strategi yang saya sendiri gunakan untuk pelaburan emas ini.
Pertama sekali saya ingin jelaskan matlamat pelaburan saya.
Tujuan saya melabur dalam emas ini ada 3 sebab.
Sebab pertama untuk mempelbagaikan jenis pelaburan saya selain dari ASB (amanah saham bumiputra).
Sebab kedua adalah untuk melindungi nilai wang tunai yang saya ada. Ini kerana tidak semua wang saya letakkan dalam ASB jadi potensi wang berkenaan dikikis inflasi adalah tinggi. Jadi dengan emas ia dapat melindungi nilai wang berkenaan.
Sebab ketiga adalah sebagai memenuhi kolum aset saya dan seterusnya menjana ‘pendapatan portfolio’ untuk saya. Dari situ aset saya makin bertambah dari masa ke semasa.
Bagi sesiapa yang baru pertama kali mendengar perkataan ‘pendapatan portfolio’ ia adalah bermaksud suatu pendapatan yang terhasil daripada sesuatu pelaburan yang kita sertai.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
53
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Bagaimanakah keuntungan yang saya mahukan?
Buat masa ini apabila dapat sahaja untung, terus saya jual emas saya. Dan konsep yang saya gunakan adalah jual pada harga yang lebih tinggi daripada harga saya beli. Teknik yang saya gunakan ini adalah untuk jangka masa yang sederhana.
Teknik ini amat mudah sekali ia amat menepati citarasa matlamat/tujuan pelaburan saya. Dan saya yakin anda juga mampu melaksanakannya.
Ok baiklah, caranya adalah dengan melabur didalam Public Bank Gold Investment Account (PBGIA) dan hasil keuntungan tersebut saya laburkan kembali (reinvest) membeli emas fizikal seperti emas Public Gold ataupun emas syiling kijang.
Kenapa saya melabur kedalam PBGIA?
Ini kerana PBGIA senang untuk saya jual dan beli emas. Dan PBGIA mempunyai spread margin atau beza harga jual dan harga beli serendah 4% sahaja berbanding emas yang lain.
Selain itu PBGIA senang untuk saya monitor harga semasa emas melalui laman web mereka di:
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Kenapa saya reinvest dengan membeli emas juga?
Ini sesuai dengan matlamat kedua saya melabur. Iaitu untuk melindungi aset saya yang lain. Selain itu, ia adalah sebagai pelaburan jangka panjang saya. Dimana selepas 10 tahun baru saya akan jual kembali emas tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
54
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dengan emas fizikal itu juga ia memberi ‘kecairan kewangan’ kepada saya dimana jika saya amat memerlukan wang, saya hanya perlu gadaikannya sahaja tanpa menjual atau bersusah payah membuat pinjaman (loan) dengan sesiapa pun.
Kaedah pertama menjana keuntungan?
Pertama sekali saya buka akaun PBGIA dimana-mana Public Bank yang terdekat. Sebelum memohon akaun berkenaan, kita mestilah membuka akaun simpanan biasa terlebih dahulu. Jika sudah ada akaun simpanan, kita boleh buka ‘direct’ akaun pelaburan berkenaan.
Untuk permulaan minimum pelaburan adalah membeli emas sebanyak 20gram. Dan jika mahu tambahkan lagi pelaburan, minimum adalah sebanyak 5 gram.
Kemudian saya beli sebanyak 100gram. Ketika itu harga segram emas di Public Bank adalah :
Saya membeli pada harga “selling price” iaitu RM 84.99 untuk segram. Jadi saya beli 100gram. Total pelaburan saya adalah RM 8499.00
Sekarang saya perlu tunggu masa yang sesuai untuk menjualnya dan mengaut keuntungan. Disebabkan strategi saya untuk jangka masa sederhana, maka jika ada sedikit kenaikkan saya tidak akan terus menjualnya.
Daripada gambar rajah diatas, perbezaan “selling price” dan “buying price” adalah 3.4% maka untuk balik modal, kenaikkan harga emas mestilah sebanyak 3.4% juga.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
55
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Bagaimana jika harga turun lagi dan tidak naik-naik?
Saya akan gunakan teknik pemurataan kos (cost averaging). Disitu saya dapat meminimakan modal saya. Dalam topik 3 saya ada menunjukkan contoh-contoh teknik pemurataan kos ini. Anda boleh rujuk kembali.
Saya akan pastikan sebanyak 4% penurunan harga dari harga saya beli barulah saya akan beli emas baru. Disini saya akan hanya tambahkan 5 gram untuk setiap penurunan harga sebanyak 4%. Jika turun lagi 4%, saya akan tambahkan lagi sebanyak 5gram.
Kadang-kadang tidak semestinya emas turun 4% saya akan sentiasa beli. Itu bergantung kepada sumber kewangan saya. Jika untuk tempoh berkenaan saya agak boros (beli handset baru, tukar sport rim) maka saya hanya pejam sebelah mata sahaja jika harga emas turun.
Selepas 8 bulan berlalu, saya ingin menjual kesemua emas di Public Bank berkenaan. Ketika itu harga emas se gram adalah seperti berikut:
Saya akan menjual emas saya berkenaan pada harga “buying price” iaitu RM 105.030 se gram.
Berapakah keuntungan saya?
Harga beli se gram: RM 84.99 Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
56
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Harga jual se gram: RM 105.03
Keuntugan se gram (harga jual – harga beli) = RM 20.04
Kuantiti emas yang saya miliki : 100 gram
Jumlah keuntungan: RM 20.04/gram X 100gram = RM 2004
Dalam masa 8 bulan saya mampu mengaut RM 2004 dengan pelaburan yang bernilai RM 8499 sahaja.
Lumayan tak?
Ok baiklah, kemudian saya laburkan “reinvest” kembali keuntungan saya tadi dengan membeli emas fizikal. Saya akan keluarkan sebanyak 55 gram emas berkenaan.
Jadi cash ditangan saya sekarang adalah RM 5776.60 (55gram x RM 105.03/gram)
Dengan nilai sebanyak itu, saya membeli emas Public Gold 50 gram.
Emas 50 gram di Public Gold adalah bernilai RM 5734.00. Dengan pembelian emas fizikal berkenaan saya akan teruskan untuk pelaburan jangka masa yang lebih panjang. Mungkin 5 tahun ataupun untuk 10 tahun.
Memiliki emas fizikal banyak kelebihannya. Antaranya adalah: Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
57
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
1) Mudah untuk kita dapatkan wang (jika terdesak) dengan hanya mengadaikannya di Ar Rahnu Bank.
2)
Kita boleh jadikan hasil gadaian emas fizikal berkenaan sebagai modal untuk
‘rolling’ bisnes kita.
3) Kita juga boleh gadaikan dan guna duit gadaian berkenaan untuk laburkan kembali kedalam PBGIA.
4) Ia juga boleh dijadikan persediaan untuk kita membeli lagi emas dikala emas menjunam jatuh. Teknik pemurataan kos diaplikasikan disini.
Itulah cara saya melaburkan wang saya melalui emas ini. Lain padang lain belalang, mungkin cara saya ini tidak sesuai dengan anda kerana setiap orang mempunyai matlamat keewangan yang berbeza-beza.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
58
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 6: Untungkah Dengan Mengadai Emas?
Sebelum saya bercerita lebih panjang mengenai keuntungan dengan mengadai emas, saya akan terangkan terlebih dahulu kaedah utama bagaimana untuk mengadai emas. Jangan risau, ia tidaklah sesukar teori fizik daya tarikan graviti.
Dalam ebook ini saya akan terangkan proses gadaian pada 2 buah tempat sahaja iaitu Bank Rakyat dan juga Agro Bank.
Di Bank Rakyat, anda memerlukan 2 salinan kad pengenalan jika pertama kali hendak menggadaikan emas. Jika barang yang hendak digadaikan itu bukan barang kemas maka anda perlu membawa resit pembelian serta sijil emas berkenaan.
Gadaian di Bank Rakyat terbahagi kepada 2 jenis skim a) Gadaian Ar Rahnu (Sekiranya jumlah pinjaman di bawah RM 5,000.00) b) Gadaian Az Zahab (Sekiranya jumlah pinjaman RM 5,001.00 hingga RM 50,000.00)
Gadaian Ar rahnu:
• Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
• Tempoh pembayaran sehingga 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun tempoh pembayaran boleh di tangguhkan sehingga gandaan 6 bulan dengan syarat upah simpan perlulah di jelaskan.
