5 TAHUN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kurikulum Standard SekolahRendah
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
3.0 MENGENAL INTERNET SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 29
MODUL SRDI 4 Standard kandungan:
Mengenal Internet
Standard pembelajaran:
3.3 Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND,OR), berfrasa (“ “)atau simbol (*)
Masa:
60 minit
NOTA RUJUKAN 1. Apakah itu enjin carian? Enjin carian [search engine] ialah satu aplilkasi atau program yang dibangunkan bagi membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN. Tetapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, untuk mencari sesuatu maklumat dalam internet melalui enjin carian. Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan. 2. Cara Penggunaan Secara umumnya, enjin carian adalah ringkas. Taip perkataaan yang di cari dan tekan butang carian. Seterusnya enjin carian akan menjalankan tugas carian bagi kata kunci yang di taip dan senarai keputusan yang releven akan di paparkan. Walaupun begitu, carian yang lebih spesifik boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian Boolean. Antara pencarian Boolean udah adalah menggunakan frasa AND,OR atau menggunakan simbol (“ “ atau *)
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 30
I.
Pencarian Boolean menggunakan frasa AND (“ “) Penggunaan frasa AND atau tanda “ “ adalah bagi mengabungkan 2 atau lebih perkataan berbeza bagi memudahkan carian. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian. Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, “Persatuan Tunas Puteri”. Carian akan memaparkan semua laman sesawang yang mengandungi semua kata kunci yang dicari. Pengguna juga boleh mengabungkan setiap perkataan kata kunci dengan perkataan AND seperti Persatuan AND Tunas AND Puteri
Persatuan
Tunas
Puteri
Persatuan AND Tunas AND Puteri Kata Kunci Persatuan Tunas Puteri Persatuan Tunas Puteri “Persatuan Tunas Puteri”
Keputusan Carian 28,600,000 32,700,000 22,600,000 74,400 1,380
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 31
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 32
II.
Pencarian Boolean menggunakan frasa OR (*) Penggunaan frasa OR atau tanda * adalah bagi mendapatkan sekurang-kurangnya salah satu daripada kata kunci carian akan dipaparkan dalam keputusan carian. Carian menggunakan Pencarian Boolean OR adalah bagi mendapatkan keputusan carian salah satu daripada kata kunci atau semua kata kunci yang ditaip Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, Kolej Universiti. Carian akan memaparkan keputusan laman sesawang yang mengandungi salah satu atau kedua-dua kata kunci tersebut. Pengguna juga boleh mengabungkan setiap perkataan kata kunci dengan perkataan OR seperti Kolej OR Universiti
Kolej
Universiti
Kolej OR Universiti Kata Kunci Kolej Universiti Kolej Universiti Kolej OR Universiti
Keputusan Carian 29,700,000 25,900,000 4,310,000 54,800,000
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 33
KEPERLUAN PERISIAN Internet Explorer, Mozila Firefox, Google Chrome
KEPERLUAN PERKAKASAN Komputer
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 34
AKTIVITI 1 PENGENALAN Langkah 1 : Murid membuka pelayar web Internet Explorer Langkah 2 : Murid menaip www.google.com.my untuk membuka laman sesawang carian Google.
Langkah 3 : Murid menaip perkataan Tunas Puteri dan menyatakan bilangan keputusan yang dipaparkan berdasarkan kata kunci Tunas Puteri. Bilangan keputusan carian akan di catatkan pada lembaran kerja aktiviti (Rajah 1)
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 35
Langkah 4 : Murid seterusnya menaip perkataan Tunas Puteri menggunakan simbol Pencarian Boolean AND, OR (“Tunas Puteri”) dan (Tunas *Puteri). Kedua-dua bilangan hasil carian, dicatatkan pada lembaran kerja Aktiviti (Rajah 1) Kata Kunci / Frasa
Bilangan Hasil Carian
Tunas Puteri Tunas AND Puteri Tunas OR Puteri
(Rajah 1)
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 36
AKTIVITI 2 KAEDAH PENCARIAN BOOLEAN Langkah 1 : Guru menerangkan pengenalan pencarian Boolean dalam skop AND,OR bagi mengabungkan dan memisahkan pencarian dalam enjin carian. Langkah 2 : Murid memulakan carian menggunakan enjin carian google menggunakan kaedah pencarian Boolean. Kata kunci yang digunakan adalah Dunia Internet. Murid menggunakan prinsip AND bagi mengkhususkan pencarian maklumat dan imej menggunakan frasa. Kata Kunci / Frasa
Bilangan Hasil Carian
Dunia Internet Dunia AND Internet
Langkah 3 : Guru bagaimana carian Boolean AND berfungsi menggunakan rajah 2
Dunia
Internet
Rajah 2
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 37
Langkah 4 : Murid seterusnya melakukan carian Boolean OR bagi frasa, Sistem Rangkaian. Murid mengisi pada lembaran kerja aktiviti jumlah keputusan carian. Kata Kunci / Frasa
Bilangan Hasil Carian
Sistem Rangkaian Sistem OR Rangkaian
Langkah 5 : Guru menerangkan prinsip carian Boolean OR seperti rajah 3.
Sistem
Rangkaian
Langkah : Guru menerangkan prinsip dan kegunaan kaedah carian Boolean untuk memisah dan menggabungkan perkataan dalam carian.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 38
PENILAIAN ARAHAN : Jawab soalan di bawah dengan betul
1. Lukis dalam bentuk rajah konsep penggunaan Boolean OR
2. Lukis dalam bentuk rajah konsep penggunaan Boolean AND
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 39
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid: Tahun: Kelas
Modul: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:
Bil
Sistem Rangkaian dan Dunia Internet 3.0 Mengenal Internet Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “) atau simbol (*)
Perkara yang dinilai
1 2
Menyatakan fungsi enjin carian Memahami perbezaan fungsi Boolean AND dan OR 3 Berjaya melakukan carian Boolean AND untuk carian Imej dan Teks 4 Berjaya melakukan carian Boolean OR untuk carian Imej dan Teks KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkanoleh:
Pencapaian Ya Tidak
Catatan
(CAPAI / TIDAK CAPAI)
Tandatangan&Tarikh Tandatangan&Tarikh
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 40