www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor PERCUMA 27 Januari - 3 Februari 2017, 28 Rabiulakhir - 6 Jamadilawal1438
selangortv.my
#SmartSelangor
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Peduli nasib warga Felda
SEJUTA TERIMA
MANFAAT
ED
Kerajaan Negeri komited memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan sihat kerana ia mampu meningkatkan produktiviti negara dan negeri. Kita mahu menambah akses rakyat mendapatkan perkhidmatan rawatan yang berkualiti”
2
Persempadanan SPR jejaskan Selangor
7
PKNS lancar unit hartanah baharu
10
Bila YDP beraksi atas pentas
16
Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar
BERITA PENUH MUKA �
BERITA MUKA ��
Utama
2
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
OLEH ERMIZI MUHAMAD
Contohi Selangor perjuang isu Felda
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Pengurusan baru Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) disaran mencontohi komitmen Kerajaan Selangor memperjuangkan isu kebajikan peneroka Felda. Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, komitmen itu dizahirkan Kerajaan Negeri menerusi penubuhan Sekretariat Taskforce Felda Selangor bagi melicinkan penyelesaian isu Felda di negeri itu. “Antara pencapaian utama sekretariat ini adalah apabila Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan pembinaan 136 unit rumah berkembar setingkat untuk generasi kedua Felda Sungai Tengi, pada pertengahan tahun lalu. “Rumah berkenaan dijual dengan harga RM97,000 bagi keluasan 850 kaki persegi berbanding harga asal RM160,000,” katanya dalam kenyataan. Katanya, komitmen itu sekali gus membantu peneroka khususnya generasi kedua Felda mendapatkan hak juga kelangsungan kebajikan adil dan saksama. Prihatin terhadap kemelut yang berlaku membabitkan pe-
Peduli nasib rakyat
ngurusan Felda kini, Shamsul berkata, KEADILAN menerusi Biro Felda dan Perladangan bersetuju menganjurkan seminar berkenaan isu terbabit. “KEADILAN juga akan segera memanggil semua pihak berkepentingan untuk mengadakan perbincangan komprehensif dan strategik bagi memastikan tindakan lebih tersusun dapat diambil dalam membela nasib
peneroka,” katanya. Ketika ini, Felda dibebani pelbagai rancangan dan skim yang tiada kaitan dengan perlada-
ngan, atas alasan transformasi serta mempelbagaikan kegiatan. Ekoran itu, FGV yang menjadi kebanggaan Felda suatu ketika
dahulu berdepan masalah apabila nilai sahamnya terus merudum, sekali gus memberi kesan kepada peneroka.
Undi rakyat penentu, bukan setuju atau tidak
ED
DNS: Tiada PRK DUN Sungai Air Tawar
SHAH ALAM - Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar akibat kematian wakil rakyat Kamarol Zaki Abdul Malik tidak menjejaskan bilangan parti membentuk majoriti di Selangor. Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada 18 Januari lalu. “Berdasarkan kepada Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5) sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari daripada tarikh kekosongan itu berlaku. “Dengan syarat jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun daripada tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengi-
kut Fasal (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan saya memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Negeri terjejas ekoran kekosongan itu. “Saya sudah memaklumkan kepada SPR bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Undangan Negeri tidak terjejas ekoran kekosongan kerusi N01 (Sungai Air Tawar),” katanya dalam kenyataan. Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan berkata DNS kehilangan seorang wakil yang komited dengan amanah rakyat. Kamarol Zaki, ditemui meninggal dunia di ruang rehat kediamannya kira-kira jam 8.30 pagi selepas gagal menghadiri satu program pada jam 8 pagi, pada 17 Januari lalu.
SHAH ALAM - Hanya undian rakyat akan menentukan parti yang layak untuk diangkat menjadi pemimpin berdasarkan sistem demokrasi diamalkan. Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan pemilihan jawatan juga pemimpin berdasarkan sistem demokratik bukan antara siapa setuju atau tidak. Mohamed Azmin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perbincangan antara Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin DAP jika parti pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. “Saya tidak ada perincian berkenaan perbincangan Tun M dengan DAP. Keputusan ini melibatkan sistem demokratik bukan soal kita setuju atau tidak. “Ini soal demokrasi, rakyat akan menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya,” katanya. Terdahulu, Tun Mahathir
mendedahkan DAP pernah meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas kerajaan pada pilihan raya akan datang. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, bahawa parti itu tidak mempunyai masalah sekiranya DAP berhasrat untuk memegang jawatan itu. Zuraida menambah, keterbukaan itu adalah simbolik kepada meraikan kepelbagaian kaum yang terdapat dalam blok pembangkang.
Mahkamah benarkan rayuan Anwar SHAH ALAM - Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan dan menerima rayuan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya terhadap keputusan Lembaga Pengampunan bersidang pada 16 Ogos 2016. Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu bermakna rayuan Anwar akan didengar semula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada 2
Februari ini. “Sebelum ini, dalam hujah balas Pendakwaraya Kanan Persekutuan ke atas peguam Anwar sebelum rehat jam 11.37 pagi, hakim membidas hujah mereka menurut Perkara 40(1)(A) Perlembagaan Persekutuan. “Ini kerana, mereka tidak menurut fakta kes yang dikemukakan peguam bela,” katanya menerusi Facebook. Kira-kira jam 2.18 petang, keputusan dibacakan di hadapan
Anwar dan keluarganya serta pemimpin kanan parti termasuk Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail. Peguam Anwar iaitu Surendran Nagarajan, Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamaruddin kelihatan gembira dengan keputusan berkenaan. Sebelum ini, Anwar mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya untuk pengampunan Diraja, pada 16 Mac 2015.
Utama SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Selangor optimis
Penyumbang KDNK utama negara
Ayam jantan simbol kepimpinan dan semangat tinggi SAYA ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina Malaysia. Xin Nian Kuai Le, Ji Nian Da Ji! Semoga Tahun Ayam pada tahun ini membawa kebahagiaan dan kemakmuran kepada anda dan keluarga. Semoga ia juga mengukuhkan lagi keharmonian dan hubungan antara kumpulan etnik menerusi tradisi kunjung-mengunjung dan hormat-menghormati. Sifat terpuji dimiliki ayam jantan seperti kejujuran, keberanian dan ketabahan moral serta fizikal menjadikannya sebagai simbol kepimpinan juga semangat tinggi. Tahun Ayam juga mengingatkan kita kepada kepentingan kepimpinan yang baik
dalam memacu masa depan bangsa dan negara. Kepimpinan baik semestinya didasarkan daripada sistem demokrasi yang berfungsi bukannya yang dimanipulasi untuk kepentingan kumpulan politik elit. Saya hargai sumbangan besar masyarakat Cina, terutama di Selangor dalam usaha membina negara bersama kumpulan etnik lain. Masyarakat Cina sesungguhnya mengajar kita bahawa kesabaran dan kesungguhan pasti membuahkan ganjaran. Apabila kegelapan malam melabuh tirainya, fajar pasti menyusul. Ayam pula akan bangkit menyahut seruan keadilan, demokrasi, kebebasan dan reformasi.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Kita mahu kedudukan ini kekal dengan penglibatan dan gerak kerja dari Invest Selangor yang akan bekerja lebih kuat untuk pastikan pelabur asing mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan
OLEH ERMIZI MUHAMAD
PUCHONG - Kerajaan Negeri optimis mampu mengekalkan kedudukan Selangor sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk tempoh 2017. Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perancangan berterusan dibuat bagi menarik penglibatan pelabur dari dalam dan luar negara ke Selangor. Walaupun menganggap 2017 sebagai tahun paling mencabar susulan kemeruduman ekonomi Persekutuan, namun beliau yakin prestasi itu dapat dikekalkan berpandu kepada rizab dan belanjawan negeri. "Kita mahu kedudukan ini
kekal dengan penglibatan dan gerak kerja dari Invest Selangor yang akan bekerja lebih kuat untuk pastikan pelabur asing mengekalkan Selangor sebagai destinasi pelaburan. "Ini memerlukan suasana kondusif dan pentadbiran berteraskan prinsip ketelusan serta kebertanggungjawaban. "Saya yakin kita dapat mencatatkan satu sasaran yang kita tetapkan itu," katanya kepada SelangorKini. Tahun lalu menyaksikan kejayaan besar apabila Selangor mengukuhkan persekitaran ekonominya selepas menyumbang 25 peratus hasil KDNK negara. Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia, ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lum-
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
pur (15.1%), Sarawak (10.1%), Johor (9.3%) dan Sabah (6.5%). Laporan itu menunjukkan Selangor turut menjadi penyumbang utama sektor perkhidmatan di Malaysia dengan jumlah sumbangan 49.9 peratus.
MB: Rakyat lebih utama daripada hasil kajian
ED
RM���,��� naik taraf SRAI Sungai Chinchin
GOMBAK - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan peruntukan RM110,000 bagi tiga projek pembangunan di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chinchin. Tiga projek itu melibatkan pembinaan susur gajah bernilai RM50,000, naik taraf makmal komputer (RM40,000) dan baik pulih bangunan membabitkan kerja cat serta pendawaian elektrik (RM20,000). Sementara tiga permohonan lain termasuk pembelian tanah, naik taraf surau dan tempat wuduk serta bangunan kantin dipertimbangkan dalam masa terdekat. “Jadikan sekolah pusat ilmu dan kecemerlangan untuk anak kita. “Bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran malahan cemerlang daripada segi akhlak serta mempertahankan prinsip
perjuangan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Kenduri Rakyat Bersama Dato’ Menteri Besar dan Penduduk Kampung Chinchin. Mohamed Azmin sebelum itu bertemu rakyat dengan menyerahkan buah limau serta ang pow kepada pengunjung di Pasar Taman Seri Gombak.
3
Beliau kemudiannya meneruskan program turun padang ke daerah Gombak dengan merasmikan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.
SHAH ALAM - Bertemu dan menyantuni rakyat lebih utama berbanding keputusan kaji selidik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, hal itu kerana keputusan pilihan raya berdasarkan pembabitan antara pemimpin dengan rakyat. “Itu hanya kaji selidik, tetapi saya fikir keutamaan paling penting sekarang adalah semua parti politik untuk turun mendekati rakyat dan pengundi bagi menjelaskan dasar juga kedudukan kita. “Kita mesti dilihat dan bertindak bersama-sama sebagai kuasa yang kuat untuk menghadapi Umno dan BN,” katanya. Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, KEADILAN bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong agenda reformasi.
“Kami akan bekerjasama dengan semua parti politik yang sokong agenda reformasi. “Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka, termasuk parti di Sabah dan Sarawak,” katanya. Sebelum ini, Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) kelolaan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang. Bagaimanapun, keputusan itu bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti PRU-13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS.
