DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN ENAM
DRAF DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN ENAM
Bahagian Pembangunan Kurikulum Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENDAHULUAN
1
MATLAMAT
1
OBJEKTIF
1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
4
FOKUS MATA PELAJARAN
5
i.
Matlamat
ii.
Objektif
iii.
Pelaksanaan Subjek Modul
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
6
PENTAKSIRAN SEKOLAH
7
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD
8
TAFSIRAN UMUM
8
TAFSIRAN MATA PELAJARAN
9
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
11
DRAF PENDAHULUAN
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
MATLAMAT KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan iv bahan bantu mengajar ...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran 1
DRAF vi. vii. viii. ix. x.
mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. iii. iv. v. vi.
Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2
DRAF Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti di Jadual 1.
Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Standard Prestasi Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
KBAT
Penerangan
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis
Menilai
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum 3
DRAF pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti yang positif.
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Keusahawanan Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
Mengamalkan sikap keusahawanan; Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan; Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan; Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.
4
DRAF Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Teknologi merupakan satu wadah yang memperkukuhkan
pembelajaran
sesuatu
menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan berkesan mata
untuk
melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
Objektif
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4,
mempelajari
Tahun 5 dan Tahun 6).
konsep
yang
sukar
dan
abstrak,
dan
boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
Pelaksanaan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
Komunikasi (TMK)
Mata
Pelajaran
Teknologi
Maklumat
dan
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan
Belajar melalui TMK
dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard
Belajar dengan TMK
Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru
FOKUS MATA PELAJARAN
boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti
Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK)
berasaskan TMK.
Matlamat
i.
TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai
ii. Pengurusan makmal komputer
bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga
iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer
teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer,
iv. Fungsi perkakasan komputer
perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,
v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer 5
Pengenalan makmal komputer
DRAF RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
vi. Pengaplikasian sistem komputer vii. Pengenalan kepada internet
Rancangan Pendidikan Individu (RPI): PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …adalah....suatu
rekod
yang
mengandungi
butiran
TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
seronok serta membentukdan guru dan murid menjadi lebih kreatif
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
murid berkeperluan pendidikan khas.
TMK, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Khas) 2013).
Antaranya adalah:
Pembelajaran kendiri
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
Kolaboratif
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
Pembelajaran berasaskan projek
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
Inkuiri-penemuan
proses
Penyelesaian masalah
menyatakan tahap pencapaian murid.
Pembelajaran masteri
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Konstruktivisme
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
Pembelajaran Penerokaan
pengajaran
dan
pembelajaran
dan
boleh
2000) RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian 6
DRAF PENTAKSIRAN SEKOLAH
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
sokongan lain.
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
RPI memperincikan antara lain: i.
Tahap prestasi sedia ada murid
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
ii.
Perancangan akademik dan bukan akademik
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
iii.
Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
iv.
Objektif pendidikan yang boleh diukur
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
v.
Objektif,
prosedur
dan
urutan
pentaksiran
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
bagi
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi.
Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii.
Perancangan,
jangkamasa
dan
tarikh
sesuatu
mampu
memberi
maklumat
tentang penguasaan, pengetahuan,
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan viii.
Iaitu
menyeluruh
kemahiran,
dan
pengamalan nilai murni;
Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;
mereka.
Fleksibel
iaitu
kaedah
pentaksiran
yang
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
7
pelbagai
DRAF
Merujuk
standard
prestasi
yang
Maklumat
dibina
yang
diperolehi
membolehkan
pihak
yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
berdasarkan standard kurikulum.
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
PS boleh dilaksanakan secara:
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
pembelajaran, semester atau tahun.
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
Pentaksiran Rujukan Standard dan
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Teknologi
murid.
Maklumat dan Komunikasi.
Standard
Prestasi
Pentaksiran
diguna
untuk
Rujukan
melihat
Standard
kemajuan
merupakan
proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham Tafsiran Umum
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan
standard
Pentaksiran
sedemikian
tidak
prestasi
yang
membandingkan
ditetapkan.
MAKSUD
pencapaian
TAHAP PENGUASAAN
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan Tahu
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran.
