17
Halaman
andungan
Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful?
1
Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?
3
Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?
4
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah?
7
Prinsip-prinsip insurans/ takaful
8
Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful?
10
Membuat perbandingan harga
11
Senarai Semakan: Mendapatkan pelan insurans/ takaful
12
Apakah fakta penting? Membayar premium/ caruman
13
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai pelan insurans/ takaful?
14
Soalan-soalan lazim
16
Glosari
20
Pengenalan Buku panduan ini akan membantu anda memahami insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumat tentang jenis produk insurans dan takaful yang terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas insurans dan takaful. Apakah itu insurans? Anda membeli insurans untuk memindahkan risiko kerugian kepada syarikat insurans dan dengan itu mengurangkan beban kewangan ketika anda mengalami kerugian. Sebagai contoh, sekiranya kenderaan bermotor anda yang telah diinsuranskan terlibat dalam kemalangan, syarikat insurans anda akan membayar kos pembaikan tersebut. Anda membeli insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda. Apakah itu takaful? Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip Islam iaitu saling menjamin, apabila sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertai skim takaful, anda bersetuju menderma sebahagian daripada caruman ke dalam kumpulan wang takaful bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang mengalami mana-mana kerugian tertentu.
1
Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorang peserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wang takaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja boleh menyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan agama seseorang itu.
2
Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk mengurangkan beban kewangan anda apabila berlakunya kerugian atau kemalangan. Ini bertujuan agar aktiviti harian anda dan keluarga tidak terganggu. Walau bagaimanapun, pelan insurans/ takaful hanya melindungi anda bagi kerugian yang dinyatakan dalam pelan. Oleh itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, anda perlu memastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda perlu lindungi.
Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Keperluan insurans/ takaful anda bergantung pada keadaan, umur dan gaya hidup anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/ takaful yang diwajibkan oleh undang-undang; contohnya jika anda memiliki kenderaan bermotor, undang-undang mewajibkan anda memiliki perlindungan untuk membayar ganti rugi atas liabiliti yang disebabkan oleh anda kepada orang lain.
3
Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada? Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yang berbeza untuk melindungi harta benda, nyawa, kesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh memenuhi keperluan anda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati ialah: s Insurans hayat/ takaful keluarga, yang selalunya digunakan sebagai satu cara untuk memberikan bantuan kewangan kepada tanggungan anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda juga boleh menabung atau melabur melalui insurans hayat/ takaful keluarga. Terdapat juga sesetengah insurans hayat/ takaful keluarga yang memberikan pampasan sekiranya anda tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau ketidakupayaan. Contoh produk insurans hayat/ takaful keluarga ialah insurans hayat seumur hidup/ endowmen, pelan keluarga biasa dan insurans/ takaful berkaitan pelaburan.
4
Jika anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, pastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda perlu lindungi
5
s Insurans/ takaful motor, yang akan memberikan pampasan bagi kerugian tertentu disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan. Ia turut memberikan pampasan untuk kerugian pihak lain yang diakibatkan oleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatu kemalangan. s Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yang akan membayar pampasan bagi kerugian tertentu apabila rumah atau harta peribadi anda musnah akibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadian tersebut. s Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yang membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan. Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan dan perkhidmatan perubatan. s Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akan membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya disebabkan kemalangan atau meninggal dunia.
6
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah? Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua pengendali takaful bagi memastikan operasi takaful mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia.
7
Prinsip-prinsip insurans/ takaful Produk insurans/ takaful anda tertakluk kepada empat prinsip utama yang diamalkan secara umum iaitu kepentingan boleh insurans/ kepentingan boleh lindung, penuh percaya, indemniti dan sumbangan. Untuk mendapat perlindungan insurans, anda mesti mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Kepentingan boleh insurans biasanya wujud melalui hubungan pertalian dengan seseorang atau hak milik terhadap sesuatu harta benda. Sebagai contoh, seseorang itu akan mempunyai kepentingan boleh insurans atas nyawa dirinya atau anaknya, rumah atau kenderaan bermotornya. Pada asas yang sama, untuk takaful, anda mesti mempunyai kepentingan boleh lindung sebelum anda boleh menyertai skim takaful. Sesebuah pelan insurans/ takaful tanpa kepentingan boleh insurans/ kepentingan boleh lindung adalah seumpama kontrak perjudian di mana tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk memperoleh keuntungan daripadanya.
