5 TAHUN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kurikulum Standard SekolahRendah
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 3.0MENGENALINTERNET
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
22
MODUL SRDI 3 Standard kandungan: Standard pembelajaran: Masa:
3.0 Mengenal Internet 3.1 Menyatakan maksud Internet 3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet 60 minit
NOTA RUJUKAN 1. Apa itu Internet? Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet. Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap hari untuk urusan seperti berikut: Berkomunikasi dalam talian Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan penemuan penyelidikan Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan Perbankan elektronik Mengikuti kelas pembelajaran maya Mengakses sumber seperti permainan dalam talian, video, buku dan majalah Berkongsi maklumat
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
23
2. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet 2.1 Perkhidmatan Capaian Maklumat Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP) FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan mudah diantara dua komputer yang berada dalam jaringan komputer. Muat turun Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video dan lain-lain. 2.2 Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian) Disebut enjin carian atau ‘search engine’. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih pantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu : Yahoo (www.yahoo.com) Google (www.google.com) Bing (www.bing.com) 2.3 Perkhidmatan Komunikasi Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu : E-mel Laman sosial Blog
KEPERLUAN PERISIAN Microsoft Office – MS Word, MS PowerPoint Internet Explorer SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
24
KEPERLUAN PERKAKASAN Komputer LCD
AKTIVITI 1 Langkah 1: Guru mewujudkan satu situasi. Contoh: SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
25
Marina adalah seorang remaja yang ingin mengikuti perkembangan fesyen terkini. Bagaimanakah dia boleh mengetahui tentang perkara tersebut? Langkah 2 : Sesi Simulasi ( lakonan) a. Guru memilih beberapa murid untuk memainkan watak yang terdapat di dalam situasi. Marina – watak utama Kavitha – rakan Marina yang arif sedikit mengenai internet. Jacyntha – rakan Marina dan Kavitha yang selalu melayari internet dan menambah lagi pernyataan Kavitha. b. setiap watak diberikan penerangan mengenai watak yang dilakonkan oleh 3 watak tersebut. c. Setelah selesai, murid ditanya apakah masalah Marina sudah dapat diselesaikan? Bagaimana ia dapat diselesaikan? d. Guru membuat rumusan bahawa Internet adalah satu sumber maklumat yang tiada sempadan untuk diterokai. Langkah 3 : Guru menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan Internet yang biasa digunakan menggunakan slaid persembahan.
AKTIVITI 2 Arahan : Guru hendaklah memastikan komputer murid di dalam keadaan bersedia. SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
26
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan mempunyai maksima 5 orang ahli. 2. Setiap kumpulan diberi beberapa situasi yang berbeza. i. Anita telah diberi tugas mencari maklumat mengenai kelebihan dan kekurangan penggunaan komputer selain mengepilkan imej di dalam kerja kursus di sekolah. ii. Rajiv seorang penggemar muzik. Dia ingin memuat turun lagu dan klip video terbaru terkini. iii. En. Lim merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Saritok, Sabah. Beliau merasakan tertinggal di dalam maklumat terkini mengenai pendidikan zaman sekarang. iv. Cassandra berasa begitu sunyi berada di rumah pada hujung minggu kerana ibu bapanya selalu ke luar negara di atas urusan kerja. Dia ingin berinteraksi dengan rakannya tetapi tidak suka melepak di luar rumah. 3. Guru memberi beberapa laman web untuk setiap kumpulan dan menyesuaikan laman-laman tersebut selain memberi justifikasi kepada pilihan mereka. i. www.yahoo.com ii. www.4shared.com iii. www.moe.gov.my
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
27
PENILAIAN 1. Apakah maksud Internet? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
2. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah. a. Internet boleh dilayari di atas talian dan juga luar talian. (
)
b. Internet boleh dilayari oleh semua individu termasuklah organisasi kerajaan dan swasta. ( ) c. Perkhidmatan membeli dan menjual barang tidak boleh dilakukan di dalam talian Internet. ( ) d. Kita boleh menghantar e-mel kepada rakan walaupun kita tidak ada akaun e-mel. ( ) e. Kita boleh memuat turun dan memindah fail melalui Protokol Pindahan Fail. ( ) f. Pencarian di perkhidmatan carian maklumat boleh dimulakan http:// dan www. ( ) g. Kita boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakanrakan luar negara melalui e-mel dan juga blog. ( ) h. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet termasuklah seperti mengikuti kelas, membeli-belah dan berkomunikasi bersama rakan-rakan.( )
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
28
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid: Tahun: Kelas
Modul: Standard Kandungan:
DI 3
Standard Pembelajaran:
3.1 Menyatakan maksud Internet. 3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet.
Bil
3.0 Mengenal Internet.
Perkara yang dinilai
1 2
Menyatakan maksud Internet Menyenaraikan perkhidmatan Internet KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkanoleh:
Pencapaian Ya Tidak
Catatan
(CAPAI / TIDAK CAPAI)
Tandatangan&Tarikh Tandatangan&Tarikh
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
29