1
TAFSIRAN UMUM Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, Tahu dan Faham
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. 8
2
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
DRAF
Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
3
4
5
6
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
TAHAP PENGUASAAN
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
TAFSIRAN asasTMK Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK mengikut prosedur yang betul
5
Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan mempraktikkan asas TMK dengan lebih sistematik
6
Mengetahui, memahami,mengaplikasi,mempraktik serta boleh menyampaikan maklumat asas TMK dengan lebih kreatif dan kritis
Jadual 2:Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
Tafsiran mata pelajaran
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah
TAHAP PENGUASAAN
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
TAFSIRAN
1
Mengetahui tentang asas TMK
2
Mengetahui dan memahami tentang asas TMK
3
Mengetahui, memahami dan mengaplikasi 9
DRAF Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan. Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah: Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh. Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz. Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. 10
untuk
DRAF PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
1.1
Memahami Penggunaan TMK
(Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Memerihal perkakasan komputer dan penggunaan TMK
1.1.1 Mengamalkan etika dan tanggungjawab dalam TMK.
dalam kehidupan.
i. mengenal pasti perkakasan komputer (monitor, tetikus,
2
papan kekunci, sistem unit,
Menghubungkait penggunaan komputer dalam kehidupan seharian
pencetak) berfungsi dengan baik.
3
ii. mengamalkan sikap
Mengaplikasi penggunaan TMK untuk mendapatkan imej, audio dan video.
berhemah ketika mencetak dokumen.
4
1.1.2 Menggunakan TMK untuk
Mempraktikkan etika dan tanggunggjawab penggunaan TMK semasa mendapatkan imej, audio dan video.
mendapatkan: i. imej daripada folder yang
Menjelaskan melalui contoh tentang cara menggunakan
diberi
5
TMK untuk mendapatkan imej, audio dan video serta
ii. audio daripada cakera padat.
mengaplikasikan amalan etika dan tanggungjawab
iii. video daripada Internet
dalam TMK. 12
DRAF
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
1.1.3 Memerihalkan penggunaan
6
TAFSIRAN
Demonstrasi menggunakan TMK untuk mendapatkan
TMK dalam kehidupan
imej, audio dan video serta mengaplikasikan amalan
seharian di
etika dan tanggungjawab dalam TMK.
i. rumah. ii. sekolah. iii. persekitaran
13
DRAF PERISIAN APLIKASI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
2.1
Mengetahui ikon perisian pemproses kata (MS Word)
2.1.1 Menyatakan penggunaan
1
Menunjuk ikon dengan betul
2
Menamakan ikon dengan betul
3
Membezakan ikon dengan betul.
4
Mempraktikkan penggunaan ikon dalam perisian
ikon; i.
Minimize
ii.
Maximize
iii.
Close
iv. New v.
Open
vi. Save As
pemproses kata (MS Word)
vii. Save viii. Print
5
Mengaplikasi ikon dalam perisian pemproses kata dengan betul
6
Demonstrasi penggunaan ikon mengikut fungsi yang betul.
14
DRAF PERISIAN APLIKASI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
2.2. Aplikasi Menaip
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Menunjuk aplikasi menaip perkataan yang diberi dengan
2.2.1 Menaip perkataan yang diberi dengan betul
betul.
2.2.2 Menaip ayat pendek berdasarkan teks yang diberi.
2
Menyatakan cara aplikasi menaip ayat pendek yang diberi dengan betul.
3
Mengaplikasi menaip perkataan
4
Mengaplikasi menaip ayat pendek
5
Menaip ayat pendek dan menyimpan (save as) dokumen
6
Demonstrasi menaip perkataan dan ayat dengan betul, menyimpan (save) dokumen, membuka dan menutup dokumen dengan tatacara yang betul.
15
DRAF PERISIAN APLIKASI STANDARD PRESTASI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
2.3 Memahami Cara Menyunting Dokumen
(Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
2.3.1 Melakukan penjajaran kiri
TAFSIRAN
1
Mengenalpasti jenis penjajaran dan gaya teks.
2
Memerihal tatacara penjajaran dan gaya teks, serta
dalam teks yang diberi. 2.3.2 Melakukan penjajaran tengah dalam teks yang diberi.
mengubah orientasi dokumen.
2.3.3 Melakukan penjajaran kanan dalam teks yang diberi.
3
2.3.4 Melakukan penjajaran penuh
Mengaplikasikan penjajaran kiri, kanan, tengah dan penuh dalam teks yang diberi
dalam teks yang diberi. 2.3.5 Mengubah gaya teks yang
4
diberi berdasarkan:
Mengaplikasikan penjajaran kiri, kanan, tengah dan penuh dalam teks yang diberi serta mengubah gaya teks
i. Saiz
dan orientasi dokumen.
ii. Font face iii. Bold
5
iv. Italic
Mempraktikkan penjajaran teks, mengubah gaya teks, mengubah orientasi dokumen, menyimpan dokumen
v. Underline
dan mencetak hasil kerja.
16
DRAF
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
2.3.6 Mengubah orientasi dokumen
6
dari:
TAFSIRAN
Demonstrasi melakukan penjajaran teks, mengubah gaya teks, mengubah orientasi dokumen, menyimpan
i. potrait ke landscape.
dokumen dan mencetak hasil kerja.
ii. landscape ke potrait. 2.3.7 Mencetak hasil kerja.