8
Penuh percaya bermaksud anda mesti menyatakan semua fakta penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai skim takaful. Ini bertujuan untuk membolehkan syarikat insurans/ pengendali takaful membuat keputusan sama ada untuk memberikan perlindungan insurans/ takaful tersebut kepada anda dan menentukan amaun premium/ sumbangan takaful daripada anda. Sekiranya anda tidak mematuhi keperluan ini, polisi insurans/ sijil takaful anda boleh menjadi tidak sah, dan syarikat insurans/ pengendali takaful berhak menolak tuntutan pampasan oleh anda. Prinsip indemniti dan sumbangan hanya terpakai untuk insurans/ takaful bagi harta benda anda sahaja. Apabila anda mengalami kerugian, prinsip indemniti hanya akan membenarkan anda memperoleh amaun yang akan mengembalikan keadaan anda sama seperti sebelum berlakunya kerugian. Di bawah prinsip sumbangan, semua syarikat insurans/ pengendali takaful yang memberikan perlindungan kepada sesuatu harta yang sama akan berkongsi membayar pampasan untuk kerosakan terhadap harta tersebut. Dengan cara ini, seseorang itu tidak boleh “memperoleh keuntungan” dengan membeli lebih daripada satu polisi atau pelan takaful untuk harta yang sama.
9
Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful? Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelan takaful: s 3ECARA TERUS DARIPADA SYARIKAT INSURANS ATAU pengendali takaful; s -ELALUI EJEN BERDAFTAR PENASIHAT KEWANGAN ATAU broker berlesen; dan s -ELALUI INSTITUSI PERBANKAN YANG MEMPUNYAI pengurusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengurusan banktakaful dengan pengendali takaful. Seseorang ejen insurans atau takaful bertindak bagi pihak syarikat insurans atau pengendali takaful dan menjual polisi insurans atau pelan takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful itu sahaja. Seseorang broker insurans atau takaful pula bertindak bagi pihak pelanggan dan memberikan nasihat kepada pelanggannya tentang pelan yang ia mungkin perlukan. Seseorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perancangan kewangan, termasuk insurans/ takaful kepada pelanggannya.
10
Membuat perbandingan harga Ada faedahnya jika anda membuat perbandingan harga bagi sesuatu pelan yang memenuhi keperluan anda. Anda boleh membandingkan premium, terma dan butiran mengenai apa yang sebenarnya dilindungi dan apa yang dikecualikan oleh pelan. Polisi yang berbeza mungkin mempunyai terma dan syarat, kadar dan klausa pengecualian yang berbeza. Dapatkan penjelasan sekiranya terdapat keraguan mengenai mana-mana terma supaya anda betul-betul jelas tentang polisi insurans/ pelan takaful anda.
11
Senarai Semakan: Mendapatkan pelan insurans/ takaful Berikut ialah senarai semakan yang boleh dijadikan panduan semasa membeli pelan insurans/ takaful: s "ERURUSAN HANYA DENGAN PIHAK YANG DIBENARKAN EJEN berdaftar/ broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful. s "ANDINGKAN KADAR PREMIUM CARUMAN $APATKAN sebut harga daripada beberapa syarikat insurans/ pengendali takaful dan/ atau ejen. s "ANDINGKAN MANFAAT TERMA CIRI CIRI PRODUK kekurangan dan pengecualiannya. s 0ASTIKAN ANDA MAMPU MEMBAYAR PREMIUM ATAU caruman untuk perlindungan tersebut. s $APATKAN PERLINDUNGAN YANG MENCUKUPI %LAKKAN daripada mempunyai perlindungan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. s 0ASTIKAN BORANG PERMOHONAN ANDA DIISI DENGAN lengkap, maklumat yang diberikan adalah tepat dan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya. s "UAT PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG SEPATUTNYA SECEPAT mungkin.