Utama
4
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pelopor pusat keilmuan Islam OLEH NORHAYATI UMOR
sebagai bukti dan komitmen ke arah menjadikan Shah Alam sebagai pusat perkembangan dan gagasan tradisi ilmiah. Katanya, langkah itu akan menangkis persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dunia kononnya masjid adalah sarang pembiakan fahaman ekstrim, radikal dan militan. “Melalui program ini, Masjid Negeri menjadi teladan kepada masjid lain dalam menyampaikan ilmu Islam. “Dalam sejarah tamadun Islam, masjid adalah asas kepada pembinaan sesebuah universiti seperti yang berlaku di Universiti Al-Azhar,” katanya ketika meras-
mikan Konvokesyen Pengajian Bersijil sesi 2016, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Dewan Jubli Perak. Mohamed Azmin berkata, Selangor negeri yang berjaya dalam bidang ekonomi dan industri juga menjadi tumpuan tempat berhijrah, sekali gus membawa cabaran sosial serta pemikiran. Katanya, umat Islam ketika ini berdepan pelbagai cabaran sengit akibat perubahan dunia yang berlaku dengan pantas. “Ia menjadikan umat Islam tersepit antara pembangunan kebendaan dengan pertimbangan kerohanian. Kedangkalan ilmu ditambah dengan fahaman sempit terhadap Islam mencetuskan suasana emosi menguasai fikiran yang rasional. “Ramai berpendapat, jihad adalah mengorbankan nyawa dengan menjadi ‘suicide bomber’. Begitu juga anak muda yang
memperjuangkan Islam tetapi dangkal daripada segi penguasaan ilmu sehingga terheret kepada gerakan militan,” katanya. Justeru, pelaksanaan program pendidikan Islam sistematik seperti dipelopori Masjid Negeri, membolehkan masyarakat mendalami ilmu Islam dan terbuka pada semua peringkat usia. Beliau yakin, program talaqqi Al-Quran boleh dikembangkan kepada talaqqi kitab turath muktabar dan pengajaran Bahasa Arab pada peringkat menengah serta tinggi bukan sahaja akan melengkapkan peserta menjadi ilmuan, bahkan ke arah melahirkan ulama. Sebanyak 8,000 graduan dilahirkan sejak penubuhan program pada 2000 yang memberi peluang kepada jemaah dan masyarakat sekitar Shah Alam mempelajari al-Quran, Bahasa Arab, Taranum serta asas Syariah.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi pelopor kepada masjid di seluruh negeri melalui pro-
gram keilmuan pengajian bersijil yang menyuntik kesegaran masjid sebagai pusat keilmuan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia
Tradisi santuni rakyat Surau DUN BN terima bantuan diteruskan RM��,��� Tugas saya bukan duduk dan tunggu laporan di tingkat 21 Pejabat Kerajaan Negeri sahaja, sebaliknya saya optimis untuk turun sendiri melihat keadaan sebenar rakyat
ED
PUCHONG - Sudah menjadi kelaziman buat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali terus mendekati rakyat tanpa mengambil kira perbezaan fahaman agama dan bangsa. Mohamed Azmin meluangkan masa mendekati penduduk Kampung Seri Aman dalam Program Sehari Bersama Pimpinan, di Dewan Kampung Seri Aman Mas, pada 21 Januari lalu. Beliau tiba seawal jam 8.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira satu jam dengan mengambil peluang bersarapan pagi serta beramah mesra bersama penduduk setempat. Difahamkan, ia adalah kali keempat Dato’ Menteri Besar hadir ke perkampungan itu selepas menerajui tampuk kepimpinan negeri sejak 2014. Turut mengiringi beliau, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Dato’ Puasa Mohd Taib, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Borhan Aman Shah. Dalam perkembangan itu, kira-kira 500 penduduk setempat mengambil peluang hadir meraikan kunjungan Dato’ Menteri Besar. Sementara itu, Mohamed Azmin dalam ucapannya ber-
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
kata, beliau optimis untuk terus mendekati masyarakat di setiap pelusuk negeri. “Tugas saya bukan duduk dan tunggu laporan di tingkat 21 Pejabat Kerajaan Negeri sahaja, sebaliknya optimis untuk turun sendiri melihat keadaan sebenar rakyat. “Saya yakin peluang ini dapat memberi ruang memahami secara dekat keperluan dan kebajikan rakyat dengan lebih konsisten,” katanya. Terdahulu, Kampung Seri Aman Mas dikenali umum sebagai Kampung Tanah Liat, namun ditukar nama selepas Kerajaan Pakatan mula mentadbir Selangor, sejak 2008.
PUCHONG - Prihatin terhadap keperluan pembangunan Surau di Kampung Seri Aman Mas, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM50,000 bagi pembinaan Surau Al-Iltihad. Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu disalurkan sebagai komitmen Kerajaan Negeri membantu keperluan rakyat dalam segenap aspek. "Saya dimaklumkan, pembinaan surau ini ditanggung anak qaryah dan penduduk, justeru atas kesedaran bahawa masjid juga surau sebagai pusat perpaduan umat Islam, saya bersedia memberi sokongan kepada pembangunan ini.
"Sebagai bantuan awal, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan peruntukan RM50,000 untuk pembinaan dan manfaat berterusan penduduk, di sini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 500 penduduk pada Program Sehari Bersama Pimpinan, di Dewan Kampung Seri Aman Mas, pada 21 Januari lalu. Surau berkenaan dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dengkil) di bawah Ahli Dewan Negeri (ADN), Shahrum Mohd Sharif yang juga ADN Barisan Nasional. Bantuan disalurkan Kerajaan Pakatan itu, sekali gus mem-
buktikan prinsip kesamarataan diamalkan tanpa membatasi kepimpinan parti lawan atau pemerintah. Difahamkan, 50 peratus struktur pembinaan surau telah dibina dengan kos pembinaan dibuat menerusi hasil kutipan penduduk dan masyarakat setempat. Bukan sekadar meneruskan operasinya sebagai pusat ibadat penduduk Islam, surau berkenaan akan digunakan bagi tujuan program kemasyarakatan setempat. Pembinaan surau itu juga diyakini bakal memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk kampung dan masyarakat sekitarnya.
Utama SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
5
Rakyat sihat bantu kemajuan ekonomi keadaan sihat. “Rakyat Malaysia diancam dengan penyakit berjangkit seperti sakit jantung, pernafasan dan angin ahmar. 73 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit tidak berjangkit dengan jantung dan angin ahmar menduduki tenaga teratas,” katanya. Menerusi statistik Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Malaysia mencatatkan perbelanjaan kesihatan berkapita hanya 4.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding Cuba dan Brazil. Pada majlis sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan kad Peduli Sihat kepada peserta yang mendaftar di bawah program itu.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SELAYANG - Kerajaan Negeri komited memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan sihat kerana ia mampu meningkatkan produktiviti negara dan negeri. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi Skim Peduli Sihat, Kerajaan Negeri mahu menambah akses rakyat mendapatkan perkhidmatan rawatan berkualiti. “Jika rakyat sakit, produktiviti menurun dan akhirnya ekonomi akan tenat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama majlis pelancaran di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak. Katanya, pengalaman menjaga ibu yang sedang sakit selama 107 hari menguatkan azam supaya rakyat terus berada dalam
Skim Peduli Sihat
Sasar sejuta terima manfaat OLEH AFIX REDZUAN
ED
SELAYANG - Kerajaan Negeri mensasarkan sejuta rakyat bakal mendapat manfaat Skim Peduli Sihat yang memberikan perlindungan asas bagi menampung kos sara hidup semasa, bagi 2017. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, jumlah itu dianggarkan dari 250,000 keluarga dalam kumpulan B40 dan terdiri dari empat ahli keluarga. “Skim ini adalah skim perlindungan asas diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi meringankan kos sara hidup untuk kumpulan B40, golongan berpendapatan RM1,500 hingga RM3,000 sebu-
lan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak. Katanya, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM125 juta untuk Skim Peduli Sihat seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2017. Dibahagikan kepada dua kategori iaitu keluarga dan individu, syarat yang dikenakan juga mudah untuk rakyat menikmati skim itu. “Kategori keluarga, mereka layak menerima RM500 dipe-
runtukkan dalam satu kad Peduli Sihat dengan syarat rakyat Selangor atau bermastautin di negeri ini selama 10 tahun dan berpendapatan di bawah RM3,000. “Untuk individu mereka yang berumur 21 tahun ke atas layak menerima pembiayaan RM200 setahun. “Syaratnya mesti rakyat Selangor atau bermustautin selama 10 tahun dan berpendapatan RM1,500,” katanya. Selain itu, 1,000 klinik swasta bersama dalam program itu sebagai panel Skim Peduli Sihat. Untuk peringkat awal, Kerajaan Negeri mensasarkan pendaftaran 20,000 penyertaan daripada setiap DUN.
Bukan ‘ole-ole’ PRU SELAYANG - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Skim Peduli Sihat yang dilancar Kerajaan Negeri adalah ‘ole-ole’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui bila tarikh PRU-14, bahkan program peduli rakyat itu sudah disusun mengikut keutamaan. “Saya tidak tahu tarikh pilihan raya, macam mana ini menjadi
ole-ole. “Kalau saya boleh umumkan tarikh pilihan raya, tunggu. Penggal akan datang, saya akan umumkan tarikh pilihan raya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita di Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat. Katanya, kritikan diberikan supaya Kerajaan Negeri membelanjakan peruntukan RM125 juta kepada program membasmi
denggi tidak tepat kerana RM5 juta sudah dikhususkan untuk program itu. Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua parti luar Barisan Nasional berlapang dada dan meletakkan kepentingan negara melebihi individu demi menghadapi PRU-14. Mohamed Azmin mengakui proses rundingan dalam politik agak rumit dan tidak mampu diselesaikan dalam satu pertemuan.
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syazwani Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Utama
6
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Caj 20 sen plastik
Didik rakyat bawa beg sendiri menggantikan beg plastik tetapi mendidik rakyat menggunakan beg sendiri. “Kalau cadang untuk menggantikan beg plastik dengan kertas atau beg bebas plastik ia tidak mencapai matlamat itu” katanya. Beliau berkata, Kerajaan Negeri menyeru rakyat membawa beg sendiri supaya membantu mengurangkan penggunaan beg plastik yang sudah merebak sebelum ini. Elizabeth berkata, hasil tinjauan mendapai pihaknya menerima reaksi positif berhubung pelaksanaan kempen bebas beg plastik, sejak ia mula dilaksanakan 1 Januari 2017.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SELAYANG - Kerajaan Negeri tidak berhasrat menggunakan wang dibayar pengguna untuk setiap pembelian beg plastik di pasar raya bagi menyediakan lebih banyak beg bebas plastik sebaliknya mahu mendidik rakyat membawa beg sendiri. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, sebelum ini sudah terlalu banyak beg plastik digunakan dalam kehidupan seharian dan Kerajaan Negeri tidak mahu jumlah penggunaan itu bertambah demi menjaga alam sekitar. “Untuk kempen mengurangkan pengguna beg plastik matlamat utama bukan untuk
ED
LUAS beri amaran selesai pencemaran Sungai Langat
Pegawai bertanggungjawab dihadap lembaga tatatertib
SHAH ALAM - Jawatankuasa Penyiasatan insiden bunga api pada program Fiesta Gegar Klang, baru-baru ini mendapati seorang ketua jabatan bertanggungjawab terlibat menguruskan pertunjukan bunga api terbabit walaupun tidak diputuskan dalam mana-mana mesyuarat peringkat MPK. Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri berpendapat pegawai itu perlu dihadapkan ke Lembaga Tatatertib MPK sebelum memutuskan tindakan yang akan dikenakan berdasarkan Peraturanperaturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatater-
tib) 1995 (SEL.P.U.7) selepas Kerajaan Negeri meneliti laporan itu. "Bagi menyiasat insiden terbabit, MPK menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan dengan melantik empat pegawai dalaman untuk menganggotai jawatankuasa itu. “Ia berfungsi menyiasat dan mendapatkan keterangan lanjut berkaitan pertunjukan bunga api merangkumi kelulusan program, perbelanjaan, proses semakan dokumen dan menyediakan laporan siasatan,” katany dalam satu kenyataan media. Beliau berkata, berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan
dan Tatatertib) 1995 (SEL.P.U.7), antara tindakan yang boleh dikenakan adalah amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan buang kerja. Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius ke atas kejadian yang menyebabkan kemalangan kepada orang awam akibat kecuaian penjawat awam. “Kerajaan Negeri juga amat berharap semua pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat negeri, daerah juga pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira kepentingan dan keselamatan orang awam dalam semua aspek,” katanya.
HULU LANGAT - Pihak yang terbabit bagi projek Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE) diminta mengambil tindakan segera menye-lesaikan isu pencemaran di Sungai Langat. Ketua Penolong Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Nor Zambri Sondor berkata, isu kekeruhan di Sungai Langat berpunca daripada kerja tanah tanpa kawalan di lembangan sungai. Katanya, kekeruhan sungai itu sekali gus meningkatkan bacaan sehingga 14,150 Nephelometric Turbidity Unit (NTU) bagi Sungai Sab, manakala di Sungai Michu mencecah 6,500 NTU. “Selepas siasatan dibuat, LUAS mendapati kekeruhan itu berpunca daripada projek EKVE dan menjadi lebih teruk apabila hujan
turun,” katanya ketika melawat Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Langat, di sini. Pada masa sama, Nor Zambri berkata, pencemaran itu menyebabkan loji terbabit tidak dapat mengeluarkan bekalan air 20 juta liter sehari (JLH). Malah, katanya, ia menyebabkan 12 kawasan di Hulu Langat menga-lami gangguan bekalan air. “LUAS sudah menghantar notis kepada EKVE dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah 41 (3) (g) dan (e) Enakmen LUAS 1999. “Tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 41 (4) Enakmen LUAS 1999 dengan denda RM50,000 dan penjara dua tahun atau keduaduanya, jika mereka gagal,” katanya.
