Simpanan
Dapatkan Pemangkin
untuk Manfaat
Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.
Pengenalan 01
Jadikan impian anda satu kenyataan dengan
Cash Booster!
Kami ingin melancong setiap tahun sambil menyimpan dengan cara yang berdisiplin. Kini, impian menjadi kenyataan dengan Cash Booster dan PRUcash – ia memberikan aliran pendapatan yang dijamin!
Saya dapat menyimpan untuk perbelanjaan perkahwinan saya, terima kasih kepada Cash Booster. Ia melipatgandakan simpanan saya dan ianya masih meningkat!
Saya dapat menyimpan untuk matlamat jangka panjang pada amaun premium yang saya mampu. Juga, ia memberi saya ketenangan minda kerana mengetahui keluarga saya akan menerima aliran pendapatan apabila saya sudah tiada.
Kebanyakan orang mempunyai matlamat jangka pendek, jangka sederhana ataupun jangka panjang yang ingin mereka capai pada masa hadapan. Dengan memperuntukkan sebahagian daripada simpanan anda secara tetap melalui Cash Booster yang dilampirkan pada PRUcash, kami boleh membantu anda menggandakan ianya menjadi sumber kekayaan yang besar sambil menikmati aliran pendapatan yang berterusan. Anda boleh memilih sama ada hendak mengumpulkan pendapatan anda yang dijamin oleh Syarikat dengan kadar faedah yang mungkin berbeza dari masa ke masa atas budi bicara Syarikat atau menerima pendapatan yang dijamin untuk menikmati kehidupan anda. Di samping itu, anda dapat meninggalkan legasi yang berpanjangan untuk orang yang tersayang dengan manfaat perlindungan yang membayar tiga kali ganda* pendapatan dijamin dan 200%* jumlah diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan. *Hanya terdapat jika Cash booster dilampirkan pada PRUcash
02 Gambaran Keseluruhan Manfaat
Gain
dgn
faat n a M leh o r Pe
C BOOASH ST ER
PRUcash 6% daripada JD Dibayar setiap tahun dari akhir tahun polisi ke-2 sehingga tahun sebelum tahun polisi akhir
Pendapatan yang Dijamin untuk anda
Pada tahun polisi akhir1
Manfaat Kemandirian (Pendapatan)
Manfaat Legasi 6% daripada JD1 untuk yang tersayang Dibayar setiap tahun apabila berlaku kematian / (Pendapatan) TPD akibat selain kemalangan (kecuali tahun polisi pertama) Dibayar setiap tahun apabila berlaku kematian / TPD akibat kemalangan (kecuali tahun polisi pertama)
18% daripada JD2
Manfaat Legasi untuk yang tersayang (Pendapatan)
Dijamin 165% daripada JD
Bayaran sekali gus
Potensi bonus
Bayaran sekali gus
$
Manfaat Legasi yang Dijamin
8%, 10% atau 12% daripada JD
Manfaat Kemandirian (Pendapatan)
Manfaat Kematangan
Dijamin 100% daripada JD + Nilai Tunai Dijamin + Potensi Bonus Perlindungan insurans hayat
Apabila berlaku Kematian / TPD akibat selain kemalangan (Bayaran sekali gus)
Dijamin 200% daripada JD + Potensi Bonus Apabila berlaku Kematian / TPD akibat kemalangan (Bayaran sekali gus)
Definisi: JD = Jumlah Diinsuranskan TPD = Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Potensi bonus merujuk kepada bonus berbalik dan bonus terminal yang tidak dijamin Note 1. Pada tahun polisi akhir, amaun yang akan dibayar meningkat kepada 12% (tempoh polisi 30 tahun), 10% (tempoh polisi 28 tahun) dan 8% (tempoh polisi 20, 22, 24 dan 26 tahun). 2. Pada tahun polisi akhir, amaun yang akan dibayar meningkat kepada 36% (tempoh polisi 30 tahun), 30% (tempoh polisi 28 tahun) dan 24% (tempoh polisi 20, 22, 24 dan 26 tahun). 3. Cash Booster adalah rider dan mestilah dibeli bersama dengan PRUcash (pelan asas). Huraian di atas menunjukkan manfaat keseluruhan yang ditawarkan apabila Cash Booster dilampirkan pada PRUcash.
Bagaimana ia berfungsi? 03
1
Aliran pendapatan berterusan yang dijamin $ PRUcash $ Cash Booster
TAHUN 1
0 60 3, RM
RM 1, 80 0 RM 1, 80 0 RM 1, 80 0
RM 1, 80 0 RM 1, 80 0 RM 1, 80 0 RM 1, 80 0 RM 1, 80 0
TERUSKAN menikmati pendapatan yang dijamin sehingga matang
$
$
$
$
$
$
$
$
$
2
3
4
5
6
27
28
29
30
• Sebanyak RM1,800 akan dibayar dari tahun 2 hingga tahun 29. Pada tahun polisi akhir (tahun 30), manfaat kemandirian (pendapatan) yang akan dibayar meningkat kepada RM3,600 (12% daripada Jumlah Diinsuranskan).
2
Aliran pendapatan meningkat tiga kali ganda ketika saat diperlukan Kematian/TPD akibat Kemalangan
,8 0
0
$
$
$
$
$
$
$
$
$
2
3
4
5
6
27
28
29
30
RM
RM
5,
10
40
0 RM
5,
40
0 RM
5,
40
0 RM
5,
40
0
RM
5,
40
0 RM
5,
40
0 80 1,
RM
THAUN 1
RM
1,
80
0
0
TERUS menerima 3x pendapatan sehingga tahun polisi akhir
• Sekiranya hayat yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat kemalangan, manfaat kemandirian (pendapatan) meningkat tiga kali ganda kepada RM5,400 (18% daripada Jumlah Diinsuranskan) dan akan dibayar setiap tahun. Pada tahun polisi akhir (tahun 30), pendapatan yang akan dibayar meningkat kepada RM10,800 (36% daripada Jumlah Diinsuranskan) Nota: Huraian di atas adalah berdasarkan PRUcash dengan tempoh polisi 30 tahun dan Jumlah Diinsuranskan RM30,000 dan dilampirkan dengan Cash Booster yang dibeli oleh pelanggan lelaki berumur 30 tahun bukan perokok dan kelas pekerjaan 1. Premium bulanan ialah RM 331.80 dan boleh dibayar secara tunai/cek. Manfaat-manfaat yang diilustrasi adalah bedasarkan Cash Booster yang dilampirkan pada PRUcash. Sila rujuk kepada ilustrasi jualan mengenai pemerolehan semua nilai terjamin dan terunjur. Nilai terunjur adalah bagi tujuan penjelasan sahaja dan ia adalah tidak dijamin. Nilai terunjur tertakluk kepada undang-undang semasa, cukai, caj-caj dan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan.
04 Bagaimana ia berfungsi?
3
Bayaran tunai sekali gus apabila polisi matang (Opsyen pembayaran) Manfaat Kematangan
+
Dijamin 165% daripada Jumlah Diinsuranskan (RM49,500)
Potensi Bonus yang tidak dijamin
$ $
TAHUN 1
$
$
$
$
$
$
$
$
$
$
$
2
3
4
5
6
27
28
29
30
• Semua sekali, jumlah yang perlu dibayar sepanjang tempoh polisi keseluruhan termasuklah jumlah pendapatan yang dijamin sebanyak RM54,000 dan Manfaat Kematangan.
4
Perlindungan Insurans Hayat Kematian/TPD akibat Kemalangan Dijamin 200% daripada Jumlah Diinsuranskan (RM60,000)
$
+
$
$
TERUS menerima 3x pendapatan sehingga tahun polisi akhir
,8 0
0
$
$
$
$
$
$
$
$
$
2
3
4
5
6
27
28
29
30
RM
RM
5,
10
40
0 RM
5,
40
0 RM
5,
40
0 RM
5,
40
0
RM
5,
40
0 RM
5,
40
0 80 1,
RM
TAHUN 1
RM
1,
80
0
0
Potensi Bonus yang tidak Dijamin
• Sekiranya hayat yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat kemalangan, kami akan membayar 200% jumlah diinsuranskan berserta potensi bonus terkumpul. • Manfaat kemandirian (pendapatan) meningkat tiga kali ganda kepada RM5,400 dan akan dibayar setiap tahun. Pada akhir tahun polisi (tahun 30), sebanyak RM10,800 akan dibayar. Nota:Huraian di atas adalah berdasarkan PRUcash dengan tempoh polisi 30 tahun dan Jumlah Diinsuranskan RM30,000 dan dilampirkan dengan Cash Booster yang dibeli oleh pelanggan lelaki berumur 30 tahun bukan perokok dan kelas pekerjaan 1. Premium bulanan ialah RM 331.80 dan boleh dibayar secara tunai/cek. Manfaat-manfaat yang diilustrasi adalah bedasarkan Cash Booster yang dilampirkan pada PRUcash. Sila rujuk kepada ilustrasi jualan mengenai pemerolehan semua nilai terjamin dan terunjur. Nilai terunjur adalah bagi tujuan penjelasan sahaja dan ia adalah tidak dijamin. Nilai terunjur tertakluk kepada undang-undang semasa, cukai, caj-caj dan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan.
Mengenai Cash Booster 05 1. Apa itu Cash Booster? Cash Booster adalah rider premium tetap yang boleh dilampirkan pada PRUcash yang menyertai dalam keuntungan dana hayat sertaan. Rider ini menyediakan aliran manfaat kemandirian (pendapatan) yang dijamin pada akhir tahun polisi ke-3 dan setiap 2 tahun selepas itu (tahun ganjil) untuk mekomplemen pembayaran manfaat kemandirian daripada PRUcash pada tahun genap (tahun polisi ke-2 dan setiap 2 tahun selepas itu kecuali pada tahun polisi akhir). Manfaat kemandirian meningkat daripada 6% kepada sama ada 8%, 10% atau 12% menurut tempoh polisi pada tahun polisi akhir. Apabila matang, tambahan 65% daripada jumlah diinsuranskan akan dibayar di samping 100% jumlah diinsuranskan daripada PRUcash. 2. Apakah bonus yang ada dalam Cash Booster? Anda akan menerima bonus terminal yang akan dibayar apabila anda menyerah balik polisi, apabila berlaku kematian atau apabila polisi matang. 3. Apakah manfaat dalam Cash Booster? Apabila berlaku kematian atau TPD*, rider ini akan membayar: • nilai tunai dijamin**; • bonus terminal apabila berlaku kematian; dan • manfaat kemandirian terkumpul (jika ada) *TPD sebelum umur 60 tahun **Nilai tunai dijamin akan dibayar disebabkan kematian atau TPD yang bukan akibat kemalangan. Sekiranya berlaku kematian atau TPD akibat kemalangan, Cash Booster akan membayar 100% jumlah diinsuranskan pelan asas.
Manfaat Kemandirian Dijamin Rider ini membayar manfaat kemandirian dijamin sebanyak 6% daripada jumlah diinsuranskan pelan asas pada akhir tahun polisi ketiga dan setiap 2 tahun selepas itu. Manfaat kemandirian akan dibayar sehingga tempoh pelan asas. Pada akhir tahun polisi terakhir, manfaat kemandirian yang akan dibayar akan bergantung pada jadual berikut: Tempoh Polisi (tahun)
Manfaat Kemandirian yang akan dibayar
20, 22, 24, 26
8% daripada Jumlah Diinsuranskan pelan asas
28
10% daripada Jumlah Diinsuranskan pelan asas
30
12% daripada Jumlah Diinsuranskan pelan asas
Apabila berlaku kematian atau TPD* akibat sebab semulajadi (bukan kemalangan), baki manfaat kemandirian yang belum dibayar akan terus dibayar setiap tahun sebagai manfaat legasi. Jika kematian atau TPD adalah akibat kemalangan, 3 kali ganda baki manfaat kemandirian dijamin yang belum dibayar akan dibayar setiap tahun. Manfaat kemandirian tidak akan dibayar pada tahun polisi pertama. * TPD sebelum umur 60
Apabila matang, rider ini akan membayar: • 65% daripada Jumlah Diinsuranskan; • bonus terminal apabila matang; dan • manfaat kemandirian terkumpul (jika ada) Apabila polisi diserah balik, rider ini akan membayar: • nilai tunai dijamin; • bonus terminal apabila polisi diserah balik; dan • manfaat kemandirian terkumpul (jika ada)
06 Mengenai Cash Booster 4. Siapa yang boleh menyertai Cash Booster? Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur di antara 1 - 50 tahun pada hari lahir berikut DAN hanya boleh dibeli dengan pelan asasnya, iaitu PRUcash. 5. Bagaimana saya boleh membuat bayaran premium? Premium boleh dibayar secara tahunan, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan secara Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek. 6. Berapa lama saya perlu membayar premium? Anda dikehendaki membayar premium selama tempoh polisi PRUcash. 7. Apakah pilihan tempoh polisi? Anda boleh memilih tempoh polisi 20, 22, 24, 26, 28 atau 30 tahun.
Nota Penting 07
1
Anda boleh memilih untuk menerima Manfaat Kemandirian Dijamin (pendapatan) anda berdasarkan dua pilihan berikut: Pilihan 1:
Pilihan 2:
Menerima pembayaran setiap tahun kecuali tahun polisi pertama
Mengumpulkan pembayaran dan memperoleh faedah terkompauna sepanjang tempoh polisi
Nota: a. Kadar faedah terkompaun ini tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan. b. Jika hayat yang diinsuranskan memilih Pilihan 2 dan meninggal dunia atau mengalami TPD, manfaat kemandirian secara automatik akan ditukar kepada Pilihan 1 dan akan terus dibayar sebagai manfaat legasi. c. Pilihan manfaat kemandirian untuk Cash Booster akan mengikut pilihan di PRUcash.
2 3
Bonus Terminal akan dibayar apabila pelan matang, apabila berlaku kematian atau TPD ke atas hayat yang diinsuranskan atau apabila polisi diserah balik. Bonus Terminal yang diisytiharkan adalah tidak dijamin dan akan bergantung pada keputusan operasi dan pelaburan sebenar yang dialami oleh dana hayat sertaan Prudential. Ini merupakan rider endowmen sertaan.
08 Terma dan Syarat
Brosur ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lembaran Pendedahan Produk dan Huraian Jualan sebelum membeli sesuatu pelan, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir tentang ciri-ciri penting pelan. Nilai yang diunjurkan yang ditunjukkan di bahagian-bahagian lain dalam brosur ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja. Ia tidak dijamin dan tidak juga berdasarkan prestasi lepas. Nilai yang diunjurkan menggunakan undang-undang dan cukai semasa dan pulangan pelaburan yang ditetapkan. Sila rujuk huraian jualan tentang pemerolehan semua nilai yang dijamin / diunjurkan. Anda hendaklah menilai kemampuan bayar dan kesesuaian produk (termasuk manfaat tambahan) yang berkaitan dengan matlamat kewangan dan selera risiko anda. Untuk sedemikian, kami syorkan anda berbincang dengan ejen anda yang akan menjalankan analisis keperluan serta membantu anda dalam membuat keputusan termaklum. Membeli polisi hayat merupakan komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar premium anda dalam tempoh ihsan, polisi anda mungkin luput. Jika polisi anda mempunyai nilai tunai, amaun yang akan kami bayar anda apabila anda membatalkan polisi sebelum tempoh matang akan kurang daripada jumlah amaun premium yang telah anda bayar. Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memberi kami notis bertulis. Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin mendapat balik kurang daripada amaun yang telah anda bayar. Apabila polisi anda diserah balik, pelbagai manfaat di bawah pelan ini akan luput. Terdapat tempoh semakan percuma selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkajinya semula bagi memastikan ia menepati keperluan anda. Jika polisi ini dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan membayar balik premium yang telah anda bayar dan Cukai Barangan & Perkhidmatan (jika ada) tolak sebarang yuran perubatan yang terlibat (jika ada). Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) adalah syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Rider Cash Booster bukan produk Patuh Syariah.
ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN PRODUK INI MENEPATI KEPERLUAN ANDA. ANDA HENDAKLAH MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI INSURANS DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI TERUS SYARIKAT INSURANS UNTUK MAKLUMAT LANJUT. ADALAH PENTING BAGI ANDA MENYIMPAN SEBARANG RESIT YANG ANDA TERIMA SEBAGAI BUKTI BAYARAN PREMIUM. Prudential Assurance Malaysia Berhad Ahli PIDM Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau kesemua manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya ada kemungkinan berlaku kegagalan di pihak penanggung insurans yang menjadi ahlinya. Untuk butir-butir lanjut tentang had dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM daripada PAMB atau layari laman sesawang PIDM website (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U) Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
www.prudential.com.my
Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.
08/16
Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939 Emel:
[email protected]