Sumber Pendapatan Alternatif MLM Jualan Langsung Berbilang Tingkat, Penilaian Hukum dari Perspektif Shariah1 Prof Madya Dr. Azman Mohd Noor Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, UIAM. Email:
[email protected]
Kertas kerja rinkas ini akan membincangkan beberapa isu Syariah di dalam MLM konsep Jua‘alah dan Hibah Mu‘allaqah (hibah berta‘lik) yang boleh dianggap sebagai salah satu instrument yang boleh dipertimbangan untuk penentuan hukum berkenaan MLM. Di samping itu, keharusan MLM tertakluk kepada syarat syarat dan garis panduan pematuhan Shariah yang lain. Pengenalan MLM atau Jualan Langsung Berbilang Tingat adalah satu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak tingkat. Ia dikenali dengan istilah upline dan downline. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan sama ada yang bersifat vertikal (atas ke bawah) mahupun horizontal (kiri ke kanan), ataupun gabungan keduanya.
Upline biasanya merupakan anggota yang telah terlebih dahulu mendapatkan keanggotaan, sementara downline adalah anggota terbaru dari MLM yang masuk 2atas afiliasi dan anjuran seorang upline. Namun untuk beberapa sistem MLM tertentu, jenjang keanggotaan ini bisa berubah (tentunya dengan syarat pembayaran atau pembelian tertentu pula).
1
Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 21-21 September 2013, anjuran PUM dan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam Selangor.
Komisyen yang diberikan di dalam MLM (Multi Level Marketing) dihitung berdasarkan jasa pengagihan yang terjadi secara langsung jika peserta dari tingkatan bawah (downline) melakukan pembelian barang atau menjual kepada pihak lain yang bukan anggota. Anggota MLM yang berada di tingkatan atas dari downline tersebut mendapatkan pula komisyen tertentu sebagai imbalan jasanya memperkenalkan produk kepada downline dan membantu perusahaan MLM mendapatkan peserta. Balas jasa kepada upline tidak boleh diberikan setiap kali mendapatkan anggota baru tetapi ianya sangat penting untuk membesarkan kumpulan dan konsumsi produk. Selain imbuhan balas jasa, upline akan dibayar ke atas usahanya yang sering memberi motivasi, merancang perjalanan sistem pengedaran, merekrut anngota lama dan baru, memupuk semangat kerja pasukan dan juga berusaha untuk mempertahankan kehebatan syarikat MLM sendiri ntuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain.3
Ia merupakan sistem promosi atau jualan barangan dan perkhidmatan yang baru, berbeza dengan bentuk perniagaan tradisonal yang menjual produk atau perkhidmatan di premis tertentu. Malah, ia dipromosikan oleh individu yang dilantik menjadi pengedar atau ejen. Setiap ahli yang menyertai perniagaan tersebut mempunyai target yang perlu dicapai bagi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan.
Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM) (i) Syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat.
3
http://wiki.unnes.ac.id/articles/m/u/l/Multi-level_marketing.html. Accessed 19/9/13
(ii) Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah. (iii) Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus).
Manakala pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan) pula adalah seperti berikut: (i) Syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat.
(ii) Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain.
Konsep dan Aqad yang boleh Diaplikasikan di dalam MLM 1. Ju‘alah Ju’alah ialah janji hadiah atau upah. Ia merujuk kepada upah atau hadiah yang diberikan kepada seseorang kerana orang tersebut mengerjakan atau melaksanakan suatu pekerjaan tertentu. Dari perspektif fekah, ia membawa maksud “suatu Iltizaam dalam bentuk janji memberikan imbalan upah tertentu secara sukarela terhadap orang yang berhasil melakukan sesuatu tugasan dengan usahanya tanpa mengambil kira cara melakukannya. Ia diharuskan di dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali.
Di antara kriteria utama dalam konsep ju„alah berkaitan dengan MLM ialah perlunya kepada usaha yang dilakukan oleh seseorang (peserta) bagi membolehkannya untuk mendapat ganjaran. Dengan upper line yang tidak berbuat apa apa tidak sepatutnya mendapat komisyen dari usaha mereka yand berada di downline. 2. Hibah Mu‘allaqah Pengertian Hibah Mu’allaqah dan Pendapat Ulama Hibah sebagaimana yang ditakrifkan oleh fuqaha ialah “Tamlik al-‘ain bi dun ‘iwad”. Bererti pemindahan pemilikan sesuatu benda tanpa timbal balas/pertukaran. Hibah mu‘allaqah adalah hibah yang dita„likkan atau disyaratkan (digantungkan) dengan berlakunya sesuatu perkara. Dalam konsep ini, hibah hanya belaku apabila syarat yang ditetapkan sudah berlaku. Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan ta„lik hibah dengan sesuatu sharat. Secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua pendapat utama.
Pertama: Pendapat yang Menolak ta‘lik hibah Ini adalah pendapat mazhab Shafie, sebahagian ulama Hanbali dan Zahiri. Menurut mazhab Syafie : Hibah tidak boleh dita„liqkan dengan apa-apa syarat pada masa hadapan kerana hibah adalah satu aqad yang boleh terbatal dengan jahalah (ketidaktahuan), maka hibah tidak boleh dita„liqkan dengan syarat seperti jual beli.4 Ibn Hazam berkata5: “Pada asalnya hibah tidak boleh digantungkan dengan mana-mana syarat”
4
Al-Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf, Al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, (Beirut : Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1995),ms. 2/332.
Ibnu Qudamah dari kalangan ulama Hanbali berkata: " ِِ ََا ْنبَ ْي, فَهَ ْى يَ ُض ْز حَ ْعهِيقُ َٓا َعهَٗ َ َْس ٍط, ق ا ْن ِٓبَ ِت بِش َْس ٍط ; ِِلَََّ َٓا حَ ًْهِي ٌك نِ ًُ َعيَّ ٍٍ فِي ا ْن َحيَا ِة ُ ص ُّح حَ ْعهِي ِ َ" ََل ي “Tidak sah ta„liq hibah dengan sesuatu syarat, kerana hibah adalah pemberi-milikan (pindah milik) sesuatu yang ditentukan (kepada penerima hibah dalam hidupnya), maka hibah itu tidak boleh dita„liqkan dengan apa-apa syarat, seperti jual beli.” 6 Oleh itu, dalam keadaan ini, hibah menjadi sah, dan perpindahlah milik hibah daripada si pemilik kepada si penerima hibah, maka ikatan syarat itu terbatal.7 Pendapat Kedua: Membenarkan Ta‘lik Hibah Ini adalah pegangan mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian ulama mazhab Hanbali beserta Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim. Mereka berpendapat dibolehkan ta„liq hibah dengan sesuatu syarat. Berkata Ibnu „Abidin dari kalangan ulama Hanafi 8: اا بِا ْن ِٓبَ ِت إََّ َٓا حَ ُعٕ ُ بِ ًَ ْٓ ِسَْا ; ِِلٌََّ َض: قَا َل ُي َح ًَّ ُد بٍُْ ُيقَاحِ ٍم: فَهَ ْى يَ ُح َّش بِ َٓا, س َعهَٗ أٌَْ يَ ُح َّش بِ َٓا َ انس ِ ْٔ ا ْي َسأَةٌ حَ َس ََجْ َي ْٓ َسَْا نِه َّز اا ض ا َْ َع َد َو َض ُ َٕ فَإ ِ َذا ا َْ َع َد َو ا ْن ِع, ض َ َص ُّح بِدُٔ ٌِ ان َضس َ انس ِ َٔا ْن ِٓبَتُ ََل ح, اا ِ َٕ ََاٌَ بِش َْس ِط ا ْن ِع Seorang wanita telah meninggalkan maharnya kepada suaminya (sebagai hibah), tetapi dengan syarat (balasan) suaminya mesti pergi menunaikan haji bersama dengannya, tetapi si suami tidak menunaikan syarat tersebut (iaitu pergi haji bersama dengannya). Berkata Muhammad bin Muqatil : sesungguhnya hibahnya itu kembali menjadi mahar wanita tersebut, ini kerana redha dengan hibah tersebut terikat dengan 5
Ibnu Hazm, Ali bin Ahmad, Al-Muhalla bi al-Athar, (Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 1988),ms. 8/98. 6 Ibnu Qudamah, Mauqifuddin Abdullah bin Ahmad, Al-Mughni, (al-Qahirah : Dar al-Hadith, 2004), ms. 5/384. 7 Al-Buhuti, Mansur bin Yunus, Syarh Muntaha al-Iradat, (Bayrut : Dar al-Fikr, 2000), ms.2/434. 8 Ibnu „Abidin, Muhammad Amin, Hashiyat Ibnu ‘Abidin : Rad al-Muhtar Ala al-Dur alMukhtar, ( Riyadh : Dar A‟lim al-Kutub, 2003),ms.5/710.
syarat pertukaran (dapat mahar sebagai hibah dengan syarat pergi haji), oleh itu, dengan ketiadaan pertukaran tiadalah redha, dan hibah tidak sah tanpa redha.
Menurut mazhab Maliki pula, hibah boleh dita„liqkan dengan syarat pada masa hadapan kerana gharar tidak memberi kesan kepada kesahihan aqad hibah. Ini adalah pegangan fuqaha mazhab Malik yang disebut dengan lafaz yang jelas, antaranya Ibn al-Rusyd berkata: .()وال خالف في المذهب في جىاس هبت المجهىل والمعدوم المتىقع الىجىد فتصح هبت الثمزة بعد بدو صالحها “Tidak ada khilaf dalam mazhab (Maliki) dalam mengharuskan hibah majhul (tidak pasti) dan hibah ma‘dum (benda yang tidak ada) yang dijangka akan wujud pada masa akan datang) Maka dengan itu, sah memberi hadiah buah (dengan syarat) setelah ianya masak.9
Pendapat yang membenarkan hibah dalam mazhab Hanbali pula, dinukilkan daripada kitab “al-Insaf”
10
bahawa Imam Ahmad berkata dalam riwayat Abi al-Harith: “Dikira sah jika
suami isteri membayar (memberi hibah) kepada satu sama lain harta tertentu dengan syarat si suami tidak berkahwin lagi (tambah isteri), tetapi syarat tersebut tidak ditunaikan oleh si suami, maka sisuami tidak berhak menerima hibah tersebut, ini kerana hibah tersebut terikat dengan syarat. Dan hibah akan hilang dengan hilangnya syarat itu. ٍ ٔي.. "ظاْس َالو اإلياو أحًد في زٔايت أبي انحازد صحت فِ َم ٔاحد يٍ انزٔصيٍ إنٗ اآلخس ياَلً عهٗ أٌ َل يخزٔس . ٗٓ ِلَٓا ْبت يشسٔطت بشسط فخُخفي باَخفائّ" اَخ، نى يف بانشسط نى يسخحق انعٕض
9
Ibn Rusyd, Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid, (al-Ghairiyah : Darul Salam, 1995), 2/329 10 Mardawi, Ali bin Sulaiman, al-Inshof fi Makrifah al-Rajih min al-Khilaf ala Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal, (Bayrut : Manshurat Muhammad „Ali Baydun, 1997), ms 20/391.
Dan disebutkan juga di dalam kitab “al-Insaf”11 Ibnu Taimiyyah memilih pendapat yang membolehkan ta„liq hibah dengan sesuatu syarat. Ibnu Al-Qayyim daripada kalangan ulama mazhab Hanbali menolak pendapat yang mengatakan hibah tidak boleh dita„lik atau diikat dengan sesuatu syarat. Ini kerana menurut beliau hukum larangan ini tidak ada dalil daripada nas al-Quran ataupun al-Sunnah dan juga ijmak sahabat. Beliau mempersoalkan manakah dalil yang mengatakan hibah terbatal dengan syarat? Menurut Ibn Qayyim, ada beberapa dalil yang jelas bahawa Rasulullah SAW sendiri ta„lik sesuatu hibah dengan syarat, di antaranya hadith Jabir: ٔأَضز ذنك نّ انصديق زاي هللا عُّ نًا صاء. نٕ قد صاء يال انبحسيٍ ِلعطيخك ْكرا ْٔكرا رى ْكرا رالد حزياث: قال .
ٔسهى
ّعهي
هللا
ٗصه
هللا
زسٕل
ٔفاة
بعد
ٍانبحسي
يال
Maksud: Nabi berkata : “Sekiranya tiba harta (dari) Bahrain, akan aku berikan harta itu kepada engkau sebanyak begini dan begini, seterusnya begini, dengan tiga genggam.” Abu Bakar Al-Siddiq telah menunaikan syarat itu setelah datangnya harta Bahrain setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.12 Ibn Qayyim menganggap bahawa hibah berta„lik adalah sama dengan janji. Ini jelas disebut di dalam kitabnya Ighathat al-Lahfan ٗ َٔرنك فعم انُبي صهٗ هللا عهيّ ٔسهى نًا بعذ إن، ٔانٓبت انًعهقت بانشسط ٔعد، َعى: قهُا. ً َاٌ ذنك ٔعدا: فإٌ قيم إَي قد أْديج إنٗ انُضاَي حهت ٔأٔاقي يٍ يسك َٔل أزٖ انُضاَي إَل قد ياث: انُضاَي بٓديت يٍ يسك ٔقال ِلو سهًت . زٔاِ أحًد. ٔذَس انحديذ. َٔل أزٖ ْديخي إَل يس ٔ ة فإٌ ز ث عهي فٓي نك
11
Al-Mardawi, al-Insaf, ms. 17/44. Musnad Ahmad bin Hanbal, Bab Musnad Jabir bin Abdullah Radhiallahu anhu, Juz 3, ms. 307, no 14340. 12
“Sekiranya dikatakan (ada yang berpendapat bahawa hibah yang dita„likkan dengan sesuatu adalah janji (wa‟ad). Kami mengatakan, ya, hibah yang digantungkan dengan ta„lik dan disertakan dengan syarat adalah janji.” Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda telah menghantar kepada AlNajasi (Raja Habsah) hadiah wangian kasturi, dan baginda berkata kepada Umu Salamah: “Sesungguhnya aku telah hadiahkan kepada Al-Najasi kain pakaian dan wangian kasturi, tetapi aku perpendapat dia sudah meninggal dunia. Aku juga merasakan bahawa hadiahku akan dikembalikan semula kepadaku. Sekiranya hadiah tersebut kembali kepadaku, hadiah itu akan menjadi milikmu.”13 Pendapat yang sahihnya menurut Ibn Qayyim ialah sah hibah yang diikat dan disertakan dengan syarat dengan berdalilkan dengan dua hadith yang disebutkan tadi. 14
Pendapat yang hampir sama dengan pandangan Ibn Qayyim di atas, Dr. Ali al-Nadawi menyebut satu kaedah fiqh: 15
""المىاعيد بصىرة التعاليق تكىن السمت
Maksud: “Janji janji dalam bentuk ta„lik adalah mengikat (binding)”.
Ciri-Ciri Utama Hibah Mu’allaqah
13
Musnad Ahmad bin Hanbal, Bab hadith Ummu Kalsum binti Uqbah Ummu Hamid, Juz 6, ms 404, no 27317 14 Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Muhammad bin Abi Bakr, Ighasah al-Lahfan min Masoid al-Syaitan, (al-Qahirah: Dar Ibn al-Haytham, 2004), ms.2/16-17. 15 Dr. Ali Ahmad al-Nadawi, Jamharat al-Qawa„id al-Fiqhiyyah fi al-Mu‟amalat al-Maliyyah, Riyad: al-Rajhi Bank, 2000,jilid 1, ms.585.
1. Ia bukan mu‟awadah. Dengan itu gharar atau ketidaktentuan samada akan diperolehi hibah ataupun tidak atau berlakunya syarat yang dita„likkan ataupun tidak boleh dimaafkan. 2. Ia hanya mengikat apabila syarat syarat berlaku/dipenuhi. 3. Ia bukan ta„lik kepada akad mu‟awadah. 4. Hibah mu„allaqah adalah seperti janji dari sebelah pihak. Janji untuk memberi hibah. Bukannya janji untuk kontrak mu‟awadah (melakukan jual beli) pada masa hadapan. Kebayakan ulama kontemporari membenarkan penggunaan wa‟d dari sebelah pihak (unilateral). Tetapi mereka tidak membenarkan mua’wadah (persetujuan perjanjian kedua dua pihak untuk melakukan akad pada masa hadapan) kerana ia dianggap sama dengan memeterai akad jual beli untuk masa hadapan. Sebagaimana yang diketahui umum di dalam Shariah aqad jual beli secara bertangguh (kedua dua pertukaran/Ta’jil al-badalain) atau menjual barang yang tidak dimiliki adalah dilarang.
Dhawabit/Garis Panduan: 1. Hibah mu‟allaqah tidak boleh digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan Syara‟16 atau haram seperti hilah kepada riba contohnya,”sekiranya pulangan keuntungan Mudharabah/wakalah bi al-istihmar kurang daripada kadar yang dijangkakan, saya berjanji akan memberikan hibah untuk mencukupkannya. 2. Hibah mu„allaqah tidak boleh dijual beli kepada pihak ketiga.
Dr. Ali Ahmad al-Nadawi, Jamharat al-Qawa‟id al-Fiqhiyyah fi al-Mu‟amalat al-Maliyyah, Riyadh: al-Rajhi, 2000, vol.1, ms. 585. 16
3. Tidak bercanggah dengan muqtada hibah seperti tamlik ala wajh al-ta‘bid pemilikan tidak bertempoh. Sekiranya permilikan hanya bertempoh, maka ia dianggap sebagai pinjam. 4. Hibah boleh dita„likkan dengan selepas kematian pemberi hibah, dan ia akan mengambil kukum wasiat, tetapi wasiat tidak boleh diberikan kepada pewaris.
Pelaksanaan Hibah Muallaqah dalam MLM Apa yang berlaku dalam MLM ialah upper line akan terus mendapat komisyen bagi setiap jualan yang dilakukan munkin tanpa usaha atau justifikasi yang sepatutnya. Dengan itu, hibah mua„llaqah dengan mengambil kira syarat-syaratnya seperti diatas agak sesuai untuk diaplikasikan. Perlu juga ditekankan isu siapa yang membuat/ menjajikan hibah, iaitu daripada penjual dan pengeluar produk samada barangan atau perkhidmatan.