12
Apakah fakta penting? Fakta penting ialah mana-mana fakta berkaitan anda atau objek yang ingin dilindungi yang perlu diketahui oleh syarikat insurans/ pengendali takaful, supaya ia dapat membuat keputusan sama ada untuk memberikan perlindungan kepada anda atau tidak, jumlah premium yang perlu dibayar dan terma yang akan dikenakan. Syarikat insurans/ pengendali takaful lazimnya akan memperolehi maklumat ini daripada borang permohonan anda. Oleh itu, sekiranya timbul sebarang keraguan tentang manamana soalan dalam borang permohonan, anda harus mendapatkan penjelasan dan bukannya meneka atau membiarkan sahaja ruangan jawapan tersebut kosong. Bagi insurans hayat/ takaful keluarga, fakta penting lazimnya termasuk pekerjaan, status kewangan, sejarah perubatan keluarga, tahap kesihatan dan gaya hidup. Membayar premium/ caruman Apabila anda membayar premium/ caruman melalui ejen, pastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Jika tidak, usahakan untuk membayar premium anda terus kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Terdapat banyak cara pembayaran premium/ caruman anda seperti melalui perkhidmatan autodebit daripada akaun bank anda, perbankan Internet, kad kredit dan perbankan telefon.
13
Anda harus mendapatkan resit bagi pembayaran premium/ caruman anda. Selain itu, hubungi syarikat insurans/ pengendali takaful anda sekiranya anda tidak menerima polisi anda dalam tempoh satu bulan dari tarikh pembelian. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai pelan insurans/ takaful? Polisi insurans/ sijil takaful ialah dokumen yang sah di sisi undang-undang. Oleh itu, anda perlu memberikan perhatian kepada terma-terma polisi/ sijil supaya pelan anda kekal sah. Anda haruslah: s -EMBACA POLISI INSURANS SIJIL TAKAFUL ANDA SELEPAS menerimanya. Berbincanglah dengan syarikat insurans/ pengendali takaful anda sekiranya terdapat percanggahan dengan apa yang telah dipersetujui sebelum ini. s -EMAHAMI HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI pemegang polisi/ peserta pelan takaful. s -EMANTAU TEMPOH INSURANS PELAN TAKAFUL DAN MASA pembayaran premium/ caruman anda supaya tidak berlaku kekurangan dalam perlindungan anda. s -EMAKLUMKAN SEBARANG PERUBAHAN PADA FAKTA FAKTA penting kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda.
14
s -ENGEMASKINI ALAMAT SURAT MENYURAT ANDA DENGAN syarikat insurans/ pengendali takaful supaya anda dapat menerima notis pada setiap masa. s -ENYIMPAN POLISI SIJIL ANDA DI TEMPAT SELAMAT s -EMAKLUMKAN SYARIKAT INSURANS PENGENDALI TAKAFUL anda secepat mungkin apabila terdapat tuntutan yang hendak dibuat. s -ENGAMBIL LANGKAH UNTUK MELINDUNGI ASET ANDA daripada kerugian selanjutnya setelah aset tersebut mengalami kerosakan seperti dalam kemalangan, kerana kerugian tersebut tidak akan dilindungi oleh insurans/ pelan takaful anda.
15
Soalan- soalan lazim S: Apakah perbezaan antara insurans dengan takaful? J: Kedua-dua insurans dan takaful memberikan perlindungan terhadap risiko. Namun begitu, takaful ialah skim insurans yang berlandaskan prinsip Syariah iaitu seseorang yang menyertai skim takaful akan memeterai kontrak (aqad) untuk bersetuju membantu peserta lain dalam skim apabila mereka mengalami kerugian atau kemalangan yang ditetapkan.