17
DRAF PERISIAN APLIKASI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
2.4. Membina jadual menggunakan perisian Pemproses Kata (MS Word)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
2.4.1 Membina jadual 2 lajur x 3
1
baris.
TAFSIRAN
Menunjuk tatacara membina jadual dalam pemproses kata (MS Word)
2.4.2 Menambah lajur pada jadual yang telah dibina.
2
2.4.3 Menambah baris pada jadual
Memerihal tatacara membina jadual dalam pemproses kata.
yang telah dibina. 2.4.4 Memasukkan teks yang diberi
3
Membina jadual 2 lajur x 3 baris.
4
Demonstrasi melengkapkan jadual dengan
ke dalam jadual. 2.4.5 Memadam lajur pada jadual yang telah dibina.
memasukkan teks ke dalam jadual.
2.4.6 Memadam baris pada jadual yang telah dibina.
5
Demonstrasi melengkapkan jadual dengan menambah dan memadam baris, menambah dan memadamkan lajur dan memasukkan teks ke dalam jadual.
18
DRAF
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Demonstrasi melengkapkan jadual dengan menambah 6
dan memadam baris, menambah dan memadamkan lajur dan memasukkan teks ke dalam jadual, menyimpan dokumen dan mencetak fail.
19
DRAF PERISIAN APLIKASI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
2.5. Menyunting imej
2.5.1
Menyunting imej
menggunakan Perisian
menggunakan;
Grafik (Paint)
i.
Cut
ii.
Copy
iii.
Paste
1
Menunjuk cara untuk menyunting imej menggunakan perisian grafik (Paint).
2
Memerihalkan cara menyunting imej menggunakan ‘clipboard’
iv. Crop 2.5.2
Memasukan teks ke dalam
3
Menyunting imej dan mewarna gambar.
4
Mengubah suai imej dengan menyunting imej,
gambar yang diberi. 2.5.3
Mewarnakan gambar yang
memasukan teks dan mewarna gambar.
diberi.
5
Mengubah suai teks dan gambar mengikut kreativiti.
Demonstrasi menyunting imej mengikut kreativiti, 6
menyimpan fail imej dalam My Dokuments dan mengaplikasi imej ke dalam perisian lain.
20
DRAF SUMBER MAKLUMAT INTERAKTIF
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
3.1 Menggunakan Cakera Padat Interaktif
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
3.1.1 Melancar dan menutup CD
1
TAFSIRAN
Menyatakan cara melancar dan menutup CD Pembelajaran.
Pembelajaran 3.1.2 Menggunakan CD Pembelajaran mengikut
2
Memerilhal cara melancar dan menutup CD Pembelajaran.
panduan.
3
Mempraktikkan cara melancar dan menutup CD pembelajaran.
4
Menggunakan CD Pembelajaran mengikut panduan dengan cara yang betul.
5
6
Menggunakan CD Pembelajaran mengikut panduan dengan mengaplikasikan kemahiran asas TMK.
21
DRAF
DUNIA INTERNET
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
4.1. Mengenali Internet
4.1.1 Menyatakan fungsi internet
1
Mengenal pasti fungsi internet.
2
Menyatakan fungsi internet.
3
Menyenaraikan fungsi internet dalam kehidupan
4.1.2 Menyatakan perkhidmatan dalam internet.
seharian.
4
Menjelaskan melalui contoh perkhidmatan dalam internet.
5
Menggunakan perkhidmatan dalam internet dengan cara yang betul.
6
Tatacara dan fungsi menggunakan perkhidmatan dalam internet dengan cara yang betul.
22
DRAF DUNIA INTERNET
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..)
(Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..) TAHAP PENGUASAAN
4.2. Melayari Internet
4.2.1
Mengenal pasti ikon enjin
TAFSIRAN
1
Mengenal ikon enjin carian
2
Memerihalkan ikon enjin carian.
3
Menggunakan ikon carian untuk melayari web.
4
Menjelaskan melalui contoh tatacara melayari internet
carian i. Internet Explorer ii. Mozilla Firefox iii. Google Chrome 4.2.2 Menggunakan web untuk melayari internet 4.2.3 Melayari internet untuk
untuk mendapatkan maklumat sekolah.
mendapatkan maklumat sekolah.
5
4.2.4 Melayari internet untuk
Menerangkan cara menggunakan web untuk melayari Internet untuk mendapatkan maklumat sekolah dan imej
mendapatkan imej.
serta menyimpan maklumat dalam My Dokuments.
6
Demonstrasi menggunakan web untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat sekolah dan imej serta menyimpan maklumat dalam My Dokuments.
23
DRAF
24
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk