SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON a)
Kelayakan pemohon i)
Peneroka atau pengganti peneroka
ii)
Isteri peneroka
iii)
Tanggungan peneroka •
anak kandung, anak angkat (yang berdaftar) atau anak tiri peneroka yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta masih belum berkahwin dengan syarat mereka menetap bersama peneroka di rancangan.
•
Bantuan boleh dipanjangkan kepada anak kandung, anak angkat (yang berdaftar) atau anak tiri sehingga berumur 21 tahun sekiranya masih belajar dengan syarat menyertakan bersama surat pengesahan Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi
•
Tiada had umur kepada anak kandung atau anak tiri yang kurang upaya (OKU).
b)
Syarat i)
Peneroka yang bersama FELDA serta menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA
ii)
Tiada kesalahan tatatertib
iii)
Mendapat pengesahan Doktor bagi penyakit kronik / pembelian peralatan dan pengesahan Pihak Berkuasa bagi kemusnahan bencana alam.
iv)
Mengemukakan surat pengesahan penyakit dan bantuan
peralatan daripada Doktor Kerajaan iv)
Satu borang permohonan untuk satu bantuan sahaja
vi)
Keutamaan penerima bantuan diberi kepada pesakit yang mendapat rawatan di hospital Kerajaan
vii)
Salah seorang daripada ahli keluarga peneroka sahaja layak
menerima bantuan dalam tempoh setahun kecuali kes-kes
khas yang perlu mendapat
kelulusan Ahli Jawatankuasa Dana. viii)
Permohonan baru hanya boleh dibuat selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh kelulusan terdahulu dengan mengemukakan salinan resit asal. Keutamaan hanya akan diberi kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan.
JENIS DAN KADAR BANTUAN 5.
Jenis dan kadar bantuan yang disediakan melalui Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka adalah seperti berikut: a.
Penyakit Kronik
i.
Jenis penyakit yang layak diberikan bantuan seperti: 1)
Penyakit Jantung
14)
Koma
2)
Kanser
15)
Penyakit Terminal
3)
Kelumpuhan
16)
Penyakit Parkinson
4)
Ketumbuhan/Tumor,
17)
Jangkitan
5)
Strok/Angin Ahmar
6)
Kegagalan Buah Pinggang
18)
Penyakit Hati Kronik
7)
Hepatitis Fulminan
19)
Penyakit Paru-Paru Kronik
8)
Pemindahan Organ Utama,
20)
Kecederaan anggota yang teruk akibat
9)
Buta, Pekak,
10)
Pembedahan Aorta
21)
Anemia Aplastik
11)
Hilang Suara
22)
Sistrofi Otot
12)
Penyakit Alzheimer
23) Penyakit Tumor atau Pembedahan Otak
13)
Kelecuran Api yang teruk
HIV/AIDS
Daripada
Pemindahan Darah
Kemalangan
dan atau penyakit kronik lain yang difikirkan sesuai untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Dana.
ii.
Kadar bantuan yang layak diluluskan adalah tidak melebihi RM10,000 daripada keseluruhan kos atau kos sebenar rawatan perubatan atau mana-mana yang kurang dengan syarat mengemukakan surat pengesahan mengenai penyakit yang dihidapi daripada pihak Doktor.
iii.
Kadar bantuan tidak dipertimbangkan untuk tujuan kos rawatan susulan.
b.
Bantuan Bencana Alam
i.
Bantuan diberikan kepada peneroka yang mengalami kesulitan akibat Bencana Alam iaitu Kebakaran, Banjir, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Ombak Besar / Tsunami dan Angin Ribut yang menyebabkan kerosakan rumah yang diduduki dan harta benda.
ii.
Kadar bantuan yang diberikan kepada mangsa bencana alam tidak melebihi RM 10,000 atau mana yang munasabah berdasarkan kemusnahan yang ditanggung oleh mangsa dengan syarat mengemukakan surat pengesahan jumlah kerugian daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Pengurus Rancangan.
c.
Bantuan Membeli Peralatan
i.
Bantuan Peralatan yang layak dipohon adalah seperti Kerusi Roda, Anggota Palsu dan Alat Ortopedik.
ii.
Kadar bantuan yang layak diluluskan adalah tidak melebihi RM5,000 berdasarkan kepada kos sebenar pembelian peralatan dengan syarat mengemukakan sebut harga daripada pembekal dan mendapat pengesahan Doktor.
CARA MEMOHON
Cara permohonan adalah seperti berikut :-
i.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka seperti di lampiran
ii.
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat, Wilayah atau Rancangan
iii.
Setiap permohonan hendaklah di isi oleh Peneroka sebagai pemohon bagi pihak pesakit sama ada pesakit adalah dirinya sendiri atau Isteri atau Anak Kandung atau Anak Tiri pemohon
iv.
Pemohon perlu memenuhkan borang di bahagian I, II dan III sahaja
v.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan resit asal bayaran (tidak dikembalikan) sekiranya ingin membuat tuntutan. Bagi permohonan Surat Jaminan (Guarantee Letter), permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum menerima rawatan. (Guarantee Letter hanya dikeluarkan untuk tujuan pembedahan sahaja).
vi.
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sebut harga original. Jabatan Pembangunan Masyarakat akan menguruskan proses pembelian alatan dengan pembekal atau hospital.
vii.
Permohonan untuk bantuan bencana alam, pemohon hendaklah menyertakan laporan polis atau bomba yang lengkap dengan nilai kemusnahan atau kerosakan.
viii.
Setiap permohonan mestilah disertakan surat pengesahan berkaitan bantuan yang dipohon daripada pihak yang berkuasa seperti tercatat di borang
ix.
Mendapatkan pengesahan daripada pihak Pengurus Rancangan di bahagian V
x.
Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Perhubungan, Tingkat 2, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur, untuk pertimbangan dan kelulusan.
CARA BAYARAN a.
Penyakit Kronik - Bayaran akan dibuat terus kepada Hospital/ pembekal sekiranya FELDA mengeluarkan Surat Jaminan. - Sekiranya pemohon telah menjelaskan bayaran kepada pihak hospital, pemohon boleh membuat
tuntutan tunai di rancangan setelah permohonannya diluluskan oleh Jawatankuasa Dana.
b.
Bencana Alam Bayaran akan dibuat terus kepada pemohon / mangsa bencana melalui Pengurus Rancangan. Bantuan juga boleh diberi dalam bentuk peralatan atau bahan binaan yang diuruskan oleh Pengurus Rancangan.
c.
Peralatan Bayaran akan dibuat terus kepada Hospital/ pembekal atau kepada pesakit mengikut keadaan yang tertentu