16
S: Bagaimanakah saya dapat memastikan pihak yang saya berurusan ialah pihak yang diberikan kuasa untuk menjual produk insurans atau takaful? J: Pastikan pihak tersebut dapat membuktikan yang ia merupakan pihak yang berdaftar atau dilesenkan untuk menjual produk insurans/ takaful. Sila ambil perhatian bahawa: s 3EMUA EJEN INSURANS YANG MENJUAL POLISI INSURANS hayat berdaftar dengan Persatuan Insurans Nyawa Malaysia. s 3EMUA EJEN INSURANS YANG MENJUAL POLISI INSURANS am berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia. s 3EMUA EJEN TAKAFUL YANG MENJUAL PRODUK TAKAFUL berdaftar dengan Pendaftar Pengantara Takaful. s 3EMUA PENASIHAT KEWANGAN DAN BROKER INSURANS dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Insurans 1996. s 3EMUA BROKER TAKAFUL ADALAH DILESENKAN OLEH Bank Negara Malaysia di bawah Akta Takaful 1984.
17
S: Bagaimanakah saya mengetahui apa fakta penting? J: Fakta penting ialah mana-mana maklumat yang diperlukan oleh syarikat insurans/ pengendali takaful untuk membuat keputusan sama ada hendak menerima atau tidak permohonan anda untuk membeli insurans atau takaful. Lazimnya, borang permohonan yang digunakan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful telah direka untuk mengumpulkan fakta yang diperlukan. Anda harus menjawab semua soalan dalam borang permohonan dengan betul dan tepat. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda harus merujuk kepada ejen insurans/ takaful atau syarikat insurans/pengendali takaful anda.
18
S: Saya membayar premium insurans hayat/ caruman takaful keluarga secara tetap melalui ejen insurans saya. Walau bagaimanapun, apabila saya membuat tuntutan baru-baru ini, syarikat insurans/ pengendali takaful saya memaklumkan bahawa polisi saya telah luput kerana saya tidak membayar premium/ caruman yang dikenakan. Apakah yang harus saya lakukan? J: Anda harus mengemukakan aduan rasmi kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda supaya penyiasatan dapat dibuat. Kemukakan semua dokumen kes anda termasuk salinan resit dan nama ejen yang terlibat kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Sekiranya anda mempunyai dokumen yang berkaitan, syarikat insurans/ pengendali takaful akan bertanggungjawab terhadap tuntutan anda. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang dokumen atau bukti lain, syarikat insurans/ pengendali takaful anda mungkin menolak permohonan tuntutan anda. Bagi melindungi diri anda, sekiranya anda mempunyai insurans/ pelan takaful, sentiasa pastikan bayaran premium/ caruman dibuat atas nama syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Dapatkan resit rasmi daripada syarikat insurans/ pengendali takaful sebagai bukti pembayaran dan pastikan semua surat termasuk kontrak polisi/ sijil takaful dan resit difailkan dengan betul. 19
Glosari Indemniti Meletakkan pemegang polisi dalam kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlakunya kerugian dengan serta-merta melalui pembayaran, pembaikan atau penggantian. Kepentingan boleh insurans Satu prinsip asas insurans yang memerlukan seseorang yang membeli insurans untuk mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap perkara yang hendak diinsuranskan atau nyawa yang diinsuranskan, iaitu sekiranya kehilangan atau kerosakan berlaku pada perkara atau kemalangan pada nyawa yang diinsuranskan akan menyebabkan kerugian dari segi kewangan kepada pemegang polisi. Dalam takaful, keperluan ini dikatakan sebagai kepentingan boleh lindung. Fakta penting Mana-mana maklumat yang relevan kepada keputusan syarikat insurans/ pengendali takaful sama ada untuk menerima risiko tertentu serta kadar dan terma yang akan dikenakan. Penuh percaya Satu keperluan untuk seseorang yang membeli produk insurans atau takaful untuk menyatakan semua butiran yang berkaitan di dalam borang permohonan yang dikemukakan kepada syarikat insurans/ pengendali takaful supaya permohonan tersebut dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. 20
1