5 TAHUN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kurikulum Standard SekolahRendah
MODULSISTEM RANGKAIAN DAN DUNIAINTERNET
3.0 Mengenal Internet Yanti Binti Mohamad Basri Hjh Azillah Bt Harun
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 60
MODUL SRDI 6 Standard kandungan:
3.0 Memahami Fungsi Internet
Standard pembelajaran:
3.5 Mengelas jenis laman web; komersil, peribadi, organisasi, hiburan, berita dan sosial 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet
Masa:
60 minit
NOTA RUJUKAN 1. Apa itu laman web? Laman web adalah satu laman di Internet yang kebiasaannya dikendalikan oleh individu atau organisasi tertentu yang memaparkan penulisan, gambar, audio, video dan sebagainya.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 61
2. Jenis-jenis laman web: i)
Komersial Laman web yang menjual atau menawarkan sesuatu barangan samada dalam bentuk produk atau perkhidmatan.
ii)
Peribadi Laman web yang mengandungi maklumat atau pengalaman peribadi seseorang.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 62
iii)
Organisasi Laman web mengandungi maklumat tentang sesebuah organisasi, persatuan atau kelab.
iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii)
iv)
Informasi /berita Laman web yang memberikan maklumat dan berita.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 63
v)
Hiburan Laman web yang berorientasikan hiburan seperti permainan video, filem, lagu, artis dan sebagainya.
vi)
Blog Laman web yang pada kebiasaannya dijadikan sebuah catatan peribadi/diari dan kerap dikemaskini.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 64
3. Berikut merupakan beberapa kebaikan dan keburukan Internet, anda boleh menambahnya lagi melalui pembacaan. Kebaikan i) ii)
iii)
iv)
Maklumat- mudah didapati dan mudah berkongsi maklumat. Komunikasi - dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa mengira jarak,masa dan tempat. Promosi- dapat membantu individu atau organisasi utuk mempromosikan produk dan perkhidmatan. Pendidikan atas talian – cara pantas, selamat dan menyeronokkan dalam memberi pendidikan kepada pelajar.
Keburukan i)
ii)
iii)
Maklumat tidak tepat – ramai pengguna internet menyebarkan maklumat tidak tepat kepada pengguna lain melalui laman sosial/peribadi. Keselamatan data/maklumat- pengguna boleh terdedah dengan isu keselamatan data atau maklumat peribadi di internet jika tidak berhatihati. Melalaikan- penggunan laman social yang berlebihan dan tidak terkawal boleh memberikan kesan buruk terutamanya kepada pelajar.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 65
KEPERLUAN PERISIAN Internet explorer Microsoft Office Fail laman web
KEPERLUAN PERKAKASAN Komputer Kemudahan Internet
AKTIVITI 1 1. Secara berkumpulan murid mengakses laman web yang diberikan oleh guru sebagai latihan. Setiap kumpulan diberikan satu alamat URL yang berbeza. Contoh : www.moe.gov.my www.gua.com.my http://pmnajib.blogspot.com www.bharian.com.my
2. Murid berbincang tentang ciri-ciri dan kegunaan laman web tersebut bersama ahli kumpulan. 3. Hasil daripada perbincangan tersebut, murid membuat pembentangan tugasan kumpulan dengan menggunakan sebarang aplikasi dengan menarik dan kreatif.
4. Guru meminta murid mengkelaskan mengikut jenis.
laman web tersebut
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 66
AKTIVITI 2 Arahan : Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan dua situasi yang berbeza. 1. Bincangkan kebaikan dan keburukan laman sosial berdasarkan situasi yang diberikan. Murid perlu memberi justifikasi yang munasabah untuk setiap alasan yang dikemukan. 2. Bentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Situasi 1 Puan Norma menjalankan perniagaan kek dan kuih-muih secara kecil-kecilan. Pada mulanya, beliau hanya menjual kek dan kuih-muih kepada jiran-jiran, rakan-rakan pejabat suaminya dan keluarga terdekat sahaja. Sehinggalah pada suatu hari, anaknya Insyirah telah memperkenalkan satu laman sosial kepadanya supaya beliau dapat mempromosikan kek dan kuih-muihnya kepada masyarakat luar. Sejak itu, Puan Norma menerima banyak tempahan dari luar dan perniagaan beliau semakin berkembang dari hari ke hari. Situasi 2 Irfan seorang murid yang sangat gemar melayari internet. Beliau akan mengakses pelbagai jenis laman web sosial yang dirasakan menarik dan menyeronokkan. Hampir setiap masa beliau akan menghabiskan masanya dengan mengadap komputer di dalam biliknya sehingga mengabaikan waktu makannya.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 67
PENILAIAN 1. Apakah maksud laman web? Laman web adalah
2. Nyatakan jenis-jenis laman web. i)
iii)
ii)
iv)
3. Nyatakan kebaikan dan keburukan laman sosial.
Bil.
Kebaikan
Keburukan
1.
2.
3.
4. SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 68
4. Menyatakan jenis laman web berikut :
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 69
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 70
LAPORAN PENCAPAIAN MURID NamaMurid: Tahun: Kelas
Modul: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
3.0
Mengenal Internet
3.5
Mengelas jenis laman web; komersial, peribadi, organisasi, hiburan, berita dan sosial Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet
3.6
Bil
Perkara yang dinilai
1
Menyatakan maksud laman web 2 Mennyatakan jenis laman web;komersial, peribadi, organisasi, berita atau sosial 3 Memberi contoh-contoh laman web 4 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkanoleh:
Pencapaian Ya Tidak
Catatan
(CAPAI / TIDAK CAPAI)
Tandatangan&Tarikh Tandatangan&Tarikh
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 71