Gadaian Az-Zahab:
• Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
59
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
• Pembayaran balik pinjaman adalah selama 36 bulan atau secara lumpsum dalam tempoh 6 bulan.
Kadar Pinjaman ialah 65% Nilai Marhun (nilai barang yang hendak kita gadaikan).
Jadual dibawah menunjukkan upah simpan yang dikenakan mengikut kategori masing-masing. Jenis Pinjaman
Kadar Pinjaman
Kadar upah bulanan bagi setiap RM100 yang di bagi pinjam
Ar-Rahnu
Az- Azhab
Kurang RM 1000
RM 0.65
RM1001 – RM 5000
RM 0.75
RM5001 – RM50,000
RM 0.75
Sebagai contoh,
Katakan anda mempunyai emas Public Gold sebanyak 100 gram yang bernilai RM 11,200 dan anda mahu mengadaikannya. Berapakah upah simpan yang dikenakan?
Disini nilai marhun adalah RM11,200. Maka ia dikategorikan pinjaman Az-Azhab. Jadi kadar upah bulanan bagi setiap RM 100 adalah RM 0.75.
RM11,200/RM100 X RM0.75 sen = RM84 sebulan.
Dengan nilai barang sebanyak RM 11,200 anda akan diberi pinjaman sebanyak RM 7280 (65% dari nilai marhun) dan perlu dibayar kos simpan sebanyak RM 84 untuk sebulan.
Tip: Sesetengah bank rakyat tidak menerima syiling emas atau bar emas yang ada bentuk haiwan atau manusia.
Ok macam mana? Adakah anda boleh fahami konsep gadaian Bank Rakyat ini? Jom kita fahami pula konsep gadaian di sebuah lagi bank iaitu Agro Bank.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
60
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Secara jujurnya saya belum lagi berpengalaman mengadaikan mana-mana emas saya di Agro Bank. Tetapi melalui pertanyaan kepada rakan-rakan yang telah mengadaikan emas mereka di Agro Bank, maka dapatlah saya berikan gamabran kepada anda bagaimana konsep gadaian di Agro Bank ini.
Gadaian emas di Agro Bank menerima apa jua emas tidak kira ia mempunyai ukiran haiwan ataupun manusia. Jangan lupa bawa I/C serta resit jika ada ketika membuat gadaian.
Nilai gadaian maksimum adalah RM50,000. Tetapi dalam masa sehari hanya RM10,000 sahaja pinjaman diberikan.
Anda boleh menerima pinjaman sebanyak 50%, 60% dan juga 70% dari nilai emas anda. Semakin tinggi peratusan pinjaman, semakin tinggi caj bulanan yang dikenakan.
Jadual dibawah menunjukkan kadar upah simpan berdasarkan peratusan pinjaman yang diberikan.
Kadar pinjaman
Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100
50% dari nilai emas
RM 0.50
60% dari nilai emas
RM 0.60
70% dari nilai emas
RM 0.70
Tempoh Gadaian
6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).
“Buat Untung Dengan Gadai Emas” Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
61
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Ramai yang masih tidak jelas bagaimana kita boleh mengaut keuntungan berganda dengan mengadai emas. Kebanyakkan dari kita memikirkan mengadai emas hanya boleh membawa kerugian kerana kos simpan yang dikenakan oleh pihak Ar Rahnu hampir atau 12% setahun.
Untuk mengelakkan kerugian ini kita perlulah memastikan apakah tujuan utama kita mengadaikan emas. Adakah dengan mengadaikan emas itu membawa kita semakin kaya atau semakin pokai.
Yang penting disini adalah matlamat kita. Kalau saja-saja nak gadai tanpa hala tujuan maka memang tindakan kita menggadai emas ini suatu kerugian. Kalau menggadai emas ini untuk membeli handfon baru, langsir baru (untuk sambutan hari raya) maka ini juga adalah suatu kerugian.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, kita menggadai emas dan duit gadaian tersebut memberi pulangan yang lebih besar lagi untuk kita. Sebagai contoh, kita gadai emas untuk mengembangkan perniagaan ataupun mengadai emas untuk membeli emas disaat harga emas jatuh.
Ya benar! Jika harga emas jatuh contohnya dalam $870 per ounce maka amat sesuai untuk kita pajak atau gadai emas kita. Tidak kiralah emas fizikal apa yang kita miliki samaada barang kemas ke, emas Public Gold ke ataupun Syiling Kijang Emas.
Mari kita buat sedikit pengiraan mengenai keuntungan melalui penggadaian emas ini supaya anda lebih jelas lagi mengenai hal ini.
Katakan anda mempunyai 3 keping syiling kijang emas.
Pada 10/02/09 harga dilaman web Bank Negara menunjukkan harga jual 1 ounce adalah RM 3399.
Jadi anda pergi Ar Rahnu untuk mengadaikan 3 keping syiling emas berkenaan. Harga semasa untuk ketiga-tiga keping Kijang Emas berkenaan adalah RM 10,197 (RM3399 x 3)
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
62
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Pihak Ar Rahnu akan memberi sebanyak 65% daripada harga atau nilai semasa emas anda itu. Jadi anda akan dapat RM 6628.
Dengan wang sebanyak RM 6628 itu, anda membeli lagi 2 keping syiling kijang emas. Harga 2 keping syiling kijang emas itu adalah RM 6798. Jadi anda terpaksa ‘top up’ lagi sebanyak RM170 ( RM 6628 + RM 170 = RM 6798).
Pada 23/02/09, anda ingin menjual kembali kesemua 2 keping kijang emas yang anda beli sebelum ini.
Ketika itu harga 1 ounce kijang emas adalah RM 3731 (buying price). Dan jika 2 keping anda akan dapat RM7462.
Berapakah untung anda?
Harga jual – harga beli = untung
RM 7462 – RM 6798 = RM 673
Modal tambahan anda adalah RM 170. Kos simpan RM 76.47 untuk satu bulan.
Maka untung bersih :
RM 673 – RM 170 – RM 76.47 = RM 426.53 Selepas menebus kembali 3 keping Syiling Kijang Emas anda itu, untung anda adalah RM 433. Cukup lumayan, yang penting adalah ilmu dan strategi yang betul. Dan satu lagi, jangan biarkan perasaan tamak menguasai diri.
Jadi sekarang anda perlu tunggu harga emas turun terlebih dahulu dan apabila turun, ulangi kembali langkah pertama yang saya terangkan diatas. Konsepnya mudah sahaja iaitu beli harga murah, jual harga tinggi.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
63
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Jika anda ada banyak modal, akaun Amanah Saham Bumiputra anda sudah penuh, maka anda boleh gandakan modal anda. Daripada 3 keping Kijang Emas, anda beli lagi 2 atau 3 keping Syiling Kijang Emas.
Untuk membeli Syiling Kijang Emas untuk dijadikan sebagai modal, anda tidak perlu risau tentang harga emas pasaran. Tidak perlu tunggu ia turun baru nak beli. Ada duit saja untuk buat modal, terus beli. Sebab kita ambil untung menerusi gadaian apabila harga emas turun.
P/S: Di Bank Rakyat, mereka mengira kos simpan sebulan adalah dengan 0.75 sen bahagi 100 dan darab dengan nilai emas yang kita gadai pada mereka. 0.75 sen ini hanya untuk pinjaman yang lebih daripada RM 1000
Contoh: Nilai barang: RM 10197 (0.75sen ÷ 100) x RM 10197 = RM 76.47
Jadi caj kos simpan di Arrahnu adalah RM 76.47 untuk sebulan.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
64
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 7: Sesuai Ke Buat Pinjaman (Loan) Untuk Melabur Dalam Emas?
Ya,
amat
sesuai
sekali.
Tetapi
risikonya
agak
tinggi
berbanding
anda
menggunakan duit anda sendiri. Dalam blog sahabat saya iaitu En Syukor telah membuktikan bahawa dengan membuat loan kita mampu menjana keuntungan dalam jangka masa yang panjang.
Kajian yang dilakukan oleh En Syukor menunjukkan terdapat keuntungan 51.88% dalam masa 5 tahun pelaburan emas ini. Dan dalam masa 6 tahun anda mampu meraih keuntungan sebanyak 120%!!!
Disini saya sertakan petikan dari blog beliau yang menerangkan keuntungan melabur dalam emas dalam masa yang panjang. “ Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00 Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun. Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88%
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
65
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Katakan anda tidak mahu menjual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kita kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya… Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…”
Petikan
daripada:
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/buat-loan-bank-
untuk-beli-emas-untung-ke/
Kajian yang dilakukan oleh En Syukor berkenaan bermula pada tahun 2002 sehinggalah tahun 2008.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
66
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dalam selang masa 2002 sehingga 2008, harga emas menunjukkan peningkatan yang agak drastik berbanding tahun-tahun yang sebelum ini. Diawal topik ini saya ada mengatakan kaedah pinjaman ini agak berisiko kerana prestasi emas sudah berada ke tahap kemuncak pada tahun 2008 dan sehinggalah sekarang yakni tahun 2009. Peningkatan yang drastik terbantut diawal tahun 2008.
Tetapi jika anda mampu ‘menyerap’ risiko berkenaan dengan bermain secara aktif iaitu dengan memantau selalu pasaran harga emas maka kaedah pinjaman ini memang menguntungkan.
Anda membeli emas dan apabila berlaku kenaikkan yang kehendaki, anda terus jual tanpa menunggu lama-lama kerana dikhuatiri harga kembali akan jatuh. Jika harga kembali jatuh ia akan merugikan anda. Sedangkan ketika itu anda masih lagi terikat dengan pinjaman. Ini boleh membebankan diri anda.
Kesimpulannya,
jika
anda
berkemampuan
dan
baru
ingin
belajar
mengenai
pelaburan emas ini, saya cadangkan anda jangan membuat pinjaman. Jika anda sudah mahir sedikit dan tahu ‘trend’ turun naik harga emas ini maka teruskan dengan membuat pinjaman.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
67
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Jadikan pinjaman anda tersebut sebagai modal untuk anda melabur lebih banyak lagi dalam pelaburan emas ini.
Lagi satu kelemahan membuat pinjaman ini ialah anda akan berhadapan risiko jika mahu menjana keuntungan melalui konsep gadaian.
Katakan anda membuat pinjaman RM10k kemudian anda membeli emas fizikal untuk dijadikan modal untuk melabur dalam emas. Emas fizikal berkenaan anda gadai dan anda akan dapat 65% dari harga semasa emas berkenaan.
Dengan duit gadaian berkenaan, anda perlu menjana lebih banyak keuntungan kerana anda berdepan dengan membayar pinjaman secara bulanan dan juga upah simpan di Arrahnu.
Jadi konsep gadaian tidak seberapa praktikal untuk digunakan jika anda meminjam.
“Kaedah saya mengurangkan risiko dengan meminjam”
Disebabkan harga emas sentiasa naik dan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli emas semasa harga emas jatuh, maka saya juga perlu membuat pinjaman.
Teknik ini saya gunakan dengan matlamat untuk mengurangkan risiko kerugian saya sahaja. Cara saya adalah dengan membuat pinjaman melabur dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).
Konsepnya mudah sekali dan tidak memeningkan kepala, saya simpan dahulu dalam ASB sehingga wang saya dalam itu menjangkau RM 20 ribu. Kemudian saya pergi ke bank untuk memohon pinjaman ASB sebanyak RM20k.
Melalui pinjaman ASB sebanyak RM20k saya hanya perlu bayar sebanyak RM 386 dalam jangka masa 5 tahun.
Kini wang saya dalam ASB : RM20k (cash) + RM20k (sijil) = RM40k
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
68
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Kenapa cara ini dapat mengurangkan risiko?
Ini kerana dengan dividen ASB lebih kurang 9% setahun dapat menampung interest yang dikenakan oleh bank sebanyak BLR- 1.50% iaitu lebih kurang 3.5% sahaja dalam masa satu tahun.
Selain itu, ditahun pertama sahaja saya perlu bersusah payah membayar pinjaman/ loan bulan-bulan sebanyak RM 386 kerana ditahun kedua ia dapat dikurangkan melalui pendapatan dividen yang saya perolehi.
Katakan saya keluarkan RM10k dalam ASB untuk membeli emas ketika harga jatuh, dan dalam ASB saya masih ada lagi : RM10k (cash) + RM 20k (sijil) = RM30k
Dividen 9% ASB untuk RM 30k adalah RM 2700 untuk satu tahun.
Sebulan adalah : RM2700 ÷ 12 = RM 225 saya dapat sebulan.
Jadi pinjaman yang perlu saya bayar setiap bulan selepas satu tahun adalah: RM 386 – RM 225 = RM 161 sahaja.
Jadi kita dapat lihat disini dengan melabur dalam jumlah yang sama iaitu RM10k untuk membeli emas lebih jimat dan kurang risiko berbanding kaedah membuat pinjaman secara terus.
Melalui kajian En Syukor, kita perlu membayar bulan-bulan adalah RM 227 untuk pinjaman sebanyak RM10 ribu.
Tetapi melalui kaedah pinjaman ASB ini, untuk 12 bulan pertama kita perlu bayar RM 386 dan selepas itu hanya perlu bayar RM 161 sahaja sehingga 5 tahun. Dan selepas sahaja 5 tahun tersebut, RM20k menjadi milik kita sepenuhnya....
Dibawah menunjukkan jadual pinjaman ASB melalui Maybank Islamik:
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
69
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
70
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 8: Antara Kelebihan Dinar Emas.
Saya ada seorang pakcik dimana isterinya adalah orang Kelantan. Pakcik saya ini menetap di Terengganu. Pada setiap bulan mereka sekeluarga pasti akan pulang ke Kelantan dirumah sebelah keluarga isterinya.
Ketika balik itu juga pakcik saya ini pasti membeli 1 Dinar Kelantan. Tiap-tiap bulan dia pasti membeli 1 dinar. Saya tanya kenapa pakcik saya suka membeli dinar? Katanya, bentuk dinar emas ini amat menarik sekali dan memukau jiwa raganya. Seolah-olah dia jadikan mengumpul dinar emas ini sebagai hobi.
Setelah 2 tahun mengumpul dinar emas, beliau memiliki lebih kurang 20 keping dinar emas ini. Dan beliau membuat kira-kira, kosnya adalah hanya lebih kurang RM 7 000 sahaja. Dan jika beliau menjualnya sekarang, nilai 20 keping dinar berkenaan lebih kurang RM 9300.
Beliau
menunjukkan
dinar-dinarnya
kepada
saya.
Sambil
belek-belek
dinar
berkenaan, pakcik saya berkata kepada beliau bukan sahaja dapat memenuhi jiwanya dengan mengumpul dinar emas tetapi juga dinar emas ini juga dapat membantu beliau menunaikan haji ke Mekah tanpa perlu risau kenaikkan harga tambang dan penginapan untuk ke sana!
Tambah beliau lagi, tiap-tiap tahun Tabung Haji sentiasa mengumumkan harga baru untuk ke tanah suci Mekah. Dan menjadi lumrah setiap tahun harga untuk ke sana pasti akan meningkat. Namun bagi pakcik saya ini, ia tidak menjadi masalah. Pakcik saya faham harga dinar sentiasa naik seiring dengan kenaikan tambang untuk menunaikan haji.
Modal pakcik saya hanyalah 20 dinar dan pada 5 tahun lagi pakcik saya hanya perlu menjual semua dinarnya untuk ke Mekah tanpa menambah satu sen pun. Jika pakcik saya hanya mengumpulkan wang tunai RM 7000, maka pakcik saya perlu bersedia menambah lagi wang untuk ke Mekah pada 5 tahun akan datang.
Menurut pakcik saya lagi, beliau juga telah mula mendidik anak lelakinya untuk membeli dinar emas apabila ada lebihan wang tunai. Beliau telah mengsyaratkan
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
71
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
anak lelakinya agar mesti mempunyai 20 dinar barulah anak lelakinya boleh berkahwin.
Dengan 20 dinar berkenaan, mudah untuk anak lelakinya membuat mas kahwin apabila hendak berkahwin. Jika zaman pakcik saya dahulu, paling kurang kita mestilah mempunyai RM 700 untuk dijadikan mas kahwin ataupun hantaran.
Tetapi sekarang zaman telah berubah. Untuk suntingan gadis-gadis biasa paling kurang pun RM 5 ribu mesti ada dalam tangan. Jika wanita itu lepasan ijazah, maka RM 10 ribu lah kita kena “stand by”.
Melalui matlamat yang sama mengumpul dinar untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, kita pasti akan lebih beruntung jika menyimpan menerusi emas dinar.
Agak lama saya memikirkan strategi pakcik saya itu. Maklumlah zaman sekarang bunyi dinar-dinar ini mungkin agak kuno.
Kami agak lama mendiamkan diri ketika itu. Situasi ini seolah-olah pakcik saya memberikan ruang untuk saya ‘digest’ ilmu-ilmu yang dikongsikan.
Akhirnya baru saya mengerti. Dengan memahami konsep nilai emas yang tidak pernah susut, kita pasti akan dapat menjana keuntungan daripadanya. Dengan mengumpul dinar sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang (contohnya 5 tahun) dapat memberikan sesuatu yang kita hajati tanpa perlu risau apa jua situasi.
Jika anda merancang untuk menunaikan umrah atau untuk mendirikan rumah tangga dalam masa 5 tahun ini, maka
anda bolehlah dari sekarang mengumpul
dinar emas ya. Anda boleh dapatkan dinar emas melalui agen-agen Public Gold. Jika anda orang Kelantan, tiada masalah untuk dapatkan Dinar Kelantan.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
72
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 9: Tip-tip membeli dan menukar barang kemas.
Saya tahu 90% yang membaca ebook ini adalah lelaki. Kebanyakkan lelaki termasuk diri saya sendiri tidak seberapa arif hal ehwal membeli barang kemas ini. Apa yang biasa kita lalui hanyalah ikut isteri membeli rantai atau cincin dan membayarnya sahaja.
Tujuan saya buka topik ini adalah untuk berkongsi dengan pembeli ebook ini mengenai tip-tip membeli barang kemas supaya kita dapat keuntungan yang maksimum.
Jika anda mahu membeli barang kemas seperti cincin ataupun rantai pastikan ia adalah emas 916 ataupun emas 999! Apakah maksud 916 dan 999 ini? Ia bererti tahap
ketulenan
sesuatu
emas
tersebut.
916
bermaksud
terdapat
91.6%
kandungan emas dalam sesuatu bahan tersebut (rantai atau cincin) manakala 999 bermaksud ia mengandungi 99.9% kandungan emas didalam bahan tersebut.
Biasanya emas 999 ini jarang orang buat cincin kerana ia adalah lembut dan mudah rapuh. Untuk mengenali emas 999 ini ada banyak cara. Jika di kedai emas biasa merka akan bakar rantai emas tersebut. Jika tidak terdapat kesan hitam, maka itu adalah emas 999.
Antara cara lain untuk mengenal pasti ketulenan emas adalah dengan melihat disebalik (belakang) cincin, rantai atau gelang ada terdapat cop yang menyatakan ketulenan emas berkenaan
Ada juga kedai yang dilekukkan sedikit atau gigit sedikit emas tersebut untuk melihat ketulenan emas itu. Emas 999 akan mudah menghasilkan lekuk apabila tekanan yang dikenakan keatas emas tersebut.
Pernah juga saya kenali beberapa orang tokey emas yang hanya melihat kilauan sahaja mereka dapat mengesan ketulenan emas tersebut. Menurut mereka, kilauan emas 999 lebih memukau dan menusuk kalbu. Disini saya tidak berapa pasti apakah maksud mereka menusuk kalbu itu.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
73
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dan cara yang paling tepat menguji ketulenan emas tersebut adalah dengan mengunakan mesin ketulenan. Di kedai pajak gadai seperti Ar Rahnu Bank Rakyat, mereka menggunakan alat pengesan ketulenan ini. Begitu juga dengan Syarikat Public Gold di Pulau Pinang mengunakan alat ini untuk menguji ketulenan.
Kenapa saya mengatakan anda ‘wajib’ membeli emas 916 atau 999 jika mahu membeli barang kemas tidak kiralah untuk isteri ke, untuk mak ke ataupun untuk perkahwinan atau pertunangan.
Jawapannya mudah sahaja, ianya memudahkan untuk anda menggadai atau jual emas berkenaan pada masa akan datang. Hanya ketulenan emas 916 dan 999 sahaja kesemua kedai pajak gadai menerimanya dan kesemua kedai-kedai emas akan membeli balik daripada anda dengan harga yang tinggi.
Saya ada satu pengalaman mengenai hal ini untuk diceritakan kepada anda semua. Kisah ini berlaku semasa saya hendak melangsungkan perkahwinan saya. Selang seminggu lagi hari perkahwinan, saya dan emak saya ke bandar untuk mencari cincin untuk perkahwinan.
Dalam 5 buah kedai kami pergi ‘survey’ untuk dapatkan cincin yang cantik dan murah. Sampai satu kedai itu, jurujual amat hebat mempromosikan cincin yang bertahtakan permata. Memang ‘cair’ kami mendengar gaya dia menyakinkan kami bahawa cincin itu adalah yang terbaik. Saya waktu itu amat jahil pasal emas dan permata ini, akhirnya kami beli dengan harga RM470 untuk cincin seberat 3 gram.
Selang 2 tahun kemudian, isteri saya bersunggut untuk dapatkan cincin baru. Alahai ‘boring’nya, kalau minta beli sport rim ok juga (masa itu saya tidak tahu apa-apa pasal emas, asyik fikir pasal kereta aje!).... kemudian dia mengesyorkan untuk saya belikan cincin jenis belah rotan kerana harganya agak murah. Cincin belah rotan itu adalah cincin emasnya 916.
Untuk menjimatkan kos, saya cadangkan “trade in” sahaja cincin perkahwinan itu ataupun gadai sahaja.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
74
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Dan keesokan harinya kami pergi ke bandar untuk membeli ‘cincin belah rotan’. Sebanyak 4 buah kedai kami pergi dan perkara pertama yang kami tanya adalah “berapakah kedai sanggup ambil untuk cincin ini”, sambil saya menghulurkan cincin perkahwinan yang berharga RM470 itu.
Tokey kedai itu kemudian belek-belek cincin berkenaan dan menimbangnya. Kemudian dia ambil kalkulator sambil menekan nombor pada papan kalkulator dan seketika mengerutkan dahi, dia hanya mampu untuk mengambil cincin berkenaan hanya RM65 sahaja! Terkejut beruk kami berdua. Emas yang dibeli
2 tahun lalau
yang berharga RM470 kini berharga RM65 sahaja!!!
Saya tidak puas hati. Sambil menunjukkan resit yang dibeli pada 2 tahun lalu, tokei kedai tersebut dengan selamba sahaja berkata “ini emas 50 dan ada permata. Kami tidak ambil nilai permata tetapi kami hanya ambil nilai emas sahaja. cincin ini pula hanya mempunyai 50% sahaja kandungan emas didalamnya”.
Terbayang saya wajah wanita yang bermulut manis mempromosikan cincin ini dahulu. Dia langsung tidak menerangkan saya mengenai hal ini. Alangkah ruginya saya.
Kini saya faham cincin yang ada permata tiada nilai rupanya begitu juga
dengan emas 50.
Kemudian kami pergi kedai pajak gadai kerajaan Negeri Terengganu, dan mereka juga tidak menerima gadaian jenis emas berkenaan.
Jadi beruntung anda yang memiliki ebook ini, kini anda sudah tahu bahawa emas yang bernilai adalah emas 916 dan juga emas 999. Serta anda juga mengetahui cincin atau gelang atau rantai yang mengandungi permata adalah tidak bernilai.
Saya juga ingin ingatkan kepada anda, jika isteri anda ingin menukar barang kemasnya, pastikan jangan tukar dengan emas selain emas 916 dan emas 999.
Ramai saya lihat makcik-makcik yang menukar emas 916 dan emas 999 mereka dengan emas 50 yang dipenuhi dengan pelbagai jenis permata.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
75
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Ingatlah, permata memang cantik dipandang tetapi langsung tidak bernilai. Jadi jangan mudah tertipu dan ditipu oleh juru jual.
Emak saya sendiri pernah tertipu dengan pemilik emas yang tamakkan emas 916 dan emas 999. Emak saya mempunyai 2 gelang dan satu rantai emas 999 yang nilainya lebih kurang RM30 ribu. Rantai dan gelang berkenaan adalah daripada pusaka arwah datuk saya. Dan bentuknya amat klasik sekali
Kemudian, seorang rakan emak saya mengetahui hal ini. Dan kemudian dia mempelawa emak saya untuk bertukar emas berkenaan dengan emas yang lagi cantik dan moden rekabentuknya.
Kemudian emak saya bersetuju. Rakan emak saya datang bersama kawannya dari Kelantan dan menunjukkan gelang dan rantai emas yang begitu cantik sekali dan dipenuhi dengan pelbagai permata. Mereka ini mudah memujuk emak saya untuk menukarkan emas emak saya dengan emas mereka. Maklumlah emak saya ketika itu masih tidak tahu nilai emas.
Selang sebulan selepas itu, saya dapat mengetahui hal ini. Kemudian saya belek belakang gelang emas yang ditukar berkenaan, ternyata ia adalah emas 50 sahaja. Langsung tidak setimpal dengan emas 999 emak saya itu. Dan ianya tidak bernilai!
Kemudian emak saya menelefon rakannya yang menipu tadi, mereka kata mereka telah menjual kesemua emas emak saya berkenaan. Tepapar kekecewaan di riak wajah emak saya.
Anda sendiri dapat lihat betapa mudahnya untuk kita ditipu oleh pemilik emas yang mahir menilai emas. Sekarang saya sudah ceritakan kepada anda segala kisah mengenai emas ini dan saya harapakan anda tidak menjadi mangsa penipuan emas ini.
Sebelum membayar atau menukar emas anda, pastikan ianya adalah : 1) emas 916 atau 999 2) Tiada permata
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
76
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Mudah sahaja bukan? Jika anda masih lagi tertipu, jangan salahkan saya, saya sudah terangkan panjang lebar mengenai hal ini ☺
“Gelang emas 999 yang tiada permata”
“Gelang Emas dipenuhi permata”
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
77
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 10: Awas! Berhati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas
Dari awal ebook ini sehingga ke tahap ini saya langsung tidak menyentuh mengenai skim
skim
pelaburan
emas.
Sengaja
saya
membuka
topik
khas
untuk
membincangkan hal ini.
Tujuan saya menulis ebook berkaitan emas ini adalah untuk memperkenalkan kepada anda pelaburan sebenar emas ini. Pelaburan sebenar disini bermakna andalah yang menguruskan pelaburan anda tanpa melibatkan orang tengah.
Diluar sana banyak pihak-pihak menawarkan pelaburan emas melalui skim mereka. Dan sesiapa menyertai skim yang ditawarkan, mereka akan diberikan ganjaran atau Hibah berdasarkan kuantiti pelaburan kita. Contohnya anda membeli emas 100gram dari mereka dan menyertai skim mereka, anda akan diberikan tiap-tiap bulan RM300.
Konsep skim ini mudah sahaja. Anda membeli emas daripada mereka dan emas anda tersebut akan digadaikan. Kemudian syarikat akan menambah emas mereka dan digadaikan bersama-sama emas anda. Tiap- tiap bulan anda akan dapat hibah atau ganjaran.
Emas yang digadaikan itu (emas anda + emas syarikat) akan didaftarkan atas nama anda. Dan yuran guaman akan dibayar oleh syarikat.
Dimanakah kelemahan dari sistem ini?
1) Harga jual dan harga beli yang ditawarkan oleh syarikat mempunyai ‘spread’ yang tinggi. Iaitu 15%-20%
2) Anda akan dikenakan penalti jika melanggar perjanjian dengan syarikat. Katakan anda memang terdesak memerlukan duit yang banyak, jadi anda terpaksa melanggar perjanjian. Disini anda akan rugi
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
78
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
3) Gadaian adalah dilakukan atas nama anda. Jadi bagaimana jika syarikat itu rugi dan tidak dapat membayar kos simpan serta tidak dapat menebus emas anda. Disini segala kerugian anda akan tanggung sendiri.
Mungkin anda fikir syarikat mana boleh rugi dan harga emas sentiasa naik. Anda sebenarnya silap, setiap pelaburan ada risiko tersendiri. Emas juga ada turun naiknya.
Bagaimana jika syarikat itu melarikan diri? Ho!ho!...ini yang seronoknya...buatlah laporan polis banyak mana pun, duit anda tetap akan hangus...
4) Jika berlaku kes yang melibatkan campur tangan mahkamah antara anda dengan syarikat, maka anda perlu mencari peguam yang handal dan sudah tentunya kos anda akan bertambah. Ingat, yuran guaman syarikat yang bayar jadi sudah tentunya syarikat guaman berkenaan akan menyebelahi syarikat...
Sekarang sudah mengerti bukan kenapa saya menyuruh anda berhati-hati dengan skim pelaburan emas bukan. Jadi saya harapkan anda semak syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pelaburan sebelum anda menyertainya.
Tidak guna juga jika anda telah memiliki ebook ini dan telah menguasai cara-cara untuk menjana keuntungan melalui emas tetapi ingin juga menyertai skim-skim ini.
Oleh itu, dengan pengetahuan yang ada pada anda, saya yakin anda mampu menguruskan sendiri portfolio pelaburan anda tanpa melibatkan atau dipengaruhi mana-mana orang ketiga.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
79
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Topik 11: Tiada wang, bagaimana mahu memulakan Pelaburan Emas?
Sejak pelancaran pertama ebook Emas-Emas Yang Hilang, saya kerap diajukan soalan bagaimana mahu memulakan pelaburan emas dan tiada wang untuk memulakan pelaburan yang menguntungkan ini.
Jawapan saya mudah sahaja, iaitu untuk memulakan pelaburan emas ini, kita perlu membeli emas. Jika kita tidak membeli emas, bagaimana kita mahu menggandakan keuntungan kita. Betul tak?
Tetapi, untuk jawapan tiada wang bagi memulakan pelaburan emas ini agak sukar untuk saya menjawab. Terdapat ramai pembeli ebook Emas-Emas Yang Hilang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan. Dan menurut mereka, setiap akhir bulan duit mereka pasti habis.
Jadi dikesempatan pelancaran kedua ebook Emas-Emas Yang Hilang, saya ingin kongsikan
serba
sedikit
bagaimana
kita
dapat
menguruskan
kewangan
kita
seterusnya memberi peluang pada diri kita untuk mula melabur dalam emas. Tip-tip yang bakal diberikan ini tidak berkaitan secara langsung dengan pelaburan emas tetapi ia lebih kepada tip-tip untuk kita menyimpan wang seterusnya dengan wang berkenaan kita dapat melabur dalam emas. P/S: Tip-tip dibawah ini memerlukan anda membayar kepada penasihat kewangan sebanyak lebih kurang RM300 ☺
Cara Pertama
Kenal pasti kenapa berbelanja lebih
Perkara ini anda mesti lakukan sendiri. Anda cari dimana kelemahan anda terhadap apa jua perbelanjaan yang selalu anda gunakan. Mudah sahaja dengan mencatatkan apa yang menyebabkan anda berbelanja. Adakah untuk keperluan harian rumah ataupun semata-mata memenuhi nafsu serta selera anda.
Proses
mengenal
pasti
perbelanjaan
anda
ini
sekurang-kurangnya
akan
menyelamatkan hampir 20% dari perbelanjaan harian anda. Walaupun anda sukar Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
80
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
untuk mengikuti perancangan kewangan yang anda buat tapi kaedah ini mampu membantu anda secara tidak langsung dalam proses menjimatkan wang anda.