Contoh Pelaksanaan Hibah Mu’alaqah Dalam Pemasaran Produk Takaful Melalui Agensi Tidak dapat dinafikan peranan agensi dalam pemasaran produk produk takaful di mana kebanyakan pengendali takaful bergantung hampir sepenuhnya kepada mereka. Walaupun banyak kos daripada sumbangan caruman takaful habis untuk komisyen agensi, tidak dapat dinafikan peranan penting yang dimainkan oleh para ejen. Di antara isu Syariah yang timbul, bolehkan mereka menerima upah dalam bentuk ju‟alah, sedangkan ada unsur ketidak tentuan jumlah upah. Ini berlaku dalam dua senario. Senario pertama: Pengurus Agensi Kumpulan contohnya kadang kadang tidak terlibat secara langsung dalam pematauan kerja ejen ejen di bawah naungannya. Dengan lain kata, ada
kemungkinan dia menikmati overiding/komisyen dari hasil usaha Pengerusi Agensi atau ejen ejen di peringkat bawah, walaupun bukan ganjaran kepada usaha yang dilakukannya. Senario kedua: Komisyen yang diterima ole ejen secara langsung daripada peserta takaful. Ini kerana ada kebarangkalian tidak diketahui samada peserta akan terus membayar caruman (sumbangan takaful) ataupun tidak. Sekiranya tidak ada bayaran, maka tidak ada upah (komisyen banginya). Komisyen/overriding ini boleh dianggap sebagai hibah mua‟allaqah. Contohnya “kamu akan mendapat jumlah komisyen sekian sekian sekiranya ada bayaran dibuat oleh peserta peserta yang yang tersenarai di bawah kamu.” Ini boleh diqiyaskan dengan hadis Jabir RA dan Maimunah RA di atas, di mana hibah dijanjikan dan dita‟likkan dengan tibanya harta harta dari Bahrain dan dari Habshah tanpa usaha tertentu daripada penerima.
Ilustrasi kepada Senario Pertama
Ilustrasi kepada scenario Kedua
Perkara Perkara yang dilarang oleh Shariah dalam MLM 1. Mengandungi unsur skim pyramid. Sudah banyak fatwa pengaramannya 2. Penipuan (taghrir), penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif 3. Mengandungi unsur paksaan. 4. Pembaziran. Ini kerana barang yang dibeli bukan diperlukan. 5. Menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha. Ini boleh dikaitkan dengan riba.
6. Perolehan harta dengan batil (akl amwal al-nas bi al-batil) kerana tidak memenuhi syarat sah jual beli seperti mengenakan yuran keahlian yang tinggi dan juga harga barang yang tinggi (ghubn fahish).
JAKIM telah mengeluarkan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing Menurut Shariah. Kandungannya adalah seperti berikut:
Kesimpulan Konsep ju’alah dan hibah mu’allaqah boleh digunakan bagi MLM. Untuk memastikan sesuatu produk MLM itu harus menurut perspektif Shariah, ia perlu kepada pematuhan kepada syarat sharat Garis Panduan seperti di atas.
Senarai rujukan
Al-Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf, Al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, (Beirut : Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1995) . Ibnu Hazm, Ali bin Ahmad, Al-Muhalla bi al-Athar, (Bayrut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 1988). Ibnu Qudamah, Mauqifuddin Abdullah bin Ahmad, Al-Mughni, (al-Qahirah : Dar al-Hadith, 2004). Al-Buhuti, Mansur bin Yunus, Syarh Muntaha al-Iradat, (Bayrut : Dar al-Fikr, 2000). Ibnu „Abidin, Muhammad Amin, Hashiyat Ibnu ‘Abidin : Rad al-Muhtar Ala al-Dur al-Mukhtar, ( Riyadh : Dar A‟lim al-Kutub, 2003) . Ibn Rusyd, Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid, (al-Ghairiyah : Darul Salam, 1995). Mardawi, Ali bin Sulaiman, al-Inshof fi Makrifah al-Rajih min al-Khilaf ala Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal, (Bayrut : Manshurat Muhammad „Ali Baydun, 1997). Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Muhammad bin Abi Bakr, Ighasah al-Lahfan min Masoid al-Syaitan, (al-Qahirah: Dar Ibn al-Haytham, 2004), ms.2/16-17. Dr. Ali Ahmad al-Nadawi, Jamharat al-Qawa„id al-Fiqhiyyah fi al-Mu‟amalat al-Maliyyah, Riyad: alRajhi Bank, 2000,jilid 1, ms.585.
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing Menurut Shariah. JAKIM.