Utama SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
7
Persempadanan SPR
Selangor paling terjejas OLEH ERMIZI MUHAMAD
pada 150,439), Serdang dinamakan Bangi (139,013 kepada 146,168) dan Klang (98,285 kepada 141,275). Selain itu, Petaling Jaya Selatan (78,404 kepada 129,363), Subang (101,603 kepada 128,330) dan kota Raja (110,082 kepada 121,126). Sementara itu, Peguam Latheefa Koya dalam kenyataannya kepada SelangorKini berkata, SPR melanggar prinsip 'approximately equal' membabitkan faktor keluasan jajaran pengundi bagi setiap pusat pengundian negeri. "SPR tidak mnghiraukan syor
laporan Jawatankuasa Parlimen 2012 bagi pilihan raya yang melanggari prinsip sedia ada. "Ia turut menyamai pelanggaran garisan sempadan terutama dalam kawasan Parlimen yang sangat besar di Selangor," katanya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan permohonan Kerajaaan Negeri mengenepikan cadangan proses persempadan semula Selangor yang dicadangkan SPR pada 24 Januari lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan berkata,
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Selangor antara negeri paling terkesan dengan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peguam prosiding bantahan persempadanan semula negeri, Datuk Cyrus Dass berkata, ia susulan perbezaan komposisi pembahagian pengundi bagi setiap DUN dan kawasan Parlimen negeri yang dibuat dalam cadangan persempadan baru itu. “Seperti Sri Andalas, kawasan yang berbilang kaum kini men-
jadi majoriti kaum sahaja. “Enam daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Selayang berpindah ke Bukit Lanjan, semua stesen ini adalah pro-Pakatan. “Enam kawasan pengundian adalah mengundi Pakatan dan penyingkiran mereka hanya akan meningkatkan prestasi BN dalam PRU akan datang,” katanya dipetik MalaysiaKini pada prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 20 Januari lalu. Enam kawasan itu adalah Petaling Jaya Utara dinamakan Damansara (84,456 ke-
Cyrus Dass
penangguhan dibuat bagi membenarkan proses hujahan diteruskan sebelum sebarang keputusan dibuat mahkamah.
ED
Selangor kemuka komposisi pengundi ‘luar biasa’ KUALA LUMPUR - Barisan peguam mewakili Kerajaan Negeri bagi cabaran prosiding persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan jumlah komposisi penduduk sebagai hujahan balas mencabar cadangan dibuat SPR. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Azmin Ali berkata, perkara tersebut ditimbulkan susulan kegagalan SPR mewujudkan kesamarataan yang menyebabkan berlakunya jurang perbezaan komposisi kaum di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Selangor. “Barisan peguam mengemukakan isu perundangan yang dibentangkan di mahkamah berkait jumlah pengundi luar biasa yang diletakkan dalam sesebuah kawasan. “Oleh kerana tidak ada pertim-
bangan daripada segi hubungan komuniti sesebuah kawasan dan ia menjejaskan kuasa dan hak pengundi serta rakyat di Selangor,” katanya. Mohamed Azmin berkata, isu komposisi pengundi dan pecahan kaum menjadi teras hujahan utama barisan peguam untuk mencabar cadangan persempadan semula negeri dibuat SPR, pada September lalu. Sebelum ini, cadangan persempadan baru SPR memperlihatkan jurang perbezaan besar komposisi pecahan kaum khususnya di kawasan Parlimen Klang dan DUN Seri Andalas. Perubahan itu didakwa sebagai langkah untuk memecahkan undi komposisi kaum, sekali gus bakal memberi kelebihan kepada parti lawan. Justeru, Mohamed Azmin ber-
kata perkara itu memerlukan penelitian secara spesifik supaya komposisi kaum di Selangor tidak mengalami perubahan besar bagi tujuan dan manfaat pihak tertentu. “Kita berharap mahkamah akan mengambil kira pandangan ini kerana tidak mahu syor yang dikemukakan SPR boleh memecahkan perpaduan rakyat Selangor,” katanya Terdahulu, Kerajaan Negeri memohon kepada mahkamah membatalkan notis dan syor berhubung proses persempadan semula SPR. Tindakan itu dibuat susulan pencabulan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan apabila wujudnya penafian komposisi kaum di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.
Jom meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Selangor ���� SHAH ALAM - Majlis Rumah Terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor 2017 akan berlangsung, pada 5 Februari ini. Bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, majlis
dijadualkan bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Sambutan itu dianjurkan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng
PROMOSI PERKAHWINAN
RM15,000/1000pax
PAKEJ LENGKAP KATERING | DEWAN | PELAMIN SEPASANG BAJU | MAKEUP | MC
JURUFOTO | DOME 2 SET | KEK 3 TINGKAT DAN LAIN-LAIN
Chang Kim bersama Invest Selangor Berhad. Majlis akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang dijangka tiba pada jam 8.15 malam, barisan Exco, Ketua jabatan,
wakil kedutaan dan warga Selangor. Antara pengisian lain program itu adalah tradisi penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 12 ta-
SRI PAYUNG RESTORAN & KATERING w ww.sr ip a yu n g .co m
No 5, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.
PAKEJ CATERING & CANOPY SRI PAYUNG Kami adalah pakar dalam bidang katering dan memiliki pengalaman yang luas serta mampu menyediakan kehendak anda.
03-9283 2523 | 013-206 2523 013-338 1573 s r i p a y u n g 1 3 2 3 @ y a h o o. c o m Buka 11.00 pagi - 5.00 ptg Jumaat Cuti
hun, persembahan kebudayaan selain jamuan makan malam. Orang awam turut digalakkan menaiki Bas SmartSelangor yang akan turut beroperasi sehingga jam 12 malam.
Restoran Sri Payung
Asam Pedas Istimewa
Nasi Beriani Kambing
10.50
Nasi Tomato Ayam Merah
10.50
RM
Kami juga menyediakan pakej-pakej dan promosi yang semestinya mengikut bajet anda. Jika pakej kami tidak dapat mengikut citarasa anda, usah bimbang, kami boleh melaraskannya mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
7.50
RM
Nasi Minyak Daging Hitam
RM
7.50
RM
10.50
RM
7.50
RM
Nasional
8
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Najib elok bercakap depan cermin sebelum nasihat Peringatan perdana menteri supaya penjawat awam jangan ambil duit rakyat harus disampaikan juga kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk beliau sendiri
Punca China dipilih bina ECRL OLEH NAZLI IBRAHIM
belanjakan untuk pelaburan, membangunkan infrastruktur, memberi insentif termasuk membayar BR1M untuk menampung sara hidup rakyat. “Tidak ada sumber lain melainkan terpaksa meminjam tetapi sumber pinjaman terbatas disebabkan kos pinjaman kita semakin tinggi,” kata bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) itu kepada SelangorKini. Bagaimanapun, jelasnya, Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji bagaimana langkah itu mampu memberi kesan pengaruh China terhadap Malaysia. Terdahulu, projek ECRL sepanjang 688 kilometer menelan kos RM55 bilion diserahkan secara ‘bulat-bulat’ kepada China termasuk aspek membekal-
kan modal, kepakaran, peralatan dan tenaga kerja. Walaupun projek itu boleh dianggap sebagai satu pelaburan asing, namun disebaliknya adalah langkah mendapatkan pinjaman daripa China melalui projek berkenaan. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBM), Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran perjanjian dimeterai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan China mungkin mampu menggugat kedaulatan Malaysia apabila negara terlalu banyak bergantung kepada sesebuah negara. Bekas perdana menteri itu berkata, ia termasuk tuntutan wilayah Malaysia di Laut China Selatan yang juga dituntut China. “Kita sudah mempunyai jumlah hutang yang besar, kini akan berhutang lagi sejumlah wang yang besar dari satu sumber. Ia memberi kesan kepada politik negara. “Dahulu, kita bebas untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana negara. Tidak terikat dengan perjanjian dengan mana-mana blok,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajar bercakap di hadapan cermin ketika mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengambil dana rakyat. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, hal itu kerana Najib sendiri paling banyak dikaitkan dengan skandal membabitkan dana rakyat berbilion ringgit. “Peringatan perdana menteri supaya penjawat awam jangan ambil duit rakyat harus disampaikan juga kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk beliau sendiri. “Ini kerana, pelbagai siasatan juga pendakwaan terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam penyelewengan duit rakyat membabitkan dana 1MDB sedang dilakukan di Singapura, Australia dan Amerika Syarikat,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, beliau turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang masih membebaskan individu terlibat dalam skandal terbesar negara itu. Fahmi berkata, situasi itu sama sekali berbeza dengan Singapura yang menahan pegawai bank ekoran terlibat dalam urusniaga membabitkan 1MDB. “Malangnya di Malaysia, sehingga kini pihak bertanggungjawab
Malaysia hadapi masalah kewangan
FAHMI FADZIL
Pengarah Komunikasi KEADILAN
masih tidak menunjukkan keberanian membawa mereka yang terlibat dengan skandal ini ke muka pengadilan,” katanya. Terdahulu, Najib menyeru supaya penjawat awam di negara ini tidak mencuri duit rakyat apabila terbabit dengan pelbagai rasuah kerana tindakan itu merugikan negara. Bagaimanapun, kenyataan Najib itu dipandang sinis masyarakat ekoran beliau sendiri terlibat dengan pelbagai skandal sehingga digelar ‘bapa kleptokrasi’.
SHAH ALAM - Malaysia bukan sahaja menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan, malahan untuk membayar insentif seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti diumumkan dalam Belanjawan 2017 lalu. Profesor Adjunct Pengajian Ekonomi dan Pembangunan Universiti Malaya (UM), Tan Sri Kamal Salih berkata, keadaan itu menyebabkan Kerajaan Persekutuan terpaksa mencari sumber lain yang membolehkan dana asing mengalir masuk ke dalam negara dengan menyerahkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada China. “Kerajaan menghadapi masalah kewangan yang boleh di-
ED
Umno perlu faham prinsip bukan gadai tanah negara SHAH ALAM - Pimpinan Umno perlu memahami prinsip perjuangan sebenar bagi memastikan kedaulatan negara terus diperkukuh tanpa menggadaikan kepentingan dan aset negara. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prinsip itu tetap menjadi matlamat utama perjuangannya tanpa membatasi soal dan prinsip kesetiaannya kepada institusi DiRaja. “Kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia perlu berpaksikan kepada prinsip kebenaran kerana itu juga yang diajar Islam. “Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar,” katanya. Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian dalam kenyataannya sebagai mengulas dakwaan Ahli
Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi yang mempertikai kesetiaan Muhyiddin terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Membidas dakwaan itu, Muhyiddin berkata, tampuk pemerintahan Umno kini dilihat gagal memahami prinsip sebenar kesetiaan hingga wujudnya individu yang sanggup menggadai bumi Malaysia bagi tujuan peribadi.
Beliau mengaitkan dasar penjualan tanah kepada syarikat asing menerusi urusniaga Forest City di bawah urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Yang ditakuti ialah apabila pemimpin berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya,” katanya.
PRK Tanjung Datu �� Februari
PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu di Sarawak bakal diadakan pada 18 Februari ini ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Adenan Satem, pada 11 Januari lalu. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya membuat keputusan berhubung perkara itu dalam mesyuarat khas, pada 19 Januari lalu. “Mesyuarat juga memilih 4 Februari ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan, pada 12 Februari ini,” katanya. Kekosongan di kawasan terbabit berlaku ekoran kematian Adenan akibat komplikasi jantung, di Pusat Jantung Sarawak. Adenan, 72, bertindak selaku ADUN Tanjung Datu sejak 2006 dan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu menewaskan calon, KEADILAN, Jazokipli Numan. Mengulas lanjut, Mohd Hashim berkata, setakat ini daftar pemilih DUN Tanjung Datu mengandungi 9,959 pengundi berdaftar. Berdasarkan laporan media tempatan, antara nama berpotensi diangkat sebagai calon ialah balu kepada Adenan, Puan Sri Jamilah Anu dan anaknya, Abdul Aziz Adenan selain mantan Pegawai Daerah Lundu, Azmi Bujang.
ED
A
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
9
ADN
10
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Jom Shopping Tahun Baru Cina
Rapat jurang kaum OLEH AFIX REDZUAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
BATU CAVES - Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna buat 400 penerima baucer kupon Jom Shopping DUN Gombak Setia. Program Jom Shopping Gombak Setia diadakan di Pasaraya Giant Batu Caves bagi memberi ruang yang selesa membelibelah bersama keluarga buat semua penerima baucer, bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat di Selangor terutama ketika menyambut musim perayaan. “Program itu turut memberikan peluang buat saya menyantuni warga emas selain bergambar bersama peserta yang bakal
menyambut Tahun Baru Cina. “Ini peluang yang membolehkan saya mendekati warga emas dan miskin lebih rapat selain mengurangkan jurang perbezaan kaum,” katanya. Bagi penerima, Kong Tuck Wah, 61, pemberian baucar perayaan itu dialukan bagi meringankan beban warga emas membuat persiapan menjelang sambutan Tahun Batu Cina. “Ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan bagi menghadapi perayaan Tahun Baru Cina,” katanya. Hasbullah juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dan menjemput semua warga Tiong Hua ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Tahun Baru Cina DUN Gombak Setia di Pasar Moden Taman Sri Gombak, pada 10 Februari ini.
ED
Kutip ��� tan sampah kebun dan perabot
DUN Selat Klang rai masyarakat Tionghua SELAT KLANG - Sekurangkurangnya 400 kupon diagihkan kepada masyarakat Tionghua sempena Program Jom Shopping Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang. Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, program itu mensasarkan masyarakat Cina tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah. “Agihan pertama kupon diberikan kepada penduduk dari Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam.
“Khidmat bas juga turut disediakan DUN Selat Klang kepada penerima bagi memudahkan urusan pengambilan kupon,” katanya dalam kenyataan. Agihan kupon berkenaan diedarkan di Pasaraya Eco Mart, Jalan Yadi, pada 18 Januari lalu. Halimah berkata, ia sebagai inisiatif dan bantuan kepada masyarakat Tionghua untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, pada 28 Januari ini. Program Jom Shopping juga adalah lanjutan daripada Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan, pada Jun 2008.
Khidmat bas juga turut disediakan DUN Selat Klang kepada penerima bagi memudahkan urusan pengambilan kupon DR HALIMAH ALI ADN Selat Klang
PETALING JAYA - Kempen ‘Spring Cleaning’ anjuran Pejabat DUN Bukit Gasing menyasarkan kutipan 100 tan sampah kebun dan perabot. Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, R Rajiv berkata, pihaknya menyediakan lori tiga tan bagi mengutip sampah penduduk sekitar Bukit Gasing. Katanya, inisiatif itu bagi membantu memudahkan penduduk membersihkan kawasan menjelang Tahun Baru Cina. “Kita mendapat respon positif pada hari pertama kempen ini. Kempen ini dilakukan meluas menggunakan medium laman sosial dan whatsapp sebagai pemberitahuan kepada pen-
duduk,” katanya. Rajiv mengalukan penduduk supaya mengambil peluang itu dengan meletakkan sampah di luar rumah, sebelum jam 9 pagi. Katanya, kempen itu menerima sampah seperti perabot, peralatan elektrik dan barangan rumah sahaja serta sampah kebun. Beliau turut merancang menjalankan kempen terbabit menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri. “Tahun lalu, kita laksanakan kempen ini membabitkan dua kawasan sahaja, namun permintaan dan respon positif membuatkan kita laksanakan di semua kawasan DUN,” katanya.
Ekonomi SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
11
12 projek dengan GDV RM533 juta
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PKNS optimis lancar �,��� unit hartanah OLEH NORHAYATI UMOR
ED
bangunan. Katanya, sejumlah RM997.7 juta atau leSHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri bih separuh daripadanya bagi perbelanjaan Selangor (PKNS) optimis melancarkan 1,157 pembangunan, manakala RM327 juta atau 18 unit hartanah menerusi 12 projek baharu de- peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM540.3 juta atau 29 peratus untuk ngan nilai pembangunan perbelanjaan lain. kasar (GDV) hampir RM533 “PKNS menyasarkan pendapatan juta. operasi sebanyak RM886.7 juta iaitu Ketua Pegawai Eksekutif peningkatan 20 peratus berbanding PKNS, Noraida Mohd Yusof kajian bajet 2016. berkata, projek terbabit ter"Aktiviti pembinaan rumah mamdiri daripada pelbagai jenis pu milik terus menjadi agenda utahartanah antaranya pangma PKNS dengan sasaran membina sapuri, rumah teres, rumah 13,484 unit, menjelang tahun 2020,” link, rumah kluster, rumah berkembar, rumah bandar Noraida Mohd Yusof katanya. Terdahulu, PKNS akan melakdan kedai pejabat, bernilai sanakan perancangan pembangunan yang RM180,000 hingga RM1.9 juta. “Projek baharu ini terletak di lapan lokasi iai- lebih sistematik melalui pemantauan secara tu Kota Damansara, Rasa, Kota Puteri, Bernam ‘hands on’ dan penetapan indeks prestasi utaJaya, Antara Gapi, Shah Alam, Kuala Selangor ma KPI yang akan dipantau secara berkala. Katanya, aktiviti pembinaan rumah mamdan Selangor Cyber Valley,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam PKNS Bersama Me- pu milik terus menjadi agenda utama PKNS dengan sasaran untuk membina 13,484 unit dia di Laman PKNS, pada 20 Januari lalu. Noraida berkata, pada tahun ini PKNS me- menjelang tahun 2020. Sebelum ini, PKNS berjaya membina lebih nyediakan peruntukan kewangan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan semua rancangan pem- 1,500 unit rumah mampu milik.
��� Rumah Selangorku dikenal pasti Skim Smart Sewa
SHAH ALAM - Sebanyak 260 unit Rumah Selangorku dikenal pasti untuk dibeli di bawah Skim Smart Sewa membabitkan kos keseluruhan RM46.5 juta. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, ia bakal disewakan kepada pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah. Katanya, ia juga terbuka kepada mereka yang belum bersedia membeli rumah. “Penyewa akan mendapat kembali 30 peratus daripada sewa yang dibayar selepas tamat kontrak sewaan.
“Wang yang dipulangkan akan digunakan untuk membantu mereka membeli rumah sendiri,” katanya dalam kenyataan. Pada Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi membeli Rumah Selangorku untuk menjayakan Skim Smart Sewa. Iskandar berkata 260 unit berkenaan adalah terletak di Pangsapuri De Kiara, Pangsapuri De Bayu (30 unit), Pangsapuri Bandar Bukit Raja (50 unit), Apartment Trifolis, Bandar Botanic (30 unit), Jade Hills Kajang (50 unit), Pangsapuri Bandar Rimbayu (50 unit) dan Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh (20 unit).
Album 12
Album
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ADN Rawang, Gan Pei Nei mendengar penjelasan kontraktor bagi pembinaan kawasan berbumbung gelanggang bola keranjang untuk kemudahan penduduk setempat di Kampung Sungai Terentang
13
ADN Serdang, Noor Hanim Ismail menyampaikan sumbangan baucar sempena Tahun Baru Cina kepada masyarakat memerlukan di pejabat beliau
ADN Bangi, Shafie Ngah menyantuni penerima sumbangan Tahun Baru Cina dan menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri di DUN beliau
ED
ADN Teratai, Tiew Way Keng menyantuni masyarakat India ketika sambutan perayaan Ponggal peringkat DUN beliau
ADN Sungai Pinang, Dato' Teng Chang Khim turun padang dalam aktiviti menanam pokok di Kampung Rantau Panjang
ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menghadiri dan menyantuni peserta Jom Shopping Tahun Baru Cina di NSK Taman Sentosa
ADN Morib, Hasnul Baharuddin turun padang mengedarkan limau kepada penduduk setempat sempena sambutan Tahun Baru Cina
ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan sumbangan duit raya kepada masyarakat setempat sempena Tahun Baru Cina di Jenjarom
ADN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan menziarahi anggota polis yang dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Kubu Bharu
Rencana
14
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Skim Peduli Sihat pembelaan berterusan
Peduli rakyat kekal teratas OLEH HAFIZAN TAIB
K
Sesuai dengan cadangan WHO Penyediaan skim itu juga bersesuaian dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, WHO melaporkan kadar perbelanjaan kesihatan Malaysia hanya pada tahap 4.2 peratus dari KDNK berbanding negara lain seperti Cuba (11.1 peratus), Brazil (8.3 peratus), Viet-
nam (7.1 peratus) dan Thailand (6.4 peratus), pada 2014. "Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti. "Walaupun Kerajaan Negeri tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang raksasa," kata Dato' Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan 2017 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 31 Otober 2016.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
EPEDULIAN Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi Skim Peduli Rakyat demi memastikan golongan sasaran mendapat pembelaan seterusnya peningkatan tahap kesihatan warga Selangor secara keseluruhan. Belanjawan 2017 bertemakan 'Membangun Bangsa, Memakmur Negeri' dibentangkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, pada Oktober tahun lalu jelas menggambarkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat daripada kumpulan berpendapatan rendah menikmati kemudahan kesihatan percuma.
Pelaksanaan Skim Peduli Sihat dengan peruntukan RM125 juta setahun diwujudkan bertujuan memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Ia adalah kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu kelompok paling tertekan berikutan kenaikan kos sara hidup.
Rawatan kesihatan asas PERCUMA* di lebih 1,000 swasta di Selangor dan Lembah Klang yang berdaftar dengan skim ini
KATEGORI KELUARGA
*Tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas
MERINGANKAN beban rakyat MENAMBAH akses kepada rawatan kesihatan asas
RM500 setahun, RM50 Setiap kali rawatan
Skim Peduli Sihat hanya di Selangor
MANFAAT
Skim Peduli Sihat dilancarkan Kerajaan Negeri secara rasmi oleh Mohamed Azmin
KATEGORI INDIVIDU
RM200 setahun RM50 Setiap kali KATEGORI rawatan KELUARGA
Warganegara Malaysia Lahir/menetap di Selangor lebih 10 tahun < RM 3,000 sebulan
ED
KATEGORI INDIVIDU
> 21 tahun
Warganegara Malaysia Lahir/menetap di Selangor melebihi 10 tahun < RM 1,500 sebulan
secara atas talian di 1 Pendaftaran pedulisihat.com 2 Pertanyaan : +603 2089 3911 hubungi Pejabat Ahli 3 Atau Dewan Negeri / Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri
PENDAFTARAN
KRITERIA
Rencana
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
pada 24 Januari lalu dan tidak terdapat di negeri lain kecuali Selangor. Dengan kemudahan perkhidmatan percuma secara meluas, skim diperkenalkan bermatlamat supaya warga Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif serta sebagai galakan supaya rakyat sentiasa ambil peduli dengan kesihatan masing-masing. Skim Peduli Sihat diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator itu akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun. Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat yang membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.
Caj selaras yuran MMA
ED
Klinik berdaftar dengan Skim Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Di bawah skim itu juga disediakan program Dialisis Rakyat dengan Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan dari RM1.7 juta setahun kepada RM5 juta, bermula tahun ini.
15
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti. Walaupun Kerajaan Negeri tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang raksasa
Ia berikutan kos rawatan dialisis amat membebankan pesakit kerana mereka tidak mampu bekerja menampung kos sara hidup keluarga. National Renal Transplant Registry 2014 melaporkan terdapat 6,890 pesakit dialisis di Selangor dan kelazimannya setiap pesakit perlu menjalani rawatan 13 kali sebulan membabitkan kos hampir RM3,000 sebulan. Sehingga 24 Oktober lalu, kira-kira 504 pesakit sudah menerima manfaat program itu dengan kos RM1.45 juta ditanggung Kerajaan Negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas dalam hasrat mewujudkan masyarakat penyayang dengan peruntukan RM3 juta. Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Skim Peduli Sihat dengan melayari laman sesawang: www.pedulisihat.com atau menghubungi talian 03-20893911 serta memuat turun borang : borang_peduli_sihat_v1
MOHAMED AZMIN
Dato’ Menteri Besar
KENYATAAN TENDER
Syarikat-syarikat berkelayakan adalah dipelawa bagi panggilan tender untuk cadangan kerja seperti berikut:
TAJUK
SYARAT ASAS
TEMPAT DAN TARIKH AMBIL DAN HANTAR DOKUMEN
TEMPAT DAN TARIKH LAWATAN TAPAK
TARIKH TUTUP TENDER
Cadangan Kerja-Kerja Membekal Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di SACC Mall, Shah Alam Selangor
1. Memiliki lesen yang sah untuk menjalankan urusan agensi persendirian (di bawah Seksyen 3, Akta Agensi persendirian No. 27/71) dikeluarkan oleh KDN, yang masih sah sekurang-kurangnya dua (2) bulan daripada tarikh tutup tender. 2. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah Kod Bidang 220801 – Kawalan Keselamatan.
PKNS Real Estate Sdn Bhd No. 3F-05, Tingkat 3 SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor No (P): 03-5520 4567
PKNS Real Estate Sdn Bhd No. 3F-05, Tingkat 3 SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor No (P): 03-5520 4567
10/02/2017 (Jumaat) 12.00 Tgh Hari
No. Tender: PKNSRE/SEC/ HQ/2017-01
Tarikh : 02 - 03/02/ 2017 (Khamis dan Jumaat) (Selepas taklimat tapak) Harga Tender: RM100.00
Tarikh : 02/02/2017 (Khamis) Masa: 10.00 pagi (Kehadiran adalah WAJIB)
Berikut adalah syarat-syarat mandatori tender: 1. Firma berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2. Firma mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang kawalan keselamatan.
Nota: 1. Pengambilan dokumen tender perlu disertakan dengan satu (1) salinan dokumen seperti berikut: wLesen Agensi Persendirian (di bawah seksyen 3, Akta Agensi Persendirian No. 27/71) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) wSijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MOF) wSijil Pendaftaran Firma SSM wSurat Pengesahan Pendaftaran GST wSurat perwakilan kuasa (Sekiranya pemilik syarikat tidak dapat hadir) 2. Kehadiran lawatan tapak adalah wajib bagi setiap firma. 3. Pembayaran bagi pembelian dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk DRAF BANK di atas nama PKNS Real Estate Sdn Bhd. 4. Tender hendaklah dihantar dalam sampul surat bermetri dan dituliskan tajuk projek disebelah kiri atas sampul surat berkenaan serta dialamatkan seperti di bawah TIDAK LEWAT daripada JAM 12.00 TGH HARI pada tarikh tutup tender yang telah dinyatakan diatas. 5. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan dan keputusan syarikat adalah muktamad. 6. Hanya firma yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. 7. Pihak PKNS Real Estate Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah ataupun lain-lain tawaran yang dikemukakan tanpa sebarang sebab.
Satu Lagi Projek oleh:
PKNS Real Estate Sdn.Bhd. (983834-w) No. 3F-05, Tingkat 3, SACC Mall, Jalan Perbadanan 14/9, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-55204567 Faks: 03-55181010
Rencana
16
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
Tampil dalam pementasan bangsawan
YDP MPAJ ‘kejutkan’ anak buah OLEH NAZLI IBRAHIM
M
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
enjelang babak kedua pementasan bangsawan ‘Antabrata’, SelangorKini sempat bertanya kepada salah seorang kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), bila agaknya kemunculan Yang DiPertua (YDP) dalam pementasan itu. Beliau yang kelihatan khusyuk menghayati persembahan itu, sambil tersenyum kemudiannya menjawab “tentulah YDP tak berlakon, dia cuma duduk menonton di kerusi hadapan,” jawab kakitangan terbabit. Namun menjelang babak akhir pementasan, Dewan MPAJ tibatiba bergemuruh dengan tepukan dan sorakan penonton yang kebanyakannya terkejut dengan kemunculan ‘Maharaja Ampang Hijau’ yang segak mengenakan kostum berjubah serba kuning. Masakan mereka tidak terkejut, lantaran ‘Maharaja Ampang Hijau’ yang datang mententeramkan kekacauan dalam Negara Antabrata itu bukanlah asing bagi mereka tetapi ‘big bos’ MPAJ sendiri iaitu Abd Hamid Hussain. Ternyata pementasan pada Perhimpunan Bulanan MPAJ bertemakan ‘Membudayakan Bahasa Kebangsaan dan Bandar Hijau’ bukan sahaja penuh kelainan, malahan penuh dengan pelbagai kejutan termasuk berpeluang menyaksikan sisi lain warga kerja MPAJ di atas pentas.
ED
Tak sangka Pengarah Jabatan Perancang Bandar beraksi lasak
mah lembut. “Saya kenal Zuraina seorang yang lemah lembut tetapi terkejut, tak sangka tengok lakonan dia membawa watak ratu jahat ditambah adegan berlawan pedang, busana yang dikenakan dan jalan ceritanya. “Paling tak sangka adalah YDP yang begitu ‘sporting’ menjayakan persembahan ini. Kerjasama yang diberikan YDP memberi kami contoh dan inspirasi supaya lebih berkeyakinan dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan,” katanya. Katanya, pementasan bangsawan yang julung kali diadakan pada perhimpunan bulanan itu turut sarat dengan pelbagai mesej selaras dengan misi MPAJ.
Antaranya, kebengisan watak Ratu Renata yang dibawakan Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPAJ, Zuraina Said. Penolong Pegawai Senibina Jabatan Bangunan dan Senibina, Maslinda Mohd Yusof berkata, sebelum ini beliau mengenali Zuraina sebagai seorang yang le-
‘Membudayakan Bahasa Kebangsaan dan Bandar Hijau’
Akauntan Jabatan Perbendaharaan, Maizatul Hanisa M Isa pula berkata, pementasan bangsawan anjuran Jabatan Perancangan Bandar itu berjaya menyampaikan
mesej selaras dengan tema ‘Membudayakan Bahasa Kebangsaan dan Bandar Hijau’. “Pementasan menarik dan ada motif yang hendak jabatan sampaikan iaitu konsep hijau dan siapa sangka, kakitangan MPAJ memiliki kemahiran juga penghayatan sebab itu dewan penuh tadi. “Pengarah Jabatan Perancang Bandar memang kreatif, suka kesenian dan terbukti mereka mampu bawakan dua bidang yang berlainan iaitu kerja teknikal sebagai penjawat awam yang profesional serta kerja seni dalam persembahan ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan YDP MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, pementasan yang hampir semua wataknya didukung kakitangan MPAJ itu berjaya menonjolkan ciri hebat sebenar yang ada pada seseorang kakitangan. “Pementasan ini amat berjaya dan lari daripada tipikal perhimpunan bulanan yang biasanya dipenuhi ucapan. Seperti kita lihat tadi, dewan penuh sesak kerana timbulnya minat kakitangan su-
paya tidak culas datang ke perhimpunan bulanan kali ini. “Pementasan tadi juga bukan sekadar hiburan tetapi sarat dengan mesej selaras dengan hasrat MPAJ dan Kerajaan Negeri dalam kempen memelihara alam sekitar serta memartabatkan bahasa kebangsaan. “Pelakonnya pula ada di antara mereka yang sebelum ini kita tidak pasti potensi sebenarnya tetapi bila di atas pentas tadi kami sedar bahawa dalam dirinya terdapat potensi yang boleh dimanfaatkan,” katanya.
Pecah tradisi kebiasaan perhimpunan bulanan
Terdahulu, berbeza dengan kelaziman perhimpunan bulanan yang diadakan sebelumnya, MPAJ memecahkan tradisi dengan mempersembahkan pementasan bangsawan Antabrata di hadapan kira-kira 350 kakitangan yang memenuhi Dewan MPAJ. Teater bangsawan arahan pengarah teater terkenal yang juga Jurulatih Seni Budaya Teater di
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kuala Lumpur, Adira Wahinnur yang berlangsung hampir dua jam itu mengisahkan Kerajaan Negara Antabrata yang diperintah Raja Adya berusaha membina Kota Hijau. Bagaimanapun, usaha baginda mendapat tentangan penduduk setinggan Terumbu Hitam akibat hasutan Ratu Renata yang sebenarnya mahu merampas takhta kerajaan daripada Raja Adya. Ratu Renata yang juga kekanda Raja Adya sanggup menculik anakanda Raja Adya, Putera Bayu Andika ketika masih bayi sebelum mencampakkannya ke bumi. Namun, akhirnya Ratu Renata dan pengikutnya ditewaskan Pendeta Diraja Kayangan Antabrata iaitu Holom dengan menggunakan kuasa saktinya dalam satu pertarungan yang amat sengit. Selepas berjaya menewaskan Ratu Renata, Holom memperkenalkan Maharaja Ampang Hijau kepada Raja Adya, sekali gus Maharaja Ampang Hijau bertindak menjernihkan hubungan keduadua belah pihak. Maharaja Ampang Hijau turut membacakan watikah yang menceritakan keadaan di Ampang Hijau yang memberi kehidupan yang selesa dan nyaman kepada penduduknya. Selepas mendengar watikah yang dibawa Raja Ampang Hijau, Ratu Renata kesal terhadap perbuatan khianatnya terhadap adindanya itu. Selain itu turut mencuri tumpuan, babak pementasan itu diselang-selikan dengan penampilan Pegawai Perancang Bandar, Rohana Mohd Noor yang bertindak sebagai ‘Taukeh Panggung’ yang berjaya mencuit hati penonton.
Pelancongan
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
‘Wajah’ Selangor di awan biru
FireFly promosi pelancongan negeri OLEH ERMIZI MUHAMAD
ED
SUBANG JAYA - Julung kalinya, imej pelancongan negeri dipaparkan di badan pesawat milik syarikat penerbangan, FireFly untuk tempoh 2017. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, komitmen itu dilaksanakan sebagai kaedah baru mempromosikan pelancongan Selangor. Beliau berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Pemeteraian Memorandum
Persefahaman (MOU) Tourism Selangor dan FireFlyz di Subang Skypark Airport, pada 19 Januari lalu. “Inisiatif ini digerakkan sebagai usaha Kerajaan Negeri bersama Tourism Selangor menggalakkan kedatangan jumlah pelancong tempatan dan luar untuk melancong ke Selangor. “Saya yakin permulaan kerjasama ini akan membuka peluang kepada Tourism Selangor menjalinkan kerjasama yang lebih besar bagi memperkenalkan produk pelancongan negeri kepada masyarakat
Selangor sasar peningkatan pelancong Singapura
SUBANG JAYA - Kerajaan Negeri mensasarkan peningkatan besar pelancong dari Singapura untuk tempoh 2017, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong. Beliau yakin, peningkatan itu didorong hasil komitmen Tourism Selangor yang menjalankan pelbagai program pelancongan bersama negara jiran berkenaan. “Kita sudah mempunyai perancangan untuk tempoh panjang bersama Singapura bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara itu ke Selangor. ”Saya optimis ia mampu dicapai selepas Selangor terlibat dalam persidangan pelancongan di Singapura yang turut dihadiri Pengarah Urusan Tourism
Selangor. “Keadaan ini ditambah dengan ketidaktentuan nilai mata wang negara yang memberi manfaat kepada pelancong Singapura untuk datang ke Selangor,” katanya. Terdahulu, Elizabeth berkata, Singapura mencatatkan jumlah pelancong ketiga tertinggi di Selangor, bagi tempoh 2016. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Selangor menerima jumlah kemasukan pelancong 7.21 juta dengan jangkaan jumlah itu bertambah untuk tempoh sama tahun ini. “2017 akan menyaksikan permulaan gambaran lebih positif kepada industri pelancongan negeri dengan sasaran kemasukan jumlah pelancong yang lebih ramai,” katanya.
luar,” katanya. Majlis Pemeteraian MOU berkenaan turut disaksikan Pengarah Eksekutif FireFly, Ignatius Ong dan Pengarah Urusan Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din. Pemeteraian itu menyaksikan Selangor mendahului pemasaran produk pelancongan negeri menerusi pengiklanan pengangkutan udara. Sementara itu, dua pesawat perjalanan ke Singapura – Subang Jaya digunakan bagi tujuan promosi itu. Imej pada badan dua pesawat itu me-
17
Inisiatif ini digerakkan sebagai usaha Kerajaan Negeri bersama Tourism Selangor menggalakkan kedatangan jumlah pelancong tempatan dan luar untuk melancong ke Selangor
ELIZABETH WONG Exco Pelancongan
maparkan keindahan produk pelancongan negeri antaranya di Sekinchan, Klang, Shah Alam dan Pulau Carey. Bukan sekadar itu, kepingan poster turut dilekatkan pada bahagian dalam pesawat bertujuan memberi maklumat kepada penumpang berkenaan industri pelancongan negeri.
Pejabat Tourism Malaysia seluruh negara tutup
SHAH ALAM - Semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata, penutupan semua 14 pejabat pelancongan itu tidak melibatkan pemberhentian kakitangan dan mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian juga jabatan lain. Katanya, langkah itu dijangka mampu menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun yang boleh digunakan untuk perbelanjaan lain. “Setiap negeri mempunyai exco pelancongan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing, jadi kita tidak mahu tugas agensi itu dengan pihak berkuasa pelanco-
ngan negeri bertindih,”kataya dipetik BERNAMA, pada 23 Januari lalu. Mohamed Nazri berkata, kementerian akan menyediakan lima pejabat informasi di beberapa negeri iaitu di Pulau Pinang bagi kawasan utara, Terengganu (timur), Johor (selatan) serta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Sabah) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Sarawak) walaupun semua pejabat Tourism Malaysia negeri ditutup. Pada 14 Januari lalu, kementerian mengumumkan empat pejabat Tourism Malaysia di luar negara iaitu New York di Amerika Syarikat, Perth (Australia), Stockholm (Sweden) dan Johannesburg (Afrika Selatan) ditutup serta-merta. Ia berikutan pemberhentian perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines Bhd ke kawasan berkenaan.
PBT
18
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
OLEH HAFIZAN TAIB
Penyertaan pelbagai pihak penting
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited merealisasikan matlamat menjadikan bandar raya itu sebagai bandar rendah karbon, menjelang 2030. Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, penyertaan pelbagai pihak terdiri daripada wakil agensi jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, perunding, pemaju dan warga kerja MBSA penting dalam perkongsian idea dalam merangka perancangan berkenaan. “Perancangan menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon dijalankan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama mulai 2015 hingga 2020 diikuti fasa kedua (2020-2025) dan fasa ketiga (2025-2030),” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Bengkel Program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon
MBSA komited jaya bandar rendah karbon ���� Kwasa Land Sdn Bhd, Bandar Setia Alam Sdn Bhd, GreenTech Malaysia (perunding), Darul Ehsan Medical Centre (hospital) selain kakitangan MBSA. “Segala dibentangkan dalam bengkel ini akan diteliti untuk kita gariskan satu pelan tindakan berkenaan apa yang akan dilaksanakan di kawasan sekitar Shah Alam termasuk tujuh kawasan pusat bandar utama yang dipilih. “Secara keseluruhan, kita mengharapkan supaya pengisian program dijalankan akan dapat menghasilkan matlamat kepada tujuan ditetapkan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Shah Alam 2017, pada 19 Januari lalu. “Bengkel ini bertujuan membuat satu rangka kerja untuk melaksanakan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030. “Kali ini, kita menjemput sendiri pemaju dan perunding bagi mengemukakan idea serta cadangan khususnya kepada pemaju yang akan melaksanakan pembangunan sekitar kawasan MBSA,” katannya. Beliau berkata, antara pihak pemaju yang terbabit dalam bengkel itu ialah Sime Darby Bhd,
ED
LALUAN KE PESIARAN BARAT DARI ARAH KL DAN SEBAHAGIAN JALAN UTARA AKAN DITUTUP MULAI 15 FEB HINGGA 14 MAC
Beri insentif pemaju jayakan program bandar rendah karbon
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan dan Negeri disaran menyediakan insentif kepada pemaju dalam melaksanakan pembangunan ke arah menjayakan matlamat bandar rendah karbon di negara ini. Datuk Bandar Shah Alam, Dato Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, insentif seperti pengurangan cukai serta barangan berkaitan pembinaan adalah galakan kepada pemaju untuk bekerjasama dalam program berkenaan. “Kalau terdapat insentif daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, maka pihak pemaju akan memberi kerjasama baik. “Bagaimanapun, ia tidak pernah disentuh dan dinyatakan tiga pihak berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Bengkel Program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2017, pada 19 Januari lalu. MBSA menetapkan sasaran menjadikan Shah Alam sebagai bandar rendah karbon, menjelang 2030. Beliau berkata, perkara itu
pernah dibincangkan pihaknya bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), namun ia belum disentuh kementerian terbabit bersama kementerian berkaitan. “Sekiranya terdapat insentif sesuai, maka kerjasama baik akan diberikan pemaju dalam menjayakannya. “Tanpa insentif sedemikian, pemaju mengenakan bayaran agak tinggi yang perlu ditanggung pembeli. Bagi MBSA, kita akan berusaha memikir kaedah sesuai berhubung perkara itu,” katanya.
��� tapak perniagaan sempena Laluan Persiaran Barat PJ Thaipusam ditutup sementara SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melakukan penutupan sementara laluan ke Persiaran Barat dari arah Kuala Lumpur dan sebahagian Jalan Utara, bermula 15 Februari hingga 14 Mac ini. Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataannya berkata, penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Kajian Keselamatan Pengguna Jalan Raya Persiaran Barat. Menurut kenyataan itu, ia sebahagian daripada syor dikeluarkan Perunding Keselamatan Jalan Raya menerusi lantikan dibuat MBPJ sebelum ini. “Pembahagian jalan akan diletakkan di Jalan Timur (bersebe-
lahan Amcorp Mall) dari jejambat Jalan Timur ke pepulauan bangunan TNB. “Pengguna menuju ke Bangunan Amcorp Mall dan sehaluan dengannya boleh meneruskan perjalanan di Lebuhraya Persekutuan, naik ke jejambat berhampiran PJ Hilton, PJ. “Pengguna juga boleh membuat pusingan di jejantas menuju Lebuhraya Persektuan menghala ke Kuala Lumpur dan naik semula di jejambat Jalan Timur dan menuju ke Amcorp Mall dengan selamat,” kata kenyataan itu. Pengguna jalan raya disaran mematuhi tanda arah serta arahan daripada petugas trafik bagi menjamin kelancaran lalu lintas.
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawarkan 550 tapak perniagaan, sempena Thaipusam 2017. Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Masoad berkata, MPS akan mengadakan jualan permit dan undian tapak niaga Thaipusam di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada 2 Februari ini. “Daripada jumlah itu, 119 petak berkeluasan 7×7 untuk perniagaan gunting rambut dengan kadar RM200. “Manakala perniagaan biasa pula 431 petak ditawarkan dengan kadar bayaran RM150,” katanya dalam kenyataan. Katanya, tahun ini MPS memperkenalkan konsep ‘hotspot’ dengan petak berlokasi di kawasan tumpuan pen-
gunjung dengan keluasan 10×10 kaki. “Sebanyak 39 petak hotspot dikenalpasti dan setiap petak dikenakan bayaran RM500,” katanya. Beliau juga mengingatkan pemoh o n permit petak n i a ga Thaipusam yang menjual makanan dan minuman diwajibkan memiliki sijil kursus pengendalian makanan bagi pemohon serta pembantu selain pengesahan pemeriksaan kesihatan juga suntikan ‘Ty-
phoid IV’. Manakala bagi perniagaan gunting rambut, peniaga hanya perlu mendapatkan suntikan TY2 (Tifoid) “Penjaja diharapkan dapat mengekalkan tahap kebersihan persekitaran serta mutu makanan dijual bagi mengelakkan sebarang isu tidak diingini seperti kesihatan termasuk penyakit berjangkit. “Selain itu, semua penjaja diminta mematuhi dasar Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan plastik dan polistirena,” katanya.
PBT SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
19
Lipas sana sini, MPSJ arah restoran tutup SHAH ALAM - Sebuah restoran makanan terkenal menghidangkan nasi lemak di USJ 10, di sini, diarah tutup serta-merta berikutan tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan dan kotor. Lebih menjijikkan, lipas turut dite-
mui di beberapa bahagian premis selain makanan yang dihidangkan sejak pagi terdedah kepada lalat. Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Perbandaran Subang Jaya
MPSJ ambil tindakan tegas
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Tiada kompromi kontraktor gagal
(MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai tahap kebersihan premis makanan itu. Katanya, ketika serbuan dibuat, MPSJ menemui lipas di peti ais di dapur dan tempat penyediaan air minuman. “Ini bukan kali pertama premis ini diperiksa berikutan premis sama pernah diarahkan menutup operasi mereka selama tiga hari atas masalah bekersihan,” katanya dalam kenyataan. Azfarizal berkata, premis berkenaan turut menggaji warga asing dan tujuh dari 16 pekerja yang diperiksa tidak mengambil suntikan tifoid (TY2) yang menjadi keutamaan kepada pekerja di sektor makanan. Premis terbabit diarahkan tutup serta-merta mengikut peruntukan ditetapkan di bawah Akta Undang-Undang Kecil 62(1) 2007. “Penemuan lipas, pekerja yang tidak mengambil suntikan serta makanan yang terdedah memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan pelanggan,” katanya. Pada masa sama, katanya, MPSJ sedang giat menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas premis restoran serta premis makanan yang
OLEH NORHAYATI UMOR
ED
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak akan berkompromi sebaliknya mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal menyediakan perkhidmatan memenuhi piawaian ditetapkan. Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik, Azfarizal Abdul Rashid berkata, ia termasuk pemotongan bayaran kontrak dan pembatalan kontrak. “Bermula 1 Januari lalu, kerja kutipan sampah dan pembersihan awam MPSJ diambil alih kontraktor baru yang berjaya dilantik melalui tender terbuka yang dibuka, sejak September 2016. “Berdasarkan kepada pengalaman lalu, berlaku ketidaklancaran perkhidmatan diberikan kontraktor baru dilantik ketikamengambil alih kawasan perkhidmatan daripada kontraktor lama,” katanya dalam kenyataan. Sehubungan itu, katanya, MPSJ mengambil beberapa langkah proaktif antaranya mewujudkan ‘task force team’ dalam kalangan kakitangan MPSJ serta peralatan mencukupi bagi menangani ketidaklancaran perkhidmatan diberi-
kan kontraktor. Selain itu, melantik kontraktor ‘back up’ untuk melaksanakan perkhidmatan di kawasan mengalami kegagalan perkhidmatan kontraktor dilantik. “Mewujudkan jawatankuasa dalaman yang diketuai Timbalan Yang Dipertua MPSJ bagi menyelaras tindakan segera terhadap aduan penduduk dan kes ketidaklancaran perkhidmatan diberikan kontraktor dilantik,” katanya. Azfarizal berkata, hasil langkah proaktif itu, aduan berkenaan isu sampah menunjukkan penurunan ketara 42.22 peratus bagi minggu kedua bulan Januari iaitu 304 aduan berbanding minggu pertama iaitu 423 aduan. “Bagi minggu ketiga bulan Januari pula, aduan berkenaan isu sampah semakin menunjukkan penurunan iaitu 55.74 peratus berbanding minggu kedua hanya sebanyak 81 aduan sahaja,” katanya. Orang ramai yang mengalami sebarang masalah perkhidmatan pembersihan dan kutipan sampah boleh mengemukakan aduan melalui Call Centre MPSJ di talian 03-8024 7700 yang beroperasi 24 jam atau e-mel ke alamat mpsj@mpsj. gov.my.
Pasangan kasari penguatkuasa MBSA kena � bulan penjara
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, menaikkan hukuman penjara 14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada November 2016. Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman serta-merta. Tambahan hukuman ke atas pasangan itu kerana tempoh dua minggu tidak mencukupi untuk mencerminkan keseriusan kesalahan terbabit. “Mereka akui halang pegawai MBSA itu daripada menjalankan tugasnya dan bersikap agresif,” katanya. Beliau berkata, pasangan itu tidak sepatutnya bertindak menggunakan kekerasan terhadap seorang pegawai penguatkuasa kerajaan. “Mereka sepatutnya bertenang dan
membayar denda saman itu,” katanya. Mereka dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, tahun lalu selepas mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan untuk menghalang pegawai penguatkuasa MBSA, Nurul Ain Isa, 23, daripada menjalankan tugasnya. Peguam Negara, Apandi Ali dalam satu kenyataan pada 27 November lalu berkata, hukuman penjara dua minggu itu ‘jelas tidak memadai’ dan memfailkan rayuan balas untuk menambah hukuman itu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta. Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguatkuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.
tidak berlesen, kotor dan tidak mematuhi peraturan yang diberikan. Penumpuan operasi yang dijalankan tertumpu kepada premis makanan dan restoran yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan yang mempunyai persekitaran kotor. “Jabatan Kesihatan MPSJ memeriksa tujuh premis restoran dan premis makanan di kawasan USJ 9 & USJ 10 Subang Jaya,” katanya.