Ada sesetengah orang, dengan membuat bajet perbelanjaan harian atau bulanan ia amat membebankan. Malah memerlukan displin diri yang amat tinggi. Saya pun sendiri kadang-kadang berasa sungguh tertekan dengan bajet perbelanjaan harian saya. Saya limitkan perbelanjaan harian saya dalam RM20 sehari. Tapi untuk mematuhinya amat terseksa. Untuk mengatasi masalah ini saya ‘list’kan kenapa saya berbelanja lebih. Saya kenal pasti perkara apa yang memyebabkan saya berbelanja lebih. Dengan berbuat demikian secara automatic perbelanjaan saya dapat dikawal.
Antara perkara yang saya senaraikan dalam punca berbelanja lebih adalah seperti:
Perasaan berhak Saya mempunyai perasaan ini dan saya pasti dan yakin bahawa anda semua turut mempunyai perasaan ini. Inilah perasaan yang membawa kita semua kekeringan wang disetiap hujung bulan.
Kadang kala kita berbisik ‘aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah penat bekerja.’ Maka akhirnya kita keluar tengok wayang ataupun pergi kedai kosmetik. Walaupun harga barang yang kita beli itu amat mahal tapi disebabkan naluri ‘aku berhak memilikinya’ maka sabggup kita membelinya.
Ada kalanya juga kita merasakan perlu membeli perabot dan sofa yang baru disebabkan jiran sebelah juga telah menggantikan sofa dan perabot mereka. Sedangkan perabot dan sofa rumah kita masih lagi elok dan boleh dipakai. Terdapat juga sesetengah orang sanggup membeli kereta baru kerana adik bongsu mereka telah membeli kereta baru. Perasaan berhak inilah akan ‘menggangu’ ketenteraman anda. Ia akan membuatkan anda rasa resah dan gelisah jika tidak menuruti perasaan ‘berhak’ ini. Sesuatu yang amat menakutkan.
Ketahuilah perasaan berhak ini hanya mainan minda semata-mata. Anda boleh singkirkannya. Lakukan penyenaraian anda perkara apa yang membuatkan anda merasakan anda berhak memilikinya. Kemudian nilaikan adakah anda betul-betul
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
81
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
berhak memilikinya dan yang penting jika anda menuruti perasaan ‘berhak’ itu anda tidak akan kesempitan wang dikemudian hari. Jika anda yakin dan pasti ia akan menganggu makan minum anak dan isteri anda, maka lupakan saja hasrat itu.
Sedih dan kecewa
Ini juga merupakan mainan minda dimana ia dengan hebatnya mempengaruhi anda supaya berbelanja lebih. Dahulu saya pun pernah melakukan perkara ini. Bila sedih seperti dapat keputusan peperiksaan yang rendah, saya akan keluar ke shopping kompleks dan menghabiskan wang disana.
Seperti kisah seorang teman rapat saya. Suatu hari dia putus hubungan dengan teman wanitanya. Dia begitu amat kecewa. Dia menceritakan kepada saya bahawa perasaannya amat sekali terseksa. Begitu ‘touching’ saya mendengar luahan perasaanya itu. Untuk merawat hati yang luka lara ini, teman saya itu membeli sebuah handfon Nokia yang anggaran harganya lebih seribu ringgit. Membeli dengan duit biasiswanya sendiri. Apabila duit sudah habis mula meminjam dari rakan.
Jika anda mengalami masalah ini, pastikan tenangkan dulu jiwa anda. Jangan mudah membuat keputusan untuk berbelanja demi mengubati kesedihan dan kekecewaan anda. Pada waktu ini mental anda masih belum lagi stabil dan belum lagi boleh bertindak sewarasnya.
Hobi berbelanja
Isteri saya hobinya memang suka berbelanja. Bila dapat duit terus ke shoping kompleks bersama rakan-rakannya dan berbelanja sakan. Tapi itu dulu, sekarang dia lebih berhemah untuk membeli selepas dia mengetahui akibat dari berbelanja lebih.
Tidak dinafikan hobi berbelanja ini terutama di hujung minggu menjadi suatu kelaziman bagi rakyat Malaysia. Terutama lagi bagi kaum hawa. Kalau anda tidak percaya cuba pergi mana-mana shoping kompleks hujung minggu ini dan lihat siapa lagi ramai, lelaki atau wanita di shoping kompleks tersebut. Sudah semestinya kaum wanita paling ramai. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana sifat mereka
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
82
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
sebegitu tapi kita kena didik mereka supaya lebih berhemat dalam berbelanja dan yang penting katakan pada mereka ada banyak lagi hobi selain dari berbelanja.
Tidak kira samada lelaki atau wanita jangan jadikan berbelanja itu sebagai hobi anda. Dan juga jangan jadikan pusat membeli belah itu sebagai tempat anda bersiar-siar bersama ahli keluarga. Kerana ia menuntut anda untuk mengeluarkan wang dari poket anda.
Membeli pada harga tawaran
Ramai yang terperangkap dengan alasan ini. Apabila melihat papan iklan jualan dengan harga tawaran, maka kita akan bersiap sedia untuk membelinya. Sebagai contoh, kita membeli sesuatu untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan jika membeli barangan tersebut. Hati anda meronta-ronta kerana mahukan hadiah tersebut. Lagipun hadiah tersebut sukar didapati dan memang edisi terhad. Jika tidak membeli sekarang anda pasti melepas daripada memilikinya.
Sebernarnya itu semua perangkap untuk anda membeli barang tersebut pada harga yang tinggi dari kebiasaanya. Anda jangan mudah tertipu dengan helah penjual sebegini. Sebaliknya ialah menangguhkan pembelian. Pulang kerumah dan buat pertimbangan yang sewajarnya dan kembali semula ke kedai untuk mendapatkan barang itu jika ia betul-betul perlu.
Sesuatu yang harus diingat ialah peniaga hanya berminat mengaut keuntungan dan terpulanglah kepada kita untuk menjaga kepentingan kewangan diri sendiri.
Berhutang
Alasan ini sering digunakan oleh seseorang yang tidak cukup wang tapi mahu memiliki sesuatu barang tersebut. Walaupun saya tidak pernah menggunakan alasan ini untuk berbelanja lebih lebih tapi saya selalu lihat ramai orang di luar sana menggunakan alasan ini untuk mereka memiliki sesuatu barang yang mereka tidak mampu memilikinya. Jika tidak mustahil court mammoth dapat berkembang pesat dan lain-lain lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan skim bayaran mudah.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
83
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Menggunakan alasan ini menyebabkan anda terjebat dalam perbelanjaan yang tidak terkawal. Mana tidaknya, hanya hulurkan sahaja kad kredit anda mampu memiliki sesuatu barang yang diingini. Tetapi impaknya adalah masa anda hendak membayar barang-barang tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Walaupun nampak sikit kerana ia dibayar secara bulanan tetapi jika totalkan semua bayaran dari bulan pertama hingga bulan terakhir bayaran, harga barang tersebut adalah 2-3 kali lebih mahal dari harga asal.
Berdasarkan 5 alasan yang dinyatakan diatas, adakah anda dapat mengenal pasti di dalam golongan manakah anda berada? Jika anda tergolong didalam salah satu atau semua daripada ketegori diatas maka sudah tiba masanya untuk anda bertindak mengatasinya dan tidak menjadi mangsa dengan bersembunyi disebalik alasan yang rapuh. Jika anda bebas dari mana-mana alasan diatas, syabas diucapkan kerana mengamalkan gaya pengurusan kewangan dengan penuh bertanggungjawab.
Anda juga dinasihatkan sekali lagi untuk menyenaraikan sebab atau punca yang menyebabkan anda berbelanja lebih. Dengan langkah ini saya jamin anda mampu mengurangkan serta menyelamatkan wang anda dari terus lesap tanpa anda sedari.
Cara kedua
Sisihkan Wang Anda
Tidak mudah yang disangka untuk melakukan perkara ini. Lebih-lebih lagi jikalau kita ini jenis yang boros. Melalui kaedah ini anda memang tidak akan nampak hasilnya sekarang tapi ia memakan masa yang agak lama untuk menampakan kesannya.
Menurut satu tinjauan untuk pembaca Money Magazine, sebuah majalah kewangan di Amereka syarikat perkara yang paling di titik beratkan adalah masalah mengawal situasi kewangan peribadi. Masalah ini lebih diutamakan berbanding masalah mengurangkan berat badan ataupun masalah berhenti merokok.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
84
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Situasi ini lebih membimbangkan lagi apabila suatu kaji selidik yang dilakukan oleh jabatan kesihatan dan perkhidmatan manusia di AS (amerika syarikat) mendapati bahawa untuk setiap 100 orang yang memulakan kerjaya hingga umur mereka 65tahun ada 4 jenis keadaan:
1)
4 orang akan mencapai kebebasan kewangan
2)
22 orang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
3)
25 orang sudah pun mati
4)
49 orang cukup-cukup makan sahaja.
Walaupun di Malaysia tiada lagi kajian seperti itu dilakukan tapi kita harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya di hari tua kelak kita menjadi seperti 4 orang yang mencapai kebebasan kewangan. Untuk itu kita mesti lakukan senaman kesihatan untuk kewangan kita.
Yes! Dengan cara menyisihkan wang adalah salah satu cara untuk kita menyihatkan kewangan kita. Tapi bagaimana? Jom kita selongkar satu persatu kaedah menyisihkan wang ini. Kaedah ini hanya mempunyai 3 langkah sahaja. Dan yang penting anda mesti amalkan.
kaedah pertama: selamatkan 10%
Apa jua wang yang kita dapat hendaklah disimpan paling kurang 10% daripadanya. Wang itu tidak kira samaada daripada duit gaji bagi yang bekerja ataupun duit biasiswa bagi pelajar.
Walaupun anda mempunyai banyak hutang ataupun banyak tangunggan tapi usahakan menyimpan 10% daripada hasil pendapatan anda. Ini merupakan senaman yang paling mujarab untuk kesihatan kewangan anda. Tetapi jangan pula anda menyimpan 10% untuk diri anda tapi di kemudian hari anda menggunakannya pula untuk membeli sesuatu yang tidak memberi pulangan pada masa hadapan.
Lakukan ini selama 6 bulan berturut-turut. Selepas itu anda akan merasakan
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
85
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
menyimpan 10% untuk diri anda ini akan
menjadi lebih mudah malah anda akan
menambahkan lagi simpanan untuk diri anda dari 10% kepada 20%. Langkah menyimpan ini akan menjanakan satu tindakan mental dalam minda ‘sub-conscious’ anda untuk memberi semangat dan motivasi yang bakal mengubah nasib kewangan anda.
Saya yakin lama-kelamaan baru anda sedar bahawa terdapat juga simpanan dalam tabungan anda yang jika selama ini tabungan simpanan anda sentiasa kosong. Selain itu latihan ini akan membuatkan anda lebih menghargai wang anda setelah berpenat lelah bekerja untuk mendapatkannya.
Kaedah kedua: memberi (giving)
Yes! Untuk membuatkan anda lebih bertanggungjawab terhadap wang anda, anda seharusnya memberi kepada orang yang lebih memerlukan wang anda.
Walaupun kaedah ini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ‘memberi’ dapat meningkatkan wang anda, tapi percayalah petua luar biasa ini memang mujarab. Ramai billionaire menubuhkan yayasan mereka sendiri dengan niat sebahagian dari kekayaan mereka dapat disalurkan terus kedalam yayasan mereka. Sebab itu setiap hari kekayaan mereka
semakin
bertambah.
Jika
anda
memberi
satu
bahagian
dari
kekayaan/keuntungan anda maka tidak mustahil anda akan dapat kembali balasan tersebut dalam jumlah yang berganda.
Lakukan perkara ini secara berterusan. Saya tidak tahu bila anda akan mendapat pulangan dari pemberian anda tapi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan bersabar. Melalui proses kesabaran ini ia akan membina daya tahan anda terhadap kewangan anda. Kekuatan anda untuk mengawal pengaliran tunai anda akan menjadi lebih hebat dan mantap.
Anda tunggu apa lagi? Lakukan sekarang, sedikit demi sedikit. Carilah dimana rumah anak-anak
yatim,
fakir-fakir
miskin
ataupun
rumah-rumah
warga
tua
untuk
menyumbangkan sebahagian daripada apa yang anda ada.
Yang penting lakukannya dengan ikhlas. Ini juga menunjukan anda bersyukur diatas
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
86
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
nikmat kurniaan Tuhan.
Kaedah ketiga: beli hanya mampu dibeli.
Ramai orang tahu kaedah ini dan saya amat pasti ramai juga buat-buat lupa kaedah ini. Dengan itu ramai diantara kita ‘over budget’ disaat akhir bulan dan juga banyak bil-bil penting terpaksa ditunda bayarannya kepada bulan hadapan. Anda tidak faham?
Begini, anda pernah dengar pinjaman mudah? Untuk lebih memudahkan anda ia juga dipanggil skim bayaran ansuran. Ramai orang terperangkap dengan skim ini. Skim ini memberi jaminan kepada anda bahawa anda boleh mendapatkan apa sahaja barang yang sebelum ini anda memang tidak mampu memilikinya.
Contoh barang yang menawarkan skim pinjaman mudah ini seperti tv plasma, peti sejuk, mesin basuh, system audio dirumah, sofa, set makan, set tidur, perabot dan bermacam-macam lagi barangan kelengkapan rumah. Sebenarnya anda memang tidak layak memiliki semua ini melainkan anda membayarnya secara ‘cash’!
Tahukah anda dengan membayar secara ansuran bulanan terhadap barangan ini apabila di totalkan pada bulan terakhir pinjaman anda,harganya melambung 2-3 kali ganda mahalnya dari harga asal. Satu kerugian besar buat anda. Seolah-olah anda bekerja selama ini hanya untuk membayar barangan tersebut sahaja.
Oleh itu pesan saya jangan belanja apa yang anda tidak mampu untuk memiliki. Point penting disini adalah jangan berhutang. Jika anda sudah terlanjur dan memiliki beberapa barang yang dibayar secara ansuran bulanan anda harus melakukan perkara ini…
Pertama dan terakhir, berhenti berhutang! Gengam tangan anda dan putuskan bahawa anda tidak lagi akan menambahkan walaupun satu ringgit hutang lagi. Walaupun saya tahu mungkin anda terpaksa berpisah dengan beberapa kredit kad atau mengalirkan air mata tetapi anda boleh berhenti. Kuasa untuk berhenti terletak di tangan anda!
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
87
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Cara ketiga
Jimat, jimat dan jimat
Tiada apa lagi yang patut saya memperkatakan bahawa hanya dengan berjimat anda mampu menyelamatkan wang anda daripada terus hangus tanpa anda sedari.
Saya tahu ramai yang akan membangkang ayat-ayat saya yang menyeru anda semua supaya berjimat. Terutama akak-akak yang kuat membeli-belah, makcik-makcik dan mereka yang kuat berbelanja. Mereka katakana saya kedekut dan juga haji bakhil (walaupun masih belum haji) serta ‘tahi hidung masing’. Tidak mengapa saya menerima dengan hati yang terbuka..huhuhu…
Sekarang saya akan menyangkal mereka-mereka yang mengatakan saya ini haji bakhil, kedekut dan tidak lupa juga yang mengatakan ‘tahi hidung masing’. Ok baiklah ini adalah kesan buruk yang bakal menimpa anda jika tidak menjadi ‘bakhil’ dalam perbelanjaan:
•
duit anda sentiasa tidak cukup
•
anda tidak sedar dimana hilangnya wang anda
•
anda mula menyedari barang yang anda beli itu hanyalah pembaziran.
•
Anda mula menyesal setelah minat anda terhadap barang itu telah hilang walaupun beratus anda habis kerananya.
•
Aliran tunai anda akan mengalir seperti air paip dengan lajunya mengalir.
•
Anda bekerja siang malam seolah-olah untuk membayar barang yang tidak anda perlukan sahaja.
•
Tiadanya tabungan simpanan untuk diri anda sendiri untuk waktu tua.
•
Bil-bil mula tertunggak.
•
Rumah anda dipenuhi dengan barang yang tidak perlukan dan hanya menyemakan lagi rumah anda yang sedia sempit itu.
•
Mula berhutang apabila tidak cukup wang. Lebih teruk lagi berhutang dengan lintah darat apabila anda sangat-sangat memerlukan wang.
