TAKHRIJ AL-HADITH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI SESI 1
MATLAMAT MODUL Matlamat modul ini ialah untuk membimbing para pelajar mencari dan menentukan sumber asal bagi sesebuah hadith, bagi menentukan darjat / peringkat hadith berkenaan, sama ada sahih atau dhoif dan sebagainya. Daripada ini, pelajar dapat mengambil faedah untuk menentukan sama ada hadith itu boleh dipakai (dijadikan hujjah) atau tidak dalam sesuatu permasalahan.
PENGENALAN ILMU TAKHRIJ AL-HADITH
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH • Takhrij menurut bahasa mempunyai beberapa makna. Yang paling mendekati di sini adalah berasal dari kata kharaja ( ) َﺧ َر َجyang artinya keluar; nampak dari tempatnya atau keadaannya; atau terpisah dan kelihatan. • Dari kata al-ikhraj ( ) ْا ِﻹ ْﺧ َرجyang artinya menampakkan sesuatu dan memperlihatkannya. • Dari kata al-makhraj ( ) اﻟ َﻣ ْﺧ َرجartinya tempat keluar, dan akhrajal-hadith wa kharrajahu artinya menampakkan dan memperlihatkan hadith kepada orang dengan menjelaskan tempat keluarnya
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH • Takhrij menurut istilah adalah menunjukkan tempat hadith pada sumber aslinya yang mengeluarkan hadith tersebut dengan sanadnya dan menjelaskan darjatnya ketika diperlukan, contoh seperti: • Pertama: Seorang muhaddith meriwayatkan hadith-hadith di dalam kitabnya beserta dengan sanad-sanadnya dengan menggunakan ungkapan:
ﺧﺮﺟﻪ أو أﺧﺮﺟﻪ اﻟﺒﺨﺎري ﰲ ﺻﺤﻴﺤﻪ (al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dengan sanadnya).
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH • Kedua: Menyandarkan hadith kepada siapa yang meriwayatkannya di kalangan periwayat hadith di dalam kitabnya dengan menyebut martabat hadith tersebut. • Contohnya ungkapan muhaddithin:
""ﺧﺮج ﻓﻼن أﺣﺎدﻳﺚ ﻛﺘﺎب ﻛﺬا
iaitu menyandarkannya dan menisbahkannya kepada ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam kitabnya dengan sanadnya beserta penjelasan martabat hadith tersebut sama ada ianya diterima atau ditolak. • Perkara ini dilakukan oleh al-Zaila’i di dalam kitabnya Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah.
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH • Al-Takhrij untuk maksud yang kedua boleh difahami sebagai : Satu kerja praktikal untuk seluruh ilmu-ilmu hadith, yang mana ia mempertanggungjawabkan ke atas seorang pengkaji dengan mencari hadith pada sumber asalnya, mengkaji lafaz-lafaznya yang pelbagai, dan sanadsanadnya yang bermacam-macam dan tawaqquf (berhenti) pada pendapat ulama hadith tentang hadith dan periwayatnya, dan mengkajinya dari sudut sanad dan matan kemudian cuba untuk mendapatkan natijah yang betul di sekitar hadith tersebut.
AL-TAKHRIJ Mencari hadith pada sumber asalnya Mengkaji lafaz-lafaznya yang pelbagai
Kerja praktikal
Mengkaji sanad-sanadnya yang bermacam-macam Tawaqquf (berhenti) pada pendapat ulama hadith tentang hadith dan periwayatnya Mengkajinya dari sudut sanad dan matan Mendapatkan natijah yang betul
DEFINASI AL-HADITH • Hadith menurut bahasa bermaksud sesuatu yang baru. • Hadith menurut istilah para sarjana hadith bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi saw sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadinya. PEMBAHGIAN HADITH • Secara umumnya, hadith boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu hadith yang boleh diterima atau disebut hadith maqbul dan hadith yang tertolak iaitu hadith mardud . • Di bawah kategori hadith maqbul (diterima) terdapat dua jenis hadith iaitu hadith sahih dan hadith hassan. Di bawah kategori hadith mardud (tertolak) pula terdapat hadith dhoif (lemah), hadith dhoif terbahagi kepada banyak jenis, ada hadith dhoif yang baik dan ada hadith dhoif yang mungkar sehingga ke hadith maudu' (palsu).
