TAHAP
3
Kelenyapan Ais
Meneroka •Orbit Membongkar Buku Sneak Peak! • Menaakul www.orbitbuku.com.my
Kandungan Dunia kutub ...........................................6 Persekitaran berais ...............................8 Kehidupan di atas ais ..........................10 Ais dan glasier .....................................12 Bukti pencairan air ..............................14 Mengapa ais mencair? ........................16 Kesan-kesan di Antartika ....................18 Kesan-kesan di Artik ...........................20 Beruang kutub dan ais ........................22 Panas dan semakin naik .....................24 Saintis dan kajian ................................26 Fail fakta ..............................................28
Glosari .................................................30 Indeks ..................................................32
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
8
KelenyAPAn AIS
Persekitaran berais
L
embar ais yang luas di kawasan kutub meliputi kawasan seluas 52 000 kilometer persegi atau lebih. lembar ais yang meliputi daratan dipanggil lembaran ais benua. Kini hanya ada tiga lembaran ais benua yang masih wujud. Dua daripadanya terdapat di Antartika dan dipisahkan oleh gunung-ganang. Satu lagi lembaran ais terdapat di Artik dan meliputi 85 peratus daripada Greenland. Ais di sekitar Kutub Utara adalah laut yang beku. Berat ais di pusat sesebuah lembaran ais benua menyebabkan ais merebak ke luar. Ais merebak dari pinggir daratan ke laut di sekitarnya dan membentuk pentas ais. Sebahagian pentas ais pecah dan terlerai lalu membentuk aisberg. Ais sarah Ais dapat membeku di sepanjang pinggir pantai atau hanyut di permukaan pantai dan membentuk ais sarah.
Ais laut Ais laut terjadi daripada air laut yang beku, sedangkan aisberg daripada salji yang terpadat, iaitu air tawar.
Menakjubkan!
lembar ais Greenland mempunyai purata ketebalan 1.5 kilometer, tetapi ketebalan lembar ais Antartik melebihi 4.5 kilometer di sesetengah kawasannya.
Aisberg Kurang daripada satu perempat bahagian sesuatu aisberg timbul di permukaan air. Selebihnya, berada di dalam air dan sukar untuk dilihat.
Aisberg Aisberg yang terbesar diketahui telah terlerai daripada pentas ais di Antartika. Ada antaranya beratusratus kilometer panjang. Sebahagian besar aisberg di Kutub Utara adalah dari bahagian sisi lembar ais Greenland.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
10
KelenyAPAn AIS
Kehidupan di atas ais
K
awasan kutub bumi adalah habitat bagi banyak haiwan darat dan laut. Di Artik, beruang kutub, serigala, burung camar, burung hantu salji, musang Artik, paus beluga, dan walrus adalah antara spesies yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan iklim yang melampau di sana. Kebanyakan spesies penguin di dunia terdapat di Antartika. Manakala anjing laut, paus, kril, dan beberapa spesies ikan banyak terdapat di perairan Antartik di sekitar lautan Selatan. Penghuni asli kawasan Artik, iaitu orang Inuit menetap di kawasan utara yang sejuk itu sejak ribuan tahun yang lalu. Mereka mencipta teknik Narwhal Spesis paus ini hidup di perairan Artik dan makan ikan, memburu, kaedah membina bangunan, dan sotong, serta udang. Hanya narwhal jantan mempunyai membuat pakaian yang dapat melindungi dan taring yang panjang, iaitu salah satu batang giginya yang terjulur keluar. membantu mereka untuk hidup, bekerja, dan meneruskan kehidupan dalam persekitaran yang terlampau sejuk.
IGLU Iglu ialah rumah tradisi orang Inuit. Iglu diperbuat daripada blok salji mampat yang keras dan disusun dalam bentuk lingkaran hingga membentuk kubah. Sebuah terowong menjadi pintu masuk dari luar ke dalam iglu. Kebanyakan orang Inuit pada masa kini tinggal di rumah papan di perkampungan, tetapi mereka masih membina dan tinggal di dalam iglu ketika keluar berburu pada musim sejuk.