Pendidikan
20
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
UNISEL tambat hati ibu dari Zambia
Keputusan SMA Selangor meningkat �.�% OLEH AFIX REDZUAN SABAK BERNAM - Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Selangor 2016 menyaksikan peningkatan 1.9 peratus dengan pencapaian 92.2 peratus cemerlang, berbanding 90.3 peratus pada 2015. Pencapaian cemerlang direkodkan bagi kategori SMA Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor dengan kelulusan 96.1 peratus meningkat 1.7 pe-
ratus, berbanding 94.4 peratus, pada 2015. Kelulusan SMA Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) pula meningkat dari 98.5 peratus kepada 100 peratus bagi tahun 2016, manakala SMA Sekolah Menengah Islam Persendirian turut mencatatkan peningkatan keputusan kepada 72.4 peratus. Keputusan itu diumumkan Pengarah Jabatan Agama Is-
lam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim pada majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz AlQuran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) Negeri Selangor 2016 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam. Secara keseluruhan, seramai 3,718 calon yang menduduki peperiksaan dengan peningkatan 133 calon, pada 2016.
Hadiah disampaikan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi. Buat julung kalinya, 18 calon menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) yang dijalankan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam dengan keputusan memberangsangkan lulus 100 peratus.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Selepas empat tahun menetap di Malaysia, Olivia, memutuskan anaknya, Tabu Musukwa harus melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya. Berasal dari Zambia, sebuah negara di selatan benua Afrika, Olivia berkata, persekitaran UNISEL menambat hatinya untuk mendaftarkan Tabu bagi mengikuti program pengajian asasi Teknologi Maklumat. “Saya memilih UNISEL kerana persekitaran tenang dan damai amat sesuai untuk aktiviti pembelajaran.
Cemerlang saban tahun
ED
“Ia juga membolehkan anak saya melakukan aktiviti riadah selepas waktu kuliah,” katanya yang ditemui selepas sesi pendaftaran di UNISEL Bestari Jaya, pada 21 Januari lalu. Katanya, kemudahan disediakan UNISEL terutama daripada segi penginapan adalah terbaik berbanding universiti lain. “Saya pernah ke beberapa universiti lain, namun kemudahan prasarana di UNISEL adalah terbaik. “Saya sendiri memandu dari Kuala Lumpur ke Bestari Jaya untuk memastikan segala kemudahan dan kelengkapan pembelajaran seperti dikhabarkan,” katanya. Sebelum ini, UNISEL turut menerima pendaftaran pelajar luar negara seperti Oman, Somalia, Afrika Selatan, Zambia, Indonesia, Bangladesh, Sudan serta beberapa negara lain. Mereka yang berminat menyambung pengajian di UNISEL boleh mendaftar kemasukan yang dilanjutkan, sehingga 3 Februari ini. Pendaftaran menerusi laman sesawang boleh dilakukan di www.unisel.edu.my atau hubungi terus pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-55223400 atau 0123401740 dan 011-33907681.
Qiamullail, bantu rakan tips kejayaan pelajar cemerlang
SABAK BERNAM - Berkat mengamalkan qiamullail menjadi kunci kejayaan pelajar cemerlang keseluruhan Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Selangor kategori lelaki, Muhammad Aimi Shariman Nor Hisham, 16 apabila memperoleh keputusan 99.7 peratus. Pelajar SAM Bestari itu berkata, tumpuan ketika proses pembelajaran terutama menghafal nota penting turut memainkan peranan di atas kejayaan beliau. “Saya bahagikan masa antara akademik dengan azhari. Menjelang peperiksaan, saya lebihkan azhari. “Dengan berkat doa ibu bapa, guru dan rakan, saya memperoleh kejayaan 99.7 peratus,” katanya. Menurut anak keempat dari enam beradik pasangan Norhisham Adanan, 52 dan Julina Ibrahim, 48, beliau akan memberikan tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, namun belum membuat keputusan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia.
Bagi Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, 17, beliau beranggapan kejayaan memperoleh 99.5 peratus dalam peperiksaan SMA didorong sikapnya yang sentiasa membantu rakan dalam sesi pembelajaran. Berkongsi tips kejayaan, anak pasangan Ahmad Murshidi Ab Hamid, 44 dan Hasfariza Abu Hassan, 43, berkata beliau selesa belajar secara berkumpulan di samping membantu mengajar rakan yang kurang mahir dalam pelajaran. “Jangan pernah berhenti menolong kawan. Bila kita di atas, jangan lupakan kawan di bawah. “Mungkin berkat doa kawan turut menyumbang kepada kejayaan ini,” katanya. Menurut anak sulung dari dua beradik itu, beliau yang juga pelajar cemerlang keseluruhan bagi kategori perempuan menyimpan hasrat melanjutkan pengajian ke Morocco dalam bidang Pengajian Islam.
Agama SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
21
RM500,000 untuk Masjid Negeri
Perkasa pengajian bersijil OLEH NORHAYATI UMOR
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 tahun ini dalam mendukung usaha program Pengajian Bersijil Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah supaya berterusan menyebar ilmu Islam. Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sumbangan itu bagi mempertingkatkan program sedia ada secara berterusan. “Kita perlu mengikut jejak langkah Fatimah al-Fihri yang berusaha secara mandiri mengumpul dana demi menyemarakkan program ilmu Islam melalui sistem wakaf kerana dalam sejarah tamadun Islam, sistem wakaf penggerak utama pendidikan dan ilmu. “Justeru sebagai tanda dukungan, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM500,000 tahun ini,” katanya ketika merasmikan Konvokesyen Pengajian Bersijil sesi 2016, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Dewan Jubli Perak, di sini.
Program Masjid AlIman lahir modal insan
Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Harris Kasim selain Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Farhan Wijaya. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, penganjur program perlu berusaha
mendapatkan pengiktirafan sijil kualiti ISO dan menjalinkan kerjasama de-ngan institusi pengajian tinggi awam atau swasta bagi mendapat pengiktirafan sijil peringkat MQA, pada masa akan datang. Seramai 146 orang menerima sijil pengajian lanjutan, 231 sijil menengah dan 73 bagi sijil asas dalam konvokesyen terbabit.
HULU KELANG - Pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan dijalankan di Masjid Al-Iman, Kemensah Height, di sini, menepati matlamat Kerajaan Negeri dalam pembangunan modal insan di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perancangan diatur jawatankuasa masjid ternyata mendatangkan manfaat kepada komuniti setempat di kawasan itu. “Kerajaan Negeri sentiasa memberi dokongan kepada kepimpinan masjid di Selangor dalam memastikan pembangunan dalam bentuk pimpinan dan infrastruktur berjalan dengan berkesan bagi memenuhi misi ditetapkan.
MOOD pamer keterbukaan budaya Selangor
Apa yang dilaksanakan ini adalah untuk menyampaikan Islam itu sebagai ‘rahmatan lil ‘alamin’ (rahmat sekalian alam) JAMALUDIN SHAMSUDIN
ED
SHAH ALAM - Inisiatif pengurusan Surau Al-Syakirin Bandar Utama dengan kerjasama Yayasan Hidayah Centre menjemput komuniti bukan Islam untuk terlibat dalam program ‘Mosque Open Day’ (MOOD) menggambarkan keterbukaan budaya di Selangor. Menyambut baik usaha itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, program seumpama itu wajar dilaksanakan di seluruh negeri. Beliau berkata, langkah berkenaan diyakini mampu mengukuhkan tali persaudaraan antara rakyat negeri itu tanpa mengambil kira fahaman perbezaan agama dan kaum. “Program yang sangat baik, memandangkan surau ini sudah dibuka sejak 20 tahun lalu dan pertama kali ia dibuka kepada komuniti bukan Islam. “Ia sewajarnya dilaksanakan di masjid dan surau seluruh negeri, sekali gus memberi peluang kepada komuniti bukan Islam untuk bertanya serta mendapat pemahaman jelas. “Program seumpama ini menggambarkan keterbukaan budaya di Selangor iaitu rakyat hidup secara aman dan saling menghormati agama kaum lain,” katanya. Antara pengisian program itu terma-
“Ini kerana kita bukan sahaja mahu membangunkan bangunan tetapi kita juga ingin bangunkan manusia,” katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis jamuan selepas solat sunat jumaat di Masjid Al-Iman, Kemensah Height, sempena ulangtahunnya ke 14 tahun ini. Dato’ Menteri Besar melahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid yang berjaya menjalankan program dengan baik oleh pengurusan masjid dan komuniti masyarakat di sini. Katanya, memang menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat masjid menjadi pusat perpaduan masyarakat Melayu Islam di negeri itu.
Pengarah Program
WAKTU SOLAT SELANGOR
27 Januari - 3 Februari 2017 28 Rabiulakhir - 6 Jamadilawal 1438H Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak
suk penganjuran aktiviti lain seperti ‘free market’, sesi perkongsian dengan saudara baru, ‘reruai’ ambil gambar ‘How Do I Look In Hijab’. Turut diadakan pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan Segi University & College dan Pusat Perubatan Tropicana. Sementara itu, Pengarah Program, Jamaludin Shamsudin berkata, objektif program itu dijalankan bagi membolehkan masyarakat bukan Is-
lam memahami masjid sebagai pusat aktiviti pembangunan masyarakat setempat. “Kita bukan nak mengajak atau jauh sekali memaksa sesiapa menukar agama. Apa yang dilaksanakan ini adalah untuk menyampaikan Islam itu sebagai ‘rahmatan lil ‘alamin’ (rahmat sekalian alam), sebuah agama universal dengan nilai universal dan kalau boleh menepis prejudis serta syak wasangka tentang Islam,” katanya.
Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
27 Jumaat 5:58 6:08 7:26 1:29 4:50 7:26 8:39 28 Sabtu 5:59 6:09 7:26 1:29 4:51 7:27 8:39 29 Ahad 5:59 6:09 7:26 1:29 4:51 7:27 8:39 30 Isnin 5:59 6:09 7:26 1:29 4:51 7:27 8:39 31 Selasa 5:59 6:09 7:26 1:29 4:51 7:27 8:39 01 Rabu 5:59 6:09 7:26 1:30 4:51 7:27 8:39 02 Khamis 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:39 03 Jumaat 6:00 6:10 7:27 1:30 4:51 7:28 8:39 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 27 Jumaat 6:01 6:11 7:28 1:31 4:53 7:28 8:41 28 Sabtu 6:01 6:11 7:28 1:31 4:53 7:29 8:41 29 Ahad 6:01 6:11 7:28 1:31 4:53 7:29 8:41 30 Isnin 6:01 6:11 7:28 1:31 4:53 7:29 8:41 31 Selasa 6:01 6:11 7:29 1:32 4:53 7:29 8:41 01 Rabu 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:41 02 Khamis 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:41 03 Jumaat 6:02 6:12 7:29 1:32 4:53 7:30 8:42
Kebajikan
22
SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
TAWAS semakin popular, keahlian lebih ���,��� SHAH ALAM - Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan, pada Jun 2008. Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 258,253 masih hidup sementara 277 sudah meninggal dunia. Pendaftaran ahli tertinggi dicatatkan bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan. Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,320. Bagi 2016, lebih 24,148 permo-
Misi kemanusiaan Myanmar belum tercapai
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
honan diterima, namun 19,370 yang lulus. Dalam perkembangan lain, seramai 120,224 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 138,029 belum. Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun. Bermula Mac 2014, Skim Khairat Kematian TAWAS pula diperkenal, sekali gus memboleh waris menerima RM1,500 sekiranya ahli meninggal dunia, sebelum mencapai usia 18 tahun. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh ke laman sesawang TAWAS di http://www.tawas.org.my.
Sasar 1,000 tan makanan dan perubatan
Lain-lain
Melayu
67%
Cina
19%
India
11%
3%
OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM - Misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar (FFFM) hanya berjaya mengumpul hampir 500 tan bahan makanan juga perubatan dan jauh daripada sasarannya yang mahu membawa 1,000 tan, pada 3 Februari ini. Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah itu hanya mampu memberikan bantuan kepada 30,000 pelarian Rohingya sahaja jika tiada lagi bantuan diterima. “Masih ada beberapa pihak berjanji membantu misi ini, namun belum menyerahkan bahan untuk dibawa ke sana. Saya bimbang sekiranya belayar dengan jumlah muatan kurang dari 1,000 tan dan tinggal dua minggu lagi sebelum ke kem pelarian. “Misi berkenaan perlu membawa 80 peratus bahan makanan dan 20 peratus lagi untuk perubatan kerana terdapat ratusan
ribu pelarian di kem Teknaf, Bangladesh memerlukan bantuan segera selain bantuan makanan kepada rakyat Rohingya yang masih terperangkap di negara mereka,” katanya selepas Dialog Flotilla ke Myanmar, pada 22 Januari lalu. Katanya, usaha Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya kini mula mendapat perhatian dunia termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada beberapa negara luar. Antaranya United Kingdom (UK), China, Jerman, Belanda, Perancis, Amerika Syarikat, Filipina dan Singapura yang mula menyatakan sokongan serta menghulurkan bantuan. “Kita ingin capai 1,000 NGO dari seluruh dunia untuk menyatakan sokongan bagi misi kemanusiaan ini.