DEFINASI AL-HADITH • Setiap hadith mengandung tiga Unsur, iaitu 1. Matan (teks atau perkataan yang disampaikan, isi hadith tersebut) 2. Rawi (disebut juga perawi) adalah orang yang menyampaikan atau yang meriwayatkan hadith yang pernah diterimanya dari seseorang ke dalam suatu kitab. 3. Sanad, adalah orang-orang yang menjadi sandaran dalam meriwayatkan hadith. Dengan kata lain, sanad adalah orangorang yang menjadi perantara dari Nabi saw kepada perawi. • Syarat hadith shahih adalah hadith yang memenuhi 5 syarat iaitu : 1. Persambungan Sanad ()إﺗﺼﻞ اﻟﺴﻨﺪ 2. Keadilan para perawi ()اﻟﻌﺪل 3. Para perawi bersifat dhabith ()اﻟﻀﺎﺑﻂ 4. Tidak terjadi kejanggalan ()ﺑﻐﲑ ﺷﺎذ 5. Tidak terjadi ‘illat. ()ﺑﻐﲑ ﻋﻠﺔ
ILMU TAKHRIJ AL-HADITH • Ilmu takhrij hadith merupakan salah satu turath, warisan ilmu Islam selain fiqh, tafsir, hadith, akidah, tawauf dan lain-lain lagi. Ilmu ini dikatakan pencetus kepada barat dalam menghasilkan kaedah footnote dalam penulisan. Takhrij hadith merujuk kepada satu kaedah mencari asalusul sesuatu hadith daripada sumber asalnya. Sumber asal di sini bermaksud kitab-kitab hadith yang bersanad bermula daripada penulis kitab hinggalah ke Rasulullah saw.
KELEBIHAN ILMU TAKHRIJ AL-HADITH 1. Memudahkan seseorang itu mencari sumber sesuatu hadith daripada kitab asalnya. 2. Dapat menentukan kesahihan atau kedhoifan sesuatu hadith. 3. Dapat mencari sanad hadith yang lain untuk menguatkan lagi darjat hadith tersebut. 4. Dapat mengenal pasti amalan tadlis hadith.
KESIMPULAN “Satu ilmu yang membahaskan mengenai prinsip dan metode yang memudahkan capaian kepada kedudukan hadith, mengenalpasti mutabaah dan syawahid daripada sumber-sumber asal, sumbersumber yang menyerupai asal, dan sumbersumber yang tidak asal seterusnya menjelaskan hukum dan darjat hadith sama ada diterima atau ditolak”
TAKHRIJ AL-HADITH Ilmu yang membahaskan prinsip dan metode yang memudahkan capaian kepada kedudukan hadith Mengenalpasti mutabaah dan syawahid Daripada sumber-sumber asli, sumbersumber yang menyerupai asli, sumbersumber yang tidak asli Menjelaskan hukum dan darjat hadith sama ada diterima atau ditolak. Asli: Kitab-kitab yang diriwayat hadithhadithnya oleh para pengarang dengan sanad-sanad mereka, samada kitab-kitab berkenaan dalam bidang-bidang berikut: Hadith seperti al-Kutub al-Sittah, alMuwatta' dll- Aqidah seperti al-Iman oleh Abu Bakr Ibn Abi Shaybah- Fiqh seperti al-Shafii - Tafsir seperti Tafsir Ibn Jarir alTabari. Tarikh seperti Tarikh Baghdad oleh al- Khatib. Usul Fiqh seperti al-Risalah oleh al-Shafii.
6 kaedah takhrij, kitab-kitab yang digunapakai bagi setiap kaedah, metode setiap kitab, terma-terma yang digunakan ketika takhrij dan prinsip kajian sanad dan matan hadith. Mutaba’ah: Berkongsi dua orang perawi dalam meriwayatkan hadith daripada seorang sahabat melalui guru yang sama. Syawahid: Dua orang sahabat atau lebih meriwayatkan sebuah hadith dengan lafaz yang sama atau dengan maknanya.
Menyerupai Asli: Kitab kitab hasil karya penulis yang menyebut hadith-hadith yang diambil berserta sanad daripada rujukan asal seperti Tafsir Ibn Kathir, Nasb al-Rayah Fi Takhrij Ahadith al-Hidayah oleh alZayla’iyy dan lain-lain.
Tidak Asli: Kitab-kitab hadith karya penulis yang menyebut hadith-hadith yang diambil tanpa menyebut sanad-sanad rujukan asal seperti kitab Riyad al-Salihin oleh al-Nawawi.
Contoh Mutabaah dan Syawahid • Mutaba’ah ialah berkongsi dua orang perawi dalam meriwayatkan hadith daripada seorang sahabat melalui guru yang sama. • Hadith yang diriwayatkan oleh Syu'bah bin al-Hajjaj daripada Qatadah daripada Salim bin Abi al-Ju'd daripada Mi'dan bin Abu Talhah Daripada Abu Darda' daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"adakah lemah bagi salah seseorang daripada kamu untuk membaca pada satu malam satu pertiga al-Quran? Sahabatsahabat bertanya bagaimana dibaca satu pertiga al-Quran? Rasulullah menjawab " "ﻗﻞ ﻫﻮ اﷲ اﺣﺪmenyamai satu pertiga al-Quran. • Hadith ini diriwayatkan juga oleh Aban al-'Attar daripada Qatadah.Maka dalam hal ini Aban dianggap Mutabi' kepada Syu'bah bin al-Hajjaj dan Syu'bah pula Mutabi' kepada Aban.Kedua-dua mereka meriwayatkan hadith ini daripada guru yang sama iaitu Qatadah.
Contoh Mutaba’ah dan Syawahid • Syawahid ialah dua orang sahabat atau lebih meriwayatkan sebuah hadith dengan lafaz yang sama atau dengan maknanya. Setiap seorang daripada mereka merupakan syahid kepada yang lain, contoh : Hadith riwayat Anas:
""ﻻ ﻳﺆﻣﻦ اﺣﺪﻛﻢ ﺣﱴ أﻛﻮن أﺣﺐ إﻟﻴﻪ ﻣﻦ ﻣﺎﻟﻪ واﻟﻨﺎس أﲨﻌﲔ • Hadith ini turut diriwayatkan sahabat lain 'Abdullah Bin Hisham dengan lafaz:
""ﻻ ﻳﺆﻣﻦ أﺣﺪﻛﻢ ﺣﱴ أﻛﻮن ﻋﻨﺪﻩ أﺣﺐ إﻟﻴﻪ ﻣﻦ ﻧﻔﺴﻪ
Hadith Asal
Mutaba’ah Tammah
ﻓﺈن...ﻓﺎن ﻏﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺎﻛﻤﻠﻮا اﻟﺸﻬﺮ ﺗﺴﻊ وﻋﺸﺮون ﻏﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺄﻛﻤﻠﻮا اﻟﻌﺪة اﻟﻌﺪة ﺛﻼﺛﲔ ﺛﻼﺛﲔ
Mutaba’ah Qasirah
Syahid
ﻓﻜﻤﻠﻮا ﺛﻼﺛﲔ...
إذا راﻳﺘﻤﻮا اﳍﻼل ﻓﺼﻮﻣﻮا وإذا رأﻳﺘﻤﻮﻩ ﻓﺎﻓﻄﺮوا ﻓﺈن ﻏﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺄﻛﻤﻠﻮا اﻟﻌﺪة ﺛﻼﺛﲔ
Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w
Abdulrahman bin Umar
Abdulrahman bin Umar
Abdulrahman bin Umar
Abdullah bin Abbas
Abdullah bin Dinar
Abdullah bin Dinar
Muhammad bin Zaid
Muhammad bin Hunain
Malik
Malik
‘Asim bin Muhammad
‘Amr bin Dinar
Al-Shafi’iy
Abdullah bin Maslamah
Ibn Khuzaimah
Sufyan
Al-Bukhari
Muhammad bin Abdullah bin Zaid Al-Nasa’i
• • •
Mutaba‘ah Tammah: Penyertaan itu bermula daripada peringkat syeikhnya sehinggalah ke penghujung sanad. Mutaba‘ah Qasirah: Penyertaan itu bermula daripada peringkat selepas syeikhnya sehinggalah ke penghujung sanad. Al-Shahid atau al-Shawahid ialah seorang periwayat menyertai periwayat lain dalam periwayatan hadith daripada sahabiy yang lain samada dari sudut lafaz atau erti
KEPENTINGAN TAKHRIJ AL-HADITH
Takhrij al-Hadith berfungsi:
TAKHRIJ AL-HADITH PENTING Digunakan untuk Berinteraksi dengan hadith Nabi s.a.w Hujjah Pentafsir dan penerang kepada al-Quran Sumber ilmu pengetahuan Menjadi kewajipan mereka yang mendalami ilmu pengajian Islam mempunyai kemahiran dalam takhrij alHadith.
1- Membawa mereka pada tempat rujukan hadith dari sumber-sumber yang asli 2- Memperkenalkan kepada mereka martabat sesebuah hadith dari sudut sanad dan matannya 3- Mengharmonikan percanggahanpercanggahan yang terdapat pada riwayat hadith, yang mana dahulu dan yang mana kemudian, dan yang mana matannya ringkas, dan yang mana pula matannya terdapat penambahan lafaz. 4- Membantu dalam menyingkap keadaaan sanad sama ada ianya berada dalam keadaan al-Ittisal, al-Inqita’, al-Irsal, al-I’dal, raf’ dan waqf ataupun terdapat periwayat yang tadlis dan sebagainya. 5- Mengetahui sebab wurud sesebuah hadith. Maka dari situ dapat membantu memahami maksud dalam sesebuah hadith dengan melihat kepada zaman dan tempat begitu juga bidangnya sama ada kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya
SEJARAH SINGKAT PERKEMBANGAN AL-HADITH Para ulama membagi perkembangan hadith itu kepada 7 periode : 1. Masa wahyu dan pembentukan hukum (pada Zaman Rasul : 13 SH - 11 SH). 2. Masa pembatasan riwayat (masa khulafaur-rasyidin : 12-40 H). 3. Masa pencarian hadith (pada masa generasi tabi'in dan sahabat-sahabat muda : 41H - akhir abad 1H). 4. Masa pembukuan hadith (permulaan abad 2H). 5. Masa penyaringan dan seleksi ketat (awal abad 3H) sampai selesai. 6. Masa penyusunan kitab-kitab koleksi (awal abad 4H sampai jatuhnya Baghdad pada tahun 656 H). 7. Masa pembuatan kitab syarah hadith, kitab-kitab tahrij dan penyusunan kitab-kitab koleksi yang lebih umum (656 H dan seterusnya).
URGENSI ILMU TAKHRIJ HADITH • Pada awal abad perkembangan ilmu hadith, ilmu takhrij al-hadith tidak dibutuhkan oleh ulama dan peneliti hadith karena tingkat pengetahuan dan kemampuan mereka tentang hadith sangat luas dan mantap. • Beberapa abad kemudian, para ulama hadith merasa kesulitan untuk mengetahui hadith dari sumber aslinya, kebutuhan terhadap keputusan syariah mengenai suatu persoalan begitu sangat mendesak, di samping terdapat banyak sekali karya ilmiah yang menjadikan hadis sebagai asas argumentasi atau dasar ketetapan hukum seperti: tafsir, sejarah, tasawuf, kalam, dan fikih - tidak menjelaskan aspek otentisitas, originalitas dan kualitas hadith. • Keadaan ini menjadi latar belakang timbulnya keinginan para ulama untuk melakukan takhrij. Upaya yang mereka lakukan adalah dengan menjelaskan atau menunjukkan hadith kepada sumber aslinya, menjelaskan metodenya, dan menentukan kualitas hadith sesuai dengan kedudukannya
URGENSI ILMU TAKHRIJ HADITH • Hasil jerih payah para ulama itu memunculkan kitab-kitab takhrij, di antaranya yang terkenal dalah Fawaid al-Muntakhabah alShahah karya Abu Qasim al-Husaini, Takhrij al-Fawaid alMuntakhabah al-Shahah wa al-Gharaib karya Abu Qasim alMahrawani. • Ulama yang pertama kali melakukan Takhrij menurut Mahmud AthThohan adalah Al-Khatib Al-Baghdadi (436 H) , Kemudian dilakukan pula oleh Muhammad bin Musa Al-Hazimi (584 H) dengan karyanya yang berjudul Takhrij Ahadist Al-Muhadzdzab. Ia mentakhrij kitab fikih karya Abu Ishaq Asy-Syirazi.
CONTOH TAKHRIJ AL-HADITH
CONTOH TAKHRIJ LENGKAP Contoh:
ﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ ُﳏ ﱠﻤ ُﺪ ﺑﻦ َﳛﲕ اﻟْ ُﻘﻄَﻌِ ي َﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ ﺒ ﻟ ا ﻲ ْ ﺼ ِﺮ ﱡ ﱡ ﻣَﺴﻠِﻢ ﺑ َﻦ إِﺑـﺮِْاﻫُﻴﻢ ْ َﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ ِﻫ َﻼ ُل َﺑ ْﻦ ﻋﺒ ِﺪ اﻟﻠﱠﻪِ ِ ْ ُِ ِ َْ ُ ْ ُ ُْ ْ َ َ َ َﻣ ْﻮَﱃ َرﺑِ َﻴﻌﺔَ ﺑْ ِﻦ َﻋ ْﻤ ِﺮو ﺑْ ِﻦ ُﻣ ْﺴﻠ ٍﻢ اﻟْﺒَﺎﻫﻠ ﱢﻲ َﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ اﳊَﺎ ِر ِث َﻋ ْﻦ َﻋﻠِ ﱟﻲ ﻗَ َﺎل: أَﺑُﻮ إِ ْﺳ َﺤ َﻖ ا ْﳍَ ْﻤ َﺪ ِاﱐﱡ َﻋ ْﻦ ْ ﻮل اﻟﻠﱠ ِ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ: ﻪ ﻗَ َﺎل َر ُﺳ ُ َ ﻚ زادا ور ِ اﺣﻠَﺔً ﺗُـﺒـﻠﱢﻐُﻪ إِ َﱃ ﺑـﻴ ِ ﺖ اﻟﻠﱠ ِﻪ َوَْﱂ َﻣ ْﻦ َﻣﻠَ َ َ ً ْ ُ َ َ َ َ ƢčȈÊو َذﻟِ Ê ِ َ ﻚ ǻ ¦ ǂ ﺼ ﻧ َو أ Ƣ ȇ ® Ȃ Ȁ º ȇ ﻮت ﳝ ن أ ﻪ č ْ َﳛُ ﱠﺞ ﻓَ َﻼ َﻋﻠَْﻴ َُِ ََِ ِ َ Èْ َ ْ ِ ِ ÉÈ ﻮل ِﰲ ﻛﺘَﺎﺑِﻪ } َوﻟﻠﱠﻪ َﻋﻠَﻰ اﻟﻨ ِ ﱠﺎس ﺣ ﱡﺞ أَ ﱠن اﻟﻠﱠﻪَ ﻳَـ ُﻘ ُ اﻟْﺒـﻴ ِ ﺎع إِﻟَْﻴ ِﻪ َﺳﺒِ ًﻴﻼ { ﻄ ﺘ اﺳ ﻦ ﻣ ﺖ َ َ َْ َ ْ ْ َ ﻗَ َﺎل أَﺑﻮ ِﻋﻴﺴﻰ :ﻫ َﺬا ﺣ ِ ِ ﻳﺐ َﻻ ﻧَـ ْﻌ ِﺮﻓُﻪُ إِﱠﻻ ﺮ ﻏ ﻳﺚ ﺪ َ ٌ ِ ُ َ ِ َِ ِ َ ﺎل وٌِﻫ َﻼ ُل ﺑﻦ ﻋﺒﺪِ ِ ِ ﻣ ْﻦِ َﻫ َﺬا اﻟْ َﻮ ْﺟﻪ َوﰲ إ ْﺳﻨَﺎدﻩ َﻣ َﻘ ٌ َ ِ ِ ْ ُ َْ اﳊَﺪﻳﺚ اﻟﻠﱠﻪ َْﳎ ُﻬ ٌ ﻒ ِﰲ ْ ﻮل َو ْ اﳊَﺎ ِر ُ ث ﻳُ َ ﻀ ﱠﻌ ُ
• Mengandungi kesemua sanad atau turuq bagi sesebuah hadith dan ulama yang meriwayatkannya di samping penjelasan mengenai mutaba’at dan syawahid. • Mengandungi penjelasan secara detail mengenai pendapat ulama tentang hukum hadith. • Mengemukakan riwayat-riwayat sahih dan hasan yang lain terutamanya jika hadith tersebut dhoif ataupun palsu.
MAKNA HADITH • Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya Al Qutha'i Al Bashri telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hilal bin Abdullah bekas hamba Rabi'ah bin 'Umar bin Muslim Al Bahili, telah menceritakan kepada kami Abu Ishaq Al Hamdani dari Al Harits dari Ali berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: • "Barangsiapa yang memiliki bekal dan kenderaan yang cukup untuk dijadikan bekal ke Baitullah, namun dia tidak pergi haji, aku tidak peduli jika dia mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani. Kerana Allah berfirman dalam kitabNya: ‘Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya’.” • Abu 'Isa berkata: "Ini merupakan hadith gharib, yang tidak kami ketahui kecuali melalui sanad ini bahkan pada sanadnya terdapat kecacatan. Hilal bin Abdullah majhul dan Harits seorang yang didho'ifkan dalam hadithnya."
TAKHRIJ HADITH CONTOH : Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam sunannya, al-Tabari dalam Tafsirnya, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya, Abu al-Qasim al-Jurjani dalam Tarikh Jurjan, al-Jassas dalam Ahkam al-Quran , Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’, al-Tusi dalam Mukhtasar al-Ahkam.
KETERANGAN TAKHRIJ • Kesemuanya melalui riwayat Hilal bin Abdullah Abu Hasyim mawla Rabi’ah bin Salim daripada Abu Ishaq daripada al-Harith daripada Ali: • Imam al-Tirmidzi menyatakan bahawa hadith ini Gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan daripada riwayat ini. Di dalam isnadnya terdapat kritikan. Manakala Hilal bin Abdullah majhul dan al-Harith didhoifkan dalam hadith.
• Ibn al-Jawzi menukil pendapat alTirmidzi yang menyatakan bahawa al-Harith telah didustakan oleh alSya’bi dan selainnya. • Menurut Ibn ‘Adi hadith ini mahfuz. Al-’Uqayli pula menyatakan riwayat ini tidak mempunyai mutaba’ah dan beliau menambah lagi bahawa terdapat riwayat mauquf daripada Ali tetapi secara marfu’nya tiada riwayat yang lebih baik melainkan riwayat ini sahaja. • Ibn al-Qattan pula menyatakan kecacatan hadith ini ialah pada kedhoifan al-Harith dan majhulnya Hilal bin ‘Abdullah Mawla Rabi’ah bin ‘Amrin bin Muslim al-Bahili.22
Hadith terdapat pada 10 tempat: al-Tirmidzi - sunannya al-Tabari - Tafsirnya al-Bazzar - Musnadnya al-Bayhaqi - Syu’ab al-Iman Ibn Abi Hatim - Tafsirnya Abu al-Qasim al-Jurjani - Tarikh Jurjan al-Jassas - Ahkam al-Quran Ibn ‘Adi - al-Kamil al-’Uqayli - al-Dhu’afa’ al-Tusi - Mukhtasar al-Ahkam • Hadith ini Gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan daripada riwayat ini (al-Tirmidzi). • Al-Harith telah didustakan oleh alSya’bi dan selainnya. (Ibn al-Jawzi) • Hadith ini mahfuz (Ibn ‘Adi) • Tidak mempunyai mutaba’ah & terdapat riwayat mauquf daripada Ali (al-’Uqayli) • Kecacatan hadith: al-Harith -dhoif Hilal bin ‘Abdullah – Majhul (Ibn al-Qattan)
Nabi Muhammad s.a.w Ali bin Abi Talib r.a
DHOIF
Al-Harith bin Abdullah Abu IshaqAmru bin Abdullah bin ‘Ubaid
MAJHUL
Hilal bin Abdullah Muslim bin Ibrahim Muhammad bin Yahya
PENJELASAN • Pengkaji mempunyai kebebasan untuk memilih dan menggunakan kaedah yang dirasakan bersesuaian mengikut bidang kajian masing-masing. • Sebagai contoh jika hadith tersebut merupakan riwayat al-Bukhari dan Muslim, maka pengkaji hanya perlu menyatakan nama kitab, bab dan no hadith sahaja tanpa perlu menyatakan hukum hadith. • Jika hadith-hadith tersebut terdapat dalam kitabkitab hadith selain Sahih al-Bukhari dan Muslim, maka maklumat mengenai hukum hadith perlu dinyatakan.
TAKHRIJ HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM Daripada Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulamiy, beliau telah berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah ada beberapa perkara yang telah kami lakukan semasa Jahiliyyah, sesungguhnya kami berjumpa bomoh. Lalu baginda bersabda: “Janganlah kalian berjumpa bomoh”…
Nama Pengarang Kitab Hadith
Bab Hadith
Takhrij Nama Kitab
Muslim, Sahih Muslim, Kitab alSalam, Bab Tahrim al-Kahanah wa Ityan al-Kuhhan, No. 5949.
Nama Kitab bagi hadith
No. Hadith
TAKHRIJ HADITH RIWAYAT SELAIN AL-BUKHARI DAN MUSLIM Daripada ‘Abdullah (Ibn Mas’ud): Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Jampi-jampi , tangkal-tangkal dan al-Tiwalah adalah syirik”.
Penyataan hukum bagi hadith yang terdapat dalam kitab selain alSahihain.
Takhrij
Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab al-Tibb, Bab Fi Ta’liq al-Tama’im, No. 3883, Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tibb, Bab Ta’liq al-Tama’im, No. 3530 & Ahmad ibn Hanbal, Musnad Ahmad ibn Hanbal, Musnad alMukthirina min al-Sahabah, Musnad ‘Abdullah ibn Mas’ud, No. 3615. Hukum hadis: Ibn Hajar al-’Asqalaniy menilainya sebagai Hasan dalam kitab Takhrij Misyhkat al-Masabih, No. 4/278, Ahmad Syakir menyatakan sanadnya Hasan dalam kitab Musnad Ahmad, No. 5/219 dan alAlbani menilainya sebagai Sahih dalam kitab Sahih Abi Daud, No. 3883 & Kitab Sahih Ibn Majah, No. 2861.
FAEDAH ILMU TAKHRIJ 1. Mengetahui rujukan dan sumber-sumber asli al-Hadith. 2. Pengumpulan sebanyak mungkin sanad-sanad al-Hadith. 3. Mengenali perihal al-Isnad dengan cara meneliti turuq al-Hadith (jalur periwayatan hadith). 4. Memperkenalkan perihal hadith-hadith tertentu berdasarkan turuq al-Hadith. 5. Memperkuatkan martabat hadith dengan adanya turuq yang banyak. 6. Mengetahui satu atau lebih hukum hadith yang dikemukakan oleh para ulama hadith dan pendapat-pendapat mereka sama ada sahih atau sebaliknya. 7. Mengenalpasti dan menentukan nama sebenar periwayat hadith tertentu di kalangan para periwayat hadith. 8. Mengenali penambahan riwayat-riwayat. 9. Penjelasan makna lafaz-lafaz al-Gharib. 10.Menolak dakwaan hukum sesuatu hadith sebagai shaddh. 11.Memperjelaskan tambahan yang dibuat oleh periwayat dengan tujuan penjelasan tanpa ada pemisah yang boleh disangka sebahagian daripada matan hadith.
KAEDAH TAKHRIJ
1
2 Mengetahui kalimah yang jarang digunakan menerusi mana-mana bahagian daripada matan hadith.
3
KAEDAH AL-TAKHRIJ dengan cara
4
Mengenal pasti awal lafaz daripada matan al-Hadith.
5
6