Penguin emperor
Penguin king
Penguin
Penguin chinstrap Penguin adelie
empat daripada 17 spesies penguin hidup di kawasan kutub di Antartik. Penguin-penguin ini menyimpan lemak di bawah kulit dan bulu pelepah yang tebal untuk melindunginya daripada kesejukan. Penguin yang lain seperti penguin king, hidup di kawasan sub-Antartik.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
K e H I D U PA n D I AtA S A I S
11
Pakaian untuk menghadapi kesejukan
Orang Inuit menggunakan kulit haiwan sebagai pakaian mereka untuk menghindarkan kesejukan. Pakaian musim sejuk diperbuat daripada bulu karibu atau rusa kutub. Selapis bulu itu dipakai menghadap ke bahagian dalam, dan selapis bulu lagi dipakai menghadap kebahagian luar. Pada musim bunga dan musim panas, kulit anjing laut yang lebih nipis sudah cukup untuk menghangatkan tubuh mereka.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
16
KelenyAPAn AIS
Mengapa ais mencair?
S
epanjang sejarah, dunia telah banyak mengalami kenaikan dan penurunan suhu. Walau bagaimanapun, pada masa kini aktiviti manusia amat mempengaruhi iklim dunia. Dunia semakin panas kerana kilang, loji kuasa, dan sistem pengangkutan terlalu banyak membakar arang batu, minyak, dan gas. Apabila bahan api ini terbakar, karbon dioksida dan gas rumah hijau yang lain terbebas dengan banyak ke atmosfera. Gas rumah hijau memerangkap haba di dalam atmosfera lalu menyebabkannya menjadi semakin panas.
Haba terpantul ke angkasa semula.
Ke atmosfera
Kelapan-lapan menara stesen janakuasa elektrik yang menggunakan arang batu di leicestershire, United Kingdom, ini membebaskan sejumlah besar gas rumah hijau ke atmosfera.
Kesan Rumah hijau Permukaan bumi menyerap tenaga matahari dan membebaskannya sebagai haba. Karbon dioksida dan gas-gas yang lain menyerap haba matahari. Jika ada banyak karbon dioksida, lebih banyak haba terperangkap di atmosfera.
Haba menembusi atmosfera. Gas rumah hijau memantulkan haba ke bumi semula.
Hanya sedikit haba diserap oleh ais.
Pantulan tenaga Di kawasan kutub, ais memantulkan sebahagian besar tenaga matahari ke atmosfera semula.
Pemulangan Sebahagian haba terperangkap oleh gas rumah hijau di atmosfera dan dipantulkan semula.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
MenGAPA AIS MencAIr?
PANTAS MENCAIR Apabila sinaran matahari memancar ke lapisan ais dan salji putih yang meliputi sebahagian besar kawasan kutub, sebahagian haba terpantul dari permukaan putih berkilau ais itu lalu balik ke atmosfera. namun, apabila semakin banyak lapisan ais mencair, semakin banyak pancaran matahari ke darat atau ke laut. Sebahagian besar haba diserap oleh permukaan itu, dan hanya sedikit yang dipantulkan semula. Apabila darat dan laut semakin hangat, lapisan ais semakin cepat mencair.
Haba terpantul ke angkasa semula.
20% terpantul
80% terpantul
20% diserap Lebih banyak terpantul Sebahagian besar haba dari sinaran matahari dipantulkan semula oleh permukaan ais yang putih berkilau yang terdapat di kawasan kutub.
Haba menembusi atmosfera.
17
80% diserap Lebih banyak diserap Semakin banyak ais mencair, semakin banyak haba diserap oleh darat dan laut. Hal ini menyebabkan ais semakin pantas mencair.
lebih banyak haba tertinggal. .
Haba diserap oleh tanah dan paras air naik.
Penyerapan tenaga Daratan dan lautan tidak banyak memantulkan tenaga, sebaliknya menyerap tenaga lalu menghangatkan lautan, daratan, dan udara.
Kitaran hangat Apabila udara semakin panas, lebih banyak ais mencair. Daratan dan lautan kemudiannya lebih banyak menyerap haba dari cahaya matahari.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Kelenyapan Ais Kelenyapan Ais daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda. Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi. Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa. Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com
Orbit Buku Sneak Peak!
Menarik • Mengasyikkan • Mendidik www.orbitbuku.com.my