•
Tiada simpanan pada hari tua. Hanya mengharapkan wang pencen yang tidak seberapa.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
88
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Cukuplah 11 sahaja saya menerangkan kesan-kesan buruk akibat tidak berjimat ini. Ok setakat ini saya harap anda boleh menerima hakikat untuk menyelamatkan wang, anda semestinya kena berjimat. Tapi bagaimana hendak berjimat? Apakah perkara yang boleh kita jimatkan?
Untuk meningkatkan kefahaman anda semua, tidak semua perkara kita harus berjimat. Contohnya jikalau anak kita kelaparan, tak kan nak bagi cukup-cukup makan sahaja kat mereka ini dengan alasan berjimat. Kenalah bagi sampai anak kita kenyang. Betul tak?
Sebenarnya
berjimat
ini
tidak
susah
mana,
yang
penting
anda
tahu
situasi
bagaimanakah anda harus berjimat. Sesuaikan dengan situasi yang anda hadapi. Saya sediakan dibawah ini beberapa langkah untuk anda berjimat supaya anda dapat menyelamatkan wang anda daripada terus lesap tanpa anda sedari.
Jimat masa membeli belah.
Membeli belah merupakan hobi ‘utama’ bagi sesetengah orang terutama orang yang mempunyai gaji yang besar. Maka tidak hairanlah pusat-pusat membeli belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan kerana mendapat sokongan dari golongan seperti ini.
Sesetengah pusat membeli belah mungkin menawarkan harga jualan murah (sale) pada ‘item’ yang anda inginkan pada waktu terbatas sementara pusat membeli belah yang lain mungkin memberi diskaun hebat keatas barang yang anda dambakan setiap hari. Hal ini membuatkan anda teruja dan tidak sabar-sabar untuk membeli kesemua ‘item’ tersebut. Sebelum anda pergi membeli belah, anda haruslah memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1) senaraikan barangan yang hendak dibeli dengan teliti dengan menilai samaada
barang
tersebut
suatu
keperluan
atau
hanya
semata-mata
kehendak anda. 2) Jangan berada terlalu lama di pusat membeli belah. Terus pulang kerumah apabila anda merasakan daya tahan terhadap jualan barangan semakin lemah.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
89
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
3) Jika anda tidak menjumpai sesuatu barangan yang anda ingini, segera pulang terus. Kerana jika tidak berbuat demikian anda akan jadi mangsa seorang jurujual berpengalaman yang dapat menilai betapa penat dan bosannya anda. Mereka akan membuatkan anda keluar dari kedai mereka dengan membawa barang yang anda tidak ingin beli pada awalnya. 4) Jangan membeli belah apabila anda berasa bosan. Dalam keadaan demikian, anda tentu akan mudah terpengaruh untuk membeli sesuatu yang anda benar-benar tidak perlukan. 5) Sentiasa membuat tinjaun harga dan mutu sebelum anda membeli barang yang bakal anda perlukan. 6) Jangan sesekali keluar membeli belah dengan rakan-rakan yang jenis pemboros. Begitu juga dengan rakan-rakan yang kaya. 7) Jika anda sekadar ingin membeli barang keperluan dapur ataupun barangan yang amaunnya sedikit, tolong jang bawa kad kredit. Ia akan mengelakan anda daripada berbelanja secara berlebihan. 8) Jangan bawa wang yang banyak. Bawalah wang yang mencukupi untuk barangan yang anda rancang untuk membeli. 9) Sila periksa resit pembayaran anda. Kerana ada kajian menunjukan kesilapan ‘cashier’ untuk melakukan kesilapan adalah tinggi. Contohnya mereka tersilap ‘scan’ 2 kali barang anda maka anda terpaksa bayar 2 kali ganda untuk satu barang anda. 10) Jangan ke bahagian makanan di pasar raya dengan perut kosong. Ini kerana apabila perut kosong nafsu membeli anda berada ditahap paling optimum. 11) Belilah
barangan
yang
tidak
terkenal
jenamanya
atau
jenama
yang
diperkenalkan oleh kedai itu sendiri. Ia adalah lebih murah dari jenama terkenal. Contohnya tesco. Tesco mengeluarkan jenama mereka sendiri yang jauh lebih murah harganya berbanding jenama yang terkenal lain. 12) Sentiasa periksa barang dirak bawah barangan di pasar raya. Kerana barangan dibahagian ini lebih murah dan tarikh luputnya lebih lama. Biasanya barangan dibahagian ini adalah produk yang baru sampai. 13) Jangan membeli makanan dalam tin berkarat atau kemik.
Periksa juga
tarikh luputnya. 14) Jangan malu untuk tawar menawar terutama kedai biasa. Ia sekurangkurangnya dapat menjimatkan setiap sen daripada anda. 15) Jangan membeli hanya untuk bersaing dengan jiran atau rakan anda.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
90
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Penutup...
Mulakan langkah pertama anda dengan memiliki emas. Tidak kiralah emas PBGIA ke, emas syiling kijang ke ataupun emas Public Gold.
Jangan takut untuk memulakan langkah pertama. Saya dulu pun agak ragu-ragu dengan potensi emas ini. Namun setelah kajian yang teliti dan pembacaan bukubuku berkaitan emas baru saya sedar kepentingan melabur dalam emas ini. Sekarang saya agak menyesal kerana tidak memulakan pelaburan emas dari tahun 2002 lagi. Namun saya masih lagi tidak terlambat untuk memulakan pelaburan emas ini.
Ketika saya membeli emas pada tahun 2008, harga ketika itu dianggap agak mahal dan agak berisiko untuk membelinya. Ramai orang ketika itu menunggu harga berkenaan turun sedikit dan barulah mereka akan membelinya. Namun saya tidak, saya terus beli pada harga yang tinggi berkenaan.
3 bulan selepas itu, harga kembali turun. Saya mula panik. Dalam hati saya berkata “matilah aku jika harga terus merudum”... Saya nekad untuk menunggu emas naik barulah saya menjualnya. Nasib baik ketika itu saya membeli emas fizikal, jika ada apa-apa boleh saya gadaikannya tanpa perlu menjualnya.
Selepas satu tahun, harga yang saya beli berkenaan sudah tidak dapat dibeli pada tahun 2009. Keuntungan yang saya miliki dari emas pertama saya adalah sebanyak 13% jika saya jual sekarang. Pengajaran disini adalah jangan takut untuk membeli emas pada harga yang tinggi.
Untuk permulaan, jangan terlalu mengharapkan keuntungan yang berganda. Sesuaikanlah keuntungan anda berdasarkan saiz pelaburan anda. Adalah tidak masuk akal jika anda melabur RM400 tetapi mengharapkan pulangan keuntungan sebanyak RM5000.
Pertama sekali adalah tetapkan matlamat anda jika anda mahu melabur dalam pasaran emas ini. Kerana jika anda saja-saja beli emas tanpa sebarang matlamat dan strategi, ia bakal meranapkan institusi keewangan diri dan keluarga anda.
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
91
Emas – Emas Yang Hilang
– Rahsia-rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!!
Jika anda berhasrat untuk meminjam wang untuk melabur dalam emas ini, pastikan anda kenalpasti terlebih dahulu adakah pinjaman itu menguntungkan anda atau merugikan anda.
Selain daripada ASB, unit amanah, hartanah dan juga saham, jadikan juga emas sebagai salah satu strategi untuk anda memenuhi pendapatan portfolio anda. Asingkan sedikit duit gaji anda untuk membeli emas supaya emas berkenaan menghasilkan pendapatan untuk anda ketika anda sedang nyenyak tidur.
Akhir sekali, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menunaikan zakat atas harta yang kita miliki. Dengan cara itu ia dapat menyuburkan lagi rezeki kita dan bertambah kekayaan kita hendaknya.
Jika
anda
memerlukan
bantuan
dan
tunjuk
ajar
sila
emailkan
kepada
[email protected]. Insyallah kami akan membantu anda. Perhatian! Email ini tidak dibenarkan untuk diberikan kepada orang lain selain anda sahaja sebagai pembeli ebook ini.
Sekian, terima kasih.
Dari penulis ebook, Abd. Hafiz Ab Wasa & Dari penerbit, Jamaluddin Bahari & Dan penasihat, En. Syukor Hashim
Founder RahsiaEmas.com © 2009
Copyright ©2009 RahsiaEmas.Com
92