Pesta Ponggal Perepat meriah
ED
KAPAR - Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut meriah komuniti India Kampung Perepat, baru-baru ini. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita da Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sebanyak 101 periuk disumbangkan kepada wanita India bagi menjayakan pesta terbabit. Katanya, sikap toleransi, perpaduan dan kerjasama antara kaum masih utuh untuk meraikan sesuatu perayaan dengan kegembiraan. “Ponggal adalah perayaan yang disambut dengan meriahnya oleh masyarakat India di Selangor tanpa mengira agama dan kepercayaan. “Pesta ini disambut meriah dan mempunyai nilai kebudayaan serta kekeluargaan yang tinggi,” katanya yang hadir merasmikan pesta itu di Kuil Sri Maha Mariaman, di sini. Dr Daroyah turut menasihatkan generasi muda memahami erti dan logik sambutan itu kerana nilai kemasyarakatan tersirat di dalamnya masih relevan dan mengikut kehendak serta situasi semasa. “Tahniah kepada komuniti India DUN Sementa. Program yang
“Ia diketuai Malaysia tetapi turut disertai Flotila sedunia, selain itu kita juga dapat sokongan kuat daripada agensi dalam dan luar negara,” katanya. Azmi turut merayu mana-mana syarikat juga orang ramai supaya tampil menghulurkan bantuan bagi misi pelayaran kemanusiaan yang membantu ratusan ribu pelarian Rohingya itu. Misi berkenaan akan menggunakan kapal Nautical Aliya dan belayar dari Pelabuhan Klang menuju ke Yangoon, Myanmar sebelum meneruskan pelayaran ke Teknaf dengan membawa 200 aktivis termasuk 30 doktor perubatan serta 27 wakil media daripada dalam dan luar negara.
Ponggal adalah perayaan yang disambut dengan meriahnya oleh masyarakat India di Selangor tanpa mengira agama dan kepercayaan. Pesta ini disambut meriah dan mempunyai nilai kebudayaan serta kekeluargaan yang tinggi DR DAROYAH ALWI
diadakan sangat meriah. Saya berharap program ini dapat dilaksanakan setiap tahun,” katanya. Penyediaan juadah berasaskan
sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.
Sukan SelangorKini 27 Jan - 3 Feb 2017
23
Atlet SOPMA cemerlang dihargai
MSN beri insentif RM��,��� OLEH AFIX REDZUAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menyerahkan insentif RM14,250 kepada atlet Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Selangor atas aksi cemerlang dalam Sukan Orang Pekak Malaysia ke-19 (SOPMA XIX) Sarawak, tahun lalu. Insentif itu diserahkan Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Zubir Idrus, kepada atlet bowling, lempar cakera, lompat jauh serta pasukan bola sepak dalam satu majlis minum petang di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor. Dalam kejohanan berlangsung sejak 30 September hingga 6 September 2016, Selangor mempamerkan aksi cemerlang berjaya mengutip empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk menduduki tempat keempat secara keseluruhan. Dalam majlis sama, Zubir turut mengumumkan Persatuan
Insentif itu diserahkan Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Zubir Idrus kepada atlet bowling, lempar cakera, lompat jauh serta pasukan bola sepak di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor Sukan Orang Pekak Negeri Selangor kini bergabung di bawah MSN secara rasmi. Permohonan mereka sebelum ini telah diterima sebagai ahli gabungan dan MSN akan membantu daripada segi persiapan atlet bagi menghadapi kejohanan SOPMA akan datang.
FAS ‘tiada’ duit, tapi beli pemain baru
ED
SHAH ALAM - Tindakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membeli beberapa pemain import baru dipersoal apabila isu tunggakan gaji dan bonus pemain masih tergantung. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Amirudin Shari berkata, FAS harus menyelesaikan isu itu terlebih dahulu sebelum beranjak kepada perkara lain. “Kita konsisten dengan pendirian sebelum ini bahawa mereka (FAS) mempunyai kewangan mencukupi selepas menjual beberapa pemain ke pasukan lain untuk melangsaikan apa yang patut. “Isunya sekarang, mereka (pemain) harus selesaikan dengan FAS. FAS tunjuk mereka tak ada kantung (dana). Oleh itu, mereka harus datang berjumpa Kerajaan Negeri untuk memohon. “Tetapi dengan persiapan beli pemain baru dan ambik pemain import, boleh pula,” katanya Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jersi 2017 dan Bas PKNS FC di Laman PKNS, Shah Alam, pada 17 Januari lalu. Mengulas bayaran pampasan kepada bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan, Amirudin berkata, beliau akan merujuk perkara
berkenaan kepada Dato’ Menteri Besar untuk tindakan lanjut. “Untuk bab Zainal, masih ada kontrak setahun lagi, jadi saya boleh minta atas ehsan Menteri Besar. “Bagaimanapun, isunya bagi saya, mereka harus selesaikan dengan FAS, jadi saranan Kerajaan Negeri supaya mereka selesaikan dulu hutang sebelum selesaikan perkara lain adalah tepat,” katanya.
GABUNGAN terkilan sikap membisu FAS
SHAH ALAM - Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GABUNGAN) melahirkan rasa terkilan dengan sikap membisu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terhadap persiapan pasukan The Red Giants dalam menghadapi Liga Super 2017. Pr e s i d e n nya, Mohd Faizal Wahid berkata, walaupun kehangatan liga musim ini sudah dirasai peminat bola sepak tempatan tetapi sikap dimainkan FAS memberi gambaran akan persiapan pasukan Selangor yang paling caca marba, pada tahun ini. “GABUNGAN amat terkilan dengan sikap semberono FAS yang sehingga kini masih tidak mengumumkan senarai pemain rasmi bagi pasukan kesayangan kami terutama sebarang perubahan pada jersi baru yang rancak dilakukan pasukan lain. “Ini satu bukti menunjukkan betapa tidak kemas perancangan FAS yang selama ini masih mengharap belas ihsan pihak lain,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata, sokongan GABUNGAN terhadap The Red Giants tidak akan luntur dan ikrar bahawa ‘Selangor Sampai Mati’ tidak mungkin mengubah cinta penyokong kepada pasukan itu ekoran pemain datang dan pergi, namun nama Selangor tetap kekal di hati. Katanya, sokongan pihaknya kepada pasukan Selangor jangan dianggap sebagai dokongan kepada pengurusan teruk FAS. “Perjuangan membersihkan FAS akan terus dilakukan walaupun kami terpaksa memerah keringat dan masa atau ‘sekadar 18 orang’ seperti yang didakwa Setiausaha Agung FAS (Rosman Ibrahim),” katanya. Pada masa sama, GABUNGAN turut mengalu-alukan kenyataan mantan Pengurus Selangor, Amirudin Shari bahawa FAS wajar bertemu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya mahu menyelesaikan isu gaji pemain. Katanya, kenyataan itu seharusnya disambut positif FAS bagi mencari titik temu dalam penyelesaian permasalahan terbabit. “Kesediaan Amirudin untuk berbincang dengan Dato’ Menteri Besar berkaitan bonus yang tertunggak, kami sambut baik dan berharap ia menyuntik kembali semangat pemain tahun lalu yang masih bersama pasukan,” katanya.
MSN beri insentif RM������ untuk atlet SOPMA 23
Liga Super 2017
The Red Giants langkah kanan 2-0, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada 21 Januari lalu. Dua jaringan babak pertama yang dicipta Adam Nor Azlin dan Francis Forkey Doe berjaya meletakkan pasukan kendalian P Maniam di tangga teratas liga sambil diekori naib juara musim lalu, Felda United yang menewaskan PKNS FC 1-0 di bandar Jengka, Pa-
hang. pintu gol Pulau Pinang susulan tandukan Selangor yang diketuai kapten, Razman awal Ukah hasil hantaran S Veenod yang Roslan memulakan permainan beroleh ditepis Syed Adney. peluang terbaik seawal minit keempat, naKesilapan Syed Adney ketika permainan mun percubaan susulan Ugochukwu Ukah menuju waktu rehat separuh masa dihusedikit tersasar selepas sepakan percuma kum Forkey Doe dengan penyudah kemas Raimi Md Nor ditepis penjaga gol Pulau bagi gol kedua Selangor, pada minit-45. Pinang, Syed Adney Syed Hussein. Gol pertama Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-35 menerusi LIGA SUPER 2017 Kedudukan Terkini 24 Januari penyudah kemas Adam Nor di depan
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH NAEEM RAFFI SHAH ALAM - Disebalik percanggahan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), The Red Giants berjaya membuka kempen Liga Super 2017 dengan langkah kanan apabila meraih tiga mata penuh di gelanggang sendiri selepas menewaskan Pulau Pinang
P
1 Selangor
M
S
K
1 1
0
0 2:0 3
2 Felda
1
1
0
0
1:0
3
3 JDT
1
0
1
0
1:1
1
4 Kedah
1 0
1
0 1:1 1
5 Pahang
1
0
1
0
6 T-Team
1 0
1
0 1:1 1
7 Perak
1
1
0
8 Sarawak
1 0
1
0 1:1 1
9 Kelantan
0 0
0
0 0:0 0
0
G
Mt
1:1 1
1:1
1
10 Malacca United 0
0
0
0
0:0
0
11 PKNS
1
0
0
1
0:1
0
12 PulauPinang
1
0
0
1
0:2
0
Elavarasan yakin PKNS FC mampu bangkit
Selalunya bila buat kesilapan, kita akan lakukan lebih baik untuk perlawanan akan datang. Kita akan bangkit dan akan kembali dalam perlawanan akan datang
ED
JENGKA - Ketua Jurulatih PKNS FC, E Elavarasan tetap memuji aksi anak buahnya walaupun terpaksa menerima kekalahan tipis 1-0 menentang Felda United, pada 21 Januari lalu. Katanya, beliau percaya kelemahan pada perlawanan itu dapat diperbaiki bagi menghadapi liga musim 2017 walaupun tidak dapat menurunkan kesebelasan utama terbaik. “Selalunya bila buat kesilapan, kita akan lakukan lebih baik untuk perlawanan akan datang. Kita akan bangkit dan akan kembali dalam perlawanan akan datang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, di sini, pada 21 Januari lalu. Elavarasan turut melahirkan keyakinan barisan serangannya akan kembali mempertajamkan penyudah walaupun terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol penyamaan. Mengulas lanjut penyudah kurang tajam dipamerkan penyerang PKNS FC, Mohd Safee Mohd Sali, Elavarasan berkata beliau tidak gusar sebaliknya percaya bekas pe-
E ELAVARASAN
Ketua Jurulatih PKNS FC
FOTO OLEH ZAMZAINAL /ASIANA.MY
nyerang kebangsaan itu mampu kembali ke prestasi terbaiknya sebelum ini selepas lama tidak beraksi secara kerap. “Safee mampu memberikan persembahan lebih baik sebab dia sudah lama tidak bermain. “Dia juga ada beberapa peluang dalam perlawanan ini dan mampu memperbaiki kelemahannya,” katanya. Dalam aksi bertemu Felda United, perse-
mbahan Mohd Safee menjadi tumpuan petugas media selepas meninggalkan kelab Johor Darul Takzim (JDT) untuk kembali bermain di Selangor bersama PKNS FC musim ini. Beliau yang bergandingan bersama Patrick Ronaldinho Wleh dan Matias Hadwa di jentera serangan dilihat masih tercari rentak untuk kembali ke prestasi terbaik-nya. Walaupun melakukan beberapa percu-
baan dan gagal membolosi gawang Felda United, beliau dilihat mampu mengucarkacirkan pertahanan lawan dengan kawalan bola yang baik sepanjang 90 minit permainan. Anak jati Selangor berasal dari Kajang itu pernah melalui musim gemilang bersama Selangor dan JDT selain menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi di Liga Indonesia. Beliau juga menjadi tonggak utama skuad Harimau Malaya ketika menjulang Piala AFF Suzuki pada 2010 dan penjadi penjaring terbanyak negara sepanjang kejohanan itu dengan sembilan gol.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985